Bandar Tawau
Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau ( FKAT ) setiap tahun diadakan dan dipergiatkan oleh Persatuan Kebangsaan Melayu Tawau (PKMT) untuk menerajui menjayakan acara yang gilang gemilang sejak beberapa tahun yang lalu sejak ianya diperkenalkan.
Berbagai acara diadakan termasuk lah Pameran Kebudayaan Etnik di Sabah dimana setiap Etnik akan mempamerkan simbol kebudayaan mereka daripada kehidupan harian , pakaian , makanan , dan peralatan termasuk juga peralatan persenjataan dan peralatan muzik.
21 - 23 MARCH 2019 , FESTIVAL KEBUDAYAAN ANTARABANGSA TAWAU (FKAT) , LAWATAN YB. DATUK HJ.NIZAM DAN AHLI JAWATANKUASA PENAJA BERSATU ( PPBM) BAHAGIAN TAWAU DI BOOTH ETNIK SUKU KAUM YANG MENGAMBIL BAHAGIAN
Di Booth Persatuan Kebangsaan Melayu Tawau (PKMT) , YB.Datuk Hj.Nizam sempat beramah mesra dengan Ahli Jawatankuasa Persatuan yang diketuai oleh Tuan Hj.Kee Ayub bin Kee Abubakar selaku Presiden. Persatuan ini adalah Persatuan yang tertua di Tawau yang masih aktif dengan aktiviti nya. Telah ditubuhkan dalam tahun 1938 oleh Allahyarham OKK Kee Abubakar bin Kee Abdullah bersama rakan rakan seperjuangan ketika itu. Tujuan penubuhan adalah untuk membantu orang orang Melayu Tawau ketika itu. Persatuan ini juga aktif dalam bidang Sukan , Kebudayaan dan Perhubungan awam.
Berbagai Etnik yang mengambil bahagian dalam Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau pada setiap tahun . Mereka akan menghias Booth both mereka mengikut ciri ciri Kebudayaan masing masing.
Kebudayaan adalah cara hidup sesuatu kaum , cara mengatur hidup satu-satu etnik lain dan tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Misalnya tentang asal-usul dan bermulanya peradaban manusia, asal - usul budaya yang berlainan yang melambangkan identiti kaum masing- masing.
FKAT kali ini berbagai suku kaum yang mengambil bahagian seperti Kadazan Dusun , Murut , Suluk , Bajau , Jawa , Menado , Penan , Tidung , Bulungan , Bugis , Mona , dan banyak lagi.
Etnik Manado atau Suku Minahasa merupakan suku asli di Sulawesi Utara dan sebagian besar mendiami di Kota Manado. Suku ini juga menyebut dirinya sebagai orang Kawanua. Dan berdasarkan sensus penduduk tahun 2010 orang Manado kebanyakan menganut Agama Kristen Protestan manakala apabila bermastautin di Tawau , Sabah telah kebanyakan nya menganut Ugama Islam. Sementara itu bahasa yang sering mereka gunakan ialah bahasa Melayu Manado dengan logat yang khas.
Etnik Bajau yang majoritinya tinggal di Daerah Semporna dan mereka ini kebanyakan tinggal ditepian pantai dan dipulau pulau sekitar Semporna Kunak dan Lahad Datu.
Bajau terbahagi kepada dua kumpulan yang telah menetap di Pantai Barat dan Timur Sabah sejak beberapa ratus tahun yang lepas dan diiktiraf sebagai penduduk asli dan antara bumiputera terbesar di negeri Ѕabah dan sekitarnya. Manakala di sebelah Pantai Barat pula, mereka dikenali sebagai Bajau Samah. Mereka bekerja sebagai petani dan nelayan di persisiran pantai barat di samping menunggang kuda dan Bajau di Pantai Timur Ѕabah sebagai nelayan dan penyelam yang mahir.
Masyarakat Bajau Pantai Timur Sabah khasnya dari daerah Semporna juga mendapat gelaran istimewa dan unik seperti “sea gypsies", Panglima Dilaut, Pelaut dan Pelayar Terunggul.” Mereka menetap di daerah seperti Kota Marudu, Kudat, Pitas, Lahad Datu dan Semporna. Suku bajau yang berada di semporna di pecahkan kepada pelbagai sub etnik. Dan salah satu suku etnik asal yang berada di semporna adalah dari etnik suku bajau Kubang@Kuvang.
