Saturday, January 1, 2022

Tahun Baharu 2022

 

Tahun Baharu 2022 menjelang sudah setelah berakhir mengharungi Pendemik Covid 19 yang telah banyak meninggalkan kesan yang sangat trajis kepada setiap Insan di Dunia ini.

Thursday, April 1, 2021

KAMPUNG RANGGU VOL .14

PKPD KG.RANGGU BATU 10 MUKIM BALUNG


Bermula 01 April hingga 14 April 2021 PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan) dikuatkuasakan dikawasan Kg.Ranggu Batu 10 berikutan penularan wabak Covid 19 dikawasan ini. Demi keselamatan dan menyekat kes ini menjadi tidak terkawal PKPD adalah satu kaedah bagi menyekat penularan wabak ini dikawasan kejiranan.

PKPD ini melibatkan kawasan kediaman kami sekeluarga , dengan penguatkuasaan PKPD ini ianya akan menjadi satu pengalaman kami dalam menyusuri kehidupan dengan SOP kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan.

Kawasan yang diperketatkan ialah bermula dari Bangunan Tadika Kemas Kg.Ranggu hingga ke Lorong Hj.Mada Jalan Mahmud dan dari Bangunan Tadika Kemas Kg.Ranggu hingga ke Lorong Batu Putih Kg.Ranggu. Kawasan yang diperketatkan penduduk akan mematuhi SOP PKPD yang sedia ada. Manakala kawasan yang tidak terlibat keadaan seperti biasa hanya jika ingin keluar ke bandar untuk keperluan harian terpaksa melalui sekatan jalan yang ada (SJR) dengan surat kebenaran keluar masuk dari pihak polis.



Sekatan Jalan Raya (SJR) bermula dari simpang Tadika Kemas Kg.Ranggu yang telah ditandakan pita kuning




Simpang Lorong Batu Putih Kg.Ranggu yang juga telah ditutup laluan nya.


Pada 2 April 2021 , Tawau telah diistiharkan Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP) bermula 3 April 2021 hingga 16 April 2021. PKP terpaksa dikuatkuasakan kerana bilangan positif Covid 19 semakin meningkat dan Majlis majlis kenduri kendara yang diadakan tidak mematuhi sepenuhnya SOP yang telah dikenalkan. Dengan peristiharan ini semua pergerakan di Tawau adalah terhad kepada 10km dari kawasan masing masing. 


Pada 2 April 2021 , Kerajaan Negeri Sabah membenarkan aktiviti masjid dan surau sepanjang bulan Ramadhan dengan SOP yang ditetapkan  Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

1. Solat berjemaah di Masjid dan Surau dibenarkan mengikut kapasiti Masjid dan Surau dengan penjarakan satu meter.

2.  Solat Tarawih juga dibenarkan dengan 8 rakaat serta bacaan ayat lazim dan pendek.

3. Aktiviti Jamuan Berbuka Puasa dan Sahur adalah Tidak dibenarkan. 

4.   Tazkirah tidak dibenarkan manakala moreh dibenarkan dengan makanan bungkus sahaja.


13 April 2021 , PKPD di empat lokaliti di Tawau Sabah dilanjutkan termasuklah PKPD Kampung Ranggu Batu 10 , Mukim Balung.

KKM telah melaksanakan 265 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak 66 kes positif Covid-19 telah direkodkan. KKM mengesahkan terdapat 122 baki sampel saringan yang sedang menunggu keputusan dan penularan jangkitan Covid-19 masih berlaku dilokaliti ini.

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM , Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPD di Kampung Ranggu Batu 10 , Mukim Balung Tawau Sabah bermula 15 April 2021 hingga 28 April 2021.


Penamatan Tempuh PKPD Kampung Ranggu Batu 10 telah dimuktamadkan pada 28 April 2021. Adalah diharapkan penduduk Kampung Ranggu mengambil iktibar bahawa betapa seriusnya pihak kerajaan berusaha untuk membenteras merebaknya virus covid-19 dikalangan penduduk kampung. PKPD adalah suatu kaedah bagi menyekat pergerakan penduduk yang berkemungkinan bakal menyibarkan virus tersebut kepada orang lain. Syukur Alhamdulillah , dengan kerjasama penduduk kampung dan menjaga SOP PKPD tempuh  yang dikenakan tidak lagi dilanjutkan.



