Tanggal 12 Rabiulawal pada tahun Gajah, tarikh kelahiran Nabi Muhammad s.a.w yang disambut dengan tasbih dan tahmid memuji kebesaran Allah s.w.t. oleh seisi alam semesta sebagai tanda gembira. Dalam memperingati hari kelahiran Baginda SAW, umat Islam di seluruh dunia tanpa mengira warna kulit dan bangsa turut menyatakan kesyukuran dengan melahirkan kegembiraan tatkala meraikan bulan kelahiran Rasulullah ini. Tahun ini tarikh Maulidur Rasul pada 12 Disember 2016 bersamaan 12 Rabiulawal 1438H.
Tanggal 12 Rabiulawal merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah Umat Islam di seluruh dunia.Kedatangan Nabi Muhammad merupakan rahmat yang terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini. Manusia pada saat itu dalam kekufuran, kegelapan syirik, tidak mengenal pencipta mereka. Pada masa tersebut penyembahan berhala berhala adalah satu penghormatan, perzinaan adalah satu kebanggaan , mabuk dan berjudi berleluasa , merompak dan membunuh adalah suatu keberanian , sehubungan itu Allah mengutus seorang Rasul yang ditunggu oleh umat manusia untuk menghentikan semua kerosakan ini dan membawa kepada cahaya Allah.
Tema sambutan Maulidur Rasul tahun ini "Ukhuah Islamiah Asas Penyatuan Ummah". Setiap tahun tema sambutan berbeza beza seperti tahun 2015 " Perpaduan Nadi Transformasi Negara" , tahun 2014 " Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah".
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu uswatun hasanah (suri teladan yang baik) bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” Al-Ahzaab:21
Oleh yang demikian wajarlah kita merenung kembali Sirah Rasullullah SAW dan mengkaji sendiri tentang manusia teragung ini dan peranannya dalam pembangunan manusia sejagat. Maulidur Rasul juga merupakan masanya bagi Umat Islam memperingati semula Rasullullah SAW dan menjadikan contoh sifat dan kehidupan nya kerana Baginda adalah tauladan yang terbaik.
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT KEBANGSAAN 1438H / 2016M DIMASJID PUTRA , PUTRAJAYA PADA 11 DISEMBER 2016
YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (dua, kanan) bersama YAB Timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (dua, kiri) disambut YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (kiri) pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1438H/2016M di Masjid Putra hari ini. Turut hadir YB.Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki (kanan).
YAB Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat khususnya umat Islam menyuburkan nilai dan semangat ukhuwah dalam diri masing-masing tanpa mengenal keturunan dan warna kulit. Nilai murni itu menurut Perdana Menteri, adalah sejajar dengan pendekatan yang diambil oleh Rasulullah SAW sewaktu membangunkan kota Madinah dengan mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar serta kabilah lain. Katanya, semangat itu telah menyuburkan nilai ukhuwah sesama mereka.
Kaedah yang sama juga akan menjadi asas kepada penyatuan ummah di negara kita yang tercinta ini, ke arah menuju negara maju dan bertamadun serta mendapat keampunan Allah. Justeru beliau mengajak semua umat Islam agar menjadikan Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap, demikian ucapan beliau dalam perutusan sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1438H/2016M di Masjid Putra di sini hari ini.
Majlis sambutan tahun ini yang bertemakan Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah itu dihadiri kira-kira 3,000 orang termasuk 61 kontinjen yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan institusi pengajian tinggi (IPT).
YAB Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, umat Islam di negara ini juga amat bertuah dan seharusnya bersyukur kerana negara berada dalam keadaan aman dan damai serta bebas mengamalkan ajaran Islam pada bila-bila masa dan di mana jua. Nikmat yang paling besar ialah nikmat Islam dan iman yang disampaikan oleh Nabi Muhammad sebagai penyampai risalah agung dan baginda sendiri sudah melalui pelbagai cabaran dan dugaan untuk memastikan risalah Islam sampai kepada umat seterusnya.
Beliau menyeru agar kita sama-sama berusaha dan mengamalkan apa yang disampaikan baginda Rasulullah dengan sebaik mungkin, jadikan baginda contoh dan teladan kita sepanjang masa. Sesungguhnya kita umat manusia ini diciptakan Allah dalam keadaan yang tidak mengerti apa pun melainkan dengan ilmu dan pembelajaran.
Mohammad Yusof bin Abu Bakar 86 tahun seorang tokoh penulisan Khat menerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2016 pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1438H. Mohammed Yusof, bekas Pegawai Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan membawa pulang wang tunai RM50,000, trofi dan sijil penghargaan, manakala penerima Anugerah Maulidur Rasul menerima wang tunai RM20,000, trofi serta sijil penghargaan. Anugerah disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada majlis yang berlangsung di Dewan Solat Utama, Masjid Putra di sini hari ini. Seramai 8 orang penerima Anugerah Maulidur Rasul tahun 2016 yang terdiri daripada ;
Datuk Putit Matzen - Tokoh Kemajuan Islam Sarawak
Datuk Sallehudin Omar - Hakim Tilawah dan menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan
Hashim Mehat - Pakar Bidang Undang-undang Islam
Datuk Fadila Baharin - Ketua Pengarah Jabatan Standard Malaysia
Dr.Lim Swee Tin - Pensyarah Kesusteraan Melayu diFakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM
Hasliza Hassan - Wartawan Berita Harian
Abdul Latif Romly - Atlet Kurang Upaya
Mohd.Kamal Ismail - Penyelaras Pentadbiran Masjid dan Surau Kedah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan Anugerah Maulidur Rasul kepada Abdul Latif Romly sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul pada Peringkat Kebangsaan Tahun 1438 Hijrah di Masjid Putra hari ini. - Foto Bernama
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI SABAH PADA 12 DISEMBER 2016 DI BEAUFORT.
Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman menyertai perarakan sempena sambutan Majlis Perhimpunan Maulidur Rasul peringkat negeri berarak dari Dataran Bagandang ke Dewan Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun Banir, Beaufort.
Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, mengetuai kira-kira 4,500 peserta perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri, di sini hari ini. Perarakan bermula jam 7.30 pagi dari Dataran Bagandang ke Dewan Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun Banir sejauh 3.5 kilometer itu disertai 73 kontinjen.Yang turut menyertai perarakan ialah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin; Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun dan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif. Sempena sambutan itu, turut diadakan pertandingan sepanduk, kontinjen terbaik dan kontinjen teramai.
Perpecahan yang berlaku di sesetengah negara Islam pada masa kini hendaklah dijadikan sebagai pengajaran kepada seluruh rakyat, khususnya di Sabah. Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman berkata negara-negara yang musnah akibat sengketa mahukan semula keamanan yang sebenarnya sangat berharga. Akibat keghairahan berpecah, mengabaikan nilai ukhwah dan menganggap enteng perpaduan ummah, maka kesan yang diterima ialah kekacauan dan kemusnahan.
Selain itu ikatan kita dengan saudara yang tidak seagama dengan kita juga amat penting untuk terus dijaga. “Nabi Muhammad SAW memberikan contoh yang amat baik hubungan dengan rakan yang bukan seagama dengan jaminan kebersamaan hak dan keharmonian pergaulan menerusi Piagam Madinah yang baginda zahirkan demi perpaduan hidup pelbagai kabilah dan agama.
Tokoh Lelaki Maulidur Rasul Sabah Datuk Ismail Awang Besar 72 tahun . Datuk Ismail Awang Besar yang merupakan bekas Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Sabah, berkata akhlak terpuji Rasulullah SAW seperti jujur dan amanah seharusnya diterapkan dalam diri setiap penjawat awam bagi memastikan kerja dilakukan penuh ketelusan dan berintegriti tinggi.Beliau telah bersara daripada perkhidmatan awam 15 tahun lalu, kini dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Sabah dan Pengerusi Jawatankuasa Masjid Sabah. Beliau menerima RM10,000 beserta watikah penghargaan daripada kerajaan negeri, seutas jam tangan sumbangan pejabat Persekutuan Negeri dan sepersalinan pakaian sumbangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) cawangan Sabah, yang disampaikan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.
Pada majlis berkenaan, bekas Pembantu Menteri Kebajikan Masyarakat semasa pemerintahan kerajaan Berjaya, Datin Norsuadah Basar dinamakan penerima anugerah Tokoh Wanita Maulidur Rasul Sabah. Norsuadah, 63, sebelum ini bergiat aktif dalam Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) dan pernah bertugas di Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sabah sebagai penerbit rancangan sebelum menceburi bidang politik. Beliau diwakili anaknya Mohd Ishak Ibrahim untuk menerima wang tunai RM10,000 beserta watikah penghargaan daripada kerajaan negeri, seutas jam tangan sumbangan pejabat Persekutuan Negeri dan sepersalinan pakaian sumbangan Jakim Sabah.
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT PERBANDARAN TAWAU PADA 17 DISEMBER 2016.
Maulidur Rasul Peringkat Perbandaran Tawau yang disambut setiap tahun melambangkan Perpaduan dan Ukhuah Islamiah dikalangan penduduk Tawau amatlah jitu dan baik terutamanya dikalangan pemimpin pemimpin dan akar umbi sentiasa bersatupadu dalam menjayakan sesuatu Program lebih lebih lagi yang melibatkan kepentingan Agama Islam. Seawal jam 6.00 pagi orang ramai telah berkumpul didataran Majlis Perbandaran Tawau dimana Majlis Perarakan bermula dan berakhir di Dewan Masyarakat Tawau.
Perarakan Maulidur Rasul dengan sepanduk kumpulan masing masing memeriahkan lagi suasana. Sebanyak 70 kontinjen yang menyertai perarakan Maulidur Rasul yang terdiri daripada Jabatan Kerajaan , Swasta , Persatuan , Penduduk Kampung dan orang awam.
Seperti kebiasaan program yang seperti ini dapat mempereratkan talian siratulrahim dimana dapat bertemu kawan kawan lama dan dapat berkenalan antara satu dengan yang lain.
Masyarakat Kampung juga mengambil bahagian didalam perarakan Sambutan Maulidur Rasul setiap tahun diadakan. Kampung Ranggu yang diketuai oleh Pengerusi JKKK Puan Hjh.Kee Salmah Kee Yusof mengetuai rombongan Kg.Ranggu.
Rombongan Pemimpin dari DUN N59 Tg.Batu Pegawai Pembangunan Masyarakat Tuan Jamain Sawal bersama pemimpin pemimpin masyarakat turut sama memeriahkan Sambutan Maulidur Rasul yang berkumpul diperkarangan Majlis Perbandaran Tawau.
Para peserta telah bersedia untuk memulakan perarakan Maulidur Rasul tahun 1438H pada 17 Disember 2016. Sebagai ingatan , perarakan maulidur rasul bagi tahun 1437H telah diadakan pada bulan 9 Januari 2016 , ini bermakna dalam tahun 2016 ada dua kali Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan.
Rombongan Pemimpin dari DUN N60 Sebatik Pegawai Pembangunan Masyarakat Tuan Suryansah Hj.Kassau bersama pemimpin pemimpin masyarakat turut sama memeriahkan Sambutan Maulidur Rasul yang berkumpul diperkarangan Majlis Perbandaran Tawau.
