Persidangan Perhimpunan Agung Umno Ke-67 akan berlangsung selama lima hari mulai 3 Disember 2013 , di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur. Seramai 5,726 anggota perwakilan Umno dari seluruh negara dijadual menghadiri perhimpunan itu yang bermula 3 hingga 7 Disember ini. - Foto Bernama
Di PWTC Kuala Lumpur hadir untuk mengikuti perkembangan Perhimpunan Agung UMNO Tahun 2013 bersama keluarga. Sebagai Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian yang baru dipilih perlu untuk melihat kaeadaan dan perkembangan Politik Tanah Air semasa dengan menghadiri dan mendengan ucapan dan perbahasan serta usul dari seluruh Negara serta pesanan dari Pemimpin Tertinggi Parti UMNO.
3 Disember 2013 , KUALA LUMPUR - Perhimpunan Agung Umno 2013 bermula hari ini dengan
majlis perasmian serentak tiga sayap Umno iaitu pergerakan Wanita,
Pemuda dan Puteri. Perasmian akan disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin
Yassin, yang juga Timbalan Presiden Umno di Dewan Merdeka, Pusat
Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, pukul 8 malam ini.
Petang ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Presiden Umno akan menyampaikan amanatnya pada majlis taklimat tertutup di Dewan Merdeka, PWTC yang turut dihadiri anggota Majlis Tertinggi Umno, Exco Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri serta ketua-ketua bahagian. Perhimpunan agung lima hari itu melibatkan 5,726 perwakilan. Sementara itu, Forum Antarabangsa Umno 2013 masuk hari kedua dan terakhir hari ini bermula dengan sesi ketiga pada pukul 9 pagi dengan tajuk 'When Power Is Might Is There Hope For Global Moderation'.
Sesi itu bakal menampilkan Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Ambri Baharuddin sebagai moderator dan menampilkan lima anggota panel iaitu Naib Pengerusi Suruhanjaya Hubungan Luar bagi Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam Vuong Thua Phong; Pengerusi Parti Golkar dari Indonesia Aburizal Bakrie; Ketua Biro Politik Hamas dari Palestin Khaled Mesha'al; Timbalan Pengerusi Hal Ehwal Luar, Keadilan dan Pembangunan Parti AK dari Turki Mevlut Cavusoglu; dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
Pengerusi forum itu Datuk Dr Norraesah Mohamad dijadual membuat ucapan penggulungan sebelum Muhyiddin menutup forum itu. Seramai 121 wakil daripada 31 parti politik dari 25 negara menyertai forum itu termasuk pergerakan Fatah dan Hamas dari Palestin; Barisan Pembebasan Islam Moro dari Filipina; dan Parti Komunis China. - Bernama

3 Disember 2013 , PWTC Kuala Lumpur -- Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir pada Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung Umno 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan pada Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung Umno 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Amanat Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada pucuk pimpinan parti sempena Perhimpunan Agung Umno 2013 pada Selasa menumpukan persediaan parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
KUALA LUMPUR, 3 Dis -- Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin melaungkan 'Hidup Umno' ketika menyampaikan ucapan pada majlis perasmian serentak Persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Timbalan Presiden Umno, Tan
Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa menyeru anggota parti supaya tidak
lalai dan leka di sebalik kejayaan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13
(PRU-13) pada Mei lalu kerana ia hanya kemenangan bersyarat buat Umno
dan Barisan Nasional (BN). Beliau berkata, Umno berjaya menambah
bilangan kerusi di Parlimen, tetapi BN mengalami kekurangan sokongan
terutama di kalangan pengundi muda dan pengundi bandar.
Kita
berjaya memenangi semula negeri Kedah dan mengekalkan pentadbiran negeri
Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Perlis dan
Sabah, tetapi kita gagal memenangi Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.
Bilangan kerusi kita di negeri-negeri kubu kuat Umno seperti Johor dan
Melaka juga berkurangan. Umno perlu memahami mesej jelas yang
cuba dihantar oleh para pengundi. Kita perlu bermuhasabah secara jujur
dan ikhlas untuk mengetahui sebab-musabab mengapa sokongan pengundi
bandar dan golongan muda terhadap parti kita tidak seperti yang
diharapkan.
"Apakah selama ini sentuhan Umno tidak begitu dirasai oleh mereka? Mungkinkah terdapat kelemahan-kelemahan yang perlu kita perbaiki? Apakah bentuk penambahbaikan yang perlu kita laksanakan? Setidak-tidaknya, para pengundi menghantar mesej jelas bahawa transformasi Umno sebagai parti yang benar-benar merasai denyut nadi rakyat dan berupaya menggalas harapan rakyat mesti diteruskan,"
katanya pada majlis Perasmian Perhimpunan Agung Sayap Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam Selasa.
Ketua Puteri Umno, Mas Ermiyanti Samsuddin hadir pada majlis perasmian serentak Persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini. Turut sama Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan (kiri) dan Timbalan Pengerusi Tetap Umno Datuk Mohamad Aziz (kanan).
Muhyiddin berkata, tidak
dinafikan PRU-13 merupakan pentas jihad untuk memastikan kelangsungan
perjuangan Umno demi agama, bangsa dan negara.
Tambahnya, walaupun
berhadapan dengan pelbagai tohmahan dan pembohongan yang dilemparkan
oleh pembangkang termasuk konco-konco mereka dari dalam dan luar
negara, Umno dan BN terus berdiri megah sebagai parti yang mendapat
mandat rakyat untuk memerintah.
Kita sedar dalam pilihan raya
yang lalu, Umno bukan sahaja berhadapan dengan serangan parti
pembangkang, malah belasahan gerombolan "kuasa jahat" yang mahu melihat
parti keramat orang Melayu dan umat Islam berkubur di tanah air sendiri.
"Namun, berpantang maut sebelum ajal, dengan rahmat dan inayah Allah S.W.T kita berjaya mempertahankan kelangsungan Umno," katanya.
Bagaimanapun
menurut Muhyiddin, orang Melayu dan Bumiputera telah membuktikan bahawa
sokongan padu mereka menjadi sumber kekuatan Umno dan BN.
"Harapan mereka kepada Umno semakin tinggi dan mereka mahu sokongan kepada Umno tidak disia-siakan. Mereka ingin melihat Umno terus menjadi penyelamat Melayu dan perisai Islam yang sejati. Bagi orang Melayu dan Bumiputera, Umno lah tempat mereka bernaung," katanya
Berkumpul dipintu masuk ke ruang keberangkatan penerbangan Air Asia ke Kuala Lumpur untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO ke - 67 Tahun 2013. Dari kiri Abu Seman Ketua Cawangan UMNO Apas Proper Peringkat 2 , Kasiran Suandi Ketua Cawangan UMNO Sg.Kawa , Rosyatima Ketua Cawangan UMNO Bukit Quoin , Asang binti Hassan Ketua Wanita Cawangan UMNO Kampung Sg.Kawa , Gamrah binti Milladun Ketua Wanita Cawangan UMNO Apas Proper Peringkat 1 , Sh.Aluyah Hb.Idrus Ketua Wanita Cawangan UMNO Apas Proper Peringkat 2 , Kasma Jalil AJK Pergerakan Wanita UMNO Bahagian P.190 Tawau , Yusof Hj.Ahmad AJK Bahagian UMNO P.190 Tawau
Bersama En.Gaong Empaty Ketua Cawangan UMNO Kg.Serudung , berangkat ke Kuala Lumpur bagi menghadiri Perhimpunan Agung UMNO yang ke - 67 Tahun 2013 melalui Penerbangan Air Asia.
Penerbangan Air Asia ke Kuala Lumpur memakan masa 2 jam 45 minit , penerbangan ini dijangkakan tiba di Kuala Lumpur pada jam 6 petang. En.Abu Seman dan Isteri serta rakan rakan lain bersama dipenerbangan ini.
4 Disember 2013 , Dewan Merdeka PWTC KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyampaikan ucapan Dasar Ketua Pemuda Persidangan Pemuda Umno sempena Perhimpunan Agung Umno Ke-67.
Alhamdullilah, segala puji-pujian untuk
Allah S.W.T, Tuhan yang maha pemurah lagi penyayang. Juga selawat dan
salam ke atas junjungan terpuji Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat.
Kita mensyukuri rahmat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah kurniaNya,
dapat kita bertemu pagi ini di Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda Umno
Malaysia ke 61.
Jika di perhimpunan tahun lepas, kita sibuk
melurus barisan, mengatur strategi, untuk menghadapi Pilihan Raya Umum
Ke-13 (PRU-13) – pilihan raya paling getir dalam sejarah Umno, tahun
ini, saya mulakan dengan setulus terima kasih kepada seluruh jentera
Pemuda Umno. Anda semua tak kenal siang malam, tak hirau penat di badan,
ketika mengharungi pilihan raya Mei lepas. Bukan calang-calang
rintangan yang kita tempuh, tanpa Pemuda di barisan hadapan, belum tentu
kita menang, silap haribulan boleh kecundang!
Di perhimpunan
tahun ini juga kita membuka lembaran segar dengan meraikan barisan
kepimpinan yang baru. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada
saudara-saudara sekalian yang telah memenangi jawatan di peringkat
pusat, bahagian dan juga cawangan masing-masing. Saya juga amat
berterima kasih dengan jasa dan khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh
barisan
kepimpinan sebelum ini. Kalau tiada yang lama, manakan dapat mereka yang
baru. Kalau yang lama enggan menunjuk jalan, masakan yang baru tahu
haluan.
Sebelum PRU-13, kita gesa Presiden kita, Datuk Sri Mohd
Najib Tun Razak, untuk memberi peluang kepada wakil pemuda diangkat
jadi calon. Rasionalnya enteng saja, bila bercakap tentang soal suara
anak muda, ia wajib dicorongkan melalui orang muda juga. Alhamdullilah,
pucuk pimpinan mendengar cadangan kita bila 45 daripada sayap Pemuda
Umno jadi calon ahli parlimen dan Adun. Ini suatu pengiktirafan yang
besar kepada institusi Pemuda Umno. Memang lumrah kehidupan, kalah
menang adat pertandingan. Walau begitu, saya bangga dengan pengiktirafan
yang diberi, bila dua dari calon Pemuda diangkat jadi menteri dan
timbalan menteri. Manakala enam lagi duduk di kerusi exco kerajaan
negeri. Kami Pemuda Umno, Insya
Allah, akan melunaskan amanah yang diberi dengan kamil.
