Thursday, September 8, 2016

PERSIDANGAN PERWAKILAN BAHAGIAN UMNO P.190 TAWAU TAHUN 2016


KUALA LUMPUR 29 Jan – Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini memutuskan Persidangan Tahunan Cawangan UMNO akan bermula 18 Mac hingga 1 Mei 2016, manakala Mesyuarat Perwakilan Bahagian pula akan bermula pada 1 Ogos hingga 15 September 2016.

  



Perasmian Mesyuarat Berkelompok Cawangan Cawangan P.190 Tawau oleh YB.Datuk Hj.Tawfiq bin DSP AB.Titingan Ketua Bahagian UMNO P.190 Tawau. Turut hadir Ybhg. Datuk Datu Ismail bin Datu Jook Pengerusi Tetap UMNO Bahagian P.190 Tawau , YB.Datuk Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali Timbalan Ketua Bahagian UMNO P.190 Tawau , Ybhg.Datuk Hjh.Rosdianah binti Md.Nor Ketua Pergerakan wanita Bahagian UMNO P.190 Tawau , Amran bin Hj.Karim Naib Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian UMNO P.190 Tawau dan Naib Ketua Pergerakan Puteri Bahagian UMNO P.190 Tawau.




Semua AJK Bahagian , Ketua Ketua Cawangan , Ketua Ketua Wanita Cawangan , Ketua Ketua Puteri dan Pemuda hadir di Majlis Perasmian Berkelompok ini. Semua ketua ketua cawangan telah dibekalkan format mesyuarat cawangan masing masing.




Mesyuarat Cawangan cawangan UMNO yang diadakan setiap tahun telah memberikan impak yang positif terhadap perkembangan minda para ahli dimana mereka dapat kenal mengenali antara satu dengan lain. Begitu juga kepada pemimpin atasan mereka dapat bertemu bertemu dengan pemimpin pemimpin akar umbi dan sekali gus dapat mendengar cetusan hati perjuangan pemimpin pemimpin ini.




Kemesraan jelas kelihatan diantara Ketua Bahagian dengan AJK Bahagian dimana saling hormat menghormati serta jalinan ukhuah antara mereka saling ada kata sepakatan dan ini lah yang diperlukan dalam mencatur sesebuah organisasi demi keberlangsungan perjuang untuk Agama, Bangsa dan Tanah air tercinta.




Kesempatan bersama sama dengan pemimpin pemimpin yang disayangi dan dihormati menjadikan suasana lebih harmonis dan terikat jalinan kemesraan diantaranya. 

Firman Allah Ta'ala:


يأيهاالذينءامنواأطيعواالله وذأطيعواالرسول وأولى الامرمنكم 

Ya ayyuhal lazina 'aamanu 'ati'ullaha waati'ul rasullah wa 'awlil umri minkum 

"Wahai orang-orang yang beriman taatilah Allah dan taatilah Rasul dan para pemimpin di kalangan kamu".(An-Nisa:59) 

Sabda Nabi s.a.w(maksud): 

1)"Sesiapa taat kepada pemimpin maka dia telah taat kepadaku dan sesiapa yang menderhakai pemimpin maka dia telah derhaka kepadaku".(HR Bukhari no.2957) 

2)"Kamu wajib patuh dan setia,samada dalam keadaan susah atau senang,suka atau duka dan walaupun merugikan kepentinganmu".(HR.Muslim no.1836) 

3)Seorang Sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w:Ya Nabi Allah,bagaimana menurutmu jika para penguasa yang memimpin kami yang selalu mengutamakan hak mereka tetapi mereka tidak bersedia memenuhi hak kami?Nabi menjawab:"Tunduk dan patuhlah kamu,sesungguhnya mereka akan bertanggungjawab atas kepimpinanya,manakala kamu juga akan bertanggung jawab terhadap ketaatan kamu kepadanya".(HR.Muslim no.1846) 

4)"Sesiapa yang dipimpin oleh seseorang pemimpin lalu dia melihat pemimpinnya berbuat maksiat kepada Allah,maka hendaklah dia membenci perbuatannya,namun jangan dia melepaskan ketaatan daripadanya".(HR.Muslim no.1855) 

5)"Sesungguhnya sepeninggalanku akan muncul para pemimpin yang bertindak sesuka hatinya dan membuat berbagai kebajikan yang kamu tidak menyukainya".Para Sahabat bertanya apa harus mereka lakukan ketika itu,Nabi menjawab:"Tunaikanlah kewajipan kamu dan mintalah hak kamu(berdoa) kepada Allah".(HR.Muslim,1843) 

6)"Sesiapa yang tidak menyukai sesuatu daripada pemimpinnya maka hendaklah dia sabar.Kerana sesungguhnya tiada seseorang pun daripada manusia yang memisahkan diri daripada pemimpinnya sekalipun hanya sejengkal lalu dia mati melainkan matinya dalam keadaan Jahiliyah".(HR Muslim no.1849)



Kesempatan bersama ketua ketua cawangan dimanafaatkan oleh Ketua Bahagian UMNO Tawau YB.Datuk Hj.Tawfiq bin DSP AB.Titingan beramah mesra dengan mereka.




Kehadiran AJK Pergerakkan Wanita Bahagian Tawau amat disenangi oleh pemimpin.Mereka inilah yang berkerja keras untuk mengerakkan jentera Pilihanraya diperingkat akar umbi.




Ucapan YB.Datuk Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali ADUN N.55 Balung merangkap Timbalan Ketua Bahagian UMNO P.190 Tawau. Dalam Ucapan beliau mengucapkan ribuan terima kasih diatas kehadiran Ketua Ketua cawangan terutama sekali dari DUN Balung. Setiap tahun menjelang Mesyuarat Cawangan cawangan UMNO , Ahli ahli UMNO tidak asing lagi dengan mesyuarat cawangan yang akan diadakan ia akan membawa satu mesej yang sama iaitu kepentingan bermesyuarat diantara ahli. Perpaduan yang kuat dan kukuh antara Ahli UMNO mampu menjana kejayaan dan kecemerlangan bagi kesejahteraan serta kemakmuran negara. Oleh yang demikian, perpaduan dan keharmonian adalah elemen yang sangat penting dalam mengekalkan keharmonian dalam kalangan Ahli UMNO. Tanpa perpaduan, nescaya kecemerlangan dan keutuhan Parti UMNO yang telah diperoleh sejak sekian lama akan hilang dalam sekelip mata. 




Bagi membicarakan tentang kepentingan wahdah atau kesatuan dalam usaha kita untuk menggalas tuntutan perubahan. Kita mulakan langkah perubahan dengan wahdatul fikr (kesatuan minda) untuk memahami aspirasi orang Melayu dan rakyat seluruhnya, dalam suasana landskap politik yang sedang berubah; kita perkukuhkan wahdatul qalb (kesatuan hati) untuk bersama-sama menghayati nilai politik luhur yang disanjung oleh rakyat; kita perteguhkan wahdatul amal (kesatuan tindakan) untuk melaksanakan gerak kerja mendekati rakyat secara kolektif; dan kita bulatkan wahdatul hadaf (kesatuan matlamat) untuk menjayakan hijrah jiwa dan sikap bagi melahirkan para pejuang UMNO yang kukuh iman dan takwanya, utuh nilai moral dan etikanya.