Peserta bersiap sedia untuk memulakan perarakan dari Perkarangan Majlis Perbandaran Tawau ke Dewan Masyarakat Tawau yang jarak nya lebih kurang 2 kilometer.
Pemimpin-pemimpin masyarakat dan kakitangan kerajaan yang hadir semasa Sambutan Maulidur Rasul 1438H diperkarangan Majlis Perbandaran Tawau
Pengerusi Baitulmal Negeri Sabah, merangkap Anggota Dewan Undangan Negeri N.60 Sebatik, Datuk Abd Muis Picho bersama ketua-ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan persekutuan mengetuai perarakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul S.A.W 1438H/2016M mendahului 70 kontinjen yang mewakili Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri, wakil badan bukan kerajaan (NGO), syarikat-syarikat swasta, Komuniti Kampung dan Masjid.
Kumpulan Pemimpin Masyarakat yang terdiri daripada Ketua Anak Negeri , Wakil Ketua Anak Negeri , Ketua Kampung dan pemimpin pemimpin kampung.
Pemimpin Pemimpin akar umbi yang sentiasa bekerjasama dalam menjayakan sesuatu program masyarakat terutama sambutan dan perayaan peringkat Perbandaran Tawau.
Jazakallah ya Rasulallah an ummatika afdhola ma jazallah nabiyyan an ummatih.
Baiklah sebelum membahas masalah memperingati Maulid Nabi SAW serta membahas dalil-dalil yang menunjukan bolehnya memperingati Maulid yang mulia ini dan berkumpul dalam acara tersebut, ada beberapa hal yang harus diperhatikan berkaitan dengan perayaan maulid.
Pertama - kita memperingati Maulid Nabi SAW bukan hanya tepat pada hari kelahirannya, melainkan selalu dan selamanya di setiap waktu dan setiap kesempatan ketika kita mendapatkan kegembiraan terlebih lagi pada bulan kelahiran beliau yaitu Rabi’ul Awwal dan pada hari kelahiran beliau hari Isnin.
Tidak layak kepada kita yang berakal bertanya,"Mengapa kita memperingatinya?" Karena, seolah-olah kita bertanya,"Mengapa kita bergembira dengan adanya Nabi SAW?" Apakah sah bila pertanyaan ini timbul dari kita orang muslim yang mengakui bahwa tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu utusan Allah? Pertanyaan tersebut adalah pertanyaan yang tidak sesuai dan tidak perlukan jawaban. Seandainya pun kita, misalnya, harus menjawab, cukuplah kita menjawabnya demikian, "Kami memperingatinya karena kami gembira dan bahagia dengan beliau, kami gembira dengan beliau karena kami mencintainya, dan kami mencintainya karena kami orang mukmin".
Kedua - Yang dimaksud dengan peringatan Maulid adalah berkumpul untuk mendengarkan sirah beliau dan mendengarkan pujian-pujian tentang diri beliau, juga memberi makan orang-orang yang hadir,memuliakan orang-orang fakir dan orang-orang yang membutuhkan, serta menggembirakan hati orang-orang yang mencintai beliau.
Ketiga - Kita tidak mengatakan bahwa peringatan Maulid itu dilakukan pada malam tertentu dan dengan cara tertentu yang dinyatakan oleh nash-nash syariat secara jelas, sebagaimana halnya solat, puasa, dan ibadah yang lain. Tidak demikian. Peringatan Maulid tidak seperti solat , puasa, dan ibadah lain. Tetapi juga tidak ada dalil yang melarang peringatan ini, karena berkumpul untuk mengingat Allah dan Rasul-Nya serta hal-hal lain yang baik adalah sesuatu yang harus diberi perhatian semampu kita, terutama pada bulan Maulid.
Keempat - berkumpulnya orang untuk memperingati acara ini adalah sarana terbesar untuk dakwah, dan merupakan kesempatan yang sangat berharga yang tak boleh diabaikan. Bahkan, para pendakwa dan Ulama wajib mengingatkan umat tentang Nabi baik akhlaqnya, hal ihwalnya, sirahnya, muamalahnya, maupun ibadahnya di samping menasihati mereka menuju kebaikan dan kebahagiaan serta memperingatkan mereka dari bala, bid’ah, keburukan dan fitnah.
Pemimpin Pemimpin masyarakat yang setia hadir dalam menyambut Maulidur Rasul setiap tahun yang terdiri daripada Ketua Anank Negeri , Wakil Ketua anak Negeri dan Ketua Kampung serta Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kampung.
Antara kumpulan yang mendahului perarakan Maulidur Rasul telah sampai diperkarangan Dewan Masyarakat Tawau .
Jika peringatan maulid itu dalam rangka mengingat kembali sejarah kehidupan Rasulullah saw., mengingat kepribadian beliau yang agung, mengingat misinya yang universal dan abadi, misi yang Allah tegaskan sebagai rahmatan lil ‘alamin.
Berbagai makhluk hidup bahagia atas kelahiran Nabi Muhammad SAW dan semua tanaman senang atas kelahirannya, semua binatang senang atas kelahirannya semua malaikat senang atas kelahirannya, dan semua jin senang atas kelahirannya, dan kita sebagai orang Islam tentunya yang amat berbahagia atas kelahirannya.
Di Dewan Masyarakat Tawau selepas berarak sejauh 2 kilometer dari Dataran Majlis Perbandaran Tawau bersama OKK Hj.Kee Ayub bin Kee Abubakar Ketua Daerah Tawau.
