IHYA RAMADHAN
Pengisian aktiviti dalam bulan Ramadhan tahun 1440H / 2019M dilaksanakan oleh ahli Jawatankuasa Biro Agama Parti Pribumi Bersatu Malaysia Sabah ( BERSATU ) Bahagian P.190 Tawau yang mana telah membuat kunjungan ke Masjid masjid dikawasan Parlimen Tawau yang diketuai oleh Yang Berhormat Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan selaku Ketua Bahagian Bersatu (PPBM) Tawau. Aktiviti yang dilakukan ialah Penyampaian bantuan zakat , Berbuka Puasa , Tazkirah Ramadhan dari Ustaz yang diundang , Solat Maghrib , Isyah dan Tarawih bersama penduduk kampung.
10 Mei 2019 bersamaan 5 Ramadhan 1440H , Rombongan YB. Datuk Hj.Nizam berada di Masjid Al Furqan di Kg. Inderasabah yang dihos kan oleh Hj.Abit Sulaiman dan rakan rakan nya. Beliau adalah Ahli Bersatu dan juga AJK Penaja Bahagian Bersatu Tawau.
Aktiviti yang dijalankan adalah penyampaian Zakat kepada Asnaf yang telah diluluskan oleh Pusat Zakat Sabah , Tazkirah Ramadhan , Berbuka Puasa , Solat Maghrib , Isyak dan Tarawih.
Penyampaian zakat kepada asnaf yang layak menerima yang dikeluarkan oleh Pusat zakat Negeri Sabah yang disampaikan oleh YB.Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan disaksikan oleh Pegawai Pusat Zakat Negeri Sabah Kawasan Tawau. Penyampaian zakat dilakukan seawal jam 5.30 petang sebelum acara yang lain dijalankan.
Tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Malik penceramah bebas mengenai pengertian Ramadhan terhadap Umat Islam.
YB.Datuk Hj.Nizam berbuka puasa bersama Penduduk kampung Inderasabah serta AJK Penaja Bersatu yang hadir bersama beliau pada masa itu.
Solat Isyak dan Tarawih dan kemudian nya bersurai.
11 Mei 2019 bersamaan 6 Ramadhan 1440H , di Kampung Batu Payung dirumah Tuan Basyir Hj.Yahya
Majlis Tahlil dan berbuka Puasa telah diadakan dirumah Tuan Basyir Hj.Yahya di Kampung Batu Payung. ramai rakan rakan yang dijemput hadir bagi menyerikan majlis yang diadakan.
Selepas bacaan tahlil diadakan majlis berbuka puasa dan solat Maghrib.
Majlis bersurai untuk solat Isyak dan Tarawih di Masjid yang berdekatan.
12 Mei 2019 bersamaan 7 Ramadhan 1440H , rombongan YB.Datuk Hj.Nizam bersama AJK Penaja Bersatu Bahagian Tawau berada di Masjid Nurul Huda Batu 22 Apas Proper Tawau.
Pengisian program disini ialah Penyampaian bantuan kepada Masjid Nurul Huda oleh YB.Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan dan juga penyampaian Tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Ahmad Malik .
menyediakan hidangan untuk berbuka puasa YB.Datuk Hj.Nizam dengan penduduk kampung yang datang untuk sama sama berbuka puasa , solat Maghrib , Isyak dan Tarawih.
berbuka puasa beramai ramai amat menyeronokkan dengan mengukuhkan talian silaturahim diantara masyarakat kampung dengan pemimpin.
Puasa bukan sekadar berlapar tetapi memerlukan disiplin tinggi untuk mengawal hawa nafsu. Kita sering diingatkan supaya menjaga mata dan telinga pada Ramadan, jika tidak ‘kuruslah’ puasa.
Ia menunjukkan bahawa puasa itu bukan sekadar lapar dahaga tetapi sebenarnya satu proses menyucikan diri.
Kita bersihkan sistem penghadaman, bersihkan hati daripada dengki, hasad dan nafsu. Kita bersihkan mata daripada melihat yang buruk, maksiat dan perkara-perkara yang membawa dosa.
Telinga juga kita jaga supaya tidak mendengar fitnah dan menjaga mulut supaya tidak menokok menambah sehingga menimbulkan fitnah yang lebih buruk lagi.
Puasa penting kepada pembinaan keluarga mithali yang mawaddah warrahmah kerana puasa mengeratkan hubungan kekeluargaan. Melalui puasa, akhlak anak-anak terdidik.
Ibu bapa memahami tanggungjawab mereka untuk mendidik anak mengenai puasa dan mengikat diri untuk bertakwa kepada Allah SWT.
Bukan mudah untuk ibu bapa melatih anak pada usia lima tahun mula berpuasa dan memahami konsep puasa. Ibu bapa juga perlu mengawal diri ketika berbuka supaya anak-anak juga dapat menikmati nikmat puasa sebenar.
Ibu bapa kita dahulu memberi ganjaran upah duit raya kepada anak-anak yang boleh berpuasa penuh terutama semasa berusia lima ke enam tahun.
Namun ada juga keluarga yang tidak mampu memberi upah tetapi sekadar memberi kefahaman bahawa puasa itu satu ibadah untuk Allah SWT.
Apa yang penting diterapkan dalam keluarga pada Ramadan bukanlah makanan yang mewah semasa berbuka, tetapi nilai berkongsi makanan bersama ahli keluarga yang besar dan jiran tetangga.
Dahulu, kita sering mendapat makanan dari rumah jiran dan kita juga sering berbuka beramai-ramai.
Namun hari ini kerana kekangan kerja dan masa, berbuka puasa tidak lagi semeriah dahulu.
Ramai yang berkemampuan memilih berbuka di hotel sedangkan yang paling seronok ialah berbuka dengan makan beramai-ramai. Nampak seperti berebut-rebut tetapi itulah yang akan menjadi kenangan sampai bila-bila.
Selepas itu, kita bersolat maghrib, isyak dan tarawih bersama-sama.
Puasa membina ukhuwah kekeluargaan dan jiran tetangga. Puasa bukan sekadar berlapar dahaga tetapi membina manusia untuk menjadi insan yang bertakwa dan mulia.
YB.Datuk Hj.Nizam menyampaikan bantuan kepada Masjid Nurul Huda yang diterima oleh Pengerusi Jawatankuasa Masjid .
Tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Malik dilaksanakan sebelum solat Isyak .
Sebelum bersurai kesempatan YB.Datuk Nizam bersama AJK Masjid Nurul Huda sebagai tanda kenangan semoga akan bertemu lagi ditahun akan datang dalam program Ihya Ramadhan.
13 Mei 2019 bersamaan 8 Ramadhan 1440H , Ihya Ramadhan Biro Agama Parti Bersatu ( PPBM ) meneruskan program bersama kariah masjid Nurul Iman Batu 2 Jalan Apas. Program Ihya Ramadhan kali ini yang telah dirancang akan pergi ke beberapa buah masjid di Parlimen Tawau bagi jalinan mesra silaturahim diantara penduduk kampung bersama YB.Datuk Hj.Nizam selaku Ketua Bahagian Penaja Bersatu Bahagian Tawau.
Persiapan berbuka puasa menunggu waktu berbuka YB.Datuk Hj.Nizam beramah mesra bersama rakan rakan yang hadir dimajlis berbuka puasa di Masjid Nurul Iman Batu 2 Jalan Apas.
Sementara menunggu waktu berbuka kesempatan bertemu rakan rakan dan juga penduduk kampung yang di lawati.
Tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Hj.Ahmad Malik sementara menunggu waktu isyak dan kemudian nya Tarawih.
Puasa itu adalah ibadah yang membawa kesan besar kepada keimanan dan ketakwaan seseorang. Ia suatu kewajipan yang mesti dilaksanakan. Ia menghapus dosa dan dilakukan kerana Allah semata-mata sebagai tanda ketaatan kepada-Nya.
Perisai daripada api neraka seperti dalam sebuah hadis yang bermaksud:
“Puasa adalah perisai daripada api neraka, seperti perisainya kalian dalam peperangan,” - Riwayat Ahmad, Nasai, Ibnu Majah, Ibnu Hiban dan Ibnu Khuzaimah daripada Utsman bin Abil Ash, Sahih Al-Jami’ Ash-Shaghir 3879)
Perisai untuk tidak melakukan maksiat dan zina. Dalam sebuah hadis disebut dengan jelas iaitu “Wahai para pemuda! Siapa yang sudah memiliki kemampuan (zahir atau batin), maka (bersegeralah) menikah. Kerana hal itu dapat menahan pandangan dan menjaga kemaluan. Sedangkan bagi yang belum mampu (menikah), hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu (menjadi) benteng baginya,”
– Riwayat Bukhari.
Menjadikan lebih sihat. Sistem penghadaman makanan manusia direhatkan ketika berpuasa dan ini memastikannya boleh berfungsi dengan lebih baik. Hadis ada penyebut, “Berpuasalah kalian, nescaya kalian akan sihat,” - Riwayat Thabrani. Hadis yang lain, “Setiap sesuatu itu ada zakatnya dan zakat tubuh adalah berpuasa,” - Riwayat Ibnu Majah.
15 Mei 2019 bersamaan 10 Ramadhan 1440H , Ihya Ramadhan Biro Agama Parti Bersatu (PPBM) berterusan kali ini di Masjid Nurul Huda berbuka puasa , solat Maghrib , solat Isyak dan Tarawih.
Program Penghayatan (Ihya’) Ramadhan adalah satu program Pembangunan sahsiah yang dianjurkan oleh Biro Agama Bersatu Bahagian Tawau dengan aktiviti utamanya adalah ceramah agama , Iftar Jamaie dan lainlain amalan sunat. Pada tahun ini Biro Agama Bersatu Bahagian Tawau bekerjasama dengan JAKIM , JHEANS , Pusat Zakat Negeri Sabah , Badan badan Korporat serta Persatuan Islam lain akan meneruskan tradisi pelaksanaan Program Penghayatan (Ihya’) Ramadhan dengan mengadakan aktiviti kerohanian yang melibatkan masyarakat Kampung.
Skop agihan Pusat Zakat Sabah (MUIS) berdasarkan yang telah ditetapkan oleh syarak. Asnaf tersebut seperti mana yang dijelaskan dalam surah At-Taubah ayat 60:
{إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ وَاِبْنِ السَّبِيلِ فَرِيضَةً مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ () }
Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, amil-amil yang mengurusnya,dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hambanya yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan(ktetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah . Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana" [QS al-Taubah (9) : 60]
Penyampaian agihan zakat kepada mereka yang layak yang telah di kenalpasti oleh pihak Pusat Zakat Negeri Sabah.seramai beberapa orang yang layak di kampung ini akan menerima dari YB. Datuk Hj.Nizam yang disaksikan oleh Pegawai dari Pusat zakat Negeri Sabah.
RAMADHAN adalah bulan yang amat dinantikan oleh setiap umat Islam. Kita sentiasa berdoa kepada Allah supaya dilanjutkan usia agar dapat menemui Ramadan akan datang. Puasa adalah ibadah yang wajib dilakukan oleh semua umat Islam dan hanya diberi kelonggaran kepada golongan tertentu sahaja tetapi perlu digantikan semula.
Firman Allah SWT: “Hai orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,” (al- Baqarah: 183). Wajib bermakna melakukannya mendapat pahala dan berdosa jika tidak berpuasa tanpa alasan dibenarkan syarak.
