Saturday, October 17, 2009

#PAU2009





CADANGAN PINDAAN PERLEMBAGAAN UMNO

Antara tujuan perhimpunan ini bagi membincangkan cadangan pindaan kepada perlembagaan parti yang diumumkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak. Mesyuarat Agung Khas bagi membincangkan cadangan pindaan itu akan diadakan terlebih dahulu. Draf cadangan pindaan Perlembagaan Umno itu sudah hampir siap Penambahan jumlah perwakilan kepada 146,500 anggota bagi pemilihan pimpinan tertinggi Umno dan barisan pemimpin peringkat bahagian. Melalui usul pindaan ini juga, semua ketua sayap parti peringkat cawangan dicadangkan menjadi perwakilan secara automatik.

Enam lagi usul pindaan yang dicadangkan ialah:

1. Memperkenalkan sistem pendaftaran menggantikan sistem kuota pencalonan.(Syarat minimum untuk menjadi calon akan ditetapkan oleh Majlis Tertinggi Umno);

2. Pelantikan wakil Pergerakan Wanita untuk mengisi kerusi jawatankuasa peringkat cawangan, bahagian dan MT; (Pindaan ini menjadikan jumlah anggota yang dilantik bertambah, iaitu bagi MT daripada 12 kepada 13 orang, anggota jawatankuasa peringkat bahagian daripada tujuh kepada lapan orang, dan jawatankuasa cawangan daripada lima kepada enam orang);

3. Pemilihan bagi peringkat bahagian dan pucuk pimpinan tertinggi akan diadakan secara serentak, dan dengan itu sebuah Jawatankuasa Pemilihan Umno akan ditubuhkan untuk menyelia dari segi logistik dan kos. (Anggota jawatankuasa akan dilantik Presiden parti);

4. Penghapusan yuran tahunan keahlian dan digantikan dengan yuran seumur hidup;

5. Memberi mandat kepada ketua-ketua Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri peringkat cawangan untuk mengesahkan keahlian baru; dan

6. Mengiktiraf setiausaha bahagian sebagai perwakilan ke Perhimpunan Agung Umno secara automatik.

Pada 27 Jun 2009, mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mencadangkan pindaan perlembagaan Umno untuk membenarkan 60,000 perwakilan mengundi pada pemilihan parti itu berbanding 2,600 perwakilan yang diamalkan sekarang adalah cara terbaik bagi membendung amalan rasuah.

Berikut adalah atur cara sempena Persidangan Perhimpunan Agung UMNO 2009 yang akan berlangsung selama empat hari bermula pada 13 hingga 16 Oktober 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.


13 Okt 2009 ( Selasa )

9.00 pagi : Pendaftaran Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri

3.00 petang : Majlis Taklimat Presiden

8.00 malam : Majlis perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri

14 Okt 2009 ( Rabu )

8.30 pagi : Perhimpunan Agung Tahunan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri

9.00 pagi : Pendaftaran Perwakilan Bahagian

8.00 malam : Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi

15 Okt 2009 ( Khamis )

9.00 pagi : Upacara Menaikkan Bendera UMNO

9.30 pagi : Majlis Perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2009

11.00 pagi : Persidangan Perhimpunan Agung Khas (Pindaan Perlembagaan)

8.00 malam : Majlis Jamuan Perhimpunan Agung UMNO

16 Okt 2009 ( Jumaat )

8.30 pagi : Persidangan Perhimpunan Agung Khas


Pemendekan masa selama empat hari dibuat memandangkan ia adalah persidangan Perhimpunan Agung UMNO 2009 yang khas diadakan bagi meminda Perlembagaan UMNO.



13 Oktober 2009 @ 3.00 petang , Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra , Kuala Lumpur - Majlis Taklimat Presiden yang dihadiri semua Ahli Majlis Tertinggi , Ketua Bahagian , Timbalan Ketua Bahagia , Naib Ketua Bahagian , Ketua Sayap Wanita , Pemuda dan Puteri.



13 Oktober 2009 , Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra , Kuala Lumpur - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pindaan yang dicadangkan terhadap perlembagaan UMNO boleh menghapuskan politik wang dalam parti itu selain dapat mengawal tingkah laku ahli UMNO supaya menjadi lebih baik.
Menurut Perdana Menteri, bilangan anggota yang akan diberikan hak memilih kepimpinan UMNO kelak adalah terlalu besar untuk cuba dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu.
"Kalau ada cubaan pun (mengamalkan politik wang), sudah tentulah dapat dikesan kerana jumlah (mereka yang akan menentukan kepimpinan UMNO) terlalu besar.
"Kalau (perwakilan) 2,500 orang, (pemilihan) boleh dibuat dalam gelap," kata Najib yang juga Presiden UMNO pada sidang akhbar selepas menyampaikan amanat kepada anggota perwakilan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.
Turut hadir ialah Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.




Beberapa pesanan yang dibuat oleh DS Najib Razak di majlis taklimat presiden di perhimpunan agung umno di PWTC semalam seharusnya menyentak ahli-ahli parti itu dari sebarang lamuman. Tinggalkan S Class dan kereta-kereta mewah bila masuk kampong, kata presiden parti itu. Buat adjustment atau penyesuaian dalam gerak kerja dan tingkah laku, katanya sebagai nasihat kepada perwakilan yang hadir. Seorang perwakilan memberitahu saya DS Najib benar-benar bersemangat dalam penyampaiannya. Tak perlu teks ucapan. Katanya lagi, dah banyak tahun dia tak dengar ucapan macam semalam. "Kami semua ketawa berdekah-dekah. Tetapi, kami juga tahu bahawa jenaka yang disampaikan oleh DS Najib mempunyai sindirian yang halus dan tajam." Najib juga mengajak perwakilan dan ahli Umno untuk membuang fikiran2 lapuk dan memasukikan lebih unsur ilmuan dalam pentadbiran parti. Seorang perwakilan memberitahu saya: " DS Najib cakap fasal tukang kebun jadi ketua cawangan. Dia bukan pandang rendah pada tukang kebun. Mungkin tukang kebun itu banyak jasa dan berkhidmat dengan baik dan ikhlas. Tetapi tak salah kalau Umno juga membawa masuk lebih ramai mereka yang cerdik pandai, yang berkaliber." Budaya cantas mencantas dan 'blocking' adalah antara pe'el orang Umno yang perlu dikikis, kata DS Najib. 



13 Oktober 2009 @ 8.00 malam , Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra , Kuala Lumpur -Tan Sri Muhyiddin Yasin bersama (dari kiri) Khairy, Shahrizat, Tengku Adnan dan Rosnah menunjukkan isyarat 1Malaysia selepas majlis perasmian serentak Perhimpunan Agung Tahunan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di PWTC malam tadi.

KUALA LUMPUR - Proses pembugaran semula adalah kunci kekuatan kepada UMNO untuk menghadapi cabaran semasa dan akan datang bagi memastikan parti itu tetap relevan.

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, untuk mencapai tuntutan itu, seluruh warga UMNO perlu membuktikan kesediaan mereka untuk melakukan perubahan.

"Perubahan dan relevan kedua-duanya saling berkaitan ibarat roh dan jasad, ibarat aur dengan tebing yang menyokong dan memperkuat antara satu sama lain.

"UMNO perlu terus menjadi relevan dengan mewakili suara orang Melayu, Bumiputera dan rakyat keseluruhannya," katanya ketika berucap merasmikan secara serentak perhimpunan agung pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam tadi.

Menurutnya, Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu menjadi bukti generasi muda masih belum menghayati perjuangan UMNO sepenuhnya manakala UMNO pula tidak dilihat memenuhi aspirasi generasi baru sebaliknya mereka melihatnya sebagai parti eksklusif yang semakin renggang daripada massa.

Tambah beliau, perubahan pucuk pimpinan parti, kesediaan untuk meminda perlembagaan dan semangat kental pimpinan baru ketiga-tiga sayap juga adalah petanda bahawa UMNO sedang menuju kembali ke puncak kegemilangannya.



UCAPAN TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN, TIMBALAN PRESIDEN UMNO DI MAJLIS PERASMIAN SERENTAK PERSIDANGAN PERWAKILAN WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO 2009 MENGGALAS TUNTUTAN PERUBAHAN

Saudara-saudari sidang perwakilan dan pemerhati sekalian,

1. Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah izin dan kurnia-Nya kita sekali lagi dapat berhimpun di Dewan Merdeka pada malam ini untuk menyempurnakan Perasmian Serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri 2009.

2. Saya berdiri di sini di hadapan saudara dan saudari dengan perasaan bangga atas kemenangan besar Umno dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua pejuang Umno dan Barisan Nasional (BN) yang telah menyumbangkan khidmat bakti bagi memastikan kemenangan kita.
Kalau tidak pohon berangan
Tidak puyuh ke Tasik Chini
Kalau tidak kerana perjuangan
Tidak kita berkumpul di sini.

Jiwa Baru Umno

2. Pertemuan kita kali ini membawa pengertian besar bagi parti Umno yang sedang menakhoda zaman. Umno baru sahaja melalui perubahan besar dalam sejarah kepimpinannya. Untuk sekian kalinya kita menyaksikan kepimpinan baru pada semua peringkat – dari Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri. Tahniah saya ucapkan kepada barisan kepimpinan Umno yang baru, khususnya kepimpinan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri yang berada di sini pada malam ini.

3. Apa yang menarik ialah YAB Presiden dan saya sendiri lahir dari madrasah pemuda Umno. Ketiga-tiga Naib Presiden juga lahir daripada madrasah yang sama. Ketua Wanita lahir dari proses kematangan dan kepimpinan dalaman wanita. Demikianlah juga ketua pemuda dan ketua puteri lahir daripada tarbiah kepimpinan pemuda dan Puteri. Saya amat berbangga bahawa di hadapan saya pada malam ini adalah terdiri dari barisan kepimpinan masa depan Umno yang di dalam genggaman tangan saudara saudari sekalian yang akan mencorak nasib dan masa depan agama, bangsa dan tanah air.

4. Saudara saudarilah yang sebenarnya mewakili jiwa baru Umno bagi menggalas cabaran dan tuntutan perubahan di tengah-tengah landskap politik negara yang baru. Jiwa baru yang mewakili setiap suara orang Melayu, Bumiputera dan rakyat Malaysia. Jiwa baru yang dibina dengan idealisme perjuangan dan setia menjadi ahli parti. Jiwa baru yang bersedia dan berani melakukan perubahan. Inilah gelombang perubahan Umno.

5. Saya yakin UMNO mahu berubah. UMNO telah mula berubah. Dan UMNO akan terus membuat perubahan untuk kebaikan. Sebagai sebuah parti yang lahir dari suara Melayu dan yang mendapat dokongan rakyat, UMNO pasti akan melakukan perubahan untuk mencapai kebaikan. UMNO tidak tertegak sebagai parti yang statik, jumud dan beku ketika zaman sedang berubah dengan pantas. Sejarah membuktikan UMNO adalah parti yang sentiasa menjana kekuatan, melakukan penyesuaian dan sentiasa membentuk kepemimpinan pelapis sebagai sebahagian daripada proses perubahan. Yang patah pasti tumbuh, yang hilang akan berganti.

6. Inilah sebenarnya yang menjadikan UMNO parti yang dinamis, berubah mengikut masa, dan membuat penyesuaian mengikut keperluan dan tuntutan zaman. Kita sedar tanpa kesediaan untuk berubah, UMNO akan diubah. UMNO mengambil serius tuntutan ke arah perubahan ini kerana proses pembugaran semula adalah kunci kekuatan UMNO masa kini bagi menghadapi cabaran semasa dan akan datang. Maka haluan besar tuntutan untuk semua warga UMNO adalah untuk membuktikan bahawa kita bersedia melakukan
PERUBAHAN!
Dan memastikan bahawa UMNO tetap
RELEVAN!

7. Perubahan dan Relevan — kedua-duanya saling berkaitan, ibarat ruh dan jasad, ibarat aur dan tebing, yang satu menyokong yang lain, yang satu memperkuat yang lain. Tidak ada ertinya sekiranya kita hanya mampu berubah tetapi tidak menjadikan UMNO relevan dengan putaran masa. Justeru, UMNO perlu menjadi relevan memahami suara, bahasa, gaya dan nuansa politik baru. UMNO perlu menjadi relevan dalam dunia terbuka tanpa sempadan dan di tengah-tengah ledakan maklumat dan ilmu. UMNO perlu terus menjadi relevan dengan mewakili suara orang Melayu, Bumiputera dan rakyat keseluruhannya.
Mendepani Cabaran

Saudara dan saudari sekalian,

8. Parti kita pada saat ini sedang diuji dengan cabaran dan tentangan yang getir. Apa yang dikatakan tsunami politik sewaktu Pilihan Raya Umum 2008 bagai menghasilkan musibah berupa trauma yang masih terbekas di sanubari kita. Bagi kebanyakan orang, trauma ini masih belum kebah.

9. Dalam suasana segetir ini, kita seolah-olahnya sedang berada di pinggiran tebing yang curam. Di hadapan kita lurah yang dalam, sementara di belakang kita gunung-ganang dan cerunam yang tinggi. Dalam keadaan sedemikian, kita sebenarnya tiada pilihan. Jika kita terus berarak ke tebing, kita akan tersungkur ke lurah dan rebah buat selama-lamanya. Kita berada di persimpangan bagaikan dalam nestapa zaman gila seperti yang disebut oleh pujangga Ronggowarsito dalam syairnya “Jaman Edan”:
Mengalami jaman edan (zaman gila),
Sulit rumit dalam bertindak,
Ikut gila tak sampai hati,
Jika tak ikut – larut,
Bakal tak dapat rezeki,
Kelaparanlah akhirnya,
Namun sudah takdir kehendak Allah,
Lebih mujur bagi yang ingat (pada Tuhan)
Dan tetap waspada


10. Gambaran zaman edan turut dapat dirasakan hari ini apabila rakyat dihidangkan dengan fitnah dan pembohongan sehingga kekeliruan dan kepalsuan menjadi kebiasaan. Khabar angin, provokasi, cerita palsu, berita sensasi sengaja direka untuk membangkitkan rasa benci terhadap musuh. Masyarakat sukar untuk membezakan antara kebenaran dan kepalsuan, antara kebaikan dan kemungkaran. Akhirnya, yang benar menjadi palsu, yang palsu menjadi benar. Yang ma’ruf menjadi mungkar, yang mungkar menjadi ma’ruf. Yang adil menjadi zalim, yang zalim menjadi adil. Yang hak menjadi batil, yang batil menjadi hak. Ini adalah hasil tangan-tangan mereka yang melakukan kerosakan atas nama kebebasan, kesaksamaan, keadilan dan juga atas nama agama. Matlamat menghalalkan cara, walaupun taruhannya sebuah bangsa dan negara. Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Baqarah, ayat 11-12:
Yang bermaksud: “Dan apabila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan. Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya”.
(Al-Baqarah: 11-12)
Golongan yang membuat bencana dan kerosakan ini menjadi angkuh dan sombong ketika tuhan menguji mereka dengan sedikit kuasa. Lalu mereka berarak di jalan-jalan raya konon menunjuk jaguh kuasa, mereka menentang suara demokrasi konon kuasa rakyat bersama mereka, mereka mengherdik kehakiman Negara konon dikasi oleh adikuasa, mereka membentak polis konon dikawal kuasa mereka malah mereka menyanggah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bila keputusan-keputusan tidak berpihak pada mereka. Mereka alpa dengan peringatan Allah agar tidak memecah belahkan umat, agar tidak menabur fitnah, agar tidak menghina dan mencaci sesama manusia. Mereka berasa tidak berdosa ketika kononnya bercakap tentang keadilan dan keIslaman, tetapi terus menggugat dan meruntuhkan nilai keIslaman mereka.

11. Oleh yang demikian, hayatilah peringatan sejarawan Islam Ibn Khaldun dalam karyanya Muqaddimah. Dalam kitaran sejarah, kejatuhan sesuatu bangsa itu bermula dengan menularnya sikap mementingkan diri serta lunturnya semangat kesepaduan di kalangan generasi terkemudian. Mereka lupa bahawa kemakmuran yang mereka kecapi adalah hasil daripada perjuangan, pengorbanan dan kesatuan hati generasi terdahulu dalam membangun jiwa dan mengangkat maruah bangsanya. Pertelagahan dan perbalahan sesama sendiri menjadi lumrah apabila nafsu serakah terhadap kuasa dan harta bermaharajalela. Apabila sikap ini sudah menular dan tidak dapat dibendung lagi, bangsa ini akan rebah.

12. Melihat ke dalam masalah ini, kita mesti berfikir sejenak, bermuhasabah diri, membetulkan langkah, membulatkan tekad, mempertautkan hati dan bersama-sama mara mendaki ke puncak. Kita mesti belajar dari pengalaman lalu dan memperbetulkan diri. Dengan berbekalkan sejarah dan tradisi kita memperkukuhkan keyakinan, dengan berbekalkan semangat dan iltizam kita melangkah ke hadapan, dengan berbekalkan sumpah keramat penubuhan parti, kita membela agama, bangsa dan negara.

13. Sesungguhnya, masa berlalu dan pemimpin silih berganti. Namun persetiaan untuk menggalas perjuangan luhur UMNO membela agama, bangsa dan tanah air demi kesejahteraan rakyat mesti ditunaikan.
Tegak kita pada yang hak
Duduk kita pada yang elok
Membela rakyat tahan dikerat
Membela bangsa tahan binasa


14. Tradisi perjuangan kita membela bangsa tidak pernah padam meskipun terpaksa berhempas pulas dalam gelombang sistem politik demokrasi. Kita sedar demokrasi tidak mengenal rekod pencapaian dan sejarah perjuangan silam. Sebuah parti yang banyak berjasa dan gah berkuasa sekalipun boleh rebah sekiranya tidak lagi diterima oleh rakyat.
15. Sejarah parti-parti kemerdekaan di Negara-negara serantau banyak memberi pengajaran dan keinsafan. Parti Golkar di Indonesia tidak lagi sekental dulu. Parti Nacionalista di Filipina telah lama tumpas. Yang paling mutakhir tumbang ialah Parti Liberal Demokratik (LDP) di Jepun yang telah banyak berjasa membangunkan semula negara Jepun selepas Perang Dunia Kedua.

16. Apakah yang menyebabkan parti-parti ini kecundang? Apakah jasa dan bakti parti-parti ini kepada pembangunan, kemajuan dan kemakmuran negara masing-masing tidak lagi dikenang oleh rakyat? Apakah rakyat mempunyai kehendak dan aspirasi yang berbeza daripada apa yang mampu ditawarkan oleh parti-parti ini? Atau apakah parti-parti ini menjadi angkuh dan pemimpinnya tamak oleh kerana terlalu lama berkuasa?

17. Tidak dapat dinafikan bahawa sejarah perjuangan UMNO telah berjaya melakukan transformasi sosio-ekonomi yang besar di kalangan orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia amnya sehingga muncul generasi baru kelas menengah yang penuh dengan idealisme baru dan tuntutan baru. Pemimpin UMNO pula tidak pernah lupa dari mendambakan diri kepada rakyat. Persoalannya kini ialah apakah UMNO bersedia untuk mengisi pengharapan baru rakyat hari ini yang tentunya lebih tinggi berbanding ketika UMNO ditubuhkan dahulu.

18. Saya tetap yakin dan percaya, seperti Parti Kongres di India dan Parti Kuomintang di Taiwan yang pernah tewas, tetapi bangkit semula dengan citra politik yang baru, maka UMNO dan BN juga akan bangkit semula dan mengulangi kegemilangannya. UMNO mampu menempuh cabaran ini dan memenuhi harapan baru. Ini kerana UMNO adalah parti yang pragmatik dan pantas membaca keadaan serta berani membuat perubahan.
Haluan Perubahan

Saudara dan saudari sekalian,

19. Alhamdulillah, UMNO/BN masih kekal memerintah, meskipun kita gagal mengekalkan majoriti dua pertiga di Parlimen, dan tewas di beberapa buah negeri. Peristiwa ini janganlah melunturkan daya juang kita. Kita pernah melalui babak-babak tragis dan jatuh bangun dalam perjuangan. Namun setiap kali kita melaluinya kita menjadi semakin kental dan berpantang maut sebelum ajal. Justeru, saudara saudari sekalian, marilah kita bingkas bangun segera merapatkan saf, bermula dengan wahdatul fikr (kesatuan minda), dihayati dengan wahdatul qalb (kesatuan hati), bergerak dengan wahdatul amal (kesatuan amal), dan menuju wahdatul hadaf (kesatuan matlamat) untuk melakukan perubahan dan pembaharuan demi kelangsungan perjuangan parti.
Firman Allah dalam Surah Al-Shof, Ayat 4:
“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh”

20. Peringatan Allah ini mengingatkan kita untuk menjadi parti yang sentiasa kukuh dan mantap, bergerak sederap dan senafas, setia memikul amanah, sedia menurut perintah, meletakkan matlamat perjuangan parti mengatasi kepentingan amarah diri. Oleh itu marilah kita bersetia menterjemahkan amanat YAB Presiden agar tidak ada lagi di antara kita yang menjadi batu-api, batu ronson, kaki-cucuk, talam dua muka, pepat di luar, rencong di dalam, dan si Kitol yang lidah bercabang, langkah menyilang. Tidak ada lagi perpecahan dalaman, tidak ada lagi team A-team B seperti dulu, tidak ada lagi gerakan jatuh menjatuhkan pemimpin, tidak ada lagi budaya ugut-mengugut, dan tidak ada lagi perebutan kuasa sehingga parti menjadi mangsa. Yang ada hanya satu wadah, satu pasukan, Satu UMNO!

21. Kesemuanya ini dapat kita laksanakan dengan menghayati empat rukun yang saya sebutkan tadi. Dengan terbinanya kesatuan minda, UMNO akan mempunyai visi perjuangan yang jelas. Dengan terjalinnya kesatuan hati, setiap daripada kita akan menjiwai erti perjuangan UMNO. Dengan terbentuknya kesatuan amal, kita bergerak dan bertindak di atas satu landasan dan satu pasukan. Dengan terpaterinya kesatuan matlamat, kita akan dapat mencapai tujuan perjuangan kita demi agama, bangsa dan tanah air.

Kesatuan Minda (Wahdatul Fikr)

22. Langkah pertama kita ke arah perubahan dan pembaharuan ialah kesatuan minda kita untuk memahami, menghayati dan mendalami aspirasi rakyat dan orang Melayu. Kita perlu membebaskan minda dan sikap kita daripada penjara pemikiran yang lapuk, la’ih dan sukar berubah yang menyimpang daripada perjuangan kita yang sebenar. Kita mesti menerima hakikat bahawa landskap politik negara sudah berubah, nilai dan budaya politik masyarakat Melayu sendiri juga sudah berubah.

23. Kita perlu menggarap pemikiran baru tentang demokrasi yang merangkumi konsep penghakupayaan (empowerment), politik penyertaan (participatory politics) dan tadbir urus negara yang baik (good governance). Pemikiran baru ini perlu dibina dan digembleng tanpa mengorbankan matlamat asal perjuangan UMNO. Prinsip perjuangan UMNO, iaitu berjuang demi agama, bangsa dan negara adalah tetap luhur dan relevan. Kita tidak perlu apologetik dalam soal ini. Tetapi, dalam suasana pemikiran politik yang telah berubah, maka ia perlu disampaikan, diterangkan dan diwar-warkan dengan cara yang yang lebih jelas dan agresif.

Kesatuan Hati (Wahdatul Qalb)

24. Dengan menjalin kesatuan hati, kita hayati nilai politik luhur yang disanjungi oleh rakyat. Rakyat dan orang Melayu hari ini menyanjung tinggi pemimpin yang ikhlas berbakti; mendahulukan kepentingan rakyat daripada kepentingan peribadi; sentiasa menunaikan janji; telus, adil, amanah dan bertanggungjawab apabila bertindak; dan sentiasa memahami denyut nadi rakyat. Dengan menghayati nilai-nilai luhur ini, saya yakin UMNO akan sentiasa dekat di hati rakyat.

25. Apabila kita berbakti, pastikan bakti yang dicurahkan, khidmat yang disampaikan dan bantuan yang dihulurkan benar-benar menyentuh hati rakyat. Ini bermakna kita mesti sentiasa bersatu hati untuk bersama-sama mencurahkan bakti kepada rakyat yang benar-benar memerlukan. Kita mesti sentiasa bersetia dalam wadah UMNO untuk membantu rakyat tanpa mengira pangkat dan kedudukan. Kita mesti sentiasa bersedia untuk berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira masa dan tempat.

26. Kunci kepada khidmat bakti yang menyentuh hati rakyat ialah keikhlasan hati. Curahan bakti yang dilakukan dengan penuh kesungguhan atas rasa kasih sesama insan akan memancarkan rasa ikhlas di hati sanubari kita. Sesungguhnya, masyarakat boleh menilai setiap khidmat atau sumbangan yang disampaikan. Walau sekecil mana pun sumbangan itu, sekiranya dilakukan dengan niat yang suci, pasti akan dihargai.
Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Sesungguhnya amal perbuatan itu tergantung kepada niatnya, dan seseorang akan memperoleh apa yang diniatkannya”

Kesatuan Amal (Wahdatul Amal)

27. Dengan memperteguh kesatuan amal, kita rangka dan laksanakan pendekatan yang lebih mesra rakyat untuk memenangi hati dan perasaan mereka, terutama sekali golongan muda. Kita tampilkan wahana komunikasi politik yang lebih berkesan untuk mendekati rakyat. Wahana baru yang telahpun kita gunakan ialah media baru dan asas rangkaian sosial yang bersifat interaktif. Kita manfaatkan wahana ini bukan sahaja untuk berinteraksi tetapi untuk menampilkan idealisme, pemikiran, nilai, budaya dan jiwa UMNO yang baru.

28. Program mendekati masyarakat mesti diperhebatkan supaya kita benar-benar dapat merasai denyut nadi mereka. Jadilah mata, telinga dan suara hati masyarakat. Fahami permasalahan masyarakat dan bantulah mereka mencari jalan penyelesaian. Sentiasalah turun padang agar kehadiran kita dirasai, diri kita mudah didekati. Sentiasalah berada bersama masyarakat dan bersedia untuk membantu mereka. Ini adalah terjemahan tradisi perjuangan kita membela rakyat.

29. Untuk itu, kita mesti perkukuhkan asas kekuatan UMNO iaitu ahli dan organisasinya. Kedua-dua modal politik ini mesti terus diperkasa dan disiapsiagakan untuk menggalas perjuangan parti. Kita persiapkan ahli-ahli UMNO dengan ilmu dan kemahiran politik yang mantap melalui program pendidikan dan latihan sepanjang hayat. Dengan melaksanakan program tarbiah siasah ini kita pastikan ahli-ahli UMNO menghayati erti perjuangan UMNO dan erti menjadi pejuang UMNO yang sejati.

30. Kita persiapkan organisasi UMNO untuk memacu gelombang perubahan. Pindaan perlembagaan yang akan dibentangkan esok bakal membuka jalan kepada proses transformasi sistem politik UMNO yang lebih demokratik dan inklusif. Peremajaan parti menerusi penyertaan pimpinan muda dan wanita yang lebih ramai di semua peringkat akan menyuntik semangat perjuangan yang lebih bertenaga dan segar. UMNO adalah sebuah parti dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat. 

Kesatuan Matlamat (Wahdatul Hadaf)

31. Dengan membulatkan kesatuan matlamat, kita jayakan hijrah jiwa dan sikap. Kita lahirkan para pejuang UMNO yang kukuh imannya kepada Allah s.w.t, yang utuh nilai moral dan etikanya, yang mengutamakan hubungan sesama manusia dan yang memahami realiti semasa. InsyaAllah, dengan melakukan hijrah jiwa ini, yang akan terpancar daripada diri peribadi para pejuang UMNO ialah sifat-sifat terpuji seperti yang dimiliki oleh Rasulullah s.a.w. Para pejuang kita akan sentiasa berani menyatakan kebenaran (siddiq), bukan dusta, sentiasa amanah (amanah), bukan curang, sentiasa menyampaikan seruan kebenaran (tabligh), bukan menyembunyikannya, dan sentiasa berfikiran cerdas (fatanah), bukan dungu.

32. Sebaiknya kita melakukan hijrah jiwa dan sikap dengan menghayati semangat hijrah Rasulullah S.A.W. Baginda Rasulullah S.A.W berhadapan dengan suasana yang amat getir sebelum berhijrah ke kota Madinah. Baginda dicaci, dihina, dicerca, diherdik malah disakiti oleh para musyrikin dan pemuka Arab jahiliyyah. Namun kecekalan baginda mengharungi keperitan perjuangan berbekalkan kekuatan iman melakar titik perubahan besar dalam sejarah kebangkitan Islam. Islam yang mulanya sukar diterima oleh masyarakat Arab jahiliyyah, telah bertapak di bumi Madinah dan kemudiannya tersebar ke seluruh pelusuk dunia.