Tahun ini kita telah melakar sejarah baru untuk Umno dengan menggunakan sistem pemilihan baru, yang bertunjangkan suara akar umbi dalam menentukan kepimpinan parti. Inilah bukti transformasi yang dimaksudkan oleh presiden untuk parti Umno. Ini adalah suatu pengiktirafan yang ulung dari pucuk pimpinan. Walau bagaimanapun Pemuda menggesa agar post mortem segera dilaksanakan. Bukanlah kita ini ibarat mengetuk pahat bila rumah siap, tapi penambahbaikan perlu untuk memastikan keputusan pemilihan saksama, dihormati dan tiada ruang untuk pertikaian. Justeru, sebarang kelemahan harus tangkas diperbetulkan. Jika tidak, langkah transformasi kita ini umpama pukat terlabuh ikan tak dapat.
Proses pemilihan itu sendiri, misalnya, masih punya ruang untuk diperkemas dan dimantapkan lagi. Jangan ada kertas undi yang sama warna hingga menimbulkan ragu mengelirukan perwakilan. Bila mengumumkan siapa menang siapa kalah, keputusan yang sampai ke ibu pejabat, mesti sama dengan yang apa telah disahkan oleh wakil-wakil calon di bahagian. Jangan si polan A menang di bahagian, si polan B pula diumumkan menang bila keputusan diisytiharkan di ibu pejabat. Menyentuh tentang logistik pula, aspek kerahsiaan hendaklah dijaga, perlu ada galang penghadang semasa proses mengundi dijalankan. Kita mesti menyediakan tenaga kerja yang cukup untuk memantau proses pengundian, barulah ahli tidak ragu, tidak bimbang. Tatacara rayuan pula mestilah sekata dan telus. Proses rayuan itu juga tidak boleh dilihat umpama menghukum atau menyebelahi mana-mana pihak. Kriteria untuk pengundian semula hendaklah diperbutirkan dengan jelas oleh ibu pejabat, jangan sampai mencelarukan.

Dalam keutuhan persaudaraan ini, dalam
kita menyusun langkah dan strategi, dalam kita menyahut peranan dan
tuntutan organisasi, jangan kita sesekali terleka dibuai jawatan. Kita
perlu sentiasa menginsafi bahawa apa yang kita pegang ini adalah satu
amanah – bukan sahaja
kepada rakyat, parti dan negara, tetapi yang paling utamanya amanah dan
accountability kepada Yang Maha Esa. Amanah itu bukan sahaja luas dan
berat tetapi juga perlu di jaga, kerana kita tak boleh menyimpanginya,
walau tersorok di lubuk hati. Accountability kepada Allah S.W.T.
bukan sekadar kepada tindak tanduk kita tetapi juga niat yang tersirat
dalam hati kita,
Ingatlah juga, amanah yang ditanggung demi harapan rakyat dan ahli Umno ini hendaklah kita lunaskan dengan terbaik dan penuh keadilan. Bahawasanya jawatan yang kita pegang ini hanyalah dipinjamkan oleh rakyat dan ahli dengan harapan kita menengakkan keadilan untuk semua, sepertimana pesanan Allah S.W.T. kepada kita di dalam
Pada masa yang sama, selain dari melunaskan amanah sebaik mungkin, akhlak dan budi dilupa jangan, kerana jawatan itu bukannya tiket untuk bermegah dan sombong. Sama-samalah kita sentiasa merendah diri, sama-samalah kita sentiasa ingat pada akar umbi.
Khairy Jamaluddin bersama kepimpinan exco Pemuda mengangkat tangan semasa sesi bergambar sejurus tamat persidangan Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO 2013 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC),Kuala Lumpur, semalam.
Firman Allah S.W.T. di dalam Surah Al-Baqarah ayat ke 284: yang bermaksud:
“Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu menyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu.”
Ingatlah juga, amanah yang ditanggung demi harapan rakyat dan ahli Umno ini hendaklah kita lunaskan dengan terbaik dan penuh keadilan. Bahawasanya jawatan yang kita pegang ini hanyalah dipinjamkan oleh rakyat dan ahli dengan harapan kita menengakkan keadilan untuk semua, sepertimana pesanan Allah S.W.T. kepada kita di dalam
Surah An-Nisa’, ayat 58: Maksudnya:
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil.”
Pada masa yang sama, selain dari melunaskan amanah sebaik mungkin, akhlak dan budi dilupa jangan, kerana jawatan itu bukannya tiket untuk bermegah dan sombong. Sama-samalah kita sentiasa merendah diri, sama-samalah kita sentiasa ingat pada akar umbi.
Allah S.W.T. berfirman di dalam Surah Al-Isra’ ayat ke 37: Yang bermaksud:Atas nama saling mengingati sesama sendiri, saya berpesan untuk mereka yang di atas pentas ini, janganlah kita sombong dan lupakan kawan-kawan, jangan hanya bangga dengan jawatan. Jangan setelah menang tak angkat telefon atau jawab Whatsapp dan BBM. Peringatan yang serupa saya beritahu diri sendiri juga.
“Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.”
Khairy Jamaluddin bersama kepimpinan exco Pemuda mengangkat tangan semasa sesi bergambar sejurus tamat persidangan Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO 2013 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC),Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 4 Dis. - Pergerakan Pemuda UMNO kini membuka lembaran perjuangan baru menerusi pendekatan lebih progresif yang digerakkan atas dasar politik khidmat bakti bagi menepati kemahuan rakyat. Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, tuntutan semasa menyebabkan Pemuda tidak boleh lagi bergantung dengan formula sekadar geng pendesak - membangkit semangat serta emosi tetapi gagal meninggalkan kesan jangka panjang untuk agama, bangsa dan negara. Tanpa menidakkan kejayaan formula tersebut kepada Pemuda pada era sebelum ini, Khairy berkata, namun zaman sudah berubah dengan masyarakat alaf ini mementingkan keberhasilan serta kebertanggungjawaban yang mana mereka tidak lagi lut dengan retorik.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO di Dewan Merdeka di sini hari ini. Sementara itu, Khairy menambah, dalam mencapai matlamat ini, kayu ukur menilai betul atau khilaf sesuatu pendekatan adalah melalui pilihan raya yang mana pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) menjadi bukti pendekatan progresif yang mula diterapkan Pemuda menerusi pelbagai program adalah tepat. Beliau berkata, walaupun bukan mudah berdepan janji-janji manis dalam nirwana ciptaan pembangkang namun kemampuan Pemuda bergerak bersama zaman dengan mencorak pendekatan telah membawa pulangan politik apabila Barisan Nasional (BN) dikekalkan di tampuk pentadbiran.
''Kita dakap pendekatan progresif ini kerana sekadar melaungkan "Hidup Melayu" itu lompong jika nasib anak bangsa masih di takuk lama. Walau ada antara kita yang berasa cukup hanya dengan bersorak "Hidup Melayu," kita jangan ambil pendekatan yang serupa. "Hidup Melayu" itu sudah ketentuan - tapi soalnya kita mahu Melayu hidup bagaimana?
Dalam pada itu, Khairy mengingatkan ahli-ahli Pemuda UMNO bahawa tempoh empat tahun sebelum parti sekali lagi diuji rakyat bukanlah satu jangka masa yang lama dan ujian yang mendatang itu pula bukan satu 'perang' yang mudah. Kita berada dalam persekitaran politik yang amat mencabar. Betul kita menang PRU lepas tetapi kita masih tidak dapat menebus maruah kita sepenuhnya.
''Penjenamaan baru ini tidak bermakna kita menggadaikan prinsip. Agenda memperkasa agama, bangsa dan negara takkan sirna dari jati diri Pemuda seperti mana tugas kita sebagai sayap utama UMNO untuk membantu ke arah kejayaan politik parti," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO di Dewan Merdeka di sini hari ini. Sementara itu, Khairy menambah, dalam mencapai matlamat ini, kayu ukur menilai betul atau khilaf sesuatu pendekatan adalah melalui pilihan raya yang mana pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) menjadi bukti pendekatan progresif yang mula diterapkan Pemuda menerusi pelbagai program adalah tepat. Beliau berkata, walaupun bukan mudah berdepan janji-janji manis dalam nirwana ciptaan pembangkang namun kemampuan Pemuda bergerak bersama zaman dengan mencorak pendekatan telah membawa pulangan politik apabila Barisan Nasional (BN) dikekalkan di tampuk pentadbiran.
''Kita dakap pendekatan progresif ini kerana sekadar melaungkan "Hidup Melayu" itu lompong jika nasib anak bangsa masih di takuk lama. Walau ada antara kita yang berasa cukup hanya dengan bersorak "Hidup Melayu," kita jangan ambil pendekatan yang serupa. "Hidup Melayu" itu sudah ketentuan - tapi soalnya kita mahu Melayu hidup bagaimana?
''Sudah tentu lebih mulia bila Melayu hidup bermartabat dari hidup merempat. Sudah tentu lebih penting hasil dan keberkesanan program kita dari melaungkan slogan semata-mata. Nyata pelaksanaan program melalui lensa sejagat dan pendekatan progresif telah menjadi wahana bakti kita untuk bangsa," jelasnya.
Dalam pada itu, Khairy mengingatkan ahli-ahli Pemuda UMNO bahawa tempoh empat tahun sebelum parti sekali lagi diuji rakyat bukanlah satu jangka masa yang lama dan ujian yang mendatang itu pula bukan satu 'perang' yang mudah. Kita berada dalam persekitaran politik yang amat mencabar. Betul kita menang PRU lepas tetapi kita masih tidak dapat menebus maruah kita sepenuhnya.
''Di bandar kita ketinggalan, undi bukan bumiputera kita ketinggalan, undi popular pula tidak memihak kepada kita. Jangan kita nafikan kelemahan yang nyata.Tetapi UMNO tak pernah gentar dengan cabaran. Kita tak pernah lekang dari diuji dan telah bangkit berkali-kali dalam sejarah. Ingatlah, peranan Pemuda penting untuk memenangi hati dan jiwa pengundi muda di PRU-14," tegasnya.
