Perhimpunan Agung UMNO 2007 telah diadakan pada 5 November hingga 9 November 2007 di Dewan Merdeka, Aras 4, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk kali yang ke-58. Mesyuarat ini dirasmikan oleh Presiden UMNO , Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Jumlah perwakilan Perhimpunan Agung UMNO ke 58 ini adalah seramai
2,522 orang. Persidangan Pergerakan Wanita dihadiri 791 perwakilan,
Pemuda dengan 787 perwakilan dan Puteri seramai 773 perwakilan.
Perhimpunan kali ini agak bermakna kerana Malaysia masih meraikan ulang
tahun ke-50 kemerdekaan dan sedang menyediakan perancangan untuk
merealisasikan 2057 bagi membangun dan memajukan Malaysia untuk 50 tahun akan datang.
Persidangan Pergerakan Wanita diadakan di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC
manakala Persidangan Pergerakan Pemuda diadakan di Dewan Merdeka, PWTC.
Pergerakan Puteri pula bersidang di Dewan Tun Dr. Ismail, PWTC.
Majlis Tertinggi (MT) UMNO telah melantik Timbalan Pengerusi Tetap, Datuk Badruddin Amiruddin
untuk memangku jawatan Pengerusi Tetap pada Perhimpunan Agung UMNO kali
ini. Pelantikan itu dibuat kerana Pengerusi Tetap, Tan Sri Onn Ismail uzur dan tidak dapat mempengerusikan perhimpunan agung tersebut.
1. Jumlah perwakilan Perhimpunan Agung UMNO 2,522 orang
1. Jumlah perwakilan Perhimpunan Agung UMNO 2,522 orang
2. Jumlah perwakilan Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO 791 orang
3. Jumlah perwakilan Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO 787 orang
4. Jumlah perwakilan Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO 773 orang
5. Sebanyak 33 parti politik dari 31 negara telah diundang untuk menghadiri perhimpunan kali ini.
6. Setakat ini, 12 parti politik dari 12 negara telah mengesahkan kehadiran 34 orang delegasi
7. Seramai 57 wakil Kelab UMNO Luar Negara telah mengesahkan kehadiran daripada 68 kelab yang diundang.
8. Usul-usul yang akan dibahas ialah Ucapan Dasar Presiden, Usul Ekonomi dan Pendidikan, serta Usul Agama dan Sosial.
Berikut adalah atur cara majlis:
5 November (Isnin)
– Pendaftaran Perwakilan (9.00 Pagi)
– Majlis Taklimat Presiden (Tertutup 3.00 petang )
Peserta: Ahli-ahli Majlis Tertinggi, Exco pergerakan Wanita, Exco Pergerakan Pemuda, Exco Pergerakan Puteri, Ketua-ketua Bahagian, Timbalan-Timbalan Ketua Bahagian, Naib-Naib Ketua Bahagian, Ketua Pergerakan Wanita Bahagian, Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian, Ketua Pergerakan Puteri Bahagian, Setiausaha-Setiausaha Bahagian, Ketua Penerangan Bahagian dan Bendahari-Bendahari Bahagian.
– Perasmian Wanita, Pemuda, Puteri (8.00 malam)
6 November (Selasa)
– Persidangan Wanita, Pemuda, Puteri
- Pergerakan Wanita di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC
- Pergerakan Pemuda di Dewan Merdeka, PWTC
- Pergerakan Puteri di Dewan Tun Dr. Ismail, PWTC
7 November (Rabu)
– Perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2007
– Perbahasan usul Ucapan Dasar Presiden
8 November (Khamis)
– Perbahasan (tempoh perbahasan dipanjangkan hingga ke malam)
- Majlis Jamuan Timbalan Presiden ( 8.00 malam )
9 November (Jumaat)
- Perbahasan Usul Agama dan Sosial
–Penggulungan & penangguhan ( 3.15 petang )
Kuala Lumpur PWTC 5 November 2007 @8.00 malam , YAB Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohd.Najib bin Tun Hj.Abdul Razak merasmikan ketiga tiga sayap Pergerakan Wanita , Pemuda dan Puteri serentak .
Menyampaikan Ucapan Perasmian Serentak Perwakilan sayap UMNO , Pergerakan Wanita , Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri
YAB Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak ketika berucap merasmikan secara serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka, PWTC, semalam. Gambar Shaifudin Mohd Nor.
Masih seakan-akan terdengar gema laungan merdeka, merdeka, merdeka! di dataran dan stadium seluruh negara sempena sambutan perayaan 50 tahun kemerdekaan pada 31 Ogos 2007 lalu.
Wanita, Pemuda dan Puteri telah tampil ke hadapan dengan gagah dalam melakar sejarah, sempena sambutan setengah abad pembinaan tamadun negara. Setinggi-tinggi tahniah kita rakamkan kepada semua.
Saudara-saudari adalah sayap utama, tulang belakang parti keramat kita, parti UMNO. Wanita, Pemuda dan Puteri mempunyai bidang tugas dan kumpulan sasar berbeza, namun matlamatnya tetap sama. Sesungguhnya matlamat mulia kita ialah untuk mendaulat agama, membela bangsa dan membina negara. Arena pentas juang kita bukan hanya di gelanggang nasional, namun merentas hingga ke persada antarabangsa. Kejayaan kita kini dari mendasari lautan hinggalah melangit ke angkasa lepas.
Saudara-saudari adalah barisan pejuang parti yang telah terbukti dalam pilihan raya kecil dan pilihan raya umum, menjadi barisan hadapan menghadapi parti-parti pembangkang. Kepintaran, kegagahan dan kesegaran daya juang saudara-saudari telah membantu memastikan kemenangan demi kemenangan dalam perjuangan kita yang masih panjang.
Saudara-saudari adalah pewaris perjuangan dan sumber generasi baru yang sedang dan bakal menjadi pemimpin bangsa. Pucuk pimpinan dan Majlis Tertinggi sentiasa mengiktiraf hakikat penting ini. Kita akan terus bersama menyokong idealisme serta aspirasi saudara-saudari. Perjuangan kalian semua akan sentiasa dikenang oleh anak bangsa dan insya-Allah akan sentiasa dikurniai keberkatan.
Dalam setengah abad negara kita merdeka, Perhimpunan Agung UMNO kali ini menempa sejarah tersendiri. 50 tahun kemerdekaan adalah peristiwa penting sebagai batu tanda perjuangan sebuah negara bangsa. Tahun-tahun yang berlalu adalah jejak bertapak negarawan dan pejuang yang telah melakar sejarah demi membina tamadun.
Saudara-saudari adalah pendukung tamadun negara bangsa yang telah dan sedang dibina. Terpikul di bahu, digalas dan dipangku suatu amanah untuk merencana dan membina peradaban 50 tahun kedua yang telah bermula pada detik 12 malam 31 Ogos 2007 lalu. Langkah bertapak kita selepas ini adalah jejak-jejak perwira yang akan menjadi ingatan untuk 50 tahun akan datang.
Proses
Bangsa kita yang sekian lama berkampung di hulu dan membumi di darat perlu menerokai proses pengantarabangsaan dan pengangkasaan. Dalam persaingan global sekarang ini tidak cukup dengan mengantarabangsakan Melayu. Malahan, kita sudah sampai ke tahap tertinggi iaitu mengangkasakan bangsa kita. Semuanya bermula dengan impian besar, impian yang kini semakin menjadi realiti. Peristiwa Israk Mikraj, Nabi Muhammad diangkat Allah ke langit sidratul muntaha, sewajarnya mempesona imaginasi dunia, untuk meneroka sesuatu yang belum terfikir oleh manusia.
Bangsa angkasa atau space nation adalah bangsa yang sentiasa mempunyai impian tertinggi. Bangsa Angkasa mempunyai tamadun yang hebat. Oleh itu, tamadun bangsa Melayu dan bangsa Malaysia akan terus kita angkasakan. Kita perlu menggali sains dan teknologi, memiliki pengetahuan dan kemahiran, menguasai pelbagai bahasa, menjana ilmu, mengukuhkan iman, berbudaya cemerlang dan bercita-cita setinggi angkasa. Justeru, Mengangkasa Tamadun Bangsa adalah tema ucapan saya pada tahun bersejarah ini.
Istilah mengangkasa yang dimaksudkan ialah suatu pencapaian setinggi mungkin yang dijadikan wawasan, impian dan
Ibnu Khaldun adalah tokoh sarjana Islam pertama yang membuat kajian khusus tentang tamadun dalam bukunya Muqaddimah. Tulisan beliau itu adalah karya kurun ke-14 sedangkan di Eropah perkataan civilisation hanya mula diungkapkan pada kurun ke-18. Tamadun Malaysia yang terus kita bina adalah gabungan peradaban Melayu Islam dan nilai-nilai yang baik serta universal dari tamadun China, India, Barat mahupun Timur. Merujuk kepada istilah bahasa Arab yang lain, tamadun adalah sama pengertiannya dengan hadarah atau umran.
Apabila diutarakan hasrat mengangkasa hadarah atau tamadun, ia adalah sejajar dengan gagasan Presiden, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tentang gagasan Islam Hadhari, pendekatan Islam yang menekankan aspek tamadun. Hasrat kita di satu ketika, peradaban yang dibina mampu mencapai tahap terbilang, setinggi dan seluas angkasa, menjadi rujukan dan tanda aras kepada seluruh dunia.
Jika diteliti dalam perjalanan membina peradaban 50 tahun negara dan 61 tahun UMNO, mengimbau langkah patriot ke arah kemerdekaan dan mengisi kemerdekaan, ternyata jalan-jalannya tidaklah terlalu mudah dan tidak juga terlalu sukar. Ketika kita berada di persimpangan, pemimpin kita telah membuat pilihan yang tepat. Kita tidak mabuk kuasa tetapi lebih mengutamakan permuafakatan demi membina negara majmuk ini.
Kini, untuk 50 tahun kedua pembinaan tamadun negara, penyambung warisan yang merupakan generasi baru kepada pejuang dan rakyat zaman merdeka, sedang meneruskan perjuangan. Umpamakan sebuah larian berganti-ganti yang panjang, baton larian dan obor perjuangan itu kini berada di tangan kiri dan kanan setiap kita yang bergelar pemimpin, besar atau kecil dalam dewan ini serta di luar sana.
Jika saya katakan pewaris pejuang dan pembina peradaban itu adalah kita semua, benar, kitalah orangnya; Mamat dan Dollah, Timah dan Joyah, Sabran dan Suparman; Fidah, Hisham dan Ani; Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban. Persoalannya, adakah kita sudah bersedia, untuk mendukung amanah menggalas perjuangan mengangkasa tamadun bangsa?
Membina peradaban memerlukan usaha yang berterusan. Ia telah dibina ketika zaman kegemilangan empayar Kesultanan Melayu Melaka dahulu. Ketika itu, rantau kita dikenali sebagai pusat tamadun Melayu Islam. Kemudian bangsa kita berpecah dan lemah, dijajah bersilih ganti selama 446 tahun, hinggalah kita mencapai kemerdekaan. Dalam memperjuang dan mengisi kemerdekaan, kita terhutang budi yang tiada tara kepada negarawan pembina tamadun negara; Datuk Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir Mohamad serta pemimpin kaum lain juga. Mereka adalah Pengasas Negara Bangsa, Bapa Kemerdekaan, Bapa Pembangunan, Bapa Perpaduan, Bapa Pemodenan dan pembina tanah air tercinta ini.
Setelah setengah abad berlalu, kita dapat melihat pembangunan yang mengubah landskap di bandar-bandar ibu negeri, di Kuala Lumpur dan di Putrajaya. Menara Berkembar KLCC yang tertinggi di dunia tersergam gagah di bumi bertuah. Putrajaya adalah lambang terbaru dalam usaha pembinaan hadarah.
Aman, makmur, harmoni,
Tamadun bangsa, diangkasakan,
Di tanah air tercinta ini,
Satu idealisme perjuangan,
Mari bersama kita renungi,
Tanpa noktah, tiada kesudahan.
Menyingkap khazanah sejarah, selepas wujud peradaban terutamanya Romawi dan Parsi, maka tamadun Islam telah mewarnai kehidupan, menguasai dunia selama hampir 700 tahun iaitu dari kurun kesembilan hingga kurun ke-15. Antara pusat kegemilangan Islam pada ketika itu selain dari Mekah dan Madinah ialah Baghdad, Cordova, Bukhara, Damsyik, Marakesh, Samarkhand, Kufah, Toledo, Isfahan dan Granada. Sedangkan dunia Barat pula, pada masa itu berada dalam zaman kelam sebelum tibanya zaman pembaharuan.
Namun, mulai kurun ke-15, dunia Barat mengambil alih, menjajah ke serata tempat untuk menyebar ideologi 3G; Gold, Gospel and Glory atau 3K; Kekayaan, Ketuhanan dan Keagungan. Akibat pelbagai sebab, kerajaan Melayu Islam Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511. Maka bermulalah era Tamadun Barat yang cuba disogokkan kepada kita. Berkat agama Islam, bahasa dan budaya Melayu, jati diri kita, tetap teguh hingga kini. Kaum Cina dan India yang berhijrah, telah kita terima sebagai rakyat Malaysia yang sama-sama membangun negara.
Gemilang
Memiliki sejarah peradaban yang gemilang itu penting, tetapi yang lebih utama ialah zaman ini dan akan datang itu mestilah lebih gemilang. Nostalgia warisan lepas adalah untuk teladan dan sempadan. Pada saat ini, kita di sini dan eloklah pada hari esok dan lusa, tamadun setinggi angkasa itu sepatutnya sudah berada di depan mata. Perjalanan yang panjang berliku telah diimbas dengan ringkas untuk mengingatkan kita kepada kejayaan dan kegagalan. Untuk seterusnya, kita memerlukan peta jalan dan batu tanda (road map and milestones) perancangan hebat dan pelaksanaan yang cekap bagi memastikan kegemilangan.
Ucapan ini hanyalah suatu pemangkin terhadap usaha bersepadu melibatkan iltizam politik, jentera parti dan kerajaan dengan dukungan semua rakyat. Tamadun yang holistik merangkumi himpunan yang melibatkan agama, budaya, warisan, bahasa, sejarah, kesenian, sains, teknologi, kreativiti, inovasi, bangunan, gedung ilmu, prasarana desa, pekan, kota dan kehidupan masyarakat sesebuah negara.
Menyampaikan Ucapan Perasmian Serentak Perwakilan sayap UMNO , Pergerakan Wanita , Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri
Justeru, pada pandangan saya, untuk mengangkasa tamadun bangsa, kita memerlukan lima teras utama berikut:
* Bangsa glokal yang berminda kelas pertama sebagai peneraju,
* Ilmu dan pendidikan sebagai landasan pembinaan,
* Agama dan budaya sebagai asas peradaban,
* Pertumbuhan dan pengagihan ekonomi sebagai kekuatan; dan
* Kestabilan politik sebagai prasyarat.
Dalam ucapan tahun 2005 di perhimpunan ini, saya telah mengutarakan perlunya Menjana Melayu Glokal iaitu Melayu yang berakar nasional dan berakal antarabangsa. Kita hebat dalam negara dan kita berperanan di arena antarabangsa bertunjangkan kepada budaya Melayu dan ajaran Islam yang mulia. Akar kita berpaksi di kota dan desa namun akal kita menerjah ke seantero dunia.
Dalam mengangkasa tamadun bangsa, Melayu Glokal adalah suatu dimensi baru yang menuntut kita melonjak ke hadapan dengan memperkukuhkan daya saing untuk berlumba menjadi yang terbaik di pentas dunia.
Glokalisasi pula ialah suatu proses pemikiran dan perlakuan dalam kehidupan manusia yang ingin hebat di arena global di samping cemerlang di medan lokal. Pemikiran glokal ini, hendaklah direalisasikan oleh semua agar dapat bersama membina negara yang berjaya.
Paling penting untuk menjadi Melayu Glokal ialah melalui minda yang diasah dan diasuh dengan sempurna. Maka, pada tahun lepas di perhimpunan ini, saya telah menyarankan untuk Memacu Minda Melayu. Bermula daripada otak yang sihat, terbentuk minda, akal dan pemikiran yang merupakan kunci untuk membuka pintu kejayaan. Jika kita ingin maju, gunakanlah kapasiti minda ke tahap maksimum untuk bertarung di gelanggang dunia. Sesungguhnya, pertarungan pada masa kini dan masa hadapan merupakan pertarungan minda.
Lantaran itu, minda Melayu perlu dipacu dengan pembelajaran dan latihan mengenai pemikiran positif, kreatif, lateral, proaktif dan inovatif. Saya telah menyarankan agar perlunya mengubah minda Melayu melalui kepimpinan transformasi, bekerja sebagai satu pasukan, menjayakan agenda Melayu, melalui pegangan akidah dan terus membina generasi muda. Semuanya ini adalah resipi untuk kekuatan mental bangsa Melayu Glokal yang memiliki minda kelas pertama.
Kita perlu mencipta pemikiran baru dalam persekitaran dan realiti baru agar roh perjuangan sentiasa segar dan relevan. Maksud pemikiran baru ialah berfikir dalam kerangka minda mengikut peredaran masa, kreatif dan inovatif mencipta metodologi baru dalam membawa perubahan. Selain kuasa politik dan kuasa ekonomi, pada hemat saya, kuasa minda adalah paling penting dan mesti dimiliki bagi memastikan kegemilangan tamadun yang sedang dibina.
Dengan semangat glokal dan kuasa minda yang hebat, maka kejayaan demi kejayaan akan terus kita capai. Contohnya, tepat pukul 9.21 malam, 10 Oktober lalu, pada malam 28 Ramadan, seluruh negara dan dunia Islam seharusnya bergembira kerana dikurniakan seorang angkasawan, Dr. Sheikh Muszhapar Shukor. Beliau berjaya sebagai angkasawan meneroka alam ciptaan Tuhan, mengharumkan Malaysia dan menjadi orang Melayu Islam pertama berada dalam bulan Ramadan dan Syawal di angkasa lepas. Ini adalah contoh kejayaan secara literal maksud mengangkasa tamadun bangsa yang menjadi tema ucapan saya.
Seorang lagi, Mejar Dr. Faiz Khaleed juga telah berjasa, sebagai sahabat pemberi semangat dan angkasawan pasukan kedua. Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) menjadi frasa baru perbualan kita, di mana jua. Perkataan angkasawan disebut dalam istilah aeroangkasa seumpama astronaut Amerika dan cosmonaut Rusia. Kejayaan sempena 50 tahun kemerdekaan ini tercatat dalam lipatan sejarah dengan tinta emas yang terukir sepanjang zaman. Kita akan terus melangkah ke era penerokaan baru untuk memahami ilmu dan teknologi aeroangkasa. Usaha ini bukan sekadar menghantar seorang angkasawan, tetapi adalah simbol impian satu bangsa yang boleh mencapai kejayaan setinggi bintang.
Kejayaan ini juga memberi semangat bahawa sebenarnya anak Melayu, anak Malaysia mampu mencapai ke puncak pelbagai kegemilangan. Maka, di perhimpunan bersejarah ini, kita merakamkan rasa syukur dan bangga atas kejayaan angkasawan negara. Mudah-mudahan ia akan terus menjana motivasi di kalangan anak bangsa, menjadi idola generasi muda dan teladan rakyat Malaysia untuk menempa nama dalam semua bidang agar menggenggam kemanisan kejayaan perjuangan.
Dalam masa kurang 48 jam, antara 21 dan 23 Oktober 2007, negara telah mencipta tiga sejarah di peringkat antarabangsa. Pada masa itu, Dr. Sheikh Muszaphar selamat mendarat di Bumi, berjaya melengkapkan misi sebagai angkasawan pertama negara. Di Perancis, kapal selam tercanggih, Scorpene dilancarkan dengan nama KD Tunku Abdul Rahman, menjadi kapal selam pertama negara. Sementara itu, Menteri Pelajaran kita pula telah berjaya menjadi Ahli Lembaga Eksekutif UNESCO dengan undi tertinggi bagi rantau Asia Pasifik. Ini adalah simbol-simbol kejayaan yang unik dan menjadi peristiwa bersejarah, sebagai petanda cita-cita mengangkasa tamadun bangsa adalah usaha yang bukan khayalan.
Perubahan zaman telah menukarkan penekanan terhadap faktor modal tanah, bangunan dan wang, kepada yang lebih utama iaitu modal insan. Kita ingin membina generasi yang disebut oleh Allah s.w.t dalam al-Quran surah Al-Maidah ayat 100, sebagai ulul albab, generasi yang mempunyai pemikiran yang bernas, menggunakan akal fikiran, cerdik dan bijaksana untuk membina kehidupan.
Generasi ini adalah insan yang terampil dengan pekerti dan akhlak termulia, lengkap dengan ilmu dan kefahaman agama, malah pada ketika yang sama mahir dalam pelbagai bidang. Mereka adalah graduan pelbagai jurusan, doktor pakar, akauntan bertauliah, jurutera, arkitek dan peguam serta usahawan tulen. Sementara, jiwa dan pekerti mereka adalah penuh dengan keimanan dan ketakwaan.
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan dan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara yang dilancarkan tahun ini juga menuju ke arah membina generasi ulul albab, insan berminda saintifik dan bertakwa. Ia telah ditegaskan dalam ucapan dasar Presiden sewaktu Perhimpunan Agung UMNO tahun 2006 tentang pembinaan masyarakat ulul albab yang membolehkan ummah mendaki tangga kemajuan hingga ke puncak kejayaan.
Firman Allah yang pertama daripada keseluruhan ayat al-Quran adalah Iqra iaitu Bacalah. Tafsiran yang luas terhadap Iqra ialah pendidikan menyeluruh dari buaian hingga ke liang lahad, dalam segala aspek ilmu dunia akhirat. Jika bangsa Melayu dan umat Islam menghayati, mengamalkan semangat Iqra , suruhan menuntut ilmu, maka kita yakin kegemilangan peradaban akan dapat dibina semula.
Pada setiap tahun, satu angka yang besar pelajar keluaran sekolah menengah di negara ini tamat alam persekolahan dengan hanya memiliki Sijil Pelajaran Malaysia, tanpa memiliki kemahiran lain. Angka ini perlulah dikurangkan secepat mungkin. Mereka mesti dicari dan diberi pelbagai latihan yang sesuai dengan pasaran semasa industri dan keperluan negara. Memberi kemahiran kepada anak bangsa dan peluang kali kedua ini, mestilah diberikan fokus bersepadu dan tindakan segera oleh semua pihak yang berkaitan.
Transformasi
Generasi baru Felda misalnya sedang melalui transformasi dilatih melalui falsafah jika generasi pertama meneroka ladang, generasi seterusnya perlu meneroka minda. Setakat tiga tahun ini, lebih 19,000 orang telah dan sedang diberi pelbagai kemahiran termasuk 169 bakal menjadi jurutera penyelenggaraan pesawat. Lulusan dari Malaysia Airlines Engineering Training Centre (METC) ini mempunyai pengiktirafan antarabangsa dan boleh berkhidmat di serata dunia. Mereka bakal menjadi generasi glokal, walaupun asalnya dari rancangan nun jauh di luar bandar.
Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang telah diluluskan pengambilan 200,000 pelajar menjelang tahun 2010 sedang giat melaksanakan keputusan itu. Kampus baru UiTM telah dilancarkan di Kuala Pilah, sementara kampus di Puncak Alam serta Fakulti Perubatan dan Pergigian di Sungai Buloh sedang dalam pembinaan. Kampus negeri kedua di Tapah, di Bukit Besi dan di Bertam, serta Kampus Kota di Johor Bahru, Melaka dan di Kota Bharu sedang dalam pelaksanaan. Sejumlah 22 buah kolej francais telah mula beroperasi membantu UiTM mencapai hasrat 200,000 pelajar itu.
Sebagai sumbangan UMNO secara langsung kepada pendidikan anak bangsa, Universiti Tun Abdul Razak (Unitar) sekarang ini dimiliki sepenuhnya oleh parti kita. UniTAR setelah disusun dan distrukturkan sepenuhnya akan menjadi universiti yang khusus dalam bidang keusahawanan dan pengurusan kepimpinan. Kurikulumnya sedang dibangunkan bersama Babson College Amerika Syarikat, sebuah kolej nombor satu di dunia dalam bidang pendidikan keusahawanan. Semuanya ini menjadi bukti usaha kita untuk merungkaikan lambakan ketempangan bangsa yang telah bertimbun sekian lama.
Kini, terdapat lebih 330,000 siswa-siswi di IPTA seluruh negara. Daripada angka itu, lebih 200,000 atau 60 peratus setiap tahun adalah siswi yang berumur puteri, bakal menjadi wanita muda yang profesional. Bayangkan kekuatan puteri pelbagai kaum itu yang bakal bekerja di seluruh pelosok negara. Bayangkan kekuatan Puteri UMNO dan juga Pemuda jika siswa-siswi Melayu itu suatu ketika nanti menjadi ahli UMNO dan turut bersama mengangkasa tamadun bangsa. Bayangkan ibu bapa yang merasa amat bahagia kerana melahirkan generasi yang berjaya.
Percayalah bahawa umat Melayu boleh maju. Percayalah bahawa kita boleh berjaya. Kita boleh maju dan berjaya untuk mencapai apa sahaja citra dan cita-cita mulia. Syarat utamanya ialah melalui ilmu dan pendidikan. Oleh itu, pelaburan terpenting sesebuah keluarga Melayu bukan untuk memiliki tanah, rumah dan kereta besar sahaja. Namun, yang nombor wahid adalah untuk memastikan anak-anak, cucu-cicit kita menguasai ilmu dan berjaya dalam pendidikan setinggi mungkin.
Mendaulatkan Islam adalah perjuangan mulia yang wajar dikekalkan dalam sebuah negara Islam Malaysia. UMNO adalah peneraju, pembela, pejuang agama kita yang suci. Jangan kita tergelincir daripada landasan kebenaran dan menggadai prinsip untuk mendaulatkan agama. Pendekatan Islam Hadhari adalah contoh kreatif pemikiran yang melihat Islam melebihi kebiasaan daripada agama yang hanya berbentuk ritual. Pada ketika yang sama, hak kebebasan kaum lain untuk mengamalkan agama mereka tetap termaktub dalam Perlembagaan negara.
Hakikatnya, Islam adalah suatu budaya, cara hidup yang syumul dan sempurna mencakupi keseluruhan hal kehidupan. Islam adalah tentang akidah, syariah, akhlak dan juga aspek pembangunan. Umat Islam wajar menjadi contoh termasuk dalam mencipta sejarah dan membina personaliti terbilang sebagaimana pada zaman kegemilangannya. Perbalahan soal ritual dan tertutupnya minda terhadap kepentingan menguasai kedua-dua ilmu wahyu dan ilmu duniawi hanya akan melemahkan kita.
Sewaktu Pameran Kegemilangan Sains dalam Tamadun Islam berlangsung pada awal tahun ini di Kuala Lumpur, bertema Sains Islam Mendahului Zaman, telah dihimpunkan 150 ciptaan ilmuwan Islam yang menakjubkan. Teknologi sains itu memberi anjakan paradigma baru dalam bidang astronomi, geografi, navigasi, penerokaan alam, perubatan, matematik, kesenian, arkitek dan pelbagai lagi.
Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda dalam sebuah hadis antara lain bermaksud: Barang siapa yang menjalani satu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah memudahkan baginya satu jalan menuju Syurga.... Para cendekiawan Islam dahulu pastinya telah mentafsir hadis ini dengan persis sekali hingga menghasilkan pelbagai kejayaan dalam membina tamadun manusia.
Nama-nama besar dalam sejarah tamadun Islam telah termaktub sebagai saintis, pencipta dan cendekiawan. Ibnu Sina yang dilahirkan pada 980 Masihi adalah seorang tokoh perubatan dunia yang terulung. Bukunya Al-Qanun Fil Tabib diterjemahkan ke dalam 15 bahasa dan menjadi rujukan beratus-ratus tahun dalam bidang perubatan. Sebuah buku beliau yang lain menghuraikan 760 jenis penyakit.
Al-Farabi pula digelar Aristotle kedua, merupakan ahli falsafah Islam yang terkenal. Al- Razi telah menghasilkan 200 karangan termasuk buku dan majalah dalam bidang sains, sejarah dan falsafah. Al-Hazen mahir dalam bidang falak, matematik dan geometri. Jabir Ibnu Haiyan dikenali sebagai bapa ilmu kimia moden. Al-Zahrawi adalah seorang pakar bedah manakala Al-Khawarizmi sarjana matematik dan astronomi. Sementara Al-Ghazali pula adalah seorang ulama tafsir, tasawuf dan falsafah yang telah menulis 300 buah kitab.
Banyak lagi yang perlu kita lakukan untuk mencapai ke tahap kehebatan cendekiawan Islam yang disebut itu. Namun, jika kita selalu alpa, buat kerja alang-alang dan alon-alon (bahasa Jawa yang bermaksud lambat-lambat), dengan pelbagai alasan, maka alamat akan alah atau kalah kita di gelanggang persaingan dalam alaf yang mencabar. Semuanya juga bermula dengan al alpa, alang-alang, alon-alon, alasan, alamat kita alah dalam alaf ini.
Apa yang kita usahakan ini adalah sesuai dengan firman Allah dalam surah Ar-Rahman ayat 33 yang bermaksud: Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembusi (menjangkau) keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi, maka cubalah menembusi keluar. Kamu tidak akan menembusi keluar melainkan dengan satu kekuasaan. Tafsiran semasa ayat ini adalah merujuk kepada istilah kekuasaan untuk merentasi langit dan bumi. Kekuasaan boleh diertikan sebagai kekuatan minda dan ilmu pengetahuan, sains dan teknologi, penyelidikan dan pembangunan (R&D), kekayaan harta benda, serta sikap mereka yang ingin berjaya seperti mengamalkan budaya ketepatan (precision culture). Setelah dirancang dan diusahakan dengan penguasaan ilmu dan budaya kerja yang hebat, dengan izin Allah s.w.t jua, merentasi langit dan bumi akan menjadi realiti.
Hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah Melayu masih belum menguasai ekonomi yang sewajarnya. Kita mesti terlibat dengan aktif dalam bidang ekonomi, barulah pengagihan kekayaan itu merata sifatnya. Kaedah kongsi kuasa pelbagai kaum di negara ini sepatutnya bukan hanya dalam politik tetapi tidak kurang penting ialah berkongsi kuasa ekonomi. Kita tidak berhasrat untuk merampas hak orang lain. Namun, yang kita kehendaki ialah sepotong kek yang lebih saiznya daripada kek ekonomi yang sudah tentunya semakin membesar. Ini adalah satu usaha untuk kita melangsai himpunan kelemahan bangsa yang terkumpul sekian lama.
Ada pemimpin pembangkang Melayu pernah menyebut bahawa Dasar Ekonomi Baru (DEB) perlu ditolak kerana memperkayakan sebilangan kecil Melayu dan menuduh hanya tiga empat kerat sahaja yang dapat. Dasar Ekonomi Baru sebenarnya telah mewujudkan banyak kejayaan seperti menambah golongan menengah Melayu. Kejayaan lain ialah menambah bilangan akauntan, arkitek, doktor, doktor gigi, doktor veterinar, jurutera, juruukur dan peguam Melayu kepada 42,414 orang atau 38.8 peratus. Ini ialah daripada 109,532 orang profesional sebagaimana data laporan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Angka 42,414 orang Melayu ini bukannya tiga atau empat kerat, berbanding pada awal DEB, profesional Melayu hanyalah lima peratus atau 225 orang sahaja. Pihak pembangkang jangan sekali-kali cuba memalsukan fakta yang benar.
Selain angka itu, ratusan ribu orang Melayu lagi adalah hasil produk DEB, lulusan pelbagai universiti, juga merupakan anak kelahiran dasar ini. Anak-anak DEB kebanyakannya adalah dari pekan dan desa yang asalnya serba kekurangan, termasuklah sebilangan besar yang berada dalam dewan ini. Seorang Melayu yang menjadi ketua syarikat berkaitan kerajaan (GLC), yang terkemuka di negara ini, menguruskan berbilion-bilion ringgit urusan syarikat, mengakui bahawa beliau adalah anak seorang buruh, bersyukur dan bangga menjadi anak DEB. Oleh itu, selagi UMNO ada, selagi hayat dikandung badan, kita akan sentiasa berjuang untuk meneruskan agenda ekonomi Melayu. Agenda ini bukan sahaja untuk kebaikan kita, tetapi untuk perpaduan seluruh rakyat di Malaysia.
Melayu mesti menjadi bangsa yang hebat dan terbukti telah melayari lautan, mendaki gunung tertinggi, merentasi, menerjuni kutub dan merenangi selat. Kita sedang mencuba ekspedisi ekstrem di tujuh benua, berbasikal mengelilingi dunia, meredah samudera juga meneroka angkasa. Namun, Melayu mesti juga hebat dalam penguasaan ekonomi, berniaga di arena antarabangsa, bersaing dalam persekitaran k-ekonomi, hebat mencipta dengan memiliki paten dan harta intelek, menceburi bidang perniagaan strategik dan menguntungkan. Barulah kita boleh menjadi bangsa yang berdarjat dan membina tamadun yang bermartabat.
Atas prinsip pengagihan ekonomi yang adil dan perkongsian kuasa ekonomi, maka kerajaan telah melancarkan tiga koridor baru pembangunan wilayah. Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI), Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) adalah usaha yang bukan satu fatamorgana ataupun mimpi di siang hari. Wilayah Ekonomi Sabah dan Sarawak juga akan dilancarkan. Dalam beberapa tahun akan datang, transformasi yang besar kepada landskap pembangunan sosioekonomi di merata tempat seluruh negara akan berlaku. Hasrat kita ialah agar tiada kelompok yang tidak akan merasai nikmat pembangunan negara.
Kelima-lima wilayah ini adalah ilham Presiden dan Perdana Menteri, dibantu kita semua bagi membangunkan negara agar akhirnya tamadun yang dibina adalah lebih seimbang dan tidak berpusat hanya di Lembah Klang. Paling mustahak ialah penglibatan kita mengambil inisiatif dan peluang dalam pembangunan wilayah-wilayah itu. Jangan sekali lagi untuk sekian kalinya, peluang sebesar ini kita lepaskan berlalu tanpa berbuat sesuatu, untuk membuat lonjakan berganda, memperkasa ekonomi bangsa dan negara.
Sehubungan itu, budaya wiraswasta dan karier sebagai usahawan mestilah ditanamkan sejak di bangku sekolah dan menara gading lagi. Merujuk Kamus Dewan 2007, wiraswasta ialah orang yang bijak dan berkebolehan dalam mengusahakan perniagaan dan perdagangan secara profesional. Kita berharap syarikat GLC akan terus melaksanakan tanggungjawab sosial bagi membantu menggandakan usahawan Melayu termasuklah wiraswasta wanita yang berdaya saing dan berdaya tahan. 50 GLC juga sedang menempa kejayaan berkat kegigihan pengurusan dan profesional yang majoritinya bumiputera.
Sejagat
Pada masa yang sama, kita mesti mencari formula seumpama tongkat ali dan kacip fatimah bagi meningkatkan daya tahan ahli perniagaan Melayu dalam persaingan kampung sejagat yang semakin menggugat. Antara formula daya tahan usahawan ialah melalui peningkatan ilmu dan kemahiran berdagang. Berniaga adalah seumpama berenang di dua lautan; merah dan biru. Saya telah merujuk tentang Strategi Lautan Biru yang menekankan hal mencipta pasaran tanpa saingan dan kaedah menjadikan persaingan tidak lagi relevan. Jangan berenang di lautan merah yang penuh dengan persaingan berdarah.
Bidang perniagaan baru wajarlah diterokai oleh ahli perniagaan Melayu. Antaranya ialah pengeluaran produk halal, bidang perubatan, logistik, bioteknologi, pertanian moden, kewangan Islam, aeroangkasa, minyak dan gas, pelancongan dan animasi. Ribuan graduan lulusan universiti atau yang makan gaji dengan syarikat, wajar menjadi usahawan, berani menghadapi risiko setelah mendapat ilmu dan latihan yang cukup. Setelah semuanya diusahakan, kita mahu suatu ketika nanti wujud sekumpulan usahawan yang mantap, generasi wiraswasta bangsa yang akan berjaya menguasai ekonomi negara.
Kestabilan politik adalah prasyarat kepada tamadun yang ingin kita bina dengan bercirikan keamanan, keharmonian serta kemakmuran. Realiti politik di negara ini menghendaki kita terlibat dan memenangi pilihan raya. Kemenangan pula hendaklah dengan majoriti lebih dua pertiga untuk memerintah dengan berkesan demi memastikan kestabilan.
Tahun hadapan adalah tahun keempat dalam penggal pilihan raya kali ke-11 ini. Tarikh pilihan raya ke-12 kita serahkan kepada Perdana Menteri. Sekarang ini radar politik semakin jelas dan suhu politik semakin panas. Paling penting ialah persiapan kita untuk menghadapi pilihan raya. Bukanlah persediaan itu maknanya menempah busjaket baru atau baju kurung bergemerlapan. Atau mula mengadu domba dan ke sana sini membawa salinan biodata diri. Jika kita telah ditakdirkan dipilih, maka terpilihlah kita. Sama ada terpilih atau tidak, terimalah segalanya dengan reda, kerana setiap ketentuan ada hikmah di sebaliknya.
Persiapan yang saya maksudkan ialah pengaktifan jentera pilihan raya di cawangan, peti undi, DUN (Dewan Undangan Negeri) dan bahagian di seluruh negara. Terdapat sekurang-kurangnya 15 portfolio dalam jawatankuasa pilihan raya. Jangan ia hanya berada dalam laporan atau atas softboard di bilik-bilik gerakan. Ia wajar bergerak secara nyata di akar umbi, mengadakan pelbagai aktiviti menemui rakyat serta turun padang dalam erti kata yang sebenar.
Keyakinan kita mengulangi kejayaan dalam pilihan raya akan datang ini adalah sangat berasas. Tahniah atas kerjasama dan kerja keras semua, maka Pas telah tewas di Kuala Berang. Kemudian Pas terlepas kerusi Pengkalan Pasir dan Bebas hilang deposit di Batu Talam. DAP pula tertiarap di Machap dan PKR kecundang di Ijok. Kita menang dengan majoriti yang cemerlang kerana sokongan rakyat yang mantap kepada parti keramat UMNO dan Barisan Nasional (BN). Walaupun pembangkang bersyarah bagai halilintar, terbukti rakyat dan pengundi adalah lebih pintar. Mereka bijak memilih yang mana kaca dan yang mana permata.
Pas, PKR dan DAP tidak akan mampu untuk mengatasi rekod kecemerlangan BN. Selama 50 tahun memerintah, BN telah berlaku adil untuk manfaat semua di tanah air tercinta. Berkat amal soleh kita yang cekap memimpin, berkat pembelaan kita kepada agama, bangsa dan negara, insya-Allah, BN akan terus menjadi pilihan dan akan terus menguasai kerajaan.
Jika berkata, dari kalbu,
Bila berjanji, orang percaya;
Mari kita, bersatu padu,
Untuk menangi, pilihan raya.
Bila berjanji, orang percaya,
Perlu diingat, jati diri;
Untuk menangi, pilihan raya,
Membela rakyat, membangun negeri.
Saya ingin mengulangi pendekatan 4M sebelum ini sebagai formula kesiagaan parti kita menghadapi pilihan raya. M pertama ialah merapatkan barisan antara sesama UMNO, Wanita, Pemuda, Puteri dan parti-parti dalam komponen BN.
M kedua ialah menambah ahli dan pengundi yang sewajarnya sentiasa diteruskan.
M ketiga ialah mesra rakyat yang melibatkan penggerak parti dan juga pelbagai jabatan serta agensinya. Sementara M keempat pula ialah menyelesaikan masalah dan rungutan rakyat dengan cekap serta berkesan.
Kita perlu menambat hati serta minda orang ramai terhadap apa yang kita lakukan. Ada dua kaedah utama untuk menarik hati rakyat iaitu dengan melakukan perkara yang rakyat suka dan menghindarkan perkara yang mereka benci. Sesiapa pun suka terhadap kebajikan, pembelaan, cepat menyelesaikan masalah, kerja kuat, ceria, mudah didekati dan sederhana. Khidmat yang baik kepada rakyat tidak mengira masa; siang, malam, pagi, petang, subuh mahupun senja.
Apabila hati rakyat sudah tertambat umpama dara dan teruna yang sedang berkasih akan membawa ke jinjang pelamin nescaya sokongan rakyat kita dapat. Bila BN menang, rakyat akan senang. Rekod BN sememangnya membawa kesenangan kepada rakyat dalam bentuk prasarana asas, pendidikan percuma, kesihatan, pertanian era baru, peluang pekerjaan, perniagaan, pembuatan, perkhidmatan dan kehidupan yang berkualiti.
Pada masa sama, kita perlu turut memerangi jenayah dan saling ambil peduli kesengsaraan orang lain demi memastikan ketenteraman awam. Kadang-kadang kita terlupa bahawa keamanan tidak terjadi dengan sendiri. Ada negara yang sentiasa bergolak disebabkan pelbagai hal. Mereka mati berperang dan kebuluran. Sebaliknya orang kita pula mati kemalangan jalan raya atau sebab tidak menjaga makan. Tidak dinafikan ada perkara yang boleh dibaiki, namun secara umumnya, rakyat berpuas hati hidup aman, makmur dan harmoni.
Sebagai satu bangsa, orang Melayu tidak mampu lagi berpecah. Sejarah adalah guru terbaik kehidupan agar kita tidak mengulangi kekhilafan. Jika perpecahan berlaku, bererti semua mengundang padah kerana ia akan menyebabkan pemerintahan yang kita tunjangi mengecil dan akhirnya menyusahkan bangsa sendiri. Inilah antara cabaran utama dalam usaha kita mengangkasa tamadun bangsa.
Perpecahan bangsa yang berlaku di atas perbezaan politik akan membawa malapetaka. Mereka yang sentiasa benci kepada segala usaha pemimpin Melayu yang ditunjangi UMNO adalah sebenarnya melemahkan bangsa. Pemimpin pembangkang pernah menganjurkan agar perubahan dibuat secara demonstrasi jalanan dan sering memutar belit isu agama untuk mendapatkan sokongan.
Sedarilah, realiti politik hari ini di mana kuasa politik Melayu tidak lagi kukuh jika kita berbalah dan berpecah. Kelemahan politik dan ekonomi akan mengembalikan orang Melayu ke zaman sebelum merdeka di mana kita daif, lekeh dan tidak ada jati diri. Ingatlah, bahawa bangsa yang malas akan malap, bangsa yang merempit akan merempat dan bangsa yang tiada wawasan akan ditewaskan.
Perpecahan juga akan menjejaskan umat Islam Malaysia yang dianggap contoh. Tentu semua tidak mahu apa yang terjadi di beberapa negara Islam yang berkonflik berlaku di negara kita. Jauhkanlah bencana ini dan bersatulah kerana apabila kuasa tidak ada lagi di tangan, maka tangisan air mata darah sekalipun tidak akan bermakna. Pantun ini wajar dijadikan hembusan iktibar:
Tegak rumah, kerana sendi,
Runtuh sendi, rumah binasa;
Tegak bangsa, kerana budi,
Runtuh budi, bangsa binasa.
Jika berfikir, jangan termenung,
Mencari idea, kerja berkat;
Bulat air, kerana pembetung,
Bulat manusia, kerana muafakat.
Apabila kita bercakaran, maka perlulah dicari jalan penyelesaian. Saya pernah menyebut falsafah tiga hujung orang Bugis dalam menyelesaikan perbalahan. Hujung pertama ialah hujung lidah, iaitu melalui perbincangan, dialog dan musyawarah. Hujung kedua ialah hujung anunya itu, berdamai melalui perkahwinan dengan membina silaturahim dan keluarga. Hujung ketiga ialah hujung keris iaitu melalui peperangan dan pertumpahan darah. Ini adalah pilihan terakhir, selalunya tidak akan diguna sebab telah memadai dengan dua hujung sebelumnya.
Begitulah kaedah penyelesaian konflik salah satu suku kaum Melayu kita yang elok untuk dijadikan teladan. Namun, simbolisme keris dalam budaya Melayu membawa erti yang pelbagai mengikut era dan waktu. Ketika Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan bahawa tarikh merdeka adalah pada 31 Ogos 1957, dalam program khas di Banda Hilir Melaka pada 20 Februari 1956, Wanita UMNO telah menyerahkan sebilah keris berumur 100 tahun yang kemudian dihunus sebagai tanda kejayaan perjuangan dengan disaksikan penuh kebanggaan oleh semua kaum.
Jadi, apabila Pemuda UMNO menjadikan keris Panca Warisan sebagai simbol, dikucup dan dihunus, tidak wajarlah ia dijadikan isu khasnya oleh pihak pembangkang. Pemuda bukan mengisytiharkan perang, tetapi menegaskan perjuangan untuk membela nasib bangsa dalam ruang lingkup hak serta Perlembagaan negara. Janganlah dikelirukan maksudnya hingga boleh menjejaskan perpaduan negara. Perpaduan adalah amat penting demi menjaga kerukunan hidup dalam kerencaman kaum dan agama.
Mari kita mengambil iktibar daripada kisah penderma dan penerima jantung baru-baru ini yang merentas sensitiviti antara kaum. Adik Muhammad Fikri Nor Azmi, 17 tahun, telah menjalani pemindahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada 15 Disember 2005. Beliau telah menerima jantung daripada seorang penderma bukan Melayu. Sekarang beliau sihat dan hidup normal seperti remaja lain.
Satu kes terbaru, setelah setahun menunggu, pada 5 Oktober 2007, adik Tee Hui Yee, 14 tahun, dibedah setelah menerima jantung yang didermakan oleh seorang remaja Melayu dan kemudiannya jantung seorang remaja Cina yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Pasukan pembedahan IJN melibatkan 34 orang doktor dan pembantu pakar terdiri daripada 24 orang Melayu, lima orang Cina dan lima orang India diketuai oleh Datuk Dr. Azhari Yakub dan Dr. Mohamad Ezani Md. Taib.
Inilah dua kisah benar yang menyentuh hati, menjadi lambang perpaduan yang amat unik dan bersejarah. Kisah ini elok kita jadikan teladan yang berupaya merapatkan hubungan kaum dan amat baik untuk dijadikan resipi dalam mengangkasa tamadun bangsa. Ia juga adalah lambang kejayaan kepakaran perubatan dan lambang kehebatan profesional bangsa kita.