Telah wujud kesedaran baru dalam minda kepimpinan dan ahli-ahli parti, baik dari segi psikologi dan gerak kerja. Telah berlaku perubahan dalam gaya kepimpinan, pindaan terhadap perlembagaan parti, transformasi dalam kerajaan yang diterajui, pendekatan baru pengurusan ekonomi pertiwi dan kesedaran baru tentang hubungan kaum melalui Barisan Nasional. Dalam nafas semangat kesatuan dan perubahan matlamat asal perjuangan UMNO seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti. Fasal 3 Perlembagaan UMNO menegaskan bahawa “UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita Kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara”.

Ini termasuklah:

(i) mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara;

(ii) mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-Negeri dan Raja Berperlembagaan;

(iii) menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebebasan beragama;

(iv) mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial demi mengamalkan sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya;

(v) menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu; dan

(vi) mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak asasi manusia dan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera.

Merenung kembali asas penubuhan parti ini, akan membolehkan kita membuat penegasan semula, dan mengingatkan ahli-ahli dan seluruh warga, khususnya generasi muda, bahawa UMNO adalah sebuah wadah politik yang mempunyai prinsip perjuangan dan idealisme yang murni, namun tetap pragmatik dalam pendekatannya. Meskipun UMNO sebuah parti yang besar dan bertunjang kepada kebangsaan Melayu-Islam, namun sifat keadilan, akomodatif dan inklusif Melayu itu, tidak pernah mengkhianati atau menzalimi kaum atau agama lain yang bernaung di bawah politik Melayu.



Diharapkan Ahli ahli UMNO tetap istiqamah dengan sumpah perjuangan tidak pernah tergelincir daripada landasannya. Benar, perubahan politik membawa pembaharuan dalam pendekatan; tetapi ia sama sekali tidak mencabut roh perjuangan dari jasad dan sanubari UMNO. Roh perjuangan tetap mekar dalam sanubari dan terpancar dalam setiap tindakan dan pendirian parti. Bagi UMNO, kuasa hanyalah alat untuk mencapai matlamat perjuangan parti yang murni. Kuasa tidak bermakna jika jiwa perjuangan tercabut dari jasad dan sanubari parti. Apabila UMNO menegaskan tentang kepentingan mempertahankan kuasa politik, ia tidak lain dan tidak bukan semata-mata untuk menegakkan perjuangan parti. Yakinlah, bahawa UMNO tidak akan berganjak daripada landasan perjuangannya yang asal, yang difahami oleh keluarga besar Barisan Nasional.




Kita tidak mahu menjadi parti yang lemah semata-mata kerana terpaksa tunduk kepada kehendak orang lain. Bagi UMNO, mempertahankan perjuangan membela agama, bangsa dan negara adalah prinsip awlawiyat (keutamaan) yang paling besar. Pokoknya, UMNO tidak pernah dan tidak akan menjadi hamba kepada kuasa.
Berkat kegigihan dan wawasan jauh kepimpinan UMNO, Malaysia juga telah berjaya mengatasi masalah kemiskinan tegar dan mewujudkan golongan kelas menengah yang besar. Anak-anak desa yang dahulunya dibelenggu kemiskinan, kini menetap di kota-kota besar dengan pendapatan yang lumayan. Anak-anak mereka hari ini tidak lagi dibelenggu kemiskinan malah mendapat peluang pendidikan dan ekonomi yang jauh lebih baik berbanding apa yang mereka terima dahulu. Bukankah ini satu kejayaan?




UMNO juga telah berjaya mengekalkan kestabilan politik dan keharmonian kaum di Malaysia. Di beberapa buah negara majmuk yang lain, konflik kaum mudah meletus dan biasanya berakhir dengan pertumpahan darah. Namun, Alhamdulillah, berkat kebijaksanaan pimpinan UMNO dan parti-parti komponen Barisan Nasional dalam mengurus perbezaan, kita telah menerima perbezaan ras, budaya dan agama sebagai sumber kekuatan, bukan kelemahan. Bukankah ini juga satu kejayaan? Pencapaian ini bukanlah ibarat “yang pipis datang melayang, yang bulat datang bergolek”. Ia adalah hasil kesediaan UMNO untuk menerima taklif kepimpinan negara sebagai satu pertanggungjawaban yang besar. Dalam sebuah negara pelbagai kaum, tanggungjawab UMNO yang paling utama ialah untuk memastikan formula politik yang diamalkan dapat menjamin kestabilan, keamanan dan perpaduan yang berkekalan.




UMNO sejak dari awal lagi telah memilih landasan perjuangan sebagai parti nasionalis Melayu yang inklusif. UMNO menerima hakikat kepelbagaian ras sebagai sesuatu yang fitrah dan sahih. UMNO mengakui bahawa dalam sebuah negara majmuk, kerukunan hidup hanya boleh dicapai sekiranya semua kaum mendapat jaminan hak yang sah dan berpeluang mengecap nikmat kemakmuran secara adil. Justeru, UMNO berjuang membela nasib bangsa Melayu dan memartabatkan agama Islam tanpa mengabaikan hak dan kepentingan kaum-kaum lain.




Melalui Jawatankuasa Perhubungan Kaum (Community Liaison Committe) yang ditubuhkan sebelum merdeka, para pemimpin UMNO terdahulu, bersama dengan pemimpin bukan Melayu, telah berunding untuk menentukan hak dan kedudukan kaum-kaum di negara ini selepas merdeka. Mereka berbincang secara jujur dan telus dengan satu tujuan iaitu untuk mencapai kesepakatan dalam membina sebuah negara majmuk yang merdeka dan bersatu padu.

Hasil daripada kesepakatan inilah maka terbentuk terma-terma kemerdekaan yang menjamin kedudukan istimewa orang Melayu dan hak-hak yang sah bagi kaum-kaum lain. Terma-terma ini, yang dirujuk oleh Allahyarham Profesor Tan Sri Ahmad Ibrahim sebagai “kontrak sosial dan perjanjian keamanan” antara kaum, adalah hasil kesepakatan dan jiwa besar pemimpin-pemimpin terdahulu untuk membentuk formula politik kerjasama kaum yang inklusif. Hak dan kepentingan kaum diperjuangkan dalam kerangka kefahaman bahawa semua kaum akan mendapat jaminan hak dan layanan yang adil dalam sebuah negara yang merdeka. Dalam konteks ini, politik berasaskan kaum yang diamalkan oleh UMNO bukanlah satu bentuk politik perkauman atau politik rasis. Politik rasis bermaksud kita hanya mengutamakan kepentingan kaum sendiri dan menzalimi kaumkaum lain. Parti yang mendakwa tidak berasaskan kaum boleh jadi amat rasis jika ia zalim kepada kaum lain.




Hakikatnya, sepanjang sejarah perjuangan UMNO, parti keramat orang Melayu ini tidak pernah menjadi parti yang rasis. UMNO sentiasa istiqamah dalam memperjuangkan hak Melayu seperti mana yang telah termaktub dalam Perlembagaan dan pada masa yang sama menghormati hak dan kepentingan kaum-kaum lain. UMNO tidak pernah membolot kekuasaan politik dan nikmat ekonomi untuk kaum Melayu sahaja. Pemimpin-pemimpin UMNO sedar bahawa berkongsi kuasa politik dan nikmat ekonomi dengan kaum-kaum lain adalah jalan terbaik untuk mewujudkan kemakmuran dan keamanan dalam sebuah negara majmuk.  Ini berbeza sekali dengan andaian pelbagai pihak luar dan dalam negara sejurus selepas merdeka, yang telah meramalkan kehancuran negara kita akibat kepelbagaian kaum, agama dan taraf ekonomi. Berkat kepemimpinan UMNO yang dinamik dan toleran, ramalan buruk ini tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya, negara-negara jiran yang tidak semajmuk kita telah mengalami dan masih mengalami ketegangan kaum dan agama yang membawa kepada pertumpahan darah.
Salah satu punca kejayaan kita ialah kita menyedari bahawa kesejahteraan ekonomi memainkan peranan penting untuk menjamin keamanan. Inilah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin besar UMNO apabila mereka mengilhamkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi memecahkan belenggu ekonomi penjajah. DEB berupa dasar pembangunan ekonomi yang menggabungkan penciptaan kekayaan dan pembahagian yang adil.




