PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak (dua, kiri) bersama Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) hadir di Majlis Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, hari ini.Turut hadir (dari kanan), Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Mas Ermieyati Samsudin, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku AdnanTengku Mansor.-- fotoBERNAMA
Kuala Lumpur, 25 Nov — Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menyampaikan ucapan di Majlis Taklimat Presiden bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.-Foto: MediaUMNO
UCAPAN DASAR KETUA PUTERI, DATUK MAS ERMIEYATI SAMSUDIN PADA PERSIDANGAN
PERGERAKAN PUTERI UMNO 2014 DI DEWAN TUN DR.ISMAIL PWTC KUALA LUMPUR - ASPIRASI WANITA MUDA
Alhamdulillah, saya bersyukur, Puteri UMNO masih di sini, tetap teguh berdiri meneruskan perjuangan, mendukung dan mempertahankan parti keramat ini. Puteri UMNO masih relevan. Semangat perjuangan wanita muda dalam Puteri tidak pernah luntur. Walau dilabel dengan pelbagai tanggapan negatif, kita tidak mahu mudah melatah. Kerja untuk parti mesti diteruskan.
Hakikatnya semangat juang Puteri tidak pernah mati. Kita tahu peranan kita sebagai platform untuk orang muda aktif berpolitik. Generasi baru akan muncul dalam kalangan orang-orang Melayu. Mereka ini mempunyai pelbagai tuntutan. Maka kita sebagai kumpulan yang mewakili mereka harus memahami apa orang muda mahu. Kita harus bersedia menangani cabaran semasa dan menjuarai isu-isu melibatkan orang muda.
Tetapi terlebih dahulu, kita harus selesaikan masalah dalaman yang ada supaya tidak menggangu kerja parti. Kalau ada yang masih berkecil hati kerana tewas pada pemilihan lalu. Lupakanlah semua itu. Kerana tanggungjawab kita adalah kepada parti dan orang Melayu. Ini harus jadi keutamaan kita. Kita harus melihat ke hadapan. Gerak kerja kita untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang mesti digerakkan. Kita perlu beri perhatian kepada permasalahan orang muda untuk diketengahkan. Ini tanggungjawab kita. Puteri perlu aktif mendampingi orang muda. Jika tidak dilaksanakan ia kerugian kepada parti kerana mereka adalah pengundi untuk PRU akan datang. Jentera Puteri mesti digerakkan lebih aktif dan tersusun dari sekarang.
Puteri UMNO ada suara. Wanita muda Melayu ada suara. Kita tarik perhatian pihak berkaitan terhadap masalah, isu dan keperluan wanita yang perlu diselesaikan. Kita tingkatkan kesedaran dan keyakinan wanita Melayu muda tentang kedudukan mereka. Yang mereka ada tempat sebagai pembuat keputusan. Kita kuatkan jaringan dalam kalangan pertubuhan wanita bagi memperkukuhkan lagi taraf dan kedudukan wanita dalam bidang sosio ekonomi.
Puteri-puteri solehah bakal penghuni jannatul firdaus, Dalam keagungan perjuangan kalian demi agama dan bangsa, contohilah kehebatan 9 'siti' srikandi Islam yang boleh dijadikan ikutan terbaik.
Siapakah mereka?
1) Siti Khadijah- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik. Pembela paling setia dan sanggup mengorbankan seluruh jiwa raga, harta dan perasaannya demi kejayaan perjuangan Rasulullah.
2) Siti Fatimah- Anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Menjadi pendorong dan motivasi ketika baginda menerima tekanan kaum Quraisy Mekah. Menjadi isteri solehah dengan memberi khidmat kepada suaminya Saidina Ali menyampaikan dakwah dan membuat persiapan untuk memasuki medan peperangan.
3) Siti Aishah- membantu baginda Rasul dalam menyampaikan mesej Islam sehingga ke semua peringkat termasuklah kaum wanita hari ini sekali gus menaikkan martabat wanita yang pada awalnya dinilai sebagai golongan yang rendah dari sudut kaca mata masyarakat Arab Jahiliah ketika itu.
4) Siti Hajar- Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan.
5) Siti Mariam- Wanita suci yang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa.
6) Siti Asiah- Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.
7) Siti Aminah- Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.
8) Siti Muti'ah- Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami.
9 ) Siti Zubaidah- Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan bagi kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.
Tegas beliau, Puteri UMNO juga menuntut pindaan kepada Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan Islam berasaskan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah bagi mengelakkan masyarakat Islam di negara ini terperangkap dalam kekeliruan. Menurut Rozita yang juga Ketua Puteri UMNO Terengganu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga perlu diangkat menjadi sebuah agensi bebas yang dihormati dan berani selain bertanggungjawab melahirkan lebih ramai pemikir-pemikir Islam.
Saya percaya ramai yang ada di dalam dewan ini bernama Siti. Mudah-mudahan kamu juga mempunyai semangat dan aspirasi seperti sembilan Siti yang saya nyatakan itu. Diharapkan Siti-siti yang ada di dalam dewan ini dapat mewarisi legasi perjuangan wanita zaman Rasulullah itu, insya-Allah, yang tidak ada nama Siti pun boleh contohi mereka, jangan risau kita juga dijanjikan syurga.
ALLAH telah berfirman dalam Surah An Nisa, ayat 124;
" Barangsiapa mengerjakan amal- amal soleh, lelaki mahupun wanita, sedangkan dia beriman, mereka itu masuk syurga dan tidak dianiaya walau sedikit pun.''
Melayu dan institusi raja tidak dapat dipisahkan. Kedaulatan raja-raja Melayu wujud sejak enam abad dan telah membina ketamadunan Melayu yang gemilang. Saya ingin mengambil contoh raja Melayu dahulu iaitu Sultan Alauddin Riayat Shah, sultan Melaka yang ketujuh. Baginda menaiki takhta selepas kemangkatan ayahandanya, Sultan Mansur Shah pada tahun 1477 dan merupakan sultan yang paling mementingkan keamanan di Melaka. Baginda dianggap sebagai sultan yang adil dan warak serta tinggi ilmu agamanya. Prihatin dengan rakyatnya, baginda akan menyamar sebagai rakyat biasa dan meronda sekitar kota Melaka pada waktu malam untuk mengetahui masalah rakyat. Ini yang kita panggil `action oriented'.
Saya ingin menarik perhatian kita semua bahawa kemelut itu berlaku kerana orang Melayu yang tidak bersatu. Berpecah dek kerana mengejar kepentingan dan agenda tersendiri. Realitinya, kerana matlamat itu, kita semakin lemah, alpa dan lupa diri sehingga wujud ruang bagi pihak lain mengambil kesempatan. Undang-undang sudah ada tetapi tiada yang betul-betul dihukum atas kesalahan dilakukan. Walhal kita tahu undang-undang terhadap penghinaan kepada raja-raja Melayu termaktub dalam Perlembagaan. Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan yang antara kandungannya turut mempertahankan hak raja-raja Melayu. Mengapa ini berlaku, adakah kerana kita tidak memahami tentang pemerintahan raja berperlembagaan dan manifestasi rukun negara.
Puteri kesal apabila ada pemimpin politik beragama Islam yang dianggap cerdik pandai sudah tidak mahu melindungi kesucian agama Islam daripada dipermain dan dipersendakan pihak-pihak tertentu. Mereka ini lebih mengutamakan agenda politik dan peribadi. Mereka bimbang tidak lagi popular atau hilang sokongan kalau terlalu lantang mempertahankan Islam. Puak-puak ekstremis agama yang sering mencetuskan keganasan tanpa batasan, liberalisasi agama yang 'menghalalkan' budaya seperti LGBT yang secara terang-terangan melanggar akidah umat Islam dan golongan pluralisme agama yang berpendapat semua agama termasuk Islam adalah sama semakin berkembang. Adakah kita hanya mampu melihat semua ini dan membiarkan fahaman berbahaya ini menghancurkan umat Islam.
Puteri mencadangkan agar penambahbaikan dilakukan terhadap SL1M dengan mempelbagaikan cara hebahan seperti melalui akhbar, radio, Facebook dan lain.lain. Pameran di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan IPTS perlu diperbanyakkan atau adakan taklimat kepada pelajar tahun akhir mengenai program tersebut. Berdasarkan laporan Kementerian Pendidikan, kadar pengangguran untuk tahun lalu meningkat daripada tahun 2012. Kadar pengangguran wanita muda pada 2013 berjumlah 34,641 graduan berbanding tahun sebelumnya iaitu 34,139 graduan. Jumlah ini sedikit sebanyak menyebabkan kami Puteri tidak senang duduk. Maka, sebagai sayap tempat bernaung remaja dan wanita muda untuk bersama-sama mencorak hala tuju negara kami ingin mewujudkan satu program - `From Nothing to Something'. Program 'From Nothing to Something' boleh dilaksanakan bersama Kementerian Pendidikan menerusi Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA).

Akhir sekali, Ingatlah rakan-rakan semua. Misi kita adalah misi Puteri UMNO. Kita bergerak SEBAGAI satu pasukan bukannya DALAM satu pasukan. Maksud saya misi kita misi Puteri UMNO, bukan misi Puteri cawangan ini atau misi Puteri Bahagian ini. Saya mahu rakan-rakan semua pandang satu sama lain, lihatlah, baju kita sama, warna tudung kita sama. Maka hati dan perjuangan kita juga mesti sama.
'Kami 'SEMUT API' kecil tetapi menggigit. Kami puteri berdiri dengan semangat juang yang satu, bersatu hati atas nama perjuangan parti, demi ibu pertiwi bersatu sehingga mati.'
Kerajaan digesa menaik taraf Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil menjadi Suruhanjaya Undang-Undang Syariah bagi menambah baik, menyeragamkan dan memperkasakan undang-undang Islam di negara ini.
