Tahun 2020 berakhir sudah , kini kita memasuki ke Tahun 2021 yang dimulai dengan perkhabaran gembira dengan beberapa penemuan Vaksin bagi menentang Virus Covid 19 yang telah meragut banyak nyawa manusia diseluruh Dunia. Wabak ini pada mulanya dikesan pada pertengahan bulan Disember 2019 di bandar raya Wuhan, Hubei, China, dan telah diiktiraf sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020. Sehingga 27 Disember 2020, lebih 80.7 juta kes COVID‑19 telah dilaporkan di lebih 191 buah negara dan wilayah, mengakibatkan lebih 1.76 juta kematian manakala lebih 57 juta orang telah pulih.
Membuka tirai, melangkah ke tahun baharu tentunya kita tidak dapat lari dari menanam azam, pastinya sudah ramai yang memasang niat untuk menanam azam dan tidak kurang juga yang memasang angan-angan untuk dicapai pada tahun ini. Bukan menjadi satu kesalahan untuk kita menetapkan azam pada tahun baharu ini kerana ia boleh menjadi panduan dan pengerak untuk kita berusaha dengan lebih kuat bagi mencapai apa yang di ingini untuk masa depan.
Semoga tahun 2021 memberi seribu satu kemanisan buat semua, jadikanlah 2020 sebagai kenangan yang indah serta berharga dan menyuntik cabaran agar ia memberi motivasi berharga untuk lebih baik pada tahun 2021.
4 - 8 Januari 2021 , Jalan jalan ke Kota Kinabalu bersama keluarga sempena review perubatan di Hospital Likas dan juga percutian tahun baru 2021. Memang seronok sekali dapat bersama anak anak berlibur sambil Jalan jalan di Kota Kinabalu dan Kundasang. Perjalanan dari Tawau ke Kota Kinabalu memakan masa 10 jam sambil berhenti rehat dan mengisi minyak kereta di Perjalanan. Perjalanan dari Tawau ke Kota Kinabalu merentasi beberapa buah Daerah iaitu Daerah Kunak , Daerah Lahad Datu , Daerah Kinabatangan , Daerah Sandakan , Daerah Beluran , Daerah Telupid , Daerah Ranau , Daerah Kundasang , Daerah Tamparuli , Daerah Tuaran dan Kota Kinabalu. Di Daerah ini boleh berhenti rehat untuk mengisi minyak kereta dan berehat untuk makan dimana banyak juga terdapat gerai ditepi jalan dan juga kedai kedai makanan.
Di Kota Kinabalu kami sewa sebuah apartment di Sutera Avenue Kota Kinabalu , sesuai untuk sekeluarga.
Dalam Perjalan balik ke Tawau singgah bermalam di Sulap II Homestay Mesilau Kundasang. Dengan keadaan suhu yang sejuk dan Pemandangan yang Indah berhadapan dengan Gunung Kinabalu.
Keindahan Gunung Kinabalu hanya dapat kelihatan dengan jelas sebentar sahaja iaitu diantara jam 6.00 pagi hingga jam 7.00 pagi , selepas itu ianya akan diliputi awan dan tidak lagi kelihatan.
11 Januari 2021 ( Isnin ) , Pengumuman PKP 2.0 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Hj.Muhyiddin bin Mohd.Yassin.
Kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tempoh 14 hari bermula jam 12.01 malam Rabu ini, hingga 26 Januari, 2021.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khasnya hari ini berkata, langkah itu perlu diambil memandangkan pada ketika ini, fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah tidak mampu untuk menampung peningkatan sehingga 2,000 kes baharu setiap hari , peningkatan jumlah pesakit secara mendadak akan melumpuhkan kapasiti sistem kesihatan sedia ada dalam sekelip mata.
“Tidak mudah untuk saya mengatakan semua ini tetapi inilah realiti yang berlaku sekarang dengan berbagai kemungkinan yang terpaksa kita hadapi sekiranya dibiarkan berlarutan tanpa sebarang campur tangan atau intervensi kesihatan awam yang lebih ketat. “The situation today is indeed very alarming. Our healthcare system is under tremendous pressure now than at any other time since the start of the pandemic. As I have said before, unprecedented situations call for unprecedented measures,”
Berdasarkan penilaian risiko oleh KKM, Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta pelbagai Kementerian dan Agensi serta nasihat pakar-pakar kesihatan awam di dalam negara, Kerajaan bersetuju dengan pandangan bahawa satu tindakan yang tegas perlu diambil untuk memutuskan rantaian jangkitan penularan virus COVID-19. PKP ini akan melibatkan tiga peringkat pelaksanaan.
1. PKP ke atas enam (6) buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.
2. PKP Bersyarat (PKP-B) ke atas enam (6) buah negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.
3. PKP Pemulihan (PKP-P) pula akan dilaksanakan bagi negeri Perlis dan Sarawak dan akan diteruskan sepanjang tempoh tersebut.
Negeri-negeri yang dikenakan PKP adalah negeri yang berisiko tinggi hasil penilaian risiko oleh KKM dan tahap keupayaan perkhidmatan kesihatannya telah hampir mencapai kapasiti maksimum. KKM akan membuat penilaian risiko secara berterusan bagi memutuskan sama ada pelaksanaan PKP ini akan ditamatkan atau diteruskan sebelum tempoh dua minggu berkenaan tamat.
