UMNO menjangkau 71 tahun, ia menjadikan parti ini sebagai satu wadah perjuangan orang Melayu yang telah menempuh pelbagai dugaan dan rintangan dalam tujuh dekad yang lalu. Parti UMNO adalah satu manifestasi atas iltizam dan kesungguhan orang orang Melayu terdahulu untuk mencapai kemerdekaan dari belenggu penjajah. Dengan adanya Parti UMNO inilah, orang Melayu kini dapat mencapai kemajuan dalam banyak aspek kehidupan termasuk mobiliti sosial yang bergerak begitu pantas.
Sambutan kali ke-71 tahun ini sudah pastinya harus disambut dengan penuh kemeriahan di setiap bahagian seiring dengan sambutan yang telah diatur di peringkat pusat dan kemuncaknya nanti pada 11 Mei di Stadium Bukit Jalil. UMNO Bahagian Tawau tidak akan ketinggalan dalam memeriahkan suasana sambutan di Bukit jalil itu kelak kerana Yang Berhormat Datuk Hj.Tawfiq bin DSP Hj.AB Titingan telah bersetuju untuk menghantar Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tawau berada disana sempena sambutan tersebut.
Sempena ulang tahun ke-71 ini, kita wajar muhasabah diri bahawa sesungguhnya perjuangan mengangkat martabat bangsa dan agama itu lebih penting dari segalanya. Parti ini wajar dipacu dengan peneguhan iltizam dan semangat jati diri yang kukuh serta berpegang kepada solidariti terhadap kepimpinan. Kepimpinan juga diseru agar terus mengutamakan agenda memperkasakan bangsa dan agama dengan tidak meminggirkan mana-mana kelompok masyarakat Melayu agar kemajuan dan faedahnya dapat dirasai bersama.
KOTA KINABALU, 1 Mei – Larian bendera UMNO bermula hari ini dengan acara pelepasan berlangsung meriah melibatkan ahli-ahli parti di peringkat akar umbi sebagaimana di Sabah apabila Menteri Komunikasi dan Multimedia yang juga Bendahari UMNO, Datuk Seri Salleh Said Keruak melakukan pelancaran Pelepasan Larian Sempena Hari UMNO Ke-71.
Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyerahkan bendera UMNO kepada Ketua Pemuda UMNO Sepanggar Mohd Joh Wid selaku ketua peserta Larian Hari UMNO Ke-71 di Sepanggar, dekat sini hari ini
Bendahari UMNO, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengingatkan anggota parti supaya terus komited berjuang untuk parti.
Katanya, perjuangan itu termasuk memberi sokongan kepada kepimpinan semasa bagi melancarkan matlamat parti untuk berbakti kepada rakyat dan negara.
Kita mesti tunjukkan komitmen kita kepada parti dan bukan kepada individu tertentu yang mempunyai kepentingan sendiri. Dalam hal ini, kita mesti beri sokongan kepada pemimpin kita sekarang iaitu presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemimpin negeri (Pengerusi UMNO Sabah) Datuk Seri Musa Aman, katanya ketika melancarkan pelepasan peserta Larian Hari UMNO Ke-71 di Sepanggar, dekat sini hari ini.
Mengenai larian itu, Salleh, yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, berkata program itu, yang disertai kira-kira 300 anggota, diharap dapat menyemarakkan semangat sayangkan parti dalam kalangan anggota.
Ketua Pemuda UMNO Negeri, Yamani Hafez Musa, yang merupakan pengerusi penganjur larian itu, berkata larian seluruh negeri itu merupakan sebahagian daripada program 'Larian Bendera' di seluruh negara.
Di Sabah, UMNO Bahagian Sepanggar menjadi tuan rumah pelancaran larian ini dan peserta akan berlari sehingga Sulaman di mana peserta dari kalangan UMNO Bahagian Tuaran pula akan meneruskan larian ke Kota Belud dan seterusnya ke Kudat.
Larian ini melibatkan 25 bahagian UMNO di Sabah yang akan berakhir di Kota Kinabalu pada hari ulang tahun UMNO pada 11 Mei ini, katanya.
02 Mei 2017, Sri Libaran Sandakan - YAB Ketua Menteri Sabah DSP Musa bin Hj.Aman menerima dengan penuh semangat para peserta Konvoi Larian Bendera Sempena Ulang Tahun UMNO ke-71 Peringkat Zon 5 di Sri Libaran bersama sama Pemimpin pemimpin UMNO serta AJK UMNO Bahagian , Pergerakan Wanita , Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri.
Para Pendukung Wadah Perjuangan UMNO Sabah di peringkat Zon 5 Libaran Sandakan begitu bersemangat kental dan setia terhadap perjuangan UMNO dengan memperkukuhkan dan menunjukkan perpaduan diantara Ahli dalam sambutan Ulang Tahun ke-71 tahun Parti UMNO.
Pelepasan Konvoi Larian Bendera Sempena Ulang Tahun
ke -71 di Peringkat Zon 5 menuju ke Zon 6 iaitu Silam , Semporna , Tawau dan Kalabakan yang telah disempurnakan oleh YAB DSP Musa bin Hj.Aman Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah merangkap Ketua Menteri Sabah.
Pergerakkan Pemuda UMNO Semporna menerima dengan penuh semangat para peserta Konvoi Larian Bendera Sempena Ulang Tahun UMNO ke-71 Peringkat Zon 6 di Semporna bersama sama Pemimpin pemimpin UMNO serta AJK UMNO Bahagian , Pergerakan Wanita , Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri. Konvoi seterusnya akan bergerak ke Tawau.
Konvoi Larian Bendera UMNO Semporna bersedia untuk berlepas ke Tawau
3 Mei 2017 @4petang , Majlis Sambutan Konvoi Larian Bendera di Perkarangan Pejabat Pemuda UMNO Bahagian Tawau sempena Ulang Tahun ke - 71 tahun UMNO di Zon 6 daripada UMNO Bahagian Semporna.
Tawau UMNO Bikers telah menanti ketibaan Konvoi Lari Bendera dari Semporna untuk mengiringi ketempat temu janji dihadapan Pejabat Pemuda UMNO Bahagian Tawau.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tawau En.Ariffin bin Kassim menerima Bendera UMNO dari Ketua Rombongan UMNO Semporna.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tawau mengalu-alukan ketibaan Konvoi Lari Bendera dari UMNO Bahagian Semporna.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tawau menerima cenderakenangan dari ketua Konvoi Lari Bendera dari UMNO Bahagian Semporna.
Konvoi Larian Bendera dari Semporna telah disambut meriah dengan pemotongan Kek Hari Ulang Tahun UMNO ke-71 tahun oleh Pemimpin pemimpin sayap Wanita , Pemuda dan Puteri dari kedua-dua Bahagian dengan disaksikan oleh AJK UMNO Bahagian Tawau.
Sebahagia dari peserta Wanita UMNO Bahagian Tawau yang hadir menyambut ketibaan Konvoi Larian Bendera sempena Ulang Tahun ke-71 UMNO.
Sebahagia dari peserta Puteri UMNO Bahagian Tawau yang hadir menyambut ketibaan Konvoi Larian Bendera sempena Ulang Tahun ke-71 UMNO.
Para peserta Larian Bendera dari UMNO Bahagian Tawau yang hadir memeriahkan program Sambutan Ulang Tahun UMNO le - 71 tahun di Batu 5 Jalan Apas Tawau.
SEMPENA ULANG TAHUN KE-71 PARTI UMNO DITUBUHKAN AJK UMNO BAHAGIAN TAWAU TELAH MENYERTAI KERAMAIAN SAMBUTAN YANG DIADAKAN DI STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL , KUALA LUMPUR
10 Mei 2017 , Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ( KLIA ) - Rombongan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tawau berada di Kuala Lumpur pada 10 Mei - 12 Mei 2017 untuk mengikuti Perhimpunan UMNO sempena Ulang Tahun yang ke-71 tahun UMNO ditubuhkan.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melahirkan keyakinan bahawa UMNO akan terus mantap lantaran sokongan-sokongan yang diberi bukan sahaja dari ahli-ahli parti tetapi juga dari sebahagian besar bangsa Melayu. UMNO adalah sebuah parti kepada orang Melayu yang telah ditubuhkan untuk memastikan bahawa bangsa Melayu, agama Islam dan negara ini terjaga dengan baik, tidak akan ketinggalan dan tidak ditekan oleh orang-orang yang suka membuat onar.
