Perhimpunan Agung UMNO 2006
Perhimpunan Agung UMNO 2006 diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) , Kuala Lumpur merupakan persidangan tahunan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu edisi ke 57. Persidangan ini berlansung dari 13 November 2006 sehingga 17 November 2006 . Persidangan agung ini merupakan medan untuk para pemimpin UMNO dari seluruh negara kecuali dari Sarawak untuk memberikan pendapat, pandangan dan perbincangan dengan seluruh perwakilan UMNO mengenai hal-hal parti, perjuangan Melayu serta hal-hal mengenai pentadbiran kerajaan. Perhimpunan kali ini dirasmikan oleh presiden parti UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi .Selain itu perhimpunan ini dihadari oleh presiden-presiden parti komponen Barisan Nasional seperti MCA , MIC , GERAKAN , PPP , PBB dan lain-lain
12 Gagasan Presiden UMNO
Presiden
parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menggariskan 12 gagasan di
dalam perhimpunan agung semasa ucapan dasarnya.Gagasan ini pernah
dibentangkannya di Dewan Rakyat pada 3 November 2003
12 gagasan tersebut ialah:
1. Kepimpinan politik berperanan sebagai penggerak dan peneraju kepada kepimpinan lain
2. Sistem demokrasi disuburkan melalui tanggungjawab secara kolektif
3. Membangunkan modal insan melalui program pendidikan berkualiti dan holistik
4. Menjamin pertumbuhan ekonomi dengan menerokai sumber baru
5. Membangunkan masyarakat perdagangan, perindustrian bumiputera, masyarakat sains dan teknologi bumiputera
6. Mengiktiraf peranan sektor swasta untuk menjana pertumbuhan ekonomi
7. Meningkatkan prestasi sektor awam sebagai pemudah cara membantu sektor swasta
8. Menangani rasuah dengan penekanan kepada pendekatan pencegahan disamping pendekatan punitif
9. Menguatkusakan undang-undang secara tegas lagi telus terutama menangani jenayah
10. Menggalakkan penyertaan aktif warga muda dan emansipasi wanita yang lebih seimbang
11. Mempertahankan kedaulatan negara bangsa di peringkat antarabangsa
12. Membina perpaduan nasional melalui semangat berkongsi kuasa sebagai tunjang kekuatan negara bangsa
Berikut adalah atur cara majlis:
13 November (Isnin)
– Pendaftaran Perwakilan (9.00 Pagi)
– Majlis Taklimat Presiden (Tertutup 3.00 petang )
Peserta: Ahli-ahli Majlis Tertinggi, Exco pergerakan Wanita, Exco Pergerakan Pemuda, Exco Pergerakan Puteri, Ketua-ketua Bahagian, Timbalan-Timbalan Ketua Bahagian, Naib-Naib Ketua Bahagian, Ketua Pergerakan Wanita Bahagian, Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian, Ketua Pergerakan Puteri Bahagian, Setiausaha-Setiausaha Bahagian, Ketua Penerangan Bahagian dan Bendahari-Bendahari Bahagian.
– Perasmian Wanita, Pemuda, Puteri (8.00 malam)
14 November (Selasa)
– Persidangan Wanita, Pemuda, Puteri
- Pergerakan Wanita di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC
- Pergerakan Pemuda di Dewan Merdeka, PWTC
- Pergerakan Puteri di Dewan Tun Dr. Ismail, PWTC
15 November (Rabu)
– Perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2007
– Perbahasan usul Ucapan Dasar Presiden
16 November (Khamis)
– Perbahasan (tempoh perbahasan dipanjangkan hingga ke malam)
- Majlis Jamuan Timbalan Presiden ( 8.00 malam )
17 November (Jumaat)
- Perbahasan Usul Agama dan Sosial
–Penggulungan & penangguhan ( 3.15 petang )
KUALA LUMPUR 14 NOVEMBER 2006 , Hj Yusof Abdul Ghani ,57 (kiri) dan Hj Ismail Hj Awadan 68 dari Perwakilan Umno Bahagian Tawau sedang mempersiapkan barangan untuk diberi kepada wakil bahagian mereka semasa Persidangan UMNO di PWTC: Gambar: Shaifudin Mohd Nor/Pemberita:Team UMNO.
KUALA LUMPUR 13 NOV 2006 - Abdullah Ahmad
Badawi mengetuai ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO menyanyikan lagu
kebangsaan Negaraku dan lagu rasmi UMNO pada Majlis Amanat Presiden
parti menjelang Perhimpunan Agung UMNO ke-57 di Dewan Merdeka, PWTC,
Kuala Lumpur semalam. Gambar Digital: Abd Rahman Saleh/ Pemberita: Team
UMNO/ Meja Am
KUALA LUMPUR 13 NOV 2006 - Abdullah Ahmad
Badawi bersama ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO menyanyikan lagu
kebangsaan Negaraku dan lagu rasmi UMNO pada Majlis Amanat Presiden
parti di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur semalam. Gambar Digital: Abd
Rahman Saleh/ Pemberita: Team UMNO/ Meja Am
KUALA LUMPUR 13 NOV 2006 - Sebahagian daripada perwakilan yang menghadiri Majlis Amanat Presiden parti menjelang Perhimpunan Agung UMNO ke-57 di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur semalam. Gambar Digital: Abd Rahman Saleh/ Pemberita: Team UMNO/ Meja Am
KUALA LUMPUR 13 NOV 2006 - Abdullah Ahmad Badawi meneliti kertas maklumat yang disampaikan oleh Radzi Sheikh Ahmad sambil diperhatikan oleh Najib Tun Razak serta kepimpinan UMNO yang lain sebelum memulakan Majlis Amanat Presiden parti menjelang Perhimpunan Agung UMNO ke-57 di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur semalam. Gambar Digital: Abd Rahman Saleh/ Pemberita: Team UMNO/ Meja Am
Kuala Lumpur 13 November 2006- Najib Tun Razak bersalaman dengan barisan pemimpin Pemuda ketika merasmikan serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka PWTC, malam tadi. Gambar Digital: Abd Rahman Saleh/ Pemberita: Team UMNO/ Meja Am
Kuala Lumpur 13 November 2006- Najib Tun Razak bersalaman dengan barisan pemimpin Pemuda ketika merasmikan serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka PWTC, malam tadi. Gambar Digital: Abd Rahman Saleh/ Pemberita: Team UMNO/ Meja Am
Kuala Lumpur 13 November 2006- Najib Tun Razak disambut oleh barisan Exco Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO sebelum merasmikan serentak Persidangan Perwakilan ketiga-tiga pergerakan berkenaan di Dewan Merdeka PWTC, Kuala Lumpur malam tadi. Gambar Digital: Abd Rahman Saleh/ Pemberita: Team UMNO/ Meja Am
Kuala Lumpur 13 November 2006- Najib Tun Razak melambaikan tangan ke arah perwakilan ketika merasmikan serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka PWTC, malam tadi. Gambar Digital: Abd Rahman Saleh/ Pemberita: Team UMNO/ Meja Am
Kuala Lumpur 13 November 2006- Najib Tun Razak bersama barisan kepimpinan UMNO menyanyikan lagu UMNO pada majlis perasmian serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka PWTC, Kuala Lumpur malam tadi. Gambar Digital: Abd Rahman Saleh/ Pemberita: Team UMNO/ Meja Am
Kuala Lumpur 13 November 2006- Perwakilan
Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO menyanyikan lagu UMNO pada majlis
perasmian serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO
di Dewan Merdeka PWTC, Kuala Lumpur malam tadi. Gambar Digital: Abd
Rahman Saleh/ Pemberita: Team UMNO/ Meja Am
Kuala Lumpur 13 November 2006- Najib Tun Razak melambaikan tangan ke arah perwakilan sebaik menaiki pentas utama bagi merasmikan serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka PWTC, malam tadi. Gambar Digital: Abd Rahman Saleh/ Pemberita: Team UMNO/ Meja Am
Kuala Lumpur- 13 Nov 2006 - Najib Tun Razak berucap pada majlis perasmian serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2006 di PWTC, malam tadi. Gambar Digital : Aswad Yahya / Pemberita: Team Umno
UCAPAN PERASMIAN SERENTAK PERSIDANGAN PERWAKILAN WANITA, PEMUDA
DAN PUTERI UMNO PADA 13 NOVEMBER 2006 (ISNIN) OLEH YAB DATUK SERI MOHD
NAJIB TUN ABDUL RAZAK, TIMBALAN PRESIDEN UMNO MALAYSIA
MEMACU MINDA MELAYUBismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Alhamdulillahirrabbil a’lamin. Segala salawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W,
Yang Berhormat Datuk Seri Rafidah Aziz, Ketua Pergerakan Wanita,
Yang Berhormat Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Pergerakan Pemuda,
Yang Berbahagia Datuk Noraini Ahmad, Ketua Pergerakan Puteri,
Yang Berhormat Naib-naib Presiden UMNO,
Yang Berhormat Datuk Setiausaha Agung UMNO,
Ahli-ahli Majlis Tertinggi,
Barisan Exco Wanita, Pemuda dan Puteri,
Saudara-saudari sidang perwakilan dan para pemerhati sekalian.
1. Alhamdulillah, kita merafakkan syukur setulusnya ke hadrat Allah S.W.T. yang telah mengizinkan kita berhimpun di Dewan Merdeka penuh bersejarah. Pada tahun ini, perwakilan Wanita yang hadir, mewakili lebih 1.3 juta ahli dari seluruh negara. Perwakilan Pemuda pula mewakili keahlian hampir 730,000 orang. Manakala perwakilan Puteri bagi pihak hampir 280,000 ahlinya.
2. Hakikatnya, semua yang berada di atas pentas ini dan saudara –
saudari di bawah, adalah pemimpin. Pemimpin kecil dan besar, baru serta
lama, pemimpin profesional dan pemimpin berpengalaman. Kita di sini,
dengan satu tekad dan satu perjuangan, demi membela agama, bangsa dan
tanah air. Ketika ini juga, kita sebenarnya, mewakili suara-suara hati
lebih 3.2 juta orang ahli UMNO. Secara umumnya, seramai hampir 16 juta
orang Melayu pula, meletakkan harapan kepada kita untuk membela untung
nasib mereka.
3. Dalam pada itu, pengundi dan rakyat telah memberi mandat yang
besar kepada Barisan Nasional dengan UMNO sebagai parti terasnya untuk
menerajui negara ini. Begitulah agungnya amanah yang kita junjung.
Begitulah hebatnya tanggungjawab yang kita dukung. Begitulah tingginya
harapan rakyat yang menggunung.
Kain kasa lipatan Kedah,
Kain songket pakaian Temenggung,
Berpuasa sudah beraya pun sudah,
Tiba masanya ke Perhimpunan Agung.
Nyiur gading mahligai puncak,
Ketupat pulut berisi inti,
Wanita anggun Pemuda segak,
Puteri pula tampak berseri.
Wanita, Pemuda, Puteri
4. Terlebih dahulu, moleklah kita rakamkan ucapan tahniah kepada ketiga-tiga pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri di atas tanggungjawab melaksanakan mesyuarat di peringkat cawangan dan bahagian dengan sempurna. Syabas kepada Wanita, Pemuda dan Puteri yang telah mencurahkan tenaga serta bakti dalam memastikan kemenangan pilihan raya kecil Pengkalan Pasir di Kelantan juga pilihan raya negeri Sarawak yang lalu. Apa yang pasti, setiap kali diperlukan, ketiga-tiga sayap dan tulang belakang parti ini, bingkas bangun menyahut seruan perjuangan supaya UMNO dan Barisan Nasional sentiasa memperolehi kejayaan.
Saudara dan saudari sekalian,
5. Seperti mana lazimnya, Wanita terus menjadi tunggak kestabilan
parti dengan sokongannya yang menyeluruh lagi berhikmah. Wanita sentiasa
gigih menjayakan program di peringkat akar umbi, tetap berbakti dan
berkorban demi kepentingan UMNO. Sesungguhnya komitmen Wanita dalam
meramaikan mesyuarat cawangan dan pelbagai aktiviti parti sentiasa
mengobarkan semangat perjuangan kita.
6. Pemuda pula mengorak langkah membela golongan yang ditimpa musibah di dalam mahupun di luar negara. Dengan tegas, Pemuda mengkritik ketidakadilan kuasa-kuasa besar serta pencabulan rejim Zionis yang tidak henti-henti menjadi punca kemelut di Timur Tengah. Kita yakin Pemuda akan terus menjadi benteng bagi menangkis sebarang serangan terhadap agenda Melayu.
7. Kita ingin sekali melihat, Puteri, terus diberikan sokongan padu oleh pimpinan semua peringkat. Puteri dengan pelbagai program, kempen, seminar dan kursus bergiat aktif di bandar sambil menyusur akar di desa. Yang jelas, Puteri seperti mana juga Putera sebagai gerakan peremajaan parti sewajarnya menjadi platform utama bagi ‘mengUMNOkan’ golongan muda.
8. Wanita, Pemuda dan Puteri mesti cekal berterusan menterjemahkan
suara hati nurani orang Melayu. Semarakkanlah api perjuangan melalui
pelbagai aktiviti kreatif untuk manfaat seberapa ramai ahli parti dan
rakyat. Oleh yang demikian, janganlah kita sebagai ahli, bak kata orang
Kepala Batas ‘cemuih’ atau bak kata orang Pekan ‘mamoi’ untuk menyertai
aktiviti yang direncanakan. Kita juga tidak akan membiarkan anak-anak
buah ‘bercempera’ atau berselerak sebaliknya marilah kita sentiasa
bergerak dalam satu saf yang mantap.
Saudara dan saudari sekalian,
9. Pada tahun yang lalu, saya telah mengutarakan beberapa tindakan kepada ahli-ahli parti sebagai persiapan menjana Melayu Glokal. Melayu Glokal, adalah Melayu yang berakar nasional namun akalnya menerjah ke persada internasional. Maksudnya, di samping kita hebat dalam negara, kita juga cemerlang di arena antarabangsa. Lima tindakan tersebut merangkumi penjanaan Melayu Glokal melalui ilmu dan pendidikan, penjanaan ekonomi untuk pembangunan, berpaksikan penghayatan agama, memperkuatkan jati diri melalui transformasi budaya dan memperkasakan politik berteraskan idealisme perjuangan.
10. Melayu Glokal yang dimaksudkan itu sudah pun ada contohnya. Pada
tahun 1997, seramai 15 orang jurutera Petronas yang terdiri daripada
anak-anak muda Melayu telah dihantar ke Switzerland untuk bekerja dan
menimba pengalaman di syarikat Sauber yang terkenal dalam arena Formula
One. Dalam masa setahun sahaja, mereka telah berjaya mencipta enjin
prototaip yang telah diuji dalam kereta Lotus dan kemudian menghasilkan
pula enjin komersial.
11. Alhamdulillah, enjin hasil ciptaan anak bangsa kita itu akan
dikeluarkan secara besar-besaran apabila termeterainya satu usaha sama
antara Petronas dengan sebuah syarikat automotif di negara China.
Anak-anak Melayu yang hebat ini seperti saudara dan saudari juga
antaranya berasal dari Batu Pahat, Kota Tinggi, Rembau, Balik Pulau,
Paka, Pasir Mas, Sandakan, Kuala Krai, Sg. Petani dan Mentakab. Mereka
akan mewarnai persada antarabangsa. Inilah contoh Melayu Glokal yang
kita banggakan. Inilah Melayu Glokal yang kita idam-idamkan. Inilah
modal insan berminda kelas pertama.
Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9)
Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9)
12. Pada 31 Mac 2006 yang lalu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri
telah membentangkan satu dokumen mutakhir negara iaitu Rancangan
Malaysia Kesembilan (RMK-9). Sebanyak RM 220 bilion telah diperuntukkan
dalam rancangan ini. Rancangan Malaysia Kesembilan untuk tempoh lima
tahun dengan lengkapnya menggariskan dasar-dasar bersama strategi utama
ke arah merealisasikan Misi Nasional. Misi ini mengutarakan lima teras
iaitu meningkatkan ekonomi dalam rantaian lebih tinggi, meningkatkan
keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas
pertama, menangani masalah ketidaksamaan sosio-ekonomi secara membina
dan produktif, meningkatkan tahap dan kemapanan kualiti kehidupan serta
mengukuh keupayaan institusi dan pelaksanaan negara.
13. Gagasan besar ini, secara keseluruhannya mengambil kira maslahah
atau kepentingan semua rakyat Malaysia, agar tidak ada sesiapa pun yang
tertinggal daripada arus perdana kepesatan pembangunan negara.
Perancangan strategik yang dihamparkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri ini dengan jelas bertujuan mengangkat martabat rakyat.
14. Kini dalam Rancangan Malaysia Kesembilan agenda Melayu lebih
tersurat. Ia bukan satu fatamorgana sebaliknya satu pelan implementasi
yang komprehensif. Ia merangkumi pendidikan, penguasaan sains dan
teknologi, pembangunan usahawan, pertanian berasaskan teknologi moden,
pembasmian kemiskinan, mengurangkan jurang pendapatan, jurang kekayaan
dan jurang antara wilayah. Untuk itu, marilah kita sama-sama sebagai
sebuah pasukan yang padu, mendukung kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’
Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam menterjemahkan hasrat besar ini.
Malaysia Lima Dekad
Saudara dan saudari,
15. Secara sedar ataupun tidak, menjelang tahun hadapan, akan rampun
atau berlangsunglah jubli emas kemerdekaan tanah air yang tercinta ini.
Sekiranya diibaratkan sebagai manusia, negara kita sudah pun menghampiri
umur matang. Tempoh 50 tahun kita bebas daripada belenggu penjajah
berlalu dengan pantas. Seandainya direnungkan, apa yang kita kecapi pada
hari ini sukar untuk digarap oleh pemikiran ramai pada waktu itu kerana
ada sesetengah pihak begitu sinis akan masa depan tanah air.
16. Walau apa pun, sejarah lima dekad telah merakamkan jutaan detik
dan peristiwa penting yang meletakkan Malaysia di peta dunia. Rahsia
kejayaan kita sememangnya terletak pada kekuatan kepemimpinan penuh
bijaksana dengan kehebatan pemikiran yang mendahului zaman. Tidak dapat
dinafikan, apa jua yang dinikmati oleh kita hari ini, tidaklah berlaku
dengan sendiri. Semuanya terhasil daripada perancangan yang rapi oleh
tokoh-tokoh pemimpin negara.
17. Sebagai contoh, di bidang siasah kita telah memilih untuk
berkongsi kuasa dan bukan memerintah secara bersendirian. Dalam bidang
sosial pula, kita memilih konsep integrasi dan bukan konsep asimilasi.
Pendekatan bijak inilah mencerminkan minda pemimpin Melayu yang
berhikmah dan cemerlang. Tambahan lagi, dalam keadaan dunia dibelenggu
dengan peningkatan fahaman ekstremisme, keganasan serta perbezaan
ideologi, Malaysia telah bersinar sebagai bukti bahawa keharmonian tetap
boleh dikecapi meskipun sesebuah masyarakat itu berbilang bangsa, agama
dan budaya.
Senario Antarabangsa
Saudara dan saudari sekalian,
18. Merujuk kepada senario antarabangsa, lihatlah sahaja kepada
pergolakan yang berlaku di negara-negara lain serata dunia. Di Timur
Tengah khususnya, kuasa-kuasa tertentu masih meneruskan agenda jahat
menghalalkan pencerobohan kedaulatan negara lain. Mereka mencabul hak
asasi manusia secara terbuka di atas nama “Peperangan Menentang
Keganasan”. Walau apa justifikasi mereka pun, dalam melancarkan
peperangan, umum mengetahui bahawa itu semua hanyalah muslihat dan tipu
daya belaka. Di negara mereka sendiri, rakyat sudah hilang kepercayaan
terhadap pemimpin-pemimpin seperti ini dengan memberikan isyarat jelas
melalui peti undi. Di Amerika Syarikat telah berlaku perubahan besar
dalam landskap politik ekoran daripada kemarahan rakyat terhadap apa
yang berlaku di Iraq.
19. Soalnya, jika mereka benar-benar ikhlas ingin menghapuskan
keganasan dan menegakkan keadilan di muka bumi, mereka sewajibnya
memilih untuk menangani permasalahan hakiki dan rintihan sebenar
(legitimate grievances) berhubung isu setempat seperti di Palestin,
selatan Thailand dan selatan Filipina. Misalnya, di selatan Thailand,
antara isu ialah tuntutan kebebasan mengamalkan cara hidup Islam dan
peminggiran daripada arus perdana pembangunan. Di Palestin pula, isu
sebenar adalah mengenai tanah air mereka yang dirampas oleh Yahudi
Israel sejak tahun 1948 sekali gus menafikan hak asasi rakyatnya kepada
sebuah negara yang berdaulat.
20. Di Asia Barat pula, kuasa-kuasa besar terus-terusan menjadi
pembuli antarabangsa yang rakus, tidak langsung menghiraukan pandangan
majoriti dunia. Mereka dengan angkuh mengamalkan sikap “yang kuat itu
benar” dan amalan “bertindak dahulu, berbincang kemudian” demi
kepentingan masing-masing. Inilah musibahnya apabila manusia memilih
jalan untuk berperang, bermusuhan dan menolak kedamaian. Maka ambillah
semua ini sebagai ibrah atau pengajaran. Kita sewajarnya memberikan
tindak balas berasaskan rasional dan kefahaman global, bukannya
berasaskan sentimen dan emosi dalam menangani isu antarabangsa.
21. Dari itu, hargailah kemakmuran dan perpaduan kaum sebagai satu
aset yang terlalu berharga. Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri
Britain, John Prescot ketika lawatan rasminya ke Malaysia telah
menyatakan bahawa negaranya kagum dengan pencapaian kita memerangi
ekstremisme dan mengekalkan keamanan. Menurut beliau, Britain, juga
sedang melihat kepada Malaysia sebagai contoh terbaik dalam menguruskan
masyarakat majmuk. Demikianlah pengiktirafan antarabangsa tentang
kejayaan Malaysia sehingga negara yang suatu masa dahulu pernah
menjajah, kini melihat kepada pengalaman kita demi mencari penyelesaian
masalah di negara mereka pula.
Saudara dan saudari,
22. Keadilan dan toleransi sememangnya telah lama diamalkan di negara
ini. Dalam usaha kerajaan menaik taraf sosio-ekonomi orang-orang Melayu
dan bumiputera, kedudukan kaum Cina tidak pernah dikesampingkan.
Perangkaan menunjukkan purata pendapatan isi rumah kaum Cina bertambah
daripada RM 796 sebulan pada tahun 1976 kepada RM 4,437 sebulan pada
tahun 2004. Sebaliknya pendapatan purata isi rumah kaum bumiputera
hanya meningkat daripada RM 339 sebulan kepada RM 2,711 sebulan bagi
tempoh yang sama.
23. Oleh itu, tertolaklah sama sekali tuduhan Lee Kuan Yew yang
menyatakan bahawa bangsa Cina terpinggir di negara ini. Justeru,
janganlah sesekali keterbukaan kita dianggap sebagai satu kelemahan.
Bahkan, keterbukaan itulah formula kejayaan kita memerintah selama ini.
Pendekatan murni ini telah sekian lama disambut baik oleh rakan-rakan
bangsa lain dengan berganding bahu membangunkan Malaysia.
Memperkasakan Melayu
Saudara dan saudari,
24. Tumbuh dan berkembang di atas asas negara yang stabil dan
harmoni, UMNO terus bekerja keras memperkasakan Melayu. Janganlah kita
berpuas hati dengan tahap kejayaan yang dicapai setakat ini kerana ia
belum menyeluruh. Memang benar matlamat awal kita adalah untuk
melahirkan seramai boleh anak Melayu dalam pelbagai bidang profesional,
namun angkanya belum mencecah bilangan yang dikehendaki. Jumlahnya perlu
dicapai dengan apa cara sekalipun. Dalam masa yang sama, objektif kita
adalah untuk melihat anak-anak Melayu melangkah lebih jauh dari itu.
25. Maksudnya tidak cukup dengan meraih ijazah-ijazah asas sahaja
tetapi kita mahukan puluhan ribu lagi peguam, doktor, akauntan, arkitek
serta jurutera Melayu yang memiliki kelayakan profesional tertinggi
dalam bidang strategik yakni mencapai status pakar bertauliah dalam
bidang masing-masing. Tidak cukup dengan seorang doktor biasa, anak
Melayu perlu menjadi seorang doktor pakar. Tidak cukup mendapat ijazah
perakaunan, anak Melayu perlu menjadi akauntan bertauliah. Tidak cukup
sekadar bergelar jurutera, anak Melayu perlu berusaha sehingga menjadi
doktor falsafah dalam bidang-bidang baru seperti teknologi nano.
26. Justeru, anak-anak Melayu kini telah teruji dari segi keupayaan
fizikal dan sudah mula menunjukkan taring di arena yang melibatkan
cabaran mental. Selain daripada pencapaian jurutera Petronas, seperti
yang saya nyatakan di awal ucapan tadi, 17 orang jurutera anak Melayu
yang lain pula terlibat dalam pembangunan projek mikro satelit yang
dinamakan Razak-Sat. Mereka juga berasal dari kampung-kampung seperti
Kg. Lahar Ikan Mati, Kepala Batas Pulau Pinang; Kg. Gelong Bilal, Pasir
Panjang Kuala Terengganu; Kg. Lancuk Emat, Pokok Sena Kedah dan Kg.
Tengah, Batu Kikir Negeri Sembilan.
27. Kisah kejayaan lain adalah pentauliahan sekumpulan anggota
Tentera Laut Diraja Malaysia di Perancis untuk mengendalikan kapal
selam. Begitulah kita juga amat berbangga dengan kejayaan yang bakal
dicipta oleh calon-calon angkasawan iaitu Dr. Sheikh Muszaphar Shukor
dan Kapten Dr. Faiz Khaleed. Semua ini akan termaktub di dalam lipatan
sejarah bahawa UMNO telah mencatatkan pencapaian yang begitu signifikan
membina bangsa Melayu yang bermartabat.
28. Sebagai bukti kepada kejayaan mobiliti sosial menegak, ramai
daripada anak Melayu yang sedang membuana di serata dunia ini adalah
anak pekebun, penoreh, nelayan, peneroka, buruh, petani dan kakitangan
rendah kerajaan yang telah diangkat darjatnya melalui sistem pendidikan
kerajaan pimpinan UMNO. Demikianlah, dasar perjuangan UMNO telah
membuahkan hasil dan impak yang sungguh membanggakan. Kalau dahulu orang
menyindir bahawa kita tidak mungkin mampu menghasilkan hatta sebatang
jarum pun.
29. Namun hari ini, kita telah berjaya membuktikan bahawa kemampuan
anak Melayu itu terlatih bermula daripada mengendali kapal selam di
dasar laut, mengungguli pelbagai teknologi di darat sehinggalah ke
penerokaan angkasa lepas. Alhamdulillah, inilah nikmat, inilah hikmat,
kurniaan yang melimpah ruah daripada Allah S.W.T kepada kita semua.
Secara manusiawi, tidak ada sesiapa yang boleh menafikan bahawa parti
yang telah memungkinkan semua ini berlaku adalah parti tercinta, parti
UMNO, parti kita semua.
Enam Dekad Kepemimpinan Kecemerlangan
Saudara dan saudari,
30. Pada tahun ini, UMNO genap usianya yang ke-60. Enam dasawarsa
yang berlalu menyaksikan jasa, khidmat bakti dan pengorbanan murni para
pemimpin serta ahli-ahli UMNO. Hasil perjuangan ini, telah membentuk
asas yang konkrit bukan sahaja kepada parti bahkan sebenarnya kepada
negara. Bermula dari tapak yang tersedia itulah, UMNO terus bertatih,
berjalan jatuh dan melangkah dengan cemerlang.
31. Menoleh sejarah, kita amat beruntung lantaran dianugerahkan
pemimpin-pemimpin yang sesuai sejak dari dahulu hingga hari ini. Dalam
tempoh setengah abad, seorang demi seorang pemimpin negara mengisi
kemerdekaan dengan jayanya, mengatur strategi penuh teliti, menggubal
dasar-dasar bagi menyusun semula masyarakat, mengagihkan kekayaan dan
membasmi kemiskinan. Tradisi kepemimpinan ini diteruskan pula oleh Yang
Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk membawa Malaysia
ke kemuncak aspirasi iaitu mencapai status negara maju.
32. Seiring dengan kejayaan ini, pencapaian wanita Malaysia juga
semakin membanggakan. Contohnya kini, wanita menjadi Ketua Trafik Bukit
Aman, Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti, Naib Canselor dua universiti,
Hakim Besar Malaya, Gabenor Bank Negara, Setiausaha Kerajaan Negeri,
Ketua Setiausaha Kementerian dan pelbagai lagi jawatan tertinggi dalam
kerajaan dan sektor korporat termasuk tiga orang menteri kabinet. Ini
membuktikan usaha untuk mencapai 30 peratus pembuat keputusan dalam
sektor awam dan swasta agar diwakili oleh wanita semakin berjaya.
33. Mensyukuri segala kejayaan yang telah dikecapi, kita sebagai
generasi penyambung tidak mempunyai pilihan, bahkan untuk terus
menjunjung amanah perjuangan suci UMNO. Pada hemah saya, di persimpangan
ini kita harus bertanya, adakah parti tercinta ini akan kekal disegani?
Selain itu, bukankah kita semua, sebagai ahli-ahli parti perlu
menghormati dan menjaga diri sendiri terlebih dahulu sebelum
mengharapkan penghormatan daripada orang lain?
34. Jawapannya, setiap seorang daripada kita tanpa mengira jawatan,
bertanggungjawab untuk menentukan bahawa UMNO itu terus dipandang mulia.
Inilah antara citra utama UMNO yang mesti dijadikan azimat perjuangan.
UMNO dan Barisan Nasional yang memerintah negara selama lima dekad
secara berterusan tanpa henti merupakan satu rekod dalam sejarah politik
seluruh dunia. Rekod ini wajar kita syukuri, kita hargai dan
pertahankan demi meneruskan perjuangan yang suci untuk bangsa Melayu dan
rakyat Malaysia.
Pertarungan Masa Hadapan: Pertarungan Minda
Saudara dan saudari,
35. Dalam surah al-Anfal ayat 60, Allah S.W.T menyeru kepada
orang-orang yang beriman antara lain bermaksud buatlah persiapan
secukupnya dengan segala bentuk kekuatan atau dalam istilah bahasa Arab,
‘quwwah’ untuk menghadapi musuh di medan peperangan. Manakala mafhum
sebuah hadis sahih pula, menyatakan bahawa seorang mukmin yang kuat itu
adalah lebih baik daripada seorang mukmin yang lemah. Jika dikaji dalam
konteks tafsiran semasa, ayat al-Quran dan hadis Nabi ini menuntut agar
kita sentiasa bersedia dan mempersiapkan diri dengan segala bentuk
kekuatan bagi menghadapi cabaran semasa.
36. Begitu banyak firman Allah yang menyeru manusia menggunakan akal
fikiran untuk mentafsir kejadian alam. Ini membuktikan peri pentingnya
minda atau akal sebagai satu keajaiban ciptaan Tuhan agar dimanfaatkan
sepenuhnya bagi memandu pergerakan hidup kita dalam semua bidang di
dunia. Kalau dahulu, kekuatan diukur secara fizikal dan kuantiti.
Contohnya berapa ramai bala tentera, berapa banyak hasil bumi atau
berapa luas tanah yang dimiliki. Pada zaman ini pula, kekuatan yang
lebih utama dan kritikal dalam menentukan kejayaan kepada organisasi,
bangsa mahupun negara adalah keupayaan minda.
37. Sememangnya, keupayaan minda yang hebat membolehkan kita
menggarap, mena’akul dan mencerap pelbagai permasalahan secara lebih
intelektual, rasional dan berstrategi. Para cendekiawan dan sarjana
menyebut bahawa kita wajar berfikir mengikut kerangka yang betul dan
jelas untuk mencapai sesuatu kejayaan. Oleh itu minda orang Melayu wajar
diasah dan diasuh agar berfikir menjauhi pertelagahan, mencintai
keharmonian dan mencipta kegemilangan. Hanya dengan kerangka minda yang
betul, kita dapat berhadapan dengan dunia serba mencabar.
Saudara dan saudari,
38. Apabila kita membicarakan tentang minda atau akal, organ penting
manusia yang dirujuk secara saintifik ialah otak. Otak manusia terdiri
daripada hemisfera kiri dan hemisfera kanan dengan beratus bilion sel
neuron yang boleh membuat hubungan interaksi umpama kuasa rangkaian
komputer. Mitos popular menyebut bahawa manusia dilahirkan dengan
genetik tertentu bersama saiz dan potensi otak serta keupayaan yang
tidak boleh diubah lagi. Namun, fakta saintifik menyebut bahawa otak
ialah organ yang sentiasa berkembang. Keupayaan serta keanjalannya boleh
terus dibina melalui pemakanan, latihan dan pendidikan yang sempurna.
39. Bermula daripada otak yang sihat dan subur, terbentuklah minda,
akal dan pemikiran yang merupakan kunci untuk membuka pintu kejayaan.
Sebuah pepatah lama Cina, ada menyatakan bahawa yang menggerakkan tubuh
badan bukanlah kaki tetapi sebenarnya minda dan fikiran. Bertolak dari
situ, jika kita ingin maju gunakanlah kapasiti minda ke tahap optimum
untuk bertarung di gelanggang dunia. Sesungguhnya pertarungan pada masa
kini dan masa hadapan adalah pertarungan minda.
40. Minda tidak akan berubah secara alami atau semula jadi. Justeru,
minda Melayu perlu dipacu dengan pembelajaran, latihan dan kaedah
mengenai pemikiran positif, pemikiran lateral, pemikiran proaktif dan
pemikiran mulia. Oleh yang demikian, kita perlu memacu minda Melayu
melalui kepemimpinan transformasi, bekerja sebagai satu pasukan,
menjayakan agenda Melayu, mempertahankan akidah dan memacu minda
generasi muda.
Pertama : Memacu Minda Melayu Melalui Pemantapan Kepimpinan Transformasi
Saudara dan saudari,
41. Sepanjang sejarah, kepemimpinan yang mantap adalah asas kepada
pembentukan sesuatu tamadun. Kerana itulah, kita berhasrat memperkasakan
kepemimpinan pada tahap yang terunggul iaitu kepemimpinan transformasi.
Kepemimpinan transformasi bermaksud keupayaan seorang pemimpin untuk
menterjemahkan visi dan misinya dalam bentuk tindakan kepada mereka yang
dipimpinnya.
42. Pada dasarnya, ia merupakan satu bentuk kepemimpinan yang menjana
penambahbaikan ketara sehingga sesebuah masyarakat ditransformasi
menurut visi dan misi kepemimpinan tersebut. Sebagai contoh terbaik kita
boleh mengambil pengajaran daripada sirah Nabi Muhammad S.A.W.
Rasulullah telah memacu minda umat pada ketika itu melalui kaedah
kepemimpinan transformasi sehingga berjaya mengubah sama sekali
masyarakat Arab jahiliah menjadi sebuah masyarakat yang tersusun lagi
bertamadun. Kejayaan kepemimpinan Rasulullah S.A.W ini turut diperakui
oleh ramai cendekiawan barat. Jelasnya, kehebatan seseorang pemimpin
bukan sahaja dinilai kepada dirinya, tetapi dinilai kepada keupayaannya
bekerja secara kolektif dengan yang dipimpin. Bekerja secara kolektif
dengan semangat sepasukan adalah prinsip yang wajar diteladani oleh
semua dalam memacu minda Melayu ke arah kejayaan.
43. Dalam konteks semasa, aspek paling penting yang dikaitkan dengan
kepemimpinan transformasi, ialah prestasi pencapaian. Ia sebenarnya
sinonim dengan kepemimpinan cemerlang. Waima, seorang pemimpin agung
seperti Iskandar Zulqarnain pun tidak akan mampu untuk memimpin bala
tenteranya jika dia tidak menunjukkan prestasi pencapaian cemerlang,
semasa mengepalai pertempuran dan menakluki wilayah baru.
44. Pada zaman moden ini, tuntutan kepada prestasi pencapaian yang
cemerlang amatlah penting. Sepertimana sebuah perumpamaan Inggeris
menyebut “Vision without action is just a dream and action without
vision is meaningless”. Ertinya wawasan tanpa tindakan hanyalah mimpi di
siang hari dan tindakan tanpa wawasan amatlah sia-sia. Kepemimpinan
transformasi menggabungkan wawasan dan tindakan dalam segala urusan.
Melalui kepemimpinan transformasi, bangsa dan negara kita boleh membuat
lonjakan berganda, ke arah mencapai kemajuan tahun 2020 nanti. Justeru,
kita perlu memacu minda Melayu melalui aspek kepemimpinan transformasi
yang dinamik demi kesinambungan perjuangan.
Kedua : Memacu Minda Melayu Ke Arah Bekerja Sebagai Satu Pasukan
Saudara dan saudari,
Tiada masa kita bertelagah,
Jangan dicari buruk musibah,
Kelak akhirnya membawa padah,
Bersatulah kita sepenuh tekad,
Sepasukan dengan tinggi semangat,
Moga perjuangan membawa berkat.
45. Pengasas UMNO, Dato’ Onn Jaafar berpesan: “kita berkehendak
supaya tanah air dan bangsa kita terselamat dan kuat dan hanyalah boleh
kuat jika bersatu padu”. Namun, sayang sekali sekiranya kita memilih
untuk berpecah dan membawa haluan masing-masing. Maka musnahlah wawasan
tidak kesampaian, hancur cita di hujung jalan, perjuangan suci tinggal
kenangan. Oleh yang demikian, di dalam dewan yang bertuah ini saya ingin
mengingatkan diri saya dan kita semua tentang peri pentingnya
mengamalkan konsep kerja sepasukan.
46. Oleh itu, perkara utama untuk mengukuhkan parti adalah dengan
memacu minda ahli untuk mengamalkan konsep kerja sepasukan berteraskan
konsep jemaah seperti yang diterapkan oleh Rasulullah S.A.W. Dari sudut
bahasa, jemaah itu membawa erti persatuan dan lawannya ialah perpecahan.
Konsep jemaah menyeru kita menjauhi diri daripada perpecahan dan
pemulauan sesama kita. Menurut mafhum hadis, berjemaah itu adalah rahmat
dan berpecah itu adalah azab.
47. Maka, konsep kerja sepasukan menuntut kita lebih bersikap
toleransi untuk menerima pelbagai pandangan mahupun kritikan secara
terbuka dan berlapang dada. Kata orang bersatu dalam perkara yang kita
sepakati, bermusyawarahlah dalam perkara yang kita selisihi. Dengan
bergerak sebagai satu pasukan yang saling memahami dan menghormati, kita
dapat menolak anasir yang boleh memecahbelahkan kesatuan. Selain itu,
setiap ahli dan pucuk pimpinan hendaklah saling nasihat-menasihati
antara satu sama lain. Ini amat selaras dengan prinsip bahawa
kepentingan parti mengatasi kepentingan individu.
Ketiga : Memacu Minda Demi Menjayakan Agenda Melayu
Saudara dan saudari sekalian,
48. Agenda Melayu adalah kerja utama UMNO dalam memartabatkan bangsa
tercinta. Menyingkap sejarah, kita dijajah mulai tahun 1511 hingga
tahun 1957. Selama 446 tahun itu, lambakan hutang negara kepada bangsa
Melayu tidak mungkin terbayar hanya dalam masa 20 atau 30 tahun. Bila
berjuang untuk kepentingan orang Melayu, kita ingin menegaskan bahawa
tiada had masa yang ditetapkan untuk mencapainya. Selagi belum berjaya,
selagi itulah kita akan terus berusaha dengan segala kuasa dan kudrat
yang ada demi membela nasib bangsa. Sementelahan itu juga, apa yang
ingin kita tuntut adalah hak kita dan hak sebagai sebuah bangsa tanpa
menafikan hak kaum-kaum lain di negara ini.
49. Baru-baru ini terdapat hasil penyelidikan yang menyimpang bahawa
tahap pegangan ekuiti bumiputera telah pun melepasi angka 45 peratus
dibandingkan dengan angka 18.9 sebagai peratusan sebenar pegangan
bumiputera. Hujah 45 peratus itu amat tidak realistik disebabkan rumusan
fakta kajian yang tidak tepat. Contohnya mereka mengambil kira bahawa
syarikat berkaitan kerajaan seperti Petronas, Telekom Malaysia dan
Tenaga Nasional sebagai syarikat milik bumiputera sedangkan ia adalah
milik kerajaan.
50. Untuk makluman, angka 18.9 peratus yang dikeluarkan kerajaan
adalah berdasarkan kepada data hampir 600,000 syarikat, dibandingkan
kaedah mereka yang hanya mengkaji 1,000 syarikat di Bursa Malaysia.