Wakil Puteri UMNO, Rozita Ismail berkata,
KUALA LUMPUR 27 Nov. – Pergerakan Puteri UMNO mahu pemimpin yang menjadi liabiliti kepada parti, baik dari segi tindakan mahu pun kata-kata, mengundur diri secara terhormat untuk mengelakkan UMNO berdepan tragedi.
Wakilnya, Nazliah Ali berkata,
keinsafan dalam diri setiap pemimpin UMNO perlu dijelmakan jika sudah berada dalam kategori liabiliti, kerana jika terus berkuasa mereka akan dianggap seperti ‘ikan busuk di pasar’. Katanya, tanggungjawab itu wajib dilaksanakan kerana laungan transformasi telah lama dibangkitkan dan jika pemimpin yang menjadi liabiliti terus kekal dalam parti, adalah tidak mustahil UMNO bakal berdepan kebinasaan.
Dalam perkembangan yang sama, Nazliah juga mendesak agar aspek kepemimpinan UMNO perlu diubah segera terutama dengan memastikan tiada dalam kalangan pemimpin parti bersifat elitis sehingga tidak mesra rakyat. Menurutnya, semua aspek tersebut perlu dilaksanakan dengan semangat solidariti agar hasilnya nanti menepati transformasi kerana rakyat tidak akan menunggu lama untuk menghukum UMNO jika pemimpin sedia ada takut untuk berubah.
Sementara itu, beliau yang juga Ketua Puteri UMNO Tawau, Sabah, berkata, sayap pergerakan tersebut tidak tamak memburu kuasa di sebalik laungan peremajaan parti tetapi hanya menuntut pucuk pimpinan mengilap pemimpin dalam kalangan mereka.

“Kita mohon pemimpin yang menjadi liabiliti kepada parti keramat ini mengundur diri. Kami sudah penat berbalah hujah menegakkan benang yang basah sedangkan jelas tiap silap dan salah. “Kami tidak mahu pemimpin rasuah. Kami tidak mahu pemimpin yang sesuka hati membuat kenyataan hingga rakyat menjadi marah, apa kejadah (halnya),”katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2014, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.
Dalam perkembangan yang sama, Nazliah juga mendesak agar aspek kepemimpinan UMNO perlu diubah segera terutama dengan memastikan tiada dalam kalangan pemimpin parti bersifat elitis sehingga tidak mesra rakyat. Menurutnya, semua aspek tersebut perlu dilaksanakan dengan semangat solidariti agar hasilnya nanti menepati transformasi kerana rakyat tidak akan menunggu lama untuk menghukum UMNO jika pemimpin sedia ada takut untuk berubah.
Sementara itu, beliau yang juga Ketua Puteri UMNO Tawau, Sabah, berkata, sayap pergerakan tersebut tidak tamak memburu kuasa di sebalik laungan peremajaan parti tetapi hanya menuntut pucuk pimpinan mengilap pemimpin dalam kalangan mereka.
“Kami tidak akan meminta jawatan menteri, timbalan menteri, pengerusi syarikat milik kerajaan (GLC) atau ahli lembaga pengarah. Kami minta kalau ada permata di antara kami gilaplah, agar mampu menabur bakti kepada pertiwi,” katanya.
Kerajaan digesa menaik taraf Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil menjadi Suruhanjaya Undang-Undang Syariah bagi menambah baik, menyeragamkan dan memperkasakan undang-undang Islam di negara ini.
Wakil Puteri UMNO, Rozita Ismail berkata,
Suruhanjaya
itu dicadangkan bertindak dan bertanggungjawab di bawah Majlis
Raja-Raja memandangkan bidang kuasa pentadbiran Islam terletak di
bawah raja-raja Melayu.
“Keadaan semasa nyata menuntut perundangan Islam di negara ini diperkasakan supaya kembali berdaulat dan menjadi teras pemerintahan negara. Kita begitu lemah dalam penguat kuasaan undang-undang syariah sehingga kita dianggap bersetuju dengan perkara-perkara bertentangan syarak. “
katanya ketika membahaskan usul agama dan pendidikan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini."Kita longlai sehingga Islam menerima penghinaan, kita lambat memberi respons kepada isu-isu sensitif sehingga kemulian Islam dipermainkan,”
Puteri UMNO Bahagian Kubang Pasu mewakili Negeri Kedah, Rosliza Hasan membahas usul pada persidangan Pergerakan Puteri UMNO di PWTC KL hari ini.
Siti Huraizah Ruslan , semasa sesi perbahasan mewakili orang kurang upaya (OKU) semasa Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, kelmarin. Saya membahaskan empat perkara iaitu pengupayaan OKU, memupuk kesedaran tentang OKU dalam kalangan masyarakat, pembaharuan perundangan untuk golongan ini serta mencadangkan supaya ditubuhkan unit pengupayaan OKU.
"Sebenarnya pelbagai bantuan kerajaan selayaknya diterima oleh kami. Walau bagaimanapun, persoalan yang timbul sekarang adalah keupayaan OKU untuk mendapat peluang pekerjaan terutama di sektor awam masih di tahap yang sangat rendah. Pada tahun 1988, kerajaan menetapkan semua jabatan perlu menepati kuota satu peratus pekerja OKU diambil bekerja tetapi hakikatnya, setelah 26 tahun, kita hanya menetapkan dasar tetapi tidak dilaksanakan".
KUALA LUMPUR 27 Nov. - Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron menyifatkan perbahasan Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO 2014 kali ini sebagai matang dan menyeluruh. Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, kesemua isu yang dibangkitkan sepanjang perbahasan tersebut membuktikan Puteri UMNO sudah bersedia untuk mengangkat martabat golongan muda.
Katanya, perkara itu sekali gus menepis tanggapan orang ramai khususnya dalam kalangan parti pembangkang yang menggelar Puteri UMNO sebagai ‘lesu’. “Perbahasan tahun ini banyak menunjukkan kematangan ahli-ahli Puteri dalam membicarakan isu semasa dan politik. Malah, beberapa isu besar turut dibangkitkan oleh Puteri pada kali ini, sekali gus menunjukkan kesungguhan mereka dalam membawa golongan muda ke peringkat lebih tinggi,” katanya kepada Utusan Online sempena Perhimpunan Agung UMNO 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.
Tambahnya, persepsi orang ramai mengatakan UMNO bukan parti bagi golongan muda mungkin disebabkan penutupan pemikiran oleh pihak pembangkang dalam berita yang disebarkan. Katanya, mereka yang beranggapan sedemikian tidak meletak diri dalam landasan UMNO sebenar, sebaliknya membiarkan ideologi pembangkang menguasai fikiran.
“Jika orang muda tidak diberi peluang, cuba lihat pemimpin yang sebelum ini dari golongan muda seperti bekas Ketua Pemuda, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Malah, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak kita sebelum ini adalah Ketua Pemuda,” katanya.
UCAPAN DASAR KETUA PEMUDA, KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR PADA PERSIDANGAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO 2014 DI DEWAN TUN HUSSIEN ONN PWTC KUALA LUMPUR
Perahu dikatup dengan daun
Penuh sarat berisi lokan
Kalau hidup seratus tahun
Sepanjang hayat Pemuda berkorban
Sampan kotak mengapa dikayuh
Hendak belayar ke tanah seberang
Patah kepak bertongkat paruh
Pantang menyerah di tengah gelanggang
Berdiri saya di hadapan anda pagi ini - menyirat semula nirmala perjuangan parti, menginsafi amanah yang diberi, mensyukuri rentetan pengorbanan tokoh-tokoh UMNO sebelum ini.
Alhamdullilah, mari kita zahirkan rasa syukur ke hadrat Tuhan Rabbul Izzati, yang maha pengampun lagi maha mengasihani. Kerana dengan zat limpah kurnia yang diberi, seperti tradisi tahun-tahun sebelumnya, dapat kita berkumpul semula dalam dewan yang gemilang ini. Juga selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat.
Sebagai sebuah organisasi, kita berhimpun bukan sekadar memenuhi keperluan perlembagaan tetapi lebih daripada itu - bagi menyusun strategi dan agenda jemaah, mengangkat martabat bangsa dan pertiwi.
Ini bertepatan dengan firman Allah SWT di dalam Surah Al-Maidah ayat 2:
Yang bermaksud: "... dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)."
Saya teringat pesan para cendekiawan: jangan malu jadi orang berbangsa. Dalam konteks kita pagi ini, jangan malu jadi Melayu. Tak perlu rasa segan bila bercakap tentang halatuju dan masa depan bangsa sendiri. Dan yang paling penting, tak perlu minta maaf dengan orang lain kerana ini tentang kita, kalau bukan diri sendiri yang membela bangsa, nak harapkan siapa lagi?
Tapi jadi orang berbangsa besar tanggungjawabnya. Bukan setakat mempertahankan perjuangan, meluaskan legasi atau menyambung tradisi semata. Orang berbangsa yang bermaruah akan sentiasa melihat cerminan diri di mata masyarakat. Orang berbangsa yang progresif sentiasa tahu ufuk halatuju masing-masing.
Kita sebagai orang muda dalam parti wajib menunjukkan kepada setiap yang meragui, bahawa kita memilih harapan bukan kemusnahan. Kita mahu menyangkal dengan adat, berdebat dengan ilmu, menyanggah dengan adil. Jika itu langgam kita, insyaAllah, Pemuda UMNO akan mendokong etos bangsa Melayu yang benar-benar merdeka!
Dalam premis ini, kita bersetuju memberi hak kerakyatan untuk kaum
bukan Melayu dan mengekalkan bahasa ibunda mereka; sementara itu orang
bukan Melayu pula mengakui kedudukan istimewa orang Melayu, bahasa
Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu. Orang
Melayu terima, dan orang Melayu tak pernah pertikaikan persetujuan yang
telah kita beri.