Kita harus bersyukur kepada Allah SWT oleh kerana kepintaran kepimpinan kita dahulu maka kita telah mencapai kemerdekaan tanpa menumpahkan darah warganya sendiri, hanya ada sedikit masalah dengan komunis tetapi itu pun telah dapat kita selesaikan.
Apa yang kita capai hari ini adalah kerana UMNO, yang menjadi tulang belakang kerajaan, dahulu parti Perikatan tetapi kini Barisan Nasional. Yang jadi graduan, jadi ahli perniagaan yang maju, jadi pegawai kerajaan yang berjawatan tinggi dan macam-macam lagi adalah hasil usaha UMNO dan saya percaya mereka akan ingat jasa-jasa ini. Tiada sebuah parti selain UMNO yang akan memastikan masa depan agama, bangsa dan negara. Tegas beliau, UMNO adalah parti politik terbesar dan juga parti Islam terbesar, sebagaimana asas tujuan UMNO dalam Perlembagaan.
Yang penting sekali adalah hala tuju UMNO, masih kekal seperti tujuan penubuhannya kerana kita mempunyai Perlembagaan dan asas-asas dalam Perlembagaan itu telah kita tunaikan; khususnya untuk memastikan keperluan warga Melayu terutamanya ahli UMNO tidak dipinggir. Kita mempunyai landasan, hala tuju dan matlamat yang ingin kita capai.
Berkenaan dengan sambutan besar-besaran yang bakal diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10-11 Mei ini, beliau mengakui bahawa keraian terbabit wajar dilakukan.
Sambutan besar-besaran ini sepatutnya dilaksanakan tahun lepas tetapi oleh kerana ada tragedi yang menimpa, maka ditangguhkan ke tahun ini. Saya yakin ramai yang akan hadir di Stadium Bukit Jalil untuk bersama-sama merasai dan menjiwai pencapaian yang telah dicapai selama lebih 70 tahun ini.
Marilah bersama-sama berganding bahu, berganding tangan bagi memastikan bahawa negara kita ini milik kita, dan kita juga pastikan bangsa-bangsa lain mendapat tempat.
11 Mei 2017 @10.00 pagi , Hotel Wira No. 123, Jalan Thamboosamy, 50350 Kuala Lumpur. Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tawau berkumpul dihadapan Hotel Penginapan untuk ronda ronda Kuala Lumpur dan mencari baju untuk dipakai ke Stadium Nasional Bukit Jalil pada jam 3 petang nanti.
11 Mei 2017 @10.00 pagi , Hotel Wira No. 123, Jalan Thamboosamy, 50350 Kuala Lumpur. Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tawau berkumpul di hadapan Hotel Wira untuk bersama - sama ke Stadium Nasional Bukit Jalil dengan menaiki LRT RapidKL dari station PWTC.
ke Stadium Nasional Bukit Jalil menggunakan LRT Putra Heights untuk sampai langsung ke sana.
Perjalanan dari station PWTC ke Station Bukit Jalil melalui beberapa station dan perjalanan nya dianggarkan memakan masa 20 - 25 minit.
Semangat perjuangan yang ditunjukkan oleh Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tawau amat lah tinggi.
Tiba di Stadium Nasional Bukit Jalil , telah ramai ahli ahli UMNO seluruh Negara berada disana.
Pelbagai jualan makanan dan minuman serta barang barang berada disekitar stadium ini. Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tawau yang datang menyambut seruan Pemimpin Parti UMNO datang kesini untuk menyemarakkan lagi Sambutan Hari Ulang Tahun ke - 71 tahun. Lebih tujuh dekad, UMNO telah membuktikan dasar-dasarnya banyak membantu rakyat secara keseluruhannya, UMNO adalah untuk rakyat dan terbukti anggota parti mampu bersatu dalam pelbagai cabaran mendatang sehingga mampu kekal dan kukuh di usia 71 tahun.
Perjuangan ahli ahli UMNO tidak seperti pembangkang yang hanya berjuang untuk kepentingan diri dan kini umpama retak menanti belah dimana perbalahan antara sesama mereka berterusan ditambah lagi dengan akibat dari kemelut perebutan kuasa.
Sambutan Hari UMNO ke-71 di Stadium Nasional Bukit Jalil ini merupakan acara terbesar diadakan dalam sejarah parti dengan penyertaan kira-kira 150,000 anggotanya dari seluruh negara. Kita akan terus merapatkan saf agar UMNO terus relevan menerajui kepimpinan negara.
Rakan rakan seperjuangan UMNO Bahagian Tawau merasakan bahawa perjuangan membela Agama, Bangsa dan Negara hanya dapat direalisasikan melalui Parti UMNO , parti keramat orang orang Melayu. Generasi hari ini perlu sedar keberadaan UMNO sebagai wadah perjuangan bangsa Melayu di gelanggang politik nasional di kala ini wujud atas unsur perpaduan persatuan-persatuan kecil bangsa Melayu dari seluruh tanahair, yang bersepakat dengan kesatuan niat untuk membela Islam, Bangsa Melayu dan juga tanahair daripada ancaman Malayan Union. UMNO tertubuh setelah bangsa Melayu melihat bahawa gagasan yang dicipta British, Gagasan Malayan Union itu mampu untuk menghapuskan institusi keagamaan, adat tradisi dan sosial orang Melayu dalam jangka masa yang panjang.
Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Tawau turut meraikan peristewa yang bersejarah ini setelah 7 dekat perjuangan pengasas Parti UMNO berjuang bermati matian untuk menubuhkan Parti orang orang Melayu yang diharapkan akan dapat mempertahankan ketuanan Melayu itu sendiri. Perpaduan dan kesatuan bangsa Melayu dalam peristiwa penentangan Malayan Union itu merupakan satu sejarah terbesar perpaduan bangsa Melayu, dan mungkin kita tidak dapat melihat kebangkitan perpaduan bangsa Melayu sebesar dan sehebat itu hari ini atau pada masa yang datang.
DSP Musa Hj.Aman Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah merangkap Ketua Menteri Sabah turut hadir diPerhimpunan Sambutan Ulang Tahun Parti UMNO yang ke - 71 tahun di Stadium Nasional Bukit Jalil bersama - sama seluruh kepimpinan UMNO bahagian bahagian di Negeri Sabah.
Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tawau yang sentiasa Bersatu dan Sedia Berkhidmat untuk mempertahankan keutuhan Parti UMNO di Daerah Tawau khasnya diNegeri Sabah.
Wanita UMNO Sudah Bersedia Hadapi PRU-14 demikian Ulasan dari Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil. Wanita UMNO sudah bersedia untuk turun habis-habisan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 katanya.
Beliau berkata sayap wanita berasa yakin untuk menghadapi pilihan raya kerana mereka telah mendekati rakyat di peringkat akar umbi secara berterusan dan menjadi “mata dan telinga” kerajaan.
Pada bila-bila masa pun pilihan raya diadakan, kita sudah bersedia untuk menghadapinya. Selama ini, kita telah melakukan semua yang mampu untuk rakyat. Tan Sri Shahrizat juga mengulangi apa yang ditegaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa sebab UMNO terus relevan ialah kerana parti itu tidak pernah menyimpang daripada landasan perjuangannya untuk membela rakyat. Wanita UMNO sentiasa berjuang untuk kebaikan rakyat seperti apa yang ditegaskan oleh Presiden DS Mohd.Najib bin Tun Hj.Abdul Razak.
UMNO ditubuhkan di atas kesedaran bangsa Melayu untuk bangkit dan berjuang mempertahankan Islam, bangsanya dan tanahairnya daripada gagasan Malayan Union ciptaan British, kerana ianya dilihat mampu untuk menghakis dan menghapuskan jati diri orang Melayu di masa akan datang. UMNO tidak wujud kerana perpecahan atau kerana permusuhan, tidak juga wujud kerana unsur dengki, mengejar jawatan dan lain-lain nawaitu yang negatif. Sebaliknya kewujudan UMNO adalah dengan niat suci yang didasari roh perjuangan yang meluap-lupa di dada orang Melayu ketika itu. UMNO terus kekal sehingga ke hari ini adalah kerana kepimpinannya daripada generasi ke generasi masih lagi tetap berada di atas landasan dan nawaitu perjuangan yang diasaskan oleh pejuang-pejuang Melayu terdahulu untuk terus membela Islam, bangsa Melayu dan juga tanahair.