Kita dianjurkan untuk bergembira atas rahmat dan karunia Allah SWT kepada kita. Termasuk kelahiran Nabi Muhammad SAW yang membawa rahmat kepada alam semesta.
Allah SWT berfirman:
"Katakanlah: ‘Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan."( Surah Yunus:58).
Dari latar belakang ini lah umat islam merasakan kebahagian luar biasa atas kelahiran nabi dan memperingatinya setiap tahunnya, bahkan pada saat ini di setiap negara muslim, kita pasti menemukan orang-orang yang merayakan ulang tahun Nabi yang disebut dengan hari Maulid Nabi. Hal ini berlaku pada majoriti umat islam di Negara Negara Islam seluruh dunia.
Di Dewan Masyarakat Tawau selepas berarak sejauh 2 kilometer dari Dataran Majlis Perbandaran Tawau.
Pegawai Pembangunan Masyarakat DUN N.55 Balung Tuan Syed Hassan Syed Idrus bersama rombongan telah sampai diDewan Masyarakat Tawau bagi mengikuti acara seterusnya.
Pegawai Pembangunan Masyarakat DUN N.58 Merotai Tuan Bacho bin Kallo bersama rombongan telah sampai diDewan Masyarakat Tawau bagi mengikuti acara seterusnya.
Yang Berhormat Datuk Hj.Muis Picho ADUN N.60 Sebatik merangkap Pengerusi Baitulmal Negeri Sabah , Tuan Aftar Nurajat Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Tuan Ustaz Hj.Amin Nasir , Tuan ACP Fadil Hj.Marsus Ketua Polis Daerah Tawau, Datuk Hj.Tahir Picho.
Turut hadir Yang Berhormat Datuk Hjh. Hamisah Samad adun N59 Tg.Batu merangkap Pembantu Menteri Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Negeri Sabah.
Turut hadir Kumpulan kumpulan persatuan persatuan wanita diDaerah Tawau bagi meraikan lagi Sambutan Maulidur Rasul pada kali ini. Diucapkan syabas dan tahniah buat semua pihak yang terlibat di dalam usaha menjayakan Sambutan Maulidur Rasul 1438H ini demi mengangkat semangat menegakkan syiar Islam berasaskan semangat serta syiar yang telah dibawakan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Umat Islam perlu meletakkan perpaduan sebagai teras utama agar keutuhan dan keamanan berterusan dalam menghadapi cabaran pada tahun-tahun mendatang. Pengerusi Baitulmal Negeri Sabah, Datuk Abd Muis Picho berkata umat Islam perlu terus bersatu dan saling menyokong setiap usaha meningkatkan syiar Islam walaupun berbeza ideologi politik. Jangan jadikan perbezaan ideologi politik untuk menimbulkan kebencian antara satu dengan yang lain sedangkan umat Islam itu bersaudara dan mempunyai tanggungjawab mempertahankan agama. Ummat Islam harus bersatu kerana kini kita menghadapi serangan dari segenap sudut dan kesatuan adalah asas kejayaan ummah yang akan memperkukuh benteng daripada serangan musuh Islam.
Abd Muis yang juga ADUN Sebatik berkata, umat Islam juga perlu saling menasihat dan memperingat antara satu sama lain agar terus berada di landasan perjuangan Islam yang kukuh serta tidak mudah goyang dengan anasir yang berusaha memecahbelahkan umat.
Sambutan majlis Maulidur Rasul itu juga turut dimeriahkan dengan pertandingan sepanduk yang disertai 20 sepanduk bagi kategori jabatan, persatuan dan swasta yang dimenangi Jabatan Penjara Tawau manakala Masjid Al-Falah Kg. Pasir Putih memenangi sepanduk kategori kampung dan masjid menewaskan lapan sepanduk lain
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT KAMPUNG DISANA SINI.
Setiap Tahun Sambutan Maulidur Rasul akan terus disambut dimana mana termasuk dikampung kampung tidak akan ketinggalan untuk melaksanakan nya melalui Jawatankuasa Kemajuan Kampung , Rukun Tetangga , Jawatankuasa Masjid dan lain lain pertubuhan.
24 Disember 2016 - Sambutan Maulidur Rasul Kg.Batu Payung yang diadakan di Masjid Nurul Hidayah dan bunga telor berwarna warni.
Sempena Sambutan Maulidur Rasul tersebut juga diadakan perarakan dari Lapangan USBA ke Masjid Nurul Hidayah yang diertai oleh penduduk kampung Batu Payung.
YB.Datuk Tawfiq bin DSP AB Titingan ADUN N.56 Apas merangkap Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah hadir diMajlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kampung , Kampung Batu Payung. Bersama-sama berselawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Turut hadir Datuk Hjh.Rosdianah Md.Nor Ketua Pergerakkan Wanita UMNO Bahagian Tawau bersama rombongan.
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kampung , di Kampung Batu Payong dihadiri oleh YB.Datuk Tawfiq bin DSP AB.Titingan ADUN N.56 Apas merangkap Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah di Masjid Nurul Hidayah Kampung Batu Payung.
Sambutan Maulidur Rasul di Kampung Blok 31 dihadiri oleh Tuan Syed Hassan bin Syed Idrus Pegawai Pembangunan Masyarakat DUN Balung yang mewakili YB.Datuk Seri Panglima Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali ADUN N.55 Balung merangkap Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah.
22 Disember 2016 - Pertandingan menghias bunga telor antara lorong yang diadakan sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat kampung Kongsi 8
24 Disember 2016 - Ahli Jawatankuasa Sambutan Maulidur Rasul Kampung Rancangan Batu 22 mengatur keperluan sempena acara yang diadakan di Perkarangan Masjid Nurul Huda
Persiapan bacaan Al Barzanji dan Marhaban sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kg.Rancangan Batu 22 yang diketua oleh Imam Masjid Nurul Huda.
