PERTANDINGAN MEMASAK BISKUT UNTUK ANAK ANAK MUDA TERUTAMA SEKALI PEREMPUAN ADALAH SATU AKTIVITI YANG SIHAT DAN DAPAT MELAHIRKAN KREATIVITI MEMBUAT BISKUT YANG AKAN MENJADIKAN IANYA SUATU PERNIAGAAN. PENGANJURAN MEMASAK BISKUT OLIH PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN TAWAU UNTUK DUN BALUNG DAPAT MENJALINKAN KEMESRAAN ANTARA PESERTA DAN JUGA PENGANJUR PROGRAM." YUK SANTAI PUTERI " YANG DIADAKAN DIBALAIRAYA KG.RANGGU,TAWAU.
Para peserta yang mengambil bahagian terdiri daripada beberapa Zon dimana kesemuanya ada 10 kumpulan yang mengambil bahagian. Mereka diberikan masa tertentu untuk menyiapkan masakan mereka dengan hiasan persembahan untuk dinilai oleh penal yang telah dilantik olih pihak penganjur. Majoriti daripada mereka ini telah mengikuti kursus B40 yang telah dianjurkan oleh Parlimen Tawau.
Kumpulan menyediakan menu masing masing dengan menggunakan bahan bahan tambahan yang disediakan oleh pihak penganjur.
Setiap kumpulan akan diwakili 3 orang peserta yang terdiri daripada Ahli ahli Puteri UMNO dikawasan Dun Balung. Kesemua kumpulan telah pernah mengikuti kursus B40 dan pernah kursus membuat Biskut.
Masing masing mempunyai keistimewaan sendiri , sentiasa bersedia untuk membuat satu persembahan yang terbaik untuk dipersembahkan semasa lawatan penilaian markah.
Proses penyediaan bahan bahan dan memulakan proses membuat biskut dengan masing masing memainkan peranan bagi penyediaan satu resepi biskut yang enak dan lazat.
Campuran bahan bahan yang diperlukan mengikut resepi yang telah dipersetujui mereka. Terdapat beberapa bahan yang disediakan oleh pihak penganjur yang perlu digunakan semasa penyediaan membuat biskut ini.
penyediaan bahan bahan mengikut sukatan yang diperlukan bagi menghasilkan biskut yang mereka kehendaki.
Dengan sukatan yang betul serta campuran bahan yang teratur akan menghasilkan biskut yang dikehendaki seperti yang dinyatakan dalam menu yang mereka sediakan.
Pelbagai biskut yang dihasilkan mengikut citarasa dan pilihan kumpulan masing masing.
Hasil inspirasi dan kerja berpasukan menghasilkan biskut Oat Almond.
Ini adalah salah satu kreativiti peserta menghasilkan biskut dengan hasil kerjasama kumpulan mereka.
Biskut yang terhasil mencerminkan kreativiti dan inovasi yang sangat tinggi dengan penghasilan yang boleh dijadikan sumber pendapatan terutama pada musim perayaan terutama sekali pada Hari Raya.
Salah seorang Juri Pertandingan sedang menemubual peserta kumpulan bagi membuat penilaian masakan biskut yang dihasilkan.
Pelbagai cara persembahan setelah menyiapkan masakan biskut untuk dipersembahkan kepada pengadil penilaian biskut dan citarasa.
Betapa indahnya creativiti untuk minum petang bersama keluarga dengan ciptaan biskut dari tangan sendiri.
Creativiti menghias juga telah menjadi trend masa kini yang diperlukan terutama apabila hidangan untuk meja bulat yang selalunya dipersembahkan kueh-mueh dan biskut serta pencuci mulut.
Para Juri pertandingan memantau dan memberikan markah untuk menghasilkan pemenang.
Para Juri yang terdiri daripada mereka yang berpengalaman dalam bidang membuat biskut yang diketuai oleh seorang Pegawai dari Jabatan KEMAS.
Selesai sudah membuat biskut mereka menunggu keputusan yang akan diumumkan pemenang pemenang nya.
Mereka telah menjayakan satu program yang amat berguna kepada mereka dimana membuat biskut ini boleh dijadikan inisiatif perniagaan sekiranya mereka benar benar mahu berusaha.
Para tetamu Khas telah bersedia untuk acara Perasmian Program "Yuk Santai Puteri" dengan acara masakan biskut .
Majlis Perasmian dimulakan dengan nyanyian 4 buah lagu iaitu Negeraku , Sabah Tanah airku , Lagu UMNO dan Lagu Puteri.
Dengan penuh semangat para peserta menyanyikan 4 buah lagu.
Ucapan perasmian oleh Ketua Pergerakan Puteri UMNO Tawau Cin Nazliah binti Ali.
Penyampaian hadiah pemenang tempat ketiga
Penyampaian hadiah pemenang tempat kedua
Penyampaian hadiah pemenang tempat Pertama
Penghargaan kepada Juri/Pengadil pertandingan masakan biskut yang disampaikan oleh Ketua Pergerakkan Puteri UMNO Bahagian Tawau
Penghargaan kepada Juri/Pengadil pertandingan masakan biskut yang disampaikan oleh Ketua Pergerakkan Puteri UMNO Bahagian Tawau
Penghargaan kepada Juri/Pengadil pertandingan masakan biskut yang disampaikan oleh Ketua Pergerakkan Puteri UMNO Bahagian Tawau
Penghargaan kepada Juri/Pengadil pertandingan masakan biskut yang disampaikan oleh Ketua Pergerakkan Puteri UMNO Bahagian Tawau
Para peserta pertandingan bersama pemenang pemenang
No comments:
Post a Comment