Banyak hikmah puasa disebutkan dalam berbagai program dan melalui penulisan dan kita sering mendengar hadis ini, “Demi Zat yang diriku ada pada tangan-Nya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi. Dia tidak makan, tidak minum, dan tidak berhubungan dengan isterinya kerana-Ku. Tiap-tiap amal bani Adam baginya, kecuali puasa. Ia untuk-Ku dan Aku yang akan memberinya pahala,” - Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah r.a., Al-Lu’lu wal Marjan, hal.706).
Sabda Baginda lagi: “Sesiapa menegakkan Ramadan kerana iman dan mengharap pahala, nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu,” - Riwayat Bukhari dan Muslim).
YB.Datuk Hj.Nizam berkesempatan melawat Bazaar Ramadhan dikawasan Taman sawit yang berhampiran dengan Masjid Al Ansar
Bulan suci Ramadhan merupakan bulan yang paling dirindukan oleh umat muslim dan banyak yang menyebutnya sebagai bulan “seribu bulan”. Di bulan Ramadhan amal kebaikan akan dibalas dengan berkah pahala yang berlipat ganda. Momentum ini selalu ditunggu bersama. Tak hanya kehangatan berbuka puasa bersama dan kekhusyukan puasa, bulan ini juga menjadi bulan yang penuh dengan kedamaian dan kebahagiaan.
Pada bulan ini, hati seorang Muslim nampak begitu lapang, pemaaf, dan memiliki semangat persaudaraan yang tinggi. Tidak salah jika Ramadan adalah bulan silaturahmi, yaitu saat-saat kita sangat terbuka untuk menjalin hubungan sosial yang renggang, jauh, atau bahkan terputus.
Silaturahmi pada Ramadan sangat mudah dilakukan dengan alasan keagamaaan yang kuat tanpa harus merasa kehilangan harga diri.
Apa makna silaturahmi di bulan Ramadan?
Sebenarnya silaturahmi memiliki makna spesifik. Dalam nash Alquran dan Hadits begitu banyak yang mengulas topik tentang ini.
Salah satu hadits Nabi Muhammad saw. yang populer diantaranya adalah:
“Maukah kalian aku tunjukkan amal yang lebih besar pahalanya daripada salat dan puasa?” Sahabat menjawab, “Tentu saja!” Rasulullah pun kemudian menjelaskan, “Engkau damaikan yang bertengkar, menyambungkan persaudaraan yang terputus, mempertemukan kembali saudara-saudara yang terpisah, menjembatani berbagai kelompok dalam Islam, dan mengukuhkan ukhuwah di antara mereka, (semua itu) adalah amal saleh yang besar pahalanya. Barangsiapa yang ingin dipanjangkan usianya dan dibanyakkan rezekinya, hendaklah ia menyambungkan tali persaudaraan.” (HR. Bukhari-Muslim).
Pesan nabi soal silaturahmi menunjukkan betapa seseorang yang mendamaikan antara saudara yang sedang bertengkar atau berselisih sangat diapresiasi dalam bentuk pemberian pahala yang lebih besar oleh Allah SWT, dibandingkan ibadah ritual seperti salat dan puasa. Artinya, keberadaan kita sebagai makhluk sosial harus memberikan manfaat kepada orang lain.
Esscom meliputi kawasan sepanjang 1733.7 kilometer dan keluasannya sekitar 100,000 km persegi. Ia meliputi sebanyak 486 buah pulau, yang bernama dan yang tidak bernama, yang berpenghuni dan tidak berpenghuni, yang besar dan yang kecil. Antara pulau yang terdapat dalam kawasan Esscom dan menjadi tarikan pelancong ialah Pulau Sipadan, Mabul, Mataking, Langkayan, Selingan. Di kawasan Esscome juga terdapat tempat menarik yang lain iaitu Lembah Danum, Sepilok, Tabin dan sebagainya.
20 Mei 2019 bersamaan 15 Ramadhan 1440H , rombongan YB.Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan bersama Biro Agama Parti Bersatu Malaysia ( PPBM) berbuka puasa dan Tarawih di Masjid Nurul Hidayah Kg.Blok 31 , Tawau. Pengisian program disini penyampaian bantuan kepada Ibu tunggal , OKU , penduduk yang kurang berkemampuan berupa barang keperluan harian dan Tazkirah Ramadhan.
Sifat suka bersedekah ini menghindarkan sifat tamak dan lokek dalam kalangan umat Islam. Selain itu, Islam juga menggalakkan umatnya saling membantu di antara satu sama lain.
Berbuka puasa bersama sama penduduk kampung menjalinkan silaturrahim sesama insan.
Penyampaian bantuan kewangan dari Pusat Zakat Negeri Sabah kepada penerima yang layak dan telah diluluskan oleh Jabatan tersebut.
Seramai 21 orang kanak kanak mengambil bahagian dalam khatam Al Quran yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Masjid Ubudiyah , turut menyaksikan khatam Al Quran ialah Imam Masjid Al Ubudiyah serta Guru pengajar.
YB.Datuk Hj.Nizam meraikan para peserta khatam Al Quran dengan menyampaikan sumbangan berupa wang tunai sebagai galakan kepada mereka untuk mencintai Al Quran dan diharapkan akan terus menghafal Al Quran dan mentadabbur kan nya agar ianya akan menjadikan tempat kita mendapat cahaya Ilahi yang sentiasa terpelihara dari kemungkaran.
23 Mei 2019 bersamaan 18 Ramadhan 1440H, YB.Datuk Hj.Nizam dan rombongan nya AJK Penaja Bersatu Bahagian Tawau berada di Restauran dan Katering Citarasaku Jalan Chen Fook Bandar Tawau. Bersama AJK Persatuan Kebangsaan Melayu Tawau (PKMT) berbuka puasa dan solat Tarawih. Acara sampingan sebelum berbuka diadakan Majlis Tahlil dan doa selamat.
24 Mei 2019 bersamaan 19 Ramadhan 1440H, YB.Datuk Hj.Nizam dan rombongan nya AJK Penaja Bersatu Bahagian Tawau berada di Masjid Al Hidayah Kg.Kinabutan Laut Batu 4, Tawau. Bersama AJK Masjid Al Hidayah berbuka puasa dan solat Tarawih. Acara sampingan sebelum berbuka diadakan Penyampaian Bantuan Zakat dari Pusat Zakat Negeri Sabah dengan seramai 112 penerima dari beberapa kampung sekitarnya.
Penerima bantuan dari pusat zakat Negeri Sabah yang terdiri daripada penduduk miskin , Ibu Tunggal , OKU dan Muallaf . YB. Datuk Hj.Nizam menyampaikan bantuan tersebut disaksikan oleh Pegawai dan kakitangan Pusat Zakat serta AJK Masjid Al Hidayah.
YB.Datuk Hj.Nizam berbuka Puasa bersama Penduduk Kampung dan juga AJK Masjid Al Hidayah serta AJK Penaja Bersatu Bahagian Tawau.
Penyampaian bantuan telah disampaikan oleh YB.Datuk Hj.Nizam yang disaksikan oleh AJK Masjid Jamek dan penduduk kampung yang hadir.
18 Mei 2019 bersamaan 13 Ramadhan 1440H , Ihya Ramadhan Anjuran Biro Agama Bersatu (PPBM) dan YB.Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan selaku Ketua Bahagian Penaja Bersatu Tawau , bersama ESSCOM , Persatuan Veteren Angkatan Tentera dan Ahli Jawatankuasa Masjid Tawfiq Al Hidayah kg.Apas Parit . Beberapa acara telah disediakan seperti penyampaian sumbangan barangan makanan kepada Penduduk Kampung oleh pihak ESSCOM , Bersatu dan Persatuan Veteren Angkatan Tentera. Juadah berbuka puasa disediakan oleh Pihak ESSCOM yang mana mereka bersama sama penduduk kampung memasak makanan tersebut.
Ucapan bagi pihak ESSCOM Nor Alam Khan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).
Esscom telah mengekalkan dan meningkatkan keselamatan Kawasan Timur Sabah dari sebarang ancaman melalui kerjasama strategik antara agensi kerajaan bagi memacu pembangunan dan kesejahteraan rakyat.
Kawasan yang diliputi Esscom melibatkan kawasan perairan yang luas dan kawasan pesisir yang panjang. Selain itu banyak kawasan berpaya yang dijadikan pintu masuk oleh penceroboh. Itu menjadi cabaran kita. Selain itu, kawasan sempadan antarabangsa yang terletak berhampiran dengan kita. Misalnya Zon Tanjung Labian terletak kira-kira setengah jam atau 40 minit dari sempadan.
YB.Datuk Hj. Nizam memuji semangat ketenteraan yang ditunjukkan dengan menjadikan kawasan ESSCOM kawasan aman dari sebarang anasir jahat yang cuba menyusahkan rakyat.
Penyampaian bantuan kepada penduduk yang kurang mampu berupa wang dari Pusat Zakat Sabah , Barang barang makanan dari pihak Esscom dan juga dari pihak Yang Berhormat Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan.
Berpuasa pada bulan ini adalah satu ibadat wajib ke atas orang Islam yang akil baligh. Mereka wajib berpuasa dengan menahan lapar dan dahaga dari terbit fajar sehingga gelincir matahari dan mengeluarkan zakat fitrah sebelum solat sunat Aidilfitri. Pada masa sama, mereka digalakkan melakukan pelbagai ibadah sunat seperti solat tarawih dan witir pada malam harinya.
Bulan Ramadan adalah bulan yang penuh dengan aktiviti ibadat dalam pelbagai bentuk sama ada wajib atau pun sunat. Ibadat di bulan Ramadan adalah satu fenomena yang sama berlaku dalam kalangan umat Islam seluruh dunia. Dalam masa sehari di bulan Ramadan, ada kalangan umat Islam contohnya sedang berbuka, ada yang sedang berpuasa, melakukan qiamullail, membaca al-Quran mengikut lokasi masa dan geografi masing-masing di seluruh pelosok dunia
Pengedaran bubur lambuk yang telah disediakan oleh pihak ESSCOM dengan kerjasama penduduk kampung Apas Parit . Agihan dilaksanakan oleh YB.Datuk Hj.Nizam ADUN N.56 Apas , Tuan Nor Alam Khan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) , Tuan Hj.Bakri Jamal Pengerusi Persatuan Veteren ATM dan Pegawai pegawai Tentera dari pelbagai bidang ESSCOM. Pengagihan berlangsung di tepian jalan dan disampaiakan kepada pemandu kenderaan yang lalu di Jalan Apas Parit.
Ini menunjukkan kesatuan umat Islam dalam kepelbagaian dengan kedatangan bulan Ramadan. Mereka bersatu menyambut Ramadan walau di mana sahaja berada, walaupun mereka terdiri daripada pelbagai bangsa, kaum, kulit sama ada hitam atau pun putih.
Sesungguhnya, umat Islam bersatu dalam perkara asas agama. Semua umat Islam menerima puasa di bulan Ramadan sebagai satu ibadat wajib, dan tiada siapa dalam kalangan mereka yang menolak bahawa di dalam bulan Ramadan ada satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan iaitu malam Lailatulqadar.