Selawat dan Salam keatas Junjungan Nabi Besar Muhammad SAW sempena Sambutan Maulidur Rasul bulan Rabiulawal 1438H yang berlangsung di Masjid Nurul Huda Kg.Rancangan Batu 22.
Bergunting rambut atau potong jambul langsung diadakan sempena sambutan Maulidur Rasul di Kg.Rancangan Batu 22 Apas Balung , dimana penduduk kampung sama mengambil peranan membawa anak anak bagi memeriahkan acara pada hari tersebut.
28 Disember 2016 - Sambutan Maulidur Rasul diMasjid An - Nur Ladang Sungai Kawa Kawasan N.55 Balung.
Sambutan Maulidur Rasul di Masjid An-Nur Ladang Sg.Kawa ini berlangsung selepas waktu sembahyang Maghrib dimana para Jemaah datang menunaikan sembahyang Maghrib dan terus saja bersama-sama meraikan acara yang telah diaturkan oleh Ahli Jawatankuasa Masjid.
Pengisian bagi Sambutan Maulidur Rasul tentunya mengenang kembali sejarah kelahiran Nabi Muhammad SAW, dengan mengadakan forum bersama Ustaz Hj.Ahmad Malik penceramah JHEAINS Daerah Tawau yang dipengerusikan oleh Ustaz Hj.Karim bin Hj.Mahmud penceramah dan pendakwa bebas.
Beberapa isu isu agama mengenai dengan kelahiran Nabi Muhammad SAW telah dibincangkan dengan jelas dengan beberapa keistimewaan yang ada pada Nabi Muhammad SAW.
Sebelum bersurai semua berdiri sambil berselawat keatas Nabi Muhammad SAW sebagai tanda kesyukuran dan nikmat dalam beragama Islam dengan menunjukkan kesatuan dan perpaduan Ummah dan penyatuan dalam Ahlus Sunnah wal Jamaah.
Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan beragama Islam dan telah menjadi tertibnya apa bila selesai acara akan berterusan membaca Selawat dan Salam keatas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW sebagai tanda kecintaan dan kerinduan Ummatnya.
Selesai acara , juadah disediakan oleh pihak penganjur AJK Masjid An - Nur Ladang Sungai Kawa dan juga kariah masjid yang datang masing masing membawa juadah serta bunga telur dan pulut sebagai tanda Sambutan Maulidur Rasul.
Acara berakhir dengan makan dan minum serta mengagih agihkan bunga telur yang telah disediakan untuk kariah yang hadir pada malam itu.
2 Januari 2017 - Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Sandakan yang turut dihadiri Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj.Aman dan menyertai Perarakan dan Perhimpunan sempena sambutan Maulidur Rasul tersebut.
lebih kurang 10,000 orang kaum Muslimin dan Muslimat telah menyertai perarakan tersebut yang jaraknya lebih kurang 2km bermula dari Padang Bandaran Sandakan ke Masjid Daerah Sandakan di Buli Sim Sim .
Diantara pemimpin yang turut serta Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Zakaria Edris, Ahli Parlimen Libaran Datuk Juslie Ajirol, ADUN Sukau Datuk Saddi Abdul Rahman, Ketua Perhubungan UMNO Sandakan Tan Sri Haji Ampong Puyon dan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan merangkap Pengerusi Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Perbandaran Sandakan Haji Hamsan Haji Supain
YAB DSP Musa Hj.Aman mengetuai perarakan yang disertai 52 kontinjen dari Padang Bandaran Sandakan berarak menuju ke Dewan Serbaguna Masjid Daerah Bandar Sandakan
Ucapan Perasmian YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman di Dewan Serbaguna Masjid Daerah Sandakan Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Sandakan 1438H / 2017M "Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah"
Semangat muhibah, perpaduan dan kerjasama yang terjalin dalam masyarakat majmuk di negara ini pada hari ini perlu sentiasa dipelihara, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.
Beliau berkata ini penting kerana mengekalkan keharmonian dan perpaduan masyarakat berbilang kaum adalah tanggungjawab bersama yang mewujudkan kestabilan politik, kemajuan ekonomi dan kemakmuran sosial dan manfaatnya akan dinikmati oleh seluruh masyarakat.
“Saya percaya dengan kukuhnya ikatan ukhuwah sesama umat Islam dan akrabnya semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama di negeri ini, kerajaan akan dapat meneruskan perancangan dan memperhebatkan usaha pembangunan.
“Ia akan memastikan kesinambungan pelaksanaan dasar dan program pembangunan untuk meningkatkan kesejahteraan umat Islam dan rakyat pada keseluruhannya,”
Beliau berkata dalam menjayakan perjuangan ummah dan mencontohi keperibadian Nabi Muhammad SAW, penting untuk umat Islam mengukuhkan ikatan ukuwah Islamiah yang menjadi tonggak kejayaan, kekuatan dan kemajuan ummah.
YAB DSP Musa Hj.Aman merangkap Ketua Menteri Sabah berkata hari ini umat Islam berhadapan dengan pelbagai cabaran antaranya perbalahan, perpecahan dan persengketaan sesama sendiri menjadikan umat Islam lemah dan mudah diperkotak-katikkan untuk kepentingan pihak tertentu.