Kawasan SJR yang digunakan telah dibersihkan dengan pengguna jalanraya menggunakan Jalanraya tersebut seperti biasa. Sentiasa lah kita berfikiran positif dan menghormati arahan SOP yang telah disediakan demi mengekang dan membenteras virus covid-19 ini dari mengganggu kehidupan harian kita.


   




Sunday, February 21, 2021

PERINGATAN 8

 




ALLAHUMMA A'INNI 'ALAA ZIKRIKA

WA SYUKRIKA WA HUSNI IBADATIK


Ya Allah tolonglah aku agar selalu berzikir mengingati Mu 

Bersyukur pada Mu

dan

Memperbaiki Ibadah ku pada Mu






Kasofiza Residence

Ranggu 9 Rejab 1442H

21 February 2021


Sunday, January 3, 2021

SIMPAN DALAM KENANGAN TAHUN 2021

 



Tahun 2020 berakhir sudah , kini kita memasuki ke Tahun 2021 yang dimulai dengan perkhabaran gembira dengan beberapa penemuan Vaksin bagi menentang Virus Covid 19 yang telah meragut banyak nyawa manusia diseluruh Dunia. Wabak ini pada mulanya dikesan pada pertengahan bulan Disember 2019 di bandar raya Wuhan, Hubei, China, dan telah diiktiraf sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020. Sehingga 27 Disember 2020, lebih 80.7 juta kes COVID‑19 telah dilaporkan di lebih 191 buah negara dan wilayah, mengakibatkan lebih 1.76 juta kematian manakala lebih 57 juta orang telah pulih.

Membuka tirai, melangkah ke tahun baharu tentunya kita tidak dapat lari dari menanam azam, pastinya sudah ramai yang memasang niat untuk menanam azam dan tidak kurang juga yang memasang angan-angan untuk dicapai pada tahun ini. Bukan menjadi satu kesalahan untuk kita menetapkan azam pada tahun baharu ini kerana ia boleh menjadi panduan dan pengerak untuk kita berusaha dengan lebih kuat bagi mencapai apa yang di ingini untuk masa depan.

Semoga tahun 2021 memberi seribu satu kemanisan buat semua, jadikanlah 2020 sebagai kenangan yang indah serta berharga dan menyuntik cabaran agar ia memberi motivasi berharga untuk lebih baik pada tahun 2021.


4 - 8 Januari 2021 , Jalan jalan ke Kota Kinabalu bersama keluarga sempena review perubatan di Hospital Likas dan juga percutian tahun baru 2021. Memang seronok sekali dapat bersama anak anak berlibur sambil Jalan jalan di Kota Kinabalu dan Kundasang. Perjalanan dari Tawau ke Kota Kinabalu memakan masa 10 jam sambil berhenti rehat dan mengisi minyak kereta di Perjalanan. Perjalanan dari Tawau ke Kota Kinabalu merentasi beberapa buah Daerah iaitu Daerah Kunak , Daerah Lahad Datu , Daerah Kinabatangan , Daerah Sandakan , Daerah Beluran , Daerah Telupid , Daerah Ranau , Daerah Kundasang , Daerah Tamparuli , Daerah Tuaran dan Kota Kinabalu. Di Daerah ini boleh berhenti rehat untuk mengisi minyak kereta  dan berehat untuk makan dimana banyak juga terdapat gerai ditepi jalan dan juga kedai kedai makanan. 



Di Kota Kinabalu kami sewa sebuah apartment di Sutera Avenue Kota Kinabalu , sesuai untuk sekeluarga. 



     






Dalam Perjalan balik ke Tawau singgah bermalam di Sulap II Homestay Mesilau Kundasang. Dengan keadaan suhu yang sejuk dan Pemandangan yang Indah berhadapan dengan Gunung Kinabalu.





Keindahan Gunung Kinabalu hanya dapat kelihatan dengan jelas sebentar sahaja iaitu diantara jam 6.00 pagi hingga jam 7.00 pagi , selepas itu ianya akan diliputi awan dan tidak lagi kelihatan.

11 Januari 2021 ( Isnin ) , Pengumuman PKP 2.0 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Hj.Muhyiddin bin Mohd.Yassin.



Kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tempoh 14 hari bermula jam 12.01 malam Rabu ini, hingga 26 Januari, 2021.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khasnya hari ini berkata, langkah itu perlu diambil memandangkan pada ketika ini, fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah tidak mampu untuk menampung peningkatan sehingga 2,000 kes baharu setiap hari , peningkatan jumlah pesakit secara mendadak akan melumpuhkan kapasiti sistem kesihatan sedia ada dalam sekelip mata.