Walau ada cacat celanya, walaupun berlaku kesilapan di sana sini, biarpun ada sumbang sumbingnya, namun perjuangan UMNO untuk Islam, bangsanya dan juga tanahairnya tetap kekal menjadi matlamat perjuangan UMNO dari dulu hingga sekarang. Justeru itu, sudah tentu, kewujudan UMNO tidak boleh disamakan dengan kewujudan parti-parti politik yang lain, seumpamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pertubuhan Parti Pribumi Bersatu (PPBM), yang wujud atas dasar perpecahan, tidak puas hati dan permusuhan. Kita juga tidak dapat menafikan, bahawa parti-parti politik pembangkang seperti PKR, PPBM, Pas, merupakan parti serpihan UMNO yang wujud di atas punca dan unsur perpecahan. Seperti Pas, ianya wujud kerana perasaan tidak puas hati salah seorang pimpinan UMNO yang kalah bertanding ketika itu. Ianya satu sejarah dan sukar untuk kita kambus sejarah itu.
Harapan kita agar generasi bangsa Melayu hari ini, khususnya anak muda Melayu tidak memandang ringan perkara ini dan jangan bertindak membakar kelambu hanya semata-mata kerana seekor nyamuk. Parti Keadilan Rakyat kita semua sedia maklum bahawa penubuhannya adalah semata-mata untuk membela Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tidak lebih daripada itu. Jika di selusuri sejarahnya, jelas PKR bukanlah ditubuhkan kerana perjuangan untuk membela rakyat tetapi wujud semata-mata mahu membela Anwar Ibrahim. PPBM juga begitu. Ianya tertubuh kerana ada pemimpin UMNO yang telah termakan fitnah. Walaupun ada nama-nama tokoh politik veteran seperti Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan lain-lain, namun ianya tidak dapat menutup fakta bahawa kewujudan PPBM adalah kerana unsur perbalahan dan perpecahan.
UMNO sebagai sebuah parti politik yang terus berkuasa semenjak selepas merdeka, sudah tentulah ianya akan diserang dan dihujani dengan pelbagai tohmahan oleh parti-parti lawannya, yang bertujuan untuk menjatuhkan UMNO dan mengambil alih kuasa.
Pendekatan parti-parti lawan yang berseteru dengan UMNO menggunakan fitnah dan tohamahan sebagai senjata propaganda mereka untuk menjatuhkan parti terbesar bangsa Melayu ini.
Parti-parti pembangkang hari ini secara jelas memperlihatkan pendirian dan kecenderungan mereka untuk mencabuli dasar-dasar perjanjian bersama antara pemimpin Melayu dan bangsa lain sebelum merdeka dulu, contohnya seperti hak-hak istimewa orang Melayu, dasar-dasar ekonomi orang Melayu, agensi-agensi kerajaan yang membantu orang Melayu, malah menyatakan dengan jelas hasrat mereka untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang samarata, yang mana mirip kepada gagasan Malayan Union satu ketika dulu. Sebab itu, amat penting bagi kita untuk sedar, terutamanya generasi muda bahawa UMNO bukanlah mempertahankan kuasa sebagai pentadbir di negara ini semata-mata hanya kerana nafsu serakah ingin berkuasa, tetapi UMNO mempertahankan kuasa ini bertujuan agar bangsa Melayu terus dapat melaksanakan matlamat asal penubuhan UMNO, iaitu mempertahankan Agama , Bangsa dan Negara.

"Tanggal 11 Mei 2017, genap 71 tahun parti keramat UMNO dilahirkan. Parti yang telah banyak menabur jasa. Melahirkan pejuang-pejuang tulen yang berkorban jiwa dan raga, keringat dan air mata demi mempertahankan maruah dan martabat agama, bangsa dan tanahair".Semangat perjuangan memartabatkan maruah orang Melayu bersemarak apabila British mengisytiharkan kertas putih mengenai rancangan Malayan Union pada 22 Januari 1946. Tindakan biadap dan tidak menghormati perasaan orang Melayu oleh British mencetuskan segala-galanya. Gagasan Malayan Union harus ditentang habis-habisan. Orang Melayu tidak rela melihat Tanah Melayu menjadi tanah jajahan takluk British.
Kesabaran orang Melayu jangan diambil mudah. Jangan dijolok sarang tebuan!
Kongres itu dihadiri wakil dari 41 pertubuhan Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan dalam kongres itu juga dicadangkan satu pertubuhan Melayu dengan tujuan menyatupadukan orang Melayu.
Dari seluruh pelusuk Negeri Negeri di Malaysia pemimpin pemimpin akar umbi datang beramai ramai memeriahkan Upacara sambutan Hari Ulang Tahun UMNO yang ke - 71 tahun kali ini yang disambut secara besar besaran.
Tiga bulan selepas kongres pertama di Kelab Sultan Sulaiman, orang-orang Melayu membuktikan komitmen untuk bersatu padu menentang Malayan Union.
Kebersamaan "Lautan Merah" kira-kira 150,000 bala tentera UMNO pada sambutan ulang tahun ke-71 parti itu di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi, harus diterjemahkan kepada sokongan padu berterusan dan gerak kerja padu menjelang pilihan raya umum ke-14 kelak.
Ketibaan YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Mohd.Najib bin Tun Hj.Abdul Razak kedalam Stadium Nasional Bukit Jalil dengan menaiki kereta Buggy dan mengelilingi Stadium sambil melambai lambaikan tangan kepada pejuang pejuang UMNO yang hadir memenuhi Stadium pada malam itudengan diiringi bacaan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW
Setelah penubuhan UMNO, orang Melayu menunjukkan semangat perpaduan yang amat memberangsangkan. Mereka bergerak dalam satu nada melawan Malayan Union. Perjuangan menentang Malayan Union mendapatkan sokongan paling padu. Dalam tempoh dua tahun Malayan Union dapat dihapuskan, kemudian digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu yang diisytiharkan secara rasmi pada 1 Februari 1948. Perjuangan UMNO tidak terhenti di situ. Sandiwara British perlu ditamatkan. Walaupun Persekutuan Tanah Melayu telah dikembalikan kuasa di negeri masing-masing kepada Raja-raja Melayu, tetapi British masih menjajah.
Hari ini adalah hari yang paling menggembirakan Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia YAB DS Mohd.Najib bin Tun Hj.Abdul Razak apabila melihat sendiri kekuatan dan sokongan padu oleh Pemimpin Akar Umbi seluruh Negara yang hadir pada malam itu.
Lambaian tangan seorang Pemimpin yang dihormati dan disayangi oleh Ahli ahli UMNO , Pemimpin yang bekerja keras untuk menaikkan nama Negara seantero Dunia dan menjadikan Negara Malaysia dikenali dan dihormati kemerata Dunia.
Perjuangan memartabatkan UMNO telah bermula dalam tahun 1946 sehingga kini dimana YAB Presiden UMNO sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan kelemahan yang ada dari masa kesemasa. Perjuangan Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan telah banyak membuahkan hasil. Seperti yang kita masih ingat pihak British sebelum kita mencapai Kemerdekaan berkuasa dalam pentadbiran dan mengaut segala hasil kekayaan sumber asli. Orang-orang Melayu diketepikan tanpa mendapat apa-apa pembelaan. UMNO tidak rela melihat martabat bangsanya diperkotak-katikkan. Perjuangan membebaskan Tanah Melayu daripada cengkaman penjajah British harus digerakkan seperti mana menentang Malayan Union.
UMNO mempelopori perjuangan memerdekakan Tanah Melayu. Orang Melayu tidak mahu lagi dijajah. Cukuplah penderitaan dan penghinaan yang diterima sejak mula dijajah seawal 1511.
Pada 24 dan 25 Mac 1951, Majlis Mesyuarat Agung Setengah Tahun UMNO di Hotel Majestic, Kuala Lumpur meluluskan usul yang dikemukakan oleh wakil Pemuda supaya slogan “Hidup Melayu’ diganti dengan “ Merdeka’.