33. Saya ingin mengajak seluruh warga UMNO untuk merencana hala tuju perubahan dengan wahdatul fikr; menjiwai keikhlasan perjuangan dengan wahdatul qalb; mendekati rakyat dengan wahdatul amal; dan bergerak sederap selangkah untuk mencapai kegemilangan UMNO dengan wahdatul hadaf. Sekiranya kita dapat menghayati dan melaksanakan keempat-empat rukun ini, kita pasti akan melahirkan generasi pemimpin Ulul Albab yang teguh imannya, tajam ilmunya dan berkat perjuangannya.

Peranan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri

Saudara dan saudari,

34. Saya amat bertuah kerana berpeluang untuk bersama dengan saudara saudari hari ini. Saya yakin di hadapan saya adalah wira dan wirawati UMNO yang akan menyusuri arus perubahan. Ketiga-tiga sayap ini adalan wadah penting untuk melahirkan pemimpin Melayu yang kental, tangkas, berani dan berjiwa besar dalam menggerak panji-panji perjuangan agama, bangsa dan negara.

35. Pergerakan Wanita sentiasa berdiri kukuh dalam setiap episod perjuangan parti. Ahli-ahli Pergerakan Wanita adalah penggerak parti yang sentiasa setia dengan perjuangan dan bersedia untuk berada di lapangan pada setiap waktu ketika tenaga dan bakti mereka diperlukan. 

Syabas saya ucapkan kepada Pergerakan Wanita.

36. Kita berharap agar Pergerakan Wanita di bawah kepimpinan YB Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan terus perkasa dan menjadi cerminan kepada usaha kita untuk mengangkat martabat kaum wanita di negara ini. Justeru, menjadi harapan kita agar lebih ramai pemimpin Pergerakan Wanita terlibat secara aktif dalam proses membuat keputusan parti, samada melalui Pergerakan Wanita atau Majlis Tertinggi. Biarlah parti kita menjadi contoh teladan sebagai sebuah institusi yang benar-benar serius dalam menghargai dan mengiktiraf sumbangan golongan wanita kepada pembangunan bangsa dan negara.

37. Begitu juga dengan Pergerakan Pemuda. Semangat daya juang tinggi yang dizahirkan semasa siri-siri pilihan raya kecil membuktikan jiwa Pemuda UMNO masih kuat mendaulatkan perjuangan parti. Syabas Pergerakan Pemuda. Manakala Puteri UMNO pula tetap setia berada di mana jua meskipun di tengah-tengah cabaran pembangkang. Syabas Puteri UMNO.

38. Kedua-dua sayap UMNO ini -Pemuda dan Puteri— berada di barisan hadapan perjuangan parti dan menjadi cerminan kepada citra politik masa depan. Amanah besar yang digalas oleh Pergerakan Pemuda dan Puteri di bawah kepimpinan YB Saudara Khairy Jamaluddin dan YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin ialah untuk meraih semula sokongan generasi muda melalui pemugaran idealisme perjuangan parti.

39. Generasi muda pada hari ini adalah generasi yang mengutamakan cetusan akal, bukan letusan emosi. Justeru, tidak ada jalan pintas bagi kita untuk menyantuni generasi muda melainkan kita dapat meyakinkan mereka dengan asas-asas perjuangan kita secara tuntas dan rasional. Untuk itu, Pergerakan Pemuda dan Puteri perlu bangkit sebagai satu wadah pemimpin muda Melayu yang petah dan tangkas untuk mengenengahkan citra perjuangan UMNO.

40. Hari ini meskipun kita mulai menyaksikan kebangkitan semangat Wanita, Pemuda dan Puteri untuk memperkasa perjuangan parti, namun semangat ini perlu dikentalkan lagi. Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri mesti mara ke hadapan sebagai satu pasukan yang mantap dan padu untuk memikul amanah perjuangan. Setialah kepada prinsip, satukanlah hati-hati, bulatkanlah tekad, bergeraklah dalam satu wadah menuju satu matlamat. Hindarilah kemilau harta dan permata yang melemahkan daya juang, jauhkanlah diri daripada perebutan kuasa yang membinasa, jadilah juru bicara hati nurani rakyat yang berkat.

41. Saudara dan saudari telah menyumbang bakti kepada parti dan orang Melayu, sentiasa berada di barisan hadapan mengarak panji-panji parti. Semua ini masih belum memadai sekiranya rakyat belum merasai. Pilihan raya ke-12 yang lalu menjadi bukti generasi muda yang masih belum menghayati perjuangan UMNO sepenuhnya. Manakala UMNO pula tidak dilihat memenuhi aspirasi generasi baru dengan pemikiran yang segar. UMNO dilihat sebagai parti eksklusif yang semakin renggang daripada massa. Gerak kerja parti dalam hal penambahan ahli dan pengundi baru pula kelihatan lesu. Inilah antara contoh-contoh cabaran yang belum ditangani.

Penunjuk Prestasi Utama Politik

42. Walaupun begitu, saya yakin kepimpinan ketiga-tiga sayap yang ada pada hari ini mampu untuk mendepani cabaran. Maka garaplah segala potensi, gilaplah kerohanian diri, tingkatkanlah ilmu, kuasailah kemahiran, manfaatkanlah kecerdasan minda dan perkukuhkanlah kualiti kepimpinan supaya UMNO kembali menjadi wadah perjuangan orang Melayu yang memberi harapan kepada segenap lapisan rakyat jelata. Bagi memastikan agar UMNO kembali menjadi parti yang memberi harapan baru, saya ingin mengajak ketiga-tiga sayap untuk menetapkan Penunjuk Prestasi Utama Politik, atau Political Key Performance Indicator iaitu menambah ahli baru, mendaftar pengundi baru dan membentuk jaringan dengan pertubuhan bukan kerajaan. Saya memberi tempoh masa dua tahun untuk saudara saudari mencapai sasaran. Kita sudah tidak ada masa. Gerakan ini mesti bermula sekarang.

Memacu Perubahan

Saudara dan saudari sekalian,

43. UMNO di bawah teraju YAB Presiden sudah memulakan langkah tegas untuk memacu perubahan, sekali gus memenangi semula hati dan jiwa rakyat. Kita sudah mengambil langkah untuk melakukan proses penilaian semula secara serius tentang cara dan kaedah mendepani rakyat. Kita juga sudah menjadikan kehendak, aspirasi dan keperluan rakyat sebagai teras komitmen kita. Kita mengutamakan rakyat. Rakyat kita dahulukan.

44. Maka itu semangat dan hala tuju baru ini mesti segera digarap dan digembeleng agar menjadi arus dan gelombang yang lebih besar, yang nantinya akan melonjakkan perjuangan parti kita ke mercu kejayaan dan kegemilangan. Namun begitu, saya ingin tegaskan bukan UMNO sahaja yang perlu berubah. Parti-parti komponen Barisan Nasional juga perlu berubah. Kita perlu bersedia untuk melakukan transformasi yang lebih mendalam termasuk mencapai muafakat baru dalam hubungan antara parti-parti Barisan Nasional. Muafakat baru ini mestilah berlandaskan kepada semangat penerimaan antara kaum dan penyanjungan terhadap kepelbagaian sebagai sumber kekuatan kita sebagaimana yang telah digariskan oleh YAB Presiden dalam gagasan 1Malaysia.

Saudara dan saudari sekalian,

45. Gema seruan perubahan dan pembaharuan ini mesti segera disahut dengan hati yang cekal dan dada yang terisi dengan obor perjuangan. Jadilah pendokong parti yang bersatu, bersetia dan berkhidmat.

46. Jadilah pemimpin sejati yang tinggi akal budi, suci jiwa rohani, berani menghadapi cabaran dan cekal memacu perubahan sepertimana yang digambarkan dalam ungkapan Melayu ini.
Memakai syarak lahir dan batin
Imannya tebal adat pun kental
Takwanya nampak ilmu pun banyak

Berdada lapang berfikiran panjang
Bermuka jernih berlidah fasih
Berpendirian kukuh berakal senonoh
Berpijak tidak berkisar
Bercakap tidak beralih
Beraninya menahan uji
Setianya tahan dicuba
Taatnya tahan dilipat


47. Hayatilah firman Allah s.w.t. mengenai kecekalan iman para pemuda al-Kahfi yang oleh kerana keimanannya itu, mereka ditambahi petunjuk oleh Allah S.W.T.
Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahi mereka dengan hidayat petunjuk
(al-Kahf: 13)

Penghargaan Kepada YAB Presiden

48. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih saya yang setulusnya kepada YAB Presiden yang kita hormati dan sanjungi, di atas sokongan dan kepercayaan beliau kepada saya untuk menjalankan tugas dan kewajipan sebagai Timbalan Presiden. Iltizam saya ialah untuk membantu YAB Presiden dalam menyusuri haluan perubahan yang telah digariskan.

49. YAB Presiden sebenarnya telah meletakkan penanda aras yang tinggi ketika beliau menyandang jawatan Timbalan Presiden. Justeru, bukan mudah bagi saya untuk mencapai penanda aras itu tanpa sokongan YAB Presiden dan saudara-saudari sekalian. YAB Presiden kita juga telah memacu perubahan dan pembaharuan di peringkat kerajaan, yang kini Alhamdulillah telah diterima baik oleh rakyat. Bukti terjemahan sokongan rakyat kepada UMNO ialah kemenangan besar kita dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang. Sebagai ahli UMNO, kita semua mesti menyambut semangat perubahan yang telah dimulakan oleh YAB Presiden di peringkat kerajaan sambil memacu gelombang perubahan di dalam parti.


1MALAYSIA Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan , Gagasan  1Malaysia  menurut  penjelasan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak: “Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita; Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan. Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama”.


Penutup

Saudara dan saudari,

50. Yakinlah, perubahan pucuk pimpinan parti, kesediaan untuk meminda perlembagaan dan semangat kental pimpinan baru ketiga-tiga sayap, adalah petanda bahawa UMNO sedang menuju ke ufuk kegemilangannya semula. Dari wajah saudara-saudari yang berada dalam dewan perhimpunan malam ini terpancar sebuah harapan baru bahawa UMNO akan bangun semula dengan lebih bersiap-siaga, lebih perkasa.

51. Marilah kita mempertautkan hati, memperkukuhkan tekad, memperteguhkan iltizam untuk menyemarakkan terus api perjuangan parti. Marilah kita rapatkan saf, gerakkan kesatuan minda, pertautkan kesatuan hati, dan laksanakan kesatuan amal bagi mencapai kesatuan matlamat. Ayuh kita jayakan cita-cita wadah ini. Sesungguhnya masa depan agama, bangsa, dan negara tercinta ini berada dalam genggaman tangan kita sekalian. Maka laksanakanlah semua ini dengan satu tekad perubahan agar UMNO tetap relevan sepanjang zaman. Marilah kita menggalas tuntutan perubahan.

52. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya merasmikan Persidangan Serentak Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2009.




UCAPAN DASAR KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR KETUA PERGERAKANPEMUDA UMNO MALAYSIA SEMPENA PERHIMPUNAN AGUNG PERGERAKANPEMUDA UMNO MALAYSIA 2009 8.30 PAGI, 14 OKTOBER, 2009 PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA 

“DI PERSIMPANGAN JALAN PERJUANGAN”


Yang Berbahagia Dato‘ Pengerusi Tetap,
Yang Berbahagia Timbalan Pengerusi Tetap,Wakil-wakil Majlis Tertinggi-
Yang Amat Berhormat Dato‘ Seri Dr
Zambry Abdul Kadir-
Yang Berhormat Dato‘ Sri Ismail Sabri Yaakob
-
Yang Berbahagia Dato‘ Abdul Azeez Abdul Rahim

Yang Berhormat Dato‘ Naib Ketua Pergerakan
Pemuda UMNO
Malaysia Ahli-ahli Jawatankuasa Pergerakan
Pemuda UMNO
Malaysia Ketua-ketua Pergerakan
Pemuda UMNO
NegeriPara Perwakilan dan Pemerhati 
Alhamdulillah, segala puji bagi Tuhan Penguasa Semesta Alam, keranadengan rahmat dan izin-Nya, Pergerakan Pemuda sekali lagi dapat berkumpul dipagi yang penuh keberkatan ini bagi menunaikan kewajipan kita sepertimana yangtermaktub dalam Perlembagaan Parti.
Bertepatan dengan suasana Syawal, saya dan seluruh kepimpinan Pemuda peringkat nasional dan negeri mengucapkan selamat menyambut Hari Raya dan memohon maaf zahir dan batin kepada semua pihak, sekiranya ada tersilap kataatau terlanjur laku. Atas itu, saya secara peribadinya, sekali lagi menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap selama ini.Sesungguhnya, inilah peluang dan ketika yang terbaik, untuk kita merapatkan saf,membuang yang keruh dan mengambil yang jernih, serta saling maaf-memaafi bagikita semua bergerak ke hadapan untuk berbakti pada nusa dan bangsa.
Banyak masa antara masa Tiada tandingan saatnya ini Jari disusun maaf dipinta Teguh ikatan seikhlas hati 

Pada majlis yang penuh mulia ini juga, izinkan saya mewakili seluruh ahliPergerakan
Pemuda , secara rasminya merakamkan ucapan setinggi-tinggi terimakasih kepada mantan Presiden, YABhg Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi serta bekas Ketua kita, YB Dato‘ Seri Hishammuddin Tun Hussein, atas jasa dan sumbangan mereka - bukan sahaja sebagai pemimpin dan payung bagi kita, namun juga selakuinsan berjiwa besar yang telah menyerahkan tampuk kedudukan kepada generasibaru. 

Kalau ada si bunga rampai
Kirimkan saya buat penyeri 
Jasa tuan tidak ternilai 
Seluruh alam menjadi saksi
mereka - bukan sahaja sebagai pemimpin dan payung bagi kita, namun juga selaku insan berjiwa besar yang telah menyerahkan tampuk kedudukan kepada generasi baru. 

Saudara Perwakilan Sekelian,


Kehadiran saudara pada hari ini pastinya dengan semangat dan komitmenyang jitukepada perjuangan parti. Sewajarnya, kita menginsafi bahawa kita, insan yang serba kerdil ini telah diberikan amanah dan tanggungjawab sebagai pemimpindan juga wakil di dewan yang mulia ini. Hadirnya jasad dan roh kita bukan atasnama individu dengan kepentingan diri sendiri. Hadirnya kita di sini adalah bernawaitukan kepada Allah SWT, bagi mendukung dan memperkasakan institusi UMNO serta Pemuda UMNO yang telah menjadi wadah pembangunan bangsa dannegara - yang berjaya merentasi pelbagai ombak dan badai rintangan dalammengharungi zaman dan sejarah.5. Komitmen dan istiqamah terhadap perjuangan ini sememangnya terpahatkukuh atas landasan dan asas agama. Kita diingatkan oleh Allah SWT tentangistiqamah dan pentingnya kita berpegang kepada tali agama dan perpaduan. 


Allah SWT juga berfirman dalam Surah Al Maidah, ayat 2:
“…dan hendaklah kamu bertolong
-tolongan untuk membuat kebajikan dan taqwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa dan pencerobohan dan bertaqwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah maha berat azab seksa- Nya.”


Sepanjang enam puluh tahun, Pergerakan Pemuda dihimpunkan dalam satu jemaah atas kesedaran ini. Allah SWT tidak menyatukan kita untuk melakukanperkara yang mungkar, membawa kerosakan dan kepincangan kepada bumi danbangsa. Kita disatu dan disepakatkan melalui proses politik untuk berbakti danmencurah amal kebajikan kepada umat dan watan kita, menyempurnakan satu ibadah


sebagaimana firman Allah SWT di dalam Surah Az Zariyat, ayat 56:
“Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada -Ku”


Tujuan kita berpolitik mestilah berpaksi kepada kesedaran murni ini. Inilahmedan dan ladang bagi kita menyemai amal dengan perjuangan duniawi melaluidimensi dan proses politik. Inilah jua makna dan sumber kemuliaan perjuangan kitadalam membela, mempertahan dan memajukan agama, bangsa dan tanahair.Sidang perwakilan yang saya hormati sekalian,8. Kita sebenarnya berada di persimpangan jalan yang cukup penting dalamperjuangan Pemuda UMNO . Pilihan yang kita ambil akan menentukan jatuh bangunparti menjelang cabaran paling besar dalam sejarah kita. Pilihanraya Umum ke-13


(PRU-13) adalah pertarungan survival bagi UMNO dan Barisan Nasional . Pakatan Pembangkang
akan cuba memberi pukulan maut kepada kita setelah berjaya menafikan majoriti dua pertiga di Parlimen dan menang di lima negeri pada pilihanraya yang lepas. UMNO dan BN hanya ada tiga tahun untuk membuktikankepada rakyat bahawa kita masih merupakan pemimpin dan pentadbir yang terbaik untuk negara – yang mampu memenuhi aspirasi rakyat.

Cabaran sekarang memerlukan kebijaksanaan untuk kita menguruspersekitaran politik yang jauh berbeza daripada kebiasaan sebelum ini. Kitaberhadapan dengan pengundi yang lebih berpendidikan dan terdedah kepada dunia.Mereka lebih mudah membuat perbandingan akan tahap pencapaian dan amalanpolitik diMalaysiadengan negaranegara lain. Ramai daripada kumpulan inimerupakan
generasi muda – hampir tujuh juta dari pengundi pada PRU-13 nantiterdiri daripada pengundi muda. Generasi ini tidak boleh dipaksa untuk menyokongkita dengan hujah bahawa mereka patut berterima kasih dan bersyukur kepada UMNO dan BN. Pendekatan tersebut mungkin boleh digunapakai dahulu tetapi bagi generasi muda sekarang mereka mahu tahu apa yang boleh UMNO dan BN laksanakan dan bukan apa yang telah serta pernah dilaksanakan.

Yang pasti, lanskap politik tanahair amat berlainan dengan aliran maklumatyang bebas samada melalui media masa atau media baru. Pemodenan negaradengan infrastruktur canggih seperti jalur lebar dan telekomunikasi mudah alihbukan hanya meningkatkan produktiviti ekonomi negara tetapi juga memberi kesankepada kesedaran dan kematangan politik rakyat.

Inilah persekitaran terkini –  lebih bebas, terbuka, muda, terdidik dankosmopolitan. Kaedah berpolitik di abad ke 21 ini menuntut kepada perubahansepertimana perubahan zaman yang telah berlaku. Persekitaran yang mencabar inidan masa yang teramat suntuk menuntut kita untuk bergerak sepanjang waktu,tanpa noktah, tanpa rehat kerana survival kita bergantung kepada keputusan PRU-13 nanti.

Atas kesedaran tersebut, walaupun baru enam bulan berlalu sejak pemilihanpimpinan Pemuda
dilangsungkan, Pergerakan Pemuda telah memulakan gerakkerja ke arah peremajaan dan pemulihan parti. Barisan Exco dan kepimpinan negeritelah bermukim di Khemah Kerja Perdana di Janda Baik pada bulan April yang lalu,lantas kita muncul seia sekata dengan satu hati dan satu misi.

Selari dengan cabaran politik kini, Pemuda telah mengambil pendekatanyang menyeluruh dengan menyusun barisan Exco dan Sekretariatnya agar menjadilebih responsif dan menjangkau kesemua segmen sasaran generasi muda . Inimeliputi rentasan geografi serta lapisan masyarakat seperti pekerja muda danprofesional muda di bandar dan di luar bandar, di bangku sekolah hingga keuniversiti dan kolej.

 Semua ini merupakan contoh bagaimana Pemuda akan bergerak bagimemenangi hati orang muda. Kita tidak boleh bergantung kepada retorik kosongpolitik. Jangan kita menjadi singa sarkas, yang mengaum tanpa sebab. Retorikmungkin mampu menarik liputan media buat seketika, tetapi untuk kita menariksokongan rakyat biarlah kita tertumpu kepada usaha yang betul-betul menyentuh nasib rakyat dan isu-isu kebajikan mereka seperti malapetaka, musibah, kemiskinan,keselamatan, kesihatan, pendidikan dan perumahan.

Generasi muda juga mengharapkan kepimpinan fikiran atau thoughtleadership dari Pemuda UMNO – dan saya cukup bangga sebab dalam beberapa ruang debat, pentas ceramah dan forum TV serta medan-medan lain,Pemuda berada di barisan hadapan mewakili UMNO dan BN 

Ada tanda-tanda awal menunjukkan keberkesanan pendekatan ini, denganpenerimaan orang muda terhadap UMNO dan BN kembali meningkat. Daripada datakeputusan pilihanraya kecil setakat ini, berkat usaha gigih saudara-saudara sekalian,di Manek Urai, sokongan orang muda telah meningkat di semua saluran manakala diBagan Pinang minggu lepas, ia semakin jelas dengan bukan sahaja peningkatanmalahan kemenangan BN . Siapa kata orang muda makin menjauhkan diri daripada perjuangan kita? Kemenangan kita baru-baru ini memberi semangat bahawa UMNO masih relevan dan mampu terus menjadi wadah perjuangan umat Melayu ,terutamanya generasi muda

Namun begitu, kita tidak boleh leka dan lalai. Anggaplah pencapaianpermulaan ini sebagai satu rangsangan. Bahawa dengan strategi yang tepat dangerakan yang menepati citarasa golongan belia, pengundi muda yang dikatakanbegitu sukar untuk ditawan, sebenarnya boleh dimenangi.
Pemuda UMNO dipertanggungjawabkan terhadap segmen ini, menarik sokongan mereka kepada
BN , kerana kitalah yang merupakan titik sentuhan utama mereka dengan parti.

Justeru,  Pemuda perlu melakukan transformasi generasi dalam pendekatankita. Menyedari keperluan ini, saya telah memperkenalkan Rukun Pemuda sebagai asas kepada transformasi kita. Lima rukun ini, iaitu bersatu, berprinsip, inklusif,relevan dan proaktif, menggariskan satu falsafah kerja yang baru serta meletakkan garis panduan kepada pergerakan kita untuk mencapai matlamat kemenangan sokongan generasi muda 

Bersatu bermaksud bahawa asas kekuatan kita adalah perpaduan dan gerakkerja berpasukan, membariskan semua ahli Pemuda dalam saf perjuangan yangkukuh. Berprinsip pula bermakna bahawa Pemuda tetap berpegang teguh kepadaperjuangan asas UMNO bagi menegak, mempertahan dan memartabatkan agama,bangsa dan tanah air. Inklusif pula bermakna aktiviti dan program kita menjangkauparti dan merentasi perbezaan agama dan bangsa. Relevan membawa maksudbahawa segala program, medium penyampaian, gaya bahasa dan saluran maklumathendaklah menepati citarasa golongan yang disasarkan. Akhir sekali, Proaktifmerupakan piawaian budaya kerja di mana segala perancangan dan tindakanhendaklah dibuat tanpa menunggu arahan terutama dalam hal ehwal kebajikanrakyat sebelum ia menjadi kronik hingga dieksploitasi oleh pembangkang .Saudara Perwakilan Sekalian,

Berlandaskan Rukun Pemuda inilah, kita akan menyahut semangat 1Malaysia yang mementingkan prestasi demi rakyat. Justeru, saya mencadangkan agar satu set penanda aras dibentuk untuk menjadi garis panduan gerak kerja

Pemuda Bukan sekadar itu, set penanda aras ini akan membantu kita melihat danmenilai rekod pencapaian pemimpin dan ahli Pemuda 

Penanda aras yang perlu kita terapkan adalah seperti berikut:

i. Meningkatkan keahlian UMNO , khasnya keahlian baru golongan mudayang menyertai parti;

ii. Mendaftarkan ahli-ahli UMNO sebagai pengundi di kawasan masing-masing;

iii. Menjalin hubungan antara Pemuda UMNO bersama golongan-golonganyang berpengaruh dalam menjana perspektif generasi muda , atau opinion-shapers, seperti kumpulan cendekiawan, profesional muda,penulis-penulis muda, tokohtokoh agama dan golongan pendidik;

iv. Memenangi perang mesej atau perang saraf, terutamanya di alam siberyang menjadi platform komunikasi politik masa kini;

v. Dan penanda aras yang terakhir, yang paling penting untuk menilaiprestasi Pemuda UMNO , adalah menambahkan undi golongan mudakepada BN , sekaligus memenangi undi saluran-saluran muda dalampilihanraya. 

Set penanda aras ini selari dengan transformasi UMNO untuk menyegar danmeremajakan lagi parti.Saudara Perwakilan Sekalian,

Antara usaha penting yang juga dilakukan adalah pindaan Perlembagaanparti, supaya lebih sesuai dengan kehendak ahli UMNO, sepertimana yang telahdisebut oleh YAB Presiden semasa Perhimpunan Agung yang lalu.

Pemuda menyambut baik usaha yang telah dirintis oleh YB Dato‘ Sri Hishammuddin Tun Hussein, selaku Pengerusi Jawatankuasa PindaanPerlembagaan, yang telah mencadangkan beberapa perubahan berdasarkankepada premis untuk menghakupayakan lebih ramai lagi ahli UMNO
menentukan barisan kepimpinan tertinggi parti. Ia juga memudahkan ahli bertanding tanpasekatan, menjadikan UMNO lebih inklusif dan memudahkan proses menjadi ahli.

Secara keseluruhannya, Pemuda menyokong penuh cadangan pindaanPerlembagaan parti yang akan dibentangkan dalam Perhimpunan Agung Khas,esok. Pemuda juga meletakkan harapan supaya segala pindaan tersebut akanditerima kerana ia secara langsung memberi pengiktirafan khusus kepada orangmuda. Saya tidak sekali-kali lupa bahawa di cawangan-cawangan serata negara-lah, jiwa perjuangan UMNO mula disemai di kalangan anak muda. Atas kesedaran itulah,sukacita saya melaporkan kepada saudara-saudara sekalian, satu usul penting yangakan dibentangkan esok – yang perlu disokong oleh kita semua; iaitu usul bagimengiktiraf Ketua Pemuda Cawangan sebagai perwakilan automatik ke Mesyuarat Perwakilan Bahagian. Bila Pemuda akar umbi bersuara, Pemuda negara diperkasa

Pindaan perlembagaan juga membawa perubahan besar kepada parti dimana proses pemilihan jawatan tertinggi akan dibuat di peringkat bahagian dan tidaklagi terbatas kepada perwakilan di peringkat perhimpunan agung. Ini bermakna darihanya 2,600 perwakilan yang menentukan kepimpinan parti selama ini, lebih dari140,000 ahli akan diberi hak sedemikian.


Pemuda menganggap pindaan ini tepat pada waktunya dan berharap iamerupakan satu langkah permulaan bagi lebih mencerminkan profil UMNO sebagaiparti akar umbi yang terbuka dan demokratik. Oleh itu, adalah menjadi harapan Pemuda , sekiranya sistem baru ini berjalan dengan lancar agar akhirnya satu harinanti kuasa pemilihan ini diberi kepada kesemua tiga juta ahli UMNO . Satu Ahli,Satu Undi. Inilah nilai keahlian yang sebenar dengan memberikan hak dan kuasakepada setiap ahli untuk menentukan kepimpinan parti – satu hak yang penting danpaling asas dalam politik.


Satu lagi perkara penting yang memberi kesan besar kepada Pemuda danproses peremajaan parti adalah dalam perkara keahlian. Sebelum ini kita dengarbanyak rungutan tentang kesukaran untuk menjadi ahli UMNO , terutamanya bagi generasi muda yang ingin berjuang bersama Pemuda . Dengan lulusnya pindaanPerlembagaan pada hari esok, permohonan untuk mendaftar sebagai ahli bolehditerima dan ditandatangani bukan hanya oleh Ketua Cawangan tetapi juga oleh Ketua Pemuda
Cawangan. Dari itu saudara-saudara, jangan kita sia-siakan kuasayang telah diberikan ini. Marilah kita melipat gandakan usaha dan tekad dalammemenangi hati orang muda di luar sana untuk bersama kita. Maka, saya menyeruagar saudara-saudara semua memberikan sokongan padu kepada cadangan pindaan yang akan dibentangkan esok.

Saudara Perwakilan Sekalian,


Pindaan Perlembagaan parti yang akan dibentangkan nanti adalah berkait dengan  generasi muda
yang menjadi ahli UMNO . Oleh itu, sewajarnya kita sebagaisebuah parti yang bersifat inklusif kepada semua, mencari jalan memperjuangkankepentingan semua golongan muda baik di dalam mahupun di luar parti. Inilahtafsiran mesra rakyat yang diperjuangkan oleh Pemuda UMNO .

Masalah orang muda hari ini terutamanya bagi yang berhijrah ke bandaradalah peluang pekerjaan yang tidak menentu, kemudahan perumahan yang tidakterancang dan kurang penglibatan sivik. Tidak dinafikan, ramai dikalangan merekamendapat peluang pendidikan yang disediakan oleh Kerajaan sehingga memilikiijazah, diploma atau sekurang-kurangnya sijil. Namun, apabila mereka gagal memperoleh peluang pekerjaan dan menganggur, sering kali kita mendengardakwaan yang menyalahkan orang muda - tidak cukup bijak, tidak fasihberkomunikasi dan tidak berkeyakinan. Ini menuntut kita mencari jalan penyelesaiankepada permasalahan mereka.