Mujurlah dakwaan sedemikian telah pun disangkal oleh ahli politik,
cendekiawan, usahawan Melayu, lebih-lebih lagi Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri sendiri. Seperti yang telah saya tegaskan jangan ada
sesiapa yang cuba menyindir kononnya kerajaan tidak telus dalam
memberikan data tentang ekuiti pencapaian bangsa Melayu.
51. Pentingnya kita tidak harus lupa bahawa pengagihan adil yang
dipertahankan ini, hanya bermakna sekiranya negara dapat terus menjana
kadar pertumbuhan yang mapan dan lestari. Dalam konteks ini, kita
meminta agar kaum lain bersama-sama menjadi rakan kongsi tulen
menggembleng tenaga dalam membina ekonomi yang menguntungkan semua
pihak. Di sinilah letaknya cabaran yang besar untuk memacu minda Melayu
bagi menguasai pelbagai bentuk kekayaan yang baru tanpa bertumpu kepada
pegangan ekuiti atau saham semata-mata. Orang Melayu mestilah melipat
gandakan kekayaan melalui penguasaan hartanah yang bernilai tinggi di
bandar-bandar, instrumen kewangan seperti bon dan modal teroka, harta
intelek serta aset di luar negara.
Saudara dan saudari,
52. Orang Melayu perlu berani bertarung minda dalam persekitaran
global. Berlumbalah untuk mendapatkan pekerjaan yang berteras dan
berdaya ilmu sama ada di dalam mahupun di luar negara. Kepada usahawan
Melayu, rebutlah peluang perniagaan hingga ke peringkat antarabangsa
yang terbentang luas. Kita mahu orang Melayu terlibat secara langsung
dalam proses mencipta kekayaan sendiri tanpa mengharapkan kekayaan
agihan orang lain apatah lagi daripada kerajaan semata-mata. Janganlah
terlalu bergantung kepada peluang daripada perbelanjaan sektor awam
kerana peluang daripada sektor swasta adalah jauh lebih besar. Faktanya,
perbelanjaan sektor swasta adalah berkali ganda berbanding sektor awam.
53. Suka saya berkongsi, satu strategi pemikiran terkini
diperkenalkan oleh Profesor W. C. Kim dari Korea Selatan yang dinamakan
Strategi Laut Biru dalam bukunya Blue Ocean Strategy. Kaedah yang
menggunakan strategi laut biru dan lawannya laut merah bertujuan memacu
minda kita untuk berinovasi, menjadi kreatif, berfikiran ke hadapan
menerokai bidang baru yang sukar ditembusi oleh pesaing perniagaan.
Contoh perbandingan: mengusahakan penerbangan khidmat penuh adalah
penerokaan di laut merah kerana telah banyak persaingan manakala
menawarkan penerbangan tambang murah seperti Air Asia adalah penerokaan
laut biru.
54. Contoh yang lain ialah mengusahakan rangkaian televisyen biasa
adalah penerokaan laut merah, sementara mengendalikan rangkaian
televisyen berbayar adalah penerokaan laut biru. Perniagaan
warung-warung kopi di tepi jalan adalah penerokaan laut merah tetapi
membuka rangkaian kafe moden ala Starbuck atau Coffee Bean di lokasi
strategik adalah penerokaan laut biru. Oleh itu, usahawan Melayu eloklah
mengambil pendekatan strategi laut biru agar boleh berdaya saing,
berdaya tahan dan berdaya untung serta berjaya dalam persaingan yang
semakin sengit.
Saudara dan saudari,
55. Ingin ditegaskan di sini, Agenda Melayu adalah satu gagasan besar
yang melibatkan pelan tindakan bangsa untuk menjadi hebat dalam
pendidikan, kuat dalam ekonomi, mantap pada aspek sosial dan terbilang
di pentas dunia. UMNO benar-benar serius dalam melunaskan aspirasi
agenda Melayu dan tidak akan sekali-kali berundur sehingga matlamat itu
tercapai. Sebabnya, kita tidak mahu bila muncul sinar mentari pagi pada 1
Januari 2020 nanti, bangsa Melayu berdemonstrasi di Putrajaya, meraung
di seluruh negara, agar jangan diumumkan Malaysia ini sebagai negara
maju lantaran bangsa Melayu masih belum maju lagi.
56. Kerana itulah, perjuangan UMNO dalam membela agenda pendidikan
orang Melayu akan diteruskan. Sebagai contoh pada perhimpunan tahun
lalu, disarankan supaya Universiti Teknologi Mara (UiTM) menambah
bilangan pelajar kepada 200,000 orang menjelang tahun 2010 berbanding
jumlah kini iaitu seramai 100,000 orang. Kita bersyukur kerajaan yang
diterajui oleh UMNO telah meluluskan peruntukan lebih RM 3 bilion bagi
tujuan tersebut. Konsep pendemokrasian pendidikan pula akan diberikan
tumpuan demi mewujudkan peluang yang saksama kepada pendidikan
berkualiti atau equal access to quality education. Kalau dahulu kita
berusaha keras untuk mewujudkan peluang-peluang pendidikan secara
meluas, sekarang ini perjuangan kita ialah untuk memastikan pendidikan
yang diberikan adalah berkualiti dari segi prasarana, alat pembelajaran
dan terutamanya guru-guru yang mengajar.
57. Sesungguhnya, pencapaian anak Melayu dalam pendidikan luar bandar boleh dilonjakkan dengan adanya guru-guru yang berkualiti. Hatta sekolah yang daif prasarana seperti di persisiran sungai, sepanjang parit dan di kaki bukit pun boleh diubah menjadi lebih ceria dan menarik hasil usaha kreatif guru-guru ini. Bila ini terlaksana, barulah hasrat untuk melahirkan modal insan berminda kelas pertama, melalui proses pendidikan yang berkualiti akan tercapai.
58. Sebagai susulan kepada gema suara Perhimpunan Agung UMNO tahun
lalu, sukacita dimaklumkan bahawa kita telah menginstitusikan agenda
Melayu. Antaranya kita telah menubuhkan 12 kumpulan utama dalam pelbagai
bidang untuk merangka inisiatif khas agenda Melayu. Baru-baru ini
kerajaan telah mengambil langkah membentuk Lembaga Kemajuan Bandar bagi
menghidupkan semula fungsi asal Lembaga Pembangunan Bandar (UDA)
memperkasakan ekonomi orang Melayu di bandar.
59. Menurut statistik tahun 2005 oleh Unit Perancang Ekonomi,
Jabatan Perdana Menteri, bangunan dan premis komersial yang dimiliki
oleh bumiputera hanya 11.7 peratus dibandingkan dengan kaum Cina 71
peratus. Bertolak dari sinilah, Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera
dibentuk dengan modal awal sebanyak RM 2 bilion bagi memastikan pegangan
hartanah yang tidak dapat dibeli oleh individu Melayu dapat diperolehi
dengan dana secara berkumpulan. Selain itu, melalui pelbagai inisiatif
khusus, penglibatan bumiputera di Bursa Malaysia akan dipertingkatkan
secara keseluruhannya.
Saudara dan saudari,
60. Jelasnya, agenda Melayu akan terus diperkasakan dalam pelaksanaan
Rancangan Malaysia Kesembilan. Apa juga yang perlu untuk kemajuan
Melayu, kita akan perjuangkan agar ia segera dilaksanakan dan segera
dibina. Mustahaknya, amanah keramat itu jangan diselewengkan, jangan
ditiriskan dan jangan sekali-kali diabaikan. Di peringkat tertinggi Yang
Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengetuai sebuah Badan Bertindak
Pelaksanaan Negara (NITF) sebagai tanda komitmen beliau untuk
melaksanakan agenda Rancangan Malaysia Kesembilan dengan jayanya.
61. Jentera pelaksana khasnya pegawai dan kakitangan kerajaan
mestilah terus berdedikasi dalam pekerjaan, kurangkan karenah birokrasi,
gandakan kerjasama dengan pihak swasta dan berilah perkhidmatan
melampaui kebiasaan demi mencapai kemajuan. Di samping itu, pimpinan
parti di semua peringkat hendaknya menjadi mata yang tidak buta, telinga
yang tidak tuli dan mulut yang tidak bisu untuk membina maruah bangsa.
Keempat : Memacu Minda Melayu Dengan Mempertahankan Akidah
Saudara dan saudari,
62. Mutakhir ini kita dihadapkan dengan pelbagai isu yang mencabar
kesucian agama Islam. Kita saksikan meningkatnya kes-kes ajaran sesat,
murtad dan tentangan terhadap peruntukan-peruntukan perlembagaan yang
berkaitan agama Islam khususnya Perkara 11 dan Perkara 121 (1A)
Perlembagaan Persekutuan. Kesemuanya mempamerkan bibit-bibit penghinaan
kepada kesucian agama Islam dan percubaan untuk menggoncang akidah umat.
63. Amaran kita kepada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab,
padamkan segera api yang boleh meleburkan keharmonian antara kaum dan
agama. UMNO menentang sekeras-kerasnya penubuhan Suruhanjaya Antara
Agama (IFC) yang boleh menggugat keharmonian di negara ini. Pokoknya,
persoalan tentang agama adalah isu sensitif yang wajar difahami oleh
semua pihak. Justeru, berhati-hatilah menangani hal ini demi mengekalkan
perpaduan kaum. UMNO akan teguh dengan pendiriannya sebagai pembela
agama Islam di Malaysia.
64. Sesungguhnya, peranan keluarga amat penting dalam mempertahankan
akidah. Setiap ahli keluarga Melayu iaitu ibu, bapa dan anak-anak
hendaklah mendalami ajaran Islam dan menjadikannya sebagai cara hidup.
Dengan persekitaran yang semakin mencabar, membina keluarga yang bahagia
bukanlah mudah. Ini benar kerana, anak-anak kini terdedah dengan
pelbagai budaya yang memerlukan tapisan serta saringan. Oleh sebab itu,
selain ilmu agama, ibu bapa wajar mempunyai kemahiran keibubapaan.
65. Anak-anak perlu diasuh minda dan dibina sahsiah serta
keperibadian diri yang seimbang seawal peringkat kelahiran. Itulah
sebabnya sebuah majlis khas untuk pendidikan awal kanak-kanak di tempoh
enam tahun pertama telah ditubuhkan. Untuk itu, semua pihak khususnya
Wanita dan Puteri disarankan agar mengambil inisiatif untuk bersama
membantu menjayakan program yang mulia ini. Hanya dengan pendidikan yang
sempurna dan pemahaman Islam yang jelas akan melahirkan masyarakat yang
berpaksikan akidah yang betul. Dengan berpegang kepada ajaran agama dan
akidah kukuh yang dipertahankan, maka umat Islam di negara ini dapat
menuju al-falah seterusnya menjadikan kita sebagai negara Islam contoh
yang dihormati oleh rakan dan lawan.
Kelima : Memacu Minda Generasi Muda Melayu
Saudara dan saudari,
66. Setelah saya nyatakan empat aspek pemacuan minda itu,
persoalannya sekarang di manakah letaknya anak-anak muda bangsa kita
dalam konteks persediaan menempuh cabaran masa kini dan hadapan. Jika
disingkap, peranan generasi muda sememangnya terserlah dalam sejarah
manusia itu sendiri. Golongan muda boleh menjadi pelopor kepada suatu
kebangkitan dan menjadi penggerak kepada arus perdana perubahan
masyarakat.
67. Sejarah telah merakamkan nama-nama anak muda yang hebat seperti
Muhammad Al Fateh yang telah membuka Kota Konstantinopal ketika berusia
21 tahun dan Usamah bin Zaid yang hanya berusia 18 tahun semasa memimpin
bala tentera untuk menyerang kerajaan Rom. Jelasnya transformasi
sesebuah masyarakat dan tamadun didukung kuat oleh generasi muda.
Menyongsong sejarah negara kita, tokoh-tokoh tanah air seperti
Allahyarham Tun Razak, Allahyarham Tun Hussein Onn, Allahyarham Tun
Ghafar, Tun Fatimah Hashim dan Tan Sri Aishah Ghani juga tergolong dalam
kumpulan berusia muda ketika mereka memperjuangkan kemerdekaan dan
mewarisi negara yang berdaulat. Menariknya, pada masa itu kebanyakan
mereka berada dalam lingkungan umur 20-an dan awal 30-an lebih kurang
seusia dengan ramai Pemuda, Puteri dan Putera dalam dewan ini.
68. Malangnya kini, generasi muda yang sepatutnya menjadi barisan
hadapan, begitu mudah terpengaruh dengan asakan-asakan negatif. Ramai
yang hidup penuh hedonistik tanpa bertunjangkan agama, budaya mahupun
adat. Realitinya juga kita berhadapan dengan masalah keciciran
persekolahan, najis dadah, HIV Aids, mat rempit, leka dengan hiburan
melampau yang mencabar keteguhan akidah anak-anak muda. Kesemuanya ini
amat menyedihkan dan mencerminkan minda kelas ketiga. Hal kebejatan
sosial ini menjadi antara faktor utama yang merendahkan taraf dan
merugikan kita sebagai bangsa Melayu yang beragama Islam.
69. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab UMNO membendung
permasalahan tersebut dengan memacu minda generasi muda ke arah
pemikiran baru dan sikap yang positif. Program-program kreatif yang
memupuk nilai-nilai murni di kalangan anak-anak muda perlu dilaksanakan
oleh semua organisasi. Inilah pelaburan bijak demi kebaikan masa hadapan
agar pencapaian umat Melayu ditingkatkan dan kegagalan Melayu
dikurangkan.
70. Kepada generasi muda, usah bertanya sumbangan negara kepada anda
yang sememangnya telah banyak dilimpahkan. Jadilah anak-anak muda yang
berjasa kepada negara, berkhidmat dengan penuh semangat. Di atas
segalanya, apa yang kita usahakan adalah untuk memastikan bahawa
generasi pewaris negara kelak bukan zuriat yang lemah sebaliknya
merupakan satu generasi yang kuat dan berwibawa.
Senario Politik Semasa
Saudara dan saudari,
71. Tradisi UMNO adalah memberi ketaatan yang tidak berbelah bahagi
kepada pucuk pimpinan. Tradisi UMNO mementingkan musyawarah untuk
menjamin perpaduan. Kita mesti memberikan sokongan padu kepada Yang Amat
Berhormat Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Presiden parti dan
Perdana Menteri. Itulah tanda kesepakatan perjuangan dengan semangat
sepasukan yang padu. Itulah tanda kesetiaan demi mencapai wawasan yang
jitu. Pemimpin datang dan pergi silih berganti. Setiap Perdana Menteri
telah berkhidmat, berbakti dan berjasa dalam zaman dan era tersendiri
yang telah terpahat dengan tinta emas sejarah. Generasi kini amat
menghargai setiap idea, sumbangan fikiran, dasar-dasar kecil dan besar
yang telah mengubah landskap sosio-politik negara bangsa kita. Jasa para
pemimpin tinggi nilainya. Hormat kita kepada mereka tiada taranya.
72. Namun, kerunsingan terserlah apabila pimpinan yang disanjung mula
bertelagah. Kebimbangan kita pun bertambah apabila pembangkang mula
mengambil kesempatan. Alangkah lega dirasakan jika kita diberi peluang
untuk membina bangsa dan negara tanpa cabaran seumpama ini. Mampukah
kita bercanggah sedangkan impian dan wawasan tinggal 13 tahun cuma,
untuk dipenuhi? Mampukah kita bersengketa jika anak bangsa masih belum
gagah di bumi sendiri? Pertelagahan akan berakhir dengan perpecahan.
Dari itu, tinggi harapan kepada semua yang cintakan agama, bangsa, dan
negara agar cahaya perdamaian akhirnya nanti menyinari suasana yang
muram.
Penutup
73. Kita bertekad untuk memacu minda Melayu dalam rangka membina
generasi yang mengamalkan budaya cemerlang. Pemacuan minda Melayu
mementingkan nilai-nilai murni seperti amanah, bijaksana, cekap dan
dedikasi. Pendek kata, sikap sambil lewa, ambil mudah, tidak apa, ala
kadar, hentam keromo, semberono dan cincai perlu dikikis daripada minda
orang Melayu.
74. Ingatlah, semua orang boleh menjadi hebat. Rahsia kehebatan
sebenarnya adalah bekerja kuat disertai dengan latihan terancang yang
bertubi-tubi dan habis-habisan (deliberate practice), bak kata orang
Kedah ‘habih pulun’ atau kata orang Kelantan ‘habih reng’. Ia melibatkan
pelaksanaan aktiviti secara intensif, berterusan dan bersungguh-sungguh
untuk memperbaiki prestasi pencapaian berasaskan kerangka minda yang
betul berserta doa dan tawakal. Insya-Allah kita akan berjaya. Kita juga
inginkan budaya cemerlang ini dipraktikkan dalam diri, keluarga,
sekolah, pejabat, parti, perniagaan dan kehidupan seharian. Terbukti,
dalam persaingan dunia mencabar, hanya mereka dengan keupayaan minda
yang hebat, sanggup bekerja kuat dan mengamalkan nilai murni akan kekal
cemerlang.
75. Sesungguhnya, Malaysia berada pada satu titik di garisan berlandaskan Gagasan Islam Hadhari yang dipelopori oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kita dituntut membuat satu perubahan besar kepada cara gaya pemikiran dengan meninggalkan corak pemikiran yang kolot. Umat Islam hendaklah menjadi umat yang terbaik, umat yang terbilang. Sebagai khairul ummah kita ingin membina tamadun yang hebat demi kesejahteraan serta hasanah di dunia dan hasanah di akhirat.
Saudara dan saudari,
Jika dinukilkan rasa cinta kepada agama dan bangsa;Ayuh dimetri dengan tinta bersalut emas dan bertatahkan permata.Jika bertarung untuk mengangkat martabat negara dan negeri;Biar lurah dituruni, gunung didaki hatta merentas lautan api.Jika wawasan dan misi suci untuk Agenda Melayu yang diimpikan;Segera kita bersatu, hentikan pertelagahan dan kukuhkan benteng perjuangan.Jika negara tercinta Malaysia ini dipertaruhkan;Biar keringat, darah dan air mata bersama semangat perwira kita pertahankan.Jika kecemerlangan anak bangsa yang dituju;Ayuhlah kita Memacu Minda Melayu.
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan penuh rasa
tawadhuk merasmikan Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri
Tahun 2006 dengan ucapan selamat bersidang. Wabillahi Taufiq Walhidayah
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Kuala Lumpur 14 November 2006- SDato' Noraini Yusof, Ketua Puteri UMNO sempat mengatakan sesuatu sebelum bermulanya Perhimpunan Agong tahunan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia di PWTC Kuala Lumpur...Gambar Digital:Zhafaran Nasib/ Pemberita:Team UMNO
Kuala Lumpur 14 November 2006-Perhimpunan Agong tahunan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia...Gambar Digital:Zhafaran Nasib/ Pemberita:Team UMNO
UCAPAN DASAR DATUK NORAINI AHMAD KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA SEMPENA PERHIMPUNAN AGUNG PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA PADA 14 NOVEMBER, 2006 - Wawasan generasi bestari
Bismillahir Rahmani Rahim
Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha pengasih
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Yang Berbahagia Puan Pengerusi Tetap, Puan Rohani Abu Hassan
Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia,
YB Cik Rosnah Abdul Rashid Shirlin
Wakil-wakil Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia
YB Dato’ Seri Dr Jamaluddin Jarjis
YAB Dato’ Seri Dr Mohamad Tajol Rosli
YB Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim
Yang Berhormat dan Yang Berbahagia Pegawai-pegawai Pergerakan
Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Ketua-ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri
Sidang Perwakilan
Para hadirin sekalian
1. Alhamdulillah, kita dapat bersama-sama sekali lagi bersidang di dewan penuh bersejarah ini, dalam suasana aman dan harmoni untuk sama-sama membincangkan agenda perjuangan parti, ke arah membela nasib masa depan anak bangsa di Negara tercinta ini.
2. Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana UMNO yang ditubuhkan pada 11 Mei 1946 terus subur, segar dan relevan kepada orang Melayu. Bersyukur juga kerana Pergerakan Puteri UMNO yang dilancarkan pada 3 Ogos 2001 kini sudahpun berusia lima tahun. Tahun ini juga, genaplah dua tahun saya dengan sokongan padu semua barisan exco menerajui sayap bongsu dalam parti ini.
KEJAYAAN SEPANJANG 2006
3. Sepanjang tahun lepas sehinggalah tahun ini, banyak program yang telah Puteri gerakkan hingga ke akar umbi. Kita telah dan masih mengendalikan program-program serta rangka aktiviti sebagaimana direncanakan. Berkat ikhtiar dan kerja keras setiap ahli yang terlibat kita mampu melaksanakannya dengan berjaya. Disamping meneruskan program berteraskan pendidikan dan sosial, kita turut menumpukan usaha kepada masalah pengangguran di kalangan generasi muda dan ahli Puteri.
4. Antara program yang telah dijalankan untuk mengatasi masalah ini ialah Program Sijil Profesional Exekutif Korporat (PRO-Spek) dan Tunas Kerjaya. Kita turut menggerakkan program untuk menggalakkan ahli Puteri menjadi usahawan. Roadshow Pembangunan Usahawan yang dijalankan di seluruh negara berjaya menarik minat kelompok muda untuk mendekati bidang perniagaan. Kita bertekad bahawa dalam keadaan apa sekalipun usaha ini tidak akan sesekali terhenti di sini.
5. Sebagai penerus, satu program yang dipanggil ‘Mentor-Mentee Usahawan’ akan dilancarkan tidak lama lagi. Program ini merupakan satu pindahan idea dan teknologi, daripada usahawan yang telah terbukti berjaya kepada ahli-ahli Puteri yang baru memulakan perniagaan. Kita mengharapkan program ini dapat digunakan sebaiknya oleh ahli Puteri kelak.
6. Puteri juga sedar bahawa isu kepenggunaan cukup dekat dihati masyarakat. Penubuhan ‘Skuad Pengguna’ merupakan terjemahan kepada kesungguhan kita untuk memastikan hak-hak pengguna terus terbela. Selain itu, program bengkel Mekar ICT terus diperhebatkan lagi supaya pengetahuan berkaitan teknologi dan komunikasi tidak terhenti. Program berunsurkan kebudayaan seperti ‘Malam Puisi Tradisi’ turut mewarnai kemeriahan aktiviti Puteri.
7. Bagi tahun 2006, banyak ranjau dan duri telah kita tempohi bersama-masa ke arah menjayakan matlamat perjuangan parti. Ini juga untuk memantapkan lagi pergerakan ini. Saya gembira kerana semakin ramai generasi muda berminat menyertai UMNO dan keahlian Puteri telah berjaya kita tingkatkan sehingga 276,362 orang setakat ini. Ia adalah satu manifestasi kejayaan yang kita rintis bersama dalam menarik lebih ramai generasi muda untuk sama-sama berjuang dalam parti keramat ini.
8. Seperti juga tahun pertama saya mengambil alih kepemimpinan di dalam Puteri UMNO, kombinasi pelaksanaan program dan semangat sukarela, banyak membantu kita menjayakan setiap program. Saya bangga dengan semangat sukarela yang ditonjolkan ahli-ahli Puteri, sehingga dalam keadaan serba kekurangan, tanpa mengharapkan upah dan ganjaran, kita berjaya memaksimakan sumbangan kepada masyarakat. Ini kerana kita berpegang kepada prinsip bekerja untuk bangsa, agama dan negara, tanpa mengharapkan apa-apa balasan.
9. Ucapan tahniah dan rasa bangga saya kepada Exco pusat dan Ketua Puteri Negeri yang aktif dalam menggerakkan aktiviti biro dan program negeri masing-masing. Saya juga berterima kasih kepada ahli-ahli Puteri di segenap peringkat, di Pusat, Bahagian dan Cawangan. Kesemuanya tidak menang tangan, turun padang, bagi melaksanakan pelbagai program dari pendidikan hinggalah kepada kebajikan, ekonomi dan sosial, semuanya kita perjuangkan. Namun, kita perlu bersungguh-sungguh memastikan bahawa program-program ini terus hidup dan digerakkan.
Perwakilan yang dihormati sekalian,
10. Puteri UMNO berikrar untuk terus berdiri teguh di belakang kepemimpinan Presiden parti yang juga Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Puteri juga menyokong tindakan dan keputusan yang telah dipersetujui untuk kepentingan agama dan bangsa demi wawasan negara mencapai status negara maju menjelang 2020.
11. Tentu kita masih ingat pesan Pak Lah yang ketika itu Timbalan Presiden Umno, pada Perhimpunan Agung Umno pada tahun 2003, supaya 'kita belajar menjadi pengikut yang baik dan setia kepada pemimpin'.
12. Memetik kata-kata Pak Lah lagi ketika itu, "Belajar dan berusahalah menjadi pengikut yang baik dan setia kepada pemimpin, sebagai persediaan untuk menjadi pemimpin yang baik kepada parti dan setia kepada perjuangan. Berkhidmat dan berusahalah menjadi pengikut yang baik dan setia. Berkhidmat dan berjasalah kepada parti dan ahli."
13. Ungkapan ini juga penuh dengan maksud yang tersirat termasuk taat dan setia kepada seorang pemimpin. Ini juga bermaksud, Umno juga tidak perlu ada dua pemimpin untuk menerajui barisan kepemimpinannya.
14. Perhimpunan tahun ini amat singnifikan bagi Puteri Umno kerana ia adalah perhimpunan pertama sejak Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan Misi Nasional dilancarkan. Buat pertama kalinya rancangan lima tahun kita mempunyai teras yang khusus. Misi Nasional kita dirangka berlandaskan lima teras utama yang berpaut dengan falsafah pembangunan modal insan sebagai elemen ekonomi yang amat penting. 50% daripada 26.75 juta modal insan ini adalah terdiri daripada kaum hawa. Peranan kita terutama kelompok muda ini dalam proses pembangunan sosioekonomi adalah amat bernilai.
15. Di sini Puteri Umno berikrar memberi sokongan padu kepada Perdana Menteri dalam menjayakan RMK-9 dan Misi Nasional ini. Kami berharap kepimpinan Negara dapat memastikan pengagihan projek dalam RMK-9 didiagihkan secara telus, tanpa memberi ruang kepada berlakunya sebarang ketirisan demi memastikan manfaatnya dinikmati oleh seluruh lapisan rakyat, khususnya generasi Puteri.
16. Sesungguhnya, kita mahu supaya UMNO yang menjadi teras dan tunggak kepada bangsa Melayu ini terus berkuasa, kerana UMNO merupakan warisan dan pusaka paling berharga untuk generasi muda.
17. Kepada ahli-ahli Puteri, kita jadikanlah sejarah silam yang berlaku dalam Umno sebagai iktibar dan panduan. Dalam apa jua keadaan ahli Umno perlu bersatu, berdiri teguh di belakang pemimpin parti bagi memastikan Umno tetap menjadi parti dominan bagi orang Melayu.
ISU DAN CABARAN
Perwakilan Yang Dihormati Sekalian,
18. Kita kini berada dalam dunia berteraskan teknologi yang luar biasa pantasnya. Setiap apa yang berlaku di sekeliling kita merupakan campuran seribu satu cabaran, peluang dan masalah termasuk unsur buruk dan baik yang sentiasa cuba menyerap dalam diri setiap insan.
19. Cabaran golongan tertentu terhadap bangsa Melayu pun sudah sampai ke tahap serius dan ini berlaku bukan sekali-dua atau membabitkan sedikit perkara, malahan berkali-kali dan menyentuh beberapa isu sejak kita mencapai kemerdekaan. Sesungguhnya, Perlembagaan Negara melalui kontrak sosial bagi tujuan menuntut kemerdekaan, telah memberikan hak-hak tertentu mengikut kaum yang ada di negara ini.
20. Pendirian Puteri amat tegas dan jelas. Puteri berpendapat untuk menjayakan misi bangsa Melayu supaya terus mempertahankan kedaulatan dan hak Melayu dan orang Islam. Tidak ada jalan lain selain daripada memperkukuh perpaduan sesama kita. Dalam apa juga isu yang timbul orang Melayu mesti berdiri teguh di belakang kepemimpinan dan sebulat suara mempertahankan keputusan yang diambil secara sepakat.
21. Saya yakin dan percaya selagi orang Melayu cintakan bangsanya dan berani mempertahankan hak dan bersatu dalam memperjuang serta menyokong kepemimpinan negara, selagi itu tidak ada siapa pun yang dapat mengugat kita. Kita tidak mahu negara yang berdaulat ini porak peranda. Biarlah kita hidup berterusan dalam keadaan aman makmur serta sejahtera.
KESAKSAMAAN GENDER
Perwakilan Yang Dihormati Sekalian,
22. Alhamdulillah, sejak 25 Ogos yang lalu golongan hawa mampu menarik lafas lega dengan kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, sempena Hari Wanita, untuk menjamin kesejahteraan wanita yang bekerjaya. Kesaksamaan gender menjanjikan peluang sama rata antara lelaki dan wanita untuk menyumbang dan mengecapi manfaat daripada pembangunan ekonomi, sosial, kebudayaan dan politik, tanpa sebarang halangan atau batasan.
23. Hari ini semakin ramai kaum hawa keluar bekerja bagi membantu keluarga. Bukan kecil sumbangan kita, kita punyai peranan yang 'multi-tasking'. Sebagai ibu muda, isteri, kakak, pekerja atau pelajar pada masa yang sama dan sering kali juga beperanan sebagai anak yang bertanggungjawab terhadap kebajikan ibu bapa, mahupun keluarga.
24. Hari ini, hampir 70 peratus pelajar pula di institut pengajian tinggi (IPT) adalah dikalangan perempuan. Kita juga mewakili separuh daripada penduduk Malaysia iaitu seramai 12.8 juta dan membentuk hampir 5.9 juta keluarga. Daripada jumlah itu, 63.1 peratus adalah dalam kumpulan umur bekerja yang berusia 15 hingga 64 tahun. Daripada jumlah itu juga, hampir 3.6 juta adalah bekerja dalam sektor awam, swasta, bekerja sendiri, sebagai majikan mahupun sebagai pekerja keluarga tanpa gaji.
25. Secara keseluruhan, kaum hawa membentuk hampir 36 peratus daripada tenaga kerja negara. Ini menggambarkan peratusan sumbangan kita kepada pembangunan ekonomi adalah besar nilainya. Dari segi pengundi seramai 52 peratus pengundi berdaftar di negara ini adalah perempuan.
26. Kita adalah pendokong yang menyumbang kepada pembangunan dan kemakmuran negara. Justeru langkah mengkaji undang-undang berkaitan bagi mengurangkan jurang perbezaan dari segi gender adalah wajar dan satu perkembangan baik.
27. Usaha ini bukan sesuatu yang baru kerana pada tahun 1969, persamaan dari segi bayaran gaji antara lelaki dan perempuan diluluskan. Apa juga undang-undang yang boleh menghalang atas sebab gender, perlu diperbaiki supaya kita boleh bersaing setanding lelaki. Dengan cara ini, sumbangan kaum hawa terhadap pembangunan dapat dimaksimakan.
28. Puteri menyarankan kerajaan menubuhkan segera panel khas mengkaji aspek perundangan berkaitan isu gender ini. Hak kita sebagai pekerja, ibu muda, isteri mahupun balu atau bekas isteri perlu dilindungi. Puteri juga mahu pembelaan wanita dalam sistem Perundangan Syar’iah diperukuhkan. Kes tertunggak berkaitan undang-undang keluarga Islam perlu dipercepatkan. Kes tuntutan nafkah, gantung tidak bertali atau pembahagian harta perlu disegerakan. Malah Puteri yakin isu harta sepencarian yang membabitkan pembahagian wang KWSP juga perlu dilihat dan dilaksanakan.
29. Kenaikan pangkat dan tangga gaji dalam jabatan kerajaan dan swasta perlu diberi pertimbangan yang saksama antara lelaki dan perempuan. Kita tidak mahu sekadar berperanan sebagai eksekutif biasa, tetapi kita juga mahu wanita diyakini sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua Pegawai Kewangan, Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurus Syarikat.
30. Kita bertuah, kerana mempunyai tokoh wanita yang memecah dominasi kaum lelaki. Melihat kepada Noriyah Md Anvar, Senior Assistance Komisioner Trafik, Tan Sri Zeti Akhtar, Gabenor Bank Negara, Datuk Rafiah Salim dan Dato' Dr. Sharifah Hapsah, selaku Naib Canselor dua universiti terkemuka negara. Sebarang undang-undang yang dibuat atau diperbaharui perlu dikuatkuasakan supaya dapat mencapai matlamat yang diharapkan. Namun kita tetap bersyukur sejak Pak Lah mengambil alih teraju kepimpinan negara, kaum hawa semakin mendapat tempat pada kedudukan yang tinggi.
MASALAH SOSIAL
31. Isu mengambil kesempatan keatas anak gadis Melayu menerusi filem, iklan dan laman web, bukan cerita baru. Setelah sekian lama ia diperkatakan, ia masih juga berlaku, malah kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi, menyebabkan gambar-gambar porno wanita muda termasuk wanita Melayu, semakin berleluasa disebarkan menerusi laman web.
32. Terkini ada pula filem-filem Melayu yang semakin berani dedah sana dedah sini, Penerbit gemar memaparkan wanita Melayu yang cuma berkemban. Lakonan keterlaluan suami isteri Melayu di atas ranjang yang melanggar batas susila kesopanan budaya ketimuran juga menghiasi kebanyakan drama dan filem. Siri drama asing dengan terjemahan sari kata Melayu banyak yang boleh memesongkan akidah. Malah seolah-olah drama itu adalah drama Melayu kerana apa bezanya wajah dan persekitaran kita dengan masyarakat Filipina, Indonesia atau Thailand.
33. Kerajaan harus membendung gejala ketagihan siri drama yang memesongkan akidah atau mencetuskan idea baru kepada kita untuk berkelakuan curang, melakukan seks bebas dan kerosakan norma dan sosial lain seperti dipaparkan dalam drama bersiri bahasa Latin itu.
34. Terlepas pandangkah mereka yang diamanahkan ke atas perkara ini?
35. Puteri mendesak supaya tindakan tegas diambil agar isu 'terdedah dan memesongkan' ini ditangani secara serius. Puteri bukannya berseloka demi menjaga maruah dan budaya Melayu. Tambahan pula negara kita sebagai sebuah negara Islam yang mengamalkan pendekatan Islam Hadhari.
36. Begitu juga tindakan sebuah akhbar mingguan bahasa Inggeris pada 4 November lalu, yang tanpa segan silu membincangkan secara terbuka amalan seks di kalangan rakyat Malaysia menerusi artikel bertajuk "Let's Talk About Sex" Puteri amat kesal dengan tindakan 'keterlaluan' akhbar terbabit yang langsung tidak memikirkan sensitiviti masyarakat kita yang kaya dengan nilai ketimuran.
37. Puteri berpendapat penyiaran artikel seperti itu boleh menyumbang ke arah peningkatan ransangan seks dan gejala sosial di kalangan remaja. Puteri kesal kerana dalam mengejar keuntungan, ada media yang sanggup mengorbankan kepentingan awam. Kita harap pihak media tidak sewenang-wenangnya menyalahguna unsur seks secara keterlaluan kerana isu sensitif seperti itu tidak sepatutnya dibincangkan secara terbuka, hanya semata-mata kerana mahu mengaut keuntungan.
38. Puteri juga sedar akan kebimbangan masyarakat terhadap gejala maksiat dan keruntuhan moral di kalangan generasi muda. Fakta daripada pihak polis menunjukkan, 99 peratus yang terlibat dengan kegiatan lumba haram adalah remaja Melayu lelaki. Tidak sekadar dengan nasihat dan penguatkuasaan undang-undang, cara yang lebih lembut turut dilakukan untuk mengajak mereka kembali ke pangkal jalan.
39. Yang menyedihkan, laporan mengenai kegiatan ini semakin banyak terpampang di media cetak dan elektronik. Mereka semakin berani tak bertempat, bertindak ganas dan liar di jalan raya. Yang mengharukan lagi gejala ini turut mengheret kelompok remaja wanita. Mereka mempertaruh anak gadis sebagai umpan dan habuan kegiatan tidak bermoral yang seumpama ini.
40. Pendekatan lebih tegas mesti dikenakan terhadap generasi muda yang bermasalah ini. Puteri menyarankan supaya digubal atau dipinda mana-mana undang-undang sedia ada supaya pesalah ini dihukum sebat, denda atau hukuman penjara mandatory perlu dipertimbangkan agar gejala ini dapat dibanteras. Tindakan mereka ini merupakan satu jenayah yang mengancam keselamatan dan nyawa orang lain.
41. Mereka ini turut terlibat dengan gejala dadah, pil khayal, syabu dan sebagainya. Mengikut statistik Januari hingga September 2006, jumlah anak muda lelaki yang terlibat dengan penagihan dadah seramai 9619 orang, manakala perempuan seramai 245 orang. Ini yang kita takutkan. Bayangkanlah, jumlah penagih lelaki yang hempir mencecah 10,000 orang ini pasti mempunyai kaitan dengan kaum perempuan. Antara mereka ini pastinya seorang suami, anak, abang, adik, kekasih, tunang dan lain-lain lagi. Apalah agaknya nasib kaum hawa yang mempunyai hubungan langsung dengan mereka ini? Pasti tempias kejahatan ini terkena juga kepada kaum hawa.
42. Selain itu, pada hari ini kita dapat menyaksikan penyebaran fitnah serta berita palsu berlaku begitu pantas dan merebak keserata Negara dalam sekelip mata. Khidmat pesanan ringkas atau SMS yang sepatutnya menjadi medium penghubung positif digunakan secara salah.
43. Bayangkan hanya dengan sebaris dua ayat yang dihantar, berita fitnah ini mampu menghuru-harakan negara. Telefon bimbit yang dilengkapi dengan perisian canggih serta kemudahan kamera turut disalahgunakan untuk menyebar dan merakam adegan lucah juga ganas. Oleh itu, tindakan bijak kerajaan mewajibkan pendaftaran semua pengguna talian telefon bimbit amat bertepatan.
44. Dalam permasalahan ini Puteri percaya bahawa kita perlu berbalik kepada pegangan agama. Memang sudah tiba masanya untuk kita benar-benar memaksimakan fungsi dan peranan setiap elemen keagamaan. Sebagai contoh, kita boleh mengangkat peranan masjid yang digambarkan secara simboliknya sebagai tunjang kekuatan ummah sebagaimana yang dilakukan sewaktu zaman Rasulullah SAW dan para sahabat dahulu.
45. Alangkah lebih baik seandainya masjid indah dan canggih yang didirikan dengan belanja jutaan ringgit dimantapkan pentadbirannya. Jawatankuasa masjid mesti diperluaskan bukan sekadar dikalangan ahli agama bahkan penglibatan professional mtermasuk jemaah wanita sebagai badan pemikir setempat bagi qariah yang terlibat. Ini mesti diwujudkan supaya masyarakat mendapat manfaat melaluinya. Masjid sebagai 'one stop centre' yang bukan sahaja tempat bersolat, tetapi mempunyai khutub khanah, makmal komputer, bilik ceramah, ruang berpersatuan, beriadah dan lain-lain aktiviti kemasyarakatan.
46. Melalui cara ini kita percaya generasi muda akan kembali mendekati Masjid, kerana masjid benar-benar hidup dalam memberikan nilai tarikan melalui aktiviti terarah yang bersifat segar.
EKONOMI
Perwakilan Yang Dihormati Sekalian,
47. Dasar Ekonomi Baru (DEB) belum mencapai matlamatnya dan setelah sekian lama, usaha untuk mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) juga masih tidak berjaya. Walaubagaimanapun, kerajaan Barisan Nasional yang diterajui UMNO tidak berdiam diri. Dasar dan pelaksanaan yang dilakukan selama ini adalah tepat dan amat baik dalam memastikan perjalanan orang Melayu mencapai matlamat ekonomi terlaksana.
48. Hari ini, setidak-tidaknya telah wujud di kalangan orang Melayu yang menceburkan diri dalam bidang perdagangan dan perindustrian negara. Sudah ada orang Melayu yang menguasai syarikat korporat dan juga budaya niaga telah mula menjadi minat dikalangan masyarakat Melayu.
49. Puteri menggesa beberapa langkah harus dimainkan oleh kerajaan dan juga orang Melayu sendiri bagi mencapai hasrat meningkatkan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti wanita Bumiputera bagi jawatan pengurusan dan professional dalam syarikat-syarikat di negara ini.
50. Di sini Puteri ingin menggesa supaya peluang mendapatkan tender dan permit berkenaan turut diberikan kepada golongan usahawan berusia Puteri. Ini selari dengan hasrat pucuk pimpinan negara untuk menjadikan sektor pertanian sebagai tonggak ketiga pertumbuhan ekonomi dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Sewajarnya ahli-ahli Puteri, usahawan wanita muda turut sama-sama merebut peluang ini.
51. Puteri yakin dengan menggunakan teknologi, peningkatan R&D dan inovasi serta potensi dalam bidang bioteknologi, sektor pertanian akan menjadi salah satu penyumbang utama ekonomi negara.