Walaupun umat Islam berbeza pandangan dalam isu-isu ranting atau bukan asas agama seperti cara menentukan bermulanya 1 Ramadan sama ada menggunakan hisab falak atau pun melihat anak bulan, mengerjakan solat tarawih 8 atau 20 rakaat, semua perbezaan seumpama ini tidak menjejaskan perpaduan dan kesatuan umat Islam.
Bubur yang telah siap untuk diagih agihkan dimana para pemandu memperlahankan kenderaan mereka untuk mengambil bubur lambuk yang disediakan.
Menunggu waktu berbuka puasa , orang ramai telah mengambil tempat masing masing dengan juadah yang disediakan oleh pihak ESSCOM dan juga penduduk kampung Apas Parit.
Ini kerana Islam sebagai agama fitrah membuka ruang-ruang perbezaan dalam isu-isu ranting untuk kebaikan umat Islam itu sendiri demi meraikan kepelbagaian yang ada dalam kalangan mereka. Apabila kita melihat dalam konteks umat Islam di Malaysia, penghayatan kepada ibadat puasa di bulan Ramadan boleh menjadikan mereka akur betapa konsep kesatuan dan perpaduan yang wujud dapat diaplikasikan dalam kehidupan semasa dalam kalangan mereka.
Dengan kedatangan bulan Ramadan, perbalahan dan perselisihan yang membawa kepada perpecahan dapat dihindari. Konsep kesatuan umat Islam di seluruh dunia dalam menyambut dan menerima kefarduan bulan Ramadan perlu dijadikan iktibar dan teladan baik
Perpecahan dan tiada kesatuan bukan sahaja melemahkan mereka tetapi disifatkan dalam Islam sebagai satu azab. Dalam satu sabda nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh imam Ahmad, maksudnya: “Jamaah itu membawa rahmat, dan perpecahan itu membawa azab”.
Usaha-usaha menggunakan keberkatan bulan Ramadan untuk mencetus perpaduan dan kesatuan umat perlu diambil peluang. Majlis-majlis iftar yang melibatkan pelbagai pihak yang berlainan perlu diadakan dari semasa ke semasa sepanjang bulan. Ini boleh diadakan seperti di taman-taman perumahan di bandar, di kampung-kampung sehingga pelbagai pihak yang bertelagah boleh duduk bersama-sama menikmati juadah berbuka. Ini secara tidak langsung membawa kepada kemesraan sesama mereka.
Umat Islam juga perlu ingat musuh Islam sentiasa mencari jalan untuk melemahkan mereka. Salah satu cara adalah dengan memecahbelahkan kesatuan dalam kalangan umat. Bahkan ada dalam kalangan umat Islam yang terpesong dengan agenda pihak lawan lalu terus bercakaran sesama sendiri dan menjadi ejen kepada perpecahan umat.
Dengan menghayati ibadah dalam bulan Ramadan dan melihat kesatuan umat Islam di seluruh dunia dalam menyambut bulan mulia ini, umat Islam khasnya di negara kita patut menjadikannya sebagai satu madrasah pencetus untuk mereka menjadi lebih bersatu yang akhirnya memberi kekuatan kepada ummah.
19 Mei 2019 bersamaan 14 Ramadhan 1440H , rombongan YB.Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan Ketua Penaja Bersatu Bahagian Tawau telah memilih Masjid Nurul Hidayah Kg.Batu Payung untuk program Biro Agama Berbuka Puasa , Tazkirah Ramadhan dan Tarawih disamping solat wajib bersama penduduk Kg.Batu Payung.
Sementara menunggu waktu berbuka pengisian waktu dengan ceramah kesihatan tentang berhenti merokok yang disampaikan oleh Pakar Perubatan Klinikal dari Klinik Kesihatan Kabota Tawau yang telah dibawa oleh unit Promosi Kesihatan Tawau.
20 Mei 2019 bersamaan 15 Ramadhan 1440H , rombongan YB.Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan bersama Biro Agama Parti Bersatu Malaysia ( PPBM) berbuka puasa dan Tarawih di Masjid Nurul Hidayah Kg.Blok 31 , Tawau. Pengisian program disini penyampaian bantuan kepada Ibu tunggal , OKU , penduduk yang kurang berkemampuan berupa barang keperluan harian dan Tazkirah Ramadhan.
Ramadan ialah bulan yang ditunggu-tunggu oleh seluruh umat islam saban tahun. Bulan ini bukan hanya tertumpu kepada ibadah puasa semata-mata, malah ia merupakan ‘Bulan Ibadah’ yang dijanjikan pahalanya berlipat kali ganda.
Berikut adalah 5 (lima) amalan utama yang mempunyai ganjaran istimewa jika dilaksanakannya dalam bulan mulia ini berdasarkan hadis Nabi SAW.
1. Solat Terawih
Menurut istilah, Terawih ialah solat sunat yang khusus dilakukan pada setiap malam di bulan Ramadan. Bermula waktunya selepas selesai solat isya’ dan berakhir dengan masuk waktu subuh, tidak termasuk sunat ratibah isya’ dan solat witir.
Hal ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:“Sesiapa yang berdiri (beribadat) pada malam Ramadan kerana iman dan mengharapkan ganjaran (daripada Allah), diampunkan dosa-dosanya yang telah lepas.” [HR. Muslim: 759]
Hukum Solat Terawih adalah Sunat Muakkad iaitu sunat yang amat dituntut.
2. Sedekah
Rasulullah SAW sememangnya baginda dikenali sebagai seorang yang dermawan. Sifatnya itu semakin terserlah apabila tiba di bulan Ramadan. Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas RA yang bermaksud:
“Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadan saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Qur’an. Dan kedermawanan Rasulullah SAW melebihi angin yang berhembus.” [HR. Bukhari: 6]
Kedermawanan Rasulullah SAW diibaratkan seperti angin yang berhembus, bermaksud baginda amat ringan dalam memberi dengan tanpa banyak berfikir
3. Iktikaf pada 10 Malam Terakhir
Menurut kitab Al-Majmuk Al-Nawawi, I’tikaf bermaksud mendiami dan menetap diri di dalam masjid dari orang-orang tertentu dan dengan cara-cara tertentu.
Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Saiyidatina A’isyah RA yang bermaksud:
“Nabi SAW selalu beriktikaf pada 10 terakhir di bulan Ramadan sehingga diwafatkannya oleh Allah kemudian diteruskan iktikaf oleh para isterinya” [HR. Bukhari dan Muslim]
Dalam hadis yang lain, diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawasanya, pada tahun kewafatan Rasulullah SAW, baginda telah beriktikaf selama 20 hari. [HR Bukhari]
4. Umrah
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Jika datang bulan Ramadan, lakukanlah umrah, kerana pahala umrah itu sama dengan pahala mengerjakan haji.” [HR. Bukhari dan Muslim]
Dalam hadis yang lain, diriwayatkan oleh Muslim. Bahawasanya mengerjakan Umrah di bulan Ramadan ialah “Ganjarannya menyamai pahala menunaikan Haji bersamaku”.
Namun, hadis tersebut tidak bermaksud bahawa Umrah ketika Ramadan telah menggantikan kewajipan ibadah Haji, cuma ganjaran pahalanya setara dengan menunaikan Haji bersama Rasulullah SAW.
Ia cukup untuk menggambarkan betapa hebatnya amalan ini jika direzekikan untuk ditunaikan.
5. Memberi Makan kepada Orang Berbuka Puasa
Terdapat banyak dalil yang menyatakan tentang kelebihan menjamu orang berbuka puasa. Antaranya hadis yang diriwayatkan oleh At-Tirmidzi dan Al-Baihaqi, bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud;
“Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”
Walaupun ini bukan amalan khas pada bulan Ramadan, namun kita semua tahu betapa besar ganjaran jika kita menjamu orang berbuka puasa – apatah lagi puasa wajib.
Penyampaian bantuan barang makanan kepada penerima yang disampaikan oleh YB.Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan Ketua Bahagian Penaja Parti Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian P.190 Tawau.
Membantu kepada orang yang kurang berkemampuan adalah satu Ibadah yang dituntut dalam Agama Islam agar mereka akan dapat sama sama meraihkan bulan Ramadhan Bulan yang mulia disisi Allah Subhana hu wataalah.
Majlis berbuka puasa bersama sama penduduk Kampung Blok 31.
Membantu kepada orang yang kurang berkemampuan adalah satu Ibadah yang dituntut dalam Agama Islam agar mereka akan dapat sama sama meraihkan bulan Ramadhan Bulan yang mulia disisi Allah Subhana hu wataalah.
Majlis berbuka puasa bersama sama penduduk Kampung Blok 31.
Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 185:
"Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya al-Quran sebagai hidayah (petunjuk) kepada manusia dan keterangan-keterangan tentang petunjuk dan pemisah antara yang hak dan yang bhatil"
Nabi s.a.w telah bersabda:
" Puasa dan al-Quran memberi syafaat kepada para hamba pada Hari Kiamat. Puasa berkata: "Wahai Tuhanku aku telah menghalangnya daripada makan dan minum serta mengikut syahwat pada siang hari, maka izinkanlah aku memberi syafaat kepadanya". Al Quran berkata: " wahai Tuhanku, aku telah menghalanginya daripada tidur pada malam hari, maka izinkan aku memberi syafaat kepadanya, lalu diterimalah syafaat keduanya"(Hadis riwayat Ahmad, Ibnu Abi dunya, al-Tabrani dan Hakim)
Nabi telah bersabda dalam hadisnya:
"Orang yang memberikan hidangan berbuka puasa kepada orang lain yang berpuasa, ia akan mendapat pahala orang tersebut tanpa sedikit pun mengurangi pahalanya." (Hadis Riwayat Tirmidzi)
Tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Aziz bersempena bulan Ramadhan yang Barakah.
Para ulama رحمهم الله berselisih pendapat mengenai persoalan ini, sebagai berikut:
Pertama. Sesungguhnya pada malam lailatul Qadar ini, Allah menetapkan (at-taqdiir) semua rizki, ajal kematian dan semua peristiwa untuk setahun kedepan, dan para Malaikat mencatat semua hal itu.
Kedua. Pendapat kedua menyatakan bahwa kemulian (al-Qadr), kehormatan dan suasana malam ini disebabkan oleh diturunkannya (permulaan) al-Qur-an, atau pada malam ini para Malaikat turun atau turunnya keberkahan, rahmat dan maghfirah pada malam kemuliaan ini.
Ketiga. Pendapat berikutnya, bahwa orang yang menghidupkan malam ini akan mendapatkan al-Qadr (kemuliaan) yang besar, yang belum pernah dia miliki sebelumnya. Malam ini akan menambah kemuliaannya di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Lailatul Qadar ini merupakan malam yang paling utama. Malam ini dimuliakan oleh Allah daripada malam-malam lainnya. Maka, ia merupakan malam yang penuh keberkahan sebagaimana yang difirmankan Allah Jalla wa ‘Alaa:
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ
“Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi.” [ad-Dukhaan/44: 3]
Imam al-Qurthubi rahimahullah mengatakan, “Allah mensifati malam ini dengan keberkahan, karena Dia menurunkan kepada hamba-hamba-Nya berbagai berkah, kebaikan dan pahala pada malam yang mulia ini.”
Maka, lailatul Qadr yang penuh barakah ini mengandung berbagai keutamaan yang agung dan kebaikan-kebaikan yang banyak.
Telah diriwayatkan oleh al-Bukhari rahimahullah dalam Shahihnya, dari ‘Aisyah Radhiyallahu anhuma bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنَ الْعَشْرِ اْلأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ.