“Justeru, marilah kita memantapkan ukhuwah dan mengukuhkan silaturahim sesama umat Islam kerana hanya dengan kesatuan dan perpaduan, umat Islam akan menjadi umat yang cemerlang dan dihormati,” katanya. – BERNAMA
YAB DSP Musa Hj.Aman dan Isteri Y.A.Bhg. Datin Seri Panglima Datuk Hajjah Faridah Haji Tussin bersama penerima "Tokoh Maulidur Rasul" Sandakan, Haji Abdul Wahab dan Hajah Jamayah serta Haji Hamsan dan Pegawai Hal Ehwal Islam Sandakan , Awang Juri Tahir
Bekas Pegawai Kerajaan , Haji Abdul Wahab bin Haji Alfah, 60 dan Hajah Jamayah Haji Sapawi, 68, telah dinamakan sebagai penerima “Tokoh Maulidur Rasul” 2016 untuk Dearah Sandakan dalam kategori lelaki dan wanita.
YAB Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman Isteri Datin Seri Hajah Faridah Haji Tussin telah menyampaikan hadiah tersebut kepada penerima.

قُلْ بِفَضْلِ اللَّهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَٰلِكَ فَلْيَفْرَحُوا هُوَ خَيْرٌ مِمَّا يَجْمَعُونَ
"Katakanlah: ‘Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan."( Surah Yunus:58).
Dari latar belakang ini lah umat islam merasakan kebahagian luar biasa atas kelahiran nabi dan memperingatinya setiap tahunnya, bahkan pada saat ini di setiap negara muslim, kita pasti menemukan orang-orang yang merayakan ulang tahun Nabi yang disebut dengan hari Maulid Nabi. Hal ini berlaku pada majoriti umat islam di Negara Negara Islam seluruh dunia.
Di Dewan Masyarakat Tawau selepas berarak sejauh 2 kilometer dari Dataran Majlis Perbandaran Tawau.
Pegawai Pembangunan Masyarakat DUN N.55 Balung Tuan Syed Hassan Syed Idrus bersama rombongan telah sampai diDewan Masyarakat Tawau bagi mengikuti acara seterusnya.
Pegawai Pembangunan Masyarakat DUN N.58 Merotai Tuan Bacho bin Kallo bersama rombongan telah sampai diDewan Masyarakat Tawau bagi mengikuti acara seterusnya.
Yang Berhormat Datuk Hj.Muis Picho ADUN N.60 Sebatik merangkap Pengerusi Baitulmal Negeri Sabah , Tuan Aftar Nurajat Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Tuan Ustaz Hj.Amin Nasir , Tuan ACP Fadil Hj.Marsus Ketua Polis Daerah Tawau, Datuk Hj.Tahir Picho.
Turut hadir Tuan OKK Hj.Kee Ayub bin Kee Abubakar Ketua Daerah Tawau.
Turut hadir Yang Berhormat Datuk Hjh. Hamisah Samad adun N59 Tg.Batu merangkap Pembantu Menteri Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Negeri Sabah.
Turut hadir Kumpulan kumpulan persatuan persatuan wanita diDaerah Tawau bagi meraikan lagi Sambutan Maulidur Rasul pada kali ini. Diucapkan syabas dan tahniah buat semua pihak yang terlibat di dalam usaha menjayakan Sambutan Maulidur Rasul 1438H ini demi mengangkat semangat menegakkan syiar Islam berasaskan semangat serta syiar yang telah dibawakan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Umat Islam perlu meletakkan perpaduan sebagai teras utama agar keutuhan dan keamanan berterusan dalam menghadapi cabaran pada tahun-tahun mendatang. Pengerusi Baitulmal Negeri Sabah, Datuk Abd Muis Picho berkata umat Islam perlu terus bersatu dan saling menyokong setiap usaha meningkatkan syiar Islam walaupun berbeza ideologi politik. Jangan jadikan perbezaan ideologi politik untuk menimbulkan kebencian antara satu dengan yang lain sedangkan umat Islam itu bersaudara dan mempunyai tanggungjawab mempertahankan agama. Ummat Islam harus bersatu kerana kini kita menghadapi serangan dari segenap sudut dan kesatuan adalah asas kejayaan ummah yang akan memperkukuh benteng daripada serangan musuh Islam.
Abd Muis yang juga ADUN Sebatik berkata, umat Islam juga perlu saling menasihat dan memperingat antara satu sama lain agar terus berada di landasan perjuangan Islam yang kukuh serta tidak mudah goyang dengan anasir yang berusaha memecahbelahkan umat.
Sambutan majlis Maulidur Rasul itu juga turut dimeriahkan dengan pertandingan sepanduk yang disertai 20 sepanduk bagi kategori jabatan, persatuan dan swasta yang dimenangi Jabatan Penjara Tawau manakala Masjid Al-Falah Kg. Pasir Putih memenangi sepanduk kategori kampung dan masjid menewaskan lapan sepanduk lain
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT KAMPUNG DISANA SINI.
Setiap Tahun Sambutan Maulidur Rasul akan terus disambut dimana mana termasuk dikampung kampung tidak akan ketinggalan untuk melaksanakan nya melalui Jawatankuasa Kemajuan Kampung , Rukun Tetangga , Jawatankuasa Masjid dan lain lain pertubuhan.
24 Disember 2016 - Sambutan Maulidur Rasul Kg.Batu Payung yang diadakan di Masjid Nurul Hidayah dan bunga telor berwarna warni.
Sempena Sambutan Maulidur Rasul tersebut juga diadakan perarakan dari Lapangan USBA ke Masjid Nurul Hidayah yang diertai oleh penduduk kampung Batu Payung.