Berteraskan falsafah dan nilai politik Melayu yang inklusif ini, UMNO telah mencipta kejayaan besar dengan membawa negara kita keluar daripada belenggu ekonomi kolonial yang mencengkam masyarakat pribumi, kepada ekonomi nasional yang mementingkan pembangunan yang mapan dan pengagihan yang adil untuk semua kaum. Sejak dari awal lagi, pemimpin UMNO mengakui bahawa kejayaan Malaysia sebagai sebuah negara majmuk amat bergantung kepada kewujudan satu model pembangunan ekonomi yang inklusif di mana semua kaum dapat menikmati limpahan rahmat kemakmuran secara adil. Malah, pemenang Anugerah Nobel, Joseph Stiglitz dalam bukunya Making Globalization Work telah mengiktiraf bahawa kejayaan Malaysia mengekalkan keharmonian kaum selama ini adalah hasil kewujudan model pembangunan ekonomi yang komprehensif di mana semua kaum mendapat jaminan hak ekonomi yang adil.




Lantaran itu, kita tidak perlu apologetik apabila memperjuangkan hak dan kepentingan Melayu dan Bumiputera. Sejarah menjadi saksi bahawa apabila UMNO memimpin, bukan sahaja orang Melayu yang mendapat nikmat, malah semua kaum beroleh manfaat. Kita juga tidak perlu apologetik untuk mempertahankan identiti bangsa Melayu, bangga menjadi seorang Melayu, menjunjung adab dan tatasusila Melayu, mempertahankan warisan budaya Melayu, selagi mana kita berlaku adil kepada semua.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Hujrat, ayat 13 yang bermaksud: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).

Jelas dalam ayat ini manusia itu secara fitrahnya dijadikan berbagai keturunan dan berbangsa-bangsa. Tetapi ukuran sebenar kemuliaan seorang insan bukanlah ketaksuban kepada bangsanya, tetapi ketakwaan kepada Allah SWT. Dan sesungguhnya, berlaku adil kepada semua adalah tanda ketakwaan bagi orang-orang yang beriman.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Ma‘idah, ayat 8 yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

Alhamdulillah, berkat wawasan kepimpinan UMNO selama ini, Malaysia bukan sahaja telah mengukir sejarah sebagai negara yang berjaya mengekalkan keharmonian kaum, kestabilan politik dan keamanan negara, tetapi juga telah berada dalam kelompok teratas dalam kalangan negara berpendapatan sederhana tinggi.




Hari ini, di bawah kepimpinan YAB Presiden DS Najib bin Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri, Malaysia sedang tekun meletakkan asas-asas yang kukuh untuk melangkah ke era baru kemajuan ekonomi, iaitu untuk muncul sebagai negara maju yang berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Berdasarkan pencapaian inilah rakyat telah memberikan mandat kepada UMNO dan Barisan Nasional untuk memerintah. Dengan mandat ini juga, UMNO telah berjaya meneruskan agenda perjuangan politik inklusif yang menjadi kunci kepada kestabilan, keamanan dan kemakmuran negara. Cabaran yang dihadapi oleh UMNO seterusnya ialah bagaimana untuk mengekalkan kejayaan dan memperkukuhkan perpaduan. Kunci kepada kejayaan UMNO selama ini ialah kebijaksanaannya dalam mengurus hubungan kaum dan mengekalkan kestabilan politik. Namun hakikatnya, kita tidak pernah sunyi daripada berhadapan dengan isu-isu yang menyentuh sensitiviti kaum.




Walaupun secara umumnya hubungan kaum di Malaysia berada di tahap yang baik, namun masih kedengaran suara-suara yang mempersoalkan hak-hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera, serta hak-hak yang sah bagi kaum-kaum lain. Sekiranya tidak diurus dengan baik, keadaan ini akan menimbulkan persepsi dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum bahawa kedudukan dan hak mereka yang dijamin oleh Perlembagaan semakin terhakis. Debat perkauman dalam masyarakat juga semakin merumitkan keadaan. Perdebatan tentang isu perkauman tanpa batasan boleh menimbulkan provokasi yang membakar sentimen perkauman. Kita tentu sekali tidak mahu percikan api kemarahan akhirnya menjadi letusan yang memusnahkan segala nikmat keamanan, kemakmuran dan perpaduan yang telah kita bina. Sanggupkah kita menggadaikan segala nikmat yang kita kecapi semata-mata kerana amarah perkauman? Hakikatnya, tiada siapa yang beruntung sekiranya perbalahan bermaharajalela. Kalah jadi abu, menang jadi arang. Justeru, perasaan curiga antara kaum mesti dibendung segera. Debat perkauman mesti dihentikan, bukan esok atau lusa, tetapi sekarang. Jangan ada mana-mana kumpulan yang mempersoalkan hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera, serta hak-hak yang sah bagi kaum-kaum lain, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan. Hormatilah dan terimalah keluhuran Perlembagaan yang telah meletakkan asas-asas bagi negara kita. Saya yakin dan percaya, bahawa rasa curiga antara kaum akan dapat diatasi sekiranya semua kaum mendapat jaminan bahawa hak-hak mereka yang telah termaktub dalam Perlembagaan akan dipertahan dan dihormati dalam apa jua keadaan sekalipun.




Kepada orang Melayu dan Bumiputera, bahawa UMNO sebagai parti teras Melayu, akan terus mempertahankan hak-hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera, kedudukan agama Islam, kemuliaan institusi Raja-Raja Melayu, kedudukan Bahasa Melayu dan memastikan orang Melayu dan Bumiputera mendapat pembelaan sosial dan ekonomi yang seadil-adilnya. Kaum lain, UMNO sebagai parti teras kenegaraan tetap menghormati hak kaum-kaum lain seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan. Sebagai sebuah parti politik Melayu yang inklusif, dan berdasarkan rekod perjuangan UMNO selama ini, UMNO akan terus memastikan bahawa, di bawah teraju UMNO, tidak ada satu kaum pun yang akan ketinggalan dalam menikmati rahmat pembangunan dan kemajuan negara.

Mungkin ada pihak yang menjanjikan bulan dan bintang kepada kaum-kaum di negara ini. Mereka hanya berjanji. Sedangkan UMNO telah mengotakan janji , telah buktikan selama ini bahawa di bawah teraju UMNO, semua kaum mendapat jaminan hak yang adil. Di banyak negara bekas tanah jajahan, bangsa majoriti mendominasi kaum minoriti dengan memaksa mereka mengasimilasi, di mana mereka tidak dibenarkan mengamalkan bahasa, budaya dan agama mereka. Sebaliknya, di Malaysia, melalui UMNO, para pengasas negara kita telah memilih dasar yang inklusif, yang menerima dan memberi layanan yang adil kepada semua kaum. Inilah bukti keadilan dan keterangkuman UMNO.