“Carilah lailatul Qadr pada (bilangan) ganjil dari sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan.”
Begitu perhatiannya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam terhadap sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan, beliau beri’tikaf, dan menghidupkan malam-malamnya dengan ibadah.
Selesai solat sunat Tarawih moreh di salah sebuah restauran yang berhampiran dan beramah mesra dengan rakan rakan dan juga pengunjung yang berada disitu.
21 Mei 2019 bersamaan 16 Ramadhan 1440H, YB.Datuk Hj.Nizam dan rombongan nya AJK Penaja Bersatu Bahagian Tawau berada di Masjid Nurul Falah Kg.Membalua Tawau. Bersama dengan AJK Masjid Nurul Falah serta KRT Kg.Membalua bersama sama melaksanakan program berbuka Puasa , Tazkirah Ramadhan dan Solat Tarawih disamping solat solat fardu. Disamping itu juga penyampaian bantuan kepada penduduk kampung yang kurang mampu berupa barangan makanan disampaikan oleh YB.Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan.
Penyampaian bantuan barangan makanan kepada 30 orang penduduk kampung yang kurang mampu menerima yang disampaikan oleh YB.Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan.
Umat Islam digalakkan melakukan amalan seperti bersedekah dan memberi hadiah. Sedekah ialah pemberian yang dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Manakala hadiah, pemberian sebagai satu pujian, penghargaan, kenangan dan tanda kasih sayang.
Amalan ini bukan sahaja dapat memperkukuh ekonomi Islam malah dapat membantu fakir miskin serta mereka yang kurang bernasib baik. Bagaimanapun, sedekah dan pemberian hadiah itu mestilah dilakukan mengikut saluran yang betul seperti dibulan Ramadhan ramai yang memerlukan bantuan.
Dalam sebuah hadis Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Setiap sendi manusia perlu bersedekah, setiap hari matahari terbit ada orang mengadili dua orang adalah sedekah. Membantu orang dengan mengangkat barang ke atas binatang tunggangan adalah sedekah. Satu kalimat yang baik adalah sedekah. Setiap langkah untuk mengerjakan solat adalah sedekah dan membuang sesuatu yang berbahaya di jalanan adalah sedekah". (riwayat al-Bukhari)
Sifat suka bersedekah ini menghindarkan sifat tamak dan lokek dalam kalangan umat Islam. Selain itu, Islam juga menggalakkan umatnya saling membantu di antara satu sama lain.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Bersedekah pahalanya 10, memberi hutang (tanpa bunga) pahalanya 18, menghubungkan diri dengan kawan-kawan pahalanya 20 dan silaturahim (dengan keluarga) pahalanya 24.” (riwayat al-Hakim)
Tazkirah Ramadhan disampaikan oleh Ustaz Nur Hadi seorang pendakwa bebas di Daerah Tawau.
Puasa bulan Ramadhan adalah salah satu rukun islam. Setiap detik sepanjang bulan ramadhan adalah sebaik-baik masa dan sebaik-baik hari di atas muka bumi ini. Allah SWT telah memberikan kelebihan yang banyak kepada bulan Ramadhan berbanding dengan bulan-bulan yang lain.
Rasulullah SAW, bersabda:
“Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka, ditutup semua pintu neraka dan tidak dibuka satu pintu, dan dibuka pintu-pintu syurga dan tidak ditutup walaupun satu pintu. Penyeru pun menyeru: “Wahai orang yang mengharapkan kebaikan! Terimalah. Wahai orang yang mengharapkan kejahatan! Berhentilah, dan (yang ikhlas) kerana Allah SWT dibebaskan daripada api neraka dan (penyeru itu akan menyeru) pada setiap malam Ramadhan.”(Riwayat al-Tirmizi dan Ibdu Majah)
Hadith ini menerangkan beberapa keistimewaan bulan Ramadhan, antaranya akan dibuka semua pintu syurga untuk menerima amalan-amalan soleh yang begitu banyak yang dilakukan oleh orang Mukmin pada bulan ini. Syaitan-syaitan juga akan diikat apabila tiba bulan Ramadhan.
Kelebihan bulan Ramadhan juga ialah difardhukan puasa di dalamnya. Puasa merupakan setinggi-tinggi amalan bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT dan puasa juga penghapus dosa-dosa atas maksiat yang dilakukan.
Dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah telah bersabda:
“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Antara keistimewaan puasa juga, Allah SWT akan menggandakan pahala orang-orang yang berpuasa melebihi amalan-amalan lain di mana kadarnya hanya diketahui oleh Allah SWT.
Rasulullah SAW telah bersabda:
“Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kalit ganda serupa dengannya sehingga tujuh ratus kali ganda, Allah SWT berfirman: “Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah SWT daripada bau Musk.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Ganjaran di akhirat bagi orang yang berpuasa tentunya lebih besar, kerana nikmat dunia walau sebesar mana sekalipun tidak mungkin menyamai sekecil-kecil nikmat akhirat.
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu yang dipanggil ‘al-Rayyan’, masuk melaluinya orang-orang yang berpuasa pada hari kiamat, tidak boleh masuk melaluinya seseorang pun selain mereka, diseru: “Mana orang-orang yang berpuasa?” maka mereka pun bangun, tidak akan masuk melaluinya seorang pun selain mereka, makan apabila mereka (orang berpuasa) masuk, pintu itu akan ditutup, maka tidak boleh masuk melaluinya seorang pun.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Berbuka puasa bersama sama penduduk kampung menjalinkan silaturrahim sesama insan.
Sesungguhnya, bulan Ramadan adalah bulan yang pada awalnya keampunan, pertengahannya rahmah dan akhirnya dijauhkan dari azab api neraka. Sehubungan itu setiap daripada kita haruslah berusaha untuk meningkatkan ketakwaan kepada Allah dengan sentiasa mengingati-Nya melalui amalan-amalan mulia di samping menjauhi segala sifat keji dan mungkar. Harapan kita selepas tamatnya bulan Ramadan ini, perbuatan mulia ini akan diteruskan ke bulan-bulan yang lain.
22 Mei 2019 bersamaan 17 Ramadhan 1440H, YB.Datuk Hj.Nizam dan rombongan nya AJK Penaja Bersatu Bahagian Tawau berada di Masjid Al Ubudiyah Jalan Damai Tawau . Bersama dengan AJK Masjid Al Ubudiyah serta penduduk tempatan berbuka puasa dan solat Tarawih , disamping itu di selitkan juga acara lain seperti Penyampaian bantuan kewangan kepada yang kurang mampu , Tahlil dan Khatam al Quran kanak kanak tempatan.
22 Mei 2019 bersamaan 17 Ramadhan 1440H, YB.Datuk Hj.Nizam dan rombongan nya AJK Penaja Bersatu Bahagian Tawau berada di Masjid Al Ubudiyah Jalan Damai Tawau . Bersama dengan AJK Masjid Al Ubudiyah serta penduduk tempatan berbuka puasa dan solat Tarawih , disamping itu di selitkan juga acara lain seperti Penyampaian bantuan kewangan kepada yang kurang mampu , Tahlil dan Khatam al Quran kanak kanak tempatan.
Penyampaian bantuan kewangan dari Pusat Zakat Negeri Sabah kepada penerima yang layak dan telah diluluskan oleh Jabatan tersebut.
8 GOLONGAN ASNAF
1. Fakir
Seseorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan dari sumber-sumber lain yang jumlahnya tidak sampai 50 peratus daripada keperluan harian dan keperluan tanggungannya dan tidak sampai 50 peratus daripada belanja hidup seseorang yang hidup sederhana dan orang-orang tanggungan.
2. Miskin
Seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan juga menampung orang-orang tanggungannya.
3. Amil
Mereka yang terlibat secara langsung dengan institusi zakat samada individu atau organisasi bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal zakat termasuk pemungutan, agihan, urusan kewangan dan sebagainya.
4. Muallaf
Mereka yang dijinakkan hatinya atau mereka yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam (tetapi belum kukuh Islamnya) ianya dibahagi kepada dua iaitu : a) Beragama Islam + Baru memeluk agama Islam + Ketua-ketua kaum Islam yang baik hubungan dengan ketua-ketua bukan Islam yang sejawatan atau sama taraf dengannya. + Ketua-ketua kaum Islam yang masih lemah iman tetapi masih ditaati oleh orang- orang di bawah pimpinannya. + Orang-orang Islam yang tinggal di perbatasan yang berhampiran dengan negara musuh. b) Bukan beragama Islam + Boleh dipujuk supaya masuk Islam. + Boleh dipujuk supaya tidak merbahaya kepada orang Islam.
5. Al-Riqab
Memerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan samada dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu di bawah kawalan orang-orang tertentu.
6. Al-Gharimin
Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum syarak.
7. Fisabiillah
Mana-mana orang atau pihak yamg melibatkan diri dalam suatu aktiviti atau aktiviti menegak, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya.
8. Ibnu Sabil
Mana-mana orang dalam perjalanan bagi maksud-maksud yang diluluskan oleh syarak dari mana-mana negeri atau negara yang memerlukan bantuan
Majlis Tahlil arwah Datuk Hj.Tawfiq mantan Yang Berhormat kekanda kepada YB.Datuk Hj.Nizam DSP AB.Titingan yang telah meninggal pada 14 March 2018 @ 11.57 malam di Prince Court Hospital Kuala Lumpur . Semoga Roh Allahyarham Datuk Hj.Tawfiq dicucuri rahmat , Aameen
YB.Datuk Hj.Nizam meraikan para peserta khatam Al Quran dengan menyampaikan sumbangan berupa wang tunai sebagai galakan kepada mereka untuk mencintai Al Quran dan diharapkan akan terus menghafal Al Quran dan mentadabbur kan nya agar ianya akan menjadikan tempat kita mendapat cahaya Ilahi yang sentiasa terpelihara dari kemungkaran.
Masuk waktu berbuka puasa beramai ramai bersama dengan penduduk kampung Jalan Damai . Ramadhan merupakan satu bulan yang sangat bermakna kepada orang Islam. Ia adalah bulan yang digunakan oleh umat Islam untuk beribadat seolah-olah tiada lagi bulan lain yang lebih penting daripada Ramadan.
Biasanya menjelang 1 Ramadan ramai yang balik ke kampung kerana ingin berpuasa bersama ibu bapa dan bagi yang telah berkeluarga, ingin membawa isteri atau suami serta anak-anak merasai suasana berpuasa di kampung halaman.
Menyambut Ramadan di rantau orang atau tinggal jauh daripada keluarga adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Tentunya bagi mahasiswa-mahasiswi yang berada di kampus kerana semester masih belum berakhir, pengalaman berpuasa di kampus bersama rakan-rakan akan menjadi satu kenangan indah suatu masa nanti.
23 Mei 2019 bersamaan 18 Ramadhan 1440H, YB.Datuk Hj.Nizam dan rombongan nya AJK Penaja Bersatu Bahagian Tawau berada di Restauran dan Katering Citarasaku Jalan Chen Fook Bandar Tawau. Bersama AJK Persatuan Kebangsaan Melayu Tawau (PKMT) berbuka puasa dan solat Tarawih. Acara sampingan sebelum berbuka diadakan Majlis Tahlil dan doa selamat.