YB.Datuk Tawfiq bin DSP AB Titingan ADUN N.56 Apas merangkap Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah hadir diMajlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kampung , Kampung Batu Payung. Bersama-sama berselawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Turut hadir Datuk Hjh.Rosdianah Md.Nor Ketua Pergerakkan Wanita UMNO Bahagian Tawau bersama rombongan.
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kampung , di Kampung Batu Payong dihadiri oleh YB.Datuk Tawfiq bin DSP AB.Titingan ADUN N.56 Apas merangkap Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah di Masjid Nurul Hidayah Kampung Batu Payung.
Sambutan Maulidur Rasul di Kampung Blok 31 dihadiri oleh Tuan Syed Hassan bin Syed Idrus Pegawai Pembangunan Masyarakat DUN Balung yang mewakili YB.Datuk Seri Panglima Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali ADUN N.55 Balung merangkap Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah.
22 Disember 2016 - Pertandingan menghias bunga telor antara lorong yang diadakan sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat kampung Kongsi 8
Penyampaian Hadiah kepada pemenang dan sijil penyertaan
Sambutan Maulidur Rasul di Kampung Kongsi 8 dihadiri oleh Tuan Hj.Mohd.Zain Ahmad Pemaju Mukim DUN Balung yang mewakili YB.Datuk Seri Panglima Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali ADUN N.55 Balung merangkap Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah.
24 Disember 2016 - Ahli Jawatankuasa Sambutan Maulidur Rasul Kampung Rancangan Batu 22 mengatur keperluan sempena acara yang diadakan di Perkarangan Masjid Nurul Huda
Selawat dan Salam keatas Junjungan Nabi Besar Muhammad SAW sempena Sambutan Maulidur Rasul bulan Rabiulawal 1438H yang berlangsung di Masjid Nurul Huda Kg.Rancangan Batu 22.
Bergunting rambut atau potong jambul langsung diadakan sempena sambutan Maulidur Rasul di Kg.Rancangan Batu 22 Apas Balung , dimana penduduk kampung sama mengambil peranan membawa anak anak bagi memeriahkan acara pada hari tersebut.
Sambutan Maulidur Rasul Kg.Rancangan Batu 22
Sambutan Maulidur Rasul di Masjid An-Nur Ladang Sg.Kawa ini berlangsung selepas waktu sembahyang Maghrib dimana para Jemaah datang menunaikan sembahyang Maghrib dan terus saja bersama-sama meraikan acara yang telah diaturkan oleh Ahli Jawatankuasa Masjid.
Pengisian bagi Sambutan Maulidur Rasul tentunya mengenang kembali sejarah kelahiran Nabi Muhammad SAW, dengan mengadakan forum bersama Ustaz Hj.Ahmad Malik penceramah JHEAINS Daerah Tawau yang dipengerusikan oleh Ustaz Hj.Karim bin Hj.Mahmud penceramah dan pendakwa bebas.
Beberapa isu isu agama mengenai dengan kelahiran Nabi Muhammad SAW telah dibincangkan dengan jelas dengan beberapa keistimewaan yang ada pada Nabi Muhammad SAW.
Sebelum bersurai semua berdiri sambil berselawat keatas Nabi Muhammad SAW sebagai tanda kesyukuran dan nikmat dalam beragama Islam dengan menunjukkan kesatuan dan perpaduan Ummah dan penyatuan dalam Ahlus Sunnah wal Jamaah.
Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan beragama Islam dan telah menjadi tertibnya apa bila selesai acara akan berterusan membaca Selawat dan Salam keatas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW sebagai tanda kecintaan dan kerinduan Ummatnya.
Selesai acara , juadah disediakan oleh pihak penganjur AJK Masjid An - Nur Ladang Sungai Kawa dan juga kariah masjid yang datang masing masing membawa juadah serta bunga telur dan pulut sebagai tanda Sambutan Maulidur Rasul.
Acara berakhir dengan makan dan minum serta mengagih agihkan bunga telur yang telah disediakan untuk kariah yang hadir pada malam itu.
2 Januari 2017 - Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Sandakan yang turut dihadiri Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj.Aman dan menyertai Perarakan dan Perhimpunan sempena sambutan Maulidur Rasul tersebut.
lebih kurang 10,000 orang kaum Muslimin dan Muslimat telah menyertai perarakan tersebut yang jaraknya lebih kurang 2km bermula dari Padang Bandaran Sandakan ke Masjid Daerah Sandakan di Buli Sim Sim .
Diantara pemimpin yang turut serta Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Zakaria Edris, Ahli Parlimen Libaran Datuk Juslie Ajirol, ADUN Sukau Datuk Saddi Abdul Rahman, Ketua Perhubungan UMNO Sandakan Tan Sri Haji Ampong Puyon dan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan merangkap Pengerusi Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Perbandaran Sandakan Haji Hamsan Haji Supain
Ucapan Perasmian YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman di Dewan Serbaguna Masjid Daerah Sandakan Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Sandakan 1438H / 2017M "Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah"
Semangat muhibah, perpaduan dan kerjasama yang terjalin dalam masyarakat majmuk di negara ini pada hari ini perlu sentiasa dipelihara, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.
Beliau berkata ini penting kerana mengekalkan keharmonian dan perpaduan masyarakat berbilang kaum adalah tanggungjawab bersama yang mewujudkan kestabilan politik, kemajuan ekonomi dan kemakmuran sosial dan manfaatnya akan dinikmati oleh seluruh masyarakat.
“Saya percaya dengan kukuhnya ikatan ukhuwah sesama umat Islam dan akrabnya semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama di negeri ini, kerajaan akan dapat meneruskan perancangan dan memperhebatkan usaha pembangunan.