Tetapi, kenapa pula masih ada mereka
yang tidak menghormati perjanjian yang sama. Kalau orang Melayu boleh
terima, tak ungkit kerakyatan dan mengiktiraf bahawa kita tak boleh
tutup sekolah vernakular, kenapa ada pula yang sekarang ini tidak pegang
janji asal mereka. Kenapa ada yang minta dihapus kedudukan istimewa
orang Melayu, ada yang mempertikaikan kedaulatan Raja-Raja Melayu, ada
yang tak faham Bahasa Kebangsaan. Kalau orang Melayu tegas dengan
prinsip kita mempertahankan perjanjian asal, kita tuntut yang lain juga
pegang pada janji asal mereka. Tak perlu lagi pertikaikan hak kami. Kita
tak minta mereka menggadai apa yang ada, kita cuma minta jaga apa yang
telah dipersetujui bersama.
Adat bila berjanji wajib dikota, saudara. Kalau tak mahu kita
mengungkit apa yang diberi, janganlah disoal hak dan keistimewaan
peribumi. Atas janji inilah kita mengasas, membentuk Malaysia yang
harmoni. Ini cara kita, yang terbaik untuk semua.
Khairy Jamaluddin (tengah) menyampaikan anugerah khas Pemuda kepada Ketua Pemuda Negeri Terengganu, Mohd Johari Abu Bakar (kiri) pada Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda Umno di Dewan Tun Hussein Onn PWTC di Kuala Lumpur, hari ini.- Foto Bernama
Bersama obor perpaduan yang menyala-nyala ini, Pemuda percaya perlu ada
batas dalam setiap nas kebebasan. Apa yang sensitif, apa yang boleh
merosakkan pembuluh perpaduan, jangan disentuh sama sekali. Sama ada
Akta Hasutan dikekal atau ditambah baik, ini semua lompong makna kalau
kita tak faham semangat dan halutuju kita orang berbilang bangsa. Tak
kira apa akta, apa bylaws, apa kekangan, perkara-perkara yang sensitif
dicanang jangan. Buat apa meniup api dalam sekam semata membangkit
kemarahan?
Pada masa yang sama, Pemuda menyokong segala usaha untuk melahirkan
lebih ramai lagi usahawan di kalangan belia luar bandar. Program-program
seperti Rural Business Challenge di bawah Kementerian Kemajuan Luar
Bandar dan Wilayah (KKLW) dan Agropreneur Muda di bawah Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani harus kita sokong. Pemuda bercadang
supaya lebih banyak lagi peluang ekonomi diberi kepada anak muda luar
bandar , agar mereka tak perlu berhijrah ke bandar untuk mencari rezeki.
Bagi merekayasa ekonomi anak muda luar bandar Pemuda cadangkan agar
Revolusi Ekonomi Anak Muda Luar Bandar dilancarkan. Gunakanlah 120 ribu
hektar tanah terbiar di negara ini, panggil anak-anak muda luar bandar
untuk mengusahakannya, ini akan mencetus revolusi ekonomi ke arah
menambah pendapatan masyarakat muda luar banda
Tak ke mana seluang melaut, akhirnya balik ke tepi jua; tak ke mana
Melayu merantau, ke tanah asal pulanglah mereka. Kita ini parti Melayu -
walau ditala, ditabuh, diterajang bagaimana sekalipun - begitulah kita.
Kalau asalnya benih yang baik, dicampak ke laut jadi pulau. Kalau
asalnya berdarah pahlawan, dihumban ke mana tetap melawan!
Kalau dulu Melayu corot kelas bawahan, parti inilah yang mengangkat
orang Melayu jadi usahawan, saintis dan pakar perubatan. Kalau dulu kita
buta huruf, miskin ilmu, bangsa yang tiada visi mahupun misi, parti
inilah yang menjadikan kita profesor, pensyarah dan pakar ekonomi. Kalau
dulu ada yang kata Melayu itu koman, parti inilah yang mengangkat
Melayu ke depan - dari Melayu macai jadi Melayu bijak pandai!
"Jangan lihat anak muda sebagai ancaman," demikian peringatan Ketua
Penerangan Pemuda Umno, Jamawi Jaafar. Berucap ketika membahaskan
ucapan dasar presiden, beliau berkali-kali mengingatkan kepimpinan parti
di semua peringkat supaya memberi laluan kepada muka-muka baharu untuk
meneruskan perjuangan Umno bila tiba masanya.
"Jangan tengok anak muda sebelah mata, jangan nafikan kuasa anak muda kerana kini adalah era dan zaman mereka. "Jangan persiakan bakat dan kemampuan anak muda. Berilah mereka peluang untuk meneruskan perjuangan demi masa depan Umno," katanya di Perhimpunan Agung Umno 2014 di sini, Khamis.
Sementara itu, wakil Pemuda UMNO,
Azmir Yuzaimi Mohd. Yunos dalam membahaskan usul yang sama berkata,
setiap pemimpin muda yang ingin menjayakan proses peremajaan UMNO
perlu memiliki sifat merendah diri dan mesra rakyat.
Menurutnya, mereka sewajarnya menghayati pendekatan pemimpin berjiwa hamba seperti yang ditekankan di dalam Islam.
“Apa salahnya hari ini kita berjalan dengan merendah diri dan menjadi pemimpin yang mudah berbicara. Apabila bersalaman, tengok muka orang itu sambil bertegur sapa. Pendekatan ini yang kita hendak remajakan,” katanya.Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Puchong turut meminta kepemimpinan parti di semua peringkat meletakkan Islam pada kedudukan yang tertinggi dalam segala aspek.
Khairul Azwan Harun berucap sempena Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO 2014 di PWTC, Kuala Lumpur, semalam. Ahli Pergerakan Pemuda UMNO diingatkan supaya tidak ‘menswastakan’ perjuangan untuk membela Melayu dan bumiputera kepada mana-mana pihak atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata, pergerakan tersebut perlu berada di barisan hadapan dan menjadi pejuang kepada Melayu serta bumiputera sampai bila-bila.
"Saya akan bercakap sampai bila-bila mengenai kesederhanaan kerana saya tidak mahu negara kita akhirnya dipimpin oleh golongan hipokrit yang mengelirukan bukan sahaja diri sendiri tetapi juga ahli UMNO dan orang Melayu, rakyat majoriti negara kita".
UCAPAN DASAR KETUA WANITA UMNO MALAYSIA DATUK SERI SHAHRIZAT ABDUL JALIL PADA PERSIDANGAN PERGERAKAN WANITA UMNO 2014 DI PWTC KUALA LUMPUR., WANITA UMNO SERIKANDI NEGARA
Alhamdulillah dengan IzinNYA kita terus dikurniakan kesihatan,
keberkatan dan kesempatan untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pergerakan
Wanita UMNO Malaysia Tahun 2014. Di sini kita berakur janji kepada parti
demi mengangkat kesucian Agama, kemuliaan Bangsa dan kesejahteraan
Negara.
Bagi pihak barisan kepimpinan tertinggi Pergerakan Wanita
UMNO Malaysia, saya mengalu-alukan kehadiran 955 orang perwakilan wanita
dari 191 bahagian seluruh Negara ke perhimpunan ini. Tahniah dan syabas
saya ucapkan!. Puan-puan adalah wakil dan perutusan kepada 1,330,926
(satu juta tiga ratus tiga puluh ribu sembilan ratus dua puluh enam)
ahli Wanita UMNO menunaikan tanggungjawab seperti yang termaktub di
dalam Perlembagaan UMNO. Puan-puan jugalah pembawa suara akar umbi dan
obor harapan rakyat.
Selagi nadi masih berdenyut, selagi
siang berganti malam, selagi langit tegak dijunjung selagi itulah
perjuangan Wanita UMNO akan terus beristiqamah menggenggam teras
Bersatu, Bersetia, Berkhidmat. Ayuh wanita, kita eratkan tali
sillaturrahim, bermuafakat, berpakat, bersatu, melangkah seirama waima
kita datang dari kali berbeza, namun pastinya pertemuan kita di muara
yang sama.
Perhimpunan Agong Pergerakan Wanita UMNO kali ini dimulakan dengan tiupan semangat baru apabila kelmarin, 25 November 2014, YAB Presiden UMNO, Dato' Sri Najib Tun Razak merasmikan Buku Tinta Sejarah Wanita UMNO iaitu SRIKANDI NEGARA. Saya sedut kata-kata keramat YAB Dato' Sri Najib dalam Kata Pendahuluan "Hari ini Pergerakan Wanita UMNO bukan lagi menjadi tulang rusuk lelaki tetapi tulang belakang yang menjadi denyut nadi dan pemangkin untuk transformasi kepada budaya baru dalam UMNO"
"Wanita UMNO adalah saf pejuang parti yang telah terbukti dalam pilihanraya kecil dan pilihanraya umum, menjadi barisan hadapan menghadapi parti-parti pembangkang. Kepintaran, kegagahan, kesegaran daya juang Wanita UMNO telah membantu memastikan kemenangan demi kemenangan dalam perjuangan kita yang masih panjang."
YAB Timbalan Presiden
UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menyatakan "sebagai tulang belakang
parti politik di Negara ini, peranan dan tanggungjawab Pergerakan Wanita
UMNO semakin mencabar, terutama dalam memastikan kaum wanita terus
bergerak seiring dengan kepesatan kemajuan Negara. Hakikatnya walaupun
Wanita UMNO telah melepasi usia enam dekad, namun perjuangan kita semua
belum berakhir."
Hari ini, saya nak iktiraf puan-puan yang hadir di dewan ini sebagai
Srikandi Negara. Semangat pengorbanan dan khidmat tanpa sempadan telah
melakarkan banyak kejayaan. Kita menang PRU 13, kita menang beberapa
pilihan raya kecil walaupun ada ramalan ahli nujum mengatakan kita akan
kalah. Tetapi berkat sepakat dan tinggi iltizam, Alhamdulillah semua
rintangan dapat kita atasi bersama. Bulat air kerana pembentung, bulat
manusia kerana muafakat.