“Tidak mudah untuk saya mengatakan semua ini tetapi inilah realiti yang berlaku sekarang dengan berbagai kemungkinan yang terpaksa kita hadapi sekiranya dibiarkan berlarutan tanpa sebarang campur tangan atau intervensi kesihatan awam yang lebih ketat. “The situation today is indeed very alarming. Our healthcare system is under tremendous pressure now than at any other time since the start of the pandemic. As I have said before, unprecedented situations call for unprecedented measures,” 

Berdasarkan penilaian risiko oleh KKM, Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta pelbagai Kementerian dan Agensi serta nasihat pakar-pakar kesihatan awam di dalam negara, Kerajaan bersetuju dengan pandangan bahawa satu tindakan yang tegas perlu diambil untuk memutuskan rantaian jangkitan penularan virus COVID-19. PKP ini akan melibatkan tiga peringkat pelaksanaan.

1. PKP ke atas enam (6) buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

2. PKP Bersyarat (PKP-B) ke atas enam (6) buah negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

3. PKP Pemulihan (PKP-P) pula akan dilaksanakan bagi negeri Perlis dan Sarawak dan akan diteruskan sepanjang tempoh tersebut.

Negeri-negeri yang dikenakan PKP adalah negeri yang berisiko tinggi hasil penilaian risiko oleh KKM dan tahap keupayaan perkhidmatan kesihatannya telah hampir mencapai kapasiti maksimum. KKM akan membuat penilaian risiko secara berterusan bagi memutuskan sama ada pelaksanaan PKP ini akan ditamatkan atau diteruskan sebelum tempoh dua minggu berkenaan tamat.

12 Januari 2021 , Pengumuman Proklamasi Darurat oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Hj.Muhyiddin bin Mohd.Yassin



Susulan kenyataan yang baru sahaja dikeluarkan oleh Istana Negara berhubung Proklamasi Darurat yang berkuatkuasa di negara ini, saya berdiri di hadapan saudara dan saudari sekalian pada pagi ini untuk membuat beberapa penjelasan.

Semalam saya telah diterima menghadap oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk mempersembahkan nasihat Jemaah Menteri agar Seri Paduka Baginda mengeluarkan Proklamasi Darurat menurut Perkara 150(1) Perlembagaan Persekutuan untuk mengisytiharkan Darurat bagi seluruh Persekutuan berkuat kuasa mulai 11 Januari 2021 hingga 1 Ogos 2021 untuk ampun perkenan Seri Paduka Baginda.

Antara 'prerogatif' dan 'nasihat' PRU, PRN dan PRK tak diadakan sepanjang tempoh darurat Perkara 150(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan:

"Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat dengan membuat dalamnya suatu perisytiharan yang bermaksud sedemikian".

Menurut Perkara 150(1) Perlembagaan Persekutuan, ancaman terhadap kehidupan ekonomi merupakan salah satu asas untuk sesuatu proklamasi darurat dibuat. Dalam kes Stephen Kalong Ningkan lawan Kerajaan Malaysia, Majlis Privi menyatakan dalam penghakimannya bahawa -

"An emergency to be within that article (article 150(1) of the Federal Constitution) must be not only grave but such as to threaten the security or the economic life of the Federation or any part of it, the natural meaning of the word itself is capable of covering a very wide range of situations and occurrences, including such diverse events as was famines, earthquakes, floods, epidemics and the collapse of the civil government.".

Dalam hal ini, memandangkan dunia pada masa ini sedang berhadapan dengan ancaman pandemik COVID-19 yang telah secara langsung menjadi ancaman besar terhadap kehidupan ekonomi rakyat di Negara ini, suatu perisytiharan darurat boleh dibuat oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berhubung dengan perkara ini. Selain peningkatan mendadak kes positif COVID-19, terdapat beberapa negeri di Malaysia seperti Johor, Pahang dan Kelantan yang sedang mengalami bencana banjir yang besar yang telah secara langsungnya turut menjadi ancaman besar terhadap keselamatan dan kehidupan ekonomi rakyat.

Seperti yang telah dijelaskan semasa mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan semalam, kes jangkitan COVID-19 semakin meningkat dan tidak menunjukkan tanda-tanda penurunan dalam masa terdekat. Oleh itu, Kerajaan perlu mempunyai kuasa-kuasa tertentu bagi memastikan wabak ini dapat dibendung dengan lebih berkesan dan perkhidmatan kesihatan yang disampaikan kepada rakyat tidak lumpuh.