Tunku Abdul Rahman Putra selaku Yang DiPertua UMNO sebelum meluluskan cadangan tersebut dengan tegas menyatakan:
Sebahagian peserta larian bendera UMNO mengaminkan doa sebelum berarak menyerahkan bendera larian kepada Ketua Pegerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaludin sempena program larian bendera UMNO sambutan ulang tahun UMNO ke 71 di Stadium Nasional Bukit Jalil
Khairy Jamaluddin bersama peserta larian meneruskan larian sebelum menyerahkan bendera Sang Saka Bangsa kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Larian Jelajah UMNO di sambutan ulang tahun UMNO ke 71 pada Sambutan Hari UMNO ke 71 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Bendera Sang Saka Bangsa dibawa Menteri Belia dan Sukan yang juga Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, bersama 1,000 kontinjen mewakili sayap UMNO tiba di Stadium Nasional Bukit Jalil. Larian itu menandakan kemuncak kepada acara larian yang dianjurkan UMNO sejak dua minggu lalu di seluruh negara meliputi negeri di utara, timur, selatan serta Sabah. Sebaik memasuki stadium, Khairy membuat larian satu pusingan melalui balapan stadium sambil disambut sorakan ahli UMNO yang memenuhi segenap kerusi stadium. Beliau yang memakai pakaian rasmi Karnival Sukan UMNO, kemudian menyerahkan bendera parti keramat Melayu itu kepada Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak di pentas utama sambutan. Hadirin berdiri sebaik lagu Negaraku dimainkan, diikuti upacara menaikkan bendera Sang Saka Bangsa sambil diiringgi lagu UMNO, Bersatu, Bersetia dan Berkhidmat. Turut hadir, Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; ketua sayap, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil serta Datuk Mas Ermieyati Samsuddin.
Acara menaikkan Bendera Sang Saka Bangsa yang dibawa masuk ke Stadium Nasional Bukit Jalil oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang mengetuai larian masuk membawa bendera UMNO, Sang Saka Bangsa bersama dua sayap lain untuk diserahkan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak. bersama bersama Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, menaikkan bendera UMNO pada sambutan Ulangtahun UMNO ke-71 di Stadium Bukit Jalil.
UMNO sentiasa berjuang untuk kebaikan rakyat seperti apa yang ditegaskan oleh presiden kita (Najib) dalam ucapan beliau semasa sambutan Ulang Tahun UMNO ke - 71. YAB DS Mohd.Najib bin Tun Hj.Abdul Razak semasa berucap di hadapan kira-kira 150,000 penyokong UMNO berkata parti itu bukan sahaja berjuang untuk anggotanya tetapi untuk seluruh rakyat tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang.
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak mula berucap merasmikan Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-71, diiringi barisan kepemimpinan parti.Kita tak gentar, walaupun banyak cabaran mendatang diberi pihak lawan. Amat kuat semangat malam ini. Saya berasa seolah-olah baru ditubuhkan malam ini ,UMNO bukan parti perkauman, bukan parti rasis. Kita sanggup bekerjasama, berkongsi kuasa dalam Barisan Nasional.
Datuk Seri Najib meminta wakil parti komponen BN menampilkan diri, Stadium bergema dengan sorakan wakil negeri.Ada 4 sebab mengapa UMNO menjadi antara parti terkuat;
1. Asas perjuangan berpaksikan Islam, Melayu Bumiputera dan negara
2. UMNO meletakkan perjuangan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama, kaum dan keturunan
3. UMNO sentiasa relevan kerana dasar perjuangan sesuai mengikut zaman.
4. Kerana wawasan dan tindakan kita. UMNO bukan macam pembangkang yang tak sehaluan, BN mendukung perjuangan yang sama
Namun ada yang lupa akan perjuangan. Kita tak lupa siapa yang mengajar kita DAP itu parti perkauman, bahawa DAP itu parti cauvinis dan rasis. Malah, PAS anggap DAP musuh Islam, UMNO anggap DAP musuh orang Melayu. Datuk Seri Hadi Awang kata politik UMNO dan PAS adalah politik matang. Saya dapat tahu PAS putuskan tahaluf siyasi dengan PKR .
Saya nak tanya, sanggupkan tuan-tuan dan puan-puan pertahankan parti hingga ke titisan darah terakhir?
Sanggup ! Sanggup ! Sanggup !
Datuk Seri Najib Razak hari ini menyelar tindakan bekas pemimpin negara termasuk seorang negarawan yang sanggup bersubahat dengan musuh melakukan khianat dan memerangi UMNO dan Barisan Nasional (BN) demi menjayakan agenda peribadi. Presiden UMNO berkata, selepas 71 tahun UMNO ditubuhkan untuk memperjuangkan untung nasib orang Melayu dan rakyat di negara ini dan selepas 60 tahun negara meraih kemerdekaan, pemimpin terbabit sanggup menjatuhkan pimpinan parti yang pernah dipimpin selama berpuluh tahun kerana kepentingan politik peribadi. "Susah payah kepimpinan UMNO dan BN membina dan membawa kemajuan kepada negara ini, ...semua tidak disangka dan diduga, ada satu dua bekas pimpinan negara termasuk seorang negarawan yang pernah kita sanjung tergamak dan sanggup bersubahat, berbuat khianat terhadap parti kita. "Sanggup menjatuhkan pimpinan kita, sanggup memerangi UMNO dan BN, ...yang menyedihkan, beliau sanggup menjilat ludah, berdamping dan mencium mulut (dengan musuh parti), memerangi UMNO yang pernah dipimpin beliau selama berpuluh tahun kerana agenda peribadi. "Kita tidak lupa siapa yang mengajar kita selama ini bahawa DAP itu parti perkauman, siapa yang puluhan tahun menanamkan kebencian, terhadap DAP sebagai parti cauvinis dan rasis yang benci Melayu dan Islam," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-71 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.
Ucapan YAB Presiden UMNO menyelar Mantan pemimpin UMNO yang telah menjadi Duri dalam Daging kepada UMNO. Menjadi Gunting dalam lipatan , Pembelot , Talibarut dan kini bersekongkol dengan pihak pembangkang untuk menjatuhkan dan merobohkan UMNO. Mereka diibaratkan seperti kacang lupakan kulit. Mereka pada hari ini dengan bangga dan sombong berjuang untuk merosakkan UMNO tanpa merasa malu kepada Pejuang pejuang yang membina UMNO dan memerdekakan Negara daripada Penjajahan. Mereka tidak merasa derhaka kepada pejuang pejuang dulu apabila Kerajaan British menyedari UMNO sudah mula bergerak dan bersatu ke arah memperjuangkan agenda menuntut kemerdekaan, mensyaratkan kemerdekaan tidak akan diberi sekiranya negara ini masih dalam keadaan darurat dan tidak ada kerjasama dan persefahaman antara kaum.
UMNO bijak mengatur strategi. UMNO bersungguh-sungguh mahukan negara ini bebas merdeka. Apa sahaja halangan akan dirempuh. Bumi tercinta ini perlu Merdeka!
Dengan kerjasama MCA, serta kejayaan besar UMNO/Perikatan dalam pilihanraya 1955, British akhirnya terpaksa akur di atas tuntutan UMNO.
Akhirnya tarikh keramat kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu dipersetujui pada 31 Ogos 1957.
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak Najib mengajak hadirin memanjatkan doa kesyukuran ke hadrat Allah dan beliau memulakan bacaan doa selepas menyampaikan ucapan ketika Sambutan Ulang Tahun UMNO ke-71 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Saifuldhari Abu Bakar diumumkan sebagai penerima hadiah utama cabutan bertuah sempena sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-71 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, malam ini. Beliau membawa pulang Proton Perdana 2.4L dan penyerahan hadiah cabutan bertuah itu disampaikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak. Lima lagi ahli UMNO bertuah turut memenangi kereta antaranya Proton Suprima 1.6STD, Proton Preve 1.6 Exec dan Proton Persona 1.6STD yang ditawarkan sebagai hadiah cabutan bertuah itu. Selain itu, 10 lagi ahli UMNO bertuah turut menerima motosikal jenis Modenas Kriss MR1 dan MR2. Penyerahan hadiah cabutan bertuah yang lain akan disampaikan kepada penerima dalam satu majlis khas di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada tarikh ditentukan kemudian.
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menyampaikan Anugerah Tokoh Melayu Terbilang kepada Tan Sri Hanafiah Hussain , Tan Sri Mohd Yussof Latiff dan Tan Sri Napsiah Omar .
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menjulang tangan bersama penerima Anugerah Tokoh Melayu Terbilang, Tan Sri Hanafiah Hussain , Tan Sri Mohd Yussof Latiff dan Tan Sri Napsiah Omar , turut serta isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor , Setiausaha Agong UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Sempena Sambutan Ulang Tahun UMNO 71 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
“Saya percaya, jika bukan kerana UMNO, saya tidak akan menjadi sebegini sebab UMNO telah memerintah negara dari mula sampai sekarang dengan baiknya,” ujar anak Melayu pertama yang memperolehi ‘Chartered Accountant’ itu ketika ditemubual secara eksklusif oleh UMNO-Online.