52. Di bidang ekonomi juga menyaksikan betapa sukarnya Bumiputera yang terbabit dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS) untuk mendapatkan pinjaman. Sikap 'pilih bulu' dan 'ikut jalan pintas' masih berlaku. Ramai usahawan wanita muda kita mengadu mengenai sukarnya mendapatkan pinjaman, apa lagi jika tidak kenal 'orang dalam' atau tidak ada hubungan dengan 'orang besar'.
53. Mengikut perangkaan, daripada RM750 bilion pinjaman dalam negara, 29 peratus adalah UNTUK Bumiputera dan daripada RM102 bilion pinjaman untuk peniaga kecil dan sederhana (PKS), 80 peratus adalah untuk BUKAN Bumiputera. Walaupun Bank SME memberikan 80 peratus untuk Bumiputera, jumlah portfolio Bank SME hanyalah RM2.4 bilion sahaja, terlalu kecil berbanding apa yang sudah dinikmati oleh BUKAN Bumiputera.
54. Di sini juga Puteri mendesak supaya bank-bank yang menyediakan pinjaman untuk IKS seharusnya lebih bersikap fleksibel dalam membantu orang Melayu dan bumiputera yang baru hendak memulakan perniagaan.
55. Syarikat swasta juga harus memainkan peranan dan memikul tanggungjawab sosial bagi membangunkan kemudahan-kemudahan perlu, untuk memajukan peniaga Bumiputera yang masih merangkak dan baru hendak memulakan perniagaan mereka.
56. Kesukaran mendapatkan bantuan kewangan dikatakan sebagai faktor utama yang menghalang perkembangan IKS. Tempoh proses pinjaman yang terlalu panjang juga merupakan faktor penyumbang kepada kepayahan usahawan wanita muda kita.
57. Justeru, Puteri menyokong penuh keputusan Presiden Parti yang telah menyalurkan pembiayaan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan bagi mengembangkan ekonomi negara. Cuma kita harap pengagihannya dibuat secara telus, tanpa mengira jantina mahupun usia. Kita mendesak supaya usahawan wanita muda berusia bawah 40 tahun, juga turut dibantu.
PENDIDIKAN
58. Puteri percaya pembentukan pendidikan anak-anak harus bermula seawal usia. Namun, pendidikan pra sekolah adalah wadah pertama mendedahkan anak-anak kita kepada ilmu pengetahuan secara formal. Bagi menterjemahkan kesungguhan ini Program Gerak Asuh Puteri (GAP) telah disempurnakan.
59. Kejayaan ini disusuli dengan berita gembira pengumuman YAB Timbalan Perdana Menteri bahawa kerajaan memperuntukkan RM20 juta dalam melaksanakan Program Penjagaan Awal Kanak-kanak atau Majlis Permata Negara. Ini adalah selaras dengan hasrat yang Puteri bawakan pada perhimpunan agung yang lepas supaya pendidikan anak-anak kecil ini dititik beratkan.
60. Puteri menyambut baik keputusan ini sebagai satu usaha merangsang minda dan kreativiti anak-anak sedari kecil. Puteri berharap agar pilot projek yang dimulakan di Kepala Batas, Mempaga, Chini dan Subang Jaya ini dapat diperluaskan ke seluruh negara. Dalam hal ini, Puteri yang berada di seluruh negara bersedia memberi khidmat dan membantu menjayakan program ini.
61. Menyentuh mengenai isu pengajian tinggi, silibus pengajaran dan pembelajaran institusi pengajian tinggi (IPT) sekarang haruslah menjurus kepada melahirkan graduan yang mampu bersaing di pasaran, cekap serta cemerlang.
62. Sikap menambah nilai diri harus diterapkan dalam diri orang Melayu supaya kita menjadi manusia yang 'multi-skill', mengetahui banyak perkara. Dengan kata lain kita akan menjadi lebih yakin dan berani serta mampu bersaing di pasaran dengan nilai tambah yang ada pada diri. Orang Melayu perlu diingatkan bahawa dalam sistem Meritokrasi ini tiada lagi istilah zon selesa atau bermalas-malasan.
63. Suruhan kebangkitan harus ditiupkan supaya orang Melayu bingkas bangun dari lena perlindungan, bergerak mencari ilmu, kecekapan dan ketrampilan, agar terus bernafas berada dalam zaman meritokrasi sejagat.
64. Inilah modal insan yang harus menjadi teras dalam pendidikan negara. Elemen keagamaan mesti diperakui sebagai tunjang dalam menerapkan nilai dalam pendidikan. Kita tidak mahu gejala murtad sebagai mana yang digembar- gemburkan menjadi satu kebenaran dan lebih parah suatu hari nanti.
65. Pengajaran di institusi pendidikan kita mesti memasukkan unsur pembentukan akidah agar manusia yang dilahirkan memiliki nilai integriti yang tinggi. Di samping itu, sistem pendidikan harus memberi penekanan kepada keseluruhan hidup dengan memberi bukti dan panduan, untuk apa, bila patut diguna, kenapa perlu tahu serta impak negatif dan positif yang terhasil supaya lepasan sekolah dan IPT benar-benar bersedia berdepan dengan cabaran kehidupan.
66. Pembentukan nilai-nilai mulia yang dimulakan sejak di bangku pra sekolah lagi wajar dipergiatkan melalui aktiviti tambahan di luar bilik darjah. Semangat kesukarelawan, berkhidmat tanpa mengharap balasan duniawi, sanggup berkorban, beretika dan memiliki personaliti unggul mesti menjadi elemen dalam diri para pelajar. Kemahiran dan nilai integriti wajar menjadi asas kepada modal insan ini untuk berjaya sekaligus membina menara bangsa.
67. Mengikut statistik, jumlah pengeluaran graduan dari Institusi Pengajian Tinggi pada tahun 2004 seramai 228,352 orang. Manakala pada tahun 2005 pula seramai 166,442 orang. Jumlah yang agak besar ini sedikit sebanyak menghambat kita dengan masalah pengangguran dikalangan siswazah. Seramai 31,000 mahasiswa kita yang masih menganggur dikatakan gagal berkomunikasi dengan baik, tidak memiliki kemahiran insaniah, terlalu memilih pekerjaan serta gagal memenangi hati majikan.
68. Graduan, khususnya dalam bidang teknologi maklumat (IT) yang dikatakan paling ramai menganggur sewajarnya diberikan orientasi tambahan. Masakan tidak, silibus semester pertama mereka mungkin sudah tidak relevan dengan kepesatanluar biasa kemajuan IT sejurus bergraduan tiga empat tahun selepas itu.
69. Justeru, Puteri menggesa agar mereka ini di berikan orientasi tambahan selama enam bulan bagi memastikan mereka memiliki ilmu yang terkini dan menepati kehendak pasaran pada waktu itu. Syarikat-syarikat swasta terkemuka negara juga seperti Maxis, Astro, YTL digesa untuk memainkan peranan yang lebih jujur dengan mengambil graduan-graduan ini untuk diberi orientasi tersebut. Ini juga adalah komitmen syarikat multinasional untuk menggalas tanggungjawab sosial bagi membantu graduan di Negara ini.
70. Kerjasama juga bukan hanya bertumpu dengan Pergerakan Puteri semata-mata tetapi boleh dilaksanakan dengan badan-badan serta agensi lain agar matlamat membantu modal insan negara ini terlaksana secara menyeluruh.
KESIHATAN
Para Perwakilan Sekalian,
71. Dalam tempoh setahun ini, perkara yang cukup memilukan ialah apabila kita kehilangan dua pemimpin Puteri yang menderita akibat penyakit kronik. Allahyarhamah Ketua Puteri Setiu dan pemangku Ketua Puteri Bagan Dato telah pulang ke Rahmatullah kerana diserang Lukemia dan Kanser.
72. Setelah berbulan-bulan bertarung dengan penyakit ini, akhirnya Allah lebih menyayangi mereka. Saya juga mengambil kesempatan ini mewakili kesemua ahli-ahli Puteri untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada keluarga Allahyarhamah yang telah sudi 'meminjamkan' insan mulia ini untuk berbakti demi parti, agama, bangsa dan negara. Kita panjatkan doa semoga roh mereka dicucuri rahmat dan semangat perjuangan mereka tetap bersama-sama kita. Marilah kita bersama-sama menyedekahkan Al-Fatihah kepada mereka. Al-Fatihah.
73. Kajian menunjukkan barah payu dara ialah penyakit paling biasa di kalangan kaum hawa. Kanser payu dara kini turut melanda golongan muda dan jumlahnya semakin meningkat. Daftar Kanser Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sejak 1993 hingga 2004 mendapati 16.8 peratus pesakit kanser berumur di bawah 40 tahun dan dua peratus lagi kurang daripada 30 tahun, manakala 50 peratus dalam lingkungan 40 ke 49 tahun.
74. Daftar Kanser Kebangsaan 2003 juga melaporkan 3,738 kes barah payu dara dicatat dengan 46.2 kes setiap 100,000. Kadar kematian tertinggi akibat kanser payu dara dicatatkan di kalangan pesakit Melayu.
75. Statistik PPUM menunjukkan kadar keterusan hidup bagi pesakit perempuan Melayu paling rendah iaitu kira-kira 46 peratus berbanding bangsa-bangsa lain. Masalah ini berlaku kerana kebanyakan orang Melayu datang mendapatkan rawatan pada peringkat lewat iaitu apabila kanser sudah memasuki tahap keempat berbanding kaum lain yang mendapatkan rawatan awal.
76. Kurang berkemampuan adalah antara punca yang membataskan sebahagian kaum perempuan Melayu mendapatkan rawatan awal. Sehubungan itu, Puteri menyambut baik keputusan kerajaan yang akan menyenaraikan hospital dan klinik swasta yang menawarkan subsidi RM50 untuk ujian saringan mamografi bagi mengesan kanser payu dara.
77. Langkah ini diharap dapat meringankan beban pesakit terbabit yang sebelum ini terpaksa membayar sehingga RM200, selain meningkatkan kesedaran kita mengenai kepentingan ujian mamografi dalam mengesan kanser, sekaligus membolehkan rawatan awal dilakukan.
78. Puteri juga berterima kasih kepada YAB Presiden Parti diatas pembentukan Institut Kanser Kebangsaan untuk tujuan saringan kanser, perawatan,pemulihan, penyelidikan dan melatih pakar kanser.
79. Justeru, Puteri berpendapat sudah sampai masanya kerajaan mempertimbangkan secara serius untuk membina lebih banyak pusat seumpama itu mengikut zon seperti di Zon Utara, Selatan, Timur, Tengah, Sabah/Sarawak untuk kebaikan jangka masa panjang. Penglibatan sektor swasta dalam menjayakan perkara ini juga sangat dialu-alukan.
80. Penubuhan Pusat kanser disetiap Zon sangat penting bagi memudahkan pesakit-pesakit ini khususnya kaum hawa untuk menerima rawatan tanpa perlu melalui perjalanan yang jauh dan menyakitkan. Kita juga memohon agar pilihan kepada lebih banyak saluran perubatan yang berkualiti dibangunkan agar seluruh masyarakat mendapat manfaatnya.
81. Puteri sedar bahawa kos pembinaan pusat seperti ini sangat tinggi, tetapi memandangkan keperluannya sangat signifikan, ianya boleh dilaksanakan secara berperingkat. Namun yang demikian, dalam jangka waktu yang terdekat Puteri UMNO akan menganjurkan kempen kesedaran pengesanan awal barah payu dara dengan kerjasama National Cancer Society of Malaysia.
82. Saya juga menyeru kepada wanita Melayu muda untuk mengambil langkah pre-emptive secara individu dan sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan.
KUALA LUMPUR 14 Nov 2006- Datuk Noraini Ahmad tersenyum pada Persidangan Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO 2006 di PWTC semalam. Gambar Digital-Azman Ghani/Pemberita-Team UTUSAN/KOSMO
KUALA LUMPUR 14 Nov 2006- Datuk Noraini Ahmad tersenyum pada Persidangan Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO 2006 di PWTC semalam. Gambar Digital-Azman Ghani/Pemberita-Team UTUSAN/KOSMO
GLOBAL
83. Kita harus sentiasa mengambil iktibar daripada perkembangan yang berlaku dalam politik antarabangsa dan politik dunia. Terkini yang berlaku di Amerika Syarikat (AS). Parti Demokrat menguasai Dewan Perwakilan Amerika Syarikat apabila menang 228 daripada 435 kerusi, manakala dua calon bebas pro-Demokrat memberi kelebihan untuk parti itu mengatasi Republikan.
84. Kejayaan parti Demokrat menguasai Dewan Perwakilan AS adalah mesej penting pengundi dan rakyat negara itu terhadap Persiden George W Bush. Ia satu isyarat bahawa alasan memerangi keganasan yang sering dilaungkan oleh AS khususnya George W Bush dalam melancarkan serangan terhadap negara luar, tidak lagi diterima oleh rakyatnya sendiri.
85. Namun, Puteri melihat kebanyakan konflik dan perang di seluruh dunia ada kaitan dengan kelemahan dan perpecahan sesuatu bangsa. Peperangan sememangnya sengaja dicetuskan di sesebuah negara untuk sesuatu kepentingan ekonomi, politik dan survival di sebuah negara lain.
86. Apa saja matlamat sesuatu dasar luar, tindakan dan peperangan kini mula cenderung kepada kelangsungan hidup sekelompok manusia dan keteguhan sesebuah negara. Masa depan adalah survival. Survival dikaitkan dengan pelbagai pelan dan tindakan strategik termasuk pertahanan, tenaga, maklumat, teknologi serta pengeluaran makanan.
87. Justeru, hari ini Puteri menyarankan kerajaan menubuhkan satu jabatan bagi memantau isu, perkembangan dan pencetusan idea baru berkaitan survival dan strategik untuk disalurkan kepada kerajaan dalam menggubal dasarnya supaya survival bangsa dan negara dapat diteruskan.
88. Kita tidak boleh mengeketepikan isu strategik dalam kehidupan dunia tanpa sempadan ini. Globalisasi mampu meranapkan bangsa dan sosioekonomi kita. Tanpa mengetahui apakah bentuk strategik dan ancaman survival pihak lain maka bagaimana kita mampu menangani masalah itu bila kita berhadapan dengannya.
89. Justeru, apa juga dasar negara mulai sekarang harus ada eleman survival atau kepentingan masa depan nusa dan bangsa. Pengurusan maklumat perlu dimantapkan. Teknologi pertanian dan tenaga perlu dipertingkat serta diperbaharui untuk menghasilkan keperluan dalam negara. Bajet pertahanan juga perlu dikaitkan dengan isu strategik serantau. Pertahanan bukan sekadar pertahanan tetapi kemampuan memberi reaksi balas.
90. Isu strategik dan input antarabangsa tidak boleh disandarkan kepada institusi bebas. Ia mesti dihasilkan oleh kerajaan untuk kegunaan kerajaan. Tenaga kerja di luar fakulti univerisiti diperlukan. Puteri menyarankan, segerakanlah menubuhkan Jabatan Strategik Antarabangsa demi survival kita pada masa depan.
91. Pada masa sama, menginsafi nasib masyarakat di Negara Islam yang lain, kita di Malaysia harus bersyukur dengan keamanan dan keharmonian yang kita kecapi. Kita bersyukur kerana negara berada di bawah kepemimpinan yang rasional lagi bertanggungjawab. Bersyukur kerana memiliki kepemimpinan berjiwa rakyat, sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dan negara sekali gus mampu menempuh segala rintangan dalam hubungan mahupun krisis antarabangsa. Kita juga terus menyumbang kepada usaha memulihkan keamanan tajaan PBB.
92. Kebijaksanaan pemimpin Melayu berjaya meletakkan UMNO sebagai parti paling dihormati dan berwibawa serta paling mendapat penerimaan dalam sistem politik dan sistem demokrasi di negara ini. Justeru, kita selaku generasi muda dalam parti perlu sama-sama terus mempertahankan perpaduan dan menjayakan agenda kerajaan demi memajukan agama, bangsa dan negara.
Para perwakilan sekalian,
93. UMNO juga telah memutuskan bahawa perhimpunan parti akan datang yang akan menyaksikan pemilihan dalam parti hanya akan diadakan selepas pilihan raya umum. Di sini saya ingin mengajak semua ahli Puteri supaya sama-sama memberi tumpuan kepada persiapan menjelang pilihan raya umum dan mengenepikan dulu soal pemilihan.
94. Keutamaan kita sekarang ialah untuk memastikan kejayaan cemerlang Barisan Nasional (BN) dan UMNO pada pilihan raya umum yang lalu diulangi sekali lagi, malah kita mahu mencatat kejayaan lebih gemilang. Kita perlu terus melipat-gandakan usaha dari sekarang untuk memenangi hati pengundi dan Insya-Allah Kelantan pun akan kita tawan pada pilihan raya umum akan datang.
95. Tunjukkanlah usaha dan kesungguhan kita. Seluruh negara berharap kepada kita. Mereka melihat Puteri sebagai simbol kepada keriangan, keikhlasan, tidak merungut dan rajin bekerja.
96. Ingatlah bahawa parti yang kita warisi ini adalah harta pusaka paling bernilai yang perlu kita jaga agar bangsa kita terus berkuasa. Kepada ahli-ahli Puteri saya yang akan meninggalkan pergerakan ini kerana faktor usia, teruskan segala semangat juang yang tumbuh ketika berada di tapak semaian ini. Jangan matikan semangat kita, teruskan perjuangan dan keinginan untuk berjasa dan menyumbang kepada parti. Kekalkan jaringan kita, jangan lupa membantu ahli Puteri yang ada.
97. Akhir kata, marilah sama-sama kita menjadikan perhimpunan agung kali ini sebagai satu wadah untuk menyemarakkan lagi perpaduan di kalangan kita.
98. Ingatlah bahawa Puteri UMNO adalah "Penggerak ke Arah Membina Generasi Muda Terbilang". Sama-samalah kita memastikan bahawa kedudukan dan jawatan yang Allah pinjamkan kepada kita, tidak disalahgunakan, Insya-Allah.
99. Dengan doa supaya Puteri UMNO terus berwibawa dan meneruskan perjuangan parti, saya akhiri dengan Wabilahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
KUALA LUMPUR 14 Nov 2006- Perwakilan-perwakilan mengangkat tangan menyokong pada Persidangan Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO 2006 di PWTC semalam. Gambar Digital-Azman Ghani/Pemberita-Team UTUSAN/KOSMO
KUALA LUMPUR 14 Nov 2006- Perwakilan-perwakilan mengangkat tangan menyokong pada Persidangan Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO 2006 di PWTC semalam. Gambar Digital-Azman Ghani/Pemberita-Team UTUSAN/KOSMO
KUALA LUMPUR 14 Nov 2006- Gelagat Datuk
Noraini Ahmad ketika menyokong pada Persidangan Perhimpunan Agung
Pergerakan Puteri UMNO 2006 di PWTC semalam. Gambar Digital-Azman
Ghani/Pemberita-Team UTUSAN/KOSMO
Kuala Lumpur 14 November 2006- Dato'
Noraini Yusof menyampaikan Anugerah Usahawan Puteri 2006 kepada Ida
Rahayu Dat' Mohd Nor ketika di Perhimpunan Agong tahunan Pergerakan
Puteri UMNO Malaysia di PWTC Kuala Lumpur...Gambar Digital:Zhafaran
Nasib/ Pemberita:Team UMNO
Kuala Lumpur 14 November 2006- Dato'
Noraini Yusof menyampaikan Anugerah Usahawan Puteri 2006 kepada Ida
Rahayu Dat' Mohd Nor ketika di Perhimpunan Agong tahunan Pergerakan
Puteri UMNO Malaysia di PWTC Kuala Lumpur...Gambar Digital:Zhafaran
Nasib/ Pemberita:Team UMNO
DATUK Seri Rafidah Aziz mengisi borang kehadiran sambil diperhatikan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (kiri) sempena Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, semalam.
RAFIDAH Aziz (tengah) dan Shafie Apdal (kiri), Abdul rahman Bakar (dua dari kiri), Adnan Yaakob (tiga dari kiri) dan Shahrizat Abdul Jalil (empat dari kiri) bertepuk tangan ketika Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala lumpur, semalam. Gambar Digital: Ahmad Zakki Jilann
Kuala Lumpur 14 Nov. 2006 -PERWAKILAN
Wanita UMNO menyanyikan lagu Negaraku sempena perasmian Perhimpunan
Pergerakan Wanita UMNO Wanita UMNO Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
Kuala Lumpur, semalam. Gambar Digital: Ahmad Zakki Jilan
RAFIDAH Aziz menyampaikan Anugerah Pingat
Emas Pergerakan Wanita UMNO Malaysia kepada Nor Sheereen Zullkefly
(kiri) sambil diperhatikan Shahrizat Abdul Jalil (kanan) sempena
Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO di Pusat Dagangan Dunia Piutra
(PWTC), Kuala lumpur Semalam.
Kuala Lumpur 14 Nov. 2006 PARA Perwakilan
Pergerakan Wanita Umno bertepuk tangan ketika Perhimpunan Agung
Pergerakan Wanita UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur
(PWTC) semalam. . Gambar Digital: Ahmad Zakki Jilan
UCAPAN DASAR DATUK SERI RAFIDAH AZIZ KETUA PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA SEMPENA PERHIMPUNAN AGUNG PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA PADA 14 NOVEMBER, 2006 - Bersatu teguh bercerai roboh
Terlebih dahulu saya, bagi pihak Pergerakan Wanita UMNO, merakamkan penghargaan dan terima kasih, kepada YAB Timbalan Presiden, kerana telah meresmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO, serta memberi pesanan dan amanat kepada kita semua, dalam menjaga dan menjamin, kekuatan, dan kepentingan Parti.
Juga Syukur Alhamdulillah, kerana dengan IzinNya jua, dapat kita menunaikan kehendak Perlembagaan Parti, untuk mengadakan Perhimpunan Perwakilan Wanita UMNI, pada tahun ini. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Ahli-Ahli Pergerakan Wanita UMNO, yang telah mengadakan Mesyuarat Agung di semua peringkat, dengan jayanya, dan tanpa apa-apa masalah. Syabas juga atas semua aktiviti yang telah dijalankan, khususnya di peringkat cawangan dan zon, yang pasti telah merapatkan UMNO, dan Pergerakan Wanita UMNO dengan masyarakat setempat khasnya, serta memberi mereka kefahaman, tentang kelima-lima cabang perjuangan Parti, iaitu dalam Politik, Agama, Ekonomi, Sosial, dan Kebudayaan.
Para Perwakilan Sekelian,
Semenjak setahun yang lalu, dunia, kawasan serantau, serta negara kita sendiri, telah mengharungi pelbagai cabaran dan masalah, yang mana telah membawa kesan salingkait antara negara-negara di dunia, dan di peringkat serantau. Kenaikan mendadak harga minyak petroliam di pasaran dunia, telah mendatangkan penjejasan kepada banyak negara yang tidak mempunyai sumber asli tersebut. Syukur Alhamdulillah, Malaysia telah diAnugerahkan oleh Allah s.w.t., sumber kekayaaan tersebut, dan Kerajaan telah dapat meminimakan, apa-apa penjejasan kepada ekonomi negara, kesan daripada kenaikan harga minyak petroliam di pasaran dunia itu.
Namun demikian, rakyat perlu memahami akan hakikat bahawa, terdapat unsur-unsur luaran, seperti harga komoditi dan minyak, yang tidak dalam kawalan Kerajaan, tetapi ditentukan, serta dipengaruhi, oleh apa yang disebut sebagai “kuasa pasaran”, atau “market forces”.
Pergerakan Wanita UMNO perlu berfungsi secara proaktif, dalam memahami perkara-perkara ini, dan memberi penerangan dan penjelasan, kepada Ahli-Ahli Parti, dan masyarakat, supaya tiada pihak-pihak Yang menggunakan isu tersebut, sebagai modal politik, untuk menentang Kerajaan.
Para Perwakilan Sekelian,
Secara berterusan, Umat Islam sejagat, telah diasak dengan pelbagai perisitiwa, yang memberi impak dan kesan, kepada maruah, Keutuhan, dan Imej Islam, serta masyarakat Islam.
Konflik di Palestin, masih meragut nyawa orang-orang awam, terutama di kalangan umat Islam, sehingga ke hari ini. Lebanon telah dicerobohi oleh Israel, atas alasan membalas dendam atas penculikan 2 orang askar mereka.
Kemusnahan besar-besaran dan korban nyawa rakyat yang tidak bersalah, telah berlaku. Tamparan hebat telah diberi kepada masyarakat Islam, menyemarakkan lagi rasa didiskriminasi, dan layanan buruk sesetengah pihak, terhadap Umat Islam.
Dan kuasa-kuasa besar dunia masih enggan, dan seolah-olah tidak berupaya, untuk mencari, dan melaksanakan, penyelesaian yang adil, khususnya bagi rakyat Palestin. Dan yang penting diingatkan ialah, penindasan rakyat dan negara Palestin, mempunyai kesan dan impak di seluruh dunia Islam, dan mendatangkan reaksi pelbagai bentuk.
Peperangan di Iraq, telah membawa porak peranda di kalangan rakyat Iraq, dengan puluhan ribu dari mereka terkorban, kesan daripada peperangan, serta sengketa, antara mazhab, dan antara kaum.
Sudah pasti, kekalahan Parti Republikan di Amerika Syarikat, untuk menguasai Kongress dan Senat, memberi isyarat jelas kepada Pentadbiran negara tersebut, bahawa, perlu dikaji semula dasar-dasar, dan strategi mereka terhadap Iraq, serta juga terhadap negara-negara lain, yang melibatkan penggunaan kekerasan, dan kuasa militari.
Dalam tahun ini juga, dunia Islam telah dikejutkan dengan peristiwa lukisan “Karikatur” atau “caricature”, yang menghina Nabi Besar Muhammad S.A.W.
Pihak yang berkenaan telah menggunakan alasan “Kebebasan Media” dan “Kebebasan bersuara” atau “freedom of speech”, untuk mengizinkan mereka membuat sesuatu, yang jelas tidak bertanggungjawab, dan tidak sensitif, kepada agama, dan fahaman, orang lain.
Kesannya ialah tindakbalas telah berlaku di beberapa negara, dan kemarahan orang-orang Islam jelas. Nyawa juga telah terkorban.
Peristiwa ini telah menokok tambah, kepada masaalah yang dihadapi oleh Umat Islam, keseluruhannya, dalam mempertahankan Imej Islam dan Umat Islam, yang dipandang negatif, oleh sesetengah pihak.
Kesan-kesan daripada tragedi September 11 masih menular, dan masih ramai yang menyamakan Islam, dan Umat Islam, dengan ekstrimis, keganasan, serta terorisma.
Mereka ini seolah-olah tidak mahu mengakui bahawa keganasan dan ekstrimisma, tidak merupakan ciri eksklusif, mana-mana masyarakat atau kaum. Sekian lama, penganut Kristian di Ireland, telah berperang sesama sendiri, dengan menyaksikan perbalahan antara denominasi. Begitu juga, keganasan berterusan di Sri Lanka, dan di lain-lain negara.
Tetapi, September 11 telah mengujudkan satu fobia di kalangan sesetengah pihak, yang menyebabkan mereka curiga terhadap Islam, dan Umat Islam, dan apa juga yang berkaitan dengan orang Islam, dipandang negatif.
Sebagai sebuah Negara Islam, yang mempunyai rakyat berbilang agama, warisan dan keturunan, Malaysia perlu sentiasa berusaha memperbetulkan persepsi dunia, terhadap Agama Islam, dan Umat Islam. Ini perlu dilakukan berterusan, dengan pelbagai cara, antaranya :
i) membuktikan bahawa amalan dan pendekatan orang-orang Islam di Malaysia adalah menepati apa yang disaran, dan dikehendaki, oleh Islam.
ii) pendekatan Islam Hadhari, mementingkan kesederhanaan, toleransi, kemajuan dan pembangunan, disiplin dan ilmu, dan menolak gejala-gejala negatif, seperti ekstremisma dan keganasan.
iii) membuktikan dan mempamerkan kepada dunia, bahawa orang-orang Islam adalah progresif, berdayasaing, berkemampuan, dan setanding dengan yang termaju di dunia; dan bahawa orang-orang Islam mempunyai pandangan global, dan pemimpin-pemimpin Islam mampu membawa Negara Kebarisan hadapan, di antara negara-negara yang pesat membangun di dunia.
Bagi Wanita Islam di Malaysia, kita bertanggungjawab untuk bersama-sama memperbaiki Imej Islam dan Umat Islam, pada pandangan dunia.
Wanita Islam di Malaysia mesti, secara berterusan, generasi demi generasi, tampil kehadapan, sebagai individu-individu dan kumpulan-kumpulan, yang berjaya dalam segala bidang, samada politik atau ekonomi.
Mereka mesti berusaha gigih, supaya sentiasa dapat ditandaaras¸atau “benchmarked” dengan yang terbaik di dunia, dan membuktikan, bahawa agama Islam menyarankan, dan mendorong, kemajuan untuk Umat Islam, termasuk Wanita. Islam adalah pendorong, bukan penghalang kemajuan Ummah, terutama dalam persekitaran dunia yang semakin mencabar, dan kompetitif.
Oleh itu Pergerakan Wanita UMNO mesti berusaha meyakini Wanita Islam di Malaysia, bahawa kita sebenarnya dilindungi, dan diberi motivasi, oleh agama kita.
Tahniah kepada siswazah dari universiti yang menerima anugerah pingat emas dan tahniah juga kepada ibu bapa yang telah memberi dorongan untuk mereka berjaya. Pencapaian cemerlang wanita-wanita ini membuktikan kecemerlangan wanita Melayu terutama dalam sains, ICT dan kejuruteraan memberi harapan tinggi akan cerahnya masa depan Melayu dan wanita. Semoga lebih ramai wanita Melayu mencapai kecemerlangan akademik pada masa depan.
Para Perwakilan Sekelian,
Pada bulan Mac tahun ini, Rancangan Malaysia ke-9 (RM9) telah dibentangkan di Parlimen, sebagai kesinambungan kepada Rancangan-Rancangan Pembangunan Lima Tahun yang lepas, serta sebagai meneruskan usaha-usaha, dalam mencapai matlamat-matlamat Wawasan 2020. Ianya menjelaskan Misi Nasional dan Agenda Nasional, dalam mana termaktub Agenda Melayu, dan matlamat-matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB), yang jelas masih belum dicapai seperti yang disasarkan.
Malangnya, terdapat pihak-pihak yang menyamakan RMK-9 dengan pemberian tender dan kontrak, seolah-olah RMK-9 itu hanya untuk memberi kontrak, dan berbelanja untuk rojek-projek yang melibatkan kontrak.
Sebenarnya RMK-9 adalah Rancangan Pembangunan yang menjangkau masa Lima Tahun, dan merangkumi, secara komprehensif, segala projek, program, langkah-langkah dan dasar, untuk memenuhi kehendak rakyat, dalam semua bidang, samada infrastruktur, ataupun tindakan-tindakan sokongan agensi kerajaan.
Banyak daripada apa yang termaktub dalam RMK-9, tidak melibatkan kontrak atau tender. Ia lebih melibatkan program-program seperti latihan, pembelajaran, keusahawanan, penerapan nilai dan sikap kelas pertama, serta juga pembangunan modal insan, termasuk menekankan kepentingan kaum wanita.
Yang perlu dipastikan ialah bahawa, aspek-aspek kualititatif RMK-9, mencapai matlamat dan sasaran, dan bahawa jentera sektor awam, dapat memberi perkhidmatan dengan cekap, dedikasi, beramanah dan menepati kehendak rakyat.
Di sini, saya ingin mengingatkan semula, akan Kelima-Lima Teras Utama Misi Nasional, yang termaktub dalam RMK-9, iaitu:
Pertama :
Meningkatkan ekonomi, dalam rantaian nilai lebih tinggi.
Kedua :
Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara, serta memupuk minda Kelas Pertama.
Ketiga :
Menangani masalah ketidaksamaan sosioekonomi yang berterusan, secara membina dan produktif.
Keempat :
Meningkatkan tahap dan kualiti hidup dan kemampuan.
Kelima :
Memperkukuhkan keupayaan institusi, dan perlaksanaan.
Jelas bahawa RMK-9 meliputi semua pihak, semua sektor, dan semua aspek, dengan memberi penekanan kepada pertumbuhan ekonomi, dayasaing dan dinamisma negara; dan diutamakan juga peluang saksama, kesaksamaan sosial, dan penglibatan semua pihak.
Bahkan, Bab 13, yang bertajuk “Wanita dan Pembangunan”, menggariskan 9 teras utama, untuk meneruskan usaha memajukan wanita dalam arus pembangunan dan ekonomi negara:
1. Menggalakkan peningkatan penyertaan kaum wanita dalam tenaga buruh.
2. Meningkatkan peluang-peluang pendidikan dan latihan, untuk wanita.
3. Meningkatkan penyertaan wanita dalam perniagaan dan aktiviti-aktiviti keusahawanan.
4. Mengkaji semula undang-undang dan peraturan, bagi meningkatkan taraf wanita.
5. Memperbaiki lagi taraf kesihatan dan kesejahteraan wanita.
6. Mengurangkan keganasan terhadap wanita.
7. Mengurangkan kadar kemiskinan, dan meningkatkan kualiti hidup.
8. Memperkukuhkan jentera nasional, dan keupayaan institusi dalam memajukan wanita, dan
9. Menyuarakan isu berkaitan wanita, di peringkat antarabangsa.
Liputan RMK-9 amat komprehensif termasuk dalam usaha memajukan wanita. Jelas bahawa, RMK-9 bukanlah semata-mata mengenai projek dan kontrak.
Bagi kaum Wanita, RMK-9 memberi pengiktirafan kepada keupayaan wanita, sebagai sebahagian penting modal insan negara, dan, dengan itu, diberi keutamaan oleh Kerajaan, dalam usaha meningkatkan peluang-peluang pendidikan dan latihan, dan penyertaan dalam bidang ekonomi.
Pergerakan Wanita UMNO, bersama-sama dengan organisasi Wanita yang lain, perlu meneliti undang-undang dan peraturan-peraturan sedia ada, untuk mengenalpasti apa-apa pindaan yang diperlukan, supaya tidak berlaku diskriminasi, dan ketidakadilan, terhadap wanita.
Kaum wanita juga perlu memanfaatkan apa yang disediakan oleh Kerajaan, dalam RMK-9, seperti : -
1. Peluang-peluang dalam industri dan perniagaan
2. Kemudahan-kemudahan latihan dan pakej-pakej pembiayaan
3. Peluang-peluang baru dalam sektor pertanian dan industri asas tani
4. Penggunaan teknologi, termasuk ICT, untuk meningkatkan kecekapan dan prestasi masing-masing.
Perlu diingatkan bahawa, Kerajaan berusaha untuk menghasilkan pembangunan masyarakat, dan negara. Dalam konteks ini, kaum wanita akan dapat berkongsi bersama, hasil dan faedah, daripada kemajuan dan pembangunan tersebut, dan kesan-kesan limpahannya pula, akan dinikmati oleh ahli-ahli keluarga. Maka Pergerakan Wanita UMNO mesti proaktif berasama-sama Parti dan Kerajaan, dalam memantau perlaksanaan dasar-dasar dan strategi RMK-9, untuk mempastikan tercapai objektif-objektif yang telah ditentukan, dan supaya dapat dielakkan apa-apa ketirisan.
Para Perwakilan Sekelian,
Malaysia sangat bertuah, kerana sehingga kini, Kerajaan telah dapat, dengan jayanya, menghasilkan kemajuan dan pembangunan, melalui pelbagai perancangan dan dasar.
Bagi orang-orang Melayu dan Bumiputera, agenda mereka masih ada yang tertangguh, sungguhpun dalam banyak bidang, pencapaian sangat membanggakan. Tidak boleh dinafikan bahawa, setiap negara hanya boleh maju dan membangun, jika suasana persekitaran mendorong dan menggalakkan. Perlu ada kestabilan politik, dan sosial, serta ketenteraman, yang boleh mengizinkan Kerajaan merancang, untuk jangka panjang, dan melaksanakan pula apa yang dirancang.
Apa-apa ganggu gugat, serta halangan-halangan, samada dalam Parti, dalam masyarakat, ataupun dari luar, akan
menghalakan perhatian Kerajaan dan rakyat, kepada perkara-perkara yang tidak produktif, dan yang mungkin memecahbelah, sesama sendiri, lebih-lebih lagi, suasana yang lebih liberal yang ada sekarang, akan sentiasa mengundang kritikan, pandangan, dan kenyataan-kenyataan, baik dalam media cetak, atau elektronik, sama ada dari dalam, atau luar negara. Tidak semua yang dizahirkan itu membina, ataupun positif.
Bahkan, ada yang tidak betul samasekali, dan ada yang memudharatkan negara, terutama apabila Pemimpin dan Kerajaan dikecam, dan dihina. Tuduhan-tuduhan yang berunsur fitnah, nampaknya menjadi lumrah sekarang.
Perlu diingatkan bahawa, titisan air yang berterusan ke atas batu, akan, lama kelamaan, menghakis batu itu, dan akhirnya, dengan kesan sejuk dan panas, batu itu akan retak, dan pecah.
Begitulah juga perpaduan, dan, begitulah juga sebuah organisasi, seperti UMNO. Jika UMNO dibiarkan diasak dengan gejala-gejala pecahbelah, dan perpaduan ahli-ahli dileraikan oleh fitnah, dakyah dan kepentingan kelompok, maka Parti akan terhakis kuasanya, dan kewibawaannya. Dan Agenda Melayu akan tinggal terbengkalai di atas Kertas, dan hanya menjadi laungan kosong.
Maka kita, sebagai ahli-ahli Parti, perlu ingat bahawa, Bersatu Teguh, Bercerai Roboh.
Bersatulah kita bersama-sama dengan Presiden, dan Pemimpin-Pemimpin Parti dan supaya UMNO akan terus, InsyaAllah, menerajui Barisan Nasional, dalam sebuah Kerajaan yang berkhidmat untuk rakyat dan negara.
Para Perwakilan Sekelian,
Masalah kemiskinan masih membelenggu orang-orang Melayu, dan Kerajaan berazam untuk membasmikan kemiskinan tegar, serta mengecilkan jurang ekonomi, antara kaum-kaum di negara ini.
Kemiskinan sememang diukur dengan ukuran ekonomi, seperti tahap pendapatan. Dan tidak siapa pun yang boleh menafikan, bahawa, kemiskinan ekonomi di kalangan orang-orang Melayu, adalah yang perlu diutamakan.
Tetapi, sungguhpun orang-orang Melayu miskin dari segi takrif ekonomi, mereka tidak miskin dari aspek-aspek lain.
Orang-orang Melayu tidak miskin dari segi : -
- Tidak miskin tenaga
- Tidak miskin kemampuan berfikir
- Tidak miskin kemahuan untuk maju
- Tidak miskin keupayaan untuk belajar dan menimba ilmu
Tetapi, orang-orang Melayu perlu disedarkan, akan potensi mereka untuk maju, dan mencapai kecemerlangan.
Lebih-lebih lagi anak-anak muda Melayu mesti diasuh dari awal lagi, bahawa mereka dari masyarakat yang mempunyai sejarah, bertamaddun, dan yang mampu mencapai kejayaan.
Sekarang, dan di masa hadapan, generasi Melayu akan menghadapi saingan pada beberapa peringkat, iaitu : -
- sesama sendiri
- saingan dengan bukan Melayu
- dengan orang asing, di peringkat antarabangsa.
Maka, generasi muda Melayu mesti dipupuk dengan motivasi dan nilai-nilai positif, bukan sahaja melalui system pendidikan dan pembelajaran formal, tetapi sama pentingnya, dalam keluarga dan rumahtangga.
Disinilah letaknya peranan Pergerakan Wanita UMNO.Dengan bilangan keahlian yang melebihi 1.335 juta orang, lingkungan pengaruh Pergerakan Wanita UMNO adalah sangat besar, dan kita semua boleh berperanan, membawa perubahan dan kemajuan positif, dalam masyarakat.
Jika setiap ahli Pergerakan Wanita UMNO mempunyai 5 individu yang boleh dipengaruhinya, maka lingkungan pengaruh Pergerakan Wanita UMNO akan menjangkau lebih daripada 6.6 juta orang.
Ini adalah kuasa pengaruh yang boleh membantu membawa masyarakat, ke arah kemajuan yang diharapkan. Jika kuasa-kuasa dan pengaruh ini digembleng sepenuhnya maka ia akan benar-benar menjadi pemangkin kepada proses pembangunan dan kemajuan masyarakat.
Para Perwakilan Sekelian,
Pergerakan Wanita UMNO tidak boleh lupa akan hakikat bahawa, ianya adalah sebuah organisasi akar umbi, atau “grass roots”.Kaitan dengan pengundi dan masyarakat adalah begitu rapat, dan, dengan itu wajarlah setiap aktiviti dan program Perwakilan Wanita UMNO, lebih cenderung kepada aktiviti di akar umbi.
Seperti juga Majlis Tertinggi, EXCO Pergerakan Wanita UMNO tidak mempunyai program khusus tersendiri. Semuanya diamanahkan kepada ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin di peringkat cawangan, bahagian dan negeri dan melalui biro-biro tertentu. Program merekalah, yang mencerminkan aktiviti Pergerakan Wanita UMNO.
