Setelah dipersetujui didalam Mesyuarat Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian
P.190 Tawau pada 01 September 2016 bahawa Perwakilan 7 dan rombongan
Pemerhati dari Bahagian Tawau akan diwakili oleh Ketua-ketua cawangan
dan pemimpin akar umbi. Kesemua mereka akan ditaja oleh UMNO Bahagian
Tawau. Manakala Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tawau sekiranya ingin
pergi kePerhimpunan tersebut perlu lah berusaha sendiri sekiranya mampu ,
kalau tidak boleh lah menjadi pemerhati dirumah sendiri. Ini kerana
terlalu ramai Ketua ketua cawangan dan pemimpin-pemimpin akar umbi mahu
menjadi perwakilan dan pemerhati dan untuk mengelakkan berlaku
ketidakpuasan hati mereka , Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian terpaksa
mengalah dan bersetuju untuk memberikan mereka peluang menghadiri
Perhimpunan tersebut.
Perhimpunan Agung UMNO 2016 Menjurus Kesiapsiagaan Jentera Parti Hadapi PRU14
KUALA LUMPUR, 13 Okt – Perhimpunan Agung UMNO 2016 yang akan berlangsung pada 29 Nov hingga 3 Dis ini akan menjurus kepada suasana kesiapsiagaan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum yang akan berlaku pada bila-bila masa. Sambil mengharapkan perhimpunan kali ini berjalan dengan lebih baik dan lancar, Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata perhimpunan tersebut juga bakal memperlihatkan mood ataupun suasana dalam keadaan yang memberikan semangat yang tinggi terhadap perjuangan dan matlamat perjuangan parti selama ini. “Jadi, sepanjang tempoh persidangan tahun ini kita akan dapat melihat beberapa kaedah yang menunjukkan UMNO akan sentiasa relevan dalam perjuangan membela agama, bangsa dan negara".
“Kita akan melihat juga bagaimana semangat akan disuntik oleh para perwakilan dan para pembahas bagi memastikan dalam suasana politik hari ini, UMNO akan menjadi kubu kuat kepada parti kompenan Barisan Nasional seterusnya memastikan jentera parti bersedia menghadapi cabaran-cabaran sedia ada,” ujarnya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal bersama kumpulan Media Prima di sini, hari ini.
Dalam masa yang sama, beliau menegaskan perhimpunan kali ini juga akan menyaksikan mood jentera parti dalam keadaan bersedia dalam menghadapi apa sahaja kemungkinan, berdasarkan suasana politik semasa pada ketika ini.
“Kita kena bersedia pada bila-bila masa, namun jentera sudah pun bersedia kerana kita telah menghadapi beberapa pilihan raya kecil sebelum ini, mood yang sedia ada akan digerakkan ke arah satu semangat yang lebih tinggi lagi,” tambahnya.
Beliau turut memberitahu pihak TV3 diberikan peranan sebagai badan penyiar untuk Perhimpunan Agung UMNO 2016, sebagaimana tahun lepas, pihak RTM yang telah diberikan peluang tersebut.
“Pihak pengurusan TV3 telah datang melihat bagi memberikan pandangan bagi memberikan penambahbaikan untuk memastikan perhimpunan tahun ini akan lebih baik dari sebelum ini,” ujarnya lagi. -MediaUMNO

UMNO : Sekretariat Jawatankuasa Usul Bincang Persediaan PAU2016
KUALA LUMPUR, 13 Okt – Pengerusi Biro Perlembagaan dan Perundangan UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien mengadakan perbincangan dengan Sekretariat Jawatankuasa Usul bagi membuat persediaan Perhimpunan Agung UMNO 2016 (PAU2016).
DS Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata beliau telah melantik Pengerusi-Pengerusi Usul dan menetapkan Mesyuarat Jawatankuasa Penyediaan Usul Majlis Kerja Tertinggi (MKT) 2016 diadakan pada awal November depan.
“Dalam perjumpaan ini, kami turut membincangkan secara mendalam berkenaan konsep dan tema bagi Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah yang akan diadakan buat kali kedua tahun ini.
“Konvensyen ini amat penting untuk memastikan semua pihak bergerak seiringan dalam rentak dan irama yang sama sekaligus menjadi momentum dan penambah semangat luar biasa menjelang #PAU2016 nanti,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook beliau hari ini. Hishamuddin turut melahirkan harapan agar PAU2016 dapat dilaksanakan dengan cemerlang.
Sementara itu beberapa orang Ahli UMNO Bahagian Tawau yang terpilih Perwakilan 7 dan Pemerhati yang ditemui telah melahirkan rasa gembira dan berterima kasih kerana telah terpilih untuk menghadiri #PAU2016 kali ini. Kesemua tiket penerbangan untuk mereka telah disediakan dan telah diserahkan sebagai persediaan untuk kesana. Untuk Ahli Jawatankuasa Bahagian masing masing berusaha untuk menghadiri Perhimpunan tersebut , bagi saya kalau ada rezeki Insyallah saya akan pergi kerana perhimpunan kali ini akan memberikan gambaran sebenar kesinambungan perjuangan membela dan memartabatkan Parti Keramat orang Melayu ini seterusnya mempertahankan tampuk pemerintahan kerajaan dimasa akan datang di PRU14 yang menjelang tiba.
Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian P.190 Tawau semasa Persidangan Perwakilan Bahagian pada 11 September 2016. Sekiranya berlaku pembubaran Parlimen pada tahun 2017 , Persidangan Perwakilan Bahagian tahun 2017 akan berlaku pemilihan Ahli Jawatankuasa yang baru. Semoga Ahli Jawatankuasa sedia ada terpilih semula bagi tempoh seterusnya.
Parti UMNO telah mengadakan pemilihan parti pada Oktober 2013 selepas menangguhkannya untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13. Pemilihan itu sepatutnya dilangsungkan pada 2012. Mandat kepimpinan UMNO sekarang akan berakhir pada 2016. Mandat Parlimen sekarang pula akan berakhir pada 2018. Keputusan telah dibuat pada PAU2015 bahawa pemilihan parti hanya akan diadakan selepas Pilihanraya Umum ke-14 ( PRU14 ).
Beberapa isu-isu dan serangan daripada pihak tertentu keatas pucuk Pimpinan Parti UMNO kini telah reda dan terjawab dengan sendirinya bahawa isu-isu dan serangan yang ditujukan kepada pucuk pimpinan Parti UMNO hanyalah bersifat provokasi , spekulasi dan persepsi , andaian yang tiada mempunyai asas dan bukti kebenarannya dan bermotifkan kepentingan Individu.
Suatu ketika , Penasihat Sosio-Budaya Kerajaan Malaysia, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, "penerangan yang diberi juga semakin lama semakin tidak berkesan selain tidak mampu meredakan ketegangan suasana dengan jawapan yang tidak memuaskan rakyat. Pendekatan tradisional yang digunakan semasa berdepan dengan pelbagai isu luaran UMNO dilihat tidak lagi mampu mengubah persepsi negatif rakyat terhadap parti itu".
Kini semuanya telah berubah , tembelang dan punca agenda dan percubaan menjatuhkan Ketua kepemimpin Parti UMNO telah terserlah dan terbukti isu , spekulasi dan persepsi negatif yang digembar gemburkan hanyalah tipu muslihat dan fitnah semata mata. Usaha mereka (ANC - Anti Najib Campign) yang menelan belanja yang amat besar sehingga ketahap 'Billion Ringgit' yang diusahakan oleh Mantan pemimpin Utama UMNO dengan sendirinya telah gagal. Berkat kesabaran dan usaha gigih pendukung wadah perjuangan dan pemimpin UMNO yang setia kepada Parti dan Pemimpin nya telah berjaya memberikan keyakinan rakyat bahawa hanya Parti UMNO saja lah yang layak memperjuangkan hak dan kepimpinan orang Melayu berlandaskan Perlembagaan Malaysia. Kita anggap meraka ini adalah serpihan yang kini telah menubuhkan Parti masing masing yang beranggapan ada ahli ahli UMNO yang mengikuti jejak mereka.Sehingga kehari ini mereka masih terkuil-kuil untuk mencari keahlian untuk parti mereka , dan pada pandangan kita selepas saja PRU14 nanti parti parti itu akan berkubur dengan sendirinya.
Perhimpunan Agung UMNO 2016 yang akan berlangsung nanti akan lebih berusaha menyatupadukan ahli UMNO dengan Firman Allah;
Wa'tasimu bihablillah jami'au walatafarraku wazkuru ni'matallah 'alaikum izkumtum 'da'an fa'allafa baina kulubikum fa'asnahtum bi nik'matihi ihwannan wa kuntum 'alla safa hufratim minan nari fa'ann kazakum minnha kazalika yubaiyinullahu lakum'ayatihi la'allakum tahtaduun.
Maksudnya: “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai, dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara” (ali Imran: 103).
Hidup Adalah Perjuangan
Hidup tidak pernah bisa berjalan lancar, lurus tanpa rintangan. Hidup adalah mistery, bergerak turun naik , jatuh dan bangun, maju dan mundur. Hidup tidak pernah menjadi hal yang mudah. Hidup juga tidak pernah berubah menjadi perkara yang sempurna. Jangan pernah mengharapkan kesempurnaan dalam hal apapun. Karena kesempurnaan dalam hidup ini adalah tidak mungkin dan tidak masuk akal untuk direalisasikan. Hanya Allah subhanahu wataalah yang mengetahui.
Jika tidak ada cara untuk menjadi hal yang sempurna, maka mengapa kita menyiksa diri kita untuk mencapai hasil yang tanpa cacat? Bahkan tetap tidak peduli, ada masanya semua usaha kita itu akan merugikan orang lain, karena kita asyik menjaga ego kita. Pada kenyataannya, kita diciptakan dengan segala keterbatasan dalam rangka perjuangan untuk menembus batas-batas. Itulah arti penting dari hidup kita. Berjuang adalah nama lain dari hidup. Dengan berjuang, kita memahami bahwa tidak ada yang percuma dalam hidup ini. Semuanya punya harganya sendiri. Seperti pepatah mengatakan, tidak ada kegagalan, yang ada hanyalah keberhasilan yang tertunda. Jadi tidak ada yang namanya kegagalan, yang ada hanyalah satu langkah lebih dekat untuk keberhasilan.
Makna berjuang adalah tidak pernah menyerah. Kesulitan dan cobaan adalah seninya berjuang. Lihat saja karya-karya seni. Tanpa lekuk-lekuk beraneka, tentu saja yang tidak akan pernah menjadikannya karya yang paling indah. Demikian pula dengan kehidupan. Kesulitan hanyalah bukit-bukit yang kita harus melewati untuk mencapai lembah yang indah di depan. Kadang-kadang kita lupa, bahwa di balik kesulitan, ada kebahagiaan menunggu. Kadang-kadang kita terlalu sibuk mengutuk situasi. Kadang-kadang kita lupa, bahwa kesulitan saat ini sekarang adalah harga untuk keberhasilan kita di masa depan.
Berjuang dalam ketidaksempurnaan dapat menjadi hal yang indah. Satu-satunya masalah kita adalah mencoba mengejar kesempurnaan. Kita tidak akan pernah menjadi orang yang sempurna. Yang bisa kita lakukan adalah mencoba semampu kita untuk menjadi orang yang lebih baik dari sebelumnya. Mulai dari saat ini, buang lah tabiat kita untuk mengejar kesempurnaan. Mulailah belajar cara untuk mentransfer energi maksimum kita untuk tujuan yang benar, menjadi orang yang lebih baik. Jika kita mampu melakukan ini, maka.. satu hari di masa depan ketika kita kembali melihat ke hari ini, kita akan menyadari sesuatu, bahwa ternyata... kita telah menjadi pribadi yang jauh lebih baik dari sebelumnya
Ada saat, ketika kita benar-benar merasa penat dan lelah. Kehabisan tenaga dalam mengharungi ranjau ranjau dan liku liku kehidupan. Hidup ini terlalu penuh misteri. Setiap langkah perjalanan hidup ini tak mampu kita tafsir. Hidup ini terlalu penuh dengan kejutan. Membuat kita terkejut berkali-kali, bahkan ketika kita sudah mempersiapkan segalanya. Kita sering melawan nasib. Kita sering melawan kenyataan. Padahal kita tidak memiliki kekuatan untuk menolak dan melawannya. Begitu tidak berdaya, hingga kita bahkan tidak mampu menghentikan rambut yang memutih atau kulit yang keriput. Jadi, apa sebenarnya yang kita lawan ? Apa yang kita perjuangkan tidak lain adalah kelemahan itu sendiri. Kelemahan yang melekat dalam diri kita iaitu, sangat sulit untuk menghargai hidup itu sendiri. Kita menghabiskan waktu untuk menuntut banyak hal, mengutuk situasi dan menyalahkan nasib. Tapi kita lupa untuk menggunakan waktu kita untuk bersyukur atas apa yang sudah kita miliki. Masalah utama kita sebagai manusia adalah lupa bersyukur. Lupa berterima kasih terhadap hal yang baik telah kita lalui sehingga yang dinampak semua yang buruk buruk belaka.
Semoga kita termasuk dalam golongan yang berjuang kerana Agama , Bangsa dan Tanahair.
Firman Allah Ta'ala:
Ya ayyuhal lazina 'aamanu 'ati'ullaha waati'ul rasullah wa 'awlil umri minkum
"Wahai orang-orang yang beriman taatilah Allah dan taatilah Rasul dan para pemimpin di kalangan kamu".(An-Nisa:59)
Sabda Nabi s.a.w (maksud):
1)"Sesiapa taat kepada pemimpin maka dia telah taat kepadaku dan sesiapa yang menderhakai pemimpin maka dia telah derhaka kepadaku".(HR Bukhari no.2957)
2)"Kamu wajib patuh dan setia,samada dalam keadaan susah atau senang,suka atau duka dan walaupun merugikan kepentinganmu".(HR.Muslim no.1836)
3)Seorang Sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w:Ya Nabi Allah,bagaimana menurutmu jika para penguasa yang memimpin kami yang selalu mengutamakan hak mereka tetapi mereka tidak bersedia memenuhi hak kami?Nabi menjawab:"Tunduk dan patuhlah kamu,sesungguhnya mereka akan bertanggungjawab atas kepimpinanya,manakala kamu juga akan bertanggung jawab terhadap ketaatan kamu kepadanya".(HR.Muslim no.1846)
4)"Sesiapa yang dipimpin oleh seseorang pemimpin lalu dia melihat pemimpinnya berbuat maksiat kepada Allah,maka hendaklah dia membenci perbuatannya,namun jangan dia melepaskan ketaatan daripadanya".(HR.Muslim no.1855)
5)"Sesungguhnya sepeninggalanku akan muncul para pemimpin yang bertindak sesuka hatinya dan membuat berbagai kebajikan yang kamu tidak menyukainya".Para Sahabat bertanya apa harus mereka lakukan ketika itu,Nabi menjawab:"Tunaikanlah kewajipan kamu dan mintalah hak kamu(berdoa) kepada Allah".(HR.Muslim,1843)
6)"Sesiapa yang tidak menyukai sesuatu daripada pemimpinnya maka hendaklah dia sabar.Kerana sesungguhnya tiada seseorang pun daripada manusia yang memisahkan diri daripada pemimpinnya sekalipun hanya sejengkal lalu dia mati melainkan matinya dalam keadaan Jahiliyah".(HR Muslim no.1849)
Berhentilah kita menjadi manusia munafik di dalam parti sendiri. Berhentilah kita menjadi ‘agen pembangkang’ di dalam wadah sendiri. Tanamkan lah roh perjuangan Umno seperti yang mekar pada tahun 1946 dulu. Teruskan fokus kepada nilai keintelektualan dan nilai Agama yang tinggi bagi menjaga parti yang suci ini.
Ingatlah pesan Agama Islam melalui sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Ada empat sifat orang munafik yang tulen, apabila diberi amanah dia berkhianat, apabila berkata dia berdusta, apabila berjanji dia mungkir dan apabila bertikai ia buat curang mengetepikan kebenaran (menegakkan benang basah).Akhirnya, harus kita sadari bahwa semua bentuk kemunafikan dapat mendatangkan kerugian besar, baik terhadap agama maupun masyarakat. Pendapat atau pandangan orang-orang munafik itu tidak bisa dijadikan ukuran dalam menentukan kebenaran dan kebaikan, sebab yang mereka katakan hanyalah apa yang keluar dari lidah, bukan apa yang tertanam dalam hati. Banyak orang pandai tapi tidak berarti memiliki konsistensi beragama yang tinggi. Dan, yang harus diingatkan adalah, kemunafikan pada akhirnya akan tersingkap, baik ketika masih di dunia ataupun di akhirat kelak. Wa Allah A’lam bi al-Shawab.