Tarian Tradisi nya sangat dipelihara oleh masyarakat Bajau kesedaran akan kepentingan memelihara budaya bangsa untuk menjamin kelangsungan budaya bangsa berkenaan telah mendorong masyarakat Bajau di Borneo Utara (Sabah) khususnya di Semporna bangkit dan mengembangkan seni tarian dalling-dalling di kalangan generasi muda. Ini dilakukan dengan membawa dalling-dalling dan Igal Igal ke majlis formal khususnya Regatta Lepa Semporna.
Perkataan dalling-dalling ialah kata ganda "dalling" yang berubah menjadi "dalling-dalling", daripada perkataan Sinamah (bahasa Bajau) yang bermaksud gerakan seluruh badan mengikut rentak tertentu. Tarian ini ialah tarian hiburan di majlis keramaian khususnya majlis perkahwinan. Tarian dalling-dalling diiringi oleh "sangbai" iaitu pantun memuji yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi atau dua penyanyi. Secara tradisionalnya, penyanyi yang menyampaikan nyanyian (disebut kalangan dalam Sinamah) ialah pemuzik. Alat muzik yang digunakan pula dipanggil gabbang. Kadang-kadang pemuzik dibantu oleh seorang penyanyi lain yang lazimnya wanita, terutama apabila atur cara majlis dijangka mengambil masa yang lama yang kadang-kadang mencecah semalaman.
Kajian mendapati tarian dalling-dalling akan semakin rancak dan menghiburkan apabila ia ditarikan oleh penari secara berpasangan dan kedua-dua penyanyi dalam keadaan 'magbono' kalangan atau berbalas pantun. Dalam keadaan sedemikian, semua watak (penyanyi, pemuzik dan penari) akan menunjukkan kepakaran masing-masing untuk diiktiraf sebagai yang terbaik oleh hadirin. Nama jenis pakaian tradisional bagi Ѕuku Кaum Bajau di Рantai Тimur Ѕemporna dikenali dengan nama "Alal Bimbang".
Etnik Suluk atau Tausūg berasal daripada Kepulauan Sulu dan Borneo (Sabah) sejak zaman Kesultanan Sulu lagi. Kaum Suluk ini menggunakan Bahasa Tausug atau dengan nama lain lebih tepat lagi Bahasa Sūg sebagai bahasa pertuturan. Agama rasmi yang dianuti ialah agama Islam. Kaum Suluk ini juga mempunyai budaya yang unik dan tersendiri. Antara contoh yang popular ialah pakaian tradisionalnya iaitu kuput (kupot), sablay, samrah dan batawi.
Masyarakat Malaysia kurang mengenali siapa sebenarnya suku kaum Suluk yang terdapat di Sabah itu. Orang Suluk tidak memanggil diri mereka Suluk. Sebaliknya, mereka menggelar diri mereka Tausug yang secara harfiahnya membawa maksud "Orang dari Sulu". Suluk di Negeri Sabah tertumpu di kawasan Sandakan, Tawau, Lahad Datu, Semporna, Kunak, Kudat dan Kota Kinabalu. Perkampungan awal orang Suluk yang masih boleh dilihat sehingga hari ini ialah Pulau Tambisan di mana masyarakat Suluk di sana dominan mengamalkan cara hidup orang Melayu. Namun, bahasa seharian mereka ialah bahasa Suluk yang bukan sahaja dituturkan oleh penduduk kampung keturunan Suluk malah turut dituturkan dengan fasih oleh suku etnik yang lain seperti Brunei, Kagayan, Bugis, Jawa, Cina dan Arab.
Orang Suluk atau Tausug merupakan pelayar cekap dan dikenali dengan kapal berwarna-warni mereka, vinta. Mereka juga pahlawan handal dan mahir bertukang. Selain itu, mereka juga terkenal dengan tarian Pangalay (juga dikenali sebagai Daling-Daling di Sabah). Selain itu, tarian yang jarang-jarang dipertontonkan ialah tarian "mengiluk" yang ditarikan oleh orang Suluk di Sabah khususnya di Sandakan
Etnik Murut menetap di pedalaman dan kawasan tenggara Sabah serta wilayah perbatasan antara Kalimantan dan Sarawak. Suku kaum Murut adalah suku kaum ketiga terbesar di Sabah.
