Monday, September 16, 2019

SALAM MAAL HIJRAH 1441H DAERAH TAWAU


1 Muharram 1441H ( Awal Muharram ) jatuh pada 01 September 2019 ia itu pada hari ahad , ia nya adalah cuti umum pada rakyat Malaysia yang bertemakan " MENYANTUNI UMMAH MEMBAWA BERKAT ".

Ummat Islam di Malaysia akan sentiasa mengingati Hijrahnya Rasullullah dari Mekah ke Madinah serta  mempersaudarakan kaum Mujahirin dan Ansar . Bertitik tolak dari peristiwa Hijrah tersebut Ummat Islam haruslah mengambil iktibar bahawa Ukhuwah Islamiah yang kuat dan jitu adalah asas kepada Perpaduan dan Kesatuan Ummah yang akan membawa kepada kemajuan dan kejayaan ummat Islam ke era yang global demi menjulang nama Islam dipersada mata Dunia dan menjadi Ikon terbaik dialam maya. 



Sambutan Maal Hijrah Peringkat Perbandaran Tawau telah berlangsung pada 13 September 2019 bersamaan 13 Muharram 1441H. Majlis sambutan berlangsung di Dewan Masyarakat Tawau yang telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Hj.Abd.Muis bin Hj.Picho , Pembantu Menteri Infrastruktur Sabah , merangkap ADUN N.60 Sebatik .







Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.

Di Malaysia hari tersebut merupakan hari keagamaan bagi umat Islam dengan mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negara. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia.

Kalender Hijarah secara rasmi belum bermula ketika zaman Rasulullah S.A.W. Kalendar ini hanya bermula pada zaman Khalifah Arrasyidin kedua iaitu Saidina Umar al-Faruq R.A. Terdapat beberapa cadangan daripada para sahabat untuk penetapan Taarrikh bagi Madinah ketika itu, ada yang mencadangkan tahun Islam bermula ketika kelahiran Nabi Muhammad S.A.W, ada yang mencadangkan permulaan tarikh Islam ditetapkan pada hari Rasulullah dibangkitkan sebagai nabi dan rasul tetapi pandangan yang mencadangkan permulaan tarikh Islam pada tarikh hijrah Nabi S.A.W.

Penetapan ini ialah untuk mengenangkan betapa pentingnya tarikh hijrah yang menjadi anjakan paradigma dalam sejarah agama Islam yang mana pertama kali dalam sejarah Islam seorang nabi dan rasul membentuk kerajaan dengan segala kesukaran dan berjaya membuat hubungan diplomatik dengan beberapa negara serta menyampaikan dakwah Islam secara global sehingga Islam tersebar ke merata dunia.








Sambutan Maal Hijrah dapat menemukan rakan dan taulan yang sama  turut meraikan sambutan Maal Hijrah di Dewan Masyarakat Tawau.

Pelbagai kaun dan Agama di Negara ini diajak sentiasa bersangka baik dan tidak menimbulkan bibit bibit perpecahan dengan sentiman perkauman . Sikap tersebut selaras usaha menjadikan Malaysia sebuah Negara Maju dengan rakyat yang hidup harmoni dan sejahtera 

Dalam Ucapan Perasmian Pembantu Menteri Infrastruktur Sabah , merangkap ADUN N.60 Sebatik , Datuk Hj. Abd.Muis Hj.Picho mengajak Ummat Islam memperkukuh Ukhuwah bukan sahaja sesama Islam tetapi juga memelihara hubungan baik dengan Masyarakat bukan Islam. Hijrah bermaksud kearah perubahan kehidupan yang lebih baik mencakupi segenap aspek kehidupan sama ada dari segi kekeluargaan , Keilmuan , kepimpinan ,Tadbir urus mahu pun ekonomi.




Tokoh Maal Hijrah tahun 1441H dianugerahkan kepada Abdul Gani Khanizaman Fakir Mohamad manakala Tokoh Saidatina Khadijah kepada Hjh.Harisa Ali . Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Yang Berhormat Datuk Hj.Muis bin Hj.Picho , Pembantu Menteri Infrastruktur Sabah merangkap ADUN N.60 Sebatik.








end