PERHIMPUNAN Agung UMNO minggu depan bukan sahaja harus menjadi medan untuk parti itu memperkasakan kedudukannya dalam kalangan orang Melayu malah lebih penting daripada itu perlu menampilkan kembali UMNO sebagai pejuang Islam.Selama ini mungkin UMNO tidak mahu menonjol dalam bab itu kerana mahu menjaga hati pengundi bukan Melayu khususnya penyokong komponen Barisan Nasional (BN), tetapi keputusan pilihan raya sejak kebelakangan ini termasuk pilihan raya kecil telah menunjukkan kelompok tersebut tidak lagi bersama kerajaan.
Selama ini UMNO dilihat terlalu berhati-hati untuk memperkatakan soal orang Melayu dan umat Islam, kalau adapun setakat berdegar-degar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) ketika Perhimpunan Agung UMNO sahaja, dari segi tindakan entah ke mana.
Keadaan itu berlaku kerana UMNO masih lagi mengharapkan kaum lain untuk menyokong BN sedangkan sudah jelas dan nyata, yang betul-betul setia dengan UMNO ialah orang Melayu. UMNO sepatutnya memperkukuhkan sokongannya dalam kaum itu bukannya dilihat mahu ‘menyembah’ untuk mendapat undi daripada kaum lain.Janganlah kerana terlalu mahu menjaga hati kaum lain, UMNO teragak-agak dalam memperjuangkan nasib orang Melayu dan mempertahankan hak mereka serta membela agama Islam. Perlu diingatkan UMNO berkuasa sehingga kini kerana sokongan orang Melayu, oleh itu balaslah jasa mereka dengan sewajarnya.
UMNO terlalu mahu menjaga hati sehingga akhirnya menyebabkan orang Melayu merasa bosan kerana merasakan UMNO tidak boleh lagi diharap untuk membela dan memperjuangkan nasib mereka. Walaupun dakwaan ini mungkin tidak benar tetapi itulah hakikat yang berlaku sehingga sokongan orang Melayu kepada UMNO semakin menipis. Kelompok berkenaan mencari parti alternatif sehingga mengakibatkan orang Melayu terus berpecah manakala pihak lain mengumpul kekuatan seperti mana dapat dilihat ketika perhimpunan haram Bersih.
Oleh itu Perhimpunan Agung UMNO kali ini amat penting. Ia bukanlah pentas bersandiwara apatah lagi beretorik, tetapi medan untuk menjelmakan semula UMNO sebagai pejuang orang Melayu dan umat Islam. UMNO bukanlah seperti PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau PAN yang ditubuhkan atas perasaan kecewa, tetapi UMNO ditubuhkan atas keringat dan airmata orang Melayu yang mahu melihat bangsa Melayu dan agama Islam berdaulat di bumi Malaysia.
Dalam memperjuangkan Islam, UMNO tidak boleh teragak-agak dalam menyatakan pendirian. Ramai penganalisis politik berpendapat, UMNO perlu menyokong Rang Undang-undang 355 (RUU355) bagi memperkasakan bidang kuasa mahkamah syariah yang akan dibentangkan oleh Pas.
Pembentangan tersebut bukanlah bertujuan politik tetapi semata-mata bagi memperkasakan mahkamah berkenaan. Kalaulah parti-parti lain khususnya yang mewakili kaum bukan Melayu boleh bersatu menentangnya kenapa UMNO tidak boleh bersama Pas dalam soal ini? Atas sebab itulah dalam isu-isu berkaitan kepentingan orang Melayu dan umat Islam, UMNO tidak boleh teragak-agak menyatakan pendirian waima kalau isu itu diperjuangkan oleh Pas sekalipun. Soal bertarung dalam pilihan raya, itu soal kedua, apa yang penting janganlah orang Melayu melemahkan satu sama lain sedangkan ada pihak mengumpul kekuatan melalui perpecahan orang Melayu.
Oleh itu jadikanlah Perhimpunan Agung kali ke - 70 ini sebagai pentas untuk menampilkan semula keberanian UMNO dalam memperjuangkan orang Melayu dan Agama Islam. Ingatlah nyawa politik UMNO ditentukan oleh orang Melayu bukannya kaum lain, biar sebesar mana pun jasa UMNO kepada mereka.
KUALA LUMPUR, 21 Nov – Seramai 5,732 perwakilan UMNO dari seluruh negara dijadual menghadiri Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini bermula 28 November ini.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata daripada jumlah itu, 2,762 hadir untuk perhimpunan agung, manakala bagi Perhimpunan Pergerakan Wanita seramai 993 orang, Pemuda (992) dan Pergerakan Puteri akan disertai 991 orang perwakilan.
“Seramai 44 wakil daripada 12 parti dari 10 negara juga telah mengesahkan kehadiran dan seramai 78 anggota perwakilan dari 80 Kelab UMNO Luar negara dan tujuh badan perhubungan negara juga akan hadir.
“Seramai 1,193 petugas media dari 48 agensi media tempatan dan antarabangsa akan membuat liputan perhimpunan itu,” katanya dalam sidang media di sini petang tadi.
Perhimpunan Agung UMNO akan bermula pada 29 November sehingga 3 Disember dengan dimulai dengan Majlis Taklimat Presiden yang diadakan secara tertutup di Dewan Merdeka pada 29 Nov jam 2.00 petang diikuti dengan Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka pada jam 8.00 malam.
“Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO pada tahun ini diadakan di Dewan Merdeka, Pergerakan Wanita di Dewan Tun Hussein Onn manakala Pergerakan Puteri diadakan di Dewan Tun Dr Ismail yang didakan serentak pada 30 November.
Upacara menaikkan bendera Sang Saka Bangsa dan Majlis Perasmian Perhimpunan Agung UMNO akan diadakan pada 1 Disember Di Dewan Merdeka pada jam 8.00 pagi oleh Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Presiden UMNO sendiri,” ujarnya lagi. -MediaUMNO
Perhimpunan Agung UMNO yang ke 70 ini adalah satu medan yang terbaik untuk menilai kembali kasih sayang ahli akar umbi kepada pemimpin parti sekaligus melahirkan kesetiaan yang tidak berbelah bagi. Perhimpunan ini akan membawa satu pengertian yang cukup berbeza kepada pemimpin UMNO dan akar umbi kerana disini semua pihak yang sayangkan parti mahu mencari dan mengembalikan serta mengukuhkan keyakinan serta memulihkan kredibiliti parti yang selama ini dirobek robekkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
27 November 2016 - Majlis Himpunan Setia Kawan PM Najib bersama YAB Dato Sri Mohd.Najib bin Tun Hj.Abdul Razak , Perdana Menteri Malaysia . Setia Kawan , Disini bermulanya kesetiaan sehingga ke Akhirnya . Majlis diadakan pada jam 3.00 petang di Dewan Banquet Kompleks Seri Perdana Putrajaya. Semua kepimpinan Ketua Bahagian UMNO Negeri Sabah Hadir di Majlis ini yang diketuai oleh YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj.Aman Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah bersempena #PAU2016.
28 November 2016 - Majlis Taklimat Bersama Setiausaha Bahagian bahagian yang dianjurkan oleh Setiausaha Agung Tengku Adnan Tengku Mansur dan telah disempurnakan oleh YAB. Timbalan Perdana Menteri yang juga Pemangku Timbalan Presiden UMNO Malaysia. Dalam Majlis tersebut telah diadakan penyampaian Anugerah kepada Bahagian Bahagian yang terbaik diPeringkat Zon dan juga Pusat.
UMNO Tawau telah memenangi 2 Anugerah iaitu ;
Diperingkat Pusat - Memenangi Kategori " Pusat Pengkalan Data Terbaik". Anugerah tersebut telah diterima oleh Tuan Hj.Naim bin Hj.Ahmad Setiausaha Bahagian UMNO Tawau.
Diperingkat Zon Sabah - Memenangi Kategori " Dokumentasi dan Rekod Terbaik". Anugerah tersebut telah diterima oleh Tuan Hj.Naim bin Hj.Ahmad Setiausaha Bahagian UMNO Tawau.
Kejayaan ini merupakan Pengiktirafan kepada Pentadbiran Bahagian yang diketuai oleh Yang Berhormat Datuk Tawfiq bin DSP AB Titingan selaku Ketua Bahagian UMNO Tawau.
“Setiausaha merupakan individu yang dilantik oleh pengerusi, jadi sudah tentu ianya merupakan satu jawatan yang penting bagi menjamin struktur pentadbiran agar sentiasa memenuhi aspirasi realiti semasa dan tidak mengikut kaedah yang lama” ujarnya kepada UMNO-Online selepas program tersebut.
Antara kategori yang disampaikan adalah anugerah kehadiran terbaik mengikut zon, dokumentasi dan rekod terbaik mengikut zon, war room bahagian terbaik mengikut zon, laman sesawang facebook yang memperoleh ‘like’ tertinggi, pusat cyber troopers terbaik dan pusat khidmat terbaik. -MediaUMNO
Sementara itu Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tawau diketuai oleh Cik Nazliah binti Ali Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tawau bersama perwakilan nya.
29 November 2016 @2.00 petang – Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2016) memulakan tirainya hari ini dengan Taklimat Presiden yang disampaikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak , bertempat diDewan Merdeka Aras 4 PWTC . Taklimat ini dihadiri oleh Ahli-ahli Majlis Tertinggi , Exco Pergerakan Wanita / Pemuda / Puteri , Ketua Bahagian , Timbalan Ketua Bahagian , Naib Ketua Bahagian , Ketua Pergerakan Wanita Bahagian , Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian , Ketua Pergerakan Puteri Bahagian , Setiausaha Bahagian , Penerangan Bahagian dan Bendahari Bahagian.
Perkukuh kebersatuan anggota parti dan berkhidmat sepenuh hati untuk rakyat, antara intipati amanat Presiden UMNO YAB Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini diMajlis Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2016, di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini. Selain memberi fokus kepada persediaan dan kemenangan PRU-14, beliau turut menggunakan sesi taklimat tersebut untuk memberi kefahaman kepada semua perwakilan terhadap usaha beliau dalam melestarikan parti terbesar Melayu itu dan menambah baik pentadbiran negara. Ketua Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin pula melihat amanat presiden itu sebagai faktor pengerak bagi anggota UMNO bekerja kuat dalam membela nasib rakyat.“Mesej presiden ditujukan khusus kepada para pemimpin UMNO sebab tanggungjawab yang digalas kini semakin berat kerana kita tiada pilihan lain selain menang dalam pilihan raya,” katanya. Dalam taklimat tersebut YAB Datuk Seri Najib mengingatkan para pemimpin parti UMNO bahawa mereka diminta sentiasa bersiap sedia kerana sudah menghampiri PRU14 yang akan berlaku pada tidak lama lagi.
29 November 2016 @8.00malam DS Ahmad Zahid Hamidi melambaikan tangan kepada perwakilan pada perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di PWTC, Kuala Lumpur malam tadi. Turut hadir Ketua Wanita, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil; Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dan Ketua Puteri, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
Kibarkan Bendera, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama ahli Majlis Tertinggi UMNO menyanyikan lagu UMNO semasa Majlis Perasmian Persidangan Sayap-Sayap sempena Perhimpunan Agung UMNO 2016 yang diadakan di Dewan Merdeka hari ini.
Para perwakilan mendengar ucapan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Zahid Hamidi pada majlis perasmian persidangan serentak sayap-sayap parti bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau yang diketuai oleh Ybhg.Datuk Hjh.Rosdianah binti Md.Nor Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau
Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tawau yang diketuai oleh Encik Ariffin bin Hj.Kassim Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tawau
Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tawau yang diketuai oleh Cik Nazliah binti Ali Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tawau
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap merasmikan persidangan serentak sayap-sayap parti bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
Perasmian serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2016 malam ini mencatat sejarah tersendiri apabila buat pertama kali disempurnakan Naib Presiden UMNO.
Lebih mencuri perhatian, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden hadir dengan mengenakan baju Melayu berwarna putih dan bersamping merah yang merupakan pakaian rasmi Pemuda. Selain Ahmad Zahid, Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur turut mengenakan baju rasmi Pemuda UMNO. Menjelaskan perkara itu, Ahmad Zahid berkata, mereka memilih kelainan dengan memakai baju rasmi Pemuda tersebut bukan kerana ‘buang tabiat’ atau kehabisan baju Melayu. Tetapi pemilihan itu, katanya, kerana mahu mengambil semangat juang Pemuda yang pernah beliau ketuai suatu ketika dahulu.
Dalam pada itu, ucapan perasmian beliau sepanjang kira-kira dua jam di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini diamati dan diikuti dengan cukup serius serta penuh perhatian oleh kira-kira 3,000 perwakilan ketiga-tiga sayap. Antaranya beliau menggariskan cabaran yang dihadapi oleh UMNO khususnya serangan fitnah dan tohmahan daripada pakatan pembangkang ke atas pemimpin-pemimpin UMNO.
Sehubungan itu beliau menggesa ahli-ahli Wanita, Pemuda dan Puteri sentiasa taat kepada kepemimpinan dan bersatu memperkukuhkan parti dalam usaha UMNO mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14. Sesungguhnya sikap setia ahli kepada institusi kepresidenan membolehkan parti ampuh dan mampu menangkis setiap serangan sama ada dari luar dan mengekang pengkhianatan dari dalam.
30 November 2016@8.00pagi - Perwakilan Wanita UMNO mendengar ucapan Ketua Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Jalil pada Persidangan Pergerakan Wanita UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Dewan Tun Hussien Onn Aras 2 , Pusat Dagangan Dunia Putra.
Saya mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kehadiran sembilan ratus sembilan puluh tiga (993) orang perwakilan Wanita UMNO Malaysia dari seluruh negara. Suara puan-puan akan mewakili hasrat lebih kurang 1.3 juta ahli Wanita UMNO dari satu ratus sembilan puluh satu (191) bahagian merangkumi dua puluh ribu, enam ratus empat puluh tiga (20,643) cawangan di seluruh negara.
Kita berhimpun pada hari ini, dalam suasana yang mengingatkan kita kepada himpunan pertama kaum Ibu pada tahun 1949. Himpunan yang mana srikandi cekal Putih Mariah berdiri di hadapan ratusan wanita yang hanya berbaju Kedah, berkain batik dan bertudung lusuh, di antara mereka tiada seorang pun jurutera, tiada seorang pun doktor dan tiada seorang pun arkitek. Yang ada hanyalah ibu yang meninggalkan anak, keluarga serta kewajipan mereka untuk sebuah perjuangan yang lebih besar kepada agama bangsa dan tanahair.Percayalah, betapa gedung keramat PWTC ini sudah puluhan kali menjadi saksi, betapa saya, puan-puan dan seluruh srikandi wanita terus berdiri kerana hutang budi, hutang jasa, hutang keringat, hutang amanah kita, yang tidak terbayar kepada ibu dan moyang kita sebelum ini.
Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dan Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia Datuk Azizah Dun serta kepimpinan Wanita UMNO mengangkat tangan bersama sebagai tanda bersatu hati, pada Perhimpunan Agung Wanita UMNO 2016, bertempat di PWTC .
Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dan Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia Datuk Azizah Dun serta kepimpinan Wanita UMNO mengangkat tangan bersama sebagai tanda bersatu hati, pada Perhimpunan Agung Wanita UMNO 2016, bertempat di PWTC pagi tadi
30 November 2016@8.00pagi KETUA Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyampaikan ucapan pada Persidangan Pemuda UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Dewan Merdeka Aras 4 , Pusat Dagangan Dunia Putra.
KETUA Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyampaikan ucapan pada Persidangan Pemuda UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2016.
30 November 2016@8.00pagi Sebahagian Perwakilan Puteri UMNO menyanyikan lagu rasmi Pergerakan Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Dewan Tun Dr.Ismail Aras 2 , Pusat Dagangan Dunia Putra.
Ketua Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin menyampaikan ucapan dasar pada Persidangan Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
30 November 2016@2.00petang - Wakil dari Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberikan ucapan penangguhan pada Perhimpunan Agung Wanita UMNO 2016, bertempat di PWTC petang tadi.
Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau di Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita yang terdiri daripada Datuk Hjh.Rosdianah binti Md.Nor ( Ketua Pergerakan Wanita ) , Puan Norsiah binti Bayai ( Naib Pergerakan Wanita ) , Puan Maimunah binti Mahmud ( Penolong Setiausaha Wanita ) , Puan Armie binti Hj.Abubakar dan Puan Jubairah binti Kaluman di Dewan Tun Hussien Onn Aras 2 , Pusat Dagangan Dunia Putra.