Selaras dengan pendirian inilah, Gagasan 1Malaysia yang dicetuskan oleh YAB Presiden sebagai satu gagasan perpaduan yang memberi jaminan hak kepada semua warganegara berlandaskan prinsip-prinsip Perlembagaan dan Rukunegara. Gagasan ini akan mencetuskan kekuatan kita sebagai sebuah masyarakat majmuk yang bersatu padu.





Dalam konteks ini, Gagasan 1Malaysia tidak menolak fitrah kepelbagaian identiti dan budaya kaum yang ada di negara kita, malah menegaskan kepentingan untuk menerima kepelbagaian sebagai sumber kekuatan. Gagasan 1Malaysia yang berlandaskan Perlembagaan dan prinsip penerimaan ini tidak membawa maksud penghakisan identiti atau hak mana-mana kaum, tetapi merupakan satu penegasan terhadap pengukuhan rasa kebersamaan dalam kalangan masyarakat majmuk dengan menerima kepelbagaian sebagai satu fitrah yang murni. Gagasan berpandangan jauh YAB Presiden ini akan menangkap imaginasi rakyat pelbagai kaum dan membawa kita ke hadapan sebagai sebuah negara majmuk yang maju dan bersatu padu. Perpaduan Melayu adalah prasyarat kestabilan politik Malaysia. Perpaduan Melayu tidak boleh dilihat secara terpisah daripada perpaduan nasional. Perpaduan Melayu itu sendiri merupakan teras perpaduan nasional. Untuk itu, UMNO akan terus menerajui perjuangan untuk menyatupadukan bangsa Melayu dan umat Islam.




UMNO akan berganding bahu dengan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan Melayu dan Islam untuk memperkukuhkan perpaduan, menyemarakkan syiar Islam dan memastikan kestabilan politik terus terjamin. Melangkah ke hadapan, orang Melayu juga perlu mengatasi segala kelemahan yang ada. Manakala UMNO tetap membela hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera, generasi Melayu dan Bumiputera hari ini dan masa hadapan tidak lagi boleh bergantung semata-mata kepada jaminan politik dan perundangan untuk maju. Ini kerana landskap politik dan ekonomi dunia sudah berubah. Ledakan maklumat dan teknologi komunikasi telah meruntuhkan sempadan politik dan ekonomi, dan menjadikan dunia semakin global. Dalam dunia yang semakin kompetitif hari ini, kesejahteraan ekonomi, sosial dan politik bangsa Melayu amat bergantung kepada kemampuan diri untuk bersaing dalam dunia tanpa sempadan. Transformasi ekonomi yang lebih terbuka bukanlah satu proses yang boleh diundur. Mahu tidak mahu, bangsa Melayu perlu lebih dinamis dan bersedia untuk melakukan anjakan minda yang signifikan. Bangsa Melayu mesti bermujahadah untuk meningkatkan kemampuan diri.



Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO adalah sayap-sayap parti yang sentiasa setia kepada perjuangan parti, sentiasa bersedia untuk berkhidmat kepada parti. Mereka tidak pernah jemu menjulang panji-panji parti di setiap medan perjuangan. Dalam setiap pilihan raya, dalam setiap program parti, mereka sentiasa menjadi jentera penggerak utama. Justeru, di samping melaksanakan tugas-tugas tradisi dan rutin dalam parti, mereka lebih agresif dalam mengisi harapan rakyat yang lebih besar. Ini termasuklah harapan rakyat dalam bidang ekonomi, pendidikan, agama, kebudayaan, kesukanan, khidmat sosial, pembangunan keluarga, pemeliharaan alam sekitar dan hubungan kaum.




Selama ini mereka telah melaksanakan sedikit sebanyak aktiviti dan bakti dalam bidang-bidang tersebut.Rakyat hari ini mahukan sentuhan parti dalam bidang-bidang tersebut. Inilah yang menyebabkan kita harus meningkatkan penglibatan sebagai pemimpin akar umbi dalam bidang-bidang ini. Untuk memastikan sentuhan parti dalam bidang-bidang ini dapat dirasai oleh masyarakat, maka ia perlu dilaksanakan dengan lebih tersusun dan sistematik. Lebih daripada itu, ia perlu dinilai untuk memastikan impaknya yang sebenar.  Suatu ketika dulu ada cadangan satu sistem Kad Skor diperkenalkan untuk menilai prestasi setiap lapisan kepemimpinan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri. Kad Skor ini akan menilai keterlibatan dan prestasi mereka dalam bidang-bidang utama yang sebutkan tadi.Dengan adanya Kad Skor ini, setiap pemimpin akan dapat dinilai prestasi masing-masing untuk tempoh dua tahun yang akan datang. Mereka yang menunjukkan prestasi tinggi akan diberikan pengiktirafan dan penghargaan yang sewajarnya. Anggaplah inisiatif ini sebagai salah satu daripada usaha ikhlas kita untuk meningkatkan imej parti dan memperkukuhkan keyakinan rakyat terhadap parti. Sekiranya sistem ini dilaksanakan sepenuhnya, kita akan menyaksikan satu lonjakan baru dalam tahap keaktifan dan keberkesanan gerak kerja mereka. Apabila ini berlaku, bukan sahaja sayap-sayap yang akan mengalami lonjakan, malah keseluruhan parti akan menerima kesan yang positif. 




Sesungguhnya, sayap-sayap parti mesti memainkan peranan yang lebih aktif dalam mendokong perjuangan parti. Lebih-lebih lagi, dalam suasana politik yang semakin mencabar hari ini, peranan sayap-sayap parti menjadi lebih penting lagi. Isu-isu dan segala tanggapan negatif yang dilemparkan terhadap UMNO perlu segera ditangkis. Malah, sayap-sayap parti mesti sentiasa berperanan secara lebih agresif untuk memperkukuhkan UMNO, dan membentuk pandangan positif rakyat terhadap UMNO. Mereka ini bukan sekadar berada di barisan pertahanan, tetapi di barisan hadapan perjuangan parti. Justeru, harapan kita supaya mereka merapatkan saf dan memperkukuhkan sayap-sayap parti. Jangan ada walau sekelumit perasaan amarah sesama kita. Jangan ada walau sedikit perasaan iri yang membinasakan. Jangan ada walau setitik perasaan dendam yang memusnahkan.




Yakinlah, bahawa kita berada pada landasan perjuangan yang benar. Yakinlah bahawa orang Melayu dan Bumiputera menaruh harapan yang tinggi kepada kita sebagai pelopor perjuangan UMNO. Yakinlah dengan sumpah setia kita bahawa UMNO tidak akan berganjak daripada landasan perjuangan membela Agama, Bangsa dan Negara.


Ucapan dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Berkelompok Cawangan Cawangan UMNO P.190 Tawau oleh YB.Datuk Hj.Tawfiq bin DSP.AB.Tititngan.