Anggota Lembaga Rayuan dan Disiplin UMNO Tan Sri Hanafiah Hussain adalah antara tiga tokoh yang dikurniakan Anugerah Melayu Terbilang 2017 sebagai penghargaan terhadap jasa mereka dalam perjuangan parti dan bangsa Melayu secara keseluruhan.
Anggota Kongres Ekonomi Bumiputera dan merupakan individu terpenting dalam pengwujudan hubungan bilateral Malaysia-Taiwan itu turut mengajak generasi muda bangsa Melayu untuk turut sama memberi sumbangan kepada negara, kerana menurutnya, ia bukan satu perkara merugikan.
“UMNO ini terlalu banyak jasanya kepada orang Melayu, kepada kita semua jadi saya berharap agar perjuangan UMNO tetap diteruskan dan menghayati dengan menghidupkannya, memastikan kewujudannya,” katanya.
“Bukan senang kita nak merdeka, bukan senang orang-orang dulu nak hidupkan UMNO dan berjuang untuk UMNO. Mereka berikan apa sahaja kepada UMNO untuk menghidupkan perjuangan dan mahu membebaskan Tanah Melayu dari penjajah,” katanya dalam temubual eksklusif bersama UMNO-Online.
Selepas penyampaian cabutan bertuah, YAB DS Mohd.Najib bin Tun Hj.Abdul Razak Presiden UMNO dan barisan kepemimpinan UMNO lain memotong pulut kuning sebagai kemuncak sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-71.
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak melaungkan Negaraku pada akhir ucapan sempena Sambutan Ulang Tahun UMNO ke-71 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Sebahagian daripada Ahli Jawatankuasa bahagian telah beredar dari Stadium Nasional Bukit Jalil pada pukul 10.30 malam dan terus ke station LRT untuk balik ke Hotel Wira No. 123, Jalan Thamboosamy, 50350 Kuala Lumpur.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata semangat juang tinggi dipamerkan malam ini perlu dikongsi dan dikembangkan kepada tiga juta ahli parti di seluruh negara agar denyut nadi kebersamaan ini dapat dirasai secara keseluruhannya. "Sambutan luar biasa malam ini. Tapi kita perlu juga sokongan daripada yang di luar sana untuk terus kita laungkan dan semarakkan semangat cintakan parti. Gunalah segenap ruang peluang yang ada untuk kita mendekati mereka," katanya ketika ditemui sejurus tamat sambutan itu.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, amanat Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak jelas menyampaikan pesanan supaya anggota parti menerima dan mengamalkan konsep wala" (setia) kepada pemimpin. Katanya, amanat itu turut menggambarkan bahawa UMNO adalah sebuah parti yang bukan hanya berjuang untuk bangsa Melayu tetapi juga rakyat keseluruhannya.
Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata amanat yang disampaikan Najib jelas menunjukkan UMNO sejak tujuh dekad lalu sentiasa memperjuangkan nasib rakyat sehingga ke hari ini. Katanya perjuangan UMNO perlu terus dihargai kerana parti itu tidak pernah meninggalkan rakyat dalam setiap perjuangan parti yang berpaksikan Islam, Melayu dan Bumiputera.
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata perhimpunan itu menyumbang ke arah "winning mentality" atau mentaliti menang yang menjadi elemen penting kepada jentera parti dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang. "Kalau kita dengar ucapan perdana menteri tadi pun lebih kepada memperbaharui iltizam untuk membuat persiapan menghadapi PRU dan juga dukungan roh kerjasama dengan rakan-rakan komponen BN. Kita harap jentera parti akan lebih bersemangat," katanya.
Sementara itu, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata UMNO sebagai tunjang BN akan terus mantap bagi memastikan transformasi negara dapat dirasai oleh semua kaum di negara ini. "Tahniah kepada UMNO dan perdana menteri. UMNO bukan untuk Melayu sahaja tetapi semua rakyat. Saya amat bangga dengan semangat UMNO yang inklusif, sederhana, yang jaga kepentingan rakyat dan bukan hanya sesuatu kaum sahaja," katanya.
Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam pula berkata selain menjaga kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputera, UMNO tidak melupakan kepentingan bangsa lain melalui konsep perkongsian kuasa yang diamalkan. "Ini menunjukkan bahawa UMNO selain daripada memperjuangkan hak Melayu telah berjaya melalui konsep perkongsian kuasa itu dengan menjaga hak masyarakat lain dan itu menjadi tonggak memastikan keharmonian dan keamanan politik negara," katanya. Dr Subramaniam juga berkata, amanat Najib juga berjaya membuka mata generasi muda mengenai pentingnya mengenang kembali sejarah negara dan cabaran yang dihadapi pemimpin UMNO dalam mempertahankan kestabilan negara.
Sementara itu Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup menyifatkan amanat presiden UMNO sebagai memandang jauh ke hadapan dengan mengingatkan anggotanya dan parti komponen BN tentang pentingnya bersatu. "Amanatnya supaya semua anggota UMNO dan BN tetap bersatu dalam apa jua keadaan dan bersedia menghadapi cabaran dari luar juga perlu diberi perhatian. Tahniah kerana selama tujuh dekad UMNO masih berjaya mengekalkan kesetiaan anggotanya," katanya. Perasmian acara sambutan itu disempurnakan Najib dan barisan kepimpinan UMNO serta wakil-wakil anggota parti dari seluruh negara.
UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan melakukan penstrukturan semula jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) berikutan perkembangan terbaharu yang menyaksikan Pas membatalkan kerjasama politik dengan PKR.
Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, dengan perkembangan terbaharu senario politik tanah air itu, pihaknya menjangkakan lebih banyak pertandingan tiga penjuru berbanding dua penjuru pada PRU-14.
Beliau memberitahu, UMNO dan BN harus sentiasa berada di hadapan dalam penyusunan strategi jangka sederhana dan jangka panjang kerana pertandingan tiga penjuru atau lebih mendatangkan cabaran berbeza berbanding pertandingan dua penjuru.
“Jika Pakatan Harapan yang dikuasai DAP berada di luar gelanggang yang telah sama-sama disertai Pas, maka ini tentunya memberi cabaran baharu kepada UMNO dan BN dalam pilihan raya akan datang.
“Realiti politik harus diserapkan UMNO dan BN bagi melihat bagaimana kaedah terbaik untuk kita tangani isu ini. Tentunya kita harus strukturkan semula dari segi organisasi jentera UMNO dan BN dalam menghadapi situasi yang baharu ini,” katanya.
Beliau yang merupakan Timbalan Perdana Menteri berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menerima kunjungan Ketua Pengarah Pertubuhan Antarabangsa mengenai Migrasi (IOM), William Lacy Swing di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra di sini, hari ini.
Semalam, Majlis Syura Ulama Pas membuat ketetapan hubungan politik antara parti tersebut dengan PKR terbatal serta-merta berikutan banyak pelanggaran syarat-syarat tahaluf siyasi yang dilakukan PKR.
Menurut Ahmad Zahid, beliau menghormati keputusan Majlis Syura Ulama Pas membatalkan kerjasama politik dengan PKR yang disifatkan sebagai soal dalaman parti terbabit dan juga menghormati keputusan Exco daripada Pas untuk kekal dalam pentadbiran kerajaan negeri di Selangor.
“Pada hemat saya, ini jelas memperlihatkan Pas mahu terus berada sebagai sebuah organisasi dan parti politik yang mempunyai identiti tersendiri dan mereka yakin boleh berdiri sendiri untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang,” katanya.
Dalam pada itu, mengulas mengenai ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-71 di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam, Ahmad Zahid berkata, penegasan Perdana Menteri bahawa UMNO bukan parti rasis membuktikan agenda parti berkenaan dalam menterjemahkan keperluan dan rakyat pelbagai kaum.
“Transformasi yang mahu disiap siagakan untuk generasi 30 tahun akan datang, di mana semua elemen bersesuaian untuk menjadikan Malaysia sebagai 20 negara teratas menggambarkan keperluan rakyat pelbagai kaum untuk bersama mendukung hasrat ini,” ujarnya.
#NEGARAKU MALAYSIA
#HIDUP RAKYAT
#TERUS BERJUANG
"Kuasa raja-raja Melayu perlu dipertahan. Malayan Union mahu menghapuskan kuasa raja-raja Melayu. Malayan Union mahu memberi rakyat asing hak sama rata dengan rakyat tempatan. Kemarahan orang-orang Melayu memuncak dan membara"Ledakan daripada semangat itu, satu kongres tergempar diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946 untuk mengumpulkan kekuatan Melayu mencabar British yang begitu tidak sensitif mengemukakan Gagasan Malayan Union. British harus diajar. Mereka perlu tahu orang Melayu, pantang dicabar. Jangan diusik!