Ketua Pergerakan Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil membaca doa dan diaminkan oleh para perwakilan selepas selesai ucapan penangguhan beliau pada Perhimpunan Agung Wanita UMNO 2016, bertempat di PWTC
Ketua Pergerakan Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil bergambar kenangan bersama kepimpinan Wanita UMNO dan para perwakilan selepas selesai ucapan penangguhan beliau, pada Perhimpunan Agung Wanita UMNO 2016 bertempat di PWTC
Ucapan Penggulungan dan Penangguhan Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO di Dewan Merdeka Aras 4 , Pusat Dagangan Dunia Putra.
Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Tawau di Persidangan Agung UMNO diDewan Merdeka Aras 4 , Pusat Dagangan Dunia Putra , terdiri daripada Ariffin bin Hj.Kassim ( Ketua ) , Amran bin Hj.Karim ( Naib ) , Abubakar
Ketua Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin bersama sebahagian Exco Puteri UMNO melaungkan slogan ‘ Hidup UMNO’ sebaik selesai menyampaikan ucapan penangguhan Persidangan Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
30 November 2016@8.00malam - Para Pemerhati yang telah berjaya terpilih menghadiri Perhimpunan Agung UMNO ke-70 ini telah diraikan oleh Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB. Titingan disalah sebuah restauran di Kuala Lumpur.
Mereka adalah terdiri daripada pemimpin pemimpin akar umbi yang terdiri daripada Ketua Cawangan , Ketua Wanita dan juga Perwakilan yang hadir semasa Persidangan Perwakilan Bahagian UMNO Tawau yang lalu.
1Disember 2016@8.00pagi - Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali , Timbalan Ketua Bahagian UMNO Tawau merangkap Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah menuju ke Aras 4 , Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra untuk menghadiri Perasmian Perhimpunan Agung UMNO.
Yang Berhormat Datuk Hj.Nasir Tun Hj.Sakaran Pemangku Ketua Bahagian UMNO Semporna merangkap Menteri diJabatan Ketua Menteri Negeri Sabah ke Aras 4 Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO.
YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj.Aman Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah merangkap Ketua Menteri Sabah bersalaman dengan YAB Dato' Sri Mohd.Najib bin Tun Hj.Abd.Razak Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia semasa menaikkan bendera Sang Saka Bangsa sebelum masuk ke Dewan Perhimpunan untuk acara Perasmian.
YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj.Aman Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah merangkap Ketua Menteri Sabah bersalaman dengan YAB Dato' Sri Zahid Hamidi Pemangku Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri Malaysia semasa menaikkan bendera Sang Saka Bangsa sebelum masuk ke Dewan Perhimpunan untuk acara Perasmian.
1Disember 2016@9.00pagi - Majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2016 dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan dan acara menaikkan bendera UMNO di Plaza Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Presiden UMNO tiba pada 9 pagi bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan disambut Ketua Pergerakan Wanita Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan Ketua Puteri Datuk Mas Ermieyati Samsudin. Najib, yang berpakaian baju Melayu berwarna biru diiringi Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama-sama Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ke pentas khas untuk menerima tabik hormat daripada komander perbarisan, Mohamad Akmal Mohd Tajul Ariffin serta 150 anggota ketiga-tiga sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.
Presiden UMNO itu kemudian menaikkan bendera UMNO ‘Sang Saka Bangsa’ dengan diiringi nyanyian lagu UMNO, ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ oleh para anggota dan hadirin yang menyaksikan acara itu.
Selesai majlis itu, YAB Dato' Sri Najib bergerak ke Dewan Merdeka bagi menyampaikan ucapan dasar Presiden sekali gus merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2016. Seramai 2,762 perwakilan dari 191 bahagian menghadiri perhimpunan tahunan selama tiga hari hingga Sabtu ini.
Presiden UMNO, Dato’ Sri Najib Tun Razak melambai tangan kearah perwakilan yang hadir sempena perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2016 di PWTC
Nyanyian lagu Negaraku , Lagu UMNO Bersatu Bersetia Berkhidmat dan beberapa buah lagu lain yang diiringi oleh koir UITM .
Perwakilan berdiri dan menyanyikan beberapa buah lagu termasuklah lagu Negaraku dan Lagu UMNO Bersatu Bersetia dan Berkhidmat.
Umno mampu bertahan sehingga hari ini kerana amalan prinsip wala’ dan kesetiaan dalam tradisi Umno, prinsip wala' Umno membawa maksud nilai cinta kasih, kepatuhan, sumpah setia, taat dan bai’ah yang wajib diberikan kepada pemimpin yang sah, dan di dalam konteks Umno iaitu Presiden Parti manakala bagi kerajaan ialah Perdana Menteri. Wala’ yang diberikan bukanlah sekadar kepada jasad, tubuh atau individu, akan tetapi, wala’ sebenarnya merangkumi institusi kepresidenan atau keperdana-menterian, yang disandang oleh seseorang.
Perwakilan UMNO Bahagian Tawau terdiri daripada Yang Berhormat Datuk Tawfiq bin DSP AB Titingan Ketua Bahagian , Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Syed Hj.Abas bin Hj.Syed Ali Timbalan Ketua Bahagian , Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan Naib Ketua Bahagian , Tuan Hj.Naim bin Hj.Ahmad Setiausaha Bahagian , Ybhg. Datuk Hjh.Rosdianah binti Md.Nor Ketua Pergerakan Wanita Bahagian , Encik Ariffin bin Hj.Kassim Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian , Cik Nazliah binti Ali Ketua Pergerakan Puteri Bahagian dan 7 perwakilan yang telah dipilih.
Para Perwakilan kusyuk mendengar ucapan dan amanat daripada Presiden UMNO yang menyumtikkan semangat perjuangan yang tinggi sehingga ketitisan darah yang terakhir demi Agama , Bangsa dan Negara.
Jelasnya, selama lebih tujuh dekad Umno berjaya bertahan walaupun menghadapi pelbagai rintangan serta sering kali cuba dijebak ke dalam kancah perpecahan dan berpuak-puak.
Perdana menteri berkata, ia merupakan perlambangan hebat parti terbesar orang Melayu itu menjunjung adat dan budaya Timur serta bersendikan landasan syarak, dalam menyatakan sokongan dan dukungan terhadap seorang presiden atau perdana menteri selama ini.
Memberikan contoh beberapa pergolakan termasuk episod pertembungan antara 'Team A' dan 'Team B' ketika pemilihan presiden Umno pada 1987 dan pengisytiharan Umno sebagai pertubuhan haram pada 4 Februari 1988, Najib berkata, orang Umno tetap setia bersama pemimpin mereka.
"Siapa juga pada saat-saat genting dan mendebarkan tersebut, yang berdiri teguh menyokong dan membantu Dr Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) selaku presiden, sehingga Umno baharu secara rasmi diterima semula secara sah? Siapa lagi, siapa lagi, kalau bukan kita, orang Umno," katanya.
Ketua Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil mengangkat tangan apabila Pergerakan Wanita UMNO dipuji dalam ucapan dasar oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di Dewan Merdeka PWTC pagi tadi.
Perwakilan Bahagian UMNO Tawau berkesempatan makan tengahari bersama YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj.Aman Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah merangkap Ketua Menteri Sabah.
Perwakilan Bahagian Kalabakan berkesempatan bersama Pemimpin lama Yang Amat Mulia Tengku Razalieh Hamzah.
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa beramah mesra dengan pelajar-pelajar Kelab UMNO Luar Negara ketika mengadakan pertemuan semasa Perhimpunan Agung UMNO ke 70 di sini hari ini.
Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bersalaman dengan orang ramai selepas selesai Majlis Makan Malam Bersama Presiden Sempena Perhimpunan Agung UMNO 2016.
2 Disember 2016 @8.00pagi - Yang Berhormat Datuk Tawfiq bin DSP AB Titingan Ketua Bahagian UMNO Tawau , Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali Timbalan Ketua Bahagia UMNO Tawau , Encik Ariffin bin Kassim Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian UMNO Tawau dan Cik Nazliah binti Ali Ketua Pergerakan Puteri Bahagian UMNO Tawau. mereka telah berada didalam Dewan Perhimpunan untuk hari ke - 2.
Para perwakilan UMNO Bahagian Tawau yang telah berada di dalam Dewan Perhimpunan untuk hari ke-2 , mereka adalah wakil 7 yang telah terpilih semasa Persidangan Perwakilan Bahagian UMNO Tawau yang lalu iaitu Tuan Said Hassan Said Idrus , Tuan Hj.Kadir Kursin , Tuan Hj.Tamrin
Para Perwakilan Bahagian UMNO Kalabakan juga telah berada didalam Dewan Merdeka untuk mendengar ucapan perbahasan yang akan disampaikan oleh wakil wakil bahagian bahagian yang telah diamanahkan.
Para Perwakilan Bahagian UMNO Kalabakan juga telah berada didalam Dewan Merdeka untuk mendengar ucapan perbahasan yang akan disampaikan oleh wakil wakil bahagian bahagian yang telah diamanahkan pada hari yang ke-dua. Turut hadir sama Datuk Hj.Muis Pico Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kalabakan , Naib Ketua Bahagian Tuan Hj.Ismail Ayed , Setiausaha Bahagian Tuan Mohd.Ayas , Bendahari Bahagian Datuk Hj.Tahir Pico , Penerangan Tuan Karim bin Hj.Wahid dan AJK Bahagian Hj.Saharuddin Salleh , Tuan Ikbal Khalid
Presiden UMNO, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak diiringi oleh Naib Presiden UMNO, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh semasa menghadiri Perhimpunan Agung UMNO di Puasat Dagangan Dunia Putra hari ini.
Presiden UMNO, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Naib Presiden, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi membincangkan sesuatu semasa Perhimpunan Agung UMNO di Dewan Merdeka hari ini.
Berbincang…. Presiden UMNO, YAB Dato' Seri Najib Tun Razak bersama Pemangku Timbalan Presiden, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden YB Dato’ Seri Hishammuddin Bin Tun Hussein berbual semasa sesi perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Dewan Merdeka hari ini.
Presiden UMNO, YAB. Dato' Seri Najib Tun Razak bersama Naib Presiden, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein mendengar perbahasan daripada perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Dewan Merdeka hari ini. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein merasa gembira apabila suara akar umbi bergema di Dewan Merdeka apabila terus disuarakan oleh para pembahas dan jurucakap yang mewakili negeri masing-masing pada perhimpunan agung UMNO kali ini. Menurut beliau, segala perkara yang disentuh oleh para pembahas dalam perhimpunan kali ini adalah berdasarkan usul-usul yang diterima beliau daripada pelbagai peringkat termasuklah usul di peringkat cawangan-cawangan UMNO di akar umbi.
Datuk Hj.Ariffin bin Hj.Arif yang mewakili UMNO Negeri Sabah menyampai ucapan perbahasan Usul Ucapan Dasar Presiden
Kedatangan Umno ke Sabah terbukti membawa rahmat kepada rakyat negeri itu, kata wakil Umno Sabah Bahagian Kimanis, Datuk Mohd Ariffin Mohd Arif. Ini kerana menurut Mohd Ariffin, sepanjang 25 tahun Umno menapak di negeri itu ia telah terbukti berjaya membawa pelbagai pembangunan kepada rakyat di negeri di bawah bayu itu. "Umno ke Sabah bukan untuk menjajah, Umno datang Sabah untuk membawa pembangunan yang kini setelah 25 tahun ia terbukti berjaya membawa pembangunan," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden di Perhimpunan Agung Umno hari ini. Oleh itu, ujarnya beliau menggesa rakyat negeri itu, agar menolak pandangan supaya Sabah ditukar pentadbiran kerana Umno sudah menggalas tanggungjawab dengan baik.
"Jangan tukar pentadbiran," tegasnya.
Katanya, Sabah berjaya berada di tahap kini kerana hubungan baik antara negeri dan kerajaan pusat. "Di Pusat abang, di Sabah sebagai adik bongsu kepada anda semua. Alhamdulillah negeri dan pusat amat baik, Sabah tak riuh kita guna jalan rundingan," katanya lagi.
Analogi pisang menjadi perhatian pada sesi perbahasan usul ucapan dasar Presiden yang turut mengundang tawa Datuk Seri Najib Razak dan Naib Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Perbahasan usul oleh wakil Sabah itu, Datuk Mohd Ariffin Mohd Arif, mencuri tumpuan perwakilan kerana sarat dengan kiasan dan sindiran.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kimanis itu mengambil anologi kitaran hidup pokok pisang bagi menggambarkan kekuatan UMNO dan generasi pemimpin pelapisnya.
Wakil Kelab UMNO Luar Negara, Afiq Adham Muhammad Fadhil semasa sesi perbahasan usul sempena Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra calon muda penting kerana untuk membantu UMNO memenangi hati pengundi muda pada pilihan raya akan datang.
Kelab UMNO Luar Negara mencadangkan UMNO meletakkan lebih ramai calon muda pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sejajar dengan pelaksanaan Agenda Transformasi Nasional 2050 (TN50).
KUALA LUMPUR, 13 Okt – Pengerusi Biro Perlembagaan dan Perundangan UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien mengadakan perbincangan dengan Sekretariat Jawatankuasa Usul bagi membuat persediaan Perhimpunan Agung UMNO 2016 (PAU2016).
DS Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata beliau telah melantik Pengerusi-Pengerusi Usul dan menetapkan Mesyuarat Jawatankuasa Penyediaan Usul Majlis Kerja Tertinggi (MKT) 2016 diadakan pada awal November depan.
“Dalam perjumpaan ini, kami turut membincangkan secara mendalam berkenaan konsep dan tema bagi Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah yang akan diadakan buat kali kedua tahun ini.
“Konvensyen ini amat penting untuk memastikan semua pihak bergerak seiringan dalam rentak dan irama yang sama sekaligus menjadi momentum dan penambah semangat luar biasa menjelang #PAU2016 nanti,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook beliau hari ini. Hishamuddin turut melahirkan harapan agar PAU2016 dapat dilaksanakan dengan cemerlang.
Sementara itu beberapa orang Ahli UMNO Bahagian Tawau yang terpilih Perwakilan 7 dan Pemerhati yang ditemui telah melahirkan rasa gembira dan berterima kasih kerana telah terpilih untuk menghadiri #PAU2016 kali ini. Kesemua tiket penerbangan untuk mereka telah disediakan dan telah diserahkan sebagai persediaan untuk kesana. Untuk Ahli Jawatankuasa Bahagian masing masing berusaha untuk menghadiri Perhimpunan tersebut , bagi saya kalau ada rezeki Insyallah saya akan pergi kerana perhimpunan kali ini akan memberikan gambaran sebenar kesinambungan perjuangan membela dan memartabatkan Parti Keramat orang Melayu ini seterusnya mempertahankan tampuk pemerintahan kerajaan dimasa akan datang di PRU14 yang menjelang tiba.
Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian P.190 Tawau semasa Persidangan Perwakilan Bahagian pada 11 September 2016. Sekiranya berlaku pembubaran Parlimen pada tahun 2017 , Persidangan Perwakilan Bahagian tahun 2017 akan berlaku pemilihan Ahli Jawatankuasa yang baru. Semoga Ahli Jawatankuasa sedia ada terpilih semula bagi tempoh seterusnya.
Parti UMNO telah mengadakan pemilihan parti pada Oktober 2013 selepas menangguhkannya untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13. Pemilihan itu sepatutnya dilangsungkan pada 2012. Mandat kepimpinan UMNO sekarang akan berakhir pada 2016. Mandat Parlimen sekarang pula akan berakhir pada 2018. Keputusan telah dibuat pada PAU2015 bahawa pemilihan parti hanya akan diadakan selepas Pilihanraya Umum ke-14 ( PRU14 ).
Suatu ketika , Penasihat Sosio-Budaya Kerajaan Malaysia, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, "penerangan yang diberi juga semakin lama semakin tidak berkesan selain tidak mampu meredakan ketegangan suasana dengan jawapan yang tidak memuaskan rakyat. Pendekatan tradisional yang digunakan semasa berdepan dengan pelbagai isu luaran UMNO dilihat tidak lagi mampu mengubah persepsi negatif rakyat terhadap parti itu".