Setelah mempertimbangkan nasihat Jemaah Menteri, Seri Paduka Baginda telah berpuas hati bahawa adanya keperluan mengeluarkan Proklamasi Darurat bagi membolehkan Ordinan dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) Perkara 150 bagi memperuntukkan kuasa-kuasa perlu untuk mengekang dan menghalang daripada berlakunya penularan wabak COVID-19 dengan lebih serius di negara ini.



Kerajaan telah mewartakan Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 yang berkuatkuasa mulai 11 Januari 2021 sebagai langkah proaktif membendung wabak Covid-19 di Malaysia.

Ordinan setebal 12 muka surat yang mengandungi 18 perkara itu telah diwartakan dan dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz di Indera Mahkota, Kuantan pada Khamis (14 Januari 2021).

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, ordinan itu antara lain memperuntukkan penubuhan sebuah Jawatankuasa Khas Bebas untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai kewujudan berterusan darurat besar yang mengancam keselamatan, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam dalam persekutuan berikutan pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, tiada perincian dinyatakan berhubung jawatankuasa itu termasuk keahliannya.

Selain itu, juga dijelaskan peruntukan ordinan berkenaan mengatasi peruntukan undang-undang bertulis yang lain sekiranya terdapat sebarang percanggahan atau ketidakselarasan di antara peruntukan ordinan dengan mana-mana undang-undang bertulis lain. 


19 November 2021 jam 03.00 pagi bersamaan hari Jumaat

Innalillahi wainna ilaihi rajioun , perginya anakanda yang disayangi Al Marhumah Hafizah @ Icik menghadap Tuhan Rabbul Alamin. Pemergiannya amat kami rasai , seisi keluarga amat bersedih dan menitiskan air mata walaupun kami sadari itu adalah Qada dan Qadar Allah Subhana hu wataala ajal dan maut itu didalam kekuasaan Nya. Semoga Roh nya sentiasa dicucuri rahmat berada bersama Roh para suhada dan solihen dan orang orang yang mendapat keampunan Nya. Allahhumagfirlaha warhamha waafiha wa'fuanha 





Thursday, October 1, 2020

KABINET NEGERI SABAH 2020-2025

 





29 September 2020 , Setelah selesai perlantikan Ketua Menteri , Timbalan Ketua Menteri serta Menteri Kanan penentuan seterusnya adalah perlantikan Menteri menteri dan Pembantu Menteri mengikut portfolio masing masing akan terbentuk lah Kabinet Kerajaan Negeri Sabah yang akan menerajui pemerintahan Negeri Sabah bagi tempuh 5 tahun.Setelah tamat Pilihanraya Negeri Sabah yang ke-16 (PRN16) Parti Perikatan Nasional , Barisan Nasional dan Parti Bersatu Sabah ( Gabungan Rakyat Sabah ) telah berjaya memenangi dengan simple majoriti iaitu 38 kerusi manakala parti Warisan Plus 32 kerusi dan Parti Bebas 3 kerusi. Dengan itu Gabungan Rakyat Sabah menubuhkan Kerajaan Baharu di Negeri Sabah.

KETUA MENTERI SABAH
ADUN N.12 SULAMAN
Perikatan Nasional ( BERSATU )

Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia ( BERSATU ) Sabah dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah dan turut memegang
portfolio Menteri Kewangan


       
         TIMBALAN KETUA MENTERI SABAH I
ADUN N.58 LAMAG
Barisan Nasional

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri dan turut memegang portfolio Menteri Kerjaraya.


TIMBALAN KETUA MENTERI SABAH II
ADUN N.39 TAMBUNAN
Perikatan Nasional ( STAR )

Timbalan Ketua Menteri II pula dipegang oleh Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Dr Jeffry Kitingan yang turut memegang portfolio Menteri Pertanian dan Perikanan.

TIMBALAN KETUA MENTERI SABAH III
ADUN N.36 KUNDASANG
Parti Bersatu Sabah

Timbalan Ketua Menteri III dipegang oleh Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Dr Joachim Gunsalam yang turut memegang portfolio Menteri Pembangunan Perindustrian.


MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN SABAH MERANGKAP MENTERI KEWANGAN II
ADUN N.37 KARANAAN
Perikatan Nasional

Datuk Seri Panglima Masidi Manjun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karanaan dilantik sebagai Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Merangkap Menteri Kewangan II


MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
ADUN N.14 TAMPARULI
Parti Bersatu Sabah

Setiausaha Agung PBS, Datuk Jahid Jahim pula memegang portfolio Menteri Pembangunan Luar Bandar.





