Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, PAU 2017 pada 05 - 09 Disember akan
bermula dengan program taklimat presiden dan diikuti majlis perasmian
Perhimpunan Agung pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada
sebelah malamnya. Najib yang juga Presiden UMNO memaklumkan perkara tersebut pada
sidang media sejurus selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi
UMNO di Menara Dato’ Onn di sini hari ini.
Perhimpunan Agung UMNO 2017 yang dijadual berlangsung mulai 5 hingga 9 Disember ini akan tetap diteruskan walaupun jika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) diadakan ketika itu.
Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh, berkata PRU tidak boleh dijadikan alasan untuk menangguhkan perhimpunan agung kerana ia termaktub dalam perlembagaan parti dan peraturan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

“Perhimpunan Agung tidak boleh ditangguh, kalau tangguh nanti (berlaku) macam-macam hal. ROS ada peraturannya. Ada pilihan raya atau tidak, Perhimpunan Agung tetap akan diteruskan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Media sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini 03 Oktober 2017.
Mulai 5 Disember hingga 9 Disember 2017 , akan berlangsung Perhimpunan Agung UMNO 2017. Seluruh ahli UMNO dari pelbagai cawangan, bandar, pekan, kampung atau FELDA, akan bertemu dan berhimpun di dewan keramat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur. Sepanjang tempoh ini, kita akan melihat kekuatan orang Melayu bersatu di bawah satu payung bernama UMNO. Percaya atau tidak, Perhimpunan Agung UMNO amat dinantikan-nantikan oleh rakyat di luar sana. Mereka akan mengikuti dan memerhati dengan penuh minat ucapan dan perbahasan ahli-ahli UMNO.

Pada tahun ini semua AJK Bahagian UMNO Tawau telah diberi khabar gembira dimana semua AJK Bahagian UMNO Tawau akan dibawa ke Kuala Lumpur untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Putra World Trade Centre , Kuala Lumpur pada 5 - 9 Disember 2017.
Tahun lepas 2016 AJK Bahagian UMNO Tawau telah tidak dibawa ke Kuala Lumpur dimana hanya ketua ketua cawangan yang terpilih sahaja yang dibawa atas persetujuan semua pihak yang telah disebutkan dalam Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Tawau.

Wakil 7 yang akan mewakili UMNO Bahagian Tawau setelah pemilihan dibuat dan diberikan kepada ;
1. Said Hassan bin Said Idrus - AJK Bahagian UMNO Tawau
2 .Hj.Halik bin Hj.Wahid - AJK Bahagian UMNO Tawau
3. Norsiah binti Bayai - AJK Pergerakan Wanita Bahagian
4. Amran bin Hj.Karim - AJK Pergerakan Pemuda Bahagian
5. Hayati binti Sarman - AJK Pergerakan Puteri Bahagian
6. Hapsiya binti Sulaiman - Wanita Cawangan Apas Parit
7. Seri binti Ngalit - Wanita Cawangan Kampung Serudung
Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tawau bagi sessi 2013 - 2017 akan berada di Kuala Lumpur semasa Perhimpunan Agung UMNO 2017 nanti.Semantara itu 2 daripada nya telah terpilih untuk wakil 7 di Perhimpunan nanti.
KUALA LUMPUR, 30 Okt – Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU 2017) yang bakal berlangsung bermula 5 Disember ini akan mengadaptasi ‘mood’ persidangan ke arah ‘winning mentality’ bagi berdepan dengan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), kata Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Katanya, gerak kerja telah pun bermula dari soal logistik sehinggalah tibanya persidangan PAU 2017 nanti.
“’Mood’ yang nak dibawa ialah ‘winning mentality’ kepada semua para perwakilan dan pemerhati kerana selepas PAU 2017, dalam tempoh yang bakal ditentukan maka kita akan berdepan dengan PRU-14, maka ‘mood’ persidangan kali adalah persediaan bagi menghadapi PRU-14.
“Semangat untuk menang itu dibina semasa persidangan dengan ‘mood’ ke arah ‘winning mentality’ ini diangkat,” katanya dalam pertemuan dengan Kumpulan The News Straits Times Berhad, hari ini.
Mengulas berkaitan perkembangan PAU 2017 yang dilakukan, beliau memaklumkan bahawa persediaan kali ini jauh lebih rapi berbanding daripada persidangan yang lepas.
“Kita akan pindahkan Laman Media ke tempat yang baru dengan kelengkapan dan kemudahan yang lebih baik dari yang sebelum ini untuk memudahkan petugas media dan melancarkan lagi pergerakan para perwakilan serta tetamu kehormat dalam mendapatkan liputan daripada media.”
PAU 2017 akan berlangsung pada 5 hingga 9 Disember ini bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula dengan program Taklimat Presiden dan diikuti majlis perasmian Perhimpunan Agung pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada sebelah malamnya. – MediaUMNO

PAU2017 Medan Persiapkan Anggota UMNO Untuk Hadapi PRU14
Perhimpunan Agung UMNO tahun ini jelas merupakan perhimpunan terakhir sebelum ahli-ahli UMNO menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), maka perhimpunan ini seharusnya menjadi medan dalam mengukuhkan solidariti ahli-ahli UMNO dalam berhadapan dengan PRU-14, yang boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja.
Seharusnya menjadikan PAU2017 satu medan untuk terus mengukuhkan keyakinan anak muda kepada parti kerana hari ini bukan masa untuk bercerita menarik anak muda kerana anak muda sememangnya sudah kembali kepada UMNO.
Persidangan kali ini harus dijadikan medan bagi mengukuhkan keyakinan dan pengharapan anak muda bahawa inilah bahtera bagi menerajui dasar Transformasi Kebangsaan 2050 (TN50) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak baru-baru ini.

Sebagai pewaris perjuangan parti juga, akan tidak menjadikan perhimpunan ini sekadar acara tahunan, atau kata mudah setahun sekali nak berjumpa sahabat-sahabat dari seluruh negara sebaliknya ia menjadi medan mencantum idea perjuangan parti dalam kalangan anggota keluarga besar UMNO di seluruh negara.
KUALA LUMPUR, 05 Disember – Perhimpunan Agung UMNO yang akan berlangsung Selasa ini padat dengan pelbagai agenda yang telah diatur sebagai gerak kerja bagi melancarkan perjalanan persidangan tahunan di samping pemilihan yang akan berlangsung dua hari kemudian.
Seperti biasa, persidangan akan dimulakan dengan majlis tertutup Taklimat Presiden pada hari pertama persidangan dengan dihadiri oleh ahli Majlis Tertinggi (MT), exco Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri serta para perwakilan dari Bahagian-bahagian.

Perhimpunan Agung UMNO kali ke - 71 ini akan membahaskan tiga usul iaitu:
• Ucapan Dasar Presiden
• Ekonomi
• Agama dan Pendidikan
Berikut adalah atur cara majlis:
05 Disember (Selasa)
– Pendaftaran Perwakilan (9.00 Pagi)
– Majlis Taklimat Presiden (Tertutup) 3.00 petang
– Perasmian Wanita, Pemuda, Puteri (8.00 malam)
06 Disember (Rabu)
– Persidangan Wanita, Pemuda, Puteri
– Mesyuarat Majlis Tertinggi
07 Disember (Khamis)
– Perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2017
08 Disember (Jumaat)
– Perbahasan Ucapan Dasar Presiden dan Usul
09 Disember (Sabtu)
– penggulungan & penangguhan (berakhir jam 5.00 petang)
MAJLIS TAKLIMAT PRESIDEN 5 DISEMBER 2017
@ 3.00 PETANG
KUALA LUMPUR, 5 Dis – Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO Datuk
Seri Najib Tun Razak menekankan soal solidariti dan pentingnya anggota
UMNO mempunyai mentaliti kemenangan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum
ke-14 (PRU14) akan datang.
Najib turut menaruh harapan yang tinggi terutama kepada jentera
Pergerakan Wanita UMNO untuk menjadi wakil kepada parti di peringkat
akar umbi bagi menambat hati rakyat.
Ini merupakan antara perkara yang dibangkitkan Najib pada majlis
Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan
Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
“Ucapan beliau meniup semangat semua perwakilan. Presiden berkata
sebenarnya produk Barisan Nasional merupakan produk yang baik dan kita
bertanggungjawab menentukan ‘lebuh raya’ masa depan terutama
tanggungjawab terhadap anak muda yang terletak di atas bahu kita,” kata
Ketua Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.
Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri taklimat berkenaan yang
berlangsung pada hari pertama perhimpunan tahunan parti itu bermula hari
ini hingga 9 Dis.
Najib dijadual merasmikan Perhimpunan Agung UMNO pada Khamis.
Shahrizat seterusnya berkata ucapan Najib itu turut mengingatkan
anggota perwakilan bahawa PRU14 adalah segala-galanya selain meminta
semua anggota mengekalkan perpaduan dan solidariti sesama anggota parti.
“Kami bersedia menerima cabaran yang diberikan presiden parti dalam menghadapi PRU14,” tegas Shahrizat.
Menurutnya, apa yang perlu dititikberatkan dalam perancangan parti
menjelang PRU14 adalah memastikan jentera pilihan raya berada di
landasan yang tepat.
“Kebimbangan utama kami adalah untuk memastikan jentera kita teratur
dan semua anggota bersedia serta mempunyai mentaliti kemenangan,”
katanya.
Dalam pada itu, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati
Samsudin menyifatkan amanat penting Najib menjadi asas kepada
perhimpunan itu dan harus diambil berat oleh semua pemimpin serta
anggota parti sebagai persiapan menghadapi PRU14.
“Antara inti pati taklimat itu adalah berkenaan kemuafakatan parti dan kesiagaan untuk meneruskan gerak kerja parti.
“Datuk Seri (Najib) juga menyatakan bahawa mentaliti kemenangan itu kena ada dalam setiap anggota parti,” katanya.
KUALA LUMPUR, 5 Nov – Majlis Taklimat Presiden yang disampaikan oleh
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak disifatkan luar biasa dan sarat
dengan peringatan serta nasihat yang cukup bermakna kepada ahli parti
dalam usaha mengukuhkan lagi UMNO dan Barisan Nasional (BN) khususnya
untuk berdepan Pilihan Raya Umum (PRU-14) akan datang.
Majlis berkenaan yang berlangsung petang tadi selama hampir dua jam
dihayati dengan penuh teliti oleh para perwakilan dan mereka yang
memenuhi Dewan Merdeka, Putra World Trade Center (PWTC).
Ketua
UMNO Bahagian Kapar, Datuk Faizal Abdullah ketika ditemui berkata
peringatan serta nasihat yang dilontarkan oleh Datuk Seri Najib itu
memberi nilai tambah kepada usaha dan semangat jentera UMNO Selangor
untuk kembali merampas negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.
“Malah yang lebih terkesan adalah usaha memperkukuhkan parti di mana
resolusi yang kita capai pada Konvesnyen UMNO Selangor dua hari yang
lalu nampaknya diiyakan oleh Datuk Seri Najib kali ini.
“Antara resolusi yang kita putuskan…pertamanya secara dasar kita beri
sokongan penuh kepada Presiden dan tidak ada pertandingan untuk dua
jawatan tertinggi dalam parti dan dalam resolusi itu juga kita sebutkan
di semua peringkat perlu memberikan fokus kepada pilihan raya. Amanat
presiden ini selari dan selaras dengan apa yang kita bincangkan,“
katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.
Faizal seterusnya menambah peringatan yang dikemukakan oleh Datuk
Seri Najib cukup penting kerana ianya akan menentukan hala tuju dan masa
depan parti pada pilihan raya umum akan datang.
“Ingatan
pertamanya agar kita beri fokus dan tumpuan kepada pilihan raya,
persiapan jentera, mana kekurangan dan kerja tertinggal dan sebagainya
lagi perlu diselesaikan. Begitu juga soal kuatkan ukhuwwah di dalam
parti, jangan ada perpecahan sebagainya lagi kita perlu sama-sama hayati
insya Allah parti akan kuat,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Pemuda UMNO Pekan, Datuk Shahrudin Ahmad
melihat taklimat presiden pada kali ini suasananya cukup berbeza dan
berlainan dengan amanat-amanat yang sebelum ini.
“Mungkin pada kali ini kita akan berdepan PRU…beliau nampaknya
bercakap daripada hati yang ikhlas…apa yang terpendam, apa yang beliau
rasa dilontarkan hari ini. Beliau perlukan satu pasukan yang kuat untuk
bantu UMNO dan BN. Pada saya, nampak kesungguhan serta keprihatinan
Presiden dalam memberikan amanatnya kepada perwakilan yang hadir,”
katanya.
Katanya lagi tolak perbalahan, masalah dalaman dan susun saf di
pelbagai peringkat merupakan antara intipati yang amat penting untuk
sama-sama memberi fokus serta tumpuan kepada kemenangan dalam PRU akan
datang.
Ketua
UMNO Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahya turut sependapat dengan para
perwakilan hadir yang lain apabila turut menekankan soal kesiapsiagaan
pilihan raya umum akan datang.
Cuma katanya Datuk Seri Najib kali ini bukan hanya mendasari soal
teknikal atau pun bertulis tetapi juga menyentuh soal kejiwaan.
“Penekanan penting jangan kita bincang pemilihan parti tetapi tumpu
PRU dahulu. Amanat telus dan ikhlas dan menampakkan hasrat hati dalaman
presiden. Yang penting kena terjemahkan kepada seluruh akar umbi dan
jentera di pelbagai peringkat kerana insya Allah peluang untuk menang
cerah…jangan kita lalai dan kita atur strategi,“ katanya.
Datin
Azura Mohd Afandi, Exco Puteri UMNO pula berpandangan masalah berlaku
di mana–mana namun apa yang penting adalah saling memahami yang tentunya
akan merungkai segala permasalahan yang timbul.
“Sebab itu Presiden harapkan kita selesaikan masalah dalaman. Dan ini
berlaku di mana-mana dan setiap individu yang bermasalah cuba fahami
dan selesaikan agar ianya dapat membantu UMNO dan BN pada pilihan raya
akan datang. Dah selesai masalah kita tumpu bagaimana nak menang dan
kena ada cara untuk menang.
“Dalam konteks Puteri UMNO insya Allah tidak hadapi masalah besar.
Pada saya masalah dalaman UMNO pun tidaklah begitu serius dan begitu
dalam Puteri. Masing-masing tahu dan lebih faham mana lebih penting,”
katanya.
KUALA LUMPUR -Presiden Umno, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak mahu
semua ahli UMNO kembali kepada asas perjuangan dan mengetepikan segala
titik bengek yang tidak menguntungkan parti. Najib juga mengingatkan semua ahli Umno menghentikan pertelingkahan sesama sendiri.
“Semua pihak harus berjiwa besar untuk berhadapan dengan pilihan raya yang akan menentukan nasib agama, bangsa dan tanah air,” kata Najib ketika menyampaikan amanat pada Majlis Taklimat Presiden yang dijalankan secara tertutup di Perhimpunan Agung Umno 2017, hari ini.
Lupakan seketika pemilihan parti tahun hadapan sebaliknya tumpukan sepenuh tenaga dan usaha kepada PRU14 untuk memastikan kemenangan UMNO dan BN. Itu antara amanat penting oleh Presiden UMNO, Najib Razak ketika menyampaikan Amanah Presiden sempena PAU 2017 di PWTC.
Najib juga meminta pemimpin UMNO setiap Bahagian supaya menguatkan barisan kepimpinan dan menghindari pergaduhan sesama sendiri. Dalam perjumpaan tertutup itu, Najib turut menyakinkan ketua-ketua
bahagian seluruh negara bahawa kelembapan ekonomi dan kejatuhan nilai
ringgit adalah bersifat sementara. PAU2017 bermula 5 hingga 9 Dis merupakan medan terakhir untuk
pemimpin UMNO berhimpun sebelum PRU14 yang dijangka diadakan Mac tahun
depan.
Majlis Taklimat Presiden telah dihadiri oleh ramai perwakilan walau pun ianya Majlis tertutup dimana para perwakilan tidak sabar untuk mendengar ucapan dan pesanan dari YAB Datuk Seri Najib Tun Razak Presiden UMNO. Sebenarnya kehadiran yang ramai para perwakilan adalah satu manifestasi bahawa pemimpin pemimpin UMNO diBahagian / Cawangan begitu bersedia untuk menghadapi apa juga kemungkinan.
MAJLIS PERASMIAN SERENTAK 3SAYAP UMNO PERGERAKAN WANITA , PERGERAKAN PEMUDA DAN PERGERAKAN PUTERI PADA 5 DISEMBER 2017 @ 8.00 MALAM OLEH YAB TIMBALAN PRESIDEN DATUK SERI DR.AHMAD ZAHID HAMIDI
MAJLIS PERASMIAN SERENTAK 3SAYAP UMNO PERGERAKAN WANITA , PERGERAKAN PEMUDA DAN PERGERAKAN PUTERI PADA 5 DISEMBER 2017 @ 8.00 MALAM OLEH YAB TIMBALAN PRESIDEN DATUK SERI DR.AHMAD ZAHID HAMIDI
PERASMIAN PERHIMPUNAN AGUNG PERGERAKAN WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO 2017
LEMBAYUNG ARJANA BANGSA
Bismillahirrahmannirrahim.
1. Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan Sekalian Alam, Tuhan Yang Maha Esa. Salam dan selawat ke atas Rasulullah SAW, Ahli Keluarga, dan para sahabatnya, serta para tabiin yang telah mendahului kita.
"Sesungguhnya Allah SWT menciptakan apa yang dirancang, dan Dia lah juga yang memilih (satu-satu dari makhlukNya untuk sesuatu tugas atau keutamaan dan kemuliaan); tidaklah layak dan tidaklah berhak bagi sesiapapun memilih (selain dari pilihan Allah). Maha Suci Allah dan Maha Tinggilah keadaanNya dari apa yang mereka sekutukan denganNya". (Surah Al Qasas ayat 68)
NAIB Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap ketika Majlis Perasmian Pegerakan Wanita, Pemuda dan Puteri pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). - Foto Asyraf Hamzah
Sidang perwakilan sekalian.
2. Sesungguhnya, saya lontarkan mafhum terjemahan ayat tersebut sebagai pembuka bicara, kerana kita semua dalam Dewan Merdeka ini, adalah insan terpilih, pemimpin masyarakat akar umbi. Kitalah umara' penyambung perjuangan menyebarkan "Risalah Nubuwwah".
3. Kita seharusnya menjadi pemimpin "Qudwah Hasanah", role model yang boleh memberi teladan terbaik kepada masyarakat.
4. Malam ini, saya berdiri di hadapan bangsa untuk mencanai minda dalam kalangan sidang perwakilan dari Bahagian Padang Besar, Perlis hingga ke Bahagian Kudat di Sabah. Kita berhimpun di rumah agam ini, dari 191 bahagian seluruh negara, membawa niat dan hajat, mendengar debat dan amanat, demi kelangsungan umat sejagat. Persidangan ini adalah himpunan suara bangsa, menyatukan minda dan idea, merentasi kepelbagaian etnik dan budaya.
5. Inilah satu keindahan dan keunikan. Bagai, bila tabuh dipalu, tiupan nafiri dimainkan, yang capik datang bertongkat, yang buta teraba-raba, yang tuli leka bertanya, yang jarak tolak-tolakan, yang rendah bertinjau-tinjau, yang dara duduk bersimpuh, yang teruna duduk bersila. Semuanya atas satu agenda untuk menyambung wasilah perjuangan bangsa. Inilah Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2017. Inilah perhimpunan kita!
Sidang perwakilan sekalian
6. Saya tidak mahu lagi berbicara tentang 7 cabaran politik yang diutarakan dalam persidangan tahun lalu. Malam ini, saya akan bentangkan 7 manifesto bangsa yang akan menjadi satu gagasan besar. Ia juga bekalan pemikiran dan asas tindakan kita dalam menghadapi PRU (Pilihan Raya Umum) ke-14.
7. Inilah Inilah manifesto sebelum manifesto. Inilah manifestasi akujanji kita kepada rakyat. Saya percaya 7 manifesto ini yang merangkumi 7 lembayung arjana (kejayaan) bangsa akan menjadi pegangan kita buat selama-lamanya.
8. Agak-agaknya kenapalah saya memilih angka 7 ini ? Sebenarnya angka tujuh sering diulang dalam Al-Quran.
Allah SWT menciptakan tujuh petala langit tujuh petala bumi
Dan disempurnakan pada hari ketujuh
Ada 7 lautan dan ada 7 benua
Penciptaan manusia juga mempunyai tujuh fasa
Pensyariatan tujuh pusingan tawaf dan
Tujuh kali ulang-alik bagi sa'ie dalam ibadah haji dan umrah
Melontar jamrah juga dengan tujuh biji batu
Takbir pertama solat sunat hari raya juga sebanyak tujuh kali.
9. Dengan ketentuan Allah SWT 7 orang presiden telah memimpin UMNO sejak 7 dekad yang lalu.
10. Pastinya, Datuk Seri Najib Razak sebagai Presiden UMNO ketujuh, cabarannya bukan kecil tetapi besar. Cabarannya amat berbeza dengan presiden terdahulu tambahan pula ketika ini adanya ancaman media sosial. Terima kasih aktivis media sosial prokerajaan Barisan Nasional (BN) yang banyak membantu kita. Biro IT UMNO juga tidak kurang hebatnya sentiasa memberi penjelasan isu semasa, dan menangkis tohmahan pembangkang dan membalas serangan.
11. Pada zamannya juga tercetus suatu revolusi ekonomi dan industri yang dipacu oleh ledakan teknologi digital. Kita kini memasuki Revolusi Industri Keempat, mengubah cara manusia berkomunikasi, berinteraksi dan berdagang. Ia membabitkan kemunculan teknologi baharu seperti robotik, artificial intelligence (kepintaran buatan), teknologi nano, teknologi quantum, bioteknologi, percetakan 3D dan 'autonomous vehicles' atau kenderaan serba canggih.
12. Selain itu, semua peranti elektronik sama ada di rumah atau dalam industri telah dilengkapi dengan perisian dan alat pengesan perubahan (sensor) yang membolehkan peranti berkongsi dan bertukar maklumat di antara satu sama lain. Ini terkandung dalam Internet of Things atau IoT.
13. Ia pasti memberi kesan kepada geopolitik, ekonomi, keselamatan, sosial dan pendidikan negara.
14. Hanya sebuah parti politik yang dinamik dan progresif mampu menghadapi gelombang baharu ini. Dasar tidak pernah berubah yang berubah hanyalah pendekatan. Alhamdulillah, Datuk Seri Presiden yang berlatarbelakangkan pendidikan ekonomi mampu membawa kita mengharungi Revolusi Industri Keempat ini. Kita semua ahli UMNO memberikan dokongan penuh kepada panglima kita.
Sidang perwakilan sekalian
15. Gerbang PRU-14 kian kita hampiri. Dari hitungan 'eddah' politik, tempoh tamat penggal ini akan berakhir pada Jun 2018. Tidak boleh lari dari jeda masa itu, kita akan turun ke gelanggang sederap serentak. Datanglah Januari, datanglah Mac, atau bulan apa pun, kita akan hadapinya. Yang penting, kita harus memiliki "winning mentality" atau mentaliti untuk menang. Ia bukan sekadar konsep, bukan sekadar falsafah tetapi memerlukan semangat, keyakinan dan tindakan.
16. Kita tidak akan berpaling atau berundur walau setapak pun! Obor perjuangan yang kita bawa bersama persis kisah Tariq Ibni Ziyad yang tidak lari dari peperangan akan kita terjemahkan. Namun, berpaling tidak sama sekali!
17. UMNO tidak boleh KALAH! BN tidak boleh TEWAS! Kita tidak akan membiarkan Putrajaya beralih tangan! Putrajaya akan terus menjadi milik kita. Milik UMNO dan Barisan Nasional.
I. LEMBAYUNG KESEJAGATAN POLITIK
Sidang perwakilan sekalian
18. UMNO adalah sebuah parti politik yang masih bertahan dan relevan sehingga hari ini berbanding parti politik lain, UMNO adalah sebuah parti politik, parti keramat, paling unggul.
19. Di peringkat serantau dan global UMNO adalah parti politik yang masih kekal memerintah tidak pernah tewas dalam pilihan raya sejak tahun 1955. Kita bukan riak, jauh sekali mahu bersikap takabbur. Ini adalah fakta yang sama sekali tidak boleh disangkal. Mudah-mudahan Allah akan memberikan kemenangan pada pilihan raya yang akan datang.
20. Apakah formula UMNO hingga mampu kekal unggul ? Kita mengamalkan kesejagatan politik sejak dahulu lagi sehingga hari ini. Yang terbaharu, Datuk Seri Presiden dan kita semua sama-sama turun ke Pulau Pinang untuk membantu mangsa banjir. Bagi kita, jaminan keselamatan rakyat merupakan suatu keutamaan.
21. Saya buta warna dalam 3 perkara. Pertama soal kemanusiaan. Kedua dalam isu pendidikan, manakala yang ketiga ialah soal keselamatan. Ingat ketika rakyat ditimpa banjir kita mengetepikan sebarang perbedaan.
22. Saat saya dihubungi pada jam 3.30 pagi untuk membantu mangsa banjir, saya ketepikan perbezaan politik saya ketepikan segalanya. Bak kata pepatah "ayam berinduk, sirih berjunjung".
23. Sesungguhnya UMNO tidak mengamalkan agenda sempit. Kita tidak hanya memperjuangkan nasib umat Melayu semata-mata. UMNO mengamalkan politik keterangkuman. UMNO adalah wadah perjuangan seluruh rakyat dari berbilang kaum. UMNO adalah tunjang kekuatan kepada Barisan Nasional. Kita sanggup berkongsi kuasa bersama rakan komponen bukan sahaja di Semenanjung tetapi merangkumi Sabah dan Sarawak.
24. Inilah kesatuan politik matang dan dinamik yang UMNO amalkan dalam membina bangsa. UMNO sentiasa berjiwa besar dan mewarisi formula kesejagatan politik. Natijahnya, prinsip Rukun Negara yang kita tatang selama ini merupakan kunci kedinamikan politik UMNO.
Sidang perwakilan sekalian
25. Politik keterlibatan adalah prinsip yang menjalinkan setiap perbezaan. Apabila kita berhadapan dengan sesuatu isu atau ancaman, ia wajar ditangani bersama. Sehari selepas Perhimpunan Agung UMNO tahun lalu, kita mempraktikkan pendekatan tabayyun dan ta'awwun. Kita bersama pimpinan PAS dan NGO Islam menyatakan kepedulian kita terhadap pembersihan etnik warga Rohingya.
26. UMNO dan BN mengamalkan politik ketertiban, mendokong dan menghormati proses demokrasi. Budaya anarkis yang dipelopori oleh sebahagian parti politik di Malaysia hanya menunjukkan kedangkalan dan sifat gelojoh.
27. Politik ketertiban bermula dengan pemilihan pemimpin itu sendiri yang mempunyai wisdom atau kebijaksanaan. Untuk itu, dalam memilih calon, UMNO memilih yang terbaik. Dalam penentuan calon-calon untuk PRU ke-14 piawaian berwibawa, dinamik dan kematangan diutamakan. Ia merangkumi aspek 'winnable', 'likeable', 'capable', 'trustable' dan 'intelligent'.
28. Seseorang pemimpin itu mesti memiliki sifat "Taqarrub Illallah", dengan mendidik dan melatih diri agar sentiasa menghambakan jiwa raga kepada Allah SWT. Oleh kerana itulah Islam menganjurkan agar pemuda dan pemudinya terdidik dengan "Jiwa Hamba" terhadap Allah SWT dan menjadi seorang Rabbani! Sifat-sifat "Ubudiyyah", ketaatan dan kepatuhan kepadaNya yang mampu menjadi kompas kehidupan ke jalan kebenaran.
29. Saya akui aura kepimpinan paling sukar ditemui ialah 'likeable' kerana apabila seseorang itu terpilih menjadi calon, pasti akan ada yang cemburu padanya. Oleh kerana itulah, kita memerlukan pemimpin bercirikan "Qudwah Hasanah" mampu memimpin dengan contoh dan teladan terbaik.
30. Jauhilah sikap buruk seperti mencari "Personal Glory". Kita berjuang demi parti dan agenda arjana bangsa. Kita perlu melangkah sebagai suatu pasukan yang mantap. Seperti mana analogi permainan sepak takraw, ada menjadi tekong, ada jadi tukang lambung (feeder) dan ada tukang libas!
31. Saya mengajak seluruh kepimpinan pergerakan sayap dalam UMNO agar akur dengan keputusan Datuk Seri Presiden dalam menentukan siapa sahaja calon yang akan dipilih nanti. Biarlah kita sepakat dan akur sepenuhnya dengan keputusan Datuk Seri Presiden parti. Kita perlu menghayati konsep "jiwa jama'ie". Belajar menerima kelebihan dan kekurangan orang lain serta menyantuni setiap perbezaan.

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tawau yang sebagai Perwakilan yang menghadiri Majlis Perasmian Serentak 3 Sayap UMNO di Dewan Merdeka Putra World Trade Centre , Kuala Lumpur
SEBAHAGIAN perwakilan menyanyikan lagu UMNO di Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Pegerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2017 yang di sempurnakan Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). - Foto Mohd Yusni Ariffin
Sidang perwakilan sekalian
32. UMNO adalah sebuah parti politik yang lengkap dan berstruktur serta akur mengikut setiap peraturan dan perundangan. Parti kita sendiri pun pernah diharamkan dan kita akur dengan kehendak perundangan.
33. Bukan seperti parti lain yang tidak mengendahkan peraturan dan undang-undang. Ada parti pembangkang yang tidak mahu mematuhi peruntukan yang digariskan oleh peraturan dan undang-undang. Tanpa ada mesyuarat cawangan, tiba-tiba ada mesyuarat di peringkat tinggi. Perlembagaan parti juga tidak diikuti. Mereka panggil sayap tertentu ikut sesuka hati. Pentadbiran mereka mementingkan diri sendiri.
34. Ada Presiden tidak bersuara, seolah-olah tiada kuasa. Pengerusi pula bermaharajalela. Membuat keputusan seenaknya.
35. Belum lagi cerita mereka berebut kerusi pilihan raya. Lebih teruk, mereka ada enam ketua dalam sebuah bahtera. Bayangkan apabila kapal itu mula berlayar, enam nakhoda ini memberi arahan yang berbeza. Agak-agaknyalah ke manakah bahtera itu hendak menghala? Jawabnya ia berpusing-pusing di tempat yang sama. 'Cruise to no where'. Alahai! Pi Mai Pi Mai Duk Tang Tu Jugak.
Sidang perwakilan sekalian
36. Bangsa kita kini semakin berpecah. Mulanya berpecah dua kemudian tiga sekarang berpecah enam. Di dewan inilah, bekas pemimpin kita pernah mengajak kita bersatu. Kini, menjadi 'tok pawang politik' yang mahu menghancurkan UMNO. Mereka ini bersekongkol dengan musuh politik kita. Mereka inilah yang mengamalkan 'politik simpang-peranang'. Ingatlah "jangan sampai barang digenggam jatuh terlepas".
37. Insya-Allah kita kuat; kita bukan lemah masalahnya kita berpecah.
Bukan Lemah, Tapi Berpecah
Kita bukan lemah usaha
Tapi berpecah kata
Bila sudah berpecah kata
Setiap bicara jadi sengketa
Kita bukan lemah tenaga
Tapi berpecah raga
Bila sudah berpecah raga
Setiap langkah ada curiga
Kita bukan lemah idea
Tapi berpecah rasa
Bila sudah berpecah rasa
Arah tujuan luluh binasa
ii. LEMBAYUNG EKONOMI MAQASID SYARIAH
Sidang perwakilan sekalian
38. Saya amat teruja dengan keprihatinan Datuk Seri Presiden semasa membentangkan Bajet 2018, di mana seluruh segmen masyarakat diambil kira. Dari sektor awam hingga sektor korporat, dari penoreh getah hinggalah nelayan, dari gen X hingga ke gen Z, dan dari desa hingga ke kota.
39. Hebatnya Bajet 2018, ia menterangkumkan pelbagai usul yang pernah diutarakan oleh saudara-saudari serta perwakilan yang bersidang di mesyuarat cawangan, bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO setiap tahun.
40. Hasil usaha berterusan barisan kepimpinan yang ada ini KDNK negara pada suku ketiga tahun 2017 mencapai kadar 6.2% yang tertinggi sejak tahun 2014. Ia merupakan manifestasi dasar yang terangkum dilaksanakan oleh Datuk Seri Presiden sejak tahun 2009. Inilah kejayaan pendekatan "Najibnomics". Pendekatan yang mengutamakan rakyat walaupun terpaksa mengorbankan perbatuan politik (political mileage). Malangnya, semua tindakan ini dipandang sepi dan pesimis oleh orang yang menanamkan kebencian kepada kerajaan. Nyatalah kebenaran itu amat sukar dan lambat dipersetujui. Ia lebih sukar diyakini apabila dibuai berita-berita palsu atau fake news.
41. Hakikatnya negara sedang berkembang maju. Pertumbuhan ekonomi pada era 80-an dan 90-an berbeza dengan zaman kini. Pertumbuhan ekonomi dahulu telah membuka peluang pekerjaan sebaliknya pertumbuhan ekonomi dalam era ini tidak semestinya menyediakan peluang pekerjaan. Inilah masalah yang tersorok dalam kotak ekonomi negara.
42. Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) mengunjurkan pertumbuhan tahunan ekonomi dunia bagi tahun 2017 sekitar 3.5 peratus. Pertumbuhan ekonomi negara-negara maju pula terutama anggota OECD (Organisation for Economic Cooperation and Development) diunjurkan pada sekitar 2.0 peratus sahaja. Namun, Alhamdulillah Malaysia berjaya melepasi unjuran IMF. Negara kita dikategorikan sebagai 'emerging economies' atau negara pasaran membangun kerana purata pertumbuhan 4.5 peratus.