Penerbangan selamat tiba di Kuala Lumpur pada jam 6.30 petang ,
4 Disember 2013 , Dewan Tun Dr.Ismail Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) KUALA LUMPUR - Ketua Puteri Umno, Mas Ermieyati Samsudin menyampaikan ucapan Dasar Ketua Puteri di Persidangan Puteri Umno sempena Perhimpunan Agung Umno Ke-67.
Mas Ermieyati Samsudin.
Agar UMNO dilihat kuat dan mantap apabila PPUM
bertambah ahlinya. Saya ingin puteri dilihat kuat oleh wanita muda
diluar sana. Apabila ramai yang menyertai ahli Puteri ia akan
menjadikan Puteri trendy di kalangan wanita muda. Maknanya di sini,
akan sampai di satu tahap kalau ditanya kepada wanita muda diluar sana
sudahkan menyertai Puteri, kalau jawapannya belum maka seolah-olah
mereka sudah ketinggalan kapal terbang.
Mas Ermieyati Samsudin.
Oleh sebab itu, Pergerakan Puteri mohon untuk
mencadangkan serta memberi saranan kepada pucuk pimpinan parti agar
wanita muda yang berumur 18-35 tahun yang ingin masuk UMNO, yang ingi
menjadi ahli UMNO, yang ingin bersama dengan UMNO agar terus diserapkan
menjadi ahli pergerkan Puteri UMNO Malaysia atau maksudnya Puteri
diberikan keahlian automatik.
Mas Ermieyati Samsudin.
Suka puteri cadangkan agar pada perhimpuan PPUM
tahun hadapan akan dapat kami libatkan juga pelajar dari kelab umno luar
negara untuk sama-sama kami di dalam perbahasan. Dan kita gunakan
pelajar-pelajar ini untuk mereka dapat ilmu politik , kita gunakan
pelajar-pelajar ini supaya mereka timba pengalaman bersama-sama dengan
orang politik dan pimpinan negara.
Bukan seperti pihak di sebelah yang gunakan pelajar-pelajar untuk kepentingan membuat demonstrasi jalanan. Kalau bukan orang muda menghargai orang muda siapa lagi??
Bukan seperti pihak di sebelah yang gunakan pelajar-pelajar untuk kepentingan membuat demonstrasi jalanan. Kalau bukan orang muda menghargai orang muda siapa lagi??
Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala
Lumpur bakal membuka lembaran baharu kepada Ahli Parlimen Masjid Tanah,
Yang Berhormat Mas Ermieyati Samsudin selepas dipilih sebagai Ketua
Pergerakan Puteri UMNO Malaysia yang baharu pada Oktober lalu.
Mas Ermieyati meluahkan pandangannya kepada wartawan Utusan Malaysia, Amran Mulup , apabila sebelum ini kehadirannya adalah sebagai Ketua Puteri UMNO Melaka namun penampilannya kali ini jauh berbeza.
Utusan:
Dulu YB menghadiri Perhimpunan Agung UMNO atas kedudukan sebagai Ketua Puteri UMNO Melaka tetapi kali ini sebagai Ketua Puteri UMNO Malaysia.
Apa perasaan YB menghadiri perhimpunan kali ini?
Mas Ermieyati:
Memang jauh berbeza jika hendak dibandingkan dulu dan sekarang. Jika sebelum ini perjuangan saya diibaratkan seperti pelayaran, di mana saya sebagai kelasi kapal tetapi kini berubah apabila saya kaptennya. Yang jelas perhimpunan kali ini merupakan tanggungjawab baharu yang saya galas apabila meletakkan segala komitmen dan perasaan yang lebih tinggi dalam menggerakkan sayap parti UMNO. Dulu ahli di bawah tanggungjawab saya lebih kurang 20,000 tetapi kali ini saya mengemudi kira-kira 370,000 orang. Ia adalah jumlah yang besar yang menuntut tanggungjawab besar juga.
Utusan:
Bagaimana perasaan YB di perhimpunan kali ini?
Mas Ermieyati:
Sebenarnya perasaan saya begitu teruja dan seperti tidak percaya akan berdiri di hadapan ribuan ahli UMNO dan khususnya berucap mewakili 370,000 ahli Puteri selepas dipilih sebagai Ketua Pergerakan yang baharu. Saya ingin pastikan saf baharu Puteri lebih bertenaga kerana kami adalah generasi wanita prihatin. Puteri untuk UMNO, Puteri harapan UMNO.
Utusan:
Bagaimana YB melihat perhimpunan kali ini selepas dipilih sebagai Ketua Puteri pada pemilihan Oktober lalu?
Mas Ermieyati:
Perhimpunan kali ini sebenarnya amat berbeza daripada sebelum ini. Kali ini saya hadir selaku ketua yang baharu dipilih sewaktu pemilihan parti Oktober lalu.Kebanyakan barisan kepimpinan Puteri rata-rata adalah muka-muka baharu di peringkat pusat, negeri, bahagian dan cawangan yang menampilkan 70 peratus saf baharu. Perhimpunan kali ini amat penting bagi Puteri untuk menyampaikan suara wanita muda dan harapan terhadap pucuk pimpinan parti serta menzahirkan kematangan sayap parti yang menjangkau usia 12 tahun. Kami bersedia menerima apa juga kritikan dan pandangan dalam menyediakan barisan kepimpinan yang paling ampuh, berani dan berilmu untuk bersama memperkukuhkan UMNO. Peluang ini akan saya gunakan sebaik-baiknya untuk menyampaikan mesej penting kepada ahli di peringkat akar umbi agar mereka bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) iaitu dengan misi untuk menawan hati wanita muda dan menarik sokongan anak muda untuk menyokong Barisan Nasional (BN).
Utusan:
Bagaimana persiapan Puteri UMNO dengan saf kepimpinan baharu?
Mas Ermieyati:
Persiapan kali ini seperti tahun-tahun sebelumnya di mana sekretariat Puteri UMNO menjalankan rutin tahunan ini seperti biasa. Bagi persiapan saya pula, lebih ke arah menyediakan ucapan sulong kerana intipati daripada ucapan saya amat penting untuk semua ahli menilai perjuangan Puteri dan lebih lagi ahli di peringkat akar umbi dapat menerima mesej dengan cukup jelas.
Utusan:
Apakah yang akan dibawa oleh Puteri UMNO pada perhimpunan ini?
Mas Ermieyati:
Antara pengisian yang akan dibuat sempena perhimpunan ini ialah mengadakan kempen derma darah dan melancarkan Tabung Prihatin Taufan Haiyan Filipina.Ini adalah usaha Puteri untuk membantu mangsa taufan di negara itu kerana ini secara tidak langsung dapat mendidik jiwa ahli bagi menunjukkan sikap prihatin mereka membantu mangsa bencana alam. Saya turut melihat potensi Puteri untuk digerakkan dalam apa jua keadaan. Setakat ini kita berjaya mengumpulkan lebih RM70,000 iaitu melebihi daripada sasaran awal RM50,000 dan saya yakin tabung ingin mampu mengutip derma lebih banyak lagi.
Utusan:
Apa yang YB harapkan pada perhimpunan ini?

Penyokong Usul Agama dan Pendidikan: Isfarina Mohd. Bali dari Pergeakan Puteri Ipoh, Barat. Putih putih melati merah merah delima saya wakil Puteri mohon buka bicara
Menyokong usul wakil dibawa dari Pulau Pinang tadi. Syukur kerana dapat bersama berkumpul di sini bagi tahun 2013. Inilah tanggung jawab sebagai ahli parti. Faham tujuan sebenar perhimpunan ini dan inilah platform pejuang parti demi martabatkan agama, bangsa dan negara. Pergerakan Puteri UMNO buat ketetapan: sokong kerajaan wasatiyah negara maju. wasatiyah bermaksud pertengahan atau sederhana. bukan perkara baru atau dibuat buat untuk memungkinkan objektif tercapai.
Ketua Puteri UMNO Negeri Sembilan, Zuliana Mohd. Ridzuan
Merealisasikan demokrasi diperingkat Puteri UMNO dengan membudayakan debat, forum, persidangan meja bulat, himpunan wanita muda dan pengisian bersifat ilmiah. Pemidato politik muda perlu lahir dari kalangan kita melalui Biro Latihan secara serius, supaya legasi UMNO dapat diteruskan. Ini demi menggalakkan, anak-anak muda bercakap mengenai politik secara serius, mengikut fakta bukannya auta. Kita perlu menerima hakikat bahawa senario sekarang media-media sosial banyak yang auta dan itulah yang golongan muda ini suka dan lebih tertarik, umpama cerita novel yang menjauhi realiti tetapi sangat seronok dibaca.

Ketua Puteri UMNO Sabah, Normalah Rasik
Puteri UMNO Sabah ingin merakam di sini ucapan tahniah kepada kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri di atas inisiatif penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah atau ESSCOM bagi meningkatkan kawalan keselamatan di perairan Pantai Timur Sabah.
Sehubungan itu, Puteri UMNO Sabah ingin mengusulkan pada persidangan ini, supaya pusat pentadbiran utama Esscom di Lahad Datu dipindahkan ke Sandakan atas beberapa sebab yang saya rasakan lebih munasabah serta memenuhi tujuan penubuhan badan tersebut di Sabah. Manakala pentadbiran Esscom di Lahad Datu tetap dikekalkan sebagai pengkalan cawangan bagi mengekang masalah pencerobohan dan menangani masalah keselamatan seperti yang berlaku baru baru ini.

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut datang untuk mendengar perbahasan perwakilan Pergerakan Puteri.
Shahrizat Abdul Jalil bersama Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Azizah Mohd. Dun (tiga, kiri) serta para Exco Wanita mengangkat tangan setelah tamat penggulungan pada Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, semalam.- Utusan
4 Disember 2013 , Dewan Tun Hussien Onn Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) KUALA LUMPUR - Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyampaikan ucapan Dasar Ketua Pergerakan Wanita di Persidangan Pergerakan Wanita Umno sempena Perhimpunan Agung Umno Ke-67.