Wanita UMNO terkenal dengan juara
kebajikan, sehinggakan pihak pembangkang mengalah dan mengakui kebenaran
hakikat ini. Kitalah yang berkhidmat untuk rakyat dengan
program-program Skuad Sayang, Jalinan Rakyat, Skuad An-Nur, JUWITA dan
program-program lain. Setitik keringat puan-puan yang mengalir ke bumi
ini akan menentukan masa depan anak bangsa pewaris Negara. Malaysia
tanah tumpah darahku.
KUALA LUMPUR - "Bagilah makcik-makcik ini peluang. Kalau tak ada
(makcik) tak adalah Pemuda dan Puteri, hancurlah Umno," demikian kata
Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Mengulangi permintaan supaya satu kerusi tambahan diwujudkan bagi
jawatan Naib Presiden Umno dan Naib Ketua Umno Bahagian diberi kepada
anggota sayap itu, Shahrizat menegaskan ia bertujuan memperkasa
penglibatan wanita dalam politik, juga sebagai pengiktirafan, tanpa ada
niat untuk mencantas sesiapa.
"Boleh tak? Bagilah satu tempat kepada kami (Wanita Umno). Kita tak
singsing tangan tapi kita hulur tangan sebab kita sayangkan parti ini,"
katanya dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Wanita Umno 2014 di
Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
Shahrizat berkata, hasil mesyuarat perwakilan Wanita Umno bahagian
tahun ini, 171 bahagian dan 12,483 cawangan menyokong usul berkenaan.
Wanita Umno dianggotai 1.3 juta orang, hampir separuh daripada jumlah
keseluruhan 3.5 juta anggota Umno.
“Cadangan ini mendukung kehendak Fasal 3.4, Peraturan Pergerakan Wanita Umno iaitu membangunkan wanita ke arah mencapai 30 peratus dalam bidang pembangunan dan pembuat dasar negara. "Saya berharap pucuk pimpinan Umno akan membuat keputusan bijaksana dalam hal ini apabila masanya tiba untuk Perlembagaan Umno dipinda," katanya.
"Selagi saya jadi Ketua Wanita Umno, saya tidak akan biarkan mana-mana pihak kecilkan usaha wanita. Langkah mayat saya dulu kalau nak biarkan wanita diperkecilkan," katanya, yang mendapat tepukan gemuruh daripada 993 perwakilan Wanita.
Usul ucapan dasar ketua itu dicadang Ketua Umno Bahagian Kimanis, Surayah Ibrahim dan disokong Ketua Umno Bahagian Ampang, Prof Madya Datuk Dr Rozaidah Talib. - Bernama
Latar belakang sejarah menunjukkan bahawa kompromi antara semua etnik di
Malaysia seperti Melayu, Cina dan India serta pribumi Sabah dan Sarawak
tentang hak-hak bersama kaum-kaum tersebut dan hak-hak istimewa serta
hasil rundingan dan persetujuan dengan Raja-Raja Melayu dan pihak
Inggeris bagi mencipta suatu sistem negara yang mengamalkan ciri-ciri
demokrasi, bebas, adil dan makmur telah melahirkan Perlembagaan
Persekutuan yang pada hakikatnya merupakan suatu kontrak sosial untuk
semua masyarakat di Malaysia.
Di dalam perhimpunan ini saya dan Wanita UMNO secara tegas menyatakan
bahawa kami tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu di luar
sana yang mahu menggugat atau mempertikaikan Agama Islam sebagai agama
rasmi, hak keistimewaan Raja-Raja, hak keistimewaan Orang Melayu dan
Bumiputera Sabah dan Sarawak serta kedudukan bahasa Melayu sebagai
Bahasa Kebangsaan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
KUALA LUMPUR: Suasana
dalam Dewan Merdeka bertukar gamat seketika apabila ketua pergerakan
Wanita Umno mengulangi gesaan supaya kepimpinan parti memberi ruang
untuk ahlinya membuktikan keupayaan dengan mewujudkan satu lagi kerusi
Naib Presiden. Kata-kata Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil itu diiringi tepukan
gemuruh dan sorakan tanda sokongan 993 perwakilan pergerakan itu yang
hadir pada persidangan sayap berkenaan, Rabu.
Saya dapati bahawa sejak kebelakangan ini telah berlaku peningkatan yang
mendadak terhadap perbuatan yang tidak bertanggungjawab oleh sesetengah
pihak yang dengan sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan-kenyataan
yang bertujuan untuk mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan
antara kaum di Malaysia. Mereka ini juga dengan lantang dan tanpa rasa
hormat telah mengeluarkan kenyataan yang menghina dan boleh
membangkitkan perasaan tidak setia kepada Yang di-Pertuan Agong dan
Raja-Raja yang merupakan paksi kepada sistem Raja Berpelembagaan yang
kita amalkan sejak sekian lama Tidak cukup dengan itu, mereka juga
dengan begitu angkuh mempersoalkan perkara, hak, taraf kedudukan,
keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang telah diperuntukkan di
bawah Perlembangaan Persekutuan sejak kita mencapai kemerdekaan.
Kita tidak boleh biarkan perkara ini berlarutan hanya kerana nak
menonjol atau mempertahankan hak individu di kala Negara kita di ambang
keresahan. Maka, sebagai langkah pencegahan adalah amat penting supaya
kuasa sewajarnya diperuntukkan bagi membendung tindakan-tindakan yang
boleh membakar api perkauman dengan mempersoalkan hal-hal perkara
sensitif seperti hak kewarganegaraan mana-mana orang (Bahagian III
Perlembagaan Persekutuan), kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan (Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan), kedudukan istimewa
Orang Melayu dan anak Negeri Sabah dan Sarawak (Perkara 153 Perlembagaan
Persekutuan) serta kedaulatan Raja-Raja sebagaimana yang dijamin di
bawah Perkara 181 Perlembagaan Persekutuan.
Saya selaku Ketua Wanita UMNO Malaysia menghulur tangan tali
persahabatan, tali silaturrahim kepada semua rakyat Malaysia berbilang
kaum, tidak kira apa fahaman politik, maupun parti, tidak kira apa
agama, maupun bangsa, marilah kita bersyukur dengan kenikmatan yang kita
kecapi. Marilah kita balik ke pangkal jalan untuk meluncur kehadapan
dan bersatu membina negara yang lebih berjaya dan lebih mulia di bawah
kepimpinan Dato' Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri
kita.
WANITA UMNO SRIKANDI NEGARA
27 November 2014 , PWTC Kuala Lumpur - Perasmian Perhimpunan Agung UMNO yang akan dilaksanakan oleh YAB Presiden UMNO DS Mohd.Najib bin Tun Hj.Abdul Razak sebentar lagi sebaik selesai menaikan Bendera Sang Saka Bangsa dan Pemeriksaan Barisan serta nyanian lagu UMNO " Bersatu-Bersatie-Berkhidmat"
Perhimpunan Agung Umno 2014, satu acara politik yang saban tahun
menjadi tumpuan banyak pihak, bermula dengan tradisi menaikkan bendera
Sang Saka Bangsa. Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak bersama isteri, Datin Seri
Rosmah Mansor, tiba pada pukul 9 pagi di Plaza Merdeka, Pusat Dagangan
Dunia Putra (PWTC) di sini. Ketibaan Perdana Menteri yang segak berbaju Melayu oren disambut timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin serta pemimpin Umno lain.
Najib kemudiannya menerima tabik hormat dan memeriksa perbarisan
melibatkan 150 anggota daripada ketiga-tiga sayap Umno iaitu Wanita,
Pemuda dan Puteri yang diketuai Syahreman Hussain.
Najib diiringi Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil,
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Ketua Puteri Datuk Mas Ermieyati
Samsudin sewaktu memeriksa perbarisan.
Cuaca cerah dan kehadiran orang ramai menyemarakkan lagi upacara
menaikkan bendera Umno dan diiringi nyanyian lagu Umno ‘Bersatu Bersetia
Berkhidmat’.
Sejumlah 2,752 perwakilan Umno dari seluruh negara menghadiri perhimpunan agung parti yang berlangsung selama tiga hari. Selain itu, 1,452 petugas media daripada 106 agensi media tempatan
dan antarabangsa, media baharu termasuk blogger serta portal berita
dalam talian berkampung di Laman Media, PWTC, sejak Sabtu lepas membuat
liputan perhimpunan parti tonggak Barisan Nasional itu.
27 NOVEMBER 2014 , DEWAN MERDEKA PWTC , KUALA LUMPUR
27 NOVEMBER 2014 , DEWAN MERDEKA PWTC , KUALA LUMPUR
UCAPAN DASAR PRESIDEN UMNO YAB DATO' SRI MOHD.NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK SEMPENA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO KE - 65 PADA 25 -29 NOVEMBER 2014 SOLIDARITI MELAYU DAN BUMIPUTERA, SOLIDARITI UMNO, SOLIDARITI MALAYSIA.
Pagi ini merupakan kali ke-6, saya berdiri di hadapan para perwakilan serta para tetamu sebagai Presiden. Saya merujuk juga kepada seluruh rakyat Malaysia yang sedang menonton di kaca-kaca televisyen dan mendengar di corong-corong radio. Termasuklah sebahagian besar generasi Y, yang mengikuti Persidangan Agung UMNO ini. Apatah lagi pada saudara sekalian, barisan pimpinan di atas pentas, para perwakilan yang sedang duduk dan berdiri di bawah serta yang di atas sana, pimpinan mahasiswa tempatan, perwakilan-perwakilan UMNO luar negara, tidak dilupakan adik kakak, pakcik makcik, yang sedang mengamati layar besar di luar dewan ini.