43. Di sebalik pencapaian ini, kerajaan sedar ketidaktentuan ekonomi dunia turut memberi kesan kepada negara. Pelbagai faktor kenaikan dalam input ekonomi sudah pasti 'kuasa beli' pengguna semakin berkurangan. Tambahan pula berlakunya kenaikan kos pengangkutan, makanan dan perumahan. Inilah beban sebenar yang dirasai oleh rakyat. Untuk itu, kerajaan memahami dan terus berusaha menyerap bebanan kenaikan kos sara hidup menerusi pelbagai pendekatan jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang.
44. Kejayaan projek berimpak tinggi seperti MRT atau Mass Rapid Transit sudah menampakkan kesan kepada penambahbaikan mutu pengangkutan awam. Kesalinghubungan atau "connectivity" infrastruktur rakyat kini menjadi lebih baik dan merangsang ekonomi tempatan serta memberi peningkatan ketara dalam kehidupan rakyat. Kajian menunjukkan jika sesebuah negara dapat menyediakan sistem pengangkutan yang lebih baik dan efisien, Insya-Allah ia dapat meningkatkan KDNK sekitar 2%. Inilah yang disebut sebagai "game changer" atau pembawa perubahan kepada negara.
NAIB Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap ketika Majlis Perasmian Pegerakan Wanita, Pemuda dan Puteri pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). - Foto Asyraf Hamzah
Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau turut sama hadir di Perasmian Serentak 3 sayap UMNO yang diketuai oleh Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau Datuk Hjh.Rosdianah binti Md.Nor.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tawau Arifin bin Hj.Kassim bersama perwakilan nya turut hadir di Perasmian serentak 3 sayap UMNO yang dirasmikan oleh Datuk Seri Zahid Hamidi Naib Presiden menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tawau turut hadir yang diketuai oleh Nazliah Ali bersama perwakilan Puteri UMNO Bahagian Tawau.
Sidang perwakilan sekalian
45. Ekonomi Digital merupakan kuasa baharu dalam penjanaan ekonomi dunia melalui e-Dagang. Kita mesti menerajui dunia digital ini bukan sekadar sebagai penonton dan pengikut tetapi kita juga harus menjadi pemain dan pemacu utama.
46. Keprihatinan Datuk Seri Presiden mewujudkan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) merupakan satu manifestasi komitmen tahap tinggi kerajaan menyediakan peluang perniagaan atas talian. Inilah konsep dunia perdagangan baharu dan menjangkaui masa depan. Rakyat di seluruh negara, usahawan Melayu dan mereka yang didalam dewan ini perlu merebut segala ruang dan peluang dunia perniagaan baru ini.
47. Statistik menunjukkan sektor digital ekonomi tempatan semakin berkembang di mana lebih 30,000 peniaga digital telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Walaupun jumlahnya masih kecil tetapi sambutan belian atas talian rakyat tempatan amat menggalakkan. Apabila syarikat gergasi e-dagang China, Alibaba mengadakan jualan khas pada 11 November lalu, ia mencatatkan jualan sejumlah AS$123 juta (RM515 juta). Sebanyak 70 peratus pesanan adalah melalui telefon pintar. Di peringkat dunia, Alibaba menjana AS$25.3 bilion sepanjang 24 jam pada 11 November iaitu sekitar RM105.9 bilion. Sebanyak 90 peratus jualan berlaku pada peranti mudah-alih. Inilah bentuk perniagaan yang wajar kita kuasai. Inilah juga salah satu penyelesaian kepada permasalahan tempat yang menawarkan peluang kepelbagaian cara e-dagang.
iii. LEMBAYUNG PENGANGKASAAN PENDIDIKAN
Sidang perwakilan sekalian
48. Dalam menghadapi kebangkitan era ekonomi digital, kita perlu menyediakan sistem pendidikan negara yang selari dengannya. Perubahan dekad memaksa kita menuntut perubahan sistem pendidikan konvensional kepada 'Pendidikan Digital'. Persekolahan Digital (Digital Schooling) merupakan suatu inisiatif baharu. Kita akan mendedahkan warga masa depan untuk memperoleh ilmu yang sesuai pada zamannya. Daripada pelajar tempatan (local student) menjadi pelajar global (global student).
49. Perisian interaktif digital (interactive digital gaming) akan menjadi medium pembelajaran menarik dalam pendidikan moden. Ia juga menjadi medium pembelajaran bestari. Modul baharu inilah yang sedang kita tawarkan kepada generasi Y dan Z.
50. Melalui perkembangan teknologi juga, ia memudahkan proses pendidikan jarak jauh. Kita juga harus memperhebatkan konsep 'lifelong learning' kepada mereka agar dapat menambahbaikkan kelayakan serta pengalaman untuk membantu kenaikan pangkat dan gaji.
51. Kerajaan juga memberi lebih keutamaan kepada Sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal Serta Vokasional (TVET), agar matlamat ini tercapai. Industri bakat ini perlu di arus perdanakan bukan sekadar pada bilangan jumlah graduannya tetapi juga diukur pada sumbangan idea dan ciptaan kreatif yang mampu menerokai pasaran antarabangsa.
52. Sehubungan itu, amatlah wajar Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan dan Majlis Penasihat Pendidikan Nasional memperhalusi pendidikan dan persekolahan digital itu, yang akhirnya membawa kepada penubuhan Suruhanjaya Pendidikan bagi pemerkasaan dan kesinambungan Dasar Pendidikan Negara. Antara perkara utama yang perlu diberi perhatian adalah percambahan minda kreatif dan lateral anak-anak. Dengan tidak menjadikan mereka ini sebagai tikus ujikaji. Kita harus meraikan kecenderungan kepelbagaian ini dan bakat semula jadi yang ada pada mereka.
Kalau hendak membeli parang,
Molek dinilai pada hulunya,
Kalau hendak memilih orang,
Molek dinilai pada ilmunya.
NAIB Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menghadiri Majlis Perasmian Pegerakan Wanita, Pemuda dan Puteri pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Turut hadir, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin. - Foto Asyraf Hamzah
Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau menunaikan kewajiban sebagai perwakilan dengan menghadiri Perasmian Serentak 3 sayap oleh YAB Datuk Seri Zahid Hamidi.
Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tawau turut bersama hadir diPerasmian Serentak 3 sayap UMNO.
iv. LEMBAYUNG KESELAMATAN NEGARA
Sidang perwakilan sekalian
53. Keganasan rentas sempadan yang sudah menjadi ancaman global tidak seharusnya diambil mudah. Kita berhadapan dengan golongan radikal agama, DAESH, ISIS, militan, keldai dadah, penipuan pelaburan, perjudian atas talian, pemerdagangan manusia dan beberapa ancaman lain. Kerajaan bertanggungjawab memastikan 9 nilai teras melalui 20 strategi utama sebagaimana termaktub dalam (Dasar Keselamatan Negara) dilaksanakan demi menjamin keselamatan negara ini. Ia bukan berbentuk fizikal malahan dari aspek pemikiran.
54. Kita harus menginsafi bahawa keselamatan negara dan ketenteraman awam merupakan kunci teras kepada kemantapan politik serta keharmonian seluruh masyarakat di negara ini. Jaminan keselamatan politik pula adalah pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi. Tanpa keselamatan tiadalah kestabilan tanpa kestabilan politik punahlah kemakmuran dan kemampanan ekonomi.
55. Alhamdulillah hasil kerja kuat Kementerian Dalam Negeri, Malaysia telah dinaikkan ke Tahap 2 dalam Laporan Tahunan Pemerdagangan Orang oleh kerajaan Amerika Syarikat - US T.I.P (Trafficking In Person Report) tahun 2017. Kita bukan mahu mengkiblatkan kepada mana-mana negara. Laporan ini telah dikeluarkan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat melibatkan penilaian terhadap 187 negara berhubung usaha membanteras jenayah pemerdagangan orang.
56. Dalam pada itu, keselamatan di Sabah dan Sarawak tidak diabaikan. Penubuhan ESSCOM dan cadangan pembinaan tembok sempadan berteknologi terkini memaparkan keprihatinan kerajaan terhadap keselamatan negara. Sebanyak RM250 juta sebagai peruntukkan awalan untuk menambaik aset ESSCOM. Siapa kata kita tak ambil peduli rakyat Sabah dan Sarawak? Kita juga menyediakan teknologi tercanggih di setiap pintu masuk melalui penaikan taraf ICQ.
57. Maka untuk dekad baharu ini, Kementerian Dalam Negeri mengharapkan masyarakat bersama-sama bertanggungjawab menjaga keselamatan. Kita harus menjana agenda 'memasyarakatkan polis, mempoliskan masyarakat' supaya matlamat sifar jenayah dapat dicapai.
v. LEMBAYUNG ANTARABANGSA
Sidang perwakilan sekalian
58. Bangsa Melayu hari ini bukan dilahirkan sebagai pewaris jiwa hamba. Kita bangsa merdeka! Legasi kemerdekaan ini yang diamanahkan kepada kita tidak boleh dipersenda atau digadaikan. Hanya kerana ada dalam kalangan di luar sana yang kemaruk kuasa janganlah sampai menggadai Maruah Bangsa!
59. Kita perlu menginsafi untuk mencapai kejayaan bukan sesuatu yang mudah. Untuk mengekalkan kejayaan yang dimiliki itu jauh lebih sukar! Kita sudah memasuki tujuh dekad kejayaan. Meskipun UMNO dilambung ombak cabaran kita masih mampu mengekalkan kejayaan itu. Kita kekal sebagai parti pemerintah terulung di dunia.
60. Bahtera UMNO ini masih dalam pelayaran jauh membawa bangsanya berpaksikan kepada kesalingan "wehdatul fikr" (penyatuan pemikiran) antara nakhoda dan anak kapalnya. Pelayaran bangsa ini menyaksikan Tujuh Nakhoda berjaya mengharungi ombak cabaran. Penghayatan perjuangan ikhlas dan murni ini berteraskan kepada hala tuju perjuangan yang tidak lari atau berganjak dari landasan.
61. Dalam sistem hegemoni baharu dunia yang berteraskan 'market space' bukan lagi 'market place', Malaysia perlu menjadi peneraju kepada penyelesaian permasalahan dunia seperti krisis kemanusiaan mahu pun konflik antarabangsa. Malaysia telah berada di garisan hadapan. Bukan hanya sekadar menjadi jaguh kampung mahu pun pengikut pinggiran sistem dunia.
62. Kita tidak mahu menjadi bangsa terpinggir. Lihatlah apa yang berlaku kepada Warisan Empayar Arakan yang kini dilihat penuh kehinaan bergelar warga Rohingya. Hati dan jiwa saya amat tersentuh di saat saya membelai anak-anak pelarian Rohingya di Kem Pelarian Kutupalong di Cox's Bazaar, Bangladesh. Mereka menjadi golongan terpinggir di bumi asing.
63. Pendirian Malaysia amat konsisten dan tegas dalam krisis kemanusiaan di negeri Rakhine, Myanmar. Suara masyarakat Rohingya diangkat di Persidangan UNGA ke-72 di New York oleh Datuk Seri Anifah Aman. Tidak cukup dengan itu Datuk Seri Presiden membincangkan isu pembersihan etnik ini ketika mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
64. Malaysia juga berani mengasing diri (disassociate) dari kenyataan Pengerusi ASEAN mengenai Rohingya kerana ia memberi gambaran salah mengenai situasi sebenar. Desakan demi desakan ini menyebabkan pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi akur menerima penempatan semula warga Rohingya di negeri Rakhine dengan pemantauan badan antarabangsa (international monitoring team).
65. Langkah Malaysia ini amat bertepatan lantaran University Oxford telah melucutkan anugerah 'Freedom of Oxford', London School of Economics juga telah menarik balik semula penghormatan Kesatuan Pelajar Kehormat Presiden (Honourary Students' Union Presidency).
66. Barang dijauhkan Allah SWT, nauzubillah andai ini terjadi kepada kita, andai UMNO dikhianati dan tewas dalam pertempuran air mata tidak lagi bererti. Tiada apa yang dapat ditangisi.
NAIB Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba untuk menghadiri Majlis Perasmian Pegerakan Wanita, Pemuda dan Puteri pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Turut hadir, Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin. - Foto Asyraf Hamzah
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tawau yang hadir di Perhimpunan Agung UMNO yang ke 71 bagi tahun 2017 di Dewan Merdeka Putra World Trade Centre , Kuala Lumpur.
Sidang perwakilan sekalian
67. Lihatlah juga apa yang berlaku di Catalonia yang mahu berpisah dengan Sepanyol tetapi tidak direstui oleh pemimpin di Madrid dan raja mereka. Raja Sepanyol menyifatkan pemimpin-pemimpin pemisah Catalan sebagai perosak prinsip demokrasi dan memecahbelahkan rakyat Catalan.
68. Tindakan segelintir pihak di negara ini yang menghasut rakyat dengan slogan "Sabah Untuk Sabah" dan "Sarawak Untuk Sarawak" cukup bertentangan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan. Tindakan 'bermain api' yang mahu mewujudkan anarki dan ketidakstabilan negara harus kita tentang. Bak kata orang tua-tua "bertelingkah antan di lesung, ayam juga yang kenyang". Janganlah sampai kita menanggung derita akibat permainan dan hasutan campur tangan asing kelak.
69. Saya ingin mengingatkan diri saya dan kita semua bahawa ini kesalahan yang amat serius dan mereka boleh dihukum dengan hukuman yang berat. Tiada sesiapa yang kebal dari segi undang-undang. Perkara ini tidak harus dibenarkan berlaku.
70. Tindakan subversif ini berlaku apabila adanya pemimpin yang terperangkap dalam percaturan dalang-dalang politik bankrap idea dan muflis jiwa. Kerana asakkan gelojoh nafsu dan serakah politik bertuankan tok dalang ini mereka rela menjadi bidak-bidak di papan catur.
71. Dalam pada itu kesan percaturan politik yang menafikan kesejagatan bangsa mengakibatkan kedaulatan kita ke atas Pulau Batu Putih atau Pedra Branca terkubur. Sewajarnyalah kita memfailkan permohonan untuk menyemak semula keputusan penghakiman ICJ (International Court of Justice).
72. Saya amat berbangga dengan tindakan pimpinan Pergerakan Pemuda UMNO yang berani menyanggah kenyataan seorang pemimpin negara jiran. Inilah maruah kita! Inilah kedaulatan kita! Inilah tanah tumpah darah kita! Kita tidak akan pernah mengizinkan seinci pun tanah kita ini tergadai! Kita tidak rela berputih mata! Syabas Pergerakan Pemuda! Sebelum ajal berpantang maut.
NAIB Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden , Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan merasmikan Perhimpunan Agung Pegerakan Wanita , Pemuda dan Puteri UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). - Foto Mohd Yusni Ariffin
Pergerakan Sayap UMNO Pergerakan Wanita , Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri telah berikrar taat setia kepada Parti dan Pemimpin. Mereka akan maju mengikut landasan yang telah disediakan mengikut lunas lunas kepimpinan agar UMNO terus kekal relevan sampai bila bila.
vi. LEMBAYUNG RAJA-RAJA MELAYU
Burung nuri terbang ke lembah,
Hinggap megah di tengah kota,
Rakyat Malaysia merafak sembah,
Daulat Tuanku Payung Mahkota.
Sidang perwakilan sekalian
73. Buku "Sulalatus Salatin" terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ada menyebut bangsa Melayu berasal dari pergunungan Bukit Seguntang kerana mengambil sempena nama sebuah sungai di situ bernama Sungai Melayu.
74. Terbinanya martabat dan kegemilangan bangsa Melayu adalah hasil dari waad perjanjian antara Demang Lebar Daun dan Sang Seperba atau Sri Tri Buana disaksikan oleh Wan Empok Wan Malini.
75. Dalam waad tersebut ia menyatakan setiap anak keturunan Melayu wajib taat dan setia kepada pemimpinnya yang ketika itu adalah Sri Tri Buana. Memang ada kebenarannya ia juga ditujukan kepada Raja-Raja Melayu tetapi hakikat sebenarnya adalah pemimpin Melayu.
76. "Setiap anak Melayu hendaklah setia kepada Rajanya dan jika ia derhaka maka hukumnya adalah bunuh. Namun begitu raja pula tidak boleh memalukan rakyatnya. Andai perjanjian tersebut diengkari maka akan diterbalikkan oleh 'Yang Maha Esa' bumbung rumah ke tanah dan tiangnya ke atas".
77. Sebenarnya inilah rahsia yang tersembunyi hingga membolehkan kita muncul sebagai bangsa yang bermartabat hingga mampu membina kejayaan sebuah Empayar Melayu Islam Champa dan Kerajaan Melayu Islam Melaka yang penuh gilang gemilang suatu ketika dahulu.