Bagi mendepani cabaran politik semasa, Wanita UMNO tidak boleh lagi mengehadkan diri sebagai jentera pilihan raya sahaja, tetapi perlu memperkuatkan pergerakan itu sebagai jentera parti untuk melakukan serangan balas terhadap tohmahan dan fitnah pembangkang dan menjuarai isu-isu lebih besar.
Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, selama ini UMNO sering membiarkan pembangkang menipu dan mencucuk hidung rakyat serta diganasi dengan 'rogol' politik tanpa membuat serangan balas dengan mendedahkan kemungkaran pembangkang sehingga mereka dianggap seperti 'malaikat'.
"Kombinasi Wanita UMNO selaku jentera pilihan raya dan jentera politik akan membawa kekuatan luar biasa kepada UMNO.
"Oleh kerana kita beradab, mungkin ada yang menganggap kita lemah walhal kita berhemah.," katanya dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.
Dalam ucapan penuh bersemangat di hadapan lebih 1,000 perwakilan dan hadirin itu, beliau turut berikrar untuk memperjuangkan supaya Wanita UMNO diiktiraf sebagai teras dan tulang belakang parti terbesar Melayu itu berdasarkan sumbangan besar termasuk jumlah keahlian kira-kira 1.3 juta dan komitmen padu pergerakan itu sejak penubuhan UMNO selama 67 tahun lalu.
Beliau berkata, sebagai teras dan tulang belakang parti, Wanita UMNO tidak perlu bersaing dengan Pergerakan Puteri dan Pemuda kerana kedua-dua sayap itu merupakan 'anak-anak' kepada parti termasuk Wanita UMNO.
Rombongan ketua ketua cawangan UMNO Bahagian Tawau yang berada di Kuala Lumpur untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO yang ke - 67 Tahun 2013. Rombongan ini menginap di Hotel Nova , 16 Jalan Alor Bukit Bintang Kuala Lumpur.
Bagi terus memantapkan perjuangan, Shahrizat menggariskan tiga transformasi utama yang perlu dilakukan pergerakan berkenaan iaitu mesti memperjuang dan memimpin isu-isu besar yang membawa kepada pembangunan negara seperti perumahan, ekonomi, keusahawanan, pendidikan, keselamatan, keadilan sosial, antarabangsa dan masa depan negara, namun akan terus memperjuangkan isu-isu berkaitan wanita seperti selama ini.
Transformasi kedua, menurutnya, Wanita UMNO mesti berjiwa besar dan mampu membezakan antara 'pokok dan hutan' (defferentiate between trees and the forests) supaya tidak terperangkap dalam melihat perjuangan wanita sebagai sesuatu yang terbatas manakala yang ketiga supaya gerak kerja Wanita UMNO harus berubah termasuk menggunakan pelbagai media seperti media sosial dan mendekati kelompok di luar parti.
Dalam pada itu, Wanita UMNO harus melebarkan jangkauan dan medan perjuangan pergerakan itu bukan sahaja menerusi Skuad Sayang dan Jalinan Rakyat, malah melebarkan program terbaru iaitu Jaringan Untuk Wanita Ibu Tunggal Malaysia (Juwita) ke setiap bahagian, katanya.
PUJUK PRESIDEN TETAP KOUTA 30% UNTUK WANITA : Kehadiran Datuk Seri Najib Razak ketika sesi perbahasan usul politik dan ucapan dasar Ketua Pergerakan Wanita UMNO digunakan sepenuhnya wakil Wanita UMNO Pahang Juhanis Abd Aziz untuk ‘melobi’ Presiden UMNO dalam isu penetapan kuota 30 peratus wanita bagi pencalonan setiap pilihan raya, kepemimpinan parti, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Parlimen serta pembuat keputusan dalam kerajaan.Juhanis yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Temerloh turut menggamatkan suasana apabila dilihat bijak menggunakan peluang yang terbentang luas untuk memujuk Najib mempertimbangkan usul pergerakan itu...
Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, selama ini UMNO sering membiarkan pembangkang menipu dan mencucuk hidung rakyat serta diganasi dengan 'rogol' politik tanpa membuat serangan balas dengan mendedahkan kemungkaran pembangkang sehingga mereka dianggap seperti 'malaikat'.
"Kombinasi Wanita UMNO selaku jentera pilihan raya dan jentera politik akan membawa kekuatan luar biasa kepada UMNO.
"Oleh kerana kita beradab, mungkin ada yang menganggap kita lemah walhal kita berhemah.," katanya dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.
Dalam ucapan penuh bersemangat di hadapan lebih 1,000 perwakilan dan hadirin itu, beliau turut berikrar untuk memperjuangkan supaya Wanita UMNO diiktiraf sebagai teras dan tulang belakang parti terbesar Melayu itu berdasarkan sumbangan besar termasuk jumlah keahlian kira-kira 1.3 juta dan komitmen padu pergerakan itu sejak penubuhan UMNO selama 67 tahun lalu.
Beliau berkata, sebagai teras dan tulang belakang parti, Wanita UMNO tidak perlu bersaing dengan Pergerakan Puteri dan Pemuda kerana kedua-dua sayap itu merupakan 'anak-anak' kepada parti termasuk Wanita UMNO.
"Buat apa kita nak bersaing dengan Puteri dan Pemuda kerana Puteri adalah anak perempuan kita, Pemuda anak bujang kita. Kita yang bimbing mereka dan sekiranya mereka menjadi pemimpin yang hebat, kita berbangga kerana laksanakan tugas dengan baik. Cuma kita minta supaya Wanita UMNO diangkat, diiktiraf sebagai teras dan tulang belakang parti kerana telah memberi sumbangan besar sejak dahulu kepada parti ini. Mana pernah ada tiga sayap, yang ada dua sayap sahaja," katanya sambil menerima tepukan gemuruh daripada para perwakilan.
Rombongan ketua ketua cawangan UMNO Bahagian Tawau yang berada di Kuala Lumpur untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO yang ke - 67 Tahun 2013. Rombongan ini menginap di Hotel Nova , 16 Jalan Alor Bukit Bintang Kuala Lumpur.
Bagi terus memantapkan perjuangan, Shahrizat menggariskan tiga transformasi utama yang perlu dilakukan pergerakan berkenaan iaitu mesti memperjuang dan memimpin isu-isu besar yang membawa kepada pembangunan negara seperti perumahan, ekonomi, keusahawanan, pendidikan, keselamatan, keadilan sosial, antarabangsa dan masa depan negara, namun akan terus memperjuangkan isu-isu berkaitan wanita seperti selama ini.
Transformasi kedua, menurutnya, Wanita UMNO mesti berjiwa besar dan mampu membezakan antara 'pokok dan hutan' (defferentiate between trees and the forests) supaya tidak terperangkap dalam melihat perjuangan wanita sebagai sesuatu yang terbatas manakala yang ketiga supaya gerak kerja Wanita UMNO harus berubah termasuk menggunakan pelbagai media seperti media sosial dan mendekati kelompok di luar parti.
Dalam pada itu, Wanita UMNO harus melebarkan jangkauan dan medan perjuangan pergerakan itu bukan sahaja menerusi Skuad Sayang dan Jalinan Rakyat, malah melebarkan program terbaru iaitu Jaringan Untuk Wanita Ibu Tunggal Malaysia (Juwita) ke setiap bahagian, katanya.
Wakil dari Melaka, Datuk Latipah Omar bercakap pada usul ucapan dasar Ketua Wanita.
Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Masjid Tanah memohon Presiden menambah dana kepada bahagian melalui pergerakan Wanita yang pada masa ini RM1,000, kerana tidak mencukupi. Dana yang lebih itu akan memudahkan lagi pentadbiran bahagian dan lebih cekap.

Sarapan Pagi , hendak pergi ke Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur bagi mengikuti Perhimpunan Agung UMNO dimana pada hari ini Perasmian Perhimpunan Agung UMNO yang akan disempurnakan oleh YAB Presiden UMNO Datuk Seri Mohd.Najib bin Tun Razak.
Seawal jam 8.00 pagi YAB DS Mohd.Najib bin Tun Hj.Abdul Razak Presiden UMNO Malaysia tiba diperkarangan Bangunan PWTC bagi memulakan progran yang dijadualkan pada hari itu. Dengan diiringi oleh Timbalan Presiden YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin , Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia DS Shahrizat Abdul Jalil , Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin , Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Datuk Mas Ermieyati Samsudin menaikkan Bendera Sang Saka Bangsa.
5 Disember 2013 , Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur - Ucapan Dasar YAB Presiden UMNO DS Mohd.Najib bin Tun Hj.Abdul Razak Sempena Perhimpunan Agung UMNO kali ke- 64 Tahun 2013 .“UMNO: MEWAJAH MASA DEPAN”
Jika dihitung dan dicongak, parti UMNO sudah berusia 67 tahun, Perhimpunan Agung ini pula mencecah siri ke-64 seraya menandakan dewan yang bertuah ini, telah menjadi saksi persidangan dilangsungkan sebanyak 28 kali semenjak tahun 1985. Begitulah, UMNO bertatih dan sudah berjalan jauh didewasakan oleh usia dan pengalaman.
Disebut orang :
“Nyiur gading puncak mahligai, ketupat pulut berisi inti, biar dilambung gelora dan badai, biar dihentak bertubi-tubi, perjuangan mulia ini tak boleh berhenti.”
Ingatlah pesan para ulama’, mereka yang tidak berterima kasih sesama manusia ibaratnya tidak bersyukur kepada Allah. Tegasnya, bapa-bapa kita terdahulu, telah mengasuh dan mengajar kita supaya menjadi insan yang mengenang budi.
Ehwalnya, UMNO adalah parti yang sentiasa menghargai penyokong dan pendokong, mengenang barisan pejuang yang lepas, selama puluhan tahun, siang dan malam, berhujan, berpanas, menumpah keringat, berkorban jiwa dan raga, menolak kepentingan diri, demi kelangsungan wadah Melayu dan Bumiputera.