Suasana dipentas Perasmian Berkelompok Persidangan Cawangan-cawangan UMNO Bahagian P.190 Tawau.Penuh dengan acara yang padat dan melaungkan sokongan padu kepada pucuk pimpinan parti. Majlis ini berjaya tidak lain atas kejayaan Setiausaha UMNO Bahagian Hj.Naim Ahmad mengemudi acara. Ia ditambah lebih manis dengan ucapan muqadimah YB Datuk Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali dan sokongan padu YB Datuk Hj.Tawfiq bin DSP AB.Titingan gandingan yang mantap serta UPPM Dun Balung dan Dun Apas.  Bahkan lebih mantap apabila ucapan yang berfakta dari YB Datuk Hj.Tawfiq bin DSP AB Titingan memperkukuhkan institusi struktur UMNO Bahagian Tawau. Ia disempurnakan pula dengan penjelasan terperinci serta bermaklumat dan jelas tentang isu isu semasa serta tugasan ahli dalam memperkasakan sokongan ahli kepada parti dan pucuk pimpinan.

Majlis juga menjadi lebih meriah dengan sokongan sayap-sayap parti dibawah kepimpinan Ybhg. Datuk Hjh.Rosdianah binti MD.Nor Ketua Pergerakan Wanita, juga oleh Ybhg Saudara Amran bin Hj.Karim Naib Ketua Pemuda Bahagian dan Naib Ketua Puteri Bahagian.




Dalam menghadapi realiti ekonomi berasaskan pengetahuan, yang dipacu oleh kekuatan modal insan, pembinaan modal insan Melayu yang berilmu dan berkemahiran tinggi adalah satu tuntutan. Gerakan kesedaran pendidikan di kalangan orang Melayu dan Bumiputera mesti diperhebatkan. Hanya dengan pendidikan orang Melayu dapat mengasah minda dan menggarap kemahiran untuk bersaing dalam dunia yang semakin mencabar hari ini. Pembudayaan ilmu akan menjadi kunci kepada kejayaan orang Melayu hari ini dan masa depan. Tindakan afirmatif akan diteruskan dalam pelaksanaan Model Baru Ekonomi dan Program Transformasi Ekonomi untuk memastikan orang Melayu dan Bumiputera mempunyai tempat dalam proses transformasi negara ke arah menjadi negara berpendapatan tinggi. UMNO tidak akan berpaling daripada landasan perjuangannya untuk memajukan ekonomi Melayu dan Bumiputera.




UMNO tidak akan ragu dan apologetik untuk memperjuangkan pengagihan ekonomi yang adil untuk orang Melayu dan Bumiputera. Namun saya tegaskan bahawa dimensi baru dasar tindakan afirmatif yang dilaksanakan adalah berteraskan kepada keperluan dan kelayakan. Hanya mereka yang benar-benar layak dan memerlukan sahaja akan dibantu. Begitu juga, peluang-peluang ekonomi akan terbuka luas buat mereka yang gigih berusaha. Sebaliknya, tidak ada ruang buat pengamal rent-seeking yang haloba untuk mengaut laba yang sementara. Kita juga sedar bahawa perubahan landskap politik telah meletakkan nilai dan etika politik di suatu tempat yang amat disanjung tinggi oleh rakyat. Rakyat amat berharap agar pemimpin dapat mengamalkan nilai-nilai politik luhur seperti kejujuran, keikhlasan, kebertanggungjawaban dan kesungguhan dalam melaksanakan amanah kepemimpinan. Bahkan, masa depan sesuatu organisasi politik akan ditentukan oleh sejauhmana nilai-nilai yang baik ini dapat diamalkan oleh para pemimpin dan ahli-ahlinya. Justeru, selaras dengan tekad kita untuk melakukan perubahan dan pembaharuan, dan untuk melangkah ke hadapan dengan penuh keyakinan, marilah kita pupuk dan suburkan nilai-nilai luhur ini dalam perjuangan politik kita, dan marilah kita lahirkan pemimpin-pemimpin yang berketerampilan, beretika dan berakhlak mulia.




Mulai 20 Mac 2016 Persidangan Cawangan cawangan bermula dimana mana di DUN N.55 Balung dan juga DUN N.56 Apas.


Pada 23 April 2016 Mesyuarat UMNO Cawangan Kg.Rancangan Ranggu dan UMNO Cawangan Kg.Ranggu bermesyuarat di Balairaya Kg.Ranggu.

Mesyuarat telah dihadiri oleh Tuan Hamil Hj.Awang Bendahari UMNO Bahagian serta AJK Bahagian yang lain Tuan Nurdin Nusu , Tuan Gapar Ahmad , Tuan Mohd.John Lakim dan Yusof bin Hj.Ahmad

Mesyuarat berjalan lancar dan tenang

Meneliti Minit Mesyuarat dan atur cara  yang diedarkan

Ahli ahli cawangan yang hadir menjalankan kewajipan mereka sebagai Ahli cawangan.


UMNO Cawangan Bukit Quoin begitu bersemangat menyanyikan lagu Bersatu-Bersetia-Berkhidmat


UMNO Cawangan Batu 2 Jalan Apas bersemangat waja dengan laungan slogan "1Malaysia". Satu Perjuangan , Satu Tujuan dan Satu Harapan.


UMNO Cawangan Serudung Murut 2 , bersemangat kental dengan lagu Negaraku , Sabah Tanah air ku dan Bersatu-Bersetia-Berkhidmat menyuntik semangat perjuangan ahli ahli UMNO disini.

UMNO Cawangan Kg.Jawa Kongsi 10

UMNO Cawangan Kg.Jawa Kongsi 10

UMNO Cawangan Jalan Damai bersemangat meneruskan perjuangan dengan Istikamah dan Tawadu' menerajui perjuangan UMNO dipelusuk Tanah Air 



Pada 21 Ogos 2016  Mesyuarat  Perwakilan Pergerakan  Puteri UMNO telah diadakan diXocolat Hotel Emas , Tawau yang diketuai oleh Ketua Puteri UMNO Tawau Cik Nazlia binti Ali Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB.Titingan Naib Ketua Bahagian UMNO Tawau merangkap Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah.



Turut Hadir Tuan Hj.Naim bin Ahmad Setiausaha Bahagian Tawau serta 3 orang AJK Bahagian yang mewakili Bahagian KeMesyuarat Perwakilan Puteri , Tuan Sarman Amat Simito , Tuan Nurdin Nusu dan Tuan Mohd.John Lakim.



Perwakilan Bahagian yang menghadiri Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Tawau pada Mesyuarat Perwakilan kali ini bersama sama pesrta perwakilan Puteri di Hotel Emas Tawau.



Pergerakan Puteri UMNO Malaysia hari ini mencadangkan agar had umur keahlian Puteri UMNO dilanjutkan ke usia 40 tahun bukan untuk jawatan Ketua Puteri Malaysia sahaja tetapi untuk semua ahli Puteri sehingga ke peringkat akar umbi. Menghadkan umur keahliannya bermula umur 18 hingga 35 tahun, kebanyakkan wanita muda pada tahap umur ini masih lagi meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan ketika itu fokus mereka masih lagi kepada pendidikan dan minat untuk berpolitik masih belum wujud. Walaupun keahlian Puteri bermula umur 18 tahun, ia tidak menjanjikan komitmen daripada mereka apabila mereka setakat mendaftar sebagai ahli akan tetapi tidak memberikan komitmen dan juga tidak memberikan kerjasama dalam apa jua program Puteri.