Oleh itu, Pemuda ingin memohon beberapa langkah mesra kepada golonganmuda dipertimbangkan oleh Kerajaan menjelang pembentangan Bajet 2010. Kita berharap Kerajaan boleh mempertimbangkan beberapa inisiatif khas untuk generasi muda sebagai salah satu daripada teras utama dalam Bajet akan datang yangantara lainnya, meliputi:

i. Peluang perkerjaan yang lebih luas serta berkualiti tinggi terutamanya disektor sektor strategik seperti perkhidmatan, teknologi maklumat dan bio-teknologi;

ii. Peluang latihan sepanjang hayat untuk meningkatkan kemahiran sepertipenguasaan bahasa-bahasa antarabangsa dan teknologi terkini;

iii. Pinjaman khas untuk usahawan muda, terutamanya bagi mengatasihalangan modal perniagaan di peringkat start-up atau permulaan sertabagi menggalakkan penyertaan mereka di sektor-sektor baru yangberteknologi tinggi dan mempunyai nilai tambah kepada ekonomi;

iv. Sokongan bagi gerak kerja sukarelawan dan pembangunan kebajikankomuniti; sertav. Menambahkan lagi peluang pekerjaan untuk pelajar lepasan aliranteknikal dan vokasional.


Pada masa yang sama,Pemuda juga prihatin kepada nasib golongan mudayang baru sahaja memulakan hidup berkeluarga, yang baru sahaja bekerja danmempunyai pelbagai tanggungan, termasuklah membantu ibubapa dan membayarpinjaman pendidikan. Oleh itu, Pemuda mencadangkan inisiatif ini diberi perhatianoleh Kerajaan:-

i. Menubuhkan tabung untuk pinjaman perumahan dengan kadar faedahyang terendah untuk beberapa tahun pertama agar orang muda yang baruberkahwin mampu memiliki rumah;

ii. Memberi diskaun istimewa untuk kereta nasional kepada mereka yangmempunyai anak pertama dan baru hendak memiliki kereta;

iii. Memperuntukkan RM200 bagi anak pertama setiap keluarga sebagaisimpanan permulaan Tabung Skim Simpanan Pendidikan Nasional; dan

iv. Menawarkan baucer membeli barangan keperluan asas bayi seperti susu dan lampin.


Pemudaberharap Kerajaan dapat menimbang dan memberi perhatiankepada cadangan-cadangan ini.Pemuda percaya bahawa dengan gerak kerja dankhidmat yang berterusan, insya-Allah BN akan dapat memenangi hati dan sokongangenerasi muda yang merupakan aset dan harapan negara kita.

Saudara Para Perwakilan Sekalian,


Rakyat kini dihidangkan dengan pilihan antara gagasan yang membangunkannegara sejak sekian lama, yakni Barisan Nasional, atau pakatan pembangkang yang terus menerus memecah belahkan rakyat. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mendedahkan siapa sebenarnya pakatan  pembangkang ini. Bahawa mereka bukannya sebuah parti politik yang tulen – bahawa perhubungan mereka bukannyaberteraskan ikatan yang sah atas prinsip yang sama. Apa yang sebenarnya wujud hanya lah satu perhubungan rambang dan kasual, tanpa prinsip moral, tanpa cinta sejati, tanpa hormat menghormati. Satu pakatan yang sanggup tidur sekatil demi mimpi untuk ke Putrajaya, satu  pakatan yang bernafas atas nafsu untuk menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional
.
Anak Batak mudik bergalah
Digigit nyamuk habis lebam
Pakatan retak menanti belah
Remuk di dalam dipendam-pendam

Batang cempedak pohon pedada
Buah peria di dalam dulang
Pakatan pembangkang temberang belaka
Janji bak lidah tidak bertulang

Riuh-rendah di pintu muara
Lebai Kassim membuka silat
Pembangkang gian tamakkan kuasa
Batu api perpecahan rakyat


Insiden-insiden yang kita lihat semenjak PRU-12 telah membangkitkansangkaan bahawa tiada setiakawan dan tiada keikhlasan dalam perjuangan pembangkang . Tidak keterlaluan, jika saya nyatakan bahawa di antara mereka,DAP yang paling berkuasa. PAS sudah lari dari asas perjuangan dan menggadaikanprinsip tulen parti tersebut apabila Negara Islam bukan lagi menjadi wawasan utama mereka.


PAS tidak lagi garang bersuara, berani mengajar, jauh sekali berani menegur PKR dan DAP tentang pelbagai perkara. PAS tidak lagi sensitif kepada perkara-perkara pokok seperti cadangan menggunakan dana zakat bagi pentadbiran negeri di Selangor. Ini menzahirkan bahawa PAS sanggup tawar menawar dengan DAP hatta menggadai jatidiri dan perjuangan asas mereka demi politik. Kalau begitulah keadaannya, tiada jaminan mereka tidak akan mempertaruh atau menjual negara,sekiranya berkuasa.


Kalau DAP yang paling berkuasa, maka kita berhak untuk bertanya: siapasebenarnya DAP ini? Bertopengkan platform parti berbilang bangsa, tetapihakikatnya mereka didominasi oleh satu kaum sahaja. Selepas 40 tahun Lim KitSiang menjadi Ahli Parlimen, pembukaan satu cawangan Melayu
DAP bulan lepas digembar-gemburkan seolah-olah satu pencapaian yang cukup hebat. DAP hanya parti berbilang kaum pada namanya sahaja, sedangkan perjuangan sebenar mereka berunsur perkauman yang menyala membara seperti api dalam sekam.


PKR pula parti yang tandus ideologi, sekadar berkisar pengagungan seorangindividu bernama Anwar Ibrahim. Apa sebenarnya prinsip perjuangan PKR , atauadakah mereka sama seperti DAP yang dahagakan kuasa? Kalau kononnyaberjuang atas tiket keadilan dan anti rasuah, lihat sendiri pemimpin kamu itu wahai PKR . Anwar Ibrahim melalaikan masyarakatMalaysia, memanipulasi dan mengulit jiwa mereka dengan kata-kata indah seakan-akan dia-lah pemimpin yang bersih,tulen, berintegriti, dan acap kali menuduh pemimpin UMNO sebagai rasuah, rakusdan rasis.

Tetapi Anwar Ibrahim jangan kamu lupa sejarah kamu, kerana kami tidak lupaperbuatan lampau kamu. Apakah semata-mata Anwar Ibrahim beralih menjadi pembangkang, sejarah silamnya, segala dosa lamanya akan lesap begitu saja?Sejarah akan sentiasa membayangi Anwar ke mana sahaja dia pergi dalam arenapolitik. Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.40. Siapa sebenarnya Anwar Ibrahim? Pejuang rakyat marhaen? Pejuang agamaIslam? Pejuang bangsa  Melayu
? Pejuang hak asasi manusia? Atau apakah AnwarIbrahim berjuang semata-mata untuk kepentingan peribadi Anwar Ibrahim? MungkinAnwar telah berjaya dengan helahnya terhadap sebahagian
generasi muda yang tidak pernah kenal siapa Anwar yang sebenar – seorang chameleon politik sesumpah yang berubah warna mengikut musim dan ketika melompat dari pohon kepohon; makhluk pelbagai alam. Tetapi UMNO dan Pemuda UMNO ingat sejarahsebenar Anwar, dan kami akan memastikan Penglipurlara Lidah Bercabang Dua ini tidak akan sekali-kali sampai ke Putrajaya.

Saudara Perwakilan Sekalian,


BN ditubuhkan atas dasar persaudaraan dan persefahaman untukmenegakkanPerlembagaan dan asas kewujudan negara. Inilah perkongsian platformyang wujud dalam BN . Tetapi pakatan
pembangkang tidak mempunyai sebarangpersefahaman bersama melainkan nafsu untuk merampas Kerajaan – itupun kitatidak tahu siapa akan menjadi Perdana Menteri kalau pakatan ini mengambil alih.Malah dalam memilih Kabinet Bayangan, mereka memilih jalan selamat untukmenamakan tiga ahli bagi setiap portfolio kabinet, kerana mereka sebenarnyalangsung tidak ada persefahaman dalam perkongsian kuasa, tidak seperti BN yangtelah teruji dan terbukti.


Pakatan pembangkang tidak berprinsip sepertimana BN , kerana merekatidak pun berpegang kepada Perlembagaan. Jika tidak, mengapa DAP, misalnya,tidak habis-habis menyerang kedudukan Raja-Raja Melayu , Bahasa Melayu danAgama Islam dengan dibantu oleh PAS dan PKR yang langsung menolak ke tepiprinsip asas negara?43. Kita perlu terus mendedahkan taktik kotor pembangkang ini. Kita tidakpernah barang sedetik gentar dengan mereka kerana mereka yang sebenarnya takut dengan kita. Mereka yang yang takut dengan kepimpinan YAB Dato‘ Seri Najib. Mereka tiada idea baru. Dalam ketandusan tersebut mereka amat licikmencucuk rakyat, menyebar fitnah, menimbulkan huru hara, membuat rakyat akhirnya merana. Bak kata pepatah, kita membawa jarum, dia menyambut dengan gunting.


Pakatan pembangkang takut tindakan kejam mereka terhadap pendudukKampung Buah Pala akan diingati rakyat. Mereka takut rakyat menuntut janjiRM1,000 kepada setiap anak Selangor yang ditawarkan masuk ke universiti, yangmasih tak tertunai. Apatah lagi janji menurunkan 20 peratus cukai pintu yang sampai hari ini belum dilaksanakan walaupun sudah hampir 20 bulan berkuasa. Pokoknya,mereka takut akan kesedaran rakyat yang telah terpedaya dengan segala janjimanis, tipu muslihat dan dakyah mereka terburai begitu sahaja.


Oleh itu, saudara sekalian, marilah kita bersama-sama bersatu mendedah kan helah dan dakyah pembangkang ini. Mari kita tewaskan mereka dalam permainanpolitik berbahaya mereka ini, yang sanggup menggadaikan segalanya hanya untukberkuasa. Jangan kita biarkan Kerajaan Barisan Nasional ditumbangkan oleh satukumpulan yang sebenarnya saling tindas-menindas, yang sebenarnya tidak ikhlasdalam perjuangan mereka sehingga tidak teragak-agak untuk menghalalkan yangharam, mengiyakan yang palsu, melupakan yang jitu demi mengejar mimpi merekayang tamakkan kuasa. 

Daun mengkudu di atas dulang
Anak udang mati dituba
Negara berpecah pembangkang girang
Demi kuasa dan tamak haloba

Pergi berburu nun ke sempadan
Dapat kancil kongsi bersama
Selagi hayat dikandung badan
Pemuda kekal pertahankan negara

Saudara Perwakilan Sekalian,


Sudah terbukti, gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Presidentelah berjaya memikat hati golongan muda. 1Malaysia merupakan satu konsep yangcocok dan sesuai dengan tuntutan zaman yang dahagakan satu prinsip politik yangberasaskan agenda perpaduan serta pencapaian demi rakyat jelata. Berpandukan semangat 1Malaysia ini, Pemuda perlu berpegang kepada satu misi baru untuk menjadi batu asas kepada perjuangan kontemporari Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Misi ini adalah untuk memenangi seluruh rakyatMalaysiadan bukan hanya orang Melayu sahaja. Dari segi percakapan kita, perjuangan kita dan strategipolitik kita, Pemuda UMNO perlu menerajui misi baru ini supaya kita memberiharapan kepada semua rakyatMalaysiatidak kira kaum, agama dan latar belakang.


UMNO sebagai tunjang BN mestilah menunjukkan visi perjuangan yangmengenengahkan mutu kepimpinan kita yang syumul, inklusif lagi nasional. Inilah jalan berani. Jalan berani kerana ia menuntut satu anjakan daripada politik zon selesa berdasarkan perspektif bangsa dan parti kepada satu kesedaran politik yang merangkumi semua.


Saya menyebut tentang keberanian juga, kerana kita kini berada dipersimpangan jalan perjuangan, yakni satu persimpangan di mana kita bolehmemilih untuk kekal dengan cara dan gaya lama. Kita boleh bertempik suaramelaungkan semangat Melayu dan memberi amaran kepada kaum-kaum lainsupaya jangan mencabar ini dan itu. Pilihan ini mudah dan menjanjikan populariti didalam parti. Tetapi adakah ini sebenarnya mesej yang dihasratkan oleh rakyatMalaysia, malah orang Melayu sendiri - apatah lagi pada waktu Presiden partisedang membawa mesej perpaduan dengan gagasan
1Malaysia ? Bagi Pemuda UMNO alaf baru, inilah keberanian sebenar – bagi memilih jalan untuk
Pemuda menjadi perintis ke arah perpaduan negara melalui semangat 1Malaysia

Ada yang berpendapat biarlah Presiden sahaja yang membawa mesejkenegaraan, tetapi Pemuda UMNO hendaklah meneruskan agenda dan pendekatanlama. Jika kita memilih berbuat demikian, rakyat akan melihat UMNO  sebagai partiyang kucar kacir, parti yang hipokrit, tanpa satu ideologi asas yang konsisten untukrakyat dan pengundi. Kita akan diadili sebagai parti yang cakap tidak serupa bikin,apatah lagi dalam era teknologi yang berupaya mendedahkan sebarang hipokrasilantas menuntut satu konsistensi mesej di segenap lapisan kepimpinan parti danKerajaan. Adakah dalam konteks baru ini kita mahu Presiden parti bercakapmengenai satu perubahan – satu anjakan memecahkan benteng pemisah antara kaum – manakala Pemuda UMNO pula enggan berubah, sebaliknya bertempikmelaungkan perkara yang berlainan daripada apa yang diperkatakan oleh Presiden?

Pembaharuan ke arah landasan ini tidak bermaksud kita lupa kepada agenda Melayu UMNO dan Pemuda UMNO tetap akan menjadi pejuang bangsa – mempertahankan agama Islam, kedudukan Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu .Ini semua perkara asas perjuangan UMNO yang tidak akan sekali-kali luntur dariagenda kita. Namun kita perlu memperjuangkan semua ini berlandaskan dua prinsip,iaitu keadilan dan rahmah, terutamanya dalam hubungan dengan kaum-kaum lain.Kompas perjuangan ini akan menggariskan agenda nasionalis kita, yang bukanberteraskan konsep kekuasaan
Melayu atau Malay dominance yang sempit, tetapi kepimpinan Melayu atau Malay leadership yang adil dan rahmah.

Sebenarnya, jika diimbas sejarah kepimpinan UMNO dan BN , ternyata sekaliprinsip kepimpinan
Melayu yang adil dan rahmah sudah pun terpahat dalam realiti politik tanah air. UMNO dan BN telah mempamerkan kemampuan menjaga kebajikan dan kepentingan seluruh warga Malaysia. Contohnya, lihat sahaja pada perjuangan membenteras kemiskinan – agenda ini tidak berlandaskan warna kulitsemata-mata, tetapi sebaliknya, dipanjangkan kepada mana-mana golongan kurangbernasib baik. Maka, berbekalkan landasan politik yang dihormati semua,pembaharuan yang diperlukan dalam lanskap masa kini adalah untuk UMNO dan orang Melayu konsisten dalam memantapkan kepimpinan nasional kita untuksemua rakyat Malaysia.

Seruan agar segenap masyarakat wajar diberi pembelaan bukan sahajasesuatu yang dianggap sebagai hak sejagat atau universal right tetapi sebenarnyadatang dari agama suci kita sendiri. Kerajaan di bawah pimpinan UMNO seringmengambil inspirasi Islam sebagai landasan kepada dasar negara, seperti prinsipIslam Hadhari yang menjamin hak golongan minoriti dibela. Justeru, tidak salahsekiranya orang Melayu juga memperjuangkan kepentingan warga Malaysia secara keseluruhannya. Malah, apabila kita menghormati pegangan dan agama orang lain,mereka juga akan lebih menghormati kita.
Allah SWT berfirman di dalam Surah Al An’am, ayat 108:
“Dan janganlah kamu memaki sembahan - sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan” 

Barangkali ada yang mengungkit adakah kita patut mempertahankan bangsalain sekiranya mereka mempersoalkan kedudukan kita? Di sinilah kepimpinan kitaakan teruji. Sebagai bangsa yang diberi amanah dan penghormatan untukmemimpin, orang Melayu tidak boleh mengikut rentak biasa – sebaliknya kita mesti melaksanakan sesuatu yang mengatasi apa yang biasa. Barulah kita akan berupaya memimpin dan dilihat sebagai pemimpin yang mendapat pengiktirafan lebih menyeluruh. Inilah satu lagi contoh Kepimpinan Melayu yang saya maksudkan – kepimpinan yang adil dan rahmah yang diterima oleh semua.

Saudara Perwakilan sekalian,

Pembaharuan ke arah kepimpinan nasional Melayu yang lebih jitu akan bolehdilaksanakan sekiranya orang Melayu sendiri membuat anjakan kepada perjuanganyang berbekalkan keyakinan ketamadunan kita, atau civilisational confidence.Keyakinan ketamadunan ini bermakna kita yakin dengan keupayaan bangsa untukmelangkah ke hadapan, mengukir kejayaan tanpa perlu takut bayang-bayangsendiri. Inilah cabaran generasi kita.

Saya menyebut soal cabaran generasi, kerana untuk terlalu lama orang Melayu dan UMNO sendiri, berada dalam perspektif minda atau mindset yang negatif dan defensif. Kita merasakan diri kita seolah-olah diserang atau under siege,dan segala gerak kerja seakan-akan disalurkan ke arah mempertahankan keistimewaan Melayu yang kita anggap sentiasa dicabar. Saya menyeru orang Melayu bermula dengan Pemuda untuk keluar dari perspektif minda ini. Tidak dinafikan, bahawa Perkara 153 Perlembagaan, yang menjamin kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera, adalah keramat buat kita. Namun, jika dikaji dengan teliti, Perkara 153 hampir mustahil untuk dilucutkan daripada Perlembagaan Persekutuan. Sebarang perubahan memerlukan bukan sahaja kelulusan 2/3Parlimen, tetapi mesti juga mendapat perkenan dari Majlis Raja-Raja. Ini sudah cukup mengingatkan kita bahawa secara realistiknya, kedudukan istimewa kita tidak mungkin boleh diubah.

Tetapi percayalah, Perkara 153 dengan sendirinya tidak akan menjamin kesejahteraan dan kemajuan bangsa. Sedarlah, sedarlah kita semua, bukan peruntukan perlembagaan yang membawa keistimewaan sebenar, tetapi kebolehan dan pencapaian orang Melayu lah yang akan menentukan sama ada kita menjadibangsa istimewa, bangsa yang unggul, bangsa yang terbilang.

Hak dan keistimewaan Melayu itu penting. Namun yang lebih penting adalahbagaimana bangsa kita diperkasakan. Apa yang perlu kita wujudkan ialah satudimensi baru dalam perjuangan Melayu
supaya pegangan ekonomi dan statusbangsa kita dapat dimajukan, sesuai dengan semangat pemerkasaan Melayu yang wajib dicapai bersama. UMNO dan bangsa Melayu secara keseluruhannya, perlu beralih daripada kaedah atau setting defensif yang selalu menganggap ada orang lain mahu merampas hak dan hartanya, kepada Melayu yang berbekalkan keyakinan ketamadunan bangsa, mengukir visi kemajuan untuk masa hadapan.Inilah dilema Melayu yang baru
– persoalan generasi yang wajib dijawab. Adakah kita hanya mahu mempertahankan simbol demi simbol atau adakah kita berani menerima hakikat bahawa perlu ada perubahan mekanisme dan visi demi melihat bangsa Melayu itu terus melangkah maju? Bagi saya, pilihan kedua merupakan jawapannya.


Saya percaya inilah juga visi YAB Presiden, yang, contohnya, telah memansuhkan keperluan pegangan ekuiti 30 peratus Bumiputera dalam Tawaran Awam Permulaan (IPO) di Bursa Malaysia. Sudah pasti Presiden mengambil langkah sedemikian bukan sebab beliau tidak endah akan agenda
Melayu, tetapi sebab ternyata mekanisme 30 peratus itu tidak dapat memenuhi matlamat asalnya.


Presiden sendiri telah mengatakan bahawa daripada RM54 bilion nilaipegangan saham yang diberikan kepada Bumiputera melalui mekanisme 30 peratusini, hanya RM2 bilion sahaja yang tinggal dalam tangan – habis dijual untukpulangan cepat, tanpa kelangsungan kemajuan yang kita inginkan. Jadi terbuktilahada simbol, mekanisme dan tongkat yang kita pertahankan selama ini tidakmencapai objektif yang asal.


Malah, apabila Presiden memansuhkan kriteria pegangan saham Bumiputeraitu, beliau juga telah memperkenalkan Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) sebagaiinstitusi pelaburan baru yang boleh menggalakkan pertumbuhan syarikat-syarikatBumiputera yang berpotensi tinggi. Inilah anjakan yang dipelopori oleh Presiden – bantuan secukupnya disalurkan kepada Melayu yang layak dan berpotensi, danbukan mekanisme-mekanisme simbolik yang hanya membantutkan daya saing Melayu dan memberikan kita satu perasaan keyakinan yang palsu tanpa memberisumbangan bermakna kepada pembangunan ekonomi Melayu yang sebenar.


Pengisian visi kemajuan bangsa kita memerlukan satu keyakinan untuk kitamenerima persaingan berdasarkan kepada merit, kemampuan dan kebolehan kitasendiri. Usah kita bercakap tentang meritokrasi antara kaum, jika dalam kaum kitasendiri pun kita belum mempraktikkannya. Jangan kita sebagai generasi muda mengamalkan budaya mencantas bakat Melayu sebelum bakatnya dapat diasah. Amat merugikan kepada bangsa sekiranya akibat hasad dengki, kita sanggup berusaha menjatuhkan orang Melayu lain yang berpotensi semata-mata untukmemuaskan hati. Kita perlu mengikis sifat dengki sesama kita, sebaliknya membantu dan memberi dorongan sewajarnya kepada saudara-saudara sebangsa seagama untuk lebih berjaya. Inilah maksudnya ―keyakinan ketamadunan. Kita tidak takut pada bayang-bayang sendiri.


Impian saya adalah untuk melihat suatu hari nanti, institusi-institusi pengajiantinggi tempatan dipenuhi anak muda Melayu bukan kerana kuota, tetapi keranakelayakan merit. Tatkala kita mempertahankan kuota sekarang ini, jangan kita lupa,kuota sepatutnya hanya satu langkah bantuan, dan bukannya talian hayat orangMelayu selama-lamanya. Visi Melayu bukan untuk mempertahankan kuota semata-mata, tetapi untuk merasa bangga melihat orang Melayuberjaya dengan kekuatan sendiri.


Usah kita pesimis dan perlekehkan potensi bangsa kita – keyakinan untukmenerima persaingan yang lebih terbuka sudah wujud dalam hakiki budaya kitasendiri. Apakah kita mahu berdiri di sini mengatakan sejarah tidak pernahmempamerkan bangsa Melayu bekerja keras meredah seribu satu badai untukmencapai misi? Lihat saja-lah pada peribahasa Melayu yang menggalakkan ketekunan, kerajinan dan jimat-cermat dan responsif dengan cabaran dan suasana sekelilingnya seperti:

Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya 
Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat 
Rajin bekerja mudah belanja 
Cermat masa banyak, jimat masa sedikit 
Cicir dipungut, hilang dicari 
Dalam berselam, cetek bertimba


Visi ini, anjakan ini, turut menuntut keberanian kita sebagai orang Melayu untuk melihat ke hadapan, berbekalkan keyakinan dan kepercayaan diri untukmencapai kemajuan bangsa. Sebagai
Pemuda waktu ini, kitalah generasi yangboleh melakukan perubahan tersebut. Kitalah generasi yang boleh berkerasmengatakan cukup-lah! Cukup-lah kita menidakkan keupayaan bangsa kita. Cukup-lah kita dikongkong ilusi yang menyatakan
Melayu lembab,
Melayu malas,
Melayu bodoh.
Generasi kita perlu bangkit menyahut cabaran masa kini dengan mengatakan Melayu tidak lagi takut berhadapan dengan dunia luar kerana
Melayu tidak lembab,
Melayu tidak malas,
Melayu tidak bodoh.
Sebaliknya, bangsa Melayu adalah bangsa berdaulat; satu bangsa yang bijak dan serba boleh. Pemuda Melayu generasi ini perlu memimpin bangsa kita keluar dari batasan dan kepompong minda yang menghakis keyakinan diri, serta maju ke hadapan - inilah perjuangan kita.

Bangunlah Bangsaku

Apalah erti omongan jika lekang dengan tindakan; 
Harapan berkecai bak debu berterbangan jika tidak diampuh peranan; 
Puas sudah gurindam dilagu, 
merungkai mengupas belenggu bangsaku; 
Laungan dan panji-panji menggegar jiwa, 
jumud dan kaku, makin sayup merintih sayu; 
Namun aku pasti; 
Fajar kini menyingsing lagi; 
Menyingkap tirai membawa harapan seribu erti; 
Namun menjajikan kegelapan kepada yang dengka, 
alpa dan iri hati; 
Justeru bangunlah bangsaku; 
Penuh kesedaran dalam kematangan 
Disuntik azam baru; 
Gembelingkan tenaga, 
berpadu,
 kita teguh bersatu; 
Perwajakan hati, 
perkasakan diri 
Sedia kita tempuh segala seteru; 
Kerana masa beredar dan bumi berputar 
Memungkinkan perubahan yang tidak menentu,
Justeru bangunlah bangsaku yang mapan dan berdikari,
Dibawah laungan 1Malaysia 
Agar kita duduk sama rendah,
kita berdiri lebih tinggi,
Agar jiwa bangsaku yang bermaruah 
Tidak ditindas, 
tidak dihina, 
tidak perlu merintih lagi;
Mengibar panji di puncak ekonomi 
Bukan lagi suatu mimpi; 
Bangunlah bangsaku 
Jangan kita tersungkur lagi; 
Sejarah hitam jangan kita ulangi 
Cukuplah hanya sekali; 
Bangunlah bangsaku; 
Perjuangan ini kita isi,
kita galas, 
Kita tunjangi; 
Biar anak-anak kita tidak malu untuk mengakui; 
Bahawa hasil perjuangan ayahnya bangga dikecapi; 
Maruah bangsanya megah diwarisi.
Bangunlah…..bangunlah bangsaku;
Bangunlah bersama negaraku. 

Saudara Perwakilan Sekalian,


Marilah kita barisan Pemuda berdiri teguh di belakang Presiden danTimbalan Presiden kita, marilah kita bersama-sama mempertahankan Kerajaan kitayang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas, yang telah mengharungi pelbagaibadai gelora bersama namun tetap tidak berganjak dari prinsip asas perjuangan -yang kekal bersama-sama dalam keadaan susah dan senang, yang bekerja kerasuntuk membangunkan negara, tanpa perlu menabur janji-janji palsu semata-matauntuk menjadi Kerajaan di bumi yang tercinta ini.


Sedarlah, kita kini berada di persimpangan perjuangan. Inilah masa dandetiknya, kita - golongan muda bersatu menjadi nakhoda zaman, memacuperjuangan ke arah ketamadunan yang terbilang. Ayuh, bangkitlah, bangkitlah kita semua menyahut cabaran, menerajui harapan, menunaikan tuntutan demi kelangsungan agama, bangsa dan negara.

Hidup UMNO!
Hidup UMNO!
Hidup UMNO!

UtusanMalaysiaOnline, 15 Oktober 2009



UCAPAN YB SENATOR DATO’ SRI SHAHRIZAT ABDUL JALIL  KETUA PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA PADA PERHIMPUNAN AGUNG PERGERAKAN WANITA UMNO 2009 14 OKTOBER 2009
"REGENERASI MASYARAKAT MALAYSIA SATU TEKAD WANITA"

BismilahirrahmanirrahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Yang Berbahagia Pengerusi Tetap Pergerakan Wanita  UMNO Malaysia
Tan Sri Napsiah Omar

Yang Berhormat Timbalan Pengerusi Tetap Pergerakan Wanita UMNO
Senator Dato‘ Hajah Saripah Aminah Syed Mohamed

Yang Berhormat dan Yang Berbahagia Ahli-Ahli Majlis TertinggiYang Berbahagia
Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
Dato‘ Kamilia Ibrahim

Yang Berhormat, Yang Berbahagia Ahli-Ahli Exco Pergerakan Wanita UMNO

Para Perwakilan

Dif-dif jemputan, pemerhati, para hadirin yang dirahmati Allah S.W.T.