Melayu mampu bekerja kuat, boleh berdisiplin, selalunya taat, mengutamakan kesepakatan, sanggup berjuang demi kebenaran dan saling membantu. Istilah kulaan mengayuh berumbai dalam bahasa Banjar misalnya, membawa maksud saudara yang bekerja bersama-sama. Mari kita bina bangsa ini atas kekuatan nilai murni agar kita sentiasa dihormati. Ayuh kita belajar juga daripada kekuatan bangsa lain. Kita mesti mengamalkan suruhan Islam yang indah lagi universal. Segera kita membina kekuatan diri berteraskan nilai mulia dan wawasan yang dikongsi bersama.
Perjuangan pemimpin dan ahli-ahli UMNO selama 61 tahun wajar dimuhasabah agar sentiasa menuju ke arah kemuliaan. Perjuangan dahulu banyak mengorbankan harta, masa, tenaga secara sukarela. Kini, semuanya melibatkan bayaran, kos dan imbuhan dengan pelbagai faedah dan kaedah. Dahulu, tiada rasuah politik atau politik wang. Sekarang untuk bertanding G7 dan G2 pun ada gejala politik wang. Semuanya ini mestilah dikuburkan jika perjuangan kita hendak dimurnikan.
Seorang veteran UMNO berpesan dalam bentuk sindiran mengenai nilai politik sekarang ini menyebut:
Tebang buluh dengan kapak,
Bila hulur baru nampak.
Ada duit, mudah dikuit,
Tiada wang, tergolek seorang.
Sejajar dengan nilai mulia juga, perjuangan kita wajar sentiasa diperbaiki agar ia lebih berkesan. Usaha untuk menambah inovasi yang bernilai adalah sesuai dengan konsep value innovation dalam ilmu pengurusan terkini. Tidak cukup dengan kaedah lama dalam melaksanakan aktiviti. Umpamanya, petugas parti menggunakan pembaris dan pensel untuk memeriksa daftar pemilih. Era kini perlu dilengkapkan dengan kecanggihan pelbagai jenis komputer untuk tugasan seumpama itu. Contohnya sebuah Personal Digital Assistant (PDA) sebesar dompet boleh memuatkan seluruh data yang terperinci tentang pengundi di sesebuah kawasan.
Dahulu cukup sekadar menghantar surat untuk sesuatu permohonan. Kini kita mengguna laman web, portal, e-mel, SMS dan MMS. Dahulu pejabat wakil rakyat cukup sekadar di satu ruang rumah kedai. Kini sudah banyak pejabat dan pusat servis bergerak seperti menggunakan van. Ini adalah contoh-contoh penambahbaikan terhadap perkhidmatan kita kepada rakyat.
Mengimbas kembali sejarah untuk mencapai kemerdekaan, yang wajar dijadikan teladan ialah kekayaan semangat juang pada ketika itu walaupun mereka miskin harta. Ramai yang sanggup berjalan jauh, menderma gelang emas, naik basikal tua, menumpang lori ikan, berkorban wang, masa, tenaga secara sukarela hanya ingin terlibat dalam gerakan memerdekakan negara. Mereka masa itu miskin harta tetapi kaya dengan semangat juang. Setelah masa berubah, kini kita berkuasa, sistem nilai juga semakin berbeza. Awas! asakan nilai materialisme boleh melebur jati diri. Kepada generasi muda yang tetap cinta dan kasihkan perjuangan parti UMNO ini, dirakamkan tahniah atas segala kesetiaan. Kepada generasi lama, yang terus-terusan mencurah bakti selama ini, tidak terbalas jasa mereka kepada ibu pertiwi.
Gemar
Tidak dinafikan wujud kelemahan di kalangan kita seperti kurang gemar membayar hutang, kurang menepati masa, kurang tekun, kurang suka kepada kerja tertentu hingga menyebabkan kebanjiran tenaga asing. Tentunya ini semua perlu diubah kepada budaya baru, budaya yang kaya dengan semangat juang seperti generasi terdahulu. Segera kita bebaskan sikap negatif yang bersangkar dalam kepompong diri. Ayuh kita suburkan semangat sukarela untuk membela agama, bangsa dan negara. Marilah kita menjadikan perjuangan suci ini sebagai suatu jihad dan amal soleh yang pahalanya adalah berpanjangan.
Kita perlu mengguna dan meneruskan segala kebijaksanaan dan pragmatisme yang ada demi memperkasa usaha untuk melonjak ke mercu jaya. Kedua-dua sifat ini adalah contoh ciri utama kepimpinan transformasi iaitu kepimpinan yang berwawasan dan berkesan dalam tindakan bagi membangun bangsa dan mentadbir negara. Pemimpin transformasi akan sentiasa berjuang untuk mengubah kegagalan kepada kejayaan dan kemunduran kepada kemajuan.
Struktur UMNO bermula di cawangan, bahagian, negeri dan pusat. Mustahak ia kukuh di akar umbi kerana ahli-ahli berpusat di cawangan, bertebaran di seluruh negara. Data terkini ialah jumlah ahli UMNO seramai 3,345,612 orang, cawangan 20,391 buah, bahagian 191 di 13 buah negeri. Andainya kita mempunyai tiga atau empat pemimpin iaitu Ketua Cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri, maka UMNO mempunyai hampir 60,000 orang pemimpin akar umbi di seluruh negara. Inilah bukti kehebatan parti kita yang menjadi tonggak pelbagai kejayaan!
Hakikatnya ialah UMNO yang kuat bermula di peringkat cawangan. Baikilah cawangan kita dengan menambah ahli, mendaftar pengundi, mengadakan aktiviti, bersama membanteras jenayah, membasmi kemiskinan tegar, membantu sewaktu bencana banjir, membantu orang kurang upaya, ibu dan bapa tunggal, warga emas dan berkempen rumah ke rumah. Hendaklah ambil peduli, ambil tahu apa yang berlaku di lingkungan pengaruh kita.
Seperti sebuah pokok, tidak akan subur, mekar bunga dan lebat buahnya jika akar umbi yang mencari air dan makanan tidak berfungsi dengan baik. Bajailah dengan nilai-nilai murni perjuangan agar ia terus subur. Pohon UMNO yang rendang dapat dijadikan naungan dari panas dan hujan; tumpang berteduh bukan hanya untuk orang Melayu, namun rakyat Malaysia secara keseluruhan.
Kita perlu merakyatkan perjuangan UMNO dengan menyebarkan semangat perjuangan parti kepada seberapa ramai rakyat. Semangat perjuangan UMNO adalah untuk membela semua di negara ini. Apabila kita membasmi kemiskinan, kita membasmi tanpa mengira kaum. Jika membuat kebajikan melalui program sosial, tumpuan kita kepada semua. Limpahan gema perjuangan kita melangkaui batasan bangsa dan agama.
Merakyatkan perjuangan juga bermaksud membuka pintu UMNO seberapa luas kepada semua orang Melayu. Oleh itu, gerakan menambah ahli mesti diteruskan melalui Kempen Keluargaku Ahli UMNO yang telah pun dilancarkan. Kita mesti memastikan anak-anak dan saudara-mara kita terlebih dahulu menjadi ahli UMNO. Semakin ramai ahli, maka semakin merakyatlah perjuangan kita.
Tradisi membela rakyat adalah semangat waja perjuangan. Membela rakyat pelbagai kaum di kota dan desa adalah tugas utama UMNO dan BN. Kepuasan tercapai bila dapat membantu khasnya mereka yang susah dan memerlukan. Gembira tidak terkata seorang yang miskin apabila rumah yang bocor kita ganti atapnya, lantai yang reput kita tukar baru dan anak yang ramai kita bantu persekolahan. Inilah contoh tradisi membela rakyat yang mesti sentiasa diperhebat.
UMNO mempunyai gagasan yang besar untuk memperjuangkan nasib bangsa Melayu dan rakyat Malaysia. Antara gagasan besar kita ialah semangat DEB, Wawasan 2020, Pendekatan Islam Hadhari, Misi Nasional, Pembangunan Seimbang Melalui Lima Koridor dan Gagasan 2057. Pada hari ini, selaras dengan gagasan besar itu, marilah kita meneruskan langkah dengan penuh sedar untuk mengangkasa tamadun bangsa.
Agenda Melayu tetap menjadi agenda UMNO yang utama. Melayu masih tertinggal dalam pelbagai bidang. Agenda Melayu meliputi sosioekonomi, pendidikan, pembangunan yang adil, mendaulat agama Islam demi maslahat umum. Kita telah menyuratkan pelbagai perkara dalam RMK-9 untuk membela bangsa. Agenda Melayu sebenarnya adalah suatu agenda nasional. Kaum lain wajar sentiasa memahami bahawa jika Melayu maju, ia akan menguntungkan semua. Perpaduan rakyat juga akan bertambah kukuh, sementara negara pula akan terus bersinar di ufuk yang aman dan makmur.
Kita mesti terus memantapkan politik, menguasai ilmu dan pendidikan, memurnikan sosiobudaya serta terlibat aktif dalam ekonomi sewaktu meniti arus gelombang globalisasi. Persiapan rakyat dan generasi akan datang adalah menjadi amanah UMNO dan pimpinannya. Tanggungjawab berat ini mesti kita galas, mesti kita dokong demi memastikan obor gagasan besar perjuangan bangsa, terus marak menyala, menyinari seluruh pelosok negara.
Selama ini, Wanita telah bertungkus-lumus, tanpa mengira masa, berkhidmat untuk keluarga, parti dan negara. Semangat sukarela dan komitmen yang tinggi kepada pelbagai aktiviti telah mekar menjadi budaya cemerlang Wanita. Hasrat agar 30 peratus bilangan pembuat keputusan terdiri daripada wanita akan terus kita usahakan. Datuk Seri Rafidah Aziz, bersama jentera Pergerakan Wanita dengan gigih sudah tentu akan memastikan kemenangan besar dalam pilihan raya akan datang.
Pemuda terus melangkah gagah dengan pelbagai program yang menarik. Suara Pemuda semakin lantang menyuarakan hati nurani bangsa. Langkah Pemuda semakin jauh ke persada dunia. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, bersama angkatan Pemuda, tentunya akan menjadi benteng dan penggempur utama terhadap parti pembangkang tidak kira di mana juga mereka berada.
Puteri pula terus menyerlah dalam meremajakan parti melalui pelbagai aktiviti kreatif, mewakili suara generasi baru wanita muda. Kecanggihan era digital dan perubahan tahap pendidikan menjadikan kewujudan Puteri bertambah relevan. Datuk Noraini Ahmad yang telah menyarankan penubuhan Puteri Barisan Nasional, bersama pasukan Puterinya sudah pasti akan dapat mengukuhkan jentera pilihan raya.
Kemantapan jentera Wanita, Pemuda dan Puteri ini hanya akan bermakna jika kita semua memberi sokongan jitu dan dukungan padu kepada pucuk pimpinan UMNO dan BN, yang diterajui oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Dengan semangat perwira membujur lalu melintang patah, berazimat Takkan Melayu Hilang di Dunia, berkat rahmat dari Allah s.w.t; marilah kita bersatu tenaga bersama memastikan kemenangan besar pilihan raya, demi mencapai hasrat mengangkasa tamadun bangsa.
UMNO Bahagian Tawau pada hari ini membawa Ketua ketua Cawangan , Ketua Ketua Wanita Cawangan ke Kuala Lumpur untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO yang ke - 58 di Pusat Dagangan Dunia Putra disamping itu juga membuat lawatan ke beberapa tempat disekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam , Negeri Selangor.
Rombongan dibawa melawat ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah , Shah Alam Selangor . Rombongan menggunakan 2 buah Bas dengan kerjasama dari Majlis Perbandaran Subang Jaya. Rombongan ini terdiri daripada pemimpin akar Umbi seperti Ketua Kampung , Pengerusi JKKK , Wakil Ketua Anak Negeri , Ketua Cawangan UMNO , Ketua Wanita Cawangan UMNO , AJK Pergerakan Wanita Bahagian dan AJK UMNO Bahagian .
Rombongan dibawa dengan dua buah Bas untuk lawatan ke beberapa tempat di Shah Alam dan sekitarnya. Dengan adanya Bas tersebut ianya memudahkan perjalanan Lawatan rombongan ini seperti yang dijadualkan.
6 November 2007 , Dewan Merdeka PWTC Kuala Lumpur - Ucapan Y.B. Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia semasa Perhimpunan Agung UMNO yang ke - 58 tahun 2007.
PEMUDA PERJUANGAN (KEPIMPINAN DSHH YANG ADIL DAN SAKSAMA)
A. MUKADDIMAH :
BELAJAR DARI SEJARAH TAHUN 1998
Kepentingan parti melebihi kepentingan individu
1. Sepanjang perjalanan parti perpaduan tidak datang bergolek dan kekuatan tidak datang melayang. Pergerakan Pemuda, seperti juga parti kita UMNO pernah melalui pelbagai sejarah getirnya, bukan sekali, tetapi diuji bertubi kali. Sejak tertubuhnya Pergerakan Pemuda UMNO pada tahun 1949, kita telah didewasakan oleh pelbagai cabaran. Kita telah merasai suka duka serta pelbagai konflik yang melanda parti dan negara tercinta ini. Kita belajar dari sejarah, menimba dari pengalaman dan dimatangkan oleh permasalahan. Mendung berlalu, krisis berakhir, pergolakan dapat ditenangkan. Sepanjang perjalanan itu, Pemuda menjadi lebih matang dan mengerti untuk membezakan di antara pejuang dengan petualang. Kita menyaksikan mereka yang tidak setia pada perjuangan gugur di pertengahan jalan dan hanyut ditelan ombak. Ini kerana kesetiaan sentiasa terpahat sebagai landasan perjuangan Pemuda. Mereka yang tidak setia tidak ada tempat dalam parti UMNO kita ini.
2. Selama itu jugalah, kita turut berjuang mengalir keringat bersama pimpinan parti memulih dan memperkukuh UMNO terutama dalam saat-saat paling cemas. Peristiwa 2 September 1998 masih segar di ingatan kita. Ahli parti di persimpangan. UMNO tergugat. Pergerakan Pemuda tidak terkecuali dari merasai bahangnya. Namun demikian, kita segera mengorak langkah, mengatur strategi dan memperkuat barisan kerana kita tahu di mana letaknya kebenaran dan di mana pula tumpahnya kesetiaan kita.
3. Pendirian kita jelas, bahawa parti lebih penting dari mana-mana individu. Partilah yang harus dipertahankan bukan individu. Dalam sejarah kepartian UMNO, individu tidak pernah dijadikan punca untuk membenarkan tersemainya syak wasangka, bermulanya porak peranda apa lagi bercambahnya benih kehancuran. Kepentingan umum dan orang banyak tidak harus dikorbankan demi kepentingan seseorang apa lagi jikalau individu ini menjadi duri dalam daging yang meletakkan kepentingan diri di atas parti dan bangsanya.
4. Dengan izin Allah S.W.T, sejarah akan menilai dan berlaku adil kepada kita kerana Pergerakan Pemuda UMNO tidak pernah gagal untuk bertindak secara bijaksana dalam saat-saat paling mencemaskan. Inilah tradisi gemilang Pemuda UMNO - kita tidak pernah mengelak dari memikul tanggungjawab dan amanah apatah lagi melarikan diri dari menangani krisis yang mendatang, walaupun sebesar tsunami.
Patah atap kerana buluh;
Atap dijalin dengan tali;
Patah sayap bertongkat paruh;
Namun undur pantang sekali.
B. PERJUANGAN, PRINSIP KEPIMPINAN
5. Semuanya tersimpul dalam satu kalimah keramat iaitu Perjuangan. Inilah inti pati kewujudan kita. Inilah teras kebangkitan kita. Inilah obor yang menjadikan rangsangan buat kita semua selama ini. Atas nama perjuanganlah kita digerakkan dan perjuangan jugalah yang telah menentukan siapa kita sebenarnya. Kewujudan kita tidak akan bermakna sekiranya kita meminggirkan perjuangan.
6. Sesungguhnya, perjuangan kita ini bukanlah mudah. Sebagai pejuang, ada kalanya kita melalui zaman duka dan kecewa. Ada kalanya kita disanjung dan dimuliakan. Ada kalanya kita dipinggir dan dilupakan tetapi pejuang sebenar tidak pernah mengerti makna kekecewaan. Pejuang tulen tidak sekali-kali tunduk pada keraguan, malah tidak gentar dengan kecaman dan ugutan. Inilah pegangan dan prinsip yang saya pertahankan. Prinsip yang berlandaskan keberanian, kebijaksanaan dan kematangan dalam menatang perjuangan ini. Berani kerana benar, takut kerana salah.
7. Sepanjang diamanahkan memimpin Pemuda, saya memilih untuk menggunakan jalan terbaik dalam menangani krisis. Ibarat menarik rambut dari dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berserak. Kita boleh memilih untuk berkonfrantasi jika perlu dengan mengambil pendekatan bertemu buku dengan ruas. Kita tidak pernah gentar berhadapan dengan mana-mana golongan yang menyentuh dan mempertikaikan kedudukan bangsa dan agama, tetapi ada kalanya pendekatan berhikmah dapat menyelesaikan kekusutan dan menguntungkan semua pihak. Maruah Melayu tetap terpelihara, keharmonian terjamin dan persefahaman tercapai.
8. Dalam berpolitik kita tidak seharusnya mengorbankan nilai dan prinsip diri. Hari ini ada yang berpandangan bahawa politik akan mengubah pengamalnya. Ada yang berpendapat bahawa pengamal politik akan terjerumus dalam pusaran air yang deras tanpa dasar dengan tabiat politiknya. Ada kalanya matlamat dikatakan menghalalkan cara di mana segala-gala di dalam pusaran itu akan menelan nilai, harga diri, prinsip dan pegangannya. Politik juga dikatakan boleh menjadikan seseorang terkenal, masyhur, hebat dan berkuasa tetapi kuasa boleh merosakkan seperti juga kemasyhuran boleh melalaikan. Lalu kita mudah menjadi angkuh, rakus, korup dan lupa daratan.
9. Pengalaman berpolitik mengajar saya bahawa saya rela disalah tafsir asalkan matlamat untuk menjayakan agenda bangsa tercapai. Kita tidak boleh menyenangkan atau memuaskan hati semua orang, apatah lagi melayan segala permintaan. Kita juga tidak boleh menjual janji dan harapan semata-mata. Saya percaya bahawa saya bukan dalam persaingan atau perlumbaan mengejar populariti. Saya berpolitik untuk bangsa dan saya yakin pimpinan Pemuda yang ikhlas, jujur dan beramanah akan bersama-sama saya membuktikan bahawa sesungguhnya berpolitik itu mulia dan ia tidak akan sama sekali mengubah prinsip kita.
Hishammuddin Tun Hussein mencium Keris Panca Warisan sambil disaksikan barisan Exco Pergerakan Pemuda UMNO, semalam
C. KERIS PANCA WARISAN
10. Dalam perhimpunan Pemuda dua tahun yang lalu, buat pertama kalinya kita menyaksikan perarakan masuk Keris Panca Warisan. Dalam perhimpunan itu juga, kita telah mengisytiharkan Keris Panca Warisan sebagai Tekad Baru Pemuda yang berlandaskan kepada pancaran lima rukun idealisme Pemuda iaitu Rukun Islam, Rukun Iman, Rukun Negara, Agenda Melayu dan Jati Diri. Secara simboliknya kita menjunjung lambang kekuatan dan warisan pusaka turun temurun.
11. Tiba-tiba sahaja pada tahun 2006, keris menjadi polemik yang masih belum dapat reda sehingga hari ini. Pada mereka mengapakah keris mesti dikucup? Kenapakah keris mesti dipegang dan matanya dijulang ke langit? Keris dikatakan lambang pergaduhan. Rupa-rupanya setelah 50 tahun kemerdekaan tanah air masih ada warga negara yang belum memahami kebudayaan bangsa dan negara sendiri.
12. Sebenarnya keris adalah lambang kemelayuan yang mendukung kedaulatan, kekuasaan, maruah, jati diri, amanah dan tanggungjawab. Keris amat unik sama ada dalam cara membuatnya atau cara disepuh, disarung, dipakai, diguna dan dipantang larangkan. Keris bukan seperti kapak yang boleh digunakan untuk menebang bukan juga seperti parang untuk menyembelih. Keris bukan senjata gunaan seharian untuk ke sawah ladang tetapi untuk ke istana atau ke majlis rasmi. Keris juga lambang kesatuan bernegara seperti Keris Panjang milik ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Keris ini ditempa dari cantuman besi yang berasal dari sebelas bilah keris negeri-negeri di Tanah Melayu. Jelas keris bukan sekadar simbol kekuasaan tetapi juga adalah simbol kesatuan. Masih ramai di kalangan rakyat Malaysia yang masih tidak mengetahui bahawa keris juga merupakan lambang kewibawaan, kebijaksanaan dan ilmu. Orang yang memakai keris itu, orang yang ada hikmah, bijaksana dan berpengetahuan dalam ilmu, bukan hanya ilmu pendekar dan persilatan sahaja.
13. Kita mengucup keris bukan sekadar menerima kuasa tetapi ada kaitan dengan tugas yang datang bersamanya. Perlakuan ini ada hubungannya dengan kesediaan menjunjung tinggi tugas yang diwarisi dengan penuh keinsafan dan kejujuran. Keris dijulang bermakna menjulang kuasa, kedaulatan dan tanggungjawab yang diserahkan dengan ikrar untuk berlaku adil dan saksama dalam menunaikan amanah yang diterima.
14. Keris tidak dihunus tanpa bertempat. Keris dihunus dengan tekad untuk mempertahankan bangsa dan kepentingan negara, bukan hanya untuk orang Melayu tetapi juga untuk mempertahankan kaum-kaum lain yang bernaung di negara ini. Keris Melayu menjadi pelindung kepada semua orang seperti juga kerajaan yang ada pada hari ini yang sentiasa melindungi rakyat pelbagai kaum yang bernaung di bawahnya. Berteduhlah di bawah perlindungan keris Melayu yang berdaulat ini. Tiada siapa yang harus gementar atau gugup dengan lambang yang abadi itu.
15. Oleh itu jangan dicipta musuh yang tiada dan jangan takut akan bayang-bayang. Janganlah dikhuatiri sebuah perlambangan. Janganlah terbawa-bawa dengan semangat perkauman melulu sehingga hilang rasa hormat yang dibina sekian lama dengan pengorbanan Melayu. Saya ingin menyatakan untuk kali terakhir bahawa Pemuda tidak akan melayan lagi polemik melulu ini.
Keris Panca Warisan dan semangat panji Sang Saka Bangsa adalah cerminan perjuangan kita selaras dengan slogan penubuhan UMNO, "BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT".
D. PERJUANGAN PEMUDA UMNO DALAM KONTEKS CITA-CITA KEBANGSAAN
16. Tekad yang dibawa melalui Keris Panca Warisan dan semangat panji Sang Saka Bangsa adalah cerminan perjuangan kita selaras dengan slogan penubuhan UMNO, "BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT". Semangat ini juga termaktub di dalam Perlembagaan parti yang menuntut kita agar memperkukuh komitmen untuk berjuang mendukung cita-cita kebangsaan demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara. Sebagai anggota sayap kanan parti, kita dalam Pergerakan Pemuda diberikan amanah bagi memastikan bahawa asas-asas dan tujuan penubuhan UMNO ini dipertahankan sampai ke titisan darah yang terakhir.
17. Walaupun kita dituntut untuk mempertahankan agama, bangsa dan kedaulatan negara, Perkara 3 Perlembangaan UMNO juga sentiasa memperingatkan kita untuk mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan rakyat Malaysia yang kuat dan bersatu. Pemuda UMNO sedar bahawa tidak mudah untuk mentadbir sebuah negara pelbagai kaum seperti Malaysia tetapi kita telah mengamalkan konsep perkongsian kuasa secara berkesan. Kita juga sedar bahawa jalan ke arah mencapai kesempurnaan dalam soal hubungan kaum sememangnya penuh berliku. Masih banyak usaha yang perlu ditangani sama ada dalam bidang ekonomi, pendidikan, budaya, politik, agama mahupun bahasa. Namun kita tidak pernah putus asa untuk membentuk rakyat Malaysia yang kuat dan bersatu.
18. Justeru, usahlah diungkit perkara-perkara yang telah sama-sama dipersetujui di mana teras kekuatannya telah lama teruji. Orang Melayu tidak pernah mengungkit apa yang bukan hak mereka sebaliknya memberikan ruang dan kesempatan kepada semua.
Kita tunduk memberi hormat;
Kita mengangguk mengiakan;
Kita berkalis menolak sengketa;
Diam jangan disangka tunduk;
Mengalah jangan disangka lemah;
Keris tidak dihunus tanpa bertempat. Keris dihunus dengan tekad untuk mempertahankan bangsa dan kepentingan negara, bukan hanya untuk orang Melayu tetapi juga untuk mempertahankan kaum-kaum lain yang bernaung di negara ini.
KUALA LUMPUR: The keris is a protector of not just Malays but everyone as the Government will protect Malaysians of all races, said Umno Youth chief Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
With this assurance, he hoped to lay to rest concerns about the keris which had been a bone of contention among non-Malays.
He said that the keris had been misinterpreted last year by some quarters, who questioned why he had unsheathed and kissed at the Youth assembly.
“They said the keris is a symbol of fighting. It looks like 50 years after independence, there are still some of our people who do not understand the culture of our people and country,” he said in his speech at the Umno Youth assembly on Tuesday.
Saying that the keris is a symbol of strength and for centuries a part of Malay heritage, he said it signifies sovereignty, power, dignity, and responsibility.
He added that the keris is unique in the way it is made, sheathed, worn and used, and it carried with it specific dos and don’ts.
Unlike the axe which is used to chop or the parang (machete) which is used to slaughter, the keris is not an everyday weapon and is carried to official functions and to the palace.
He noted that the ceremonial keris used by the King has its origin from iron derived from 11 keris from the different states in Malaysia.
Thus, he said, the keris was not just a symbol of strength but also of unity, wisdom and knowledge.
Hishammuddin said that he kissed the keris because he accepted the power and the responsibilities that came with it and pledged to be fair in discharging his duties.
“The keris is unsheathed with the aspiration to defend our people and country, not just the Malays but also the non-Malays in the country.
“The Malay keris is a protector of all, just like the Government of today will always protect people of all races. So don’t let anyone be fearful or nervous about this everlasting symbol,” he said.
E. PENDIDIKAN – PIPP; DUA PENDEKATAN DAN ENAM TERAS UTAMA
19. Saya sedar bahawa saya bukan sekadar memimpin Pergerakan Pemuda UMNO, tetapi juga mengetuai sebuah kementerian yang berperanan untuk membina generasi masa depan negara. Cabaran yang datang bersama tugas ini bukan kecil, tetapi amat kompleks. Hari ini saya memikul amanah yang akan menentukan nasib lebih lima juta pelajar dan generasi muda Malaysia. Setiap dasar pelajaran yang dirangka dan setiap keputusan yang dibuat akan mempunyai kesan yang besar terhadap masa depan mereka, masa depan bangsa dan masa depan negara.
20. Sejak mencapai kemerdekaan, kita telah menyaksikan pelbagai perubahan dan pencapaian yang pesat di dalam sistem pendidikan negara. Namun begitu kita perlu menyedari bahawa masih terdapat sekolah-sekolah kita yang belum dilengkapi kemudahan asas. Masih ada sekolah yang belum mempunyai bekalan elektrik 24 jam dan bekalan air bersih. Masih ada sekolah yang daif dan perlu segera dibaiki. Masih ada sekolah yang belum mempunyai makmal sains dan makmal komputer dan masih ada yang kekurangan guru, terutamanya guru terlatih. Pada waktu yang sama, kita juga telah melahirkan sekolah-sekolah yang cemerlang hasil daripada pelbagai usaha yang diperkenalkan oleh kerajaan Barisan Nasional selama ini. Bagi sekolah-sekolah ini, pendekatan lama dan ‘satu saiz untuk semua’ (‘one size fits all’) tidak lagi sesuai. Pendekatan yang lebih khusus diperlukan agar kecemerlangan sekolah-sekolah ini dapat dipertahankan dan juga dilonjakkan ke tahap yang terbilang.
21. Hari ini sistem pendidikan kita berada di persimpangan dan memerlukan perubahan. Dari suatu sudut, kita menyedari bahawa sistem pendidikan negara memerlukan anjakan. Bagaimanapun dari suatu sudut yang lain pula, saya sedar sebelum anjakan ini dilaksanakan sepenuhnya, asas-asas yang kukuh perlu dipersiapkan agar tidak ada sebarang pihak yang tercicir, terjejas atau menjadi mangsa akibat jurang pendidikan.
22. Menyedari hakikat ini, kita memutuskan untuk mengambil 2 pendekatan utama di dalam melaksanakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Dua pendekatan ini ialah, pertama: bagi menyediakan seluas-luas akses terhadap pendidikan dan menyama ratakan medan persaingan di kalangan pelajar; dan kedua: berusaha melonjakkan prestasi sekolah yang sudah cemerlang ke suatu tahap yang lebih tinggi sebaris dengan sekolah-sekolah terbaik di dunia.
23. Dua pendekatan ini akan digunakan bagi melaksanakan 6 teras strategik PIPP, iaitu;
1. Teras Pertama – Membina Negara Bangsa
2. Teras Kedua – Membangunkan Modal Insan
3. Teras Ketiga – Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
4. Teras Keempat – Merapatkan Jurang Pendidikan
5. Teras Kelima – Memartabatkan Profesion Keguruan
6. Teras Keenam – Melonjakkan Kecemerlangan Institusi
Pendidikan
Merapatkan Jurang Pendidikan
24. Cabaran era globalisasi memerlukan usaha merapatkan jurang pendidikan dipergiat dan dipertingkatkan. Medan persaingan mesti dijadikan lebih rata supaya anak-anak kita yang kurang bernasib baik dan terpinggir ini mempunyai lebih peluang untuk berjaya. Isu kemudahan asas, ketiadaan guru dan guru terlatih serta keupayaan menguasai 3M (Membaca, Menulis, Mengira) dan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) merupakan di antara isu utama yang perlu ditangani dengan segera. Saya berjanji selagi saya menjadi Menteri Pelajaran, agenda ini akan terus dijadikan keutamaan kerana kita tidak mahu melihat anak-anak kita tercicir dari arus perdana pendidikan negara.
Memperkasa Sekolah Kebangsaan tanpa menyekat sekolah berlainan aliran
25. Selain usaha merapatkan jurang pendidikan, agenda untuk memperkasakan sekolah kebangsaan juga mesti dijadikan keutamaan. Hakikatnya 80.5 peratus daripada sekolah-sekolah di bawah KPM merupakan sekolah kebangsaan dan 83.8 peratus daripada pelajar kita belajar di sekolah-sekolah ini. Ini menjadikannya tunjang kepada sistem pendidikan negara. Oleh itu agenda memperkasa sekolah kebangsaan ini tidak wajar dilihat sebagai zero sum game. Ia perlu dilihat sebagai agenda yang mesti dilaksanakan demi kepentingan majoriti anak-anak kita dan demi untuk memperkukuhkan perpaduan di dalam negara. Atas sebab inilah, semua pihak mesti menerima hakikat bahawa sekolah kebangsaan perlu diperkasa tanpa sebarang syak wasangka lagi. Bagaimanapun, seperti yang pernah saya nyatakan, semua ini akan dilaksanakan tanpa perlu menyekat kewujudan sekolah-sekolah aliran yang lain. Kita tidak melihat sekolah-sekolah berlainan aliran ini, termasuk sekolah beraliran agama sebagai saingan atau ancaman. Sebaliknya kita melihat kepelbagaian ini sebagai suatu kekuatan yang dapat meningkatkan daya saing negara.
Memartabat Sistem Pendidikan Agama
26. Hari ini kita berhadapan dengan keadaan di mana dunia mengaitkan agama Islam dengan keganasan dan sekolah-sekolah agama pula sebagai sarang untuk melahirkan pengganas. Walau bagaimanapun melalui pendekatan Islam Hadhari dalam sistem pendidikan agama, kita ingin membuktikan bahawa Islam merupakan agama yang progresif, yang harmoni dengan kemodenan dan menuntut umatnya untuk menimba ilmu, bersikap toleran, mencapai kemajuan, keamanan dan kesejahteraan.
27. Kita beriltizam untuk terus memperkukuh dan memartabatkan lagi sistem pendidikan Islam sesuai dengan keperluan hari ini. Program Jawi, al-Quran, bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) misalnya, diperkenalkan bagi membolehkan anak-anak kita menguasai tulisan dan bacaan jawi, menguasai asas-asas bahasa Arab, khatam al-Quran dan dilatih melaksanakan Fardu Ain dalam erti kata yang sebenar. Hari ini sebanyak 3,703 buah sekolah telah menawarkan program j-QAF, melibatkan seramai 10,985 orang guru dan telah memberi manfaat kepada seramai 644,419 orang murid.
28. Pada masa yang sama, kita akan terus menawarkan tempat kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Negeri (SAN) untuk bernaung di bawah KPM bagi membolehkan sekolah-sekolah ini menerima bantuan seperti yang diterima oleh sekolah bantuan kerajaan yang lain. Niat kerajaan ikhlas dalam hal ini. Kerajaan tidak sama sekali berniat untuk mengambil alih tapak sekolah, meminggirkan penempatan anak-anak negeri atau merampas kuasa mana-mana pihak, termasuk lembaga pengelola sekolah dan kerajaan negeri. Sejak pendaftaran sekolah-sekolah ini sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), sebanyak RM 147.5 juta telah dibelanjakan oleh kerajaan untuk menaik taraf sekolah-sekolah ini dan seramai 35,722 orang pelajar telah menerima manfaat daripadanya. Walaupun pendaftaran ini telah memberi manfaat kepada ramai, tetapi masih kedengaran suara-suara sumbang dari negeri tertentu yang meletakkan bermacam-macam syarat untuk pendaftaran sekolah-sekolah mereka. Dalam hal ini, Pemuda ingin mengingatkan, janganlah atas sebab politik semata-mata, kita sanggup mempertaruhkan masa depan Islam dan umatnya. Apa pun mainan politik mereka, saya akan terus berusaha untuk mengangkat kedudukan sekolah-sekolah agama kita ini sebaris dengan sekolah-sekolah lain yang terbaik di dunia.
29. Percayalah, sebagai Menteri Pelajaran Malaysia saya tidak tergamak sama sekali untuk memperjudikan nasib anak bangsa. Saya juga tidak akan sekali-kali mempolitikkan pendidikan bagi mencari publisiti murahan. Segala yang saya lakukan ini adalah untuk memberikan yang terbaik demi masa depan anak-anak kita. Bagaimanapun, sekiranya selepas berusaha dan berlaku adil, jika agenda memperkasa sekolah kebangsaan masih terus dipolemikkan sebagai agenda Melayu, dan usaha kita memartabatkan sekolah agama rakyat dituduh sebagai agenda UMNO, biarkanlah mereka ini dengan tanggapan itu. Tumpuan saya tidak akan sekali-kali terpesong, terganggu dan terjejas. Amanah ini akan terus saya tunaikan.
Pergerakan Pemuda perlu diperkasa dan sentiasa bersiap sedia untuk berdepan dengan cabaran dan tuntutan baru. Kita harus sedar bahawa cabaran yang terpaksa dihadapi oleh Pemuda pada hari ini juga berbeza. Dunia tanpa sempadan, asakan globalisasi, ledakan teknologi maklumat, pengaruh langit yang terbuka luas telah mengubah cara kita berinteraksi, berhubung, bermasyarakat, malah bernegara. Dunia menjadi semakin kecil malah konsep negara bangsa mulai tercabar. Kita perlu memberitahu kepada diri kita bahawa tiada lagi masa yang lebih sesuai untuk kita bermuhasabah diri, menentukan hala tuju kita kalau bukan sewaktu negara merayakan 50 tahun kemerdekaannya.
F. EKONOMI – GELOMBANG BARU AGENDA PERTANIAN NEGARA
30. Sejak penubuhannya UMNO telah berusaha bersungguh-sungguh menggerakkan agenda kemajuan ekonomi untuk bangsa dan negara. Bangsa Melayu yang dianggap lemah dan mundur selama ini telah berubah. Kini ribuan anak-anak Melayu menjadi profesional dan teknokrat; dari kalangan doktor, jurutera, akauntan, peguam sehinggalah mampu menjadi angkasawan. Ini adalah hasil dari dasar keadilan sosial dan ekonomi yang memberi hak kepada orang Melayu untuk dapat bersaing.
31. Agenda ini tidak pernah terhenti dan pimpinan parti sentiasa mencari peluang untuk memperkukuh kedudukan orang Melayu. Pelbagai wawasan dan misi jangka panjang telah digariskan untuk masa depan negara. Kini pembangunan modal insan dan pemupukan minda kelas pertama diberikan keutamaan. Pelan pembangunan wilayah tiga koridor bertujuan menangani ketidakseimbangan ekonomi. Pemerkasaan sektor-sektor terpilih untuk memastikan pertumbuhan ekonomi masa depan dalam rantaian nilai yang lebih tinggi telah dikenal pasti. Pada masa yang sama, pemuliharaan alam sekitar, pengurusan sumber asli, pemupukan budaya berintegriti dan pencegahan gejala rasuah turut diberi tumpuan. Di samping itu, pemantapan sistem penyampaian kerajaan dan budaya penyelenggaraan dan perkongsian awam-swasta (public-private partnership), kesemuanya bertujuan memberikan manfaat kepada generasi akan datang.
32. Dalam usaha menyemarakkan ekonomi luar bandar, sektor pertanian telah diberikan tumpuan khusus. Pergerakan Pemuda sedar bahawa sektor ini merupakan sumber kegiatan utama ekonomi bagi masyarakat luar bandar yang pada masa ini melibatkan 37 peratus penduduk negara kita di mana lebih 90 peratus daripadanya adalah kaum Bumiputera. Mereka pula seringkali dikaitkan dengan insiden kemiskinan.
33. Alhamdulillah, Malaysia dianugerahkan Allah S.W.T. dengan tanah yang subur dan iklim serta cuaca yang amat sesuai untuk kegiatan pertanian. Oleh sebab itulah, sewaktu membentangkan Misi Nasional-Rancangan Malaysia Ke-9 (2006-2010) di Dewan Rakyat pada 31 Mac 2006, YAB. Perdana Menteri memberi penekanan dan menyebutkan bahawa "sektor pertanian perlu dilihat dengan kanta baru, dengan keyakinan baru" serta "dibangunkan dengan azam baru, semangat baru dan agenda baru." Malah YAB. Perdana Menteri mahukan sektor ini menjadi tunggak ketiga pertumbuhan ekonomi negara. Pemuda menghargai penegasan yang amat bermakna ini.
34. Kita menyedari betapa kompleksnya sektor pertanian pada hari ini. Ini termasuklah sikap tidak yakin rakyat, sistem pemasaran cara lama, masalah pembiayaan, kualiti hasil dan soal keselamatan bahan makanan selain persaingan dari negara luar. Maka itu sesuatu yang drastik harus dilakukan bagi membantu para petani dan mereka yang berminat mencebur diri dalam bidang ini. Pergerakan Pemuda berpendapat bahawa kunci pada kejayaan dalam sektor ini ialah tenaga muda yang baru, komited dan berilmu. Pemuda memberi jaminan bahawa kita akan menggerakkan generasi baru petani untuk bersungguh-sungguh menjayakan agenda pertanian negara. Anak-anak muda ini akan didedahkan pada amalan dan teknologi pertanian moden selain menyedarkan mereka tentang peluang-peluang baru dalam sektor ini. Pemuda menyokong sebarang usaha untuk mewujudkan pusat-pusat latihan dan kemahiran seperti yang disyorkan di dalam Konvensyen Pertanian Kebangsaan anjuran Biro Pertanian UMNO pada 28 Oktober yang baru lalu. Dalam hal ini Kementerian Pelajaran akan berusaha untuk memperkenalkan subjek vokasional dalam bidang pertanian dan menambah jumlah sekolah menengah teknik yang menawarkan subjek dalam pelbagai bidang pertanian moden. Pemuda juga mencadangkan modul "Latihan Belia Dusun Tua" yang pernah dilaksanakan satu ketika dulu diperkenalkan semula. Kita harus mengembalikan keyakinan generasi muda bahawa sektor pertanian sama menarik dan menguntungkan sebagaimana sektor pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan seperti yang telah kita tekankan dalam perhimpunan-perhimpunan sebelum ini. Inilah gelombang baru agenda pertanian negara.
Felda
35. Gelombang baru ini turut merangkumi usaha YAB. Dato’ Sri Najib Tun Razak dalam menyuntik semangat baru untuk terus memperkasa FELDA. Pemuda mengalu-alukan pengumuman Lima Teras 50 Tahun FELDA. Pemuda memberi jaminan bahawa kita akan bersama-sama dalam usaha menjadikan peneroka sebagai masyarakat contoh luar bandar.
36. Dari sudut pendidikan pula, saya gembira kerana kerajaan telah menyediakan dana sebanyak RM120 juta kepada generasi baru FELDA agar peluang kedua di bawah Program Kemahiran dapat dilaksanakan. Program ini membabitkan sejumlah 15,670 orang pelajar. Melaluinya juga bantuan biasiswa khas dapat disalurkan kepada pelajar yang memasuki IPTA/IPTS selain peluang untuk belajar di universiti terkemuka di luar negara. Sebagai Menteri Pelajaran, saya amat berterima kasih dengan pengenalan Skim Tuisyen FELDA yang dilaksanakan di 100 buah sekolah menengah dan 270 buah sekolah rendah melibatkan pelajar seramai 62,772 orang di kawasan FELDA. Pembinaan MRSM FELDA di Trolak dengan dana RM103 juta melibatkan 1,050 orang pelajar di mana 80 peratus merupakan anak peneroka diharap akan mempercepatkan agenda ini.
37. Dalam usaha membangunkan usahawan muda FELDA pula, Pemuda mahu Skim Insentif Usahawan FELDA (SIUF) dengan dana sebanyak RM100 juta dikendalikan secara berkesan. Skim pinjaman tanpa penjamin dan cagaran ini akan memberi nafas baru kepada penerusan kejayaan FELDA. Ini bagi memastikan 39,958 orang usahawan FELDA yang telah dikenal pasti dalam pelbagai bidang seperti industri asas tani, Program Satu Wilayah Satu Industri (SAWARI), pembangunan kraf, perniagaan runcit, perkhidmatan dan perusahaan kecil dapat dilahirkan.
38. Pemuda yakin dengan sokongan yang diberi oleh seluruh rakyat kepada usaha ini FELDA akan dapat mengembangkan sayapnya ke luar negara dan hari ini terbukti bahawa kerjasama (JV) dengan syarikat TRT, pembekal oleochemicals di Amerika Syarikat dan pembukaan Restoran dan Hotel FELDA di Mekah membuktikan bahawa FELDA diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa kerana kemampuannya.
Desakan terhadap Rancangan Pertanian yang lain (FELCRA, RISDA, KEJORA, KETENGAH, KESEDAR)
39. Pada masa yang sama, Pemuda mahukan agensi-agensi seperti FELCRA, RISDA dan juga rancangan-rancangan pembangunan tanah wilayah seperti KEJORA, KETENGAH, dan KESEDAR hendaklah mengikut jejak langkah FELDA. Kalau FELDA mampu diperkasakan oleh YAB. Dato’ Sri Najib hanya dalam masa singkat, tidak ada sebab agensi-agensi lain yang turut bertanggungjawab memelihara kepentingan Melayu, tidak dapat melakukannya. Kita yakin sekiranya semua usaha-usaha ini dapat digerakkan dengan satu tekad baru demi kepentingan masa depan bangsa nescaya gelombang baru pertanian ini akhirnya menjadi satu kejayaan yang bermakna.
G. GLOBALISASI – LEDAKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT, PENGARUH LANGIT TERBUKA DAN BLOGGERS
40. Sesungguhnya perhimpunan kali ini mempunyai makna yang amat istimewa bagi bangsa dan tanah air kita. Perayaan gilang gemilang ulang tahun ke-50 kemerdekaan Malaysia pastinya telah menyemarakkan lagi rasa kecintaan kita kepada negara di samping memperingatkan kita tentang makna sebenar kemerdekaan. Saya juga percaya bahawa UMNO yang berusia 11 tahun pada ketika negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 itu, bukanlah satu kebetulan kerana UMNO lahir di atas ketentuan, ketentuan matlamat dan ketentuan kepimpinan; ketentuan yang telah menjadikan UMNO tetap utuh dan kukuh biarpun telah melewati usia 60 tahun.
41. Pergerakan Pemuda perlu diperkasa dan sentiasa bersiap sedia untuk berdepan dengan cabaran dan tuntutan baru. Kita harus sedar bahawa cabaran yang terpaksa dihadapi oleh Pemuda pada hari ini juga berbeza. Dunia tanpa sempadan, asakan globalisasi, ledakan teknologi maklumat, pengaruh langit yang terbuka luas telah mengubah cara kita berinteraksi, berhubung, bermasyarakat, malah bernegara. Dunia menjadi semakin kecil malah konsep negara bangsa mulai tercabar. Kita perlu memberitahu kepada diri kita bahawa tiada lagi masa yang lebih sesuai untuk kita bermuhasabah diri, menentukan hala tuju kita kalau bukan sewaktu negara merayakan 50 tahun kemerdekaannya.
42. Realitinya dalam era teknologi maklumat hari ini keterbukaan berita dan informasi tidak dapat disekat. Rakyat terdedah dengan banyak pilihan. Selain akhbar arus perdana, terdapat pelbagai media alternatif seperti komuniti bloggers yang aktif di negara pada hari ini. Saya percaya bahawa ramai di kalangan mereka sebenarnya cukup bertanggungjawab dan memberikan maklumat serta informasi berkualiti tinggi dalam menyumbang kepada pembinaan negara. Perkembangan ini harus kita lihat secara positif sebagai sebahagian daripada tradisi pendemokrasian dunia maklumat dan alam siber. Bagi generasi baru, blog menjadi gaya hidup terkini dan melalui kecanggihan ini telah melahirkan apa yang dipanggil Generasi "You Tube" dan "facebook" di kalangan mereka.