78. Tetapi apabila Si Kitol dan Bendahara Mandaliar mula berbuat onar dan berkhianat pada bangsanya, akhirnya hancurlah empayar kegemilangan Melayu Melaka. Hari ini, gambaran Si Kitol dan Bendahara Mandaliar sudah terjelma. Di saat kita memacu lembayung arjana bangsa individu inilah yang pernah memimpin kita sekarang ini pula mahu menghancurkan UMNO. Malahan Institusi Raja Raja Melayu turut dipersendakan.
79. Tahun lalu saya pernah mengingatkan supaya jangan lupa kepada Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu. Peganglah dan jadikanlah amanat ini sebagai wasilah perjuangan kita.
NAIB Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden , Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan merasmikan Perhimpunan Agung Pegerakan Wanita , Pemuda dan Puteri UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). - Foto Mohd Yusni Ariffin
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tawau yang diketuai oleh Arifin bin Hj.Kassim bersama perwakilan Pemuda mendengar amanat dan ucapan YAB Timbalan Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Temuramah oleh rangkaian TV Nasional mengenai perjuangan Pemuda UMNO dan Intisipasi dalam memenangi Pilihanraya ke -14 akan datang.
vii. AGAMA LEMBAYUNG PERADABAN
Sidang perwakilan sekalian
80. Sesungguhnya yakinlah bahawa agama itu adalah pengikat kepada manifesto bangsa ini. Kecerdasan emosi (EQ) kecerdasan spiritual (SQ) dan (kecerdasan intelektual) IQ perlu disatukan seiring supaya ia menjadi suatu garapan bersama. Perhubungan kita dengan Allah SWT menjadikan kita sebagai khalifah demi kesejahteraan ummah. Demi 'hablum minannas' (hubungan sesama manusia) menjadikan keberadaan kita sebagai makna yang terhakikat.
81. Bangsa yang meletakkan agama sebagai asas peradaban akan kekal bermaruah. Selagi mereka mempertahankan agama, selagi itulah peradaban itu terjunjung dan terunggul. Hanya peradaban sebagai suatu diagnosis formula kepada setiap kebejatan (kerosakan) ummah. Persoalan ketamadunan dapat dirungkai sejak agama Islam dibawa oleh Rasulullah SAW. Sekiranya agama itu dilindungi maka peradaban akan terus kekal terpelihara. Agama sesungguhnya adalah teras peradaban.
82. Penawar kepada kebejatan sosial yang melanda umat Islam hari ini harus diambil dari sudut pendekatan agama. Malah, proses deradikalisasi telah terbukti berkesan menggunakan kaedah spiritualiti. Ini yang dilaksanakan oleh KDN dan kejayaannya sudah mencapai lebih 97.5 peratus.
83. Perlembagaan Persekutuan Perkara 3 secara harfiah dan jelas meletakkan agama Islam sebagai Agama Persekutuan. Bagaimanapun agama-agama lain bebas dianuti dan diamalkan. Inilah nilai peradaban kita. Inilah perkara asas yang mesti dihayati dan difahami oleh rakyat Malaysia. Sunnatullah telah menentukan negara ini terdiri daripada berbilang kaum. Wajarlah perkara ini menjadi tunjang kepada manifesto bangsa.
SEBAHAGIAN perwakilan menyanyikan lagu UMNO di Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Pegerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2017 yang di sempurnakan Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). - Foto Mohd Yusni Ariffin
Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau Datuk Hjh.Rosdianah binti Md.Nor bersama Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau Puan Hjh.Norsiah binti Bayai di Perasmian Serentak 3 sayap Wanita , Pemuda dan Puteri Perhimpunan Agung UMNO ke -71 tahun 2017
KPI GERAK KERJA SAYAP-SAYAPSidang perwakilan sekalian
84. Dalam misi kita mencapai kemenangan besar atau simboliknya 2314 (mensasarkan dua pertiga majoriti dalam PRU 14) saya ingin mengingatkan pentingnya gerak kerja di semua 3 sayap bagi melaksanakan pertanggungjawaban ini secara holistik.
85. UMNO mempunyai penyokong tegar sejak dahulu hingga sekarang. Sila pastikan 100 peratus undi ahli UMNO tetap memihak kepada BN. Kita tidak mahu ada yang masih mengambil sikap tunggu dan lihat (wait and see) sehingga ke saat akhir. Pastikan undi mereka masuk ke kantung BN! Begitu juga ahli-ahli parti dalam komponen BN. Pastikan mereka meletakkan kertas undi memilih BN sepanjang masa.
86. Duhai Kak Ijat (Mak Tok) yang cantik bergaya dan tampak anggun setiap masa pastikanlah sasaran ini dapat diperoleh. Buktikanlah bahawa tangan yang menghayun buaian itu mampu menggegar dan mengaut seberapa banyak undi kepada parti! Serlahkan semua potensi agar sayap wanita digeruni dan ditakuti lawan. Kita mampu menterjemahkan perasaan kasih sayang penuh berempati, memenuhkan peti-peti undi! Saya menyeru, peganglah seerat mungkin tali ukhuwah dan sumpah setia kita dalam menghadapi musuh bangsa.
87. Tahniah! kepada Pergerakan Wanita UMNO kerana sentiasa taat dan tidak pernah derhaka tidak goyah mengikat kesetiaan kepada Datuk Seri Presiden. Naluri wanita adalah naluri keibuan. Tidak mungkin seorang ibu meninggalkan keluarganya ketika susah. Tidak mungkin seorang ibu membiarkan keluarganya berpecah kerana fitnah. Inilah ikrar Wanita tahun lalu.
88. Pergerakan Wanita UMNO sangat berjiwa besar. Sekali pun pembangkang terlalu dominan menggunakan pendekatan "hightech" namun UMNO tetap mengamalkan pendekatan "hightouch".
89. Apa yang dimaksudkan pendekatan 'hightouch'? Ia lebih mudah difahami sebagai kaedah "person to person" atau bersemuka. Ibu terbaik bangsa iaitu Pergerakan Wanita teruslah turun ke akar umbi untuk bertemu rakyat. Bukan sekadar ketuk pintu rumah, malah ketuk pintu hati dan minda rakyat untuk memilih kita.
90. Saya lihat pendekatan 'hightouch' inilah yang menjadi strategi tradisi UMNO. Dahulu jentera wanita dikenali sebagai K10 tetapi sekarang mereka dipanggil sebagai Jalinan Rakyat. Saya amat berbangga Wanita UMNO telah berjaya melancarkan JR Plus yang bekerjasama dengan Pemuda dan Puteri serta parti komponen Barisan Nasional.
91. Buat anakanda KJ "Mr Tall, Dark & Handsome" bantulah Ibu Terbaik Bangsa. Hulurkan tangan dan kudratmu yang penuh berurat itu membantu ibu memutihkan yang kelabu! Mengesan yang tidak dapat dikesan dan mencari yang belum dibanci! Jadilah perisai di barisan hadapan dengan Briged Gempurmu. Jadikanlah pasukanmu sebagai benteng yang kukuh dan kebal, yang tidak mampu ditembusi oleh pasukan musuh!
92. Pemuda harus mantap gagah dalam siapsiaga sebagai wira bangsa biar halilintar datang menyambar, biar gemuruh musuh menggempur namun undur tidak sekali. Sumpah Pemuda tidak akan pulang tanpa membawa kejayaan. Pastikan semangat Pemuda UMNO, jika dibakar tidak hangus dijemur tidak kering direndam tidak basah ditetak tidak putus.
93. Jejakilah setiap desa dan ceruk rantau. Bersemukalah dengan rakyat sejujurnya agar mereka diperjelaskan dan tidak terus terperangkap oleh percaturan politik tempang pembangkang.
94. Kepada anakanda Mas yang semakin kemas. Berbaju kurung pink yang semakin ramping. Seperti kata Kak Ijat tahun lalu 'kurung' itu maknanya mengurung iman dan maruah. Maka jadikanlah baju kurung ini sebagai pusaka. Ibarat UMNO, pusaka bangsa yang perlu dipertahankan. Kepada puteri srikandi negara, santunilah setiap hati wanita muda, menangilah hati mereka, setia memilih BN yang berjasa.
95. Puteri Peduli memanglah padu. Ia disusun bukan terburu-buru. Hasilnya saya yakin bertambah jitu. Seiring dengan perjuangan parti, saya ambil maklum Puteri UMNO akan terus melaksanakan kepeduliannya terhadap akar umbi. Saya yakin akar umbi terutamanya dalam kalangan wanita muda. Alhamdulillah, skuad #puteripeduli sudah bertebaran ke kampung-kampung bertemu dengan akar umbi. Ayuh soldadu merah jambu! Mantapkan tentera semut apimu.
96. Sebagai pemimpin Ibu Terbaik Bangsa saya yakin Kak Ijat mampu membimbing anakanda kita dari Pergerakan Puteri UMNO dengan penuh kasih sayang. Ingatlah pepatah petitih Melayu "Yang tua itu sentiasa memayungi dan menyayangi yang muda sementara yang muda pula harus sentiasa menghormati yang tua". "Andai tiada yang lama tiadalah yang baharu". "Yang lama dikelek yang baru dijunjung".
97. Dalam kesempatan ini saya berseru kepada seluruh kepimpinan sayap UMNO di seluruh peringkat agar kita terus bersatu untuk waad kepada pemimpin utama kita. Ingatlah Melayu itu amat berseni caranya pegangan hidupnya hingga terjelma ungkapan "yang lorek itu kendi yang merah itu saga yang molek itu budi yang indah itu bahasa".
NAIB Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden , Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan merasmikan Perhimpunan Agung Pegerakan Wanita , Pemuda dan Puteri UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). - Foto Mohd Yusni Ariffin
JAJAN 3 A!
Sidang perwakilan sekalian
98. Jika saudara-saudari bertanya apakah yang perlu dibuat untuk menang besar? Dengarlah wahai semua pemimpin sayap dan ahli parti sekalian inilah masanya yang kita tunggu-tunggu! Resipi kemenangan yang paling ampuh harus kita kongsikan. Bekalan dan jajan untuk saudara-saudari bawa pulang telah disiapkan. Dengarlah baik-baik apa yang hendak saya perkatakan ini JAJAN 3 A!
99. Ada sesiapa yang boleh meneka apakah JAJAN 3A itu?
A yang pertama ialah: ACTION!
A yang kedua ialah: ACTION!
A yang ketiga: Juga ACTION!
100. Apabila Datuk Seri Presiden memberi arahan ACTION! kita terus menggerakkan jentera pilihan raya tanpa sebarang alasan.
101. Dalam PRU ke-14 ini kita meletakkan matlamat besar. Kita bukan hanya ingin menang bagi membentuk kerajaan dengan majoriti mudah melalui Sistem First-Past-The-Post sebaliknya kita ingin memperoleh penguasaan dua pertiga kerusi Parlimen dan DUN dengan majoriti yang jauh lebih besar.
102. Ketahuilah wahai bangsaku, 1 undi kepada Barisan Nasional bermaksud 1 undi kepada PEMBENTUKAN SEBUAH KERAJAAN PERSEKUTUAN YANG BERWIBAWA DAN BERTANGGUNGJAWAB! Justeru, kita perlu memahami keperluan emosi kehendak dan citarasa "Madh'u" sebagai kumpulan sasaran kita.
103. Persoalan ini telah diperingatkan banyak kali oleh Datuk Seri Presiden kita harus menumpukan seluruh tenaga dan usaha melalui pendekatan "Micro-Targetting" dan GOTV (Get Out The Voters). Tidak boleh tidak wajib mengekalkan semua kerusi yang kita menangi dan merampas semula kerusi yang telah terlepas kepada parti pembangkang sebelum ini. Kita harus Retain and Regain semua kerusi yang kita sasarkan!
104. Kita perlu menang besar. Kita mesti utamakan parti. Justeru, ketepikan soal berkecil hati merajuk dan sabotaj parti kerana ia hanya akan melumpuhkan gerak kerja kita.

NAIB Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan ketika merasmikan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 di PWTC. - Foto Syarafiq Abdul Samad
Sidang perwakilan sekalian
105. Saya telah hamparkan sebahagian gerak kerja kita sebagai jentera parti untuk berhadapan pembangkang. Sebahagian lagi saya akan lontarkan sewaktu penjelajahan saya ke seluruh negara bersama dengan rakan-rakan seperjuangan terutamanya; Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Naib Presiden dan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Setiausaha Agung UMNO serta barisan pengurusan parti.
106. Kepada rakyat Malaysia budiman terutama bangsa Melayu, UMNO amat berterima kasih di atas sokongan dan dokongan kepada kami selama ini. Saya bagi pihak institusi kepresidenan dan parti, mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua. Keyakinan, kepercayaan serta sokongan padu anda semua membolehkan UMNO terus berdiri gah memperjuangkan kepentingan semua kaum di negara ini.
Ayuhlah duhai bangsa,
Masa kian menghampiri kita,
Medan tempur sudah di hadapan mata,
Bekalan perang sudah tersedia,
Pedang sudah di tangan,
Genggam erat strategi kemenangan
Panglima sudah ke depan,
Marilah kalian?
Di mana Ibu Terbaik bangsa ?
Di mana Pemuda tiang negara ?
Di mana Puteri srikandi pembela?
Ayuh !
Kita berdiri atas nama perjuangan,
Mari tegakkan kebenaran,
Jejak petualang kita hapuskan,
Demi sebuah kelangsungan!
Lembayung Arjana Bangsa!
Dengan lafaz "Fassabih Biham Dirob Bikawas Taghfir Innahu Kanatau Waba", saya dengan ini merasmikan Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2017.
Sekian Terima Kasih, Selamat bersidang.

UCAPAN DASAR KETUA PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA , TAN SRI SHAHRIZAT ABDUL JALIL, DI PERHIMPUNAN AGUNG WANITA UMNO 2017 DI DEWAN TUN DR.ISMAIL PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA , KUALA LUMPUR PADA 6 DISEMBER 2017
Ucapan Dasar Tan Sri Shahrizat di Persidangan Pergerakan Wanita UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO tahun 2017.
PERANG MESTI MENANG
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh
BAHAGIAN 1
DOA PEMBUKAAN
1. Saya suka mulakan ucapan ini dengan sebuah kisah tentang doa.
2. Ketika Imam Syafie merantau hingga ke Mesir untuk bertemu dengan Imam Malik, meminta untuk didoakan, lantas jawab Imam Malik, "Kamu telah tersalah alamat. Sedangkan di rumahmu ada orang yang doanya, 100,000 (satu ratus ribu) kali ganda makbul doanya dariku dan tiada hijab doanya antara dia dan Allah SWT.
3. Lalu Imam Syafie bertanya, siapakah dia? "Itulah doa ibumu."
4. Wahai Ibu Terbaik Bangsa, lapangkan hati dan besarkan jiwa. Angkatlah kedua telapak tangan kalian yang suci, bermohonlah pada Tuhan Rabbul Jalil.
5. Ya Allah Rabbul Jalil, Kau jadikanlah tiap titis keringat Ibu Terbaik Bangsa ini, laksana titis embun yang membasahi pohon syurga-Mu.
6. Ya Allah Ya Rahman, jangan sesekali Kau palingkan redha dan rahmat-Mu, seperti mana Ibu Terbaik Bangsa ini tidak berpaling dari perjuangan mempertahankan agama-Mu. Ikatlah hati-hati mereka, sekuat ikat janji mereka membela bangsa.
7. Ya Allah Ya Quddus, Kau terangkanlah setiap jalan-jalan yang gelap, Kau perluaskanlah setiap ruang yang himpit dan tersepit, dengan Nur agama-Mu.
8. Kau sucikanlah jalan Ibu Terbaik Bangsa ini dari dengki dan iri hati, limpahkanlah barakah laksana hujan membasahi bumi.
9. Ya Allah Ya Muhaimin, Kami hidup kerana-Mu, kami berjuang kerana-Mu dan kami mati kerana-Mu. Teguhkanlah barisan serikandi Ibu Terbaik Bangsa ini dengan kebijaksanaan para rasul, kefasihan para nabi, dan kefahaman para sahabat.
10. Ya Allah Ya Mutakabbir, Tuhan Maha Megah, Kau bukakanlah gerbang rahmat-Mu seluas-luasnya, untuk menerima kembali serikandi- serikandi bangsa kami yang mulia.
11. Kau lapangkanlah kubur Allahyarham pejuang-pejuang kami, khususnya Allahyarhamah Puan Hapsah Khalid, Tan Sri Noriah Kasnon, Puan Aminah Manaf, Puan Norahan Abu Bakar, Puan Ramlah Ismail, Dato' Wira Maznah Hamid serta serikandi bangsa yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kami.
12. Bariskanlah roh-roh mereka yang mulia ini, sebaris roh para mujahid yang syahid kerana jihad di atas nama-Mu.
13. Ya Allah Tuhan pemilik segala kebesaran, bersaksikan keagungan kerajaan-Mu, kami pulangkan Ibu Terbaik Bangsa ini.
14. Al Fatihah.
Tan Sri Shahrizat Beramah mesra bersama Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia Datuk Azizah Mohd.Dun bersama para peserta perwakilan.