Perlu ditegaskan bahawa, Parti tidak boleh kukuh, dan berupaya, hanya dengan slogan, cogankata dan ucapan-ucapan berapi-api dan bersemangat.
Yang akhirnya menjadi penentu ialah, samada pengundi di kalangan rakyat, memberi undi mereka kepada UMNO dan Barisan Nasional ialah di masa Pilihanraya.
Mereka akan menilai Parti, dari segi kekesanan Kerajaan, yang bertunjangkan UMNO, dalam memenuhi aspirasi, dan harapan mereka.
Pendekkata, mereka menilai samada kita yang menerajui Kerajaan, telah berjaya menghasilkan apa yang dijanjikan.
Di situlah letaknya kredibiliti Parti, dan Kerajaan dan sebagai ahli-ahli Parti Kerajaan, kita, ahli-ahli UMNO, tidak boleh melihat diri terasing, dari Parti dan Kerajaan.
Seperti kata pepatah, meludah ke atas, menimpa hidung sendiri. Menepuk air di dulang, percik ke muka sendiri. Cubit paha kanan, paha kiri merasa sakit.
Tidak semua yang dilakukan, atau yang diputuskan oleh Parti, dan Kerajaan, akan memuaskan hati 100% ahli-ahli Parti, 100% pengundi, dan 100% rakyat setiap masa. Ini perkara mustahil, dan tidak akan tercapai.
Di negara ini terdapat parti-parti pembangkang, dengan ahli masing-masing, yang akan sentiasa menentang UMNO, Barisan Nasional, dan Kerajaan, sungguhpun apa yang dilakukan oleh Parti dan Kerajaan, adalah betul.
Dalam UMNO sendiri, akan sentiasa ada yang tidak puas hati, kerana mereka tidak dapat memperolehi apa yang dihasratkan, ataupun gagal, apabila bersaing dengan ahli-ahli UMNO yang lain, untuk mendapatkan sesuatu.
Rasa tidak puashati ini adalah lumrah dunia, dan tabiat manusia semulajadi. Tidak ada sesiapa yang boleh memuaskan hati semua orang, atas semua perkara, pada setiap masa.
Tetapi janganlah hendaknya rasa tidak puashati seseorang individu, tidak kira sesiapa, menjadi sebab, untuk menjatuhkan pemimpin, mencemar Parti, dan Kerajaan, dan mendatangkan masalah.
Setiap individu berhak bercakap, berhak menegur, dan berhak mengkritik, samada terhadap individu lain, atau pun terhadap Kerajaan. Kebebasan ini tidak boleh disekat atau dihalang.
Tetapi, tiada sesiapa yang berhak membuat apa-apa tuduhan yang tidak betul, dan yang merupakan fitnah semata-mata.
Dan, sangat penting ditegaskan, bahawa demokrasi mementingkan suara ramai, dan kepentingan majoriti.
Dalam Parti, Presiden, dan lain-lain Pemimpin Parti, adalah diserahkan kedudukan mereka, kepada proses Pemilihan Pemimpin. Disitulah mereka yang berhak mengundi, akan mengundi sesiapa yang telah mereka fikir wajar dipilih. Itupun setelah calon-calon berkenaan telah mendapat pencalonan yang sah, di peringkat yang ditentukan.
Begitu juga, seorang Perdana Menteri dilantik, apabila Parti memenangi plihanraya umum, dalam pakatan Barisan Nasional, dengan majoriti kerusi di Dewan Rakyat. Dan ini bererti rakyat telah bersuara, melalui undi mereka untuk menentukan, secara jelas, siapa yang mereka mahukan, sebagai Perdana Menteri.
Individu-individu, dan pembangkang, boleh suarakan pandangan dan kritik mereka, ataupun menyatakan pilihan mereka. Tetapi, pada hakikatnya, ahli-ahli Parti, dan rakyat, yang menentukan.
Jika mana-mana individu atau pihak, mendesak supaya suara mereka sahaja yang diterimapakai, maka ini jelas bertentangan dengan proses dan konsep, demokrasi yang telah sekian lama menjadi amalan Parti dan negara. Dan, ini menafikan hak yang ramai, iaitu yang majoriti untuk bersuara, dan menentukan pilihan mereka.
Para Perwakilan Sekelian,
Dalam suasana persekitaran dan serantau, dan global, yang semakin mencabar, Malaysia dan rakyatnya, mesti berwaspada akan apa jua gejala negatif, yang boleh membawa kelemahan kepada keupayaan, dan keutuhan negara. Sebaliknya, kita perlu mengenalpasti, unsur-unsur dan sumber-sumber kekuatan, dan perpaduan, di kalangan kita, yang boleh membawa negara mencapai matlamat Wawasan 2020, untuk menjadi sebuah negara maju, dalam acuan kita sendiri.
Inilah masanya, kita, sebagai Bangsa Malaysia, yang terdiri daripada pelbagai keturunan, mengukuhkan perpaduan, dalam menghadapi dunia luar, dan berusaha, untuk membuktikan kepada dunia, bahawa rakyat Malaysia telah, dan boleh terus, mencapai kecemerlangan.
Orang-orang Melayu telah ditentukan hak-hak dan kedudukan kita, oleh Perlembagaan Negara. Kita tidak perlu berdebat dan berhujah tentang itu. Dalam bahasa Inggeris dikatakan… “It is a given”… Iaitu telah sememangnya.
Tetapi, dalam sebuah negara berbilang kaum, agama, dan keturunan etnik, dan pelbagai ciri-ciri budaya, kita wajar meletakkan tempat Malaysia, dan Bangsa Malaysia, dengan jelas, dalam peta dunia.
Dalam konteks Bangsa Malaysia, kita, orang-orang Melayu, wajar juga dilihat cemerlang, dan terbilang.
Para Perwakilan Sekelian,
Negara hanya mempunyai masa 14 tahun lagi untuk merealisasi matlamat Wawasan 2020. Masih banyak yang belum selesai, dan masih banyak yang baru, yang perlu difikirkan, untuk dilaksana.
UMNO mesti terus kukuh, dan Barisan Nasional mesti terus berkuasa, jika Wawasan 2020 hendak dijadikan realiti. Ini adalah hakikat. Dan tiada opsyen lain bagi kita, dan bagi rakyat.
Maka, Pergerakan Wanita UMNO mestilah memulakan, dari sekarang, menghalusi strategi, dan persiapan, untuk menghadapi Pilihanraya Umum yang akan datang, tidak kira bila ianya diadakan.
Kerja-kerja peringkat akar umbi, di peringkat Ketua 10, dan saluran pengundi, mesti diteruskan. Kita tidak ada masa untuk berpolemik, dan berdebat berpanjangan.
Kekesanan Pergerakan Wanita UMNO terletak kepada banyaknya undi yang boleh diperolehi oleh UMNO, dan Barisan Nasional, serta majoriti kerusi yang diraih oleh Barisan Nasional, dalam Dewan Rakyat, dan dalam Dewan Undangan Negeri.
Pergerakan Wanita UMNO bolehlah dikatakan berfungsi sebagai “Vote Delivery System”, atau “Sistem Penyampaian Undi” kepada UMNO dan Barisan Nasional, dengan berganding bahu bersama Pergerakan Wanita dari parti-parti komponen Barisan Nasional.
Maka, sistem Pergerakan Wanita UMNO mesti kemas, cekap, dan berkesan. Kerja-kerja kita mesti berstrategi, teratur, dan tersusun, dan menepati sasaran.
Walau apa pun yang berlaku di sekeliling dan di sekitar kita, kita tidak boleh lari daripada hakikat bahawa, kunci kepada segala-gala yang diharapkan, dalam mencapai matlamat-matlamat Misi dan Agenda Nasional, dan Agenda Melayu, ialah kemenangan besar dalam Pilihanraya Umum.
Saya mengajak seluruh Pergerakan Wanita UMNO supaya berdiri teguh, dengan kesetiaan tidak berbelah bahagi, bersama-sama Presiden, dan pucuk kepimpinan parti, dalam menghadapi, dan mengatasi segala cabaran, dan masalah, dan menyumbangkan tenaga, dan fikiran, terhadap menjayakan dasar-dasar, dan program, Parti dan Kerajaan.
Dan, saya mengajak seluruh ahli-ahli Pergerakan Wanita UMNO, supaya mengekalkan tradisi Bersatu, Bersetia, Berkhidmat, dan berazam untuk bekerja memenangkan dengan cemerlang UMNO dan Barisan Nasional, dalam Pilihanraya Umum yang akan datang.
Sejuknya air dari telaga,
Telaga di keliling pelantar kayu;
Kita ahli dalam keluarga,
Keluarga UMNO wakili Melayu.
Berusaha kita dengan sukarela,
Segala cabaran kita harungi;
Orang Melayu mesti dibela,
Hanya UMNO dapat menaungi.
Siapa tak kenal si ubi kayu,
Mari diperam menjadi tapai;
Misi Nasional, agenda Melayu,
Mesti diutama hingga tercapai.
Buah nangka dijadikan rencah,
Lauk dihidang bersama sayur;
Elak sengketa elakkan berpecah,
Supaya kuat pasukan UMNO.
Dari Ipoh pergi ke Tampin,
Balik pula ke Kuala Lumpur;
Berdiri teguh bersama pemimpin,
Kesetiaan teguh komitmen tak luntur.
Pingat emas, perak dan gangsa,
Pingat untuk jaguh tersohor;
Kalau benar sayangkan bangsa,
Bersatulah kita di dalam UMNO.
Semoga segala usaha kita direstui dan dirahmati Allah S.W.T.
KHAIRI Jamaluddin memperkatakan sesuatu kepada Hishamuddin Tun hussien pada Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO di Mesyuarat Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur semalam.
KHAIRI Jamaluddin memperkatakan sesuatu kepada Hishamuddin Tun hussien pada Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO di Mesyuarat Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR 14 NOV 2006 Ketua Pemuda dan Timbalan ketua Pemuda bersama exco menyanyikan lagu UMNO pada Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO 2006 di PWTC semalam. .Gambar Digital : Mohd shaharani Saibi / PIX ONLY.
KUALA LUMPUR 14 NOV 2006 - Hishammuddin Husein menyampaikan ucaptama pada Perhimpunan Agung Tahunan Pergerakan Pemuda UMNO di Mesyuarat Pemuda UMNO di PWTC, Kuala Lumpur semalam. Gambar Digital: Abd Rahman Saleh/ pemberita: Team UMNO
UCAPAN DASAR DATUK SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN KETUA PERGERAKAN
PEMUDA UMNO MALAYSIA SEMPENA PERHIMPUNAN AGUNG PERGERAKAN PEMUDA UMNO
MALAYSIA PADA 14 NOVEMBER, 2006 -Semangat Sang Saka Bangsa
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Yang Berbahagia Datuk Pengerusi Tetap,
Yang Berhormat Timbalan Pengerusi Tetap,
Wakil-wakil Ahli Majlis Tertinggi UMNO,
Yang Berhormat Datuk Noh bin Omar
Yang Berhormat Datuk Azalina Datuk Othman Said
Yang Amat Berhormat Datuk Mahadzir bin Khalid
Ahli-ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia,
Yang Berbahagia Datuk Pengerusi Tetap,
Yang Berhormat Timbalan Pengerusi Tetap,
Wakil-wakil Ahli Majlis Tertinggi UMNO,
Yang Berhormat Datuk Noh bin Omar
Yang Berhormat Datuk Azalina Datuk Othman Said
Yang Amat Berhormat Datuk Mahadzir bin Khalid
Ahli-ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia,
Para Perwakilan dan Pemerhati.
A. Mukaddimah
Amanat Bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia agar memikul perjuangan dengan serius dan jujur.
1. Marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana mengizinkan kita menghadiri Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia 2006 ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta para sahabat baginda. Bagi pihak seluruh barisan Exco, saya mengalu-alukan kehadiran saudara para perwakilan sekalian. Semoga perhimpunan ini akan terus meneguhkan iman, meningkatkan amal dan menambahkan ilmu kita semua demi mengangkat maruah bangsa dan syiar Islam. Mudah-mudahan ia akan menyemarakkan idealisme serta memastikan obor perjuangan UMNO terus membara.
1. Hasrat memperkukuh tekad perjuangan ini adalah hasrat murni yang lahir dari jiwa yang sentiasa ingin mengejar kecemerlangan dan kegemilangan. Dalam konteks ini, saya ingin mengajak saudara-saudara merenung sejenak ucapan Allahyarham Tan Sri Syed Jaafar Albar dalam satu perjumpaan Pemuda di Muar, Johor beberapa jam sebelum beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir:-
“... perjuangan UMNO seluruhnya dan khasnya Pemuda yang akan menerima pusaka daripada orang-orang yang tua sekarang ini, adalah satu perjuangan yang amat sulit, amat berat dan tidak boleh diambil secara sambil lewa sahaja. Dalam perjuangan, kita mestilah serius. Selain dari serius, dalam keadaan serius kita juga, kita mestilah jujur. Inilah dua syarat yang penting untuk mencapai atau sampai ke matlamat yang kita tuju. Kalau kita tidak serius, (atau) kalau kita serius tetapi untuk kepentingan diri, bencana dan celaka juga padahnya kepada bangsa dan keturunan kita yang akan datang.”
Allahyarham Tan Sri Syed Jaafar Albar - Ucapan Terakhir Ketika Memimpin Pemuda UMNO Malaysia Muar, Johor 1977
2. Inilah wasiat terakhir seorang Ketua Pemuda UMNO yang mengingatkan agar kita berjuang secara serius dan jujur. Atas semangat inilah, saya juga mengingatkan saudara-saudara semasa berhimpun di dewan ini tahun lalu, kita telah sama-sama berikrar untuk mewarisi perjuangan ini dengan rasa keinsafan dan tanggungjawab. Kita telah bersumpah bahawa perjuangan ini tidak dipersia malah akan terus dibela dan dipertahankan. Kita telah berjanji nasib bangsa tidak diperjudikan, tamadun kegemilangan Melayu akan terus subur dan Melayu takkan hilang di dunia.
B. Kekuatan Pergerakan Pemuda UMNO dan Pemuda Barisan Nasional hari ini.
3. Berkat kesabaran, kesatuan hati dan fikiran dalam merencana serta menunaikan amanah tersebut, maka dalam Perhimpunan Agong Pergerakan Pemuda tahun 2006 ini, saya tidak teragak-agak untuk menyatakan bahawa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah berada di puncak kekuatan. Prinsip, nilai dan budaya kerja yang selama ini kita semai telah mekar subur menjadi pegangan serta amalan Pemuda. Alhamdulillah, kehadiran Pemuda kini dirasai di mana-mana dari ceruk kampung hingga ke kota besar, dari persada nasional hingga ke peringkat antarabangsa. Khidmat Pemuda dicurah tanpa mengira masa dan sesiapa jua; tua, muda, miskin dan kaya; dari pelajar, belia dan peneroka malah mat rempit pun kita himpit!
4. Kekuatan ini hanyalah permulaan kepada perjuangan yang lebih besar iaitu perjuangan mengisi, melengkapi dan memenuhi tuntutan bangsa; membebaskan orang Melayu dari belenggu kemunduran, menegakkan cita-cita agama serta melahirkan rakyat Malaysia yang progresif dan bersatu padu.
5. Kekuatan ini mengajak kita untuk bersama-sama merenung sambil memikirkan nasib masa depan kita dan anak-anak kita yang bakal mewarisi bumi tercinta ini; merenung sambil menginsafi agar tidak mudah khayal bila ada kuasa dan mudah alpa bila sudah bahagia; merenung sambil bermuhasabah untuk memperbaiki kelemahan lalu agar amalan diberkati Allah S.W.T.
6. Kekuatan Pemuda UMNO ini membolehkan ia tidak lagi sekadar menjadi jurubicara dan menjadi pendesak semata-mata tetapi sentiasa bersedia untuk memikul tanggungjawab dan bersedia diuji ketajaman fikiran, kekentalan semangat serta keluhuran perjuangannya. Saat ini bukan lagi saat untuk menuntut pengiktirafan dan bukan saat untuk bertentang haluan. Sebaliknya, dengan kepemimpinan yang dinamik dan kesediaan untuk menerajui pembaharuan, Pemuda perlu lebih serius mempersiapkan diri bagi memikul tanggungjawab membina bangsa yang kian hari kian besar; kian hari kian mencabar.
7. Kekuatan Pemuda UMNO ini juga seiring dengan kekuatan Pemuda Barisan Nasional. Sepanjang memimpin Pemuda Barisan Nasional, saya amat menghargai sokongan, semangat setia kawan dan kepercayaan yang telah diberikan. Dalam keadaan yang ada kalanya menguji kekuatan dan perpaduan sesama kita; sokongan, semangat setia kawan dan kepercayaan inilah yang menjadi benteng kekuatan kepada bahtera Barisan Nasional dari tenggelam dipukul gelora dugaan dan cabaran.
8. Saya yakin bahawa kekuatan Pergerakan Pemuda Barisan Nasional ini berjaya wujud sejak sekian lama kerana ia dipupuk dan dijaga bersendikan kepada keikhlasan, persefahaman, kejujuran, tanpa rasa curiga dan syak wasangka. Saya percaya bahawa kekuatan ini juga lahir di atas kesedaran akan perlunya kepada perkongsian tanggungjawab dalam menuju destinasi bersama (shared responsibility and joint destiny). Ini kerana semangat Barisan Nasional itu bukan sekadar berdiri atas persefahaman politik kongsi kuasa semata-mata tetapi juga bersandarkan kepada hubungan jiwa dan hubungan niat. Oleh itu, sebarang permasalahan dan konflik hendaklah ditangani secara bersama dengan penuh kebijaksanaan.
9. Kita mesti ingat bahawa pembentukan negara Malaysia yang diimpikan tidak mungkin terbina di atas pemikiran sempit, chauvinis dan keterlaluan. Jangan pertaruhkan masa depan negara di tangan mereka yang bankrap idea politik perpaduan dan keharmonian; mereka yang tergamak mengamalkan politik perkauman yang dangkal untuk menonjolkan diri sebagai `jaguh’ kepada kaumnya; mereka yang hanya mahu dan mementingkan pulangan politik murahan semata-mata. Kita mengingatkan mereka agar jangan cuba menggugat perpaduan ini dan jangan sama sekali bermain api perpecahan. Kita kenal siapa mereka, kita tahu di mana mereka berada dan apa yang mereka perkatakan. Kita Pemuda UMNO, sama sekali tidak gentar untuk berhadapan dengan jenis pemimpin oportunis ini. Kepada mereka, saya ingin ulangi bahawa sesungguhnya Pemuda UMNO tidak akan berkompromi dan bertolak ansur dalam soal masa depan negara. Kita akan pastikan tidak ada tempat bagi mereka menjadi pemimpin dalam perjuangan Parti Barisan Nasional.
10. Lantaran itulah sering kali saya mengingatkan Pemuda UMNO agar tidak terjebak dalam permainan politik kebencian. Sebaliknya saya menekankan kepada saudara-saudara sekalian agar kembali kepada idealisme UMNO yang mementingkan kesatuan, sikap toleransi yang tinggi dan sifat bertanggungjawab; yang menjadi teras kepada kekuatan Barisan Nasional selama ini.
C. Kesetiaan kepada UMNO dan kesetiaan kepada pemimpin dalam konteks agama dan budaya Melayu. (Kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohammad dan Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi.)
KUALA LUMPUR 14 NOV 2006 - Hishammuddin Husein berucap pada Perhimpunan Agung Tahunan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di PWTC, Kuala Lumpur semalam. Gambar Digital: Abd Rahman Saleh/ Pemberita: Team UMNO/ Meja Am
Kesetiaan kepada UMNO
11. Pada tahun ini, sekali lagi kita melihat keris pusaka kita dibawa masuk dengan penuh adat-istiadat ke dalam perhimpunan yang berkat ini. Saya masih tidak lupa bahawa pada Perhimpunan Agung Pemuda tahun lepas, Keris Panca Warisan telah mencetuskan kebimbangan di kalangan masyarakat bukan Melayu. Sungguh terkongkong pemikiran dan pemahaman mereka terhadap budaya warisan nenek moyang kita! Apakah mereka tidak sedar bahawa selama ini kita telah sama-sama mengamalkan konsep Kesatuan Dalam Kepelbagaian Budaya (Unity in Diversity)?
12. Keris tidak seharusnya dianggap sebagai satu lambang penjajahan ke atas kaum bukan Melayu, bukan juga satu simbol penganiayaan kepada mereka dan tidak sekali-kali merupakan penindasan ke atas kaum bukan Melayu oleh orang Melayu. Sekali lagi saya tegaskan bahawa tiada apa yang perlu ditakuti dan digusari terhadap Keris Panca Warisan kerana sebenarnya ia adalah lambang manifestasi Tekad Baru Pemuda - satu tekad untuk mengupayakan orang Melayu melalui perjuangan Pemuda UMNO; Tekad yang berlandaskan kepada pancaran lima rukun idealisme Pemuda iaitu Rukun Islam, Rukun Iman, Rukun Negara, Agenda Melayu dan Jati Diri. Ia juga mengajar kita untuk sentiasa membina kekuatan dalam menghadapi setiap cabaran.
13. Disebabkan itu, saya amat berbangga dengan kematangan dan kebijaksanaan yang ditunjukkan oleh Pemuda dalam menangani isu-isu semasa walaupun kadang-kala ada di kalangan kita yang terlepas had dan batasan. Kematangan dan kebijaksanaan menghadapi babak-babak tragis serta jatuh bangun sejak UMNO ditubuhkan, benar-benar memberikan kesedaran kepada orang Melayu untuk mempertahankan kewujudan dan kesinambungannya. Ini kerana UMNO begitu sinonim dengan Melayu. Kiranya pemimpin UMNO digoyang, maka haluan perjuangan menjadi terumbang. Kiranya UMNO pula tumbang, maka nasib Melayu akan menjadi malang. Justeru, ahli-ahli UMNO dan Pemuda dilatih untuk cepat bertindak bermuhasabah dan pantas berdiri teguh setia dengan parti ketika berdepan tentangan dan cabaran. Meskipun ada kalanya masyarakat memandang sinis terhadap kita, tetapi setia kita tetap bertempat dan tepat kepada UMNO. Itulah yang menjadi azimat besar kepada kelangsungan kita selama ini.
Angkut-Angkut terbang ke langit,
Mati disambar anak merbah,
Tertangkup bumi dengan langit,
Setia kita tak kan berubah.
Saudara Perwakilan Sekalian,
Kesetiaan kepada pemimpin dalam konteks tuntutan agama Islam
14. Alhamdulillah, kelangsungan kita ini bersendikan ketaatan kepada pucuk kepimpinan parti yang kita pilih, dari akar umbi hinggalah kepimpinan tertinggi. Selama ini ahli-ahli UMNO tidak salah membuat perhitungan dalam memilih pemimpinnya. Pemimpin yang ditakdirkan Allah S.W.T dan dipilih dari rasa hormat umat ke atas kepimpinannya adalah pemimpin yang wajib ditaati.
Seperti firman Allah S.W.T, Surah An Nisa’ ayat 59:
“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah, dan taatlah kepada Rasul dan kepada pemimpin yang dilantik di kalangan kamu”.
HISHAMMUDDIN Tun Husein menyampaikan ucaptama pada Perhimpunan Agung Tahunan Pergerakan Pemuda UMNO sempena Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, semalam.
15. Jelas, ketaatan adalah tonggak kekuatan parti dan negara. Maka saya mengharapkan agar Pemuda yang telah sekian lama setia berpegang pada prinsip ketaatan kepada parti dan pemimpin ini dapat menggunakan kematangan dan kewarasan dalam menghadapi sebarang situasi sukar agar pemimpin kita terus dipertahankan dan parti keramat UMNO ini dapat terus menjadi wadah kepada orang Melayu dan agama suci Islam. Berdasarkan kepada ajaran Islam yang suci, marilah kita membina sebuah kesatuan yang bersandarkan kepada kesatuan fikiran (wahdatul fikri) dan kesatuan tindakan (wahdatul amal) agar setiap tindakan dan gerakan yang berpaksi teguh kepada agama ini, dapat menyelesaikan krisis, cabaran dan gelombang dalam kepimpinan.
Sekali lagi dalam Surah An-Nisa’, dalam ayat yang sama, Allah S.W.T telah memberi panduan kepada kita apabila berhadapan dengan kemelut krisis perbezaan pandangan dalam firman-Nya;
“Apabila kamu berselisih pandangan tentang sesuatu perkara, maka hendaklah kamu kembali merujuk kepada Allah dan Rasul (Agama), jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat. Hal yang demikian merupakan sebaik-baik jalan buat kamu”
16. Islam adalah agama yang mengajar kita menghormati perbezaan pandangan dan pendekatan, asalkan niatnya ikhlas kerana Allah S.W.T dan tujuannya adalah untuk kebaikan membangunkan ummah.
Sabda Nabi Muhamad S.A.W. yang bermaksud “Perbezaan pandangan di kalangan umatku akan mendatangkan rahmat”
Walau bagaimanapun, Islam tidak mengizinkan nilai rahmat ini dicemari akibat pergeseran peribadi dan kepentingan diri. Kesannya bukan rahmat yang dinikmati umat tetapi akan muncul keretakan dan perpecahan yang meresahkan.
17. Islam juga mengajar kita agar perlu sentiasa berpegang kepada prinsip mematuhi keputusan yang dibuat secara kolektif dan melalui musyawarah. Dengan ini ia dapat mengekalkan keharmonian antara yang memimpin dan yang dipimpin.
Sebagaimana firman Allah S.W.T dalam Surah Ali-Imran, Ayat 159:
“...dan hendaklah kamu bermusyawarah dengan mereka dalam sesuatu perkara, dan setelah membuat keputusan dengan penuh keazaman, maka bertawakallah kepada Allah ke atas keputusan itu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya”
Maka sebagai ahli-ahli UMNO yang taat setia pada ikrar parti dan berpegang teguh kepada ajaran Islam, marilah kita bertawakal kepada-Nya. Insya Allah, Allah S.W.T akan merahmati dan melindungi kita dan para pemimpin kita.
KUALA LUMPUR 14 NOV 2006 - Hishammuddin Husein berucap pada Perhimpunan Agung Tahunan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di PWTC, Kuala Lumpur semalam. Gambar Digital: Abd Rahman Saleh/ Pemberita: Team UMNO/ Meja Am
Saudara Perwakilan Sekalian,
Kesetiaan kepada pemimpin dalam konteks budaya Melayu
18. UMNO adalah parti keramat, ditubuhkan atas ketentuan, bukan kebetulan; ketentuan matlamat dan ketentuan kepimpinan; ketentuan yang telah menjadikan UMNO tetap utuh dan kukuh biarpun telah melewati usia 60 tahun. Pastinya bukan mudah bagi setiap kepimpinan memikul perjuangan keramat ini. Begitu banyak cabaran, rintangan dan cemuhan terpaksa ditempuhi. Walau bagaimanapun dengan rahmat dan keredaan-Nya mereka diberikan kekuatan dan semangat untuk membina bangsa dan membawa negara ke arah yang lebih cemerlang. Kini tiada siapa boleh menafikan, sejarah telah dan akan menilai mereka sebagai pemimpin-pemimpin terbilang. Inilah takdir dan ketentuan kepimpinan parti keramat UMNO.
19. Dengan bertiangkan syiar agama dan berpandukan nilai budaya Melayu, kita telah berjaya membina tradisi kepimpinan sehingga hari ini. Dalam semangat yang sama kita berjaya merungkaikan segala kekusutan dan kembali bertaut bagaikan kiambang.
Air dicincang tidak akan putus,
air yang dingin dapat juga memadamkan api,
Air sama air kelak akan menjadi satu, dan
sampan itu akan ke tepi jua
20. Dalam alam Melayu pemimpin memiliki pengaruh besar dalam menentukan nasib bangsa dan negara. Kekuasaan dan kepercayaan untuk memimpin diberikan dengan harapan ia mampu memegang amanah dan tidak disalahgunakan. Dalam ungkapan adat dikatakan bagi seorang pemimpin :-
Adat memegang kepercayaan orang,
Jangan sekali main belakang;
Adat memegang kekuasaan,
Jangan sekali merosak-binasakan;
Adat memegang kebebasan,
Jangan sekali lupa batasan.
Jangan sekali main belakang;
Adat memegang kekuasaan,
Jangan sekali merosak-binasakan;
Adat memegang kebebasan,
Jangan sekali lupa batasan.
Kita turut diajar tentang sifat pemimpin Melayu yang luhur. Masyarakat telah mengenal rangkap berikut sejak turun temurun dalam usaha menentukan pemimpin;
Tuah kain pada tenunnya,
Tuah pemimpin pada santunnya;
Tuah kayu elok buahnya,
Tuah Melayu elok maruahnya;
Elok kain elok raginya,
Elok pemimpin elok negerinya.
Tetapi sekiranya sudah wujud gangguan dalam kepimpinan,
Bila kain sudah koyak,
Bila dipakai aib tersingkap,
Bila pemimpin sudah rosak,
Bila dipakai umat menghidap,
Bila kain sudah lapuk,
Bila dipakai tentulah koyak,
Bila pemimpin akhlaknya buruk,
Aib terburai umat bergasak.
21. Pada masa yang sama Pemuda tidak melupai jasa dan pengorbanan para pemimpin ulung UMNO. Walau apa pun yang telah zahir dan dizahirkan dalam polemik di akhir-akhir ini, Pemuda akan terus membudayakan kebenaran dan menghormati lagi menghargai jasa pemimpin. Pemuda bukan tergolong kepada ungkapan ‘hilang di mata hilang di hati’. Presiden yang membimbing kita disokong tanpa berbelah bagi; pemimpin terdahulu tetap dihormati dan dikasihi. Di sinilah letaknya budi bahasa dan tata susila Melayu. Kepada Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad – kami terhutang budi. Kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi – terus pimpinlah kami.
22. Demikianlah dalam budaya Melayu bila sengketa bermula. Ia bermain dengan penuh kiasan, pantun, lambang, ibarat, tamsil dan perumpamaan yang sarat dengan nilai-nilai luhur dan kehalusan budi. Ia adalah lambang kelunakan hati-budi dalam mengungkai segala permasalahan. Demikianlah pula yang terjadi dalam soal kepimpinan UMNO yang tentunya dapat dirungkaikan dalam adat dan syarak selagi ia berhajat membawa kepada kebaikan.
23. Percayalah, sejarah akan membuktikan bahawa ketentuan di setiap era kepimpinan parti keramat UMNO ini akan mempunyai nilai dan makna yang tersendiri kepada ketamadunan bangsa dan negara.
Saudara Perwakilan Sekalian,
D. Keterbukaan dan ketelusan dalam kedudukan agama Islam dan orang Melayu dalam Perlembagaan dan sosial kontrak
24. Hari ini kita dapat merasai corak kepimpinan yang terbuka dan telus dalam Kerajaan mentadbir dan mengurus hal ehwal negara. Pelbagai pandangan dan suara rakyat dapat kita dengar. Malah suara keterbukaan dan kebebasan semakin terasa dalam suasana masyarakat sivil sama ada dari pertubuhan-pertubuhan bukan Kerajaan (NGO), media atau individu. Sesungguhnya pendekatan keterbukaan ini adalah satu keikhlasan Kerajaan dalam membina sebuah negara di mana rakyatnya mesti peka dan responsif dengan segala keadaan dalaman atau luaran. Walau bagaimanapun kesedaran untuk memelihara kontrak sosial dan mempertahankan keluhuran perlembagaan sejak sekian lama hendaklah terlebih dahulu difahami dan ditaati.
25. Pemuda menekankan perkara ini kerana sejak akhir-akhir ini kita dapati ada pihak-pihak tertentu yang nampaknya mengintai peluang lalu mengambil kesempatan dengan menguji batas toleransi Kerajaan. Isu-isu agama dan perkauman diperdebatkan tanpa ada pertimbangan rasional terhadap kesannya kepada hubungan antara kaum di negara ini. Kritikan yang sepatutnya membina telah menjadi semakin berdendam (vindictive), melepaskan geram dan benci; berniat jahat dan iri hati. Ada di antara mereka pula menggunakan segala ruang dengan menyebar fitnah, hasutan dan khabar angin melalui pelbagai kaedah dan cara. Mereka langsung tidak sensitif dengan suasana kehidupan rakyat yang majmuk, langsung tidak peka dengan implikasi krisis etnik, langsung tidak endah dengan persefahaman dan kesepakatan hidup dalam sebuah negara Malaysia yang selama ini kita warisi.
26. Pemuda berasa amat khuatir dengan perkembangan ini. Perkembangan yang tentunya menyentuh perasaan dan hati-nurani orang Melayu dan umat Islam. Jangan sewenang-wenangnya mempermain, mempertikai dan mencabar kedudukan orang Melayu dan agama Islam di negara ini. Sebarang gerakan atas nama gerakan apa sekalipun, hatta atas nama kebebasan beragama, kebebasan bersuara atau kebebasan media tidak akan dibiarkan mencabar hak dan kedudukan yang termaktub jelas dalam Perlembagaan Negara.
27. Kepada mereka yang menggelar diri sebagai `Kumpulan Artikel 11', yang bergerak dalam kempen-kempen mereka ke seluruh negara atas alasan kononnya untuk menyedarkan rakyat tentang hak kebebasan beragama, Pemuda ingin memberi amaran, jangan cuba untuk membangkitkan isu berkaitan Artikel 11 dan Artikel 121(1A) Perlembagaan Persekutuan. Jika usaha negatif sebegini tidak dibendung maka ia akan mendatangkan implikasi yang amat besar terhadap keharmonian dan kesejahteraan yang dikecapi selama ini. Justeru Pemuda berpendapat bahawa apa-apa persoalan dan isu yang berkaitan dengan agama Islam hendaklah didengar dan diadili oleh Mahkamah Syariah dan bukannya oleh Mahkamah Sivil, sesuai dengan Artikel 121(1A) Perlembagaan Persekutuan. Manakala mengenai hal berkaitan dengan cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Antara Agama (Inter-faith Commission), Pemuda UMNO mendesak dalam perhimpunan ini agar Kerajaan menolak terus cadangan penubuhannya.
28. Kerajaan perlu bertegas dalam perkara ini. Kita perlu bergerak seiring untuk memastikan seluruh rakyat menyedari bahawa kelalaian kita dalam memelihara perpaduan dan keamanan akan membuka ruang kepada ancaman dari dalam mahupun luar yang boleh memusnahkan negara. Tragedi dan peristiwa malang yang berlaku di negara-negara luar ini harus dijadikan pengajaran dan teladan. Kelemahan dalaman telah menyebabkan kuasa-kuasa besar menggerakkan propaganda yang akhirnya membawa kepada peperangan dan kemusnahan. Keamanan dan nilai kemanusiaan telah hilang dimamah kezaliman dan kerakusan.
Saudara perwakilan sekalian,
E. Gerakan Keamanan Sejagat
29. Kita amat bersedih dan bersimpati melihat penderitaan rakyat di negara-negara yang terlibat dalam peperangan dan malapetaka. Atas kesedaran dan keinsafan inilah, sejak tahun 2000 lagi, saya telah memulakan gerakan keamanan dan kemanusiaan yang didukung ratusan ribu generasi muda di dalam UMNO dan Barisan Nasional. Selagi kezaliman, ketidakadilan dan hegemoni kuasa-kuasa besar ini berterusan, selagi itulah kita akan terus menentangnya. Kita akan terus sebarkan mesej keamanan dan kedamaian kerana kita yakin dan percaya bahawa inilah perjuangan yang suci dan murni.
30. Jangan diragui kejayaan perjuangan ini. Bagi saya ia cukup bermakna sekiranya kita dapat memberikan bumbung tempat warga tua berteduh, memberikan sesuap nasi kepada ibu yang mengandung atau dapat menyelamatkan nyawa walaupun seorang bayi. Malah ia juga sudah cukup bernilai walau dengan hanya memberikan sokongan kepada mereka yang tertindas untuk terus bertahan; memberikan harapan kepada mereka bahawa cahaya keamanan akan terpancar jua akhirnya.
Saudara perwakilan sekalian,
F. Rancangan Malaysia Kesembilan dan Agenda Melayu dalam pelaksanaan Misi Nasional dalam konteks ekonomi - sektor-sektor baru yang strategik, GLC, ketirisan, pariti pendapatan dan pegangan ekuiti. (Isu kajian ASLI dan kenyataan Lee Kuan Yew)
31. Ketika jutaan rakyat di negara lain terhimpit dengan kesukaran dan keperitan, kita di negara ini amat bernasib baik kerana dirahmati dan dilimpahi dengan nikmat kesejahteraan dan keamanan. Di saat negara tertentu dilanda bencana dan terbelenggu dengan rancangan pemulihan dari ambang kemusnahan, negara kita sebaliknya, mengorak langkah berani untuk menyusun rancangan strategik mencapai wawasan.
Agenda Melayu dalam Misi Nasional
32. Malah buat pertama kalinya dalam sejarah pembangunan negara, Agenda Melayu diletakkan secara tersurat di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) tanpa meminggirkan kedudukan kaum-kaum lain. Keberanian pemimpin kita ini perlu disahut kerana rancangan ini adalah satu Misi Nasional di mana strategi Pertumbuhan dengan Pengagihan yang digagaskan adalah untuk manfaat seluruh rakyat Malaysia. Ia selaras dengan pendirian Pemuda sebelum ini agar strategi pembangunan negara ditumpukan kepada kedua-dua aspek pertumbuhan dan pengagihan, dan bukannya semata-mata kepada pertumbuhan. Misi Nasional ini penting kerana ia merupakan fasa lima tahun kedua Wawasan 2020 dapat tercapai sepenuhnya melalui lima teras utama, iaitu;
i. Teras Pertama: Meningkatkan nilai tambah dalam ekonomi negara;
ii. Teras Kedua: Meningkatkan keupayaan pengetahuan, kreativiti dan inovasi negara serta memupuk 'minda kelas pertama';
iii. Teras Ketiga: Menangani masalah ketidaksamaan sosioekonomi secara membina dan produktif;
iv. Teras keempat: Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup; dan
v. Teras kelima: Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan negara.
33. Misi Nasional ini adalah falsafah pembangunan yang merupakan perkongsian tulen bersandarkan kepada semangat kontrak sosial yang telah dipersetujui selama ini. Perkongsian tulen ini mesti wujud berdasarkan kesungguhan, pengorbanan dan kesediaan untuk membantu kepada yang kurang berkemampuan agar sikap meminta-minta hanya untuk kelompok sendiri dapat dihindari. Sesungguhnya, perkongsian tulen hanya akan berjaya sekiranya mendapat sokongan dan kerjasama kedua-dua belah pihak. Sekadar bertepuk sebelah tangan, tidak akan berbunyi.
34. Agenda Melayu dalam Misi Nasional pula tidak wajar dianggap sebagai ‘zero-sum game’, dengan mengatakan hanya orang Melayu sahaja yang untung dan bukan Melayu akan rugi. Mereka perlu berani untuk mengakui bahawa sepanjang pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB), orang bukan Melayu juga turut mendapat manfaat, secara langsung dan tidak langsung melalui projek-projek di dalam pelbagai sektor.
Saudara perwakilan sekalian,
Sektor-sektor baru yang strategik
35. Dalam Misi Nasional kita dapati sektor-sektor baru yang lebih strategik akan menjadi enjin pertumbuhan masa hadapan dalam memacu ekonomi negara. Seperti yang Pemuda suarakan tahun lalu, Pemuda ingin menyaksikan orang Melayu terlibat dan bersaing dalam sektor-sektor strategik ini. Kita tidak boleh lagi bergantung kepada sektor pembuatan semata-mata dan membiarkan sektor-sektor strategik terlepas dari tangan kita seperti sebelumnya. Biarpun ada di antara sektor-sektor ini yang sinonim dengan orang Melayu, kita tidak boleh beranggapan bahawa orang Melayu akan dapat menguasainya dengan mudah. Kita perlu sedar bahawa dengan kepakaran mereka, orang bukan Melayu juga turut mengintai peluang yang sama di dalam sektor-sektor ini. Maka, Pemuda UMNO menyarankan agar satu perancangan dan strategi yang lengkap dibentuk bagi menggalakkan penglibatan bumiputera dalam bidang bioteknologi, angkasa lepas dan pertahanan, teknologi maklumat dan telekomunikasi, industri makanan halal, bidang perbankan dan kewangan, bidang automotif, bidang tenaga dan utiliti, bidang perkhidmatan pelancongan, perladangan dan pertanian.
36. Bagi memastikan kejayaan hasrat ini, peruntukan kewangan yang mencukupi juga hendaklah disediakan. Dahulu kita mempunyai Dasar Pinjaman Bank yang mempunyai sasaran pinjaman mengikut sektor. Bagaimanapun hari ini, ia tidak berfungsi seperti yang diharapkan. Justeru Pemuda ingin mencadangkan agar diwujudkan semula Dasar Pinjaman Bank ini yang mempunyai sasaran pinjaman dalam sektor-sektor strategik ini.