Kebebasan dengan tanggungjawab – pengajaran daripada Munshi Abdullah
43. Walaupun ia fenomena yang mungkin dianggap baik kepada pembinaan negara tetapi perlu diingat kebebasan harus datang dengan tanggungjawab. Kebebasan mesti membawa ke arah kematangan masyarakat Malaysia. Kebebasan ini bukan bersifat kebebasan mutlak tanpa apa-apa sekatan. Ia bukan lesen untuk mengecam, menghina, memfitnah dan memburuk-burukkan orang lain. Keterbukaan kerajaan bukan alasan untuk menjadikan media dan dunia siber tempat bercambahnya pembohongan dan hasutan.
44. Memang mudah menjadi pengkritik. Malah dalam tradisi Melayu, tegur menegur menjadi amalan masyarakat. Kelangsungan sistem bermasyarakat Melayu selama inipun ialah kerana anggotanya bersedia tegur menegur di antara satu sama lain. Munshi Abdullah bin Abdul-Kadir dalam buku-buku Hikayat Abdullah dan Hikayat Pelayaran Abdullah turut membuat kritikan yang pedas terhadap orang Melayu pada penghujung abad ke-19. Beliau menegur kelemahan orang Melayu, sikap malas mereka, kurangnya ilmu pengetahuan di kalangan mereka, cara hidup mereka, sehinggalah episod perpecahan di kalangan mereka. Abdullah turut mendedahkan tentang kemiskinan orang Melayu seperti katanya, "yang tinggal mereka itu dalam miskin dan malah dalam sepanjang umurnya." Ketika itu ramai yang marah kerana kelancangan Abdullah. Watak seperti Munshi Abdullah seringkali tidak popular, menjadi tohmahan dan dilupai oleh sejarah.
45. Bezanya, Abdullah tidak sahaja mengkritik tetapi memberikan cadangan bagaimana kehidupan orang Melayu dapat diperbaiki. Munsyi Abdullah memberikan pandangan bagaimana mahu mengeluarkan orang Melayu daripada kelemahan mereka. Abdullah turun ke lapangan, belayar ke negeri-negeri Melayu, melawan ombak, mengharungi ancaman lanun dan perang saudara bagi mendapatkan gambaran sebenar apa yang berlaku dalam masyarakat Melayu ketika itu. Kisah Pelayaran Abdullah bukan sekadar catatan perjalanan tetapi juga dimuatkan keinsafan dan nasihat tentang nasib orang Melayu. Abdullah menjadi pengkritik bangsa yang berterus-terang dan konstruktif.
46. Malangnya hari ini ada di kalangan orang Melayu sendiri, mereka yang duduk dalam keselesaan dan kemewahan, yang tidak pernah merasa kesusahan dan penderitaan rakyat, mahu menjadi juara bagi pihak rakyat. Mereka terlupa bahawa UMNO selama ini tidak sekadar melihat tetapi berada di lapangan, turun ke ceruk kampung, menyelesaikan segala permasalahan rakyat. Kita bukan sekadar memerah otak merancang strategi serta pelan tindakan untuk masa depan rakyat tetapi bertindak, bekerja dan melaksanakan harapan rakyat. Dasar-dasar UMNO dan kerajaan bukan dilakar dari kekosongan pandangan atau perbandingan teori tetapi dibentuk oleh pemikiran yang mendalam, hasil perbincangan yang panjang serta pengalaman yang telah diuji.
47. Kepada golongan ini, saya ingin mengingatkan agar mereka berfikiran lapang dan terbuka. Perjuangan mengejar populariti atas isu-isu yang sensasi tidak bertahan lama. Jikalau mereka mahu menjadi sebahagian dari proses membuat dasar, marilah masuk ke gelanggang, kurang tapak tangan nyiru kita tadahkan. Janganlah menjadi ayam yang berkokok di hujung kampung kerana golongan ini, ibarat pepatah Melayu, bodoh tak boleh ditunjuk, pandai tak boleh diikut. Ingatlah nasihat orang tua-tua:-
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa bergelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Macam bunga kembang tak jadi.
H. CABARAN MASA DEPAN PEMUDA UMNO – GENERASI MUDA
48. Hari ini lebih 12 juta rakyat negara ini berusia di bawah 24 tahun di mana 4.7 juta daripada mereka dalam usia formatif yang penting iaitu di antara 15 dan 24 tahun. Generasi ini mempunyai kapasiti intelek yang hebat, progresif, berkeyakinan tinggi dan lebih terbuka kepada pembaharuan. Hakikatnya, generasi ini berbeza daripada generasi sebelumnya kerana mereka tidak pernah menempuh jerih perit perjuangan memerdekakan negara. Mereka menghayati perjuangan kemerdekaan dari buku-buku sekolah dan pelbagai catatan sejarah lain. Sudah pastilah penghayatan dan pemahamannya berbeza kerana hakikatnya mereka tidak merasai dan melihat dengan mata sendiri peristiwa-peristiwa yang membentuk kontrak sosial, Perlembagaan Negara dan proses penubuhan negara yang tercinta ini.
49. Generasi ini juga membesar dalam era globalisasi yang meruntuhkan sempadan di antara negara. Teknologi maklumat sudah pasti mempengaruhi pembentukan sikap, nilai dan jati diri selain boleh merapuhkan pegangan agama, budaya dan semangat kenegaraan yang diwarisi. Ini adalah cabaran yang perlu kita hadapi kerana jatuh bangunnya bangsa dan negara pada masa hadapan akan ditentukan oleh generasi muda hari ini. Keupayaan generasi pewaris ini memimpin negara satu hari nanti bergantung kepada sejauh mana mereka dilengkapkan dengan asas, nilai, prinsip dan pegangan yang betul.
50. Saya memilih untuk mengutarakan perkara ini kerana ia adalah tanggungjawab dan keutamaan kita. Kita perlu bergerak lebih agresif untuk mendekati generasi muda pada pelbagai peringkat. Ini penting kerana kita tidak boleh membentuk suatu agenda pembinaan generasi muda masa depan yang tepat sekiranya kita tidak memahami dan mengambil kira harapan dan aspirasi mereka.
Membuka seluas-luas ruang di dalam UMNO kepada semua
51. Pada masa yang sama, kita perlu membawa generasi muda untuk berada bersama-sama kita dalam wadah UMNO. UMNO adalah sebuah organisasi demokratik yang sentiasa membuka pintu kepada seluruh rakyat. Sejak dahulu lagi kita menyaksikan keanggotaan ahli parti yang sentiasa memberi kekuatan kepada parti dan perjuangan orang Melayu. Kita harus membuka ruang seluas-luasnya kepada generasi muda hari ini sebagaimana generasi sebelumnya membuka ruang kepada kita untuk berada di dalam bahtera UMNO.
52. Tidak wajar kepentingan politik diri atau kumpulan dijadikan pertimbangan untuk menghalang generasi muda menyertai UMNO pada semua peringkat parti. Sedarlah bahawa UMNO dan bangsa akan berada dalam kerugian sekiranya kita tidak memberi ruang kepada sesiapa sahaja termasuk golongan muda Melayu yang mempunyai minda terbaik (the best Malay mind). Sehubungan itu, adalah menjadi satu tuntutan untuk kita melihat bukan sahaja dari aspek peraturan keahlian dan struktur parti tetapi juga memastikan pelaksanaan dan realiti di semua peringkat dalam parti bahawa UMNO sesungguhnya terbuka dan menjadi milik semua orang Melayu.
53. Pada masa yang sama kita jangan lupa bahawa di luar sana terdapat jutaan lain yang sebenarnya menyokong dasar dan perjuangan kita tetapi mereka bukan ahli UMNO. Mereka ini terdiri daripada orang Melayu dan Bumiputera yang turut sama mencorakkan senario politik negara. Mereka ini mengundi kita dalam pilihan raya, meletakkan kepercayaan terhadap usaha dan dasar-dasar yang kita laksanakan. Pada masa ini terdapat sekitar 3.3 juta ahli UMNO yang tentunya tidak cukup untuk kita memenangi pilihan raya. Mereka meletakkan harapan yang tinggi kepada kita dan mahukan kita mendengar keluh kesah mereka dan berkongsi kegembiraan dengan mereka.
54. Pada waktu yang sama kita kecewa dengan sikap ahli-ahli UMNO yang menganggap remeh tanggungjawab mereka sebagai pengundi. Alangkah tragisnya kalau orang UMNO sendiri yang membawa kad keahlian dan berbangga mendakwa sebahagian dari legasi hebat UMNO, tidak dapat menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih dalam pilihan raya yang menentukan survival UMNO. Maka adalah menjadi tugas kita semua untuk menyedarkan mereka akan tanggungjawab yang saya anggap amat penting ini. Ingatlah kita semua di dalam dewan ini adalah pemimpin yang mewarisi perjuangan UMNO. Laksanakanlah tanggungjawab kepimpinan saudara-saudara dengan penuh keikhlasan, kesungguhan dan komitmen yang tidak berbelah bagi. Bak kata bijak pandai Melayu, pemimpin itu;
Bagaikan kayu besar di tengah padang;
Rimbun daunnya tempat berteduh;
Kuat dahannya tempat bergantung;
Kukuh batangnya tempat bersandar;
Besar akarnya tempat bersila.
I. NILAI, SIKAP, PEGANGAN, CIRI-CIRI PEMIMPIN PEMUDA UMNO YANG DIHARAPKAN
55. Meskipun banyak usaha lagi yang perlu dilaksanakan, dasar UMNO selama ini telah melahirkan bangsa Melayu yang berjaya ekonominya. Walaupun kita berbangga dengan pencapaian ini tetapi kejayaan material sahaja tidak akan menguntungkan bangsa untuk jangka masa panjang. Kita mahukan orang Melayu berjaya secara menyeluruh. Tetapi saya risau apabila hari ini kemewahan melampau menjadi gaya hidup baru sesetengah golongan di mana penanda aras kejayaan disandarkan semata-mata kepada kekayaan dan kebendaan.
56. Saya menyentuh perkembangan ini kerana sudah kelihatan tanda-tanda terhakisnya nilai-nilai murni di kalangan sebahagian orang Melayu. Apa yang menjadi teras kekuatan bangsa Melayu selama ini seperti adab, sopan santun, budi bahasa dan ramah mesra mulai hilang. Kerakusan dan kesombongan telah menjadi sebahagian budaya mereka. Akibatnya mereka hilang jati diri, mereka lupakan nilai-nilai murni dan hidup mereka berkiblatkan kebendaan. Seperti yang saya nyatakan di awal tadi dalam konteks perjuangan parti, politik boleh menjadikan seseorang terkenal, masyhur, hebat dan berkuasa tetapi kuasa boleh merosakkan seperti juga kemasyhuran boleh melalaikan. Lalu kita mudah menjadi angkuh, rakus dan lupa daratan.
57. Percayalah, kita perlu menjauhi sikap ini kerana jika kita gagal menanganinya dengan segera segala yang dibina sejak sekian lama akan hancur dan menjadi sia-sia.
Allah S.W.T telah memberi peringatan melalui firmanNya dalam surah Al Isra’ ayat 16 yang bermaksud:
"Apabila Kami (yakni Allah) hendak memusnahkan penduduk dalam sesebuah tempat (yakni negara) maka Kami jadikan para pemimpinnya alpa dan lalai dengan segala kenikmatan yang mereka perolehi sehingga mereka melakukan kerosakan terhadap umat dan tempat (yakni negara) mereka. Maka datanglah perintah Allah kerana murka di atas kelalaian mereka lalu Allah mendatangkan kehancuran terhadap mereka."
58. Ingatlah firman Allah S.W.T ini sebagai panduan agar kita tidak tersasar dari ajaranNya. Pemuda kini berada dalam kedudukan yang kuat dan teguh untuk kita menunaikan amanah dan tanggungjawab parti. Hanya jikalau kuat dan bersatu padu sahaja kita boleh teruskan perjuangan suci ini. Jangan kita persia-siakan kedudukan kita ketika ini dan membiarkan diri kita hanyut dalam kemewahan, kemasyhuran dan kekuasaan. Ini turut ditekankan oleh Rasulullah S.A.W yang memandang berat kepada kekuatan dan kelebihan pada diri ketika berada di dalam keadaan yang terbaik.
Sabda baginda yang bermaksud:
"Ingatlah lima perkara, sebelum kamu ditimpa lima perkara iaitu sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, muda sebelum tua dan hidup sebelum mati."
59. Justeru, saya mengajak saudara-saudara sekalian selaku pemimpin yang akan mewarisi perjuangan dan pemimpin yang akan meneruskan pengekalan tampuk kerajaan untuk membulatkan tekad setulus hati dan berikrar untuk bersama-sama Yang Amat Berhormat Presiden melaksanakan agenda perdana ini. Sedarlah, Yang Amat Berhormat Presiden telah menggariskan satu tanggungjawab besar untuk kita galas. Misi Nasional telah dibina khusus untuk generasi masa depan. Misi yang bukan dibentuk untuk dinikmati segera tetapi satu cetusan berani untuk dinikmati oleh generasi terkemudian. Misi yang diilhamkan atas perasaan rasa tanggungjawab yang ikhlas dan tulus demi masa depan anak bangsa. Misi yang lahir di atas ketakwaan dan kesedaran bahawa kita hanya hamba yang dipinjamkan kebijaksanaan untuk melunaskan amanah yang diberi. Misi yang terpancar di atas rasa syukur dengan rahmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada kita selama ini bagi terus dinikmati oleh generasi akan datang.
60. Dengan kekuatan dan kesepaduan Pemuda yang telah kita bina selama ini, marilah kita genggam erat sumpah Pemuda untuk menjayakan Misi ini demi membela bangsa, mendaulatkan agama dan membangunkan negara. Kitalah yang akan membentuk masa depan bagi meneruskan kegemilangan negara untuk 50 tahun lagi. Kitalah harapan seluruh rakyat Malaysia. Kitalah Pemuda Perjuangan.
Hidup UMNO!
Hidup Melayu!
Allahu Akhbar!
Allahu Akhbar!
Allahu Akhbar!
Walilah-ilham.
Pergerakan Wanita dan Puteri mengambil kesempatan bersiar siar di Shah Alam Mall
Selepas ini rombongan akan kembali ke Kuala Lumpur dan ke PWTC untuk mengikuti persidangan yang sedang berjalan
UCAPAN Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Rafidah Abdul Aziz pada Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMN) 2007 di Dewan Tun Hussein, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Selasa, 6 November, 2007
Merdeka dan terus merdeka
Syukur Alhamdulillah kita, dapat, sekali lagi, mengadakan Mesyuarat Agong Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO, setelah selesai bermesyuarat di peringkat Cawangan dan Bahagian masing-masing. Setiap Mesyuarat Tahunan wajar, bukan sahaja membawa kita setapak lagi ke hadapan, dalam hayat dan sejarah perjuangan Parti, tetapi sepatutnya menjadikan kita lebih matang, lebih bersemangat, dan lebih insaf, akan peranan kita sebagai ahli-ahli sebuah Parti Unggul, yang komited, dan memikul amanah serta bertanggungjawab, untuk berjuang demi Ugama, Bangsa dan Negara.
Ahli-ahli Parti hari ini perlu insaf bahawa kita adalah pewaris tugas dan tanggungjawab yang telah dipikul dan dilaksana, oleh pemimpin-pemimpin dan pejuang-pejuang sebelum kita. Mereka telah, secara langsung, membebaskan Negara dan Bangsa daripada kongkongan Penjajah.
Mereka telah berjaya memerdekakan Tanah Melayu, dan seterusnya membentuk Malaysia.
Mereka telah membina asas-asas Kukuh Politik, Ekonomi dan Sosial, untuk dipupuk dan dibina seterusnya oleh generasi-generasi akan datang.
Tahun ini kita menyambut Ulang Tahun ke-50 Kemerdekaan Negara. Syukur ke Hadhrat Allah s.w.t. bahawa, sungguhpun pelbagai cabaran dan peristiwa pahit dan getir telah dilalui, negara telah dapat merayakan setengah abad kemerdekaan, dalam keadaan kestabilan, serta dapat bermegah dengan pelbagai kejayaan dan pencapaian, dalam pelbagai bidang, termasuk berjaya menghantar warga Malaysia, seorang anak Melayu yang pertama ke angkasa lepas.
Jelas bahawa kepimpinan negara, yang bertunjangkan kepimpinan UMNO, telah berjaya membawa negara dan rakyat ke tahap kejayaan yang boleh dan wajar dibanggakan. Perkongsian kuasa yang sentiasa didorongi oleh semangat bermesyuarah dan bertimbangrasa, serta kesederhanaan, telah berjaya membawakan kestabilan politik dan sosial, yang sangat penting untuk menjadi asas dan prasyarat, kepada usaha membangunkan ekonomi negara.
Jelas juga bahawa keadaan tidak stabil akan mula dirasakan, apabila unsur-unsur chauvinisme, keterlaluan, serta pandangan sempit dibiarkan mendorong tindakan.
Sebenarnya semua pihak, tidak kira keturunan, kaum, serta agama, mempunyai hak dan tempat sebagai Warganegara Malaysia. Dan hak dan tempat ini akan lebih terjamin dan kukuh, jika rakyat berbilang kaum, sebagai Bangsa Malaysia, terus memberi sokongan dan Mandat kepada Kerajaan Barisan Nasional, untuk meneruskan agenda dan Misi Nasional, yang telahpun diterima oleh semua.
Lebih-lebih lagi jangkamasa merealisasi Wawasan 2020 hanya tinggal 12 tahun lagi, dan usaha perlu dimulakan, untuk membawa negara ke setengah Abad yang akan datang.
Para Perwakilan sekalian
Sambil kita menyambut Ulangtahun Ke 50 Kemerdekaan Negara, kita perlu melakukan “stock-taking”, iaitu membuat perhitungan tentang apa yang telah berlalu, dan apa yang ada pada kita sekarang, supaya dapat kita rancang dan tentukan pula apa yang wajar dilakukan, untuk dekad-dekad akan datang.
Sejarah telah banyak mencatitkan segala kecapaian dan kejayaan. Begitu juga sejarah menunjukkan kesilapan-kesilapan dan detik-detik hitam yang tidak harus diulangi. Pengalaman dalam 50 tahun yang lalu, memberi panduan kepada kita, tentang di manakah punca-punca kekuatan dan kejayaan masyarakat, serta sebaliknya, di mana pula punca dan sebab-sebab kelemahan dan kegagalan.
Sejarah boleh memberi petunjuk-petunjuk dan pengajaran yang sangat berharga.
Yang penting ialah kita di masa sekarang, serta generasi-generasi akan datang, mesti sanggup belajar daripada sejarah, untuk meneruskan apa yang baik dan berfaedah, dan mengelakkan apa yang pasti membawa sengketa, perpecahan dan kelemahan kepada negara dan rakyat.
Kemerdekaan telah membebaskan negara daripada Penjajahan, dan membolehkan rakyat, secara proses demokrasi, menentukan halatuju dan destini negara. Rakyat bebas, melalui Kerajaan yang mereka pilih, untuk mengisi Kemerdekaan itu.
Dan proses mengisi Kemerdekaan itu akan berterusan, untuk selama-lamanya, dan tidak akan selesai. Dan proses serta usaha itu, akan menjadi semakin mencabar dan kompleks, oleh kerana persekitaran serantau dan global akan, secara langsung dan tidak langsung, mempunyai impak dan kesan, ke atas negara kita.
Lebih-lebih lagi Malaysia merupakan sebuah negara yang ekonominya sangat terbuka, dan jalinan antarabangsanya meluas. Pada masa kini, perdagangan antarabangsa negara merupakan lebih dua kali ganda daripada Keluaran Negara Kasar atau GDP. Malaysia salah sebuah negara peneraju ekonomi ASEAN dan Komuniti OIC.
Malaysia telah dapat memanafaatkan faedah-faedah daripada proses globalisasi, dan usaha-usaha perlu dijalankan untuk menangani seterusnya, proses tersebut.
Dinamisme persekitaran ekonomi serantau dan global, akan memberi kesan kepada Malaysia, samada positif ataupun negatif. Persekitaran tersebut akan terus samada mendorong, atau sebaliknya menggencatkan pencapaian Agenda dan Misi Nasional. Pengurusan ekonomi negara akan terus berlatarbelakangkan segala kemajuan dan pergolakan persekitaran ekonomi, dalam mana Malaysia berada. Dan persekitaran tersebut akan semakin mencabar.
Para Perwakilan Sekalian,
Cabaran-cabaran persekitaran inilah yang akan menentukan dasar-dasar serta pendekatan-pendekatan, yang wajar diambil dan dilaksana, menghala 50 tahun yang akan datang.
Dunia semakin mementingkan ilmu, dan ilmu akan mendorongkan Kemajuan dalam semua bidang ilmu dan pengetahuan mesti menjadi bekalan asas generasi muda sekarang, dan Ilmu dan Pengetahuan itu mesti relevan dan sesuai, untuk keperluan negara.
Dalam konteks ini, kaum Wanita mesti terus diberi laluan, atau “access” untuk memperolehi apa jua pengetahuan pendidikan, latihan dan kemahiran yang wajar, sebagai modal insan. Rakyat tidak perlu dan tidak wajar bimbang, apabila lebih ramai pelajar wanita daripada lelaki, yang berjaya memasuki Institusi-institusi Pengajian Tinggi, dan lulus pula dengan kecemerlangan.
Negara tidak mampu untuk mendiskriminasi kepandaian dan kebolehan. Jika ramai wanita yang layak dan berjaya, mereka tidak wajar dihalang, atau diketepikan, semata-mata kerana takut lebih ramai bilangan wanita yang berijazah daripada lelaki.
Bukan salah wanita kalau lebih ramai pelajar-pelajar lelaki yang tercicir, atau yang kurang berjaya.
Perlembagaan sudah dipinda, dan tidak boleh didiskriminasi berasaskan gender atau jantina.
Begitu juga, dengan Ilmu dan Pengetahuan, dapat dibekalkan generasi muda dengan kemahiran-kemahiran baru, selaras dengan keperluan-keperluan baru, dalam bidang-bidang seperti bioteknologi, aeroangkasa, elektronik, perkhidmatan dan perniagaan. Wanita juga tidak boleh ketinggalan dalam memupuk kemahiran dalam bidang baru ini.
Satu perkara penting yang perlu dipastikan, untuk negara dan masyarakat terus berjaya dalam persekitaran yang dipengaruhi oleh proses globalisasi, ialah supaya generasi kini dan yang akan datang, mempunyai minda, sikap, pandangan dan wawasan yang global, untuk melengkapi nilai-nilai positif yang telah sekian lama membentuk kewarganegaraan dan tatasusila rakyat.
Orang tua-tua dahulu, sentiasa berpesan supaya seseorang itu “jangan menjadi seperti katak di bawah tempurung……”.
Berabad-abad sebelum diperkatakan tentang “anjakan paradigma” dan “memikir di luar kotak”, nenek moyang kita telah mengajar kita, berfikir dan melihat kepada dunia yang lebih luas, daripada apa kita lazimnya dikongkongi, seperti sebuah tempurung.
Sekarang dunia telah disalingkaitkan antara satu pelosok dengan pelosok yang lain, oleh fenomena “world wide web” atau “www”. Ini merupakan seolah-olah jalinan sarang labah-labah yang sangat kompleks dan terperinci, melalui mana, segala maklumat, ilmu dan unsur-unsur telekomunikasi berjaya disalurkan.
Sistem Internet akan terus menjadi asas Teknologi Komunikasi dan Maklumat. Rakyat Malaysia mesti terus memanafaatkan ICT untuk meningkatkan keupayaan, produktiviti, dan kecekapan.
Tidak wajar adanya tempurung-tempurung, yang menghadkan keupayaan minda dan kebolehan kita.
Para perwakilan sekalian,
Sudah pasti, apabila minda dan pandangan lebih meluas dan global, maka akan terlihat, dan diterapkan pula, unsur-unsur luaran, yang mana bukan semuanya positif dan baik. Akan ada yang negatif dan perosak, yang akan ditiru dan diterima. Dan di sinilah letaknya tanggungjawab Ibu Bapa dan Penjaga, untuk memantau dan mengawasi, serta untuk membimbing dan menasihat.
Malaysia hendak mencapai status negara maju dalam tahun 2020, mengikut acuan sendiri. Bukan dengan meniru apa sahaja dari luar, atau menjadi klon kepada mana-mana negara atau masyarakat. Ini bukanlah satu perkara yang mudah dipastikan, kerana proses globalisasi juga membawa bersama sikap dan nilai asing, yang mungkin bertentangan dengan nilai-nilai bangsa dan rakyat Malaysia. Begitu juga pelbagai pengaruh, secara langsung atau tidak langsung, akan meresap ke dalam kehidupan dan pemikiran rakyat, dan ada yang akan mendatangkan kesan-kesan negatif.
Cabaran kepada kita ialah menapis, antara yang baik dan yang tidak baik, serta antara yang mendatangkan faedah, dan yang merugikan.
Suasana keterbukaan yang terdapat sekarang perlu memberi sumbangan positif kepada masyarakat dan negara, supaya percambahan minda dan fikiran meningkatkan keupayaan masyarakat dan negara, untuk bersaing dan berlumba, mencapai kejayaan dan kecemerlangan.
Tetapi, ada pihak-pihak yang telah menyalahguna suasana yang lebih terbuka ini, dan telah mula muncul bibit-bibit chauvinisma dan pergeseran. Demokrasi dan kebebasan individu, dalam tafsiran demokrasi tersebut, tidak harus memudharatkan yang lebih ramai.
Kumpulan kecil tidak boleh dibenarkan mengkhianati kepentingan majoriti, dengan mengganggugugat kesetabilan, perpaduan, dan persefahaman, antara rakyat berbilang kaum.
Pergerakan Wanita UMNO tidak mahu sikap keterbukaan, pemimpin-pemimpin, dijadikan alat oleh mana-mana pihak, menjejaskan kepentingan masyarakat dan negara, dan menjadi alasan tindakan-tindakan anti-nasional dan merosakkan suasana keharmonian yang telah dipupuk selama ini. Jangan dibiarkan demokrasi disalah tafsir dan disalahguna secara melulu, sehingga sentimen-sentimen negatif diapi-apikan, dan kestabilan tergugat.
Para perwakilan sekalian,
Kerapkali ada pihak-pihak yang bertanya tentang sama ada UMNO masih relevan, dan ada yang bimbang akan kelangsungan atau survival UMNO, di masa akan datang.
Persoalan-persoalan ini mungkin didorong oleh pergolakan-pergolakan yang diperhatikan dalam UMNO, serta perubahan-perubahan dalam budaya yang diamalkan dalam UMNO.
Perlu ditegaskan, dan diingatkan bahawa UMNO telah begitu berjasa kepada orang-orang Melayu, dan kepada rakyat dan negara. Pemimpin-pemimpin terdahulu dan sekarang telah, tanpa memikir akan kepentingan diri, membawa rakyat dan negara, serta orang-orang Melayu, ke tahap yang dibanggakan sekarang.
Hakikat ini tidak boleh dinafikan. Ia telah terukir dalam sejarah.
Insya-Allah, selagi UMNO berfungsi menaungi orang-orang Melayu dan rakyat Malaysia, dan selagi UMNO berfungsi dan berperanan sebagai tunjang Kerajaan, UMNO akan tetap relevan. Bahkan, UMNO akan tetap diperlukan.
Tetapi UMNO akan terus berfungsi dalam persekitaran dan suasana yang semakin berubah, dengan menghadapi cabaran-cabaran dari dalam dan luar. Dunia tidak lagi dwi-polar, dan semakin dipengaruhi oleh proses globalisasi.
Perlu dilihat kedudukan dan peranan UMNO, dalam konteks persekitaran yang semakin mencabar ini. Dan, UMNO sebagai teraju Kerajaan, mesti terus berupaya untuk membawa negara melalui, dengan jaya, segala lekok dan ranjau, dalam jalan ke arah 50 tahun yang akan datang, dan Insya Allah abad-abad seterusnya.
UMNO dan kepimpinan UMNO mesti mampu memperkukuhkan kedudukan negara dalam rantaian global, serta mampu memberi kepimpinan dalam menghadapi setiap perkembangan politik dan ekonomi, serantau dan di peringkat dunia. Perhatian UMNO tidak boleh lagi semata-mata kepada persekitaran dalaman, tetapi perlu juga dilihat apa yang berlaku di luar negara, yang akan memberi impak kepada rakyat.
Para Perwakilan sekalian,
Satu perkara yang sudah menjadi hakikat ialah UMNO semakin diharapkan untuk bukan sahaja membela dan menaungi orang-orang Melayu, tetapi juga untuk menaungi rakyat berbilang kaum di negara ini. Perdana Menteri, sungguhpun merupakan Presiden kita dalam UMNO, adalah Perdana Menteri dan Ketua Negara untuk semua Rakyat.
Begitu juga Pentadbiran Kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri.
Syukur Alhamdulillah, sehingga sekarang, rakyat menerima pemimpin-pemimpin UMNO sebagai pemimpin mereka, dan keupayaan Pemimpin-Pemimpin UMNO terdahulu dan sekarang menaungi semua rakyat, telah mempastikan UMNO diterima oleh rakyat, dan UMNO itu relevan.
Maka, di masa-masa akan datang naungan menyeluruh ini akan terus diharapkan, dan, seperti sekarang, pemimpin-pemimpin UMNO, bersama-sama dengan pemimpin Barisan Nasional yang lain, perlu terus mengseimbangkan antara kepentingan mana-mana kaum, dengan kepentingan masyarakat majmuk, serta kepentingan negara. Dan hakikatnya ialah rakyat berbilang kaum di Malaysia mempunyai destinasi dan haluan yang sama.
Sudah pasti, usaha ini akan semakin rumit, tetapi, dengan persefahaman, pakatan dan keinsafan akan kepentingan bersama, penyelesaian kepada apa jua masalah, akan diperolehi dan unsur-unsur sengketa dapat dibendung.
Rakyat berbilang kaum telah menerima Agenda dan Misi Nasional, dalam mana termaktub Agenda Melayu. Segala matlamat yang telah ditentukan memerlukan keupayaan bukan sahaja di pihak Kerajaan, tetapi juga di kalangan rakyat.
Pelbagai inisiatif jangka panjang telah dilancarkan. Antaranya ialah Kawasan-kawasan Pembangunan Wilayah di Selatan, Utara dan di Timur, masing-masing dengan tumpuan kepada bidang-bidang tertentu, untuk menjana pembangunan ekonomi yang lebih seimbang, antara Wilayah di dalam negara.
Pembangunan kawasan-kawasan tersebut perlu dilihat oleh rakyat Malaysia sebagai membuka peluang untuk melabur, menjalankan usaha ekonomi, serta mendapat pekerjaan. Sambil digalakkan pelabur-pelabur dari luar menyertai bersama, rakyat Malaysia sendiri perlu meneliti di mana, dan bagaimana, mereka dapat memanafaatkan peluang-peluang yang disediakan.
Perlu juga ditekankan bahawa pembangunan-pembangunan ini menjangkau jangkamasa yang panjang, maka bakal-bakal pelabur dan pengusaha di Malaysia hendaklah merancang dari sekarang, penyertaan mereka.
Para Perwakilan sekalian,
Ke arah kemajuan dan pembangunan negara seterusnya, perlu dipastikan modal insan, atau tenaga manusia, yang mampu dan berupaya memberi sumbangan kepada kecekapan dan produktiviti negara.
Pihak Kerajaan telah merancang dan melaksana pelbagai dasar dan langkah, untuk membangunkan modal insan yang berilmu, berkemahiran, serta yang kreatif dan inovatif. Lebih-lebih lagi, perlu di pupuk modal insane yang mampu meningkatkan kecekapan dan daya kompetitif negara dalam pesaingan di peringkat global.
Walau bagaimanapun, usaha Kerajaan ini perlu dilengkapi oleh usaha di dalam keluarga dan rumahtangga, terutama dalam asuhan tentang agama, sikap dan nilai-nilai yang baik.
Gejala-gejala negatif masih menular dalam masyarakat, dan kes-kes jenayah masih menjadi tonjolan media. Jenayah dalam keluarga masih berterusan, dan wanita dan kanak-kanak masih menghadapi keadaan-keadaan keganasan dan deraan.
Malaysia tidaklah tersendiri dalam konteks ini, kerana ini merupakan satu fenomena di banyak negara.
Tetapi, perlu ianya dibendung dan perlu diasuh nilai-nilai masyarakat yang cenderung kepada membela, menghargai dan menghormati wanita dan kanak-kanak dan wanita pula wajar dididik mampu berdikari, dan faham akan hak-hak mereka.
Satu lagi aspek asuhan dalam keluarga ialah memupuk sikap mesra alam sekitar. Hari ini dunia memperkatakan tentang “climate change” atau “perubahan cuaca”, yang didorongi oleh “pemanasan global”. Secara kumulatif, pelbagai tindakan dan amalan manusia, dalam pelbagai bidang dan aktiviti, telah menghakis alam sekitar. Persekitaran semakin rosak, dan membawa kesan kepada kualiti hidup.
Sungguhpun Kerajaan telah mengadakan perundangan dan peraturan, kearah penjagaan serta pemuliharaan alam sekitar, namun, sangat penting ahli-ahli masyarakat sendiri, sedar tentang peranan dan tanggungjawab mereka, terhadap alam sekitar.
Kaum wanita wajar mempelopori kempen dan usaha ke arah ini, melalui amalan-amalan baik dalam keluarga masing-masing, yang boleh membantu menjaga alam sekitar.
Pembangunan dan kemajuan bukan sahaja perlu diukur dari segi kuantitatif, tetapi juga, lebih penting, dari segi kualitatif. Pendapatan yang tinggi, serta rumahtangga yang mewah, tidak akan bererti, jika udara yang di sekitar tercemar, dan alam sekitar diancam oleh pelbagai masalah yang membawa kesan kepada kesihatan dan kualiti hidup.
Tanpa, perlu dijadikan bahan kurikulum di sekolah, kesedaran tentang alam sekitar wajar diterapkan di kalangan generasi muda. Sekurang-kurangnya mereka diajar menjaga pesekitaran sekolah, dan rumah, masing-masing terlebih dahulu.
Para Perwakilan sekalian,
Melihat ke belakang selama 50 tahun berlalu, satu hakikat jelas dilihat, iaitu kita dalam UMNO, boleh berdebat, berbahas, dan mendesak tentang hak dan keistimewaan orang-orang Melayu, serta mengusulkan tentang arah dan halatuju dasar-dasar negara, Ini adalah semata-mata kerana parti Kita UMNO, adalah teraju Kerajaan Barisan Nasional, yang berasaskan pada awalnya, Parti Perikatan.
Pemimpin-pemimpin UMNO adalah pemimpin-pemimpin Kerajaan, maka dapat dipertimbangkan apa yang dibahas dan didebatkan itu.
Itulah keistimewaan, dan nikmatnya, apabila parti kita UMNO, bersama-sama rakan-rakat Barisan Nasional, merupakan parti pemerintah dan parti yang menubuhkan Kerajaan.
Maka sangat perlu diusaha dan dipastikan, supaya di masa-masa akan datang, UMNO dan Barisan Nasional tetap merupakan parti yang mentadbir negara sebagai Kerajaan.
Dan ini menjadi realiti apabila UMNO dan Barisan Nasional terus memenangi Pilihan Raya, pada setiap kali ianya diadakan, di kedua-dua peringkat Pilihan Raya UMUM dan Negeri.
Dalam konteks ini, Pergerakan Wanita UMNO telah sekian lama berperanan sebagai jentera Parti di peringkat akar umbi, dan kini pendekatan Ketua 10 telah menjadi asas kepada kerja-kerja menghadapi Pilihan Raya. Pengalaman telah banyak diperolehi dalam Pilihan-Pilihan Raya yang lalu, dan jentera Pilihan Raya Pergerakan Wanita UMNO, sentiasa dikemaskini dan diperbaiki.
Kerja-kerja telahpun dimulakan sekian lama, dan di sini, saya ingin menyuarakan supaya setiap Bahagian, Zon, dan peti undi menyiapkan segala kerja pemantauan dan penyemakan, dan memberikan laporan terkini yang lengkap kepada Pejabat Pergerakan Wanita UMNO Pusat, dalam masa terdekat.
Setiap Bahagian mesti menyiapkan liputan bancian pengundi, sebelum penghujung tahun, supaya dapat dianalisa segala maklumat dan disampaikan kepada pucuk kepimpinan.
Tidak perlu kita bertanya bila akan diadakan Pilihan Raya UMUM. Ia pasti akan diadakan. Yang penting ialah kita telah bersiap sedia, dan tiada kerja dan usaha yang tertinggal atau tidak dilaksanakan. Banyak masa telah diberikan untuk bersiap sedia, dan kita perlu berada sentiasa pada tahap “gear penuh”, atau “full gear”.
Motivasi asas kita bekerja ialah untuk mempastikan UMNO dan Barisan Nasional terus memenangi dengan besar Pilihan Raya UMUM, supaya dapat diteruskan Agenda Nasional, dan Agenda Melayu.
Buat masa ini usahlah dibuat percaturan politik tentang siapa jadi calon, kerana individu tidak penting. Biarlah Pucuk Kepimpinan menentukan senarai Calon. Jika Allah s.w.t. telah menentukannya, maka seseorang itu akan dipilih sebagai Calon. Segala-galanya adalah Takdir Allah yang Maha Berkuasa.
Tugas dan tanggungjawab kita ialah bekerja dan berusaha, demi untuk Agama, Bangsa dan Negara. Dan tugas utama ialah untuk membantu UMNO dan Barisan Nasional memenangi Pilihan Raya.
Di sini saya ingin supaya semua Ahli-Ahli Pergerakan Wanita UMNO membaharui komitmen dan azam untuk bekerja sebaik mungkin untuk Kemenangan Parti dalam Pilihan Raya yang akan datang. Insya Allah, segala usaha kita akan diberkati, dan mencapai kejayaan.
Para Perwakilan sekalian,
Hari ini, kita telah diwariskan sebuah negara yang maju, dihormati, dan yang berwibawa. Segala-galanya adalah hasil perjuangan dan usaha pemimpin-pemimpin dan pejuang-pejuang terdahulu dan sekarang.
Ramai yang telah pulang ke Rahmatullah. Masih ada yang bersama-sama kita, penuh bersemangat, dan menaruh harapan bahawa kita akan meneruskan perjuangan mereka.
Di sini, saya ingin mengajak generasi muda supaya mengubah semantik dan ungkapan seperti “mewarisi kuasa”, “pelapis kepimpinan”, serta ambilalih jawatan”, kepada “mewarisi, dan mengambilalih kerja dan tanggungjawab”, dan “mengambil alih beban perjuangan”. Ini ialah kerana, bilangan jawatan terlalu terhad, dan tidak boleh semuanya bercita-cita tentang kuasa dan jawatan.
Tetapi kerja dan tanggungjawab, serta beban perjuangan tiada hadnya, bahkan semakin berat dan pelbagai. Dan harus dipikul bersama oleh semua, tidak kira apa jawatan yang dipegang.
Bukan mudah meneruskan kerja dan perjuangan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Parti sebelum kita. Mereka kerapkali berfungsi seperti lilin, membakar diri untuk menerangkan orang lain. Mereka berjuang tanpa mementingkan diri. Wawasan mereka ialah wawasan bangsa dan negara.
Marilah kita bersama-sama merakamkan Penghargaan dan Terima Kasih kepada Pejuang-Pejuang Bangsa dan Negara ini, yang telah selama 50 tahun memberi kita menafaat yang kita nikmati sekarang. Marilah kita sama-sama teruskan, sedaya upaya kita, kerja dan perjuangan mereka.
Kita mesti pastikan supaya Negara dan Rakyat tetap Merdeka, tetap bebas menentukan destinasi dan masa depan.
Kita Mesti Merdeka dan Terus Merdeka!
Marilah kita laungkan Merdeka 7 kali, supaya kita terus bersemangat untuk bekerja dan berjuang.
Merdeka
Merdeka
Merdeka
Merdeka
Merdeka
Merdeka
Merdeka
Sekianlah, Selamat Bersidang
Wabillahi Taufik Wal hiddayah, Wassalamu Alaikum, Warahmatullahi Wabarrakatuh
Singgah kopi kopi disebuah tempat persinggahan bersama rombongan sebelum meneruskan perjalanan ketempat tempat yang telah dikenalpasti.
Selasa 6 November 2007 , Ucapan Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Noraini Ahmad pada Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO 2007 di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
" Menjulang bangsa, mengisi wawasan "
Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Perwakilan dan Pemerhati yang dikasihi
PENGENALAN
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana kita dapat sekali lagi berkumpul di atas semangat silatulrrahim dan perjuangan demi memperkasakan kedudukan politik, ekonomi, sosial dan pendidikan orang Melayu pada hari yang mulia ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad SAW
Bersyukur juga kita ke hadrat Illahi kerana perhimpunan kita kali ini diadakan ketika usia kemerdekaan Negara sudah mencecah 50 tahun, dan sepanjang tempoh separuh abad ini begitu banyak limpah nikmat pembangunan serta kemajuan yang telah kita kecapi hasil pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan UMNO sebagai tonggak utamanya.
Tidak lupa kita panjatkan kesyukuran kerana Pergerakan Puteri UMNO yang dilancarkan pada 3 Ogos 2001 kini sudah berusia enam tahun dibawah lembayung parti UMNO yang terus subur, segar dan relevan kepada orang Melayu.
Memandangkan kita masih berada di bulan Syawal mulia, saya mengambil peluang ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua perwakilan yang hadir.
IMBASAN 2007
Perwakilan Yang Dihormati Sekalian,
Tempoh setahun lalu menyaksikan negara dilanda pelbagai ujian. Paling diingati ialah peristiwa negara dilanda banjir besar yang menenggelamkan hampir seluruh selatan tanah air. Ribuan keluarga terjejas, jutaan harta benda musnah. Puteri turut merasa sedih dengan kejadian yang menimpa. Seluruh jentera sukarelawan Puteri seluruh negara telah digerakkan bagi membantu mereka yang ditimpa bencana. Seawal hari kejadian, Puteri hadir menghantar keperluan bantuan kepada mangsa.
Pejabat Puteri UMNO Malaysia dijadikan pusat pengumpulan barang-barang untuk didermakan. Hasil sumbangan ahli-ahli Puteri diseluruh negara serta orang ramai, agihan dapat dilakukan secara berterusan. Puteri turut membawa bersama Pasukan Perubatan dalam misi bantuan ini. Klinik kesihatan bergerak diujudkan untuk memberi rawatan percuma kepada mangsa banjir.
Tidak bernokhtah setakat itu, Puteri mengadakan program Gotong Royong Perdana sebagai usaha meringankan tenaga bagi sama-sama melakukan kerja-kerja pembersihan. Dengan kesedaran bahawa ujian ini turut melunturkan semangat serta emosi mangsa, Puteri mengambil inisiatif menganjurkan program kaunseling yang memfokuskan kepada pelajar sekolah dan ibu bapa.
Hasilnya, saudara-saudara kita yang terjejas di Johor, Melaka, Negeri Sembilan serta Pahang mendapat manfaatnya.
Setahun yang lepas juga, kita telah melalui tiga pilihanraya kecil di DUN Batu Talam, Machap dan Ijok yang telah menyaksikan jentera Puteri turun padang. Tahniah kerana telah bekerja kuat, berkorban masa serta tenaga sekaligus membantu Barisan Nasional untuk menang besar kerusi yang dipertandingkan.
Ibarat tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan, sejak ditubuhkan hinggalah sekarang, Puteri juga tak pernah kering dengan pelbagai program bukan sahaja untuk manfaat kira-kira 300,000 ahlinya malah menyusur sehingga ke akar umbi, meliputi seluruh anggota masyarakat tanpa mengira tua, muda, remaja, kanak-kanak sekolah sehinggalah ke anak-anak di bangku tadika dan masih kecil.
Hasil kesungguhan dan komitmen semua ahli kita mampu melaksanakan apa jua program sama ada berteraskan pendidikan, sosial, ekonomi, kebajikan, sukan dan rekreasi dengan jayanya ke arah mendekatkan lagi pergerakan ini dengan anggota masyarakat di segenap peringkat.
Alhamdulillah kita juga bersyukur kerana usaha sukarelawan ini sentiasa mendapat sokongan padu pelbagai pihak, daripada jabatan dan agensi kerajaan, sehingga ke sektor swasta serta badan-badan korporat.
Puteri juga telah berjaya menganjurkan Majlis Malam Amal Tautan Kasih bersama Yayasan Harapan Kanak-kanak Malaysia dan dihadiri Yang Berbahagia, Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Timbalan Presiden UMNO. Hasil daripada program ini digunakan untuk mengisi Tabung Prihatin Puteri UMNO yang dilancarkan oleh Datin Seri pada perhimpunan tahun lalu.
Dalam perhimpunan pada tahun lepas, Puteri telah menawarkan diri untuk menjadi sukarelawan dalam program Permata. Sukacita dimaklumkan bahawa Puteri kini mendapat amanah untuk menjadi sukarelawan didalam program membaca pada anak-anak Permata diseluruh negara.
Kita juga telah menganjurkan pelbagai program termasuk Pelancaran Mekar ICT bersama DBKL, Bicara Tokoh, Jom Fiesta!, Program Semarak Gemilang, Bowling persahabatan, Pertandingan Futsal, dan yang terbaru adalah pelancaran komuniti siber (Jalinz) oleh YAB Presiden UMNO baru-baru ini.
Bermotokan Generasi Wanita Prihatin, Puteri adalah satu-satunya sayap parti yang telah sama-sama menyertai majlis pertemuan antara Mariam Johari yang berusia 86 tahun dengan anak-anaknya yang telah terpisah selama 64 tahun angkara desakan dan himpitan hidup dizaman penjajah dengan menguruskan pemergian mereka ke Korea.
Dalam kesibukan melaksanakan program kebajikan, pendidikan dan sosial, kita tidak mengabaikan tanggungjawab politik. Jentera pilihan raya Puteri siap sedia untuk menghadapi pilihan yang akan diadakan pada bila-bila masa.
Malah banyak kerja bersama akar umbi sudah dilaksana dan terus dilaksana. Misalnya, kita telah menganjurkan Kursus Persiapan Jentera Pilihanraya, Kursus Pemantapan Jentera Pilihanraya, taklimat pemantapan biro penerangan, Bengkel Pemantapan Aktiviti Jom Baca!, Kursus Penulisan Siber, kursus ‘gallop poll’ dan pelbagai lagi.