Alhamdulillah, segala puji dan kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah S.W.T.Dengan izinNYA dapat kita bersama-sama berhimpun di pagi yang mulia ini untuk bersidang mengikut perlembagaan.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat Baginda. Sempena ucapan sulung saya selaku Ketua Wanita UMNO Malaysia, saya mohon petunjuk dan perlindungan dari Allah S.W.T. dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh keberkatan. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan dan mengucapkan Selamat Datang ke Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO Malaysia 2009 dan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua perwakilan,pemerhati dan ahli Wanita UMNO  serta para hadirin sekalian.

Alhamdulillah,
pada Perhimpunan Agung UMNO Mac 2009 yang lalu, ahli-ahli UMNO telah melaksanakan tanggungjawab dan meneruskan tradisi demokrasi mengikut perlembagaan dengan mengadakan pemilihan pucuk pimpinan dalam parti di semua peringkat termasuklah ketiga-tiga sayapnya. Negara dan parti cukup bertuah kerana peralihan jawatan di peringkat perdana serta pemilihan-pemilihan diperingkat lain termasuk Pergerakan Wanita UMNO, berjalan dengan amat baik,lancar dan teratur. Saya bagi pihak Wanita UMNO mengambil kesempatan di sini untuk merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah Ahmad Badawi, Presiden UMNO
keenam di atas perjuangan dan sumbangan kepada agama, bangsa dan negara. Jasa dan bakti beliau sentiasa dikenang dan tercatat didalam lipatan sejarah Malaysia. Kepada Yang Amat Berhormat Dato‘ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang telah dipilih sebagai Presiden UMNO ketujuh, Wanita UMNO ingin merekodkan ucapan setinggi-tinggi tahniah di atas kepercayaan dan amanah yang diberikan kepada Yang Amat Berhormat Dato‘ Sri untuk memimpin parti dan kerajaan.Yang Amat Berhormat Dato‘ Sri Najib mempunyai kewibawaan, kebijaksanaan dan pengalaman untuk memimpin UMNO selaku Presidennya dan kerajaan selaku Perdana Menteri Malaysia. Wanita
UMNO yakin, barisan saf kepimpinan Dato‘ Sri Presiden dengan disokong oleh Timbalan Presiden, Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mampu untuk mengembalikan kekuatan dan keunggulan UMNO sebagai parti yang menjadi pilihan rakyat, parti yang menunjang kerajaandan parti yang akan membawa Barisan Nasional ke arah kemenangan pilihan raya ke-13 kelak. Ini jelas dengan trend sokongan rakyat kepada UMNO dan BarisanNasional telah mula meningkat di beberapa pilihan raya kecil sejak tsunami politikMac 2008 dan telah benar-benar melonjak pada pilihan raya kecil N31 Bagan Pinang pada 11 Oktober yang lalu. Insya Allah UMNO dan rakyat berpisah tiada.


Buat permulaan, selaku Perdana Menteri Malaysia, Gagasan 1Malaysia yang menekan dan menegaskan konsep ―Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan,‖telah menjadi pencetus obor perjuangan Dato‘ Sri Najib supaya kepentingan rakyat, kesejahteraan rakyat, kebajikan rakyat, kemakmuran rakyat dan pembangunanrakyat diberi keutamaan.Pergerakan Wanita UMNO
berdiri teguh bersama Yang Amat Berhormat Presiden.Kesetiaan, komitmen, kesepaduan dan kemuafakatan kita akan memberi kekuatankepada Presiden dan saf kepimpinan beliau dalam mengatasi segala cabaran dan rintangan seperti kata pepatah ―Bulat air kerana pembetung, bulat manusia keranamuafakat‖. 

Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,
Masa begitu pantas berlalu. Pejam celik, usia UMNO sudah 63 tahun danPergerakan Wanita UMNO
menjangkau 60 tahun. Kepada semua pemimpin danpejuang Wanita UMNO , saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidakterhingga. Perjuangan mereka terpahat dalam sejarah pertiwi. Jasa danpengorbanan disanjung tinggi


Puan Sri Hajah Putih Mariah Ibrahim Rashid, Tan Sri Ibu Zain, Ibu Khatijah Sidek,  Tun Fatimah Hashim, Tan Sri Aishah Ghani, Dato‘ Sri Dr. Siti Zaharah Sulaiman dan Tan Sri Rafidah Aziz adalah di antara srikandi negara ini.Kepada Yang Berhormat Tan Sri Rafidah, saya bagi pihak Wanita UMNO sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga di atas kepimpinan dan perjuangan Yang Berhormat bersama-sama Wanita UMNO.Jasa dan sumbangan Yang Berhormat Tan Sri sama ada dalam parti mahu pun kerajaan akan menjadi dokumentasi sejarah negara dan sudah pasti menjadi sanjungan kami.Walaupun pemimpin silih berganti Warisan ibunda amat dihormati Jasa dan pengorbanan disanjung tinggi Terpahat selama-lamanya di dalam hatiPara hadirin yang dihormati sekalian, Pada tanggal 25 Mac 2009, saya telah diberi amanah, tugas dan tanggungjawab untuk memimpin Pergerakan Wanita UMNO Malaysia. Hari ini mengikut rekod Ibu Pejabat UMNO , keahlian wanita ialah seramai 1,352,692. Keahlian ahli UMNO ialah seramai 3,477,408 orang. Sesungguhnya ini adalah satu jumlah yang amat ketara dan signifikan kerana ianya adalah hampir 40% daripada jumlah keseluruhan ahli UMNO Justeru itu, saya mengucapkan jutaan terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan kepada saya sebagai ketua dan bersama-sama puan-puan kita akan menentukan Wanita UMNO akan menjadi penggerak utama di dalam UMNO dan juga untuk wanita, keluarga dan masyarakat Malaysia.
Saya telah menjadi ahli UMNO sejak 25 tahun yang lalu. Saya amat memahamituntutan ke atas jawatan seorang ketua. Harapan dan kepercayaan puan-puankepada saya akan dijadikan azimat untuk saya menjalankan tugas dantanggungjawab dengan tegas, berdisiplin, amanah dan berintegriti. Bersama-sama dengan Dato‘ Kamilia Ibrahim, Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, barisan pegawai-pegawai dan ahli-ahli Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia serta dengan kerjasama dan sokongan puan-puan dan semua ahli Wanita UMNO ,sebagai satu suara dari satu keluarga yang kuat permuafakatannya, bersatu padu diantara kita, ikhlas dalam perjuangan, maka bersama-sama dengan kaum bapa, kitaakan membina semula kekuatan UMNO di dalam landskap politik alaf ini yang begitu menarik sekali. Dan saya yakin Allah S.W.T. akan sentiasa bersama-sama kita.
Para hadirin sekalian,
Dalam milenium baru ini, di merata dunia parti-parti politik dan kepimpinan nya terpaksa mengambil kira perubahan ketara yang berlaku, jika mahu terus relevan dan berkuasa. Melalui putaran zaman, manusia, keluarga, komuniti dan bangsa sesebuah negara itu telah berubah. Ianya bukan setakat berlaku di hadapan dan sekeliling kita, malahan ianya telah, sedang dan akan berlaku di seluruh dunia.Perubahan kepada sistem, tuntutan, caragaya dan amalan ekonomi, politik, sosial, pendidikan, budaya termasuk elemen personaliti juga telah berubah. Ini jelas dilihat wujud di Amerika Syarikat dengan perubahan berkaitan Obamaism, China dan India dengan dasar berdaya saing dan terbuka, Afrika dengan perubahan berkaitan pakatan serantau, Jepun dengan perubahan kepimpinan, Eropah dengan idea-idea kesatuan dan penyatuan dan di Malaysia perubahan minda dan sikap rakyatnya terhadap jati diri, patriotisme, kenegaraan, hak-hak dalam perlembagaan, kepemimpinan dan kerajaan itu sendiri.


Perubahan yang berlaku di seluruh dunia telah dan sedang menular ke tanah air kitasendiri. Tsunami pilihan raya 2008 menjadi satu kejutan kepada negara. Kita dapat lihat pengundi yang sudah berubah minda dan pemikiran, cita rasa, aspirasi mahupun budaya sosio-politik mereka. Ini jelas dengan keputusan tsunami politik 2008 di mana daripada kemenangan 91% yang dikecapi oleh Barisan Nasional daripada keseluruhan kawasan Parlimen pada 2004; kita hanya berjaya dan mampu mencatat sekitar 63% sahaja pada tahun 2008. Daripada 222 kerusi, yang mendasari asas kekuatan UMNO / Barisan Nasional – kita hanya mendapat 140 kerusi. Majoriti dua pertiga terhakis. Kita juga kalah di beberapa buah negeri.

Generasi rakyat Malaysia telah berubah. Banyak kejayaan yang dicapai, banyak juga bibit-bibit yang amat membimbangkan. Pentas dan gelanggang sosio-politik Malaysia menghadapi pelbagai perubahan, evolusi dan dugaan. Tiap-tiap hari kita  dapat lihat pelbagai tingkah laku, tutur kata, tabiat, etika yang mencemaskan.Kelunturan nilai-nilai positif yang murni dan mulia mula memberi impak negatif kepada masyarakat. Usaha untuk memecah belahkan rakyat, cubaan untukmenghapus dan menghakis hak-hak dan institusi yang termaktub dalam perlembagaan dan galakan unsur-unsur budaya negatif seperti kurang hormat kepada orang lain terutama yang tua, demonstrasi jalanan, kebiadaban di dalam Parlimen, jeritan di pentas politik dan huru-hara di tempat awam, jika tidak dibendung akan menjadi kebiasaan.

Di sebalik pelbagai kejayaan yang dicatat oleh bangsa Melayu dalam bidang pendidikan, ekonomi, profesional, sains, termasuklah kejayaan kita menghantarseorang anak Melayu ke angkasa lepas, kita mesti berani menghadapi kenyataanbahawa kita sebagai satu bangsa berada di persimpangan yang amat merbahaya  sama ada dalam aspek politik, ekonomi, sosial mahupun peradaban. Kita mudah termakan dengan sajian spiritual dan rohani yang membimbangkan. 

Dalam aspek politik, kita telah benarkan diri kita dipecah belahkan oleh pihak pembangkang , mudah sangat bangsa Melayu dibuai dengan kata manis dan janjipalsu, sehingga sanggup kita menggadai agama kita, bangsa kita dan negara kita.Kita membisu bila dicabar dan membuta bila diserang. Pembangkang di negara kitagagal memainkan peranan yang konstruktif sebaliknya amat sinonim dengan peranan, tugas dan cara kerja yang destruktif. 

Kita juga menghadapi hakisan dalaman diri yang kian luntur kesan ketiadaan jati diri.Ternyata jiwa juang yang diasah dahulu, telah bertukar menjadi jiwa yang kian lemah; jiwa yang diajar untuk cintakan kesatuan dahulu telah menjadi nafsu yang menyukai persengketaan dan kehancuran. Kita yang dahulunya diajar untuk cintakan ilmu kini alpa dengan keseronokan; kita yang dahulunya diajar menggunakan bahasa yang lunak dan susun kata yang cantik lagi indah, kini menjadi pengguna bahasa yang kesat dan tutur bahasa yang penuh dengan cacian. Jika kita tidak mengambil iktibar dan bersikap enteng terhadap ‗siren‘ amaran bahawa kita mesti berubah kepada cara gaya, amalan dan nilai murni seperti permuafakatan, kesatuan, kekeluargaan, kekitaan dan keeratan, maka hala tuju kita, aspirasi kita, perjuangan kita dan nasib hidup kita boleh diibaratkan seperti telur dihujung tanduk; ikan di gigi air; atau embun di hujung rumput. Bahaya dan akanhilang pada bila-bila masa.

Para hadirin yang dihormati sekalian, 

Memandangkan landskap politik negara telah berubah sama sekali maka kita tidak boleh terus bernostalgia dengan kejayaan lampau tanpa mencipta kejayaan-kejayaan baru. Sebagai pemimpin-pemimpin sebuah parti siasah yang banyak berjasa kepada negara sejak kemerdekaan lagi dan jika ingin kekal relevan selari tuntutan zaman, kita tidak boleh hidup dengan hanya bertunjangkan jasa-jasasemalam. Kita belajar daripada sejarah atau dendangan kisah silam. Puan-puan,kita selaku pemimpin dituntut untuk kuatkan semangat mengorak langkah kehadapan menyahut tuntutan hari ini dan merancang untuk hari muka, mencipta kegemilangan dan membentuk permuafakatan yang jitu, kental dan utuh.

Apa yang perlu kita buat? Walaupun perahu masih di air dan dayung masih ditangan, dayung perlu digerakkan lebih kuat agar perahu belayar lebih laju dan gagah. Maka dengan itu, saya ingin menyeru dan meniup semangat kebangkitan semula pejuang, aktivis, serikandi wanita untuk mara ke hadapan dan bersama-sama Presiden parti membantu memupuk semula peradaban orang Melayu yang lebih berdisiplin, berwawasan, berintegriti, inovatif, kreatif, progresif, dinamik dan mampu menyumbang untuk memastikan kemenangan besar UMNO dan BarisanNasional dalam Pilihan Raya Umum. InsyaAllah. 

Wahai Pejuang Bangsa, Serikandi Negara, 

Sesungguhnya Wanita UMNO mesti berani dan bersemangat untuk tampil kehadapan menjadi penggerak dan pemangkin kepada proses penjanaan jati diri dan membina semula kekuatan bangsa Melayu di milenium ini. Kita boleh menempa kejayaan kerana orang Melayu mempunyai sifat-sifat yang mudah dibentuk kepada kecemerlangan, keunggulan dan kebaikan jika diolah dengan bijaksana. Wanita UMNO selaku ibu kepada rakyat Malaysia mesti kembali kepada tugas pembangunan dan perkembangan keluarga yang asas iaitu mendorong, mendidik, membimbing, memupuk, mengolah dan mentarbiah generasi yang berkualiti dan berperadaban tinggi. Sesungguhnya ibu itu adalah madrasah bagi setiap anak, dan anak itu adalah amanah Allah kepada kita. Justeru, saya mahu mengajak seluruh wanita kembali kepada fitrah yang tulus lagi ikhlas ke arah regenerasi masyarakat. Gesaan dan harapan ini amat relevan dengan pusingan generasi UMNO sendiri yang kini memasuki kitaran generasi ketiga. Generasi pertama adalah generasi datuk nenek kita yang memperjuangkan dan mengisi kemerdekaan; generasi kedua adalah era membangunkan negara; dan kini tiba kitaran generasi ketiga membina impian dan mengorak langkah ke arah memartabatkan ketamadunan dan kegemilangan bangsa Melayu dan rakyat Malaysia ke arah menjadi insan global yang unggul dan dihormati.
Puan-puan dan tuan-tuan,

Hari ini hasil perjuangan UMNO dan Barisan Nasional , wanita Malaysia berada disatu tahap yang membanggakan. Peningkatan akses kepada pendidikan, peluang pekerjaan dan perubahan sosio-budaya di kalangan masyarakat telah membolehkan wanita bergerak progresif dan berpeluang untuk menyumbang secara aktif kepada pembangunan negara. Ini diperkukuhkan lagi dengan sokongan Kerajaan yang sentiasa mengambil berat tentang isu dan kepentingan wanita serta mengiktiraf
wanita selaku ‗rakan pembangunan negara‘ (partners in national development).Di antaranya ialah kewujudan bab khusus mengenai ―Wanita dan Pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Keenam sehingga Rancangan Malaysia Kesembilan. Kewujudan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Pindaan Artikel 8(2) Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan perkataan ‗gender‘ bagi menghalang daripada berlakunya diskriminasi berasaskan gender. Pelbagaiundang-undang dan peraturan telah dipinda berikutan dengan PindaanPerlembagaan.Namun begitu, ledakan teknologi maklumat, proses globalisasi, transformasi politikserta perubahan iklim ekonomi baik di peringkat nasional mahupun globalmemberikan pelbagai bentuk cabaran baru untuk wanita Malaysia. Antara cabaranutama yang dihadapi wanita adalah:- 

Pertama,
kadar penyertaan wanita dalam pasaran buruh masih rendah.Statistik terkini menunjukkan kadar penyertaan wanita di negara dalam sektorpekerjaan adalah pada kadar 45.7 peratus jika dibandingkan denganperatusan tenaga kerja wanita di negara lain yang mencecah sehingga 70peratus; 

Kedua,
isu pembangunan ekonomi wanita dan isu kemiskinan terutama dikalangan isi rumah yang diketuai oleh wanita termasuk ibu tunggal di bandardan luar bandar; 

Ketiga,
masih terdapat undang-undang dan peraturan yang dianggapmendiskriminasikan wanita walaupun secara tersirat; 

Keempat,
peningkatan kes keganasan terhadap wanita termasuk keganasanrumah tangga, rogol, sumbang mahram, pencabulan dan gangguan seksualdi tempat kerja; 

Kelima,
risiko yang lebih tinggi dihadapi oleh wanita terhadap isu-isukesihatan masa kini seperti kanser dan HIV/AIDS; dan 

Keenam,
tahap wanita di peringkat pembuat keputusan terutama dalam bidang politik dan korporat masih rendah.Selaras dan seiring Dasar Wanita Negara 2009 dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita, saya dengan ini ingin memaklumkan bahawa di dalam pemetaan agendaWanita UMNO Malaysia, kita akan memberi tumpuan kepada 13 sektor utama iaitu:

i) Ekonomi;
ii) Kemiskinan;
iii) Undang-Undang;
iv) Keganasan terhadap wanita;
v) Kesihatan;
vi) Pendidikan dan latihan;
vii) Sains dan teknologi;
viii) Wanita dalam pembuat keputusan;
ix) Mekanisme, jentera dan institusi pembangunan wanita;
x) Media;
xi) Alam sekitar;
xii) Sukan; dan
xiii) Kebudayaan, kesenian dan warisan.

Daripada 13 sektor utama ini pengkhususan dan fokus akan diberikan kepada 3 isu yang memerlukan perhatian secepat mungkin iaitu:-

Pertama: Wanita dan Undang-Undang Syariah


Undang-undang Syariah merupakan sebahagian ketetapan kehidupan dalam Islamtanpa membezakan bangsa, warna kulit dan gender. Islam juga mementingkan hak-hak kemanusiaan, termasuk keadilan dan kesaksamaan terhadap wanita. Dengan adanya undang-undang Syariah yang lengkap dan menyeluruh seperti yang ada sekarang ini, wanita di Malaysia mempunyai ruang dan peluang menuntut hak mereka di samping untuk maju ke hadapan.Walaupun undang-undang Syariah sedia ada bercirikan keadilan dan kesaksamaan, namun pelaksanaannya menimbulkan pelbagai masalah yang memudaratkan wanita. Kes-kes seperti perceraian, tuntutan fasakh, tuntutan perceraian taklik dan tuntutan nafkah serta tuntutan penjagaan anak yang tertunggak lama memberi kesan negatif kepada wanita. Masalah ini lebih dirasai oleh ibu-ibu tunggal dan ibu yang ditinggalkan yang semata-mata bergantung kepada pemberian nafkah daripada bekas-bekas suami.Statistik kes mal di mahkamah Syariah sepanjang tahun 2005-2008  menunjukkan bilangan kes dalam prosiding yang agak tinggi iaitu 5,350 kes (41%) daripada 12,839 kes tuntutan fasakh; 16,308 kes (41.3%)  daripada 39,474 kes tuntutan perceraian; dan 7,734 kes (54.1%) daripada 13,557 kes tuntutan pengesahan cerai taklik. Bilangan kes yang tinggi ini jelas menunjukkan wujud masalah dalam pelaksanaan undang-undang Syariah.


Bagi menjamin hak wanita dilindungi sepenuhnya, pihak-pihak berwajib terutama pihak mahkamah hendaklah lebih serius dan prihatin terhadap kebajikan dan kesejahteraan kaum wanita dalam melaksana dan menguatkuasakan undang-undang Syariah. Undang-undang yang ada perlu dikuatkuasakan dengan tegas danserius. Umpamanya, waran tangkap hendaklah dikeluarkan kepada mereka yang engkar perintah mahkamah Syariah sama ada tidak menghadirkan diri semasa perbicaraan ataupun engkar membayar nafkah.


Masalah pentadbiran seperti perintah mahkamah yang tidak dapat dilaksanakan dinegeri lain juga memberi kesan negatif kepada kaum wanita. Justeru, tiba lah masanya bagi kerajaan-kerajaan negeri mempertimbangkan penyeragaman pentadbiran undang-undang keluarga Islam. Dengan adanya penyeragaman ini, penyelesaian kes-kes keluarga dapat dipercepatkan dan ditangani dengan lebih berkesan.

Kedua: Pengupayaan Ekonomi Wanita


Dalam tempoh 1990-2008, kadar penyertaan wanita dalam pasaran buruh tidak berganjak pada jajaran 44% hingga 47%. Di negara-negara maju, kadar penyertaan wanita dalam pasaran buruh jauh lebih tinggi berbanding Malaysia. Umpamanya  United Kingdom 69.7%,  Amerika Syarikat 69.2%, Australia 68.4%, Jerman 66.9%, Jepun 60.8% dan Korea Selatan 54.5%. Dilihat dari segi nisbah antara lelaki dan wanita dalam pasaran buruh pula, nisbahnya adalah 64:36. Keadaan ini tidak selari dengan pencapaian pendidikan wanita di peringkat tertiari yang telah mengata silelaki pada nisbah 60:40 sejak awal tahun 1990an.


Penyertaan yang rendah ini bukan kerana wanita tidak memasuki  pasaran buruh,tetapi kerana wanita yang sedia ada keluar daripada pasaran buruh lebih awal. Kajian yang dijalankan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan KeluargaNegara (LPPKN) menunjukkan bahawa 55.0% wanita menyatakan sebab utama berhenti kerja adalah untuk mengurus rumah tangga, menjaga anak atau menjaga ahli keluarga. Terdapat juga pegawai-pegawai wanita di sektor awam yang memilih untuk bersara awal atas alasan menjaga anak atau menjaga ahli keluarga yang lanjut usia dan yang sakit. Keadaan ini jika tidak dibendung akan merugikan bukan sahaja wanita tetapi juga negara kerana tenaga buruh yang ada tidak dapat dioptimumkan. Justeru, isu keseimbangan tanggungjawab antara kerjaya dan keluarga (work-life balance) hendaklah dijadikan agenda utama Wanita UMNO.


Para majikan sama ada di sektor awam mahu pun swasta hendaklah lebih serius dalam usaha menyediakan kemudahan penjagaan anak kepada pekerja. Pada masaini, kemudahan penjagaan anak di tempat kerja masih lagi tidak mencukupi.Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat, hanya 13.3% daripada 60 syarikat yang disoal selidik menyediakan kemudahan TASKA. Ketidaksuaian tempat kerja untuk menubuhkan TASKA bukanlah alasan kerana usaha boleh dibuat untuk menubuhkan TASKA dikawasan perumahan tempat tinggal pekerja.

Para majikan juga hendaklah mempertingkatkan cara pengurusan kerja yang fleksibel. Waktu kerja anjal, bekerja dari rumah dan teleworking hendaklah diamalkan secara lebih meluas. Walau bagaimanapun, cara kerja alternatif ini tidaklah seharusnya terhad kepada pekerja wanita. Bagi ahli keluarga pula, persepsidan minda hendaklah diubah. Dalam keadaan sekarang, tugas menguruskan keluarga bukan tugas dan tanggungjawab wanita semata-mata. Malah ia juga adalah tanggungjawab bersama semua ahli keluarga tanpa mengira gender. Nilai ini perlu diterapkan dalam institusi keluarga khususnya kepada anak-anak daripada peringkat awal lagi.
Wanita juga mesti mempunyai keupayaan dari segi ekonomi atau economically independent. Dengan adanya keupayaan tersebut, wanita mampu berdikari dan tidak hanya bergantung kepada orang lain, terutama jika sesuatu musibah terjadi dalam keluarga. Keusahawanan merupakan satu bidang yang berpotensi untuk diceburi sebagai menjana pendapatan. Walaupun bidang ini mempunyai banyak risiko, kaum wanita mesti berani mengambil risiko dan menghadapi cabaran-cabaran dalam dunia perniagaan untuk mendapatkan pulangan yang lumayan. Justeru, kaum wanita mesti melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang perniagaan dan keusahawanan yang sangat mencabar. Kepada usahawan wanita yang telah berjaya, mereka hendaklah menjadi mentor kepada mereka yangbaru menceburi bidang ini supaya dengan bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikanakan menjadikan mereka lebih kompetitif dan turut mencapai kejayaan. Saya berharap usahawan wanita sama-sama berkongsi kebolehan dan pengalaman dantidak seharusnya ada sikap dengki mendengki diantara satu sama lain. Rebutlah peluang yang ada, yang disediakan oleh Kerajaan atau mana-mana badan, untuk mengembang dan meluaskan rangkaian perniagaan. Usahawan wanita juga harus kental semangat dan tidak gentar untuk menerokai pasaran antarabangsa. 