Kongres itu dihadiri wakil dari 41 pertubuhan Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan dalam kongres itu juga dicadangkan satu pertubuhan Melayu dengan tujuan menyatupadukan orang Melayu.
Dari seluruh pelusuk Negeri Negeri di Malaysia pemimpin pemimpin akar umbi datang beramai ramai memeriahkan Upacara sambutan Hari Ulang Tahun UMNO yang ke - 71 tahun kali ini yang disambut secara besar besaran.
Tiga bulan selepas kongres pertama di Kelab Sultan Sulaiman, orang-orang Melayu membuktikan komitmen untuk bersatu padu menentang Malayan Union.
"Sejarah tercatat. 71 tahun yang lalu, di Istana Besar Johor, di Johor Bahru pada 11 dan 12 Mei 1946, parti keramat UMNO secara rasmi ditubuhkan. UMNO menyatupadukan orang Melayu yang bertekad untuk menentang Malayan Union".Pada mulanya UMNO dicadangkan oleh Dato’ Onn Jaafar dengan nama “ Pertubuhan Melayu Bersatu” atau “ United Malays Organisation’. Bagaimanapun Tuan Za’aba mencadangkan ditambah perkataan “kebangsaan’ atau “national’ selepas perkataan “Pertubuhan’. Akhirnya kongres bersetuju untuk menamakan “ Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu’ (PEKEMBAR) atau “United Malays National Organisation’ (UMNO).
Kebersamaan "Lautan Merah" kira-kira 150,000 bala tentera UMNO pada sambutan ulang tahun ke-71 parti itu di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi, harus diterjemahkan kepada sokongan padu berterusan dan gerak kerja padu menjelang pilihan raya umum ke-14 kelak.
Ketibaan YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Mohd.Najib bin Tun Hj.Abdul Razak kedalam Stadium Nasional Bukit Jalil dengan menaiki kereta Buggy dan mengelilingi Stadium sambil melambai lambaikan tangan kepada pejuang pejuang UMNO yang hadir memenuhi Stadium pada malam itudengan diiringi bacaan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW
Setelah penubuhan UMNO, orang Melayu menunjukkan semangat perpaduan yang amat memberangsangkan. Mereka bergerak dalam satu nada melawan Malayan Union. Perjuangan menentang Malayan Union mendapatkan sokongan paling padu. Dalam tempoh dua tahun Malayan Union dapat dihapuskan, kemudian digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu yang diisytiharkan secara rasmi pada 1 Februari 1948. Perjuangan UMNO tidak terhenti di situ. Sandiwara British perlu ditamatkan. Walaupun Persekutuan Tanah Melayu telah dikembalikan kuasa di negeri masing-masing kepada Raja-raja Melayu, tetapi British masih menjajah.
Hari ini adalah hari yang paling menggembirakan Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia YAB DS Mohd.Najib bin Tun Hj.Abdul Razak apabila melihat sendiri kekuatan dan sokongan padu oleh Pemimpin Akar Umbi seluruh Negara yang hadir pada malam itu.
Lambaian tangan seorang Pemimpin yang dihormati dan disayangi oleh Ahli ahli UMNO , Pemimpin yang bekerja keras untuk menaikkan nama Negara seantero Dunia dan menjadikan Negara Malaysia dikenali dan dihormati kemerata Dunia.
Perjuangan memartabatkan UMNO telah bermula dalam tahun 1946 sehingga kini dimana YAB Presiden UMNO sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan kelemahan yang ada dari masa kesemasa. Perjuangan Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan telah banyak membuahkan hasil. Seperti yang kita masih ingat pihak British sebelum kita mencapai Kemerdekaan berkuasa dalam pentadbiran dan mengaut segala hasil kekayaan sumber asli. Orang-orang Melayu diketepikan tanpa mendapat apa-apa pembelaan. UMNO tidak rela melihat martabat bangsanya diperkotak-katikkan. Perjuangan membebaskan Tanah Melayu daripada cengkaman penjajah British harus digerakkan seperti mana menentang Malayan Union.
UMNO mempelopori perjuangan memerdekakan Tanah Melayu. Orang Melayu tidak mahu lagi dijajah. Cukuplah penderitaan dan penghinaan yang diterima sejak mula dijajah seawal 1511.
Pada 24 dan 25 Mac 1951, Majlis Mesyuarat Agung Setengah Tahun UMNO di Hotel Majestic, Kuala Lumpur meluluskan usul yang dikemukakan oleh wakil Pemuda supaya slogan “Hidup Melayu’ diganti dengan “ Merdeka’.
Tunku Abdul Rahman Putra selaku Yang DiPertua UMNO sebelum meluluskan cadangan tersebut dengan tegas menyatakan:
“ Lima tahun dahulu kita sama-sama meruntuhkan ”Malayan Union’, maka sekarang ini kita akan robohkan pula “Persekutuan Tanah Melayu’ ini yang tidak berguna langsung dan kita akan dirikan kemerdekaan bagi bangsa kita ".
Sebahagian peserta larian bendera UMNO mengaminkan doa sebelum berarak menyerahkan bendera larian kepada Ketua Pegerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaludin sempena program larian bendera UMNO sambutan ulang tahun UMNO ke 71 di Stadium Nasional Bukit Jalil
Khairy Jamaluddin bersama peserta larian meneruskan larian sebelum menyerahkan bendera Sang Saka Bangsa kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Larian Jelajah UMNO di sambutan ulang tahun UMNO ke 71 pada Sambutan Hari UMNO ke 71 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Bendera Sang Saka Bangsa dibawa Menteri Belia dan Sukan yang juga Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, bersama 1,000 kontinjen mewakili sayap UMNO tiba di Stadium Nasional Bukit Jalil. Larian itu menandakan kemuncak kepada acara larian yang dianjurkan UMNO sejak dua minggu lalu di seluruh negara meliputi negeri di utara, timur, selatan serta Sabah. Sebaik memasuki stadium, Khairy membuat larian satu pusingan melalui balapan stadium sambil disambut sorakan ahli UMNO yang memenuhi segenap kerusi stadium. Beliau yang memakai pakaian rasmi Karnival Sukan UMNO, kemudian menyerahkan bendera parti keramat Melayu itu kepada Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak di pentas utama sambutan. Hadirin berdiri sebaik lagu Negaraku dimainkan, diikuti upacara menaikkan bendera Sang Saka Bangsa sambil diiringgi lagu UMNO, Bersatu, Bersetia dan Berkhidmat. Turut hadir, Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; ketua sayap, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil serta Datuk Mas Ermieyati Samsuddin.
Acara menaikkan Bendera Sang Saka Bangsa yang dibawa masuk ke Stadium Nasional Bukit Jalil oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang mengetuai larian masuk membawa bendera UMNO, Sang Saka Bangsa bersama dua sayap lain untuk diserahkan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak. bersama bersama Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, menaikkan bendera UMNO pada sambutan Ulangtahun UMNO ke-71 di Stadium Bukit Jalil.
UMNO sentiasa berjuang untuk kebaikan rakyat seperti apa yang ditegaskan oleh presiden kita (Najib) dalam ucapan beliau semasa sambutan Ulang Tahun UMNO ke - 71. YAB DS Mohd.Najib bin Tun Hj.Abdul Razak semasa berucap di hadapan kira-kira 150,000 penyokong UMNO berkata parti itu bukan sahaja berjuang untuk anggotanya tetapi untuk seluruh rakyat tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang.
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak mula berucap merasmikan Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-71, diiringi barisan kepemimpinan parti.Kita tak gentar, walaupun banyak cabaran mendatang diberi pihak lawan. Amat kuat semangat malam ini. Saya berasa seolah-olah baru ditubuhkan malam ini ,UMNO bukan parti perkauman, bukan parti rasis. Kita sanggup bekerjasama, berkongsi kuasa dalam Barisan Nasional.