Ahli-ahli juga fokus untuk turun ke akar umbi mencari rakan seusia kami yang masih belum mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya. Alhamudulillah, berkat usaha berterusan ini majoriti generasi wanita muda yang belum berdaftar telah didaftarkan.
Sesungguhnya saya amat terharu dengan semangat ahli-ahli Puteri, yang bekerja tanpa mengharapkan upah atau ganjaran. Dalam usia pergerakan kita yang hanya berusia 6 tahun, kita sekali lagi berjaya memaksimakan sumbangan wanita melayu muda kepada masyarakat.
Semuanya dapat dilakukan kerana prinsip yang kita dokong selama ini – bekerja untuk rakyat, bangsa, agama dan negara, tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran atau balasan. Inilah tanda terima kasih daripada Puteri kepada kepimpinan UMNO yang berwawasan dan telah banyak berkorban untuk kepentingan orang melayu sejak merdeka.
Tahniah saya ucapkan kepada Exco dan Ketua Puteri negeri yang aktif dalam menggerakkan aktiviti biro dan program negeri masing-masing. Begitu juga sumbangan semua ahli di Peringkat Pusat, Bahagian dan Cawangan yang tidak menang tangan membantu menjayakan setiap aktiviti yang telah dirancangkan. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli Puteri yang telah bersungguh-sungguh bekerja sehingga kita menang besar dalam semua pilihanraya kecil yang lepas.
Puteri ingin mengulangi ikrar kami untuk terus berdiri teguh di belakang kepemimpinan YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Presiden UMNO dan Timbalannya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Wanita muda di dalam UMNO ini akan sama-sama memastikan kita menang besar dalam pilihanraya yang akan datang.
MEMBINA NEGARA BANGSA
Perwakilan Yang Dihormati Sekalian,
Cabaran bagi membina negara bangsa dalam arus dunia tanpa sempadan amat kritikal dan penting. Kita jangan sesekali menaruh niat dan hasrat untuk membina generasi muda dalam kerangka pemikiran dan cabaran masa lampau.
Kita perlu menyediakan mereka untuk menghadapi realiti dan cabaran baru. Pelajar kita mesti diasuh dengan nilai keinsafan yang bersifat glokal, berani dan kompetitif, bijaksana tetapi tidak kurang ajar, patriotik dan menyayangi negara. Kita kena berpegang kepada pepatah di mana bumi di pijak, di di situ langit di junjung.
Puteri membantah sekeras-kerasnya tindakan seorang pelajar Malaysia di Taiwan yang menggunakan nama samaran Namewee, yang mempersendakan agama Islam dan bangsa Melayu menerusi lirik lagu Negaraku dan Kawanku yang diciptanya sehingga mencetuskan kemarahan banyak pihak terutama orang Melayu di Negara ini.
Puteri juga menolak sama sekali permohonan maaf pelajar terbabit kerana perbuatannya bukan saja keterlaluan, malah biadap dan kurang ajar.
Lebih dahsyat lagi selepas perbuatan biadap Namewee itu, kita telah dikejutkan dengan insiden seorang remaja Melayu membakar bendera negara, Jalur Gemilang dalam satu kejadian rusuhan di Kuala Terengganu pada 8 September lalu.
Kita terkejut, terkilan dan marah dengan kejadian itu yang dikatakan berpunca daripada kegagalan pembangkang mendapat permit polis bagi mengadakan satu perhimpunan. Sesungguhnya ia adalah isu nasional membabitkan maruah dan jati diri masyarakat Malaysia dan orang Melayu.
Puteri berpendapat, perkara ini tidak mungkin akan berlaku jika semangat patriotisme dan semangat politik kepartian tidak dicampuradukkan hingga semangat kemerdekaan serta kenegaraan terhakis dan dipinggirkan.
Puteri juga menyelar sekeras-kerasnya perbuatan ganas membakar Jalur Gemilang dan menganggap ini sebagai tindakan kelompok pengkhianat bangsa dan negara. Ini mencabul maruah Malaysia sebagai negara berdaulat yang bebas dan merdeka.
Perbuatan itu juga turut mencalar imej negara. Apa pandangan orang luar melihat gelagat rakyat kita sendiri yang memalukan membakar Jalur Gemilang, perbuatan yang tak boleh diterima oleh akal. Nama negara tercatat di peta dunia dan segala tingkah laku kita diperhatikan dunia luar. Ketika tidak ada rakyat mana-mana negarapun sanggup membakar bendera negara mereka sendiri, rakyat di negara kita pula yang sanggup berbuat demikian.
Perbuatan mereka yang terlalu taksub dengan politik kepartian hingga sanggup membakar bendera negara, tidak harus dimaafkan apa lagi ketika negara menyambut kemerdekaan negara yang ke-50.
Puteri UMNO sehubungan itu mendesak supaya tindakan setegas-tegasnya diambil terhadap pengkhianat terbabit, apa lagi perbuatannya bukan saja dipaparkan di media cetak malah turut dipaparkan menerusi rakaman video, yang sering diulang menerusi kaca televisyen.
Kita tidak harus bertolak ansur terhadap sesiapa sahaja yang memperlekehkan soal agama, maruah bangsa dan kedaulatan negara. Setiap warga Malaysia harus tanggungjawab sepenuhnya atas sikap dan kejahilan yang telah ditonjolkan oleh mereka.
ISU PENDIDIKAN & MODAL INSAN
Perwakilan Yang Dihormati Sekalian,
Sejak dari awal penubuhan, isu pendidikan sentiasa dekat di hati Puteri dan dalam setiap program yang dilaksanakan keutamaan diberikan kepada isu yang membabitkan soal survival pendidikan anak-anak Melayu.
Puteri amat insaf dan menyedari bahawa pendidikan adalah asas dan tonggak penting dalam membina modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang ke arah mencapai matlamat negara maju 2020, seterusnya ke arah Malaysia yang lebih gemilang pada 2057.
Pendidikan awal amat penting dalam pembentukan modal insan berilmu dan sekaligus akan menyumbang ke arah pembendungan gejala sosial . Ia adalah satu proses jangka panjang tetapi transformasi dan pembentukan keperibadian diri seharusnya dimulakan dari awal lagi.
Kita harus membangunkan modal insan yang selari dengan zaman dan Puteri dengan ini menyokong penuh Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Puteri UMNO juga menyokong penuh Bajet 2008 khususnya pemansuhan yuran tahunan sekolah rendah dan menengah sepenuhnya dan Skim Pinjaman Buku Teks diperluaskan kepada semua pelajar tanpa mengira pendapatan isi rumah dan bilangan anak yang layak.
Sesungguhnya pendidikan percuma yang diketengahkan kerajaan dalam bajet berkenaan adalah pendekatan yang dilaksanakan oleh negara maju. Ia membuktikan kerajaan kita sentiasa memelihara kebajikan rakyat.
Betapa bertuahnya kita punya kerajaan yang sanggup memberikan pendidikan percuma untuk semua. Tidak harus lagi ada keluh kesah di kalangan ibu bapa selepas ini, tiada lagi alasan untuk anak keciciran kerana orang tua tidak mampu, tidak harus ada kes anak ponteng sekolah kerana ibu bapa gagal jelaskan yuran serta tidak harus wujud jurang pendidikan antara penduduk desa dan kota, malah tidak harus wujud lagi cerita ‘antara dua darjat’ dari segi pendidikan bagi anak si kaya dan si miskin.
Ini kerana kerajaan kita telah menyediakan akses kepada semua rakyat untuk mendapat pendidikan secara sama rata, selari dengan pendekatan membangunkan modal insan bagi membawa Malaysia ke arah Malaysia Maju 2020 dan Malaysia yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang menjelang 2057.
Dalam konteks pendidikan tinggi, Puteri memandang masalah kehilangan tenaga pakar ke luar negara menjadi semakin meruncing. Kita kena lebih tegas dan pastikan mereka, terutama yang dibiayai dengan pinjaman membayar balik kos pembelajaran sebaik tamat belajar. Sekiranya mereka gagal untuk pulang berkhidmat, pembayaran balik dengan kadar penalti yang lebih tinggi haruslah ditetapkan mengikut kadar semasa.
Dalam usaha untuk menggalakkan pelajar menyambung pembelajaran di dalam Negara, usaha untuk memperkasakan universiti awam di Negara ini perlu dilakukan. Ini adalah kerana kajian reputasi akademik IPTA yang dijalankan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) mendapati tidak ada universiti dalam negara yang mencapai tahap terbilang atau bertaraf dunia.
Puteri mencadangkan penstrukturan semula universiti-universiti awam sedia ada di negara ini dilakukan bagi memperkasakan IPT berkenaan supaya muncul sebagai universiti terbaik di dunia.
Puteri ingin mencadangkan supaya satu jawatankuasa kecil dibentuk, yang akan menjadi tulang belakang dalam mencari tenaga pengajar bertaraf dunia dan menjadikan universiti kita sebagai universiti contoh, sejajar dengan matlamat kita untuk menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan bertaraf antarabangsa.
Harus diingat, apabila kita diiktiraf sebagai hub pendidikan serantau maka diharap universiti ini akan dapat membangun dengan sendiri, tanpa memerlukan subsidi daripada kerajaan. Mungkin kos awal ke arah itu dianggap besar dan membebankan, tetapi kita perlu melihat kesan jangka panjang yang sememangnya berbaloi dalam usaha meletakkan Malaysia sebagai hab kecemerlangan pendidikan tinggi paling unggul di dunia.
Pada masa sama kita juga perlu lebih kompetitif dalam membayar gaji serta memandang serius isu kenaikan pangkat tenaga akademik tempatan supaya mereka tidak berhijrah khususnya ke luar negara. Cara ini secara tidak langsung akan mengukuh dan memantapkan lagi tahap pendidikan di negara ini.
Usaha lain yang dapat dilihat adalah melalui Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara 2007 yang dilancarkan baru-baru ini. Puteri mengalu-alukan tujuh teras yang menjadi pemangkin kecemerlangan pendidikan tinggi Negara khususnya cadangan penubuhan Universiti Apex.
Kita maklum bahawa apabila menyebut Universiti Apex, maka sudah tentulah universiti itu memiliki keunggulan dan ketinggian darjatnya. Universiti Apex tersohor melalui keupayaannya menjadi rujukan, memiliki pensyarah yang terbilang, sangat kompetetif, memiliki penyelidikan hebat serta pengambilan pelajar dillakukan secara penilaian komprehensif.
Justeru, misi untuk mencapai cita-cita ini mesti direalisasikan. Walaubagaimanapun, Kerajaan haruslah benar-benar melihat bagaimana mekanisma penubuhan universiti Apex ini dilakukan
Adakah kerajaan mahu menubuhkan universiti baru atau memilih universiti sedia ada untuk ditarafkan sebagai Apex? Kerajaan mesti memastikan terma dan model rujukan, serta rangka kerja jawatankuasa agar universiti Apex yang dicadangkan bersesuaian dengan acuan tempatan.
Kerajaan juga perlu memastikan bahawa peningkatan kualiti universiti tempatan lain turut ditingkatkan agar bertaraf dunia.
Puteri juga berharap agar universiti Apex yang diilhamkan ini nanti mampu berdiri diatas kaki sendiri dan tidak membebankan kerajaan.
Secara tidak langsung, ini akan melahirkan pelajar berkualiti bertaraf dunia.
Saya juga ingin menyentuh mengenai Kajian yang dibuat oleh Malaysian Institute of Economic Research (MIER) yang cukup membimbangkan kita. Ketika negara dijangka mencatat peningkatan ekonomi sekitar 6.5 peratus pada tahun ini – wujudnya scenario "jobless growth" (pembangunan ekonomi tanpa penyediaan peluang pekerjaan), satu fenomena yang menuntut perhatian kita semua.
Menurut MIER ini berdasarkan kepada fakta bahawa dalam kita mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang baik pada tahun ini, pasaran mencatatkan kekurangan hampir 200,000 peluang pekerjaan berbanding tempoh sama tahun lalu.
Punca utama keadaan ini berlaku ialah wujudnya peralihan nilai kerja daripada buruh yang tidak berintensifkan kemahiran kepada buruh yang berintensifkan kemahiran-teknologi dan ilmu pengetahuan. Peralihan ini tidak sahaja berlaku di Malaysia, malah negara maju seperti Amerika Syarikat.
Justeru Puteri UMNO mendesak supaya kita mengkaji semula proses penyediaan modal insan di Negara ini secara total dan holistik. Kita perlu mengenalpasti segala kelemahan dan kelebihan di kalangan anak-anak kita, generasi muda kita. Kita harus meneliti penawaran dan permintaan dalam pasaran dan mencari langkah pembetulan yang tepat.
Puteri tahu bahawa untuk melahirkan professional mengambil masa dan jika kita fokus kepada satu bidang pada satu masa, kita akan menghadapi masalah lambakan graduan menggangur pada masa depan.
Sukacita juga Puteri UMNO mencadangkan supaya Kementerian Sumber Manusia menjalankan kajian terperinci untuk mengenal pasti bidang yang sesuai dan diperlukan bagi tempoh bukan sahaja lima tahun, malah 10 tahun dan 20 tahun akan datang. Sasaran kita tidak seharusnya menjurus kepada keperluan masa kini, tetapi perlu melangkau lebih jauh dengan melihat keperluan di masa depan.
Di sini juga, Puteri menggesa supaya idea penubuhan institut buruh yang dilaung-laungkan dua tahun lalu dilaksanakan supaya negara dapat melahirkan bilangan professional setimpal dengan kehendak pasaran kerja semasa dan badan ini juga boleh bergabung dengan Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pengajian Tinggi dalam usaha mengurangkan kadar pengangguran di kalangan graduan.
Apa yang boleh dilakukan sebagai contoh, jika 20,000 ahli bioteknologi diperlukan dalam masa lima tahun akan datang, maka pihak Kementerian Sumber Manusia harus memberi maklum balas kepada institut berkenaan dan sekaligus mendapat kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi dalam mengagihkan bilangan pelajar ke jurusan berkenaan. Apabila bergelar graduan kelak, mereka ini akan mengisi kekosongan pekerjaan yang diperlukan itu.
Selepas 50 tahun, kita harus memperbaharui tekad, meningkatkan lagi kesungguhan, menggandakan lagi usaha dan berani untuk melangkah lebih jauh, mencatat kejayaan lebih besar di peringkat antarabangsa.
Hanya dengan tekad dan kesungguhan sebegini kita mampu merealisasikan impian 2057 Presiden parti yang mahu apabila negara merayakan 100 tahun kemerdekaannya pada 2057, rakyat dan bangsa Malaysia akan mencapai kejayaan yang tidak pernah difikirkan.
Impian 2057 juga mensasarkan pelajar dan profesor negara ini mampu menguasai universiti terkemuka dunia, manakala universiti tempatan akan menjadi pusat kecemerlangan untuk cendiakawan antarabangsa.
Pokok pangkalnya semua ini bertunjangkan ilmu, pendidikan dan jati diri yang tinggi. Kita hanya akan berupaya merintis kecemerlangan yang tidak pernah diimpikan dengan berpaksikan modal insan yang cemerlang.
Rata-rata laporan yang kita baca mendedahkan mengenai kejayaan pelajar perempuan melepasi meritokrasi sehingga pelajar perempuan lebih ramai daripada lelaki di institut pengajian tinggi (IPT) negara ini. Mengikut statistic Kementerian Pengajian Tinggi 2006 kemasukan pelajar perempuan mengikut gender adalah 62%, manakala lelaki 38%. Manakala jumlah pengeluaran graduan pula adalah perempuan 65% manakala lelaki 35%.
Di sini Puteri ingin mengajak golongan lelaki supaya sama-sama bersaing secara sihat dan tidak mempertikaikan soal merit. Kecemerlangan pelajar perempuan seharusnya menyuntik semangat kepada pelajar lelaki untuk bersaing secara sihat, bukan mempertikaikan pemilihan jumlah pelajar perempuan yang ramai di IPT.
Puteri juga mahu supaya lebih banyak peluang memegang jawatan tinggi dibuka kepada golongan perempuan yang memenuhi kelayakan diperlukan dan pemilihan tidak harus dibuat berdasarkan jantina pemohon.
Sudah ada suara-suara yang mempertikaikan bahawa sistem merit yang diamalkan sekarang menjadi punca utama ketidakseimbangan antara pelajar perempuan dan lelaki di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.
Malah penilaian berdasarkan 10 peratus markah dalam aktiviti kokurikulum juga tidak membantu menambah bilangan pelajar lelaki kerana pelajar perempuan juga aktif dalam pelbagai aktiviti terbabit ketika di sekolah. Lebih mengejutkan pelajar perempuan sudah semakin berani memasuki bidang teknikal termasuk kejuruteraan menyebabkan mereka mula mendominasi hampir semua jurusan di IPT.
Maka mulalah timbul pelbagai cadangan termasuk cadangan supaya sistem kuota perlu digunakan dalam beberapa bidang kritikal supaya lebih ramai lelaki dapat menyertai bidang seperti pertanian, kejuruteraan dan pelbagai bidang lain yang memerlukan tenaga serta masa yang maksimum.
Ketandusan pelajar lelaki di IPT semakin membimbangkan apabila pelajar wanita mula mendominasi hampir semua jurusan, malah pusat pengajian serta bidang yang selama ini popular dikalangan lelaki juga menunjukkan pertambahan mendadak pelajar wanita setiap tahun.
Puteri bertegas bahawa lelaki harus menjadikan meritokrasi sebagai cabaran. Persaingan secara sihat untuk mendapat tempat di mana-mana IPT harus diteruskan kalau kita mahu melahirkan modal insan yang benar-benar cemerlang.
DASAR LANGIT TERBUKA
Perwakilan Yang Dihormati Sekalian,
Globalisasi sedang melanda kita. Dunia semakin hilang sempadannya. Dasar langit terbuka yang kita amalkan mengundang pelbagai ancaman. Anak-anak kita terdedah kepada pelbagai cabaran baru - termasuk budaya asing yang boleh menjajah minda. Internet menjadi sungai besar yang mengalirkan sekian banyak kebaikan tetapi juga berisi kotoran dan najis.
Semua ini adalah petanda kemajuan, namun yang buruknya ialah ia menjadi punca pada banyak masalah yang membabitkan, nilai, budaya, cara hidup dan lebih penting lagi kepercayaan beragama kita.
Perdana Menteri ketika membentangkan Rancangan Malaysia Kesembilan yang bertemakan "Membina Tamadun Menjulang Martabat Bangsa" menekankan kepada `usaha untuk memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral.'
Presiden UMNO turut menyentuh mengenai perlunya rakyat berminda kelas pertama yang bermaksud mereka berpengetahuan, mampu berdaya saing, berbudaya kerja cemerlang, berintegriti dan memiliki kekuatan moral.
Masyarakat itu harus tahu menghayati dan menghargai budaya, kesenian dan warisan serta sejarah negara, bangsa dan agama.
Identiti nasional kita harus kekal terserlah melalui pembinaan jati diri yang kukuh dan tidak mudah dihanyutkan oleh arus globalisasi. Penubuhan Institut Integriti Malaysia (IIM) bertujuan memberikan penekanan pada soal memperkukuh budaya integriti dalam masyarakat.
Untuk melahirkan masyarakat yang berintegriti, terasnya ialah pada keluarga. Untuk menyedarkan makna integriti dalam masyarakat, asasnya ialah nilai yang harus tertanam pada peringkat paling rendah - peranan institusi keluarga, sekolah dan persekitaran.
Anak-anak kita ibarat buluh yang harus dilenturkan dengan betul. Kita dapat melihat di sekeliling kita bagaimana kesan daripada kemajuan, globalisasi dan teknologi telah mengubah nilai dalam masyarakat kita. Mahu tidak mahu kita harus mengakui bahawa kita berdepan dengan `backlash' daripada kejayaan kita sendiri. Perihal wujudnya pelbagai bentuk masalah sosial dalam masyarakat hari ini sebahagian besarnya disebabkan oleh nilai negatif yang mula melanda.
Kita kadangkala lupa bahawa `adat Timur' atau `budaya Timur' itu tidak terbina dalam seratus tahun, tetapi ribuan tahun. Budaya ini meletakkan rasa hormat dan budi bahasa pada kedudukan paling tinggi. Budaya ini memuliakan adat, menghormati orang tua, menyanjung kebijaksanaan dan lebih penting lagi dicorakkan oleh pegangan agama yang kuat.
PATRIOTISME
Kita harus mengkaji sejauh manakah keberkesanan sistem pendidikan negara selama ini dalam menyuntik semangat cintakan tanah air yang mendalam terhadap diri pelajar.
Selain itu, komitmen pendidik dan ibu bapa dalam menyumbang tenaga ke arah pendidikan bersepadu dan menjadikan pemimpin negara sebagai contoh adalah ramuan utama membakar semangat baru kepada generasi masa kini.
Pelajar cemerlang ini merasai bahawa mereka tidak akan berjaya sehingga ke tahap ini tanpa wujud kerjasama padu dan penuh iltizam daripada semua pihak, terutama kesan daripada pelan pendidikan dirancang Kementerian Pelajaran, yang holistik dan penyediaan kemudahan prasarana persekolahan yang cukup selesa.
Mei lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika berucap di hadapan mahasiswa yang menuntut di Osaka, Jepun antara lain menyatakan mahasiswa harus bersedia berkhidmat kepada negara apabila tamat pengajian adalah suatu amanat cukup besar dan bermakna.
Dengan semangat patriotik yang tertanam pada diri pelajar cemerlang, mereka bukan saja akan berkhidmat kepada Negara bahkan mereka akan mencari peluang bagaimana memberikan perkhidmatan secara percuma kepada golongan memerlukan. Inilah yang diharapkan kerajaan daripada usaha meningkatkan modal insan ke dalam jiwa generasi selepas merdeka. Walaupun mereka tidak dapat membuktikan perjuangan menentang penjajahan seperti dilakukan tokoh pejuang terdahulu, itu tidak menghalang niat murni mereka.
Matlamatnya masih sama, cuma berbeza pendekatan dengan membalas jasa dan berbakti kepada negara dalam bentuk modal insan adalah bukti patriotisme yang mendalam dalam jiwa mereka selama ini dan mahu dikenang juga sebagai ikon pasca kemerdekaan.
Usaha meningkatkan semangat patriotik kepada pelajar ke luar negara perlu diteruskan agar negara tidak kerugian dari segi penyediaan tenaga kerja profesional.
Puteri juga mencadangkan supaya diwujudkan guru-guru pakar dalam bidang patriotisme kerana ini lebih praktikal. Kita mahu rakyat Malaysia lebih cintakan negara, harus ada semangat kekitaan dalam semua bangsa Malaysia, bukannya sikap individualistik.
Kita juga mahu lihat kerjaya polis dan askar tidak hanya disertai majoriti orang Melayu, tetapi juga disertai kaum lain. Kita perlu menghakiskan sama sekali semangat dan identiti kenegerian serta perkauman. Sesungguhnya proses membina negara belum lagi selesai dan masih ada banyak halangan yang perlu kita lepasi.
MASALAH SOSIAL
Seluruh negara telah dikejutkan dengan kes menyayat hati yang menimpa anak kecil kita, Nurin Jazlin Jazimin, 8. Moga keluarganyanya terus tabah dalam meneruskan kehidupan. Puteri merakamkan menyatakan perasaan kesal, geram dan marah dengan penjenayah terbabit dan mahu hukuman setimpal dikenakan terhadapnya.
Peningkatan kes jenayah di negara ini cukup membimbangkan Pergerakan Puteri UMNO dan khalayak masyarakat secara keseluruhan. Kes tembak menembak, rompakan, pengedaran dadah dan syabu, bunuh dan culik kanak-kanak antara yang sering dipaparkan media kebelakangan ini.
Siasatan kes adik Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang dibunuh kejam belum lagi dapat diselesaikan setakat ini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan membuat kenyataan bahawa ibu bapa patut dipersalah sepenuhnya dalam setiap kes kehilangan kanak-kanak dan remaja yang melarikan diri dari rumah kerana tugas menjaga anak-anak bukannya terletak di bahu polis tetapi merupakan tanggungjawab hakiki yang perlu dilaksanakan oleh setiap ibu bapa.
Statistik Orang Hilang /Jumpa Seluruh Negara yang dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menunjukkan sebanyak 759 kes kanak-kanak dan remaja hilang dilaporkan dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini. Daripada jumlah itu, sebanyak 34 kes membabitkan kanak-kanak berusia sembilan tahun ke bawah, 66 kes (10-13 tahun) dan 659 kes membabitkan remaja berusia 14 hingga 17 tahun.
Statistik itu juga menunjukkan remaja perempuan Melayu paling ramai dilaporkan hilang iaitu 497 orang diikuti remaja lelaki Melayu sebanyak 119 orang. Golongan ini adalah tenaga muda yang seharusnya berada di bangku sekolah, diberikan pendidikan sebaik mungkin, dididik menjadi modal insan berguna.
Statistik juga menunjukkan pada tahun lepas, sebanyak 1,485 kes kanak-kanak hilang dilaporkan dengan 900 kanak-kanak berjaya ditemui semula manakala pada tahun 2005, sebanyak 1,803 kes dilaporkan dan 1,254 daripadanya ditemui semula. Pada tahun 2004, terdapat sebanyak 2,405 kes dilaporkan. Sejumlah 1,752 kes kanak-kanak ditemui semula dan sebanyak 653 kes belum dapat dikesan.
Usaha menjejaki mereka yang dilaporkan hilang juga tidak boleh bergantung kepada polis semata-mata sebaliknya semua anggota masyarakat perlu memberi kerjasama.
Sepanjang 2006 juga, jumlah kanak-kanak hilang yang dilaporkan ialah 1,485 dan 900 berjaya ditemui kembali. Bagaimanakah nasib anak yang tidak diketahui nasibnya itu? Anak adalah kurniaan Allah yang sangat besar bagi setiap pasangan. Sifat kanak-kanak adalah rapuh, senang percayakan orang, tidak boleh mengurus dan menyelamatkan diri apabila berdepan dengan bahaya.
Mereka perlu dilindungi daripada segala bentuk kekerasan, penderaan dan keganasan. Kanak-kanak hari ini adalah modal insan negara masa depan. Masyarakat perlu memainkan peranan, bersikap lebih prihatin, mengambil tahu dan sama-sama menolong menjaga kanak-kanak walaupun mereka bukan anak atau keluarga kita.
Mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-kanak ibu bapa atau penjaga boleh dikenakan denda yang tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun kerana membiarkan anak-anak mereka tanpa pengawasan berpatutan.
Tapi sejauh manakah kita menguatkuasakan akta yang ada setakat ini? Puteri di sini mendesak supaya perkara ini diberi perhatian dan tindakan sewajarnya harus diambil terhadap ibu bapa yang cuai kerana keselamatan anak-anak adalah tanggungjawab ibu bapa sepenuhnya. Walau bagaimanapun, masyarakat secara keseluruhan perlu sama-sama memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing.
Di sini, Puteri juga mencadangkan supaya kita mempraktikan undang-undang lebih tegas dalam menangani kes jenayah seks terhadap kanak-kanak. Hukuman lebih berat perlu dikenakan terhadap pesalah terbabit.
Pada masa sama kita juga boleh mencontohi negara barat seperti New Zealand yang mana ibu bapa yang membiarkan anak-anak berusia bawah 12 tahun berjalan berseorangan boleh dikenakan hukuman.
Ibu bapa juga harus memberikan pendidikan agama secukupnya kepada anak-anak sejak kecil dan selalu memberi keutamaan kepada aspek keselamatan; mengingatkan akan-anak supaya tidak mudah terpedaya dan mengikut orang yang tidak dikenali; menetapkan mengenai apa yang boleh dan tidak boleh dibuat oleh anak dan tanamkan sikap sentiasa ambil tahu pergerakan anak-anak serta sentiasa memastikan anak bawah umur tidak keluar berseorangan diri dan harus ditemani setiap masa.
Tidak dinafikan, selain masalah sakit jiwa, mereka yang terbabit dalam keganasan seksual terhadap kanak-kanak ini juga terpengaruh dengan pengedaran bahan lucah secara berleluasa.
Puteri mendesak supaya usaha membanteras bahan lucah di pasaran diperhebatkan. Pengedaran buku, novel dan majalah berunsur seks, lucah, porno dan sadis serta cakera padat (CD) lucah harus dibanteras sehingga ke akar umbi.
Kita kesal kerana selain di pasaran terbuka bahan bacaan berunsur lucah yang mendatangkan keburukan dan boleh merosakkan minda generasi muda ini dikatakan turut dijual di pasaran tertutup.
Bayangkanlah remaja kita terdedah dengan bahan bacaan lucah yang bukan saja mudah didapati, malah dijual pada harga murah. Ia akan memberi kesan negatif kepada pembinaan akhlak dan jati diri, sekaligus menimbulkan keresahan masyarakat, terutama ibu bapa mengenai pemikiran anak mereka yang dicemari bahan bacaan tidak berfaedah.
Justeru, kanak- kanak dalam lingkungan umur remaja seharusnya diberi perhatian serius kerana mereka mempunyai dorongan yang kuat untuk meniru orang lain. Masa bersama keluarga agak kurang dan pengaruh rakan sebaya lebih kuat. Mereka sering terikut dengan rentak peredaran zaman.
Media massa, termasuk televisyen, akhbar, majalah dan buku bersifat hiburan dan lucah sering dijadikan bahan tontonan atau bacaan yang akhirnya mempengaruhi jiwa dan pemikiran, malah keseluruhan cara hidup mereka.
Pada peringkat inilah, pemantauan ibu bapa, sekolah, masyarakat dan orang perseorangan amat perlu bagi membanteras gejala sosial yang boleh mempengaruhi jiwa remaja.
Program Rakan Remaja dan pelbagai kegiatan berfaedah yang membabitkan golongan muda, harus dipertingkatkan bagi faedah golongan sasaran, sekali gus mengelakkan mereka daripada terjebak dalam masalah sosial.
Kita juga kena ingat, usaha ke arah melahirkan sebuah masyarakat berilmu, cemerlang, gemilang dan terbilang tidak akan tercapai sekiranya pola pembacaan di kalangan masyarakat masih bertumpu kepada bahan picisan dan murahan seperti ini. Ia langsung tidak membantu perkembangan intelektual remaja dan pelajar kita.
Bagi menangani permasalahan ini kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu memainkan fungsi lebih aktif bagi membanteras pengedaran bahan sebegini hingga ke akar umbi. Pemilik dan penerbit majalah yang tidak mempunyai permit, nama pencetak dan beroperasi tanpa lesen, harus dikenakan tindakan setegas mungkin.
Kerajaan juga perlu lebih tegas dan konsisten dalam menyaring buku dan majalah sebelum diedarkan di pasaran. Bagi yang di luar pengetahuan kerajaan dan pihak berkuasa, angkara perbuatan pengedar gelap atau pengedar haram pula, tanggungjawab terpikul di bahu seluruh anggota masyarakat untuk sama-sama memainkan peranan, kena ambil tahu, buat aduan segera, supaya tindakan dapat diambil.
Dalam pada itu, kualiti kehidupan dan kemudahan seperti buku dan perpustakaan di luar bandar perlu ditambah. Puteri juga kesal kerana masih ada kawasan luar bandar di negara ini yang tidak mempunyai kemudahan pengangkutan awam.
Justeru kita mencadangkan supaya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Perpustakaan Negara dapat menganjurkan program dan aktiviti bersepadu yang melibatkan penyertaan ibu bapa dan anak-anak.
PENYALAHGUNAAN ICT/BLOG
Kita akui perkembangan bidang teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) memberi kebebasan kepada sesiapa saja untuk berkomunikasi menerusi internet. Apa saja bahan tulisan, gambar atau rakaman video, boleh dimuat untuk disiarkan dalam laman web atau blog.
Apa yang membimbangkan kita ialah penyalahgunaan kebebasan tanpa dibendung membawa implikasi negatif kepada kebebasan beragama, kestabilan politik dan perpaduan kaum. Atas nama kebebasan, sesetengah laman web membenarkan fitnah, pembohongan, maki hamun, penggunaan kata-kata kesat, keji dan bersifat perkauman disiarkan tanpa mengambil kira kesannya kepada pembaca atau pihak yang terbabit.
Puteri kecewa kerana penyalahgunaan ICT dan laman blog yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini sehingga berani menghina dan menghasut rakyat untuk menentang pemimpin negara termasuk Yang di-Pertuan Agong, selain menghina agama rasmi negara ini, iaitu agama Islam.
Puteri menyarankan supaya pelbagai akta berkaitan seperti Akta Hasutan, Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Rahsia Rasmi serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dikuatkuasakan sepenuhnya. Tindakan pengendali laman blog yang boleh mencetuskan ketegangan di kalangan kaum dan agama.
Kita juga ada Akta Fitnah 1975 dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Media 1998, yang bertujuan mengawal untuk kebaikan jangka panjang pengguna komunikasi dan media bagi memastikan keselamatan maklumat dan rangkaian boleh dipercayai serta berintegriti. Beberapa peruntukan dalam akta berkenaan juga menjadi asas kepada pemantauan blog yang menyalahi etika penulisan. Sudah tiba masanya langkah penguatkuasaan lebih tegas dilaksanakan.
Kita juga kesal dengan tindakan laman blog yang membangkitkan isu rasuah membabitkan polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR), kerana ia mampu menjatuhkan keyakinan masyarakat terhadap agensi penguatkuasa undang-undang negara. Ia juga mampu menjejaskan kemasukan pelabur asing ke Malaysia kerana ia bukan saja menimbulkan kerisauan terhadap isu rasuah, malah menyebabkan mereka bimbang terhadap keselamatan di sini.
Sepatutnya, evolusi ICT yang berlaku di negara ini akhirnya untuk mendidik masyarakat kita terutama generasi muda dan merapatkan jurang digital.
Apa yang merisaukan kita, ramai anak muda kita sekarang suka duduk di depan skrin komputer melayari internet, sehingga skrin komputer menjadi dunia hakiki mereka untuk mendapatkan maklumat tanpa mengira kesahihan maklumat diterima.
Jika kita tidak tangani masalah ini pada hari ini, pembentukan minda anak muda kita akan terus terpesong kerana terlalu bergantung kepada sumber maklumat tidak tepat.
Satu lagi masalah budaya masyarakat kita sendiri ialah terlalu mudah terpengaruh dengan maklumat diterima tanpa mengira ia fitnah atau hakiki, mereka lebih cepat terpengaruh dengan benda yang buruk dan perkara
dianggap sensasi.
Internet dan alam siber sebenarnya boleh diibaratkan sama dengan dadah. Dadah jika digunakan sebagai ubat adalah untuk kebaikan, tetapi jika disalahgunakan akan merosakkan diri. Begitu juga internet, jika digunakan untuk kebaikan, bagi menimba pengetahuan, maka ia akan memanfaatkan, tetapi jika sebaliknya, ia boleh merosakkan.
Justeru, suka Puteri menyarankan supaya diwujudkan garis panduan lebih jelas mengenai apa yang boleh dan tidak boleh disiarkan menerusi laman web serta laman blog dengan satu peraturan ditetapkan mengenai tindakan tegas yang boleh diambil jika melanggar peraturan berkenaan.
Polisi tidak akan efektif seandainya penggubal gagal memberi kefahaman kepada pengguna akhir atau 'end user' mengenai perkara disyaratkan. Berdasarkan beberapa kes serta bimbang kejadian sama berulang, maka sudah sampai masanya kita merangka undang-undang khas bagi menangani isu berkenaan.
Kita kena ingat dan sedar bahawa sejauh manapun kebebasan dunia maya, setiap penggunanya perlulah bertanggungjawab dan patuh pada etika kesusilaan. Kita harus bertanggungjawab terhadap apa saja maklumat yang kita ingin kongsi bersama dengan khalayak. Memang sukar menentukan dan mengawal etika dan susila seseorang, tetapi di sinilah letaknya kredibiliti dan nilai akal individu itu.
Medium yang seharusnya digunakan untuk menyebarkan maklumat berguna kepada khalayak ramai ini, tidak seharusnya disalahgunakan oleh segelintir pengendali blog tidak bertanggungjawab, untuk kepentingan peribadi dengan menyebarkan maklumat tidak betul, berunsur fitnah, berbaur hasutan dan provokasi ke arah negatif.
Kita mendokong kebebasan bersuara, tetapi ia bukannya kebebasan membabi buta sehingga sesiapa saja boleh mengatakan apa saja termasuk memfitnah. Adalah wajar jika blog digunakan untuk berkongsi maklumat berguna dan dijadikan medium yang boleh mewujudkan persefahaman antara satu sama lain.
Tidak salah untuk menyuarakan pendapat, tetapi biarlah kena dengan caranya. Apa yang penting, isu yang dibincangkan di blog seharusnya tidak melampaui batas atau menyentuh sensitiviti perkauman, kepercayaan, keperibadian atau perkara yang boleh mengundang pertelingkahan dan hasutan.
Di sini, Puteri mendesak supaya tindakan tegas dikenakan terhadap pengendali laman web dan blog tidak bertanggungjawab. Jika berpegang atas dasar kebebasan atau kemanusiaan menyebabkan tindakan penguatkuasaan tidak dilaksanakan segera, tentunya ia akan menjejaskan generasi muda yang majoritinya melayari laman web dan forum blog.
Biar sejauh manapun kebebasan dunia maya, setiap penggunanya perlulah bertanggungjawab dan patuh pada etika kesusilaan.
Harus diingat, jika tidak dipantau sebaik mungkin ia akan menyebabkan mentaliti generasi sekarang dan akan datang dipengaruhi unsur negatif. Seharusnya kita tidak terbawa-bawa dengan keterbukaan dan dunia tanpa sempadan hingga melupakan nilai murni yang sepatutnya disemai dalam diri anak muda kita.
Kecanggihan teknologi harus dimanfaatkan sebaik mungkin. Kita lihat sahaja Cuba, 50 tahun tersisih tapi akhirnya berjaya mengeluarkan bahan perubatan terbaik, perkhidmatan kesihatan terbaik dan penyelidikan perubatan yang terbaik. Kena ada system kawalan dan pemantauan. Kita juga boleh tengok di Singapura, mereka mengawal dengan melarang anak-anak melepak di pusat beli-belah pada waktu malam.
ISU PENYALAHGUNAAN SMS/MMS
Perwakilan Yang Dihormati Sekalian,
Pengguna telefon bimbit di negara ini menghantar lebih 11.7 bilion khidmat pesanan ringkas (SMS) sepanjang Januari hingga Mac lalu, meningkat 4.3 bilion berbanding 7.4 bilion yang dicatatkan pada tempoh sama tahun lalu.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), dalam laporan Fakta dan Angka Terpilih bagi suku pertama 2007 menyebut angka itu hampir separuh daripada keseluruhan 33.2 bilion SMS yang dihantar pemilik telefon bimbit di negara ini tahun lalu.
Berdasarkan angka pemilik telefon bimbit yang kini berjumlah lebih 20.8 juta, purata setiap pengguna menghantar 563 SMS sepanjang tempoh Januari hingga Mac lalu, meningkat 201 berbanding purata pada tempoh sama 2006.
Berdasarkan perangkaan 2005, Malaysia adalah negara yang mempunyai jumlah pengguna telefon mudah alih kedua tertinggi di ASEAN, iaitu 74.1 bagi setiap 100 penduduk, mengatasi Brunei (56.3), Filipina (39.5), Thailand (26.1), Indonesia (21.1), Laos (10.8), Vietnam (10.7), Kemboja (7.6) dan Myanmar (0.3).
Singapura mempunyai jumlah pengguna telefon bimbit tertinggi di Asean bagi setiap 100 penduduk iaitu 101.4. Ini bermakna hampir semua rakyatnya mempunyai alat telekomunikasi itu dan ada yang memiliki lebih daripada satu.
Kadar pemilikan telefon bimbit di Malaysia adalah lebih tinggi berbanding negara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat yang masing-masing hanya mencatat 74 dan 67.6 bagi setiap 100 penduduk. Hong Kong mencatat jumlah pemilikan telefon bimbit tertinggi bagi setiap 100 penduduk iaitu 122.6, diikuti United Kingdom (102.2), Taiwan (97), Australia (91.4), Korea Selatan (71.4), manakala China (29.9).
Adalah amat jelas, ketika ramai rakyat mengeluh mengenai kenaikan harga barang dan kos sara hidup, mereka masih mampu berbelanja besar untuk membeli telefon bimbit dan membayar caj SMS. Secara purata, seorang pengguna telefon bimbit menghantar lebih empat SMS sehari dan jika dihitung jumlah keseluruhan pengguna telefon bimbit di negara ini, lebih 80 juta SMS dihantar sehari.
Lebih perit kebanyakan rancangan di televisyen sekarang menggalakkan penggunaan SMS menerusi program mereka. Malah program untuk kanak-kanak pun mengajak penonton menghantar SMS.
Akibatnya ada ibu bapa terkejut apabila menerima bil telefon bimbit hujung bulan, bayaran sms sahaja mencecah bukan sahaja ratusan, malah ribuan ringgit.
Puteri mendesak supaya perlu diwujudkan garis panduan lebih ketat untuk memastikan stesen televisyen tidak sewenang-wenangnya memperkenalkan program yang mengajak penonton menghantar sms terutama bagi program kanak-kanak. Kita jua harus mewujudkan garis panduan bagi memastikan SMS tidak sewenang-wenangnya disalahgunakan.
Kita tidak mahu jika anak-anak kita dari awal terdedah dengan unsur negatif seperti ini , duapuluh tahun akan datang, apabila mereka membesar, mereka akan berani untuk ‘explore’ lebih dari itu. Malah sms dan mms juga disalahgunakan untuk penghantaran bahan dan gambar lucah.
ISU PEKERJA ASING
Masalah kebanjiran pekerja asing di negara ini bukan perkara baru, namun kebelakangan ini ia semakin hangat diperkatakan. Sehingga 30 September lalu, dianggarkan lebih 2.2 juta pekerja asing berada di negara ini dan daripada jumlah itu dianggarkan 500,000 masuk secara haram.
Baru-baru ini pula, hampir 50,000 rakyat asing didapati melanggar peraturan pemberian kemudahan visa sejurus tiba (VOA) yang diperkenalkan September tahun lalu, apabila tinggal di negara ini melebihi tempoh dibenarkan untuk mencari peluang pekerjaan.
Baru-baru ini juga, hampir 50,000 rakyat asing didapati melanggar peraturan pemberian kemudahan visa sejurus tiba (VOA) yang diperkenalkan September tahun lalu, apabila tinggal di negara ini melebihi tempoh dibenarkan untuk mencari peluang pekerjaan.
Daripada jumlah itu, warga Indonesia mencatat bilangan tertinggi dengan 57.5 peratus, Nepal (11 peratus), Bangladesh (8.8 peratus), India (tujuh peratus) dan lain-lain (15.7 peratus).
Dari segi sektor pekerjaan pula, 35.9 peratus bekerja di sektor perkilangan, perladangan (17 peratus), pembantu rumah (15.8 peratus), pembinaan (14 peratus), perkhidmatan (9.5 peratus) dan pertanian (7.7 peratus).
Angka itu merumuskan pekerja asing dalam pelbagai sektor di negara ini kini lebih ramai daripada masyarakat India, iaitu kaum ketiga terbesar di Malaysia. Di dalam isu kebanjiran pekerja asing ini, ramai juga di kalangan mereka yang menjadi mangsa majikan dan teraniaya.
Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan isu lambakan 3,000 pekerja asing warga Bangladesh yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) September lalu, ia berpunca daripada sikap ejen dan majikan yang mengambil mudah peraturan Imigresen.
Pada 4 Oktober lalu, kerajaan mengambil tindakan drastik membekukan pengambilan pekerja asing Bangladesh berikutan terlalu banyak masalah, termasuk gejala sosial dan manipulasi ejen negara itu membabitkan wang berbilion ringgit. Pada masa ini, dianggarkan 300,000 pekerja Bangladesh berada di negara ini.
Kehadiran pekerja asing menyebabkan rakyat Malaysia kehilangan peluang pekerjaan di bumi sendiri. Sebabnya majikan suka mengambil pekerja asing sama ada yang datang secara sah atau sebaliknya kerana upah lebih rendah, selain kesanggupan bekerja bagi suatu jangka masa panjang, kesanggupan kerja di persekitaran kurang selesa.
Di sini Puteri mencadangkan supaya kajian terperinci dibuat bagi mengupas punca sebenar permasalahan ini dan jika perlu syarat-syarat pekerjaan bagi sektor yang membabitkan banyak pengambilan tenaga kerja asing hendaklah dikaji semula.
Syarat pekerjaan seperti upah, persekitaran tempat kerja ‘lebih selamat, faedah sampingan dan sebagainya perlu dikaji dan disesuaikan supaya rakyat tempatan terutama anak muda boleh mengisi kekosongan dalam pelbagai sektor sokongan ini.
Puteri berpendapat kemasukan pekerja asing tidak mahir ke Malaysia bukan lagi perkara yang boleh dipandang remeh. Kebergantungan kepada tenaga asing tidak mahir dan aturan ekonomi berasaskan sumber manusia tidak bermutu akan menjejaskan nilai ekonomi itu sendiri. Kebergantungan kepada pekerja asing tidak mahir akan memberi beban kepada pasaran kerana kurang keupayaan bersaing ekonomi Malaysia.
Negara berasaskan buruh seperti China dan India mempunyai ramai penduduk menyebabkan tumpuan guna tenaga cenderung kepada asas buruh kerana secara dasarnya penawaran tenaga buruh dari dalam negara sendiri ini murah.
Jika pergantungan kepada buruh tidak mahir dikekalkan, perkembangan teknologi akan terbantut, permintaan kepada mesin dan jentera tidak berkembang. Selain itu, usaha penyelidikan dan pembangunan tidak akan
mendapat tempat kerana tiada kepentingannya.
Puteri ingin mendesak supaya tindakan drastik diambil bagi mengurangkan pengambilan pekerja asing ke Negara.
MAHU SUARA ORANG MUDA LEBIH DIDENGARI.
Perwakilan Yang Dihormati Sekalian,
Setiap orang berhak menyuarakan pendapat dan memperoleh hak bersuara tanpa mengira usia, latar belakang dan pendidikan. Bagaimana pun, suara generasi muda pada hari ini masih kurang didengari berbanding golongan dewasa disikapkan pandangan yang skeptikal.