Saudara sekalian,
Pada 11 Mei kira-kira 68 tahun lalu, UMNO telah ditubuhkan. Ini merupakan usaha terbesar dalam agenda menyatupadukan orang-orang Melayu. Terbukti, setelah parti ini dibentuk, maka, termaktublah dalam catatan sejarah bahawa, UMNOlah yang telah berjaya menguburkan rancangan penubuhan Malayan Union. Sememangnya lagi, perjuangan dan pengorbanan orang-orang Melayu dalam menempuh semua cabaran itu, tidak lain tidak bukan, dengan berpegang kepada satu prinsip dan semangat yang dinamakan solidariti. Sesungguhnya, inilah bukti dari mata ke mata, dari hati ke hati bahawa, semangat perjuangan Parti Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO akan terus marak, terus menjulang dan terus menyala.
Mari kita laungkan bersama-sama, sebanyak 3 kali,
Hidup UMNO!! Hidup UMNO!! Hidup UMNO!!
Pada 31 Ogos lepas, kita telah merayakan ulangtahun kemerdekaan tanah air yang ke-57. Kemudiannya, pada 16 September semasa sambutan Hari Malaysia di Bumi Kenyalang, hasil perbincangan bersama para pimpinan di Sabah dan Sarawak, kita telah putuskan bahawa, akan hanya menyambut satu tarikh rasmi kemerdekaan.
Ini kerana, 16 September itu bukanlah disengajakan. Ia hanyalah berpunca daripada kelewatan pengesahan laporan pungutan suara daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Dalam hal ini, barangkali ramai yang tertanya-tanya mengapa kita mahukan satu sahaja tarikh kemerdekaan bagi seluruh Malaysia. Jawapannya adalah, solidariti.
Malah, yang lebih mustahak perlu diketahui, itulah hasrat Almarhum Tunku Abdul Rahman, bahawa kita semua hendaklah menyambutnya di tanggal 31 haribulan Ogos. Tapi jangan bimbang, cuti umum 16 September masih tatap kita raikan dan rayakan.
Takwim 2014, sangat menguji kita, apabila digemparkan dengan tragedi tidak terduga, misteri kehilangan pesawat MH370 dan peristiwa tragik pesawat MH17 yang terhempas di kawasan Timur Ukraine.
Pada detik-detik cemas itu Saudaraku Sekalian, kuasa-kuasa besar pun tidak mampu untuk menolong. Lalu tidak pernah terjadi dalam sejarah, saya terpaksa berunding dengan puak pemberontak yang tidak beridentiti negara, sehingga berjaya mendapatkan kotak hitam dan akhirnya memasuki kawasan kejadian.
Pucuk pangkalnya, dengan kehendak Allah jua, kita telah berupaya membawa pulang hampir kesemua jenazah yang telah terkorban kembali ke tanah air, di mana mereka berasal.
Jelasnya, saudara sekalian, rakyat Malaysia secara keseluruhan telah menunjukkan semangat muafakat yang sungguh luar biasa, khususnya sewaktu Hari Berkabung.
Sebab itulah, kita mahu dan kita ingin semangat kebersatuan yang berkobar-kobar lagi membara sebegini, diteruskan sampai bila-bila. Inilah lambang perpaduan yang dinamakan solidariti.
Saudara Sekalian,
Berhubung itu, kita tidak pernah mengatakan pimpinan UMNO memiliki apa-apa karomah, jauh sekali mempunyai apa-apa mukjizat seperti para Rasul dan Nabi-Nabi. Tidak seperti ada orang itu, yang sanggup mengangkat suaminya sendiri sebagai “Anugerah Tuhan”.
Akan tetapi, kita berasa bersyukur atas nikmat akal fikiran yang dikurniakan oleh Ilahi kepada pimpinan UMNO serta parti, oleh sebab, pabila dirujuk dalam konteks negara kita, bolehlah dibuat perbandingan, dalam pembinaan negara bangsa Malaysia bermula sejak merdeka, ternyata tanpa sedar, kita telah mengambil pengajaran daripada dua peristiwa besar para anbiya’ itu tadi, Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad.
Sebagai contoh, jika kita teliti, bapa-bapa pimpinan yang terdahulu, dengan segala pendekatan berhikmah dan bijaksana, telah memulakan lembaran baharu negara ini, ibarat menghampar sehelai kain putih yang terbentang untuk dipercorak serta diwarna-warnikan.
Langkah terawal diambil oleh pimpinan Kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO adalah mewujudkan keamanan dan kestabilan melalui suatu persefahaman dinamakan kontrak sosial.
Ia melibatkan pengorbanan semua pihak yang mempersetujuinya terutama orang-orang Melayu dan Bumiputera. Kontrak sosial itu menjadi satu wahana demi mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat, bagi sebuah negara yang masih muda dan baharu.
Terserlah, solidariti yang dipupuk itu, menjadi asas kepada perjalanan Malaysia sejak dulu hingga kini, dan InsyaAllah selama-lamanya.

Kalau Roboh Kotanya Jati,
Kayu Belian Kita Dirikan,
Kalau UMNO terus dihormati,
Malaysia yang Makmur jadi HARAPAN.
Antara 11 kejayaan utama yang boleh saya senaraikan:
Pertama: Kalau dahulu semasa mencapai kemerdekaan, kadar kemiskinan isi rumah rakyat Malaysia adalah pada tahap lebih 60 peratus. Alhamdulillah, berkat kepimpinan UMNO, bersama rakan-rakan parti komponen, sukacita saya mengumumkan, kadar kemiskinan telah menyusut kepada satu peratus, malah kemiskinan tegar kini telah hampir disifarkan kesemuanya.
Kedua: Mutakhir ini, sekalipun ekonomi dunia tidak menentu, Malaysia telah mencapai pertumbuhan positif dalam semua sektor dan mencatatkan kenaikan KDNK sebanyak 6.1 peratus. Sayugia saya menyatakan, pencapaian ini, telah menempatkan kita sebagai yang paling tinggi di kalangan negara ASEAN.
Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak akan menyampaikan ucapan dasar Presiden di hadapan 2,763 perwakilan Umno dari seluruh negara, dan seterusnya merasmikan perhimpunan parti terbesar orang Melayu.
Acara perhimpunan bermula pada 8 pagi, berlangsung dengan upacara menaikkan bendera Jalur Gemilang dan Umno, nyanyian lagu Negaraku dan lagu parti “Bersatu, Bersedia, Berkhidmat” di Plaza Merdeka, sebelum beralih ke Dewan Merdeka.
Berslogan ‘Melayu Bersatu’, perhimpunan tahunan parti yang berusia 68 tahun kali ini akan menyentuh pelbagai isu semasa antaranya Akta Hasutan 1948, sekolah vernakular, isu berkaitan agama dan umat Islam, pembangunan ekonomi, sosial dan perpaduan negara.
Sebanyak 755 usul diterima daripada 191 bahagian Umno untuk dibahaskan membabitkan 638 usul untuk rujukan dan 117 usul tanpa bahas.
Semalam, ketiga-tiga sayap Umno – Wanita, Pemuda dan Puteri mengadakan perhimpunan agung tahunan masing-masing, lapor Bernama.
Read more http://www.kualalumpurpost.net/najib-rasmi-perhimpunan-agung-umno-2014/Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak akan menyampaikan ucapan dasar Presiden di hadapan 2,763 perwakilan Umno dari seluruh negara, dan seterusnya merasmikan perhimpunan parti terbesar orang Melayu.
Acara perhimpunan bermula pada 8 pagi, berlangsung dengan upacara menaikkan bendera Jalur Gemilang dan Umno, nyanyian lagu Negaraku dan lagu parti “Bersatu, Bersedia, Berkhidmat” di Plaza Merdeka, sebelum beralih ke Dewan Merdeka.
Berslogan ‘Melayu Bersatu’, perhimpunan tahunan parti yang berusia 68 tahun kali ini akan menyentuh pelbagai isu semasa antaranya Akta Hasutan 1948, sekolah vernakular, isu berkaitan agama dan umat Islam, pembangunan ekonomi, sosial dan perpaduan negara.
Sebanyak 755 usul diterima daripada 191 bahagian Umno untuk dibahaskan membabitkan 638 usul untuk rujukan dan 117 usul tanpa bahas.
Semalam, ketiga-tiga sayap Umno – Wanita, Pemuda dan Puteri mengadakan perhimpunan agung tahunan masing-masing,

Read more http://www.kualalumpurpost.net/najib-rasmi-perhimpunan-agung-umno-2014/Ketiga: Kemasukan pelaburan asing sebanyak 38.7 bilion ringgit pada tahun 2013, merupakan catatan paling tinggi actual realized investments yang pernah dicapai dalam sejarah Negara.
Keempat: Pada Julai 2014, Indeks Bursa Malaysia telah mencecah mata seribu lapan ratus sembilan puluh dua, paras paling tinggi dalam tawarikh negara.
Kelima: Malaysia terus kekal kedudukannya sebagai pasaran sukuk terbesar di dunia.
Keenam: Menurut laporan International Finance Corporation, World Bank Group di dalam ‘Doing Business 2015 Report’, Malaysia berada di tangga ke-18 daripada 189 negara di dunia.Dan menurut Laporan CNN Travel 2013 pula, Kuala Lumpur menduduki tempat keempat sebagai bandaraya paling popular untuk membeli-belah selepas New York, Tokyo dan London.
Ketujuh: Dalam konteks serantau, kita harus berbangga kerana Malaysia diberi kepercayaan dan penghormatan mendamaikan Kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro atau MILF, sekaligus menamatkan sengketa berdarah selama berdekad-dekad di negara itu.
Kelapan: Pada tahun 2015, Malaysia dengan rasminya akan mempengerusikan ASEAN. Ini adalah satu penghormatan kepada pimpinan UMNO dan Barisan Nasional.