Kini semuanya telah berubah , tembelang dan punca agenda dan percubaan menjatuhkan Ketua kepemimpin Parti UMNO telah terserlah dan terbukti isu , spekulasi dan persepsi negatif yang digembar gemburkan hanyalah tipu muslihat dan fitnah semata mata. Usaha mereka (ANC - Anti Najib Campign) yang menelan belanja yang amat besar sehingga ketahap 'Billion Ringgit' yang diusahakan oleh Mantan pemimpin Utama UMNO dengan sendirinya telah gagal. Berkat kesabaran dan usaha gigih pendukung wadah perjuangan dan pemimpin UMNO yang setia kepada Parti dan Pemimpin nya telah berjaya memberikan keyakinan rakyat bahawa hanya Parti UMNO saja lah yang layak memperjuangkan hak dan kepimpinan orang Melayu berlandaskan Perlembagaan Malaysia. Kita anggap meraka ini adalah serpihan yang kini telah menubuhkan Parti masing masing yang beranggapan ada ahli ahli UMNO yang mengikuti jejak mereka.Sehingga kehari ini mereka masih terkuil-kuil untuk mencari keahlian untuk parti mereka , dan pada pandangan kita selepas saja PRU14 nanti parti parti itu akan berkubur dengan sendirinya.
Perhimpunan Agung UMNO 2016 yang akan berlangsung nanti akan lebih berusaha menyatupadukan ahli UMNO dengan Firman Allah;
وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَ لا تَفَرَّقُوا ۚ وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
Maksudnya: “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai, dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara” (ali Imran: 103).
Hidup Adalah Perjuangan
Hidup tidak pernah bisa berjalan lancar, lurus tanpa rintangan. Hidup adalah mistery, bergerak turun naik , jatuh dan bangun, maju dan mundur. Hidup tidak pernah menjadi hal yang mudah. Hidup juga tidak pernah berubah menjadi perkara yang sempurna. Jangan pernah mengharapkan kesempurnaan dalam hal apapun. Karena kesempurnaan dalam hidup ini adalah tidak mungkin dan tidak masuk akal untuk direalisasikan. Hanya Allah subhanahu wataalah yang mengetahui.
Jika tidak ada cara untuk menjadi hal yang sempurna, maka mengapa kita menyiksa diri kita untuk mencapai hasil yang tanpa cacat? Bahkan tetap tidak peduli, ada masanya semua usaha kita itu akan merugikan orang lain, karena kita asyik menjaga ego kita. Pada kenyataannya, kita diciptakan dengan segala keterbatasan dalam rangka perjuangan untuk menembus batas-batas. Itulah arti penting dari hidup kita. Berjuang adalah nama lain dari hidup. Dengan berjuang, kita memahami bahwa tidak ada yang percuma dalam hidup ini. Semuanya punya harganya sendiri. Seperti pepatah mengatakan, tidak ada kegagalan, yang ada hanyalah keberhasilan yang tertunda. Jadi tidak ada yang namanya kegagalan, yang ada hanyalah satu langkah lebih dekat untuk keberhasilan.
Makna berjuang adalah tidak pernah menyerah. Kesulitan dan cobaan adalah seninya berjuang. Lihat saja karya-karya seni. Tanpa lekuk-lekuk beraneka, tentu saja yang tidak akan pernah menjadikannya karya yang paling indah. Demikian pula dengan kehidupan. Kesulitan hanyalah bukit-bukit yang kita harus melewati untuk mencapai lembah yang indah di depan. Kadang-kadang kita lupa, bahwa di balik kesulitan, ada kebahagiaan menunggu. Kadang-kadang kita terlalu sibuk mengutuk situasi. Kadang-kadang kita lupa, bahwa kesulitan saat ini sekarang adalah harga untuk keberhasilan kita di masa depan.
Berjuang dalam ketidaksempurnaan dapat menjadi hal yang indah. Satu-satunya masalah kita adalah mencoba mengejar kesempurnaan. Kita tidak akan pernah menjadi orang yang sempurna. Yang bisa kita lakukan adalah mencoba semampu kita untuk menjadi orang yang lebih baik dari sebelumnya. Mulai dari saat ini, buang lah tabiat kita untuk mengejar kesempurnaan. Mulailah belajar cara untuk mentransfer energi maksimum kita untuk tujuan yang benar, menjadi orang yang lebih baik. Jika kita mampu melakukan ini, maka.. satu hari di masa depan ketika kita kembali melihat ke hari ini, kita akan menyadari sesuatu, bahwa ternyata... kita telah menjadi pribadi yang jauh lebih baik dari sebelumnya
Ada saat, ketika kita benar-benar merasa penat dan lelah. Kehabisan tenaga dalam mengharungi ranjau ranjau dan liku liku kehidupan. Hidup ini terlalu penuh misteri. Setiap langkah perjalanan hidup ini tak mampu kita tafsir. Hidup ini terlalu penuh dengan kejutan. Membuat kita terkejut berkali-kali, bahkan ketika kita sudah mempersiapkan segalanya. Kita sering melawan nasib. Kita sering melawan kenyataan. Padahal kita tidak memiliki kekuatan untuk menolak dan melawannya. Begitu tidak berdaya, hingga kita bahkan tidak mampu menghentikan rambut yang memutih atau kulit yang keriput. Jadi, apa sebenarnya yang kita lawan ? Apa yang kita perjuangkan tidak lain adalah kelemahan itu sendiri. Kelemahan yang melekat dalam diri kita iaitu, sangat sulit untuk menghargai hidup itu sendiri. Kita menghabiskan waktu untuk menuntut banyak hal, mengutuk situasi dan menyalahkan nasib. Tapi kita lupa untuk menggunakan waktu kita untuk bersyukur atas apa yang sudah kita miliki. Masalah utama kita sebagai manusia adalah lupa bersyukur. Lupa berterima kasih terhadap hal yang baik telah kita lalui sehingga yang dinampak semua yang buruk buruk belaka.
Semoga kita termasuk dalam golongan yang berjuang kerana Agama , Bangsa dan Tanahair.
Firman Allah Ta'ala:
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ
"Wahai orang-orang yang beriman taatilah Allah dan taatilah Rasul dan para pemimpin di kalangan kamu".(An-Nisa:59)
Sabda Nabi s.a.w (maksud):
1)"Sesiapa taat kepada pemimpin maka dia telah taat kepadaku dan sesiapa yang menderhakai pemimpin maka dia telah derhaka kepadaku".(HR Bukhari no.2957)
2)"Kamu wajib patuh dan setia,samada dalam keadaan susah atau senang,suka atau duka dan walaupun merugikan kepentinganmu".(HR.Muslim no.1836)
3)Seorang Sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w:Ya Nabi Allah,bagaimana menurutmu jika para penguasa yang memimpin kami yang selalu mengutamakan hak mereka tetapi mereka tidak bersedia memenuhi hak kami?Nabi menjawab:"Tunduk dan patuhlah kamu,sesungguhnya mereka akan bertanggungjawab atas kepimpinanya,manakala kamu juga akan bertanggung jawab terhadap ketaatan kamu kepadanya".(HR.Muslim no.1846)
4)"Sesiapa yang dipimpin oleh seseorang pemimpin lalu dia melihat pemimpinnya berbuat maksiat kepada Allah,maka hendaklah dia membenci perbuatannya,namun jangan dia melepaskan ketaatan daripadanya".(HR.Muslim no.1855)
5)"Sesungguhnya sepeninggalanku akan muncul para pemimpin yang bertindak sesuka hatinya dan membuat berbagai kebajikan yang kamu tidak menyukainya".Para Sahabat bertanya apa harus mereka lakukan ketika itu,Nabi menjawab:"Tunaikanlah kewajipan kamu dan mintalah hak kamu(berdoa) kepada Allah".(HR.Muslim,1843)
6)"Sesiapa yang tidak menyukai sesuatu daripada pemimpinnya maka hendaklah dia sabar.Kerana sesungguhnya tiada seseorang pun daripada manusia yang memisahkan diri daripada pemimpinnya sekalipun hanya sejengkal lalu dia mati melainkan matinya dalam keadaan Jahiliyah".(HR Muslim no.1849)
Berhentilah kita menjadi manusia munafik di dalam parti sendiri. Berhentilah kita menjadi ‘agen pembangkang’ di dalam wadah sendiri. Tanamkan lah roh perjuangan Umno seperti yang mekar pada tahun 1946 dulu. Teruskan fokus kepada nilai keintelektualan dan nilai Agama yang tinggi bagi menjaga parti yang suci ini.
Ingatlah pesan Agama Islam melalui sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Ada empat sifat orang munafik yang tulen, apabila diberi amanah dia berkhianat, apabila berkata dia berdusta, apabila berjanji dia mungkir dan apabila bertikai ia buat curang mengetepikan kebenaran (menegakkan benang basah).Akhirnya, harus kita sadari bahwa semua bentuk kemunafikan dapat mendatangkan kerugian besar, baik terhadap agama maupun masyarakat. Pendapat atau pandangan orang-orang munafik itu tidak bisa dijadikan ukuran dalam menentukan kebenaran dan kebaikan, sebab yang mereka katakan hanyalah apa yang keluar dari lidah, bukan apa yang tertanam dalam hati. Banyak orang pandai tapi tidak berarti memiliki konsistensi beragama yang tinggi. Dan, yang harus diingatkan adalah, kemunafikan pada akhirnya akan tersingkap, baik ketika masih di dunia ataupun di akhirat kelak. Wa Allah A’lam bi al-Shawab.
PERHIMPUNAN Agung UMNO minggu depan bukan sahaja harus menjadi medan untuk parti itu memperkasakan kedudukannya dalam kalangan orang Melayu malah lebih penting daripada itu perlu menampilkan kembali UMNO sebagai pejuang Islam.Selama ini mungkin UMNO tidak mahu menonjol dalam bab itu kerana mahu menjaga hati pengundi bukan Melayu khususnya penyokong komponen Barisan Nasional (BN), tetapi keputusan pilihan raya sejak kebelakangan ini termasuk pilihan raya kecil telah menunjukkan kelompok tersebut tidak lagi bersama kerajaan.
Selama ini UMNO dilihat terlalu berhati-hati untuk memperkatakan soal orang Melayu dan umat Islam, kalau adapun setakat berdegar-degar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) ketika Perhimpunan Agung UMNO sahaja, dari segi tindakan entah ke mana.
Keadaan itu berlaku kerana UMNO masih lagi mengharapkan kaum lain untuk menyokong BN sedangkan sudah jelas dan nyata, yang betul-betul setia dengan UMNO ialah orang Melayu. UMNO sepatutnya memperkukuhkan sokongannya dalam kaum itu bukannya dilihat mahu ‘menyembah’ untuk mendapat undi daripada kaum lain.Janganlah kerana terlalu mahu menjaga hati kaum lain, UMNO teragak-agak dalam memperjuangkan nasib orang Melayu dan mempertahankan hak mereka serta membela agama Islam. Perlu diingatkan UMNO berkuasa sehingga kini kerana sokongan orang Melayu, oleh itu balaslah jasa mereka dengan sewajarnya.
UMNO terlalu mahu menjaga hati sehingga akhirnya menyebabkan orang Melayu merasa bosan kerana merasakan UMNO tidak boleh lagi diharap untuk membela dan memperjuangkan nasib mereka. Walaupun dakwaan ini mungkin tidak benar tetapi itulah hakikat yang berlaku sehingga sokongan orang Melayu kepada UMNO semakin menipis. Kelompok berkenaan mencari parti alternatif sehingga mengakibatkan orang Melayu terus berpecah manakala pihak lain mengumpul kekuatan seperti mana dapat dilihat ketika perhimpunan haram Bersih.
Oleh itu Perhimpunan Agung UMNO kali ini amat penting. Ia bukanlah pentas bersandiwara apatah lagi beretorik, tetapi medan untuk menjelmakan semula UMNO sebagai pejuang orang Melayu dan umat Islam. UMNO bukanlah seperti PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau PAN yang ditubuhkan atas perasaan kecewa, tetapi UMNO ditubuhkan atas keringat dan airmata orang Melayu yang mahu melihat bangsa Melayu dan agama Islam berdaulat di bumi Malaysia.
Dalam memperjuangkan Islam, UMNO tidak boleh teragak-agak dalam menyatakan pendirian. Ramai penganalisis politik berpendapat, UMNO perlu menyokong Rang Undang-undang 355 (RUU355) bagi memperkasakan bidang kuasa mahkamah syariah yang akan dibentangkan oleh Pas.
Pembentangan tersebut bukanlah bertujuan politik tetapi semata-mata bagi memperkasakan mahkamah berkenaan. Kalaulah parti-parti lain khususnya yang mewakili kaum bukan Melayu boleh bersatu menentangnya kenapa UMNO tidak boleh bersama Pas dalam soal ini? Atas sebab itulah dalam isu-isu berkaitan kepentingan orang Melayu dan umat Islam, UMNO tidak boleh teragak-agak menyatakan pendirian waima kalau isu itu diperjuangkan oleh Pas sekalipun. Soal bertarung dalam pilihan raya, itu soal kedua, apa yang penting janganlah orang Melayu melemahkan satu sama lain sedangkan ada pihak mengumpul kekuatan melalui perpecahan orang Melayu.
Oleh itu jadikanlah Perhimpunan Agung kali ke - 70 ini sebagai pentas untuk menampilkan semula keberanian UMNO dalam memperjuangkan orang Melayu dan Agama Islam. Ingatlah nyawa politik UMNO ditentukan oleh orang Melayu bukannya kaum lain, biar sebesar mana pun jasa UMNO kepada mereka.
KUALA LUMPUR, 21 Nov – Seramai 5,732 perwakilan UMNO dari seluruh negara dijadual menghadiri Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini bermula 28 November ini.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata daripada jumlah itu, 2,762 hadir untuk perhimpunan agung, manakala bagi Perhimpunan Pergerakan Wanita seramai 993 orang, Pemuda (992) dan Pergerakan Puteri akan disertai 991 orang perwakilan.
“Seramai 44 wakil daripada 12 parti dari 10 negara juga telah mengesahkan kehadiran dan seramai 78 anggota perwakilan dari 80 Kelab UMNO Luar negara dan tujuh badan perhubungan negara juga akan hadir.
“Seramai 1,193 petugas media dari 48 agensi media tempatan dan antarabangsa akan membuat liputan perhimpunan itu,” katanya dalam sidang media di sini petang tadi.
Perhimpunan Agung UMNO akan bermula pada 29 November sehingga 3 Disember dengan dimulai dengan Majlis Taklimat Presiden yang diadakan secara tertutup di Dewan Merdeka pada 29 Nov jam 2.00 petang diikuti dengan Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka pada jam 8.00 malam.
“Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO pada tahun ini diadakan di Dewan Merdeka, Pergerakan Wanita di Dewan Tun Hussein Onn manakala Pergerakan Puteri diadakan di Dewan Tun Dr Ismail yang didakan serentak pada 30 November.
Upacara menaikkan bendera Sang Saka Bangsa dan Majlis Perasmian Perhimpunan Agung UMNO akan diadakan pada 1 Disember Di Dewan Merdeka pada jam 8.00 pagi oleh Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Presiden UMNO sendiri,” ujarnya lagi. -MediaUMNO
Perhimpunan Agung UMNO yang ke 70 ini adalah satu medan yang terbaik untuk menilai kembali kasih sayang ahli akar umbi kepada pemimpin parti sekaligus melahirkan kesetiaan yang tidak berbelah bagi. Perhimpunan ini akan membawa satu pengertian yang cukup berbeza kepada pemimpin UMNO dan akar umbi kerana disini semua pihak yang sayangkan parti mahu mencari dan mengembalikan serta mengukuhkan keyakinan serta memulihkan kredibiliti parti yang selama ini dirobek robekkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
27 November 2016 - Majlis Himpunan Setia Kawan PM Najib bersama YAB Dato Sri Mohd.Najib bin Tun Hj.Abdul Razak , Perdana Menteri Malaysia . Setia Kawan , Disini bermulanya kesetiaan sehingga ke Akhirnya . Majlis diadakan pada jam 3.00 petang di Dewan Banquet Kompleks Seri Perdana Putrajaya. Semua kepimpinan Ketua Bahagian UMNO Negeri Sabah Hadir di Majlis ini yang diketuai oleh YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj.Aman Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah bersempena #PAU2016.
Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan Naib Ketua UMNO Bahagian Tawau dan juga Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah turut sama hadir diMajlis tersebut
28 November 2016 - Majlis Taklimat Bersama Setiausaha Bahagian bahagian yang dianjurkan oleh Setiausaha Agung Tengku Adnan Tengku Mansur dan telah disempurnakan oleh YAB. Timbalan Perdana Menteri yang juga Pemangku Timbalan Presiden UMNO Malaysia. Dalam Majlis tersebut telah diadakan penyampaian Anugerah kepada Bahagian Bahagian yang terbaik diPeringkat Zon dan juga Pusat.