Keadaan ini juga boleh mewujudkan tanggapan negatif kepada masyarakat mengenai kemampuan diri golongan muda untuk bersuara sedangkan mereka jarang memperoleh hak sewajarnya. Hakikatnya golongan muda juga matang mengendalikan sesuatu isu dan mereka boleh melontarkan pendapat yang juga bernas. Cara berfikir juga mungkin lebih baik daripada orang dewasa.
Puteri mendesak supaya suara generasi muda lebih didengari dalam apa jua aspek. Keupayaan dan potensi generasi muda tidak harus ‘dibunuh’ atau ‘dicantas’. Puteri menuntut lebih banyak ruang dan peluang harus diberikan kepada generasi muda dari awal kerana merekalah yang bakal menjadi pemimpin pelapis di masa depan. Berilah generasi muda ini kepercayaan agar kita mampu belajar seterusnya memacu kejayaan negara.
EKONOMI
Perwakilan Yang Dihormati Sekalian,
Belanjawan 2008 yang bertemakan 'Bersama Membina Negara dan Menikmati Kemakmuran' mencerminkan hasrat kerajaan untuk memastikan kejayaan Negara terus berkembang dan dinikmati oleh semua rakyat menerusi tiga strategi utama – meningkatkan daya saing Negara, memperkasa pembangunan modal insan dan menjamin kesejahteraan rakyat.
Belanjawan tahun depan juga begitu menekankan pengukuhan perpaduan yang cuba digembleng melalui beberapa usaha nasional merangkumi pembangunan koridor ekonomi, pembangunan pendidikan, pembangunan yang seimbang antara Bandar dan luar Bandar, pembangunan usahawan, kebajikan dan kesihatan.
Begitu juga usaha meningkatkan taraf hidup Bumiputera turut ditekankan. Sebagai penduduk majority di Negara ini, usaha membela nasib Bumiputera dianggap sebagai misi nasional dan bukannya rasisme atau hanya menguntungkan satu-satu pihak kerana jika sesebuah masyarakat majority ketinggalan dari segi taraf hidupnya besar kemungkinan banyak pertikaian akan wujud.
Pembangunan seimbang antara kawasan Bandar dan luar Bandar merupakan agenda penting kerajaan bagi memastikan pembangunan tersebar luas.
Usaha kerajaan membangunkan Wilayah Pembangunan Ekonomi Pantai Timur seterusnya Koridor Sabah dan Koridor Sarawak sudah pasti akan dapat memacu ekonomi Bumiputera kerana kebanyakan mereka tinggal di kawasan koridor ekonomi berkenaan.
Puteri juga mendesak supaya usahawan muda wanita turut diberi peluang untuk turut serta dalam projek-projek dalam koridor ekonomi yang sedang dan akan dibangunkan kerajaan.
Dalam konteks kawalan defisit, kerajaan memberikan tumpuan kepada projek yang dapat membasmi kemiskinan. Tumpuan ini dapat mengurangkan jurang antara rakyat yang terlalu miskin dengan yang terlalu kaya. Usaha ini sekurang-kurangnya dapat mengharmonikan keadaan.
Peruntukan besar juga diberikan kepada sektor pendidikan, pembinaan kemudahan bekalan elektrik dan air serta jalan raya, yang turut menjurus ke arah meningkatkan taraf hidup rakyat dan menghapuskan sama sekali kemisinan tegar di Negara ini menjelang 2010.
Sambil menyambut baik Bajet 2008, Puteri juga menyarankan supaya system pemantauan untuk mengukur kemajuan dan matlamat diwujudkan supaya setiap cadangan dalam belanjawan tahun depan bukan sekadar retorik semata-mata.
KEJAYAAN NEGARA
Pergerakan Puteri UMNO juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Dr Sheikh Muzaphar Shukor, angkasawan pertama negara yang telah berjaya memikul misi ulung Malaysia ke Stesen Angkasan Antarabanga (ISS). Kejayaan beliau melakar satu lagi sejarah negara yang kini setanding negara maju yang lain.
Kejayaan beliau membuat uji kaji saintifik dengan jayanya di ISS bukan sahaja membanggakan kita sebagai warga Malaysia, malah Negara-negara lain di dunia turut memuji kemampuannya. Kejayaan angkasawan pertama Negara kita adalah hadiah paling berharga kepada sambutan jubli emas kemerdekaan Negara.
Tahniah juga diucapkan kepada Dr Faiz Khalid yang akan menerusi misi angkasawan seterusnya.
Puteri menyokong supaya program angkasawan negara diteruskan dan kita harapkan agar angkawasan ketiga yang akan mengharumkan nama negara adalah daripada kalangan wanita muda yang terpilih.
POLITIK
Perwakilan Yang Dihormati Sekalian,
Puteri percaya ilham penubuhan sayap ini telah membawa manfaat yang besar khususnya dalam meraih sokongan golongan wanita muda kepada parti.
Jesteru, kami melihat bahawa kesinambungan daripada itu, penubuhan sayap puteri dalam setiap parti komponen BN amat penting bagi melahirkan barisan jentera wanita muda yang mantap yang terdiri daripada wanita muda pelbagai bangsa dan agama. Penubuhan yang akan diterajui oleh Puteri UMNO ini adalah untuk memastikan kepentingan semua golongan wanita muda dapat sama-sama diperjuangkan agar golongan ini tidak terpinggir dalam memberikan sumbangan dan khidmat bakti kepada bangsa dan negara. Ianya juga akan memudahkan gerak kerja bersepadu dijalankan, sekaligus memperkukuhkan perjuangan generasi muda wanita dalam BN.
Di samping itu, Puteri juga ingin mencadangkan keahlian baru wanita muda berusia dibawah 35 tahun ditawarkan secara automatik menganggotai pergerakan ini. Hal demikian bertujuan bagi memudahkan pendaftaran keahlian baru, sekaligus meningkatkan jumlah wanita muda didalam UMNO. Setidak-tidaknya, parti akan memiliki lebih ramai pelapis serta barisan yang mampu meneruskan matlamat perjuangan.
Pilihan raya umum yang ke-12 juga semakin hampir. Bagi Puteri, kita telah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa sahaja. Konsistensi dan keupayaan bekerja kuat inilah yang menjadi tunjang kita selama telah menghadapi pilihanraya sebelum ini.
Tugas utama terhadap hal berkaitan teknologi komunikasi dan maklumat akan terus menjadi tanggungjawab kita dalam menggempur medan pilihanraya. Kita juga tidak akan berputus asa meraih sokongan pengundi sekalipun terpaksa memanjat flat di bandaraya, berjalan di taman perumahan, menyusur kesibukan kota. Bahkan, jika perlu kita berdayung sehingga ke hulu sungai, mendaki ke puncak gunung, meredah semak dan belantara, Puteri tidak akan berhenti. Ini janji kita!
Berasaskan semangat ini, kepimpinan Puteri telah mengerahkan seluruh jentera Puteri di semua peringkat untuk memastikan kemenangan calon-calon Barisan Nasional (BN) di semua kawasan dengan majoriti lebih tinggi berbanding pilihan raya umum yang lalu.
Kepada semua ahli-ahli Puteri pula, marilah sama-sama kita melipatgandakan usaha yang sedia ada untuk terus memenangi hati pengundi. Insya-Allah Kelantanpun akan kita tawan dalam pilihan raya yang akan datang.
Tunjukkanlah kesungguhan kita. Ingatlah bahawa parti yang kita warisi adalah harta pusaka paling bernilai yang harus kita jaga supaya bangsa kita terus berkuasa.
Kepada ahli-ahli Puteri yang akan meninggalkan pergerakan ini kerana faktor usia, teruskan perjuangan dalam Wanita UMNO. Teruskanlah semangat yang ada didalam wanita.
Akhirkata, marilah kita menjadikan perhimpunan agung kali ini sebagai satu wardah untuk menyemarakkan lagi semangat perpaduan di kalangan kita.
Ingatlah bahawa Perhimpunan Agung UMNO membawa harapan bangsa. Ia pentas memperkukuhkan lagi perpaduan, meluahkan perasaan, memberi ingatan, mengemukakan cadangan dan merumus tindakan. Jadi kita manfaatkan ia sebaik mungkin dengan membincangkan isu yang benar-benar relevan dengan kepentingan anak bangsa kita.
Ingatlah bahawa Puteri adalah "Penggerak Ke Arah Membina Generasi Muda Terbilang".
Sama-samalah kita memastikan bahawa kedudukan dan jawatan yang Allah pinjamkan kepada kita tidak disalahgunakan, Insya-Allah.
Dengan doa supaya Puteri terus berwibawa dalam memikul perjuangan parti, saya akhiri dengan Wabilahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Rombongan UMNO Bahagian Tawau berkesempatan melawat Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz . Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz ialah sebuah Galeri di Klang , Selangor. yang mempamerkan pelbagai koleksi DiRaja Selangor. Sebahagian besar daripada pameran Galeri Diraja berkisar mengenai riwayat hidup Sultan Salahuddin Abdul Aziz yang telah memerintah Selangor selama lebih 39 tahun sebagai Sultan Selangor ke-8 dan hampir 3 tahun sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-11. Galeri ini wujud hasil dari buah fikiran Yang di-Pertuan Agong XI, Sultan Abdul Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj. Lokasi asal adalah di Jalan Kota Raja, Syahbandaraya (Kampung Jawa) di Klang. Bertempat di dalam kawasan istana, Galeri Diraja dahulunya dikenali sebagai Muzium Kenangan. Ia siap dibina pada tahun 1988 dan dibiayai sepenuhnya oleh baginda. Pada tahun 1996, kerja-kerja pengubahsuaian dimulakan agar premis ini dapat dibuka kepada rakyat jelata.
Berkumpul semula di luar bangunan Galeri tersebut sebelum meneruskan perjalanan kebeberapa tempat yang telah dikenalpasti.
7 November 2007 , YAB Presiden UMNO Datuk Seri Abdullah Hj.Ahmad Badawi menaikkan Bendera Sang Saka Bangsa sebagai tanda Permulaan Perhimpunan Agung UMNO yang ke - 58 tahun 2007
Kuala Lumpur Dewan Merdeka PWTC Rabu 7 November 2007 @ 9.30 pagi , YAB Presiden UMNO Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyampaikan Ucapan Dasar di Perhimpunan Agung UMNO kali yang ke - 58 dan seterusnya merasmikan perhimpunan tersebut.
‘MEMPERKUKUH KEYAKINAN – MENEROKA ERA BARU’
Yang Berhormat Pengerusi Tetap
Yang Berhormat Timbalan Pengerusi Tetap
Yang Amat Berhormat Timbalan Presiden
Naib Presiden-Naib Presiden
Ketua-Ketua Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO
Ahli-Ahli Majlis Tertinggi
Tuan-Tuan Yang Terutama Pesuruhjaya Tinggi dan Duta Besar
Ketua-Ketua Komponen Parti BARISAN NASIONAL
Wakil Parti-Parti dari luar negara
Dif-dif Kehormat, Para Tetamu dan Para Jemputan
Para Perwakilan dan Pemerhati
MUKADIMAH
Alhamdulillah, dengan izin dan rahmat dari Allah Subhanahu Wata’ala, kita sekali lagi dapat berhimpun untuk melangsungkan Perhimpunan Agung UMNO kali ke lima puluh lapan.
2. Perhimpunan Agung UMNO kali ini, berlangsung ketika negara baru merayakan ulang tahun kemerdekaan kali kelima puluh. Perhimpunan ini juga merupakan Perhimpunan Agung UMNO yang pertama untuk 50 tahun akan datang. Bermula dari pilihan raya umum tahun 1955, UMNO di bawah parti PERIKATAN telah menubuhkan kerajaan berasaskan perkongsian kuasa. Negara mencapai kemerdekaan dalam tahun 1957.
3. Pelbagai cabaran terpaksa dihadapi oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang dianggap kurang berpengalaman. Dua belas tahun selepas merdeka, kita diuji dengan rusuhan kaum yang mengancam keutuhan negara. Alhamdulillah, berkat dari permuafakatan dan semangat kerjasama yang jitu, segala rintangan berjaya diatasi. Titik hitam tersebut menjadi satu tauladan, memberi pengajaran paling berharga bahawa perpaduan kaum haruslah diperkukuhkan dan segala kelemahan haruslah diatasi.
4. Berikutan tragedi ini, Kerajaan telah memperkenalkan tiga pendekatan utama. Rukun Negara diperkenalkan sebagai ideologi negara bagi mengukuhkan perpaduan demi keutuhan tanah air. Dasar Ekonomi Baru dirangka bagi memajukan ekonomi berasaskan pertumbuhan pesat dan pengagihan yang adil lagi saksama. Manakala Barisan Nasional ditubuhkan sebagai formula politik paling berkesan lagi inklusif. Tiga pendekatan utama ini telah menyumbang kepada kejayaan, kemakmuran dan survival negara.
5. Kita telah mendapat sokongan majoriti rakyat bagi menubuhkan Kerajaan secara berterusan selama 52 tahun. Rekod cemerlang ini dicapai hasil dari kepimpinan yang bijaksana serta komitmen parti-parti komponen dalam BARISAN NASIONAL. Rekod cemerlang ini adalah hasil dari kebijaksanaan UMNO menjalin kerjasama dengan kaum-kaum bukan Melayu berlandaskan budaya muafakat dan berkongsi kuasa. Rekod cemerlang ini dicapai atas gagasan gerak kerja yang realistik lagi pragmatik; gerak kerja yang mengutamakan agenda pembangunan negara dan agenda kesejahteraan warga.
PENCAPAIAN 50 TAHUN
Saudara-saudari
6. UMNO tidak sekadar berjaya menerajui pemerintahan negara selama lima puluh dua tahun, malah kepimpinan UMNO telah berjaya membangunkan bumi Malaysia menjadi antara negara termaju, mencatatkan selama tempoh lima puluh tahun lalu, kadar pertumbuhan purata ekonomi KDNK 6.3 peratus. Sewaktu mencapai kemerdekaan, negara kita adalah antara yang termiskin di dunia; kini negara kita adalah antara negara terulung di dunia dari segi indeks pembangunan insan. Pendapatan nominal mencecah paras per kapita 20,900 ringgit, meningkat 26 kali ganda sejak merdeka.
7. Dasar Kerajaan yang menggalakkan pertumbuhan sektor swasta telah menghasilkan nilai perdagangan mencecah satu trilion ringgit pada awal tahun ini. Imbangan perdagangan negara telah mencatatkan kedudukan positif selama 109 bulan berturut-turut. Rizab asing negara terus meningkat mencapai tahap 98.2 bilion Dolar Amerika. Pasaran saham negara mencapai tahap bersejarah, dengan Indeks Komposit Kuala Lumpur mencecah paras 1413 mata, dengan perdagangan yang rancak lagi aktif. Malaysia kini diiktiraf oleh Forum Ekonomi Dunia sebagai negara kelima paling berdaya saing di Asia.
8. Pencapaian-pencapaian ini adalah hasil dari usaha gigih kita bersama memecahkan ruyung untuk mendapatkan sagu. Malah dengan komitmen ahli-ahli parti serta sokongan padu rakyat, di sertai dengan persefahaman perkhidmatan awam dan jalinan kerjasama dengan sektor swasta, saya penuh yakin daya saing dan daya produktiviti negara terus dapat ditingkatkan.
MEMARTABATKAN ISLAM
Saudara-saudari
9. UMNO tetap komited dan sama sekali tidak apologetik terhadap usaha untuk memartabatkan Islam. Islam menganjurkan kesederhanaan. Dalam Perhimpunan Agung pada tahun 2004, saya telah menggariskan sepuluh prinsip Islam Hadhari. Manhaj atau pendekatan Islam Hadhari telah difahami dan menerima sokongan dari parti-parti komponen BARISAN NASIONAL. Ini menunjukkan bahawa pendekatan Islam yang dianjurkan oleh UMNO berwajah sederhana - bersifat adil.
10. Tuntutan untuk kembali kepada semangat yang terkandung dalam ‘Perlembagaan Persekutuan’ wajar dilihat secara positif, ditafsirkan secara bijak tanpa prejudis. Perlembagaan harus dilihat dan ditafsir secara menyeluruh, dan bukan secara terpisah atau terasing dengan menumpukan kepada beberapa fasal tertentu sahaja. Perlembagaan memperuntukkan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai, di mana-mana bahagian Persekutuan.
11. Bersandarkan semangat Perlembagaan, warga Malaysia pelbagai agama hendaklah mengamalkan budaya yang saling menghormati antara satu sama lain. Islam menyeru supaya umatnya menghormati penganut-penganut agama lain selaras dengan
Ayat 108, surah Al-An’aam,
‘ Dan janganlah kamu mencerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah kerana mereka kelak akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan '.
12. Perlu ditegaskan bahawa sesuatu tindakan ada tindak balasnya. Sikap tidak menghormati mahupun sikap ekstremisme di satu pihak akan mencetuskan tindak balas yang sama di pihak yang lain. Keganasan di satu pihak akan membenihkan keganasan di pihak lain. Oleh itu, jika kita mahu agama kita dihormati dan difahami, marilah kita di dalam UMNO memperlihatkan contoh teladan terbaik dengan mengamalkan sikap menghormati penganut dan keperluan agama-agama lain.
13. Kita memberikan jaminan bahawa UMNO sama sekali tidak merestui tafsiran dan amalan Islam secara sempit. UMNO menentang sebarang budaya ganas, budaya politik yang mencetuskan kekacauan yang boleh mengganggu gugat urusan kehidupan dan urusan muamalat negara dan ummah. Islam bukan milik mana-mana pihak – apatah lagi sebuah parti politik. Islam jangan sekali disempitkan dengan mengaitkan sebagai perjuangan sebuah organisasi politik. Islam tidak boleh dijadikan milik eksklusif mana-mana pihak tertentu.
14. UMNO berpandangan bahawa Islam tidak akan berkembang luas dan dihormati jika Islam itu hanya terbatas kepada aktiviti-aktiviti berbentuk ritual. Memperjuangkan Islam semata-mata bertiangkan slogan dan retorik tidak membolehkan kita mencapai tahap kegemilangan. Malah amalan Islam dari pemikiran cetek dan tafsiran sempit boleh menimbulkan kegelisahan bukan sahaja di kalangan bukan Islam malah di kalangan umat Islam jua. Tindak tanduk keterlaluan melaksanakan tugas penguatkuasaan adalah perbuatan kurang bijak yang lebih memberikan imej negatif terhadap Islam. Sifat gagal memahami keperluan penganut agama lain untuk menjalankan acara agama mereka, demikian juga sifat menidakkan hak penganut agama lain adalah bercanggah dengan semangat yang terkandung dalam Perlembagaan Negara. Perbuatan-perbuatan tersebut lebih merugikan umat Islam apabila yang bukan Islam menganggap mereka telah dizalimi kerana menidakkan hak mereka sebagai warga di bumi Malaysia.
‘Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.’
15. Islam perlu difahamkan bukan sahaja kepada umat Islam tetapi termasuk kepada yang bukan Islam. Islam harus diperkenalkan sebagai agama yang melaksanakan keadilan; agama yang sama sekali tidak membenarkan berlakunya kezaliman, agama yang menolak keganasan. Tidak ada yang salah tentang Islam; kesalahan adalah disebabkan perbuatan kurang arif di kalangan mereka yang gagal mentafsir dan mengamalkan Islam dengan minda terbuka dan fikiran rasional. Umat Islam sepatutnya lebih menumpukan usaha membina faktor-faktor tarikan kepada Islam. Kerajaan berpendirian bahawa Islam akan dihormati jika dimensi Islam dalam pelbagai bidang dapat dibangunkan secara berjaya, terutama dari segi kejayaan intelek, kejayaan ilmu, kejayaan sahsiah dan kejayaan ekonomi.
16. Kejayaan memajukan sistem kewangan Islam hingga ke peringkat mendapat pengiktirafan dunia demikian juga usaha membangunkan hab halal terkemuka, adalah antara obligasi yang tidak kurang pentingnya dengan tanggung jawab memenuhi tuntutan fardu ain. Usaha-usaha sedemikian telah dapat memperlihatkan bahawa Islam itu bersifat kontemporari, kekal relevan dalam era pembangunan ekonomi moden. Malah, usaha-usaha dalam bidang-bidang ekonomi, sains dan teknologi adalah amat dituntut dan lebih penting diberikan perhatian dari menghabiskan masa untuk berpolemik dan beretorik dalam isu-isu ritualisme. Islam dan umat Islam akan lebih dapat dibangunkan apabila umat Islam berjaya memperlihatkan pencapaian cemerlang dalam bidang-bidang ekonomi, sains dan teknologi.
17. Untuk itu, Malaysia telah dan akan terus mengambil langkah ke arah menjadi antara pusat kewangan Islam utama dunia. Dari segi pasaran modal Islam, kejayaan Malaysia terserlah dengan penguasaan dua-pertiga daripada pasaran bon Islam atau sukuk dunia, bernilai 47 bilion dolar Amerika. Sejajar dengan inisiatif Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC), Kerajaan telah meliberalisasikan sektor kewangan Islam untuk menggalakkan penyertaan entiti asing dalam sektor perbankan, pasaran modal dan takaful Islam. Selain itu, Malaysia telah mempelopori penubuhan institusi-institusi seperti Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (Islamic Financial Services Board - IFSB) dan Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF). IFSB, yang dianggotai 125 negara, berfungsi untuk menyelaraskan peraturan dan piawaian di peringkat antarabangsa manakala INCEIF merupakan pusat pendidikan bertaraf universiti yang berperanan membangunkan modal insan untuk keperluan sektor kewangan Islam.
18. Seterusnya, Malaysia amat komited untuk menjadi sebuah hab halal dunia. Kerajaan aktif mempromosikan perkhidmatan dan produk Halal Malaysia, di samping terus memperkukuhkan piawaian dan pensijilan Halal. Komitmen serius kerajaan dibuktikan melalui penubuhan Perbadanan Pembangunan Industri Halal untuk merintis dan menyelaras pelbagai inisiatif. Warga Malaysia terutamanya umat Islam tidak harus terlepas mengambil peluang daripada industri halal yang menawarkan peluang niaga yang besar. Saiz pasaran halal di peringkat global bernilai dua trilion ringgit; dan umat Islam di seluruh dunia berjumlah 1.8 bilion orang. Umat Islam wajib melihat usaha mengangkat status dan penggunaan perkhidmatan dan produk halal sebagai memenuhi satu tuntutan fardu kifayah.
SYARIKAT BERKAITAN KERAJAAN (GLC)
Saudara-saudari
19. Demi memastikan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) memenuhi matlamat penubuhannya, Kerajaan telah memperkenalkan program transformasi GLC pada 14 Mei 2004. Kejayaan GLC selepas itu amatlah memberangsangkan. Nilai pasaran saham 20 GLC terkemuka telah meningkat 74 peratus, mencecah nilai 253 bilion ringgit, membawa impak ketara kepada prestasi Bursa Malaysia. Syarikat-syarikat berkaitan memperlihatkan kejayaan dari segi prestasi kewangan dan penyusunan semula operasi; malah ada yang berjaya memperkukuhkan kedudukan mereka melalui pemerolehan; ada yang berjaya memperluaskan operasi ke luar negara. Kejayaan yang diperlihatkan oleh GLC telah meningkatkan keyakinan pelabur di dalam dan di luar negara.
20. GLC bertambah kukuh hasil dari transformasi yang berjaya dilaksanakan. Amalan korporat yang lebih baik, bukan hanya memberi manfaat kepada GLC, malah para pemegang saham utama GLC, seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Lembaga Tabung Haji serta Permodalan Nasional Berhad. Secara tidak langsung, ianya memberikan limpahan kepada rakyat dalam bentuk dividen dan bonus. Sebagai contoh, semenjak usaha transformasi dilaksanakan, dividen Lembaga Tabung Haji meningkat daripada 4.3 peratus pada tahun 2004 kepada 4.75 peratus pada tahun lalu. Dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja meningkat dari 4.75 peratus pada tahun 2004 kepada 5.15 peratus pada tahun 2006.
21. Sebagai syarikat berkait Kerajaan, GLC wajib menghayati aspirasi negara – aspirasi bangsa. GLC hendaklah sama-sama mengambil tanggung jawab, sama-sama mendukung wawasan kerajaan terutama usaha melahirkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera, mewujudkan sistem vendor dan menjalinkan program usaha sama secara berkesan dengan syarikat bumiputera. Tidak ada percanggahan antara matlamat mencapai sasaran keuntungan dengan wawasan membangunkan ekonomi bumiputera. Hari ini terdapat banyak syarikat dan individu bumiputera sudah memiliki kemahiran dan keupayaan. Tidak ada sebab syarikat-syarikat dan individu tempatan disisihkan. Tidak seharusnya keistimewaan dan keyakinan diutamakan kepada syarikat-syarikat atau pakar-pakar dari luar negara sahaja.
22. GLC sepatutnya berada di hadapan menjuarai usaha membantu meningkatkan keupayaan dan kredibiliti syarikat dan individu bumiputera. GLC hendaknya mengambil peranan sebagai pemangkin untuk membolehkan berlakunya proses pemindahan teknologi asing kepada syarikat tempatan dan syarikat bumiputera dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Saya berbangga dengan kejayaan GLC. Saya akan lebih berbangga apabila GLC turut berperanan aktif, membantu memperbesarkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera dan mempercepatkan proses pemindahan teknologi kepada syarikat tempatan. Kejayaan GLC menjadi lebih lengkap apabila GLC berupaya mengimbangkan usaha dengan merealisasikan program pembangunan ekonomi dan program pembangunan sosioekonomi bumiputera.
PERKHIDMATAN AWAM
Saudari-saudari
23. Perkhidmatan awam adalah jentera penggerak utama kerajaan, melibatkan pelbagai aspek pembangunan negara, merangkumi antaranya perkhidmatan sosial, kesihatan, pendidikan dan keselamatan. Perkhidmatan awam berperanan penting sebagai jambatan penghubung berkesan antara kerajaan dengan rakyat, menterjemahkan wawasan kepada tindakan. Kerajaan akan terus mengambil langkah-langkah ke arah meningkatkan mutu perkhidmatan sektor awam. Memperkenalkan sistem kontrak dan ‘KPI’ dalam urusan lantikan Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Jabatan Utama adalah kaedah untuk meningkatkan tahap akauntabiliti perkhidmatan awam.
24. Kerajaan menghargai peranan penting perkhidmatan awam. Atas hasrat tersebut, Kerajaan telah mengumumkan kenaikan gaji kakitangan awam. Kenaikan gaji kakitangan awam melibatkan peruntukan emolumen tambahan berjumlah lapan bilion ringgit setahun. Namun Kerajaan mentakrifnya sebagai satu pelaburan jangka panjang untuk memastikan perkhidmatan awam menjadi perkhidmatan yang terus dan kekal dianggotai dari kalangan mereka yang terbaik, dan berupaya memberi perkhidmatan terbaik.
25. Beberapa langkah penambahbaikan yang diperkenalkan telah pun menunjukkan hasil. Berikutan penubuhan skuad pemprosesan khas, 98 peratus dari kes urusan tanah tertunggak sejak tahun 2001 telah dapat diselesaikan. Kini, urusan cukai boleh dijalankan melalui internet dan pulangan kredit kepada pembayar cukai menerusi sistem ‘e-filing’ telah dapat dipendekkan tempohnya, daripada berbulan malah bertahun, ke 30 hari. Pasport dan kad pengenalan kini boleh disiapkan pada hari yang sama berbanding 2 minggu sebelum ini. Pelan bangunan kini dapat diluluskan dalam masa 142 hari, sijil ‘perakuan siap dan pematuhan’ (Certificate of completion and compliance – CCC) dikeluarkan dalam masa 134 hari, berbanding tempoh berbulan dan bertahun di masa dahulu.
26. Sudah tentu masih terdapat kelemahan yang perlu diatasi bagi membolehkan kita mencapai kejayaan lebih cemerlang. Tetapi yang penting, kini wujud azam untuk melaksanakan perubahan dan juga kesediaan untuk melakukan pembetulan. Usaha penambahbaikan akan terus dijalankan untuk meningkatkan kecekapan dan sistem penyampaian. Penubuhan Pasukan Petugas Khas Pemudah cara Perniagaan atau PEMUDAH telah berjaya memperbaiki perkhidmatan tertentu, terutama yang mempunyai impak langsung bagi meningkatkan daya saing urus niaga.
27. Respons kepada laporan Ketua Audit Negara nyata memperlihatkan satu perubahan dinamik sedang berlaku. Ia jelas menunjukkan kesediaan badan-badan yang bertanggung jawab untuk memantau dan menguatkuasakan undang-undang. Kerajaan berpendirian bahawa laporan sedemikian dapat membantu usaha ke arah menjadikan sektor awam lebih cekap dan berintegriti. Saya gembira dengan tindakan pantas Badan Pencegah Rasuah dalam hal ini. Saya pasti, ramai kakitangan perkhidmatan awam menyokong tindakan-tindakan yang dapat memelihara nama baik serta integriti profesion mereka.
28. Dalam menjalankan segala usaha ini, saya menyeru supaya perkhidmatan awam senantiasa insaf bahawa mereka wujud untuk berkhidmat kepada rakyat, terutamanya rakyat bawahan, rakyat miskin, rakyat yang tidak berpendidikan tinggi, rakyat yang tidak berjawatan besar; rakyat sedemikianlah merupakan konstituen terbesar dan terpenting. Mereka perlu dilayan dengan mesra lagi hormat; mereka ini yang amat perlu dibantu. Kuasa pentadbiran yang diberikan hendaklah diguna untuk mempercepat dan bukan melambatkan proses, terutamanya sewaktu berhadapan dengan rakyat dari kumpulan bawahan.
MEMBANGUN KORIDOR EKONOMI
MENEROKA POTENSI BARU
Saudara-saudari
29. Konsep pembangunan koridor ekonomi adalah pendekatan baru, bertujuan menjana pembangunan ekonomi yang lebih menyeluruh dan bersepadu. Pembangunan negara bersifat tempang jika hanya tertumpu di bandar-bandar, hingga bandar menjadi tempat yang terlalu sesak, sedangkan kawasan desa kelihatan usang dan dimamah zaman. Dengan berpaksikan konsep wilayah, pembangunan koridor ekonomi akan menerokai potensi baru serta mempertingkatkan usaha untuk membasmi kemiskinan secara lebih berkesan. Yang lebih utama, setiap wilayah ekonomi akan dibangunkan dengan memanfaatkan keunikan dan keistimewaan yang ada pada mereka..
30. Usaha membangunkan koridor ekonomi ini juga membawa pendekatan baru dalam perancangan pembangunan yang melibatkan sektor swasta berperanan lebih aktif. Sebagai contoh, adalah dilaporkan bahawa 70 peratus dari kawasan industri di kawasan utara tidak digunakan kerana gagal menarik penyertaan swasta. Oleh yang demikian, kita telah memastikan penyertaan langsung sektor swasta di peringkat merangka serta di peringkat melaksana koridor ekonomi. Ini untuk memastikan bahawa pelaburan yang dibuat bersifat komersil dan mampu menjana pulangan yang setimpal, di samping membawa faedah pembangunan yang dijanjikan untuk rakyat.
31. Pelancaran Wilayah Pembangunan Iskandar pada 4 November 2006 telah membawa satu era baru dalam pembangunan negara. Pembangunan yang berkonsepkan hab sektor perkhidmatan - khususnya dalam industri-industri kreatif, pendidikan, kesihatan, kewangan, pelancongan dan logistik – dijangka akan melonjakkan wilayah Selatan Johor sebagai nadi pembangunan yang pesat, dinamik dan disegani di seluruh rantau Asia dan dunia keseluruhannya.
32. Wilayah Ekonomi Koridor Utara – yang meliputi negeri Perlis, Pulau Pinang, Kedah, dan utara Perak – merupakan rancangan yang akan menekankan pembangunan pelbagai sektor, bertujuan meningkatkan kualiti hidup rakyat di Wilayah tersebut dan membasmi kemiskinan. Begitu juga dengan Wilayah Ekonomi Pantai Timur, meliputi negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, dan daerah Mersing di Johor. Kita juga akan memastikan bahawa nikmat pembangunan akan melimpah ke seluruh negara, termasuk bagi negeri-negeri di bahagian timur Malaysia. Untuk itu, koridor ekonomi di Sabah dan Sarawak akan turut dibangunkan dengan mengambil kira keperluan dan hasrat pembangunan di negeri-negeri tersebut. Kesemua rancangan pembangunan koridor ini bertujuan untuk mengubah nasib masyarakat di luar bandar supaya lebih sejahtera menikmati hasil kemakmuran.
33. Falsafah di belakang pembangunan berkonsep koridor ekonomi ini adalah untuk memastikan bahawa tidak ada mana-mana golongan warga yang tertinggal dalam arus pembangunan negara. Sektor ekonomi yang kurang maju dan kawasan yang agak ketinggalan akan dibangunkan secara pesat, tanpa mengetepikan sektor-sektor atau kawasan-kawasan lain. Punca pendapatan tambahan dan pendapatan baru akan dijana, manakala sumber kekayaan baru akan diusahakan. Pembangunan koridor ekonomi ini apabila berjaya, akan merubah wajah dan rupa bentuk negara. Pembangunan tidak tertumpu di bandar-bandar besar sahaja, malah akan melebar ke seluruh ceruk rantau tanah air. Inilah hasrat yang mendasari niat murni kita.
34. Terdapat kebimbangan bahawa pelaksanaan koridor ekonomi – terutamanya Wilayah Pembangunan Iskandar - akan menggugat masa hadapan orang Melayu. Bagi saya, tafsiran sebegini menampakkan perspektif yang sudah ketinggalan zaman. Mungkin pada zaman dahulu, kita amat tertinggal di tanah air sendiri. Ramai anak Melayu ketika itu terpinggir; tetapi kini ramai anak Melayu yang berpendidikan tinggi. Sudah ramai anak Melayu yang menjadi doktor, peguam, akauntan, malah berjaya menjadi angkasawan; telah muncul barisan usahawan dan pengurus bumiputera yang berupaya mengendalikan urus niaga berdaya maju. Oleh itu, tanggapan bahawa Wilayah Pembangunan Iskandar akan memudaratkan kaum Melayu sebenarnya merupakan kalimah penghinaan terhadap keupayaan anak Melayu untuk bersaing di dunia global. Melalui Yayasan Hartanah Bumiputera dan pelbagai agensi lain, usahawan Melayu berwibawa akan diberi peluang seluas-luasnya di Wilayah Pembangunan Iskandar.
35. Inisiatif Pembangunan Koridor Utara diterima baik oleh warga utara. Inisiatif Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur disambut baik oleh warga pantai timur termasuk Kerajaan PAS di negeri Kelantan. Inisiatif Koridor Ekonomi memperlihatkan keikhlasan Kerajaan untuk membawa pembangunan ke seluruh negara dengan mengetepikan pegangan politik kepartian. Kita mengetepikan politik kepartian supaya warga dapat menikmati kehidupan berkualiti dan keluar dari belenggu kemiskinan. Koridor ekonomi adalah agenda nasional kerajaan, bersifat nasional – berwajah nasional, bukti nyata akan kesungguhan usaha Kerajaan BARISAN NASIONAL untuk membangunkan negara dan menyejahterakan kehidupan warga.
36. Bahawa koridor-koridor ekonomi perlu dilihat sebagai gagasan besar untuk melonjakkan setiap warga Malaysia – terutamanya anak Melayu – ke arah kemakmuran dan kesejahteraan. Kalau dahulu kita berbicara tentang “towering Malays”, inilah sebenarnya yang kita mahu: anak Melayu yang tidak gentar untuk bersaing dengan dunia luar. Bahawa kepentingan warga Malaysia dan anak bangsa tidak akan kita gadaikan. Pelaburan yang akan kita tarik dari serata dunia akan merancakkan lagi arena pembangunan ekonomi, yang limpahannya akan turut dirasai oleh kita semua. Kita tetap memberikan bantuan dan galakan secukupnya agar orang Melayu dapat bersaing dan melibatkan diri dalam koridor-koridor tersebut.
37. Melalui pembangunan koridor-koridor ekonomi, pertanian di Malaysia akan diberikan wajah baru – diperkenalkan dengan pendekatan baru. Perubahan secara struktural akan dilakukan terutama dari segi penyertaan orang Melayu dalam rantaian bekalan sektor pertanian. Penglibatan petani Melayu masih terbatas di peringkat menanam untuk menghasilkan barangan mentah; komponen yang begitu berintensif buruh, menggunakan tenaga dan masa yang banyak tetapi menghasilkan pulangan yang minimum. Sektor pertanian lebih luas dari itu; ia merangkumi komponen-komponen penghasilan benih berkualiti, jentera dan alat pertanian, teknologi pertanian, pengangkutan, pembungkusan dan penjenamaan, pemborongan, penjualan dan pelbagai lagi. Hari ini rantaian bekalan ini masih belum dikuasai oleh orang Melayu, jauh sekali dari kalangan petani Melayu. Untuk itu Kerajaan akan berusaha memastikan berlakunya satu transformasi; berlakunya penghijrahan dari pertanian tradisional kepada pertanian moden, pertanian yang menggunakan ICT dan bioteknologi, dalam hasrat mendapatkan pulangan lebih besar terhadap usaha-usaha yang dilaksanakan. Melalui pendekatan baru ini, barulah sektor pertanian berupaya memberi impak langsung terhadap usaha membasmi kemiskinan dan meningkatkan pendapatan.
MEMBANGUNKAN MODAL INSAN
MENCAPAI POTENSI BANGSA.
Saudara-saudari
38. Pembangunan modal insan berkualiti amat kritikal dalam membina daya saing dan bagi mencapai matlamat pembangunan negara. Sebagai sebuah negara membangun, Malaysia menghadapi tekanan dan cabaran persaingan besar dalam abad ke-21. Dalam persekitaran ini, kejayaan memihak kepada mereka yang berjaya menambah nilai pada diri masing-masing. Dalam hasrat merealisasikan cita-cita negara, satu usaha besar sedang dipergiatkan untuk membangunkan modal insan, seterusnya meningkatkan daya saing, daya produktiviti serta daya inovasi negara.
39. Warga muda laksana permata untuk digilap. Mereka adalah khazanah penting negara. Warga muda adalah pewaris bangsa – pewaris negara. Mereka akan menentukan kelangsungan gagasan dan perjuangan negara-bangsa di hari muka. Jatuh bangun – maju mundur negara di hari muka amat bergantung pada mereka. Mereka mesti dipupuk supaya menjadi barisan warga yang memiliki daya intelek – menguasai pengetahuan, bermoral dan berbudaya tinggi serta memiliki kecergasan fizikal. Mereka perlu diasuh dan dicanai hingga menyinar gemerlap. Warga muda wajib diperlengkap supaya cukup bersedia membawa negara berhijrah ke era baru, mencipta kemajuan lebih gemilang.
40. Kini, satu lonjakan besar untuk membangunkan modal insan, meningkatkan produktiviti serta inovasi negara sedang dilaksanakan demi memastikan status negara maju dapat dicapai dalam tahun 2020. Kerajaan sedang menggerakkan usaha melaksanakan transformasi terhadap sistem pendidikan negara di semua peringkat, dari pra-sekolah hingga ke pengajian tinggi. Usaha ini adalah kompleks dan melibatkan pelbagai pihak. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, 2006-2010 telah dilancarkan pada 16 Januari 2007. Pelan tersebut menyediakan strategi dan panduan membangunkan program pendidikan yang berkualiti, kukuh dan relevan dengan keperluan masa kini.
41. Sejak sebelum merdeka, Sekolah Kebangsaan telah diilhamkan sebagai instrumen untuk mendidik rakyat pelbagai kaum. Ini kekal menjadi hasrat kita. Sekolah Kebangsaan akan terus diperkasa supaya menjadi sekolah pilihan utama seluruh warga. Sekolah-sekolah di luar bandar akan dipastikan memiliki tenaga pengajar berkualiti, pembangunan prasarana dan kemudahan yang seimbang dengan sekolah-sekolah di bandar. Kecemerlangan sekolah akan diasaskan kepada pencapaian akademik, kokurikulum dan sukan. Sekolah-Sekolah Kluster akan dijadikan penanda aras dan menjadi sekolah contoh selaras dengan usaha untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti.
42. Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara telah dilancarkan pada 27 Ogos lalu. Pelan tersebut menjadi asas kepada pembangunan pengajian tinggi negara sehingga tahun 2020. Pelan tersebut menyuntik pembaharuan kepada program pendidikan tinggi supaya dapat memperlengkapkan usaha pembangunan negara. Adalah menjadi hasrat Kerajaan untuk melihat institusi pengajian tinggi negara mewujudkan suasana pembelajaran yang kompetitif berlandaskan prestasi dan meritokrasi. Institusi Pengajian Tinggi (IPT) hendaklah berupaya mengeluarkan graduan berprestasi tinggi hingga menjadi rebutan majikan di pasaran kerja global. IPT negara juga harus berupaya menghasilkan penyelidikan berkualiti yang mempunyai nilai komersial yang tinggi.
43. Untuk memastikan prestasi tinggi IPT negara, pelbagai langkah telah mula dilaksanakan, antaranya memberi lebih autonomi kepada Institusi Pengajian Tinggi Awam supaya menjadi lebih efisien dan berkesan. Audit prestasi akademik akan dilakukan ke atas semua Institusi Pengajian Tinggi Negara untuk menentukan ‘rating’ masing-masing. Langkah untuk membangunkan gagasan universiti terunggul yang dinamakan ‘universiti apeks’ turut diperkenalkan.
44. Industri Kecil dan Sederhana atau IKS berperanan penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara. IKS memerlukan modal insan terlatih yang memiliki kemahiran bersesuaian. Latihan teknikal dan vokasional akan terus dikemaskinikan supaya dapat memenuhi keperluan industri. Latihan teknikal dan vokasional akan dirangkaikan dengan keperluan industri dan diberi imej baru, agar mampu memberi keyakinan baru serta memenuhi aspirasi baru.
45. Sekolah-sekolah agama rakyat juga diseru melakukan anjakan pendekatan, mempelbagaikan kandungan dan meluaskan disiplin ilmu. Pelajar-pelajar di sekolah agama rakyat akan dibekalkan dan diperlengkap dengan ilmu, pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang membolehkan mereka menghadapi keperluan modal insan dalam era globalisasi dan ekonomi berpaksikan pengetahuan.
46. Saya mahu melihat ahli-ahli UMNO menjadikan program pembangunan modal insan sebagai satu wadah perjuangan – sebagai satu jihad perjuangan parti, perjuangan keluarga dan perjuangan diri. Setiap ahli UMNO perlu meletakkan sasaran untuk melahirkan barisan profesional dan barisan teknokrat bangsa. Setiap ahli UMNO hendaklah meletakkan sasaran memastikan anak-anak mereka akan sampai ke institusi pengajian tinggi.
MEMBINA KEYAKINAN BANGSA
MEMBASMI KEMISKINAN
Saudara-saudari
47. Pada tahun 2020 adalah penting dipastikan orang Melayu tidak tertinggal di belakang, bertaraf masyarakat pinggiran, bagai melukut di tepi gantang, tersisih dalam sebuah negara yang sudah bertaraf negara maju. Usaha-usaha gigih sedang dirintis demi memastikan masyarakat Melayu tidak ditimpa nasib melukut di tahun 2020.
48. Rasa bimbang, rasa takut dan rasa terancam dalam minda Melayu berlaku apabila orang Melayu tidak mempunyai persediaan yang cukup. Selagi orang Melayu berfikiran kecil, selagi itulah orang Melayu berasa gentar kepada perkataan meritokrasi. Merasa diri kecil, merasa rendah diri, merasa gentar, merasa kurang upaya, adalah pemikiran beracun yang telah disuntik ke dalam minda Melayu, bermula dari era penjajahan. Racun minda ini perlu dikeluarkan supaya Melayu berminda segar – berfikiran berani. Melayu, bila diberikan bimbingan yang betul dan diberikan peluang saksama, sebenarnya telah sedia bersaing.
49. Kita telah lima puluh tahun merdeka. Ramai orang Melayu telah berjiwa merdeka. Ramai Melayu di era ini telah bersedia bekerja keras. Ramai Melayu di era ini berani bersaing di peringkat global. Jangan lagi ditakutkan minda Melayu, seperti menakut-nakutkan anak kecil kepada hantu. Hari ini, jangan diperkecil daya upaya Melayu, jangan direndahkan kapasiti Melayu. Melayu akan kita pelengkap supaya berupaya membawa negara mencapai tahap lebih gemilang untuk lima puluh tahun akan datang. Melayu perlu berasa tabah sebelum memulakan langkah. Impikanlah istana kejayaan, berbisiklah kepada hati bahawa kita berupaya mencapainya, berusahalah secara tekun dengan keyakinan penuh bahawa Allah mengurniakan kejayaan kepada setiap hambanya yang berniat ikhlas, khusyuk melakukan ibadat dan berusaha membawa perubahan yang baik. Bahawa niat dan kerja baik itu adalah ibadat. Tuhan tidak menciptakan umat Melayu untuk menjadi lebih lemah dan kurang bijak dari umat-umat berketurunan lain. Warga Malaysia pertama yang sampai ke angkasa bernama Sheikh Muszaphar; dia beragama Islam; dia berketurunan Melayu; dia dipilih dari kalangan calon pelbagai kaum oleh panel pemilih di Rusia. Pada hari ini telah ramai Melayu menguasai pelbagai profesion, memimpin pelbagai organisasi dan menerajui pelbagai institusi. Kejayaan negara ini sendiri adalah bukti nyata kebijaksanaan dan kehebatan pimpinan Melayu.