Tempat tinggal mereka termasuk Tenom, Kemabong, Pensiangan, Tawau (Merotai dan Kalabakan), Tongod (Pinangah dan Inarad) dan Keningau. Dahulu mereka tinggal di dalam rumah panjang dan hidup harmoni dalam keluarga besar. Kebanyakan mereka adalah petani berpindah, memburu dan menangkap ikan di sungai. Mereka juga mejalankan memungut hasil hutan seperti(damar, rotan dan madu lebah).Pada masa kini kaum murut sudah ada yang bekerja di perkhidmatan dalam sektor awam dalam bidang pendidikan, kesihatan dan pertahanan.
Perkataan ‘Murut’ merujuk kepada kumpulan penduduk yang tinggal di lereng bukit atau tanah tinggi di Pedalaman Sabah. Murut terdapat di beberapa kawasan seperti Keningau, Tenom, Pensiangan, Sipitang, Kalabakan, Beaufort dan Kinabatangan. Kaum Murut terbahagi kepada Murut Tahol atau Tagal, Tidung atau Tirong, Timugon, Sembakung, Paluan, Bookan, Kalabakan, Murut Serundung, Murut Agabag atau Ahavah,Tanggara atau Tanggala, Kolor atau Kolod atau Akolod, Murut Nabai, Murut Gana atau Hana dan Murut Lundayeh / Lun Bawang. Dimana kaum Murut mewakili sebanyak 2.9% daripada penduduk di Sabah iaitu lebih kurang 50,000 orang. Suku kaum Murut juga terdapat di Brunei, Sarawak dan sempadan Kalimantan. Kaum Murut mempunyai bahasa tersendiri yang berbeza dengan suku kaum Murut yang lain seperti Lun Bawang / Lun Dayeh. Ini disebabkan faktor geografi sebagai penghalang dalam komunikasi bahasa mereka.
Terdapat adat istiadat kaum Murut yang masih kekal sehingga kini iaitu adat istiadat semasa upacara perkahwinan. Upacara perkahwinan orang Murut terutamanya Murut Tahol atau Tagal adalah sangat unik kerana upacara perkahwinan yang diamalkan penuh dengan adat dan berlangsung di rumah panjang dalam masa yang lama. Adat seperti tina’uh dan Bului masih diamalkan hingga kini. Adat ‘tina’uh’ adalah adat yang paling tertinggi dalam adat istiadat perkahwinan kaum Murut Tahol atau Tagal. Adat tina’uh adalah adat hantaran mas kahwin atau barangan perkahwinan yang terakhir oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan. Adat Tina’uh ini boleh dilakukan selepas 20 atau 30 tahun selepas perkahwinan mereka. Adat ini boleh juga dilakukan semasa perkahwinan berlangsung dan mengikut kemahuan serta kemampuan pihak pengantin lelaki. Semasa membuat adat tina’uh terdapat beberapa upacara yang perlu dilakukan.
Tarian Magunatip merupakan tarian tradisi suku kaum Murut Timugon dari daerah Tenom. Magunatip berasal dari perkataan ‘apit’ yang bermakna jepit (ketika menari kaki penari terjepit atau terapit oleh 2 buluh jikalau tidak cekap mengelakkannya).
Magunatip ditarikan dalam majlis Hari Magavau yang memuja semangat padi. Biasanya tarian ini tidak memerlukan iringan muzik kerana bunyi buluh yang dilagakan akan berbunyi kuat serta rentak dan irama menarik. Ini ditarikan oleh sepasang penari yang berpakaian tradisi. Dua orang akan melagakan alu dan dua orang lagi memegang pangkal alu supaya tidak berganjak dari kedudukannya. Tarian Magunatip bertujuan untuk memeriahkan sesuatu upacara yang diadakan.

Pakaian wanita
Pinongkolo - Pakaian tradisi bagi wanita yang terdiri daripada baju dan gaun yang panjang berwarna hitam, dan dihiasi dengan manik-manik. Baju yang dihiasi itu dipanggil babaru linantian dan gaun tersebut pula tapi’ linantian.
Pipirot - Tali pinggang yang berbentuk syiling perak iaitu pipirot linggit dihiasi dengan pelbagai manik-manik yang terkenal seperti aki-aki, nampalur, kotos, bungkas, aki’ dan olod.
Salupai - Hiasan kepala yang dihiasi dengan manik-manik.