Disamping gerakan patriotism bercambah juga gerakan nasionalisme tanpa kekerasan yang mula bertapak di Sabah selewat-lewatnya pada tahun 1890-an. Antaranya ialah gerakan dipelopori oleh “ The Mohammaden Association” yang bertindak menyatukan masyarakat Islam melalui gerakan dakwa Islamiah di Sandakan. Ini diikuti oleh Pergerakan Persatuan Kebangsaan Melayu Tawau (PKMT) bagi menyatukan Melayu sekitar 1930-an. Ketika pra-kemerdekaan pula iaitu selepas tahun 1945, Persatuan Kebangsaan Melayu Tawau meluaskan peranan besarnya dalam menyatukan semua orang-orang Melayu di Tawau . Persatuan Kebangsaan Melayu Tawau ( PKMT ) yang diasaskan dengan rasminya dalam tahun 1938 oleh Penghulu Abu Bakar dan kemudian diperkasakan oleh barisan pemimpin muda Melayu ketika itu iaitu Datuk Abu Bakar Titingan sebagai setiausaha PKMT bersama pemimpin pemimpin Melayu yang lain seperti Haji Abdul Karim Drahman, Datuk Kassim Kamidin, Datuk Hj Ahmad Ayid, Imam Zainal dan banyak lagi. Persatuan ini ditubuhkan untuk menjaga dan mempertahankan hak dan kepentingan orang-orang Melayu di Tawau. Antara perjuangannya juga ialah memajukan taraf pendidikan anak anak orang Melayu ekoran dari perjuangan yang dibangkitkan oleh sebuah persatuan guru-guru sekolah melayu terdahulu iaitu Persatuan Sahabat Pena Tawau yang diasaskan pada tahun 1936 oleh Cikgu Kee Sulaiman Kee Abdullah dan ( Kee Sulaiman iaitu abang sulung kepada Penghulu Abu Bakar ) dan Cikgu Osman ( guru sekolah melayu berasal dari Tanah Melayu yang banyak berjasa di Tawau .
Majlis Tahlil dan doa selamat diadakan bagi mengingati Allahyarham Datuk Tawfiq DSP AB Titingan selaku penaung PKMT yang banyak berjasa membantu PKMT dan juga kepada mantan Pemimpin yang dahulu yang membawa Persatuan ini mengorak langkah kehadapan demi memperjuangkan hak dan kesinambungan masyarakat Melayu di Tawau sejak sekian lama. Semoga Roh mereka dicucuri Rahmat Nya dan ditempatkan bersama para solihen.
Majlis juga mendoakan semoga kepimpinan masa kini yang diketuai oleh Tuan Hj.Kee Ayub bin Kee Abubakar akan melakar kecemerlangan dengan dibantu oleh rakan rakan seperjuangan. Semoga apa juga perancangan dapat dilaksanakan dengan jaya nya terutama sekali dengan bantuan YB.Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan selaku Penaung PKMT yang baru.
Majlis juga mendoakan semoga kepimpinan masa kini yang diketuai oleh Tuan Hj.Kee Ayub bin Kee Abubakar akan melakar kecemerlangan dengan dibantu oleh rakan rakan seperjuangan. Semoga apa juga perancangan dapat dilaksanakan dengan jaya nya terutama sekali dengan bantuan YB.Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan selaku Penaung PKMT yang baru.
Majlis berbuka Puasa YB.Datuk Hj.Nizam bersama Ahli Jawatankuasa Persatuan Kebangsaan Melayu Tawau (PKMT) dan juga Ahli PKMT yang hadir.
Ramadhan sudah masuk fasa ketiga 10 terakhir hampir menjelang bulan Sawal. Acap-kali kita mendengar pesanan daripada guru-guru supaya mengambil kesempatan selama sebulan dalam Ramadhan untuk mendapatkan keampunan serta menyucikan diri daripada segala penyakit rohani. Penyakit rohani itulah yang menyebabkan ibadat kita jadi kurang sempurna. Sehubungan itu, persiapkan diri kita untuk menyambut ‘tetamu’ yang hebat dan penuh kemuliaan itu dengan melakukan persiapan terbaik.
Ibnu Rajab al-Hambali berkata, salafus soleh termasuk para sahabat mereka berdoa enam bulan sebelum kedatangan Ramadhan. Apa yang mereka doakan adalah supaya dipanjangkan usia untuk bertemu dan beribadat pada Ramadhan.
Antara doanya adalah daripada Yahya Abi Kathir iaitu: ”Allahumma sallimni ila ramadan, wa sallimli Ramadhan, wa tasallamhu minni mutaqabbalaa” yang bermaksud “Ya Allah, sampaikan aku ke bulan Ramadhan dan serahkanlah Ramadhan kepadaku dan ambillah Ramadhan dengan Engkau menerima segala amalanku.”
Semoga kita semua menjadi orang yang berhati lapang untuk menerima kedatangan Ramadhan ini. Dalam satu hadis dinyatakan, apabila tibanya Ramadhan, maka akan dibukakan pintu-pintu syurga, pintu-pintu neraka ditutupi dan syaitan-syaitan dibelenggu.
Bagi menunjukkan rasa rindu, gembira dan bersyukur dengan kedatangan Ramadhan ini, kita perlu meneliti semula segala rukun, syarat, lafaz niat, adab serta perkara yang membatalkan puasa supaya kita lebih bersedia, seterusnya dapat melakukan ibadat dengan lebih sempurna.
Amat penting kita menanamkan tekad serta menjaga amalan yang disemai agar ia tidak cacat rosak. Selain itu, kita perlu berusaha menghapuskan adat kebiasaan yang bertentangan dengan Islam seperti amalan pembaziran ketika membeli juadah di bazar Ramadhan. Sasaran puasa kita sudah pasti ingin mencapai puasa khawasil khawas iaitu puasa orang khusus.
Untuk mencapai matlamat berpuasa orang khusus, beberapa perkara perlu diberi perhatian. Antaranya menjaga pancaindera daripada melakukan perkara yang dilarang syariat. Mata perlu dijaga daripada banyak melihat perkara maksiat. Telinga tidak mendengar umpatan atau kejian, lidah tidak boleh lancang mengumpat, memaki-hamun serta berbohong.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan masih lagi berbohong, maka Allah sama sekali tidak berhajat kepada hasil puasanya walaupun dia berlapar dan berdahaga.” (Riwayat Bukhari)
Sebab itu, ketika sedang berpuasa apabila ada yang diajak bertengkar atau bergaduh, katakan kita sedang berpuasa walaupun hujah yang ingin kita sampaikan itu benar.
Rasulullah SAW bersabda: “Allah SWT berfirman: “Semua amal perbuatan anak Adam adalah untuknya kecuali puasa, ia untuk-Ku dan Aku akan membalasnya. Puasa itu adalah perisai. Jika salah seorang daripada kalian berada pada hari puasa, maka tidak boleh melakukan rafats (berkata kotor dan lain-lain) dan tidak boleh membuat pergaduhan. Jika seseorang mencacinya atau menyerangnya, maka hendaklah ia mengatakan, ‘Sesungguhnya aku sedang berpuasa.’ Dan, demi Zat yang jiwa Muhammad ada di tanganNya, bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat daripada minyak kasturi.” (Hadis diriwayatkan daripada Abu Hurairah dan Sa'id Musayyab)
Seterusnya, berusahalah untuk menjamu makanan kepada orang ketika berbuka puasa. Golongan salafus soleh sangat prihatin dan gemar menjamu makanan kepada orang lain.
Sudah pasti apabila hati kita benar-benar ikhlas untuk mendapat keredaan Allah SWT menerusi amalan itu, ia akan menimbulkan kasih sayang serta semangat persaudaraan.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Wahai manusia, sebarkan salam, jamulah makanan, sambungkan silaturahim, solatlah ketika orang lain sedang tidur, nescaya kamu akan memasuki syurga dengan selamat.” (Riwayat Ahmad dan Tirmizi)
Dalam satu hadis lain dinyatakan, sesiapa yang menjamu orang yang berpuasa, maka pahalanya sama seperti pahala orang yang berpuasa.
Pastikan juga pada tahun ini, kita tidak meninggalkan amalan sunat seperti bangun bersahur, melaksanakan solat sunat Tarawih serta bersedekah wang ringgit.
Anjuran bersahur sunat bagi orang berpuasa. Walaupun puasa seseorang itu sah sekiranya tidak bersahur, tetapi Rasulullah SAW sangat menitikberatkan amalan itu.
Dalam riwayat Abu Sa’id al-Khudri, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Makan sahur itu berkat, oleh sebab itu jangan kamu meninggalkannya walaupun salah seorang daripada kamu hanya meneguk seteguk air. Maka sesungguhnya Allah SWT dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang bersahur.” (Riwayat Imam Ahmad)
Malah, bersahur juga membezakan puasa umat Islam dengan orang Yahudi dan Nasrani.
Begitu juga melaksanakan solat sunat Tarawih. Jangan kita meninggalkannya walaupun sehari dengan sengaja walaupun sibuk dengan tugas harian di pejabat.
Selesai solat dengan bacaan selawat keatas Nabi Junjungan Besar Muhammad s.a.w bersalaman sesama jemaah sebagai tanda keakraban.
Berjabat tangan itu adalah Sunnah pada hukum dasarnya.
Imam Nawawi berkata,
“Ketahuilah bahawa berjabat tangan ketika berjumpa itu adalah Sunnah hukumnya. Ini sudah menjadi ijma’ di kalangan para ‘alim ulama.”
Banyak di kalangan para ahli feqah dari pelbagai mazhab yang menyatakan dengan tegas bahawa sunnahnya berjabat tangan di antara sesama kaum lelaki. Mereka mengambil dalil di atas hal itu dari sejumlah hadith-hadith sohih dan hasan, antara lainnya hadith yang diriwayatkan oleh Saidina Ka’ab bin Malik Radiyallahu ‘anhu, beliau berkata :
“Aku memasuki Masjid, ternyata bahawa di dalamnya (masjid) ada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam. Lalu saidina Abu Talhah bin Ubaidullah radiyallahu ‘anhu yang berdiri kepadaku (menyambut) dengan langkah cepat (bergegas) hingga dia menjabat tanganku dan mengucapkan selamat padaku.” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
Juga hadith yang diriwayatkan daripada Saidina Qatadah radiyallahu ‘anhu, bahawa beliau berkata,
“Aku bertanya kepada Saidina Anas radiyaLlahu ‘anhu. Apakah berjabat tangan itu dilakukan oleh para Sahabat Nabi sallaLLahu ‘alaihi wasallam? ” beliau (Anas radiyallahu ‘anhu) menjawab, “Ya” (Hadith Riwayat Bukhari )
Hadith yang diriwayatkan daripada Atha’ bin Abu Muslim Abdullah Al Khurasani bahawa beliau berkata, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda (yang bererti) :
“Berjabat tanganlah kalian, pasti hilang kedengkian. Dan saling kalian memberi hadiah, pasti kalian saling sayang menyayangi dan hilanglah kebencian (sifat saling bermusuhan). ” (Hadith riwayat Dailami, Musnad al Firdaus, vol 2, hlm 47)
Manakala berjabat tangan setelah selesai solat, tidak ada seorang pun dari para ulama’ yang mengharamkan berjabat tangan. Mereka berpendapat, hukumnya (berjabat tangan) adalah Sunnah dan itu adalah bid’ah hasanah, atau bid’ah yang mubah (diharuskan).