12 Januari 2021 , Pengumuman Proklamasi Darurat oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Hj.Muhyiddin bin Mohd.Yassin
Susulan kenyataan yang baru sahaja dikeluarkan oleh Istana Negara berhubung Proklamasi Darurat yang berkuatkuasa di negara ini, saya berdiri di hadapan saudara dan saudari sekalian pada pagi ini untuk membuat beberapa penjelasan.
Semalam saya telah diterima menghadap oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk mempersembahkan nasihat Jemaah Menteri agar Seri Paduka Baginda mengeluarkan Proklamasi Darurat menurut Perkara 150(1) Perlembagaan Persekutuan untuk mengisytiharkan Darurat bagi seluruh Persekutuan berkuat kuasa mulai 11 Januari 2021 hingga 1 Ogos 2021 untuk ampun perkenan Seri Paduka Baginda.
Antara 'prerogatif' dan 'nasihat' PRU, PRN dan PRK tak diadakan sepanjang tempoh darurat Perkara 150(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan:
"Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat dengan membuat dalamnya suatu perisytiharan yang bermaksud sedemikian".
Menurut Perkara 150(1) Perlembagaan Persekutuan, ancaman terhadap kehidupan ekonomi merupakan salah satu asas untuk sesuatu proklamasi darurat dibuat. Dalam kes Stephen Kalong Ningkan lawan Kerajaan Malaysia, Majlis Privi menyatakan dalam penghakimannya bahawa -
"An emergency to be within that article (article 150(1) of the Federal Constitution) must be not only grave but such as to threaten the security or the economic life of the Federation or any part of it, the natural meaning of the word itself is capable of covering a very wide range of situations and occurrences, including such diverse events as was famines, earthquakes, floods, epidemics and the collapse of the civil government.".
Dalam hal ini, memandangkan dunia pada masa ini sedang berhadapan dengan ancaman pandemik COVID-19 yang telah secara langsung menjadi ancaman besar terhadap kehidupan ekonomi rakyat di Negara ini, suatu perisytiharan darurat boleh dibuat oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berhubung dengan perkara ini. Selain peningkatan mendadak kes positif COVID-19, terdapat beberapa negeri di Malaysia seperti Johor, Pahang dan Kelantan yang sedang mengalami bencana banjir yang besar yang telah secara langsungnya turut menjadi ancaman besar terhadap keselamatan dan kehidupan ekonomi rakyat.
Seperti yang telah dijelaskan semasa mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan semalam, kes jangkitan COVID-19 semakin meningkat dan tidak menunjukkan tanda-tanda penurunan dalam masa terdekat. Oleh itu, Kerajaan perlu mempunyai kuasa-kuasa tertentu bagi memastikan wabak ini dapat dibendung dengan lebih berkesan dan perkhidmatan kesihatan yang disampaikan kepada rakyat tidak lumpuh.
Setelah mempertimbangkan nasihat Jemaah Menteri, Seri Paduka Baginda telah berpuas hati bahawa adanya keperluan mengeluarkan Proklamasi Darurat bagi membolehkan Ordinan dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) Perkara 150 bagi memperuntukkan kuasa-kuasa perlu untuk mengekang dan menghalang daripada berlakunya penularan wabak COVID-19 dengan lebih serius di negara ini.
Kerajaan telah mewartakan Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 yang berkuatkuasa mulai 11 Januari 2021 sebagai langkah proaktif membendung wabak Covid-19 di Malaysia.
Ordinan setebal 12 muka surat yang mengandungi 18 perkara itu telah diwartakan dan dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz di Indera Mahkota, Kuantan pada Khamis (14 Januari 2021).
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, ordinan itu antara lain memperuntukkan penubuhan sebuah Jawatankuasa Khas Bebas untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai kewujudan berterusan darurat besar yang mengancam keselamatan, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam dalam persekutuan berikutan pandemik Covid-19.
Bagaimanapun, tiada perincian dinyatakan berhubung jawatankuasa itu termasuk keahliannya.
Selain itu, juga dijelaskan peruntukan ordinan berkenaan mengatasi peruntukan undang-undang bertulis yang lain sekiranya terdapat sebarang percanggahan atau ketidakselarasan di antara peruntukan ordinan dengan mana-mana undang-undang bertulis lain.
19 November 2021 jam 03.00 pagi bersamaan hari Jumaat
Innalillahi wainna ilaihi rajioun , perginya anakanda yang disayangi Al Marhumah Hafizah @ Icik menghadap Tuhan Rabbul Alamin. Pemergiannya amat kami rasai , seisi keluarga amat bersedih dan menitiskan air mata walaupun kami sadari itu adalah Qada dan Qadar Allah Subhana hu wataala ajal dan maut itu didalam kekuasaan Nya. Semoga Roh nya sentiasa dicucuri rahmat berada bersama Roh para suhada dan solihen dan orang orang yang mendapat keampunan Nya. Allahhumagfirlaha warhamha waafiha wa'fuanha