“Ia akan memastikan kesinambungan pelaksanaan dasar dan program pembangunan untuk meningkatkan kesejahteraan umat Islam dan rakyat pada keseluruhannya,”
Beliau berkata dalam menjayakan perjuangan ummah dan mencontohi keperibadian Nabi Muhammad SAW, penting untuk umat Islam mengukuhkan ikatan ukuwah Islamiah yang menjadi tonggak kejayaan, kekuatan dan kemajuan ummah.
YAB DSP Musa Hj.Aman merangkap Ketua Menteri Sabah berkata hari ini umat Islam berhadapan dengan pelbagai cabaran antaranya perbalahan, perpecahan dan persengketaan sesama sendiri menjadikan umat Islam lemah dan mudah diperkotak-katikkan untuk kepentingan pihak tertentu.
“Justeru, marilah kita memantapkan ukhuwah dan mengukuhkan silaturahim sesama umat Islam kerana hanya dengan kesatuan dan perpaduan, umat Islam akan menjadi umat yang cemerlang dan dihormati,” katanya. – BERNAMA
YAB DSP Musa Hj.Aman dan Isteri Y.A.Bhg. Datin Seri Panglima Datuk Hajjah Faridah Haji Tussin bersama penerima "Tokoh Maulidur Rasul" Sandakan, Haji Abdul Wahab dan Hajah Jamayah serta Haji Hamsan dan Pegawai Hal Ehwal Islam Sandakan , Awang Juri Tahir
Bekas Pegawai Kerajaan , Haji Abdul Wahab bin Haji Alfah, 60 dan Hajah Jamayah Haji Sapawi, 68, telah dinamakan sebagai penerima “Tokoh Maulidur Rasul” 2016 untuk Dearah Sandakan dalam kategori lelaki dan wanita.
YAB Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman Isteri Datin Seri Hajah Faridah Haji Tussin telah menyampaikan hadiah tersebut kepada penerima.
Kaum muslimin yang hadir
Merayakan hari kelahiran Nabi SAW termasuk daripada perkara yang membesarkan dan memuliakan baginda. Dijanjikan kejayaan dunia dan akhirat bagi mereka yang menyambutnya.
Firman Allah Taala:
“Maka mereka yang beriman dengannya (Muhammad), membesarkannya dan membantunya dan mengikuti cahaya (Al-Qur’an) yang diturunkan bersamanya. Mereka itulah yang mendapat kejayaan.” (Surah Al-A’araf, ayat 157).
Firman Allah Taala, :
“Sesiapa yang membesarkan tanda-tanda Allah, maka membesarkan itu ialah setengah daripada menjunjung perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.” ( Al-Haj:32 )
Dimaksudkan dengan “tanda-tanda Allah” (Sya’airallah ) pada umum ayat ini, iaitu setiap perkara yang dijadikan sebagai tanda atau alamat bagi mentaati Allah. Sebesar-besar tanda agama ialah Nabi Muhammad s.a.w dan menyambut Maulidurrasul itu adalah membesarkan tanda Allah, termasuk dalam menjunjung perintah-Nya.
Kaum Muslimat yang hadir
Meriwayat Imam Bukhari dalam Sahihnya, bahawa diringankan azab keatas Abi Lahab pada hari Isnin kerana memerdekakan ‘Suwaibah’ iaitu hambanya yang menceritakan khabar gembira tentang kelahiran Nabi SAW
Hadis ini menunjukkan bahawa:
i) Sesiapa yang menzahirkan kegembiraannya dengan membesarkan hari kelahiran Rasulullah diberi pahala yang besar kerana Abu Lahab yang kafir, seteru kepada Nabi SAW diringankan azabnya, apatah lagi orang yang muslim.
ii) Dianjurkan memulia dan membesarkan Nabi SAW dengan mengambil sempena hari kelahirannya. Hari kelahiran Baginda merupakan ‘ Hari Kebesaran Islam ’ dan hari yang mempunyai kelebihan. Diriwayatkan daripada Qatadah Al-Ansari, ‘ Bahawasanya Nabi ditanya tentang berpuasa hari Isnin, berkata Nabi SAW, “ Itulah hari yang dilahirkan aku padanya dan diturunkan kenabian keatas ku.” ( Riwayat Muslim dan lainnya )
iii) Membuat perkara-perkara kebaikan (difahami daripada memerdekakan Suwaibah, hadis berpuasa hari Isnin dan hadis berpuasa hari A’syura yang akan datang ) sempena memuliakan hari kelahiran Nabi SAW seperti berhimpun dengan membaca Al-Qur’an, berselawat, memuji Nabi, bersedekah, menjamu makanan, berbuat baik kepada fakir-miskin dan lain-lain.
Anak anak muda juga ramai menyertai
Firman Allah ta’ala, “ Katakanlah kepada kaummu, dengan kurniaan Allah dan rahmatnya , maka dengan demikian itu ( kurniaan dan rahmat ) , hendaklah kamu bergembira dan mensyukurinya.” ( Yunus:58 )
FirmanNya, “Tidaklah kami mengutuskan engkau ya Muhammad melainkan kerana rahmat bagi sekelian alam.”
( Al-Anbiyaa’:107 )
Memperingati dan membesarkan Maulidurrasul dengan selawat, membaca kisahnya ( Barzanji ), merupakan perantaraan kepada mencintai nabi dan mencintai Allah. “ Tidak sempurna iman seseorang daripada kalangan kamu sehingga adalah aku terlebih dikasihinya daripada dirinya, hartanya, anaknya dan sekelian manusia.” ( al-Hadis ).
Firman Allah ta’ala, “ Katakanlah kepada kaummu, jika sekiranya kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintai kamu.” (Ali-Imran:31)