GLC
37. Kepada Syarikat-syarikat Milik Kerajaan (GLC) pula, Pemuda mengalu-alukan usaha mereka yang telah mula menggerakkan pelbagai program berpaksikan kepentingan Agenda Melayu. Ia selaras dengan gesaan Pemuda UMNO yang selama ini ingin melihat GLC memainkan peranan yang lebih bersungguh-sungguh dalam mengatasi pelbagai isu ekuiti dan pekerjaan. Hari ini, Kerajaan telah memberikan kepercayaan dan tanggungjawab penuh kepada GLC untuk sama-sama membantu menjayakan Misi Nasional seperti yang diamanahkan kepada Khazanah Nasional, Sime Darby dan Petronas dalam membangunkan koridor wilayah-wilayah. Selain memberi fokus bagi memastikan kejayaan pembangunan koridor ini, Pemuda mengharapkan agar mereka juga memberi penekanan dalam menyediakan program latihan dan perancangan penempatan, khususnya untuk siswazah yang berkelayakan dan yang menganggur.
38. Dalam masa yang sama, Pemuda tetap berpegang kepada prinsip bahawa GLC perlu memastikan kemajuan pengusaha kecil dan sederhana dijadikan penunjuk utama kejayaan GLC dan bukan hanya bersandarkan keuntungan semata-mata. Ini kerana masih terdapat situasi di mana syarikat GLC dan Perbadanan Kemajuan Negeri bersaing dengan ahli perniagaan kecil dan sederhana bumiputera dalam mengejar projek. Ini persaingan yang tidak sihat malah bertentangan dengan tugas dan peranan mereka. Pemuda akan terus membuat pemantauan agar suasana seperti ini tidak berterusan.
Ketirisan
39. Kita kena menerima hakikat bahawa perancangan yang baik perlu disusuli dengan pelaksanaan yang kemas dan tersusun. Sebagai contoh, kita tidak mahu melihat masalah ketirisan yang akhirnya tidak dapat membantu orang Melayu untuk berdaya maju dari berulang. Ketirisan akan meletakkan orang Melayu lebih jauh dari kedudukan ekonomi yang disasarkan. Ketirisan menyebabkan keuntungan ratusan juta ringgit yang sepatutnya menjadi milik Melayu berpindah tangan. Lantaran itu Pemuda ingin melihat pendekatan yang bersungguh-sungguh dilaksanakan bagi membentuk kumpulan usahawan Melayu yang berdikari, mampu bersaing dan memiliki sikap terpuji.
40. Pemuda sekali lagi ingin mengulangi permintaan yang dibuat dalam perhimpunan tahun lalu, iaitu keinginan untuk melihat agar Unit Penyertaan Bumiputera digerakkan segera bagi menjayakan pelan pembangunan Misi Nasional. Di Kementerian Pelajaran misalnya, unit ini telah mula beroperasi. Dengan cara ini, saya dapat memastikan agar usahawan bumiputera yang tulen diberi seluas-luas peluang dan bimbingan untuk terlibat di dalam projek-projek Kementerian. Sementara itu, saya juga telah mengarahkan penelitian dan pemeriksaan yang ketat dibuat terhadap syarikat dan pemiliknya sebelum dilibatkan sebagai mekanisme untuk mengelakkan ketirisan. Saya sedar, dengan peruntukan yang sedia ada di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia, di bahu saya bukan sahaja terpikul amanah untuk memastikan agenda pendidikan anak bangsa berada pada tempatnya, tetapi terpikul juga tanggungjawab untuk memberi melahirkan dan membimbing kepada seramai mungkin usahawan bumiputera yang tulen dan mampu mengisi pertumbuhan ekonomi negara.
Saudara Perwakilan Sekalian,
Pariti pendapatan dan pegangan ekuiti
41. Walaupun kaum bumiputera merupakan kaum majoriti di negara ini, pariti pendapatan antara bumiputera dan Bukan-bumiputera adalah sesuatu yang masih membimbangkan. Malahan ia semakin melebar. Sebagai contoh jurang pendapatan antara bumiputera dan etnik Cina pada tahun 2004 ialah 1:1.64. Justeru, apakah menjadi suatu kesalahan sekiranya Kerajaan berusaha untuk mengurangkan kepada nisbah 1:1.5 pada tahun 2010? Apakah menjadi suatu dosa sekiranya jurang pendapatan antara luar bandar dan bandar dapat dikurangkan daripada kedudukan 1:2.11 pada tahun 2004 kepada 1.2 dalam tahun 2010? Percayalah jika sekiranya tiada sebarang tindakan dilakukan untuk membetulkan keadaan ini, kita memerlukan tempoh selama 120 tahun untuk mencapai pariti pendapatan dengan bukan bumiputera seperti yang disebutkan oleh sekumpulan pengkaji Universiti Putra Malaysia. Demikian juga halnya dengan pencapaian sasaran ekuiti 30 peratus. Dalam tahun 2020 jumlah ekuiti negara dijangka meningkat pada jumlah RM4,000 bilion. Sekiranya bumiputera ingin mencapai 30 peratus, ianya memerlukan sebanyak RM1,200 bilion. Walau bagaimanapun dalam tahun 2004, jumlah milikan ekuiti bumiputera hanyalah berjumlah RM100 bilion sahaja. Bayangkanlah saudara-saudara sekalian, sekiranya tindakan-tindakan radikal tidak diambil apakah mungkin kita dapat mencapai sasaran pariti dan ekuiti tersebut?
42. Dengan kesungguhan pelaksanaan penglibatan syarikat-syarikat bumiputera tadi dan kesungguhan mengatasi isu-isu ketirisan ini, saya percaya ia akan dapat mempercepatkan kedudukan keseimbangan antara bumiputera dan bukan bumiputera; sama ada dalam soal agihan harta, pekerjaan atau merapatkan jurang pendapatan. Kesemuanya ini akan dapat menjawab sindiran-sindiran secara terbuka kononnya Agenda ekuiti bumiputera sudah tercapai. Mereka mempersoalkan kaedah Kerajaan yang kononnya tidak telus, tidak menggunakan fakta sebenar dan menyembunyikan data-data tertentu. Dengan hanya melihat ke dalam 1,000 syarikat di bursa saham dan dengan hanya mengambil kira 70 peratus saham GLCs sebagai hak bumiputera, mereka membuat kesimpulan bahawa ekuiti bumiputera sudah mencapai 45 peratus. Percayalah kaedah rasmi Kerajaan yang lebih meluas dengan menggunakan fakta yang menyeluruh, jelas menunjukkan pemilikan bumiputera masih di tahap 18.9 peratus. Inilah realiti ekonomi negara yang boleh dilihat dengan mata kita sendiri berbanding dengan kajian ASLI yang langsung tidak memijak bumi yang nyata. Amat malang apabila sebuah kajian yang dibuat lebih bersifat polemik daripada menunjukkan kebenaran yang sahih.
43. Pemuda UMNO ingin mengulangi dan mengingatkan kepada mereka supaya tidak bermain dengan isu pemilikan ekuiti antara kaum ini. Dalam mata kasar sesiapa sahaja memaklumi bagaimana perlumbaan untuk mencapai keseimbangan ekuiti dan pendapatan masih menjadi tajuk perbincangan utama. Sekiranya tidak mahu bercakap soal penumpuan agihan pada satu-satu kaum sahaja, maka mereka juga perlu telus melihat ke dalam amalan-amalan diskriminasi yang berlaku di dalam pasaran seperti yang pernah kita bangkitkan dulu mengenai fenomena syarikat-syarikat bukan bumiputera yang mensyaratkan bahasa tertentu sahaja sebagai kemestian untuk mendapatkan pekerjaan.
Saudara Perwakilan Sekalian,
44. Dalam masa yang sama, kita juga amat berang dengan kenyataan dan pandangan yang tidak berasas oleh seorang pemimpin negara luar yang mempersoalkan dasar-dasar Kerajaan. Saya yakin bahawa Pemuda UMNO tidak teragak-agak untuk berhadapan dengan mereka apatah lagi percubaan tersebut telah mempertikaikan kedudukan rakyat berbilang kaum di negara ini. Sebenarnya kenyataan yang tidak bertanggungjawab, menghina dan menuduh dasar-dasar kita adalah untuk menutup kelemahan dan tembelang mereka sendiri.
Ada pantun lama yang amat sesuai ditujukan pada mereka:-
Anak Dagang dari seberang,
Bawa jual ikan tenggiri,
Mengata orang jangan sebarang,
Tak pernah cermin diri sendiri.
45. Biar saya dedahkan tentang apa yang sebenarnya berlaku di negara tersebut dengan memetik rencana tulisan Michael D. Barr yang dilaporkan dalam Far Eastern Economic Review, Oktober 2006 baru-baru ini (artikel disertakan). Beliau menyebut bahawa:-
“telah berlaku diskriminasi yang nyata terhadap kaum-kaum bukan cina di Singapura di mana kalau dalam bidang pendidikan; daripada tahun 1966 hingga 2005, penerima Biasiswa Presiden, hanya 14 atau 6.4 peratus sahaja penerimanya yang bukan berbangsa Cina termasuklah hanya seorang anak Melayu. Sekiranya kita melihat dalam perspektif yang lebih luas, sejak merdeka senarai penerima Biasiswa Presiden pula, hanya 2 orang penerima muslim, itu pun salah seorang daripadanya adalah penerima berdarah campuran Melayu dan Cina.”
46. Jelas amalan diskriminasi yang didakwa berlaku di negara ini sebenarnya berlaku dengan serius di negara mereka sendiri, “kata dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih.” Pemuda UMNO ingin memberitahu kepada pemimpin tersebut agar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan dan adalah lebih baik agar beliau menjaga negaranya terlebih dahulu sebelum mencampuri urusan negara kita.
Saudara perwakilan sekalian,
G. Agenda Pendidikan dalam Misi Nasional – Agenda Teras, Pemartabatan Profesion Keguruan, Agenda Memperkasa Bahasa Kebangsaan dan Pemeliharaan Tulisan Jawi
47. Selain memperkukuh kedudukan ekonomi orang Melayu, Misi Nasional juga adalah sebaik-baik ruang dan peluang untuk orang Melayu bersatu bagi memperkukuh agenda pendidikan Melayu. Generasi muda hari ini, yang masih berada di bangku sekolah, akan berada di barisan hadapan, membawa obor, meneraju bangsa, memimpin negara tatkala kita sama-sama melintasi garis penamat Wawasan 2020. Setiap ruang dan peluang ini mesti dimanfaatkan untuk melahirkan sebanyak mungkin anak Melayu dengan ciri-ciri warga glokal yang mampu menerajui pelbagai bidang serta kepakaran di dalam negara dan di peringkat antarabangsa.
Agenda Teras
48. Pemuda sedar bahawa pendidikan amat penting untuk mengubah taraf sosio-ekonomi orang Melayu. Atas kesedaran ini, agenda pendidikan sentiasa diangkat sebagai salah satu agenda utama Pergerakan Pemuda. Sejak tahun 2000, saya telah memperjuangkan agenda untuk memperkasa sekolah kebangsaan, merapatkan jurang pendidikan dan membasmi keciciran agar nasib anak-anak Melayu yang majoritinya berada di sekolah kebangsaan, yang majoritinya berasal dari keluarga berpendapatan rendah dan yang majoritinya berada di kawasan luar bandar akan terbela. Hasrat kita adalah agar anak-anak Melayu yang terpinggir ini diberi peluang untuk bersaing secara lebih adil di atas padang yang lebih rata. Jangan sekali-kali kita benarkan kemiskinan, ketiadaan prasarana yang lengkap, ketiadaan perkakasan yang sempurna dan ketiadaan guru yang mencukupi menjadi penghalang kepada anak Melayu untuk berjaya dan menjadi punca keciciran mereka.
Pemartabatan profesion keguruan
49. Pada waktu yang sama, kita juga sedar bahawa tanpa guru yang berkemahiran, berpengalaman dan yang benar-benar bertanggungjawab terhadap tugasnya, tidak mungkin matlamat agenda pendidikan dapat dicapai dengan sempurna. Hakikatnya, hanya guru yang cemerlang sahaja yang dapat melahirkan pelajar yang cemerlang. Justeru perjuangan untuk memartabatkan profesion keguruan telah menjadi keutamaan saya sejak dahulu lagi. Melalui agenda ini, kita bukan sahaja mahu lebih ramai guru cemerlang dihasilkan, tetapi juga agar guru yang cemerlang ini kekal cemerlang di sepanjang tempoh perkhidmatan mereka. Melalui agenda ini, kita mahu agar golongan guru, yang sebahagian besarnya terdiri dari guru Melayu, merasa terbela dan terjamin masa depan mereka seterusnya membolehkan mereka menumpukan sepenuh perhatian untuk mendidik anak bangsa sebaik-baiknya.
50. Ditakdirkan hari ini saya telah diberi kepercayaan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan dilantik menjadi Menteri Pelajaran. Suka tak suka, mahu tak mahu, sekarang tanggungjawab untuk melaksanakan agenda pendidikan Melayu yang merupakan perjuangan saya sejak menerajui Pemuda telah diletakkan di atas bahu saya sendiri.
51. Syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, di dalam RMK-9, perancangan untuk melaksanakan agenda pendidikan Melayu ini telah pun tersenarai. Agenda untuk memperkasa sekolah kebangsaan, merapatkan jurang pendidikan dan memartabatkan profesion keguruan merupakan antara enam teras utama Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Kementerian Pelajaran. Kita telah mengetahui jumlah peruntukan yang diberikan dan kita juga telah mengetahui tempoh masa yang ditetapkan untuk melaksanakannya. Saya sedar peruntukan yang diberikan agak terhad dan tempoh pelaksanaannya agak singkat. Justeru saya akan pastikan agar tidak berlaku sebarang pertindihan dan pembaziran. Kita akan memastikan program yang tersenarai dilaksanakan secara berhati-hati dan jentera Kerajaan dihalang dari pembaziran, amalan boros dan bermegah-megah dengan keindahan yang tidak memberi manfaat kepada rakyat.
52. Biarpun sukar, amanah dan kepercayaan yang diberi kepada saya ini tidak pernah sekali-kali saya abaikan dan telah saya junjung untuk meletakkan agenda pendidikan Melayu pada tempatnya. Saya suka menyatakan di sini bahawa tidak mungkin saya dapat melaksanakan segala ini tanpa mandat dan kepercayaan untuk saya terus memimpin saudara-saudara sekalian. Malah tidak mungkin juga saya mampu melaksanakan tugas dan memikul amanah yang amat berat ini tanpa sokongan, tanpa bantuan dan doa saudara-saudara semua.
Saudara Perwakilan sekalian,
Agenda Memperkasa Bahasa Kebangsaan
53. Dalam keghairahan kita semua memacu kemajuan negara di dalam RMK-9, jangan sesekali kita lupakan soal jati diri dan soal identiti Bangsa yang hendak dilahirkan. Bahasa Melayu yang menjadi bahasa kebangsaan rakyat Malaysia adalah lambang identiti bukan sahaja untuk kaum Melayu malah juga bagi semua bangsa, keturunan atau suku kaum di negara ini.
54. Bagi Pemuda, tiada noktah di dalam perjuangan untuk memperkasa bahasa kebangsaan. Perjuangan memperkasa bahasa kebangsaan adalah usaha yang berterusan bagi memastikan Bahasa Melayu dihormati, diutamakan, dimuliakan dan dimartabatkan oleh setiap yang mengaku dirinya Bangsa Malaysia. Tugas memperkasa bahasa kebangsaan adalah tugas kita semua; tugas dan tanggungjawab setiap rakyat mahupun kumpulan yang ghairah memperjuangkan konsep Bangsa Malaysia.
Ramai sudah orang Kampuchea
datang mendadak merayu-rayu
Jangan mudah berbangsa Malaysia
selagi tidak berbahasa Melayu
55. Bersama Yang Berhormat Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim dan Yang Berhormat Dato’ Zainuddin Maidin, kami telah memulakan gelombang baru gerakan memperkasa bahasa kebangsaan sejak tahun 2004 lagi. Kita telah bermula dengan kajian semula Dasar Buku Negara, diikuti dengan pembentukan Jawatankuasa Induk Memperkasa Bahasa Kebangsaan sehinggalah kita mendapat persetujuan Jemaah Menteri untuk memberi lebih kuasa penguatkuasaan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
56. Dalam soal memperkasa bahasa kebangsaan ini, saya yakin bahawa, zaman ketika DBP dilahirkan 50 tahun dahulu amat berbeza daripada suasana hari ini. Tentu sahaja, pada zaman yang berbeza ini, cabaran yang didepani DBP dan tuntutan serta pengharapan rakyat terhadap DBP juga berbeza. Selama ini, kita sentiasa meminta DBP mendekati rakyat pelbagai kaum tetapi dalam gelombang baru ini, saya berpendapat adalah menjadi tanggungjawab rakyat juga untuk mendampingi DBP kerana DBP tidak akan bererti tanpa sokongan rakyat.
Pemeliharaan Tulisan Jawi
57. Seiring dengan perjuangan memperkasa Bahasa Kebangsaan, kita jangan sekali-kali lupa terhadap pemeliharaan penggunaan tulisan jawi yang semakin pupus. Saya amat memandang serius apabila satu-satunya akhbar dalam tulisan jawi - Utusan Melayu - berkubur pada penghujung tahun 2002, setelah 63 tahun lahir di tengah-tengah masyarakat Melayu pada 29 Mei 1939. Saya menganggap ia merupakan satu tragedi dalam sejarah keilmuan bahasa Melayu kerana jika berkuburnya tulisan jawi maka akan berakhirlah satu sejarah gemilang tradisi persuratan orang Melayu. Justeru, tulisan jawi yang juga merupakan skrip budaya Melayu wajar dibudayakan terus. Kementerian Pelajaran, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan serta Kementerian Penerangan, akan terus berpadu tenaga untuk menyemarakkan perjuangan ini kerana dengan berkuburnya tulisan jawi, maka akan terputus langsunglah hubungan unik di antara tulisan orang Melayu dengan teras agamanya - yakni Bahasa Arab yang menjadi asas tulisan jawi itu.
58. Alhamdulillah, atas kesedaran segera untuk menyelamatkan akhbar Utusan Melayu ini maka inisiatif untuk menghidupkan semula akhbar tersebut menjadi kenyataan walaupun buat masa ini ia diterbitkan seminggu sekali. Malah melalui program j-QAF anak-anak kita sedang dan akan dilatih untuk menguasai tulisan jawi sebelum mereka menamatkan pelajaran di peringkat rendah.
59. Insyaallah, melalui gerakan memperkasa bahasa kebangsaan; melalui gerakan untuk memperkukuh kedudukan warisan dan budaya, akan terbina tamadun bangsa seperti yang dihasratkan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Presiden kita.
Saudara Perwakilan Sekalian,
H. Penangguhan Pemilihan Parti
60. Mulai hari ini saya mahu Pemuda melangkah setapak lagi ke hadapan dengan bukan sekadar menjadi jurubicara rakyat tetapi mempersiapkan diri untuk menjadi penggerak utama kepada usaha meningkatkan keupayaan survival UMNO. Musuh-musuh dan pesaing-pesaing kita akan sentiasa berusaha untuk menghalang kemajuan ini. Seperti yang saya nyatakan tadi, musuh sentiasa menunggu peluang; menanti dengan sabar seandainya mendapati kita melakukan kesilapan. Semakin banyak ruang yang kita buka maka semakin luaslah peluang mereka. Mereka tidak berjuang bersandarkan rasa tanggungjawab kepada masa depan negara tetapi lebih kepada kepentingan diri. Kuasa menjadi rebutan dan kesilapan kita menjadi sandaran. Sebab itu hari ini, parti-parti pembangkang juga telah kehabisan modal dan jika kita tutup rapat peluang mereka maka kita akan berjaya menghalang hasrat mereka mencapai matlamat politik sempit ini.
61. Yakinlah bahawa tiada gunanya kita bersengketa dengan mencari kelemahan sesama sendiri, kerana jika digandingkan kelebihan yang ada, Pemuda UMNO sebenarnya merupakan pergerakan yang amat kuat, digeruni dan mampu berhadapan dengan sesiapa jua. Tidak ada gunanya kita berjawatan dalam parti tetapi kalah dalam pilihan raya.
62. Justeru, Pemuda mengalu-alukan keputusan Majlis Tertinggi menangguhkan pemilihan UMNO sehingga pilihan raya akan datang. Keputusan ini akan menyumbang kepada usaha untuk menumpu pengukuhan jentera parti bagi menghadapi pilihan raya umum ke 12. Penangguhan pemilihan kepimpinan ini perlu kita sahut dengan mengelak dan mengurangkan pergeseran sesama kita kerana sesungguhnya kempen keterlaluan untuk merebut jawatan sudah tentu akan menyemai benih-benih perpecahan di antara kita. Situasi ini perlu dielak dari berlaku dalam apa jua keadaan.
63. Selagi saya menjadi Ketua saudara-saudara sekalian, tidak akan saya izinkan mereka yang mementingkan diri sendiri, menghancurkan parti kita kerana tindakan seumpama ini samalah seperti kelakuan pembangkang yang hanya mahu meraih kuasa untuk memenuhi matlamat diri semata-mata. Saya ingin bertanya kepada saudara-saudara sekalian, kalau beginilah sikap sahabat, apa gunanya musuh.
Saudara Perwakilan Sekalian,
I. Penutup – Bendera UMNO dinamakan Sang Saka Bangsa
64. Pada tanggal 29hb Jun 1946, di persidangan kedua Majlis Agung UMNO di Dewan Bandaran Ipoh, Perak, telah menyaksikan detik bersejarah kelahiran bendera UMNO. Mulai dari saat itu, bendera UMNO yang dicadangkan oleh Persatuan Ikatan Setia Kampung Baru, Kuala Lumpur telah banyak menyaksikan peristiwa suka duka sejarah perjalanan perjuangan bangsa. Bermula dengan penentangan terhadap Malayan Union, kejayaan memerdekakan negara, menangani isu konfrontasi dan ancaman komunis, sehinggalah ke hari ini kita telah dapat menyaksikan pembangunan negara berlangsung dengan pesatnya.
65. Setelah sekian lama berkibar megah dan terpampang indah di serata pelosok negara, tidak kira panas dan hujan, tidak kira angin dan taufan, sudah tiba masanya bendera keramat yang membawa obor kemerdekaan dan menjulang martabat bangsa Melayu ini diberi identiti dan pengertian yang lebih bermakna. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi Maha mengasihani, Pergerakan Pemuda UMNO mencadangkan agar Bendera keramat UMNO ini dinamakan ‘Sang Saka Bangsa’.
66. Nama ini terbit dari kesedaran bahawa warisan kewibawaan keturunan yang menjadi tiang seri penegak dan peneguh agama, bangsa dan negara. Ia adalah lambang orang Melayu yang menjadi bangsa berdaulat yang diperjuangkan hak dan maruahnya oleh UMNO. Ia adalah panji yang membawa makna mendalam bagi seluruh orang Melayu untuk terus berjuang atas nama kesatuan jiwa, kesatuan cita-cita. Maka marilah kita berdoa agar bendera Sang Saka Bangsa akan terus berkibar megah, walaupun kita akan meredah duri dan ranjau, meskipun kita akan menghadapi kemungkinan mendatang.
Saudara Perwakilan Sekalian,
67. Perhimpunan Pemuda hari ini sesungguhnya meninggalkan kesan yang mendalam dalam jiwa sanubari kita. Sejak membina tekad baru Pemuda tahun lalu atas nama Keris Panca Warisan, hari ini menyaksikan semangat itu telah meresapi dalam jiwa sanubari saudara-saudara sekalian. Ia menjadi bara yang akhirnya menyala sehingga terbina kekuatan Pemuda UMNO yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa lagi. Saya berbangga warisan perjuangan ini meletakkan saudara-saudara Pemuda UMNO, Pewaris bangsa, di atas landasan kukuh dengan jiwa Melayu dan berani meneruskan Agenda Melayu.
68. Ingatlah saudara-saudara sekalian, Melayu yang beragama Islam dan bertutur dalam Bahasa Melayu serta mengamalkan adat istiadat Melayu hanya satu. Dan Melayu yang satu itu hanya ada di bumi Malaysia ini. Pertubuhan yang satu-satunya berjuang untuk menjadikan Melayu ini kekal wujud hanya satu. Dan yang satu itu adalah UMNO. Maka jagalah UMNO baik-baik. UMNO yang satu ini perlu dipelihara dan dipertahankan kewujudannya agar Melayu yang satu itu tidak akan hilang di dunia. Kibarkanlah Sang Saka Bangsa ini sebagai lambang kewujudan, keteguhan dan kesinambungan perjuangan UMNO. Selagi Sang Saka Bangsa terus berkibar, selagi itulah kita akan mendaulatkan perjuangan agama, bangsa dan tanah air.
Hidup UMNO! Hidup Melayu! Allahu Akbar! Walillah hil hamd
KUALA LUMPUR 14 NOV 2006 - Hishammuddin Husein menerima ucapan tahniah dari exco Pemuda selepas menyampaikan ucaptama pada Perhimpunan Agung Tahunan Pergerakan Pemuda UMNO di Mesyuarat Pemuda UMNO di PWTC, Kuala Lumpur semalam. Gambar Digital: Abd Rahman Saleh/ pemberita: Team UMNO
Hishammuddin Husein menerima ucapan
tahniah dari exco Pemuda selepas menyampaikan ucaptama pada Perhimpunan
Agung Tahunan Pergerakan Pemuda UMNO di Mesyuarat Pemuda UMNO di PWTC,
Kuala Lumpur semalam. Gambar Digital: Abd Rahman Saleh/ pemberita: Team
UMNO
KUALA LUMPUR 14 NOV 2006 - Khairi Jamaluddin berucap pada Perhimpunan Agung Tahunan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di PWTC, Kuala Lumpur semalam. Gambar Digital: Abd Rahman Saleh/ Pemberita: Team UMNO/ Meja Am
KUALA LUMPUR 14 NOV 2006 - Sebahagian daripada perwakilan tidak dapat menahan ketawa masing-masing ketika mendengar para pembahas berbahas pada Perhimpunan Agung Tahunan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di PWTC, Kuala Lumpur semalam. Gambar Digital: Abd Rahman Saleh/ Pemberita: Team UMNO/ Meja Am
KUALA LUMPUR 14 NOV 2006 - Wakil Wilayah Persekutuan, Ahmad Zaki Zahid pada Perhimpunan Agung Tahunan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di PWTC, Kuala Lumpur semalam. Gambar Digital: Abd Rahman Saleh/ Pemberita: Team UMNO/ Meja Am
KUALA LUMPUR 14 NOVEMBER 2006 - Pembahas Nizam Abu Bakar Titingan Pemuda Sabah pada Perhimpunan Agung Tahunan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di PWTC, Kuala Lumpur semalam. Gambar Digital: Izham Jaafar
Kuala Lumpur 14 November 2006. Pemuda UMNO sebulat suara menyokong usul ucapan Ketua Pemuda UMNO Hishamuddin Tun Hussien pada Perhimpunan Agong tahunan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Gambar :Izham Jaafar
KUALA LUMPUR 14 NOV 2006 - Hishammuddin
Husein bersama kepimpinan Pemuda UMNO menunjukkan gelang anti Israel
pada Perhimpunan Agung Tahunan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di PWTC,
Kuala Lumpur semalam. Gambar Digital: Abd Rahman Saleh/ Pemberita: Team
UMNO/ Meja Am
KUALA LUMPUR 14 NOV 2006 - Hishammuddin
Husein bersama Khairi Jamaluddin bersalaman dengan para perwakilan
selepas berakhirnya Perhimpunan Agung Tahunan Pergerakan Pemuda UMNO
Malaysia di PWTC, Kuala Lumpur semalam. Gambar Digital: Abd Rahman
Saleh/ Pemberita: Team UMNO/ Meja Am
Kuala Lumpur 14 November 2006.
Hishamuddin Tun Hussien bersama barisan Exco Pemuda menunjukkan gelang
"Anti Israel " yang di pakai oleh semua ahli Pemuda pada Perhimpunan
Agong tahunan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Gambar :Izham Jaafar
KUALA LUMPUR 14 NOV 2006 - Hishammuddin
Husein bersama kepimpinan Pemuda UMNO menjulang tangan bersama sebagai
simbol bersatu pada Perhimpunan Agung Tahunan Pergerakan Pemuda UMNO
Malaysia di PWTC, Kuala Lumpur semalam. Gambar Digital: Abd Rahman
Saleh/ Pemberita: Team UMNO/ Meja Am
KUALA LUMPUR 15 Nov- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tiba di Dewan Perhimpunan untuk acara Ucapan Dasar Presiden seterusnya merasmikan Perhimpunan Agung UMNO yang ke - 57 tahun 2006.
KUALA LUMPUR 15 Nov- Datuk Seri Najib Tun Razak pada Pembukaan Perhimpunan Agung UMNO 2006 di PWTC, semalam.
Kuala Lumpur 15 Nov 2006-Barisan Majlis
tertinggi menyanyikan lagu UMNO pada Pembukaan Perhimpunan Agung UMNO di
PWTC, semalam. Gambar: Halim Khalid
Kuala Lumpur 15 Nov 2006- Para Perwakilan menyanyikan lagu UMNO pada Pembukaan Perhimpunan
Agung UMNO di PWTC, semalam. Gambar: Halim Khalid
KUALA LUMPUR 15 Nov- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Pembukaan Perhimpunan Agung UMNO 2006 di PWTC, semalam.
Kuala Lumpur 15 Nov - Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi bangun untuk menyampaikan ucapan pada Pembukaan Perhimpunan
Agung UMNO 2006 di PWTC, semalam.
Kuala Lumpur 15 Nov - Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi bangun untuk menyampaikan ucapan pada Pembukaan Perhimpunan
Agung UMNO 2006 di PWTC, semalam.
KUALA LUMPUR 15 Nov- Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi melaungkan Hidup UMNO Hidup Melayu pada Pembukaan
Perhimpunan Agung UMNO 2006 di PWTC, semalam.
KUALA LUMPUR 15 Nov- Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi melaungkan Hidup UMNO Hidup Melayu pada Pembukaan
Perhimpunan Agung UMNO 2006 di PWTC, semalam.
Kuala Lumpur 15 Nov 2006-Para perwakilan melaungkan Hidup Melayu, Hidup Umno pada perhimpunan Agung Umno. Gambar: Halim Khalid
UCAPAN DATUK SERI ABDULLAH HAJI AHMAD BADAWI, PRESIDEN UMNO DI PERHIMPUNAN AGUNG UMNO YANG KE-57 DI PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA (PWTC) 15 NOVEMBER 2006M
Saya berdiri di Perhimpunan Agung UMNO ini untuk menyampaikan ucapan dasar Presiden buat kali ketiga. Pada 31 Oktober lalu, genaplah tiga tahun saya memenuhi tanggungjawab Perdana Menteri. Tiga tahun yang lalu, saya telah menggariskan dua belas gagasan yang akan saya jadikan landasan dalam usaha membina masa depan negara dan warga mencapai tahap kejayaan lebih cemerlang, lebih gemilang dan lebih terbilang. Gagasan tersebut telah saya huraikan ketika menyampaikan ucapan utama yang ulung atas nama Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada 3 November 2003. Ketika menyampaikan ucapan ulung di Parlimen, saya turut memberikan komitmen untuk mencapai matlamat Wawasan 2020, menjadikan Malaysia mencapai taraf negara maju.
2. Dua belas gagasan tersebut telah dijadikan kompas panduan ketika parti merangka manifesto pilihan raya. BARISAN NASIONAL mencatat kejayaan gemilang dalam pilihan raya umum yang lalu. Kejayaan gemilang BARISAN NASIONAL haruslah kita tafsirkan sebagai endorsement rakyat akan gagasan yang telah dijadikan landasan untuk membawa negara mencapai kejayaan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Dua belas gagasan tersebut turut dijadikan landasan Bajet Negara pada tahun-tahun 2004, 2005 dan 2006, demikian juga dalam merangka Misi Nasional dan Rancangan Malaysia Kesembilan.
3. Setelah tiga tahun diberikan amanah memenuhi tanggungjawab ini, adalah bertepatan untuk saya mengimbas kembali antara pengharapan dan pencapaian; dengan hasrat untuk kita secara jujur – secara ikhlas; secara konstruktif – secara objektif, meneliti dan menghalusi akan status pencapaian kita, supaya kita tidak kehilangan pedoman, agar kita tidak tersilap haluan.
KUALA LUMPUR-14 NOV 2006, Abdullah Ahmad Badawi berucap pada Perhimpunan Agung UMNO 2006 di PWTC semalam. Gambar Digital/ASWAD YAHYA
KUALA LUMPUR-14 NOV 2006, Abdullah Ahmad Badawi berucap pada Perhimpunan Agung UMNO 2006 di PWTC semalam. Gambar Digital/ASWAD YAHYA
4. GAGASAN PERTAMA: akan pentingnya kepimpinan politik berperanan sebagai penggerak dan peneraju kepada kepimpinan-kepimpinan lain. Betapa pentingnya kepimpinan politik memperlihatkan sebaik contoh untuk dapat dihormati dengan memperlihatkan sifat-sifat kejujuran, kerajinan, ketekunan dan kesungguhan. Bahawa kepimpinan yang dihormati akan dapat menjadi kepimpinan yang berkesan, kepimpinan yang menjadi contoh teladan. Dalam memenuhi landasan pertama ini, saya telah menyeru dan memohon untuk setiap warga bekerja bersama saya dan bukannya bekerja untuk saya. Saya juga amat insaf bahawa saya juga bertaraf hamba di sisi Tuhan yang maha agung. Selaras dengan ajaran yang diunjurkan oleh Islam, saya meletakkan harapan agar kepimpinan politik melihat pekerjaan sebagai amal, dilaksanakan secara bersama, dalam semangat berjemaah, atas nama dan kerana Allah Subhanahu Wata’ala.
5. Saya memilih pendekatan secara seruan, bertujuan menyemaikan benih keinsafan, hingga benih keinsafan itu merimbunkan pohon penghayatan, lalu bertunjang kekuatan dalaman, menjadi prinsip pegangan warga, bermula dari kalangan pemimpin dan ahli-ahli UMNO. Pendekatan membina kekuatan rohani, penghayatan kepada amal makruf, keinsafan kepada kekuasaan ILAHI, adalah pendekatan yang diperkenalkan oleh kepimpinan Rasulullah SAW hingga para sahabat, barisan pemimpin dan umat Islam ketika itu begitu kuat - begitu teguh iman, berjaya melaksanakan tugas dalam semangat amal makruf – nahi mungkar.
6. Itulah bentuk pimpinan politik yang harus dibina, itulah corak budaya politik yang harus menjadi pedoman, itulah pimpinan dan budaya politik yang harus menjadi matlamat untuk membolehkan kita terus membina kekuatan – untuk UMNO terus mendapat kepercayaan, untuk kita dan UMNO terus dilimpahkan perlindungan dan rahmat ILAHI. Usaha membina kekuatan rohani, sukar diukur secara zahir, usaha ini memakan masa yang panjang, tetapi apabila berjaya dibina, ia akan kekal bersemadi, semakin hari semakin kukuh, merupakan tenaga kekuatan yang berkekalan dan memberikan impak positif jangka panjang. Kita perlu yakin bahawa hasrat murni ini mendapat rahmat untuk membawa kita meniti kejayaan yang mendapat keredaan ILAHI. Yakinlah, ALLAH SWT akan memperlihatkan keadilan dan kekuasaannya dengan menaikkan mereka yang mengamalkan makruf dan menjatuhkan mereka yang melakukan mungkar.
KUALA LUMPUR-14 NOV 2006, Abdullah Ahmad Badawi berucap pada Perhimpunan Agung UMNO 2006 di PWTC semalam. Gambar Digital/ASWAD YAHYA
KUALA LUMPUR-14 NOV 2006, Abdullah Ahmad Badawi berucap pada Perhimpunan Agung UMNO 2006 di PWTC semalam. Gambar Digital/ASWAD YAHYA
7. GAGASAN KEDUA: disuburkan sistem demokrasi melalui tanggungjawab secara kolektif dengan peringatan bahawa demokrasi tidak bererti kebebasan mutlak yang membolehkan kebebasan untuk menyentuh sensitiviti agama, kaum, budaya dan bahasa. Parlimen adalah lambang amalan demokrasi. Dewan Parlimen menjadi pilihan saya melafazkan ucapan utama atas nama Perdana Menteri, menandakan penghormatan saya kepada institusi tertinggi dalam sistem kerajaan berteraskan demokrasi. Demokrasi mengutamakan amalan perundingan – budaya perbincangan. Oleh itu saya menghormati suara wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat dengan memberikan peluang kepada mereka berhujah dan berdebat. Wakil-wakil rakyat diberikan peluang menilai prestasi kerajaan; cabang eksekutif kerajaan kini ditegur dan dikritik secara terbuka bukan sahaja oleh anggota pembangkang tetapi dari kalangan ‘back-bencher’ kerajaan, dari kalangan ahli-ahli UMNO dan dari kalangan rakyat jelata.
8. Amalan perundingan dan budaya perbincangan, dilaksanakan di dalam parti dan di dalam kerajaan. Di dalam parti ia diamalkan dalam Majlis Tertinggi, dalam Biro Politik, dalam Jawatankuasa Pengurusan, dalam pelbagai biro dan jawatankuasa yang dibentuk oleh parti. Di dalam Kerajaan ia diamalkan di kalangan anggota Jemaah Menteri dan di kalangan kakitangan awam.
9. Saya berpegang bahawa negara yang bercakap kepada bangsanya harus mempunyai saluran membolehkan kebimbangan rakyat dapat diluahkan. Kritikan konstruktif digalakkan. Percanggahan pendapat dilihat secara objektif dan tidak semestinya dianggap sebagai tentangan terhadap kerajaan. Media dilihat sebagai rakan dalam usaha membina masyarakat demokratik yang bertanggungjawab. Kerana itu media bersifat lebih terbuka menyiarkan berita yang memaparkan kesilapan kerajaan, agensi kerajaan, jabatan kerajaan. Pemimpin Kerajaan, pemimpin UMNO, wakil-wakil rakyat BARISAN NASIONAL tidak terlepas dari penilaian media secara kritikal. Pihak media semakin berani menyiarkan berita yang memperlihatkan kelemahan kerajaan dan kesilapan anggota pentadbiran. Ada di kalangan anggota kerajaan dan anggota parti yang berasa resah. Ada yang menganggap Perdana Menteri telah hilang kawalan.
10. Sebenarnya, saya lebih bersedia melihat perbalahan hangat meletus di muka akhbar daripada rusuhan membara di muka bumi. Saya berusaha untuk membawa masyarakat Malaysia menerima realiti dunia di era teknologi maklumat, di era yang menuntut kepada keterbukaan berita. Saya sedar bahawa ketika saya mengambil amanah kepimpinan negara, negara telah sama-sama mengharungi gelombang globalisasi dengan ledakan maklumat. Apalah ertinya segala prasarana membangunkan teknologi maklumat, jika pemimpin merasa gentar untuk mengamalkan budaya yang lebih terbuka dan mesra kepada media.
11. Kerajaan mempunyai pandangan positif terhadap media dan mengharapkan pihak media memperlihatkan kematangan dan kedewasaan, berupaya mengimbangkan peranan dan tidak terperangkap dengan isu sensasi yang boleh menjejaskan hubungan harmoni antara warga, demikian juga dengan isu yang boleh menjejaskan ketenteraman awam dan mengancam keselamatan negara. Pengurusan akhbar yang matang dan bijaksana akan dapat mencapai titik perimbangan yang dapat membina amalan media yang sihat, memahami masalah yang dihadapi rakyat dan prihatin terhadap masalah yang perlu ditangani oleh negara. Media yang bertanggungjawab akan secara bersama menghayati wawasan negara dan membantu membina kematangan proses demokrasi. Pengamal media perlu sama-sama mengamalkan sikap akauntabiliti yang tinggi terhadap matlamat pembangunan negara dan perpaduan warga.
12. Namun demikian kebebasan tidak boleh melepaskan diri sesiapa dari tanggungjawab. Kebebasan perlu mengenali batas dan sempadan. Kebebasan perlu diadun dalam acuan sebuah negara muda yang warganya terdiri dari pelbagai agama, kaum, budaya dan bahasa. Perpaduan dan keharmonian antara warga yang pelbagai itu sama sekali tidak boleh dikompromikan. Faktor keselamatan negara dan ketenteraman awam tetap memerlukan pengawasan tegas. Saya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mereka yang menyalahgunakan kebebasan yang diberikan.