UMNO Tawau telah memenangi 2 Anugerah iaitu ;
Diperingkat Pusat - Memenangi Kategori " Pusat Pengkalan Data Terbaik". Anugerah tersebut telah diterima oleh Tuan Hj.Naim bin Hj.Ahmad Setiausaha Bahagian UMNO Tawau.
Diperingkat Zon Sabah - Memenangi Kategori " Dokumentasi dan Rekod Terbaik". Anugerah tersebut telah diterima oleh Tuan Hj.Naim bin Hj.Ahmad Setiausaha Bahagian UMNO Tawau.
Kejayaan ini merupakan Pengiktirafan kepada Pentadbiran Bahagian yang diketuai oleh Yang Berhormat Datuk Tawfiq bin DSP AB Titingan selaku Ketua Bahagian UMNO Tawau.
“Setiausaha merupakan individu yang dilantik oleh pengerusi, jadi sudah tentu ianya merupakan satu jawatan yang penting bagi menjamin struktur pentadbiran agar sentiasa memenuhi aspirasi realiti semasa dan tidak mengikut kaedah yang lama” ujarnya kepada UMNO-Online selepas program tersebut.
Antara kategori yang disampaikan adalah anugerah kehadiran terbaik mengikut zon, dokumentasi dan rekod terbaik mengikut zon, war room bahagian terbaik mengikut zon, laman sesawang facebook yang memperoleh ‘like’ tertinggi, pusat cyber troopers terbaik dan pusat khidmat terbaik. -MediaUMNO
29November2016 @10.00pagi Pendaftaran perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau yang diketuai oleh Ybhg.Datuk Hjh.Rosdianah binti Md.Nor Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau bersama Perwakilan Wanita Puan Norsiah binti Bayai ( Naib Ketua Wanita Bahagian ) , Puan Maimunah binti Mahmud ( Penolong Setiausaha Wanita Bahagian ) , Puan Armie binti Hj.Abubakar dan Puan Jubairah binti Kaluman
29 November 2016 @2.00 petang – Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2016) memulakan tirainya hari ini dengan Taklimat Presiden yang disampaikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak , bertempat diDewan Merdeka Aras 4 PWTC . Taklimat ini dihadiri oleh Ahli-ahli Majlis Tertinggi , Exco Pergerakan Wanita / Pemuda / Puteri , Ketua Bahagian , Timbalan Ketua Bahagian , Naib Ketua Bahagian , Ketua Pergerakan Wanita Bahagian , Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian , Ketua Pergerakan Puteri Bahagian , Setiausaha Bahagian , Penerangan Bahagian dan Bendahari Bahagian.
Perkukuh kebersatuan anggota parti dan berkhidmat sepenuh hati untuk rakyat, antara intipati amanat Presiden UMNO YAB Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini diMajlis Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2016, di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini. Selain memberi fokus kepada persediaan dan kemenangan PRU-14, beliau turut menggunakan sesi taklimat tersebut untuk memberi kefahaman kepada semua perwakilan terhadap usaha beliau dalam melestarikan parti terbesar Melayu itu dan menambah baik pentadbiran negara. Ketua Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin pula melihat amanat presiden itu sebagai faktor pengerak bagi anggota UMNO bekerja kuat dalam membela nasib rakyat.“Mesej presiden ditujukan khusus kepada para pemimpin UMNO sebab tanggungjawab yang digalas kini semakin berat kerana kita tiada pilihan lain selain menang dalam pilihan raya,” katanya. Dalam taklimat tersebut YAB Datuk Seri Najib mengingatkan para pemimpin parti UMNO bahawa mereka diminta sentiasa bersiap sedia kerana sudah menghampiri PRU14 yang akan berlaku pada tidak lama lagi.
Kibarkan Bendera, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama ahli Majlis Tertinggi UMNO menyanyikan lagu UMNO semasa Majlis Perasmian Persidangan Sayap-Sayap sempena Perhimpunan Agung UMNO 2016 yang diadakan di Dewan Merdeka hari ini.
Para perwakilan mendengar ucapan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Zahid Hamidi pada majlis perasmian persidangan serentak sayap-sayap parti bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau yang diketuai oleh Ybhg.Datuk Hjh.Rosdianah binti Md.Nor Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau
Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tawau yang diketuai oleh Encik Ariffin bin Hj.Kassim Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tawau
Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tawau yang diketuai oleh Cik Nazliah binti Ali Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tawau
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap merasmikan persidangan serentak sayap-sayap parti bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
Perasmian serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2016 malam ini mencatat sejarah tersendiri apabila buat pertama kali disempurnakan Naib Presiden UMNO.
Lebih mencuri perhatian, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden hadir dengan mengenakan baju Melayu berwarna putih dan bersamping merah yang merupakan pakaian rasmi Pemuda. Selain Ahmad Zahid, Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur turut mengenakan baju rasmi Pemuda UMNO. Menjelaskan perkara itu, Ahmad Zahid berkata, mereka memilih kelainan dengan memakai baju rasmi Pemuda tersebut bukan kerana ‘buang tabiat’ atau kehabisan baju Melayu. Tetapi pemilihan itu, katanya, kerana mahu mengambil semangat juang Pemuda yang pernah beliau ketuai suatu ketika dahulu.
Dalam pada itu, ucapan perasmian beliau sepanjang kira-kira dua jam di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini diamati dan diikuti dengan cukup serius serta penuh perhatian oleh kira-kira 3,000 perwakilan ketiga-tiga sayap. Antaranya beliau menggariskan cabaran yang dihadapi oleh UMNO khususnya serangan fitnah dan tohmahan daripada pakatan pembangkang ke atas pemimpin-pemimpin UMNO.
Sehubungan itu beliau menggesa ahli-ahli Wanita, Pemuda dan Puteri sentiasa taat kepada kepemimpinan dan bersatu memperkukuhkan parti dalam usaha UMNO mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14. Sesungguhnya sikap setia ahli kepada institusi kepresidenan membolehkan parti ampuh dan mampu menangkis setiap serangan sama ada dari luar dan mengekang pengkhianatan dari dalam.
Saya mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kehadiran sembilan ratus sembilan puluh tiga (993) orang perwakilan Wanita UMNO Malaysia dari seluruh negara. Suara puan-puan akan mewakili hasrat lebih kurang 1.3 juta ahli Wanita UMNO dari satu ratus sembilan puluh satu (191) bahagian merangkumi dua puluh ribu, enam ratus empat puluh tiga (20,643) cawangan di seluruh negara.
Kita berhimpun pada hari ini, dalam suasana yang mengingatkan kita kepada himpunan pertama kaum Ibu pada tahun 1949. Himpunan yang mana srikandi cekal Putih Mariah berdiri di hadapan ratusan wanita yang hanya berbaju Kedah, berkain batik dan bertudung lusuh, di antara mereka tiada seorang pun jurutera, tiada seorang pun doktor dan tiada seorang pun arkitek. Yang ada hanyalah ibu yang meninggalkan anak, keluarga serta kewajipan mereka untuk sebuah perjuangan yang lebih besar kepada agama bangsa dan tanahair.Percayalah, betapa gedung keramat PWTC ini sudah puluhan kali menjadi saksi, betapa saya, puan-puan dan seluruh srikandi wanita terus berdiri kerana hutang budi, hutang jasa, hutang keringat, hutang amanah kita, yang tidak terbayar kepada ibu dan moyang kita sebelum ini.
Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dan Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia Datuk Azizah Dun serta kepimpinan Wanita UMNO mengangkat tangan bersama sebagai tanda bersatu hati, pada Perhimpunan Agung Wanita UMNO 2016, bertempat di PWTC pagi tadi
30 November 2016@8.00pagi KETUA Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyampaikan ucapan pada Persidangan Pemuda UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Dewan Merdeka Aras 4 , Pusat Dagangan Dunia Putra.
KETUA Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyampaikan ucapan pada Persidangan Pemuda UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2016.
30 November 2016@8.00pagi Sebahagian Perwakilan Puteri UMNO menyanyikan lagu rasmi Pergerakan Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Dewan Tun Dr.Ismail Aras 2 , Pusat Dagangan Dunia Putra.
Ketua Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin menyampaikan ucapan dasar pada Persidangan Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
30 November 2016@2.00petang - Wakil dari Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberikan ucapan penangguhan pada Perhimpunan Agung Wanita UMNO 2016, bertempat di PWTC petang tadi.
Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau di Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita yang terdiri daripada Datuk Hjh.Rosdianah binti Md.Nor ( Ketua Pergerakan Wanita ) , Puan Norsiah binti Bayai ( Naib Pergerakan Wanita ) , Puan Maimunah binti Mahmud ( Penolong Setiausaha Wanita ) , Puan Armie binti Hj.Abubakar dan Puan Jubairah binti Kaluman di Dewan Tun Hussien Onn Aras 2 , Pusat Dagangan Dunia Putra.
Ketua Pergerakan Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil membaca doa dan diaminkan oleh para perwakilan selepas selesai ucapan penangguhan beliau pada Perhimpunan Agung Wanita UMNO 2016, bertempat di PWTC
Ucapan Penggulungan dan Penangguhan Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO di Dewan Merdeka Aras 4 , Pusat Dagangan Dunia Putra.
Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Tawau di Persidangan Agung UMNO diDewan Merdeka Aras 4 , Pusat Dagangan Dunia Putra , terdiri daripada Ariffin bin Hj.Kassim ( Ketua ) , Amran bin Hj.Karim ( Naib ) , Abubakar
Ketua Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin bersama sebahagian Exco Puteri UMNO melaungkan slogan ‘ Hidup UMNO’ sebaik selesai menyampaikan ucapan penangguhan Persidangan Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
30 November 2016@8.00malam - Para Pemerhati yang telah berjaya terpilih menghadiri Perhimpunan Agung UMNO ke-70 ini telah diraikan oleh Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB. Titingan disalah sebuah restauran di Kuala Lumpur.
Mereka adalah terdiri daripada pemimpin pemimpin akar umbi yang terdiri daripada Ketua Cawangan , Ketua Wanita dan juga Perwakilan yang hadir semasa Persidangan Perwakilan Bahagian UMNO Tawau yang lalu.
1Disember 2016@8.00pagi - Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali , Timbalan Ketua Bahagian UMNO Tawau merangkap Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah menuju ke Aras 4 , Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra untuk menghadiri Perasmian Perhimpunan Agung UMNO.
Yang Berhormat Datuk Hj.Nasir Tun Hj.Sakaran Pemangku Ketua Bahagian UMNO Semporna merangkap Menteri diJabatan Ketua Menteri Negeri Sabah ke Aras 4 Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO.
YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj.Aman Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah merangkap Ketua Menteri Sabah bersalaman dengan YAB Dato' Sri Mohd.Najib bin Tun Hj.Abd.Razak Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia semasa menaikkan bendera Sang Saka Bangsa sebelum masuk ke Dewan Perhimpunan untuk acara Perasmian.
YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj.Aman Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah merangkap Ketua Menteri Sabah bersalaman dengan YAB Dato' Sri Zahid Hamidi Pemangku Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri Malaysia semasa menaikkan bendera Sang Saka Bangsa sebelum masuk ke Dewan Perhimpunan untuk acara Perasmian.
1Disember 2016@9.00pagi - Majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2016 dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan dan acara menaikkan bendera UMNO di Plaza Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Presiden UMNO tiba pada 9 pagi bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan disambut Ketua Pergerakan Wanita Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan Ketua Puteri Datuk Mas Ermieyati Samsudin. Najib, yang berpakaian baju Melayu berwarna biru diiringi Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama-sama Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ke pentas khas untuk menerima tabik hormat daripada komander perbarisan, Mohamad Akmal Mohd Tajul Ariffin serta 150 anggota ketiga-tiga sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.
Selesai majlis itu, YAB Dato' Sri Najib bergerak ke Dewan Merdeka bagi menyampaikan ucapan dasar Presiden sekali gus merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2016. Seramai 2,762 perwakilan dari 191 bahagian menghadiri perhimpunan tahunan selama tiga hari hingga Sabtu ini.
Presiden UMNO, Dato’ Sri Najib Tun Razak melambai tangan kearah perwakilan yang hadir sempena perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2016 di PWTC
Nyanyian lagu Negaraku , Lagu UMNO Bersatu Bersetia Berkhidmat dan beberapa buah lagu lain yang diiringi oleh koir UITM .
Perwakilan berdiri dan menyanyikan beberapa buah lagu termasuklah lagu Negaraku dan Lagu UMNO Bersatu Bersetia dan Berkhidmat.
Umno mampu bertahan sehingga hari ini kerana amalan prinsip wala’ dan kesetiaan dalam tradisi Umno, prinsip wala' Umno membawa maksud nilai cinta kasih, kepatuhan, sumpah setia, taat dan bai’ah yang wajib diberikan kepada pemimpin yang sah, dan di dalam konteks Umno iaitu Presiden Parti manakala bagi kerajaan ialah Perdana Menteri. Wala’ yang diberikan bukanlah sekadar kepada jasad, tubuh atau individu, akan tetapi, wala’ sebenarnya merangkumi institusi kepresidenan atau keperdana-menterian, yang disandang oleh seseorang.
Perwakilan UMNO Bahagian Tawau terdiri daripada Yang Berhormat Datuk Tawfiq bin DSP AB Titingan Ketua Bahagian , Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Syed Hj.Abas bin Hj.Syed Ali Timbalan Ketua Bahagian , Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan Naib Ketua Bahagian , Tuan Hj.Naim bin Hj.Ahmad Setiausaha Bahagian , Ybhg. Datuk Hjh.Rosdianah binti Md.Nor Ketua Pergerakan Wanita Bahagian , Encik Ariffin bin Hj.Kassim Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian , Cik Nazliah binti Ali Ketua Pergerakan Puteri Bahagian dan 7 perwakilan yang telah dipilih.
Para Perwakilan kusyuk mendengar ucapan dan amanat daripada Presiden UMNO yang menyumtikkan semangat perjuangan yang tinggi sehingga ketitisan darah yang terakhir demi Agama , Bangsa dan Negara.
Jelasnya, selama lebih tujuh dekad Umno berjaya bertahan walaupun menghadapi pelbagai rintangan serta sering kali cuba dijebak ke dalam kancah perpecahan dan berpuak-puak.
Perdana menteri berkata, ia merupakan perlambangan hebat parti terbesar orang Melayu itu menjunjung adat dan budaya Timur serta bersendikan landasan syarak, dalam menyatakan sokongan dan dukungan terhadap seorang presiden atau perdana menteri selama ini.
Memberikan contoh beberapa pergolakan termasuk episod pertembungan antara 'Team A' dan 'Team B' ketika pemilihan presiden Umno pada 1987 dan pengisytiharan Umno sebagai pertubuhan haram pada 4 Februari 1988, Najib berkata, orang Umno tetap setia bersama pemimpin mereka.
"Siapa juga pada saat-saat genting dan mendebarkan tersebut, yang berdiri teguh menyokong dan membantu Dr Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) selaku presiden, sehingga Umno baharu secara rasmi diterima semula secara sah? Siapa lagi, siapa lagi, kalau bukan kita, orang Umno," katanya.
Perwakilan UMNO Bahagian Tawau
Semasa era pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi, Najib berkata, beliau selaku timbalan presiden parti ketika itu bersama-sama majoriti pimpinan dan keseluruhan anggota Umno tetap setia bukan sahaja ke atas jasad, tetapi institusi yang dijunjung dan dipegang oleh presiden Umno serta perdana menteri.
Tegasnya, wala’ dan kesetiaan sepenuhnya juga wajib diterima oleh sesiapa yang akan berada di puncak kelak dan mengambil alih jawatan presiden dan perdana menteri.
"Wala’ dan kesetiaan dalam budaya serta alam Melayu serta agama kita (Islam) adalah semangat sepasukan dalam suatu saf yang kukuh lagi padu yang tidak terpisah daripada pemimpin dan ketuanya," katanya.
Dalam ucapannya, Najib turut memuji kesetiaan dan wala' Puteri Umno seperti yang diberikan Ketua Puteri Umno Bahagian Semporna, Zakiah Kalipunya ketika berdepan episod dan kemelut bahagian itu, yang tetap setia dan teguh serta tidak bertindak keluar parti. "Begitu juga dengan Ketua Puteri Umno Bahagian Pagoh, Rohaiza Ahmad dan pasukannya. "Inilah contoh wala' dan kesetiaan sejati yang kita harapkan," katanya sambil meminta para hadirin memberikan tepukan gemuruh kepada individu berkenaan.