Penerima bantuan dari pusat zakat Negeri Sabah yang terdiri daripada penduduk miskin , Ibu Tunggal , OKU dan Muallaf . YB. Datuk Hj.Nizam menyampaikan bantuan tersebut disaksikan oleh Pegawai dan kakitangan Pusat Zakat serta AJK Masjid Al Hidayah.
YB.Datuk Hj.Nizam berbuka Puasa bersama Penduduk Kampung dan juga AJK Masjid Al Hidayah serta AJK Penaja Bersatu Bahagian Tawau.
Marhaban Ya Ramadhan ,
Marhaban Ya Ramadhan ,
Marhaban Ya Ramadhan ,
Alhamdulillah hari ini kita telah membuka tirai 19 Ramadhan. Allahu akhbar. Cepatkan masa yang berlalu. Insyaallah bakal 10 atau 11 hari lagi kita berpuasa.
Jadi , apa peningkatan yang kita telah capai sepanjang 19 hari ramadhan? Iman semakin bertambah atau iman semakin berkurang? Jawapannya.. Tok..Tok.. pintu hati kalian
Dalam kita menempuh bulan Ramadhan ini, kita akan mendapat hadiah yang sangat istimewa dari Allah swt. Apa dia?
“Apabila tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat syaitan-syaitan” (riwayat al- Bukhari dan Muslim)
“Siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuni dosa dosa yang lalu” ( hadis riwayat an-Nasaie)
Subhanaallah. Ini baru sebahagian sahaja. Sebenarnya ada banyak lagi. Malah ada juga riwayat yang mengatakan Allah akan melipatgandakan amalan seorang hambaNya sehingga 700 kali ganda , dalam Ramadhan itu sendiri telah dinyatakan didalam nya ada malam lailatulkadar atau juga dipanggil malam seribu bulan pada 10 terakhir bulan Ramadhan ini. Ini tiada pada bulan bulan yang lain , apa ganjaran nya ? Pahala amalan kita pada malam tersebut akan digandakan pada seakan kita beramal 1000 bulan iaitu lebih kurang 83 tahun 3 bulan.
Semoga ibadah kita diberkatiNya dan akan mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda , Aameen.
25 Mei 2019 bersamaan 20 Ramadhan 1440H, YB.Datuk Hj.Nizam dan rombongan nya AJK Penaja Bersatu Bahagian Tawau berada di Masjid Jamek Kg.K Ranggu , Tawau. Bersama AJK Masjid Jamek berbuka puasa dan solat Tarawih. Acara sampingan sebelum berbuka diadakan Penyampaian Bantuan barang keperluan harian dan juga bantuan kewangan yang akan disampaikan oleh YB.Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan dan juga Tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Amin Nasir.
Penyampaian bantuan telah disampaikan oleh YB.Datuk Hj.Nizam yang disaksikan oleh AJK Masjid Jamek dan penduduk kampung yang hadir.
Umat Islam digalakkan melakukan amalan seperti bersedekah dan memberi hadiah. Sedekah ialah pemberian yang dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Manakala hadiah, pemberian sebagai satu pujian, penghargaan, kenangan dan tanda kasih sayang.
Amalan ini bukan sahaja dapat memperkukuh ekonomi Islam malah dapat membantu fakir miskin serta mereka yang kurang bernasib baik. Bagaimanapun, sedekah dan pemberian hadiah itu mestilah dilakukan mengikut saluran yang betul.
Tetapi berhati-hati dengan pemberian hadiah yang boleh menjurus kepada rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Sedekah diberi kepada orang tertentu seperti fakir miskin. Ia digalakkan pada bila-bila masa dan hukumnya sunat. Manakala, hadiah diberi kepada sesiapa sahaja dan dilakukan pada masa dan sebab tertentu, hukumnya harus.
Dalam sebuah hadis Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Setiap sendi manusia perlu bersedekah, setiap hari matahari terbit ada orang mengadili dua orang adalah sedekah. Membantu orang dengan mengangkat barang ke atas binatang tunggangan adalah sedekah. Satu kalimat yang baik adalah sedekah. Setiap langkah untuk mengerjakan solat adalah sedekah dan membuang sesuatu yang berbahaya di jalanan adalah sedekah". (riwayat al-Bukhari)
Sifat suka bersedekah ini menghindarkan sifat tamak dan lokek dalam kalangan umat Islam. Selain itu, Islam juga menggalakkan umatnya saling membantu di antara satu sama lain.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud:“Bersedekah pahalanya 10, memberi hutang (tanpa bunga) pahalanya 18, menghubungkan diri dengan kawan-kawan pahalanya 20 dan silaturahim (dengan keluarga) pahalanya 24.” (riwayat al-Hakim)
Galakan memberi sedekah adalah sebagai tanda bersyukur atas pelbagai nikmat yang Allah kurniakan. Amalan suka bersedekah adalah satu amalan yang mulia dan terpuji. Bersedekah telah menjadi satu ciri amalan orang mulia terutamanya para nabi dan rasul serta orang soleh sejak zaman berzaman.
Tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Amin Nasir mengenai 10 malam terakhir Ramadhan yang penuh berkat yang tiada pada bulan bulan yang lain.
Alhamdulillah kita telah melalui 20 hari berpuasa dan syukur kepada sesiapa yang telah menggandakan bacaan al-Quran, menggandakan sedekah, solat Tarawih dan sebagainya.
Kita bakal melangkah ke malam-malam terakhir 10 Ramadan di mana Allah berjanji akan menyediakan bonus yang amat banyak lebih dari 1,000 bulan.
Namun bonus itu hanya boleh didapati pada 10 malam akhir Ramadan sahaja. Allahuakbar! Maka kejarlah bonus itu yang terbuka kepada sesiapa sahaja di muka bumi ini.
Allah berfirman dalam surah al-Qadr: “Sesungguhnya kami telah menurunkan al-Quran pada malam yang mulia.”
Tahukah kamu apakah malam yang mulia itu?
Malam yang mulia itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.”
Berbuka puasa ramai ramai mendatang jalinan kemesraan antara satu dengan yang lain walaupun pada kebiasaan nya amat jarang bertemu. Dengan adanya program Ihya Ramadhan Biro Agama BERSATU tahun ini diharapkan berjalan lancar seperti juga tahun tahun lepas.
Memasuki hari-hari terakhir dalam bulan mulia, Ramadhan. Terasa begitu sekejap masa berlalu, tentunya dalam meniti kepergian bulan Ramadhan ini, 10 hari terakhir akan menjadi rebutan semua umat Muslim. Lailatul Qadar, malam yang disebutkan dalam surah Al-Qadr, di mana ia lebih baik dari seribu bulan.
Sesungguhnya umat Islam diseru untuk melipat kali gandakan amalan kepada Allah SWT dan hikmah malam ini dirahsiakan supaya kita semua berusaha untuk ‘mencarinya’.
Semestinya untuk memperolehi malam kemulian itu tidak mudah, dan bukan semua orang bertuah untuk bertemu dengannya. Sebaik-baiknya, kita perlu meningkatkan usaha untuk terus beribadah kepada-Nya terutamanya di 10 malam terakhir ini sebagaimana yang telah dipraktikan oleh Rasulullah SAW.
Antara langkah yang boleh di amalkan sepanjang 10 malam terakhir adalah seperti berikut:
Bangun di Malam Hari
Rasulullah SAW bersabda dalam Hadis Riwayat Ahmad Muslim,
”Barang siapa yang melakukan solat Isyak berjemaah, seolah-olah ia berqiyam (bangun malam) di separuh malam. Dan barang siapa yang solat subuh berjemaah, seolah-olah ia melakukan di sepanjang malam tersebut.”
Memperbanyakan Ibadat
Nabi Muhammad SAW bersabda,
“Barang siapa menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan berbagai amal ibadah secara yakin dan percaya kepada pahala yang disediakan Allah dan dengan secara ikhlas, maka Allah akan mengampunkan segaladosanya yang telah lalu.”
Ibadah yang perlu ditingkatkan antara lainnya adalah dengan mengerjakan solat lima waktu berjemaah, mendirikan Qiyamul Lail (solat terawih, tahajjud, dll), membaca Al Quran, berzikir, istighfar dan berdoa serta mengerjakan amalan lainnya. Ibadah juga hendaknya dilakukan secara khusyuk dan bersungguh-sungguh.
Iktikaf di Masjid
Selain dari itu, beriktikaf di masjid juga merupakan cara mendapatkan malam penuh keberkatan itu. Abu Said menceritakan tentang iktikaf Rasulullah di masjid yang ketika itu berlantaikan tanah dan tergenang air dalam Hadis Riwayat Muslim
“Aku melihat pada kening Rasulullah ada bekas lumpur pada pagi hari Ramadhan.”
Bemujahadah Dalam Ibadah
Untuk mendapatkan keberkatan dan kemulian malam lailatul qadar adalah dengan bermujahadah (bersunguh-sungguh) dalam ibadah kepada Allah SWT. Hadis Riwayat Muslim menyatakan:
”Sungguh, Rasul tercinta pada 10 hari terakhir dari bulan Ramadhan, lebih bermujahadah melebihi kesungguhan beliau di waktu lainnya”
Bermujahadah disini di analogikan seperti berpuasa tanpa melakukan maksiat, membaca Al-Quran dengan pemahaman, penghayatan dan melakukan ibadat sunat.
Berdoa Sepenuh Hati
Berdoa dengan bersungguh-sungguh, yakin penuh harap bahawa Allah akan mengampuni dosa kita dan mengabulkan doa yang kita panjatkan.
“Wahai Rasulullah, Bagaimana menurutmu andai aku mendapatkan Lailatul Qadar? Doa apa saja yang harus aku baca?” Tanya Aisyah
Rasulullah SAW bersabda, “Ucapkanlah, Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Maha Mulia, dan Engkau menyukai ampunan. Maka ampunilah aku.” [HR Tirmidzi]
Allah SWT menunjukkan tanda-tanda datangnya malam Lailatul Qadar pada umatnya yang beruntung kerana mampu mendapatkan keistimewaan malam tersebut. Jika mendapatkan tanda-tanda malam Lailatul Qadar , berikut doa malam Lailatul Qadar yang hendaknya dipanjatkan :
“Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni.”
Maksudnya: “Wahai Tuhan, Engkau Maha Pengampun, Engkau menyukai orang yang minta ampunan. Karenanya ampunilah aku.”
Doa tersebut berdasarkan riwayat hadits Ibnu Majah.
Dalam riwayat Imam Syafi’i, doa yang sering dipanjatkan oleh Nabi Muhammad pada malam 10 hari terakhir bulan Ramadhan bermaksud :
“Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan kebajikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa api neraka.”
Doa di atas telah dicadangkan oleh Nabi Muhammad SAW ketika ditanya oleh isterinya Aisyah r.a. mengenai apa yang harus dikatakan jika mengetahui bahawa malam itu adalah lailatul qadar.
27 Mei 2019 bersamaan 22 Ramadhan 1440H, YB.Datuk Hj.Nizam dan rombongan nya AJK Penaja BERSATU Bahagian Tawau berada di Masjid Babul Khair Kg.Titingan , Tawau. Bersama AJK Masjid Babul Khair dan penduduk Kg.Titingan berbuka puasa dan solat Tarawih. Acara sampingan sebelum berbuka diadakan Penyampaian Bantuan barang keperluan harian dan juga bantuan kewangan yang akan disampaikan oleh YB.Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan dan juga Tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Amin Nasir.