SALUTATION
15. Yang Berbahagia Pengerusi Tetap Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Tan Sri Napsiah Omar,
16. Yang Berbahagia Timbalan Pengerusi Tetap, Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Dato' Hajah Saripah Aminah Syed Mohamed,
17. Yang Berhormat Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Azizah Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun,
18. Yang Berhormat wakil Ahli-Ahli Majlis Tertinggi, Dato' Razali Ibrahim, Dato' Sri Irmohizam Haji Ibrahim dan Dato' Dr. Asyraf Wajdi Dato' Dusuki.
19. Barisan Pegawai-Pegawai, Ahli-ahli EXCO Pergerakan Wanita UMNO Malaysia,
20. Para perwakilan yang saya kasihi sekalian,
21. Dif-dif jemputan, tetamu-tetamu khas, pejuang-pejuang Ibu Terbaik Bangsa, para pemerhati sama ada di dalam atau di luar dewan ini,
22. Tuan-tuan dan puan-puan, wakil-wakil media, serta semua yang saya hormati sekalian.
Tan Sri Shahrizat bersalaman dengan para perwakilan dengan penuh kemesraan tanda semangat perjuangan kearah yang satu dalam menjurus kepada kemenangan
PEMBUKA BICARA
23. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. ahli keluarga dan para sahabat baginda.
24. Saya bagi pihak barisan kepimpinan tertinggi Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan kehadiran 973 (sembilan ratus tujuh puluh tiga) perwakilan Wanita dari 191 (seratus sembilan puluh satu) bahagian seluruh Negara, yang mewakili 20,370 (dua puluh satu ribu tiga ratus tujuh puluh) cawangan Wanita UMNO ke perhimpunan ini dengan membawa suara dari peringkat akar umbi.
25. Saya ingin mengajak puan-puan untuk kita manfaatkan Perhimpunan Agung ini sebagai wadah perbahasan, tentang hendaknya rakyat, mahunya mereka apa yang kekurangan. Kita kumpul kekuatan jadi ledakan, kita perbaik kelemahan jadi keampuhan.
Puan-puan sidang perwakilan sekalian,
26. Sepenggal kita bersama, bersaksi ikrar percaya, Wanita UMNO terus membenteng parti.
27. Laksana panglima di medan perang, walau beribu tentera di belakang, andai tunjangnya lemah belulang, pasti pasukan akan kecundang. Andai panglima gagah berani, arif menelah sifir musuh, tangkas mencatur langkah dan tingkah, pasti maranya tak akan patah.
28. Begitulah Presiden parti kita, YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Jiwanya kental membelah ombak cabaran, tidak goyah dilanda taufan fitnah yang tidak berkesudahan.
29. Dengarkanlah YAB Dato' Sri Presiden, setia Wanita tidak bertepi, percaya Wanita tidak ternafi, sokongan Wanita tidak akan terhenti. Teruskanlah memimpin kami, kibarkanlah panji aspirasi, pandulah transformasi yang telah dijanji.
30. Kepada YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden, YB Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein, Naib Presiden UMNO serta saf kepimpinan UMNO, tekad Wanita terus teguh menyokong, memastikan barisan yang diluruskan lebih 70 tahun lamanya ini, terus tenang dan padu, memecah lontaran-lontaran hasutan, yang mencemburui ikatan kekuatan parti ini.
31. Saya juga ingin memetik kenyataan Dato' Sri Hishammuddin yang menekankan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden, pada pemilihan parti akan datang, tiada ditandingi, demi perpaduan dan muafakat, serta kestabilan parti. Wanita sokong pendirian dan cadangan YB Dato' Sri Hishammuddin yang penuh hikmah dan bijaksana.
32. Kepada kepimpinan parti, Wanita mohon, teruslah menyokong pergerakan kami, dalam menjayakan apa jua perancangan, dan gerak kerja yang dijalankan, agar manfaatnya terus diterima rakyat dan Negara.
Terima kasih daun keladi,
Jasamu Tuan lekat di hati,
Eh nanti, belum habis lagi,
30 peratus jangan hanya di jari!
Tan Sri Shahrizat menyampaikan ucapan Dasar sempena Persidangan Pergerakan Wanita UMNO di Dewan Tun Dr.Ismail , Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur.
BAHAGIAN 2
JALINAN RAKYAT PLUS (JR PLUS): JENTERA BERSEPADU PILIHANRAYA
Sidang perwakilan yang budiman,
33. Ucapan terima kasih kepada YAB Presiden, bilamana bergemuruh Dewan Merdeka tahun lalu dengan standing ovation untuk kita semua.
34. Sesungguhnya, tulang belakang parti ini rasa amat dihargai dan dihormati. Semangat membara itu kami bawa untuk semua Jalinan Rakyat di seluruh pelusuk negara.
35. Pada April tahun ini pula, Wanita diiktiraf lagi. Kita diberi amanah meneraju pasukan yang lebih besar untuk Pilihanraya Umum ke-14 nanti. Jalinan Rakyat Plus atau JRPlus adalah rejimen jentera bersepadu pilihanraya, yang direalitikan oleh YAB Presiden parti.
36. Ini membawa petanda bahawa, banyaknya kita bukan umpama buih di lautan, sebaliknya bergabung menjadi sebuah gelombang yang menggunung, mengharung badai fitnah dan tohmah, demi Negara yang tertegak gagah. 37. Harapan disandarkan kepada kita Wanita, Ibu Terbaik Bangsa ini untuk mengemudi JRPlus akan kita pikul dengan penuh kesungguhan.
38. Wanita berikrar, untuk PRU-14 nanti, bersama anak-anak Pemuda Puteri, ganding sama parti komponen Barisan Nasional, dan bergabung dengan mereka yang berkongsi aspirasi YAB Perdana Menteri, kami akan jadi pencari undi, penentu undi, perayu undi, pengekal undi, hatta pemecah undi di mana yang perlu.
39. Bak kata Abraham Lincoln, "a house divided by itself cannot stand". Insyaallah, selagi kita berdiri atas nawaitu yang satu, demi agama, bangsa dan Negara, UMNO terus kukuh mengemudi pertiwi.
BAHAGIAN 4
ROH IBU TERBAIK BANGSA
Sidang perwakilan yang dikasihi sekalian,
40. Sedari awal permulaan zaman, wanita telah dimuliakan. Betapa indah perancangan Tuhan, Siti Khadijah, isteri Rasulullah, wanita yang menjadi insan pertama menerima seruan Islam, ketika junjungan besar Rasulullah SAW mencari kekuatan menyebarkan agama Allah.
41. Kemuliaan ini menjadi pengertian betapa wanita dikurnia kebijaksaan memilih kebenaran, kekuatan meresap ketidaktentuan, kesetiaan menghadapi tekanan.
42. Tahun lalu, gegak gempita dewan ini dengan sorakan Ibu Terbaik Bangsa. Setahun, roh Ibu Terbaik Bangsa ini menusuk ke seluruh jiwa jentera kita. Membawa petanda, Wanita hari ini sudah luar biasa.
43. Hari ini, yang teguh menjadi tulang belakang parti, itulah wanita. Yang setia membenteng parti, itulah wanita.
44. Yang teguh membina muafakat, itulah wanita. Yang cekal meniup semangat , itulah wanita,
45. Dengan 1.4 juta ahli, inilah keahlian politik Wanita yang terbesar dalam sejarah.
46. Sokongan akar umbi hari ini juga amat luar biasa. Sokongan ini juga paling kuat dalam sejarah.
47. Dengan kekuatan inilah, kita akan berhadapan Pilihanraya yang paling hebat dalam sejarah. PRU-14.
48. Ini medan yang akan kita tempur, dan janji Wanita, UMNO dan Barisan Nasional tidak akan pernah gugur.
BAHAGIAN 5
SUMUR BAKTI WANITA
Ibu Terbaik Bangsa yang mulia,
49. Kita sudah melalui perjalanan yang panjang. Dari Jabatan Kaum Ibu, kepada Pergerakan Kaum Ibu, kini kita dikenali Pergerakan Wanita UMNO.
50. Jika dikira pada usia, Wanita UMNO sudah boleh diibaratkan seperti berlian. Berlian hanya terbentuk dari tekanan karbon yang tinggi. Demikianlah jerih payah yang pernah wanita lalui. Berlian dalam bahasa Greek disebut Adamas, yang bermaksud mustahil untuk dijinakkan. Itulah sebenar-sebenar resmi juang wanita. Amat mustahil untuk ditundukkan.
51. Hari ini, Pergerakan Wanita UMNO didukung oleh ahli berdaftar seramai 1,408,746 orang ahli. Satu jumlah yang besar dan menggerunkan lawan. Dengan kekuatan ahli seramai inilah, wanita terus melakar satu demi satu pencapaian, melalui gerak kerja berimpak tinggi.
52. Siapa tidak kenal, Skuad Sayang tidak ada tandingannya. Tidak ada mana-mana gerakan yang sepantas Skuad Sayang. Turun, naik, redah, daki, dan namakan apa saja, demi rakyat, wanita tanam semua alasan. Skuad Sayang kita terus cekal bermandi hujan, bersidai panas, masuk ke setiap kampung, berlecah, berbecak, berjauhan dengan anak dan suami demi curah bakti kepada pertiwi. Ini semua kita lakukan kerana kita mahu UMNO terus subur di setiap daun pintu yang kita selak.
53. Skuad agama kita, Skuad An-Nur terus menjadi jemaah yang memurnikan program keagamaan di akar umbi. Kelas pengajian qasidah antara usaha oleh Skuad An-Nur Kebangsaan.
54. Advokasi dalam menentukan hak wanita terus menjadi perhatian Wanita UMNO. Resolusi Sidang Meja Bulat Syariah masih diusahakan, semoga dapat direalisasikan.
55. Penyeragaman undang-undang Syariah, perundangan perwarisan dan pemerkasaan Mahkamah Syariah menjadi agenda utama Wanita UMNO untuk dijuarai.
56. Penubuhan Syariah Bar Council yang masih tertangguh tetap ditunggu menjadi kenyataan.
57. Program akar umbi Wanita UMNO melangkaui batas bangsa, umur dan latarbelakang terus dipergiatkan lagi seperti:
• Women Power Talk bagi Wanita Professional,
• Pameran Wanita Kreatif bagi usahawan wanita,
• Anugerah Nadi Negara untuk anak muda,
• Karnival Kesihatan tawar pelbagai pemeriksaan kesihatan,
• Skuad Penerangan & Media untuk berkongsi info terkini dan;
• Serikandi bagi mengupayakan wanita dengan kemahiran berkualiti.
58. Selain itu, kita juga masih lagi meneruskan projek Komunikasi Wanita Nasional (KAWAN) untuk menyuburkan integrasi antara kaum. Dimulakan dengan kelas Bahasa Mandarin pada 2015, kini diteruskan dengan kelas Bahasa Tamil dan Arab pada 2016. Berbagai bangsa, berkongsi bahasa, memang bahagia. Insyaallah, KAWAN akan diteruskan dengan program inovatif yang lebih segar tahun hadapan.
59. Seterusnya, dalam menyantuni sokongan dan memahami keperluan wanita di akar umbi, saya dan Naib bersama Biro Politik Wanita UMNO Malaysia telah menjelajah ke seluruh pelusuk negara melalui Kembara PRU-14 dan Kembara Ibu Terbaik Bangsa PRU-14 (KITA-14). Santunan kami untuk mendengar, melihat dan merasai sendiri setiap langkah, walau bukan mudah, wanita tak kenal erti lelah. Pengalaman saya berkereta dari Libaran ke Kota Belud, dan kemudiannya merasai perjalanan dari Jeli ke Ketereh, buat saya rasa kagum dengan kekentalan semangat puan-puan di akar umbi. Semoga Allah sentiasa merahmati.
60. Dengan sekian banyak program yang wanita UMNO jalankan, saya pasti, rakyat bijak menilai, antara khidmat bakti wanita yang tulus berbanding fitnah dengki pembangkang yang merosakkan.
Para Pemerhati yang hadir yang mengikuti ucapan Dasar Ketua Pergerakan Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil melalui screen yang besar yang telah disediakan.
BAHAGIAN 6
GALAXY OF STARS WANITA MALAYSIA
Puan-Puan Sidang Perwakilan yang dirahmati Allah,
61. Dalam lapangan yang lebih luas, peranan dan fungsi wanita di Malaysia telah diberi pengiktirafan oleh Tabung Kewangan Dunia.
62. Wanita UMNO ingin merakamkan setinggi terima kasih, kerana di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri, kerajaan berjaya menghasilkan 35.8 peratus wanita sebagai pembuat dasar dalam sektor awam.
63. Jika dahulu, Wanita UMNO pernah dengan lantang memperjuangkan pembabitan wanita dalam pengurusan tertinggi sektor swasta, hari ini kita sudah melangkau angka 30 peratus itu.
64. Wahai YAB Dato' Sri Presiden, hati wanita tersentuh, jiwa kami terharu bila Dato' Sri umumkan kepada dunia bahawa, 2018 menjadi tahun Malaysia memperkasakan wanita.
65. Dalam pembentangan ibu segala bajet baru-baru ini, wanita bukan sahaja diberi perhatian khusus dari segi peluang meningkatkan kewangan keluarga, malah wanita turut diberi perhatian untuk mengecapi kualiti hidup yang lebih baik, dari segi fizikal dan moral.
66. Sebagai Perdana Menteri, Dato' Seri juga telah memastikan wanita Malaysia mendapat manfaat dalam kebanyakan inisiatif yang diperuntukkan dalam Bajet 2018. Ikhlas dari hati, terima kasih kami ucapkan, budimu tuan tersimpul rapi.
67. Satu lagi catatan manis dalam Bajet 2018, dana RM20 juta diberikan kepada MyWin Academy untuk mengadakan program latihan dan keusahawanan, antaranya untuk program Performance Empowerment Acceleration Knowledge atau PEAK, yang merupakan tonik terbaik buat wanita. Ia pasti membakar semangat MyWIN Academy untuk menjadi sebuah akademi unggul, yang menghasilkan pemimpin wanita yang berinovasi, bagi menjana nilai ekonomi dan sosial Negara.
68. Oleh itu puan-puan semua, saya mahu kita sedar, apa yang kita miliki hari ini bukanlah umpama derai-derai emas, sebaliknya ia sudah membentuk butir emas dan permata.
69. Hari ini di balik bangunan yang teguh, wanita terus membina pengaruh. Lihat saja Dato' Mohaiyani Shamsudin di Maybank, Datuk Hafsah Hashim di SME Corp. Dato' Nor Azita Abdul Rahman di TEKUN, Datuk Rohana Rozhan di Astro dan terkini, Jesicca Chiew, Timbalan Gabenor Bank Negara, wanita yang mengemudi organisasi besar di Malaysia.
70. Wanita turut menawan angkasa. Aireen Omar mengemudi AirAsia, Kapten Norashikin Tan Sri Onn, wanita pertama terbangkan pesawat komersil dan Patricia Yap, juruterbang wanita pertama pesawat tempur di Asia.
71. Kita juga tak kurang hebatnya, kini kita mempunyai dua wanita yang menjadi Setiausaha Politik, menjaga dua orang pemimpin tertinggi Negara di Pejabat Perdana Menteri dan di Pejabat Timbalan Perdana Menteri.
72. Saya yakin selepas PRU-14 ini, lebih ramai lagi Wanita akan diberi tempat menjadi ahli Jemaah Menteri, tidak ketinggalan juga di dalam parti UMNO kita sendiri, wanita selayaknya menduduki jawatan-jawatan yang tinggi dan bermakna, samada di peringkat kebangsaan atau di Badan Perhubungan UMNO Negeri-Negeri.
73. Menyedari hakikat ini, Wanita UMNO Malaysia menganjurkan Asean Conference on Women in Politics (WIPKL 2015) di peringkat Asean dan International Conference on Women in Politics (WIPKL 2017) di peringkat antarabangsa, yang baru sahaja selesai kelmarin. WIPKL 2017 disertai delegasi dari 18 buah Negara, mewakili 27 buah parti politik. Melalui WIPKL, Wanita terokai evolusi kematangan politik yang menembusi dunia luar.
74. Wanita akan terus perjuangkan kesaksamaan substantif dan menjadi perintis ke arah diskriminasi sifar terhadap wanita melalui kebijaksanaan teknologi.
75. Wanita juga akan menjadi ejen pendesak di peringkat kerajaan dan parti untuk meluaskan ruang wanita dalam politik.
76. Wanita tidak akan ketinggalan untuk terus mendakap kemajuan teknologi terutama dalam cara berkomunikasi agar kita terus duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi, dengan sesiapa sahaja, dalam apa jua bidang yang diceburi.
77. Inilah antara persetujuan yang kita ikatkan bersama rakan-rakan wanita politik dari seluruh dunia dalam resolusi WIPKL 2017.