Datuk Seri Najib meminta wakil parti komponen BN menampilkan diri, Stadium bergema dengan sorakan wakil negeri.Ada 4 sebab mengapa UMNO menjadi antara parti terkuat;
1. Asas perjuangan berpaksikan Islam, Melayu Bumiputera dan negara
2. UMNO meletakkan perjuangan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama, kaum dan keturunan
3. UMNO sentiasa relevan kerana dasar perjuangan sesuai mengikut zaman.
4. Kerana wawasan dan tindakan kita. UMNO bukan macam pembangkang yang tak sehaluan, BN mendukung perjuangan yang sama
Namun ada yang lupa akan perjuangan. Kita tak lupa siapa yang mengajar kita DAP itu parti perkauman, bahawa DAP itu parti cauvinis dan rasis. Malah, PAS anggap DAP musuh Islam, UMNO anggap DAP musuh orang Melayu. Datuk Seri Hadi Awang kata politik UMNO dan PAS adalah politik matang. Saya dapat tahu PAS putuskan tahaluf siyasi dengan PKR .
Saya nak tanya, sanggupkan tuan-tuan dan puan-puan pertahankan parti hingga ke titisan darah terakhir?
Sanggup ! Sanggup ! Sanggup !
Datuk Seri Najib Razak hari ini menyelar tindakan bekas pemimpin negara termasuk seorang negarawan yang sanggup bersubahat dengan musuh melakukan khianat dan memerangi UMNO dan Barisan Nasional (BN) demi menjayakan agenda peribadi. Presiden UMNO berkata, selepas 71 tahun UMNO ditubuhkan untuk memperjuangkan untung nasib orang Melayu dan rakyat di negara ini dan selepas 60 tahun negara meraih kemerdekaan, pemimpin terbabit sanggup menjatuhkan pimpinan parti yang pernah dipimpin selama berpuluh tahun kerana kepentingan politik peribadi. "Susah payah kepimpinan UMNO dan BN membina dan membawa kemajuan kepada negara ini, ...semua tidak disangka dan diduga, ada satu dua bekas pimpinan negara termasuk seorang negarawan yang pernah kita sanjung tergamak dan sanggup bersubahat, berbuat khianat terhadap parti kita. "Sanggup menjatuhkan pimpinan kita, sanggup memerangi UMNO dan BN, ...yang menyedihkan, beliau sanggup menjilat ludah, berdamping dan mencium mulut (dengan musuh parti), memerangi UMNO yang pernah dipimpin beliau selama berpuluh tahun kerana agenda peribadi. "Kita tidak lupa siapa yang mengajar kita selama ini bahawa DAP itu parti perkauman, siapa yang puluhan tahun menanamkan kebencian, terhadap DAP sebagai parti cauvinis dan rasis yang benci Melayu dan Islam," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-71 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.
Ucapan YAB Presiden UMNO menyelar Mantan pemimpin UMNO yang telah menjadi Duri dalam Daging kepada UMNO. Menjadi Gunting dalam lipatan , Pembelot , Talibarut dan kini bersekongkol dengan pihak pembangkang untuk menjatuhkan dan merobohkan UMNO. Mereka diibaratkan seperti kacang lupakan kulit. Mereka pada hari ini dengan bangga dan sombong berjuang untuk merosakkan UMNO tanpa merasa malu kepada Pejuang pejuang yang membina UMNO dan memerdekakan Negara daripada Penjajahan. Mereka tidak merasa derhaka kepada pejuang pejuang dulu apabila Kerajaan British menyedari UMNO sudah mula bergerak dan bersatu ke arah memperjuangkan agenda menuntut kemerdekaan, mensyaratkan kemerdekaan tidak akan diberi sekiranya negara ini masih dalam keadaan darurat dan tidak ada kerjasama dan persefahaman antara kaum.
UMNO bijak mengatur strategi. UMNO bersungguh-sungguh mahukan negara ini bebas merdeka. Apa sahaja halangan akan dirempuh. Bumi tercinta ini perlu Merdeka!
Dengan kerjasama MCA, serta kejayaan besar UMNO/Perikatan dalam pilihanraya 1955, British akhirnya terpaksa akur di atas tuntutan UMNO.
Akhirnya tarikh keramat kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu dipersetujui pada 31 Ogos 1957.
"Perjuangan dan jasa UMNO tidak terhenti setakat menentang Malayan Union dan memerdekakan Tanah Melayu. Selepas menikmati kemerdekaan, UMNO sebagai tonggak parti perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional menumpukan perjuangan untuk mengisi kemerdekaan dan mempertahankan serta meninggikan martabat bangsa, agama dan tanah air".Mengimbau Penubuhan UMNO 71 tahun yang lalu, pastinya tidak ada sesiapa yang dapat menolak hakikat betapa besar jasa dan pengorbanan yang parti itu telah lakukan untuk menjadikan Malaysia negara yang bermaruah dan rakyatnya memiliki jati diri unggul. Ahli-ahli UMNO kini melebihi tiga juta. Sebuah parti politik tertua dan terunggul di dunia, tidak ada sebuah parti politik di dunia yang dapat menandingi rekod pencapaian UMNO. Mendapat kepercayaan rakyat untuk terus menerus memerintah dalam kesemua 13 pilihan raya umum.
"UMNO harus terus dipertahankan. UMNO tetap terus relevan. UMNO mesti terus menjadi parti peneraju".Semoga Allah sentiasa memberi laluan yang mudah, mengurniakan rahmat, memberkati dan memelihara serta memberi kekuatan kepada UMNO, parti yang begitu banyak berjasa memartabatkan maruah bangsa, agama dan tanahair.
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak Najib mengajak hadirin memanjatkan doa kesyukuran ke hadrat Allah dan beliau memulakan bacaan doa selepas menyampaikan ucapan ketika Sambutan Ulang Tahun UMNO ke-71 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Saifuldhari Abu Bakar diumumkan sebagai penerima hadiah utama cabutan bertuah sempena sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-71 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, malam ini. Beliau membawa pulang Proton Perdana 2.4L dan penyerahan hadiah cabutan bertuah itu disampaikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak. Lima lagi ahli UMNO bertuah turut memenangi kereta antaranya Proton Suprima 1.6STD, Proton Preve 1.6 Exec dan Proton Persona 1.6STD yang ditawarkan sebagai hadiah cabutan bertuah itu. Selain itu, 10 lagi ahli UMNO bertuah turut menerima motosikal jenis Modenas Kriss MR1 dan MR2. Penyerahan hadiah cabutan bertuah yang lain akan disampaikan kepada penerima dalam satu majlis khas di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada tarikh ditentukan kemudian.
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menyampaikan Anugerah Tokoh Melayu Terbilang kepada Tan Sri Hanafiah Hussain , Tan Sri Mohd Yussof Latiff dan Tan Sri Napsiah Omar .
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menjulang tangan bersama penerima Anugerah Tokoh Melayu Terbilang, Tan Sri Hanafiah Hussain , Tan Sri Mohd Yussof Latiff dan Tan Sri Napsiah Omar , turut serta isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor , Setiausaha Agong UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Sempena Sambutan Ulang Tahun UMNO 71 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
"Atas Rahmat Allah, UMNO Mampu Bangunkan Negara – Hanafiah Hussain"Tan Sri Hanafiah Hussain, 90, yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Melayu Terbilang sempena sambutan ulang tahun UMNO ke-71 amat menghargai pengiktirafan yang diberikan kepada beliau. Tambah beliau, anugerah yang diterima adalah nikmat dan rahmat dari Allah SWT serta percaya semuanya atas sumbangan beliau di dalam membangunkan negara, di bawah naungan UMNO.
“Saya percaya, jika bukan kerana UMNO, saya tidak akan menjadi sebegini sebab UMNO telah memerintah negara dari mula sampai sekarang dengan baiknya,” ujar anak Melayu pertama yang memperolehi ‘Chartered Accountant’ itu ketika ditemubual secara eksklusif oleh UMNO-Online.
Anggota Lembaga Rayuan dan Disiplin UMNO Tan Sri Hanafiah Hussain adalah antara tiga tokoh yang dikurniakan Anugerah Melayu Terbilang 2017 sebagai penghargaan terhadap jasa mereka dalam perjuangan parti dan bangsa Melayu secara keseluruhan.
Anggota Kongres Ekonomi Bumiputera dan merupakan individu terpenting dalam pengwujudan hubungan bilateral Malaysia-Taiwan itu turut mengajak generasi muda bangsa Melayu untuk turut sama memberi sumbangan kepada negara, kerana menurutnya, ia bukan satu perkara merugikan.
"Janganlah Perlekehkan UMNO, Terlalu Banyak Jasanya Kepada Rakyat " – Napsiah"UMNO dengan lambangnya memang tidak ada nyawa, kita anggota yang tiup dan beri kekuatan," kata bekas anggota Parlimen Kuala Pilah itu. Sementara itu Pengerusi Tetap Pergerakan Wanita UMNO Tan Sri Napsiah Omar , 74 tahun yang pernah menjawat jawatan Menteri Perusahaan Awam, menarik perhatian bahawa sesebuah parti tidak akan ada makna tanpa anggotanya.