Sinikot - Tiga set pin rambut yang dihiasi dengan sinikot tataun di bahagian tengah dan dua sinikot surai di kedua-dua bahagian sanggul. Sinikot tataun mempunyai tali yang panjang dan dihiasi dengan manik-manik.
Rarangkol - Rantai yang terdiri daripada beberapa jenis manik seperti bungkas, kotos, aki’ pangungupu’, bulul, olod dan sebagainya.
Holong - Beberapa pasang gelang yang diperbuat daripada kulit kerang yang besar dipanggil holong sulou.
Pakaian lelaki
Babaru puputul - Kulit kayu. Kulit kayu tersebut didapati daripada pokok puputul (Artocarpus Kunstleri). Ia dipotong mengikut kepanjangan yang sesuai dengan fesyen jaket tanpa lengan dan cawat. Sabut daripada daun nenas juga digunakan dan dihiasi dengan motif manik-manik buatan tangan yang sederhana.
Aba puputul - Cawat sekurang-kurangnya sepanjang dua meter yang dibuat daripada isi kulit kayu dari pokok puputul. Kain yang melepasi antara kedua-dua kaki dan dililit di sekeliling pinggang.
Tupi'sinulatan - Perhiasan kepala yang diperbuat daripada kulit pokok kayu yang dihiasi dengan bulu-bulu sebaik-baiknya daripada tuwou (Argus Pheasant) atau sepasang sinikot.
Motif
Sebahagian daripada bentuk motif yang terdapat pada pakaian tradisional Murut:
Sinusu' - Bulu burung merak.
Inimburu - Corak berbentuk lintah.
Inakaang - Daun daripada pokok puputul yang disusun bersilang-silang dalam satu barisan.
Sinuli - Beberapa bilah buluh yang disusun secara bertingkat.
Kalayam manuk - Corak berbentuk kaki ayam.
Sinusulou - Corak berbentuk sulou (sulou= kerang yang besar).
Mato nu orou - Corak berbentuk matahari.
Etnik Kadazandusun merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah. Kaum ini juga dikenali sebagai "Momogun" atau "Mamasok" yang masing-masingnya bermaksud "orang asal" ataupun "orang asli". Kaum etnik Kadazandusun ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional. Terdapat 27 suku kaum di dalamnya. Antaranya ialah Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Dusun Kimaragang, Tagahas, [[Tangara]Rungus , Orang Sungai, Kuijau, Tambanuo, dan sebagainya.
Kumpulan etnik yang terbesar adalah suku kaum Dusun yang merupakan satu pertiga dari penduduk Sabah. Suku kaum Dusun yang tinggal di pantai barat seperti Penampang, Papar, Tuaran, Kiulu, Tamparuli, Tenghilan, Kota Belud dan juga di lembah bukit di Ranau, Tambunan, dan Keningau adalah petani tradisi yang menanam padi sawah dan huma. Sesetengah dari mereka memburu serta menangkap ikan sungai. Mereka kebanyakan bertempat di sekelilingi kawasan lembah pantai barat dan kawasan pendalaman.
Lazimnya masyarakat daripada subetnik yang disebut di atas adalah berasal (mendiami) daripada kawasan-kawasan (daerah) tertentu umpamanya Kimaragang di daerah Kota Marudu, Lotud di daerah Tuaran, Orang Sungai di daerah Kinabatangan, Sugut, Paitan dan Pitas. Kebanyakan orang Kadazan-Dusun menganuti agama Kristian. Bagi Orang Sungai yang tinggal di daerah Pitas, mereka menganut agama Islam manakala daerah-daerah lain seperti Kinabatangan (Tongod) dan Paitan, Orang Sungai beragama Islam dan Kristian. Masyarakat Lotud (Suang Lotud) turut mendiami kawasan Pantai Barat Selatan negeri Sabah terutamanya Tuaran, Tamparuli, Telipok dan sedikit di Kota Belud (Tempasuk). Mereka hidup secara kolektif dengan mendiami rumah panjang yang mengumpulkan beberapa keluarga, iaitu antara 150 - 200 orang. Walau bagaimanapun, pada masa kini, rumah panjang jarang dilihat dalam etnik ini. Kebanyakannya telah mengalami pembangunan fizikal dan mental.
Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) disambut oleh Kadazandusun sebagai meraikan tuaian baik, tetapi Pesta Kaamatan juga disambut oleh semua kaum lain Sabah seperti Murut. Pesta Kaamatan disambut sepanjang bulan Mei walaupun perayaan ini hanya pada 30 dan 31 Mei. Kemuncak perayaan Kaamatan adalah peraduan Ratu Cantik atau Unduk Ngadau, tarian tradisi, dan upacara kemuncak yang dijalankan oleh Bobohizan [Kadazan] / Bobolian [Dusun] / Babalian [Murut] "ketua pendita"

Pesta Kaamatan bagi kaum Kadazan juga dikenali sebagai 'Tadau Ka'amatan' dalam bahasa Kadazandusun.
Antara makanan tradisi yang terkenal di kalangan kaum Kadazan-Dusun ialah Hinava, Noonsom, Pinaasakan, Bosou, Tuhau, Sup Kinoring Bakas (tidak halal) dan Sup Manuk Lihing. Makanan-makanan ini dapat disediakan dengan pelbagai cara mengikut kebiasaan amalan tradisi kaum Kadazan-Dusun.
Tarian Sumazau merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun yang terkenal di seluruh Malaysia. Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan untuk menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit. Juga melaluinya ibu-bapa / keluarga dapat menonton dan memilih bakal menantu yang berpotensi. Dikatakan bahawa tarian ini adalah berasal daripada cara burung helang terbang dan ditiru oleh petani-petani KadazanDusun yang sedang duduk berehat di sebuah pondok yang dipanggil 'Suhap (Kadazan) / Sulap (Dusun)' oleh warga tempatan selepas penat bekerja menguruskan padi-padi mereka.
Irama Sumazau adalah perlahan. Alat alat pengiring tarian adalah set gong dan gendang. Pasangan penari berhadapan dan menggerak-gerakkan kaki berlangkah kecil, sementara tumit kaki diangkat-turunkan mengikut irama. Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang. Biasanya Sumazau ditarikan semasa hari keramaian majlis jamuan Pesta Kaamatan.
Pakaian Tradisional Suku Kaum Kadazan Penampang dikenali sebagai 'Sinuangga' yang dipakai oleh kaum wanita dan 'Gaung' untuk para lelaki.
Baju ini selalunya menggunakan kain hitam (kain baldu) yang bersulamkan benang emas. Ia dipakai semasa sambutan Pesta Menuai.
'Sinuangga' dilengkapi dengan perhiasan ikatan pinggang yang dipanggil 'Himpogot' (logam perak / 2 lilitan pada bahagian atas dan bawah perhiasan di pinggang) dan 'Tangkong' ( logam tembaga / 3 lilitan)
'Gaung' (dihiasi dengan renda keemasan & butang betawi) dengan topi yang dinamakan 'Siga' (tanjak dari kain dastar yang ditenun), ia juga disertakan dengan 'Sandangon' (hiasan dripda daun palma hanya dipakai ketika mempersembahkan tarian Sumazau) yang dipakaikan secara menyilang pada tubuh badan.
Pakaian Traditional Suku Kaum Dusun Tambunan dipanggil 'Sinombiaka' bagi yang telah dipermodenkan.Manakala jenis yang asal dikenali dengan nama 'Sinombiaka Rombituon', di mana mempunyai hiasan lebih ringkas.
Pakaian Tradisional Suku Kaum Dusun Tindal Kota Belud dipanggil ' Sinipak '.
Etnik Iban yang pertama melakukan penghijrahan ke Tawau adalah dipimpin oleh Andawi berserta 7 lagi anak Iban. Dinyatakan juga bahawa mereka ini adalah anak Iban Sarawak yang berkhidmat sebagai Polis Sarawak Constabulary telah dihantar bertugas di North Borneo bagi membantu meredakan pemberontakan Mat Salleh antara tahun 1896-1900. Selesai sahaja melakukan tugas masing-masing mereka telah mengambil keputusan untuk terus bermastautin di North Borneo pada ketika itu. Atas jasa mereka, maka pihak kerajaan telah memberikan mereka pencen berserta 5 ekar tanah setiap seorang di kawasan Tanjung Batu. Akhirnya mereka berkahwin dengan perempuan kaum tempatan di Tawau seperti Dusun dan sebagainya. Dan disinilah bermulanya kelompok etnik Iban Merotai yang sebenarnya telahpun diperkembangkan dengan perkahwinan campur yang diamalkan berabad lamanya. Dan ini berlaku di ketika kedua-dua wilayah iaitu Kingdom of Sarawak dan North Borneo dibawah pemerintahan Rajah Brooke dan Syarikat British pada masa itu.