78. Di Mauritius Presidennya adalah wanita. Naib Perdana Menteri juga seorang wanita. Speaker Parlimennya juga seorang wanita. Hari ini, Republik Mauritius antara negara yang meletakkan pemimpin wanita di tempat tertinggi pentadbiran Negara.
79. Palestin juga mengiktiraf pemimpin wanita apabila melantik seorang wanita sebagai Gabenor Ramallah dan Al-Bireh. Kita bertuah kerana kelmarin, Gabenor ini dan Naib Perdana Menteri Mauritius ada bersama-sama kita di WIPKL 2017.
80. Di majlis yang sama juga, berita gembira diterima oleh wanita di seluruh Malaysia. YAB Perdana Menteri dengan penuh tegas menyatakan harapan untuk menentukan sekurang-kurangnya 30 peratus senator di Dewan Negara terdiri daripada wanita apabila in shaa Allah Barisan Nasional menang dan mendapat mandat yang besar pada PRU-14 nanti.
81. Beliau juga sekali lagi menegaskan tentang sasaran untuk 30 peratus wanita sebagai anggota lembaga pengarah syarikat senarai awam (PLC). Setinggi keyakinan kami letakkan terhadap YAB Perdana Menteri untuk mencapai semua yang disasarkan ini.
82. Saya berdoa dan berharap agar kita semua terus berusaha, supaya wanita tidak akan dikesampingkan lagi dari tempat-tempat pembuat keputusan dalam arena politik Negara.
83. Semua pencapaian ini, tidak akan dapat dicapai jika kita, pergerakan wanita serta seluruh wanita di luar sana, tidak bangkit memperjuangkan hak wanita memimpin negara.
84. Malah di kesempatan bersejarah ini juga, seluruh pergerakan wanita ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Datin Seri Rosmah Mansor, kerana 'brainchild' program PERMATA beliau, kini berjaya menjadi mercu tanda intelek bangsa.
85. PERMATA kini menjadi gedung kelahiran para ilmuan dan cerdik pandai anak Malaysia. Inilah sebenar-benar khazanah yang kita miliki.
86. Wanita juga berbangga, kerana Datin Seri lah yang mendorong kepada kewujudan Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 dan seterusnya usaha penubuhan Mahkamah Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak diwujudkan. Ini juga satu tanda bakti yang akan terus dikenang.
Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau menghadiri Persidangan Pergerakan Wanita sempena Perhimpunan Agung UMNO Tahun 2017 di Kuala Lumpur.
BAHAGIAN 7
FASA EVOLUSI WANITA UMNO
Serikandi wanita yang mulia,
87. Ini jalan kita, di hujungnya sebuah lebuh raya yang luas, sebuah jalan yang panjang, sebuah saujana yang terbentang.
88. Kita akan terus membinanya dengan keringat kita. Lebuhraya inilah yang akan dinikmati oleh generasi dan anak bangsa masa depan. Justeru, kita harus bergerak sebagai sebuah pergerakan yang matang dan berwawasan.
89. Ada 4 fasa utama yang perlu lalui. Hanya ini jalan yang akan meningkatkan kecelikan kita dalam politik.
90. Fasa pertama adalah directing. 50 tahun dahulu, Khadijah Sidek telah berjaya mengarah beribu kaum ibu turun berjuang dan berkorban. Ketika ini, wanita bertindak melalui arahan sepenuhnya dari ketua.
91. Kemudian, kita beralih kepada zaman 'developing'. Zaman di mana seorang demi seorang pemimpin wanita lahir dari pelbagai penjuru. Fasa ini kritikal kerana waktu itu kita sedang membina sebuah negara. Wanita UMNO adalah pergerakan yang paling cekal membangunkan pemimpin wanita.
92. Tahun 90-an hinggalah ke alaf baru, kita melalui fasa sokongan atau supporting. Wanita UMNO kekal di hadapan untuk terus mendukung keterlibatan wanita di peringkat tertinggi.
93. Puan-puan, saya suka nak ingatkan, perjuangan Wanita UMNO lah yang memangkin kelahiran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat atau KPWKM pada tahun 2001. KPWKM khusus diwujudkan untuk menjaga kepentingan kita wanita. Dari situ, kita berjuang lagi, pindaan perkara 8 (2) Perlembagaan Persekutuan pada tahun 2001 mengelakkan berlakunya diskriminasi gender dalam semua undang-undang dan peraturan kerajaan. Alhamdulillah, kita berjaya.
94. Kini kita teruskan usaha mengangkat wanita, bermula dengan sekurang-kurangnya 30 peratus wanita dalam sektor awam dan pembuat dasar kerajaan sehinggalah sektor swasta. Hari ini, kita angkat 3 jari, mahu sekurang-kurangnya 30 peratus wanita sebagai calon pilihanraya.
95. Kini wanita hanya mewakili 10.81 peratus iaitu 24 daripada 222 jumlah ahli Parlimen. Manakala di Dewan Negara, hanya diwakili oleh 22 peratus wanita sahaja. Wanita mohon biarlah lebih besar dan lebih cantik angka untuk wanita menjadi calon pilihanraya pada PRU-14 nanti.
96. Puan-puan, kita wanita telah dipercayai dan diyakini sebagai jentera terkuat parti untuk menangkan pilihan raya. Wanita UMNO ada wanita berpengalaman, wanita bijaksana, wanita profesional, wanita muda, komited dan berdisiplin tinggi.
97. Ini ramuan terbaik dalam mana-mana organisasi. Takkan tiada 30 peratus di antara wanita-wanita hebat ini yang layak nak jadi calon pilihan raya yang boleh menang?
98. Sudah pasti akan timbul rasa kecewa di sudut hati jika sasaran 30 peratus calon wanita tidak dapat dicapai pada PRU-14 nanti. Tetapi saya yakin YAB Perdana Menteri akan buat keputusan terbaik demi kemenangan besar untuk Barisan Nasional.
99. Fasa yang terakhir, adalah fasa pemerkasaan wanita atau empowering. Fasa yang akan memastikan setiap ahli wanita harus bersuara, berfikir dan bekerja sebagai seorang pemimpin.
100. Pada apa jua peringkat, wanita akan dihakupayakan untuk terus bertindak secara mandiri dalam ruang kepimpinannya.
101. Setiap 1.4 juta ahli wanita adalah pemimpin. Pemimpin yang harus turun ke lapangan menggerakkan inspirasi parti.
102. Menukar kaca menjadi emas, menukang kelikir menjadi intan.
103. Justeru, perhalusilah kepimpinan kita kepada 4 kelompok ini.
104. Pertama - khabarkan kepada generasi muda. Wahai anak masa depan bangsa, ingatlah ibu-ibumu tidak akan pernah melepaskan genggaman tangan mu, tangan-tangan inilah yang akan terus setia memimpinmu.
105. Kedua - rakan-rakan pejuang Wanita komponen. Teruslah berjuang mempertahankan Negara, teruslah kuat mempertahankan Barisan Nasional, jangan sesekali gentar dan gusar. Bergerak sederap kita menghalau musuh pengkhianat Negara.
106. Ketiga - buat wanita. Perjuangan kita belum berakhir, masih banyak yang perlu kita untuk terus berdiri dan menggapai apa yang kita kecapi. Ibu Terbaik Bangsa ini berjanji, selagi hayat dikandung badan, selagi itulah hak wanita akan dipertahan.
107. Keempat - buat seluruh rakyat. Keringat kami adalah untuk kalian. Bakti kami adalah untuk kalian. Kesungguhan kami adalah untuk kalian. Tidak ada sesuatu yang lebih bahagia bagi seorang Ibu, selain melihat setiap satu daripada kalian mengukir senyum, berdiri di sebuah tanah merdeka yang aman dan makmur.
Perwakilan Wanita Bahagian UMNO Tawau telah berada di Kuala Lumpur bagi mengikuti Persidangan Wanita UMNO di Dewan Tun Dr.Ismail Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur.
BAHAGIAN 8
ERA POLITIK MILINEA
Para perwakilan serta hadirin sekalian,
108. Hari ini dunia sudah berbeza, semuanya berubah dengan pantas dan sekelip mata, mahu tidak mahu kita sudah berada di era Revolusi Industri 4.0.
109. Manusia bukan lagi bercakap tentang kepintaran manusia, mereka bercakap tentang kepintaran mesin, robot dan sistem. Artificial intelligent ini telah menjarah kepada kita satu makna, samada ada kita berubah atau kita diubah.
110. Dahulu kita ada EQ untuk mengukur emosi, kita ada IQ untuk mengukur kecerdasan minda, kita ada SQ untuk mengukur kekuatan spiritual, dan hari ini dunia sedang bercakap tentang digital quotient atau DQ bagi mengukur kecerdasan digital.
111. Untuk itu dalam politik, wanita mesti menggunakan kelebihan DQ untuk menjadi pemimpin yang bertransformasi dan berinovatif serta mampu memiliki political quotient kita sendiri.
112. Ia penting untuk memastikan cara kita berfikir, cara kita bertindak, dan cara kita memberi maklum balas pada rakyat, agar sentiasa matang dan terpimpin.
113. Kita sudah memiliki sentuhan, kerana itu pembangkang takut dengan gerak kerja kita di akar umbi, namun dalam era politik millenia, kita kena bijak bertindak. Kita mesti pegang pada empat tunjang yang kita miliki.
114. Pertama, PEDANG KEBERANIAN. Keberanian dalam politik hari ini bukan diukur pada panjangnya pedang, tetapi bagaimana cara kita menghunusnya. Janganlah kita takut kepada apapun kekuatan lawan dan percayalah pada pedang yang kita miliki.
115. Kedua adalah PERISAI KESETIAAN, inilah benteng inilah pertahanan. Kerana itu dalam peperangan politik, apabila parti kita diasak, kesetiaanlah yang menjadi perisainya. Apabila pemimpin kita diasak, kesetiaanlah perisainya. Apabila bangsa kita diasak, kesetiaanlah perisainya. Ingat puan-puan semua, kita tidak akan sesekali melucutkan perisai kesetiaan ini dari tangan keramat kita.
116. Tunjang yang ketiga adalah BAHTERA SATRIA. Inilah pengemudi kita untuk meluncur membelah halangan. Selagi kita semua berada dalam bahtera yang satu, dipimpin nakhoda yang satu, pasti akan temui destinasi kemenangan. Ingat selagi belum menang, layar bahtera tidak akan dilabuh. Makin kuat angin fitnah bertiup, makin tinggi layar kebenaran akan dikibar.
117. Keempat adalah STRATEGI PERANG. Bukalah mana-mana sejarah sekalipun, inilah yang menjadi penentu kemenangan. Strategi politik era millenia tidak akan sama dengan perang politik sebelumnya, kita harus ke hadapan dengan yakin dan bijaksana.
118. Hari ini, saya nak nyatakan keharuan dan rasa bangga. Saban hari, saya buka mata, wanita yang saya ketuai bukan hanya berjuang di bandar dan desa tetapi juga di alam maya. Facebook, Twitter, Instagram, YouTube, Blog dan WhatsApp jadi senjata wanita lawan fitnah pembangkang.
119. Saya bawakan kisah mujahidah wanita yang agung, Asma' Binti Yazid Bin Sakan. Beliau merupakan seorang ahli hadis yang mulia, dengan agama yang bagus dan petah lidahnya sebagai ahli debat yang amat disegani.
120. Semasa perang Yarmouk, Asma' seperti muslimah yang lainnya, menyokong para pejuang muslimin untuk menyediakan senjata, memberikan minum dan mengubati luka para mujahidin.
121. Namun, apabila perang semakin memuncak, Asma' tanpa ragu dengan berbekal pancang khemah, meluru ke medan perang, memukul musuh ke kanan dan kiri, hingga terkorban sembilan tentera Romawi.
122. Demikianlah, semangat juang mujahidah wanita yang perlu kita Wanita UMNO miliki. Perjuangan kita sudah sampai ke kemuncak. Kita pikul panji PRU14 hingga menang! Namun berundur tidak sekali!
BAHAGIAN 9
SETIA DI SISI NAKHODA
Sidang perwakilan yang mulia,
123. Satu perkara saya pasti semua rakyat mengakuinya. Dato' Sri Najib adalah pemimpin yang berjiwa besar. Beliau tahu mengasingkan waktu bila musuh harus ditentang dan waktu bila pekerti harus dijulang.
124. Saya teringat bagaimana kisah seorang pemimpin Islam Salahudin Al Ayubi. Ketika Perang Salib, tiba-tiba beliau mendapat khabar, bahawa Jeneral dari pasukan musuhnya sedang sakit. Di suruh para tentera berhenti berperang. Pada malamnya, Salahudin menghantar doktor terbaik untuk merawat Jeneral musuhnya.
125. Puan-puan, ini bukan kecil punya jiwa. Demikianlah pemimpin yang kita miliki hari ini. Jelas kita lihat jiwa besar pemimpin BN kita semasa banjir besar melanda Pulau Pinang baru-baru ini.
126. Dato' Sri Najib sendiri turun bersama isteri, meredah air banjir di Bukit Mertajam, merasai sendiri kesusahan rakyat di sana. Siap umum bakal peruntukkan projek bernilai RM1 bilion untuk mitigasi banjir di negeri pembangkang tersebut.
127. Sebelum itu, pukul 3 pagi Datuk Seri Zahid jawab panggilan Lim Guan Eng dan terus hantar bantuan. Dato' Sri Hisham juga kerah beribu anggota pertahanan bantu segera selamatkan rakyat Pulau Pinang.
128. Apa akan ada pemimpin-pemimpin seperti ini dalam DAP atau PKR atau PBBM? Pemimpin yang rela mengenepikan emosi, kemarahan dan kebencian. Menggantikan ia dengan bantuan dan pertolongan tanpa syarat?
129. Didikan UMNO melahirkan pemimpin berjiwa besar. Selagi tali bersatu, bersetia, berkhidmat dipegang kejap pemimpin dan ahli UMNO, selagi itulah mereka akan terus berjiwa besar.
130. Sekali dilepas genggaman ini, mengkhianat perjuangan parti, lihat sendiri buktinya sekarang, tiada kesatuan, tiada kesetiaan dan tiada lagi khidmat bakti yang dicurahkan. Hanya propaganda menjadi mainan.
131. Puan-puan, kita perlu tolak halangan-halangan ini yang mensabotaj tekad kita meneruskan perjuangan agenda bangsa.
132. Tanggungjawab kita, selamatkan rakyat di luar sana dari tergolong dalam golongan ghurur. Elak mereka terus tertipu dan terpedaya. Jika kita tidak berjaga-jaga, retak kesepaduan bangsa, pecah belah Melayu dan bumiputera jadinya.
Penyokong Wanita UMNO tekun mendengar ucapan dasar ketua pergerakan itu, Tan Sri Shahrizat Abd Jalil semasa persidangan pergerakan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 6 Disember 2017. - Astro AWANI/Shahir Omar
BAHAGIAN 10
MUSUH TERUS MENERPA
Barisan Ibu Terbaik Bangsa sekalian,
133. Puan-puan, lihatlah baju yang kita pakai. Putih inilah kesucian. Merah inilah keberanian, yang membakar semangat kita berdekad lamanya.
134. Kita Wanita UMNO, kita Ibu Terbaik Bangsa. Belum pernah ada dalam sejarah kita menyerah.
135. 70 tahun yang lalu, tangan inilah yang telah meleraikan gelang emas demi sebuah kemerdekaan.
136. 70 tahun yang lalu, kaki inilah yang melangkah, bersama sekeping peta dan sehelai bendera, ke seluruh pelusuk desa.
137. 70 tahun yang lalu, keringat inilah yang dikerah, menjadikan Wanita tulang belakang parti yang tegak bermaruah.
138. UMNO hari ini bukan hanya sebuah parti, kita dewasa sebagai sebuah mercu tanda kebebasan bangsa.
139. Kita jaga orang Melayu dan Bumiputera, kita bela dan pertahankan.
140. Saya nak bertanya pada puan-puan, apa kita sanggup menggadaikan kebebasan, kemakmuran, keamanan yang kita kecapi hari ini?
141. Apa kita nak biarkan Melayu dan bumiputera menjatuhkan bangsa sendiri sedangkan kita tahu ini matlamat DAP untuk melemahkan dominasi politik orang Melayu di tanah sendiri.
142. Ingat, selagi wanita adalah wanita, selagi itu UMNO tidak akan tumbang. Selagi itu Melayu takkan hilang.
Puan-puan Sidang Perwakilan yang mulia,
143. Peperangan yang diwar-warkan telah tiba. Peperangan yang kita tidak boleh sesekali alpa, jemu, bosan, cuai dan khilaf.
144. Sifir politik mudah. Kata Sun Tzu, kita perlu tahu siapa musuh kita, bagaimana musuh kita berfikir dan sejauh mana mereka boleh bertindak.
145. Hari ini, musuh kita datang dengan segerombolan Pakatan.
146. Pakatan yang harapannya ibarat menunggu bulan jatuh ke riba, pakatan yang harapannya sering berubah-ubah, pakatan yang harapkan pegar, pegar makan padi, pakatan yang hakikatnya langsung tak boleh diharap.