Perwakilan UMNO Bahagian Kalabakan
Perwakilan UMNO Bahagian Kalabakan
Perwakilan UMNO Bahagian Kimanis yang diketuai oleh Yang Berhormat Dato' Sri Anifah bin Aman , Ketua Bahagian UMNO Kimanis merangkap Menteri Luar Negeri Malaysia , Datuk Ariffin bin Arif Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri , Datuk Mohamad bin Hj.Alamin ADUN N.23 Bongawan bersama perwakilan lain Wanita , Pemuda dan Puteri.
Menyentuh tentang kepimpinan beramanah, Najib berkata beliau memilih untuk terus berjiwa besar, menasihati serta menegur secara baik dan bukannya menghentam secara peribadi bekas-bekas pemimpin yang telah meninggalkan parti itu.
Kebanyakan mereka merupakan bekas-bekas pemimpin, menteri bahkan sampai ke tahap negarawan yang telah mengangkat Sumpah Jawatan dan Sumpah Simpan Rahsia atas nama ALLAH dengan kalimah-kalimah Wallahi, Wabillahi, Watallahi, namun kini, telah menjadi orang asing malah mengkhianati perjuangan ini.
Perdana menteri berkata, beliau turut bertanya kepada para ulama mengenai pelanggaran sumpah tersebut dari segi hukum dan kesannya.
Jawapan yang diperoleh, katanya ialah ia merupakan satu dosa yang besar dan tanda-tanda sifat kemunafikan seseorang itu.
Tidak hairanlah kalau benda ini berlaku, kerana ada orang itu sendiri yang pernah menyebut, Melayu mudah lupa. Lalu, saya ingin bertanya sekarang ini, siapa sebenarnya Melayu yang mudah lupa itu? Pastinya bukan kita, kerana Melayu Umno yang sejati adalah Melayu yang setia dan mengenang budi, dan tidak mengkhianati parti.
Perwakilan Bahagian UMNO Tawau berkesempatan makan tengahari bersama YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj.Aman Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah merangkap Ketua Menteri Sabah.
Perwakilan Bahagian Kalabakan berkesempatan bersama Pemimpin lama Yang Amat Mulia Tengku Razalieh Hamzah.
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa beramah mesra dengan pelajar-pelajar Kelab UMNO Luar Negara ketika mengadakan pertemuan semasa Perhimpunan Agung UMNO ke 70 di sini hari ini.
Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bersalaman dengan orang ramai selepas selesai Majlis Makan Malam Bersama Presiden Sempena Perhimpunan Agung UMNO 2016.
2 Disember 2016 @8.00pagi - Yang Berhormat Datuk Tawfiq bin DSP AB Titingan Ketua Bahagian UMNO Tawau , Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali Timbalan Ketua Bahagia UMNO Tawau , Encik Ariffin bin Kassim Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian UMNO Tawau dan Cik Nazliah binti Ali Ketua Pergerakan Puteri Bahagian UMNO Tawau. mereka telah berada didalam Dewan Perhimpunan untuk hari ke - 2.
Para perwakilan UMNO Bahagian Tawau yang telah berada di dalam Dewan Perhimpunan untuk hari ke-2 , mereka adalah wakil 7 yang telah terpilih semasa Persidangan Perwakilan Bahagian UMNO Tawau yang lalu iaitu Tuan Said Hassan Said Idrus , Tuan Hj.Kadir Kursin , Tuan Hj.Tamrin
Para Perwakilan Bahagian UMNO Kalabakan juga telah berada didalam Dewan Merdeka untuk mendengar ucapan perbahasan yang akan disampaikan oleh wakil wakil bahagian bahagian yang telah diamanahkan.
Para Perwakilan Bahagian UMNO Kalabakan juga telah berada didalam Dewan Merdeka untuk mendengar ucapan perbahasan yang akan disampaikan oleh wakil wakil bahagian bahagian yang telah diamanahkan pada hari yang ke-dua. Turut hadir sama Datuk Hj.Muis Pico Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kalabakan , Naib Ketua Bahagian Tuan Hj.Ismail Ayed , Setiausaha Bahagian Tuan Mohd.Ayas , Bendahari Bahagian Datuk Hj.Tahir Pico , Penerangan Tuan Karim bin Hj.Wahid dan AJK Bahagian Hj.Saharuddin Salleh , Tuan Ikbal Khalid
Presiden UMNO, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak diiringi oleh Naib Presiden UMNO, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh semasa menghadiri Perhimpunan Agung UMNO di Puasat Dagangan Dunia Putra hari ini.
Presiden UMNO, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Naib Presiden, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi membincangkan sesuatu semasa Perhimpunan Agung UMNO di Dewan Merdeka hari ini.
Berbincang…. Presiden UMNO, YAB Dato' Seri Najib Tun Razak bersama Pemangku Timbalan Presiden, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden YB Dato’ Seri Hishammuddin Bin Tun Hussein berbual semasa sesi perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Dewan Merdeka hari ini.
Presiden UMNO, YAB. Dato' Seri Najib Tun Razak bersama Naib Presiden, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein mendengar perbahasan daripada perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Dewan Merdeka hari ini. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein merasa gembira apabila suara akar umbi bergema di Dewan Merdeka apabila terus disuarakan oleh para pembahas dan jurucakap yang mewakili negeri masing-masing pada perhimpunan agung UMNO kali ini. Menurut beliau, segala perkara yang disentuh oleh para pembahas dalam perhimpunan kali ini adalah berdasarkan usul-usul yang diterima beliau daripada pelbagai peringkat termasuklah usul di peringkat cawangan-cawangan UMNO di akar umbi.
Datuk Hj.Ariffin bin Hj.Arif yang mewakili UMNO Negeri Sabah menyampai ucapan perbahasan Usul Ucapan Dasar Presiden
Kedatangan Umno ke Sabah terbukti membawa rahmat kepada rakyat negeri itu, kata wakil Umno Sabah Bahagian Kimanis, Datuk Mohd Ariffin Mohd Arif. Ini kerana menurut Mohd Ariffin, sepanjang 25 tahun Umno menapak di negeri itu ia telah terbukti berjaya membawa pelbagai pembangunan kepada rakyat di negeri di bawah bayu itu. "Umno ke Sabah bukan untuk menjajah, Umno datang Sabah untuk membawa pembangunan yang kini setelah 25 tahun ia terbukti berjaya membawa pembangunan," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden di Perhimpunan Agung Umno hari ini. Oleh itu, ujarnya beliau menggesa rakyat negeri itu, agar menolak pandangan supaya Sabah ditukar pentadbiran kerana Umno sudah menggalas tanggungjawab dengan baik.
"Jangan tukar pentadbiran," tegasnya.
Katanya, Sabah berjaya berada di tahap kini kerana hubungan baik antara negeri dan kerajaan pusat. "Di Pusat abang, di Sabah sebagai adik bongsu kepada anda semua. Alhamdulillah negeri dan pusat amat baik, Sabah tak riuh kita guna jalan rundingan," katanya lagi.
Analogi pisang menjadi perhatian pada sesi perbahasan usul ucapan dasar Presiden yang turut mengundang tawa Datuk Seri Najib Razak dan Naib Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Perbahasan usul oleh wakil Sabah itu, Datuk Mohd Ariffin Mohd Arif, mencuri tumpuan perwakilan kerana sarat dengan kiasan dan sindiran.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kimanis itu mengambil anologi kitaran hidup pokok pisang bagi menggambarkan kekuatan UMNO dan generasi pemimpin pelapisnya.
“Kita akan cari pokok pisang yang berbuah, yang sudah tak berbuah kita tebang. Selepas tiga minggu kita datang semula, pokok pisang sudah berbuah itu akan lebur bersama tanah manakala yang belum bertunas, akan tumbuh yang baharu. Inilah falsafah pisang, pantang mati sebelum berbuah,” katanya yang kemudian mengundang tepukan gemuruh perwakilan.Selain itu, Ariffin juga menyatakan kesetiaan UMNO Sabah kepada parti dan sokongan padu kepada Najib yang juga Perdana Menteri.
Wakil Kelab UMNO Luar Negara, Afiq Adham Muhammad Fadhil semasa sesi perbahasan usul sempena Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra calon muda penting kerana untuk membantu UMNO memenangi hati pengundi muda pada pilihan raya akan datang.
Kelab UMNO Luar Negara mencadangkan UMNO meletakkan lebih ramai calon muda pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sejajar dengan pelaksanaan Agenda Transformasi Nasional 2050 (TN50).
"Kami orang muda yang menyokong UMNO hanya melihat dua ikon muda dalam parti iaitu Khairy Jamaluddin daripada Pemuda dan Mas Ermieyati Samsudin daripada Puteri. Meletakkan calon muda sebenarnya lebih mudah untuk TN50 dilaksanakan. Bagi kami TN50 adalah langkah bijak tetapi jika produk sudah hebat, namun medium yang akan menggerakkannya tidak mencukupi ia sukar dilaksanakan," katanya demikian ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
Perhimpunan Agung Umno masuk hari kedua hari ini menyambung semula perbahasan usul ucapan dasar presiden. Seramai sembilan jurucakap lagi dijangka berucap membahaskan usul berkenaan sebelum disusuli wakil yang membawa usul ekonomi.
PRESIDEN UMNO Dato' Seri Najib Tun Razak bersama jemaah mengaminkan doa Qunut Nazilah bagi keselamatan etnik Rohingya ketika menunaikan solat Jumaat sempena Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra.
Suasana solat Jumaat di Dewan Tun Razak 1 dan 2, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini, bertukar sebak apabila imam mula menangis teresak-esak ketika membacakan Qunut Nazilah. Suara tersekat-sekat Imam Masjid Ara Damansara, Mohd Shukri Ali, ketika mendoakan keselamatan umat Islam Rohingya yang diseksa di Myanmar, meruntun hati lebih 3,000 jemaah yang turut serta dalam solat Jumaat itu. Dalam doanya, Mohd Shukri turut memohon agar Allah menghapuskan musuh Islam serta memecahbelahkan mereka dan tidak lagi berkuasa meneruskan penindasan terhadap orang Islam. Beliau turut mendoakan kesejahteraan, keselamatan dan keamanan negara serta memohon Allah mengurniakan hidayah kepada pemimpin negara supaya terus tetap menjalankan perintah agama. Solat Jumaat itu turut disertai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta beberapa pemimpin kerajaan lain. Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang menyampaikan khutbah Jumaat berpesan supaya jemaah bersatu-padu dan sentiasa menghargai nikmat diberikan Allah. Jamil Khir turut mengingatkan jemaah supaya mengamalkan sikap tabayyun atau menyiasat setiap berita yang diterima bagi memastikan kesahihan dan ketulenan maklumat disampaikan. Solat Jumaat itu diadakan di PWTC sempena Perhimpunan Agung UMNO 2016 yang berlangsung selama lima hari berakhir esok.
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan jemaah yang hadir selepas menunaikan solat Jumaat di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra sempena Perhimpunan Agung UMNO ke-70 hari ini

YAB.Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj.Aman bersama Ketua Ketua bahagian Negeri Sabah melawat Pameran yang terdapat diBangunan Pusat Dagangan Dunia Putra pada hari yang ke-dua.
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman hari ini melakukan 20 cabutan undi bagi pemilik rumah projek Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Woodford Estate, Beaufort, Sabah.
Cabutan undi hari kedua bagi projek PR1MA itu diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, tempat berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO 2016. YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj.Aman turut meluangkan masa kira-kira 20 minit di ruang pameran PR1MA sambil diberi taklimat mengenai perumahan itu. Setakat Selasa lepas, seramai 1.33 juta rakyat Malaysia mendaftar untuk memiliki kediaman PR1MA dengan sebanyak 268,993 unit kediaman telah diluluskan bagi pembinaan dan 111,267 unit sedang dalam pelbagai peringkat pembinaan di seluruh negara.
3 Disember 2016 - Selepas dua hari bersidang, Perhimpunan Agung UMNO 2016 memasuki hari terakhirnya hari ini dengan menyambung semula perbahasan usul ekonomi. Sebanyak sembilan pembahas dijadual mengambil bahagian membahas usul itu yang akan dimulakan dengan wakil Pergerakan Puteri UMNO Armizadonna Wirdawati Mohd Radzi.
Sebanyak 14 pembahas akan membahaskan usul agama dan pendidikan sebelum sesi penggulungan. Sesi penggulungan tahun ini menyaksikan ia kembali kepada tradisinya iaitu ucapan penggulungan akan dilakukan oleh pucuk pimpinan utama parti berbanding tahun lepas yang hanya dilakukan oleh presiden Datuk Seri Najib Tun Razak.
Presiden UMNO, Dato’ Seri Najib Tun Razak mendengar perbahasan pada hari ketiga Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.Turut kelihatan Naib Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Tetap, Tan Sri Badruddin Amiruldin.
Para perwakilan mendengar sesi perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Suasana semasa upacara Penggulungan oleh Ketua Sayap sayap , Naib Presiden , Timbalan Presiden dan Ucapan daripada YAB Presiden Dato Seri Najib bin Tun Hj.Abdul Razak. Ini lah Perhimpunan Agung Yang terbaik setakat ini , kerana setiap pembahas yang mewakili dan membentangkan isu isu akar umbi dan mendapat perhatian dari pemimpin.
Skuad #PuteriPeduli akan digembleng seperti ‘komando’ bagi memenangi hati dan keyakinan rakyat kepada UMNO sekali gus membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Ketua Puteri Datuk Mas Ermieyati Samsudin. Beliau berkata skuad itu akan menjelajah ke seluruh negara walaupun ke hutan belantara bagi mendekati rakyat.
“Mereka inilah akan mendekati hati rakyat dengan pelbagai program bagi memastikan kebajikan rakyat terbela,” katanya pada sesi penggulungan usul Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini. Pergerakan itu bersedia untuk bersama-sama sayap lain menanggung tugas berat tersebut dengan menubuhkan Sekretariat Unit Khidmat Pilihan Raya dalam mengatur gerak kerja bersama.
“Saya menyeru agar kita semua berpadu tenaga dan seia sekata untuk menggempur serta menghalang percaturan petualang negara. Kita mesti menang dalam PRU14!,” katanya.
Mas Ermieyati juga mengingatkan perwakilan bahawa UMNO kini tiada pilihan selain mempertahankan kemenangan bagi meneruskan kelestarian negara bangsa yang diwarisi sejak turun-temurun.
Beliau turut menggesa semua anggota parti supaya membulatkan tekad untuk menang pada PRU14 seterusnya menjadikan ia sejarah yang paling gemilang.
Prinsip wala’ atau ketaatan yang diamalkan terhadap pemimpin serta institusi kepemimpinan UMNO bukanlah amalan membuta tuli tetapi ia merupakan kesetiaan yang dituntut oleh agama. Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata sememangnya setiap anggota perlu menunjukkan kesetiaan mereka selagi arahan yang diberi tidak melampaui batas dan pemimpin tidak melakukan sesuatu perkara yang dilarang agama. Ada yang bersangka buruk konon ini kesetiaan membuta tuli ,ada yang mungkin kurang memahami, apabila kita bercakap tentang wala’ pastinya kita rujuk pada kesetiaan yang dituntut dalam agama. Adakah presiden kita seorang pemimpin yang melampaui batas? Adakah presiden kita minta kita lakukan yang dilarang oleh agama? “Kena faham kenapa 600,000 Pemuda tetap beri wala’ pada Datuk Seri Najib (Tun Razak) hingga ke hari ini,” katanya dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2016, yang berakhir hari ini.
Menyentuh tentang peranannya yang bertindak sebagai panglima perang Tariq ibn Ziyad, Khairy dengan semangat berkobar-kobar meyakinkan pergerakan akan melaksanakan amanah yang diberikan. “Pemuda mahu menjadi batu Jabal Tariq dalam memperkukuhkan UMNO dan mempertahankan institusi… dalam Pemuda bukan hanya saya seorang tetapi 600,000 Tariq Ibn Ziyad bersama Najib,” katanya.
Pergerakan Wanita UMNO beriltizam untuk terus setia menjadi benteng parti walau pelbagai dugaan melanda. Ketuanya Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata kesetiaan adalah rukun utama perjuangan Wanita dan konsep wala’ seperti disuarakan Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak telah menjadi amalan sayap itu sejak wujudnya UMNO hampir 70 tahun lalu.