Kesembilan: Kita terus dipandang tinggi oleh saudara-saudara seakidah di bumi Gaza, kerana kepimpinan UMNOlah yang terus konsisten, membantu dan memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang tertindas oleh rejim Zionis.
Kesepuluh: Nama Malaysia, semakin mengharum di persada antarabangsa dan berjaya mendapat 187 undian bagi menduduki Kerusi Tidak Tetap Majlis Keselamatan PBB. Dan,
Kesebelas: Saya dengan penuh rasa rendah diri, telah menerima Anugerah Kepemimpinan Islam Global, pada sidang World Islamic Economic Forum 2014 di Dubai. Sesungguhnya, pengiktirafan dunia Islam ini, saya dedikasikan kepada parti UMNO dan pastinya kepada seluruh rakyat Malaysia.
PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sesuatu kepada Idris Haron selepas menyampaikan ucapan dasar pada perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2014 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, semalam.
26 November 2014 , KLIA - Pada jam 3.00 petang rombongan dari UMNO Bahagian Tawau telah tiba di KLIA dalam penerbangan dari Tawau selama 2 jam setengah . Rombongan UMNO Bahagian Tawau yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian , Ketua Cawangan , Ahli ahli Cawangan yang terpilih semasa Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Tawau yang telah diadakan pada 7 September 2014 sebagai Pemerhati. Kesemuanya terdiri daripada 30 orang tiba di Kuala Lumpur untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO yang ke-65 di PWTC Kuala Lumpur.
Jam 7.00 petang rombongan tiba ditempat penginapan yang tidak jauh dari PWTC. Sebilik untuk 2 orang peserta rombongan dan sesuai untuk tempat berehat dengan keadaan bilik yang bersih. Semasa di sini saya bersama KK Hj.Antong Amit bin Antong Ahmad Ketua Cawangan Kg.Batu Payung.
27 November 2014 , Jalan Chow Kit Kuala Lumpur - Minum pagi bersama rakan rakan serombongan sebelum pergi ke PWTC untuk mendengar perbahasan yang diutarakan oleh para perwakilan yang mewakili Negeri dan Bahagian masing masing dari seluruh Negara.
KUALA LUMPUR: Sabah akan tetap berdiri teguh sebagai perisai UMNO dan
berjuang bermati-matian mempertahankan setiap inci negeri itu daripada
dicerobohi anasir jahat. Wakil Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, berkata walaupun terdapat
segelintir pihak cuba menanam kebencian dalam kalangan rakyat negeri itu
terhadap kepimpinan Presiden, Datuk Seri Najib Razak, namum UMNO Sabah
akan tetap bekerja keras dan berdiri teguh di belakang kepimpinan
beliau.
"UMNO Sabah membuat pendirian 100 peratus untuk menyokong kepimpinan presiden dan terus bekerja keras supaya Sabah terus jadi kubu kuat UMNO. Presiden kita bukan seorang 'hercules', bukan superman, bukan si badang. Kita semua kena bantu beliau. Kalau kita bantu beliau, kita bantu UMNO". Inilah bukti solidariti saf yang mantap
"Sudah pasti Sabah tetap akan jaga Datuk Seri (Najib Razak). Andai Gunung Tahan tak cukup jadi perisai Datuk Seri, orang Sabah ada Gunung Kinabalu untuk jadi perisai," katanya yang mendapat tepukan gemuruh perwakilan ketika ketika membahaskan ucapan presiden di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, sebentar tadi.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Tawau berkata, dalam kesedihan
negara mengenang insiden pencerobohan Lahad Datu, Mac lalu, terdapat
segelintir pihak mengambil kesempatan menghidupkan api kebencian dengan
cuba mengkucar-kacirkan keamanan rakyat negeri itu dan menghasut supaya
Sabah keluar daripada Malaysia.
"Insiden Lahad Datu adalah kenangan pahit kepada orang Sabah malah ia juga turut dirasai oleh rakyat negeri lain. Oleh itu, kita perlu bersatu. Bersatu ini solidariti... bukan sekadar bersatu dari segi fizikal tetapi bersatu hati, bersatu fikiran, kerisauan dan melaksanakan dengan jelas apa yang dirancang. Sumbang tenaga material dan buah fikiran untuk kebaikan. Untuk parti kekal dan terus utuh. Kita semua perlu menyumbang... bukannya menumbang," tegasnya.
Mengakhiri perbahasan beliau, Tawfiq menyeru supaya ahli UMNO mengambil
iktibar dan lebih sensitif terhadap senario yang berlaku di dalam negara
dan tidak terus duduk selesa dengan keadaan sekarang.
"Kita mesti ambil iktibar... dengan suara akan umbi. Jangan hanya suara-suara ini sekadar tertulis dalam buku. Ia mesti dilaksanakan... kita mesti merakyatkan UMNO bermula dari atas hingga di bawah. Yang pasti, rakyat di luar sana menjadi hakim dan penentu kita di mana kelak," katanya
Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Tawau , Asis Ali , Hj.Mahamud Sakti dan Azriansyah Ali berada di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur bersama Ahli Jawatankuasa yang lain menghadiri Perhimpunan Agung UMNO Tahun 2014 sebagai Pemerhati.
KUALA LUMPUR: Proses peremajaan parti memerlukan pemimpin pelapis yang berani, tidak cepat melatah, bersifat terbuka dan sentiasa ingin belajar untuk menambah pengetahuan selok-belok politik. Wakil Umno Pahang, Mohd. Sahrir Abdullah , berkata golongan pelapis perlu mempunyai ciri-ciri berkenaan kerana mereka akan menghadapi suasana politik negara yang semakin mencabar.
"Anak-anak muda belum pernah merasai pahit getir perjuangan dan 'sepak terajang' politik. Mereka ini perlu dibimbing melalui proses pembelajaran berterusan. Jangan cepat melatah, jangan jadi pengecut. Politik ini ada seni yang perlu dan sentiasa dipelajari dari semasa ke semasa," katanya ketika membahaskan usul Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.
Beliau berkata agenda peremajaan parti bukanlah sekadar bermaksud
menukar atau mengganti kepimpinan sedia ada secara keseluruhannya
sebaliknya dilakukan bagi mengembalikan maruah serta menjamin
kelangsungan perjuangan parti pada masa depan.
"Anak-anak muda perlu tunjuk semangat tinggi. Kita nak tengok pemimpin pelapis yang dinamik, berkarisma serta lantang bersuara dan berjuang dalam satu saf bersama 'orang lama'," katanya. - BERNAMA
Kehadiran kami Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Tawau ke Perhimpunan Agung UMNO Tahun 2014 adalah atas tajaan UMNO Bahagian Tawau. Kami datang ke Kuala Lumpur sebagai Pemerhati di Perhimpunan ini dan juga diberikan peluang untuk melawat dan berbelanja disini.
Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin Memberi Amaran Bahawa UMNO Dan Barisan Nasional (BN) Akan Kehilangan Kedudukan Jika Tiada Inisiatif Baru Dilaksanakan Untuk Menjadikan Parti Itu Kekal Relevan
Tan Sri Muhyiddin Yassin: “(Berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13) BN mempunyai 44 kerusi ‘kelabu’, yang mana kita menang antara 0.1 hingga 5.9 peratus majoriti sahaja. Hanya dengan penurunan undi dua peratus sahaja, maka akan jadi 103 kerusi parlimen, kurang daripada 112 (majoriti minimum) dan BN akan kalah."
“Dua peratus bukan banyak, kalau saudara kira bahagian parlimen, kalau undi sekian banyak, kiralah dua peratus turun, maka kita akan ada dalam keadaan amat berbahaya."
“Hanya lebih kurang 39 bulan sahaja lagi, tempoh sebelum PRU mesti diadakan. Soalnya dalam tempoh singkat ini apakah inisiatif baharu yang boleh kita laksanakan untuk kembalikan keyakinan, betulkan persepsi, yang dah dibahas usul di peringkat sayap Puteri, Pemuda dan Wanita."

Hj.Mahamud Sakti dan KK Hj.Antung Amit bersama yang lain berada di Bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra menanti rakan rakan lain tiba untuk mendengar Perbahasan Ucapan Dasar Presiden dan Usul Pendidikan , Agama dan Sosial.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal Mencadangkan Strategi ‘Retain’ Dan ‘Regain’ Bagi Memastikan Kemenangan Barisan Nasional (BN) Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata ‘retain’ bererti memberi fokus kepada kawasan yang perlu kekal menang dan ‘regain’ pula dengan memfokuskan kawasan yang perlu ditawan kembali dalam PRU14.
“Kedua-dua gerak kerja ini membawa pendekatan yang berbeza namun kedua-duanya perlu bergerak berasaskan kepada cawangan di bahagian dan negeri."
"Ini kerana berdasarkan statistik daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dari Jun tahun lepas sehingga September lepas, hanya sejumlah 5,939 pengundi telah didaftarkan oleh UMNO seluruh negara berbanding DAP sebanyak 9,309 pengundi."
“Parti-parti komponan cukup membimbangkan yang mana MCA hanya 256 (pengundi didaftarkan), MIC (266), Gerakan (373) berbanding pula dengan Pas (1,775) dan PKR (2,103)."
Menunggu rakan rakan lain untuk bersama sama masuk ke Dewan Merdeka sebagai Pemerhati untuk mendengar perbahasan yang sedang berlangsung.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Menjangka Rangkaan Modul Latihan KERIS 2314 Bakal Menjadi Senjata BN Untuk Mendapatkan Kembali Majoriti Dua Pertiga Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) Nanti
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata modul pengkaderan dan tarbiah itu bertujuan melahirkan Jil-UMNO (generasi pewaris kepimpinan masa depan UMNO) dalam usaha meremajakan parti keramat orang Melayu itu.
KERIS
yang dimaksudkan adalah
"Karisma.Ehsan.Rasional.Iltizam.Setia".