Ketiga: Kepimpinan Wanita 

Dalam bidang politik, perwakilan wanita di peringkat pembuat keputusan di semua tahap masih lagi rendah. Melihat kepada statistik, wanita Malaysia masih jauh daripada tahap 30%. Kita amat menyokong bahawa pelantikan atau pemilihan wanita ke jawatan pembuat keputusan perlu berasaskan kebolehan individu iaitu darisegi ilmu pengetahuan, kemahiran, personaliti dan sebagainya. Namun, dalam masayang sama, kepimpinan di peringkat tertinggi hendaklah mencerminkan keahlian dalam sesebuah parti politik.Umpamanya bilangan wanita sebagai ahli UMNO (termasuk ahli Puteri) adalahseramai 1.68 juta orang atau 48.3%. Namun, bilangan wanita yang menduduki MajlisTertinggi hanya 6 orang atau 11.8% sahaja. Begitu juga di peringkat negeri,bahagian dan cawangan di mana perwakilan wanita masih lagi kecil iaitu sekadar "mewakili Wanita UMNO" , bukannya " mewakili UMNO ". Pemimpin wanita seharusnya diberi peranan sebagai pemimpin arus perdana UMNO bukan hanya mewakili sayap tertentu.
Pemimpin-pemimpin politik wanita juga perlu mengubah sikap dan tidak melihat diri semata-mata layak memimpin di peringkat sayap wanita sahaja. Wanita perlu menampilkan kewibawaan kepemimpinan yang menunjukkan wanita layak dan kompeten untuk dilantik memegang jawatan utama dalam parti induk. Oleh itu,sudah sampai masanya wanita keluar daripada pemikiran sebagai pemimpin Wanita UMNO sahaja. Kita perlu berfikir di luar lingkungan Wanita UMNO dan mengoraklangkah serta bertindak bagi mendapat pengiktirafan terhadap peranan dansumbangan yang diberikan selama ini. 
Hasrat ini tidak mustahil menjadi kenyataan memandangkan daya kepimpinan dandaya juang yang tinggi yang ditunjukkan oleh pemimpin wanita dalam UMNO.Justeru, pucuk pimpinan perlu memberi peluang dan ruang yang sama untuk wanitadilantik atau dipilih sebagai pemimpin di peringkat tertinggi parti. Di kalangan wanitapula harus ada keyakinan dan hendaklah memberi sokongan padu terhadapkepimpinan wanita. Sokongan yang diberi bukan kerana mereka wanita tetapikerana pemimpin wanita juga setanding dengan pemimpin lelaki dan mampumemikul tanggungjawab dan cabaran. Dengan bilangan ahli wanita yang ramai,saya yakin kita mampu membuat perubahan.
Kita Wanita UMNO mesti berjuang bagi menyerlahkan potensi 13.9 juta orang wanita Malaysia tidak akan terhenti di sini. Saya percaya bahawa ‗pelaburan ke ataswanita‘ adalah pelaburan paling bijak yang dapat memberi pulangan jangka panjang dan berterusan kepada kemakmuran negara.
Pelaburan yang saya maksudkan bukan sahaja dalam bentuk material dankewangan, malahan meliputi ke semua keperluan utama yang dapat melonjakkansumbangan wanita terhadap pembangunan negara seperti menambah baik kemudahan kesihatan, meningkatkan peluang pendidikan dan menggalakkan penglibatan wanita dalam aktiviti ekonomi.
Saya amat berbangga kerana wanita sebagai penjana ekonomi negara menjadi antara teras terpenting negara dan mendapat perhatian Yang Amat Berhormat Dato‘ Sri Presiden.
Pelaburan terhadap wanita khususnya dalam keadaan krisis ekonomi global akanmempercepatkan pemulihan ekonomi di samping mengurangkan jurang gender dankadar kemiskinan.
Pembangunan modal insan wanita bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remehatau dipinggirkan. Kegagalan untuk berbuat demikian amatlah merugikan negara.Potensi dan produktiviti wanita dapat digilap lagi dengan sepenuhnya dalam situasipersekitaran yang mesra wanita dan keluarga.
Para hadirin sekalian,
Mengambil kira pemetaan agenda tersebut, saya telah tentukan usaha bagimenentukan perjuangan ke arah sekurang-kurangnya 30% wanita di peringkat pembuat keputusan dalam parti UMNO diberi perhatian. Bilangan kaum wanita pada tahap sekurang-kurangnya 30% adalah penting kerana: 

● Kewujudan ―siling kaca‖ (glass ceiling) menyebabkan wanita yang berpotensi dan berkelayakan tidak dapat memegang jawatan di peringkat pembuat keputusan. Fenomena ini adalah disebabkan oleh tanggapan bahawa hanya lelaki sahaja yang layak memegang jawatan di peringkat tertinggi dan adalah mustahil bagi wanita untuk berada di peringkat tersebut; 

● Isu keseimbangan kerjaya dan keluarga menjejaskan peluang wanita untuk berjaya dalam kerjaya memandangkan wanita masih dianggap sebagai penjaga keluarga yang utama. Ini menyebabkan ramai wanita terpaksa membuat keputusan keluar daripada pasaran pekerjaan atas sebab menjaga anak yang masih kecil dan ahli keluarga yang memerlukan penjagaan; dan 

● Kurangnya penonjolan wanita di tempat kerja (invisible woman) walaupun mereka telah berjaya memberi sumbangan kepada organisasi.Pengaruh persekitaran yang membentuk peranan gender juga telah menyebabkan wanita kurang berkeyakinan untuk memegang jawatan yang penting walaupun berkelayakan untuk berada di peringkat pembuat keputusan.
Alhamdulillah akan ada perubahan di dalam struktur UMNO jika cadangan Pindaan Perlembagaan di mana pembabitan wanita akan diarus perdana dan diinstitusikan kepimpinan wanita di dalam UMNO induk, di cawangan, di bahagian dan diperingkat Majlis Tertinggi.
Dahulunya hanya sejumlah lebih kurang 280 perwakilan wanita (terdiri daripadaKetua Pergerakan, Ahli Majlis Tertinggi Wanita, Ketua Wanita Bahagian, Perwakilan 10 dan anggaran 70 orang yang terdiri daripada G7) yang diberi peluang untuk memilih pucuk pimpinan.
Jika cadangan-cadangan pindaan Perlembagaan diterima di dalam Perhimpunan Agung Khas ini kelak, maka peningkatan ketara kepada sekurang-kurangnya 22,500 perwakilan wanita dari peringkat cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi akan berpeluang dan diberi tanggungjawab penting untuk bersama-sama kaum bapa memilih pucuk pimpinan parti dan menentukan hala tuju masa hadapan
UMNO.
Wanita juga diberi pengiktirafan apabila satu tambahan tempat diberi secara lantikan. Jika dahulu Presiden boleh melantik ahli Majlis Tertinggi seramai 12 orang tetapi kini ia bertambah kepada 13 orang iaitu khusus kepada wanita. Begitu juga diperingkat bahagian daripada 7 orang kepada 8 orang dengan syarat diberikan kepada wanita. Di peringkat cawangan pula daripada 5 orang kepada 6 orang dan turut diberikan kepada wanita.
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Presiden, Timbalan Presiden dan barisan ahli jawatankuasa usul yang diketuai oleh Yang Berhormat Dato‘ Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn selaku Pengerusi Jawatankuasa Pindaan di atas sokongan terhadap syor-syor Pindaan Perlembagaan yang dibawa oleh Wanita UMNO. Walaupun tidak semua cadangan yang dikemukakan diterima namun Wanita UMNO tetap positif kerana ia membuka lembaran dan era baru dalam kepimpinan wanita dalam parti siasah utama negara.
Para hadirin sekalian,
Sejak kepimpinan baru Wanita UMNO mulai Mac 2009, kita menghadapi situasi yang begitu menarik sekali yang memberi kekuatan dalaman kepada kita selaku pemimpin politik.
Untuk UMNO kita menghadapi 6 pilihan raya kecil dalam masa 7 bulan selepas Perhimpunan Agung Mac 2009. Namun begitu kita tidak gentar. Malah kita bersemangat untuk memulakan beberapa program outreach yang baru yang akan mendekatkan kita ahli Wanita UMNO di semua peringkat di cawangan, bahagian dan nasional dengan masyarakat dan pengundi seperti program Jalinan Rakyat dan Program Kebajikan iaitu Projek Sayang. Saya berharap program ini dan program-program lain yang akan dimulakan selepas ini akan didokong dan dihayati oleh ahli-ahli UMNO di seluruh pelusuk negara.
Puan-puan dan tuan-tuan,
Akhir sekali, saya ingin mengajak Wanita UMNO supaya melengkapkan diri dengan ilmu, kepakaran, keyakinan, jati diri dan berdisiplin untuk mengorak langkah dan memimpin regenerasi masyarakat Malaysia. Inilah masa untuk kita tampil kehadapan, sebagai ibu kepada negara, membuat perubahan yang terbaik untuk nusa dan bangsa.
Wassalam dan Selamat Bersidang

UCAPAN DASAR KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA 
DATUK ROSNAH ABDUL RASHID SHIRLIN
“ MENGGARAP 1PERJUANGAN, MENGUKUH PUTERI,MENJULANG PARTI ”

Bismillah Hir Rahman Nir Rahim,
Assalamualaikum Wrt. Wbt,
Y.Bhg. Puan Pengerusi Tetap
Y.Bhg. Puan Timbalan Pengerusi Tetap
Y.Bhg. Puan Shahanim Mohd Yusof, 
Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Y.Bhg. Puan Nor Azita Abdul Rahman Penolong Setiausaha Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Y.B Dr. Wan Norashikin Wan Nordin Penolong Bendahari Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Y.Bhg. Puan Nordiana Shafie Ketua Penerangan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
YB / Y.Bhg. Naib Pegawai, Ahli-ahli Exco dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri-Negeri
Wakil Majlis Tertinggi UMNO Malaysia 
Y.B. Dato‘ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
YB Senator Mejar Jeneral Dato‘ Jamil Khir Hj Baharom 
YB Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Perwakilan dan Pemerhati yang dikasihi,
Turut dialu-alukan 2 mantan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, 
Y.B. Datuk Azalina Othman Said dan 
Y.B Datuk Noraini Ahmad, 
( yang tidak jemu memberikan sokongan, nasihat dan teguh berdiri menyokong Puteri )

1. Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, maka dapat kita berkumpul dalam suasana di bulan Syawal yang penuh keberkatan dan nikmatnya ini. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua perwakilan yang berada di dewan yang mulia ini.

2. Puji dan syukur juga ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. kerana di atas semangat perjuangan baginda Puteri hadir untuk meneruskan agenda perjuangan agama, bangsa dan Negara.

3. Saya ingin merakamkan rasa syukur dan terharu kerana pada tahun ini sudah cukup usia Puteri berdiri teguh, segar dan relevan selama 8 tahun dipayungi oleh parti UMNO yang kita cintai dan kasihi.

4. Syukur dan penuh insaf juga kerana perhimpunan ini dapat diadakan dalam suasana aman, tenteram dan harmoni dibawah kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional yang terus gah membawa Malaysia ke persada dunia.

5. Terima kasih diucapkan kepada semua perwakilan di atas semangat,komitmen dan dedikasi untuk memastikan Puteri terus kekal utuh, disegani lawan dan disenangi kawan.

Sidang Perwakilan Yang Dihormati Sekalian,

6. Hampir enam bulan proses pemilihan parti selesai. Ini merupakan ucapan sulung saya sebagai Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.

7. Hakikatnya tanggungjawab yang diamanahkan di bahu saya ini amat berat.Menjadi ketua dan pemimpin kepada 320,000 ahli Puteri di seluruh negara bukan lah tugas yang mudah. Ia juga bukan sekadar mengisi kekosongan, bukan sekadar memenuhi rutin pemilihan parti setiap lima tahun. Tugas ini datang bersamak epercayaan yang diberikan oleh ahli-ahli Puteri. Justeru saya sama sekali tidak boleh memandang ringan jauh sekali mengejar glamor sebaik sahaja dipilih sebagai

8. Saya yakin dan percaya ini merupakan platform terbaik untuk sayamenyalurkan informasi dan amanat. Saya akan kiaskan pergerakan ini seperti sebuah rumah kediaman, yang sejuk untuk didiami, meriah untuk dikunjungi dan yang elok dipandang mereka yang melintasi. Untuk itu, sebagai asas kepada pembinaan sebuah rumah, strukturnya perlu kukuh dan kuat.

9. Oleh itu adalah menjadi agenda utama saya, bagi meletakkan struktur yang kuat, saya akan memastikan setiap daripada kita memperbaharui tekad untuk memastikan kita terus bersatu di bawah satu perjuangan....1 Malaysia.


Perwakilan yang dikasihi sekalian,

10. Agenda penyatuan dan pengukuhan kekuatan ahli Puteri tidak akan dapat diteruskan tanpa sokongan dan kerjasama adik-adik semua. Selagi masih ada cakap-cakap di belakang, selagi itulah penyatuan dan perpaduan tidak dapat dilaksanakan. Selagi tiada keikhlasan di kalangan kita untuk menggerakkan agenda Puteri sebagai sayap parti, selagi itulah kita tidak akan berjaya melaksanakan amanat pucuk pimpinan yang mahu Puteri menyumbang kudrat serta buah fikiran demi masa depan UMNO - parti yang menjadi tempat kita - umat Melayu bergantung dan berteduh.

11. Sebab itu saya amat percaya bahawa tidak boleh ada `gunting dalam lipatan‘dalam Puteri UMNO. Jangan ada yang menjadi api dalam sekam - perlahan-lahan`membakar‘ dan menyemarakkan api kebencian sesama kita dan membenci pemimpin, sehingga merungkai tali perpaduan dan kasih-sayang yang selama ini menjadi pengikat kepada keutuhan dan kejituan pergerakan ini.

12. Kita terpaksa menyentuh soal perpaduan, sokongan serta kesetiaan kepada pemimpin. Kita tidak mahu pergerakan kita ini yang ditubuhkan untuk menguatkan parti menjadi beban pula kepada UMNO Puteri sepatutnya bergerak menggempur musuh-musuh kita di luar sana. Bukannya berdendam dan bercakaran sesama sendiri. Kalau kita asyik bergaduh dan berbalah sesama kita, siapa yang akan untung? Musuh kita di luar sana juga yang akan untung. Sebab itu bibit-bibit perpecahan ekoran pemilihan dahulu tidak boleh dibiarkan bersisa dalam pergerakan ini. Setiap daripada kita kena ketepikan kepentingan dan agenda peribadi. Sekali lagi saya tegaskan, pemilihan sudah berlalu.

13. Kini adalah masa untuk kita merapatkan barisan. Mengeratkan persaudaraan dan menumpukan kepada agenda kita –agenda untuk mengukuhkan parti, bangsa dan agama. Itu matlamat perjuangan kita. Itu selari dengan suruhan agama kita.Akhirnya, itu lah matlamat wujudnya pergerakan ini. Itu lah budaya terapan kita. Jika sisa perpecahan itu kita biarkan merebak dan menjadi kudis... Akibatnya amat parah.

14. Kerja-kerja dalam Pergerakan Puteri tidak dapat dilaksanakan. Program-program yang dirancang dilihat gagal menyusur ke akar umbi - mengapa jadi begini?Kerana antara kita masih ada yang gah mengangkat perjuangan peribadi, menongkat kepentingan diri dan membelakangkan parti, natijahnya Puteri bukan sahaja jauh di mata tapi nun jauh dari hati....

15. Justeru saya memohon dan menyeru supaya adik-adik dalam Puteri matang serta bijak mengimbangi antara perjuangan parti dan kepentingan peribadi - yang mana satu hendak diberi keutamaan. Kalau perjuangan yang diutama. Pergerakan kita akan kuat. Tetapi jika matlamat peribadi yang dikejar. Kita tidak akan ke mana.Seperti kata orang Sabah, maju ke depan kita ampai-ampai, mundur ke belakang kita lugai-lugai.

16. Hanya dengan bersikap matang dan bersatu kita dapat membuktikan bahawa pergerakan kita relevan. Barulah pergerakan kita selayaknya mendapat pengiktirafan sebagai satu sayap yang suaranya didengari - kehendaknya dihormati- yang pandangannya diperakui.

17. Kita mesti merenung dan menilai adakah selepas lapan tahun kita mempunyai arah tuju yang benar-benar menyokong perjuangan parti kita? Adakah kita berperanan sebagai pergerakan generasi muda yang prihatin terhadap perjuangan agama, bangsa dan negara? Atau kita hanya menjadi penonton dan kadangkala langsung tidak kisah apa itu kepentingan bangsa jauh sekali memikirkan perihal kedudukan agama.

18. Sedangkan cabaran yang menunggu kita setiap hari sangat besar. Ahli-ahli pergerakan Puteri yang dikategorikan sebagai orang muda, cantik, pandai bergaya, berpendidikan tinggi mesti peka kepada tuntutan semasa. Kita mesti memastikan bahawa ketika kita mencalit gincu di bibir - perihal bangsa dan agama mesti dipalit difikiran kita. Ketika kita petah berbicara tentang dunia fesyen dan hiburan, kita tidak patut lupa nasib bangsa. Kedudukan kita semakin tidak selesa berikutan ungkitan demi ungkitan membabitkan perkara-perkara yang telah pun dipersetujui dalam Perlembagaan.

19. Kita mahu buktikan yang kita bukan sekadar tempelan, kekuatan yang ada pada kita bukan sekadar untuk berkempen merayu undi ketika pilihan raya. Tetapi kita juga kena terbabit dalam perkara penting. Jangan pula apabila membabitkan bab yang yang lebih besar kita dipinggirkan. Kita mahu duduk sama rendah, berdirisama tinggi dengan dua lagi sayap UMNO iaitu Pemuda dan Wanita.

20. Jika mereka menjadi sayap, kita juga mesti terbang dengan sayap itu. Jika mereka menjadi tulang belakang, biarlah kita kekal menjadi tulang rusuk yang menjadi rasuk yang mengukuh. Rasuk pada tiang seri sebuah rumah yang kukuh berdiri tanpa sebatang pun paku. Kita bukan pesaing sayap lain, malah Puteri adalah pengukuh dan penyokong. Kita juga ada perjuangan untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara.

21. Saya percaya, malah saya yakin bahawa cabaran untuk menjadikan pergerakan ini terus relevan datang dari dalam Puteri sendiri. Kita tidak perlu mencari orang lain, atau menyenaraikan faktor luar sebagai punca pergerakan inilemah. Ini kerana segala puncanya adalah dari dalam pergerakan kita sendiri. Kelemahan ini yang mesti segera kita perbaiki dan kita perbetulkan. Kita lemah bukan kerana pembangkang . Hakikatnya kitalah yang menjadi penentu jatuh bangunnya pergerakan kita. Dalam hal ini adalah penting untuk kita duduk merenung dan menilai arah tuju pergerakan kita. Tidak salah kita bermuhasabah


PINDAAN PERLEMBAGAAN

Perwakilan yang dikasihi sekalian,

22. Kita berterima kasih kepada pucuk pimpinan kerana tampil dengan cadangan pindaan perlembagaan parti. Kita percaya cadangan ini jika diterima dan diluluskan kelak UMNO akan menjalani transformasi.

23. Transformasi itu akan menjadikan UMNO parti yang benar-benar mewakili setiap golongan di peringkat akar umbi.

24. Paling penting penglibatan golongan muda dipertingkatkan. Dengan menjadikan Ketua Puteri Cawangan dan Ketua Pemuda Cawangan secara automatik sebagai perwakilan ke bahagian maka golongan muda akan membentuk satu angka atau kumpulan yang signifikan dalam parti.

25. Selain itu lebih ramai ahli terlibat dalam pemilihan jawatan presiden serta semua jawatan tertinggi parti menjadikan pemimpin UMNO adalah gambaran sebenar pemimpin yang dikehendaki oleh rakyat.

26. Cadangan ketua sayap secara automatik menjadi perwakilan ke bahagian membolehkan mereka lebih berperanan dan mempunyai kuasa untuk memilih dari jawatan tertinggi parti sehingga ahli-ahli Majlis Tertinggi. Ini bermakna kuasa memilih pucuk kepimpinan parti tidak lagi berada di tangan hanya 2,500 orang perwakilan sebaliknya ia akan diturunkan kepada 150,000 perwakilan di 191 mesyuarat perwakilan bahagian.

27. Kaedah baru ini bukan saja akan membendung gejala politik wang, malahan ia juga menjadikan UMNO parti yang benar-benar serius mahu melibatkan ahli-ahli mengambil bahagian dalam struktur dan proses membuat keputusan.

28. Begitu juga dengan pindaan bagi membolehkan ketua sayap cawangan boleh menandatangani borang untuk permohonan ahli baru memudahkan orang ramai untuk menjadi ahli UMNO . Langkah ini menjadikan UMNO tidak eksklusif untuk golongan tertentu sahaja.

29. Kesemua pindaan ini penting untuk membolehkan jangka hayat UMNO bertahan sebagai sebuah parti yang memenuhi aspirasi rakyat. Ia juga amat relevan untuk memastikan kesinambungan UMNO sebagai sebuah parti yang menjiwai keperluan golongan muda. Dengan perubahan ini UMNO akan kembali mendukung asas perjuangannya untuk mengangkat martabat agama, bangsa dan negara. Hakikatnya transformasi parti menuntut kita sebagai ahli mengikat aku janji bahawa kita mesti berubah - bukan setakat cuba berubah atau kena berubah.

30. Perubahan itu bermula di peringkat minda. Disusuli pula dengan menggerakkan jentera parti kita sehingga ke peringkat akar umbi. Inilah masa nya untuk kita membetulkan semula landasan perjuangan kita. Sebagai sayap yang mewakili generasi muda ini lah peluang untuk kita membuktikan peranan kita. Peranan untuk memasyarakatkan UMNO . Peranan untuk merakyatkan UMNO dan peranan untuk mengakarumbikan UMNO.

31. Transformasi ini juga menuntut kita membuktikan bahawa parti kita bukan eksklusif sifatnya - jauh sekali kita bersifat elitis, sebaliknya sifat parti kita adalah inklusif - berkhidmat untuk semua. Oleh itu gerak kerja jentera pergerakan kita mestike arah itu. Kita tidak boleh menjadi umpama kad touch n go - berkobar-kobar semangat semasa mendengar pemimpin berucap, sebaik sampai ke bahagian atau cawangan, kita hilang kesungguhan.


32. Inilah perubahan, inilah iltizam. Inilah kehendak rakyat, inilah keazaman yang mesti ada pada setiap pemimpin.Setiap daripada kita mesti diikat dengan rasa takut, rasa gerun atau fear factor akan cabaran-cabaran yang ada di keliling kita. Hanya dengan mempunyai kegerunan dan kebimbangan maka kita akan bekerja keras demi menyelamatkan parti, demi menyelamatkan agama, bangsa dan negara.

33. Kita mesti mengakui bahawa sindrom selesa hanya akan menjahanamkan parti, meletakkan parti dalam bahaya.Sebab itu kita kena bekerja keras tanpa mengenal penat dan lelah, kita tidak boleh berputus asa, kita tidak boleh cepat mengaku kalah dalam usaha untuk menarik sokongan ahli-ahli baru di luar sana.

KEMPEN KEAHLIAN

Yang dihormati perwakilan sekalian,

34. Apabila kita bercakap mengenai mendapatkan keahlian automatik maka kita mesti bersatu untuk memastikan kita mempunyai alasan terbaik untuk berbuat demikian. Kita kena pastikan bahawa kita selayaknya memperjuangkan tuntutan tersebut. Kita mesti menyakinkan pucuk pimpinan parti bahawa tuntutan kita wajar.

35. Apa gunanya kita memperjuangkan keahlian automatik ahli-ahli Puteri jika kita sendiri enggan melaksanakan segala program yang telah dirancang. Apa gunanya kita melanjutkan usia untuk berada dalam Puteri jika kita sendiri enggan menjadi matang dan bersikap ambil mudah, memandang ringan sehingga ke satu peringkat enggan menghormati tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita. Yang paling penting apa guna kita minta dan desak itu dan ini jika kita tidak bersatu dan berhasad dengki serta iri hati sesama sendiri. Tepuk dada tanyalah selera.

Sidang Perwakilan Yang Dihormati Sekalian,

36. Sebab itu suka saya mengingatkan adik-adik saya semua bahawa tugas dan tanggungjawab kita hakikatnya tidak mudah untuk digalas. Tugas dan tanggungjawab kita amat besar - pengajaran Mac 2008 dan siri kekalahan dalam enam pilihan raya kecil selepasnya bukan hanya untuk difikirkan oleh pimpinan kita.

37. Kita generasi muda yang ingin digelar sebagai generasi prihatin mesti berkongsi beban untuk belajar daripada `tragedi‘ itu. Kita mesti akui sebahagiandaripada punca kemerosotan prestasi kita disebabkan oleh `kegagalan‘ kita untuk mendapatkan keyakinan golongan muda. Kita gagal memastikan orang muda supaya memihak kepada kita. Sedangkan lebih 40 peratus pengundi adalah dikalangan usia kita. Kita tidak boleh sekadar menjadi penonton kepada episod sedih jatuhnya lima negeri ke tangan pembangkang. Tak kan kita hendak tengok sajaparti yang kita dokong dan yang kita sayang ini kalah satu demi satu pada pilihanraya kecil. Daripada sembilan pilihan raya kecil selepas Pilihan Raya UMUM 2008,kita hanya menang di DUN Batang Ai dan DUN Bagan Pinang.

38. Ini bukan satu pencapaian yang baik dalam sejarah perjuangan parti kita. Dankita yang merupakan pendokong UMNO dan penggerak BN tidak boleh sekadar menjadi penonton. Kita juga tidak boleh duduk meratapi apa yang berlaku itu. Kita kena bangkit kembali menggunakan segala kekuatan dan kelebihan yang ada pada kita untuk meraih sokongan rakyat kepada parti. Puteri mesti bergerak aktif mencari ahli baru. Jika SPR mengakui DAP dan Pas paling aktif mencari pengundi baru,maka Puteri mesti bertindak lebih agresif untuk mencapai matlamat itu. Masa kita tidak panjang. Sehari kita bertangguh, mungkin kita terlepas berpuluh ahli baru.

39. Maka untuk menyemarakkan proses pencarian ahli baru, suka saya mengumumkan bahawa Pergerakan Puteri UMNO Malaysia akan melancarkan Program `Menjejaki Puteri‘ bertujuan menambah keahlian Puteri dan proses penilaian program tersebut akan bermula pada 1hb November 2009 dan berakhirpada 31hb Mei 2010.

Adik-adik yang dihormati,

PENDIDIKAN

40. Sebagai asas sebuah kediaman, lantainya perlulah kukuh untuk dipijak, padat berisi simen berkualiti agar tak lekang dek zaman, tak rekah dek berantakan. Begitulah nilainya pada satu sirah bernama sejarah. Sejarah adalah pengalaman, manusia belajar melalui pengalaman. Sejarah menjadi ibu kepada semangat,semangat dan jati diri seseorang manusia. Sejarah juga adalah asas kepada patriotism. Dalam konteks ini saya ingin menyentuh tentang pentingnya di kalangan ahli-ahli pergerakan Puteri UMNO ini menjadikan sejarah sebagai benteng untuk kita mempertahankan jati diri kita.

41. Mata pelajaran sejarah haruslah diajar di peringkat rendah lagi. Mata pelajaran itu juga mesti diwajibkan bukan untuk peperiksaan tetapi untuk memastikan rakyat Malaysia tanpa mengenal batas kaum dan agama sedar akan latar belakang masing-masing. Mata pelajaran sejarah mesti diajar dengan mengaitkannya dengan perkembangan semasa supaya kepentingannya dapat difahami. Buku teks sejarah mesti diberi nafas baru, bukan sekadar menceritakan kronologi sejarah negara dari zaman batu atau kehebatan Hang Tuah dan bermulanya penjajahan Portugis tanpa diselongkar apa pengajaran di sebaliknya.Teks sejarah yang terlalu menekankan fakta membosankan pelajar.

42. Sejarah mesti diberi layanan sama penting dengan mata pelajaran teras seperti sains, matematik dan bahasa. Guru-guru mata pelajaran sejarah mesti menjadi lebih kreatif. Sukatan pelajaran mesti lebih menarik dan bersifat interaktif. Ini supaya murid-murid dapat menghayati kepentingan mata pelajaran tersebut. Sejarah boleh diajar menggunakan kecanggihan teknologi biar pun orang kata sejarah dan teknologi melanggar tradisi. Hakikatnya tidak terhakis sejarah jika proses mengangkat martabatnya menggunakan teknologi termasuk komputer, multimediadan macam-macam lagi.

43. Dan usaha ini tidak boleh dilengahkan lagi. Hanya mereka yang menghormatisejarah, menilai erti sejarah dapat mencipta sejarah, pengamat sejarah yang mencipta sejarah, untuk itu biarlah Puteri mencipta sejarah dengan menyokongpenambahbaikan pembelajaran dan pengamatan mata pelajaran sejarah di sekolah.

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Sidang Perwakilan Yang Dihormati Sekalian,

44. Bercakap mengenai pengajaran dan pembelajaran di peringkat awal usia termasuk bagi mata pelajaran Sejarah, ia menarik perhatian saya terhadap program Permata Pintar Negara yang dinaungi oleh wanita pertama kita Yang Amat Berbahagia Datin Seri Rosmah Mansor.

45. Program ini juga penting bagi memastikan pelajar dalam kategori pintar dan cerdas baik di bandar mahu pun luar bandar mendapat bimbingan yang betul. Kita pernah mendengar kisah kanak-kanak cerdik dan pintar seperti Hadafi yang akhirnya tercicir dalam semua bidang gara-gara ketiadaan bimbingan dan hala tuju. Lebih malang lagi ada yang menjadi mangsa gara-gara tersilap bimbingan menjadikan masa depan mereka yang sepatutnya cerah bertukar menjadi gelap.

46. Saya yakin program seperti ini wajar diperluaskan. Dan ibu bapa sewajarnyamemberi sokongan dengan menghantar anak-anak mereka yang diyakini termasuk dalam kategori pintar dan cerdas menjalani ujian saringan. Seperti yang ditegaskan oleh YAB Datin Seri Rosmah terdapat lebih 140,000 pelajar dalam kategori tersebut tetapi cuma 20,000 yang tampil menjalani ujian saringan sejak program itu digerakkan pada 2 Mac tahun ini.

47. Untuk itu, bagi mempergiatkan lagi aktiviti dalam khidmat kemasyarakatan Puteri UMNO akan bertindak selaku peneraju sukarelawan dalam program yang dianjurkan oleh Permata Negara. Kita akan sama-sama membanting tulang,mengerah keringat untuk memastikan agenda memperkasakan pendidikan awal kanak-kanak dapat dijayakan.

KEMISKINAN BANDAR

Sidang Perwakilan Yang Dihormati Sekalian,

48. Bercakap mengenai pendidikan, ia mempunyai kaitan rapat dengan usaha memastikan rakyat Malaysia dapat meneruskan kelangsungan hidup dalam keadaan sejahtera dan harmoni. Tanpa pendidikan, peluang setiap daripada kita untuk menikmati hidup yang lebih baik menjadi sangat terhad. Tanpa pendidikan boleh menyebabkan kemiskinan.

49. Jika dulu kita bercakap mengenai kemiskinan luar bandar kini penyakit tersebut sudah melimpah ke bandar. Kesan kemiskinan bandar sangat ketara baik dari segi ekonomi mahu pun sosial. Malah jika tidak dibendung ia sangat merbahaya. Punca kepada peningkatan penyakit kemiskinan bandar ini mesti dikenal pasti. Masalah tersebut mesti segera diatasi terutama bagi menjayakan hasrat Malaysia menjadi negara maju menjelang 2020.

50. Langkah bersepadu ke arah membasmi kemiskinan bandar tidak boleh menunggu lama untuk dilaksanakan. Jika tidak kesannya cukup buruk kepada masyarakat kita. Umpama sebuah tingkap pada sebuah rumah, lolos dan mudah dibolosi. Peningkatan kadar jenayah seperti ragut, pecah rumah, rogol, bunuh,penagihan dadah dan masalah sosial seperti mat rempit, bohsia, bohjan dan segala macam `boh‘ lagi, kebanyakannya berpunca daripada kemiskinan bandar. Apatah lagi dalam keadaan dunia dilanda krisis ekonomi sekarang ini, tempiasnya turut dirasai oleh Malaysia.

51. Seperti yang ditegaskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Y.B. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, negara kita berpotensi menduduki tiga tangga teratas dalam senarai negara-negara di dunia yang mencatatkan penghijrahan penduduk paling tinggi dari luar bandar ke bandar. Tidak ada negara lain yang mencatatkan penghijrahan sedemikian rupa. Paling ramai yang berhijrah semestinya terdiri daripada golongan muda.