13. Saya akan memenuhi jaminan, menggalakkan persekitaran lebih terbuka, selaras dengan amalan demokrasi yang sihat. Sesungguhnya sifat terbuka ini adalah sebahagian dari keperluan untuk merealisasikan impian mencapai taraf negara maju. Salah satu dari sembilan teras Wawasan 2020 adalah untuk melahirkan masyarakat demokratik yang lebih matang. Kita telah memberi pengakuan untuk bekerja ke arah membina masyarakat yang lebih matang, lebih liberal dan lebih toleran. Jika kita serius untuk membangunkan masyarakat demokratik yang lebih matang, kita hendaklah menyusuli proses transformasi ini dengan cara bersungguh. Namun demikian, demokrasi lebih matang yang kita impikan perlulah berakar dalam persekitaran politik dan persekitaran budaya kita. Ia perlu memenuhi dan mencerminkan keperluan spesifik kita. Wawasan 2020 menggariskan bahawa demokrasi yang kita impikan hendaklah berbentuk permuafakatan berorientasikan komuniti.
KUALA LUMPUR-14 NOV 2006, Abdullah Ahmad Badawi berucap pada Perhimpunan Agung UMNO 2006 di PWTC semalam. Gambar Digital/ASWAD YAHYA
KUALA LUMPUR-14 NOV 2006, Abdullah Ahmad Badawi berucap pada Perhimpunan Agung UMNO 2006 di PWTC semalam. Gambar Digital/ASWAD YAHYA
14. GAGASAN KETIGA: membangunkan modal insan; melalui program pendidikan berkualiti dan holistik untuk memperlengkapkan warga Malaysia bagi menghadapi dunia global; disusuli dengan kelahiran masyarakat kreatif dan inovatif yang menjadi komponen kepada barisan warga berfikiran dan berbudaya kelas pertama. Kita memerlukan barisan warga yang menguasai pengetahuan, ilmu, kemahiran dan maklumat.
‘Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal’
(Ali ‘Imran, ayat 190)
15. Ayat ini memperingatkan manusia betapa pentingnya akal. Justeru itu akal manusia perlu dibangunkan. Program pembangunan akal manusia adalah usaha untuk membangunkan masyarakat ‘Ulul Al-Bab’, merupakan barisan insan yang berupaya menganalisis, menguasai sains, memahami falsafah dan menguasai teknologi. Ayat ini menuntut umat untuk memperlengkapkan minda, agar manusia memiliki keupayaan menghadapi dunia moden. Membangunkan masyarakat Ulul Al-Bab terdiri dari saintis dan teknologis, usahawan dan teknokrat adalah satu kewajipan untuk membolehkan ummah mendaki tangga kemajuan hingga sampai ke puncak kejayaan. Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan menyediakan prasarana dan membekalkan kemudahan untuk melahirkan masyarakat Ulul Al-Bab.
16. Justeru itu, melipatgandakan usaha untuk membangunkan modal insan diberikan keutamaan sebaik sahaja Kerajaan dibentuk selepas pilihan raya 2004. Sebuah Kementerian baru, Kementerian Pengajian Tinggi diwujudkan demi memastikan program pendidikan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Peningkatan mutu modal insan dijadikan teras kedua Misi Nasional. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, peruntukkan terbesar bernilai 45.1 bilion ringgit disediakan untuk melaksanakan program pembangunan modal insan.
17. Adalah satu hakikat bahawa perbelanjaan pendidikan senantiasa diutamakan oleh kerajaan. Adalah juga satu hakikat bahawa apa yang dilaksanakan, merupakan penerusan tradisi melabur untuk masa hadapan. Hari ini kita berada di dunia berbeza. Kita wajib mengkaji semula kurikulum kebangsaan supaya kita mempunyai kurikulum yang boleh menghasilkan insan celik minda, ‘inquisitive’, ingin bertanya, gemar menyelidik, menguasai lebih dari satu bahasa. Minda insan perlu dibangunkan dari peringkat prasekolah, dengan matlamat melahirkan pelajar cemerlang yang serba boleh serta memiliki kemahiran dan kelengkapan untuk bersaing di dunia global. Asas ini perlu dibina dari peringkat prasekolah kerana segala-galanya agak terlambat apabila mereka telah sampai ke alam universiti. Kurikulum hendaklah diolah selaras dengan keperluan pasaran kerja semasa. Saya mahukan sekolah kebangsaan berupaya memperagakan kurikulum baru di bawah bimbingan guru-guru yang dilatih semula.
18. Dasar jangka panjang terbaik untuk meningkatkan daya saing kita ialah melalui sistem pendidikan yang moden lagi dinamik. Langkah ke hadapan bukanlah lagi melalui penawaran kos buruh yang rendah tetapi Malaysia harus beridentitikan tenaga kerja yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi. Oleh itu kita perlu terus menekankan aspek kecemerlangan. Sungguhpun kita tidak mahu mana-mana kaum ketinggalan dari segi pencapaian pendidikan, kita hendaklah menggalakkan meritokrasi yang akan kita uruskan secara bijaksana. Kita mahu memastikan yang terbaik dan yang paling memerlukan di kalangan Bumiputera diberi bantuan. Oleh itu, kita tidak perlu menimbulkan keresahan dengan beranggapan Bumiputera akan lenyap dengan amalan meritokrasi, bahkan kita perlu menjadikan misi, supaya di suatu hari yang tidak begitu jauh, pencapaian akademik bangsa terserlah dengan cemerlang.
19. Setelah hampir 50 tahun negara mencapai kemerdekaan, betapa Kelantan dan Terengganu, dua buah negeri yang majoriti penduduknya orang Melayu; dua buah negeri yang telah membekalkan negara dengan cerdik pandai Melayu, masih tidak mempunyai Universiti di buminya. Dengan penuh kesedaran, Kerajaan telah menubuhkan Universiti Darul Iman di Terengganu dan Universiti Malaysia Kelantan.
20. Langkah agresif untuk meratakan padang permainan akan dilaksanakan segera. Kerajaan akan membina sembilan ribu kelas tambahan di peringkat rendah dan enam ribu di peringkat menengah untuk sekolah di luar bandar. Sebanyak 281 asrama baru akan dibina sementara 170 lagi akan dinaikkan taraf. Di bawah inisiatif penyediaan prasarana, 900 sekolah luar bandar akan dibekalkan elektrik dan 300 dibekalkan air bersih menjelang tahun 2010. Lima ribu kelas pemulihan akan disediakan untuk membantu murid-murid yang lemah. Sekolah-sekolah luar bandar juga akan dibekalkan dengan 17,500 komputer dengan perisian baru.
KUALA LUMPUR-14 NOV 2006, Abdullah Ahmad Badawi berucap pada Perhimpunan Agung UMNO 2006 di PWTC semalam. Gambar Digital/ASWAD YAHYA
KUALA LUMPUR-14 NOV 2006, Abdullah Ahmad Badawi berucap pada Perhimpunan Agung UMNO 2006 di PWTC semalam. Gambar Digital/ASWAD YAHYA
21. GAGASAN KEEMPAT: menjamin pertumbuhan ekonomi dengan menerokai sumber baru, memastikan berlakunya kesaksamaan dalam pembahagian, memberi fokus kepada pembangunan luar bandar, dan memodenkan sektor pertanian. Gagasan ini diolah dalam teras pertama Misi Nasional untuk memberikan tumpuan kepada usaha menambah nilai ekonomi negara dan dalam teras ketiga untuk menangani masalah ketidaksamaan sosioekonomi secara membina dan produktif. Landasan tersebut direalisasikan melalui pembangunan koridor utama di utara, di timur, di selatan Semenanjung, juga di Sabah dan Sarawak.
22. Kita harus pantas memanfaatkan peluang yang dibawa oleh pembangunan koridor-koridor tersebut yang bakal membawa pembangunan ke setiap pelosok negara serta melimpahkan peluang-peluang baru ekonomi terutamanya di kalangan Bumiputera. Pembangunan sektor pertanian kepada tahap nilai tambah yang lebih tinggi akan memberi kelebihan persaingan kepada negara. Langkah membangunkan sektor pertanian dan industri asas tani, bukan langkah ke belakang. Malah kekuatan sektor pertanian yang bernilai tambah tinggi adalah asas kepada kekuatan ekonomi negara maju. Pembangunan sektor pertanian yang lebih mantap juga secara langsung membantu pencapaian objektif sosioekonomi negara untuk mengimbangkan pendapatan warga. Bahawa sektor pertanian tertumpu di kawasan luar bandar, kawasan yang majoriti penghuninya adalah Bumiputera. Pembangunan sektor pertanian dan industri asas tani berupaya menambah pendapatan serta meningkatkan mutu kehidupan petani, penternak dan nelayan. Usaha ini seharusnya mendapat sokongan padu UMNO yang berakar umbi di luar bandar.
23. Ketika ini ada kekeliruan di kalangan warga kerana angka-angka ekonomi tidak kelihatan diterjemahkan dalam bentuk kegiatan perniagaan. Saya sedar akan sentimen lembab meskipun pertumbuhan adalah menggalakkan dan petunjuk-petunjuk lain juga adalah positif. Perlu dijelaskan, bahawa apa yang sedang dirancang, bukan sekadar untuk mengurus ekonomi secara biasa. Malaysia tidak akan kekal kompetitif dalam jangka panjang jika terus mengurus ekonomi sedia ada dengan cara yang sama. Kejayaan yang dicapai sepanjang dua puluh tahun lalu berlaku dalam senario negara-negara China dan India masih belum bangkit dan Vietnam juga belum membuka pasarannya. Hari ini persaingan menjadi lebih sengit. Kita tidak boleh lagi menawarkan Malaysia sebagai tapak kilang dunia berasaskan kos buruh yang rendah. Berulang kali saya tegaskan akan pentingnya kita meningkatkan rantaian nilai, dengan merobah model ekonomi kita. Dengan itu industri pembuatan perlu ditambah nilai, ditingkatkan teknologi, dihebatkan daya saing dengan kes edaran bahawa dasar memberi perlindungan tidak boleh diamalkan selama-lamanya.
24. Kekayaan negara di masa lalu, dihasilkan dari pelaburan langsung asing (FDI), kontrak kerajaan dan penswastaan yang bukannya bersumberkan inovasi dan kreativiti. Era tersebut telah berlalu. Hari ini FDI menjadi rebutan lebih banyak negara. Aset kerajaan yang boleh diswastakan, juga semakin kurang, berbanding dua puluh tahun lalu. Oleh sebab kita wajib melebarkan asas ekonomi. Kita tidak boleh lagi bergantung sepenuhnya kepada sektor pembuatan atau pembinaan. Kita perlu juga melihat sektor-sektor yang masih berupaya menghasilkan kekayaan bagi ramai warga Malaysia, terutama mereka di kawasan luar bandar seperti pertanian. Kita juga perlu melihat kepada industri bernilai tinggi seperti perkhidmatan kewangan. Dan kita perlu melihat kepada masa hadapan dengan mewujudkan industri dalam ekonomi baru seperti ICT dan bioteknologi.
25. Kita perlu lakukan transformasi ekonomi. Transformasi ini tidak akan memperlihatkan hasil dalam tempoh yang singkat; ini memerlukan usaha memahamkan rakyat yang mahu melihat hasil secara segera. Ada rungutan bahawa FDI tidak lagi mengalir ke negara ini. Ada juga rungutan bahawa pasaran saham tidak cergas. Benar, FDI yang mengalir ke negara kita tidak seperti FDI yang mengalir ke ekonomi serantau yang lain. Ini disebabkan kita tidak begitu terbuka kepada penggabungan dan pengambilalihan. Ada di antara jiran kita, mencatat angka FDI memberangsangkan kerana mereka membenarkan syarikat mereka diambil alih oleh pelabur asing. Dari sudut ekonomi, tiada salahnya perkara ini kerana dalam pasaran yang efisien, modal akan mengejar aset bernilai terbaik. Tetapi di Malaysia, kita menetapkan beberapa dasar. Atas kepentingan nasional, penggabungan dan pengambilalihan diizinkan secara selektif. Atas kepentingan nasional, penguasaan aset strategik perlu dikekalkan. Kita boleh meningkatkan angka FDI berlipat ganda hanya dengan secoret pena, menurunkan tanda tangan persetujuan; akibatnya! kita akan kehilangan sebahagian kawalan. Jika ini dilakukan, saudara-saudari akan menjadi barisan pertama yang akan mengecam saya. Selagi ALLAH SWT memberikan saya petunjuk dan kekuatan, saya berjanji untuk sama sekali tidak akan membawa bangsa menerima nasib Pak Kadok, ‘menang sorak; kampung tergadai’
26. Demikian juga dengan pasaran saham. Jika kita mahu segera merangsang pasaran saham, saya boleh dapatkan persetujuan Jemaah Menteri untuk melakukan penyenaraian PETRONAS dan FELDA. PETRONAS secara bersendirian, dapat menambah 400 bilion ringgit kepada modal pasaran saham Malaysia dan secara segera (instant), meletakkan kita terus menjadi antara pasaran saham terbesar di Asia; tetapi kita sama sekali tidak harus menggadaikan kepentingan strategik negara dan bangsa semata-mata untuk melihat kejayaan segera. Usaha menarik pelaburan dan usaha merancakkan pasaran saham secara mapan, tidak boleh mengikut cara memasak ‘mee segera’.
27. Sebaliknya kita akan memberi tumpuan kepada transformasi ekonomi secara lebih bermakna lagi berkekalan berbanding dengan pendirian setengah pihak yang mahu dilakukan pencapaian segera. Langkah pertama yang saya ambil adalah untuk mengurangkan defisit. Dalam jangka panjang, kerajaan tidak mampu menanggung bajet berdefisit besar; iaitu, berbelanja lebih dari pendapatan. Benar! PETRONAS ada wang; tetapi kita wajib mengamalkan disiplin, membezakan antara wang milik PETRONAS, dan wang milik Kerajaan. Jika kita mula menyeluk saku, sesuka hati di mana sahaja, hingga menyeluk saku orang lain, kita sebenarnya melakukan perbuatan melanggar amanah, kita telah menyalah urus dana. Kita akan dianggap melaksanakan pentadbiran tanpa berpegang kepada prinsip akauntabiliti yang telus.
28. Kerajaan ada wang. Namun pada hemat saya, dalam semangat berjagung-jagung dahulu sementara menantikan padi masak. generasi kita hendaklah bersedia melakukan sedikit pengorbanan demi manfaat generasi masa hadapan. Sepanjang tiga tahun lalu, saya telah berusaha mengurangkan defisit supaya kita mempunyai cukup sumber untuk berbelanja apabila Rancangan Malaysia Kesembilan dilancarkan. Alhamdulillah dengan berbelanja secara berhemah kita berjaya mengurangkan defisit. Dalam tempoh tiga tahun ke belakang ini, kita berjaya mengurangkan defisit dari 5.3 peratus KDNK pada tahun 2003 kepada 3.5 peratus KDNK pada tahun 2006. Kini kita berada dalam kedudukan lebih baik untuk berbelanja.
29. Pada masa yang sama, kita turut berhadapan dengan faktor-faktor di luar kawalan kita. Harga minyak global yang lebih tinggi merupakan antara faktor yang menyebabkan inflasi. Harga barang menyusur naik. Kerajaan masih memberikan subsidi tetapi apabila sampai ke tahap kritikal, kerajaan terpaksa mengambil keputusan mengurangkannya. Keputusan sukar ini dilakukan untuk memastikan bajet pembangunan, iaitu, wang untuk membina sekolah, hospital, jalan raya, bekalan elektrik dan air untuk rakyat jelata, tidak habis digunakan untuk subsidi. Kerajaan perlu memandang ke hadapan, menangani masalah harga minyak dan gas yang sering tidak menentu. Untuk itu Kerajaan secara serius telah memulakan penyelidikan bagi menghasilkan sumber tenaga alternatif seperti biofuel dalam rancangan mengurangkan pergantungan kepada bahan bakar tersebut.
30. Dengan kesungguhan azam, saya yakin kita akan bangun lebih kuat selepas tempoh transformasi ini. Saya berhasrat melihat pertumbuhan tidak hanya tertumpu di pusat-pusat bandar tetapi tersebar ke kawasan lebih luas. Kita tidak mungkin dapat mengindustrikan segenap pelosok tanah air. Kerana itu kita juga perlu berusaha meningkatkan nilai, dengan memodenkan sektor pertanian, dan menggerakkan pembangunan industri asas tani yang boleh dibangunkan oleh petani secara bersendirian, secara berkongsi atau secara koperasi. Kejayaan petani sebenarnya membantu usaha menyebarkan kekayaan ke kawasan luar bandar. Saya ingin melihat petani juga dapat menikmati erti kekayaan dan erti kemewahan. Saya berhasrat melihat dompet petani bumiputera dan tas tangan isteri mereka dipenuhi wang, untuk mereka dapat melancung dan berbelanja di kota dan di bandar raya.
31. Saya mahu kita meneroka pengkhususan dalam bidang perkhidmatan tertentu seperti kewangan Islam dan industri halal. Alhamdulillah, Malaysia kini telah berjaya mencapai perkembangan pesat dalam perkhidmatan kewangan Islam sehingga diiktiraf sebagai sebuah pusat utama di dunia. Kini Malaysia adalah penerbit bon Islam terbesar di pasaran modal dunia, bernilai 30 bilion dolar Amerika. Pasaran global Industri Halal pula melebihi 7 trilion ringgit setahun. Potensi Industri Halal akan diterokai sepenuhnya. Membangunkan industri ini adalah satu tuntutan fardu kifayah.
32. Saya impikan sebuah negara berminda terbuka; Malaysia dikenali di dunia sebagai pusat perdagangan, pusat kewangan, pusat pembangunan pendidikan, pusat pembangunan tamadun yang berjaya menggabungkan pelbagai budaya secara harmoni. Negara yang menjadi pilihan pelancong dari serata dunia. Impian ini Insya’Allah menjadi nyata dengan kesediaan kita membina masyarakat yang mengutamakan produktiviti, kreativiti dan inovasi serta meningkat dan menitikberatkan kegiatan R&D. Buat pertama kali selepas beberapa tahun, kita telah meningkatkan perbelanjaan R&D untuk membangunkan industri masa hadapan.
33. Dalam menikmati kesan limpahan dari perbelanjaan pembangunan sepanjang tahun hadapan, kita akan meneruskan usaha mengubah asas ekonomi dengan memberi fokus kepada pembangunan modal insan demi menjamin kita kekal kompetitif di masa hadapan. Kita boleh terus dengan kaedah lama berbelanja dan menggerakkan ekonomi, atau memperkenalkan kaedah baru, bahawa dalam berbelanja, kita turut mengolah semula ekonomi dan melatih warga kita menjadi lebih kompetitif dan inovatif. Kita berpendapat bahawa kaedah baru ini lebih meyakinkan. Pertumbuhan ekonomi masa hadapan tidak hanya bersumberkan perbelanjaan kerajaan, tetapi bersumberkan inovasi dan kreativiti. Kesan transformasi sedemikianlah yang ingin saya wujudkan.
KUALA LUMPUR-14 NOV 2006, Abdullah Ahmad Badawi berucap pada Perhimpunan Agung UMNO 2006 di PWTC semalam. Gambar Digital/ASWAD YAHYA
KUALA LUMPUR-14 NOV 2006, Abdullah Ahmad Badawi berucap pada Perhimpunan Agung UMNO 2006 di PWTC semalam. Gambar Digital/ASWAD YAHYA
34. GAGASAN KELIMA: membangunkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera dan Masyarakat Sains dan Teknologi Bumiputera ke tahap yang dapat mengimbangkan kesaksamaan pembahagian.
35. Ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden pada perhimpunan tahun lalu, para perwakilan mendesak supaya dihidupkan kembali dan diperkukuhkan semangat Dasar Ekonomi Baru sebagai teras pembangunan negara di bawah Agenda Nasional Baru. Perwakilan mendesak supaya dasar tindakan afirmatif berlandaskan keadilan sosial dan sasaran kuantitatif, diwujudkan kembali apabila Kerajaan merangka Rancangan Malaysia Kesembilan. Perwakilan turut menekankan pentingnya dasar dilaksanakan secara cekap, di samping memastikan wujud jentera pelaksanaan yang lebih telus dan lebih berkesan, di pantau lebih rapi dengan sistem penilaian impak yang terperinci lagi menyeluruh. Hasrat perwakilan adalah seiring dengan pendirian yang telah saya suarakan di Parlimen ketika menyampaikan ucapan ulung sebagai Perdana Menteri.
36. Untuk itu teras ketiga Misi Nasional memberi tumpuan menangani masalah ketidaksamaan sosioekonomi secara membina dan produktif. Bahawa Kerajaan mendukung matlamat membasmi kemiskinan, menjana pembangunan lebih seimbang, serta memastikan manfaat pembangunan dinikmati rakyat secara adil lagi saksama. Matlamat kita haruslah jelas, bahawa apabila fajar menyingsing pada tahun 2020, warga di negara Malaysia yang maju, tidak boleh lagi diidentifikasikan dengan kemiskinan dan kemunduran. Kita tidak akan mewariskan kemiskinan dan kemunduran kepada masyarakat yang akan datang.
37. Matlamat membangunkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera generasi baru akan melibatkan peranan aktif sektor swasta. Tumpuannya ialah untuk membangunkan usahawan bumiputera yang berdikari, mampan dan berdaya saing. Ia juga bertujuan mewujudkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Bumiputera yang kukuh. Selaras dengan strategi untuk meningkatkan pemilikan kekayaan Bumiputera dari segi perusahaan, pendekatan baru telah diperkenalkan melalui konsep ‘cluster’. Matlamat akhir kewujudan ‘cluster’ adalah untuk memantapkan penglibatan bumiputera dalam pelbagai sektor ekonomi negara, meminimumkan kebocoran dan membina kekuatan Bumiputera menghadapi saingan global.
38. Nyatalah! 20 tahun yang ditetapkan untuk memenuhi matlamat DEB adalah tempoh masa yang terlalu suntuk; tempoh masa yang tidak realistik untuk membolehkan sasaran menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan dapat dicapai sepenuhnya. Apatah lagi apabila usaha ke arah pencapaiannya terpaksa dipikul oleh kerajaan sedangkan penglibatan pihak swasta lebih berbentuk kosmetik. Jurang pencapaian menjadi lebih ketara apabila berlaku pula ketirisan dalam proses pelaksanaan.
39. Pada hakikatnya, berlaku peningkatan pencapaian Bumiputera di antara tahun 1970 dengan tahun 2005. Namun kajian yang merumuskan bahawa 45 peratus saham dalam syarikat-syarikat adalah milik bumiputera, adalah tidak betul sama sekali. Mempertikaikan pula kaedah pengiraan yang dilakukan oleh Unit Perancang Ekonomi, samalah dengan mengatakan bahawa Kerajaan telah berbohong. Saya perlu tegaskan bahawa kaedah yang digunakan oleh Kerajaan adalah komprehensif; kaedah yang telah digunakan secara konsisten sejak tahun 1971 lagi.
40. Hari ini dipersoalkan peratus pencapaian berbanding sasaran, dalam jangka masa yang ditetapkan untuk pelaksanaan. Ketidakpuasan Bumiputera disebabkan pencapaian yang tidak menepati sasaran; kegelisahan bukan Bumiputera pula kerana pada persepsi mereka sebarang perlanjutan masa memungkinkan mereka tidak mendapat kesaksamaan. Kini ramai yang terperangkap dalam polemik angka peratus pencapaian serta tempoh masa yang disasarkan hingga melupai falsafah dan matlamat sebenar DEB digubal. Perbahasan adalah berhubung cara dan kaedah, bukan lagi pada matlamat dan falsafah. Matlamat DEB untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat dari segi pengagihan peluang, pendapatan dan kekayaan secara saksama adalah lebih besar daripada aspek pegangan ekuiti. Kerajaan akan memberi fokus kepada usaha mengurangkan jurang pendapatan antara kaum. Keseimbangan yang benar-benar terjalin adalah prasyarat kepada pertumbuhan ekonomi yang mampan.
41. GAGASAN KEENAM: mengiktiraf peranan sektor swasta untuk menjana pertumbuhan ekonomi terutama dalam mencipta peluang baru ekonomi. Terkandung dalam Rancangan Malaysia Kesembilan akan hasrat Kerajaan untuk sektor swasta berperanan aktif menerajui pembangunan ekonomi. Selaras dengan dasar untuk memantapkan lagi perkongsian awam-swasta, Kerajaan kini giat memperluaskan pelaksanaan projek inisiatif pembiayaan swasta (PFI).
42. Inisiatif pembiayaan swasta, diperkenalkan sebagai pendekatan baru untuk merangsang pelaburan swasta menerusi pembangunan prasarana dan utiliti serta penglibatan mereka membangunkan kawasan dan wilayah. Projek-projek yang telah dikenal pasti kerajaan bernilai 20 bilion ringgit. Di samping itu, Kerajaan turut memperuntukkan 5 bilion ringgit berbentuk dana pemudah cara untuk merangsang pelaburan swasta bagi projek-projek yang dikenal pasti oleh sektor swasta. Projek-projek PFI dijangka turut membantu merangsang semula pertumbuhan industri binaan. Industri binaan memperlihatkan pemulihan dan dijangka berkembang 0.7 peratus dalam tahun 2006 dan 3.7 peratus dalam tahun 2007, berbanding penguncupan 1.6 peratus dalam tahun 2005. Pertumbuhan industri binaan bersama langkah-langkah memperkukuhkan para kontraktor, akan membawa manfaat besar kepada setiap peserta sektor binaan.
43. GAGASAN KETUJUH: meningkatkan prestasi sektor awam terutama memperbaiki sistem penyampaian dan berperanan sebagai pemudah cara membantu peranan sektor swasta. Amatlah penting bagi negara mempunyai sektor awam yang cekap dengan sistem penyampaian yang efisien. Saya telah menyeru supaya sektor awam berfikiran luar dari kotak. Saya turut menyeru supaya sektor awam melakukan perubahan dalam memenuhi peranannya sebagai pemudah cara membantu sektor swasta memacu pertumbuhan ekonomi. Teras kelima Misi Nasional menegaskan pentingnya diperkukuhkan keupayaan institusi dan keupayaan pelaksanaan negara. Kejayaan perancangan bergantung kepada keupayaan melaksana. Menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan awam adalah prasyarat untuk menentukan tahap pencapaian serta secara langsung mempengaruhi daya saing dan produktiviti negara.
44. Jentera pelaksanaan, jentera pemantauan dan jentera penilaian yang lebih berkesan adalah satu kemestian. Undang-undang dan peraturan lapuk yang menghalang kemajuan dan melambatkan pembangunan akan dihapuskan. Institusi-institusi negara perlu dikukuhkan. Badan Bertindak Pelaksanaan Negara (BBPN) telah ditubuhkan bagi melaksanakan projek berimpak tinggi dan berskala besar. Penubuhan Badan ini, akan membantu mempercepat pelaksanaan projek-projek berimpak tinggi dan membantu usaha membangunkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera. Badan Bertindak Pelaksanaan Negara kini sedang melaksanakan 20 projek berimpak tinggi.
45. Badan ini turut menyusun langkah membantu menangani masalah pengangguran di kalangan graduan. Jawatankuasa khusus mengenai graduan menganggur, dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri telah dibentuk. Sehingga ini lebih 30 ribu pekerjaan di sektor awam telah ditawarkan. Beberapa GLC dan badan korporat diminta mewujudkan berbagai jenis latihan kepada graduan untuk kemudiannya dapat diserapkan oleh badan-badan tersebut atau mendapat pekerjaan di sektor swasta lain. Institut Pengajian Tinggi Awam telah diarah melakukan penyesuaian terhadap kurikulum supaya lebih menepati keperluan pasaran, di samping menggalakkan rangkaian kerjasama rapat dengan industri.
46. Seruan dan usaha untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam, telah memperlihatkan perkembangan positif. Agensi barisan hadapan, antaranya Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Pengangkutan Jalan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah memperlihatkan kemajuan, memudahkan urusan rakyat mendapatkan perkhidmatan. Banyak juga agensi yang mula memperlihatkan pergerakan untuk mengurangkan kerenah birokrasi. Segala piagam, misi, visi dan matlamat yang telah digubal perlulah kini diterjemahkan dalam bentuk tindakan.
47. Masih banyak yang boleh dilakukan untuk memenuhi wawasan kerajaan pimpinan UMNO dari segi meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat. Saya pernah menyebut tentang kehadiran ‘Napoleon Kecil’ dalam perkhidmatan awam. Masih terdengar rungutan akan kehadiran ‘Napoleon Kecil’ yang mengguna pakai undang-undang sendiri. Bilangan mereka walaupun kecil bukan sahaja boleh melambatkan pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan malah telah mencemarkan nama baik perkhidmatan awam. Apa juga bentuk halangan tidak boleh dibenarkan demi memastikan program pembangunan Kerajaan dan pelaburan swasta terjamin lancar. Untuk itu kita tidak akan membenarkan wujudnya pulau-pulau kecil di bawah kuasa mana-mana Napoleon.
48. GAGASAN KELAPAN: menangani rasuah dengan penekanan kepada pendekatan pencegahan di samping pendekatan punitif. Salah satu janji kita dalam pilihan raya ialah untuk meningkatkan integriti. Teras kelima Misi Nasional secara jelas menyatakan komitmen kerajaan menangani isu-isu berhubung rasuah dan usaha meningkatkan integriti sektor awam, sektor swasta dan masyarakat umum. Tanpa nilai integriti, negara tidak boleh dikatakan negara maju dalam erti kata sebenar.
49. Saya cekal mahu membanteras politik wang dan rasuah. Berulang kali saya ingatkan bahawa kita mesti menentang rasuah di segenap peringkat kerajaan. Namun Presiden Parti dan Perdana Menteri tidak dapat melaksanakan usaha ini secara berseorangan. Di dalam parti, saya telah meminta setiap seorang daripada saudara-saudari membantu saya membanteras politik wang. Kita mahukan pemimpin kerana keupayaan mereka berkhidmat dan bukan keupayaan mereka membeli sokongan. Saudara-saudari memiliki kuasa tersebut untuk memberi mesej yang jelas. Bantulah usaha saya untuk membersihkan parti dari amalan politik wang.
50. Dikatakan rasuah banyak berlaku; tetapi banyak yang merupakan tuduhan. Apabila diminta bukti , tidak dapat ditampilkan. Proses menangkap dan prosedur mendakwa tidak semudah yang diucapkan. Proses siasatan amatlah rumit. Proses membukti dan usaha mendapatkan saksi amatlah sulit. Tiada gunanya mendakwa bilangan yang ramai, jika kita tidak mempunyai bukti cukup untuk dapat mensabitkan yang didakwa. Bantulah saya memerangi rasuah dengan mengemukakan bukti.
51. Memerangi rasuah memerlukan komitmen semua pihak. Usaha memerangi rasuah tidak dapat mencapai kemenangan jika sekadar ditumpukan kepada aktiviti menangkap dan mendakwa. Masalah rasuah tidak berakhir dengan penangkapan jika benih baru masih dibenarkan tumbuh. Laksanakanlah dalam diri masing-masing, dengan kita sendiri tidak dipengaruhi oleh wang ringgit dalam membuat pertimbangan.
52. Kadangkala usaha memerangi rasuah begitu mengecewakan. Saya telah melahirkan harapan supaya mahkamah memutuskan kes-kes rasuah dengan segera, atas dasar ia melibatkan kepentingan awam. Ada tanggapan mengatakan saya memperlahankan langkah menentang rasuah kerana tiada tangkapan yang dilakukan. Tiada tangkapan tidak bermakna saya tidak terus melakukan pemantauan. Ia memerlukan usaha berpanjangan – usaha berterusan. Aktiviti pendidikan dan aktiviti menyemai kesedaran akan ditingkatkan supaya prinsip integriti dihayati dan diamalkan dalam kehidupan harian masyarakat. Langkah-langkah pencegahan akan terus ditingkatkan dengan memperbaiki kecekapan sistem penyampaian dan perkhidmatan awam.
53. GAGASAN KESEMBILAN: menguatkuasakan undang-undang secara tegas lagi telus terutama dalam menangani jenayah. Teras keempat Misi Nasional untuk meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup tidak akan tercapai sekiranya undang-undang yang ada untuk melindungi kehidupan warga mula dipinggirkan dan tidak lagi dihormati. Saya amat menghargai usaha bersungguh yang semakin diperlihatkan oleh pihak-pihak berkuasa yang terlibat terutama sekali Polis Diraja Malaysia dan Kastam Diraja Malaysia.
54. Kita tidak boleh membenarkan persepsi negara ini tidak selamat oleh sebab kerap berlakunya jenayah berat. Usaha lebih berkesan perlu diambil oleh Polis Diraja Malaysia. Kerajaan baru-baru ini telah membanyakkan lagi kereta peronda, membeli alat-alat baru dan menambah lagi pondok-pondok polis mudah alih, serta menggembleng kerjasama dengan rakyat yang melibatkan Rukun Tetangga dan agensi-agensi di bawahnya. Polis Diraja sedang melaksanakan satu usaha jihad untuk membetulkan organisasi secara dalaman, begitu juga dalam melaksanakan tugas yang semakin kompleks. Bilangan anggota polis adalah tidak selaras dengan pertumbuhan penduduk terutama di bandar-bandar besar. Sempadan yang luas merumitkan kawalan kemasukan imigran. Kemakmuran ekonomi kita telah menjadi tarikan kepada imigran dari serata dunia. Kastam Diraja memperlihatkan ketegasan membanteras kegiatan-kegiatan yang boleh menjejaskan hasil negara. Kutipan hasil sejak tiga tahun kebelakangan memperlihatkan peningkatan. Pegawai-pegawai di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri gigih menguatkuasakan perkara-perkara yang melanggar tatasusila perdagangan berkaitan harta intelek, bekalan dan kawalan harga barangan dagangan, cetak rompak dan penyelewengan kepada subsidi kerajaan, terutamanya subsidi minyak.
55. Dalam pada itu, penguatkuasaan undang-undang berkaitan pencemaran, alam sekitar, pihak-pihak berkuasa kerajaan tempatan, undang-undang trafik dan lalu lintas, masih perlu diperbaiki dan ditingkatkan. Undang-undang mempunyai satu bahasa untuk semua warga. Tidak ada pengecualian penguatkuasaan. Undang-undang jangan sampai dipersendakan seolah-olah hanya boleh dikuatkuasakan kepada yang lemah dan yang tidak berkedudukan. Pemimpin-pemimpin UMNO sendiri hendaklah memperlihatkan sebaik contoh teladan mengamalkan budaya menghormati dan mematuhi undang-undang.
56. GAGASAN KESEPULUH: menggalakkan penyertaan aktif warga muda dan emansipasi wanita yang lebih seimbang. Warga muda adalah aset dan sumber berharga negara yang akan mewarisi pimpinan untuk meneruskan hala tuju negara. Alhamdulillah, tatkala sebilangan besar negara maju menunjukkan populasi yang meningkat usia, Malaysia masih mempunyai peratusan besar penduduknya dari kalangan warga muda. Mereka harus dilibatkan secara aktif dari peringkat perancangan dan diberikan kepercayaan untuk sama-sama terlibat di peringkat perlaksanaan.
57. Saya menyambut baik cadangan PEMUDA untuk menamakan bendera UMNO. Cadangan ini melambangkan penghayatan generasi muda terhadap asas dan sejarah perjuangan parti. Ini memberi keyakinan kepada saya bahawa pemimpin-pemimpin masa hadapan masih berpegang kepada idealisme penubuhan UMNO untuk terus menjadikan UMNO wadah untuk memartabatkan bangsa. Di Perhimpunan ini, secara rasmi saya mengiktiraf cadangan menamakan bendera UMNO sebagai ‘Sang Saka Bangsa’.
58. Bahawa separuh dari penduduk negara adalah wanita. Kerajaan BARISAN NASIONAL pimpinan UMNO berpegang teguh kepada keadilan untuk semua selaras dengan prinsip utama yang dianjurkan oleh Islam. Oleh itu kesaksamaan gender perlu dihormati. Wanita yang telah diberikan peluang telah membuktikan keupayaan mereka memenuhi tanggungjawab dengan cemerlang dan mengharumkan nama negara. Malaysia dikenali sebagai negara Islam yang begitu progresif menyediakan peluang dan memberikan pengiktirafan tinggi kepada wanita, baik dalam bidang urus tadbir, perniagaan, pendidikan, penguatkuasaan, perubatan, perbankan, kehakiman, dan pelbagai bidang lagi. Kerajaan turut prihatin terhadap keadaan wanita dari segi undang-undang dan bertekad untuk menyemak semula dan menyelaraskan undang-undang syariah keluarga untuk memastikan berlakunya keadilan. Semua ini menunjukkan perkembangan beransur yang dilakukan untuk tidak mendiskriminasikan kaum Hawa selaras dengan ajaran Islam itu sendiri. Rugilah bagi negara yang mengetepikan atau merendah-rendahkan peranan wanita.
59. GAGASAN KESEBELAS: mempertahankan kedaulatan negara bangsa di peringkat antarabangsa. Malaysia adalah sebuah negara yang dikenali sentiasa gigih mempertahankan kepentingan nasional. Kita kekal bebas dalam dasar luar kita tanpa pernah tunduk kepada tekanan atau terpaksa meminta bantuan pihak lain. Kita amat berbangga dengan kebebasan ini. Ia membolehkan kita merancang hala tuju negara tanpa perlu mengkompromikan kepentingan kita.
60. Kita juga tidak membenarkan sesiapa mengambil kesempatan ke atas kita. Kepentingan kita akan dipertahankan dengan sebaik cara. Kita tidak sekali-kali akan mendedahkan Malaysia kepada keadaan yang kedudukan kita boleh dikompromikan atau tindakan undang-undang dikenakan terhadap kita. Setiap keputusan yang diambil adalah untuk melindungi kepentingan negara, tidak timbul soal berani ataupun takut. Setiap yang dilakukan ada akibatnya. Kita tidak akan meneruskan sesuatu, jika akibatnya boleh mengkompromikan kepentingan nasional.
61. Terdapat banyak cara untuk mempertahankan kepentingan nasional dan memelihara kedaulatan negara. Kita boleh memilih untuk berkonfrontasi – bersuara lantang dan keras atau memilih cara diplomasi pintar. Memilih saluran diplomasi tidak bermakna menjadikan diri kita lemah atau kita sudah mengalah. Cerita-cerita lama orang tua melihatkan muslihat pintar sang kancil yang dapat mengatasi buaya, gajah, ular sawa dan harimau melalui pendekatan diplomasi. Kaedah yang dipilih adalah laluan untuk sampai ke destinasi, yang penting kita mencapai matlamat; jika dengan berbisik lembut, matlamat tercapai, apatah perlunya lagi bagi kita mahu melaung.
62. Selaku Pengerusi OIC, saya tidak boleh memimpin perkumpulan ini dengan kaedah berkonfrantasi. Kita perlu melaksanakan tugas secara berhikmah. Negara-negara Islam hendaklah merancang strategi secara bersama untuk meningkatkan kuasa tawar menawar kita. Kita harus mengutamakan perpaduan di kalangan dunia Islam dan membina keyakinan di kalangan kita. Hari ini, jika sebuah negara Islam diserang, umpamanya Lebanon baru-baru ini, kita berupaya mengenakan tekanan terhadap Barat untuk menghentikan pengeboman. Kita menyerlahkan perpaduan dan kesungguhan. Terdapat pihak yang mahukan tindakan lebih drastik seperti menggunakan minyak sebagai alat tawar menawar atau untuk negara Islam menjual dolar Amerika. Soalannya, berapakah bilangan negara Islam yang sedia bertindak sedemikian.
63. Antara cabaran utama yang dihadapi oleh Malaysia sebagai sebuah negara Islam adalah pendudukan dan dominasi yang sedang berlaku di negara-negara Islam, konflik dalaman yang memisahkan umat Islam sesama sendiri, keganasan dan ekstremisme yang menggunakan nama Islam, serta jurang persefahaman yang semakin melebar antara dunia Islam dengan dunia Barat. Dunia Islam sedang melalui krisis yang teruk. Umat Islam bukan sahaja dibunuh oleh bukan Islam tetapi berbunuh sesama sendiri. Bumi mereka diduduki. Kehormatan, kedaulatan dan sumber utama ekonomi mereka diperkosa. Ada di antara mereka melakukan tindakan yang memberikan malu dan menjatuhkan kehormatan diri mereka dan Islam. Imej Islam di kanta dunia begitu buruk.
64. Kita ada tanggungjawab untuk mengeluarkan dunia Islam dari kegetiran ini, membantu proses pemulihan dunia Islam dengan harapan dapat mengembalikan zaman gemilangnya. Kita akan memainkan peranan setara dengan keupayaan kita membantu usaha negara-negara Islam untuk meningkatkan kebajikan ummah mereka. Langkah awal yang telah saya ambil sebagai Pengerusi OIC ialah memperkenalkan program yang memberikan imej ekonomi kepada OIC dengan melaksanakan program membina keupayaan ekonomi dan melaksanakan pelan induk kewangan Islam. Program-program ini mampu menjadi pemangkin bagi negara-negara OIC yang mundur dari segi ekonominya. Kita mahukan penyelesaian yang adil kepada masalah Palestin. Penindasan dan kezaliman yang dilakukan kepada penduduk dan bumi Palestin merupakan punca kemarahan umat Islam di seluruh dunia. Kita mahu melihat bumi Iraq dan Afghanistan yang aman damai. Kita mahukan Iran dan setiap negara Islam diberikan kesaksamaan dan keadilan, dihormati hak dan kedaulatan mereka dan tidak menjadi mangsa kepada arahan dua nilaian antara negara Islam dan bukan Islam.