50. Masyarakat Melayu perlu mewujudkan satu ‘critical mass’ berpendidikan tinggi dan menguasai kemahiran penting, supaya orang Melayu dapat memberi sumbangan lebih berkesan dalam pelbagai sektor ekonomi. Melayu yang gagah akan berupaya melihat Dasar Ekonomi Baru dari kaca mata yang tidak lagi menimbulkan keresahan bukan Melayu. Melayu harus menjaguhi pencapaian matlamat Dasar Ekonomi Baru, memastikan komposisi kumpulan profesional dan kumpulan menengah Melayu lebih seimbang dan masyarakat Malaysia tidak lagi dapat dipisahkan berlandaskan profesion. Dasar Ekonomi Baru tidak pernah bertujuan merampas hak mana-mana warga Malaysia di bumi ini. Kerana itu, meskipun telah 37 tahun dilaksanakan, belum berlaku keadaan Kerajaan merampas kekayaan dari bukan Melayu untuk menjadikan Melayu kaya. Malah kekayaan bukan Melayu terus meningkat. Senarai warga terkaya di Malaysia di dahului oleh bukan Melayu. Hasrat memenuhi semangat Dasar Ekonomi Baru perlu didukung bersama oleh semua pihak.
51. Dalam melagukan lirik menuntut keseimbangan penyertaan antara kaum dalam sektor swasta dan sektor awam, jangan sampai kita terlepas pandang satu lagi matlamat utama yang terkandung dalam Dasar Ekonomi Baru, ia itu, membasmi kemiskinan. Negara tidak akan tenteram jika bilangan rakyat yang miskin masih ramai. Kemiskinan boleh menjadi punca mencetuskan ketidakstabilan politik, demonstrasi jalanan, kadar jenayah yang tinggi dan masalah sosial yang besar. Program membasmi kemiskinan adalah untuk semua warga tanpa mengira kaum ataupun agama. Meningkatkan kapasiti dan nilai tambah individu melalui program pendidikan berkesan adalah instrumen yang akan diberikan fokus dalam usaha mahu mengeluarkan masyarakat dari zon kemiskinan, terutamanya menangani masalah kemiskinan minda dan kemiskinan jiwa. Program membasmi kemiskinan akan diberikan tumpuan intensif dalam fasa kedua Rancangan Malaysia Kesembilan. Semoga dalam tempoh masa yang tidak terlalu lama, di bumi Malaysia, perkataan miskin hanya tinggal sebagai satu istilah yang terkandung di dalam kamus. Wakil-wakil rakyat wajib meletakkan prioriti kepada agenda membasmi kemiskinan. Malah kejayaan membasmi kemiskinan akan dijadikan salah satu petunjuk utama prestasi wakil-wakil rakyat di kawasan masing-masing.
MENGATASI KEBIMBANGAN
Saudara-saudari
52. Hari ini masyarakat sedang berhadapan dengan beberapa kebimbangan; antaranya kejadian jenayah, hubungan antara agama dan hubungan antara kaum. Kejadian jenayah diakui berlaku. Sebahagiannya berpunca dari penyakit dan gejala sosial dan ada juga yang disebabkan dari kebanjiran pekerja asing tanpa izin. Laporan media akan kejadian jenayah bukan sahaja telah meningkatkan kesedaran rakyat tetapi cara penyampaian berita secara dramatik telah menggambarkan seolah-olah negara ini tidak lagi selamat. Kejadian jenayah yang tinggi dan kaedah laporan media akan mempengaruhi imej negara. Kerajaan menyedari masalah ini dan kerana itu dalam Rancangan Malaysia Kesembilan demikian juga dalam Bajet 2008, peruntukan besar disediakan untuk Polis Diraja Malaysia. Dalam pada itu perlu difahami, langkah menambah anggota pasukan keselamatan tidak dapat dipenuhi dalam sekelip mata. Ia memerlukan masa untuk melatih anggota baru. Negara dan masyarakat perlu bersama menyokong anggota polis. Sementara menantikan bilangan anggota polis di tambah, jauhilah dari perbuatan yang boleh menimbulkan keraguan atas keupayaan polis mengawal ketenteraman awam dan keselamatan negara.
53. Memelihara keselamatan negara sememangnya tanggung jawab kerajaan. Namun tanggung jawab ini akan dapat dilaksanakan secara lebih berkesan jika kerajaan mendapat komitmen dan sokongan penuh warga. Membanteras masalah sosial – membanteras masalah penyalahgunaan dadah, membanteras masalah penyeludupan, termasuk penyeludupan manusia, memerlukan bantuan semua pihak. Semangat mengadakan rondaan di kalangan warga (citizen patrol), yang pernah dilaksanakan oleh masyarakat di negara ini perlu dihidupkan semula. Rakyat Malaysia yang telah selesa dalam suasana kemakmuran ekonomi janganlah sampai hilang nilai kemasyarakatan. Seruan Kerajaan untuk mengaktifkan semula kegiatan Rukun Tetangga wajib disambut. Tugas anggota polis hendaklah kita bantu supaya bertambah ringan. Semangat kenegaraan yang tinggi perlu ditunjukkan ketika negara sedang menghadapi krisis kadar jenayah yang tinggi. Saya yakin jika aktiviti rondaan di kawasan-kawasan perumahan dapat diaktifkan semula, kadar jenayah pecah rumah dan pencurian akan dapat diturunkan dengan serta-merta. Saya menyeru kepada ahli-ahli UMNO dan juga ahli-ahli parti komponen BARISAN NASIONAL untuk tampil ke hadapan, memberikan contoh teladan membantu usaha kerajaan membanteras kegiatan jenayah.
54. Hubungan harmoni antara warga pelbagai kaum dan pelbagai agama di negara ini, bukannya satu opsyen tetapi adalah satu kemestian. Kita tidak ada pilihan lain. Lima puluh tahun lalu, perjuangan menuntut kemerdekaan dipermudahkan kerana kebijaksanaan Tunku Abdul Rahman (Almarhum) dan barisan pemimpin seangkatan dengan Almarhum dalam PERIKATAN memperkenalkan konsep perkongsian kuasa.
55. Kita telah lima puluh tahun merdeka. Kini, insan yang lahir di bumi ini adalah anak Malaysia. Mereka adalah warga Malaysia. Mereka besar dan dewasa dengan hanya mengenal negara ini. Mereka berpijak di bumi Malaysia dan menjunjung langit Malaysia. Bukan lagi masanya untuk kita mendendangkan lirik berasaskan kaum. Setiap isu yang dihadapi perlu ditangani berasaskan kepentingan nasional dan kepentingan sejagat.
56. Pada Perhimpunan Agung tahun 2006, UMNO telah membenarkan media membuat siaran langsung perbahasan yang berlaku. Buat pertama kalinya dunia berpeluang mengikuti retorik politik Melayu tanpa tapisan. Sebilangan kecil pembahas mengupas usul yang mungkin telah menyinggung perasaan kaum lain. Ucapan-ucapan Presiden, Timbalan Presiden, Ketua-Ketua Pemuda, Wanita dan Puteri, barisan Majlis Tertinggi dan lebih ramai pembahas memperlihatkan semangat majoriti ahli UMNO mengulas isu dari perspektif nasional. Saya percaya bahawa nada berunsur ekstrem juga disuarakan oleh ahli-ahli dalam parti-parti politik yang dikuasai oleh kaum-kaum lain di negara ini. Namun, dalam semangat membina sebuah negara yang rukun lagi bersatu, konsensus majoriti berlandaskan kesederhanaan dan semangat saling menghormati, terbukti mengatasi suara-suara bernada ekstrem.
57. Jaguh-jaguh bersuara rasis telah mensensasikan kandungan ucapan tertentu dalam Persidangan UMNO tahun lalu. Perbuatan menghunus dan mengucup keris adalah sebahagian dari adat warisan pusaka bangsa. Namun ia turut ditakrif secara sempit – secara negatif. Orang-orang bukan Melayu ditakutkan; malah turut digemakan oleh kumpulan tertentu di luar negara, bertujuan untuk memburuk-burukkan imej UMNO dan Malaysia. Atas nama dan bagi pihak pemimpin dan ahli-ahi UMNO, secara tegas saya memberikan jaminan, bahawa UMNO, sama sekali tidak akan melanggar semangat perjanjian merdeka yang telah kita persetujui bersama kaum-kaum lain. Peluang yang ada di bumi Malaysia adalah terbuka kepada setiap warga Malaysia. Masa hadapan setiap warga Malaysia tetap diberikan jaminan.
58. Pada masa yang sama kaum-kaum klain juga perlu memahami sensitiviti orang Melayu. Perkara-perkara asas berhubung kesucian agama, kepercayaan dan amalan, kepentingan orang Melayu serta perjanjian permuafakatan antara kaum yang telah termeterai, tidak harus diungkit. Perkara-perkara asas yang telah sama-sama kita persetujui sewaktu Perlembagaan Persekutuan digubal, adalah perkara-perkara yang tidak boleh dirundingkan lagi.
59. UMNO tidak mengamalkan sifat lidah bercabang, UMNO tidak bernada lain di hari siang - di hari malam, UMNO bukan makhluk dua alam – makhluk yang bertukar warna berasaskan suasana. UMNO bersedia duduk semeja, mencari penyelesaian bijak, melalui formula sama-sama menang, menangani isu sensitif menyentuh kaum – menyentuh agama. Namun demi membolehkan isu-isu sensitif dapat ditangani secara berkesan, perbincangan mencari penyelesaian lebih sesuai dilakukan melalui forum tertutup. Isu-isu menyentuh sensitiviti agama dan sensitiviti kaum perlu ditangani secara objektif, secara rasional dan secara matang. UMNO dan rakan-rakan di dalam BARISAN NASIONAL jangan sekali-kali terperangkap dalam isu agama dan isu perkauman yang dicetuskan oleh politik pembangkang. Kita adalah parti yang menguasai Kerajaan, kita adalah parti yang didukung oleh kuasa eksekutif, kita tidak harus merendahkan kedudukan kita, melatah dicucuk oleh pembangkang.
LANGKAH MENUJU 100 TAHUN KEMERDEKAAN.
Saudara-saudari
60. Sempena ulang tahun kemerdekaan kali kelima puluh, dengan kudrat dan iradat dari ILAHI juga, saya telah dianugerahkan penghormatan melalui semula jalan sejarah yang telah diterokai oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra. Bermula dari peristiwa di Bandar Hilir Melaka hinggalah melaungkan perkataan ‘MERDEKA’ di Stadium Merdeka.
61. Betapa warga patut bersyukur atas nikmat, atas kemuliaan, atas martabat, atas kedaulatan yang dimiliki oleh negara bangsa. Kita adalah kalangan warga dunia yang dapat berbangga atas kemerdekaan negara bangsanya kerana kemajuan yang telah kita kecapi. Segala-galanya adalah hasil dari kebijaksanaan barisan kepimpinan negara dalam tempoh 50 tahun Malaysia merdeka, bermula dari Tunku Abdul Rahman Putera, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn dan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Saya turut diberikan tanggung jawab sejak empat tahun yang lalu.
62. Rantau ini pernah mencipta sejarah hebat di era Kerajaan Melayu Melaka. Namun perlu diingat, bahawa keagungan Kerajaan Melayu Melaka hanya bertahan selama satu abad. Selama hampir 500 tahun selepas itu kita telah dijajah dan nasib bangsa ditentukan oleh kuasa luar. Dalam tempoh 50 tahun merdeka, kita telah kembali berkerajaan sendiri. Kita telah berjaya mengembalikan kegemilangan sebuah negara bangsa. Malaysia muncul sebagai sebuah negara merdeka lagi berdaulat, dihormati dan disegani. Era kegemilangan Kerajaan Melaka berjaya kita kembalikan. Namun kita tidak mahu kegemilangan kita sekadar berusia satu abad. Kegemilangan ini perlu kita pertahankan selama-lamanya. Selagi ada bulan dan matahari, negara dan bangsa kita akan kekal menjadi negara bangsa merdeka lagi berdaulat.
63. Saya bersyukur kerana mewarisi kepimpinan sebuah kerajaan yang telah mencipta kejayaan terutama dalam pembangunan prasarana fizikal negara. Malah cabaran ke atas diri saya menjadi lebih besar untuk meningkatkan kejayaan dan nilainya. Untuk itu saya telah dan sedang berusaha membangunkan komponen perisian terutama dari segi membangunkan modal insan kelas pertama. Pelbagai formula diperkenalkan, beberapa organisasi disusun semula dan beberapa institusi baru ditubuhkan. Pembangunan perisian memerlukan masa yang panjang untuk melihatkan hasil. Dasar-dasar utama dikekalkan; pengubah suaian dilakukan mengikut keperluan semasa untuk menghadapi cabaran baru. Tempoh empat tahun saya menerima amanat memimpin negara, merupakan satu peratusan masa yang singkat berbanding sejarah lima puluh tahun kemerdekaan. Saya amat insaf negara masih belum memenuhi tahap sasaran yang ditetapkan. Tambahan pula dengan kemunculan cabaran-cabaran baru seperti kenaikan harga minyak dan komoditi-komoditi lain serta ketidakstabilan politik di kawasan-kawasan strategik seperti di Asia Barat. Namun saya berkeyakinan dengan petanda-petanda positif dalam negara yang sungguh menggalakkan.
64. Kita perlu peka akan komposisi warga yang semakin terpelajar. Komposisi warga yang lebih mendapat akses kepada maklumat. Komposisi warga yang mahu melihat amalan ketelusan, amalan demokrasi serta peranan masyarakat awam yang lebih aktif. Dunia media sedang melalui proses revolusi yang rancak. Bahawa maklumat kini boleh diperoleh melalui pelbagai saluran. Dalam pada itu, kita perlu mengimbangkan secara bijak antara kawalan dan keterbukaan media tanpa meruntuhkan asas kestabilan politik yang berjaya kita bina selama ini. Adalah menjadi hasrat Kerajaan untuk melihat media berkembang sebagai satu industri yang lebih progresif dan lebih telus, berupaya melaksanakan tugas secara berintegriti serta lebih bertanggung jawab, termasuk pada satu hari nanti, mengambil tanggung jawab kawal selia melalui badan profesional yang dianggotai oleh mereka sendiri.
65. Kita perlu memperkukuh dan memperbaharui kerjasama politik melalui semangat yang berlandaskan perkongsian kuasa secara tulen. Kita perlu mendidik barisan pemimpin pelapis untuk meneruskan agenda pembangunan negara. Kegagalan mempersiapkan barisan pelapis secara berkesan akan meninggalkan kelompangan yang akan hanya memberi peluang untuk diisi oleh pihak lawan.
66. Adalah menjadi tanggung jawab kepada pemimpin hari ini untuk menentukan proses kesinambungan kepimpinan berlaku secara baik. UMNO kuat – UMNO stabil kerana UMNO memberikan perhatian penting membina barisan pelapis. Program mencari bakat muda, memberi peluang dan kesempatan, mendidik dan mendedahkan barisan pemimpin muda amat ketara berlaku di era kepimpinan Tun Abdul Razak (Allahyarham). Kerana itu apabila secara mengejut, Tun Dr. Ismail dan Tun Abdul Razak meninggal dunia, UMNO tidak gersang dengan barisan pelapis yang memiliki potensi dan memiliki cukup pendedahan. Tidak ada insan yang kekal selama-lamanya. Pemimpin yang bertanggung jawab wajib memikirkan masa hadapan negara. Demi kestabilan masa hadapan negara, program membina barisan pemimpin pelapis perlu diutamakan.
67. Nasib negara pada tahun 2057 akan ditentukan dengan apa yang kita lakukan pada hari ini. Kita perlu memperkasakan Misi Nasional dengan membina gagasan negara bangsa yang kukuh. Kita mahu memperlengkapkan komponen pembangunan negara dengan membina gagasan kukuh di jiwa raga insan, menjadikan bangsa kita bangsa yang gagah lagi perkasa, berilmu dan menguasai teknologi, berbudaya tinggi dan bermoral mulia.
68. Negara yang telah lima puluh tahun merdeka harus diperkaya dengan warga berjiwa merdeka; warga yang memiliki keyakinan – memiliki kepercayaan akan masa hadapan negara bangsanya; warga yang sama-sama akan mengambil tanggung jawab untuk mempertahankan kemerdekaan negaranya; warga yang hidup harmoni dalam kepelbagaian agama dan kaum, warga yang kukuh akarnya di bumi ini – merendang dahannya ke serata benua, warga yang berfikiran luas – berjiwa besar.
69. 50 tahun yang akan datang harus dimanfaatkan sepenuhnya oleh umat Melayu dan warga Malaysia. Kita ingin memelihara sebuah negara yang terus bertunjangkan Perlembagaan Persekutuan dan berlandaskan Rukun Negara. Kita ingin memastikan negara terus bersatu, dengan kehidupan yang adil lagi saksama, melalui semangat kebersamaan dan perkongsian kuasa yang jitu. Kita ingin membina sebuah negara dengan peradaban dan ketamadunan unggul melalui pendekatan Islam Hadhari yang mengandungi prinsip sejagat. Kita ingin menjadi sebuah negara yang maju dan terus maju, yang dipacu oleh Misi Nasional.
70. Bahawa Misi Nasional yang bertunjangkan lima teras pembangunan – untuk menambah nilai dalam ekonomi negara, membina modal insan kelas pertama, menangani ketidakseimbangan sosio-ekonomi, menjamin kualiti hidup rakyat, dan meningkatkan keupayaan pelaksanaan – merupakan keperluan yang wujud sepanjang masa. Bahawa kekuatan modal insan kita akan menentukan pelaksanaan dan pencapaian cita-cita negara, mencapai taraf negara maju dan melangkaui tahap seterusnya.
71. Marilah kita sama-sama membina sebuah negara yang memakmurkan setiap warga, tanpa mengira kaum mahupun kepercayaan. Marilah kita sama-sama membangunkan sebuah negara di mana semua kaum menikmati kehidupan dan kemajuan yang seimbang. Marilah kita sama-sama membawa negara bangsa ke mercu kegemilangan.
72. Apabila menyambut 100 tahun kemerdekaan, Malaysia sepatutnya terbilang di kalangan negara yang menikmati tahap pembangunan yang tinggi. Kita seharusnya tergolong di kalangan ekonomi yang paling berdaya saing di dunia, dengan modal insan, infrastruktur, institusi serta piawaian urustadbir bertaraf dunia, Insya-Allah.
73. Semoga Allah Subhanahu Wata’ala memberikan petunjuk, taufik dan hidayahnya kepada kita dalam melaksanakan ibadah memenuhi tanggung jawab fardu kifayah. Semoga pimpinan dan masa hadapan UMNO dan negara terus berada di tangan mereka yang berjiwa ikhlas dan barang dijauhkan UMNO dan negara jatuh ke tangan orang-orang yang akan membawa kerosakan. Semoga Perhimpunan Agung kita mendapat keredaan dan petunjuk ILAHI.
BERSATU! BERSETIA! BERKHIDMAT.
HIDUP UMNO! HIDUP MELAYU!
Wabilahitaufik Walhidayah
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Rombongan UMNO bahagian Tawau melawat beberapa IKS yang terdapat di Kuala Selangor dan Tanjung Karang .
Sabtu, November 9 , 2007 Dewan Merdeka PWTC Kuala Lumpur - Ucapan penggulungan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri NajibTun Abdul Razak di Perhimpunan Agung UMNO yang ke - 58 tahun 2007
MENEROKA POTENSI BARU
Saudara-saudari
29. Konsep pembangunan koridor ekonomi adalah pendekatan baru, bertujuan menjana pembangunan ekonomi yang lebih menyeluruh dan bersepadu. Pembangunan negara bersifat tempang jika hanya tertumpu di bandar-bandar, hingga bandar menjadi tempat yang terlalu sesak, sedangkan kawasan desa kelihatan usang dan dimamah zaman. Dengan berpaksikan konsep wilayah, pembangunan koridor ekonomi akan menerokai potensi baru serta mempertingkatkan usaha untuk membasmi kemiskinan secara lebih berkesan. Yang lebih utama, setiap wilayah ekonomi akan dibangunkan dengan memanfaatkan keunikan dan keistimewaan yang ada pada mereka..
30. Usaha membangunkan koridor ekonomi ini juga membawa pendekatan baru dalam perancangan pembangunan yang melibatkan sektor swasta berperanan lebih aktif. Sebagai contoh, adalah dilaporkan bahawa 70 peratus dari kawasan industri di kawasan utara tidak digunakan kerana gagal menarik penyertaan swasta. Oleh yang demikian, kita telah memastikan penyertaan langsung sektor swasta di peringkat merangka serta di peringkat melaksana koridor ekonomi. Ini untuk memastikan bahawa pelaburan yang dibuat bersifat komersil dan mampu menjana pulangan yang setimpal, di samping membawa faedah pembangunan yang dijanjikan untuk rakyat.
31. Pelancaran Wilayah Pembangunan Iskandar pada 4 November 2006 telah membawa satu era baru dalam pembangunan negara. Pembangunan yang berkonsepkan hab sektor perkhidmatan - khususnya dalam industri-industri kreatif, pendidikan, kesihatan, kewangan, pelancongan dan logistik – dijangka akan melonjakkan wilayah Selatan Johor sebagai nadi pembangunan yang pesat, dinamik dan disegani di seluruh rantau Asia dan dunia keseluruhannya.
32. Wilayah Ekonomi Koridor Utara – yang meliputi negeri Perlis, Pulau Pinang, Kedah, dan utara Perak – merupakan rancangan yang akan menekankan pembangunan pelbagai sektor, bertujuan meningkatkan kualiti hidup rakyat di Wilayah tersebut dan membasmi kemiskinan. Begitu juga dengan Wilayah Ekonomi Pantai Timur, meliputi negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, dan daerah Mersing di Johor. Kita juga akan memastikan bahawa nikmat pembangunan akan melimpah ke seluruh negara, termasuk bagi negeri-negeri di bahagian timur Malaysia. Untuk itu, koridor ekonomi di Sabah dan Sarawak akan turut dibangunkan dengan mengambil kira keperluan dan hasrat pembangunan di negeri-negeri tersebut. Kesemua rancangan pembangunan koridor ini bertujuan untuk mengubah nasib masyarakat di luar bandar supaya lebih sejahtera menikmati hasil kemakmuran.
33. Falsafah di belakang pembangunan berkonsep koridor ekonomi ini adalah untuk memastikan bahawa tidak ada mana-mana golongan warga yang tertinggal dalam arus pembangunan negara. Sektor ekonomi yang kurang maju dan kawasan yang agak ketinggalan akan dibangunkan secara pesat, tanpa mengetepikan sektor-sektor atau kawasan-kawasan lain. Punca pendapatan tambahan dan pendapatan baru akan dijana, manakala sumber kekayaan baru akan diusahakan. Pembangunan koridor ekonomi ini apabila berjaya, akan merubah wajah dan rupa bentuk negara. Pembangunan tidak tertumpu di bandar-bandar besar sahaja, malah akan melebar ke seluruh ceruk rantau tanah air. Inilah hasrat yang mendasari niat murni kita.
34. Terdapat kebimbangan bahawa pelaksanaan koridor ekonomi – terutamanya Wilayah Pembangunan Iskandar - akan menggugat masa hadapan orang Melayu. Bagi saya, tafsiran sebegini menampakkan perspektif yang sudah ketinggalan zaman. Mungkin pada zaman dahulu, kita amat tertinggal di tanah air sendiri. Ramai anak Melayu ketika itu terpinggir; tetapi kini ramai anak Melayu yang berpendidikan tinggi. Sudah ramai anak Melayu yang menjadi doktor, peguam, akauntan, malah berjaya menjadi angkasawan; telah muncul barisan usahawan dan pengurus bumiputera yang berupaya mengendalikan urus niaga berdaya maju. Oleh itu, tanggapan bahawa Wilayah Pembangunan Iskandar akan memudaratkan kaum Melayu sebenarnya merupakan kalimah penghinaan terhadap keupayaan anak Melayu untuk bersaing di dunia global. Melalui Yayasan Hartanah Bumiputera dan pelbagai agensi lain, usahawan Melayu berwibawa akan diberi peluang seluas-luasnya di Wilayah Pembangunan Iskandar.
35. Inisiatif Pembangunan Koridor Utara diterima baik oleh warga utara. Inisiatif Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur disambut baik oleh warga pantai timur termasuk Kerajaan PAS di negeri Kelantan. Inisiatif Koridor Ekonomi memperlihatkan keikhlasan Kerajaan untuk membawa pembangunan ke seluruh negara dengan mengetepikan pegangan politik kepartian. Kita mengetepikan politik kepartian supaya warga dapat menikmati kehidupan berkualiti dan keluar dari belenggu kemiskinan. Koridor ekonomi adalah agenda nasional kerajaan, bersifat nasional – berwajah nasional, bukti nyata akan kesungguhan usaha Kerajaan BARISAN NASIONAL untuk membangunkan negara dan menyejahterakan kehidupan warga.
36. Bahawa koridor-koridor ekonomi perlu dilihat sebagai gagasan besar untuk melonjakkan setiap warga Malaysia – terutamanya anak Melayu – ke arah kemakmuran dan kesejahteraan. Kalau dahulu kita berbicara tentang “towering Malays”, inilah sebenarnya yang kita mahu: anak Melayu yang tidak gentar untuk bersaing dengan dunia luar. Bahawa kepentingan warga Malaysia dan anak bangsa tidak akan kita gadaikan. Pelaburan yang akan kita tarik dari serata dunia akan merancakkan lagi arena pembangunan ekonomi, yang limpahannya akan turut dirasai oleh kita semua. Kita tetap memberikan bantuan dan galakan secukupnya agar orang Melayu dapat bersaing dan melibatkan diri dalam koridor-koridor tersebut.
37. Melalui pembangunan koridor-koridor ekonomi, pertanian di Malaysia akan diberikan wajah baru – diperkenalkan dengan pendekatan baru. Perubahan secara struktural akan dilakukan terutama dari segi penyertaan orang Melayu dalam rantaian bekalan sektor pertanian. Penglibatan petani Melayu masih terbatas di peringkat menanam untuk menghasilkan barangan mentah; komponen yang begitu berintensif buruh, menggunakan tenaga dan masa yang banyak tetapi menghasilkan pulangan yang minimum. Sektor pertanian lebih luas dari itu; ia merangkumi komponen-komponen penghasilan benih berkualiti, jentera dan alat pertanian, teknologi pertanian, pengangkutan, pembungkusan dan penjenamaan, pemborongan, penjualan dan pelbagai lagi. Hari ini rantaian bekalan ini masih belum dikuasai oleh orang Melayu, jauh sekali dari kalangan petani Melayu. Untuk itu Kerajaan akan berusaha memastikan berlakunya satu transformasi; berlakunya penghijrahan dari pertanian tradisional kepada pertanian moden, pertanian yang menggunakan ICT dan bioteknologi, dalam hasrat mendapatkan pulangan lebih besar terhadap usaha-usaha yang dilaksanakan. Melalui pendekatan baru ini, barulah sektor pertanian berupaya memberi impak langsung terhadap usaha membasmi kemiskinan dan meningkatkan pendapatan.
MEMBANGUNKAN MODAL INSAN
MENCAPAI POTENSI BANGSA.
Saudara-saudari
38. Pembangunan modal insan berkualiti amat kritikal dalam membina daya saing dan bagi mencapai matlamat pembangunan negara. Sebagai sebuah negara membangun, Malaysia menghadapi tekanan dan cabaran persaingan besar dalam abad ke-21. Dalam persekitaran ini, kejayaan memihak kepada mereka yang berjaya menambah nilai pada diri masing-masing. Dalam hasrat merealisasikan cita-cita negara, satu usaha besar sedang dipergiatkan untuk membangunkan modal insan, seterusnya meningkatkan daya saing, daya produktiviti serta daya inovasi negara.
39. Warga muda laksana permata untuk digilap. Mereka adalah khazanah penting negara. Warga muda adalah pewaris bangsa – pewaris negara. Mereka akan menentukan kelangsungan gagasan dan perjuangan negara-bangsa di hari muka. Jatuh bangun – maju mundur negara di hari muka amat bergantung pada mereka. Mereka mesti dipupuk supaya menjadi barisan warga yang memiliki daya intelek – menguasai pengetahuan, bermoral dan berbudaya tinggi serta memiliki kecergasan fizikal. Mereka perlu diasuh dan dicanai hingga menyinar gemerlap. Warga muda wajib diperlengkap supaya cukup bersedia membawa negara berhijrah ke era baru, mencipta kemajuan lebih gemilang.
40. Kini, satu lonjakan besar untuk membangunkan modal insan, meningkatkan produktiviti serta inovasi negara sedang dilaksanakan demi memastikan status negara maju dapat dicapai dalam tahun 2020. Kerajaan sedang menggerakkan usaha melaksanakan transformasi terhadap sistem pendidikan negara di semua peringkat, dari pra-sekolah hingga ke pengajian tinggi. Usaha ini adalah kompleks dan melibatkan pelbagai pihak. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, 2006-2010 telah dilancarkan pada 16 Januari 2007. Pelan tersebut menyediakan strategi dan panduan membangunkan program pendidikan yang berkualiti, kukuh dan relevan dengan keperluan masa kini.
41. Sejak sebelum merdeka, Sekolah Kebangsaan telah diilhamkan sebagai instrumen untuk mendidik rakyat pelbagai kaum. Ini kekal menjadi hasrat kita. Sekolah Kebangsaan akan terus diperkasa supaya menjadi sekolah pilihan utama seluruh warga. Sekolah-sekolah di luar bandar akan dipastikan memiliki tenaga pengajar berkualiti, pembangunan prasarana dan kemudahan yang seimbang dengan sekolah-sekolah di bandar. Kecemerlangan sekolah akan diasaskan kepada pencapaian akademik, kokurikulum dan sukan. Sekolah-Sekolah Kluster akan dijadikan penanda aras dan menjadi sekolah contoh selaras dengan usaha untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti.
42. Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara telah dilancarkan pada 27 Ogos lalu. Pelan tersebut menjadi asas kepada pembangunan pengajian tinggi negara sehingga tahun 2020. Pelan tersebut menyuntik pembaharuan kepada program pendidikan tinggi supaya dapat memperlengkapkan usaha pembangunan negara. Adalah menjadi hasrat Kerajaan untuk melihat institusi pengajian tinggi negara mewujudkan suasana pembelajaran yang kompetitif berlandaskan prestasi dan meritokrasi. Institusi Pengajian Tinggi (IPT) hendaklah berupaya mengeluarkan graduan berprestasi tinggi hingga menjadi rebutan majikan di pasaran kerja global. IPT negara juga harus berupaya menghasilkan penyelidikan berkualiti yang mempunyai nilai komersial yang tinggi.
43. Untuk memastikan prestasi tinggi IPT negara, pelbagai langkah telah mula dilaksanakan, antaranya memberi lebih autonomi kepada Institusi Pengajian Tinggi Awam supaya menjadi lebih efisien dan berkesan. Audit prestasi akademik akan dilakukan ke atas semua Institusi Pengajian Tinggi Negara untuk menentukan ‘rating’ masing-masing. Langkah untuk membangunkan gagasan universiti terunggul yang dinamakan ‘universiti apeks’ turut diperkenalkan.
44. Industri Kecil dan Sederhana atau IKS berperanan penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara. IKS memerlukan modal insan terlatih yang memiliki kemahiran bersesuaian. Latihan teknikal dan vokasional akan terus dikemaskinikan supaya dapat memenuhi keperluan industri. Latihan teknikal dan vokasional akan dirangkaikan dengan keperluan industri dan diberi imej baru, agar mampu memberi keyakinan baru serta memenuhi aspirasi baru.
45. Sekolah-sekolah agama rakyat juga diseru melakukan anjakan pendekatan, mempelbagaikan kandungan dan meluaskan disiplin ilmu. Pelajar-pelajar di sekolah agama rakyat akan dibekalkan dan diperlengkap dengan ilmu, pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang membolehkan mereka menghadapi keperluan modal insan dalam era globalisasi dan ekonomi berpaksikan pengetahuan.
46. Saya mahu melihat ahli-ahli UMNO menjadikan program pembangunan modal insan sebagai satu wadah perjuangan – sebagai satu jihad perjuangan parti, perjuangan keluarga dan perjuangan diri. Setiap ahli UMNO perlu meletakkan sasaran untuk melahirkan barisan profesional dan barisan teknokrat bangsa. Setiap ahli UMNO hendaklah meletakkan sasaran memastikan anak-anak mereka akan sampai ke institusi pengajian tinggi.
MEMBINA KEYAKINAN BANGSA
MEMBASMI KEMISKINAN
Saudara-saudari
47. Pada tahun 2020 adalah penting dipastikan orang Melayu tidak tertinggal di belakang, bertaraf masyarakat pinggiran, bagai melukut di tepi gantang, tersisih dalam sebuah negara yang sudah bertaraf negara maju. Usaha-usaha gigih sedang dirintis demi memastikan masyarakat Melayu tidak ditimpa nasib melukut di tahun 2020.
48. Rasa bimbang, rasa takut dan rasa terancam dalam minda Melayu berlaku apabila orang Melayu tidak mempunyai persediaan yang cukup. Selagi orang Melayu berfikiran kecil, selagi itulah orang Melayu berasa gentar kepada perkataan meritokrasi. Merasa diri kecil, merasa rendah diri, merasa gentar, merasa kurang upaya, adalah pemikiran beracun yang telah disuntik ke dalam minda Melayu, bermula dari era penjajahan. Racun minda ini perlu dikeluarkan supaya Melayu berminda segar – berfikiran berani. Melayu, bila diberikan bimbingan yang betul dan diberikan peluang saksama, sebenarnya telah sedia bersaing.
49. Kita telah lima puluh tahun merdeka. Ramai orang Melayu telah berjiwa merdeka. Ramai Melayu di era ini telah bersedia bekerja keras. Ramai Melayu di era ini berani bersaing di peringkat global. Jangan lagi ditakutkan minda Melayu, seperti menakut-nakutkan anak kecil kepada hantu. Hari ini, jangan diperkecil daya upaya Melayu, jangan direndahkan kapasiti Melayu. Melayu akan kita pelengkap supaya berupaya membawa negara mencapai tahap lebih gemilang untuk lima puluh tahun akan datang. Melayu perlu berasa tabah sebelum memulakan langkah. Impikanlah istana kejayaan, berbisiklah kepada hati bahawa kita berupaya mencapainya, berusahalah secara tekun dengan keyakinan penuh bahawa Allah mengurniakan kejayaan kepada setiap hambanya yang berniat ikhlas, khusyuk melakukan ibadat dan berusaha membawa perubahan yang baik. Bahawa niat dan kerja baik itu adalah ibadat. Tuhan tidak menciptakan umat Melayu untuk menjadi lebih lemah dan kurang bijak dari umat-umat berketurunan lain. Warga Malaysia pertama yang sampai ke angkasa bernama Sheikh Muszaphar; dia beragama Islam; dia berketurunan Melayu; dia dipilih dari kalangan calon pelbagai kaum oleh panel pemilih di Rusia. Pada hari ini telah ramai Melayu menguasai pelbagai profesion, memimpin pelbagai organisasi dan menerajui pelbagai institusi. Kejayaan negara ini sendiri adalah bukti nyata kebijaksanaan dan kehebatan pimpinan Melayu.
50. Masyarakat Melayu perlu mewujudkan satu ‘critical mass’ berpendidikan tinggi dan menguasai kemahiran penting, supaya orang Melayu dapat memberi sumbangan lebih berkesan dalam pelbagai sektor ekonomi. Melayu yang gagah akan berupaya melihat Dasar Ekonomi Baru dari kaca mata yang tidak lagi menimbulkan keresahan bukan Melayu. Melayu harus menjaguhi pencapaian matlamat Dasar Ekonomi Baru, memastikan komposisi kumpulan profesional dan kumpulan menengah Melayu lebih seimbang dan masyarakat Malaysia tidak lagi dapat dipisahkan berlandaskan profesion. Dasar Ekonomi Baru tidak pernah bertujuan merampas hak mana-mana warga Malaysia di bumi ini. Kerana itu, meskipun telah 37 tahun dilaksanakan, belum berlaku keadaan Kerajaan merampas kekayaan dari bukan Melayu untuk menjadikan Melayu kaya. Malah kekayaan bukan Melayu terus meningkat. Senarai warga terkaya di Malaysia di dahului oleh bukan Melayu. Hasrat memenuhi semangat Dasar Ekonomi Baru perlu didukung bersama oleh semua pihak.
51. Dalam melagukan lirik menuntut keseimbangan penyertaan antara kaum dalam sektor swasta dan sektor awam, jangan sampai kita terlepas pandang satu lagi matlamat utama yang terkandung dalam Dasar Ekonomi Baru, ia itu, membasmi kemiskinan. Negara tidak akan tenteram jika bilangan rakyat yang miskin masih ramai. Kemiskinan boleh menjadi punca mencetuskan ketidakstabilan politik, demonstrasi jalanan, kadar jenayah yang tinggi dan masalah sosial yang besar. Program membasmi kemiskinan adalah untuk semua warga tanpa mengira kaum ataupun agama. Meningkatkan kapasiti dan nilai tambah individu melalui program pendidikan berkesan adalah instrumen yang akan diberikan fokus dalam usaha mahu mengeluarkan masyarakat dari zon kemiskinan, terutamanya menangani masalah kemiskinan minda dan kemiskinan jiwa. Program membasmi kemiskinan akan diberikan tumpuan intensif dalam fasa kedua Rancangan Malaysia Kesembilan. Semoga dalam tempoh masa yang tidak terlalu lama, di bumi Malaysia, perkataan miskin hanya tinggal sebagai satu istilah yang terkandung di dalam kamus. Wakil-wakil rakyat wajib meletakkan prioriti kepada agenda membasmi kemiskinan. Malah kejayaan membasmi kemiskinan akan dijadikan salah satu petunjuk utama prestasi wakil-wakil rakyat di kawasan masing-masing.
MENGATASI KEBIMBANGAN
Saudara-saudari
52. Hari ini masyarakat sedang berhadapan dengan beberapa kebimbangan; antaranya kejadian jenayah, hubungan antara agama dan hubungan antara kaum. Kejadian jenayah diakui berlaku. Sebahagiannya berpunca dari penyakit dan gejala sosial dan ada juga yang disebabkan dari kebanjiran pekerja asing tanpa izin. Laporan media akan kejadian jenayah bukan sahaja telah meningkatkan kesedaran rakyat tetapi cara penyampaian berita secara dramatik telah menggambarkan seolah-olah negara ini tidak lagi selamat. Kejadian jenayah yang tinggi dan kaedah laporan media akan mempengaruhi imej negara. Kerajaan menyedari masalah ini dan kerana itu dalam Rancangan Malaysia Kesembilan demikian juga dalam Bajet 2008, peruntukan besar disediakan untuk Polis Diraja Malaysia. Dalam pada itu perlu difahami, langkah menambah anggota pasukan keselamatan tidak dapat dipenuhi dalam sekelip mata. Ia memerlukan masa untuk melatih anggota baru. Negara dan masyarakat perlu bersama menyokong anggota polis. Sementara menantikan bilangan anggota polis di tambah, jauhilah dari perbuatan yang boleh menimbulkan keraguan atas keupayaan polis mengawal ketenteraman awam dan keselamatan negara.
53. Memelihara keselamatan negara sememangnya tanggung jawab kerajaan. Namun tanggung jawab ini akan dapat dilaksanakan secara lebih berkesan jika kerajaan mendapat komitmen dan sokongan penuh warga. Membanteras masalah sosial – membanteras masalah penyalahgunaan dadah, membanteras masalah penyeludupan, termasuk penyeludupan manusia, memerlukan bantuan semua pihak. Semangat mengadakan rondaan di kalangan warga (citizen patrol), yang pernah dilaksanakan oleh masyarakat di negara ini perlu dihidupkan semula. Rakyat Malaysia yang telah selesa dalam suasana kemakmuran ekonomi janganlah sampai hilang nilai kemasyarakatan. Seruan Kerajaan untuk mengaktifkan semula kegiatan Rukun Tetangga wajib disambut. Tugas anggota polis hendaklah kita bantu supaya bertambah ringan. Semangat kenegaraan yang tinggi perlu ditunjukkan ketika negara sedang menghadapi krisis kadar jenayah yang tinggi. Saya yakin jika aktiviti rondaan di kawasan-kawasan perumahan dapat diaktifkan semula, kadar jenayah pecah rumah dan pencurian akan dapat diturunkan dengan serta-merta. Saya menyeru kepada ahli-ahli UMNO dan juga ahli-ahli parti komponen BARISAN NASIONAL untuk tampil ke hadapan, memberikan contoh teladan membantu usaha kerajaan membanteras kegiatan jenayah.
54. Hubungan harmoni antara warga pelbagai kaum dan pelbagai agama di negara ini, bukannya satu opsyen tetapi adalah satu kemestian. Kita tidak ada pilihan lain. Lima puluh tahun lalu, perjuangan menuntut kemerdekaan dipermudahkan kerana kebijaksanaan Tunku Abdul Rahman (Almarhum) dan barisan pemimpin seangkatan dengan Almarhum dalam PERIKATAN memperkenalkan konsep perkongsian kuasa.
55. Kita telah lima puluh tahun merdeka. Kini, insan yang lahir di bumi ini adalah anak Malaysia. Mereka adalah warga Malaysia. Mereka besar dan dewasa dengan hanya mengenal negara ini. Mereka berpijak di bumi Malaysia dan menjunjung langit Malaysia. Bukan lagi masanya untuk kita mendendangkan lirik berasaskan kaum. Setiap isu yang dihadapi perlu ditangani berasaskan kepentingan nasional dan kepentingan sejagat.
56. Pada Perhimpunan Agung tahun 2006, UMNO telah membenarkan media membuat siaran langsung perbahasan yang berlaku. Buat pertama kalinya dunia berpeluang mengikuti retorik politik Melayu tanpa tapisan. Sebilangan kecil pembahas mengupas usul yang mungkin telah menyinggung perasaan kaum lain. Ucapan-ucapan Presiden, Timbalan Presiden, Ketua-Ketua Pemuda, Wanita dan Puteri, barisan Majlis Tertinggi dan lebih ramai pembahas memperlihatkan semangat majoriti ahli UMNO mengulas isu dari perspektif nasional. Saya percaya bahawa nada berunsur ekstrem juga disuarakan oleh ahli-ahli dalam parti-parti politik yang dikuasai oleh kaum-kaum lain di negara ini. Namun, dalam semangat membina sebuah negara yang rukun lagi bersatu, konsensus majoriti berlandaskan kesederhanaan dan semangat saling menghormati, terbukti mengatasi suara-suara bernada ekstrem.
57. Jaguh-jaguh bersuara rasis telah mensensasikan kandungan ucapan tertentu dalam Persidangan UMNO tahun lalu. Perbuatan menghunus dan mengucup keris adalah sebahagian dari adat warisan pusaka bangsa. Namun ia turut ditakrif secara sempit – secara negatif. Orang-orang bukan Melayu ditakutkan; malah turut digemakan oleh kumpulan tertentu di luar negara, bertujuan untuk memburuk-burukkan imej UMNO dan Malaysia. Atas nama dan bagi pihak pemimpin dan ahli-ahi UMNO, secara tegas saya memberikan jaminan, bahawa UMNO, sama sekali tidak akan melanggar semangat perjanjian merdeka yang telah kita persetujui bersama kaum-kaum lain. Peluang yang ada di bumi Malaysia adalah terbuka kepada setiap warga Malaysia. Masa hadapan setiap warga Malaysia tetap diberikan jaminan.
58. Pada masa yang sama kaum-kaum klain juga perlu memahami sensitiviti orang Melayu. Perkara-perkara asas berhubung kesucian agama, kepercayaan dan amalan, kepentingan orang Melayu serta perjanjian permuafakatan antara kaum yang telah termeterai, tidak harus diungkit. Perkara-perkara asas yang telah sama-sama kita persetujui sewaktu Perlembagaan Persekutuan digubal, adalah perkara-perkara yang tidak boleh dirundingkan lagi.
59. UMNO tidak mengamalkan sifat lidah bercabang, UMNO tidak bernada lain di hari siang - di hari malam, UMNO bukan makhluk dua alam – makhluk yang bertukar warna berasaskan suasana. UMNO bersedia duduk semeja, mencari penyelesaian bijak, melalui formula sama-sama menang, menangani isu sensitif menyentuh kaum – menyentuh agama. Namun demi membolehkan isu-isu sensitif dapat ditangani secara berkesan, perbincangan mencari penyelesaian lebih sesuai dilakukan melalui forum tertutup. Isu-isu menyentuh sensitiviti agama dan sensitiviti kaum perlu ditangani secara objektif, secara rasional dan secara matang. UMNO dan rakan-rakan di dalam BARISAN NASIONAL jangan sekali-kali terperangkap dalam isu agama dan isu perkauman yang dicetuskan oleh politik pembangkang. Kita adalah parti yang menguasai Kerajaan, kita adalah parti yang didukung oleh kuasa eksekutif, kita tidak harus merendahkan kedudukan kita, melatah dicucuk oleh pembangkang.
LANGKAH MENUJU 100 TAHUN KEMERDEKAAN.
Saudara-saudari
60. Sempena ulang tahun kemerdekaan kali kelima puluh, dengan kudrat dan iradat dari ILAHI juga, saya telah dianugerahkan penghormatan melalui semula jalan sejarah yang telah diterokai oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra. Bermula dari peristiwa di Bandar Hilir Melaka hinggalah melaungkan perkataan ‘MERDEKA’ di Stadium Merdeka.
61. Betapa warga patut bersyukur atas nikmat, atas kemuliaan, atas martabat, atas kedaulatan yang dimiliki oleh negara bangsa. Kita adalah kalangan warga dunia yang dapat berbangga atas kemerdekaan negara bangsanya kerana kemajuan yang telah kita kecapi. Segala-galanya adalah hasil dari kebijaksanaan barisan kepimpinan negara dalam tempoh 50 tahun Malaysia merdeka, bermula dari Tunku Abdul Rahman Putera, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn dan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Saya turut diberikan tanggung jawab sejak empat tahun yang lalu.
62. Rantau ini pernah mencipta sejarah hebat di era Kerajaan Melayu Melaka. Namun perlu diingat, bahawa keagungan Kerajaan Melayu Melaka hanya bertahan selama satu abad. Selama hampir 500 tahun selepas itu kita telah dijajah dan nasib bangsa ditentukan oleh kuasa luar. Dalam tempoh 50 tahun merdeka, kita telah kembali berkerajaan sendiri. Kita telah berjaya mengembalikan kegemilangan sebuah negara bangsa. Malaysia muncul sebagai sebuah negara merdeka lagi berdaulat, dihormati dan disegani. Era kegemilangan Kerajaan Melaka berjaya kita kembalikan. Namun kita tidak mahu kegemilangan kita sekadar berusia satu abad. Kegemilangan ini perlu kita pertahankan selama-lamanya. Selagi ada bulan dan matahari, negara dan bangsa kita akan kekal menjadi negara bangsa merdeka lagi berdaulat.