“UMNO ini terlalu banyak jasanya kepada orang Melayu, kepada kita semua jadi saya berharap agar perjuangan UMNO tetap diteruskan dan menghayati dengan menghidupkannya, memastikan kewujudannya,” katanya.
“Bukan senang kita nak merdeka, bukan senang orang-orang dulu nak hidupkan UMNO dan berjuang untuk UMNO. Mereka berikan apa sahaja kepada UMNO untuk menghidupkan perjuangan dan mahu membebaskan Tanah Melayu dari penjajah,” katanya dalam temubual eksklusif bersama UMNO-Online.
"Kenang Perjuangan UMNO, Selamatkan Bangsa Untuk Kesejahteraan Hari ini" – Yussof Latiff"Ia wajar didukungi kerana tidak ada UMNO, tidak adalah Malaysia," katanya yang menyertai UMNO sejak tahun 1947 dan masih aktif mencurahkan baktinya. Bagi Mohd Yusoff, 87, yang merupakan penggerak utama Persatuan Melayu Pulau Pinang, UMNO adalah wadah kepada bangsa Melayu dan merupakan badan yang memerdekakan Tanah Melayu.
Selepas penyampaian cabutan bertuah, YAB DS Mohd.Najib bin Tun Hj.Abdul Razak Presiden UMNO dan barisan kepemimpinan UMNO lain memotong pulut kuning sebagai kemuncak sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-71.
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak melaungkan Negaraku pada akhir ucapan sempena Sambutan Ulang Tahun UMNO ke-71 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Sebahagian daripada Ahli Jawatankuasa bahagian telah beredar dari Stadium Nasional Bukit Jalil pada pukul 10.30 malam dan terus ke station LRT untuk balik ke Hotel Wira No. 123, Jalan Thamboosamy, 50350 Kuala Lumpur.
"Antara intipati reaksi daripada pelbagai lapisan pemimpin UMNO dan parti komponen Barisan Nasional (BN), yang percaya suntikan semangat luar biasa itu adalah isyarat kepada kejayaan mendatang jika kerjasama erat dan usaha kuat dapat dijalin dan diperkukuhkan"
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata semangat juang tinggi dipamerkan malam ini perlu dikongsi dan dikembangkan kepada tiga juta ahli parti di seluruh negara agar denyut nadi kebersamaan ini dapat dirasai secara keseluruhannya. "Sambutan luar biasa malam ini. Tapi kita perlu juga sokongan daripada yang di luar sana untuk terus kita laungkan dan semarakkan semangat cintakan parti. Gunalah segenap ruang peluang yang ada untuk kita mendekati mereka," katanya ketika ditemui sejurus tamat sambutan itu.
Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata amanat yang disampaikan Najib jelas menunjukkan UMNO sejak tujuh dekad lalu sentiasa memperjuangkan nasib rakyat sehingga ke hari ini. Katanya perjuangan UMNO perlu terus dihargai kerana parti itu tidak pernah meninggalkan rakyat dalam setiap perjuangan parti yang berpaksikan Islam, Melayu dan Bumiputera.
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata perhimpunan itu menyumbang ke arah "winning mentality" atau mentaliti menang yang menjadi elemen penting kepada jentera parti dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang. "Kalau kita dengar ucapan perdana menteri tadi pun lebih kepada memperbaharui iltizam untuk membuat persiapan menghadapi PRU dan juga dukungan roh kerjasama dengan rakan-rakan komponen BN. Kita harap jentera parti akan lebih bersemangat," katanya.
Sementara itu, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata UMNO sebagai tunjang BN akan terus mantap bagi memastikan transformasi negara dapat dirasai oleh semua kaum di negara ini. "Tahniah kepada UMNO dan perdana menteri. UMNO bukan untuk Melayu sahaja tetapi semua rakyat. Saya amat bangga dengan semangat UMNO yang inklusif, sederhana, yang jaga kepentingan rakyat dan bukan hanya sesuatu kaum sahaja," katanya.
Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam pula berkata selain menjaga kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputera, UMNO tidak melupakan kepentingan bangsa lain melalui konsep perkongsian kuasa yang diamalkan. "Ini menunjukkan bahawa UMNO selain daripada memperjuangkan hak Melayu telah berjaya melalui konsep perkongsian kuasa itu dengan menjaga hak masyarakat lain dan itu menjadi tonggak memastikan keharmonian dan keamanan politik negara," katanya. Dr Subramaniam juga berkata, amanat Najib juga berjaya membuka mata generasi muda mengenai pentingnya mengenang kembali sejarah negara dan cabaran yang dihadapi pemimpin UMNO dalam mempertahankan kestabilan negara.
Sementara itu Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup menyifatkan amanat presiden UMNO sebagai memandang jauh ke hadapan dengan mengingatkan anggotanya dan parti komponen BN tentang pentingnya bersatu. "Amanatnya supaya semua anggota UMNO dan BN tetap bersatu dalam apa jua keadaan dan bersedia menghadapi cabaran dari luar juga perlu diberi perhatian. Tahniah kerana selama tujuh dekad UMNO masih berjaya mengekalkan kesetiaan anggotanya," katanya. Perasmian acara sambutan itu disempurnakan Najib dan barisan kepimpinan UMNO serta wakil-wakil anggota parti dari seluruh negara.
UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan melakukan penstrukturan semula jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) berikutan perkembangan terbaharu yang menyaksikan Pas membatalkan kerjasama politik dengan PKR.
Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, dengan perkembangan terbaharu senario politik tanah air itu, pihaknya menjangkakan lebih banyak pertandingan tiga penjuru berbanding dua penjuru pada PRU-14.
Beliau memberitahu, UMNO dan BN harus sentiasa berada di hadapan dalam penyusunan strategi jangka sederhana dan jangka panjang kerana pertandingan tiga penjuru atau lebih mendatangkan cabaran berbeza berbanding pertandingan dua penjuru.
“Jika Pakatan Harapan yang dikuasai DAP berada di luar gelanggang yang telah sama-sama disertai Pas, maka ini tentunya memberi cabaran baharu kepada UMNO dan BN dalam pilihan raya akan datang.
“Realiti politik harus diserapkan UMNO dan BN bagi melihat bagaimana kaedah terbaik untuk kita tangani isu ini. Tentunya kita harus strukturkan semula dari segi organisasi jentera UMNO dan BN dalam menghadapi situasi yang baharu ini,” katanya.
Beliau yang merupakan Timbalan Perdana Menteri berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menerima kunjungan Ketua Pengarah Pertubuhan Antarabangsa mengenai Migrasi (IOM), William Lacy Swing di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra di sini, hari ini.
Semalam, Majlis Syura Ulama Pas membuat ketetapan hubungan politik antara parti tersebut dengan PKR terbatal serta-merta berikutan banyak pelanggaran syarat-syarat tahaluf siyasi yang dilakukan PKR.
Menurut Ahmad Zahid, beliau menghormati keputusan Majlis Syura Ulama Pas membatalkan kerjasama politik dengan PKR yang disifatkan sebagai soal dalaman parti terbabit dan juga menghormati keputusan Exco daripada Pas untuk kekal dalam pentadbiran kerajaan negeri di Selangor.
“Pada hemat saya, ini jelas memperlihatkan Pas mahu terus berada sebagai sebuah organisasi dan parti politik yang mempunyai identiti tersendiri dan mereka yakin boleh berdiri sendiri untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang,” katanya.
Dalam pada itu, mengulas mengenai ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-71 di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam, Ahmad Zahid berkata, penegasan Perdana Menteri bahawa UMNO bukan parti rasis membuktikan agenda parti berkenaan dalam menterjemahkan keperluan dan rakyat pelbagai kaum.
“Transformasi yang mahu disiap siagakan untuk generasi 30 tahun akan datang, di mana semua elemen bersesuaian untuk menjadikan Malaysia sebagai 20 negara teratas menggambarkan keperluan rakyat pelbagai kaum untuk bersama mendukung hasrat ini,” ujarnya.
"Kalau dahulu sebelum Merdeka kita berhadapan dengan Penjaja British , sekarang kita berhadapan dengan Petualang Bangsa."
#NEGARAKU MALAYSIA
#HIDUP RAKYAT
#TERUS BERJUANG
BERSATU - BERSETIA - BERKHIDMAT