“Wanita berbangga kerana Wala’ telah menjadi darah daging dan sebati dalam diri kami selama 69 tahun kewujudan Wanita, setia membenteng parti, walau dugaan tiba, kami tak pernah lari,” tegasnya. Shahrizat menjelaskan, kerana kesetiaan itu juga, menjadi semangat mereka untuk membenteng negara daripada campur tangan asing, justeru menggesa penggubalan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik (PDEA) disegerakan. Kerana kesetiaan inilah, kita membenteng negara daripada campur tangan asing, terutama dalam politik negara, melalui media-media, ‘pergerakan sivil’ dan penyaluran dana asing.
Ikhlas, saya melihat suasana perhimpunan tahun ini cukup berbeza, berbanding setahun lalu. Perhimpunan tahun ini dihadiri orang-orang UMNO yang telah buat pilihan untuk setia bersama-sama dengan UMNO. Meninggalkan mereka yang ragu-ragu dan keliru, yang memilih jalan yang berbeza. Perhimpunan tahun ini, cukup harmoni dan penuh kemesraan. Kita bersalaman, bertegur sapa, bergelak tawa, berbicara hati ke hati dengan penuh keikhlasan, tanpa sebarang prasangka dan ragu-ragu. Tidak keterlaluan kalau saya nyatakan bahawa perhimpunan tahun ini, telah dapat kita letakkan semula ke landasan yang asal. Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penyediaan Usul, suasana yang amat saya rindui ini telah sudah tentulah melegakan. Barisan yang cukup mantap, semangat terasa kuat, menjadikan hala tuju perjuangan tampak kian jelas menuju matlamat yang dihajat.
Saya ingin mengucapkan rasa penghargaan dan terima kasih kepada semua perwakilan di atas sokongan sebulat suara dalam meluluskan ketiga-tiga usul yang dibentangkan dalam Perhimpunan kali ini. Usul yang dirangka dan dibina melalui proses yang panjang, dipertimbangkan dan disemak sejak awal Oktober lagi. 681 usul akar umbi yang dikemukakan dari Bahagian-Bahagian telah dirumuskan menjadi hanya tiga usul. 681 usul denyut nadi rakyat, yang disuarakan melalui cawangan dan bahagian seluruh negara, dijadikan asas utama kepada ketetapan yang kita capai hari ini. Saya juga ingin ucapkan rasa bangga dan terima kasih kepada semua Jurucakap yang melontar pelbagai idea yang bernas dan teguran yang tegas, demi kepentingan rakyat dan masa depan negara.
Izinkan, saya mulakan ucapan penggulungan pada petang yang penuh ketenangan kali ini dengan membaca kalimah suci Allah SWT dalam Surah Ibrahim ayat 24-25 yang berbunyi: Maksudnya: "Tidakkah kamu memerhatikan bagaimana Allah, telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya kuat dan cabangnya (menjulang) ke langit, (pohon) itu menghasilkan buahnya pada setiap waktu dengan izin Tuhannya. Dan Allah membuat perumpamaan itu untuk manusia agar mereka selalu ingat". Hayatilah bait-bait dari ayat tadi, bagaimana begitu jelas bahawa perhimpunan kita ini tidak lain dan tidak bukan semata-mata mencari kebijaksanaan. Inilah budaya UMNO, inilah cara UMNO yang meletakkan kebersamaan dan demokrasi sebagai landasan berpolitik, di mana kita bebas bersuara, bebas melontarkan pandangan, mahupun melantunkan kritikan, tiada tegahan, tiada larangan, kebebasan ini adalah mutlak, oleh itu jangan ada mana-mana pihak yang mahu atau cuba mengatakan bahawa Perhimpunan Agung UMNO tidak demokratik. Pemerhatian saya, sepanjang di perkampungan ini, para perwakilan di peringkat tiga sayap kian bijak menegur, kian matang mengkritik dengan penuh kesantunan serta berhemah dalam mengutarakan sebarang usul. Inilah budaya UMNO. Kita meletakkan kesusilaan dalam berhujah, kita mengutamakan budaya adab dan sopan sebagai orang Melayu di mana Melayu itu menegur dalam seloka Membidas dalam gurauan senda Menyindir dalam gelak ketawa Meminta suratnya tiada Memohon biarpun tanpa suara Yang di bawah tugasnya meminta Yang di atas jangan tutup mata Janganlah buat-buat lupa Kita di sini sebab mereka Sementara jawatan masa ada Berilah apa yang ada Tanpa perwakilan siapalah kita Tambahan lagi dah dekat pilihan raya Jentera perlu diperkasa Menangkan calon BN semua Hadiah untuk Presiden kita Daya tahannya luarbiasa Wala kita kepadanya Tanda kesetiaan ahli semua Demi UMNO kita terus bersama. Justeru, ayuh khabarkan kepada semua khalayak, baik di dalam parti mahu pun di luar sana, bahawa kita adalah parti yang menerajui kerajaan yang bertanggungjawab. Sejak Merdeka lagi, kita amat responsif kepada kehendak dan keperluan rakyat.
PRESIDEN UMNO, Dato' Seri Najib Tun Razak semasa sesi penggulungan perbahasan di hari terakhir di Perhimpunan Agung UMNO 2016 di PWTC.
Presiden UMNO, Dato' Seri Najib Tun Razak menyifatkan Perhimpunan Agung UMNO 2016 adalah persidangan terbaiknya kerana mempunyai barisan kepimpinan yang serasi dengannya. Beliau berkata, barisan kepimpinan tertinggi UMNO kini adalah padu, kukuh pendiriannya, walak atau setia dan komited. Najib yang juga perdana menteri berkata beliau tidak meragui kesetiaan barisan kepimpinan tertinggi UMNO yang berada di belakang beliau sekarang.
Presiden UMNO, Dato Seri Mohd Najib Tun Razak sempat berseloroh dalam memperkenalkan dua Naib Presiden UMNO yang kekal bersama parti setelah “kehilangan” Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal.
Seperti digurindam orang dulu-dulu Patah Tumbuh Hilang Berganti.Maka kalau Hilang Di hujung Pagoh, Syukur telah kita jumpa di Bagan Datoh. Kita Raikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri dan Menjalankan tugas Timbalan Presiden parti. Jika ada yang sudah beralih arah dan tidak “semporna” lagi, Maka seafdal-afdalnya, yang kita mahukan seorang yang setia dan tidaklah pula bersombong-sombong Itulah dia Datuk Seri Hishammudin Tun Hussien Onn dari Sembrong.
Presiden UMNO Dato' Seri Najib Tun Razak mahu anggota parti memberikan fokus pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang akan diadakan tidak lama lagi dan bukannya pemilihan parti. Perdana Menteri berkata beliau dapat ‘menghidu’ terdapat anggota parti yang lebih berminat kepada pemilihan UMNO.
“Saya nampak ada (anggota) main tali halus. Saya dah lama dalam politik boleh baca, saya tahu dia sokong siapa. Nak main tali halus sikit tak apa tapi jangan hilang fokus dan hala tuju,” katanya dalam ucapan penggulungan pada akhir Perhimpunan Agung UMNO 2016, di sini, hari ini. Najib berkata dengan masalah dalaman UMNO yang kini telah diselesaikan, tumpuan anggota UMNO sekarang seharusnya ke arah menghadapi PRU14 untuk memastikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) menang bergaya.
“Kalau lihat pada roh perjuangan, kita semua mempunyai satu iltizam, sudah selesai masalah dalaman UMNO. (Sekarang) nak hadap ke mana? mana? PRU14, bukan pemilihan.
Mandat kerajaan Barisan Nasional (BN) sekarang bakal berakhir pada Jun 2018, manakala pemilihan UMNO yang kali terakhir diadakan pada Oktober 2013 dan sepatutnya diadakan tahun ini ditunda selama 18 bulan.
YAB Presiden turut mengingatkan supaya tidak leka dibuai kemenangan dalam pilihan raya negeri Sarawak dan pilihan raya kecil Parlimen Kuala Kangsar, Perak serta Parlimen Sungai Besar, Selangor, sebaliknya meneruskan kerja keras untuk memastikan kejayaan dalam PRU14. “Kita mesti sedar kemenangan dalam satu, dua (pilihan raya kecil) tak semestinya kita akan menang waktu ujian besar nanti (PRU14). Ini kita mesti sedar,” tegasnya.
Beliau turut memberi amaran kepada anggota parti agar tidak sesekali memandang rendah kepada kemampuan pihak lawan serta mempercayai sepenuhnya pungutan pendapat mengenai sesuatu pertandingan. Beliau memberikan contoh mengenai rancangan Britain yang ingin keluar dari Kesatuan Eropah dan keputusan pilihan raya Presiden Amerika Syarikat yang dimenangi calon Republikan Donald Trump sebagai antara contoh pungutan pendapat yang kurang tepat.
“Cuma kalau kita kerja sebagai satu pasukan, dalam satu ikatan macam lagu ‘Gurindam Jiwa’ – ‘rambut tersimpul mati’ – dari atas sampai bawah pasti UMNO dan BN akan menang lagi dalam PRU,” katanya. Najib dalam sidang media selepas ucapan penggulungannya, enggan mengulas sama ada PRU14 akan diadakan dalam tempoh enam bulan akan datang.
“Selain ‘feel good factor’, banyak faktor perlu diambil kira dan diambil penilaian, berdasarkan keadaan dan sikap rakyat dan keberkesanan usaha kerajaan dalam penyampaian mesej.
“Sebab itulah kita kena beri tempoh untuk jentera kita melakukan kerja-kerja yang sepatutnya. Tugas kita sekarang ini ialah untuk memenangi hati rakyat. Pastikan rakyat bersama dengan kita. Inilah yang saya nak setiap ahli UMNO dan jentera kita lakukan,” katanya. Beliau berkata usaha akan ditumpukan untuk mendekati, menyelesaikan masalah rakyat dan menyampaikan mesej kerajaan kepada rakyat.
“Soal perpaduan dan kepimpinan kita yang kukuh dan ampuh, dan soal roh perjuangan serta motivasi kita, sudahpun nampaknya kita letakkan dalam keadaan yang sangat baik, dan kita bersedia untuk mara ke hadapan,” katanya.
Dalam pada itu, dalam ucapan penggulungannya, YAB Presiden berkata pemerhati luar yang hadir ke perhimpunan kali ini melihat UMNO sebagai parti yang unik kerana perjuangannya tidak hanya memfokuskan kepada lebih tiga juta anggota parti, tetapi seluruh rakyat Malaysia.
“Dalam perbahasan tiga hari ini, UMNO tidak fikir mengenai anggotanya sahaja tapi 31 juta rakyat Malaysia. UMNO ingin jadi parti penggerak transformasi nasional,” katanya.
Presiden UMNO, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak melambaikan tangan kepada perwakilan UMNO setelah selesai menyampaikan ucapan penggulungan pada perhimpunan Agung UMNO 2016 di Dewan Merdeka hari ini.
Perhimpunan Agung UMNO 2016 (PAU2016), ditutup dengan ucapan penggulungan Presiden UMNO, Dato' Seri Najib Tun Razak sebentar tadi. Buat pertama kali, tidak sekadar mengulas cadangan perwakilan sepanjang perhimpunan berlangsung, YAB Presiden juga mengambil peluang menunjukkan bagaimana perhimpunan agung ini bukan sekadar membincang hal ehwal UMNO, bahkan turut menunjukkan hasil dari perhimpunan ini yang telah memberi sumbangan langsung kepada rakyat. Antara isu berkaitan perumahan rakyat, kos sara hidup, perancangan ekonomi dan sebagainya. Semua ini sama ada telah atau akan dijalankan kerajaan – hasil dari cadangan oleh semua perwakilan UMNO dalam perhimpunan kali ini.
Berbeza dengan perhimpunan Pakatan pembangkang, tidak ada apa hasil langsung kepada rakyat. Jangan kata rakyat seluruh negara lagilah, rakyat yang mereka perintah sekali pun tidak mendapat sebarang hasil dari perhimpunan yang diadakan pembangkang. Dapat penat lagi ada. Hasil? Tak usah buang masa bertanya, memang tidak ada. Sebab itu dalam hal ini, gaya penyampaian Najib tidak perlu dipertikaikan. Bukan cakap tu yang penting, apa isu dalam cakap tu yang rakyat tunggu-tunggukan. Setiap orang lain caranya, takkan semua nak ikut Mahathir atau Anwar? Mereka cara mereka, Najib cara Najib, tak boleh nak dibanding-bandingkan.
Yang rakyat perlu tahu ialah, ucapan penggulungan Presiden UMNO Dato' Seri Najib Tun Razak membuktikan perhimpunan UMNO ini berhasil. Jerit bukan sebarang jerit tapi jerit yang membawa hasil, baik kepada rakyat, baik kepada negara secara keseluruhannya.
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman hari ini melakukan 20 cabutan undi bagi pemilik rumah projek Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Woodford Estate, Beaufort, Sabah.
Cabutan undi hari kedua bagi projek PR1MA itu diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, tempat berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO 2016. YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj.Aman turut meluangkan masa kira-kira 20 minit di ruang pameran PR1MA sambil diberi taklimat mengenai perumahan itu. Setakat Selasa lepas, seramai 1.33 juta rakyat Malaysia mendaftar untuk memiliki kediaman PR1MA dengan sebanyak 268,993 unit kediaman telah diluluskan bagi pembinaan dan 111,267 unit sedang dalam pelbagai peringkat pembinaan di seluruh negara.
3 Disember 2016 - Selepas dua hari bersidang, Perhimpunan Agung UMNO 2016 memasuki hari terakhirnya hari ini dengan menyambung semula perbahasan usul ekonomi. Sebanyak sembilan pembahas dijadual mengambil bahagian membahas usul itu yang akan dimulakan dengan wakil Pergerakan Puteri UMNO Armizadonna Wirdawati Mohd Radzi.
Sebanyak 14 pembahas akan membahaskan usul agama dan pendidikan sebelum sesi penggulungan. Sesi penggulungan tahun ini menyaksikan ia kembali kepada tradisinya iaitu ucapan penggulungan akan dilakukan oleh pucuk pimpinan utama parti berbanding tahun lepas yang hanya dilakukan oleh presiden Datuk Seri Najib Tun Razak.
Presiden UMNO, Dato’ Seri Najib Tun Razak mendengar perbahasan pada hari ketiga Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.Turut kelihatan Naib Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Tetap, Tan Sri Badruddin Amiruldin.
Para perwakilan mendengar sesi perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Perwakilan dari Bahagian UMNO Kalabakan
Suasana semasa upacara Penggulungan oleh Ketua Sayap sayap , Naib Presiden , Timbalan Presiden dan Ucapan daripada YAB Presiden Dato Seri Najib bin Tun Hj.Abdul Razak. Ini lah Perhimpunan Agung Yang terbaik setakat ini , kerana setiap pembahas yang mewakili dan membentangkan isu isu akar umbi dan mendapat perhatian dari pemimpin.
Skuad #PuteriPeduli akan digembleng seperti ‘komando’ bagi memenangi hati dan keyakinan rakyat kepada UMNO sekali gus membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Ketua Puteri Datuk Mas Ermieyati Samsudin. Beliau berkata skuad itu akan menjelajah ke seluruh negara walaupun ke hutan belantara bagi mendekati rakyat.
“Mereka inilah akan mendekati hati rakyat dengan pelbagai program bagi memastikan kebajikan rakyat terbela,” katanya pada sesi penggulungan usul Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini. Pergerakan itu bersedia untuk bersama-sama sayap lain menanggung tugas berat tersebut dengan menubuhkan Sekretariat Unit Khidmat Pilihan Raya dalam mengatur gerak kerja bersama.
“Saya menyeru agar kita semua berpadu tenaga dan seia sekata untuk menggempur serta menghalang percaturan petualang negara. Kita mesti menang dalam PRU14!,” katanya.
Mas Ermieyati juga mengingatkan perwakilan bahawa UMNO kini tiada pilihan selain mempertahankan kemenangan bagi meneruskan kelestarian negara bangsa yang diwarisi sejak turun-temurun.
Beliau turut menggesa semua anggota parti supaya membulatkan tekad untuk menang pada PRU14 seterusnya menjadikan ia sejarah yang paling gemilang.