Apabila kerajaan Sabah mempergiatkan pembalakan di pendalaman Sabah dan membuka ladang kelapa sawit berskala besar awal tahun 1970, kaum Iban terutamanya pemuda lelaki kaum Iban yang menetap di Limbang dan Brunei cepat mengambil peluang tersebut dengan berhijrah melalui bahagian Pedalaman Sabah melalui jalan pembalakan dan jalan air ke Sipitang dan kemudian ke Tenom dan kemudian ke Keningau dan kemudian ke Nabawan sebelum sampai ke Hulu Sungai Kinabatangan. Pada awalnya, penghijrah kaum Iban bekerja di kem-kem pembalakan di sekitar pendalaman Kinabatangan. Setelah pembalakan di Kinabatangan semakin berkurangan, mereka telah berhijrah Hilir Sungai Kinabatangan sebelum sampai ke Sandakan dan menetap sementara di Sandakan.
Pada awal tahun 1970 itu juga kerajaan Sabah telah membuka perladangan kelapa sawit berskala besar di Lahad Datu, penghijrah kaum Iban yang berkelana di sekitar Sandakan cepat mengambil peluang tersebut. Mereka kemudian berhijrah ke bahagian Tawau terutama di daerah Lahad Datu. Memandangkan kaum Iban yang berhijrah ke Sabah tersebut majoritinya masih bujang seawal umur 20an ke 30an, semasa bekerja di ladang-ladang kelapa sawit di Lahad Datu, lelaki kaum Iban telah berkahwin dengan perempuan-perempuan tempatan kaum Dusun Idahan dan yang terdapat di Lahad Datu. Kaum Iban yang telah berkahwin dengan perempuan-perempuan tempatan kaum Dusun Idahan tersebut, telah berhijrah dari Lahad Datu ke daerah Tawau untuk mencari penghidupan baru. Semasa di Tawau pula, lelaki kaum Iban telah berkahwin dengan perempuan-perempuan tempatan kaum Dusun Dumpas dan Murut. Hasil perkahwinan campur lelaki kaum Iban dengan perempuan-perempuan penduduk tempatan di Tawau dapat dilihat dengan jelas hari ini apabila kebanyakan kaum-kaum penduduk tempatan di Tawau mempunyai pertalian persaudaraan dengan kaum Iban Merotai.
Kaum Iban yang terkenal dengan cara kehidupan berdekatan dengan alam semulajadi, telah pergi ke Merotai. Pada masa tersebut, kawasan Merotai masih lagi belum diterokai, dan kaum Iban telah menerokai kawasan Merotai tersebut. Sesuai dengan citarasa semulajadi kaum Iban, pada masa itu, kawasan tersebut masih lagi banyak ikan-ikan di sungai dan haiwan-haiwan di hutan yang boleh diburu dan dijadikan santapan lauk, dan tanah juga yang masih lagi terbentang luas tempat bercucuk tanam sayur dan padi. Hal ini telah menarik perhatian penghijrah kaum Iban terus menetap di Merotai hingga ke sekarang.
Kampung-Kampung Iban Merotai
Kampung Iban Merotai Besar, Merotai, Tawau
Kampung Iban Merotai Kecil, Merotai, Tawau
Kampung Pekan Merotai, Merotai, Tawau
Kampung Iban Landau Hulu, Hulu Merotai, Tawau (telah berpindah ke Kampung Iban Merotai Besar)
Kampung Iban Landau Hilir, Hulu Merotai, Tawau (telah berpindah ke Kampung Iban Merotai Besar)
Kampung Iban Kuala Nansang, Apas Balung, Tawau
Kampung Iban Muslim Kampung Selamat, Kunak, Tawau
Perayaan Gawai merupakan pesta utama bagi suku kaum Iban sebagai upacara keagamaan dan kepercayaan asal untuk menyembah para dewa.