Ahli Puteri yang berumur 25 hingga 30 tahun akan sibuk membina kerjaya setelah tamat pengajian dan sedang sibuk mencari kestabilan hidup. Pada masa ini juga Puteri masih belum bersedia untuk berpolitik kerana fokus lebih kepada membina kehidupan. Mencecah umur 30 hingga 35 tahun, barulah wujud rasa ingin berpolitik di kalangan wanita muda. Puteri UMNO terdiri daripada wanita Melayu muda yang berumur daripada 18 hingga 35 tahun dan tidak pernah lari daripada matlamat asal serta hala tuju sejak daripada tertubuhnya Puteri hingga kini. Perjuangan Puteri adalah selari dengan sayap UMNO yang lain cuma pendekatan yang sedikit berbeza dilakukan bagi disesuaikan dengan sasaran sebenar. Selaras dengan matlamat Puteri sendiri iaitu menjadi landasan untuk wanita Melayu muda melibatkan diri secara aktif di dalam politik, mencungkil potensi kepimpinan wanita Melayu muda, memupuk dan menyerlahkan identiti wanita Melayu muda tanpa diskriminasi, bertindak sebagai pemantau di dalam UMNO dan masyarakat serta yang paling penting Puteri membantu UMNO di dalam semua pilihanraya dan meneruskan ketuanan Melayu di Malaysia.Untuk mengekalkan relevannya Puteri UMNO dan demi memperkukuhkan dominasi sebagai salah satu sayap UMNO yang penting, had umur Puteri ini memang dan sepatutnya dikaji semula iaitu memanjangkan tempoh had umur Puteri sehingga usia 40 tahun agar mereka benar-benar matang dalam berpolitik sebelum melangkah ke dunia Wanita UMNO. Semoga apa yang diusahakan oleh Puteri UMNO akan mendapat perhatian pucuk pimpinan Parti dan mempertimbangkan demi kesinambungan perjuangan dimasa kan datang.

Pada 27 Ogos 2016 Mesyuarat Perwakilan Pergerakkan Pemuda telah diadakan diHotel Promenade Tawau yang diketuai oleh Tuan Ariffin bin Kassim Ketua Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Tawau. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Ybhg. Tuan Hj.Yamani Hafez bin DSP Musa Aman Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sabah.



Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Ybhg. Tuan Hj. Yamani Hafez bin DSP Hj.Musa , Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sabah. Turut Hadir Tuan Andi Suriyadi Andi Bandu Ketua Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Kalabakan yang mewakili Perhubungan UMNO Negeri Sabah.



Turut hadir Tuan Hj.Naim bin Ahmad Setiausaha UMNO Bahagian Tawau.




 3 orang AJK Bahagian wakil dari UMNO Bahagian Tawau Tuan Hj.Yusof bin Hj.Ahmad , Tuan Hj.Razak bin Hj.Abas dan Tuan Hj.Mahamud bin Hj.Sakti.

Seluruh kepimpinan Pemuda UMNO Tawau menyahut seruan YAB Presiden Parti untuk terus beristiqamah dalam perjuangan UMNO dengan penuh kesetiaan dan ketaatan tanpa sebarang syarat kepada tunjang kepimpinan UMNO kini agar nasib anak bangsa kita terus dijaga serta dipertahankan. Pemuda UMNO Tawau juga untuk kesekian kalinya ingin menzahirkan Sokongan Padu Tanpa Syarat kepada Kepimpinan YAB Ketua Menteri Sabah DSP Musa Aman selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah dan YAB DS Mohd Najib Tun Razak untuk terus mengepalai kepimpinan UMNO sebagai Presiden Parti dan juga Perdana Menteri Malaysia.
Sikap Berani, Gentelman dan Berjiwa besar  YAB Dato’ Sri Mohd Najib yang ditunjukkan oleh beliau dalam memimpin Negara telah menyerlahkan lagi ketokohan beliau sebagai pemimpin yang memiliki HIKMAH yang tinggi dan tidak mudah melatah dengan ujian yang mendatang serta provokasi yang dicipta oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Pemuda UMNO ingin menyeru agar semua perwakilan UMNO khususnya perwakilan Pemuda UMNO Tawau menjadikan perhimpunan ini sebagai wadah musyawarah bagi menyerlah tamadun bangsa Melayu, mempertahankan syiar Islam dan kedaulatan Negara. Kitalah Pemuda UMNO yang dipertanggungjawab untuk mengalas harapan untung nasib keturunan kita.








Pada 28 Ogos 2016 Mesyuarat Perwakilan Pergerakkan Wanita UMNO telah diadakan diHotel Promenade Tawau yang diketuai oleh Ybhg.Datuk Hjh.Rosdianah binti Hj.Md.Nor Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau. Dirasmikan oleh Ybhg.Datuk Sharifah Azizah bin Syed Zain , Ketua Pergerakan Wanita UMNO Negeri Johor merangkap Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kluang , Johor Darul Takzim.




Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Datuk Sharifah Azizah binti Syed Zain Ketua Pergerakan Wanita UMNO Negeri Johor merangkap Ketua Wanita UMNO Bahagian Kluang , Johor.


Ucapan alu aluan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Tawau Datuk Hjh.Rosdianah binti MD.Nor

Didahului dengan ucapan bersyukur kepada Allah SWT dengan limpah izinNya dapat semua berkumpul pada pagi yang penuh barakah Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, para sahabat, para solihin, siddiqin serta para mujahidah, mujahidin di dalam negara aman dan maju, Wanita UMNO bersemangat dan bersatu padu. 

Bagi pihak barisan kepimpinan Pergerakan Wanita Bahagian UMNO Tawau , Ybhg. Datuk Hjh.Rosdianah Md.Nor mengalu-alukan Kehadiran Ybhg. Datuk Sharifah Azizah binti Syed Zain dan semua perwakilan ke Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO Tawau 2016. Seterusnya merakamkan terima kasih kepada Ybhg. Tuan Hj.Naim bin Ahmad Setiausaha Bahagian dan 3 orang wakil Bahagian yang hadir bersama yang sentiasa memberi sokongan dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan. 

Skuad Sayang adalah tanda keprihatinan kita terhadap isu-isu dan permasalahan rakyat, di samping bertujuan memupuk nilai-nilai murni serta kasih sayang di segenap lapisan masyarakat. Tindakan proaktif Skuad Sayang telah berjaya meringankan beban rakyat, malah mendapat sokongan kuat daripada kalangan pihak terlibat. 



Program Jalinan Rakyat berjaya digerakkan sebagai pendekatan untuk mendampingi rakyat serta mendekatkan parti dengan pengundi. Puan-puan yang memahami hasrat dan hati nurani rakyat, kerana puan-puan yang berada di sisi rakyat di akar umbi siang dan malam.  Puan-puanlah yang akan menyampaikan segala misi dan visi kerajaan dan parti Barisan Nasional kepada rakyat, berjinak dan bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pemimpin-pemimpin masyarakat, aktivis-aktivis, orang perseorangan dengan cara yang lebih terancang, berkesan, berdisiplin, berintegriti dan konsisten.  Melalui Jalinan Rakyat kita berharap bahawa pengundi dan masyarakat tempatan akan lebih mengenali hati budi orang UMNO dan Barisan Nasional dalam keikhlasan kita berpolitik.