65. GAGASAN KEDUA BELAS: membina perpaduan nasional. Semangat bersatu dalam perjuangan dan semangat berkongsi kuasa, adalah tunjang kekuatan negara bangsa; bermula dari peringkat merintis perjuangan kemerdekaan sehinggalah kepada mengurus sebuah negara merdeka yang berjaya.
66. Akhir-akhir ini kita menyaksikan peningkatan polemik berhubung isu kaum dan agama. Ia telah sampai ke tahap yang mencetuskan kebimbangan. Beberapa faktor menjadi penyebab kepada polemik yang berlaku. Salah satu darinya adalah persekitaran lebih terbuka hari ini yang membolehkan berlakunya perbahasan sehingga terlajak ke peringkat melanggar sempadan isu-isu sensitif menyentuh agama dan kaum. Persekitaran lebih terbuka ini adalah baru kepada masyarakat Malaysia. Pengubahsuaian sedang dilakukan oleh pelbagai pihak dan ada juga yang sedang menguji batas sempadannya. Ada yang cenderung bersifat keterlaluan dan ini menjemput reaksi bantahan dari pihak lain. Ini adalah satu proses pembelajaran untuk semua. Dalam pada itu amatlah penting dijamin bahawa kestabilan negara dapat dikekalkan sehingga masyarakat dapat mencapai tahap perimbangan.
67. Membincang perkara-perkara yang sensitif sifatnya perlulah dilakukan secara rasional, dengan dada lapang – fikiran tenang; dalam semangat bersama mengambil tanggungjawab, yang bengkok kita luruskan, yang jauh kita rapatkan, yang renggang kita cantumkan, yang kurang kita lengkapkan. Kerajaan BARISAN NASIONAL telah mengamalkan formula untuk menyelesaikan masalah antara kita dengan semangat muafakat dan pendekatan sederhana selama ini. Sedarilah, persengketaan amat mudah dicetuskan, untuk begitu cepat menimbulkan salah faham. Tentulah itu bukan yang kita inginkan.
68. Kita hendaklah berpegang teguh kepada kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh setiap komuniti utama dan setiap negeri ketika kelahiran negara kita yang merdeka seperti yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Kontrak sosial yang telah kita rangka dan persetujui pada peringkat awal pembentukan sebuah negara merdeka adalah satu dokumen yang sangat berharga. Saya tidak dapat memikirkan mana-mana negara di dunia yang menghadapi situasi seperti kita, yang telah berjaya mencapai satu persefahaman yang dapat merangkumi aspirasi dan kecenderungan yang begitu pelbagai dalam masyarakat. Kontrak sosial yang dipersetujui itu adalah satu pencapaian yang hebat.
69. Perjanjian yang diukir sedemikian teliti tersandar di atas perimbangan kepentingan yang kompleks lagi halus. Terlalu mudah untuk menjejaskan perimbangan ini dengan menyuarakan tuntutan yang melampau dan tidak munasabah, serta mempersoalkan perkara-perkara yang fundamental terhadap sesuatu komuniti. Jika perjanjian ini mahu dirombak, atau cuba dipertikaikan secara berterusan, kita sebenarnya menghadapi risiko menjejaskan kestabilan dan keharmonian. Kita tidak boleh membenarkan ini berlaku. Akibatnya adalah malapetaka. Saya sama sekali tidak akan membenarkan ini berlaku. Tidak ada pihak yang betul secara mutlak, tidak ada kebebasan tanpa kawalan. Jangan ada pihak yang mahu menguji ketegasan Kerajaan dalam perkara ini. Jika keadaan memerlukan, Kerajaan akan bertindak tegas menguatkuasakan undang-undang yang ada demi menjamin kestabilan, keamanan dan kemakmuran negara tidak terjejas.
70. Perlembagaan negara secara jelas meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan. Islam adalah satu cara hidup yang relevan sepanjang masa, Sebagai umat Islam, kita mempercayainya tetapi dari segi realiti yang berlaku adalah di sebaliknya. Jika kita melihat keadaan di seluruh dunia hari ini, umat Islam adalah yang termiskin, kadar buta huruf di kalangan umat Islam adalah tinggi, mereka tertindas, mereka terheret dalam konflik. Berlaku anomali, satu kejanggalan antara ajaran Islam dengan realiti yang berlaku di kalangan ummah. Islam tidak harus dipersalahkan kerana kejanggalan ini.
71. Islam menganjurkan pembangunan, pembinaan tamadun, perkembangan intelek dan perkembangan ilmu bagi membina kesejagatan kemanusiaan berlandaskan prinsip-prinsip keadilan, kesederhanaan, toleransi dan saling menghormati supaya dunia dan manusia dapat hidup dalam rukun, aman, sejahtera dan makmur. Islam adalah agama sempurna yang diturunkan Allah SWT kepada kita. Manusia dengan segala kekurangan dan kurang kefahaman telah mencemarkan kesucian dan kemurnian Islam. Ada kalanya kita gagal melihat wujudnya satu cara hidup yang lengkap di dalam Islam, mencakupi pembangunan spiritual, fizikal, mental dan material. Allah SWT mencipta dunia dan akhirat. Kalau kita hanya menumpu kepada akhirat, kita akan mensia-siakan kewujudan kita di dunia ini. Sebaliknya, Allah SWT mengingatkan bahawa pencapaian kita di alam fana ini tidak kurang pentingnya daripada apa yang kita cari dan sediakan untuk bekalan di alam baqa.
72. Saya telah memperkenalkan Islam Hadhari sebagai satu falsafah penting dalam pendekatan kita ke arah menjalani hidup sebagai umat Islam yang baik di Malaysia. Niat di sebalik Islam Hadhari ialah untuk mengingatkan kita bahawa agama Islam yang sempurna ini mengajar kita lebih daripada hukum-hakam dan larangan. Dalam ayatul Quran dan Sunnah Nabi, kita diajar dan dibimbing
untuk memanfaatkan hidup tanpa membeza-bezakan zaman; sama
seperti umat pada zaman Rasulullah mendapati ajaran Islam memberi
petunjuk untuk membebaskan mereka daripada jahiliah dan memberi dorongan kuat untuk mereka berjaya.
73. Islam Hadhari adalah satu pendekatan atau manhaj. Ia adalah satu falsafah yang mengingatkan umat Islam bahawa pegangan kita menuntut kita mencapai kejayaan dunia. Kita sebenarnya mengkhianati Islam jika memilih untuk menolak kemajuan, taksub dengan konflik dan hidup dalam kejahilan. Kita mempunyai tanggungjawab untuk menyerlahkan keindahan dan kesempurnaan Islam dengan mencipta tamadun yang dihormati dan bukan sesuatu yang dilihat dengan hina dan curiga.
74. Malangnya, sesetengah golongan menyalahertikan Islam Hadhari sebagai satu alasan untuk menjadi lebih konservatif atau lebih radikal. Budaya yang kita amalkan selama bertahun-tahun kini ditakrif sebagai haram, seperti mengucap selamat kepada warga Malaysia yang berlainan agama sempena hari perayaan mereka. Apakah kita sudah sampai ke tahap tidak toleran seperti ini? Rumah terbuka yang dikongsi antara kaum turut dikutuk. Bilakah kita menjadi ultra-konservatif? Ini bukan Islam Hadhari. Sikap ini mengancam toleransi unik yang dikenali di kalangan umat Islam Malaysia. Kita tidak harus membiarkan ini berlaku. Kita tidak menjadi lebih Islam dengan tidak mengucap selamat kepada seorang yang bukan Muslim pada musim perayaan mereka, sama seperti ia tidak menggoncang iman saya dengan menghadiri rumah terbuka Deepavali atau Krismas.
75. Golongan yang sama inilah yang juga melontarkan ancaman palsu untuk mengapi-apikan umat Islam dengan niat mereka akan menjadi tidak toleran terhadap orang lain. Agenda mereka ialah untuk melihat Malaysia berpecah-belah serta gagal sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama. Islam bukan bermaksud seperti itu. Contohnya, banyak SMS yang bertukar tangan mengenai pembaptisan umat Islam secara beramai-ramai dan penubuhan Persatuan Kristian Melayu. Malah, ada juga yang mendakwa memiliki bukti kononnya beribu-ribu orang Melayu telah murtad tanpa mempunyai bukti yang sahih.
76. Hasutan seperti ini membuat ramai orang Melayu menjadi ghairah. Disebabkan kita tidak mempunyai budaya untuk menyelidiki kesahihan khabar seperti itu sebelum mempercayainya, ramai yang berasa marah, malah menjadi militan. Sebaliknya, apabila dibuktikan tidak benar, mereka yang mencipta ancaman palsu ini langsung tidak kelihatan, apatah lagi untuk membantu meredakan kembali keadaan.
’Wahai orang-orang yang beriman!, Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan’
(Al-Hujuraat: ayat 6)
77. Saya ingin jelaskan, Islam Hadhari bukanlah cek kosong untuk menghidupkan semula pendekatan konservatif. Islam Hadhari bukan juga cek kosong untuk kita membenarkan cara hidup yang terlalu bebas dan permisif. Sambil saya memelihara kesucian Islam dan fungsi Mahkamah Syariah daripada sebarang cubaan untuk merendah-rendahkannya, saya juga mahu memastikan tiada ikhtiar untuk merampas Islam di Malaysia untuk menyuburkan sikap kebencian dan tidak toleran. Malaysia adalah sebuah negara yang menggalakkan kerjasama dan dialog. Kita tidak pernah menjadi tempat konflik dan syak-wasangka. Saya akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana kumpulan, sama ada Islam atau bukan Islam, yang cuba melampaui garis perimbangan yang halus ini dengan mempersoalkan status Islam atau dengan menghasut orang ramai berdasarkan dakwaan palsu dan ancaman yang direka-cipta. Islam Hadhari tidak mewujudkan ancaman sedemikian. Ia tidak menghasut umat Islam memusuhi mana-mana kumpulan. Sebaliknya, ia menghuraikan prinsip-prinsip kita dengan holistik untuk pembangunan menyeluruh masyarakat Islam.
78. Dua belas gagasan yang saya gariskan tiga tahun lalu, telah dijadikan pedoman ketika menggubal Misi Nasional dan Rancangan Malaysia Kesembilan. Wawasan utama untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020 tidak diubah. Matlamat yang terkandung dalam Dasar Ekonomi Baru untuk membina warga yang bersatu padu melalui penyusunan semula masyarakat dan membasmi kemiskinan tetap dipertahankan. Jika ada yang dikatakan berubah adalah cara dan kaedah pelaksanaan untuk disesuaikan dengan keadaan dan perkembangan semasa.
79. Malaysia di hari semalam, di era DEB diperkenalkan, ketika Wawasan 2020 dilancarkan berbeza dengan Malaysia di era ledakan teknologi maklumat. Kini ekonomi dunia lebih terbuka; negara tanpa sempadan adalah satu kenyataan; proses liberalisasi dan globalisasi terus melanda ekonomi dunia; persaingan peringkat antarabangsa menjadi lebih sengit; pelaksanaan dan pencapaian agenda sosial negara menjadi lebih sukar dan mencabar.
80. Para Rasul dan Nabi diturunkan di era yang berbeza bagi menghadapi situasi yang berbeza; namun setiap mereka berpegang kepada prinsip ketauhidan yang sama. Manusia juga diciptakan berbeza-beza. Malah yang dilahirkan kembar, sekalipun memiliki paras fizikal yang serupa semasa kelahiran, semakin mereka dewasa, rupa mereka semakin berbeza. Malah ruang ibu jari yang begitu kecil, dijadikan Allah belum ada yang sama di antara sedemikian ramai manusia; apatah lagi perkara-perkara berkaitan fikiran, hati dan emosi. Demikian pula logiknya dengan kaedah mentadbir dan mengurus negara. Perbezaan kaedah akan berlaku berasaskan keadaan semasa; ia adalah sesuatu yang normal. Janganlah kita bertelagah kerana kita berlainan cara dan berbeza gaya. Jangan sumber, tenaga, masa dan fikiran kita bazirkan dengan melakukan perkara-perkara yang destruktif yang merugikan semua pihak.
81. Amatlah rugi kepada negara bangsa jika kita terlalu taksub untuk berselisih. Bangsa perlu satu kekuatan sejati. Orang Melayu begitu juga warga Malaysia keseluruhannya telah berada di pelantar yang lebih tinggi dari dahulu. Kita harus yakin dengan kapasiti untuk mencapai dan mencipta kejayaan baru. Tumpukanlah fikiran kita meningkatkan ukhuwah, tujukanlah tenaga kita untuk membina kekuatan bangsa. Dunia adalah terlalu kecil untuk dijadikan pentas bertelagah dan jangka hayat adalah terlalu singkat untuk kita mahu bersengketa. Dunia adalah pentas kehidupan ciptaan ILAHI, manusia adalah pembawa watak menentukan lakonan hidup di pentas dunia. Lakonlah babak yang mencernakan semangat ukhuwah di pentas dunia, supaya dunia menjadi lebih aman, damai dan sejahtera; laksanakan kebaikan sebagai tanda terima kasih kepada Allah yang Maha Mencipta.
82. Bangsa kita terlalu kecil untuk kita berpecah. Negara kita terlalu kecil untuk kita berpisah. Islam menyeru kita mengamalkan ukhuwah, penyatuan, perpaduan, toleransi dan kesederhanaan. Hayat yang ada perlu kita gunakan untuk meninggalkan warisan sejarah yang dapat membawa kesejahteraan negara bangsa. Bersamalah kita bertekad menumpukan fikiran dan tenaga untuk menjayakan Rancangan Malaysia Kesembilan. Bersamalah kita menepis segala gangguan yang boleh menjejas tumpuan kita untuk mencapai Misi Nasional.
83. Pemimpin adalah insan biasa. Insan biasa tidak sempurna sifatnya. Insan biasa dijadikan tuhan dengan segala kelemahan agar insan itu senantiasa insaf tarafnya sebagai makhluk. Insan biasa tidak maksum’, kerana itu ia harus terus beristighfar memohon kemaafan ILAHI, membetulkan diri sepanjang hayat. Teguran dan kritikan adalah sesuatu yang sihat untuk insan dapat cepat melakukan pembaikan. Lakukanlah teguran dan kritikan secara ikhlas – secara jujur; secara konstruktif – secara rasional untuk kebaikan kita bersama supaya langkah dan perbuatan menegur itu menjadi satu amal – satu jariah yang membawa kepada kebaikan. Teguran yang ikhlas lagi jujur dilakukan dengan tujuan untuk membantu yang ditegur supaya ia dapat melakukan sesuatu yang lebih baik; bukan untuk menjatuhkannya, bukan untuk memberi aib, bukan untuk menabur fitnah. Hukum ALLAH amatlah berat menimpa kepada mereka yang tidak berniat baik. Bahawa doa memohon keadilan dari orang yang dizalimi kerana fitnah tidak ada dindingnya untuk dimakbulkan ALLAH.
‘Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allah naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid, untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang salih pula diangkat Nya naik (sebagai amal yang makbul – yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). Dan sebaliknya: orang-orang yang merancang kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan pun) akan rosak binasa. (Faatir: ayat 10)
84. Sepanjang tiga tahun diamanahkan memimpin parti – memimpin negara, saya berterima kasih kepada sokongan rakyat, sokongan ahli–ahli parti, sokongan rakan-rakan dalam BARISAN NASIONAL, sokongan kakitangan Kerajaan dan sektor swasta untuk membolehkan saya memenuhi amanah. Saya amat menghargai sokongan tersebut terutama dari Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak, Timbalan Presiden Parti dan Timbalan Perdana Menteri serta barisan Majlis Tertinggi dan rakan-rakan Jemaah Menteri.
85. Pada pagi 9 November 2006, Tun Dr. Mahathir, dimasukkan ke Institut Jantung Negara untuk mendapat rawatan. Marilah kita sama-sama memohon doa ke hadrat ILAHI semoga Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, segera pulih kesihatannya. Kita juga mendoakan semoga Tun Dr. Siti Hasmah dan ahli-ahli keluarga beliau diberikan ketenangan dan kekuatan membantu proses rawatan beliau. Kerajaan bertanggungjawab memberikan segala kemudahan dalam proses rawatan negarawan kita itu.
86. Pada pagi 23 April 2006, negara dilindungi mendung sebaik mendapat berita kembalinya ke Rahmatullah Tun Abdul Ghafar bin Baba. Telah padamlah satu kandil negara, yang sepanjang hayatnya menyalakan cahaya untuk negara bangsanya. Seorang tokoh UMNO yang kesetiaannya kepada parti tidak pernah tergoncang di masa susah, tidak tergoyang di masa senang. Abdul Ghafar bin Baba (Allahyarham) adalah tokoh ternama dan ulung. Jasa Tun Abdul Ghafar Baba kepada parti, kepada negara, kepada bangsa amatlah besar. Sebagai penghormatan kepada jasa bakti tersebut, Kerajaan memutuskan untuk mewujudkan kerusi pengajian yang diabadikan atas nama Tun Abdul Ghafar Baba dan ditempatkan di ‘alma mater’ Allahyarham, di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan sebuah Yayasan akan ditubuhkan atas nama beliau.
87. Marilah sama-sama kita menghadiahkan bacaan Suratul Fatihah untuk dihadiahkan ganjarannya kepada roh-roh Allahyarham Datuk Onn, Almarhum Tunku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Abdul Razak, Allahyarham Tun Hussein Onn, Allahyarham Tun Dr. Ismail, Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba dan kepada seluruh barisan pejuang dan pemimpin kita yang telah kembali ke Rahmatullah.
88. Semoga Perhimpunan Agung kita kali ini mendapat petunjuk dan keredaan ILAHI.
BERSATU! BERSETIA! BERKHIDMAT!
HIDUP UMNO! HIDUP MELAYU!
Wabilahitaufik Walhidayah
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Kuala Lumpur-15-nov-2006-Datuk Sri Abdulah Ahmad badawi dan Datuk Sri Najib Tun Razak selepas merasmikan di Pembukaan Persidangan UMNO 2006 di PWTC, semalam-Gambar zaini Husin berita-utsan
Kuala Lumpur-15-nov-2006-Datuk Sri Abdulah Ahmad Badawi bergurau dengan Tun Musa Hitam dan Tan Sri Mohamed Rahmat selepas pembukaan Persidangan UMNO 2006 di PWTC, semalam-Gambar zaini Husin berita-utsan
Kuala Lumpur-15-nov-2006-Datuk Sri Abdulah Ahmad badawi, Datuk Sri Najib Tun Razak dan Tun Musa Hitam menikmati jamuan ringan selepas pembukaan Perhimpunan Agung UMNO 2006 di PWTC, semalam-Gambar zaini Husin berita-utsan
Usul Agama Dan Sosial , Kuala Lumpur- 17 Nov 2006 - ZALEHA HUSSEIN - Kubang Krian Kelantan
Usul Agama dan Sosial , KUALA LUMPUR 17 Nov 2006 -SHAHBUDIN YAHYA - Wakil Pulau Pinang - Tasek Gelugur
Usul Ugama dan Sosial , KUALA LUMPUR- 17 NOV 2006 -MOHAMAD NORZA ZAKARIA - ( KETUA PEMUDA UMNO WILAYAH ) .
Usul Ugama dan Sosial , KUALA LUMPUR- 17 NOV 2006 - AHMAD KAMAL ABDULLAH - ( wakil Terengganu ) .
Usul Ugama dan Sosial , KUALA LUMPUR- 17 NOV 2006 - MOHD KAMAL SAIDIN - ( wakil kedah ) .
Usul Ugama dan Sosial , KUALA LUMPUR- 17 NOV 2006 - MOHD ARIFFIN ARIF - ( WAKIL SABAH ) - KIMANIS
Kuala Lumpur 17November 2006. - Barisan Naib Presiden UMNO sibuk mencatatkan nota masing-masing ketika mendengar perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO 2006 di PWTC, Kuala Lumpur semalam. Gambar Digital: Abd Rahman Saleh/ Pemberita: Team UMNO/ Meja Am
Kuala Lumpur 17November 2006. - Barisan kepimpinan UMNO menyokong usul agama pada Perhimpunan Agung UMNO 2006 di PWTC, Kuala Lumpur semalam. Gambar Digital: Abd Rahman Saleh/ Pemberita: Team UMNO/ Meja Am
Kuala Lumpur-15-nov-2006-Datuk Sri Abdulah Ahmad badawi dan Datuk Sri Najib Tun Razak selepas merasmikan di Pembukaan Persidangan UMNO 2006 di PWTC, semalam-Gambar zaini Husin berita-utsan
Kuala Lumpur-15-nov-2006-Datuk Sri Abdulah Ahmad Badawi bergurau dengan Tun Musa Hitam dan Tan Sri Mohamed Rahmat selepas pembukaan Persidangan UMNO 2006 di PWTC, semalam-Gambar zaini Husin berita-utsan
Kuala Lumpur-15-nov-2006-Datuk Sri Abdulah Ahmad badawi, Datuk Sri Najib Tun Razak dan Tun Musa Hitam menikmati jamuan ringan selepas pembukaan Perhimpunan Agung UMNO 2006 di PWTC, semalam-Gambar zaini Husin berita-utsan
Usul Agama Dan Sosial , Kuala Lumpur- 17 Nov 2006 - ZALEHA HUSSEIN - Kubang Krian Kelantan
Usul Agama dan Sosial , KUALA LUMPUR 17 Nov 2006 -SHAHBUDIN YAHYA - Wakil Pulau Pinang - Tasek Gelugur
Usul Ugama dan Sosial , KUALA LUMPUR- 17 NOV 2006 -MOHAMAD NORZA ZAKARIA - ( KETUA PEMUDA UMNO WILAYAH ) .
Usul Ugama dan Sosial , KUALA LUMPUR- 17 NOV 2006 - AHMAD KAMAL ABDULLAH - ( wakil Terengganu ) .
Usul Ugama dan Sosial , KUALA LUMPUR- 17 NOV 2006 - MOHD KAMAL SAIDIN - ( wakil kedah ) .
Usul Ugama dan Sosial , KUALA LUMPUR- 17 NOV 2006 - MOHD ARIFFIN ARIF - ( WAKIL SABAH ) - KIMANIS
Kuala Lumpur 17November 2006. - Barisan Naib Presiden UMNO sibuk mencatatkan nota masing-masing ketika mendengar perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO 2006 di PWTC, Kuala Lumpur semalam. Gambar Digital: Abd Rahman Saleh/ Pemberita: Team UMNO/ Meja Am
Kuala Lumpur 17November 2006. - Barisan kepimpinan UMNO menyokong usul agama pada Perhimpunan Agung UMNO 2006 di PWTC, Kuala Lumpur semalam. Gambar Digital: Abd Rahman Saleh/ Pemberita: Team UMNO/ Meja Am
KUALA LUMPUR 17 Nov 2006 - Datuk Seri
Najib Tun Abdul Razak menyampaikan ucapan penggulungan Timbalan Presiden UMNO di Perhimpunan Agung UMNO ke-57 tahun
2006 di PWTC semalam. Gambar Digital-Azman Ghani /Pemberita-Team UMNO/AM
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
YB Tan Sri Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Tetap Persidangan
Mukaddimah
Sebelum meneruskan ucapan, saya ingin merakamkan rasa penghargaan dan penuh terharu kepada YAB Presiden Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, di atas keyakinan beliau kepada saya sebagai Timbalannya.
Panca warisan keris sakti,
Sang Saka Bangsa ditiang seri,
Alangkah terharu rasa dihati,
Atas kepercayaan yang Pak Lah beri.
Dewan Merdeka sudah ternama,
Bertemu, bersidang, ucapan dikaji,
Setia sebagai pembantu utama,
Kepada Presiden diikrar janji.
Yang dikasihi YAB Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi
Presiden UMNO,
YAB Datuk Seri Ali Rustam dan YB Tan Sri Muhyiddin
Naib-naib Presiden UMNO,
Yang Berhormat Dato’ Seri Rafidah Aziz
Ketua Pergerakan Wanita,
Yang Berhormat Dato’ Sri Hishammuddin Tun Hussein
Ketua Pergerakan Pemuda,
Yang Berbahagia Datuk Noraini Ahmad
Ketua Pergerakan Puteri,
Ahli-Ahli Majlis Tertinggi,
Sidang Perwakilan dan Pemerhati yang dihormati,
Wakil 58 daripada 62 kelab UMNO Luar Negara di seluruh pelusuk dunia, (ini menandakan kehebatan UMNO yang Glokal sifatnya, hebat di arena local di samping menerjah ke persada global)
KUALA LUMPUR 17 Nov 2006 - Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Agung UMNO 2006 di PWTC semalam. Gambar Digital-Azman Ghani /Pemberita-Team UMNO/AM
Sidang Perwakilan sekalian,
Takrif Memacu Minda Melayu
1. Tahun lalu, saya mengutarakan tentang Melayu Glokal, iaitu orang Melayu wajar berakar di arena nasional serta menerjah kecemerlangannya di persada internasional. Pada tahun ini saya juruskan pula kepada pemacuan minda sebagai asas pembinaan Melayu Glokal itu. Lima elemen Pemacuan Minda adalah melalui pemantapan kepemimpinan transformasi, bekerja sebagai satu pasukan atau jemaah, memperkasakan agenda Melayu, mempertahankan akidah dan memacu generasi muda Melayu.
2. Takrif Memacu Minda Melayu adalah mengasah dan mengasuh minda serta akal orang Melayu agar berfikir dengan kerangka yang betul menurut kaedah yang sistematik lagi berstrategi. Itu takrifan secara ilmiah, kalau nak senang difaham kitala nak ajaq orang Melayu berfikir secara betul jika nak jadi bangsa yang berjaya. Gunalah akal secara maksima untuk setiap kerja yang dibuat dalam kehidupan seharian.
Saya amat tertarik kepada ucapan wakil Selangor sahabat lama saya Datuk Mufti.
3. Cara orang lama pukul ini lain sikit, dia menyebut tentang bagaimana sebuah negara yang diberi contoh negara Switzerland tidak ada kekayaan hasil bumi, tidak ada pokok koko tapi boleh mengeluarkan coklat yang terbaik di dunia. Malah bagi negara Switzerland bukan saja coklat, jam tangan pun yang terbaik di dunia, ubat-ubatan farmaseutikal yang terbaik pun datang dari Switzerland. Negara Switzerland tidak ada hasil bumi, cuma ada keupayaan minda yang kuat saja. Orang yang paling kaya di dunia siapa? Siapa dia? Bill Gates, dan Bill Gates kaya sebab apa kerana mampu menjana kekayaan melalui keupayaan mindanya yang kuat. Microsoft (pandai pun), InfoSys di India, saya nak kongsi cerita bagaimana pengasas syarikat InfoSys ini telah bermula dengan modal cuma AS$250 pada 1991 tetapi hari ini Mr. Murthy yang menjadi tauke pemilik utama kepada syarikat Info memiliki harta sebanyak AS$1.4 bilion dalam masa 15 tahun saja. Sekali lagi terbukti penjanaan kekayaan yang paling besar ialah melalui pengupayaan minda. Soalnya, bagaimana pula kita harus lakukan.
Biasanya manusia inginkan wajah yang cantik. Ramai yang suka bersolek, tak salah kita setuju wanita bersolek, kita pun menghargai wanita yang cantik tapi empunyanya satu saja. Manusia ingin pada tubuh yang sasa, jadi berusaha untuk mengempiskan perut, manusia nak pada badan yang sihat, berusaha untuk menguatkan otot.
Tapi saudara-saudari, organ yang paling terpenting dalam tubuh badan ialah otak. Otak organ yang paling penting tapi bagaimana kita memperkayakan otak kita, yang sepatutnya dengan pemakanan berkhasiat. Terima kasih Kementerian Pelajaran tambah lagi peruntukan pemakanan. Otak yang sihat perlu dilatih dengan pemikiran lateral, pro aktif, positif dan mulia. Kita perlu belajar untuk berfikir bagi merancang kehidupan menjana kekayaan, mencipta kegemilangan melalui keupayaan minda yang semakin hebat.
Saudara saudari sekalian,
4. Saya mengucapkan terima kasih kepada perwakilan yang menyentuh beberapa perkara yang bersabit dengan tanggungjawab saya. Yang pertama, saya juga menteri Felda, jaga Felda. Wakil Terengganu minta supaya pembukaan tanah baru yang dibekukan sejak 1990 itu, barangkali boleh dicairkan. Saya ingin nyatakan bahawa saya sudah berbincang dengan Datuk Seri Presiden bahawa kalau ada mana-mana negeri yang ingin menawarkan tanah kepada Felda membantu menyelesaikan masalah kemiskinan, kita sanggup membuka rancangan itu. Mungkin model itu akan dikaji, mungkin tidak model sedia kala tapi model terkini yang boleh menjana pendapatan lebih tinggi.
5. Perwakilan Kedah bertanya tentang jawatan utama di Felda Holdings, boleh saya maklumkan dari 109 gred jawatan Pengurus Besar ke atas, 93 orang atau 85 peratus adalah terdiri daripada orang Melayu, dan bukan Melayu hanya 16 orang saja. Daripada segi jumlah kontrak Felda pula, dari tahun Januari 2005 hingga September 2006 sebanyak RM700.4 juta telah diberikan kepada 1,150 kontraktor Melayu dan hanya 192 orang kontraktor bukan Melayu.
6. Perwakilan Negeri Sembilan membangkitkan kejayaan membangunkan usahawan peneroka yang semakin terserlah. Sehubungan dengan ini dimaklumkan bahawa 38 peratus daripada peneroka telah berjaya menjadi usahawan dalam pelbagai bidang dengan pendapatan tambahan RM1,500 hingga RM10,000 sebulan. Di samping itu Felda telah melaksanakan Skim Insentif Usahawan Felda dengan jana RM100 juta. Dan bagi golongan generasi kedua dan ketiga, 11,000 belia Felda sedang berada dalam pelbagai IPTA dibiayai Felda supaya mereka dapat menjadi belia yang akan dapat kerja dalam ekonomi baru nanti, Insya-Allah. Maknanya Felda akan terus menjadi institusi membina bangsa Melayu yang akan kita perkukuh dan perkasa.
Sidang Perwakilan sekalian,
Isu UiTM
7. Atas sifat saya sebagai Pengerusi Biro Pelajaran pula dan atas sifat sebagai Biro Pelajaran saya dibantu oleh dua Timbalan Pengerusi Biro Pelajaran, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein dan Dato’ Mustapa Mohamed. Saya ingin mengingatkan pada kita bahawa dalam dewan ini, gema suara dewan ini pada tahun sudah telah kita bangkitkan bahawa kita nak supaya Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai institusi pendidikan kebangsaan orang Melayu dan agar dapat ditambah pengambilan pelajarnya daripada 100,000 kepada 200,000. Ini suara keramat daripada dewan perhimpunan UMNO. Kita dan kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Presiden, kita telah meluluskan rancangan pembesaran UiTM kepada 200,000 dengan peruntukan sebanyak RM3 bilion.
8. Saya boleh bagi banyak sebab mengapa kita perlu memberi tumpuan kepada UiTM tetapi saya nak beri empat sebab saja.
Yang pertama UiTM, Universiti ini Tolong Melayu
Yang kedua, Universiti ini Tongkat Melayu
Yang ketiga, Universiti ini Tempat Melayu
Yang keempat, Universiti ini Tonggak Melayu
Insya-Allah, kita akan minta supaya pengurusan UiTM bersama Kementerian Pengajian Tinggi melaksanakan program ini dengan seberapa segera yang boleh. Malah ada juga kerajaan negeri seperti Melaka menawarkan pusat kampusnya, kita telah terima dan mula pengajiannya Disember ini. Insya-Allah, di tempat lain kita akan memulakan dengan seberapa segera yang boleh, dan kalau tak cukup asrama, kita sedang mengkaji bagaimana kita boleh tambah asramanya untuk Shah Alam.
Isu Rekayasa UNITAR
9. Untuk terus memacu minda generasi Melayu ke tahap yang optima demi membela pendidikan anak bangsa, saya juga ingin mengumumkan tentang UNITAR (Universiti Tun Abdul Razak) yang sedang direkayasa dan sedang disusun semula agar lebih mantap dan berdaya saing. Ini adalah bagi meningkatkan modal insan professional dan terlatih dalam bidang pengurusan dan kepimpinan strategik. Program dibuat dalam peringkat ijazah dan pasca ijazah (graduate schools) serta pendidikan lanjutan profesional.
10. Sehubungan dengan itu, sebuah Yayasan yang bukan berteraskan keuntungan telah ditubuhkan pada 18 Oktober 2006 untuk mengambil alih UNITAR dan ITTAR daripada KUB. Yayasan Pendidikan Tun Abdul Razak atau Yayasan PINTAR ini dianggotai oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah yang terdiri daripada saya sendiri, Dato’ Seri Hishamuddin, Dato’ Azim Zabidi, Datuk Seri Ali Rustam, Tan Sri Muhyiddin yassin dan Dato’ Mustapa Mohamed.
11. Yayasan PINTAR ini juga akan mengurus penyediaan dana untuk pelajar Melayu di peringkat pendidikan tertinggi. Sementara itu, Institut Teknologi Tun Abdul Razak (ITTAR) akan diberi nafas baru bagi memenuhi keperluan tenaga sub-profesional. Anggaplah bahawa UNITAR dan ITTAR yang direkayasa ini adalah inisiatif terkini Biro Pendidikan UMNO bagi menjana pembinaan modal insan berminda kelas pertama yang dihasratkan oleh YAB Dato’ Seri Presiden.
Isu Dadah
12. Nampaknya, gejala penagihan dadah turut menjadi perhatian perwakilan kali ini. Memang benar, dadah adalah musuh nombor satu kita. Mengikut anggaran PEMADAM, kini terdapat hampir tiga ratus ribu penagih di seluruh negara. Lebih bahaya lagi, penagihan dadah menjadi punca utama kepada jangkitan HIV/AIDS. Maka dalam membendung gejala dadah ini, kerajaan telah mengambil pelbagai pendekatan bermula dengan mewujudkan Pusat-pusat Serenti, khidmat kaunseling, membawa kepada kaedah pemulihan dalam komuniti, dan yang terbaru diperkenalkan program pengurangan kemudaratan (atau harm reduction programme).
13. Sehubungan dengan ini, Perwakilan Kedah telah mengutarakan satu cadangan yang agak unik. Dia suruh kita tutup semua pusat SERENTI, PEMADAM, Agensi Anti Dadah dan semua yang sewaktu dengannya. Dan…kita campak semua penagih dadah tadi ke sebuah pulau. Haa…macam mana kita nak buat ni tuan-tuan dan puan-puan. Kerana soalan pertama, pulau mana yang boleh muat untuk kita lambakan 300 ribu penagih ini? Pulau Ketam di Selangor…. Habih pulak nelayan? Pulau Dayang Bunting di Langkawi….lari pelancong? Pulau Manukan di Sabah? Atau Pulau Sayak di Merbok, kawasan YB Tajul sendiri?
14. Sesungguhnya, penyelesaiannya tidaklah semudah itu. Masalahnya, penagih dadah ini pun manusia macam kita jugak. Mereka sepatutnya dibantu supaya dapat kembali ke pangkal jalan dan tak boleh dipulau-pulau begitu. Mereka ini pun ada keperluan dan kemahuan macam kita jugak. Cuba kita bayangkan, daripada hampir 300,000 penagih tadi, lebih kurang 294,000 laki-laki dan 6,000 perempuan. Maksudnya, nisbah 1 penagih perempuan kepada 49 penagih lelaki. Haru kita dibuatnya. Lebih-lebih lagi amat malang sekali kerana dianggarkan hampir 70% penagih adalah orang Melayu. Sebab itulah kerajaan mengambil langkah berani dan praktikal, dengan memperkenalkan program pengurangan kemudaratan iaitu melalui terapi gantian dadah dengan ubat methadone melalui hospital, klinik kerajaan dan klinik swasta yang terpilih. Telah ada bukti bahawa kaedah methadone ini berkesan dan Kerajaan bercadang untuk meneruskan program ini secara meluas.
Isu Graduan Menganggur
15. Pada Julai 2006 statistik menunjukkan terdapat lebih 50,000 graduan menganggur. Jawatankuasa Kabinet mengenai Graduan Menganggur yang saya pengerusikan telah menyediakan beberapa cadangan bagi menangani masalah tersebut. Antara lain Kerajaan telah memutuskan untuk mempercepatkan pengisian jawatan-jawatan kosong dalam perkhidmatan awam.
16. Sehingga 14 September 2006 sebanyak 20,281 jawatan sektor awam telah pun diisi bagi mengatasi pengangguran berkenaan. Usaha masih lagi diteruskan untuk menangani masalah graduan menganggur yang kini jumlahnya telah berkurang kepada 25,000 orang. Agensi-agensi kerajaan serta GLC seperti Suruhanjaya Sekuriti, Khazanah, Proton, Pos Malaysia, MAS, UEM, TNB, MayBank, PNB, LHDN, KWSP, Sime Darby, Guthrie telah menyediakan Skim Latihan Graduan kepada lebih 3000 graduan yang menganggur.
17. Kerajaan juga akan melaksanakan Karnival Kerjaya Kebangsaan Disember ini sebagai Pusat Sehenti (bukan Pusat Serenti macam kes dadah tetapi Pusat Sehenti) khusus bagi graduan mencari kerja yang bersesuaian dengan kelulusan mereka. Namun begitu, walaupun kita meneruskan usaha-usaha membasmi masalah graduan menganggur, kita menyambut baik saranan Wakil Kelab UMNO yang telah mencadangkan agar graduan berkaitan hendaklah berusaha agar merebut peluang menjadi usahawan.
Isu Pelancongan
18. Perwakilan Wilayah Persekutuan telah menyebut berkenaan Tahun Melawat Malaysia (TMM). Sebenarnya, angka lebih tepat ialah sempena TMM 2007, Kementerian Pelancongan menganggarkan 20.1 juta pelancong yang akan melawat Malaysia dengan anggaran pendapatan sebanyak RM44.5 bilion dan perbelanjaan per kapita sebanyak RM2,209 manakala bagit ahun 2006 mengikut apa yang disampaikan oleh Menteri Pelancongan kepada saya, anggaran ketibaan pelancong ialah seramai 17.5 juta dan kalau kita campur dua tahun ini, 2006 dan 2007, kita dapat menganggarkan Malaysia akan terima tukaran wang asing sebanyak RM81.9 bilion.
19. Apa yang nak kita tentukan ialah supaya dari segi pengendalian perusahaan pelancongan ini kedudukan penyertaan Bumiputera walaupun ada pada masa ini tetapi boleh ditingkatkan lagi, satu usaha sedang dilakukan melalui Bumiputera Commercial and Industrial Community Cluster Development Initiative Blue Print, Tourism and Travel Cluster, dengan izin Datuk Pengerusi Tetap. Wakil Sabah telah menyarankan supaya dikaji semula bilangan penerbangan yang telah dikurangkan untuk Sabah dan kadar bayaran yang tinggi. Betul juga kalau orang Sabah sebut, kalau nak datang ke Semenanjung ini, ‘either you fly or you swim’ (sama ada berenang atau naik kapal terbang).
20. Memang benar, tak ada pilihan lain, nak pandu tak boleh. Jadi saya nak maklumkan, bahawa Kabinet telah mengarahkan kalaulah pada masa dikaji semula kekerapan perkhidmatan telah dikurangkan sebanyak 134 bilangan penerbangan untuk Sabah dan Sarawak, kini jumlahnya hampir sama dengan sebelum kajian semula dilakukan oleh MAS dan AirAsia, cuma kurang 14 saja. Tentang kadar bayaran yang tinggi, kenaikan sebanyak 25 peratus, maka suatu perbincangan akan dilakukan pada minggu depan untuk cuba mengurangkan kenaikan ini agar perwakilan dari Sabah tidaklah begitu susah nak datang ke persidangan kita pada tahun hadapan.
Peremajaan UMNO
21. Untuk menjadikan UMNO terus relevan dulu kini dan selamanya, usaha peremajaan parti perlu terus dilakukan. Oleh itu, kita mengembangkan sayap kelab UMNO ke seluruh pelusuk dunia. Puteri pula semakin menyerlah sebagai sayap parti untuk mengUMNOkan wanita-wanita muda Melayu. Selain itu, Putera sebagai biro dalam Pemuda juga adalah contoh usaha peremajaan ini. Barulah harta terpenting khazanah UMNO dapat diwariskan kepada generasi muda Melayu sebagaimana yang disebut oleh wakil veteran UMNO Selangor Dato’ Mufti Shuib.
Bangsa Malaysia
22. Perwakilan Johor, ada membangkitkan tentang Bangsa Malaysia. Perlu saya jelaskan di sini bahawa konsep bangsa Malaysia adalah merupakan ‘a state of mind’ sahaja.... bukan melibatkan dasar, jauh sekali untuk meminda perlembagaan. Perkara ini, boleh menimbulkan polemik jika disalah tafsirkan. Apa yang kita maksudkan ialah rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dapat mengamalkan pegangan agama, cara hidup dan budaya masing-masing dengan penuh semangat perpaduan.