147. Saya nak tanya pada puan-puan, bagaimana nak pimpin sebuah negara kalau seorang kata ke kiri dan seorang kata ke kanan.
148. Bagaimana nak pimpin negara, kalau satu kapal dua nakhoda. Satu enau dua sigainya.
149. Hari ini, semua yang tiada tempat dalam BN, tidak kira yang dulu dengan BN, tapi pilih nak keluar BN, yang tak mampu hancurkan BN, yang dah lama simpan dendam, mahu melihat BN tumbang, berkumpul dalam lubuk yang sama.
150. Mereka tak sedar, dalam lubuk itu ada buaya yang besar. Ekornya menunggu masa untuk melibas.
151. Inilah DAP. Parti Dinasti Lim yang diperintah sejak tahun 1966 iaitu 52 tahun yang lalu. Tak pernah bertukar, tak pernah terusik Maharaja Lim menakluk politik DAP.
152. Kini, anak kesayangan pula dididik jadi orang kanan DAP mencatur kejatuhan Melayu dan Bumiputera.
153. Hati-hati puan-puan, DAP ini musuh politik paling bahaya. Musuh negara yang paling licik. Silap mata politik mereka penuh dengan muslihat. Guna Melayu nak hancurkan Melayu. Peralat Melayu nak bunuh Melayu.
154. Mereka mencatur satu demi satu di belakang tabir pembangkang.
155. Ini semua open secret dalam politik. Parti serpihan yang sama memaut pada ekor DAP ini, PKR, PBBM, Amanah, bukan mereka tidak tahu mereka dipandir kadukkan, mereka sedang dicucuk hidung, sedang dicaturkan.
156. Tapi demi kuasa, mereka pejamkan mata, pekakkan telinga. Sanggup mereka bersekongkol dengan musuh politik yang dulu habis-habisan ditentang.
157. Kita semua tahu, memang DAP kata depa tak mahu jadi Perdana Menteri, mereka tak mahu kuasa, tapi jangan kita lupa apa yang berlaku di Perak, Penang dan Selangor.
158. Walaupun bukan DAP menjadi Menteri Besar, 999 tahun pemilikan tanah diberi secara percuma kepada bukan bumiputera di Perak. Tak cukup di Perak, di Penang juga katanya dah tiada tanah milik negeri.
159. Penjualan arak di kawasan komuniti semakin berleluasa, penganjuran pesta arak di Selangor, tak tahu nak kata apa. Kini mereka sudah berani masuk campur dalam hal ehwal agama kita. Sampai mana lagi kita nak buat-buat buta?
160. Lihat sahaja struktur parti mereka. Jawatannya diturun-temurunkan. Macam keluarga mereka punya. Betullah bidal orang tua, air cucuran atap, akan jatuh ke perlimbangan jua.
161. Sebagai contoh, Kerajaan BN bina Pulau Pinang. Megah terkenal seantero dunia.
162. Kita bina untuk orang Cina, orang Melayu, orang India dan semua bumiputera. Untuk Orang Malaysia duduk bersama. Tiada prejudis politik. Tiada diskriminasi ekonomi.
163. Hari ini? Kalau puan-puan pergi ke Pulau Pinang, cuba tanya kepada orang Melayu, berapa keping tanah mereka yang masih tinggal? Apa jadi pada tanah wakaf?
164. Tanya pada peniaga-peniaga kecil Melayu, apakah Pulau Mutiara masih menjadi tanah yang aman untuk mereka mencari rezeki. Jentolak dah jadi mimpi ngeri, tak cukup rumah, gerai-gerai habis dilanyak tanpa simpati!
165. Saya sebagai anak Penang juga kecewa. Politik mereka halus dan membunuh. Mereka beli orang Melayu di masjid-masjid, di madrasah-madsarah dan di sekolah-sekolah.
166. Mereka kata parti merekalah parti majmuk. Kononnya, meraikan setiap kaum di dalamnya. Tetapi lihatlah apa yang berlaku dalam kepimpinan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang baru, tiada seorang pun orang Melayu yang dipilih oleh perwakilan.
167. Puan-puan, kenal Lim Guan Eng kan? Hari pertama sebagai Ketua Menteri, beliau kata beliaulah Khalifah Umar. Khalifah Umar tidak akan sekali biarkan rakyatnya merempat dan terusir di tanah sendiri. Kini terbukti, rakyat Penang menangis, merayu dari tiap tanah dan harta yang dirampas!
168. Ini baru satu negeri yang mereka perintah. Bayangkan kalau mereka memerintah satu negara. Mau habis tanah dijual, merempatlah kita di bumi sendiri.
169. Saya nak tanya pada puan-puan. Yang hina raja-raja, agama dan hak keistimewaan kita itu?
170. Kalau hari ini, saya baca baris demi baris, helai demi helai laporan MAGERAN, saya percaya, PWTC ini akan runtuh dengan suara amarah wanita! Betapa kita dicabar teruk saat itu.
171. Tapi kita bukan begitu, kita Ibu Terbaik Bangsa. Di tangan kanan kita akal yang bijaksana, di kiri kita setia yang kaya wibawa.
172. Cuma saya tetap mau bilang sama DAP, sarang tebuan jangan dijolok! Sarang lebah jangan dirodok!
173. Kita tidak akan bakar kalau tak hangus, kita tak rendam kalau tak basah, kita takkan tetak kalau tak putus.
174. Wahai rakyat Malaysia, hakikatnya PRU-14 adalah raja kepada segala PRU! Saya nak ajak semua rakyat Malaysia di luar sana bersama ahli-ahli UMNO, Wanita UMNO samalah kita bangun mempertahankan Malaysia.
175. Negara ini kita yang punya. Berdekad lamanya BN menang untuk Melayu dan Bumiputera, BN menang untuk Cina, BN menang untuk India, BN menang untuk semua suku kaum di Sabah dan Sarawak . BN menang untuk semua rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama.
176. Jika benar cintakan Negara, jika sungguh terus mahu bina Negara, jika patriotik kasihkan Negara, sekali ini khabarkan kepada semua saudara mara, ahli keluarga dan jiran tetangga, Barisan Nasional lah yang mampu teruskan agenda semua bangsa.
177. Rakyat Malaysia pilihlah, pilihlah dengan bijak, pilihlah dengan waras, pilihlah dengan hikmah. Tentukanlah, lebih baik kita dipimpin Dato' Sri Najib atau apa nasib kita diperintah Pakatan Harapan yang diketuai DAP? Mahu kekal Malaysia bersama BN yang diterajui UMNO, atau diperintah Pakatan Harapan yang dibonekan oleh DAP.
178. Jangan biarkan bumi subur Malaysia ini tergadai dan jatuh ke tangan DAP! Jangan kita kira apa bangsa kita, apa agama kita, apa adat kita, asal kita anak Malaysia, sokongan kita mesti untuk kerajaan sedia ada.
179. Benarkah di hadapan saya ini Srikandi Negara ? Benarkah di hadapan saya ini Ibu Terbaik Bangsa? Jika ya, Bangunlah. Bangunlah wahai Ibu Terbaik Bangsa. Laungkan kesetiaan kita kepada Parti. Laungkan kesetiaan kita kepada Presiden. Laungkan kesetiaan kita kepada saf kepimpinan sedia ada. Laungkanlah yang kita tetap akan setia. Puan-puan, mari ke hadapan, rapat bersama saya. Ini masa untuk berperang. Perang yang kita mesti menang
BAHAGIAN 11
SEMBOYAN JUANG PRU-14
Ayuh wanita,
Ayuh srikandi mulia
Ibu Terbaik Bangsa!
Dongakkan kepalamu,
Tegakkan tubuhmu,
Jihadkan semangatmu,
Kibarkan jiwamu,
Asahkan akalmu,
Pasakkan hatimu,
Di belakang kita dendam yang membara,
Di hadapan kita musuh yang menggila,
Ini perang yang bukan kepalang,
Ini sumpah seorang pejuang
Ini perang yang mesti menang,
Kita tegakkan panji keramat,
Kita serap semangat Tun Fatimah,
Kita pinjam jiwa Tun Teja,
Kita perang... Lillahi Ta'ala.
Kita perang demi maruah
Kita perang demi bangsa
Kita perang mesti menang
Wahai petualang,
Ini amaran Wanita,
Sekali anak bangsa kami disentuh,
Siang malam Wanita rempuh.
Sekali Wanita perang, jangan siapa berani halang
Sekali Wanita perang, semua petualang pasti kecundang
Sekali Wanita perang, musuh tumbang baru pulang.
Biar berkecai jagat raya,
Biar terbelah langit angkasa,
Ini perang mesti menang
Wahai Ibu Terbaik Bangsa,
Gendang perang sudah dipalu,
Seruan jihad gegar berseru,
Pilihan kita hanya satu.
Perang mesti menang.
Perang mesti menang.
Perang mesti menang.
Hidup Wanita!
Hidup Wanita!
Hidup Wanita!
BN MESTI MENANG!!!
Wabillahittaufik Walhidayah
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatukh
Sekian dan selamat bersidang!
UCAPAN DASAR KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA , KHAIRY BIN JAMALUDDIN , DI PERHIMPUNAN AGUNG PEMUDA UMNO 2017 DI DEWAN TUN HUSSIEN ONN , PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA , KUALA LUMPUR PADA 6 DISEMBER 2017
KETUA Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berucap pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO di Kuala Lumpur, sebentar tadi. - Foto Aizuddin Saad
"Nostalgia Dongeng, Harapan Palsu, Transformasi Sebenar ✔"
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
Yang Berbahagia Dato' Pengerusi Tetap
Yang Berbahagia Saudara Timbalan Pengerusi Tetap
Wakil-wakil Majlis Tertinggi
Yang Berbahagia Saudara Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Ahli-ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Ketua-ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri
Para Perwakilan dan Pemerhati
1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dapat kita sekali lagi berkumpul di perhimpunan tahunan terbesar parti keramat orang Melayu. Sesungguhnya ini adalah satu tanggungjawab yang berat bagi kita yang mewakili suara akar umbi dari seluruh pelosok tanah air sebagai pewaris kepada perjuangan yang telah menentang penjajah, memerdekakan negara dan memajukan bangsa.
2. Dalam kita berhimpun di dewan serba indah ini, jangan dilupa mereka yang diuji dengan musibah banjir - yang kini di pusat pemindahan, menunggu surutnya air, menadah harapan. Kepada Allah SWT kita berdoa agar semuanya diselamatkan, dipermudahkan urusan dan diberi ketabahan.

Para perwakilan sekalian,
3. Kita bukanlah yang pertama, bukan juga yang terakhir. Di medan inilah lahirnya sebuah perjuangan yang suci, yang digagas pejuang terdahulu dan ditatang generasi ke generasi, zaman berzaman. Dan untuk tika dan saat ini, perjuangan suci itu tergalas di atas bahu kita semua.
4. Apa yang saya maksudkan adalah - kita merupakan penyambung kepada sebuah perjuangan murni - perjuangan untuk menyatukan bangsa. Bukan perjuangan yang disulam kebencian terhadap sesiapa, tetapi satu wadah yang mulia, yang lahir di istana dan bukan di jalan raya - yang memungkinkan penyatuan orang Melayu, yang menzahirkan cita-cita orang Melayu, yang mempertahankan hak dan kedaulatan orang Melayu. Sebuah perjuangan yang dibina atas harapan sebenar untuk mengangkat martabat bangsa, bukan atas benci, bukan atas dendam, semata-mata untuk kuasa.
5. Tahun lepas, pada pentas yang sama kita telah melafazkan ikrar persediaan Pemuda kepada pucuk pimpinan parti bagi menghadapi perang besar kita tidak lama lagi. Kita melaungkan slogan perang mewakili lebih 600,000 Tariq Ibn Ziad sebagai hulubalang parti. Namun hari dan purnama berlalu, gendang perang masih belum dipalu. Tapi janganlah ini membuatkan kita alpa dan leka, menyandar dari kedudukan siap siaga. Kerana tiada lagi teka teki sama ada ini perhimpunan agung terakhir parti sebelum PRU ke-14 nanti.
6. Maka atas kesedaran itu, biarlah perhimpunan kali ini kita tumpukan kepada satu persoalan sahaja. Rakyat Malaysia kini berada di sebuah persimpangan dilema - kekal atau ubah. Satu pangkah yang bakal menentukan nasib mereka hari ini, dan masa depan anak dan cucu mereka nanti. Lebih daripada pilihan raya-pilihan raya yang lalu, membuat keputusan itu amat sukar kali ini kerana lanskap politik telah banyak berubah. Justeru, ramai yang masih di atas pagar, memerhati dan mencongak-congak, dan hanya akan membuat pilihan di saat akhir nanti.
7. Di Pakatan sebelah sana, walaupun tetap caca merba, kini wajahnya berbeza. Partinya sudah berbeza. Pemimpinnya juga bertambah, apabila ada yang berpaling tadah dari sini ke sana. Mereka mempersembahkan nostalgia, gandingan Mahathir dan Anwar - sebuah gabungan lama pemerintah negara namun dijenama sebagai gabungan masa depan. Mereka juga menjaja harapan, dengan belanjawan dan track record di negeri mereka berkuasa, juga kononnya ditunjangi bakat muda yang lebih hebat daripada kita.
8. Alhamdulillah, UMNO pula kini kuat semula apabila sudah pulih dari drama pembelotan dan perebutan kuasa. Barisan telah kita kembali rapatkan dan hati telah kita satukan semula. Perjuangan kita tidak menjaja gula-gula namun bertunjangkan kepada transformasi yang digarap untuk Malaysia.
9. Maka, persoalan besar yang saya maksudkan itu adalah mengapa rakyat perlu mengundi kita, Barisan Nasional? Mengapa di kotak undi nanti, hanya dacing yang perlu dipangkah, dan bukan yang lain. Bahawa nostalgia dongeng yang dilagukan di sana, bahawa harapan palsu yang digula-gulakan mereka, tiada bandingannya dengan keazaman dan transformasi sebenar yang kita bawa.
10. Di perhimpunan agung terakhir sebelum kita turun ke gelanggang ini, marilah kita bangkitkan keyakinan orang ramai bahawa UMNO lah pilihan yang satu, prihatin terhadap rakyat, bijak mengurus negara - bahawa UMNO lah yang terbaik untuk meneraju dan mengemudi Malaysia dalam menghadapi apa jua cabaran melanda.
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tawau yang hadir sebagai Perwakilan Pemuda di Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO tahun 2017 di Dewan Tun Hussien Onn Pusat Dagangan Dunia Putra , Kuala Lumpur
Para perwakilan sekalian,
11. Perkara pertama yang perlu kita bincangkan adalah soal nostalgia. Dewasa ini, rakyat Malaysia sering dimomok-momokkan dengan nostalgia-nostalgia dongeng. Tidak salah kita mengimbau semula kenangan-kenangan semalam. Mungkin ada yang bernostalgia zaman persekolahan, kegirangan jiwa remaja tanpa kerisauan. Tidak kurang mereka yang bernostalgia kekasih lama. Tatkala cinta bertaut pada pandangan pertama. Atau zaman kita masih hebat bersukan, ketika fit dan cergas tubuh badan.
12. Tetapi bahayanya ialah apabila kita dijamukan nostalgia yang diubah, ditokok tambah, sehingga lebih sudu dari kuah - nostalgia mimpi di siang hari, tersasar jauh dari realiti - memori yang sengaja diolah semula agar menyimpang dari kebenaran. Kekasih pertama sebenarnya tak cantik manapun, tetapi nostalgia yang direka seolah-olah berskandal dengan Miss Universe.
13. Saya faham bahawa sebagai manusia, kita suka dibuai nostalgia. Namun untuk perkara sebesar dan seserius ini, kajilah dalam-dalam setiap nostalgia yang diimbau agar kita arif - adakah ia dongeng atau realiti. Seperti yang disebut pujangga dan pakar falsafah dari Sepanyol, George Santayana - "Mereka yang tidak mengingati sejarah bakal mengulanginya". Cicero dari ketamadunan Romawi pula pernah berkata - "Jika kita tidak mengetahui sejarah yang sebenar sebelum kita lahir ke muka dunia, maka selama-lamanya kita tidak dewasa".
14. Nostalgia dongeng ini bahaya, saudara-saudara. Dalam konteks politik ia boleh membawa bencana. Kerana kita boleh terbawa-bawa bukan dengan realiti, tetapi satu fatamorgana sejarah yang mengaburi mata. Bahawa zaman dahulu lebih baik daripada hari ini. Bahawa tahun 80-an dan 90-an dahulu, indah serba serbi. Yang peliknya anak muda yang belum atau baru lahir pada masa itu juga cakap benda yang sama. Seolah-olah mereka turut sama melaluinya.