Hari ini, Wanita UMNO tetap komited kepada perjuangan UMNO untuk Agama, Bangsa dan Negara.  Agenda Melayu yang berpayungkan Gagasan 1Malaysia akan menjadi perjuangan asas kita bagi menentukan UMNO terus menjadi tulang belakang Kerajaan Barisan Nasional. Perjuangan UMNO inilah yang menjadi harapan, impian dan aspirasi seluruh bangsa Melayu. Pemimpin dan ahli UMNO mesti bersatu-padu, bertekad untuk menentukan bangsa Melayu tidak berpecah-belah yang akan membawa kepada kelemahan minda, kemunduran peradaban dan kehancuran bangsa Melayu. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Sebagai Ketua Wanita UMNO Tawau beliau menyeru agar perwakilan sentiasa berpegang kepada tradisi terbaik Pergerakan Wanita UMNO. Kebijaksanaan harus melebihi segala-galanya. Apabila kita berdiam, biarlah diam itu berisi. Apabila kita berbicara, biarlah bicara kita didengari. Apabila kita bertindak, biarlah tindakan kita berhasil. Apabila tindakan berhasil, manfaatnya berpanjangan.  Pencapaian kita jelas dilihat semua. Marilah kita membuktikan hakikat ini sekali lagi pada pilihan raya akan datang di PRU ke 14 nanti.



Namun begitu, kita sebagai pemimpin UMNO yang bertanggungjawab mesti berhati-hati kerana iklim politik hari ini amat berbeza dari dahulu. Hari ini zaman sudah berubah – zaman inovasi, zaman ICT, zaman facebook, twitter, youtube. Malah, ideologi tradisional sudahpun terhilang daripada lanskap politik Malaysia.  Pada masa yang sama, rakyat diheret ke dalam kancah polemik dan isu-isu teras yang telah dipersetujui sebulat suara oleh pemimpin-pemimpin semua kaum sebelum Merdeka, seperti isu agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak, kepentingan sah kaum-kaum lain, dan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan masing-masing di bawah Perkara 3, Perkara 152 dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Kita mesti ingat bahawa Perlembagaan Persekutuan telah digubal dengan mengambilkira Wasiat Raja-Raja Tanah Melayu, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, dan sejarah berkenaan dengan kewujudan kaum-kaum lain sebelum Merdeka, selain daripada kaum Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.  

Kita mesti sedia berkorban demi mempertahankan setiap perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dari sebarang tentangan dan penghinaan.  Kedudukan istimewa kaum Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak tidak boleh dipersoalkan.  Samalah juga dengan kepentingan sah kaum-kaum lain yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Janganlah kita mengabdikan diri kepada godaan cauvinisme yang murah. 



Wanita UMNO – selaku ibu, isteri, anak, pemimpin – kita  mesti kembalikan kemuliaan ke dalam perjuangan kita.  “We must return nobility to every part of our struggle.”  Jurang di antara rakyat kita berlaku kerana kita sebagai satu masyarakat, termasuklah semua pemimpin politik, telah alpa dengan intipati perjuangan asal politik Melayu, iaitu: kewajipan, tanggungjawab dan khidmat kepada rakyat.  Nasib kerajaan bergantung kepada nasib rakyat “Our fate as a Government rests entirely upon the fate of our people.”  Setiap daripada puan-puan perwakilan yang hadir pada hari ini, setiap ahli Wanita UMNO, adalah pemimpin . Melalui khidmat setia kita, maka UMNO dan Barisan Nasional mampu meraih kembali sokongan daripada rakyat jelata.  Kewajipan, tanggungjawab dan khidmat, telah sekian lama menjadi prinsip asas UMNO .



Ybhg.Datuk Hjh. Rosdinah memberitahu Para perwakilan yang hadir, Alhamdulillah, katanya pada saat ini, perjuangan kita mendapat suntikan semangat di bawah kepimpinan YB.Datuk Tawfiq bin DSP AB.Titingan selaku Ketua Bahagian UMNO Tawau, YB.Datuk Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali selaku Timbalan Ketua Bahagian dan Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB.Titingan selaku Naib Ketua Bahagian UMNO Tawau. sebagai contoh katanya Persidangan Perwakilan kali ini diadakan di Hotel Promenade yang begitu kondusif dan teratur.

Pada kesempatan ini, Ybhg.Datuk Hjh.Rosdianah bagi pihak seluruh wanita UMNO Bahagian Tawau, merakamkan ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih tidak terhingga atas bantuan dan kerjasama serta kepercayaan dan pengiktirafan yang diberikan terhadap signifikan peranan dan sumbangan wanita UMNO Bahagian Tawau kepada Pemimpin Bahagian yang disayangi Ketua Bahagian , Timbalan Ketua Bahagian dan Naib Ketua Bahagian . Dengan itu Ybhg.Datuk Hjh.Rosdianah mengajak agar Pergerakan Wanita UMNO Tawau bersiap sedia untuk memperjuangkan peranan yang lebih bermakna di dalam parti dan kerajaan agar bersama-sama terus bermuafakat; berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, bergerak seiring melakar kejayaan, merealisasikan gagasan 1Malaysia.


Ucapan Perasmian oleh Ybhg.Datuk Sharifah Azizah binti Syed Zain Ketua Pergerakan Wanita UMNO Negeri Johor merangkap Ketua Wanita UMNO Bahagian Kluang , Johor.
Dalam ucapan nya beliau amat teruja dengan pencapaian dan sambutan wanita UMNO Bahagian Tawau dengan penuh bergaya dan berkeyakinan tinggi dan menunjukkan kepimpinan yang dinamik dan progresif dikalangan pemimpin pemimpin wanita akar umbi yang hadir. Setelah mendengar ucapan daripada Ketua Wanita UMNO Tawau dapatlah difahami bahawa Wanita UMNO Tawau amat bertuah dan beruntung kerana mempunyai Pemimpin yang sentiasa membantu dan mengambil perhatian diatas usaha pergerakan itu dibahagian Tawau.
Beliau menyarankan agar diberkuatkan lagi Jalinan Rakyat dan beranggapan bahawa pilihanraya tidak lagi lama akan diadakan. Maksudnya persediaan sepatutnya telah ada sekiranya pilihanraya diadakan pada bila bila masa. 


Pada 11 September 2016 Persidangan Perwakilan Bahagian UMNO P.190 Tawau telah diadakan di Hotel Promenade Tawau yang diketuai oleh YB.Datuk Tawfiq bin DSP AB Titingan Ketua UMNO Bahagian Tawau. Dirasmikan oleh YB. DS Hishamudin bin Tun Hussien Onn Naib Presiden UMNO Malaysia merangkap Menteri Pertahanan Malaysia.




Sebaik saja ketibaan YB.DS Hishamuddin Tun Hussien ke dalam Dewan acara bergambar serentak diadakan bagi memudahkan AJK Bahagian dimana semua nya telah sedia hadir untuk memulakan Persidangan.




Pertubuhan Kebangsaan Melayu Ber­sa­tu (UM­NO) telah menyambut ulang ta­hun­nya yang ke-70. Parti politik ini sudah begitu sinonim dengan senario politik di Malaysia. Sejak berpuluh tahun, UMNO dikenali sebagai wadah utama perjuangan orang Melayu di negara ini. Walaupun hari ini, wujud parti politik lain yang turut mendakwa memperjuangkan kepentingan orang Melayu, UMNO masih lagi dilihat sebagai parti politik yang terkehadapan dalam isu-isu orang Melayu. UMNO adalah parti politik terbesar dan parti teras dalam pemerintahan negara menerusi ga­gasan Barisan Nasional (BN). Para pemimpinnya pula berperanan penting dalam membuat dasar-dasar negara. UMNO antara parti demokratik yang tertua di negara membangun dan masih kuat kedudukannya setelah melalui pelbagai peristiwa dan cabaran getir. UMNO dihormati kawan dan di­segani lawan atas prinsip keadilan, ketegasan dan keupayaannya.