8 OKTOBER 2020 , Upacara mengangkat sumpah Kabinet Negeri Sabah bagi sesi 2020 - 2025 yang akan berlangsung di Istana Negeri Sabah di hadapan Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Hj.Juhar bin Hj.Mahirudin.





SPEAKER 

DATUK HJ.KADZIM BIN HJ.M.YAHYA





AHLI AHLI JEMAAH MENTERI


YB.DATUK HJ.ARIPIN BIN HJ.ARIF
MENTERI TUGAS TUGAS KHAS
ADUN N.31 MEMBAKUT
Perikatan Nasional



 YB DATUK JAFRY BIN ARIFFIN
MENTERI PELANCONGAN , KEBUDAYAAN DAN ALAM SEKITAR
ADUN N.59 SUKAU 
Barisan Nasional




YB TUAN HJ. Ir. SHAHELMY BIN YAHYA
MENTERI PEMBANGUNAN MASYARAKAT DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT
ADUN N.24 TANJUNG KERAMAT 
Barisan Nasional



YB DATUK HJ.YAKUBAH KHAN
MENTERI SAINS , TEKNOLOGI DAN INOVASI
ADUN N.19 KARAMBUNAI 
Barisan Nasional


YB DATUK ELRON ANGIN
MENTERI BELIA DAN SUKAN
ADUN N.45 SOOK
Perikatan Nasional





PEMBANTU PEMBANTU MENTERI

1. PEMBANTU MENTERI KEPADA KETUA MENTERI



1. YB Datuk Abidin Madingkir 
ADUN N.38 PANGINATAN
Perikatan Nasional


2. YB Datuk Wetron bin Bahanda
ADUN N.06 BANDAU
Perikatan Nasional




2. PEMBANTU MENTERI KEWANGAN

1. YB Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan  
ADUN N.68 APAS 
Perikatan Nasional

2. YB Tuan Jasni bin Daya 
ADUN N.13 PANTAI DALIT 
Barisan Nasional


3. PEMBANTU MENTERI KERJARAYA


1. YB Datuk Limus Jury 
ADUN N.33 KUALA PENYU
Perikatan Nasional


2. YB Robert Tawik@ Nordin 
ADUN N.40 BINGKOR
Perikatan Nasional
 

4. PEMBANTU MENTERI PERTANIAN DAN PERIKANAN


1. YB Datuk James bin Ratib
ADUN N.48 SUGUT
Barisan Nasional


2. YB Tuan Hendrus Anding
ADUN N.07 TANDEK
Parti Bersatu Sabah


5. PEMBANTU MENTERI PEMBANGUNAN INDUSTRI


1. YB Tuan Tamin @ Tamin bin Zainal
ADUN N.29 PANTAI MANIS 
Barisan Nasional


6. PEMBANTU MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN DAN MENTERI KEWANGAN II


1. YB.Datuk Isnin bin Hj.Aliasnih @ Liasnih
ADUN N.32 KLIAS
Perikatan Nasional


2. YB Tuan Mohamad Hamsan bin Awang Supian
ADUN N.52 SUNGAI SIBUGA
Barisan Nasional


7. PEMBANTU MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

1. YB Tuan Samad  bin Jambri @ Jamri
ADUN N.49 LABUK
Perikatan Nasional



2. YB Tuan Harun bin Durabi
ADUN N.02 BANGKOKA
Barisan Nasional


8. PEMBANTU MENTERI PELANCONGAN , KEBUDAYAAN DAN ALAM SEKITAR


1. YB Datuk Joniston bin Lumai @ Bangkuai
N.15 KIULU  
Parti Bersatu Sabah


9. PEMBANTU MENTERI PEMBANGUNAN MASYARAKAT DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT


1. YB. Datuk Julita Mojungki 
ADUN N.05 MATUNGGUNG
Parti Bersatu Sabah


2. YB. Puan Flovia Ng 
ADUN N.44 TULID
Perikatan Nasional


10.PEMBANTU MENTERI SAINS ,TEKNOLOGI DAN INOVASI


1. YB.Datuk Ruddy bin Awah
ADUN N.03 PITAS
Perikatan Nasional


11.PEMBANTU MENTERI BELIA DAN SUKAN 


1. YB. Tuan Andi Muhammad Suryady bin Bandy
ADUN N.71 TANJUNG BATU
Barisan Nasional



PENYERAHAN WATIKA AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (DILANTIK)
1. Suhaimi bin Nasir - Barisan Nasional
2. Raimie Unggi - Barisan Nasional
3. Jaffari bin Walliam - Barisan Nasional
4. Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee - SAPP
5. Datuk Amisah binti Yassin - Perikatan Nasional
6. Dr.Aliakbar bin Gulhasan - PAS

  
SUHAIMI BIN NASIR
BARISAN NASIONAL

Bertanding di PRN16 calun Barisan Nasional di N.50 Gum Gum tewas kepada calun Parti Warisan.