52. Untuk itu, usaha yang menyeluruh perlu dibuat untuk kita mengenal pasti bantuan dan sokongan yang boleh dihulurkan bagi mengurangkan bebanan mereka yang terlibat. Saya begitu terharu dan tersentuh dengan konsep tinjau mesra atau walk about yang dipelopori oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Di mana melalui tinjau mesra atau walkabout ini kita dapat mendengar, melihat dan merasai keperitan hidup di bandar dengan lebih telus dan terus. Izinkan saya memetik ucapan beliau, iaitu ― Rakyat tidak boleh berbangga hanya semata -mata kerana Kuala Lumpur mempunyai bangunan pencakar langit, lebuh raya dan jalan yang cantik serta gedung beli-belah mewah kerana itu hanya sebagai pelengkap kepada kota raya moden. Sesebuah kota raya hanya boleh dijadikan kebanggaan apabila keadaan rakyat biasa diambil kira dan mereka bebas daripada sebarang
kesempitan hidup.

53. Di sinilah cabaran yang mesti digalas Puteri. Kita mesti bersama-sama Kerajaan meminimumkan kesan penghijrahan terutama dari sudut sosial. Kita mesti merangka program-program yang dapat membantu orang muda yang berhijrah kebandar agar jati diri mereka tidak tersasar.

EKONOMI MELAYU

Sidang Perwakilan Yang Dihormati Sekalian,

54. Kita tentu tidak lupa kenyataan bahawa kaum Melayu adalah kumpulan terbesar penduduk di negara ini yang pendapatannya di bawah RM1,000. Keadaan ini cukup untuk menggambarkan kedudukan sebenar ekonomi orang Melayu diMalaysia.

55. Sememangnya usaha untuk membantu meningkatkan ekonomi Melayu telah dilaksanakan sejak Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan. Langkah-langkah merangsang ekonomi Melayu juga disusun rapi supaya manfaatnya sampai ke akarumbi.

56. Persoalannya di tahap mana penguasaan ekonomi Melayu ? Pastinya belum menjangkau angka atau sasaran 30 peratus. Adakah keadaan ini disebabkan oleh kelemahan Melayu itu sendiri? Yang pasti Melayu bukan bangsa yang lemah. Melayu begitu masyhur. Melayu satu masa dulu terkenal dengan kekuatannya, Melayu juga pernah digelar pembina empayar. Oleh itu tidak ada kaitannya dengan tahap pencapaian ekonomi Melayu sekarang ini. Cumanya daya saing Melayu mesti dipertingkatkan supaya kita lebih bersedia untuk menyahut cabaran yang lebih besar ke arah memperkukuhkan ekonomi.

57. Jika kita tegar memartabatkan ketuanan Melayu maka kita juga mesti tegarmemastikan kita bergerak cergas untuk meningkatkan penguasaan ekonomi. Kita belum berjaya mencapai sasaran 30 peratus bukan kerana kerajaan tidak menyediakan dasar ke arah itu, tetapi kerana kita tidak berasa tercabar dan tidak berkobar-kobar untuk mencapai matlamat tersebut.

58. Suka saya menyentuh mengenai penubuhan Ekuiti Nasional (Ekuinas) yangmenjadi mekanisme untuk memastikan ekuiti bumiputera mencapai paras 30peratus. Usaha ke arah itu akan dapat digerakkan dengan lebih berkesan dan menyeluruh. Matlamat kerajaan selama ini untuk melihat usahawan bumiputera majudapat direalisasikan dalam tempoh yang lebih singkat.

59. Ekuinas akan mewujudkan daya saing di kalangan usahawan bumiputera dan menjadi modal utama untuk menggerakkan mereka ke peringkat yang lebih cemerlang. Bagaimanapun penubuhan Ekuinas yang mendapat sambutan memberangsangkan dari pelbagai pihak akan menjadi sia-sia jika pelaksanaannya tidak dipantau dengan berkesan.

60. Penglibatan usahawan bumiputera mesti dipantau dan digerakkan supaya mereka benar-benar mengambil bahagian untuk memanfaatkan modal yang disediakan menerusi Ekuinas agar matlamat penubuhannya tercapai dan hasrat melihat pemilikan ekuiti bumiputera mencapai tahap 30 peratus menjadi kenyataan.

BAHASA

Sidang Perwakilan Yang Dihormati Sekalian,

61. Dalam kepelbagaian yang diperkenalkan dalam konsep1 Malaysia seharusnya kita berbangga dengan realiti pelbagai bangsa, agama dan bahasa yang wujud di Malaysia. Tidak salah dan seharusnya kita mempelajari dan menguasai bahasa-bahasa lain namun usaha memartabatkan bahasa Melayu dan mengangkatbahasa kita ke tempatnya mesti dihormati.

62. Saya tertarik membaca saranan Persatuan Penulis Perlis (3P) baru-baru inisupaya istilah bahasa Melayu digunakan semula menggantikan bahasa Malaysia.

63. Perkara ini telah jelas disebut dalam Perkara 152(1) – bahawa BahasaKebangsaan adalah Bahasa Melayu . Justeru tidak perlu dibangkitkan siapa atau kepentingan politik apa yang digunakan untuk mengubah istilah bahasa Melayu kepada bahasa Malaysia.

64. Ini kerana tuntutan asal penubuhan negara menggariskan hanya bahasa Melayu menjadi bahasa Kebangsaan - satu tuntutan yang amat kuat kesannya jika dilihat daripada pelbagai sudut.

65. Namun begitu, Bahasa Melayu kononnya menjadi tidak sesuai dengan kerencaman bangsa di negara ini selain tidak seiringan dengan cita-cita mahu mewujudkan bangsa Malaysia yang selayaknya menggunakan bahasa Malaysia. Kononnya juga apabila disebut bahasa Malaysia, maka dunia luar akan menggambarkan satu bahasa yang digunakan oleh bangsa Malaysia sedangkan hakikatnya tidak begitu.

Sidang Perwakilan Yang Dihormati Sekalian,

66. Saya berasa bimbang kerana wujud kecenderungan di pihak Dewan Bahasa dan Pustaka untuk memelayu kan istilah-istilah Bahasa Inggeris sehingga mengehadkan penggunaan bahasa kita sendiri. Perkataan seperti momen, moral,motif, motel, polisi, total dan banyak lagi sedangkan kesemua istilah itu ada bahasa Melayu nya.

67. Saya merasakan bahawa daripada kita memelayu kan bahasa Inggeris tentu lebih baik kita mengambil dan mengangkat bahasa-bahasa daerah, bahasa suku kaum bagi menambah perbendaharaan kata.

68. Kita mesti yakin dan percaya bahawa kekuatan sesuatu istilah datang daripada penggunaan istilah tersebut. Jika kita sendiri beriya-iya menggunakan istilah Inggeris yang di melayu kan maka akan kuatlah istilah tersebut. Akan diangkatlah istilah tersebut terutama kalangan generasi muda yang tidak pernah didedahkan dan dikayakan dengan istilah-istilah dalam Bahasa Melayu

PEMBANTU RUMAH SEBAGAI KERJAYA

Para perwakilan yang dikasihi,

69. Saya juga ingin menarik perhatian isu terbaru hubungan Malaysia – Indonesia khususnya berkaitan pembantu rumah. Bermula dengan `ugutan‘ mahu membekukan kemasukan pembantu rumah. Kemudian ada pula desakan supaya pembantu rumah-pembantu rumah diberi cuti sehari dalam seminggu. Lepas itumereka dibenarkan pula memegang pasport. Terbaru pembantu rumah Indonesiamahu dibayar upah RM600!

70. Bukanlah semua tapi segelintir dari mereka seringkali membuat desakan.Bukanlah niat kita menambah api dalam bara, namun yang nyata perlu kita zahir kandan uar- uarkan. Kita bersaudara…masakan tidak? Bila kejadian gempa bumi di Padang, Malaysia merupakan antara Negara terawal dan terpantas menghantar misibantuan ke sana. Sedangkan lidah lagi tergigit, namun air ditetak tidak akan putus…Dalam isu ini memang ada sedikit perbezaan antara orang Malaysia dengan segelintir rakyat Indonesia. Sudah terang lagi bersuluh, isu kemasukan pembantu rumah melambangkan kesombongan dan keangkuhan mereka yang terlibat dariNegara jiran kita dalam membuat permintaan melampau. Ini didorong keyakinan bahawa urusan seharian sebahagian besar daripada kita akan tergendala tanpa khidmat pembantu rumah Indonesia!

71. Saya tidak menolak kemungkinan ada wujud tangan-tangan ghaib yang hebat dan ajaib dari segelintir orang-orang Malaysia yang hendak menjahanamkan Negara. Sebab itu orang luar berani meletakkan syarat itu dan ini. Kononnya untuk menjaga kebajikan pembantu rumah-pembantu rumah mereka di sini. Kita minta kerajaan Malaysia supaya tidak bertolak ansur menuruti syarat-syarat tersebut lantaran kesan negatif yang bakal menimpa majikan pembantu rumah-pembantu rumah sangat jelas.

72. Sepatutnya setiap rundingan memberi kemenangan kepada pembantu rumah dan majikan - bukannya seperti perumpamaan kera di hutan disusukan, anak dipangkuan mati kelaparan! Sebab itu kita mahu kerajaan khususnya Kementerian Sumber Manusia menetapkan pendirian. Segala syarat baru yang ditetapkan kelak tidak boleh dipersetujui begitu sahaja. Kerajaan mesti menunjukkan ketegasan. Dalam hal ini kebajikan majikan di negara ini tidak boleh diketepikan begitu sahaja.

Sidang Perwakilan Yang Dihormati Sekalian,

73. Kita ingin menyaran kepada Kerajaan:

i. Kita mesti menggandakan usaha menjadikan pembantu rumah sebagaikerjaya yang menarik. Istilah babu dahulu kini ditukar kepada orang gaji,kemudian pembantu rumah. Untuk menjadikannya lebih menarik apa kata kitaperkenalkan istilah baru- jururunding rumah ke, penyelia rumah tangga,pembantu domestik atau lain-lain.

ii. Begitu juga dengan negara sumber mesti dipelbagaikan. Kembojamisalnya boleh menjadi negara sumber baru. Agensi-agensi pembantu rumahmesti kreatif. Jangan bergantung kepada Indonesia semata-mata. Palingpenting – sumber pembantu rumah tempatan mesti dicari, dilatih dan dipupukminat mereka.iii. Untuk percubaan perkenalkan dahulu pembantu rumah tempatan yangberkhidmat mengikut jam. Kemudian cuba pula mengikut hari atau secaramingguan. Di situ pembantu rumah tempatan boleh membuat penilaian.

AGAMA

Sidang Perwakilan Yang Dihormati Sekalian,

74. Dalam kita meneruskan perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan negara – contoh kepimpinan paling sempurna yang mesti menjadi sumber rujukan kita ialah junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Baginda telah menunjukkan contoh yang baik sebagai pemimpin negara.

75. Seharusnya sebagai pemimpin kita tidak harus menunjukkan contoh yangtidak baik, apalagi berbicara secara tidak sopan, menggunakan kata-kata kesat dan kasar, memaki hamun, atau pun membenarkan orang lain menggunakan bahasa lucah, carutan, ungkapan-ungkapan kotor dan najis yang amat menjijikkan,kononnya atas nama keadilan dan ``jihad''.

76. Jika kita lihat, penerapan nilai Islam dalam dasar-dasar dan pelaksanaan aktiviti Kerajaan semuanya dicetuskan oleh kerajaan pimpinan UMNO . PAS hanya menggunakan agama sebagai laungan kekuatan mereka. Banyak yang haram dihalalkan, banyak yang makhruh dibolehkan.

77. Inilah natijah apabila agama dicampur adukkan dengan politik kumpulan pelampau. Rakyat harus bijak memastikan maklumat daripada mereka dengan berbalik kepada ajaran Islam yang sebenar, berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Bukan ajaran Islam anjuran PAS. PAS hanya bijak memfitnah, menghasut dan mengkaburi pemikiran orang ramai mengenai kepimpinan BN dan UMNO

78. Saya percaya sekiranya ilmuan dan tokoh agama di dalam UMNO bersatu untuk melatih generasi muda dalam ilmu agama secara menyeluruh serta amalan Islam secara teratur dan berkesan, nescaya benteng UMNO tidak akan dimakan oleh rencah fitnah pembangkang

KESIHATAN

Para Perwakilan Yang Dihormati Sekalian,

79. Apabila kita bercakap mengenai kualiti kesihatan masyarakat di negara iniianya juga merupakan satu tanggungjawab dan cabaran yang besar yang harusdipikul bersama. Sebagai sebahagian daripada peneraju rumahtangga kita perlu mempastikan anak-anak atau ahli keluarga kita memiliki kualiti kesihatan yang tinggi.Situasi ini disebabkan kesihatan yang sempurna turut mempengaruhi produktiviti negara.

80. Oleh hal yang demikian, kita tidak harus meletakkan tanggungjawab meningkatkan kualiti kesihatan masyarakat di negara ini di bahu pihak kerajaan semata-mata. Namun ruang untuk penambah baikan masih ada. Saya melihat isu kekurangan anggota kesihatan, mengekalkan mereka dan isu taburan anggota yang tidak sekata sebagai antara isu yang amat wajar diberi penekanan.

81. Jika dilihat, Kerajaan telah menyediakan pelbagai insentif untuk menggalakkan kemasukan dalam bidang perubatan dan sokongan perubatan, namun jumlah kemasukan masih kecil terutamanya bagi orang Melayu . Pelbagai usaha dijalankan untuk memberi peluang kepada orang Melayu untuk menceburi bidang ini tapi permintaan agak hambar.

82. Mengapa ini terjadi? Mengapa kaum-kaum lain berkejar-berkejaran untuk menawarkan diri menceburi bidang perubatan, sedangkan kita hanya kekal sebagai pesakit sahaja. Saya merasakan bahawa sikap ini perlu diubah dan anak-anak haruslah diberi galakan untuk menceburi kepakaran ini kerana bukan sahaja ianya satu bidang yang menjamin masa hadapan malah ianya merupakan satu asetkepada Negara.

83. Kita harus melihat bidang perubatan dan kesihatan ini sebagai satu bidangyang luas dan banyak cabangnya. Jika dulu, bila orang sakit mereka mencari dukundan bidan Melayu . Bidang perubatan tradisional yang dipelopori oleh orang Melayu satu ketika dulu dikenali dan diyakini ramai. Budaya amalan perubatan ini cukupsinonim dengan masyarakat Melayu .

84. Kini, ianya makin terhakis ditelan dek zaman. Bagi memartabatkan kembaliamalan perubatan dan mengupayakan kepakaran masyarakat Melayu , kitacadangkan agar sebuah Universiti Perubatan Melayu yang pertama diwujudkan.Selain mengkaji amalan tradisional dan perubatan komplementari, universiti ini jugamerupakan platform bagi anak-anak Melayu meneruskan legasi dalam bidang perubatan.

1MALAYSIA

Sidang Perwakilan Yang Dihormati Sekalian,

85. YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perutusan HariKemerdekaan ke-52 ada menyebut: "Cabaran terbesar rakyat Malaysia hari ini ialahuntuk membaik pulih jambatan yang sedia ada di samping meruntuhkan tembok-tembok pemisah yang wujud di antara kaum". Kata-kata itu amat berkait rapatdengan Gagasan 1Malaysia yang diilhamkan YAB Perdana Menteri yang juga Presiden parti kita. Saya melihat konsep ini sebagai sebuah bumbung yang melindungi dan memayungi kediaman kita…bumbung tempat berteduh, basah danhujan, ribut dan badai…

86. Setiap daripada kita mesti menghayati apa itu gagasan 1Malaysia . Apabezanya 1Malaysia dengan Malaysia Malaysian. Pemahaman ini penting. Ini keranakita semua ahli-ahli Puteri menjadi antara penggerak kepada usaha memahamkan akar umbi tentang gagasan 1Malaysia

87. Usaha itu penting kerana ada pihak yang cuba mencucuk jarum untukmengelirukan rakyat tentang 1Malaysia . Kononnya 1Malaysia menyamaratakansemua penduduk di negara ini dengan mengetepikan hak kaum-kaum tertentu.Hakikatnya gagasan itu tidak begitu. Gagasan itu bertujuan mengekal danmeningkatkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.Kepelbagaian kaum yang sepakat yang selama ini berjaya diurus dengan baik danmenjadi kekuatan Malaysia perlu dikekalkan sebagai keunikan yang akan memacukita ke arah sebuah negara maju.

88. Kekuatan inilah yang cuba digembleng dan disuburi dengan lebih giat olehkerajaan memandangkan perubahan zaman yang semakin komplek menyaksikanlebih banyak cabaran dan ketidakpastian perlu ditempuh oleh negara dan rakyat.

PORTAL PUTERI UMNO MALAYSIA

Sidang Perwakilan Yang Dihormati Sekalian,

89. Perkembangan pesat ICT telah mendedahkan rakyat dengan teknologimaklumat dan komunikasi seperti internet dan laman blog yang menjadi saluranutama dan media alternative dalam menyebarkan pelbagai maklumat, baik yangsahih, mahupun spekulasi, provokasi, fitnah atau maklumat yang berbaur hasutanyang acapkali mempengaruhi pemikiran rakyat. Hal ini banyak merubah polapemikiran rakyat khususnya golongan muda dan menjadikan mereka semakin kritisdalam berfikir.

90. Pada hari ini, kita telah melangkah setapak lagi dalam mengemudi Puteri UMNO di medan teknologi dan perkembangan maklumat global. Sebagai sayapperjuangan yang penting untuk menawan hati generasi muda, tiada apa yang lebihmembanggakan saya jika setiap dari kita mampu menguasai bahasa dan lenggokgaya arus maklumat ini. Oleh itu, laman Portal Puteri UMNO Malaysia diwujudkan.Kewujudan Portal ini adalah cetusan yang dizahirkan oleh pucuk pimpinan Negara agar Puteri UMNO sentiasa up to date, melangkaui zaman dan menjadipenghubung kepada generasi muda.

91. Untuk makluman sidang perwakilan, laman portal ini selain menjadi landasankepada penyampaian maklumat penting kepada ahli-ahli parti, malah ianya bolehdiakses oleh orang awam untuk mengikuti perkembangan aktiviti Puteri di setiapcawangan dan bahagian di seluruh Negara. Sehubungan itu, saya menyeru kepadasemua perwakilan agar menggunakan laman portal tersebut dengan sebaik-baiknya.Jadikanlah ia ruangan promosi aktiviti cawangan dan bahagian, gunakanlah iasebagai media alternatif dalam interaksi maklumat dan isu. Manfaatkanlah Portal Puteri UMNO Malaysia. 



KUALA LUMPUR -14 OKTOBER 2009 - Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (tengah) bersama Mantan Ketua Puteri UMNO, Datuk Noraini Ahmad (dua dari kanan) dan Naib Ketua Puteri UMNO,Shahanim Mohamad Yusoff (kanan) menunjukkan isyarat 1Malaysia pada Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO Malaysia 2009 di Kuala Lumpur, semalam. Gambar-Mohd Farizwan Hasbullah

KESIMPULAN

Sidang Perwakilan Yang Dihormati Sekalian,

92. Lengkaplah sudah kediaman yang saya sebutkan awal tadi. Kita haruslahhiasinya dengan baik, agar kediaman yang kita huni ini memberi tarikan untuk ramaiberkunjung dan memeriahkan suasana. Jika cukup semua ramuan-ramuan ini, kitaelakkan lah pahat berbunyi. Kita harus sedar dan insaf bahawa kita sedangmendepani cabaran-cabaran yang lebih besar dan hebat.

93. Untuk itu, saya ingin mengingatkan Puteri bahawa kita harus sentiasaberpegang kepada matlamat perjuangan asal kita. Tak guna saya mengulangihingga berbuih-buih mulut sekiranya adik-adik sekalian tidak memulakan denganniat hati yang telus, ikhlas dan insaf. Ingatlah niat yang baik, menjana perlakuanyang sempurna dan baik. Marilah kita sama- sama mengikat janji…kita perbaiki diri, kita kuatkan parti dan kita pastikan semangat dan kesungguhan kita didengari dandipandang tinggi.

94. Saya menyeru sekali lagi kepada semua. Masa kita tidak lama. PRU 13 menanti kita. Perancangan dan gerak kerja perlu bermula pada detik dan saat ini. Kita perlu insaf. Kita perlu sedar. Kita perlu mulakan langkah. Jangan bila kekalahan menjenguk kita baru kita menyesal seribu bahasa. Waktu itu, tiada megah lagi Putrajaya, kerana Kerajaan diwakili oleh parti Pembangkang . Adakah itu yang kita mahukan?. Mahukah kita menjadi pewaris kepada kemusnahan tersebut? Adakah kita rela, darah UMNO yang mengalir dalam darah dan tulang temulang kita dipandang enteng dan diperlekehkan? Waktu itu jawatan hanya tinggal nama, tidak gah dan tiada makna jika jawatan yang anda kejar dan cari. Jika kita lalai, lewa, ambil mudah dan tidak bersungguh, semua itu akan berlaku. Waktu itu, nikmat yang kita perolehi ditarik balik. UMNO akan terus berkubur. Perjuangan kita hanya dikedai-kedai kopi. Orang muda tidak kenal pemimpin UMNO. Kita akan hanya tinggalsebagai seorang wanita muda yang menjalani kehidupan biasa. Tiada lagi apiperjuangan. Itukah yang kita mahu? (3x).

95. Jika bukan itu yang kita mahu, ayuhlah rakan-rakan seperjuangan sekalian,kita bergandingan tangan. Kita lupakan perbezaan antara kita. Kita langkahlah dengan seiringan. Kita kuatkan azam untuk pertahankan parti UMNO yang kitacintai. Kita bersatu untuk menjadi benteng yang kuat. Kita kentalkan jati diri untuk melawan musuh dalam dan luar. Kita derapkan langkah untuk memberi pengisian dalam jiwa anak-anak muda kita! Kita perlu berjuang tanpa jawatan sekali pun!! Kita yakin kita boleh. Kita yakin kita akan terus kekal relevan!!! Kita akan terus mengimarahkan bumi Malaysia!!! Kita, Puteri UMNO akan menjadi wadah perjuangan bangsa kepada anak-anak muda!!!!Kita boleh!!!

Para Perwakilan sekalian,

96. Di kesempatan ini saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada adik-adik Puteri yang telah mencurah bakti dan keringat disepanjang penglibatan mereka di dalam Puteri. Kepada mereka yang akan meneruskan perjuangan dalam wanita dan menamatkan keahlian di dalam puteri, teruskanlah kecemerlangan anda. Banggakanlah Puteri dengan pencapaian yang telah anda laksanakan di sini. Jangan pula lepas ini lupa pada kami di sini kerana nasihat, pandangan dan teguran amatlah kita alu-alukan demi satu perjuangan, satuparti, 1Malaysia

97. Kepada semua perwakilan, saya mendoakan persidangan kali ini akanmenjadi platform pada kita untuk memuhasabahkan serta memperbaiki diri.Semuanya demi parti. Untuk itu, kita lapangkanlah dada, kita teruskan hari-harimendatang di persidangan ini dengan rasa insaf, zuhud dan redha.

98. Semoga persidangan kali ini dapat membuka mata, minda dan hati.Mulakanlah pada hari ini. Setiap yang baik ada ganjarannya, Insya Allah.

99. Akhir kata, semoga Puteri UMNO Malaysia terus gah dan semarak dengan api perjuangan demi untuk memperkasa bangsa, menjulang agama, mengangkat Negara.

100. Ingatlah! Dalam rungkaian huruf disebalik nama: PUTERI….

a P : Pertiwi di medan bakti UMNO yang dikasihi

b.U: Usah ragu dan bertongkat dagu

c.T: Terimalah kekurangan dan kelebihan diri

d.E: Endahlah pada perjuangan pucuk pimpinan Negara

e.R: Redahkan semangat perjuangan dan kesungguhan

f.I: Insafi dan sedari diri agar UMNO kekal di hati.

Akhirnya…

PUTERI khidmat bakti mu amat diperlukan.

PUTERI jasa pengorbanan mu menjaditaruhan.

PUTERI gerakkanlah barisan.

PUTERI maruah Negara, Bangsa danAgamamu menjadi ihsan pada sebuah nama perjuangan. 


PUTERI jangan gadaikansemua itu atas nama jawatan dan gelaran.

PUTERI hanya Allah yang membalassetitis keringatmu yang gugur atas nama perjuangan.

PUTERI majulah, berjuanglah…Insya Allah

PUTERI kau kan megah di persada BARISAN.

101. Sekian, wabillah hi taufiq wal hidayah wassalamualaikum wrt. wbt.

102. Terima kasih.


Utusan Malaysia , Khamis, 15 Oktober 2009 



15 Oktober 2009 , Upacara Perasmian Perhimpunan Agung UMNO kali ke - 60 , YAB Datuk Seri Najib bin Tun Hj.Abdul Razak tiba diperkarangan bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra untuk memulakan acara hari ini iaitu Pemeriksaan Barisan Sayap sayap Wanita , Pemuda dan Puteri UMNO yang mana selepas itu acara menaikkan Bendera dengan Lagu Negara Ku , Bersatu Bersetia Berkhidmat dan Barisan Nasional.



Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia , Ketua ketua Bahagian seluruh Malaysia , Exco Sayap UMNO Wanita , Pemuda dan Puteri menanti ketibaan YAB Presiden UMNO.


YAB Presiden UMNO Datuk Seri Mohd.Najib bin Tun Hj.Abdul Razak yang diringi oleh ketua ketiga tiga sayap Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil Pergerakan Wanita , Khairy Jamaluddin Abubakar Pergerakan Pemuda dan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlen Pergerakan Puteri.


Acara menaikan bendera Sang saka Bangsa dengan iringan Lagu UMNO Bersatu Bersetia Berkhidmat. Turut mengiringi YAB Presiden ialah YAB Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin , Setiausaha Agung UMNO Tengku Adnan Tengku Mansur dan Setiausaha Kerja UMNO Datuk Seri Ab.Rauf Yusoh.


Datuk Seri Najib masuk ke Dewan Merdeka sambil melambaikan tangan kepada perwakilan yang hadir ketika itu yang terdiri daripada Pemimpin pemimpin UMNO dari kesemua Bahagian , Ahli Majlis Tertinggi dan Ketua ketua sayap UMNO Wanita , Pemuda dan Puteri.



Perhimpunan Agung UMNO kali ini iaitu kali yang ke - 58 , sangat bermakna dan signifikan kepada Perjuang UMNO bagi meneruskan perjuang yang agung dan tinggi martabnya.





Ucapan YAB Presiden UMNO Datuk Seri Mohd.Najib bin Tun Hj.Abdul Razak semasa di Perhimpunan Agung UMNO tahun 2009

 Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

1. Pertama sekali, seperti lazimnya, marilah kita mengangkat rasa syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT, Tuhan seru sekalian alam, yang mana dengan keredhaan-Nya jualah, dapat kita sekali lagi berhimpun pada pagi yang mulia ini.

2. Sesungguhnya Dewan Merdeka ini telah beberapa dekad menjadi saksi kepada pelbagai peristiwa, silih berganti, perjalanan suka duka, pahit maung dan manisnya sebuah parti keramat yakni UMNO, parti kita semua.


3. Perhimpunan pada pagi ini juga penuh bermakna dan bertuah, kerana, di bawah bumbung UMNO, hadir dua mantan Presiden yang kita kasihi. Marilah kita sambut dan raikan YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad dan YABhg. Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi.

4. Demikianlah contoh semangat juang dalam jiwa pemimpin UMNO yang tidak pernah pudar; bahkan terus mekar, terus bersedia untuk bersama-sama dalam sebuah perjuangan yang belum selesai, demi membina bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Dengan semangat dan kekuatan inilah, kita akan bangkit kembali membina keagungan bangsa yang sungguh banyak jasanya pada negara tercinta.

5. Setinggi-tinggi penghargaan kita hulurkan juga kepada YABhg Tun Dr. Siti Hasmah bersama YABhg Tun Jeanne Abdullah, kerana turut serta dalam perhimpunan kita pada pagi ini sekali gus menyemarakkan semangat semua ahli UMNO dari seluruh pelusuk tanahair yang menyaksikan detik bersejarah ini.

6. Perhimpunan Agung kali ini mencatat beberapa mercutanda. Pertamanya, satu sejarah secara peribadi kerana inilah ucapan dasar sulung saya, selaku Presiden UMNO sejak mengambil alih pucuk pimpinan, secara rasmi pada bulan Mac yang lalu. Syukur, peralihan kuasa yang tertib, lagi licin bersandarkan tradisi mulia UMNO, telah berlangsung dan dimungkinkan oleh YABhg Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi.

7. Keduanya, perhimpunan kali ini hanya dalam jangka masa enam bulan dari tarikh perhimpunan yang lalu, menyaksikan satu langkah berani UMNO membuat pindaan besar terhadap perlembagaan parti seraya membuktikan UMNO tidak jumud dan bukanlah parti yang lapuk. Sebaliknya, dengan pindaan ini, jelas memperlihatkan kesungguhan UMNO untuk menjadi sebuah parti yang dinamik, progresif dan responsif kepada kehendak semasa.