Prinsip wala’ atau ketaatan yang diamalkan terhadap pemimpin serta institusi kepemimpinan UMNO bukanlah amalan membuta tuli tetapi ia merupakan kesetiaan yang dituntut oleh agama. Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata sememangnya setiap anggota perlu menunjukkan kesetiaan mereka selagi arahan yang diberi tidak melampaui batas dan pemimpin tidak melakukan sesuatu perkara yang dilarang agama. Ada yang bersangka buruk konon ini kesetiaan membuta tuli ,ada yang mungkin kurang memahami, apabila kita bercakap tentang wala’ pastinya kita rujuk pada kesetiaan yang dituntut dalam agama. Adakah presiden kita seorang pemimpin yang melampaui batas? Adakah presiden kita minta kita lakukan yang dilarang oleh agama? “Kena faham kenapa 600,000 Pemuda tetap beri wala’ pada Datuk Seri Najib (Tun Razak) hingga ke hari ini,” katanya dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2016, yang berakhir hari ini.
Menyentuh tentang peranannya yang bertindak sebagai panglima perang Tariq ibn Ziyad, Khairy dengan semangat berkobar-kobar meyakinkan pergerakan akan melaksanakan amanah yang diberikan. “Pemuda mahu menjadi batu Jabal Tariq dalam memperkukuhkan UMNO dan mempertahankan institusi… dalam Pemuda bukan hanya saya seorang tetapi 600,000 Tariq Ibn Ziyad bersama Najib,” katanya.
Pergerakan Wanita UMNO beriltizam untuk terus setia menjadi benteng parti walau pelbagai dugaan melanda. Ketuanya Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata kesetiaan adalah rukun utama perjuangan Wanita dan konsep wala’ seperti disuarakan Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak telah menjadi amalan sayap itu sejak wujudnya UMNO hampir 70 tahun lalu.
“Wanita berbangga kerana Wala’ telah menjadi darah daging dan sebati dalam diri kami selama 69 tahun kewujudan Wanita, setia membenteng parti, walau dugaan tiba, kami tak pernah lari,” tegasnya. Shahrizat menjelaskan, kerana kesetiaan itu juga, menjadi semangat mereka untuk membenteng negara daripada campur tangan asing, justeru menggesa penggubalan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik (PDEA) disegerakan. Kerana kesetiaan inilah, kita membenteng negara daripada campur tangan asing, terutama dalam politik negara, melalui media-media, ‘pergerakan sivil’ dan penyaluran dana asing.
Ikhlas, saya melihat suasana perhimpunan tahun ini cukup berbeza, berbanding setahun lalu. Perhimpunan tahun ini dihadiri orang-orang UMNO yang telah buat pilihan untuk setia bersama-sama dengan UMNO. Meninggalkan mereka yang ragu-ragu dan keliru, yang memilih jalan yang berbeza. Perhimpunan tahun ini, cukup harmoni dan penuh kemesraan. Kita bersalaman, bertegur sapa, bergelak tawa, berbicara hati ke hati dengan penuh keikhlasan, tanpa sebarang prasangka dan ragu-ragu. Tidak keterlaluan kalau saya nyatakan bahawa perhimpunan tahun ini, telah dapat kita letakkan semula ke landasan yang asal. Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penyediaan Usul, suasana yang amat saya rindui ini telah sudah tentulah melegakan. Barisan yang cukup mantap, semangat terasa kuat, menjadikan hala tuju perjuangan tampak kian jelas menuju matlamat yang dihajat.
Saya ingin mengucapkan rasa penghargaan dan terima kasih kepada semua perwakilan di atas sokongan sebulat suara dalam meluluskan ketiga-tiga usul yang dibentangkan dalam Perhimpunan kali ini. Usul yang dirangka dan dibina melalui proses yang panjang, dipertimbangkan dan disemak sejak awal Oktober lagi. 681 usul akar umbi yang dikemukakan dari Bahagian-Bahagian telah dirumuskan menjadi hanya tiga usul. 681 usul denyut nadi rakyat, yang disuarakan melalui cawangan dan bahagian seluruh negara, dijadikan asas utama kepada ketetapan yang kita capai hari ini. Saya juga ingin ucapkan rasa bangga dan terima kasih kepada semua Jurucakap yang melontar pelbagai idea yang bernas dan teguran yang tegas, demi kepentingan rakyat dan masa depan negara.
Izinkan, saya mulakan ucapan penggulungan pada petang yang penuh ketenangan kali ini dengan membaca kalimah suci Allah SWT dalam Surah Ibrahim ayat 24-25 yang berbunyi: Maksudnya: "Tidakkah kamu memerhatikan bagaimana Allah, telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya kuat dan cabangnya (menjulang) ke langit, (pohon) itu menghasilkan buahnya pada setiap waktu dengan izin Tuhannya. Dan Allah membuat perumpamaan itu untuk manusia agar mereka selalu ingat". Hayatilah bait-bait dari ayat tadi, bagaimana begitu jelas bahawa perhimpunan kita ini tidak lain dan tidak bukan semata-mata mencari kebijaksanaan. Inilah budaya UMNO, inilah cara UMNO yang meletakkan kebersamaan dan demokrasi sebagai landasan berpolitik, di mana kita bebas bersuara, bebas melontarkan pandangan, mahupun melantunkan kritikan, tiada tegahan, tiada larangan, kebebasan ini adalah mutlak, oleh itu jangan ada mana-mana pihak yang mahu atau cuba mengatakan bahawa Perhimpunan Agung UMNO tidak demokratik. Pemerhatian saya, sepanjang di perkampungan ini, para perwakilan di peringkat tiga sayap kian bijak menegur, kian matang mengkritik dengan penuh kesantunan serta berhemah dalam mengutarakan sebarang usul. Inilah budaya UMNO. Kita meletakkan kesusilaan dalam berhujah, kita mengutamakan budaya adab dan sopan sebagai orang Melayu di mana Melayu itu menegur dalam seloka Membidas dalam gurauan senda Menyindir dalam gelak ketawa Meminta suratnya tiada Memohon biarpun tanpa suara Yang di bawah tugasnya meminta Yang di atas jangan tutup mata Janganlah buat-buat lupa Kita di sini sebab mereka Sementara jawatan masa ada Berilah apa yang ada Tanpa perwakilan siapalah kita Tambahan lagi dah dekat pilihan raya Jentera perlu diperkasa Menangkan calon BN semua Hadiah untuk Presiden kita Daya tahannya luarbiasa Wala kita kepadanya Tanda kesetiaan ahli semua Demi UMNO kita terus bersama. Justeru, ayuh khabarkan kepada semua khalayak, baik di dalam parti mahu pun di luar sana, bahawa kita adalah parti yang menerajui kerajaan yang bertanggungjawab. Sejak Merdeka lagi, kita amat responsif kepada kehendak dan keperluan rakyat.
PRESIDEN UMNO, Dato' Seri Najib Tun Razak semasa sesi penggulungan perbahasan di hari terakhir di Perhimpunan Agung UMNO 2016 di PWTC.
Presiden UMNO, Dato' Seri Najib Tun Razak menyifatkan Perhimpunan Agung UMNO 2016 adalah persidangan terbaiknya kerana mempunyai barisan kepimpinan yang serasi dengannya. Beliau berkata, barisan kepimpinan tertinggi UMNO kini adalah padu, kukuh pendiriannya, walak atau setia dan komited. Najib yang juga perdana menteri berkata beliau tidak meragui kesetiaan barisan kepimpinan tertinggi UMNO yang berada di belakang beliau sekarang.
Presiden UMNO, Dato Seri Mohd Najib Tun Razak sempat berseloroh dalam memperkenalkan dua Naib Presiden UMNO yang kekal bersama parti setelah “kehilangan” Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal.
Seperti digurindam orang dulu-dulu Patah Tumbuh Hilang Berganti.Maka kalau Hilang Di hujung Pagoh, Syukur telah kita jumpa di Bagan Datoh. Kita Raikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri dan Menjalankan tugas Timbalan Presiden parti. Jika ada yang sudah beralih arah dan tidak “semporna” lagi, Maka seafdal-afdalnya, yang kita mahukan seorang yang setia dan tidaklah pula bersombong-sombong Itulah dia Datuk Seri Hishammudin Tun Hussien Onn dari Sembrong.
"Inilah pasukan pimpinan UMNO yang akan turun gelanggang berjuang habis-habisan," katanya dalam ucapan penggulungannya pada akhir Perhimpunan Agung UMNO 2016 di sini, hari ini.
“Saya nampak ada (anggota) main tali halus. Saya dah lama dalam politik boleh baca, saya tahu dia sokong siapa. Nak main tali halus sikit tak apa tapi jangan hilang fokus dan hala tuju,” katanya dalam ucapan penggulungan pada akhir Perhimpunan Agung UMNO 2016, di sini, hari ini. Najib berkata dengan masalah dalaman UMNO yang kini telah diselesaikan, tumpuan anggota UMNO sekarang seharusnya ke arah menghadapi PRU14 untuk memastikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) menang bergaya.
“Kalau lihat pada roh perjuangan, kita semua mempunyai satu iltizam, sudah selesai masalah dalaman UMNO. (Sekarang) nak hadap ke mana? mana? PRU14, bukan pemilihan.
Mandat kerajaan Barisan Nasional (BN) sekarang bakal berakhir pada Jun 2018, manakala pemilihan UMNO yang kali terakhir diadakan pada Oktober 2013 dan sepatutnya diadakan tahun ini ditunda selama 18 bulan.
YAB Presiden turut mengingatkan supaya tidak leka dibuai kemenangan dalam pilihan raya negeri Sarawak dan pilihan raya kecil Parlimen Kuala Kangsar, Perak serta Parlimen Sungai Besar, Selangor, sebaliknya meneruskan kerja keras untuk memastikan kejayaan dalam PRU14. “Kita mesti sedar kemenangan dalam satu, dua (pilihan raya kecil) tak semestinya kita akan menang waktu ujian besar nanti (PRU14). Ini kita mesti sedar,” tegasnya.
Beliau turut memberi amaran kepada anggota parti agar tidak sesekali memandang rendah kepada kemampuan pihak lawan serta mempercayai sepenuhnya pungutan pendapat mengenai sesuatu pertandingan. Beliau memberikan contoh mengenai rancangan Britain yang ingin keluar dari Kesatuan Eropah dan keputusan pilihan raya Presiden Amerika Syarikat yang dimenangi calon Republikan Donald Trump sebagai antara contoh pungutan pendapat yang kurang tepat.
“Cuma kalau kita kerja sebagai satu pasukan, dalam satu ikatan macam lagu ‘Gurindam Jiwa’ – ‘rambut tersimpul mati’ – dari atas sampai bawah pasti UMNO dan BN akan menang lagi dalam PRU,” katanya. Najib dalam sidang media selepas ucapan penggulungannya, enggan mengulas sama ada PRU14 akan diadakan dalam tempoh enam bulan akan datang.
“Selain ‘feel good factor’, banyak faktor perlu diambil kira dan diambil penilaian, berdasarkan keadaan dan sikap rakyat dan keberkesanan usaha kerajaan dalam penyampaian mesej.
“Sebab itulah kita kena beri tempoh untuk jentera kita melakukan kerja-kerja yang sepatutnya. Tugas kita sekarang ini ialah untuk memenangi hati rakyat. Pastikan rakyat bersama dengan kita. Inilah yang saya nak setiap ahli UMNO dan jentera kita lakukan,” katanya. Beliau berkata usaha akan ditumpukan untuk mendekati, menyelesaikan masalah rakyat dan menyampaikan mesej kerajaan kepada rakyat.
“Soal perpaduan dan kepimpinan kita yang kukuh dan ampuh, dan soal roh perjuangan serta motivasi kita, sudahpun nampaknya kita letakkan dalam keadaan yang sangat baik, dan kita bersedia untuk mara ke hadapan,” katanya.
Dalam pada itu, dalam ucapan penggulungannya, YAB Presiden berkata pemerhati luar yang hadir ke perhimpunan kali ini melihat UMNO sebagai parti yang unik kerana perjuangannya tidak hanya memfokuskan kepada lebih tiga juta anggota parti, tetapi seluruh rakyat Malaysia.
“Dalam perbahasan tiga hari ini, UMNO tidak fikir mengenai anggotanya sahaja tapi 31 juta rakyat Malaysia. UMNO ingin jadi parti penggerak transformasi nasional,” katanya.
Perhimpunan Agung UMNO 2016 (PAU2016), ditutup dengan ucapan penggulungan Presiden UMNO, Dato' Seri Najib Tun Razak sebentar tadi. Buat pertama kali, tidak sekadar mengulas cadangan perwakilan sepanjang perhimpunan berlangsung, YAB Presiden juga mengambil peluang menunjukkan bagaimana perhimpunan agung ini bukan sekadar membincang hal ehwal UMNO, bahkan turut menunjukkan hasil dari perhimpunan ini yang telah memberi sumbangan langsung kepada rakyat. Antara isu berkaitan perumahan rakyat, kos sara hidup, perancangan ekonomi dan sebagainya. Semua ini sama ada telah atau akan dijalankan kerajaan – hasil dari cadangan oleh semua perwakilan UMNO dalam perhimpunan kali ini.
Berbeza dengan perhimpunan Pakatan pembangkang, tidak ada apa hasil langsung kepada rakyat. Jangan kata rakyat seluruh negara lagilah, rakyat yang mereka perintah sekali pun tidak mendapat sebarang hasil dari perhimpunan yang diadakan pembangkang. Dapat penat lagi ada. Hasil? Tak usah buang masa bertanya, memang tidak ada. Sebab itu dalam hal ini, gaya penyampaian Najib tidak perlu dipertikaikan. Bukan cakap tu yang penting, apa isu dalam cakap tu yang rakyat tunggu-tunggukan. Setiap orang lain caranya, takkan semua nak ikut Mahathir atau Anwar? Mereka cara mereka, Najib cara Najib, tak boleh nak dibanding-bandingkan.
Yang rakyat perlu tahu ialah, ucapan penggulungan Presiden UMNO Dato' Seri Najib Tun Razak membuktikan perhimpunan UMNO ini berhasil. Jerit bukan sebarang jerit tapi jerit yang membawa hasil, baik kepada rakyat, baik kepada negara secara keseluruhannya.
Perwakilan dari Bahagian UMNO Kalabakan
Presiden UMNO Dato' Seri Najib Tun Razak bersama Naib Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memotong pulut kuning selepas ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
Presiden UMNO, Dato' Seri Najib Tun Razak ditemani barisan ahli Majlis Tertinggi menghadiri satu sidang media selepas memberikan Ucapan Penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Menyentuh soal perhimpunan solidariti Ummah untuk Roghinya beliau akan hadir. Himpunan solidariti itu, katanya bukan bertujuan mencampuri urusan dalaman Myanmar sebagaimana kenyataan Pejabat Presiden Myanmar, sebaliknya ia bagi mempertahankan nilai kemanusiaan sejagat lebih lebih lagi ianya melibatkan perpaduan dalan ASEAN yang tidak membenarkan berlakunya penganiyaan terhadap mana mana kaum seperti yang termaktub dalam Deklirasi persetujuan ASEAN. Malaysia sebagai sebuah Negara berjiran dengan Negara Myanmar telah menerima akibat ketidak tentuan yang berlaku dimana kebanjiran Pendatang Roghinya ke Malaysia. Perkara ini tidak boleh dibiarkan dan perlu diambil perhatian sewajarnya agar sikap perikemanusiaan dan peradaban sejagat terpelihara.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan melahirkan penghargaan kepada semua para perwakilan dan ahli-ahli UMNO termasuklah kakitangan Ibu Pejabat UMNO yang telah bertungkus-lumus sehinggakan Perhimpunan Agung UMNO 2016 dapat berjalan dengan lancar. Katanya, kesempurnaan perjalanan Perhimpunan Agung UMNO ini adalah hasil daripada sokongan semua pihak iaitu dari barisan kepimpinan tertinggi parti hinggalah kepada ahli-ahli di akar umbi. " Saya berterima kasih pada semua pihak yang memastikan parti kita dapat laksanakan persidangan dan alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar,” katanya.
Beliau juga menyeru para perwakilan yang hadir agar dapat menyampaikan amanat dan inti pati perbahasan sepanjang persidangan kepada ahli-ahli UMNO di akar umbi agar perjuangannya terus dapat dihayati bersama-sama. “Manfaatkanlah ilmu, pesanan dan intipati perbahasan serta ucapan dari Presiden untuk kita sama-sama aplikasikannya di peringkat bahagian dan cawangan,” katanya lagi.
Peserta Pemerhati dari UMNO Bahagian Tawau berangkat balik setelah mengikuti Perhimpunan Agung UMNO ke- 70.
END
LEPAS PRU 14 APA CERITA NAMPAKNYA HANYUT SEMUA DI BADAI SUNGAI ULU KALABAKAN
ReplyDeleteRAKYAT NI MEMERHATI DAN TIDAK TIDUR SUARA RAKYAT ADALAH SUARA KERAMAT
ReplyDelete