Berkait ini, tentunya, penghargaan khas kita berikan kepada keenam-enam Presiden UMNO yang lalu, yakni;
Allahyarham Dato’ Onn Jaafar,
Almarhum Tunku Abdul Rahman,
Allahyarham Tun Abdul Razak,
Allahyarham Tun Hussein Onn,
Tun Dr Mahathir Mohamad dan
Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Para peserta rombongan dari UMNO Bahagian Tawau mula bergerak seawal pagi selepas sarapan menuju ke Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur. Perjalanan ke sana menggunakan pengangkutan Awam iaitu Monorel dan LRT . Dari Bukit Bintang naik Monorel di stesen Bukit Bintang kemudian turun di Stesen Hang Tuah untuk tukar ke LRT menuju ke PWTC. Kepada yang baru tiba di Kuala Lumpur yang belum arif menggunakan sistem perhubungan ini boleh juga menggunakan perkhidmatan Teksi.
Berbalik kepada kemenangan kita, di atas segalanya, selaku Presiden parti mewakili barisan kepimpinan, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak, terutamanya kepada jentera-jentera parti di setiap peringkat merangkumi cawangan, pusat daerah mengundi, bahagian dan negeri, yang saya tahu, telah berusaha mati-matian, menggempur dan membungkam kubu lawan, mematahkan serangan, dan paling mustahak sekalipun kita diasak, dihelah, akhirnya, dengan kehendak Allah SWT jua, kita dapat menumpas dan meranapkan impian pembangkang ke Putrajaya.
Bertolak daripada pemilihan parti yang disifatkan oleh ramai pemerhati sebagai proses yang sangat demokratik ini, dengan penuh kerendahan hati, saya, Mohd Najib bin Abdul Razak, berasa bersyukur yang amat sangat ke hadrat Allah SWT, dan berterima kasih kepada semua ahli UMNO, yang telah memberi kepercayaan dan mandat kepada saya, dengan memilih saya sebagai Presiden UMNO dengan menang tanpa bertanding. Saya berjanji dan berikrar dengan segenap daya dan kemampuan, untuk memberi yang sehabis baik kepada UMNO dan rakyat Malaysia.
Kepimpinan UMNO bukan sahaja komited malah percaya hanya dengan
melakukan transformasi kita akan terus relevan dan menjadi peneraju
kepada halatuju negara. Dalam hal ini, Perdana Menteri Britain, David
Cameron semasa sidang akhbar bersama pada April 2012, telah memuji
kesungguhan dan keazaman kita dalam melakukan transformasi politik dan
negara. Lantaran, diingatkan bahawa transformasi UMNO tidak akan berjaya
sekiranya idea dan perubahan hanya digenggam di peringkat atasan sahaja.
Transformasi ini mestilah didakap erat oleh setiap ahli UMNO.
Membeli token dan kad perjalanan ke PWTC dengan menggunakan monorel dan juga LRT . Terasa terhibur juga apa bila kita berjalan ramai ramai sebegini dengan situasi yang baru yang jarang berlaku kepada individu dimana beberapa proses transportasi perlu dituruti untuk kita sampai ke destinasi yang dituju. Seperti nya kalau kita membeli token ianya hanya laku untuk satu perjalanan sahaja tetapi sekiranya kita membeli Kad Touch and Go akan memberikan kita kemudahan untuk segera berangkat. Kad Touch and Go ini juga perlu diingat amaun baki yang ada pada kad tersebut untuk kita tambah nilai agar perjalanan kita sentiasa lancar.

Saya yakin, dengan usaha bersungguh dan pembuktian-pembuktian ini
UMNO sedang menjalankan sebuah transformasi yang sebenar secara
inklusif. Pastinya dengan nawaitu yang betul kita akan menerima sokongan
dan dokongan daripada rakyat. Sebab itulah antara lain kita melantik
ahli-ahli tambahan sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang
mewakili generasi muda, ahli-ahli cerdik pandai, golongan agamawan dan
para teknokrat. Pucuk pangkalnya, setiap ahli UMNO adalah agen transformasi yang
mencerminkan hala tuju baru siasah politik negara. Makanya, UMNO harus
memperkukuh kuda-kuda dan memperkemas kisi-kisi, untuk menonggak Barisan
Nasional dan negara supaya kita bukan sahaja boleh terus mentadbir lima
tahun akan datang, malah mudah-mudahan kita akan terus menjadi juara
bagi tempoh 50, malahan 100 tahun akan datang.
Kesempatan bersama rakan rakan seperjuangan berada disini dirakamkan dalam potret kenangan yang tidak akan dilupakan dimana suatu ketika nanti akan terlihat kembali paparan imej yang sangat menggembirakan. Sebab nya perjalanan yang diaturkan oleh UMNO Bahagian Tawau tahun 2013 dan tahun tahun yang sudah dan akan datang tidak lagi kepada orang yang sama ianya mungkin berlaku tetapi pasti nya kepada mereka yang belum pernah mengikuti rombongan ini.

PENGISIAN TRANSFORMASI UMNO YANG PERTAMA: MEMPERTEGUH EKONOMI MELAYU DAN BUMIPUTERA.
Seperti semua maklum, populasi Melayu dan Bumiputera, Islam dan bukan
Islam di Malaysia adalah sebanyak 67.9 peratus melebihi dua pertiga
jumlah keseluruhan rakyat Malaysia. Sebagai kaum majoriti, agenda
pemerkasaan ekonomi Melayu dan Bumiputera, sewajibnya menjadi agenda
teras nasional. Apa guna jika negara kita maju, tetapi rakyat
majoritinya terpinggir dan tidak terbela.
PENGISIAN TRANSFORMASI UMNO YANG KEDUA: MEMPERTEGAK MAQASID SYARIAH.
Dari dulu, UMNO tidak pernah berhenti memperjuangkan ketertinggian
Islam dan syiarnya. Kita berpegang kepada prinsip Maqasid Syariah yang
membela dan memelihara lima tunjang utama yakni; agama, nyawa, akal,
harta dan keturunan.
PENGISIAN TRANSFORMASI UMNO YANG KETIGA: MEMPERKUKUH PENGKADERAN PARTI.
Dalam memperkatakan hal ini, UMNO perlu sentiasa beringat-ingat. Kita
bina negara ini untuk siapa? Tentunya untuk generasi muka. Kita bina dan
jaga parti ini untuk siapa? Tentunya untuk ditinggalkan kepada pewaris
dan para pelapis. Menyedari hakikat bahawa untuk melahirkan pemimpin
masa depan mengambil tempoh yang lama, maka parti UMNO perlu mengkader
ahli-ahli baru dan orang-orang muda supaya parti UMNO ini menjadi sebuah
parti yang lestari sampai bila-bila.
PENGISIAN TRANSFORMASI UMNO YANG KEEMPAT: MEMPERSIAGA JENTERA TRANSFORMATIF.
Adalah menjadi lumrah dalam setiap organisasi yang berjaya, di
belakangnya wujud jentera yang dikemudi oleh ahli yang penuh dedikasi,
komited dan kental dalam membawa aspirasi dan obor perjuangan. Jika kuat
jenteranya, maka gagahlah organisasi tersebut, jika lemah maka tidak
bermayalah parti.
PENGISIAN TRANSFORMASI UMNO YANG KELIMA: MENETAP PETUNJUK PRESTASI UTAMA ATAU KPI UMNO.
Bagi memastikan perjalanan jentera UMNO dapat bergerak dengan lebih
berkesan menjelang Pilihanraya Umum ke-14 kelak, saya juga akan
perkenalkan sistem Petunjuk Prestasi Utama atau KPI untuk setiap
bahagian dan negeri.
Ahli falsafah Yunani berpesan bahawa, perubahan itu adalah penumpuan segala kudrat dan tenaga yang ada, bukan untuk bertempur dengan hal-hal dan kisah-kisah lama, tetapi perubahan itu ialah mencipta dan membina kejayaan-kejayaan baru.
Bersandarkan ungkapan itu, hari demi hari, detik demi detik, saat-saat yang berlalu telah menjadi saksi bahawa UMNO mengungguli kepimpinan transformatif negara sebagai sebuah parti yang bermaruah, parti yang berdaulat dan parti yang terus menepati janji.
Sesungguhnya, hitungan masa telah menjadi saksi dan hakim, yang adil dalam merakamkan bahawa, parti UMNO ini telah puluhan kali meninta detik-detik bersejarah dalam pembikinan negara bangsa Malaysia.
Malah, bermula sejak tahun 1946 sehingga tahun 2013, UMNO telah melalui dengan jayanya 11 kronologi game-changer yang merubah landskap politik dan negara keseluruhannya.
Antara detik penting yang ditongkah oleh UMNO, bermula daripada penubuhan parti, meraih kemerdekaan, tragedi hitam perkauman, Dasar Ekonomi Baru, bangkit dan pulih daripada runtuhan UMNO lama serta menggagas Wawasan 2020, mula mendakap dunia teknologi maklumat.
Terbaru pula, UMNO telah selesai proses permulaan transformasi sebagai langkah hebat dan penuh berwibawa untuk menjadi parti paling demokratik dan inklusif.
Atas segalanya, sebagai Presiden UMNO saya sentiasa berdoa demi masa depan umat. Walau kita dicemuh, walau kita disindir, walau UMNO dibentak-bentak namun parti ini tidak akan pernah jemu untuk menghulurkan salam perpaduan dengan mana-mana parti politik. Demi, melihat umat Islam kembali bersatu.
Tanpa UMNO di manakah kita?
Tanpa UMNO di mana sudahnya Melayu?
Kepada Allah kita mohon dipersimpangkan, kepada Allah kita pinta diperjauhkan,
JANGANLAH MELAYU HILANG DI DUNIA!
Kepada Allah kita mohon pertolongan.
HIDUP UMNO !
HIDUP BARISAN !
HIDUP MALAYSIA !
Rombongan dari UMNO Bahagian Tawau telah berada di Bandar Kuala Lumpur pada 5 Disember 2013 dan menginap di Hotel Nova Bukit Bintang , 16-22 Jalan Alor , Kuala Lumpur Malaysia 50200. Seramai 30 orang yang menginap disini , selebihnya ramai lagi yang berada dimerata Kuala Lumpur terutama sekali yang berhampiran dengan tempat Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra ( PWTC ). Untuk ke- PWTC kami menggunakan Monorel dari stesyen yang berdekatan.