8. Ketiganya, perhimpunan ini akan menjadi titik monumental, kepada UMNO yang akan meninta perjalanan di atas lembaran baru, dengan semangat baru, pendekatan baru dan hala tuju yang baru.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

9. Begitulah, pada pagi bermakna ini, dalam keceriaan bulan Syawal yang mulia, meraikan kemenangan, menentang kehendak hawa nafsu di Ramadhan lalu, kita sewajarnya dengan penuh rasa syukur mengucapkan pula ungkapan Alhamdulillah, ke hadrat Yang Maha Kuasa atas kejayaan kita, mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang dengan lonjakan majoriti yang berganda.

10. Sayugialah, saya merakamkan sekalung kata terima kasih kepada semua pimpinan di setiap peringkat yang telah bertungkus lumus, bekerja keras serta orang ramai terutamanya para pengundi dalam menggondol kemenangan bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Presiden parti. Sememangnya kejayaan ini, membenarkan hakikat bahawa, UMNO masih merupakan parti pilihan orang Melayu dan UMNO masih merupakan parti pilihan rakyat.

11. Ini membuktikan juga bahawa rakyat tempatan dari semua kaum dan semua lapisan telah menyuarakan keinginan mereka dengan jelas untuk terus berlindung di bawah naungan Barisan Nasional. Kenapakah, pilihan ini telah dibuat, tuan-tuan dan puan-puan? Sudah terang lagi bersuluh, kerana Barisan Nasional merupakan parti yang terbukti kecemerlangannya dalam pentadbiran negara, kerana Barisan Nasional lah yang sebenarnya menjadi pembela rakyat selama ini.


12. Walau apa pun, kita harus menerima kemenangan ini dengan tenang, penuh tawadhuk dan rasa kerendahan hati. Seperti kata pepatah Inggeris ‘One swallow does not make a summer’, takkanlah dek kerana seekor burung lelayang, kita merasakan musim panas sudah tiba, atau, disesuaikan dalam simpulan bahasa Melayu ‘Janganlah kerana mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan’. Kita tidak boleh mudah berasa selesa atau lega bahawa kita menjadi parti pilihan rakyat, hanya kerana tiada parti lain yang boleh diharapkan, atau dengan kata lainnya, yang terbaik antara yang buruk.

13. Di Bagan Pinang, kita dapati orang-orang bukan Melayu menerima UMNO dengan hati yang terbuka. Jelasnya, di kawasan pilihan raya yang pengundinya terdiri daripada masyarakat majmuk seperti ini, kita mahukan UMNO diterima rakyat sebagai sebuah parti yang memperjuangkan bukan sahaja untung nasib Melayu dan Bumiputera akan tetapi menjangkau semua kumpulan etnik di Malaysia.


14. Ini bertepatan dengan Surah Al-Maidah ayat ke-8, di mana Allah SWT menyeru kita, supaya menjadi orang yang berlaku adil, serta menegakkan kebenaran kepada semua kaum dan bangsa, kerana berlaku adil itu dekat kepada taqwa. Kalau kita menjaga kebajikan semua rakyat, maka pastinya rakyat, tanpa mengira bangsa dan keturunan, akan dengan relanya menyokong serta mengangkat kepimpinan parti kita.

15. Dalam hal ini, mahu tidak mahu, UMNO perlu menjadi parti yang lebih terbuka pendekatannya. UMNO perlu dipilih atas sebab parti kita adalah yang terbaik, sama ada dari sudut organisasi, gerak kerja, matlamat, ataupun sistem nilai yang mendasari pertubuhan ini. Kalau inilah resipi kejayaan kita baru-baru ini di Bagan Pinang, yang telah meraih majoriti besar, maka, saya yakin dan percaya dengan menggunapakai ramuan ini di tempat-tempat lain pun, selepas ini, kita akan menikmati kejayaan yang sama atau lebih besar lagi, insya-Allah.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

16. Sejarah adalah guru yang terbaik. Musim dan masa terus berlalu tanpa menunggu sesiapa. Kata George Santayana, seorang pemikir tersohor bahawa: “Mereka yang engkar dari memahami dan tidak belajar daripada sejarah akan dihukum dengan mengulangi kesalahan dan kesilapan yang sama”. Pokoknya, peristiwa sejarah bukan sahaja untuk dicontohi dan diikuti, tetapi, ia menunjang sebagai peringatan dan sempadan terbaik kepada umat manusia bagi mengurus realiti semasa untuk melakar hari muka dengan lebih berjaya.

17. Jelas sekali, manusia yang mendapat pengajaran betul serta benar daripada peristiwa sejarah, boleh mengelak daripada melakukan kesilapan dan tindakan yang akan membawa kepada kejatuhan sesebuah negara mahupun tamadun. Maknanya, untuk menongkah masa depan yang cemerlang, kita perlu berakar teguh, dengan beriktibar daripada sejarah dan sistem nilai. Barulah kita berupaya untuk tegak menghadapi masa mendatang, dengan persediaan yang rapi serta serasi menurut hambatan zaman. Oleh kerana itulah, saya memilih tajuk ucapan pagi ini sebagai “Menjunjung Tradisi, Menzahir Perubahan.”

18. Jadinya tuan-tuan dan puan-puan, menyonsong tawarikh, jika diamati, tahun ini adalah tahun yang signifikan bukan sahaja dalam susur galur negara tetapi juga susur galur parti UMNO. Sekitar tempoh ini, lima puluh tahun yang lalu, Malaysia mula mengamalkan demokrasi berparlimen secara mutlak, apabila pilihanraya umum pasca merdeka yang pertama diadakan pada tahun 1959. Sekitar waktu ini juga, empat puluh tahun yang lalu yakni 1969 UMNO telah mengepalai usaha untuk menyelamatkan negara dari ambang kehancuran, natijah konflik antara kaum.


19. Kira-kira kala ini juga, dua puluh tahun lalu yakni 1989, UMNO telah menerajui usaha untuk keluar dari kemelesetan ekonomi dan memulakan proses industrialisasi negara. Manakala masih segar terakam dalam ingatan ramai, pada detik-detik ini pulalah, sepuluh tahun dulu yakni 1999, UMNO sekali lagi telah bingkas beraksi, menyelamatkan negara daripada jatuh merudum ke dalam cerun krisis kewangan Asia.

20. Sekali lagi, apa yang mustahak untuk diketahui adalah, kesemua tindakan hebat yang dinyatakan ini, nakhodanya adalah kepimpinan UMNO, berlandaskan kebijaksanaan pemikiran yang kreatif lagi berinovatif. Segala-galanya dilakukan, atas nama kepentingan dan kesejahteraan rakyat. 



YAB Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berucap penuh bersemangat sambil para perwakilan bingkas bangun memberikan reaksi tanda menyokong Presiden UMNO itu pada Perhimpunan Agung UMNO 2009 diPusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

21. Mengenang peritiwa dan kejadian juga, jangan mudah kita lupa bahawa selepas tragedi 13 Mei 1969, para pemimpin UMNO boleh memilih untuk tidak meneruskan demokrasi yang telah digantung. UMNO juga boleh memutuskan untuk menubuhkan kerajaan satu parti atau mungkin menyokong saja pihak angkatan tentera melakukan kudeta.

22. Akan tetapi, harus barang diingat, itu semua tidak dilakukan, malah UMNO berusaha keras untuk mengembalikan demokrasi dalam masa lapan belas bulan. Ini jelas mempamerkan bahawa, UMNO bukan sebuah parti yang mabukkan kuasa, jauh sekali sebagai sebuah parti yang bersifat perkauman.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

23. Sehubungan itu, jika kita ingin tahu apakah maksud perkauman yang sebenar, lihat sahaja, sejarah Afrika Selatan, sewaktu dicengkam apartheid. Bahkan di Amerika Syarikat pun, amalan perkauman secara terang-terangan berlaku sehingga pertengahan tahun 60-an. Sekolah, bilik air, tempat makan di restoran malah tempat duduk dalam bas antara kaum ternyata dibeza-bezakan.

24. Semuanya ini, hanya berakhir setelah keputusan pengasingan kaum, institusi pendidikan tahun 1954 oleh Mahkamah Agong melalui kes Brown lawan Lembaga Pendidikan Kansas, Akta Hak Sivil tahun 1964 dan Akta Hak Mengundi tahun 1965 digubal.

25. Dalam konteks ini, nampaknya berbeza benar, keadaan kita di Malaysia dengan realiti di dunia luar. Ehwalnya, orang Melayu adalah bangsa yang bersifat amat inklusif dan merangkumi. Jelasnya lagi, jika orang Melayu bersikap dan bersifat perkauman mana mungkin Melaka boleh menjadi sebuah pelabuhan entrepot yang makmur pada abad ke-15.

26. Bersabit isu ini juga, kalaulah ada mana-mana pihak yang tanpa usul periksa, begitu semberono menempelak UMNO sebagai sebuah parti perkauman harus terlebih dahulu mencermin diri secara ikhlas. Mereka harus sedar akan realiti komposisi kaum dalam parti mereka sendiri. Adakah ia benar-benar melambangkan keterbukaan yang mereka jerit dan laung-laungkan?.

27. Sedangkan, jika betullah orang Melayu rasis bagai didakwa, tidak mungkin kita bersifat amat bertolak ansur terhadap budaya etnik-etnik lain seperti yang diamalkan, tak mungkin juga kita benarkan sekolah-sekolah aliran kebangsaan diwujudkan, bahkan mustahil pula untuk bekerjasama dengan begitu akrab bersama-sama parti komponen lain dalam Barisan Nasional sejak berdekad lamanya.

28. Oleh itu, kepada pihak-pihak tertentu, janganlah angkuh mengaku, bahawa merekalah kononnya, sebuah parti pelbagai kaum yang mempunyai keabsahan moral dan keikhlasan intelektual untuk memimpin rakyat di negara ini.

Sidang perwakilan yang dikasihi sekalian,

29. Lumrahnya, kita dapati bahawa, sesuatu matlamat yang baik sahaja tanpa diseimbangi pengalaman, dihiasi kesederhanaan serta dipimpin bersandarkan perspektif sejarah, jikapun betul, bukan sahaja tidak akan menghasilkan yang baik, sebaliknya boleh pula menyebabkan berlakunya ketidakadilan dan kezaliman.

30. Berasas lagenda silam, UMNO perlu juga menggali dan mencontohi kekayaan tradisi pemikiran strategik era keagungan kerajaan Melayu Melaka. Keagungan empayar Melaka di tengah-tengah dua kuasa besar ketika itu, yakni China dan Siam mempertontonkan bahawa kuasa minda mampu mengatasi dan menundukkan semua. Justeru itulah, saya sering menekankan, pertarungan sebenar masa kini dan pertarungan sebenar masa depan adalah pertarungan minda.

31. Begitu terserlah di era itu, Bendahara Tun Perak yang arif lagi bijaksana dengan menggunakan kehebatan mindanya penuh berhemah dan berhelah, berjaya menjulang Melaka ke tempat yang tinggi. Sekalipun Melaka merupakan kuasa kecil berbanding China dan Siam, ia telah berjaya bukan sahaja mengekalkan kemerdekannya selama lebih daripada satu kurun tetapi juga mampu berkembang menjadi kuasa rantau yang ternama.

Tuan-tuan dan puan-puan sidang perwakilan sekalian,

32. Menjengah kembali perjuangan parti, untuk sentiasa memperoleh sokongan massa, UMNO harus dilihat, ditanggap serta diyakini sebagai parti yang ampuh membela untung nasib rakyat. UMNO tidak boleh dilihat sebagai sebuah parti yang hanya ghairah memperjuangkan kelompok yang sedikit. Sebaliknya, kita mahu UMNO dilihat, dirasai serta diyakini sepenuhnya sebagai sebuah parti inklusif yang mendahulukan rakyat dan bukannya mendahulukan diri sendiri. Maka itu, persepsi UMNO sebagai parti untuk cari makan mesti dibuang jauh-jauh, mesti ditinggalkan.

33. Amat mustahak lagi, UMNO menjadi parti yang berpegang kepada falsafah ‘wasatan’ yakni bersederhana, atau, dengan apa yang disifatkan oleh ilmu sains politik sebagai “centrist party”. Kita tidak boleh menjadi parti yang ultra kiri atau ultra kanan. Waima, fahaman UMNO semenjak penubuhannya bukanlah condong sama ada kepada fahaman liberal mahupun fahaman konservatif.

34. Hakikat yang jelas, UMNO adalah parti siasah yang semesta. Semua pihak mempunyai tempat dan peranan di bawah lembayung UMNO. Malah, semenjak penubuhannya lebih enam puluh tahun yang lalu, UMNO telah dianggotai mereka yang berfahaman kiri dan kanan, golongan nasionalis mahupun agamawan.

35. Termasuklah juga lapis golongan pemikir dan pedagang, pendidik dan pejuang serta pelbagai latar sosio ekonomi. Semuanya dialu-alukan dalam UMNO. Tuan-tuan dan puan-puan, inilah kekuatan UMNO, inilah lambang kebitaraan perjuangan UMNO yang sebenar, sebagai sebuah parti tercinta yang menjiwai keluh kesah, denyut nadi dan nurani semua golongan masyarakat.

36. Wadihnya, dalam usia lebih enam dekad, UMNO adalah parti yang sarat dengan pengalaman. UMNO bukan sebuah parti yang baru tetapi kaya dengan warisan. Pelbagai denai, onak dan duri telah ditempuhi. Bak kata orang, perjalanan ini menjadi rahmat dan sekali gus juga bebanan. Ia adalah rahmat kerana kita bukannya parti yang hanya pandai berkata-kata tanpa mempunyai rantaian rekod yang boleh menyokong janji-janji tersebut kepada rakyat. Bebanan pula timbul apabila kita berhadapan dengan pelbagai isu legasi yang mengancam survival bangsa dan negara.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

37. Selama ini, UMNO dihormati dan disegani sebagai sebuah parti politik oleh kawan mahupun lawan disebabkan UMNO adalah sebuah parti yang mendapat sokongan majoriti orang-orang Melayu dan Bumiputera. Seandai dan sekiranya, sokongan ini terhakis, maka UMNO tidak akan disegani kawan dan tidak lagi dihormati lawan.

38. Lantaran itulah, suka atau tidak, kekuatan UMNO sebagai sebuah organisasi politik amat bergantung kepada kemampuannya untuk memahami kehendak para ahli. Manakala, kerelevanan UMNO sebagai sebuah parti pemerintah pula bergantung kepada sejauh mana ia berjaya menangkap imaginasi bukan sahaja di kalangan orang Melayu tetapi juga yang lebih utama kepada seluruh rakyat Malaysia.

39. Ertinya di sini, UMNO akan terus mendapat tempat sebagai sebuah parti, selama mana kehendak dan kemahuan rakyat dapat dizahirkan dalam perjuangan parti, seterusnya dimanifestasikan pula dalam gerak kerja penggubalan dasar-dasar kerajaan demi kepentingan rakyat menyeluruh.

40. Di persimpangan ini, masalah tidak akan timbul apabila aspirasi UMNO dan aspirasi majoriti rakyat Malaysia adalah satu. Kekalutan hanya akan wujud jika tasawwur UMNO tidak lagi mewakili tasawwur rakyat terbanyak. Hal ini ditambah burukkan lagi oleh persepsi di kalangan orang Melayu bahawa UMNO tidak bersedia untuk mengambil langkah-langkah pembetulan secara pantas.

41. Jika perkara tersebut berlaku, maka rakyat akan menanggap bahawa UMNO bukan sahaja parti yang tidak berpijak di bumi nyata, malahan bersikap angkuh serta kelihatan tidak acuh dan tidak peduli. Jadi, janganlah hairan jika perkara ini terjadi nanti, ramai rakyat Malaysia akan melihat UMNO bukan lagi sebagai sebahagian daripada penyelesaian, sebaliknya ia sudah berubah menjadi sebahagian daripada masalah.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

42. Oleh sebab itu, untuk terus lestari, UMNO tidak ada pilihan melainkan perlu membumi dan mendakap realiti. UMNO perlu terus membuka rongga dan ruang pembaikan. Kuak dan kembangkanlah seluas-luasnya wadah perjuangan kita kepada semua yang ingin membantu memperkukuhkan lagi parti.

43. Selaku Presiden UMNO, saya dengan ikhlas menyeru kepada semua orang Melayu, demi maslahah ummah, marilah bersama-sama membentuk satu saf yang berasaskan pertautan pemikiran dan tindakan untuk merungkai kekusutan, memulihkan silaturrahim serta memacu kepentingan bersama. Sepertimana pepatah lama, air dicincang tidak akan putus, buanglah yang keruh, kita ambillah yang jernih, agar bangsa yang mulia ini terus dimartabatkan.

44. Dalam masa yang sama, ahli-ahli UMNO, baik di peringkat kepimpinan tertinggi mahu pun ahli biasa, perlu kerap melakukan muhasabah. Kita perlu bersedia untuk menilik ke dalam diri, melihat kelemahan dan memperbetulkan kekhilafan. Seterusnya, mengambil langkah untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan tersebut. Apa yang penting, ahli-ahli UMNO perlu mewajahkan peri laku mulia dan nilai-nilai murni sebagai asas jati diri dan kekuatan parti.

45. Pada hemat saya, dalam perkara ini, antara sifat pemimpin yang paling didambakan dan digemari rakyat adalah sifat merendah diri dan tawadhuk. Ingatlah bahawa, dalam negara demokrasi seperti ini, rakyatlah yang memilih pemimpin. Pemimpin yang mereka mahukan adalah pemimpin yang sentiasa bersedia memberikan khidmat.

46. Saya ingin berpesan, janganlah segan untuk turun ke bawah dan merapatkan diri dengan akar umbi sekali pun kita menyandang jawatan tinggi. Bak kata pepatah, ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Malah rakyat akan membenci pemimpin yang memisahkan diri dari mereka, sukar didekati, apatah lagi pemimpin yang sombong dan bongkak. Mereka yang menunjukkan keikhlasan dan merasai keseronokan menabur bakti kepada rakyat akan menjadi pemimpin yang disanjung.

47. Selain itu, para pimpinan UMNO dan ahli-ahli seharusnya terkenal dengan integriti apabila diberikan tugas dan amanah. Ini amat mustahak dalam meyakinkan rakyat untuk terus bersama UMNO. Jika persepsi negatif tentang integriti dan etika pemimpin UMNO menular, ia dengan sendirinya akan menjadi faktor utama menjauhkan sokongan rakyat terhadap kita.

48. Tambahan lagi, untuk mengukuhkan kepercayaan rakyat tentang kewibawaan dan integriti UMNO, ia bukan sahaja setakat dilaungkan, tetapi ia juga mesti dipampang dengan jelas dalam bentuk amalan, tindak tanduk dan aktiviti juga gerak kerja semua ahli dan pemimpin. Insya-Allah nantinya rakyat akan dapat menerima semula, secara sepenuh hati, parti kita ke pangkuan mereka.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

49. Gila ada pelbagai jenis gila. Kata orang bila seseorang itu bercakap sendirian, belum lagi dianggap gila. Bila dia mula berceloteh sendiri, dan kemudian menjawab balik kepada dirinya sendiri, itu namanya separuh gila. Peringkat kedua, bila dia membebel dan mengomel sendiri, kemudian menjawab balik dan percaya pula pada yang dia jawab kembali itu, tandanya memang dah sah lah dia gila.

50. Satu lagi jenis gila, adalah berbuat sesuatu secara berulang kali dengan tatacara yang sama tetapi mengharapkan hasil yang berbeza. Dalam melaksanakan sesuatu dasar misalnya, kita tidak boleh terlalu dogmatik sehingga yang menjadi tumpuan adalah wahana atau pendekatan digunakan berbanding keberhasilan atau “outcome’’.

51. Ini kerana, alat dan pendekatan boleh berubah dek perjalanan masa. Wahana dan kaedah yang sesuai hari ini mungkin akan lapuk sepuluh tahun dari sekarang. Begitulah kereta kuda dan mesin telegraf yang suatu ketika dahulu adalah alat dan pendekatan yang terbaik pada zaman bahari, kini, sudah tidak atau sudah jarang digunakan.

52. Contohnya, apabila mula digubal, Dasar Ekonomi Baru menyasarkan peningkatan pemilikan ekuiti Melayu dan Bumiputera dari 2.4 peratus kepada 30 peratus, dalam tempoh masa dua puluh tahun. Namun begitu, sehingga Dasar Ekonomi Baru tamat pun, matlamat ini masih belum dapat diterjemahkan. Pemilikan ekuiti orang Melayu dan Bumiputera hanya mencapai 19.2 peratus sahaja. Oleh itu, matlamat ini diteruskan di bawah Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Pembangunan Wawasan dan kini, Misi Nasional menggunakan pendekatan yang tidak jauh berbeza.

53. Namun, masa berlalu menyaksikan ekonomi Malaysia berubah haluan dan bergantung kepada pelaburan asing serta hasil eksport, manakala ekonomi negara kita kini lebih terbuka dan mudah terkesan dengan perkembangan ekonomi global. Mengikut laporan Pertubuhan Perdagangan Sedunia tahun 2008, Malaysia adalah negara pengeksport barangan yang ke-21 terbesar di dunia.

54. Hakikatnya, cabaran ekonomi masa depan yang menanti kita lebih rumit dan hebat. Landskap ekonomi dunia juga sudah berubah. Formula semalam belum tentu lagi masih mujarab. Jika dalam tempoh hampir empat dekad kita gagal mencapai matlamat dengan menggunakan kaedah yang sama, bukankah sudah sampai masanya kita memikirkan strategi baru yang lebih relevan dengan masa dan zaman untuk mencapai cita-cita yang diimpikan?

55. Berikutan hal ini, orang–orang Melayu perlu sedar bahawa salah satu sebab yang memungkinkan kejayaan Dasar Ekonomi Baru ialah kerana ia dilaksanakan di tengah-tengah pertumbuhan ekonomi yang mapan. Perangkaan menunjukkan bahawa, pukul rata pertumbuhan ekonomi negara di antara tahun 1971-1990 adalah pada kadar 7.1 peratus.

56. Justeru, menyedari peri mustahaknya pertumbuhan ekonomi, apabila Malaysia menghadapi kemelesetan pertengahan 80-an akibat kejatuhan harga komoditi dunia, kepimpinan UMNO dan negara ketika itu mengambil tindakan di luar kotak kelaziman. Telah ditangguhkan ketika itu, elemen-elemen utama Dasar Ekonomi Baru bagi mengembalikan ekonomi negara ke landasan pertumbuhan. Ini dibuat melalui pewujudan persekitaran yang subur untuk pelaburan terus asing, terutamanya, dalam bidang pembuatan.

57. Strategi ini ternyata telah berjaya. Kutipan cukai kerajaan bertambah, peluang pekerjaan melata, dan ekonomi negara berjaya pulih dari kemelesetan. Hasilnya pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru telah dapat diteruskan. Bersandarkan faktor inilah, maka, kerajaan hari ini telah mula meliberalisasikan sektor-sektor tertentu di samping melihat semula dengan komprehensif cara penciptaan dan pegangan kekayaan Melayu dan Bumiputera agar ia lebih mapan serta lebih bermakna.

Tuan-tuan dan puan-puan sidang perwakilan sekalian,

58. Di sudut lain, bukan sahaja UMNO yang harus berubah dan melakukan proses transformasi ke arah kebaikan generasi pewaris negara, yang terlebih penting adalah orang-orang Melayu seluruhnya perlu berubah corak pemikirannya. Hari ini, kita melihat bagaimana produk tindakan afirmatif serta Dasar Ekonomi Baru begitu gah dan bangga mendabik dada bahawa mereka tidak perlu lagi topang dan sangga. Katanya, mereka boleh berdiri di atas kaki sendiri tanpa perlu bergantung kepada pertolongan kerajaan.

59. Tampaknya, golongan ini lupa kepada satu hakikat yang besar. Maksud saya, jika benar pun mereka telah cukup berupaya untuk membuang topang yang menyangga mereka selama ini, bagaimana pula halnya dengan orang-orang Melayu lain yang masih memerlukan bantuan. Adakah adil namanya jika topang ini dinafikan kepada kumpulan yang layak menerima, hanya kerana orang yang sudah mendapat bantuan tidak lagi bergantung padanya.

60. Di atas segalanya, tiada siapa yang dapat menafikan bahawa, nikmat tersurat hari ini adalah, orang Melayu telah mempunyai kelas menengah yang besar. Keadaan ini hampir tidak wujud tatkala Dasar Ekonomi Baru dilancarkan pada tahun 1971. Siapakah juga yang dapat menafikan bahawa, hari ini terdapat golongan profesional Melayu dalam skala yang besar sebagai mahsul daripada langkah-langkah Dasar Ekonomi Baru.

61. Oleh sebab itu, kita perlu faham bahawa, isunya di sini bukanlah soal bantuan, tetapi soal pengurusan dan pentadbiran bantuan tersebut. Faktanya, orang Melayu dilihat dari lensa keseluruhan, masih ketinggalan dan memerlukan bantuan. Itulah sebenarnya yang menjadi perhitungan utama.

Tuan-tuan dan puan-puan,

62. Kita semua tahu bahawa, UMNO telah didirikan atas falsafah perjuangan, keikhlasan dan pengorbanan serta roh patriotik yang tinggi. Inilah asas-asas tersirat yang selama ini memanggu kekuatan parti. Sayangnya, ramai daripada generasi kini mengambil enteng akan jerih payah pendahulu-pendahulu menubuhkan UMNO.

63. Ambillah pengajaran daripada kesungguhan dan kemuliaan generasi yang terdahulu. Contohnya, pengorbanan ikhlas kaum wanita dalam parti. Tercatat dalam sejarah, kaum ibu yang rela melurut cincin, gelang dan rantai demi membiayai rombongan pimpinan Tunku ke London bagi merundingkan kemerdekaan. Inilah sikap mulia dan murni wanita UMNO sejak berpuluh tahun. Sifat yang sungguh kita sanjung tinggi.

64. Saya juga masih ingat cerita pimpinan-pimpinan lalu yang sanggup berlebih kurang dalam serba kepayahan dan kesederhanaan berjuang untuk parti. Kata mereka, kalau dulu tidak macam sekarang, semuanya nakkan yang empuk dan semuanya nakkan yang mewah. Dulu, kalau ke persidangan UMNO, siapa yang tak kenal New Hotel dan King Hotel di Batu Road. Untung-untung pun dapatlah merasa Majestic Hotel. Sekarang ini, kalau tak dapat hotel lima bintang, ramai yang mengeluh sakit-sakit badan. Tak standard dan tak kelas katanya.

65. Apa yang cuba saya utarakan di sini adalah, ke manakah hilangnya budaya khidmat dan kesukarelawanan dalam UMNO? Kalau hendak diikutkan, begitu ramai golongan profesional seperti peguam, doktor, akauntan dan jurutera yang menjadi ahli. Malangnya, di saat-saat kita memerlukan kerja-kerja sukarela umpamanya, pada musim pilihanraya, begitu sedikit yang tampil membantu dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan. Barangkali, mereka ini tidak mendapat tempat di cawangan atau mungkin borang keahlian mereka hilang di tengah jalan.

66. Makanya, saya menyeru agar ahli-ahli UMNO menyegarkan kembali budaya khidmat dan kesukarelawanan dalam parti. Ikhlaskanlah diri untuk menumpah bakti dan jasa tanpa disuruh-suruh demi kepentingan parti dan rakyat Malaysia. Sesungguhnya tuan-tuan dan puan-puan yang dilimpah kurnia serta kelebihan oleh Allah SWT, dalam kehidupan masing-masing, sewajarnya kembali menyumbang kepada masyarakat. Barulah nanti akan datangnya keberkatan dalam berparti dan dirahmati oleh Allah SWT. Seperti kata lagu, berkorban apa saja, harta ataupun nyawa, itulah perjuangan sebenar, sejati dan mulia.

67. Berkaitan hal yang tersebut juga, untuk menjadi parti yang berjaya, kita tidak boleh terpisah daripada arus pemikiran dan aspirasi rakyat. Kini, rakyat mahukan parti dan kerajaan memahami kehendak mereka dan mereka mahu lebih dirundingi dan didampingi secara langsung. Realitinya, rakyat mahukan pandangan mereka diambil kira dalam menentukan hala tuju negara.

68. Untuk itu, kita mesti meneruskan proses islah dan menzahirkan perubahan-perubahan yang sesuai dengan masa. Kita mesti dikenali sebagai parti yang bukan sekadar mampu melakar perubahan tetapi berupaya pula menzahirkan perubahan itu.
Tuan-tuan dan puan-puan,

69. Menuju ke arah ini, pertamanya, UMNO telah bertindak berani meminda perlembagaan parti untuk menjadikannya lebih telus, inklusif dan demokratik. Nampaknya, langkah kita telah menyebabkan pihak-pihak tertentu melatah, hingga ada yang tanpa segan silu cuba meniru dan sekonyong-konyong meminda perlembagaan parti mereka, sekalipun tanpa perincian yang rapi. Inilah tembelang, aliran dan gaya sebenar mereka, suka membuat janji umum yang tidak pula ada susulan tertentu.

