Thursday, April 1, 2021

KAMPUNG RANGGU VOL .14

PKPD KG.RANGGU BATU 10 MUKIM BALUNG


Bermula 01 April hingga 14 April 2021 PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan) dikuatkuasakan dikawasan Kg.Ranggu Batu 10 berikutan penularan wabak Covid 19 dikawasan ini. Demi keselamatan dan menyekat kes ini menjadi tidak terkawal PKPD adalah satu kaedah bagi menyekat penularan wabak ini dikawasan kejiranan.

PKPD ini melibatkan kawasan kediaman kami sekeluarga , dengan penguatkuasaan PKPD ini ianya akan menjadi satu pengalaman kami dalam menyusuri kehidupan dengan SOP kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan.

Kawasan yang diperketatkan ialah bermula dari Bangunan Tadika Kemas Kg.Ranggu hingga ke Lorong Hj.Mada Jalan Mahmud dan dari Bangunan Tadika Kemas Kg.Ranggu hingga ke Lorong Batu Putih Kg.Ranggu. Kawasan yang diperketatkan penduduk akan mematuhi SOP PKPD yang sedia ada. Manakala kawasan yang tidak terlibat keadaan seperti biasa hanya jika ingin keluar ke bandar untuk keperluan harian terpaksa melalui sekatan jalan yang ada (SJR) dengan surat kebenaran keluar masuk dari pihak polis.



Sekatan Jalan Raya (SJR) bermula dari simpang Tadika Kemas Kg.Ranggu yang telah ditandakan pita kuning




Simpang Lorong Batu Putih Kg.Ranggu yang juga telah ditutup laluan nya.


Pada 2 April 2021 , Tawau telah diistiharkan Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP) bermula 3 April 2021 hingga 16 April 2021. PKP terpaksa dikuatkuasakan kerana bilangan positif Covid 19 semakin meningkat dan Majlis majlis kenduri kendara yang diadakan tidak mematuhi sepenuhnya SOP yang telah dikenalkan. Dengan peristiharan ini semua pergerakan di Tawau adalah terhad kepada 10km dari kawasan masing masing. 


Pada 2 April 2021 , Kerajaan Negeri Sabah membenarkan aktiviti masjid dan surau sepanjang bulan Ramadhan dengan SOP yang ditetapkan  Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

1. Solat berjemaah di Masjid dan Surau dibenarkan mengikut kapasiti Masjid dan Surau dengan penjarakan satu meter.

2.  Solat Tarawih juga dibenarkan dengan 8 rakaat serta bacaan ayat lazim dan pendek.

3. Aktiviti Jamuan Berbuka Puasa dan Sahur adalah Tidak dibenarkan. 

4.   Tazkirah tidak dibenarkan manakala moreh dibenarkan dengan makanan bungkus sahaja.


13 April 2021 , PKPD di empat lokaliti di Tawau Sabah dilanjutkan termasuklah PKPD Kampung Ranggu Batu 10 , Mukim Balung.

KKM telah melaksanakan 265 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak 66 kes positif Covid-19 telah direkodkan. KKM mengesahkan terdapat 122 baki sampel saringan yang sedang menunggu keputusan dan penularan jangkitan Covid-19 masih berlaku dilokaliti ini.

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM , Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPD di Kampung Ranggu Batu 10 , Mukim Balung Tawau Sabah bermula 15 April 2021 hingga 28 April 2021.


Penamatan Tempuh PKPD Kampung Ranggu Batu 10 telah dimuktamadkan pada 28 April 2021. Adalah diharapkan penduduk Kampung Ranggu mengambil iktibar bahawa betapa seriusnya pihak kerajaan berusaha untuk membenteras merebaknya virus covid-19 dikalangan penduduk kampung. PKPD adalah suatu kaedah bagi menyekat pergerakan penduduk yang berkemungkinan bakal menyibarkan virus tersebut kepada orang lain. Syukur Alhamdulillah , dengan kerjasama penduduk kampung dan menjaga SOP PKPD tempuh  yang dikenakan tidak lagi dilanjutkan.



Kawasan SJR yang digunakan telah dibersihkan dengan pengguna jalanraya menggunakan Jalanraya tersebut seperti biasa. Sentiasa lah kita berfikiran positif dan menghormati arahan SOP yang telah disediakan demi mengekang dan membenteras virus covid-19 ini dari mengganggu kehidupan harian kita.