Kedatangan bulan Ramadhan setiap tahunnya tak henti menjadi penghibur hati orang mukmin. Bagaimana tidak, beribu keutamaan ditawarkan di bulan ini. Pahala berlipat kali ganda, ampunan Allah bertebaran memenuhi setiap ruang dan waktu. Seorang yang menyadari kurangnya bekal yang dimiliki untuk menghadapi hari penghitungan kelak, tak ada rasa kecuali bahagia menyambut Ramadhan. Insan yang menyadari betapa dosa melumuri dirinya, tidak ada rasa kecuali bahagia akan kedatangan bulan Ramadhan.
Salah satu pintu yang dibuka oleh Allah untuk meraih keuntungan besar dari bulan Ramadhan adalah melalui sedekah. Islam sering menganjurkan umatnya untuk banyak bersedekah. Dan bulan Ramadhan, amalan ini menjadi lebih dianjurkan lagi. Dan demikianlah sepatutnya akhlak seorang mukmin, yaitu dermawan. Allah dan Rasul-Nya memerintahkan bahkan memberi contoh kepada umat Islam untuk menjadi orang yang dermawan serta pemurah. Ketahuilah bahwa kedermawanan adalah salah satu sifat Allah Ta’ala,
sebagaimana hadits:
إن الله تعالى جواد يحب الجود ويحب معالي الأخلاق ويكره سفسافها
“Sesungguhnya Allah Ta’ala itu Maha Memberi, Ia mencintai kedermawanan serta akhlak yang mulia, Ia membenci akhlak yang buruk.” (HR. Al Baihaqi, di shahihkan Al Albani dalam Shahihul Jami’, 174
seramai 75 orang penduduk kampung Titingan dari golongan asnaf dan ibu tunggal menerima bantuan berupa kewangan dan barang makanan daripada YB Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan.
Allah Subhanahu Wa Ta’ala benar-benar memuliakan orang-orang yang bersedekah. Ia menjanjikan banyak keutamaan dan balasan yang menakjubkan bagi orang-orang yang gemar bersedekah. Terdapat ratusan dalil yang menceritakan keberuntungan, keutamaan, kemuliaan orang-orang yang bersedekah. Ibnu Hajar Al Haitami mengumpulkan ratusan hadits mengenai keutamaan sedekah dalam sebuah kitab yang berjudul Al Inaafah Fimaa Ja’a Fis Shadaqah Wad Dhiyaafah, meskipun hampir sebagiannya perlu dicek keshahihannya. Banyak keutamaan ini seakan-akan seluruh kebaikan terkumpul dalam satu amalan ini, yaitu sedekah. Maka, sungguh mengherankan bagi orang-orang yang mengetahui dalil-dalil tersebut dan ia tidak terpanggil hatinya serta tidak tergerak tangannya untuk banyak bersedekah.
Diantara keutamaan bersedekah antara lain:
1. Sedekah dapat menghapus dosa.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
والصدقة تطفىء الخطيئة كما تطفىء الماء النار
“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (HR. Tirmidzi, di shahihkan Al Albani dalam Shahih At Tirmidzi, 614)
Diampuninya dosa dengan sebab sedekah di sini tentu saja harus disertai taubat atas dosa yang dilakukan. Tidak sebagaimana yang dilakukan sebagian orang yang sengaja bermaksiat, seperti korupsi, memakan riba, mencuri, berbuat curang, mengambil harta anak yatim, dan sebelum melakukan hal-hal ini ia sudah merencanakan untuk bersedekah setelahnya agar ‘impas’ tidak ada dosa. Yang demikian ini tidak dibenarkan karena termasuk dalam merasa aman dari makar Allah, yang merupakan dosa besar.
Allah Ta’ala berfirman:
أَفَأَمِنُوا مَكْرَ اللَّهِ فَلَا يَأْمَنُ مَكْرَ اللَّهِ إِلَّا الْقَوْمُ الْخَاسِرُونَ
“Maka apakah mereka merasa aman dari azab Allah? Tiada yang merasa aman dan azab Allah kecuali orang-orang yang merugi.” (QS. Al A’raf: 99)
2. Orang yang bersedekah akan mendapatkan naungan di hari akhirat.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menceritakan tentang 7 jenis manusia yang mendapat naungan di suatu, hari yang ketika itu tidak ada naungan lain selain dari Allah, yaitu hari akhir. Salah satu jenis manusia yang mendapatkannya adalah:
رجل تصدق بصدقة فأخفاها، حتى لا تعلم شماله ما تنفق يمينه
“Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sampai-sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.” (HR. Bukhari no. 1421)
3. Sedekah memberi keberkahan pada harta.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
ما نقصت صدقة من مال وما زاد الله عبدا بعفو إلا عزا
“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.” (HR. Muslim, no. 2588)
Apa yang dimaksud hartanya tidak akan berkurang? Dalam Syarh Shahih Muslim, An Nawawi menjelaskan: “Para ulama menyebutkan bahwa yang dimaksud disini mencakup 2 hal: Pertama, yaitu hartanya diberkahi dan dihindarkan dari bahaya. Maka pengurangan harta menjadi ‘impas’ tertutupi oleh berkah yang abstrak. Ini bisa dirasakan oleh indera dan kebiasaan. Kedua, jika secara dzatnya harta tersebut berkurang, maka pengurangan tersebut ‘impas’ tertutupi pahala yang didapat, dan pahala ini dilipatgandakan sampai berlipat-lipat banyaknya.”
4. Allah melipatgandakan pahala orang yang bersedekah.
Allah Ta’ala berfirman:
إِنَّ الْمُصَّدِّقِينَ وَالْمُصَّدِّقَاتِ وَأَقْرَضُوا اللَّهَ قَرْضاً حَسَناً يُضَاعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ أَجْرٌ كَرِيمٌ
“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Qs. Al Hadid: 18)
5. Terdapat pintu surga yang hanya dapat dimasuki oleh orang yang bersedekah.
من أنفق زوجين في سبيل الله، نودي في الجنة يا عبد الله، هذا خير: فمن كان من أهل الصلاة دُعي من باب الصلاة، ومن كان من أهل الجهاد دُعي من باب الجهاد، ومن كان من أهل الصدقة دُعي من باب الصدقة
“Orang memberikan menyumbangkan dua harta di jalan Allah, maka ia akan dipanggil oleh salah satu dari pintu surga: “Wahai hamba Allah, kemarilah untuk menuju kenikmatan”. Jika ia berasal dari golongan orang-orang yang suka mendirikan shalat, ia akan dipanggil dari pintu shalat, yang berasal dari kalangan mujahid, maka akan dipanggil dari pintu jihad, jika ia berasal dari golongan yang gemar bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah.” (HR. Bukhari no.3666, Muslim no. 1027)
6. Sedekah akan menjadi bukti keimanan seseorang.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
والصدقة برهان
“Sedekah adalah bukti.” (HR. Muslim no.223)
An Nawawi menjelaskan: “Yaitu bukti kebenaran imannya. Oleh karena itu shadaqah dinamakan demikian karena merupakan bukti dari Shidqu Imanihi (kebenaran imannya)”
7. Sedekah dapat membebaskan dari siksa kubur.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
إن الصدقة لتطفىء عن أهلها حر القبور
“Sedekah akan memadamkan api siksaan di dalam kubur.” (HR. Thabrani, di shahihkan Al Albani dalam Shahih At Targhib, 873)
Hal ini dijelaskan dalam sebuah hadits dari Abu Hurairah radhiyallahu'anhu, ia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda:
"Orang yang berbuka puasa mempunyai dua kebahagiaan yang bisa ia rasakan; kebahagiaan ketika ia berbuka dan kebahagiaan ketika ia bertemu dengan Rabb-nya karena puasa yang dilakukannya." (HR. Bukhari dan Muslim)
Berbuka dengan Kurma atau yang Manisan ,
Dari Anas bin Malik Radhiyallahu ‘anhu:
كَانَ رَسُو لُ اللِّهِ صَلَّى اللَّهً عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُفْطِرُ عَلَى رُطَبَاتٍ قَبْلَ أََنْ يُصَلِّيَ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ رُطَبَا تٌ فَعَلَى تَمَرَاتٍ فَإِنْ لَم تَكُنْ حَسَا حَسَواتٍ مِنْ مَاءٍ
Artinya: Adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam berbuka dengan korma basah (ruthab), jika tidak ada ruthab maka berbuka dengan korma kering (tamr), jika tidak ada tamr maka minum dengan satu tegukan air.
28 Mei 2019 bersamaan 23 Ramadhan 1440H, YB.Datuk Hj.Nizam dan rombongan nya AJK Penaja BERSATU Bahagian Tawau berada di Masjid Cahaya Raudah Taman Sri Apas , Tawau. Bersama AJK Masjid Cahaya Raudah dan penduduk Taman Sri Apas berbuka puasa dan solat Tarawih. Acara sampingan sebelum berbuka diadakan Hatam Al Quran bagi kumpulan selawat Taman Sri Apas , Penyampaian sijil , Penyampaian Bantuan barang keperluan harian dan juga bantuan kewangan yang akan disampaikan oleh YB. Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan , dan juga Tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Amin Nasir.
Penyampaian Sijil Penyertaan kepada peserta Hatamal Al'Quran dan penyampaian bantuan kewangan dari Pusat Zakat Negeri Sabah telah disempurnakan oleh YB.Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan yang disaksikan oleh Pegawai Pusat Zakat Bahagian Tawau dan Pengerusi Masjid dan AJK nya.
Ramadhan adalah bulan al-Quran. Satu-satunya bulan yang disebut dalam al-Quran melalui firmanya Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran menjadi petunjuk bagi sekelian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk. (al-Baqarah: 185) sebulan Ramadhan ini juga lah Baginda saw bertadarus al-Quran dengan Jibril as.
Kemulian yang Allah swt kurniakan kepada umat Nabi Muhammad saw ialah malam yang diturunkan al-Quran dinamakan malam lailatul Qadr. Kelebihanya dari sudut beribadat padanya adalah lebih baik dari beribadat seribu bulan. Selain solat tarawikh, dua perkara penting yang perlu diambil perhatian dengan kedatangan Ramadhan dan tidak boleh terlepas begitu sahaja oleh setiap muslim ialah tadarus al-Quran dan mencari lailatul al-Qadr.
Tadarus al-Quran bermaksud membaca al-Quran, memahami dan mengkaji kandungan al-Quran. Banyak masjid dan surau mengadakan program tadarus al-Quran selesai solat tarawikh. Kaedah terbaik melakukan tadarus ini ialah perlu ada seorang yang mendengar bacaan dan memberi teguran jika berlaku kesalahan. Bukan sebagaimana yang dibuat oleh setengah orang dimana semua ahli dalam halaqah membaca al-Quran secara beramai-ramai tanpa ada yang memberi teguran terhadap bacaan yang salah.
Umum mengetahui bahawa membaca al-Quran adalah sebaik ibadat untuk taqarrub kepada Allah swt. Ganjaran yang Allah swt beri kepada pembaca kalamnya ini ialah setiap huruf dikurniakan satu kebaikan yang digandakan kepada 10. Sudah tentu jika dipadukan kelebihan ini dan kelebihan yang ada pada bulan Ramadhan akan memberi satu kepuasaan kepada mereka yang merebut peluang tadarus al-Quran di bulan Ramadhan.