63. Saya bersyukur kerana mewarisi kepimpinan sebuah kerajaan yang telah mencipta kejayaan terutama dalam pembangunan prasarana fizikal negara. Malah cabaran ke atas diri saya menjadi lebih besar untuk meningkatkan kejayaan dan nilainya. Untuk itu saya telah dan sedang berusaha membangunkan komponen perisian terutama dari segi membangunkan modal insan kelas pertama. Pelbagai formula diperkenalkan, beberapa organisasi disusun semula dan beberapa institusi baru ditubuhkan. Pembangunan perisian memerlukan masa yang panjang untuk melihatkan hasil. Dasar-dasar utama dikekalkan; pengubah suaian dilakukan mengikut keperluan semasa untuk menghadapi cabaran baru. Tempoh empat tahun saya menerima amanat memimpin negara, merupakan satu peratusan masa yang singkat berbanding sejarah lima puluh tahun kemerdekaan. Saya amat insaf negara masih belum memenuhi tahap sasaran yang ditetapkan. Tambahan pula dengan kemunculan cabaran-cabaran baru seperti kenaikan harga minyak dan komoditi-komoditi lain serta ketidakstabilan politik di kawasan-kawasan strategik seperti di Asia Barat. Namun saya berkeyakinan dengan petanda-petanda positif dalam negara yang sungguh menggalakkan.
64. Kita perlu peka akan komposisi warga yang semakin terpelajar. Komposisi warga yang lebih mendapat akses kepada maklumat. Komposisi warga yang mahu melihat amalan ketelusan, amalan demokrasi serta peranan masyarakat awam yang lebih aktif. Dunia media sedang melalui proses revolusi yang rancak. Bahawa maklumat kini boleh diperoleh melalui pelbagai saluran. Dalam pada itu, kita perlu mengimbangkan secara bijak antara kawalan dan keterbukaan media tanpa meruntuhkan asas kestabilan politik yang berjaya kita bina selama ini. Adalah menjadi hasrat Kerajaan untuk melihat media berkembang sebagai satu industri yang lebih progresif dan lebih telus, berupaya melaksanakan tugas secara berintegriti serta lebih bertanggung jawab, termasuk pada satu hari nanti, mengambil tanggung jawab kawal selia melalui badan profesional yang dianggotai oleh mereka sendiri.
65. Kita perlu memperkukuh dan memperbaharui kerjasama politik melalui semangat yang berlandaskan perkongsian kuasa secara tulen. Kita perlu mendidik barisan pemimpin pelapis untuk meneruskan agenda pembangunan negara. Kegagalan mempersiapkan barisan pelapis secara berkesan akan meninggalkan kelompangan yang akan hanya memberi peluang untuk diisi oleh pihak lawan.
66. Adalah menjadi tanggung jawab kepada pemimpin hari ini untuk menentukan proses kesinambungan kepimpinan berlaku secara baik. UMNO kuat – UMNO stabil kerana UMNO memberikan perhatian penting membina barisan pelapis. Program mencari bakat muda, memberi peluang dan kesempatan, mendidik dan mendedahkan barisan pemimpin muda amat ketara berlaku di era kepimpinan Tun Abdul Razak (Allahyarham). Kerana itu apabila secara mengejut, Tun Dr. Ismail dan Tun Abdul Razak meninggal dunia, UMNO tidak gersang dengan barisan pelapis yang memiliki potensi dan memiliki cukup pendedahan. Tidak ada insan yang kekal selama-lamanya. Pemimpin yang bertanggung jawab wajib memikirkan masa hadapan negara. Demi kestabilan masa hadapan negara, program membina barisan pemimpin pelapis perlu diutamakan.
67. Nasib negara pada tahun 2057 akan ditentukan dengan apa yang kita lakukan pada hari ini. Kita perlu memperkasakan Misi Nasional dengan membina gagasan negara bangsa yang kukuh. Kita mahu memperlengkapkan komponen pembangunan negara dengan membina gagasan kukuh di jiwa raga insan, menjadikan bangsa kita bangsa yang gagah lagi perkasa, berilmu dan menguasai teknologi, berbudaya tinggi dan bermoral mulia.
68. Negara yang telah lima puluh tahun merdeka harus diperkaya dengan warga berjiwa merdeka; warga yang memiliki keyakinan – memiliki kepercayaan akan masa hadapan negara bangsanya; warga yang sama-sama akan mengambil tanggung jawab untuk mempertahankan kemerdekaan negaranya; warga yang hidup harmoni dalam kepelbagaian agama dan kaum, warga yang kukuh akarnya di bumi ini – merendang dahannya ke serata benua, warga yang berfikiran luas – berjiwa besar.
69. 50 tahun yang akan datang harus dimanfaatkan sepenuhnya oleh umat Melayu dan warga Malaysia. Kita ingin memelihara sebuah negara yang terus bertunjangkan Perlembagaan Persekutuan dan berlandaskan Rukun Negara. Kita ingin memastikan negara terus bersatu, dengan kehidupan yang adil lagi saksama, melalui semangat kebersamaan dan perkongsian kuasa yang jitu. Kita ingin membina sebuah negara dengan peradaban dan ketamadunan unggul melalui pendekatan Islam Hadhari yang mengandungi prinsip sejagat. Kita ingin menjadi sebuah negara yang maju dan terus maju, yang dipacu oleh Misi Nasional.
70. Bahawa Misi Nasional yang bertunjangkan lima teras pembangunan – untuk menambah nilai dalam ekonomi negara, membina modal insan kelas pertama, menangani ketidakseimbangan sosio-ekonomi, menjamin kualiti hidup rakyat, dan meningkatkan keupayaan pelaksanaan – merupakan keperluan yang wujud sepanjang masa. Bahawa kekuatan modal insan kita akan menentukan pelaksanaan dan pencapaian cita-cita negara, mencapai taraf negara maju dan melangkaui tahap seterusnya.
71. Marilah kita sama-sama membina sebuah negara yang memakmurkan setiap warga, tanpa mengira kaum mahupun kepercayaan. Marilah kita sama-sama membangunkan sebuah negara di mana semua kaum menikmati kehidupan dan kemajuan yang seimbang. Marilah kita sama-sama membawa negara bangsa ke mercu kegemilangan.
72. Apabila menyambut 100 tahun kemerdekaan, Malaysia sepatutnya terbilang di kalangan negara yang menikmati tahap pembangunan yang tinggi. Kita seharusnya tergolong di kalangan ekonomi yang paling berdaya saing di dunia, dengan modal insan, infrastruktur, institusi serta piawaian urustadbir bertaraf dunia, Insya-Allah.
73. Semoga Allah Subhanahu Wata’ala memberikan petunjuk, taufik dan hidayahnya kepada kita dalam melaksanakan ibadah memenuhi tanggung jawab fardu kifayah. Semoga pimpinan dan masa hadapan UMNO dan negara terus berada di tangan mereka yang berjiwa ikhlas dan barang dijauhkan UMNO dan negara jatuh ke tangan orang-orang yang akan membawa kerosakan. Semoga Perhimpunan Agung kita mendapat keredaan dan petunjuk ILAHI.
BERSATU! BERSETIA! BERKHIDMAT.
HIDUP UMNO! HIDUP MELAYU!
Wabilahitaufik Walhidayah
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Rombongan UMNO bahagian Tawau melawat beberapa IKS yang terdapat di Kuala Selangor dan Tanjung Karang .
Sabtu, November 9 , 2007 Dewan Merdeka PWTC Kuala Lumpur - Ucapan penggulungan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri NajibTun Abdul Razak di Perhimpunan Agung UMNO yang ke - 58 tahun 2007
" Menjayakan gagasan, inisiatif pembanguna "
SYUKUR Alhamdulillah, kita sudah sampai ke penghujung persidangan atau
perhimpunan Umno bagi tahun ini. Bagi pihak rakan-rakan saya, ahli-ahli
Jawatankuasa Pengurusan Umno, kami dapati persidangan kali ini telah
berjalan dalam suasana yang sangat baik.
Perwakilan tahun ini kelihatan amat tertib dengan gaya masing-masing. Begitulah hebatnya perwakilan Umno. Gelagat Pemangku Pengerusi Tetap telah menceriakan perhimpunan ini. Walaupun ada orang kata, kadang-kadang terkeloloh sedikit, tetapi tetap hebat. Tahniah diucapkan kepada beliau.
Sidang perwakilan, Datuk Pengerusi, sidang perwakilan sekalian.
Seperti biasa, selepas persidangan ini, kita akan balik ke bahagian, kita akan balik ke kampung masing-masing. Seperti biasa selepas sesuatu perhimpunan, sudah tentu pemerhati dan penganalisa politik akan cuba membuat rumusan atau kesimpulan daripada persidangan ini. Saya akan cuba.
Pada hemat saya, ada tiga kesimpulan besar atau rumusan besar yang terbit dari persidangan ini. Yang pertama, amat jelas dan amat nyata, bahawa semua gagasan, semua inisiatif yang dipelopori, yang diperjuangkan. Yang diilhamkan, yang dilaksanakan oleh Datuk Seri Presiden kita, sama ada berhubung dengan Misi Nasional, sama ada Islam Hadhari, sama ada pembangunan lima wilayah koridor, sama ada penambahbaikan sistem penyampaian, sama ada membangunkan pertanian moden atau gagasan 2057, jelas mendapat sokongan yang kuat dan padu daripada perhimpunan agung.
Oleh itu, bagi pihak diri saya sendiri, bagi pihak rakan-rakan saya ahli-ahli majlis tertinggi termasuk semua pemimpin kerajaan negeri memberi pengakuan bahawa kita akan terus menyokong, kita akan teguh mendokong, kita akan gigih membantu dan kita akan sentiasa setia kepada pucuk pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam menjayakan gagasan dan inisiatif yang telah pun diperkenalkan kepada kita.
Ramai perwakilan menyebut mengenai usaha mengangkasakan bangsa. Sewaktu perasmian persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri, saya telah mengutarakan ucapan yang bertemakan �Mengangkasakan Tamadun Bangsa�. Mengangkasa maksudnya mencapai megejar impian, hasrat atau cita-cita tinggi sebagai sebuah bangsa yang ingin mencapai sesuatu yang terbaik dan yang terbilang.
Tamadun pula ialah himpunan pencapaian sosial, politik, ekonomi dan budaya yang mempunyai tahap tinggi dikenali juga sebagai istilah peradaban atau Habarah. Ia sesuai dengan pendekatan Islam Hadhari, Islam yang menekankan aspek tamadun, cetusan Presiden Umno.
Ilham mengangkasa bangsa ini tentunya terbit daripada kejayaan angkasawan negara kita. Sesungguhnya, usaha yang telah berjaya itu bukan sekadar menghantar seorang ke angkasa lepas, tetapi adalah satu simbol hasrat sesebuah bangsa untuk mencapai kejayaan setinggi bintang.
Sebagai bangsa Melayu dan rakyat Malaysia, sebenarnya kita boleh mencapai pelbagai puncak kegemilangan. Syaratnya ialah dengan mengamalkan budaya atau cara hidup yang cukup gemilang dan sentiasa bercita-cita untuk menjadi bangsa yang terbilang.
Ada pihak pembangkang yang menyatakan dalam Blog yang goblok, bahawa untuk mencapai bangsa angkasa ini adalah suatu yang tak membumi. Hanya khayalan atau angan-angan. Inilah contoh pemikiran kolot, yang menyebabkan bangsa kita akan terus ketinggalan. Kaedah dalam Islam ada menyatakan, bahawa jika belum mampu berbuat semuanya, jangan kita tinggalkan semuanya. Pepatah Arab pula menungkilkan, bahawa bercita-citalah setinggi langit kerana jika kita tak dapat mencapai langit, sekurang-kurangnya kita dapat menggapai awan.
Sidang perwakilan sekalian,
Saya tertarik hati kepada ucapan wakil Terengganu yang telah menyentuh berkenaan ledakan pertumbuhan ekonomi gergasi China dan India. Dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, China telah mencapai mencapai kadar pertumbuhan sebanyak 10.9 peratus, India 9.2 peratus dan Malaysia 5.5 peratus.
Soalnya bagaimana kita boleh tingkatkan kapasiti atau kemampuan ekonomi negara kita untuk mengembang pada tahap lebih tinggi lagi.
Pada hemat saya, kita ada dua pilihan. Yang pertama, kita boleh tingkatkan produktiviti ekonomi negara kita dengan cara menggunakan teknologi yang terkini, menambahbaikan proses supaya lebih efisyen lagi kilang-kilang kita, perkhidmatan kita lebih efisyen lagi, menggunakan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), membangunkan kapasiti minda kita dan lain-lain lagi kaedah dan cara. Itu satu pilihan yang ada pada kita.
Yang kedua dengan melihat kepada sama ada kita boleh menambahkan lagi peruntukan untuk membangunkan negara kita. Di sini, saya juga tertarik hati kepada ucapan Naib Ketua Pemuda Umno yang telah menyentuh berkenaan sistem subsidi negara kita yang dia kata perlu dikaji ataupun dirombak semula.
Sehubungan itu, kita sudah berada dalam satu keadaan yang tidak berlaku kepada mana-mana negara di dunia. Kalau kita ambil subsidi dalam bidang minyak, pengeluaran minyak, petroleum dan bahan minyak saja dan kita campur dengan subsidi gas, dia jadi RM35 bilion kalau sekiranya paras minyak pada AS$100 setong.
Itulah keadaan hari ini di mana harga minyak bersekitar AS$100 setong. Kita campur subsidi lain yang telah dikeluarkan oleh kerajaan selama ini, tambah RM5 bilion lagi, bila RM35 bilion campur RM5 bilion, ia jadi RM40 bilion.
Sidang perwakilan sekalian.
Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) untuk tempoh lima tahun kita peruntukan RM200 bilion untuk pembangunan. Bererti setiap tahun kita belanja RM40 bilion untuk pembangunan. Inilah yang saya katakan kita berada dalam keadaan yang unik kerana peruntukan untuk pembangunan RM40 bilion dan peruntukan untuk subsidi RM40 bilion juga. Rationya 1 pada 1, tidak ada negara di dunia yang menyediakan peruntukan subsidi untuk rakyat begini besar seperti mana kita lakukan.
Ini kita perlu tegaskan, apa implikasi kalau pada teorinya, saya tegaskan pada teorinya, kalau kita pindahkan RM40 bilion subsidi itu dijadikan sumbangan pada peruntukan pembangunan, ia akan jadi RM80 bilion setahun, bukan RM40 bilion tapi RM80 bilion dan kalau kita boleh belanja RM80 bilion setahun, kita boleh dapat kadar pertumbuhan sembilan ....10 peratus setahun untuk negara. Itu dia implikasi, tetapi saya kata itu pada teori kerana wakil Terengganu juga mengingatkan kita jangan jadi pengebom berani mati.
Kita tidak mahu jadi parti yang ditolak rakyat. Oleh itu, dalam kita mengkaji semula sistem ini, kita akan gunakan formula supaya kita tidak akan membeban atau menyusahkan rakyat tetapi ekonomi negara tidak mudarat. Ini dia pilihan yang akan dilakukan oleh kita.
Apa rumusan yang kedua? Kalau saya sebut tadi rumusan yang pertama, rumusan yang kedua, yang jelas terbit daripada perhimpunan pada tahun yang amat bersejarah ini dalam kita menyambut 50 tahun kemerdekaan, dengan jelas, dengan nyata, dengan suara yang tegas, perhimpunan telah membuat kita tampan bahawasanya agenda Melayu mesti diteruskan.
Bila kita berlaku adil kepada orang lain, bila kita tidak mengambil hak orang lain, kita tidak menafikan hak kaum lain, di samping itu jangan sesiapa menafikan hak pada orang Melayu. Kita terus perjuangkan agenda Melayu supaya rombakan ketempangan bahasa Melayu mesti dibetulkan.
Kepada mereka yang di luar terutama sekali kepada mereka yang cuba mempertikaikan perkara ini, eloklah rasanya kita nyatakan bahawasanya mereka perlu mengenali siapa dia orang Melayu.
Kerana orang Melayu ini cakapnya beralas, sindirnya berasas, tegurnya tegas tunduknya bukan tewas, beraninya tiada batas, kelihatan lembut tapi keras. Melayu ini bangsanya sopan kerana agama jadi panduan, sanggup mati kerana kawan, namun sabarnya ada sempadan.
Datuk Pengerusi dan sidang perwakilan.
Menyentuh berkenaan agenda Melayu, apa yang patut kita lakukan sebagai usaha tambahan memperjuangkan agenda Melayu? Saya telah diamanahkan oleh presiden parti untuk mempengerusikan satu jawatankuasa yang bertujuan untuk menambahkan lagi bilangan syarikat Bumiputera yang boleh disenaraikan dalam Bursa Malayia sama ada papan pertama, kedua ataupun pada papan Masdec.
Jawatankuasa ini ataupun program ini diberi nama Skim Jejak Jaya Bumiputera. Dalam jawatankuasa ini Menteri Kewangan Kedua (Tan Sri Nor Mohamed Yakcop) ada bersama, begitu juga barisan pegawai Skim Jejak Jaya Bumiputera.
Menteri Kewangan Kedua, Pengerusi Gapem, Tan Sri Rahim Tamby Chik pun ada sama di mana kita kena mengenal pasti syarikat-syarikat Bumiputera yang sudah menunjukkan �track record� yang baik, boleh ada potensi untuk disenaraikan tetapi perlu sedikit bantuan daripada kerajaan.
Orang putih kata �the last mile�. Kalau ada sedikit bantuan daripada kerajaan dalam masa terdekat ini, syarikat-syarikat ini boleh disenaraikan. Matlamat kita ialah untuk mengenal pasti mulai tahun depan antara lima dan 10 syarikat yang boleh kita senaraikan. Jika perkara ini berlaku, banyak lagi syarikat Bumiputera yang boleh kita senaraikan, dan saya beri jaminan bahawa kriteria yang kita gunakan bukan sama ada kita mengenali siapa dia yang memiliki syarikat ini tapi kemampuan mereka yang mengendalikan syarikat ini.
Jadi bukanlah �know who� tapi �know how�. Kalau dulu berkali banyak �know who� kita nak �know how�. Kalau mereka tahu bagaimana mengendalikan syarikat, kita bantu insya-Allah mereka boleh bertahan sehingga menjadi syarikat besar dan berjaya yang boleh kita banggakan.
Sidang perwakilan sekalian.
Ekuiti kita ini masih terlekat pada tahap 18.9 peratus. Ini kerana apabila ekuiti Bumiputera berkembang pada kadar hampir sama dengan perkembangan kadar pasaran maka walaupun pasaran jadi besar peratusan kita masih kekal pada lingkungan 18 peratus.
Untuk mencapai matlamat 30 peratus, dan kita harap menjelang tahun 2020 nanti... Yang Amat Berhormat Presiden selalu sebut, jangan sampai pada 2020 nanti kita tak boleh diiktiraf sebagai bangsa maju. Dan salah satu daripada kriterianya ialah semestinya sekurang-kurangnya pemilikan kita mesti tidak kurang daripada 30 peratus.
Oleh itu dalam tempoh masa yang baki ini -13 tahun - kita mesti tentukan pertumbuhan penguasaan ekuiti Bumiputera melebihi perkembangan pertumbuhan pasaran pada tiap-tiap tahun. Kalau pasaran tumbuh 12 peratus, ekuiti Bumiputera mesti berkembang 15 peratus ataupun lebih. Barulah kita akan sampai ke matlamat 30 peratus menjelang tahun 2020.
Datuk Pengerusi, sidang perwakilan sekalian.
Apa lagi perkara baru? Saya tidak mahu ulang perkara yang sudah diketahui perwakilan. Salah satu daripada perkara baru, inisiatif Umno ialah Universiti Tun Abdul Razak (Unitar) yang sekarang dimiliki sepenuhnya oleh Umno.
Hasrat Datuk Seri Presiden supaya Unitar disusun semula, distruktur semula... Yang Amat Berhormat telah beri kepercayaan kepada saya untuk mempengerusikan lembaga amanahnya disertai oleh naib-naib presiden Datuk Seri Ali Rustam, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, Bendahari Agung, Datuk Mustafa (Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed), Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Kita duduk dalam lembaga ini dan kita akan berusaha supaya sesuatu kelemahan kepada bangsa Melayu iaitu kurang kemampuan dari segi keusahawanan dan kepimpinan pengurusan itu. Itulah yang dijadikan sebagai pengkhususan kepada Unitar yang akan disusun semula, Insya-Allah mulai tahun hadapan kita akan guna program kita ke arah ini
Sidang perwakilan sekalian
Yang Amat Berhormat Presiden dalam ucapannya ada menyebut dan ini banyak pengertian pada kita b bahawa nasib negara pada tahun 2057 akan ditentukan dengan apa yang kita lakukan pada hari ini. Sehubungan itu, tentu sekali kita tak boleh lari jauh daripada soal pembangunan modal insan. Saya ingin sebut di sini bahawa program pendidikan awal kanak-kanak ataupun Permata yang memberi tumpuan kepada pendidikan antara umur satu hingga tiga tahun adalah program yang akan menjamin modal insan yang akan jadi barisan hadapan pada tahun 2057 nanti.
Sudah terbukti dalam pembangunan insan, pembangunan mesra bahawa perangai kita, intelek kita, minda kita, emosi kita, fizikal kita... asasnya pada umur kosong hingga tiga tahun. Sudah terbentuk kalau cuba nak bentuk kemudian hari dah terlambat. Rebung yang disebutkan oleh wakil puteri... rebung itu sebenarnya dari segi teori saintifik adalah pada umur kosong hingga tiga tahun.
Malah mengikut Dr Benjamin Spock ,pendidikan sebenarnya bermula waktu bayi itu masih dalam perut ibunya. Dia suruh kita bercakap dengan bayi dalam perut ibu. Saya nak minta sesiapa yang masih boleh melakukan perkara ini... Saya disqualified sebab saya tidak boleh lagi sebab kilang saya dah tutup nak minta lesen kilang baru (tak ada kementerian) tak akan dapat kelulusan.
Jadi tak gunalah nak merayu pun tak guna orang putih kata �definitely no�. Jadi sesiapa yang boleh saya syorkan mendekati perut isteri tengok pada perut isteri.. jangan tengok pada yang lain... dan cuba berkomunikasi dengan anak dalam perut ibu ataupun isteri. Jadi anak itu akan jadi orang yang hebat pemikiran tapi hati jiwanya jiwa Umno, Insya-Allah
Jadi program perintis lima projek kita dah mula termasuk di Kepala Batas, 12 lagi projek tahun depan. Penilaian dibuat oleh UPSI dan didapati bahawa kesannya kanak-kanak yang dalam program Permata ini, keupayaan mindanya, kebolehan dia bertutur, berinteraksi, keyakinan diri, disiplin, semuanya jauh lebih baik dan terbuktilah program ini amat berkesan kalaulah kita hendak negara bangsa Melayu yang terbilang kita buat hari ini kepada kanak-kanak pada peringkat sekecil mungkin.
Bagi orang Melayu, inilah pelaburan yang paling besar, bukan rumah besar, bukan kereta besar, bukan kenduri besar, bukan lainnya besar-besar. Kita melaburlah dalam pendidikan anak-anak kita kerana itulah yang paling berharga untuk masa depan bangsa dan negara kita.
Sidang perwakilan sekalian,
Yang ketiga yang terakhir pada hemat saya yang boleh kita anggap sebagai rumusan daripada perhimpunan ini ialah bahawasanya kita telah memberi pengakuan bahawa parti kita, kesiapsiagaan parti kita ini berada dalam keadaan bersiap sedia menunggu isyarat Yang Amat Berhormat Presiden bila tarikh pilihan raya yang betul.
Pada awal tahun ini, berkat usaha gigih dan gagah pelbagai pihak kita telah berjaya dengan cemerlang di Batu Talam, di Machap dan di Ijok. Oleh itu, teruslah bekerja keras demi memastikan kita akan memenangi lebih daripada dua pertiga kerusi pada peringkat Parlimen, dua pertiga mesti sasaran kita dan kita nak menang di setiap negeri. Insya-Allah di Kelantan jua hasrat kita nak menjadikan sebagai kenyataan.
Mengenai calon pula kita serahkan pada pucuk pimpinan, individu tidak penting jika dibanding dengan idealisme sebuah perjuangan parti Umno yang besar. Kita sebagai individu hanya hebat jika kita berada dalam sebuah parti yang hebat. Oleh itu janganlah berbalah.
Terpenting ialah kita akan bersama-sama berdiri teguh di belakang Presiden untuk menangani apa jua isu pilihan raya yang ditimbulkan oleh pembangkang, percayalah bahawa kita akan bersama sewaktu senang dan sewaktu kita susah, percayalah sesungguhnya sudah banyak cabaran yang kita hadapi seperti kemelut ekonomi, krisis politik pada 1997 hingga 2000, namun telah terbukti bahawa jika kita bersatu, jika kita berusaha bersama, segala cabaran kita akan tempuhi jua, segala kejayaan kita akan kecapi akhirnya. Insya-Allah.
Untuk meraih sokongan rakyat, buatlah perkara yang disukai rakyat, jangan buat perkara yang dibenci rakyat. Kita mesti bekerja kuat, segala janji kita mesti tunaikan. Kita mesti bekerja sepanjang masa, siang, malam, pagi, petang, subuh mahupun senja. Kita berjumpa dengan rakyat, jika rumah uzur kita baiki lantainya dan kita tukar bumbungnya.
Jika anak mereka ramai dan miskin, kita menjadi pengantara untuk mendapatkan segala bantuan yang ada. Kesetiaan kepada parti, kesiagaan dalam perjuangan, kemantapan jentera Umno, Wanita, Pemuda, Puteri akan sentiasa kita pastikan.
Persefahaman dalam parti komponen Barisan Nasional amat penting bagi memastikan apa yang kita hasratkan menjadi kenyataan. Semalam, Yang Amat Berhormat Presiden telah melancarkan buku mengenai Datuk Onn Jaafar anjuran Umno Negeri Johor.
Pesanan keramat pejuang terbilang pengasas sebuah negara bangsa, Presiden Umno yang pertama Datuk Onn Jaafar mestilah dijadikan hembusan iktibar oleh semua iaitu Melayu hanya selamat bila kuat dan kuat apabila bersatu padu.
Yang amat berhormat Presiden telah membuka lembaran era baru untuk 50 tahun akan datang bermula pada detik 12 malam 31 Ogos 2007 yang lalu. Wawasan dan iltizam Presiden adalah juga wawasan dan iltizam kita semua.
Kuat berusaha hidup senang
Bila kaya menabur jasa
Pilihan raya menang cemerlang
Untuk mengangkasa tamadun bangsa
Bila kaya menabur jasa
Fakir dibela miskin dibantu
Untuk mengangkasa tamadun bangsa
Yakin meneroka era baru
Fakir dibela miskin dibantu
Untuk moden mereka ditolong
Yakin meneroka era baru
Kepimpinan Presiden mantap disokong
Terima kasih kepada perwakilan, terima kasih kepada pemerhati yang setia bersama hingga ke petang. Terima kasih kepada Datuk Pengerusi, terima kasih kepada semua yang telah menjayakan persidangan ini. Selamat berjuang demi mendaulat agama, membela bangsa, membina negara yang tercinta. Terima kasih, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
YAB Presiden UMNO Datuk Seri Abdullah Hj.Ahmad Badawi di iringi oleh YAB Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohd.Najib bin Tun Hj.Abdul Razak bersama Ahli Majlis tertinggi UMNO masuk ke dalam Dewan Perhimpunan untuk memulakan acara bagi Ucapan Penggulungan Presiden dan seterusnya Penangguhan Perhimpunan Agung UMNO yang ke - 58 bagi tahun 2007.
Reaksi Abdullah Ahmad Badawi ketika menyentuh isu keselamatan negara pada ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO 2007 di PWTC, Kuala Lumpur, semalam. Gambar HALIM KHALID.
Perwakilan tahun ini kelihatan amat tertib dengan gaya masing-masing. Begitulah hebatnya perwakilan Umno. Gelagat Pemangku Pengerusi Tetap telah menceriakan perhimpunan ini. Walaupun ada orang kata, kadang-kadang terkeloloh sedikit, tetapi tetap hebat. Tahniah diucapkan kepada beliau.
Sidang perwakilan, Datuk Pengerusi, sidang perwakilan sekalian.
Seperti biasa, selepas persidangan ini, kita akan balik ke bahagian, kita akan balik ke kampung masing-masing. Seperti biasa selepas sesuatu perhimpunan, sudah tentu pemerhati dan penganalisa politik akan cuba membuat rumusan atau kesimpulan daripada persidangan ini. Saya akan cuba.
Pada hemat saya, ada tiga kesimpulan besar atau rumusan besar yang terbit dari persidangan ini. Yang pertama, amat jelas dan amat nyata, bahawa semua gagasan, semua inisiatif yang dipelopori, yang diperjuangkan. Yang diilhamkan, yang dilaksanakan oleh Datuk Seri Presiden kita, sama ada berhubung dengan Misi Nasional, sama ada Islam Hadhari, sama ada pembangunan lima wilayah koridor, sama ada penambahbaikan sistem penyampaian, sama ada membangunkan pertanian moden atau gagasan 2057, jelas mendapat sokongan yang kuat dan padu daripada perhimpunan agung.
Oleh itu, bagi pihak diri saya sendiri, bagi pihak rakan-rakan saya ahli-ahli majlis tertinggi termasuk semua pemimpin kerajaan negeri memberi pengakuan bahawa kita akan terus menyokong, kita akan teguh mendokong, kita akan gigih membantu dan kita akan sentiasa setia kepada pucuk pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam menjayakan gagasan dan inisiatif yang telah pun diperkenalkan kepada kita.
Ramai perwakilan menyebut mengenai usaha mengangkasakan bangsa. Sewaktu perasmian persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri, saya telah mengutarakan ucapan yang bertemakan �Mengangkasakan Tamadun Bangsa�. Mengangkasa maksudnya mencapai megejar impian, hasrat atau cita-cita tinggi sebagai sebuah bangsa yang ingin mencapai sesuatu yang terbaik dan yang terbilang.
Tamadun pula ialah himpunan pencapaian sosial, politik, ekonomi dan budaya yang mempunyai tahap tinggi dikenali juga sebagai istilah peradaban atau Habarah. Ia sesuai dengan pendekatan Islam Hadhari, Islam yang menekankan aspek tamadun, cetusan Presiden Umno.
Ilham mengangkasa bangsa ini tentunya terbit daripada kejayaan angkasawan negara kita. Sesungguhnya, usaha yang telah berjaya itu bukan sekadar menghantar seorang ke angkasa lepas, tetapi adalah satu simbol hasrat sesebuah bangsa untuk mencapai kejayaan setinggi bintang.
Sebagai bangsa Melayu dan rakyat Malaysia, sebenarnya kita boleh mencapai pelbagai puncak kegemilangan. Syaratnya ialah dengan mengamalkan budaya atau cara hidup yang cukup gemilang dan sentiasa bercita-cita untuk menjadi bangsa yang terbilang.
Ada pihak pembangkang yang menyatakan dalam Blog yang goblok, bahawa untuk mencapai bangsa angkasa ini adalah suatu yang tak membumi. Hanya khayalan atau angan-angan. Inilah contoh pemikiran kolot, yang menyebabkan bangsa kita akan terus ketinggalan. Kaedah dalam Islam ada menyatakan, bahawa jika belum mampu berbuat semuanya, jangan kita tinggalkan semuanya. Pepatah Arab pula menungkilkan, bahawa bercita-citalah setinggi langit kerana jika kita tak dapat mencapai langit, sekurang-kurangnya kita dapat menggapai awan.
Sidang perwakilan sekalian,
Saya tertarik hati kepada ucapan wakil Terengganu yang telah menyentuh berkenaan ledakan pertumbuhan ekonomi gergasi China dan India. Dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, China telah mencapai mencapai kadar pertumbuhan sebanyak 10.9 peratus, India 9.2 peratus dan Malaysia 5.5 peratus.
Soalnya bagaimana kita boleh tingkatkan kapasiti atau kemampuan ekonomi negara kita untuk mengembang pada tahap lebih tinggi lagi.
Pada hemat saya, kita ada dua pilihan. Yang pertama, kita boleh tingkatkan produktiviti ekonomi negara kita dengan cara menggunakan teknologi yang terkini, menambahbaikan proses supaya lebih efisyen lagi kilang-kilang kita, perkhidmatan kita lebih efisyen lagi, menggunakan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), membangunkan kapasiti minda kita dan lain-lain lagi kaedah dan cara. Itu satu pilihan yang ada pada kita.
Yang kedua dengan melihat kepada sama ada kita boleh menambahkan lagi peruntukan untuk membangunkan negara kita. Di sini, saya juga tertarik hati kepada ucapan Naib Ketua Pemuda Umno yang telah menyentuh berkenaan sistem subsidi negara kita yang dia kata perlu dikaji ataupun dirombak semula.
Sehubungan itu, kita sudah berada dalam satu keadaan yang tidak berlaku kepada mana-mana negara di dunia. Kalau kita ambil subsidi dalam bidang minyak, pengeluaran minyak, petroleum dan bahan minyak saja dan kita campur dengan subsidi gas, dia jadi RM35 bilion kalau sekiranya paras minyak pada AS$100 setong.
Itulah keadaan hari ini di mana harga minyak bersekitar AS$100 setong. Kita campur subsidi lain yang telah dikeluarkan oleh kerajaan selama ini, tambah RM5 bilion lagi, bila RM35 bilion campur RM5 bilion, ia jadi RM40 bilion.
Sidang perwakilan sekalian.
Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) untuk tempoh lima tahun kita peruntukan RM200 bilion untuk pembangunan. Bererti setiap tahun kita belanja RM40 bilion untuk pembangunan. Inilah yang saya katakan kita berada dalam keadaan yang unik kerana peruntukan untuk pembangunan RM40 bilion dan peruntukan untuk subsidi RM40 bilion juga. Rationya 1 pada 1, tidak ada negara di dunia yang menyediakan peruntukan subsidi untuk rakyat begini besar seperti mana kita lakukan.
Ini kita perlu tegaskan, apa implikasi kalau pada teorinya, saya tegaskan pada teorinya, kalau kita pindahkan RM40 bilion subsidi itu dijadikan sumbangan pada peruntukan pembangunan, ia akan jadi RM80 bilion setahun, bukan RM40 bilion tapi RM80 bilion dan kalau kita boleh belanja RM80 bilion setahun, kita boleh dapat kadar pertumbuhan sembilan ....10 peratus setahun untuk negara. Itu dia implikasi, tetapi saya kata itu pada teori kerana wakil Terengganu juga mengingatkan kita jangan jadi pengebom berani mati.
Kita tidak mahu jadi parti yang ditolak rakyat. Oleh itu, dalam kita mengkaji semula sistem ini, kita akan gunakan formula supaya kita tidak akan membeban atau menyusahkan rakyat tetapi ekonomi negara tidak mudarat. Ini dia pilihan yang akan dilakukan oleh kita.
Apa rumusan yang kedua? Kalau saya sebut tadi rumusan yang pertama, rumusan yang kedua, yang jelas terbit daripada perhimpunan pada tahun yang amat bersejarah ini dalam kita menyambut 50 tahun kemerdekaan, dengan jelas, dengan nyata, dengan suara yang tegas, perhimpunan telah membuat kita tampan bahawasanya agenda Melayu mesti diteruskan.
Bila kita berlaku adil kepada orang lain, bila kita tidak mengambil hak orang lain, kita tidak menafikan hak kaum lain, di samping itu jangan sesiapa menafikan hak pada orang Melayu. Kita terus perjuangkan agenda Melayu supaya rombakan ketempangan bahasa Melayu mesti dibetulkan.
Kepada mereka yang di luar terutama sekali kepada mereka yang cuba mempertikaikan perkara ini, eloklah rasanya kita nyatakan bahawasanya mereka perlu mengenali siapa dia orang Melayu.
Kerana orang Melayu ini cakapnya beralas, sindirnya berasas, tegurnya tegas tunduknya bukan tewas, beraninya tiada batas, kelihatan lembut tapi keras. Melayu ini bangsanya sopan kerana agama jadi panduan, sanggup mati kerana kawan, namun sabarnya ada sempadan.
Datuk Pengerusi dan sidang perwakilan.
Menyentuh berkenaan agenda Melayu, apa yang patut kita lakukan sebagai usaha tambahan memperjuangkan agenda Melayu? Saya telah diamanahkan oleh presiden parti untuk mempengerusikan satu jawatankuasa yang bertujuan untuk menambahkan lagi bilangan syarikat Bumiputera yang boleh disenaraikan dalam Bursa Malayia sama ada papan pertama, kedua ataupun pada papan Masdec.
Jawatankuasa ini ataupun program ini diberi nama Skim Jejak Jaya Bumiputera. Dalam jawatankuasa ini Menteri Kewangan Kedua (Tan Sri Nor Mohamed Yakcop) ada bersama, begitu juga barisan pegawai Skim Jejak Jaya Bumiputera.
Menteri Kewangan Kedua, Pengerusi Gapem, Tan Sri Rahim Tamby Chik pun ada sama di mana kita kena mengenal pasti syarikat-syarikat Bumiputera yang sudah menunjukkan �track record� yang baik, boleh ada potensi untuk disenaraikan tetapi perlu sedikit bantuan daripada kerajaan.
Orang putih kata �the last mile�. Kalau ada sedikit bantuan daripada kerajaan dalam masa terdekat ini, syarikat-syarikat ini boleh disenaraikan. Matlamat kita ialah untuk mengenal pasti mulai tahun depan antara lima dan 10 syarikat yang boleh kita senaraikan. Jika perkara ini berlaku, banyak lagi syarikat Bumiputera yang boleh kita senaraikan, dan saya beri jaminan bahawa kriteria yang kita gunakan bukan sama ada kita mengenali siapa dia yang memiliki syarikat ini tapi kemampuan mereka yang mengendalikan syarikat ini.
Jadi bukanlah �know who� tapi �know how�. Kalau dulu berkali banyak �know who� kita nak �know how�. Kalau mereka tahu bagaimana mengendalikan syarikat, kita bantu insya-Allah mereka boleh bertahan sehingga menjadi syarikat besar dan berjaya yang boleh kita banggakan.
Sidang perwakilan sekalian.
Ekuiti kita ini masih terlekat pada tahap 18.9 peratus. Ini kerana apabila ekuiti Bumiputera berkembang pada kadar hampir sama dengan perkembangan kadar pasaran maka walaupun pasaran jadi besar peratusan kita masih kekal pada lingkungan 18 peratus.
Untuk mencapai matlamat 30 peratus, dan kita harap menjelang tahun 2020 nanti... Yang Amat Berhormat Presiden selalu sebut, jangan sampai pada 2020 nanti kita tak boleh diiktiraf sebagai bangsa maju. Dan salah satu daripada kriterianya ialah semestinya sekurang-kurangnya pemilikan kita mesti tidak kurang daripada 30 peratus.
Oleh itu dalam tempoh masa yang baki ini -13 tahun - kita mesti tentukan pertumbuhan penguasaan ekuiti Bumiputera melebihi perkembangan pertumbuhan pasaran pada tiap-tiap tahun. Kalau pasaran tumbuh 12 peratus, ekuiti Bumiputera mesti berkembang 15 peratus ataupun lebih. Barulah kita akan sampai ke matlamat 30 peratus menjelang tahun 2020.
Datuk Pengerusi, sidang perwakilan sekalian.
Apa lagi perkara baru? Saya tidak mahu ulang perkara yang sudah diketahui perwakilan. Salah satu daripada perkara baru, inisiatif Umno ialah Universiti Tun Abdul Razak (Unitar) yang sekarang dimiliki sepenuhnya oleh Umno.
Hasrat Datuk Seri Presiden supaya Unitar disusun semula, distruktur semula... Yang Amat Berhormat telah beri kepercayaan kepada saya untuk mempengerusikan lembaga amanahnya disertai oleh naib-naib presiden Datuk Seri Ali Rustam, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, Bendahari Agung, Datuk Mustafa (Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed), Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Kita duduk dalam lembaga ini dan kita akan berusaha supaya sesuatu kelemahan kepada bangsa Melayu iaitu kurang kemampuan dari segi keusahawanan dan kepimpinan pengurusan itu. Itulah yang dijadikan sebagai pengkhususan kepada Unitar yang akan disusun semula, Insya-Allah mulai tahun hadapan kita akan guna program kita ke arah ini
Sidang perwakilan sekalian
Yang Amat Berhormat Presiden dalam ucapannya ada menyebut dan ini banyak pengertian pada kita b bahawa nasib negara pada tahun 2057 akan ditentukan dengan apa yang kita lakukan pada hari ini. Sehubungan itu, tentu sekali kita tak boleh lari jauh daripada soal pembangunan modal insan. Saya ingin sebut di sini bahawa program pendidikan awal kanak-kanak ataupun Permata yang memberi tumpuan kepada pendidikan antara umur satu hingga tiga tahun adalah program yang akan menjamin modal insan yang akan jadi barisan hadapan pada tahun 2057 nanti.
Sudah terbukti dalam pembangunan insan, pembangunan mesra bahawa perangai kita, intelek kita, minda kita, emosi kita, fizikal kita... asasnya pada umur kosong hingga tiga tahun. Sudah terbentuk kalau cuba nak bentuk kemudian hari dah terlambat. Rebung yang disebutkan oleh wakil puteri... rebung itu sebenarnya dari segi teori saintifik adalah pada umur kosong hingga tiga tahun.
Malah mengikut Dr Benjamin Spock ,pendidikan sebenarnya bermula waktu bayi itu masih dalam perut ibunya. Dia suruh kita bercakap dengan bayi dalam perut ibu. Saya nak minta sesiapa yang masih boleh melakukan perkara ini... Saya disqualified sebab saya tidak boleh lagi sebab kilang saya dah tutup nak minta lesen kilang baru (tak ada kementerian) tak akan dapat kelulusan.
Jadi tak gunalah nak merayu pun tak guna orang putih kata �definitely no�. Jadi sesiapa yang boleh saya syorkan mendekati perut isteri tengok pada perut isteri.. jangan tengok pada yang lain... dan cuba berkomunikasi dengan anak dalam perut ibu ataupun isteri. Jadi anak itu akan jadi orang yang hebat pemikiran tapi hati jiwanya jiwa Umno, Insya-Allah
Jadi program perintis lima projek kita dah mula termasuk di Kepala Batas, 12 lagi projek tahun depan. Penilaian dibuat oleh UPSI dan didapati bahawa kesannya kanak-kanak yang dalam program Permata ini, keupayaan mindanya, kebolehan dia bertutur, berinteraksi, keyakinan diri, disiplin, semuanya jauh lebih baik dan terbuktilah program ini amat berkesan kalaulah kita hendak negara bangsa Melayu yang terbilang kita buat hari ini kepada kanak-kanak pada peringkat sekecil mungkin.
Bagi orang Melayu, inilah pelaburan yang paling besar, bukan rumah besar, bukan kereta besar, bukan kenduri besar, bukan lainnya besar-besar. Kita melaburlah dalam pendidikan anak-anak kita kerana itulah yang paling berharga untuk masa depan bangsa dan negara kita.
Sidang perwakilan sekalian,
Yang ketiga yang terakhir pada hemat saya yang boleh kita anggap sebagai rumusan daripada perhimpunan ini ialah bahawasanya kita telah memberi pengakuan bahawa parti kita, kesiapsiagaan parti kita ini berada dalam keadaan bersiap sedia menunggu isyarat Yang Amat Berhormat Presiden bila tarikh pilihan raya yang betul.
Pada awal tahun ini, berkat usaha gigih dan gagah pelbagai pihak kita telah berjaya dengan cemerlang di Batu Talam, di Machap dan di Ijok. Oleh itu, teruslah bekerja keras demi memastikan kita akan memenangi lebih daripada dua pertiga kerusi pada peringkat Parlimen, dua pertiga mesti sasaran kita dan kita nak menang di setiap negeri. Insya-Allah di Kelantan jua hasrat kita nak menjadikan sebagai kenyataan.
Mengenai calon pula kita serahkan pada pucuk pimpinan, individu tidak penting jika dibanding dengan idealisme sebuah perjuangan parti Umno yang besar. Kita sebagai individu hanya hebat jika kita berada dalam sebuah parti yang hebat. Oleh itu janganlah berbalah.
Terpenting ialah kita akan bersama-sama berdiri teguh di belakang Presiden untuk menangani apa jua isu pilihan raya yang ditimbulkan oleh pembangkang, percayalah bahawa kita akan bersama sewaktu senang dan sewaktu kita susah, percayalah sesungguhnya sudah banyak cabaran yang kita hadapi seperti kemelut ekonomi, krisis politik pada 1997 hingga 2000, namun telah terbukti bahawa jika kita bersatu, jika kita berusaha bersama, segala cabaran kita akan tempuhi jua, segala kejayaan kita akan kecapi akhirnya. Insya-Allah.
Untuk meraih sokongan rakyat, buatlah perkara yang disukai rakyat, jangan buat perkara yang dibenci rakyat. Kita mesti bekerja kuat, segala janji kita mesti tunaikan. Kita mesti bekerja sepanjang masa, siang, malam, pagi, petang, subuh mahupun senja. Kita berjumpa dengan rakyat, jika rumah uzur kita baiki lantainya dan kita tukar bumbungnya.
Jika anak mereka ramai dan miskin, kita menjadi pengantara untuk mendapatkan segala bantuan yang ada. Kesetiaan kepada parti, kesiagaan dalam perjuangan, kemantapan jentera Umno, Wanita, Pemuda, Puteri akan sentiasa kita pastikan.
Persefahaman dalam parti komponen Barisan Nasional amat penting bagi memastikan apa yang kita hasratkan menjadi kenyataan. Semalam, Yang Amat Berhormat Presiden telah melancarkan buku mengenai Datuk Onn Jaafar anjuran Umno Negeri Johor.
Pesanan keramat pejuang terbilang pengasas sebuah negara bangsa, Presiden Umno yang pertama Datuk Onn Jaafar mestilah dijadikan hembusan iktibar oleh semua iaitu Melayu hanya selamat bila kuat dan kuat apabila bersatu padu.