Isu Semasa
23. Bagi mengulas banyak pandangan perwakilan mengenai isu Tun Mahathir dan Dato’ Seri Presiden dinukilkan di sini empat rangkap seloka berikut:
Setiap pemimpin ada zamannya,
Mereka berjasa kepada rakyat,
Pelbagai dasar telah dicuba,
Menjadikan negara kita hebat.
Bertahun-tahun negara dibina,
Segala bakti kita kenang,
Tidak lupa pesanan lama,
Pucuk pimpinan mesti dijulang.
Kini tiba zaman Pak Lah,
Tiga tahun menabur jasa,
Negara ini semakin berubah,
Memulia agama, membela bangsa.
Pak Lah kita beri sokongan,
Ahli parti mestilah setia,
Segala barisan kita kukuhkan,
Demi agama, bangsa, negara.
Di atas segalanya, mengambil roh dan semangat perhimpunan yang mulia dan berkeramat ini, kita ingin menegaskan sekali lagi bahawa Agenda Melayu adalah kerja utama UMNO yang tidak boleh tidak, mesti diperjuangkan habis-habisan.
Seperti yang telah saya nyatakan, sesungguhnya tidak ada had masa yang tertentu dalam usaha melunaskan Agenda Melayu. Apa yang penting, selagi ada daya, selagi ada upaya, patah sayap bertongkat paruh, kita akan terus menjayakannya.
Sayugia diingatkan juga, Agenda Melayu bukan untuk dijerit dan diraung secara retorik semata-mata, tetapi hendaklah diterjemahkan dalam bentuk kefahaman yang jitu tentang apakah kehendak dan kemahuan yang wajar orang Melayu dan secara jitu juga melaksanakan penyelesaiannya.
Justeru, kita telah dengan bijaksana mengambil langkah mendahului zaman apabila memilih untuk berkongsi kuasa. Dalam kata lain, kita dengan jelas mengiktiraf sumbangan semua kaum dalam pembangunan negara ini. Makanya, dalam menuntut hak kita orang Melayu, semangat perkongsian kuasa akan terus dikekalkan. Ketahuilah, apa yang kita capai ini terhasil daripada kerjasama dan bijaksananya pimpinan Melayu yang cemerlang selama ini.
Begitulah berhikmahnya siasah di negara kita. Begitulah indahnya pesona politik kita. Dalam pada itu, kita ingin mengingatkan bahawa lambakan hutang Melayu selama 446 tahun negara dijajah tidak mungkin boleh dilangsai dalam tempoh 20 atau 30 tahun sahaja. Oleh yang demikian, dengan segala kudrat dan kekuatan yang ada :
Segeralah kita sahut semboyan bangsa
Marilah kita berkerja sebagai satu pasukan
Ayuhlah kita bersama-sama menjayakan Agenda Mulia Agama Islam, Bangsa Melayu dan Negara Malaysia yang kita sama-sama cintai…..
Negeri maju di bawah bayu,
Penuh usaha ia dibina,
Mari memacu Minda Melayu,
Kata dikota, janji dilaksana.
Wassalamualaikum warahmatulla hiwabarakatuh
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
YB Tan Sri Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Tetap Persidangan
Mukaddimah
Sebelum meneruskan ucapan, saya ingin merakamkan rasa penghargaan dan penuh terharu kepada YAB Presiden Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, di atas keyakinan beliau kepada saya sebagai Timbalannya.
Panca warisan keris sakti,
Sang Saka Bangsa ditiang seri,
Alangkah terharu rasa dihati,
Atas kepercayaan yang Pak Lah beri.
Dewan Merdeka sudah ternama,
Bertemu, bersidang, ucapan dikaji,
Setia sebagai pembantu utama,
Kepada Presiden diikrar janji.
Yang dikasihi YAB Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi
Presiden UMNO,
YAB Datuk Seri Ali Rustam dan YB Tan Sri Muhyiddin
Naib-naib Presiden UMNO,
Yang Berhormat Dato’ Seri Rafidah Aziz
Ketua Pergerakan Wanita,
Yang Berhormat Dato’ Sri Hishammuddin Tun Hussein
Ketua Pergerakan Pemuda,
Yang Berbahagia Datuk Noraini Ahmad
Ketua Pergerakan Puteri,
Ahli-Ahli Majlis Tertinggi,
Sidang Perwakilan dan Pemerhati yang dihormati,
Wakil 58 daripada 62 kelab UMNO Luar Negara di seluruh pelusuk dunia, (ini menandakan kehebatan UMNO yang Glokal sifatnya, hebat di arena local di samping menerjah ke persada global)
KUALA LUMPUR 17 Nov 2006 - Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Agung UMNO 2006 di PWTC semalam. Gambar Digital-Azman Ghani /Pemberita-Team UMNO/AM
Sidang Perwakilan sekalian,
Takrif Memacu Minda Melayu
1. Tahun lalu, saya mengutarakan tentang Melayu Glokal, iaitu orang Melayu wajar berakar di arena nasional serta menerjah kecemerlangannya di persada internasional. Pada tahun ini saya juruskan pula kepada pemacuan minda sebagai asas pembinaan Melayu Glokal itu. Lima elemen Pemacuan Minda adalah melalui pemantapan kepemimpinan transformasi, bekerja sebagai satu pasukan atau jemaah, memperkasakan agenda Melayu, mempertahankan akidah dan memacu generasi muda Melayu.
2. Takrif Memacu Minda Melayu adalah mengasah dan mengasuh minda serta akal orang Melayu agar berfikir dengan kerangka yang betul menurut kaedah yang sistematik lagi berstrategi. Itu takrifan secara ilmiah, kalau nak senang difaham kitala nak ajaq orang Melayu berfikir secara betul jika nak jadi bangsa yang berjaya. Gunalah akal secara maksima untuk setiap kerja yang dibuat dalam kehidupan seharian.
Saya amat tertarik kepada ucapan wakil Selangor sahabat lama saya Datuk Mufti.
3. Cara orang lama pukul ini lain sikit, dia menyebut tentang bagaimana sebuah negara yang diberi contoh negara Switzerland tidak ada kekayaan hasil bumi, tidak ada pokok koko tapi boleh mengeluarkan coklat yang terbaik di dunia. Malah bagi negara Switzerland bukan saja coklat, jam tangan pun yang terbaik di dunia, ubat-ubatan farmaseutikal yang terbaik pun datang dari Switzerland. Negara Switzerland tidak ada hasil bumi, cuma ada keupayaan minda yang kuat saja. Orang yang paling kaya di dunia siapa? Siapa dia? Bill Gates, dan Bill Gates kaya sebab apa kerana mampu menjana kekayaan melalui keupayaan mindanya yang kuat. Microsoft (pandai pun), InfoSys di India, saya nak kongsi cerita bagaimana pengasas syarikat InfoSys ini telah bermula dengan modal cuma AS$250 pada 1991 tetapi hari ini Mr. Murthy yang menjadi tauke pemilik utama kepada syarikat Info memiliki harta sebanyak AS$1.4 bilion dalam masa 15 tahun saja. Sekali lagi terbukti penjanaan kekayaan yang paling besar ialah melalui pengupayaan minda. Soalnya, bagaimana pula kita harus lakukan.
Biasanya manusia inginkan wajah yang cantik. Ramai yang suka bersolek, tak salah kita setuju wanita bersolek, kita pun menghargai wanita yang cantik tapi empunyanya satu saja. Manusia ingin pada tubuh yang sasa, jadi berusaha untuk mengempiskan perut, manusia nak pada badan yang sihat, berusaha untuk menguatkan otot.
Tapi saudara-saudari, organ yang paling terpenting dalam tubuh badan ialah otak. Otak organ yang paling penting tapi bagaimana kita memperkayakan otak kita, yang sepatutnya dengan pemakanan berkhasiat. Terima kasih Kementerian Pelajaran tambah lagi peruntukan pemakanan. Otak yang sihat perlu dilatih dengan pemikiran lateral, pro aktif, positif dan mulia. Kita perlu belajar untuk berfikir bagi merancang kehidupan menjana kekayaan, mencipta kegemilangan melalui keupayaan minda yang semakin hebat.
Saudara saudari sekalian,
4. Saya mengucapkan terima kasih kepada perwakilan yang menyentuh beberapa perkara yang bersabit dengan tanggungjawab saya. Yang pertama, saya juga menteri Felda, jaga Felda. Wakil Terengganu minta supaya pembukaan tanah baru yang dibekukan sejak 1990 itu, barangkali boleh dicairkan. Saya ingin nyatakan bahawa saya sudah berbincang dengan Datuk Seri Presiden bahawa kalau ada mana-mana negeri yang ingin menawarkan tanah kepada Felda membantu menyelesaikan masalah kemiskinan, kita sanggup membuka rancangan itu. Mungkin model itu akan dikaji, mungkin tidak model sedia kala tapi model terkini yang boleh menjana pendapatan lebih tinggi.
5. Perwakilan Kedah bertanya tentang jawatan utama di Felda Holdings, boleh saya maklumkan dari 109 gred jawatan Pengurus Besar ke atas, 93 orang atau 85 peratus adalah terdiri daripada orang Melayu, dan bukan Melayu hanya 16 orang saja. Daripada segi jumlah kontrak Felda pula, dari tahun Januari 2005 hingga September 2006 sebanyak RM700.4 juta telah diberikan kepada 1,150 kontraktor Melayu dan hanya 192 orang kontraktor bukan Melayu.
6. Perwakilan Negeri Sembilan membangkitkan kejayaan membangunkan usahawan peneroka yang semakin terserlah. Sehubungan dengan ini dimaklumkan bahawa 38 peratus daripada peneroka telah berjaya menjadi usahawan dalam pelbagai bidang dengan pendapatan tambahan RM1,500 hingga RM10,000 sebulan. Di samping itu Felda telah melaksanakan Skim Insentif Usahawan Felda dengan jana RM100 juta. Dan bagi golongan generasi kedua dan ketiga, 11,000 belia Felda sedang berada dalam pelbagai IPTA dibiayai Felda supaya mereka dapat menjadi belia yang akan dapat kerja dalam ekonomi baru nanti, Insya-Allah. Maknanya Felda akan terus menjadi institusi membina bangsa Melayu yang akan kita perkukuh dan perkasa.
Sidang Perwakilan sekalian,
Isu UiTM
7. Atas sifat saya sebagai Pengerusi Biro Pelajaran pula dan atas sifat sebagai Biro Pelajaran saya dibantu oleh dua Timbalan Pengerusi Biro Pelajaran, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein dan Dato’ Mustapa Mohamed. Saya ingin mengingatkan pada kita bahawa dalam dewan ini, gema suara dewan ini pada tahun sudah telah kita bangkitkan bahawa kita nak supaya Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai institusi pendidikan kebangsaan orang Melayu dan agar dapat ditambah pengambilan pelajarnya daripada 100,000 kepada 200,000. Ini suara keramat daripada dewan perhimpunan UMNO. Kita dan kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Presiden, kita telah meluluskan rancangan pembesaran UiTM kepada 200,000 dengan peruntukan sebanyak RM3 bilion.
8. Saya boleh bagi banyak sebab mengapa kita perlu memberi tumpuan kepada UiTM tetapi saya nak beri empat sebab saja.
Yang pertama UiTM, Universiti ini Tolong Melayu
Yang kedua, Universiti ini Tongkat Melayu
Yang ketiga, Universiti ini Tempat Melayu
Yang keempat, Universiti ini Tonggak Melayu
Insya-Allah, kita akan minta supaya pengurusan UiTM bersama Kementerian Pengajian Tinggi melaksanakan program ini dengan seberapa segera yang boleh. Malah ada juga kerajaan negeri seperti Melaka menawarkan pusat kampusnya, kita telah terima dan mula pengajiannya Disember ini. Insya-Allah, di tempat lain kita akan memulakan dengan seberapa segera yang boleh, dan kalau tak cukup asrama, kita sedang mengkaji bagaimana kita boleh tambah asramanya untuk Shah Alam.
Isu Rekayasa UNITAR
9. Untuk terus memacu minda generasi Melayu ke tahap yang optima demi membela pendidikan anak bangsa, saya juga ingin mengumumkan tentang UNITAR (Universiti Tun Abdul Razak) yang sedang direkayasa dan sedang disusun semula agar lebih mantap dan berdaya saing. Ini adalah bagi meningkatkan modal insan professional dan terlatih dalam bidang pengurusan dan kepimpinan strategik. Program dibuat dalam peringkat ijazah dan pasca ijazah (graduate schools) serta pendidikan lanjutan profesional.
10. Sehubungan dengan itu, sebuah Yayasan yang bukan berteraskan keuntungan telah ditubuhkan pada 18 Oktober 2006 untuk mengambil alih UNITAR dan ITTAR daripada KUB. Yayasan Pendidikan Tun Abdul Razak atau Yayasan PINTAR ini dianggotai oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah yang terdiri daripada saya sendiri, Dato’ Seri Hishamuddin, Dato’ Azim Zabidi, Datuk Seri Ali Rustam, Tan Sri Muhyiddin yassin dan Dato’ Mustapa Mohamed.
11. Yayasan PINTAR ini juga akan mengurus penyediaan dana untuk pelajar Melayu di peringkat pendidikan tertinggi. Sementara itu, Institut Teknologi Tun Abdul Razak (ITTAR) akan diberi nafas baru bagi memenuhi keperluan tenaga sub-profesional. Anggaplah bahawa UNITAR dan ITTAR yang direkayasa ini adalah inisiatif terkini Biro Pendidikan UMNO bagi menjana pembinaan modal insan berminda kelas pertama yang dihasratkan oleh YAB Dato’ Seri Presiden.
Isu Dadah
12. Nampaknya, gejala penagihan dadah turut menjadi perhatian perwakilan kali ini. Memang benar, dadah adalah musuh nombor satu kita. Mengikut anggaran PEMADAM, kini terdapat hampir tiga ratus ribu penagih di seluruh negara. Lebih bahaya lagi, penagihan dadah menjadi punca utama kepada jangkitan HIV/AIDS. Maka dalam membendung gejala dadah ini, kerajaan telah mengambil pelbagai pendekatan bermula dengan mewujudkan Pusat-pusat Serenti, khidmat kaunseling, membawa kepada kaedah pemulihan dalam komuniti, dan yang terbaru diperkenalkan program pengurangan kemudaratan (atau harm reduction programme).
13. Sehubungan dengan ini, Perwakilan Kedah telah mengutarakan satu cadangan yang agak unik. Dia suruh kita tutup semua pusat SERENTI, PEMADAM, Agensi Anti Dadah dan semua yang sewaktu dengannya. Dan…kita campak semua penagih dadah tadi ke sebuah pulau. Haa…macam mana kita nak buat ni tuan-tuan dan puan-puan. Kerana soalan pertama, pulau mana yang boleh muat untuk kita lambakan 300 ribu penagih ini? Pulau Ketam di Selangor…. Habih pulak nelayan? Pulau Dayang Bunting di Langkawi….lari pelancong? Pulau Manukan di Sabah? Atau Pulau Sayak di Merbok, kawasan YB Tajul sendiri?
14. Sesungguhnya, penyelesaiannya tidaklah semudah itu. Masalahnya, penagih dadah ini pun manusia macam kita jugak. Mereka sepatutnya dibantu supaya dapat kembali ke pangkal jalan dan tak boleh dipulau-pulau begitu. Mereka ini pun ada keperluan dan kemahuan macam kita jugak. Cuba kita bayangkan, daripada hampir 300,000 penagih tadi, lebih kurang 294,000 laki-laki dan 6,000 perempuan. Maksudnya, nisbah 1 penagih perempuan kepada 49 penagih lelaki. Haru kita dibuatnya. Lebih-lebih lagi amat malang sekali kerana dianggarkan hampir 70% penagih adalah orang Melayu. Sebab itulah kerajaan mengambil langkah berani dan praktikal, dengan memperkenalkan program pengurangan kemudaratan iaitu melalui terapi gantian dadah dengan ubat methadone melalui hospital, klinik kerajaan dan klinik swasta yang terpilih. Telah ada bukti bahawa kaedah methadone ini berkesan dan Kerajaan bercadang untuk meneruskan program ini secara meluas.
Isu Graduan Menganggur
15. Pada Julai 2006 statistik menunjukkan terdapat lebih 50,000 graduan menganggur. Jawatankuasa Kabinet mengenai Graduan Menganggur yang saya pengerusikan telah menyediakan beberapa cadangan bagi menangani masalah tersebut. Antara lain Kerajaan telah memutuskan untuk mempercepatkan pengisian jawatan-jawatan kosong dalam perkhidmatan awam.
16. Sehingga 14 September 2006 sebanyak 20,281 jawatan sektor awam telah pun diisi bagi mengatasi pengangguran berkenaan. Usaha masih lagi diteruskan untuk menangani masalah graduan menganggur yang kini jumlahnya telah berkurang kepada 25,000 orang. Agensi-agensi kerajaan serta GLC seperti Suruhanjaya Sekuriti, Khazanah, Proton, Pos Malaysia, MAS, UEM, TNB, MayBank, PNB, LHDN, KWSP, Sime Darby, Guthrie telah menyediakan Skim Latihan Graduan kepada lebih 3000 graduan yang menganggur.
17. Kerajaan juga akan melaksanakan Karnival Kerjaya Kebangsaan Disember ini sebagai Pusat Sehenti (bukan Pusat Serenti macam kes dadah tetapi Pusat Sehenti) khusus bagi graduan mencari kerja yang bersesuaian dengan kelulusan mereka. Namun begitu, walaupun kita meneruskan usaha-usaha membasmi masalah graduan menganggur, kita menyambut baik saranan Wakil Kelab UMNO yang telah mencadangkan agar graduan berkaitan hendaklah berusaha agar merebut peluang menjadi usahawan.
Isu Pelancongan
18. Perwakilan Wilayah Persekutuan telah menyebut berkenaan Tahun Melawat Malaysia (TMM). Sebenarnya, angka lebih tepat ialah sempena TMM 2007, Kementerian Pelancongan menganggarkan 20.1 juta pelancong yang akan melawat Malaysia dengan anggaran pendapatan sebanyak RM44.5 bilion dan perbelanjaan per kapita sebanyak RM2,209 manakala bagit ahun 2006 mengikut apa yang disampaikan oleh Menteri Pelancongan kepada saya, anggaran ketibaan pelancong ialah seramai 17.5 juta dan kalau kita campur dua tahun ini, 2006 dan 2007, kita dapat menganggarkan Malaysia akan terima tukaran wang asing sebanyak RM81.9 bilion.
19. Apa yang nak kita tentukan ialah supaya dari segi pengendalian perusahaan pelancongan ini kedudukan penyertaan Bumiputera walaupun ada pada masa ini tetapi boleh ditingkatkan lagi, satu usaha sedang dilakukan melalui Bumiputera Commercial and Industrial Community Cluster Development Initiative Blue Print, Tourism and Travel Cluster, dengan izin Datuk Pengerusi Tetap. Wakil Sabah telah menyarankan supaya dikaji semula bilangan penerbangan yang telah dikurangkan untuk Sabah dan kadar bayaran yang tinggi. Betul juga kalau orang Sabah sebut, kalau nak datang ke Semenanjung ini, ‘either you fly or you swim’ (sama ada berenang atau naik kapal terbang).
20. Memang benar, tak ada pilihan lain, nak pandu tak boleh. Jadi saya nak maklumkan, bahawa Kabinet telah mengarahkan kalaulah pada masa dikaji semula kekerapan perkhidmatan telah dikurangkan sebanyak 134 bilangan penerbangan untuk Sabah dan Sarawak, kini jumlahnya hampir sama dengan sebelum kajian semula dilakukan oleh MAS dan AirAsia, cuma kurang 14 saja. Tentang kadar bayaran yang tinggi, kenaikan sebanyak 25 peratus, maka suatu perbincangan akan dilakukan pada minggu depan untuk cuba mengurangkan kenaikan ini agar perwakilan dari Sabah tidaklah begitu susah nak datang ke persidangan kita pada tahun hadapan.
Peremajaan UMNO
21. Untuk menjadikan UMNO terus relevan dulu kini dan selamanya, usaha peremajaan parti perlu terus dilakukan. Oleh itu, kita mengembangkan sayap kelab UMNO ke seluruh pelusuk dunia. Puteri pula semakin menyerlah sebagai sayap parti untuk mengUMNOkan wanita-wanita muda Melayu. Selain itu, Putera sebagai biro dalam Pemuda juga adalah contoh usaha peremajaan ini. Barulah harta terpenting khazanah UMNO dapat diwariskan kepada generasi muda Melayu sebagaimana yang disebut oleh wakil veteran UMNO Selangor Dato’ Mufti Shuib.
Bangsa Malaysia
22. Perwakilan Johor, ada membangkitkan tentang Bangsa Malaysia. Perlu saya jelaskan di sini bahawa konsep bangsa Malaysia adalah merupakan ‘a state of mind’ sahaja.... bukan melibatkan dasar, jauh sekali untuk meminda perlembagaan. Perkara ini, boleh menimbulkan polemik jika disalah tafsirkan. Apa yang kita maksudkan ialah rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dapat mengamalkan pegangan agama, cara hidup dan budaya masing-masing dengan penuh semangat perpaduan.
Isu Semasa
23. Bagi mengulas banyak pandangan perwakilan mengenai isu Tun Mahathir dan Dato’ Seri Presiden dinukilkan di sini empat rangkap seloka berikut:
Setiap pemimpin ada zamannya,
Mereka berjasa kepada rakyat,
Pelbagai dasar telah dicuba,
Menjadikan negara kita hebat.
Bertahun-tahun negara dibina,
Segala bakti kita kenang,
Tidak lupa pesanan lama,
Pucuk pimpinan mesti dijulang.
Kini tiba zaman Pak Lah,
Tiga tahun menabur jasa,
Negara ini semakin berubah,
Memulia agama, membela bangsa.
Pak Lah kita beri sokongan,
Ahli parti mestilah setia,
Segala barisan kita kukuhkan,
Demi agama, bangsa, negara.
Di atas segalanya, mengambil roh dan semangat perhimpunan yang mulia dan berkeramat ini, kita ingin menegaskan sekali lagi bahawa Agenda Melayu adalah kerja utama UMNO yang tidak boleh tidak, mesti diperjuangkan habis-habisan.
Seperti yang telah saya nyatakan, sesungguhnya tidak ada had masa yang tertentu dalam usaha melunaskan Agenda Melayu. Apa yang penting, selagi ada daya, selagi ada upaya, patah sayap bertongkat paruh, kita akan terus menjayakannya.
Sayugia diingatkan juga, Agenda Melayu bukan untuk dijerit dan diraung secara retorik semata-mata, tetapi hendaklah diterjemahkan dalam bentuk kefahaman yang jitu tentang apakah kehendak dan kemahuan yang wajar orang Melayu dan secara jitu juga melaksanakan penyelesaiannya.
Justeru, kita telah dengan bijaksana mengambil langkah mendahului zaman apabila memilih untuk berkongsi kuasa. Dalam kata lain, kita dengan jelas mengiktiraf sumbangan semua kaum dalam pembangunan negara ini. Makanya, dalam menuntut hak kita orang Melayu, semangat perkongsian kuasa akan terus dikekalkan. Ketahuilah, apa yang kita capai ini terhasil daripada kerjasama dan bijaksananya pimpinan Melayu yang cemerlang selama ini.
Begitulah berhikmahnya siasah di negara kita. Begitulah indahnya pesona politik kita. Dalam pada itu, kita ingin mengingatkan bahawa lambakan hutang Melayu selama 446 tahun negara dijajah tidak mungkin boleh dilangsai dalam tempoh 20 atau 30 tahun sahaja. Oleh yang demikian, dengan segala kudrat dan kekuatan yang ada :
Segeralah kita sahut semboyan bangsa
Marilah kita berkerja sebagai satu pasukan
Ayuhlah kita bersama-sama menjayakan Agenda Mulia Agama Islam, Bangsa Melayu dan Negara Malaysia yang kita sama-sama cintai…..
Negeri maju di bawah bayu,
Penuh usaha ia dibina,
Mari memacu Minda Melayu,
Kata dikota, janji dilaksana.
Wassalamualaikum warahmatulla hiwabarakatuh
KUALA LUMPUR 17 Nov 2006 - Datuk Seri
Najib Abdullah Ahmad Badawi menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Agung
UMNO 2006 di PWTC semalam. Gambar Digital-Azman Ghani /Pemberita-Team
UMNO/AM
Adil kepada semua rakyatBERIKUT adalah sedutan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada sesi penggulungan perbahasan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO di PWTC 17 November, 2006.KITA semua tahu sejarah UMNO ditubuhkan. Kita juga tahu sejarah Perikatan ditubuhkan. Parti UMNO berjaya memimpin bangsa, mencapai kemerdekaan bagi negara dan bangsa. Parti UMNO telah membuka jalan bagi membolehkan wujudnya muafakat antara UMNO, MCA dan MIC dengan nama Perikatan. Kita juga kemudiannya melalui Perikatan mencadangkan BN supaya lebih banyak parti komponen diwujudkan. Peranan kita amat besar dan satu perkara yang kita perlu ingat terutama bagi generasi muda iaitu kepimpinan kita dalam muafakat ini. Kepimpinan UMNO dalam Perikatan, kepimpinan UMNO dalam BN adalah berupa satu penghormatan yang diberikan kepada UMNO. KUALA LUMPUR 17 Nov 2006 - Datuk Seri Najib Abdullah Ahmad Badawi menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Agung UMNO 2006 di PWTC semalam. Gambar Digital-Azman Ghani /Pemberita-Team UMNO/AM Satu penghormatan amat besar yang diberi dengan rela oleh parti-parti lain kepada kita atas kepercayaan bahawa kita adalah parti yang terbukti sederhana, parti yang terbukti ada tanggungjawab dan kepimpinan. Parti UMNO yang juga menjadi pemimpin bagi Perikatan dulu dan BN sekarang ini, diterima, diakui sebagai pemimpin yang beramanah, bertimbang rasa dan adil serta saksama. Ini kekuatan kita, kekuatan inilah yang perlu kita jaga. Kekuatan ini ialah rahmat. Kita patut bersyukur dengan rahmat yang ada ini dan perlu kita pelihara. Adalah menjadi perkara yang amat penting bagi kita untuk memahami bahawasanya amanah, tanggungjawab dan adil itu adalah sesuatu yang dikehendaki oleh agama, dituntut oleh agama supaya kita mengamalkannya dalam apa juga kerja terutama sekali dalam perjuangan kita. Ini kita perlu ingat dan saya percaya inilah fakta yang akan sentiasa diperhati, sejauh manakah kita ini adil dan saksama dan sejauh manakah kita terus bertanggungjawab bukan sahaja kepada diri dan bangsa kita sahaja tetapi kepada bangsa lain juga yang telah menerima kepimpinan ini. Allah s.w.t. berfirman dalam kitab suci al-Quran bermaksud: ‘‘Allah memerintah kita memelihara amanah dan melaksanakan amanah itu kepada siapa yang memberi amanah kepada kita dan apabila kita menghakimkan antara manusia, kita hendaklah bersikap adil dan saksama.” Kenapa Allah s.w.t. dalam ayat itu tidak memerintahkan kita adil hanya kepada yang beragama Islam, adil hanya kepada yang sebangsa dengan kita? Mengapa adil kepada manusia? Tidak kiralah sebangsa atau seagama. Tentu ada hikmahnya kepada orang Islam di mana-mana pun mungkin akan ada kedudukan yang menjadikan dia pemimpin kepada kumpulan-kumpulan bahkan kepada bangsa dan rakyat yang berbilang kaum dan berbilang agama. Yang pentingnya ialah keadilan. Keadilan kepada sesuatu yang dikehendaki oleh sesiapa juga. Manusia mahu supaya pemimpin adil. Keadilan itulah yang kita mesti pastikan dapat kita beri. Selama ini, kita adil. Kalau kita tidak adil kita akan dicampak lama dulu lagi. Tidak ada sesuatu yang menghalang mereka untuk mengetepikan kita ataupun tidak mahu lagi menerima kita. Betul kita sebuah parti yang mewakili bangsa Melayu. Tentu ada hak untuk mendengar, membincang, berhujah, berdebat, berbicara tentang hal-hal yang berkaitan dengan bangsa kita. Keluhan bangsa kita, keprihatinan mereka tentang sesuatu kebimbangan, keinginan, aspirasi mereka sudah semestinya kita beri perhatian dan bincang bersama. Untuk membuat keputusan-keputusan yang dapat memberi keyakinan kepada bangsa kita bahawasanya walaupun kita berperanan sebagai pemimpin bagi semua tetapi kita tidak lupa apa yang dikehendaki oleh orang Melayu. Inilah rekod UMNO dari dulu lagi sejak ada dalam kerajaan. Memelihara kepentingan, membantu kepentingan bangsa tetapi tidak lupa juga kaum lain ada hak. Mengikut Perlembagaan mereka ada hak dan sebagai pemimpin kita tidak boleh lupa apa itu hak mereka. Sebagai pemimpin kita perlu mempertahan hak mereka kerana kita perlu mendukung Perlembagaan. Perlembagaan adalah kontrak pertama yang telah diwujudkan hasil muafakat pemimpin-pemimpin masa dulu iaitu bapa-bapa kemerdekaan. Ia bukan satu usaha yang mudah tetapi mereka telah berjaya mendapat satu formula yang hari ini diwariskan kepada kita untuk memelihara, menjaganya dan mengamalkannya. KUALA LUMPUR 17 Nov 2006 - Datuk Seri Najib Abdullah Ahmad Badawi menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Agung UMNO 2006 di PWTC semalam. Gambar Digital-Azman Ghani /Pemberita-Team UMNO/AM Dan parti komponen BN yang mewakili kaum Cina dan India juga begitu. Saya, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kawan-kawan lain dalam Majlis Tertinggi BN memahami perkara ini. Mereka juga menghadapi tuntutan-tuntutan yang sama daripada golongan yang mereka wakili. Golongan itu juga meminta hak-hak mereka diiktiraf serta dipelihara kepentingannya. Semua parti yang bersidang menghadapi masalah yang dibawa oleh kaum masing-masing dan akhirnya apa yang dibawa mungkin dirunding bersama dan diputuskan bersama sehingga menghasilkan keputusan-keputusan yang baik untuk semua. Tidak semua mendapat 100 peratus daripada apa yang dituntut dari dulu sampai sekarang. Tidak ada sesiapa pun yang hanya dapat kosong. Satu pun tidak ada padanya. Semuanya diputuskan dengan cara perimbangan untuk memastikan kestabilan di samping meneruskan apa juga tindakan yang perlu diambil bagi menjayakan perjuangan kita serta pembangunan bangsa dan negara. KUALA LUMPUR 17 Nov - Abdullah Ahmad Badawi menyampaikan ucapan penutup pada Perhimpunan Agung UMNO 2006 di PWTC, semalam. Saya sentiasa berkata bahawa kita mengamalkan toleransi. Kita mengamalkan muafakat dan membuat persetujuan tentang sesuatu berasaskan pada apa yang terbaik untuk negara Malaysia, untuk rakyat Malaysia dan untuk semua kaum. Keputusan yang dibuat sama ada dalam Dewan Tertinggi BN atau- pun dalam Kabinet adalah keputusan secara ijmak. Dan bukanlah senang untuk membuat keputusan tersebut. Cuma mereka yang berpengalaman dan ada pendedahan kepada perbincangan-perbincangan yang diadakan dapat memahami betapa berat serta pentingnya tanggungjawab yang dipikul demi kepentingan bersama. Maka dengan itu, kepada sesiapa juga yang mempersoalkan apa yang telah diputuskan yang antaranya merupakan kepentingan-kepentingan bumiputera dan hak-hak bumiputera, hak istimewa dan sebagainya terutama yang termaktub dalam Perlembagaan mesti mengakui ini adalah keputusan semua orang, bukan hanya orang Melayu yang buat keputusan itu. Inilah keputusan yang dibuat bersama pemimpin-pemimpin bukan Melayu dulu dan sehingga sekarang keputusan itu masih terpelihara. KUALA LUMPUR 17 Nov - Abdullah Ahmad Badawi menyampaikan ucapan penutup pada Perhimpunan Agung UMNO 2006 di PWTC, semalam. Saya ditanya akhbar mengenai Dasar Ekonomi Baru (DEB). Saya kata DEB tidak ada lagi. DEB sudah tamat pelaksanaannya pada tahun 1991. Tetapi dua pendekatan diambil yang diharap akan dapat membawa kepada satu perubahan yang adil dan saksama bagi semua pihak iaitu pendekatan menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan. Itu adalah strategi penting DEB tetapi itu bukan DEB. Kita kata itu DEB sekadar hendak mengingati diri kita tentang serampang dua mata. Tetapi dua strategi ini adalah penting dan kita tidak perlu menimbulkan polemik mengenai perkara ini yang sepatutnya sudah selesai pada tahun 1991. Bukan senang hendak membasmi kemiskinan dalam masa 20 tahun. Bukan senang hendak menyusun semula masyarakat dalam masa 20 tahun untuk mencapai matlamat yang ditentukan, sekadar 30 peratus sahaja. Yang kita kena faham mengapa pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat, mengapa? Kerana di sebalik idea itu sudah ada satu harapan bagi mereka yang berbincang dalam Majlis Perundingan Negara selepas berlakunya peristiwa 13 Mei. Antara mesej yang dapat disedut semasa saya berada dalam Mageran (Majlis Gerakan Negara) ialah untuk pembangunan Malaysia pada tahun akan datang, pengagihan peluang kekayaan mesti dibuat dengan adil dan saksama. Yang kedudukannya kurang perlu dibantu, kemiskinan perlu dihapuskan kerana kemiskinan itu tidak baik. Idea yang baik berasaskan kepada betapa perlunya untuk tahun-tahun selepas tahun 1970-71 negara mesti menjadi sebuah negara yang maju dan berjaya. Tidak ada mana-mana pihak yang terpencil kekayaan dan peluang mesti diagihkan secara adil dan saksama. Dan kita mengikut kaedah-kaedah menggunakan perangkaan dan peratus. Dan kalau kita tidak dapat menyelesaikan apa yang dikehendaki, apa yang dihasratkan oleh semua pemimpin-pemimpin negara pada masa itu, tidak hanya terhad kepada Perikatan yang lain-lain juga para profesional, masyarakat sivil, yang mengambil bahagian. Saya tahu kalau ini tidak dapat diselesaikan pada tahun 1991 adakah ia bermakna lupakan saja. Bukan itu keputusan yang perlu diambil. Tak boleh begitu sebab apa yang dihasratkan sebagai satu formula yang akan dapat membantu menjaga kestabilan kehidupan yang harmoni antara kaum. Perpaduan yang boleh diwujudkan bergantung juga kepada kejayaan yang boleh diperoleh daripada melaksanakan kedua-dua strategi itu. Maka sebab itulah dalam Mapen yang pertama, saya juga anggotanya, saya menjadi Pengerusi Jawatankuasa Penyusunan Semula Masyarakat. Kita bahas, kita bahas. Bila saja ada mesyuarat bahas sampai pukul 3.00 pagi, dahsyat perbahasannya. Kalau orang lain dengar memang takut. Apakah mereka ini akan berkelahi dan bertumbuk? KUALA LUMPUR 17 Nov - Para perwakilan tekun mendengar ucapan penutup Abdullah Ahmad Badawi pada Perhimpunan Agung UMNO 2006 di PWTC, semalam. Ya, perbahasan hujah kuat. Tetapi kita sentiasa memelihara fikiran, ketenangan dan akhirnya kita membuat keputusan. Keputusan itu ialah penyusunan semula masyarakat sebagai strategi untuk kebaikan masa depan negara kita ini diteruskan. Strategi penyusunan semula masyarakat dan membasmi kemiskinan diteruskan. Ia disahkan oleh Mapen, bukan kita buat sesuka hati, itu pun hasil muafakat dan perbincangan. Dalam Mapen kedua pun begitu juga. Susah untuk melaksanakan sepenuhnya matlamat penyusunan semua masyarakat dan pembasmian kemiskinan pun terpaksa diteruskan. Alhamdulillah pada hari ini kita sudah turunkan kepada 5.7 peratus. Mesti kita teruskan. Dan kita mahu kemiskinan tegar dihapuskan pada 2010. Itu matlamat, keyakinan, komitmen kita. Tiada lagi kemiskinan tegar, Insya-Allah pada tahun 2010. Selepas itu kita boleh lupa sekejap. Walaupun kemiskinan secara perbandingan mungkin terus wujud. Jadi penyusunan semula masyarakat, pembahagian yang adil dan saksama bukan hanya isu ekuiti semata-mata, sebab itu saya perlu terangkan supaya perkara ini dapat difahami kerana apa yang dipersetujui adalah persetujuan bersama yang melibatkan pemimpin rakyat Malaysia berbilang kaum, bukan hanya orang Melayu. KUALA LUMPUR 17 Nov - Para perwakilan bangun dan bertepuk sejurus Abdullah Ahmad Badawi selesai menyampaikan ucapan penutup pada Perhimpunan Agung UMNO 2006 di PWTC, semalam. azli ahad Walaupun pada hari ini saudara baca Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) (kalau bacalah bukunya itu), kalau saudara akui tentang beberapa perkara yang berkaitan dengan kepentingan bumiputera, kepentingan Melayu, ketahuilah, akuilah wahai saudara dan yang mendengar yang mengikuti apa yang saya cakap sekarang ini bahawasanya itu adalah hasil keputusan jemaah menteri yang dalamnya ada wakil-wakil bukan dari UMNO, hasil yang diluluskan oleh Parlimen yang terdiri bukan hanya daripada orang Melayu sahaja. Ini yang perlu kita fahami, maka dengan itu saya sangat-sangat berharap supaya dalam saat ini kita mesti kekalkan cara muafakat, cara kerjasama, cara membuat keputusan. Sehingga pada waktu ini saya boleh katakan bahawasanya inilah cara terbaik yang kita sudah amalkan sekian lama, yang menjadikan negara kita selamat, menjamin kestabilan politik, yang telah memberikan kita kesempatan untuk memajukan negara kita, membangun untuk bangsa dan sampai ke tahap yang kita capai waktu ini. Kita masih mahu lagi berusaha supaya kejayaan lebih tinggi lagi dapat diperoleh. Itulah yang kita kehendaki. Demografi penduduk dalam negara kita ini memerlukan kita berfikir dan memutuskan bahawasanya sebaik kerajaan yang mempunyai kekuatan dua pertiga mestilah berupa kerajaan berkongsi kuasa seperti BN. Tidak ada kebolehan daripada mana-mana kaum untuk memenangi pilihan raya dengan kekuatan dua pertiga untuk memerintah negeri ini. Jalan pilihan yang pertama dan terakhir adalah muafakat antara kaum dan sebaik-baik muafakat antara kaum yang terbukti kejayaannya adalah muafakat dalam BN. Inilah mesej yang ingin saya sampaikan. Kuala Lumpur 17November 2006. - Timabalan Pengerusi Tetap, Badruddin Amiruddin menangguhkan persidangan pada Perhimpunan Agung UMNO 2006 di PWTC, Kuala Lumpur semalam. Gambar Digital: Abd Rahman Saleh/ Pemberita: Team UMNO/ Meja Am Kuala Lumpur - 17 nov 2006 - Abdullah Ahmad Badawi bersalaman dengan Najib Tun Razak selepas selesai Perhimpunan Agung UMNO 2006 di PWTC, Kuala Lumpur semalam. Gambar digital : Raja Jaafar Ali / pemberita : team utusan Kuala Lumpur - 17 nov 2006 - Abdullah Ahmad Badawi bersalaman dengan Najib Tun Razak selepas selesai Perhimpunan Agung UMNO 2006 di PWTC, Kuala Lumpur semalam. Gambar digital : Raja Jaafar Ali / pemberita : team utusan KUALA LUMPUR 17 NOV 2006 - Abdullah Ahmad Badawi bersama barisan kepimpinan UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2006 di PWTC, Kuala Lumpur semalam. Gambar Digital: Abd Rahman Saleh/ Pemberita: Team UMNO/ Meja Am Kuala Lumpur 17 November 2006. Abdullah Ahmad Badawi memotong pulut kuning selepas Perhimpunan Agung UMNO ke 56 di PWTC semalam. Gambar Digital : Izham Jaafar Kuala Lumpur - 17 nov 2006 - Abdullah Ahmad Badawi bersama Najib Tun Razak makan pulut kuning bersama pemimpin UMNO selepas selesai Perhimpunan Agung UMNO 2006 di PWTC, Kuala Lumpur semalam. Gambar digital : Raja Jaafar Ali / pemberita : team utusan |
Kuala Lumpur 17 November 2006. Abdullah Ahmad Badawi mengangkat tangan selepas memotong pulut kuning pada penutup Perhimpunan Agung UMNO 2006 di PWTC semalam. Gambar Digital : Izham Jaafar
END