Allah swt amat sayang kepada kita semua. Rahmatnya meliputi segala sesuatu. Pada tahun ini Dia masih lagi memberi peluang kepada kita untuk beribadat pada bulan Ramadhan. Rebutlah peluang yang amat baik ini dengan persiapan yang cukup dan persedian yang mantap. Jadual bacaan harian al-Quran sudah dirancang, jadual solat tarawikh, sedekah kepada mereka yang memerlukan, iftar dan sebagainya telah ada dalam perancangan kita semua.
Ruang masa siang hari di bulan Ramadhan perlu dibahagikan kepada zikir dan membaca al-Quran. Bagi yang bekerja, waktu rehatnya yang selama ini untuk keluar makan perlu diubah kepada tadarus al-Quran. Keazaman kuat untuk khatam al-Quran perlu ada. Keazaman ini perlu dijelmakan dalam bentuk praktikal dengan membaca setiap hari satu juzuk untuk khatam seluruh al-Quran diakhir Ramadhan.
Punca kejayaan melakukan ibadat bukan terletak seratus peratus kepada kerajinan seseorang. Ia bergantung kepada kehendak Allah dan ini perlu kepada doa agar Allah memberikan taufiq kepada kita untuk melakukan ibadat.
Satu ketika Rasulullah saw bersabda kepada Muaz Ibn Jabal: Demi Allah sesungguhnya aku amat sayang kepada kamu. Dan jangan kamu tinggal berdoa selepas setiap kali solat fardhu dengan berkata ya Allah bantulah aku untuk ingat kepada kamu, bersyukur kepada kamu dan melakukan ibadat terbaik kepada kamu (Abu Daud).
Semoga Ramadhan 1440 hijrah ini menjadi lebih bermakna dengan mengisi acara ibadat siang dan malamnya. Kemuncak Ramadhan adalah 10 hari terakhirnya iaitu mencari malam lalilatul Qadr dan di waktu yang sama kita cuba khatamkan al-Quran yang akan menjadi teman kita di waktu hidup dan pemberi syafaat di hari akhirat.
Tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Amin Nasir yang menyentuh tentang kehebatan 10 malam terakhir dibulan Ramadhan yang sentiasa dinanti nantikan oleh muslimin diseluruh dunia.
Tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Amin Nasir yang menyentuh tentang kehebatan 10 malam terakhir dibulan Ramadhan yang sentiasa dinanti nantikan oleh muslimin diseluruh dunia.
Kini kita memasuki fasa terakhir Ramadan yang mana pada 10 akhir bulan mulia ini, umat Islam diseru melipatgandakan amalan kepada Allah. Sesungguhnya, Allah menjanjikan terdapat satu malam yang amat bermakna kerana Allah memberitahu kepada kita bahawa Allah menurunkan al-Quran pada malam tersebut iaitu Lailatul Qadar ia adalah malam yang penuh keberkatan.
firman Allah di dalam Surah Ad-Dukhon ayat yang ke 3 yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati dan sesungguhnya Kamilah yang memberi peringatan."
firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah ayat yang ke 185 yang bermaksud: "Bulan Ramadan merupakan bulan yang didalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan perbezaan antara yang hak dan yang batil.
1. Menghidupkan malam dengan mengerjakan ibadah solat serta membaca Al-Quran.
Daripada Abu Hurairoh sesungguhnya Rasulullah SAW telah berkata yang bermaksud: "Sesiapa yang bangun malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan perhitungan (muhasabah diri), akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
2. Membangunkan ahli keluarga seperti mana yang dilakukan oleh baginda Rasulullah.
Daripada Aisyah: Adalah Rasulullah jika masuk pada malam 10 malam terakhir, maka ia akan menghidupkan malam-malam itu dan membangunkan ahli keluarganya dan akan menjauhi daripada membuat hubungan suami isteri. Banyakkanlah melakukan solat pada waktu malam sepanjang Ramadan terutamanya pada 10 malam akhir.
3. Beriktikaf di dalam masjid dengan melakukan perbuatan-perbuatan yang mendekatkan diri kepada Allah seperti solat, zikir, membaca al-Quran dan sebagainya. Ini kerana baginda Rasulullah akan beriktikaf ketika mana masuk 10 malam yang terakhir.
4. Berdoa kepada Allah dengan meminta keampunan-Nya.
Aishah pernah bertanya baginda Rasulullah apa yang perlu dikatakan pada malam Lailatul Qadar, maka kata Baginda: “Katakanlah, Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Engkau Maha Mulia dan suka kepada pengampunan maka ampunilah aku.
5. Bersedekah dengan keikhlasan kepada Allah. Ini kerana jika sedekah yang dilakukan itu bertepatan dengan malam Lailatul Qadar maka amalan sedekah itu juga akan dilipatgandakan lebih baik dari 1,000 bulan.
29 Mei 2019 bersamaan 24 Ramadhan 1440H, YB.Datuk Hj.Nizam dan rombongan nya AJK Penaja BERSATU Bahagian Tawau berada di Masjid Nurul Awal Kg. Sungai Apas, Tawau. Bersama AJK Masjid Nurul Awal dan penduduk Kg. Sungai Apas berbuka puasa dan solat Tarawih di Masjid kg.Wawasan. Acara sampingan sebelum berbuka diadakan Penyampaian Bantuan barang keperluan harian dan juga bantuan kewangan yang akan disampaikan oleh YB.Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan dan juga Tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Amin Nasir.
YB.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan Ketua Penaja BERSATU Bahagian Tawau merangkap ADUN N.56 Apas menyampaikan bantuan kewangan kepada penduduk kampung yang kurang berkemampuan bagi menghadapi Perayaan Hari Raya Aidil Fitri yang akan menjelang tiba. Semoga dengan adanya sumbangan itu akan meringankan bebanan mereka semasa merayakan Hari Raya. Turut hadir bersama rombongan YB.Datuk Hj.Nizam , Tuan Hj.Naim Ahmad Timbalan Ketua Bahagian Penaja BERSATU Bahagian Tawau dan AJK Penaja BERSATU Bahagian Tawau.
Berbuka puasa bersama penduduk kampung Sg.Apas serta ahli rombongan yang hadir. Selepas solat Maghrib rombongan YB.Datuk Nizam meninggalkan Kg.Sungai Apas dan pergi ke Kg.Wawasan yang terletak lebih kurang 6 kilometer dari Sg.Apas untuk bersama penduduk kampung Wawasan menunaikan solat Isyak dan Tarawih.
Berbuka puasa bersama penduduk kampung Sg.Apas serta ahli rombongan yang hadir. Selepas solat Maghrib rombongan YB.Datuk Nizam meninggalkan Kg.Sungai Apas dan pergi ke Kg.Wawasan yang terletak lebih kurang 6 kilometer dari Sg.Apas untuk bersama penduduk kampung Wawasan menunaikan solat Isyak dan Tarawih.
Bersama penduduk kampung Wawasan untuk menunaikan solat Isyak dan Tarawih . Penduduk Kampung Wawasan begitu gembira menerima kedatangan YB.Datuk Hj.Nizam untuk bersama mereka menunai solat Isyak dan Tarawih.
03 Jun 2019 bersamaan 29 Ramadhan 1440H, YB.Datuk Hj.Nizam meluangkan masa untuk bersama AJK Penaja BERSATU Bahagian Tawau Iftar Ramadhan di Restauran Stamin 2. Iftar Ramadhan ini telah disumbangkan oleh Dato Hj.Rackey Apna AJK Penaja Bersatu Bahagian Tawau dan Tuan Hj.Tony Malisi juga AJK Penaja BERSATU Bahagian Tawau. Di kesempatan itu YB.Datuk Hj.Nizam juga menyampaikan bantuan kewangan kepada semua AJK Penaja BERSATU Bahagian Tawau sebagai membantu meringankan beban perbelanjaan bagi menghadapi Perayaan Aidulfitri yang tidak lama lagi.
Dalam ucapan YB.Datuk Hj.Nizam , beliau amat menyanjung tinggi kesetiaan AJK Penaja Bersatu Bahagian Tawau yang sejak dari dulu sama sama berjuang bersama beliau demi Agama , Bangsa dan Tanah Air.
Telah menjadi kebiasaan YB.Datuk Hj.Nizam akan memberikan bantuan kewangan kepada AJK Bahagian sebagai menghargai sumbangan yang diberikan oleh AJK Bahagian bagi membantu beliau dalam memasti gerak kerja membantu rakyat terlaksana dengan baik dan teratur , ianya bukan lah berlaku pada setiap bulan tetapi hanya pada perayaan Aidulfitri yang akan menjelang tiba tidak lama lagi.
Sebagai mengakhiri Jelajah Ihya Ramadhan tahun 1440H di pertemuan ini YB. Datuk Hj.Nizam berharap agar dapat bersama sama lagi ditahun hadapan dengan penjelajahan yang lebih lagi dengan bertemu dengan penduduk kampung di Masjid dan Surau yang dilawati.
Sampai jumpa lagi di Ramadhan Al Mubarak 1441H dengan semangat yang cintakan Agama dan Rasulnya.
Ramadhan adalah bulan yang penuh Berkat
03 Jun 2019 bersamaan 29 Ramadhan 1440H, YB.Datuk Hj.Nizam meluangkan masa untuk bersama AJK Penaja BERSATU Bahagian Tawau Iftar Ramadhan di Restauran Stamin 2. Iftar Ramadhan ini telah disumbangkan oleh Dato Hj.Rackey Apna AJK Penaja Bersatu Bahagian Tawau dan Tuan Hj.Tony Malisi juga AJK Penaja BERSATU Bahagian Tawau. Di kesempatan itu YB.Datuk Hj.Nizam juga menyampaikan bantuan kewangan kepada semua AJK Penaja BERSATU Bahagian Tawau sebagai membantu meringankan beban perbelanjaan bagi menghadapi Perayaan Aidulfitri yang tidak lama lagi.
Dalam ucapan YB.Datuk Hj.Nizam , beliau amat menyanjung tinggi kesetiaan AJK Penaja Bersatu Bahagian Tawau yang sejak dari dulu sama sama berjuang bersama beliau demi Agama , Bangsa dan Tanah Air.
Telah menjadi kebiasaan YB.Datuk Hj.Nizam akan memberikan bantuan kewangan kepada AJK Bahagian sebagai menghargai sumbangan yang diberikan oleh AJK Bahagian bagi membantu beliau dalam memasti gerak kerja membantu rakyat terlaksana dengan baik dan teratur , ianya bukan lah berlaku pada setiap bulan tetapi hanya pada perayaan Aidulfitri yang akan menjelang tiba tidak lama lagi.
Sebagai mengakhiri Jelajah Ihya Ramadhan tahun 1440H di pertemuan ini YB. Datuk Hj.Nizam berharap agar dapat bersama sama lagi ditahun hadapan dengan penjelajahan yang lebih lagi dengan bertemu dengan penduduk kampung di Masjid dan Surau yang dilawati.
Sampai jumpa lagi di Ramadhan Al Mubarak 1441H dengan semangat yang cintakan Agama dan Rasulnya.
Ramadhan adalah bulan yang penuh Berkat
Marhaban Ya Ramadhan ,
Marhaban Ya Ramadhan ,
Marhaban Ya Ramadhan ,
end