Kemudahan pengangkutan yang sedia ada membolehkan pergerakan dari satu tempat ke satu tempat begitu selesa dan amat mudah difahami lebih lebih lagi bila kita bergerak dalam kumpulan yang ramai.
Dalam berjalan berkumpulan ini terpaksalah berjalan agak perlahan dari satu tempat ketempat yang lain. Oleh kerana ada diantara peserta ini yang jarang jarang datang ke Kuala Lumpur dan terpaksa lah ditunggu kerana dikhuatiri tersesat dalam perjalanan ke PWTC dan balik ke Hotel.
Berada di PWTC semasa Perhimpunan Agung UMNO 2013 iaitu selepas Pertandingan Jawatan Ahli Jawatankuasa diperingkat Cawangan , diperingkat Bahagian dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO termasuk lah dikesemua sayap sayap parti UMNO seluruh Negara. Pada Tahun ini adalah kali Pertama saya ke PWTC menghadiri Perhimpunan sebagai Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Tawau manakala isteri saya masuk ke penggal kedua.
Kebetualan pada waktu itu anak anak kami sedang belajar di Kuala Lumpur , dapatlah mereka bersama sama kami dan juga rakan rakan lain dan dapat membantu memudahkan pergerakkan kami kerana mereka telah biasa ditempat ini terutama sekali penggunaan sistem pengangkutan Awam yang disediakan. Dengan memahami sistem pergerkkan Pengangkutan Awam seperti ERL , LRT dan monorel memudahkan pergerakan dari suatu tempat ke tempat yang lain.
Wakil dari Melaka, Mustafa Musa kini dijemput ke podium untuk membahaskan Usul Ucapan Dasar Presiden.
Para perwakilan sekalian, walaupun bagaimana teruk kita di asak, UMNO tidak pernah tunduk memnyembah bumi. Saya ini anak desa yang dulunya bermain selut, saya berada di sini atas jasa UMNO. Yang baru diberikan peluang, dididik dan dipimpin, yang tetap dihormati, yang muda dicurahkan kasih sayang, yang tua tetap dikasihi - inilah tradisi UMNO sejak dahulu lagi.
UMNO Melaka sentiasa teguh berdiri di belakang kedua-dua pemimpin tertinggi, namun, kita perlu ingat pada sejarah. UMNO perlu belajar daripada sejarah lampau. Presiden pernah berkata, sekali kita merdeka tidak bermakna kita akan merdeka selamanya.
UMNO Melaka berpendapat bahawa proses transformasi dalam apa jua keadaan tidak akan bermakna kepada Melayu jika tidak dimulakan dengan transformasi persepsi dan minda. Saya berkata begitu kerana walaupun pada PRU Ke-13 UMNO memenangi 88 kerusi jika tidak mengenang jasa pengundi akar umbi yang memberikan kemenangan kepada kita.
Tengok-tengoklah kenaikan pelbagai harga barang dan tarif, walaupun itu merupakan perkara kecil kepada golongan bangsawan, kenaikan ini menjadi beban kepada pengundi kita. Justeru, UMNO Melaka berpendapat, apa jua transfoemasi yang mahu dibuat, hendaklah di dasarkan kepada kepentingan mereka.

Wakil pembahas seterusnya, Wan Kadri, wakil dari Pahang.
Transformasi penting kerana ia hidup dan terus relevan. Pahang menyokong penuh dasar yang diucapkan oleh Presiden. Cabaran penting bagi parti termasuklah pilihanraya. PRU14 bakal jadi cabaran besar, namun jikalau rakyat terus didekati, pamer pimpinan yang cemerlang, insya Allah kejayaan untuk kita. Generasi muda merupakan peneraju di akan datang. Perlu disiap siagakan.
Kini pengundi muda mengatasi pengundi lama. Ini perlukan pendekatan baru. Mencadangkan Pemuda dan Puteri perlu diperkasakan, adakan KPI sebagai contoh setiap bahagian perlu ada kedua sayap ini. Ini merupakan persiapan bagi hadsapi PRU-14.
Media sosial adalah wadah yang amat dminati anak muda, tetapi UMNO gagal raih sokongan menerusi medium ini. Mencadangkan media sosial menjadi agenda penting akan datang.
PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Najib Razak ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, tahun lalu. -
SAYA bagi pihak Majlis Tertinggi mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua perwakilan kerana persidangan Perhimpunan Agung UMNO kali
ke-67 ini telah berlangsung dalam suasana yang cukup baik, tertib dan
penuh bersemangat.
Persidangan kita adakala jadi riuh-rendah kerana gelagat Pengerusi Tetap dengan cerita Mak Long Timah, tak kurang hebat juga beberapa perwakilan yang telah menyampaikan ucapan yang sangat mUcapan Penggulungan YAB Presiden UMNO Di Perhimpunan Agung Umno 2013enarik walaupun ada yang cakap dengan nada serius tetapi perwakilan tetap memberi perhatian kepada ucapan-ucapan mereka.
Saya juga turut rasa amat simpati kepada rakan-rakan kita khususnya mereka di Pantai Timur termasuk di kawasan saya sendiri Pekan, Kuantan, Rompin, Kemaman dan juga beberapa kawasan yang lain, Timbalan Presiden yang juga Timbalan Perdana Menteri dah turun melawat dan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negara telah mengeluarkan arahan yang tegas kepada semua jabatan, agensi kerajaan bantu mangsa banjir bersungguh-sungguh.

Saya kira ini sikit sebanyak melambangkan kematangan parti kita, bahawa bila kita berhimpun dalam dewan ini kita sebenarnya membicarakan tentang nasib kita, masa depan kita kerana tanpa UMNO gelaplah masa depan orang Melayu di buminya sendiri.
Saya juga turut rasa amat simpati kepada rakan-rakan kita khususnya mereka di Pantai Timur termasuk di kawasan saya sendiri Pekan, Kuantan, Rompin, Kemaman dan juga beberapa kawasan yang lain, Timbalan Presiden yang juga Timbalan Perdana Menteri dah turun melawat dan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negara telah mengeluarkan arahan yang tegas kepada semua jabatan, agensi kerajaan bantu mangsa banjir bersungguh-sungguh.
Saya turut juga mengalu-alukan cadangan malah langkah pertama telah
dibuat oleh Malayan Banking supaya hutang bank bagi mangsa banjir
ditangguhkan. Saranan Ketua Pemuda tadi saya terima dan saya sebagai
Menteri Kewangan minta semua bank untuk mengikut langkah menangguhkan
pembayaran balik sementara waktu.
Saya faham bila kena banjir sebab saya Ahli Parlimen kawasan yang
selalu kena banjir, saya tahu susah payahnya dan penderitaan mereka,
jadi sebagai tanda kasih dan keprihatinan kerajaan maka saya nak umumkan
pembayaran RM500 kepada setiap keluarga yang terlibat dalam banjir ini.
Saya turut melawat mangsa-mangsa banjir selepas memberi ucapan dasar
pada hari pertama maka sebahagian daripada perbahasan ucapan dasar, saya
tidak dapat mengikutinya dalam dewan ini.
Saya tak dapat mengikuti ucapan wakil Bahagian Gua Musang dari
Kelantan yang saya dengar sangat menarik. Saya tertarik hati kepada
ucapan wakil Bahagian Titiwangsa, bila dia bawa cerita `I am sorry two’
kepada `I am sorry seven’, sebab bila orang tak faham bahasa Inggeris
itulah akibatnya.
Saya teringat cerita ada seorang daripada kita yang nama tak boleh
disebut bila turun di lapangan terbang di London disambut oleh seorang
orang putih. Sebab nama orang kita ini panjang, jadi orang putih ini
tanya: "How do you like to be address?” , dia jawab: "Bentong,
Pahang”. Itulah akibatnya kalau kita tak mahir dalam bahasa Inggeris.
Tapi saya percaya di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Tan Sri
Muhyiddin (Yassin) akan meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris,
Insya-Allah.
SUMBANGAN ISTERI
Saya juga tertarik hati kepada wakil Sabah yang telah berucap semasa
usul agama, bila wakil Sabah sebut kita ini orang Semenanjung tahu
hujung `bah’ je, ubah mana Sabah tetapi hujung tu bila sebut jangan
tambah, cari musibah, jadi saya setuju 100 peratus. Bukan kerana tulang
belakang saya ada di belakang ini, saya nak sebut di sini bahawa
terlanjur dah sebut orang rumah ini saya nak sebut, nak beritahu sebab
kadang-kadang dalam politik ini kalau peluru tak kena pada saya, dia
tembak isteri saya.
Saya nak beritahu pada tuan-tuan dan puan-puan bahawa ada juga
peranan dimainkan oleh isteri saya untuk bantu rakyat Malaysia.
Kalau
nak terang program Permata, kita semua tahu program Permata, terima
kasih perwakilan kerana nak tambah program Permata lagi. Tapi ada juga
jasa yang isteri saya lakukan yang saya tak pernah terangkan, saya belum
maklumkan sebelum ini.
Yang pertama,
waktu Flotila lebih kurang dua tahun yang lalu, seorang pelajar kita telah disalah anggap oleh kerajaan Mesir sebagai seorang spy dan telah disumbat dalam penjara, ditahan. Saya minta isteri saya telefon pada masa itu, isteri Presiden Mubarak, Susan Mubarak, Mubarak berkuasa pada masa itu, merayu supaya pelajar kita itu dibebaskan, dalam masa dua jam sahaja pelajar kita telah dibebaskan.
Yang kedua,
Bila Ops Piramid berjalan, nak bawa pelajar-pelajar kita dari Mesir balik kita tak cukup penerbangan, kita terpaksa minta supaya kerajaan Arab Saudi membenarkan pelajar-pelajar kita menaiki pesawat Charlie yang turun di Jeddah. Dari Jeddah ke Kuala Lumpur tanpa visa, satu permintaan yang sukar diberikan oleh kerajaan Arab tetapi kerana networking dengan keluarga diraja yang telah diusahakan oleh isteri saya, kerajaan Arab Saudi membenarkan. Malah bukan setakat itu sahaja, dua penerbangan Jumbo 747 diatur kerajaan Saudi secara percuma bagi membawa balik pelajar-pelajar kita. Inilah yang nak saya terangkan, belum pernah saya terangkan sumbangan oleh isteri saya kepada rakyat Malaysia.