“Bagi nombor keramat 2314 itu pula, 2.3 adalah sasaran kita untuk menebus kembali jumlah kerusi sebanyak dua pertiga pada PRU14 setelah dua penggal kita gagal, manakala 14 adalah sempena PRU14."
Rehat tengahari minum dan makan bersama rakan rakan sambil membeli belah di Pasaraya Sogo , peluang untuk membeli barang untuk dibawa pulang.
Membeli belah di Pasaraya Sogo dengan potongan harga yang istimewa tetap menarik perhatian pembeli terutama sekali kepada kami yang jarang jarang datang kemari akan mengambil peluang sebegini untuk membeli barangan yang akan dibawa balik untuk keperluan sendiri atau juga untuk dibawa balik sebagai ole ole kepada keluarga dikampung.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Menjelaskan Konsep Peremajaan Parti Bukan Sekadar Menggantikan Orang Lama Dengan Orang Muda, Sebaliknya Diterjemahkan Dalam Konteks Menyeluruh
Mengambil contoh pilihan raya umum di India untuk jawatan perdana menteri yang ditandingi calon berusia 64 tahun dan seorang lagi calon berusia 40 tahun baru-baru ini, Khairy Jamaluddin menegaskan faktor mesra golongan muda dengan memanfaatkan teknologi baharu dan media sosial membolehkan calon 64 tahun daripada Bharatiya Janata Party (BJP) menewaskan pesaingnya yang jauh lebih muda.
“Peremajaan itu tidak semata-mata pada umur, peremajaan itu dalam konteks yang lebih menyeluruh. Bila tengok cara mereka (calon di India) berkempen, calon lama telah membawa diri macam orang muda dengan menggunakan media sosial, Facebook, Twitter dan polisi yang mesra orang muda, cergas dan dinamik."
“Calon muda pula tak tunjuk keremajaannya, tidak melibatkan diri di media sosial, polisi pun ditakuk lama, akhirnya gelombang pengundi muda yang tentukan keputusan pilihan raya tersebut telah memberi sokongan kepada calon umur 64 tahun."
Khairy turut memberi contoh Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak, yang disifatkannya telah melalui proses peremajaan apabila mempunyai ramai pengikut di media sosial, termasuk mengikuti trend semasa bergambar ‘selfie’.
“Bukan saya minta pemimpin-pemimpin lama, ketua-ketua bahagian pakai seluar ketat, baju sendat dan sarung kaki merah jambu macam saya, itu bukan autentik, itu dah lunatik. Peremajaan itu juga tidak terhad kepada orang muda dalam UMNO, orang lama dalam UMNO saya yakin boleh melakukan peremajaan tersebut."
“Peremajaan tak bermakna laluan percuma orang muda dilantik itu dan ini… kalau tak layak memang tak layak. Kalau kita layak kita patut menerimanya. Buat kerja dengan baik, tolong bahagian kuatkan parti dan kalau ada rezeki Alhamdulillah. Itu yang kami faham tentang peremajaan, bukan rampasan kuasa. Itulah yang kita faham cara orang Melayu yang penuh dengan kesabaran dan hormat kepada orang lama."
Khairy berkata gandingan pemimpin lama dan baharu diperlukan bagi terus memperkukuh dan mengarusperdanakan parti supaya dapat meraih kembali sokongan rakyat khususnya orang muda.

Pergerakan Wanita UMNO Memohon Kerajaan Memberi Kuasa Kepada Peguam Negara Sebagai ‘Penjaga Kepentingan Awam’ Bagi Mempertahankan Tanah Rizab Melayu Di Seluruh Negara.
Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata ia bertujuan membolehkan tanah rizab Melayu yang dibatal oleh pihak berkuasa negeri untuk tujuan pembangunan wajib diganti oleh kerajaan negeri berkenaan.“Daripada rekod (tanah rizab Melayu) semakin hari semakin terhakis. Ada negeri bukan di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN), apa akan jadi pada tanah rizab ini? Wanita UMNO meminta Perdana Menteri untuk menguruskan pindaan perlembagaan supaya memberi kuasa kepada Peguam Negara sebagai ‘custodian of the public interest’ untuk berkuasa membuat petisyen kepada mana-mana negeri di mana tidak ada ganti wajib atau ganti semula tanah rizab Melayu."
Beliau berkata pihaknya khuatir kegagalan mempertahankan tanah rizab Melayu bakal memberi kesan besar kepada anak cucu orang Melayu.
Sarapan Pagi bersama rakan rakan diwarung kopi di Jalan Chow Kit yang sentiasa menjadi tumpuan kami semasa berada diKuala Lumpur.
Puteri UMNO Mencadangkan Kerajaan Supaya Melaksanakan Potongan Gaji 10 Peratus Ke Atas Semua Pekerja Lelaki Di Sektor Awam Dan Swasta Yang Sudah Berkahwin Untuk Dikreditkan Terus Ke Dalam Akaun Isteri Mereka
Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata langkah itu bertujuan menjamin golongan wanita yang berkahwin mendapat nafkah dan menguruskan rumah tangga dengan lebih baik.
“Ramai juga wanita di luar sana nasib tidak terbela kerana tidak mendapat nafkah sewajarnya daripada suami mereka. Oleh yang demikian saya berpendapat mungkin Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Kewangan dapat berbincang mengenai cadangan ini."
Sebelum ini, Kementerian Pertahanan memperkenalkan langkah tersebut untuk pegawai ATM berpangkat Leftenan Muda dan ke atas yang dikenakan potongan menerusi Peruntukan Paksa ATM dan dikreditkan ke dalam akaun isteri.
Kadang kala teringin juga merasa nasi lemak disini , dimana nasi lemak adalah makanan kebiasaan kami di Tawau.
“Ramai juga wanita di luar sana nasib tidak terbela kerana tidak mendapat nafkah sewajarnya daripada suami mereka. Oleh yang demikian saya berpendapat mungkin Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Kewangan dapat berbincang mengenai cadangan ini."
Sebelum ini, Kementerian Pertahanan memperkenalkan langkah tersebut untuk pegawai ATM berpangkat Leftenan Muda dan ke atas yang dikenakan potongan menerusi Peruntukan Paksa ATM dan dikreditkan ke dalam akaun isteri.
Wakil Kelab UMNO Luar Negara Moscow, Nur Farhana Mohd Anuar Mencuri Tumpuan Apabila Menyatakan Program Anjuran UMNO Kebanyakannya 'Syok Sendiri'
Penuntut tahun kelima First Moscow State Medical University, Rusia, Nur Farhana Mohd Anuar menarik perhatian apabila menyatakan program anjuran UMNO terlalu ‘syok sendiri’, stereotaip, kurang mesra golongan muda, tidak strategik kerana kebanyakannya dianjurkan semata-mata untuk memenuhi tuntutan program tahunan.
Dalam perbahasannya selama 15 minit, beliau dengan lantang berkata UMNO tidak boleh berbangga dengan jumlah anggota yang ramai iaitu 3.47 juta orang kerana mendakwa belum tentu semua anggota itu adalah ‘orang UMNO’.
“Anggota UMNO sepatutnya menjadi ‘orang UMNO’ yang akan berjuang demi bangsa, agama dan negara. Ramai mahasiswa muda mempunyai persepsi bahawa UMNO tidak mempunyai idea yang segar dan tiada idea baharu, matlamat serta perjuangan parti juga semakin pudar."
Nur Farhana juga berkata bagi mendekatkan orang muda dengan UMNO dan meremajakan parti keramat orang Melayu itu, UMNO perlu mengadakan program bersifat interaktif, termasuk menggunakan media sosial, selaras dengan 'hyperconnectivity' atau kesalinghubungan digital yang ditekankan UMNO.
Beliau turut mencadangkan agar laman web UMNO dan kerajaan direka dengan ringkas supaya mudah diakses walaupun sekadar menggunakan telefon bimbit manakala semua dasar diterangkan menggunakan grafik supaya anak muda dapat memahaminya dengan mudah.
Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Maznah Hamid Menggesa Kerajaan Mewujudkan Semula Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (MeCD) Bagi Memperkasakan Agenda Ekonomi Bumiputera
Datuk Maznah Hamid: “Wanita mengatakan MeCD adalah
lambang Melayu dan ia wajib diwujudkan. Agenda pemerkasaan ekonomi
Bumiputera ini perlu diletakkan di bawah satu bumbung pemantauan. Tidak
ada gunanya rumah yang indah tanpa berpenghuni, ibarat kapal tidak
bernakhoda."
“Begitu juga dengan penglibatan Bumiputera di dalam industri halal yang perlu dipertingkatkan. Akibat daripada kurangnya penglibatan Bumiputera dan tiadanya pemantauan, maka berlaku salah guna sijil halal yang berleluasa ketika ini. Maka wanita amat berharap agar Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri memberi perhatian serius terhadap industri makanan halal."
MeCD dibubarkan pada April 2009 dan beberapa agensinya termasuk Majlis Amanah Rakyat (MARA) diletakkan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Ketua UMNO Bahagian Tenggara, Johor, Dr Adham Baba Meminta Kerajaan Menggubal Dasar Baru Yang Dikenali Sebagai Dasar Pembangunan Usahawan Nasional (DPUN) Bagi Memberi Nafas Baru Kepada Perdagangan Bumiputera
Dr Adham Baba berkata dasar itu haruslah mempunyai strategi menyeluruh bagi membantu orang Melayu mendapat akses modal dari institusi kewangan dan modal teroka, akses kepada pasaran domestik dan global termasuk kaedah pemasaran dalam talian serta media sosial.
“Amat penting juga, aspek latihan dan bimbingan termasuk teknikal dan vokasional, kemahiran insaniah dan pementoran diusahakan, dan ini hendaklah mengambil kira keperluan ‘last mile’ untuk memenuhi permintaan dan pulangan pasaran kepada anak muda."