Dalam ucapan YB. DS Hishamuddin Tun Hussien Onn menceritakan serba ringkas perjuangan Ahli UMNO terdahulu dimana Sejarah penubuhannya bermula pada 1946 apabila perhimpunan besar-besaran orang Melayu - Kongres Melayu Se-Malaya pertama dianjurkan oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur, dari 1 hingga 4 Mei 1946, yang dihadiri 41 pertubuhan Melayu dari seluruh negara. Pemimpin Persatuan Melayu Johor, Dato’ Onn Jaafar telah dipi­lih sebagai pengerusi kongres yang pertama. Tiga usul penting diluluskan iaitu pertama, penubuhan UMNO; kedua, membantah penubuhan Malayan Union oleh British; dan ketiga, mengadakan derma pelajaran kebangsaan Melayu. Pada 11 Mei 1946 di Istana Besar, Johor Bahru, Johor, Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan Perhimpunan Agung Pertama UMNO telah berlangsung. Piagam atau Perlembagaan UMNO telah diterima dan diluluskan oleh para peserta dan UMNO pun ‘dilahirkan’ secara rasminya sebagai sebuah parti politik orang Melayu.

UMNO Sabah perlu menolak landskap politik berpaksikan kebencian serta melaga-lagakan yang semakin menular dalam senario politik negara ketika ini, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata pendekatan politik seperti itu perlu diatasi kerana sekiranya dibiarkan berterusan, negara boleh terjerumus ke arah pergolakan dan kekacauan.
 
UMNO Sabah yang berusia 25 tahun ini kena tolak budaya politik sedemikian yang hanya membawa kepada impak negatif… budaya politik yang dibawa pihak tertentu seperti laungan kenegerian (emosi) adalah tidak wajar.

Beliau berkata, tidak salah sekiranya laungan kenegerian dibawa dalam budaya politik namun perlu ada batasan.

“Politik semata-mata politik tidak apa tetapi politik Sabah for Sabahan (kebencian) akan membawa kepada perpecahan,” 

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata tidak dinafikan keperluan orang Sabah untuk mendapat pengiktiran dan penghormatan adalah wajar tetapi jangan sehingga terikut-ikut politik kepada perpecahan.




Sebagai sebuah parti politik orang Melayu, UMNO sememang­nya memainkan peranan penting dalam memartabatkan kedudukan dan survival orang Melayu di negara ini. UMNO telah menimbulkan kesedaran orang Melayu mengenai betapa pentingnya mereka bersatu dalam sebuah parti politik yang kuat untuk menentang penjajahan British di Tanah Melayu. Kegagalan penubuhan Malayan Union oleh British pada 1946 juga adalah hasil perjuangan UMNO. Tempo perjuang­an UMNO ini kemudiannya diteruskan hinggalah Ta­nah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.



Tidak dinafikan UMNO juga teras utama dalam sistem pemerintahan di Malaysia. Sejak merdeka, UMNO menerajui parti pemerintah BN. Di bawah kepimpinan UMNO, BN muncul sebagai gabungan parti politik yang kuat dan disegani. BN berjaya mengharungi lebih 13 pilihan raya umum sejak merdeka hingga sekarang tanpa sebarang kekalahan. Hari ini, BN masih menguasai kerusi majoriti Parlimen dan tidak syak lagi, UMNO menjadi tonggak utamanya. Peranan dan sumbangan UMNO adalah sangat jelas. Terlalu banyak yang boleh diperkatakan mengenainya. Dari segi politik, UMNO menerusi kepimpinannya dalam BN berjaya membentuk pemerintahan Kerajaan Pusat yang kuat dan stabil. Dari segi ekonomi pula, banyak dasar kerajaan yang dihasilkan berjaya mengubah negara ini daripada sebuah negara kecil sedang membangun menjadi sebuah negara hampir maju atau sebuah negara kuasa pertengahan (middle power country). Dari segi sosial pula, UMNO dan BN, secara dasar­nya, berjaya mengekalkan kestabilan dan mewujudkan keharmonian antara kaum di negara ini.
Pendek kata, kalau kita amati secara mendalam dan membuat perbandingan keadaan hidup di Malaysia sejak merdeka hingga sekarang, kita pasti dapat merasakan wujud­nya perubahan yang sangat besar meliputi semua aspek yang telah disebutkan tadi.



Tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa banyak nikmat telah dikecapi oleh orang Melayu dan juga rakyat Malaysia sejak merdeka hingga sekarang yang adalah hasil usaha dan peranan yang telah dimainkan oleh UMNO. Demikianlah betapa besarnya sumbangan UMNO, bukan sahaja untuk orang Melayu, malah semua rakyat di negara ini. Sebagaimana parti-parti politik yang lain di dunia, UMNO, dalam usahanya memartabatkan kedudukan orang Melayu dan mengukuhkan kedudukannya sebagai sebuah parti pemerintah di bawah gagasan BN, terpaksa mengharungi banyak cabaran getir dari dalam dan luar. Antaranya peristiwa pengharaman UMNO oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1988; konflik kepimpinan tertinggi UMNO; dan pemecatan beberapa pemimpin kanan UMNO atas faktor ketidaksetiaan kepada parti tersebut.
Sementara itu, era dunia global pula menyaksikan wujudnya ele­men perpecahan dalam politik orang Melayu. Sokongan orang Melayu terhadap UMNO dikatakan mula terhakis dan merosot berikutan penubuhan beberapa parti politik alternatif kebanyakannya serpihan UMNO sendiri seperti Parti Semangat 46 dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Malah, tidak keterlaluan juga untuk mengatakan bahawa politik orang Melayu telah lama berpecah sejak sebelum merdeka dengan penubuhan parti politik seperti Parti Negara dan Pas dan PAN yang terkini PPBM ( Parti Pribumi Bersatu Malaysia ).



Harus diingatkan bahawa UMNO, sebagai sebuah parti politik Melayu, dan dalam keadaan politik tempatan dan antarabangsa yang penuh dengan cabaran ini, semakin meningkat usia UMNO, parti ini seharusnya menjadi sebuah parti politik yang sa­ngat matang dan lebih berkemampuan dalam mengharungi pelbagai cabaran getir yang mendatang. Justeru untuk memastikan UMNO terus kekal dan relevan pada masa hadapan, sesuatu mesti dilakukan bagi mencapai matlamat ini. UMNO mesti hidup dan berubah selaras dengan perkembangan semasa. Dalam hal ini, UMNO mesti melalui satu proses transformasi dalaman dan luaran bagi memastikannya terus kuat dan berdaya saing dalam apa juga keadaan. Para pe­mimpin, ahli dan penyokong UMNO pula mesti memahami prinsip perjuangan UMNO dan bersedia untuk menumpahkan taat setia mereka terhadap parti ini melebihi kepentingan diri sendiri. Tanpa sikap taat setia ini, parti politik boleh lemah dan hancur ditelan zaman dan juga mungkin menjadi sebahagian lipatan sejarah politik dunia. Semoga UMNO akan terus gagah mendepani perjuangan politik orang Melayu dan seterusnya berupaya untuk berbakti kepada agama, bangsa dan negara. 




Perhimpunan Agung UMNO 2016 di PWTC Kuala Lumpur pada 29 November 2016 hingga 03 Disember 2016



Jumpa anda disana...........................kalau terpilih untuk pergi 



SALAM PERJUANGAN

BERSATU-BERSETIA-BERKHIDMAT 






end