Saya ucap terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana menyokong UMNO dan BN tetapi rasa saya ada dua negeri yang mungkin signifikan dengan kejayaan kita.
Yang pertama, kita berjaya mengembalikan negeri Kedah ke pangkuan BN. Jadi saya nak ucapkan terima kasih kepada rakyat Kedah kerana memberi sokongan kepada kerajaan pimpinan Datuk Mukhriz (Mahathir).
Kedua, saya tahu banyak orang rasakan bahawa amat sukar kita menang di negeri Perak. Saya tahu keadaan di Perak, perasaannya, tetapi saya tahu Datuk Seri Zambry (Abdul Kadir) dan orang Perak gigih.
MESEJ DARIPADA PERHIMPUNAN
Kalau kita nak menilai kejayaan perhimpunan kita, apa agak ukurannya?
Pada hemat saya, ukurannya semestinya berkisar kepada apa bekalan
yang boleh kita bawa balik. Bekalan dari segi mesej daripada perhimpunan
ini. Apakah yang boleh kita jadikan sebagai ingatan dan panduan kita
untuk meneruskan perjuangan kita hasil daripada Perhimpunan Agung UMNO
yang ke-67 ini .
Saya simpulkan tiga perkara.
PERTAMA: ISLAM
Perhimpunan kali ini dengan jelas menyatakan sokongan atas
kesungguhan kerajaan meninggikan syiar dan syariat Islam di tanah air
ini serta mempertahankan kemuliaan dan kesucian agama Islam ini. Dalam hal ini kalau ada pihak yang tidak menerima hakikatnya,
Saya setuju dengan kata-kata seorang perwakilan, "kalau dah buta hati, kita buat baik pun mereka tak terima kebaikan kita” tetapi percayalah kita tidak akan merasa lemah semangat kerana UMNO berada atas landasan betul dan benar.
Dalam perhimpunan ini kita telah menerima beberapa tokoh dari luar
negara sama-sama dengan kita. Ada dua tiga tokoh Islam dan saya nak
kongsi dengan perwakilan apa mereka beritahu saya pada pertemuan
tertutup itu.
Pertama, Timbalan Komisioner Perhubungan Antarabangsa Al-Fatah, Palestin, Dr. Abdullah M.I. Abdullah. Dia kata "Malaysia under UMNO leadership is an inspiration to the muslim world.” (Malaysia di bawah kepimpinan UMNO memberi inspirasi kepada dunia Islam).
Kedua, (pemimpin Hamas) Khaled Meshaal yang diletakkan dalam
senarai Mosad sebagai the most wanted man” beberapa tahun lalu dan
cuba membunuhnya dengan menyembur racun kimia melalui telinganya
sehingga dia koma. Kuasa Allah selamatkan dia. King Hussin beri kata kepada PM Israel,
kalau Khaled Meshaal mati, maka perjanjian damai antara Jordan dan
Israel akan mati jua. Baginda minta antidot daripada Israel. Israel bagi
antidot. Dia selamat.
Pejuang kebebasan Palestin ini datang berjumpa kita dan beliau berkata kepada saya: " Selama ini kami lebih rapat dengan Pas, kami lebih mengenali Pas tetapi hari ini kami akui perjuangan UMNO yang berada atas landasan betul.”
Malah beliau kata, Malaysia boleh bangga kerana menjadi role model kepada dunia Islam. Dua pemimpin Islam yang bertelagah yang tidak boleh bersama antara
satu sama lain. Kedua-duanya menghormati kita dan dua-dua hendak UMNO
bantu usaha damai antara Fatah dan Hamas.
Imam Masjidil Haram, Dr. Khalid Ali Al-Ghamidi yang mengimamkan solat
Jumaat di bangunan PWTC kepunyaan UMNO dalam khutbahnya menyebut soal
wasatiyyah.
Dia kata itulah prinsip perjuangan yang sangat kena dengan kehendak Islam. Dia berbangga apabila kita buat penegasan takrif Sunnah Wal Jamaah.
Dia kata Malaysia satu-satunya negara yang menyatakan perkara tersebut
dengan jelas dan terang sekali. Sebab itulah hasil suara wakil-wakil
dalam perhimpunan ini, kita akan pinda fasal 3.3 dalam perlembagaan
UMNO, bukan lagi sebut Islam agama rasmi, kita sebut Islam agama
Persekutuan dan kita nak Islam agama Sunnah Wal Jamaah dalam
perlembagaan parti UMNO.
KEDUA: AGENDA BUMIPUTERA
Kita ahli UMNO, orang Melayu dan Bumiputera amat ingin melihat
perjuangan memperkasa agenda ekonomi bumiputera dilaksana dengan
bersungguh-sungguh.
Saya terima. Parti UMNO terima mesej ini dan saya nak nyatakan, saya
dan rakan-rakan komited untuk menzahirkan tuntutan parti kita dalam hal
ini.
Malah kita dah mesyuarat dan mengadakan perbincangan dan saya dah
jumpa dengan ketua eksekutif GLC dan katakan kepada mereka agenda
pemerkasaan bumiputera adalah sebahagian agenda nasional dan oleh itu
setiap ketua eksekutif dan pengurusan GLC perlu laksanakan agenda ini
dengan sebaik mungkin.
Untuk memperlihatkan kesungguhan, kita memantau perkara ini dengan
teliti maka kita akan jadikan ini sebagai KPI kepada setiap CO (ketua
eksekutif) GLC. Saya dan rakan-rakan memantau perkara ini, akhir tahun
saya nak tengok report card dan skor kadnya.
Kalau baik, baiklah dan bolehlah sambung agaknya… ini cara kita.
Mesti laksanakan sebab apa? Sebab saya beritahu,"we don't have to be
apologetic.”
Saya ditemu bual oleh CNN. Saya kata bahawa kalau kita kira prinsip
keadilan sosial, 67 peratus dalam negara kita terdiri Melayu dan
bumiputera. Kalau 67 peratus di setengah negara soal tindakan afirmatif
kepada golongan minoriti, mereka tidak mahu minoriti terpinggir.
Tetapi dalam negara kita, kalau majoriti terpinggir lagi parah keadaannya.
Sebab itu saya kata demi keadilan sosial dan kestabilan jangka
panjang, orang Melayu dan bumiputera mesti ditingkatkan kedudukan
mereka, seimbang kongsi kekayaan.
Itu sebab saya kata jangan apologetik. Ini hak kita. Ini kita mesti
laksanakan tapi kita tidak nafikan hak kaum lain.
Bila masa kaum lain
terbantut perkembangan kedudukan mereka dalam negara kita?
Bila masa
kita laksanakan DEB sehingga mereka ini terpinggir.
Adakah rezeki mereka
terputus?
Terbukti bahawa kerajaan di bawah pimpinan UMNO adil kepada semua kaum, Jangan menuding jari dekat kita mengatakan kita rasis.
"We are not racist, UMNO has never been racist, UMNO has always been fair to all " (Kita bukan rasis, UMNO tidak pernah rasis, UMNO selalu adil kepada semua).
Ini saya nak beritahu dan kita hendak mereka sama-sama dengan
kita, orang Cina, India, Iban, Kadazan, apa semua sama-sama dengan kita
move forward together (bersama maju ke hadapan) tetapi kepimpinan negara
ini terajunya mesti dipegang oleh parti UMNO kita ini. Ini konsepnya.
Ini dia. Sebab apa? Sebab di bawah UMNO, orang lain
boleh dapat keadilan! Di bawah orang lain tak pasti orang Melayu dapat
keadilan. Sebab itulah kita mesti jalankan perkara ini. We are fair, we are considerate (Kita adil dan bertimbang rasa), ini
orang Melayu dan kita perlu laksana apa yang kita fikirkan akan
membangunkan negara kita, akan memperkukuhkan perpaduan nasional.
Kita akan tegakkan prinsip keadilan nasional. Visi kita nak
mentransformasikan negara kita ini, menjadi sebuah negara maju dalam
masa terdekat.
Kita tidak mahu bersaing dengan negara tertentu. Kita nak berada di
saf hadapan negara maju, bangga di bawah panji UMNO, kita boleh capai
status negara maju. Ini dia, advanced nation progressive nation, Muslim
Islamic nation but very progressive nation. Ini dia model kita untuk
masa depan.
Sebab itu bila kita sebut pasal pengukuhan kuasa UMNO, tak lain tak
bukan sebab hala tuju negara kita ini jelas, visi untuk masa depan kita
terang. Kita akan membawa negara kita ke puncak kecemerlangan di bawah
pimpinan UMNO.
EKONOMI
Salah satu dari masalah ekonomi kita kerana bebanan subsidi kita
terlalu besar, untuk tahun ini RM46.64 bilion untuk subsidi saja, kita
punya peruntukan untuk pembangunan RM49 bilion, RM46 bilion subsidi
berapa lama boleh bertahan? Jawabnya tak lama, orang putih kata not
sustainable, tak boleh, tak payah kita ini pakar ekonomi.
Tuan-tuan pun boleh faham kalau kita peruntukkan pembangunan RM49
bilion, subsidi RM46 bilion macam mana berapa lama kita boleh bertahan…
tak boleh, rating agensi sudah bagi signal kepada kita, Fitch dah bagi
signal dekat kita, tapi bila kita berani ambil ubat, bila kita naikkan
harga minyak, pada bulan September 20 sen, hapuskan subsidi gula 34 sen,
kita juga nak naikkan tarif elektrik sikit, makna apa sekarang ini?
Sekarang ini Moody�s dah bagi kita outlook positif, untuk masa depan
kita, bererti kalau kita teruskan usaha kita, konsidilasi fiskal, kita
mungkin dapat upgrade A3 kepada A2.
Kalau grading kita, tarif kita menurun, pinjaman pun naik, bila kita
nak pinjam, pinjaman rumah, untuk perniagaan dan kereta naik, kadar
faedah naik.
Sebab itu penarafan penting pada kita, untuk kesihatan ekonomi kita.
Bila ekonomi dah tegap teguh, kita boleh tambah lagi peruntukan untuk
luar bandar sebab orang luar bandar adalah kekuatan teras parti UMNO dan
BN. Saya tak lupa.