Selain itu Dr Adham berkata kerajaan juga diminta menggubal dasar pemilikan ekuiti bumiputera dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) dengan meluaskan sasaran pegangan ekuiti itu melebihi 30 peratus. Ini bagi membolehkan bumiputera memperoleh lebih banyak pegangan ekuiti dan menjamin kedudukan kaum berkenaan.
Pada 12 Jun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata pemilikan ekuiti bumiputera adalah sebanyak 24 peratus.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiu, Terengganu, Mohd
Iskandar Jaafar Menegaskan Kerajaan Perlu Meneliti Realiti Kehidupan
Rakyat Berpendapatan Rendah Dan Tidak Hanya Berbangga Dengan Statistik
Berhubung Peningkatan Pendapatan Isi Rumah
Mohd Iskandar Jaafar: “Walaupun kita sudah bekerja
bertungkus lumus, kadang-kadang kita rasa sedih…tiba-tiba keluar dalam
suratkhabar, di kaca televisyen, purata pendapatan isi rumah rakyat
Malaysia meningkat RM5,900, amboi…"
“Betullah menjadi sebuah negara maju menjelang 2020 kita kena ada statistik yang menunjukkan kita bergerak ‘in progress’ tetapi bila rakyat dengar mereka tanya pendapatan ini pendapatan siapa?"
“Di tempat saya hari ini, harga getah cukup teruk, ada pernah sampai RM1.60 sekilogram, semalam saya telefon di kampung tanya berapa harga getah hari ini, katanya RM1.70 sekilogram, seminggu motong (menoreh) getah tak dapat sampai RM50 pun. Makanya kita tidak boleh terlalu bergantung kepada statistik untuk nak meyakinkan kepada rakyat bahawa beban sara hidup mereka ini sudah dibantu."

Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Machang, Kelantan, Rahimah Mahamad Berasa Sedih Dengan Isu Kebiadaban Dan Perbuatan Menghina Para Pemimpin Yang Nyata Tidak Lagi Mencerminkan Budaya Masyarakat Negara
Rahimah Mahamad berkata pihak terbabit melakukan
pelbagai penghinaan seperti memijak gambar pemimpin negara, mengubah
lirik lagu Negaraku dan mengibarkan Jalur Gemilang secara songsang.
“Dulu ada adik, kakak macam ini? Ada? Tidak ada… Saya amat sedih sekali…sedih…sedih…Patutkah gambar pemimpin kita Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diletakkan selipar di muka…dan macam-macam lagi benda yang pelik-pelik dilakukan."
“Saya sedih…kalau di Kelantan, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang bekerja begitu kuat siang malam, dibuat patung (menyerupai) beliau yang kemudian ‘digode’ (sebat). Apa salah Mustapa yang bawa balik macam-macam projek ke Kelantan."
Selain itu Rahimah menarik perhatian mengenai isu penggunaan bahasa Melayu di negara ini yang semakin hambar lebih-lebih lagi apabila banyak singkatan bagi program kerajaan dilihat cenderung menggunakan bahasa Inggeris.
“Contohnya kita lebih gemar menyebut RTC (Rural Transformation Centre) untuk Pusat Transformasi Luar Bandar, bukannya PTD, demikian juga bangunan tempat kita berhimpun ini, kita popularkan dengan PWTC (Putra World Trade Centre) untuk Pusat Dagangan Dunia Putra dan bukannya PDDP. Justeru Wanita cadangkan supaya trend dan kecenderungan ini dihentikan demi memartabat bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara."
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata
seluruh rakyat Malaysia perlu berhenti berbalah mengenai perkara
berkenaan, sebaliknya memberi tumpuan penuh kepada usaha memajukan
negara.
Dalam pada itu, Najib turut menempelak pakatan pembangkang yang disifatkan sebagai ibu segala rasuah kerana cuba menawarkan sejumlah wang yang besar kepada seorang pemimpin UMNO untuk membawa Anggota Parlimen BN menyertai pembangkang pada 2008.
“Dulu ada adik, kakak macam ini? Ada? Tidak ada… Saya amat sedih sekali…sedih…sedih…Patutkah gambar pemimpin kita Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diletakkan selipar di muka…dan macam-macam lagi benda yang pelik-pelik dilakukan."
“Saya sedih…kalau di Kelantan, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang bekerja begitu kuat siang malam, dibuat patung (menyerupai) beliau yang kemudian ‘digode’ (sebat). Apa salah Mustapa yang bawa balik macam-macam projek ke Kelantan."
Selain itu Rahimah menarik perhatian mengenai isu penggunaan bahasa Melayu di negara ini yang semakin hambar lebih-lebih lagi apabila banyak singkatan bagi program kerajaan dilihat cenderung menggunakan bahasa Inggeris.
“Contohnya kita lebih gemar menyebut RTC (Rural Transformation Centre) untuk Pusat Transformasi Luar Bandar, bukannya PTD, demikian juga bangunan tempat kita berhimpun ini, kita popularkan dengan PWTC (Putra World Trade Centre) untuk Pusat Dagangan Dunia Putra dan bukannya PDDP. Justeru Wanita cadangkan supaya trend dan kecenderungan ini dihentikan demi memartabat bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara."
Perhimpunan Agung UMNO 2014, Berakhir Dengan Mesej Tegas Dan Lantang Presiden UMNO Bahawa Hak Keistimewaan Orang Melayu, Raja Dan Agama Islam Yang Termaktub Dalam Perlembagaan Negara, Tidak Boleh Dipertikaikan Lagi
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata
seluruh rakyat Malaysia perlu berhenti berbalah mengenai perkara
berkenaan, sebaliknya memberi tumpuan penuh kepada usaha memajukan
negara.
"Kebebasan pun ada had. Kebebasan bukan mutlak. Tak boleh
hina agama Islam, tak boleh cabar hak istimewa Melayu, tak boleh
persoal sistem Raja-Raja Melayu, askar Melayu dan kita jaga kepentingan
kaum lain."
"Jadi, amanlah kita. Asyik berbalah memanjang...kerja
lain tak jadi. Saya nak kita memberi fokus bahawa kita majukan negara
Malaysia tercinta ini. Kita nak bawa Malaysia ke depan. (Bukan) asyik
berbalah saja.
Perdana Menteri Turut Menyelar Amalan Nepotisme Pihak Pembangkang Yang 'Mengorbankan' Anggotanya Yang Tidak Bersalah Semata-Mata Untuk Memberi Laluan Kepada Orang Lain Untuk Memegang Jawatan
Datuk Seri Najib Tun Razak:"(Pembangkang) boleh pula suruh wakil rakyat (mereka) letak jawatan (sebab) isteri nak bertanding. Suruh menteri besar (MB) yang tak ada kesalahan letak jawatan sebab isteri nak jadi MB. Inilah nepotisme terbesar. Kenapa kita tak persalahkan dia. Seranglah pembangkang."Dalam pada itu, Najib turut menempelak pakatan pembangkang yang disifatkan sebagai ibu segala rasuah kerana cuba menawarkan sejumlah wang yang besar kepada seorang pemimpin UMNO untuk membawa Anggota Parlimen BN menyertai pembangkang pada 2008.
Datuk Seri Najib Tun Razak Menutup Tirai Dengan Menyampaikan Mesej Penting Sebagai Pedoman Kepada Anggota Parti Itu Bagi Menghadapi Cabaran Untuk Terus Menjadikan UMNO Kekal Relevan
Najib mengingatkan orang Melayu supaya tidak berbalah sesama sendiri dan
memperkukuhkan serta meneruskan roh perjuangan UMNO bagi masa depan
bangsa Melayu.
Ucapan penuh bermakna oleh Najib selama hampir sejam itu bukan sahaja didengar 2,752 perwakilan UMNO dari seluruh negara, malah turut disiarkan secara langsung menerusi radio dan stesen televisyen tempatan.
“Oleh itu, marilah kita bersama-sama meneruskan perjuangan kita. Perjuangan kita ini hendaklah, saudara sekalian…"
“Jika rosaknya UMNO, maka tersingkirlah kita."
“Jika terbuangnya UMNO, maka hanyut la kita."
“Percayalah jika kuatnya UMNO, pasti terjamin kita."
“Jika hebatnya UMNO, pasti berjaya kita."
“Maka, yakinlah, saudara sekalian dengan mata hati, segala tindakan telah diperhalusi, usah dipertikai beri kepercayaan separuh hati."
“Hilangkan resah, Hilangkan gelisah, janji yang dilafaz pasti tiada dimungkiri."
“Segala keputusan dan tindakan kepentingan Melayu dan Bumiputera tidak pernah kami lupakan."
“Saudara perwakilan, tariklah nafas dan tariklah bersama roh perjuangan, tariklah bersama nafas keberanian, tariklah bersama nafas keyakinan."
“Jadilah kita barisan hadapan untuk pertahankan tindakan dan keputusan yang dibuat oleh parti."
“Jadilah kita barisan hadapan untuk pertahan maruah parti dan usah biarkan ia dicemari."
“Berjanji, berjanjilah selagi hayat dikandung badan, selagi mentari bersinar parti UMNO kita diperkukuhkan, Melayu dan Bumiputera kita pertahankan, Islam kita muliakan, Malaysia tercinta kita makmurkan."
“Maju UMNO, Maju Melayu, Maju Bumiputera, Maju BN, Maju Malaysia”.
Perhimpuan Agung UMNO telah melabuhkan tirainya , kami rombongan dari UMNO Bahagian Tawau juga mula mengatur langkah untuk mengundurkan diri dari Kuala Lumpur untuk balik ke Daerah Bertuah Tanah Peladang Tawau yang disayangi.
Dengan menaiki bas rombongan kami bertolak dari Pusat Bandaraya Kuala Lumpur ke KLIA Sepang untuk menuju distinasi kampung halaman Tawau Sabah Bumi Peladang.

end