Jenis-jenis Hari Gawai adalah seperti ;
Gawai Dayak (Pesta Kehasilan Menuai),
Gawai Burung dengan sembilan peringkat yang berturut-turut untuk memyembah Sengalang Burong dan keluarganya sebagai dewa perang atau pengubatan secara ajaib,
Gawai Kenyalang (untuk menandakan kejayaan seseorang dalam kehidupannya),
Gawai Umai seperti upacara manggul semasa mencari tapak umai,
Gawai Batu untuk mengasah tajam peralatang besi sebelum menebas dan menebang,
Gawai Ngalihka Tanah untuk memajak tanah yang tidak subur lagi,
Gawai Benih untuk menimang benih padi supaya sihat, subur dan berhasil,
Gawai Ngemali Umai untuk mengubati padi huma yang sakit, upacara Matah untuk memulakan penuaian padi,
Gawai Bersimpan Padi selepas menuai,
Gawai Pangkong Tiang apabila pindah ke rumah baru,
Gawai Tuah untuk mencari dan memasukan nasib baik ke bilih keluarga,
Gawai Lelabi (Melah Pinang / Majlis Nikah),
Gawai Sakit untuk mengubati pesakit selain begama (bersentuh), belian (berubat oelh manang), besugi sakit dan berenong sakit,
Gawai Antu untuk menghormati orang yang telah meninggal,
Gawai Bertambah Bulu untuk menjahit sehelai baju kesihatan dan
Gawai Nangga Langit untuk memohon pengampunan daripada dewa.
Antaranya sambutan Hari Gawai Dayak yang dijalankan antara hari pertama mulanya pada 1 May dan hari kedua pada bulan 1 Jun adalah terpenting. Biasanya, [Tarian Ngajat]] ditarikan dalam sambutan Hari Gawai sebagai tanda kesyukuran dalam kehasilan menuai padi sepanjang tahun ini. Tuai rumah merupakan orang yang bertanggungjawab untuk menguruskan sambutan yang penting ini. Perayaan Gawai juga tidak akan lengkap, sekiranya Tuak tidak dihidangkan. Minuman yang diperbuat daripada ragi dan beras ini boleh didapati di rumah panjang.
Antara kebudayaan Iban lain yang menarik adalah:
Ngajat
Ngayau
Ngayap
Bekuntau/Bepencak
Betaboh
Betenun
Bepantun
Main Utik
Etnik Penan ialah suku pribumi di Sarawak, Malaysia Timur. Mereka banyak tinggal di hutan berhampiran dengan Limbang , Gambang , Bintulu dalam kawasan Ulu Baram.
Kaum Penan hidup dalam keadaan berpindah randah atau sebahagian menetap di rumah-rumah panjang. Mereka amat bergantung hidup dengan mencari makanan, minuman, ubat-ubatan dan pakaian dari dalam hutan. Haiwan fauna dan flora menjadi sumber rezeki mereka setiap hari.
Rumah mereka hanya pondok yang tidak mempunyai lantai simen atau papan – mereka hanya berlantaikan kayu bulat, buluh, malah tanah sahaja dan banyak yang tidak mempunyai tandas dan sebagainya. Tidak kurang juga antara rumah yang dibina di kawasan yang tidak sesuai dan terlalu panas.
Pencemaran air dan hakisan tebing sungai berlaku akibat aktiviti pembalakan. Bunyi bising daripada pembalakan menyebabkan binatang dan burung serta ikan semakin hilang dan pupus. Penyakit baru muncul dan tidak dapat diubati. Jarak ke klinik dan hospital terlalu jauh, mahal dan asing kepada mereka.
Walaupun suku kaum Penan masa kini berubah mengikut peredaran zaman namun etnik ini mahu hak dan tradisi terutama soal alam semula jadi hutan dikekal.
Di Tawau mereka telah berubah , kehidupan mereka seharian telah dipengaruhi oleh persekitaran mereka . Mereka tidak lagi tinggal dihutan belantara , disini mereka hidup bersama sama masyarakat setempat dalam keadaan aman dan makmur. Adat Istiadat Penan tetap mereka jaga sebagai simbol peradapan orang penan yang akan dikenali sepanjang zaman.