Seperti Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal sebut tadi memang ada sentiasa
dalam hati kecil saya, orang luar bandar. Sebab itu saya terus tambah
(peruntukan) tetapi perlu ekonomi dikukuhkan. Kurangkan fiskal defisit
kita, bila ekonomi kuat, pada masa itu peruntukan perumahan boleh
tambah, peruntukan luar bandar boleh tambah.
Orang kita ini manja, nak jalan dalam kampung, jalan itu nak sampai
depan rumah kita, bukan setakat jalan ke kampung, jalan depan rumah
kita.
ISU BONUS
Kalau saya bentang bajet tahunan yang paling dia tunggu…bonus, dia
tak fikir bab-bab lain. Kalau tiada bonus bajet tak baik, itu dia punya
calculation mudah.
Tapi kalau sebulan bonus RM56 bilion, ini dia kena terangkan setengah
bulan RM26 bilion, jadi ini semua tuntutan pada punca kewangan kita dan
kalau kita tak kukuhkan tak mungkin kita dapat lakukan.
Bila ekonomi kita kukuh kita boleh beri lebih bantuan kepada rakyat pada masa akan datang.
Ini dia strategi kita, cakaplah orang kata ini short term aid sikit,
bukan sakit sangat tak, sikit saja, kita jentik sikit saja, tak sakit
sangat, sikit saja, tapi kesihatan Insya-Allah kita akan bertambah lebih
sihat, ekonomi negara Malaysia dan Insya-Allah fajar menyinsing tahun
2020 kita akan jadi negara maju dan berpendapatan tinggi. Inilah harapan
kita di bawah perjuangan UMNO.
KETIGA : TRANSFORMASI UMNO
Seperti Muhyiddin terangkan tadi kita kena buat pindaan kepada cara kita buat kerja dalam UMNO.
Orang UMNO ini semangatnya kuat. Kadang-kadang semangat dalam dewan
ini seronok saya tengok dia punya gah, hebat tapi bila dia balik ke
bahagian, dia balik ke cawangan, apa cerita dia?
Inilah yang kita nak tahu, sebab itu kalau kita nak lakukan perubahan, orang putih kata " business as usual” tak boleh, sebab kita sudah ubah landskap politik negara, sudah berubah, landskap politik dunia sudah berubah. Sekarang ini kalau kita tak faham the new environment and the new politics kita akan kecundang, kita tak kebal, parti kongres pun tak kebal, parti LDP pun tak kebal , parti Golkar pun tak kebal masakan UMNO boleh kebal"
Kita tak kebal. Hanya parti yang sanggup berubah ikut tuntutan zaman
menjadikannya relevan, parti itu akan terus memegang tampuk kepimpinan
pemerintahan negara.
Kita tahu kita kena ubah cara kita. KPI ini sudah ada dalam perlembagaan parti cuma kita tidak sedar saja. Saya katakan demikian sebab bila saya semak perlembagaan parti sudah ada KPI. Cawangan mesti mesyuarat dua bulan sekali. Sekali tiap-tiap bulan lama-lama sekali, sekali lama-lama dua bulan sekali. Sudah ada dalam perlembagaan kita, jawatankuasa bahagian dua bulan sekali, (Badan) Perhubungan dua bulan sekali.
Saya boleh beri pengakuan bahawa Majlis Tertinggi tiap-tiap bulan kita mesyuarat. Tetapi (bagaimana dengan) 21,000 cawangan ini?
Kita sebut nak perkasakan UMNO, kita mesti memperkasakan cawangan.
Sebab apa? Di situlah terletaknya balai tentera kita, di situlah
letaknya teras kekuatan kita.Bila kita tak mesyuarat, siapa nak tengok masalah rakyat? Siapa nak pergi ke masjid dan surau? Masjid, surau, siapa keluarkan duit? UMNO keluarkan duit. Siapa
control masjid dan surau sekarang ini? Secara percuma saja, kita buat
susah-susah, dia ambil alih tempat itu. Sebab apa? Sebab kita tidak
ambil berat perkara ini, mengimarahkan masjid, surau. Ini mesti
dijadikan sebahagian daripada tanggungjawab parti kita di peringkat akar
umbi. Mesti!
Jadi kita akan keluarkan KPI. Kita monitor, bahagian monitor
cawangan, Perhubungan monitor bahagian dan ibu pejabat monitor semua
sekali. Kita pantau semua. Kita cuba betulkan sebelum terlambat. Jangan
dekat-dekat pilihan raya ke-14 baru terkial-kial kita nak betulkan
keadaan. Pada masa itu, telah terlambat. Berapa ramai ahli UMNO yang tak daftar sebagai pengundi? Ramai… Bila
dah semput masa itu barulah kita nak cari Wanita buat kerja.
Sebagai Presiden UMNO, sebelum mengakhiri ucapan saya ingin berpesan-pesan memberi pedoman.
Walau sutera cantik dipakai,
Belacu juga tahan diuji,
Sudah lumrah dalam perjuangan,
Ada yang luka ada yang parah,
Ada yang pergi membawa hati,
Ada yang hilang entah ke mana,
Apa guna merajuk hati,
Sampai membakar perjuangan sendiri.
Kalau UMNO dah tertewas dan mati, kalau UMNO sudah tidak bersenandung lagi,akhirnya tersungkur menyembah bumi, segalanya sudah tidak bermakna, semuanya sudah tidak bererti.
Benar jika ada pun khidmat yang telah dicurah, jika ada pun bakti yang telah disemai, usahlah sedikit pun berasa kesal, sekali pun ia tidak terpandang di dunia sementara ini.
Pesan orang cerdik zaman bahari, tulislah jasa-jasa kita itu di atas pasir pantai, supaya hilang tersapu ombak, kerana budi kita yang baik, pastinya dikenang kelak.
Sayugialah, dalam gemblengan dan ikhtiar transformasi Melayu dan tanah air yang belum sudah ini, jadikanlah luka dan parut itu sebagai tanda azimat bahawa kitalah pahlawan-pahlawan UMNO yang sedang berjuang.
Ya, memang UMNO tidak sempurna.
Ya, memang UMNO tidak lengkap.
Kendati itu, tabahkanlah nurani dan berlapang-lapanglah dada bahawa perjuangan UMNO secara manusiawinya adalah amat teguh dan sempurna.
Pokoknya, janganlah Melayu berdengki-dengki sesama kita, janganlah Melayu memfitnah sesama bangsa, janganlah Melayu memusnah sesama sendiri.
Bersabarlah dalam menerima cubaan, teguhkanlah iman di dada, perjuangan ini adalah untuk kita terus hidup, pengorbanan yang dibuat adalah untuk melihat UMNO terus mekar dan mengharum demi anak cucu.
Janganlah ditangguh-tangguh, usahlah berbasa-basi, janganlah berdolak-dalih lagi menggalas perjuangan mulia ini.
Sesungguhnya, Allah tuhan yang mentadbirkan siapa yang Dia kehendaki untuk naik dan siapa yang Dia kehendaki untuk turun. Kita merancang, Allah juga merancang dan Dialah sebaik-baik perancang.Ketahuilah Allah itu tidak tidur, Allah itu tuhan yang nampak segala.
UMNO sedang berbuat sehabis baiknya, redalah atas perjuangan ini, berserahlah segala kepada-Nya, semoga negara ini menjadi baldatun toyyibatun warabbun ghafur.
Walau pembangkang terus-terusan bermain api, beraja di mata, beraja di hati, tetapi UMNO dengan penuh bermaruah akan tetap bersultan di mata, bersultan di hati.
Namun, siapa kata UMNO tidak berani, siapa kata UMNO berdiam diri, UMNO lah yang akan membenteng betis dan menahan dengan perabung-perabung dada, semua tusukan-tusukan jahat itu demi membela dan mempertahankan Islam untuk nasib Melayu, bumiputera dan Malaysia tercinta kita ini.
Oleh sebab itulah, selama ini, biar kita dicerca, biar kita diasak sebegitu rupa, UMNO tidak sesekali akan putus asa, UMNO tidak sesekali akan merelakan bumi Malaysia ini diganggu-gugat atau dibinasakan walau sezarah pun kepentingannya.
Wahai ahli UMNO semuanya, wahai pejuang parti sekalian, bingkas dan bangkitlah UMNO parti menjunjung watan, UMNO lah parti anak jantan.
Jauh ke tengah si pulau pandan,
Gunung daik bercabang tiga,
Berpisah hayat dari badan,
UMNO dan pertiwi diperbenteng jua.
Hidup Melayu, hidup Melayu, hidup Melayu.
Hidup UMNO, hidup UMNO, hidup UMNO.
Hidup Malaysia, hidup Malaysia, hidup Malaysia!
Pada hari ini 7 Disember 2013 , rombongan kami berangkat balik ke Tawau Sabah selepas menghadiri Perhimpunan Agung UMNO di PWTC pada sesi Pembentangan , Perbahasan Ucapan Dasar Presiden dan Perbahsan Usul. Semoga semuanya akan menjadi realiti dan diharapkan orang orang Melayu akan mendapat menafaat dari Pada Perhimpunan Agung UMNO ini.
Perjalanan balik rombongan Ketua ketua cawngan UMNO , AJK Cawangan UMNO , AJK Wanita Cawangan UMNO dan AJK Wanita Bahagian UMNO Tawau menuju ke Lapangan Terbang Antara Bangsa Kuala Lumpur setelah berada di Kota Metropolitan Kuala Lumpur mulai dari 5 hingga 7 Disember 2013.
Semoga dipanjangkan umur dan dapat ke Kuala Lumpur lagi di Perhimpunan Agung UMNO yang akan datang.
Salam dan terima kasih dari peserta rombongan yang tidak terhingga kepada ;
Yang Berhormat Datuk Tawfiq bin DSP AB.Titingan
Ketua Bahagian UMNO Tawau
ADUN N.56 Apas
Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah
Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah
Timbalan Ketua Bahagian UMNO Tawau
ADUN N.55 Balung
Pengerusi Warisan Harta Negeri Sabah
Ybhg. Hj,Nizam Bin DSP AB.Titingan
Naib Ketua Bahagian UMNO Tawau
Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah.
END