 RAIME BIN UNGGI
BARISAN NASIONAL

Bertanding di PRN16 tahun 2020 calun Barisan Nasional di N.43 Kemabong tewas kepada calun Bebas Datuk Rubin Balang. Pernah menjadi Ahli Parlimen P.181 Tenom selama 3 penggal dari 21 March 2004 hingga 9 Mei 2018.




JAFFARI BIN WALLIAM

Beliau adalah mantan Ketua Cabang PKR Libaran yang mana telah keluar parti bersama sama dengan pengikutnya seramai 3,000 orang dan memberikan sokongan kepada Parti Perikatan Nasional.



DATUK SERI PANGLIMA YONG TECK LEE

Beliau seorang ahli Politik Veteren , yang telah begitu matang dalam arena politik Negeri Sabah. Beliau adalah Presiden Parti SAPP pernah menjawat Jawatan Ketua Menteri suatu ketika dulu ia itu dalam tahun 28 Mei 1996 hingga 28 Mei 1998.



DATUK AMISAH BINTI YASSIN

Pernah menjawat jawatan Setiausaha Politik di Kementerian Pelancongan , Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah. Kini beliau adalah Naib Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia , Negeri Sabah.


DR.ALIAKBAR BIN GULASAN

Beliau adalah Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Sabah. Beliau juga adalah Pengerusi Lembaga Koko Malaysia disamping menjadi Pensyarah di Universiti Malaysia Sabah.





09 Oktober 2020 , Majlis Angkat Sumpah Ahli ahli Yang Berhormat di Dewan Undangan Negeri Sabah dihadapan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Hj.Kadzim bin Hj.M.Yahya speaker yang juga baru dilantik menggantikan Datuk Seri Panglima Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali yang telah tamat tempoh perkhidmatan nya.

Majlis Angkat Sumpah yang dijadualkan pada jam 2.00 petang dimana seramai 73 Ahli yang berhormat akan mengangkat sumpah yang telah memenangi Pilihanraya Negeri Sabah ke-16 baru baru ini. Turut sama seramai 6 orang yang dilantik akan juga mengangkat sumpah Taat Setia dan patuh kepada Perlembagaan dan Undang Undang Negeri Sabah dan Persekutuan Malaysia.


TIMBALAN KETUA MENTERI SABAH I
DATUK SERI BUNG MOKTAR RADIN
ADUN N.58 LAMAG

TIMBALAN KETUA MENTERI SABAH II
DATUK DR.JEFFERY KITINGAN
ADUN N.39 TAMBUNAN


TIMBALAN KETUA MENTERI SABAH III
DATUK DR.JOACHIM GUNSALAM
ADUN N.36 KUNDASANG


MENTERI KANAN
MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN SABAH MERANGKAP MENTERI KEWANGAN II
DATUK SERI PANGLIMA HJ.MASIDI MANJUN
ADUN N.37 KARANAAN


MENTERI KANAN
MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
DATUK HJ.JAHID BIN HJ.JAHIM
ADUN N.14 TAMPARULI

Majlis Angkat Sumpah didahului oleh 3 Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Kanan yang telah dilantik , kemudian nya diikuti oleh Menteri menteri dan Pembantu Menteri. Selepas itu diikuti oleh Ahli Ahli Yang Berhormat yang lain.




DATUK HJ.NIZAM DSP AB TITINGAN
ADUN N.68 APAS




TUAN HJ.HAMIL BIN HJ.AWANG
ADUN N.67 BALUNG



TUAN HJ.ANDI SURAYDY BIN HJ.BANDY
ADUN N.71 TG.BATU

Semoga Ahli ahli Yang Berhormat akan dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Rakyat Sabah melalui Pilihanraya Negeri Sabah yang ke-16 yang baru berlalu. Kepada yang terpilih menjawat Jawatan Menteri dan Pembantu Menteri diharapkan mereka dapat menyumbang kepada kemajuan Rakyat dan Negeri Sabah. Diucapkan Selamat Maju Jaya.





end