Yang amat berhormat Presiden telah membuka lembaran era baru untuk 50 tahun akan datang bermula pada detik 12 malam 31 Ogos 2007 yang lalu. Wawasan dan iltizam Presiden adalah juga wawasan dan iltizam kita semua.
Kuat berusaha hidup senang
Bila kaya menabur jasa
Pilihan raya menang cemerlang
Untuk mengangkasa tamadun bangsa
Bila kaya menabur jasa
Fakir dibela miskin dibantu
Untuk mengangkasa tamadun bangsa
Yakin meneroka era baru
Fakir dibela miskin dibantu
Untuk moden mereka ditolong
Yakin meneroka era baru
Kepimpinan Presiden mantap disokong
Terima kasih kepada perwakilan, terima kasih kepada pemerhati yang setia bersama hingga ke petang. Terima kasih kepada Datuk Pengerusi, terima kasih kepada semua yang telah menjayakan persidangan ini. Selamat berjuang demi mendaulat agama, membela bangsa, membina negara yang tercinta. Terima kasih, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
YAB Presiden UMNO Datuk Seri Abdullah Hj.Ahmad Badawi di iringi oleh YAB Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohd.Najib bin Tun Hj.Abdul Razak bersama Ahli Majlis tertinggi UMNO masuk ke dalam Dewan Perhimpunan untuk memulakan acara bagi Ucapan Penggulungan Presiden dan seterusnya Penangguhan Perhimpunan Agung UMNO yang ke - 58 bagi tahun 2007.
Reaksi Abdullah Ahmad Badawi ketika menyentuh isu keselamatan negara pada ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO 2007 di PWTC, Kuala Lumpur, semalam. Gambar HALIM KHALID.
1.UMNO tidak sekadar berjaya menerajui pemerintahan negara selama lima puluh dua tahun, malah kepimpinan UMNO telah berjaya membangunkan bumi Malaysia menjadi antara negara termaju, mencatatkan selama tempoh lima puluh tahun lalu, kadar pertumbuhan purata ekonomi KDNK 6.3 peratus. Sewaktu mencapai kemerdekaan, negara kita adalah antara yang termiskin di dunia; kini negara kita adalah antara negara terulung di dunia dari segi indeks pembangunan insan. Pendapatan nominal mencecah paras per kapita 20,900 ringgit, meningkat 26 kali ganda sejak merdeka
2.Dasar Kerajaan yang menggalakkan pertumbuhan sektor swasta telah menghasilkan nilai perdagangan mencecah satu trilion ringgit pada awal tahun ini. Imbangan perdagangan negara telah mencatatkan kedudukan positif selama 109 bulan berturut-turut. Rizab asing negara terus meningkat mencapai tahap 98.2 bilion Dolar Amerika. Pasaran saham negara mencapai tahap bersejarah, dengan Indeks Komposit Kuala Lumpur mencecah paras 1413 mata, dengan perdagangan yang rancak lagi aktif. Malaysia kini diiktiraf oleh Forum Ekonomi Dunia sebagai negara kelima paling berdaya saing di Asia.
3. UMNO tetap komited dan sama sekali tidak apologetik terhadap usaha untuk memartabatkan Islam. Islam menganjurkan kesederhanaan. Dalam Perhimpunan Agung pada tahun 2004, saya telah menggariskan sepuluh prinsip Islam Hadhari. Manhaj atau pendekatan Islam Hadhari telah difahami dan menerima sokongan dari parti-parti komponen BARISAN NASIONAL. Ini menunjukkan bahawa pendekatan Islam yang dianjurkan oleh UMNO berwajah sederhana - bersifat adil.
4. Tuntutan untuk kembali kepada semangat yang terkandung dalam ‘Perlembagaan Persekutuan’ wajar dilihat secara positif, ditafsirkan secara bijak tanpa prejudis. Perlembagaan harus dilihat dan ditafsir secara menyeluruh, dan bukan secara terpisah atau terasing dengan menumpukan kepada beberapa fasal tertentu sahaja. Perlembagaan memperuntukkan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai, di mana-mana bahagian Persekutuan. Bersandarkan semangat Perlembagaan, warga Malaysia pelbagai agama hendaklah mengamalkan budaya yang saling menghormati antara satu sama lain. Islam menyeru supaya umatnya menghormati penganut-penganut agama lain selaras dengan ayat 108, surah Al-An’aam,‘ Dan janganlah kamu mencerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah kerana mereka kelak akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Perlu ditegaskan bahawa sesuatu tindakan ada tindak balasnya. Sikap tidak menghormati mahupun sikap ekstremisme di satu pihak akan mencetuskan tindak balas yang sama di pihak yang lain. Keganasan di satu pihak akan membenihkan keganasan di pihak lain. Oleh itu, jika kita mahu agama kita dihormati dan difahami, marilah kita di dalam UMNO memperlihatkan contoh teladan terbaik dengan mengamalkan sikap menghormati penganut dan keperluan agama-agama lain.
5.Untuk itu, Malaysia telah dan akan terus mengambil langkah ke arah menjadi antara pusat kewangan Islam utama dunia. Dari segi pasaran modal Islam, kejayaan Malaysia terserlah dengan penguasaan dua-pertiga daripada pasaran bon Islam atau sukuk dunia, bernilai 47 bilion dolar Amerika. Sejajar dengan inisiatif Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC), Kerajaan telah meliberalisasikan sektor kewangan Islam untuk menggalakkan penyertaan entiti asing dalam sektor perbankan, pasaran modal dan takaful Islam. Selain itu, Malaysia telah mempelopori penubuhan institusi-institusi seperti Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (Islamic Financial Services Board - IFSB) dan Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF). IFSB, yang dianggotai 125 negara, berfungsi untuk menyelaraskan peraturan dan piawaian di peringkat antarabangsa manakala INCEIF merupakan pusat pendidikan bertaraf universiti yang berperanan membangunkan modal insan untuk keperluan sektor kewangan Islam.Seterusnya, Malaysia amat komited untuk menjadi sebuah hab halal dunia. Kerajaan aktif mempromosikan perkhidmatan dan produk Halal Malaysia, di samping terus memperkukuhkan piawaian dan pensijilan Halal. Komitmen serius kerajaan dibuktikan melalui penubuhan Perbadanan Pembangunan Industri Halal untuk merintis dan menyelaras pelbagai inisiatif. Warga Malaysia terutamanya umat Islam tidak harus terlepas mengambil peluang daripada industri halal yang menawarkan peluang niaga yang besar. Saiz pasaran halal di peringkat global bernilai dua trilion ringgit; dan umat Islam di seluruh dunia berjumlah 1.8 bilion orang. Umat Islam wajib melihat usaha mengangkat status dan penggunaan perkhidmatan dan produk halal sebagai memenuhi satu tuntutan fardu kifayah.
6. Demi memastikan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) memenuhi matlamat penubuhannya, Kerajaan telah memperkenalkan program transformasi GLC pada 14 Mei 2004. Kejayaan GLC selepas itu amatlah memberangsangkan. Nilai pasaran saham 20 GLC terkemuka telah meningkat 74 peratus, mencecah nilai 253 bilion ringgit, membawa impak ketara kepada prestasi Bursa Malaysia. Syarikat-syarikat berkaitan memperlihatkan kejayaan dari segi prestasi kewangan dan penyusunan semula operasi; malah ada yang berjaya memperkukuhkan kedudukan mereka melalui pemerolehan; ada yang berjaya memperluaskan operasi ke luar negara. Kejayaan yang diperlihatkan oleh GLC telah meningkatkan keyakinan pelabur di dalam dan di luar negara.
7.GLC bertambah kukuh hasil dari transformasi yang berjaya dilaksanakan. Amalan korporat yang lebih baik, bukan hanya memberi manfaat kepada GLC, malah para pemegang saham utama GLC, seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Lembaga Tabung Haji serta Permodalan Nasional Berhad. Secara tidak langsung, ianya memberikan limpahan kepada rakyat dalam bentuk dividen dan bonus. Sebagai contoh, semenjak usaha transformasi dilaksanakan, dividen Lembaga Tabung Haji meningkat daripada 4.3 peratus pada tahun 2004 kepada 4.75 peratus pada tahun lalu. Dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja meningkat dari 4.75 peratus pada tahun 2004 kepada 5.15 peratus pada tahun 2006.
8.Beberapa langkah penambahbaikan yang diperkenalkan telah pun menunjukkan hasil. Berikutan penubuhan skuad pemprosesan khas, 98 peratus dari kes urusan tanah tertunggak sejak tahun 2001 telah dapat diselesaikan. Kini, urusan cukai boleh dijalankan melalui internet dan pulangan kredit kepada pembayar cukai menerusi sistem ‘e-filing’ telah dapat dipendekkan tempohnya, daripada berbulan malah bertahun, ke 30 hari. Pasport dan kad pengenalan kini boleh disiapkan pada hari yang sama berbanding 2 minggu sebelum ini. Pelan bangunan kini dapat diluluskan dalam masa 142 hari, sijil ‘perakuan siap dan pematuhan’ (Certificate of completion and compliance – CCC) dikeluarkan dalam masa 134 hari, berbanding tempoh berbulan dan bertahun di masa dahulu
8.Usaha membangunkan koridor ekonomi ini juga membawa pendekatan baru dalam perancangan pembangunan yang melibatkan sektor swasta berperanan lebih aktif. Sebagai contoh, adalah dilaporkan bahawa 70 peratus dari kawasan industri di kawasan utara tidak digunakan kerana gagal menarik penyertaan swasta. Oleh yang demikian, kita telah memastikan penyertaan langsung sektor swasta di peringkat merangka serta di peringkat melaksana koridor ekonomi. Ini untuk memastikan bahawa pelaburan yang dibuat bersifat komersil dan mampu menjana pulangan yang setimpal, di samping membawa faedah pembangunan yang dijanjikan untuk rakyat.
9. Pelancaran Wilayah Pembangunan Iskandar pada 4 November 2006 telah membawa satu era baru dalam pembangunan negara. Pembangunan yang berkonsepkan hab sektor perkhidmatan - khususnya dalam industri-industri kreatif, pendidikan, kesihatan, kewangan, pelancongan dan logistik – dijangka akan melonjakkan wilayah Selatan Johor sebagai nadi pembangunan yang pesat, dinamik dan disegani di seluruh rantau Asia dan dunia keseluruhannya.
10. Wilayah Ekonomi Koridor Utara – yang meliputi negeri Perlis, Pulau Pinang, Kedah, dan utara Perak – merupakan rancangan yang akan menekankan pembangunan pelbagai sektor, bertujuan meningkatkan kualiti hidup rakyat di Wilayah tersebut dan membasmi kemiskinan. Begitu juga dengan Wilayah Ekonomi Pantai Timur, meliputi negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, dan daerah Mersing di Johor. Kita juga akan memastikan bahawa nikmat pembangunan akan melimpah ke seluruh negara, termasuk bagi negeri-negeri di bahagian timur Malaysia. Untuk itu, koridor ekonomi di Sabah dan Sarawak akan turut dibangunkan dengan mengambil kira keperluan dan hasrat pembangunan di negeri-negeri tersebut. Kesemua rancangan pembangunan koridor ini bertujuan untuk mengubah nasib masyarakat di luar bandar supaya lebih sejahtera menikmati hasil kemakmuran.
11.Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara telah dilancarkan pada 27 Ogos lalu. Pelan tersebut menjadi asas kepada pembangunan pengajian tinggi negara sehingga tahun 2020. Pelan tersebut menyuntik pembaharuan kepada program pendidikan tinggi supaya dapat memperlengkapkan usaha pembangunan negara. Adalah menjadi hasrat Kerajaan untuk melihat institusi pengajian tinggi negara mewujudkan suasana pembelajaran yang kompetitif berlandaskan prestasi dan meritokrasi. Institusi Pengajian Tinggi (IPT) hendaklah berupaya mengeluarkan graduan berprestasi tinggi hingga menjadi rebutan majikan di pasaran kerja global. IPT negara juga harus berupaya menghasilkan penyelidikan berkualiti yang mempunyai nilai komersial yang tinggi.
12.Industri Kecil dan Sederhana atau IKS berperanan penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara. IKS memerlukan modal insan terlatih yang memiliki kemahiran bersesuaian. Latihan teknikal dan vokasional akan terus dikemaskinikan supaya dapat memenuhi keperluan industri. Latihan teknikal dan vokasional akan dirangkaikan dengan keperluan industri dan diberi imej baru, agar mampu memberi keyakinan baru serta memenuhi aspirasi baru. Sekolah-sekolah agama rakyat juga diseru melakukan anjakan pendekatan, mempelbagaikan kandungan dan meluaskan disiplin ilmu. Pelajar-pelajar di sekolah agama rakyat akan dibekalkan dan diperlengkap dengan ilmu, pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang membolehkan mereka menghadapi keperluan modal insan dalam era globalisasi dan ekonomi berpaksikan pengetahuan.
Sabtu , November 9 , 2007 Dewan Merdeka PWTC Kuala Lumpur - Ucapan penggulungan Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Perhimpunan Agung UMNO ke - 58 tahun 2007
MISI NASIONAL:
KEKUATAN MINDA RAKYAT NADI KEMAJUAN NEGARA
ALHAMDULILLAH, saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana perhimpunan agung kita kali ini sudah hampir selesai untuk dijayakan dan hanya tunggu ucapan penggulungan saya saja. Saudara-saudari sekalian, sekali lagi saya bersyukur kerana mesyuarat kita, persidangan kita berjalan dengan baik dari hari pertama sampai hari ini.
Daripada perbahasan yang telah berlaku dalam dewan ini, saya boleh kata, malah ini adalah juga pandangan orang lain yang disampaikan kepada saya... nampaknya kali ini cara kita berbahas dan pembentangan isu yang penting kepada kita berjalan dengan baik. Ini melambangkan kematangan perwakilan kita. Itu kata mereka yang telah komen kepada saya, walaupun ada yang kata, kalau keras sikit eloklah, tetapi Pak Lah depa ni tak keras la, pasal apa tahun depan mereka ingat ada pilihan raya.
Bagaimanapun saya amat bergembira kerana perkara penting yang antaranya menyentuh sensitiviti kaum telah dapat kita kawal dengan baik, walaupun pandangan yang kita berikan itu pandangan kuat dan teguh, melambangkan hasrat dan cita-cita yang kita inginkan berkaitan pembangunan.
Tetapi peradaban, tata susila, tunjuk hormat pada kawan sentiasa menjadi ingatan kita. Inilah yang baik yang ada pada Umno dan kerananya Umno yang telah diberi peranan untuk memimpin kerajaan Barisan Nasional (BN). Mudah-mudahan kedudukan itu akan dapat dikekalkan tetapi kita sepatutnya ingat dan bukan tidak tahu... tahu tapi kena ingat, iaitu walaupun sebagai sebuah parti, kita sentiasa memahami perjuangan kita, perjuangan kita yang telah tercatat cita-citanya dalam perlembagaan kita, perjuangan untuk membela nasib orang Melayu. Kita tahu dan kita juga tahu sebagai parti yang terbesar dalam BN. Di dalam kerajaan kita tentulah diharapkan juga supaya kita, dalam apa juga yang nak kita cadangkan dan dasar-dasar yang hendak ditentukan dari semasa ke semasa ia perlulah melambangkan hasrat seluruh rakyat Malaysia.
Inilah yang telah berjaya dilaksanakan selama ini. Insya-Allah rakyat akan ingat apabila nanti kita menghadapi pilihan raya yang akan datang. Saya belum dapat ilham lagi.
Saudara-saudari sekalian, dalam perbahasan banyak perkara yang ditimbulkan, antaranya, perkara yang saya sebutkan dalam ucapan dasar saya. Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada saudara-saudari sekalian kerana telah menyokong pembangunan koridor kita yang telah dilancar di Semenanjung dan akan dilancar sebelum akhir tahun ini di Sabah dan Sarawak.
Saya percaya sambutan yang diberikan dan komen yang diberikan itu menunjukkan bahawa saudara-saudari sekalian mahu supaya cita-cita pembangunan koridor ini dapat dicapai secepat mungkin kerana orang-orang kita yang ramainya ada di kawasan ini dan rakyat Malaysia yang dahagakan pembangunan yang hebat di kawasan ini supaya koridor pembangunan kita akan dapat dipesatkan dengan pembangunan yang akan kita dilaksanakan berterusan. Projek perlu disediakan dan pelaburan dari luar perlu digalakkan dan di samping itu kita juga menggalakkan pelaburan dalam negeri terutama syarikat besar seperti syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Kita ada jawatankuasa yang khas ditubuhkan untuk memantau sepanjang masa apa yang berlaku di kawasan ini dan saya diberi tugas dan tanggungjawab untuk menjadi pengerusi. Datuk Seri Najib, timbalan pengerusi di peringkat nasional dan di peringkat negeri saya ditugaskan menjadi pengerusi bersama Menteri Besar bagi negeri yang terbabit dengan pembangunan koridor ini.
Insya-Allah kita akan usahakan dan saya berjanji kepada saudara sekalian, saya akan berusaha bersungguh-sungguh supaya kita akan melihat dalam masa tidak terlalu lama satu perubahan yang lebih baik di kawasan ini demi kemajuan rakyat yang tinggal di kawasan ini.
Bagi orang Melayu segala peluang yang ada, yang terbuka dan yang wujud akan dapat mereka ambil dan dapat membuktikan kemampuan mereka melaksanakan projek itu dengan sebaik-baiknya. Di mana kita fikir wajar kita membantu dengan ikhlas tetapi yang pentingnya dalam hal ini, saya tentu mahu melihat bahawa yang akan dibantu itu harus ada kebolehan dan yang ada keupayaan di samping benar-benar mahu menjayakan peluang yang diberikan kepada mereka.
Saudara-saudari sekalian, saya tidak perlu cakap panjang mengenai koridor ini kerana sudah dijelaskan dan saudara pun amat tahu, cuma tentulah saudara inginkan apa yang dicadangkan itu mesti dijayakan. Satu perkara yang juga telah saya catatkan dalam buku catatan saya iaitu cadangan bagi negeri Melaka dan Negeri Sembilan supaya satu kawasan pembangunan atau satu bentuk pembangunan dilaksanakan di kawasan tengah, walaupun Lembah Klang sudah menjadi kawasan yang cukup pesat membangun.
Tetapi membangun dengan pesat juga perlu dilaksanakan di Negeri Sembilan dan Melaka, bahkan diberikan juga peruntukan besar dan di samping itu, kita mahu pastikan limpahan pembangunan, limpahan keuntungan yang boleh diperoleh di kawasan tengah, kawasan Lembah Klang itu akan dapat dinikmati oleh Melaka dan Negeri Sembilan. Negeri Sembilan pada hari ini pun lihat bagaimana pesatnya Nilai sedang membangun dan di samping itu beberapa projek yang impak tinggi telah pun ditentukan untuk dilaksanakan di Negeri Sembilan dan di Melaka.
Datuk Seri Mohamad Hasan (Menteri Besar Negeri Sembilan), Datuk Seri Ali Rustam (Ketua Menteri Melaka) janganlah terlalu risau sangat, i will not forget both of you. Kita bercakap hal yang berkaitan dengan pembangunan dan perlu dirancakkan di negara kita dan saya percaya dengan pembangunan koridor yang ditetapkan mungkin kita akan dapat memperlihatkan satu pertumbuhan lebih tinggi lagi daripada yang ada sekarang ini, ini perlu kita usahakan.
Kita tahu bahawa kita menghadapi pelbagai saingan, dalam dunia globalisasi ini kita menghadapi banyak saingan... saingan daripada negara jiran dalam Asean, seperti Vietnam, negara baru muncul dengan begitu hebat, Thailand dan di selatan Singapura. Di samping itu, kita juga memahami bahawa China dan India, ekonominya berkembang dengan pesat. Perkembangan dua digit dan di samping itu juga mereka mendapat pelaburan langsung asing (FDI), pelaburan dua negeri yang lebih tinggi daripada mereka.
Datuk Seri Rafidah Aziz sudah beri kepada saya maklumat ini yang perlu saya sampaikan kepada saudara. China keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau GDPnya pada masa ini AS$2.7 trilion begitu besar sekali. India KDNK AS$886.9 bilion; Malaysia AS$156.1 bilion. Tetapi kalau kita ambil GDP perkapita, China hanya AS$243; India hanya AS$797 tetapi Malaysia AS$5,859. Kalau kita mengambil kira pula, purchasing power piority, maka ini bermakna kita lebih daripada sekali ganda, perkapita iaitu 5,859 kalau kali dua ia lebih daripada kali dua. Apa maknanya ini, maknanya ini kepesatan pembangunan di negara kita lebih hebat. China memperlihatkan pembangunan di kawasan tertentu, kawasan Shanghai, Ghuanzoa, kawasan sebelah tenggara, Shenzen. India juga begitu juga ... tidak merata, tetapi bagi negara kita ada satu perkara yang kalau kita ingin mengambil tahu dan ingin melihat bahawa pembangunan negara kita ini merata-rata.
Ada kawasan yang membangun dengan pesat ada kawasan yang tidak membangun dengan pesat tetapi pengagihan peluang pembangunan di negara kita sebenarnya lebih baik lagi daripada apa yang ada di China dan India.
Mungkin ini kerana kita menggunakan sistem federation... kita ada negeri-negeri dalam Persekutuan, negeri yang ada juga ada kerajaan sendiri dan kerajaan sendiri dan Exconya yang diketuai Menteri Besar dan Ketua Menteri. Bagi negeri ini, antara negeri ini sudah tentunya ada saingan Menteri Besar semuanya bersaing untuk membuktikan sejauh mana mereka mencapai pembangunan di negeri mereka.
Mereka sendiri boleh keluar negara untuk membuat promosi dan menggalakkan pelaburan di luar negara dan ini adalah sistem yang kita benarkan.
Sepanjang jalan saudara akan lihat pembangunan sudah ada. sama ada pekan di bandar, sama ada di kilang, sama ada di kawasan perumahan atau pun kawasan ladang dan pertanian. Amat jarang kita lalu di kawasan tertentu kalau kita berkereta, dalam masa lima minit kita tengok sentiasa ada pembangunan di negara kita.
Tengok saja bila balik nanti, inilah yang saudara akan lihat walaupun di Sabah dan Sarawak belum seluas dan sepesat pembangunan di Semenanjung. tapi diharap juga negeri itu yang potensinya yang begitu hebat dan begitu besar lagi maka usaha untuk memperluaskan kawasan-kawasan pembangunan suburb dan melakukan pembahagian peluang pembangunan yang seadil mungkin akan dilakukan.
Insya-Allah, Sabah dan Sarawak akan memperlihatkan pembangunan lebih hebat lagi. Kalau diambil dari segi kualiti hidup mutu hidupan di negara kita ini maka tentulah sekali ia lebih baik daripada negeri yang saya telah sebutkan tadi. Umpama FDI pergi ke negara China yang lebih besar daripada kita, pergi ke India begitu juga tetapi kalau kita bandingkan KDNK kita dan peratusnya negara China hanya lima peratus, kita walaupun sikit berbanding FDI yang datang dari China, sebenarnya kita 10 peratus daripada KDNK ini, bermakna kita lebih lagi daripada mereka.
Tetapi saya ingin katakan di sini, saudara-saudari sekalian, bahawasanya kita tidak mahu mengambil satu sikap asal senang... okey lah not thatlah, tak apalah. Ini adalah cakap-cakap yang tidak melambangkan keinginan untuk mahu maju maka selepas itu dalam cadangan yang kita kemukakan dalam Misi Nasional yang telah kita tetapkan untuk menjadi misi rakyat Malaysia, misi bangsa kita, kita mahu supaya kita tambah nilai pada diri kita, kita tambah nilai kepada hasil kerja kita.
Kita tambah nilai juga kepada produk-produk yang telah kita usahakan. Kita tingkatkan lagi taraf hidup kita mahu supaya rakyat kita mempunyai ilmu pengetahuan dalam bidang sains dan teknologi yang terkini kita mempunyai minda kelas pertama kita mahu supaya kawasan-kawasan yang tidak begitu membangun akan kita bangunkan jurang perbezaan antara etnik antara kaum, jurang antara wilayah, jurang perbezaan antara sektor, jurang perbezaan bandar dan luar bandar akan kita kecilkan.
Inilah yang mahu kita lakukan. Kita ada memperbaiki cara-cara melaksanakan kerja ini adalah keperluan, ini adalah strategi-strategi yang akan kita terus laksanakan. Dan jika kita laksanakan dengan baik dan jika kita bersungguh-sungguh dan jika kita utamakan pembangunan modal insan, saya percaya kita akan lebih maju lagi daripada kemajuan yang kita peroleh pada waktu ini.
Saya telah katakan kepada Datuk Seri Najib dengan adanya Misi Nasional ini, insya-Allah visi kita 2020 akan dapat kita capai. Selepas capai bukanlah bermakna sudah cukup, sudah selesai dan tak perlu lakukan apabila kita dah jadi negara maju. Negara boleh maju pada satu masa dan negara boleh mundur pada masa lain.
Sebab itu misi kita ini adalah misi yang akan membawa kita terus sampailah ke tahun 2057. Selagi kita mahu maju maka pendekatan teras Misi Nasional menambah nilai kepada ilmu pengetahuan kepada diri kita kepada modal insan membangunkan negara kita ini dengan cara kita mahu memberi taraf hidup yang lebih baik kita mahu mengurangkan perbezaan yang ada di negara kita ini perbezaan ataupun jurang antara etnik, antara sektor, antara wilayah, antara bandar dan luar bandar kita usaha mengurangkan semua ini.
Insya-Allah kejayaan kita akan kita capai lebih hebat daripada apa yang kita akan capai pada 2020 kelak. Kita mahu berpegang pada apa yang ada pada diri kita. Kita mahu menjadi sebahagian daripada thingking proses, sebahagian daripada proses pemikiran rakyat supaya kalau kita cemerlang, kita mahu gemilang, kalau sudah gemilang kita mahu terbilang. Ini hanya dapat dicapai dengan kekuatan minda yang ada pada kita.
Saudara-saudara sekian, sebab itu kita mahu menambah nilai kepada produk kita kepada servis kita maka dalam hal ini, kita juga menghadapi ada masalah yang agak besar. Sesetengah majikan kita suka memilih pekerja asing yang harga kos buruh lebih rendah sepertinya gaji yang diberikan itu murah.
Apabila ada kekosongan, ambil pekerja dari luar maka kesannya kepada industri kita tidak akan menjadi baik. Pasal apa tak akan jadi baik kerana cita-cita kita untuk meningkatkan lagi teknologi yang kita gunakan pada tahap lebih tinggi tidak dapat dijayakan sebab kos sebab pekerja yang ingin diambil itu pekerja yang kosnya rendah yang kemahirannya tidak begitu tinggi, produktivitinya kurang maka kita tidak lagi dapat menjayakan satu kemajuan dalam industri kita yang dapat menggunakan teknologi tinggi.
Di samping itu juga kita tahu bahawasanya dalam tahun-tahun akan datang yang akan jadi bertambah penting ialah knowledge ekonomi ilmu pengetahuan kalau inilah yang hendak kita capai, maka perubahan perlu kita lakukan tetapi dalam keadaan sekarang ini yang kita lihat pekerja asing yang kurang kemahiran masih diperlukan kalau inilah yang menjadi kehendak mereka saya bimbang nanti cita-cita untuk melihat satu pertumbuhan lebih tinggi tidak akan tercapai.
Kita perlu memastikan kebergantungan ini dapat dihentikan maka dengan itu kita mesti membuat pelbagai perubahan yang cepat supaya kita dapat melaksanakan perubahan ini. Insya-Allah kita akan pastikan dengan menyediakan pekerja di negara kita, yang lebih baik yang akan menjamin bahawasanya mereka dengan ilmu pengetahuan kemahiran adalah pekerja yang mempunyai keupayaan untuk meningkatkan produktiviti dalam negara, kita perlu mengambil pengajaran daripada apa yang kita usahakan sekarang.
Dulu kita tahu bahawasanya lepas darjah enam kalau seorang murid itu nak berhenti dia boleh berhenti ataupun dia berhenti kerana ibu bapa tak ada wang nak bayar yuran, bayar duit buku. Sekarang sudah tak payah lagi ataupun selepas itu kalau dia mahu belajar lagi hingga PMR dan berhenti... cari kerja dan pergilah ke pusat latihan untuk mendapat kemahiran. Tapi kemahiran rendah, gaji yang diterima pun tak tinggi.
Sekarang kalau mereka pergi ke sekolah, mereka ada harapan dan memang boleh untuk terus sampai ke Tingkatan Lima ertinya mereka boleh mendapat peluang pelajaran sampai akhir Tingkatan Lima. Semua anak kita adalah mereka yang berpelajaran sekurang-kurangnya peringkat menengah. Ini sistem yang kita gunakan sekarang dan untuk memastikan supaya tidak berlaku keciciran, tidak berlaku anak-anak keluarga miskin diberhentikan kerana ibu bapa tidak mampu membayar yuran peperiksaan, kita berikan pendidikan percuma yang akan membawa mereka daripada darjah satu sampai ke tingkatan lima.
Maka dengan itu, apabila mereka berhenti sekolah dan tidak sambung lagi ke peringkat lebih tinggi... tingkatan enam dan seterusnya ke universiti, mereka adalah pencari kerja yang berkelulusan lebih tinggi berbanding ada masa dulu. Tidak ada lagi pemohon yang ada SRP atau pun yang kelulusannya lebih rendah daripada itu maka dengan itu ini akan membawa satu perubahan yang kita mulakan.
Anak-anak kita yang sudah ada sekurang-kurangnya pelajaran menengah tentu sekali boleh mengikuti kursus latihan yang memberikan kemahiran lebih canggih, yang lebih tinggi dan dengan itu apabila mereka lulus maka peluang untuk mendapat pekerjaan dengan gaji yang lebih tinggi.
Kita harap industri akan berubah kerana kita menggalakkan semua industri yang datang dari Malaysia ini yang membuat cadangan baru untuk membina kilang itu dan kilang ini ataupun kilang-kilang yang ada sekarang diperbesarkan. Kita meminta supaya mereka pastikan yang mereka akan menggunakan teknologi lebih tinggi yang dapat menjamin produktiviti lebih tinggi di samping produk yang dihasilkan itu juga bermutu tinggi di mana pekerjanya perlu disiapkan lebih awal, perlu dilatih lebih awal dengan kerjasama dan nasihat daripada industri.
Dengan cara yang kita lakukan ini, insya-Allah akan berubahlah kita dan hilanglah ketagihan untuk mendapat pekerja asing yang gajinya tentu sekali murah tetapi produktivitinya kurang dan hasil kerjanya tidak begitu tinggi.
Maka dengan itu kita harap perubahan ini akan dapat kita lakukan dan bukanlah sesuatu perkara susah untuk melakukannya yang pentingnya itu ia perlu dirancang dengan secepat mungkin supaya dengannya maka perubahan yang kita harap akan kita lakukan itu juga akan berlaku dengan cepat.
Saya menerangkan perkara ini kepada saudara saudari sekalian kerana ini adalah perkara yang akan membawa impak termasuk kepada anak-anak kita yang ada di luar sana. Kebolehan anak luar bandar bukanlah kurang daripada apa yang diperoleh anak di bandar.
Peluang belajar, peluang mendapat latihan kemahiran adalah peluang turut diberikan dan dipastikan mesti sama kualitinya, mesti sama baiknya dan jangan berlaku tidak adil. Di pekan elok, di luar bandar tak elok... kita tidak mahu. Kita tidak mahu berlaku situasi seperti ini. Kita mahu supaya keadilan dapat dipastikan dari segi mendapat peluang pelajaran dan latihan yang sama mutunya tidak kira sama ada pelajar di bandar atau di luar bandar.
Saudara dan saudari sekalian, cakap mengenai subsidi tadi, Datuk Seri Mohd Najib sudah sebut tadi tetapi saya ingin nyatakan bahawa kita perlu menstruktur semula subsidi kita ini. Sebenarnya kita juga berfikir perkara ini, mungkin Datuk Seri Najib terlupa, kita dah bincang perkara ini. Kita akan dapati bahawa amat sukar hendak kekalkan subsidi seperti yang ada pada waktu ini.
Seperti kita tahu bahawasanya kita tidak boleh menafikan subsidi langsung. Yang penting subsidi kita harus disasarkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan iaitu golongan berpendapatan rendah. Itu saja. Yang lain mampu bayar, harga tinggi sikit, naik sikit pun mereka boleh bayar.
Tapi kalau kita samakan seperti yang saya cakap dalam taklimat, harga petrol untuk orang kaya dan miskin sama. Jadi kita menstruktur dengan satu cara bahawasanya yang perlukan ialah kenakan subsidi pada tahap yang kita fikir sesuai untuk mereka dan ini akan menjadi satu pendekatan yang akan kita ambil nanti di masa hadapan.
Sekarang ini kita sedang mengkaji, we are really looking, kita tengok apa yang perlu kita lakukan kerana subsidi kita amat tinggi, RM80 bilion, RM35 minyak gas, lima lagi subsidi yang lain. RM40 bilion sama juga dengan peruntukan untuk pembangunan. Kalaulah subsidi ini dikurangkan, tentulah kita ada banyak wang untuk digunakan bagi membangunkan negara kita. Jadi, pendekatan ini akan menjadi pendekatan yang akan kita gunakan. Insya-Allah.
Saudara-saudari yang saya hormati sekalian. Hal perkongsian kuasa, saya amat gembira kerana kita semua memahami perkongsian kuasa. Kita semua memahami apa yang menjadi muafakat yang bermula pada zaman Tunku Abdul Rahman sampai sekarang... kita amat-amat memahami.
Tetapi saya masih ingat ada seorang pembahas yang kata bukankah lebih baik sekiranya ini yang pernah kita pertahankan dan kalau inilah muafakat yang hendak kita kekalkan menjadi muafakat yang menjamin keamanan, kestabilan dan hubungan kaum yang baik, maka adalah perlu generasi muda diingatkan, dikisahkan mengenainya.
Sebab itu Datuk Seri Zainuddin Maidin tunjuk tiap-tiap malam teater zaman Tunku dulu... apa yang berlaku dalam pembangunan kita, muafakat antara kaum. Kita tahu dan saya percaya orang Umno amat tahu. Tapi apa yang kita mahu supaya kawan-kawan kita juga tolonglah faham baik-baik perkara ini. Kalau kita tak ambil faham, kalau tak tahu, maka apa yang dilihat pada hari ini mungkin dilihat sebagai diskriminasi.
Tetapi kalau tahu sebabnya mengapa perjanjian dan pemahaman itu telah dibuat begitu sekali, tentulah tidak akan rasa kecewa, bahkan ini sesuatu yang sudah menjadi wajar ditentukan awal-awal lagi, dan pada hari ini kita menerima apa yang telah membuktikan menjadi kebaikan dan menjamin pembangunan berterusan di samping kestabilan di negara kita ini.
Kita akan hadapi banyak masalah, kita akan hadapi pelbagai cabaran, tetapi kita sentiasa berusaha supaya negara kita sentiasa berada dalam keadaan stabil dan selamat. Ini menjadi prasyarat kita sekiranya kita mahu merancakkan pembangunan yang kita usahakan, yang kita gerakkan itu akan berterusan tanpa diganggu, tanpa tergencat.
Kejayaan kita kerana kita telah menjamin bahawasanya kita menikmati kestabilan. Kalau tidak ada kestabilan, tengok saja di negeri lain, terlalu sibuk dengan masalah yang timbul di dalam negeri. Masalah pergaduhan kaum, masalah itu dan masalah ini, rusuhan, masalah keganasan, masalah ketidakstabilan kerajaan. Bila ini semua berlaku, maka kerancakan pembangunan sudah hilang, terhenti, diketepikan buat sementara, atau dilupakan kerana perlu menghadapi perkara lain yang ada hubung kait dengan keselamatan negara mereka.
Kestabilan negara perlu dipulihkan, maka ini menjadi satu kerugian, hari-hari kita tengok di televisyen amat mengetahui bahawa kita tidak mahu ini berlaku di negara kita. Kita mahu menjadi sebuah negara yang maju aman dan selamat. Tapi bukan itu saja, kitalah sebuah negara yang sentiasa mengamalkan demokrasi berparlimen sejak dulu sampai sekarang.
Sejak dulu hingga kini, kita sentiasa mengingati diri kita. Kita tidak lupa menghadapi rakyat untuk mendapat penilaian daripada mereka. Apakah kerajaan kita dapat mereka terima dan dapat bawa pembangunan seperti diharapkan.
Sebab itulah, kita ada pilihan raya. Pilihan raya diadakan pada jangka masa yang ditentukan dan kita tidak pernah takut menghadapi pilihan raya. Kita bersedia menghadapi rakyat dengan dada terbuka. Biarlah mereka membuat perhitungan, biar mereka membuat penilaian. Ini yang meyakinkan rakyat bahawasanya kerajaan kita bukan gila kuasa. Kerajaan yang bersedia bila sampai masanya menemui rakyat, membubarkan Parlimen, menemui rakyat untuk mendapat mandat sekali lagi. Dan pilihan raya kita adalah pilihan raya yang demokratik. Pilihan raya yang dijalankan dengan baik, dengan selamat. Kita telah membuktikan bahawa kita ada kejayaan dalam politik.
Saudara-saudari sekalian. Maka dengan itu kita amat menghargai keamanan, keselamatan dan kestabilan yang perlu kita pertahankan sepanjang masa. Kita mahu supaya negara kita ini ada undang-undang yang perlu didaulatkan, Perlembagaan mesti diterima. Keluhuran Perlembagaan kita pegang kuat. Ini adalah antara perkara yang menjadikan negara kita ini maju.
Tetapi baru-baru ini saya dengar pula dan polis sudah maklumkan pada saya, dengar kata akan ada pula satu perhimpunan haram yang dikatakan bersih. Polis sudah beritahu pada saya, tidak ada permit diberikan. Tetapi nampaknya daripada laporan yang saya dengar daripada pelbagai punca, pihak yang menganjur masih mahu meneruskan apa yang mereka mahu buat. Mereka menunjukkan satu kedegilan yang tidak peduli pada undang-undang dan peraturan.
Saya dukacita apakah ini mereka mencabar kerajaan dan kepimpinan. Sebenarnya yang mereka mencabar, yang mereka hendak ketepikan adalah undang-undang. Mereka mencabar undang-undang, peraturan, mencabar rakyat kerana rakyat mahu supaya negara ini aman dan selamat, dan stabil sepanjang masa. Itu yang dicabar, bukan saya, tetapi saya kata, saya pantang dicabar. Biasanya bila nak juga, polis kata jangan. Mereka nak juga, maka tentu akan berlaku sesuatu yang tidak baik. Biasanya tiada tindakan-tindakan seperti itu akan jadi kekacauan.
Tengoklah yang berlaku di Terengganu baru-baru ini. Saudara ingat dan saya pun ingat, tak payah saya nak peringatkan lagi. Satu kejadian yang kita tidak dapat terima. Satu kejadian liar bukan cara kita, bukan cara Malaysia, bukan cara amalan demokrasi Malaysia. Demokrasi jalanan kita tak dapat terima langsung. Bukan itu caranya nak buat perubahan. Polis suruh berhenti, berlakulah apa-apa yang tidak diingini. mereka pun lari merata tempat. Kalau di tempat itu ada kedai, masuk dalam kedai, rempuh sana, rempuh sini. Ini akan menyebabkan macam-macam berlaku. Kedai-kedai mungkin ditutup. Gerai-gerai kalau orang banyak lari, kadang-kadang depa tolak gerai ikut dan saja. Buah-buah hilang semua ada, air sirap apa semua terpelanting habis.
Lepas itu, mereka marahkan polis kononnya polis yang punya hal supaya orang-orang ini benci pada polis kerana tindakan polis. Tetapi sebenarnya mereka yang menyebabkan semua ini berlaku, bukan polis. Kalau ikut undang-undang, peraturan, tidak akan jadi begitu. Oh nak buat perubahan konon, apa perubahan yang hendak dibawa.
Tunggulah pilihan raya, kita sama-sama hadapi. Tengok siapa yang mahu. Apa nak takut pilihan raya. Nak kata nak tong apa, tong bubuh kertas undi tu, pihak Suruhanjaya dah nak buat tong jenis yang transparent yang boleh nampak. Oh! Nak undi dakwat yang tak boleh padam tu, bila dah undi bubuh dakwat takut mai dua kali undi. Itu pun dah setuju juga.
Ada yang lain-lain lagi masa ambil undi dengan pihak Suruhanjaya. Tapi tabiat mereka kita tahu. Tengok apa berlaku dalam pilihan raya dulu, pilihan raya baru-baru ini. Di Talam mereka ingat tak boleh menang, maka katanya nak boikot. Oh! Kalau tak memang nak boikot, pasal apa, kali ini pilihan raya tidak boleh percaya. Tipu punya. Tak mau. Tapi bubuh calon bebas. Senyap-senyap dia undi calon bebas.
Dia kempen dulu calon bebas. Pasal nak bagi kita kalah juga. Tapi di Ijok, di Machap depa ingat depa boleh menang. Pasal pilihan raya tidak sebut lagi dah, pasal Suruhanjaya pilihan raya tidak lagi dah, pasal ada peluang nak menang.
Di Machap boleh memang, di Ijok, Keadilan borong, letak calon mereka. Keputusan siapa menang? Kita menang dengan undi yang lebih baik lagi. Rakyat tidak boleh diperdayakan. Kalau kita nak mempersoalkan keadilan Suruhanjaya, apakah di negeri ini tidak ada kemenangan bagi pembangkang? Ada. Kelantan dah berapa kali dah menang pilihan raya.
Dulu pun biasa tubuh kerajaan lepas tu Barisan ambil balik. Lepas tu mereka menang lagi. Di Terengganu pun mereka menang dulu, lepas itu kita memang pula. Di Sabah pun begitu juga. Mereka boleh menang. Kalau kita control semuanya, tak ada harap boleh menang. tapi itu bukan cara kita. Kita mahu rakyat benar-benar memberitahu kepada kita apakah mereka inginkan kita.
Orang Kelantan tak mahu kita berbelas-belas tahun. Apa boleh buat. Pasal kita menghormati keputusan pilihan raya. Inilah pilihan raya. Inilah Suruhanjaya Pilihan Raya yang ada selama ini. Ada masa kita menang, ada masa mereka menang. Ada masa kita kalah, ada masa mereka kalah. Tetapi kita tidak pernah lari dan kita tidak pernah mencari sebab mengapa pilihan raya itu jangan diadakan. Kita rela untuk menghadapi pilihan raya bila tiba masanya.
Jadi saudara-saudari sekalian. Saya harap rakyat akan dapat memahami bahawasanya demokrasi jalanan bukan cara nak bawa perubahan. Rakyat lebih bersedia untuk membawa perubahan dengan cara yang aman, bukan cara begini. Cara yang merugikan. Nak buat 10 hari bulan esok, hari Sabtu.
Keluarga datang nak pergi makan, nak pergi sana sini. Itulah hari hujung minggu. Masa itulah mereka nak adakan demonstrasi. Ini menyusahkan rakyat. Saya harap rakyat tidak datang, tidak merestui semua ini. Begitu juga kedai-kedai. Bila jadi begini orang takut nak keluar. Siapa yang rugi. Restoran rugi, pekedai rugi, warung-warung tak ada orang pergi. Saya amat kesal dengan tindakan yang diambil.
Kita mahu supaya undang-undang dihormati. Undang-undang pilihan raya itulah undang-undang. Kedaulatan undang-undang mesti sentiasa kita junjung dan pegang kuat. Kalau undang-undang pun tak dihormati, apa nak jadi. Ini nak jadi kerajaan, nak jadi pemimpin, mana boleh. Undang-undang perlu dihormati. Ini adalah amat penting.
Jadi saudara saudari. Cukuplah setakat ini saja. Mudah-mudahan negara kita ini akan sentiasa aman. Dilindungi Allah sepanjang masa. Niat kita ialah niat yang suci. Kalau kita mahu pembangunan untuk rakyat dan untuk negara, kepada Allah kita pohonkan hidayah sepanjang masa.
Saya ingin mengambil kesempatan ini, di akhir ucapan saya ini untuk mengucapkan terima kasih kepada yang pertama sekali Pemangku Pengerusi Tetap. Terima kasih. Pembantu Pengerusi, Datuk Juhar Mahiruddin. Terima kasih.
Kepada sekretariat yang diketuai Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad. Terima kasih kepadanya dan kepada semua yang membantu. Kepada media massa yang juga membantu kita untuk menyiarkan apa yang berlaku dalam dewan ini supaya rakyat dapat tahu apa yang kita lakukan dan yang akhir sekali tentulah kepada sidang perwakilan. Terima kasih banyak-banyak.
Yang menjayakan perhimpunan ini adalah saudara-saudari sekalian. Saudara-saudarilah yang menjayakan perhimpunan ini. Saya ucap berbanyak-banyak terima kasih dan saya juga doakan supaya saudara-saudari akan balik ke kampung, ke negeri masing-masing dengan selamat. Pandulah kereta dengan cermat. Kalau naik bas, pesan-pesanlah kepada pemandu bas, jangan bawa laju sangat.
Saya mahu supaya saudara yang balik ke kampung masing-masing tidak akan terkandas di perjalanan disebabkan kemalangan. Moga-moga Allah akan lindungi saudara sekalian dan saudara-saudaralah yang perlu cermat dan berhati-hati. Terima kasih banyak-banyak! Wassalamuaikum warahmatullahi wabarakatuh.
10 November 2007 , Hotel Wira Kuala Lumpur , No.123 Jalan Thamboosamy, 50350, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, 50350 Kuala Lumpur . Peserta rombongan bersedia telah mengemaskan barang barang yang hendak dibawa balik ke Sabah. Bagasi yang telah rapi dimasukkan kedalam Bas untuk bersedia berangkat ke Lapangan Terbang Antara Bangsa Kuala Lumpur. Banyak kenangan dan pengalaman selama berada disini selama seminggu. Dapat menghadiri Perhimpunan Agung UMNO ke-58 tahun 2007 , dapat melawat ke beberapa tempat disekitar Kuala Lumpur , Shah Alam , Kuala Selangor , dan banyak lagi tempat tempat persinggahan seperti di Klang , Putrajaya , Tg.Karang tempat tempat IKS dan Homestay .
end
No comments:
Post a Comment