Etnik Dayak Kenyah adalah suku yang termasuk rumpun Kenyah-Kayan-Bahau yang berasal dari dataran tinggi Usun Apau, daerah Baram, Sarawak. Dari wilayah tersebut suku Kenyah memasuki Kabupaten Malinau, Kalimantan Utara melalui sungai Iwan di Sarawak terpecah dua sebagian menuju daerah Apau Kayan yang sebelumnya ditempati suku Kayan dan sebagian yang lainnya menuju daerah Bahau. Pergerakan suku ini menuju ke hilir akhirnya sampai ke daerah Mahakam dan akhirnya sebagian menetap di Kampung Pampang Samarinda Utara, Samarinda. Sebagian lagi bergerak ke hilir menuju Tanjung Palas. Suku Kenyah merupakan 2,4% penduduk Kutai Barat. Ada juga telah merantau ke Sabah dan telah bermastautin disini dan telah menjadi warga Negara Malaysia.
Suku Kenyah terbagi menjadi Kenyah Dataran Rendah dan Kenyah Dataran Tinggi /Usun Apau Kenyah.
Seni budaya suku Kenyah sangat halus dan menarik, sehingga ragam seni hias banyak dipakai pada bangunan-bangunan di Kalimantan Timur.Bukan Sahaja terdiri daripada seni ukiran tetapi tarian dan juga cara hidup
Dayak Kenyah terdiri dari beberapa sub suku lagi seperti:
Kenyah Bakung
Kenyah Lepok Bam
Kenyah Lepok Jalan
Kenyah Lepok Tau'
Kenyah Lepok Tepu
Kenyah Lepok Ke
Kenyah Umag Tukung
Kenyah Umag Maut
Kenyah Lepok Timei
Kenyah Lepok Kulit
Kenyah Umag Lasan
Kenyah Umag Lung
Kenyah Uma Kelep
Etnik Bulungan , Kesultanan Bulungan atau Bulongan adalah kesultanan yang pernah menguasai wilayah pesisir Kabupaten Bulungan, Kabupaten Malinau, Kabupaten Nunukan, dan Kota Tarakan sekarang. Kesultanan ini berdiri pada tahun 1731, dengan raja pertama bernama Wira Amir gelar Amiril Mukminin (1731–1777), dan Raja Kesultanan Bulungan yang terakhir atau ke-13 adalah Datuk Tiras gelar Sultan Maulana Muhammad Djalalluddin (1931-1958). Negeri Bulungan bekas daerah milik "negara Berau" yang telah memisahkan diri sehingga dalam perjanjian Kesultanan Banjar dengan VOC-Belanda dianggap sebagai bagian dari "negara Berau" (Berau bekas vazal Banjar). Pada kenyataannya sampai tahun 1850, Bulungan berada di bawah dominasi Kesultanan Sulu.
Setelah peristiwa tragis pada 1964 itu terjadi, banyak warga Bulungan, terutama dari kalangan istana yang lolos dari serbuan oleh tentara Indonesia, lari menyelamatkan diri ke negeri jiran yang memang letaknya tidak terlalu jauh , sehingga lah sekarang ini mereka telah menjadi penduduk tetap di Negeri Sabah dan telah beranak pinak dengan meneruskan kehidupan bersama adat dan budaya yang mereka bawa.
Turut menyerikan pada malam penutupan FKAT telah dihadiri oleh pembesar Negeri Sabah Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Juhar bin Haji Mahiruddin dan juga Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal serta menteri menteri kabinet Negeri yang lain.
Seawal jam 6.30 petang mereka berkumpul didataran Majlis Perbandaran Tawau bagi menyaksikan acara gilang gemilang Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau yang sedang berlangsung. Acara ini diadakan pada setiap tahun sebagai menghormati kebudayaan etnik etnik yang berada di Malaysia terutama nya di Sabah.
Warna warni kebudayaan etnik yang kebanyakan nya adalah asli dan tulen yang masih mekar segar dipraktikkan di Negeri Sabah. Etnik etnik pelbagai ada yang asal nya di Sabah , Sarawak dan Indonesia . Kerana kita hidup serumpun dimana pergerakan mereka dari satu tempat ketempat yang tiada batas nya dan telah menetap bersama dengan kebudayaan yang mereka bawa. Dengan penyertaan mereka di FKAT ini telah memperkenalkan budaya dan adat etnik tertentu yang masih segar dan tidak pupus di telan zaman.
Peradaban dan Kebudayaan sesuatu Etnik atau Kaum itu adalah Teras kepada perjalanan kehidupan manusia. Seperti yang telah Allah Subhana hu watallah berfirman ;
Surah AlHujurat. Ayat 013.
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ
عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
end