70. Berbanding pindaan yang kita lakukan ini, bukan sekadar bersifat kosmetik mahu pun tempel-tempelan, sebaliknya ia merupakan perubahan secara tuntas dan signifikan. Ia akan meluaskan bilangan ahli yang terlibat sama secara langsung untuk memilih kepimpinan parti. Ia membabitkan anjakan angka daripada sejumlah 2,500 perwakilan kepada lebih 146,000 orang. Inilah petanda, bahawa semangat demokrasi hidup segar dan hidup subur dalam UMNO. Nyatanya, tidak ada mana-mana parti politik di Malaysia yang berani bertindak sedemikian rupa. Dengan itu, saya ingin mengingatkan kepada semua pihak, setelah pindaan kita lakukan, berhijrahlah meninggalkan gejala negatif seperti politik wang, supaya kita menjadi parti yang bersih dan dihormati.

71. Keduanya, berkaitan dengan cara parti memilih calon. KPI atau Petunjuk Prestasi Utama termustahak bagi sesebuah parti politik ialah untuk memenangi pilihanraya dan membentuk kerajaan yang kuat serta stabil. Dalam memenuhi maksud ini, kita perlu mencari calon yang betul. Untuk itu, kita akan mengubah kriteria menentukan calon.

72. Maknanya, dalam memilih calon, individu itu perlulah seseorang yang diterima masyarakat tempatan di samping mempunyai kualiti untuk berkhidmat kepada tiga peringkat penting, yakni, peringkat rakyat, peringkat parti dan peringkat negara. Pada analisa akhir, inilah calon yang dikehendaki rakyat dan akan memenangi pilihanraya.

73. Ketiganya, budaya berparti dalam UMNO haruslah bersifat inklusif dan bukannya insular atau, terpulau. Lebih banyak program penataran yakni “outreach” harus dilaksanakan. Dalam konteks ini, seperkara yang harus diingat, ia tidak seharusnya terbatas kepada ahli UMNO semata-mata bahkan hendaklah melebarluas kepada semua orang Melayu dan bukan Melayu.

Tuan-tuan dan puan-puan,

74. Sebagai rentetan daripada ucapan saya tadi, jika ditoleh sejarah, semenjak mula para patriot memperjuangkan kemerdekaan tanah air hingga ke hari ini, usaha mencapai perpaduan nasional, telah, sedang dan tetap menjadi prioriti utama. Ini kerana, semua pihak sedar bahawa tanpa perpaduan yang mantap dan jitu, tidak mungkin segala matlamat dan wawasan nasional akan dapat diterjemahkan.

75. Kerana itulah pentadbiran kerajaan telah memperkenalkan gagasan 1Malaysia. Sesungguhnya, 1Malaysia bukanlah konsep atau formula baru. Sebaliknya, matlamat akhir 1Malaysia iaitu perpaduan nasional juga merupakan wawasan utama pemimpin-pemimpin UMNO terdahulu, yang diterjemahkan dalam pelbagai rupa bentuk jelmaan prakarsa sepanjang lebih lima dekad.

76. Konsep 1Malaysia ini ditiangi oleh beberapa teras utama, antaranya, penghijrahan daripada perpaduan yang berpaksikan toleransi kepada yang berlandaskan penerimaan, keadilan sosial dan nilai-nilai dikongsi bersama yang mengambil kira realiti sejarah berpandukan keluhuran perlembagaan serta prinsip rukun negara.

77. Wajarlah saya pertegaskan di sini bahawa konsep 1Malaysia tidak sekali kali menyimpang daripada roh Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang negara sama ada secara tersurat atau secara tersirat. Malah, kita kekal menjunjung kesemua peruntukan teras seperti perkara 3, perkara 4, perkara 152, perkara 153, bahagian 2 dan bahagian 3 seperti ditintakan dalam Perlembagaan Persekutuan.

78. Oleh yang demikian, janganlah mana-mana pihak berasa gundah gulana atau menaruh syak jua bimbang bahawa konsep ini akan terpesong dari apa yang telah dipersetujui dan dimuafakatkan oleh bapa-bapa kita suatu ketika yang lalu. Sesungguhnya matlamat akhir 1Malaysia adalah untuk meraikan kemajmukan dan kepelbagaian kita di Malaysia sebagai senjata dan kekuatan demi kemajuan bersama.

Tuan-tuan dan puan-puan,

79. Pokok pangkalnya, UMNO harus kekal menjunjung tradisi perjuangan. Oleh kerana itulah, UMNO akan terus menjuarai soal kebajikan dan periuk nasi semua rakyat. Saya mahukan gerak kerja parti selari dengan tuntutan zaman. UMNO tidak boleh lagi kelihatan sebagai parti yang hanya dilihat condong kepada satu-satu pihak sahaja. Sebagai tonggak parti pemerintah, kita tidak mampu ditanggap hanya sebagai bertumpu kepada inisiatif niaga besar-besaran atau projek mega semata-mata, tetapi sebaliknya kita mesti menjadi parti yang menjuarai rakyat.

80. Khidmat UMNO harus merata. Kita akan tetap menjadi parti yang pro kepada pertumbuhan ekonomi berdaya tahan, pengagihan kekayaan yang adil, jaringan keselamatan sosial menyeluruh dan kos hidup terkawal.

Tuan-tuan dan puan-puan,

81. Kesimpulannya, UMNO adalah sebuah parti massa yang lahir menjunjung aspirasi akar umbi bangsa untuk menebus maruah yang tergadai. Sejarah telah menunjukkan apabila UMNO dekat dengan rakyat, apabila UMNO menyelami denyut nadi mereka, maka rakyat akan memberikan sokongan kepada UMNO. Itulah sebabnya apabila UMNO mempelopori penubuhan FELDA, MARA, TABUNG HAJI, LPP, LKIM dan lain-lain agensi yang bermatlamat untuk meningkatkan taraf hidup rakyat, kita dijulang menjadi parti yang kuat.

82. Oleh kerana itulah, tanpa kunjung jemu, UMNO meneruskan tradisi membela rakyat. Bagi tahun 2009 sahaja, kerajaan yang diterajui UMNO telah memperuntukkan sebanyak RM22 billion untuk membiayai pelbagai subsidi, insentif dan bantuan bagi meringankan beban yang ditanggung rakyat. Perkara ini mampu dilakukan kerana kita telah mengurus kewangan dengan baik tanpa perlu menaik mahupun mengenakan cukai tambahan.

83. Dari itu, janganlah kita mudah terpesona dan terpukau dengan pihak pembangkang semata-mata kerana, air percuma dan sedikit kenaikan elaun. Setidak-tidaknya ingatlah sedikit, akan jasa-jasa kerajaan pimpinan UMNO yang telah berbudi selama puluhan tahun. Kata orang, janganlah kerana kemarau sehari, rezeki hujan yang setahun sudah dilupakan.

84. Faktanya, secara sedar atau tidak, sudah banyak yang pihak kerajaan lakukan demi kesejahteraan hidup rakyat. Misalnya, di bawah sektor pengangkutan dan tenaga, kerajaan telahpun menyediakan subsidi sebanyak RM9 bilion untuk petrol, LPG dan diesel; RM2 bilion untuk program rebet tunai, lebih RM600 juta untuk pampasan tol; RM150 juta untuk kadar elektrik dan RM45 juta lagi untuk pengangkutan udara luar bandar serta rel pantai timur.

85. Berkaitan hal yang tersebut juga, kita adalah kerajaan yang empati dan prihatin dengan keadaan sebenar hidup seharian rakyat, bukan sahaja di desa, sementelahan juga kehidupan rakyat di kota kerana ada antaranya yang masih kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Pokoknya, rakyat berasa lega bahawa mereka tidak sendirian dalam keluh kesah tentang makan pakai, kos sewa rumah mereka, susu dan kain lampin anak, membawa kepada perbelanjaan pengangkutan seharian yang ditanggung.

86. Apa yang pasti kerajaan faham dan maklum isu ini. Misalannya, di bawah sektor pertanian dan makanan, sejumlah hampir RM600 juta diperuntukkan untuk subsidi padi, RM400 juta untuk beras, RM375 juta untuk gula; RM275 juta untuk baja, RM210 juta untuk tepung gandum; dan RM89 juta untuk roti.

87. Selanjutnya, menyedari kepentingan pendidikan dan ilmu pengetahuan sebagai kandil generasi masa depan, sejumlah RM2 bilion lagi telah diagih-agihkan dalam bentuk bantuan kepada pelajar sekolah terutamanya untuk projek pelajar miskin. RM411 juta pula untuk bantuan pelajar IPTA ; RM374 juta untuk guru atau penyelia KAFA, tidak ditinggalkan elaun guru takmir termasuk elaun imam serta elaun ketua-ketua kampung. Sebahagian lagi yakni RM159 juta untuk kanak-kanak prasekolah dan RM36 juta pula diperuntukkan untuk masyarakat Orang Asli.

88. Tidak dilupakan sebanyak RM850 juta lagi untuk menyediakan jaringan keselamatan khusus kepada keluarga miskin, orang kurang upaya dan warga emas. Selain itu, dari bulan November 1997 hingga bulan Ogos 2009, kerajaan melalui PTPTN telah mengeluarkan lebih RM19 bilion kepada 1.4 juta peminjam terdiri daripada pelajar-pelajar IPTA dan IPTS dengan ujarah yang sangat rendah. Bersyukurlah kita atas kesemuanya ini.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

89. Sejak pasca pilihanraya ke-12, musuh-musuh politik UMNO telah mula meramalkan kejatuhan parti keramat ini. Hatta banyak pihak yang tidak sabar untuk menalqinkan UMNO. Kata mereka, UMNO sudah nazak dan hanya menanti waktu. Sebenarnya ini bukan kali pertama perkara ini berlaku. Jangkaan ini juga dibuat apabila Parti Kemerdekaan Tanah Melayu dan Parti Islam seMalaya tertubuh akibat perpecahan dalam UMNO.

90. Telahan juga dilontar selepas tragedi 13 Mei 1969 apabila kerajaan Perikatan kehilangan majoriti dua pertiga di mana banyak pemuka-pemuka UMNO tewas dan kecundang. Andaian sebegini juga dibuat selepas pemilihan UMNO 1987 dan kemudiannya apabila terbentuk Parti Melayu Semangat 46. Ia juga dicanang dengan kencang di pilihanraya umum 1999. Kendatipun begitu, Alhamdulillah setiap kali ramalan ini timbul UMNO bangkit kembali sebagai organisasi yang lebih kuat dan berpadu.

91. Merujuk keputusan pilihanraya umum ke-12, rakyat telah memberi mesej yang jelas kepada kita. Justeru, kita sedar dan insaf. Kita tahu rakyat masih sayangkan UMNO. Apa yang mereka inginkan hanyalah, agar UMNO berubah. Nyatanya, kita mendengar hasrat rakyat ini. Kita akan berubah.

92. Apa yang pasti, kelangsungan parti begitu penting, bukan untuk pemimpin-pemimpin UMNO tetapi untuk bangsa, agama, negara dan rakyat seluruhnya. Hakikatnya, setiap generasi kepimpinan UMNO menghadapi cabaran yang tersendiri sesuai dengan masa dan zaman. Alhamdullilah, setiap cabaran berjaya diatasi dengan perpaduan dan semangat yang kental. Sememangnya pun, penubuhan UMNO merupakan hasil doa para ulamak, pendidik, petani, nelayan, peniaga dan para mustada’afin serta rakyat keseluruhannya yang mahukan kebebasan bermaruah.

93. Kata orang, jika kita bersatu hati, bersatu tekad dan membulatkan usaha, maka kita akan berupaya bersama-sama mendaki ke puncak yang paling tinggi menuruni cerun yang paling curam dan menyelami lautan yang paling dalam.

94. Bahkan, sejarah menjadi saksi, orang-orang UMNO tidak pernah gagal melakukan sesuatu tindakan hanya kerana ianya sukar. Sebaliknya, kita telah berjaya, menggapai apa yang mustahil dengan berbekalkan semangat.

95. Siapa sangka bangsa yang pernah dimomok-momokkan sebagai lemah dan tidak bersedia untuk bebas kendiri telah berjaya merebut kemerdekaan dari kuasa besar dunia, bukan dengan jalan hujung senjata tetapi menggunakan akal dan hujung lidah, berdiplomasi serta berunding dengan Inggeris. Siapa sangka bangsa ini kemudiannya berjaya mengisi erti kemerdekaan tersebut sehingga Malaysia muncul sebagai negara membangun yang termaju di dunia.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

96. Sesungguhnya, amanah besar ini tidak boleh dipikul oleh seorang. Ia perlu dijinjing oleh satu jemaah, satu barisan yang tersusun rapi. Oleh itu, saya menyeru dan mengajak kepada Timbalan Presiden, kepada Naib-Naib Presiden, Ketua Wanita, Ketua Pemuda, Ketua Puteri, kepada saf kepimpinan yang berada di atas, pejuang-pejuang UMNO di bawah, pejuang-pejuang UMNO di bahagian, pendokong-pendokong UMNO di cawangan, seluruh warga UMNO yang baru dan yang lama, di kota dan di desa, bangkitlah semua bersama-sama saya. Rapatkanlah barisan. Sahutlah panggilan. Marilah kita martabatkan warisan ini.

Tuan-tuan dan puan-puan,

97. Yakinlah, perjuangan kita adalah perjuangan yang betul, yakinlah, perjuangan kita adalah perjuangan yang haq. Kitalah, UMNO, satu-satunya parti yang membawa obor harapan dan mampu meneroka masa depan penuh gilang-gemilang.

98. Walau apa pun dugaan, walau apa pun rintangan, bersama segunung harapan, perjalanan ini kita teruskan, bersama menggenggam keyakinan, segala impian pasti dilunaskan, setitik dijadikan laut, segumpal dijadikan gunung.

99. Tradisi tetap kita junjung, perubahan tetap kita zahirkan.

Kendati tergantung awan di langit,
Telah terlanjur kubentangkan layar,
Walau badai datang menggulung,
Walau berdentum guruh di langit,
Walau bumi berkeping dua, takkan mungkin ku berbalik haluan.

Hidup UMNO! Hidup Melayu!

Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.



Saya tidak ingat lagi berapa kali saya bangkit dan bersama-sama perwakilan lain menyahut secara spontan ucapan penggulungan Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang penuh bersemangat pada petang Jumaat lepas.

Yang saya ingat, semua berdiri serentak, sambil menyahut "Sedia", "Setuju" dan "Boleh" setiap kali Datuk Seri Najib melontarkan cabaran di dalam ucapan yang penuh emosi petang itu.

Dewan Merdeka PWTC, tempat berlangsungnya perhimpunan agung khas Umno, bagaikan medan peperangan. Seorang jeneral sedang memimpin batalionnya, memberi arahan dan atur gerak kepada para anggota. Seruan jeneral disambut laungan anggota-anggota di barisan hadapan.

Demikianlah suasana pada hari terakhir perhimpunan agung Umno Jumaat lepas, yang melakar sejarah apabila membuat pindaan ke atas perlembagaan untuk memperkasakan parti mengharungi cabaran politik.

Seperti perwakilan lain, saya bersama barisan perwakilan Umno Bahagian Kota Belud yang saya ketuai, dapat merasakan bara semangat para ahli parti untuk menjunjung perjuangan sebagaimana diharapkan oleh Presiden.

Perjuangan yang dijunjung adalah untuk berubah - dari segi minda dan tingkah laku, pendekatan dan tindakan.

Dari semangat perwakilan, saya merasakan seluruh akar-umbi Umno sudah bersedia untuk mengharungi "perubahan" yang menjadi tema ucapan pemimpin Nombor Satu dan Nombor Dua Umno di perhimpunan itu.

Ucapan dasar Datuk Seri Najib bertema "Menjunjung Tradisi Menzahir Perubahan" manakala Tan Sri Muhyiddin yang merasmikan serentak Perhimpunan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri pula "Menggalas Tuntutan Perubahan".

Bertitik-tolak dari situ, perkataan "perubahan" terus menjadi sebutan kalangan pemimpin dan ahli Umno sepanjang persidangan. Suara ulasan mengenai "perubahan" bergema di Dewan Merdeka ketika perwakilan berbahas, kemudian terus pula menjadi bualan di luar dewan persidangan.

Daripada apa yang dirumuskan oleh Presiden dan Timbalan Presiden, perubahan yang dimaksudkan itu merangkumi semua aspek dengan matlamat akhirnya untuk memperkasakan Umno, dan menjadikannya terus unggul dan relevan.

Sememangnya, itu jugalah tujuan perhimpunan kali ini yang membuat pindaan ke atas tujuh perkara dalam Perlembagaan Umno, yang telah dijanjikan oleh Datuk Seri Najib sewaktu mengambil alih teraju kepemimpinan parti awal tahun ini.

Pindaan perlembagaan parti yang diluluskan perwakilan sebulat suara, bukan saja telah melakar sejarah buat parti, tetapi turut mencorakkan dimensi baru halatuju perjuangan Umno.

Ia.merupakan transformasi politik dalam Umno sebagai tunjang utama Barisan Nasional (BN). Berikutan itu, disarankan juga agar parti-parti komponen lain mengikut jejak yang dirintis Umno itu.

Perubahan yang diutarakan oleh pemimpin tertinggi itu sebenarnya manifestasi kesungguhan merealisasikan ikrar yang disuarakan ketika perhimpunan agung yang lepas, antaranya membanteras amalan tidak sihat seperti politik wang. Ketika itu, rata-rata pemimpin dan ahli sepakat untuk membawa perubahan kepada parti.

Dari apa yang dirumuskan pada perhimpunan kali ini, mesej utama yang hendak disampaikan ialah hakikat bahawa "Umno bukan tempat cari makan" dan mereka yang menawarkan diri untuk berkhidmat kepada rakyat, tidak seharusnya mengharapkan ganjaran atau sesuatu.

Dengan lulusnya pindaan beberapa fasal dalam perlembagaan Umno, bermakna parti sudah melangkah ke arah perubahan. Bermakna, apa yang diwar-warkan oleh kepemimpinan parti sebelum ini, bukan lagi omong-omong kosong atau retorik semata-mata.

Satu hal lagi yang menarik apabila Presiden menyatakan mengenai ciri-ciri pemimpin dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang perlu diberi perhatian oleh setiap ahli. Pemimpin mesti popular. Calon pilihan raya juga mesti popular.

Ini penting kerana parti yang kuat bergantung kepada barisan pemimpin yang mantap. Perlu diakui bahawa matlamat akhir berpolitik adalah untuk memenangi pilihan raya dan membentuk kerajaan.

Oleh kerana KPI parti adalah untuk menang pilihan raya, sudah tentu kredibiliti pemimpin menjadi pertimbangan utama. Sebab itulah, Datuk Seri Najib secara berterus-terang menyatakan bahawa Umno perlu mencari calon yang betul apabila tiba musim pilihan raya nanti.

Maknanya, dalam memilih calon, individu itu perlulah seseorang yang diterima masyarakat tempatan di samping mempunyai kualiti untuk berkhidmat kepada tiga peringkat penting yakni peringkat rakyat, peringkat parti dan peringkat negara.

Kesimpulannya, perubahan adalah bertujuan untuk memperkuatkan Umno secara keseluruhannya.




Datuk Seri Abdullah Hj.Ahmad Badawi Mantan Presiden UMNO dan juga Mantan Perdana Menteri Malaysia turut hadir di Perhimpunan Agung UMNO pada hari terakhir ini.


PWTC Kuala Lumpur , 16 Oktober Persidangan Perhimpunan Agung Khas Tahun 2009 berakhir pada hari ini. Semoga segala yang diusahakan akan menjadi satu petanda UMNO akan menjadi lebih relevan kepada semua ahlinya sama ada di Kampung dan juga di mana juga.

Sesi Perbahasan Ucapan Dasar Presiden berterusan dari Perwakilan UMNO dengan pelbagai cara dan ragam yang kadangkala menjadi jenaka , itulah yang indah nya cara orang orang Melayu berpolitik dalam kecerian ada perbahasan dan ada perkara yang diutarakan.
 
Ucapan Penggulungan YAB Presiden UMNO Datuk Seri Mohd.Najib bin Tun Hj.Abdul Razak

KUALA LUMPUR, 16 Okt. – Persidangan Perhimpunan Agung UMNO yang berakhir hari ini dengan ucapan penangguhan oleh Presidennya yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyuntik semangat baru kepada lebih 2500 perwakilan.
Dalam ucapannya, Datuk Seri Najib menekankan perubahan perlu dizahirkan dengan ikhlas dan bukan hanya sanggup berjanji di dalam Dewan Merdeka bersama-sama para perwakilan lain sebaliknya ia dilaksanakan di kawasan masing-masing dengan menunjukkan kesungguhan melaksanakan tanggungjawab.
Dalam masa yang sama, beliau turut mengulas berkaitan pindaan Perlembagaan UMNO yang telah diluluskan sebulat suara oleh para perwakilan.
“Mood para perwakilan kita adalah baik dan kerana itu ia mampu dizahirkan dengan sebulat suara, apatah lagi ia telah dibincangkan dalam peringkat bahagian dan dikaji secara mendalam,” katanya.
Berkaitan dengan penghapusan sistem kuota yang dibuat melalui pindaan Perlembagaan tersebut, beliau menyatakan bahawa ia adalah keputusan bersama, dibincang dalam mesyuarat Biro Politik UMNO lantas bersama dengan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin sepakat untuk menghapuskannya kerana tidak rela berselindung di sebalik sistem kuota.
“Ada yang bertanya kepada saya, tidak takutkah jika hapuskan sistem ini, tetapi saya tetap mengambil keputusan demikian kerana perisai saya adalah semua ahli-ahli UMNO,” katanya yakin.
Menurutnya, kalau Presiden dapat menjalankan khidmat kepada parti, rakyat dan negara, maka tentunya nasib beliau seterusnya akan dinilai oleh ahli-ahli UMNO dan terserahlah kepada mereka.
“Saya akan berkhidmat kepada parti selagi mana saya dimahukan malah dengan penghapusan kuota inilah akan memberi dorongan kepada saya dan ahli-ahli Majlis Tertinggi untuk bekerja lebih kuat dan bersungguh-sungguh,” ujarnya.
Beliau menekankan lagi, sekiranya mahu menjadi pemimpin perlulah mempunyai teladan yang baik dan sanggup untuk turun padang bagi melihat sendiri segala permasalahan yang berlaku.
“Saya amat menghargai semua ketua bahagian dan para perwakilan kerana bersetuju dengan pindaan Perlembagaan UMNO yang membuktikan bahawa semua inginkan perubahan dan bersikap terbuka dalam melaluinya.”
Katanya, beliau mahukan UMNO bersikap lebih inklusif supaya pihak dapat menyertai UMNO tanpa sebarang sekatan atau halangan daripada pihak tertentu.
“Selepas pindaan ini maka tidak akan ada lagi ‘borang hilang’ dan sebagainya kerana sesiapa yang mahu menjadi ahli lebih mudah apabila bukan hanya Ketua Bahagian sahaja yang boleh mengesahkannya tetapi juga Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri boleh berbuat demikian.
“Kita buka UMNO seluas-luasnya kepada semua kerana UMNO adalah parti pergerakan massa dan parti yang menghimpunkan segala latar belakang tanpa menyekat kepada sesiapa pun,” ujarnya.
Tegasnya, kedudukan tidak penting kerana apa yang lebih penting adalah matlamat perjuangan lantas kerana itu ia perlu disampaikan kepada generasi baru agar perjuangan berterusan.
Beliau turut memberi amaran agar jangan sesekali ada pihak yang cuba mahu mengeksploitasi sistem Perlembagaan tersebut kerana ia adalah sistem yang bersih dan akan dipastikan bahawa ia akan berjalan dengan mantap dan teratur.
“Kita mesti buat kerja agar UMNO tetap jadi juara kepada rakyat,” katanya.
Sebelum mengakhiri ucapannya, beliau menegaskan: kalau nak kekal jawatan, buatlah kerja, barulah parti ada kepimpinan yang dinamik.




Berikut ialah sebahagian daripada mutiara kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ketika menyampaikan Ucapan Dasar selaku Presiden Umno pada majlis perasmian Perhimpunan Agung Umno 2009 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini: Mengenai perjuangan Umno: * “Umno harus dilihat, ditanggap, serta diyakini sebagai parti yang ampuh membela untung nasib rakyat. Umno tidak boleh dilihat sebagai sebuah parti yang hanya ghairah memperjuangkan kelompok yang sedikit. Sebaliknya, kita mahu Umno dilihat, dirasai serta diyakini sepenuhnya sebagai sebuah parti inklusif yang mendahulukan rakyat dan bukannya mendahulukan diri sendiri. Maka itu, persepsi Umno sebagai parti untuk cari makan mesti dibuang jauh-jauh, mesti ditinggalkan”. * “Umno tidak boleh lagi kelihatan sebagai parti yang hanya dilihat condong kepada satu-satu pihak sahaja. Sebagai tonggak parti pemerintah, kita tidak mampu ditanggap hanya sebagai bertumpu kepada inisiatif niaga besar-besaran atau projek mega semata-mata, tetapi sebaliknya kita mesti menjadi parti yang menjuarai rakyat”. * “Yakinlah, perjuangan kita adalah perjuangan yang betul, yakinlah, perjuangan kita adalah perjuangan yang haq. Kitalah Umno, satu-satunya parti yang membawa obor harapan dan mampu meneroka masa depan dengan penuh gilang-gemilang. “Walau apapun dugaan, walau apapun rintangan, bersama segunung harapan, perjalanan ini kita teruskan, bersama menggenggam keyakinan, segala impian pasti dilunaskan, setitik dijadikan laut, segumpal dijadikan gunung”. Mengenai kemenangan BN pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang: * “Kita tidak boleh mudah berasa selesa atau lega bahawa kita menjadi parti pilihan rakyat, hanya kerana tiada parti lain yang boleh diharapkan, atau dengan kata lainnya, yang terbaik antara yang buruk”. * “Kita mahukan Umno diterima rakyat sebagai sebuah parti yang memperjuangkan bukan sahaja untung nasib Melayu dan Bumiputera akan tetapi menjangkau semua kumpulan etnik di Malaysia”. Mengenai kepentingan sejarah: * “Peristiwa sejarah bukan sahaja untuk dicontohi dan diikuti, tetapi ia menunjang sebagai peringatan dan sempadan terbaik kepada umat manusia bagi mengurus realiti semasa untuk melakar hari muka dengan lebih berjaya”. Mengenai peranan Umno selepas peristiwa 13 Mei 1969: * “Umno berusaha keras untuk mengembalikan demokrasi dalam masa 18 bulan. Ini jelas mempamerkan bahawa Umno bukanlah sebuah parti yang mabukkan kuasa, jauh sekali sebagai sebuah parti yang bersifat perkauman”. Mengenai sifat pemimpin Umno: * “Antara sifat pemimpin yang paling didambakan dan digemari rakyat adalah sifat merendah diri dan Tawadhuk. Ingatlah bahawa, dalam negara demokrasi seperti ini, rakyatlah yang memilih pemimpin. Pemimpin yang mereka mahukan adalah pemimpin yang sentiasa bersedia memberi khidmat”. * “Mereka yang menunjukkan keikhlasan dan merasai keseronokan menabur bakti kepada rakyat akan menjadi pemimpin yang disanjung”. * “Untuk mengukuhkan kepercayaan rakyat tentang kewibawaan dan integriti Umno, ia bukan sahaja setakat dilaungkan, tetapi ia juga mesti dipampang dengan jelas dalam bentuk amalan, tindak tanduk dan aktiviti juga gerak kerja semua ahli dan pemimpin”. Mengenai falsafah perjuangan Umno: * “Saya menyeru agar ahli-ahli Umno menyegarkan kembali budaya khidmat dan kesukarelawanan dalam parti. Ikhlaskanlah diri untuk menumpah bakti dan jasa tanpa disuruh-suruh demi kepentingan parti dan rakyat Malaysia”. Mengenai pindaan perlembagaan Umno: * “Setelah pindaan kita lakukan, berhijrahlah meninggalkan gejala negatif seperti politik wang, supaya kita menjadi parti yang bersih dan dihormati”. Mengenai Konsep 1Malaysia: * “Konsep 1Malaysia tidak sekali-kali menyimpang daripada roh Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang negara sama ada secara tersurat atau secara tersirat”. Mengenai mesej keputusan pilihan raya Umum ke-12: * “Kita tahu rakyat masih sayangkan Umno. Apa yang mereka inginkan hanyalah agar Umno berubah. Nyatanya, kita mendengar hasrat rakyat ini. Kita akan berubah”.



No comments:

Post a Comment