15. Lihat sahaja kepada media sosial. Bila mana kita patahkan hujah, tepis fitnah pembangkang, ada sahaja anak muda yang pertahan Pakatan dengan berkata "Kini Pakatan ada Tun M. Zaman beliau berkuasa, hebat-hebat belaka". Ini yang saya maksudkan dengan nostalgia dongeng. Konon zaman beliau pembangunan untuk semua, bina KLCC, bina litar Sepang, bina KLIA. Konon zaman beliau rakyat dipelihara, ekonomi sama rata, GST tiada, kroni tak berleluasa. Konon zaman beliau kerajaan adil, rakyat berkuasa, tiada diktator semuanya telus. Kononnya segala yang baik hari ini sebab beliau yang bina, segala yang buruk salah kita semata-mata.
16. Saya bukan mengatakan bahawa segala yang berlaku di zaman beliau adalah tidak bagus. Maklumlah, 22 tahun itu suatu tempoh yang panjang. Takkan tiada langsung perkara baik yang dilakukan dalam tempoh sepanjang itu. Dan perkara-perkara baik yang telah beliau gagaskan, tidak kita sanggah - malahan pujian telah kita berikan. Cuma yang saya tidak boleh terima adalah dongeng yang dibawa dan yang diterima bulat-bulat oleh sesetengah daripada kita hari ini - bahawa di zaman beliau segala-galanya adalah sempurna dan indah belaka, tetapi sekarang ini keadaan begitu teruk sekali. Itu mitos yang tidak boleh saya terima.
17. Seperti yang ditulis pakar ekonomi, Bryan Caplan dalam bukunya 'The Myth of the Rational Voter', manusia sering bias terutamanya bias sebagai pesimis. Manusia secara lumrahnya sentiasa pesimis terhadap keadaan hari ini dan terus kagum dengan keadaan lampau. Nostalgia dongeng ini perlu ditangkis dan ditentang kerana ia memberikan gambaran seolah-olah keadaan yang terdahulu lebih baik daripada yang sekarang.
18. Sebab itulah rekod lama mesti dikaji semula. Ada yang kata kenapa perlu dikorek cerita lama - tak perlu diungkit sejarah lalu. Jawapan saya, sejarah lalu perlu dikaji dan difahami, agar kesimpulan mudah tidak dibuat oleh para pengundi muda. Agar pengundi muda tidak senang-senang membuat logical reasoning atau penaakulan mantik bahawa - dulu zaman Mahathir dan kini zaman Najib. Zaman dahulu lebih baik daripada zaman sekarang. Bermakna Mahathir lebih baik daripada Najib. Justeru, kita undi parti Mahathir. Penaakulan mantik sedemikian yang perlu kita perjelas dan hapuskan.
19. Lebih dari itu, perlu kita kaji implikasi keputusan yang dibuat di zaman tersebut kerana legasi keputusan itu sesetengahnya begitu membebankan kita hari ini. Mungkin dahulu kita tidak sedar kesan daripada keputusan yang dibuat. Namun hari ini, ia amat jelas sekali.
20. Pastinya apabila berbicara tentang pembangunan, kita tidak boleh menafikan kepesatan kemajuan yang dibawa oleh pemimpin terdahulu. Malangnya anak muda hari ini dikhayal dengan nostalgia dongeng sehingga mereka percaya bahawa negara kita ini jauh lebih baik dahulu berbanding sekarang. Mungkin mereka terlalu muda untuk mengingat betapa tidak seimbangnya pembangunan masa dahulu. Ya, memang betul Menara Kembar Petronas yang tinggi menjulang adalah legasi beliau, begitu juga Litar Lumba Sepang dan Putrajaya. Tapi jangan dilupa, kebanyakan daripada fokus kemajuan tersebut hanya di Lembah Klang sahaja.
21. Bagaimana pula dengan kawasan-kawasan lain? Kawasan-kawasan majoriti ahli perwakilan yang ada di dalam dewan ini? Di zaman beliau tiada pula kita melihat projek-projek seperti koridor ekonomi di Iskandar, di Utara, Pantai Timur, Sabah dan Sarawak. Juga Vision Valley di Negeri Sembilan. Pada zaman itu, ada ke dibina Lebuhraya Pan Borneo yang menyambungkan Sematan di hujung Sarawak hingga Tawau di hujung Sabah, tanpa tol? Apakah ada pembangunan yang besar di Pantai Timur Semenanjung? Yang pasti berlaku dan takkan saya lupa, projek Lebuhraya Pantai Timur di Terengganu dibatalkan setelah Barisan Nasional kalah di situ pada tahun 1999!
22. Janganlah kita membiarkan diri hanyut dibuai nostalgia dongeng tatkala
terdongak kagum melihat Menara Berkembar, lantas percaya bahawa Malaysia lebih makmur pada zaman itu. Pembangunan negara dalam erti sebenar bukan hanya dengan terdirinya KLCC atau terbangunnya Putrajaya semata-mata. Pada zaman itu, negeri yang kadar kemiskinannya berada di paras bawah satu peratus hanya Kuala Lumpur sahaja - yang lain jauh lebih tinggi. Negeri beliau sendiri lebih sepuluh peratus. Takkan kita cetek sangat, semata-mata ada KLCC, ada Putrajaya, ada Litar Sepang, kita terus anggap semua rakyat dari Perlis ke Johor, Perak ke Sabah, hidup sama rata?
23. Tetapi hari ini ketidaksamarataan itulah yang sedang diperbetulkan. Bukan sekadar Lebuhraya Pan Borneo, tetapi projek-projek seperti ECRL yang akan memacu kemajuan kawasan Pantai Timur telah dimulakan. Tok Bali, Jelawat, Kampung Raja, Kemasik, Maran dan Mentakab - ekonomi di kawasan-kawasan tersebut bakal dirancakkan. Ini barulah pembangunan dan kemajuan sama rata. Ini bukan nostalgia dongeng. Ini realiti yang dibawa oleh Perdana Menteri sekarang.
24. Begitu juga dengan pembangunan pesat yang bakal datang ke selatan Semenanjung dengan projek HSR. Jangan ingat hanya KL dan Singapura sahaja dihubungi. Negeri Sembilan, Melaka dan Johor akan turut menerima limpahan pembangunan daripada kewujudan keretapi laju ini. Bangi, Seremban, Bandar Melaka, Muar, Batu Pahat dan Iskandar Puteri - semua akan dimajukan. Ini bukan zaman Mahathir Mohamad. Ini zaman Najib Razak!
25. Ini baru sentuh cerita pembangunan yang tidak seimbang. Belum lagi kita bincang tentang perjanjian berat sebelah yang sampai hari ini membebankan kita. Sekali lagi kita tidak nafikan usaha beliau membangunkan pelbagai prasarana asas. Antaranya lebuh raya dan penjanaan elektrik. Memang kalau nak tunggu peruntukan kerajaan semata, memang kita tidak mampu membangunkannya dengan segera. Sebab itulah dasar penswastaan diwujudkan. Dasar ini sebenarnya tidak salah. Sektor swasta dipelawa untuk membina dan menguruskan prasarana asas dengan menerima kontrak konsesi untuk tempoh beberapa tahun. Pengguna pula membayar apa yang dipakai dalam bentuk tol atau bil elektrik. Mudah.
26. Namun demikian, kerajaan mestilah memastikan perjanjian konsesi itu seimbang dan tidak berat sebelah. Dah namanya Kerajaan - ia wujud untuk menjaga kebajikan rakyat, bukan sekumpulan kecil tauke-tauke besar. Tetapi itulah yang berlaku di zaman beliau. Anwar pula sebagai Menteri Kewangan jadi bidannya. Selepas proses penswastaan besar-besaran berlaku, syarikat-syarikat ini menerima durian runtuh.
27. Kenapa saya cakap durian runtuh? Sebab yang rugi rakyat, yang untung tauke - semua kerana perjanjian pro-tauke yang dipersetujui gandingan pemimpin zaman itu. Kenapa TNB dipaksa membeli kuasa janaan IPP untuk tenaga yang tidak digunakan? Sebab perjanjian pro-tauke berat sebelah. Tiap-tiap tiga tahun tol lebuh raya boleh dinaikkan tanpa terma, sebab apa? Sebab perjanjian pro business berat sebelah. Dan perjanjian berat sebelah ini masih terpaksa kita tanggung dan sedang cuba kita selesaikan sehingga ke hari ini. Ini yang dimaksudkan legasi yang membebankan rakyat.
28. Perjanjian pro-tauke berat sebelah satu hal - bukan setakat itu sahaja, apabila syarikat-syarikat besar ini hampir bungkus, duit rakyat juga yang digunakan untuk menolong mereka. Saya yakin kita semua masih ingat istilah 'bail-out' yang begitu disebut-sebut pada satu ketika dulu. Bila krisis kewangan Asia melanda, syarikat-syarikat ini semuanya ditebus dan diselamatkan oleh kerajaan. Kos puluhan bilion ringgit, guna duit siapa - duit kita, duit rakyat. Konsortium Perkapalan Berhad milik Mirzan, bila dilanda krisis, Petronas melalui MISC yang selamatkan. RM1.7 bilion duit siapa? Duit kita, duit rakyat juga.
29. Ini lagi satu nostalgia dongeng yang saya tak boleh tahan. Konon zaman mereka semua sempurna - zaman kita salah sedikit pun dah macam bencana. Janganlah kita jadi Melayu yang mudah lupa, kegagalan mega pun kita tak ingat. Bank Negara rugi tukaran asing lebih RM31 billion, kita lupa? Perwaja Steel rugi RM10 billion, pun kita lupa? PKFZ rugi RM4.6 billion, kita lupa juga? Belum kira BioTech Valley, konon nak tarik pelabur dan pelaburan, tapi apa yang terjadi -sasaran pelaburan RM1 bilion sepi tanpa berita. Belum lagi cerita tentang e-Village - konon nak bina Studio Hollywood Asia, tapi setelah bagi peruntukan lebih RM2 bilion, habuk pun tiada. Satu lagi - InventQjaya - konon nak bina pusat kajian dan paten - kajian dan patennya entah ke mana, hutang RM242 juta yang rakyat sehingga kini terpaksa biaya. Ini belum kira lagi kerugian RM1.5 bilion Maminco dalam pasaran timah, lepas itu guna pula duit KWSP untuk bayar hutang mereka; kerugian beli semula saham MAS lebih dua kali harga pasaran; penggunaan duit rakyat untuk naikkan harga saham Time Dot Com bila mereka berhutang hampir RM5 bilion. Dan macam-macam lagi kalau kita nak bercerita.
30. Justeru, sudah-sudahlah kita membiarkan diri hanyut dalam nostalgia dongeng bahawa beliaulah pemimpin teragung. Dahulu dan kini - dua zaman berbeza. Malaysia pada ketika itu adalah antara sebahagian kecil negara yang mengamalkan dasar ekonomi terbuka - pelaburan luar melimpah masuk, merangsang pembangunan ekonomi yang pantas. Hari ini, negara seperti India, China dan Vietnam yang dahulunya mengamalkan dasar tertutup, kini terbuka luas pintunya, memberikan lebih pilihan kepada para pelabur, menjadikan persaingan begitu sengit buat Malaysia. Kita bukan ingin memberi alasan tetapi realiti perlu diperjelaskan.
31. Sewajarnya, tatkala keadaan lebih mudah ketika itu, janalah pulangan jangka panjang yang lebih menyeluruh dari setiap ringgit pelaburan yang diterima. Jangan hanya fikir output dan bangunan siap cepat-cepat sahaja. Ini tidak. Sebagai contoh, semasa bina KLCC, Hazama Corporation dari Jepun bina Menara 1, Samsung Engineering dari Korea bina Menara 2. Senibina arkitek dari Argentina. Buruh asing diimport dari Bangladesh dan Indonesia. Tak nampak usaha perkasa modal insan tempatan yang tersusun dan berkesan daripada pelaburan yang diterima.
PERWAKILAN Pemuda UMNO membaca ikrar pada Majlis Perhimpunan Agung Pemuda UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. - Foto Aizuddin Saad
32. Berbeza dengan kerajaan hari ini. Kita tidak hanya berfikir bila bangunan nak siap dan kerja selesai sahaja. Kita fikir jauh ke depan - bagaimana setiap ringgit pelaburan dapat memberikan kesan optimum dan menyeluruh. Tatkala kita ingin membina ECRL, betul ada pelaburan dari China dan buruh pun kita guna buruh luar. Namun, satu program latihan industri juga dibangunkan untuk lebih tiga ribu graduan tempatan agar kemahiran baru mereka pelajari. Apabila MRT dibina, kita bangunkan Akademi Latihan Terowong pada tahun 2011, untuk melatih anak muda tempatan dalam bidang tersebut. Matlamat kita adalah supaya anak muda Malaysia sendiri yang bina MRT2, MRT 3, ECRL dan sebagainya. Bukan itu sahaja, kita pastikan MRT sediakan peluang sebanyak RM22 bilion untuk syarikat bumiputera yang layak. Selain itu, syarikat besar yang dapat kontrak kerajaan dan GLC, kita wajibkan latih graduan muda melalui Skim Latihan 1 Malaysia atau SL1M. Syarikat-syarikat GLC pula bukan hanya dinilai dari untung ruginya, tetapi juga peranan yang dimainkan dalam memperkasa agenda bumiputera. Itu adalah wawasan Najib Razak!
33. Acapkali beliau mendabik dada dan mengingatkan kita akan kejayaan beliau memenangi lima pilihan raya umum, setiap kali dengan majoriti dua pertiga. Nostalgia dongeng sekali lagi dijaja - kononnya ini bukti beliau pemimpin yang popular, yang hebat berbanding sekarang kerana majoriti dua pertiga sukar diperolehi. Mereka yang hanyut dengan nostalgia dongeng ini lupa, bahawa persekitaran politik zaman dahulu jauh beza berbanding hari ini. Media arus perdana dikawal sepenuhnya, media alternatif kurang ada. Segala spin dan cerita semua ditentukan oleh beliau - yang tak ikut telunjuk terus masuk penjara.
Kalau zaman beliau ada internet, ada blog, ada segala bagai media sosial seperti hari ini, saya teringin nak tengok sama ada beliau masih boleh menang mudah dua pertiga.
34. Ada pula yang mungkin kata, kenapa dulu senyap? Tak cakap apa-apa? Jawapan mudahnya, dulu tiada kebebasan bersuara, baik di luar mahupun di dalam parti. Surat khabar yang kritikal ditutup. Pengkritik-pengkritik politik dicekup dan dihumban ke penjara dalam Ops Lalang. Bila nak tutup mulut lawan, berlakulah tragedi Memali konon atas alasan keselamatan negara. Mahkamah dikawal sepenuhnya, sehingga Ketua Hakim Negara dipecat tanpa sebab yang kukuh. Perkara asas dalam sistem kehakiman pun diabaikan - ISA digunakan, dijadikan senjata - untuk menahan individu-individu yang dirasakan ancaman politik tanpa perlu dibicara. Jangan lupa, Timbalan Perdana Menteri dia sendiri pun kena tumbuk sehingga mata lebam. Timbalan Perdana Menteri hari ini ditahan bawah ISA dulu. AUKU dijadikan pendinding untuk menghalang mahasiswa bersuara. Dalam parti, kerajaan, dan negara wujud a culture of fear. Kuku besi. Sekarang dia bercakap macam dia orang suci dan kita pula yang zalim dan diktator.
35. Jadilah bangsa yang celik dan dewasa. Yang memandang dengan akal, mendengar dengan minda, menilai dengan bijaksana. Berdirilah bertunjangkan fakta, tidak melenting apabila dicocok, tidak longlai apabila digosok. Jadilah bangsa yang arif sejarah. Yang mengkaji sebelum percaya, yang menyelidik sebelum bersuara. Yang pendiriannya berhujung pangkal, bukan didorong natijah yang dangkal. Tidak salah menyanjung pemimpin, tetapi teraskanlah ia dengan analisa yang objektif, bukannya perasaan, mitos, dan dongeng. Melangkahlah ke hadapan berpaksikan hakikat dan realiti, jangan biarkan diri dikawal nostalgia dan emosi, kerana perjalanan kita masih jauh lagi.
Sidang Perwakilan sekalian,
36. Selesai cerita nostalgia dongeng dan mitos kemaksuman pemimpin itu. Tetapi lawan kita bukan hanya menjaja nostalgia. Mereka juga sedar bahawa rakyat ingin tahu apa yang mampu disajikan untuk hari-hari mendatang. Di sini saya ingin mengingatkan para pengundi muda, bahawa jika nostalgia dongeng itu bahaya, yang lebih berbahaya lagi adalah harapan palsu.
37. Kalau mendengar janji-janji pihak lawan, nescaya kita akan jadi Superman. Boleh terbang, boleh angkat bangunan, boleh segala-gala. Namun hakikat dunia tidak sebegitu. Berjanji memang mudah - bulan, bintang, matahari waima cakerawala. Sesiapa pun boleh kalau setakat menabur janji. Tetapi pengundi yang celik dan rasional mesti bertanya, bolehkah janji itu dilaksana?
38. Sebagai contoh, tiada siapa yang suka bayar cukai. Kita sendiri pun akui, tak suka bayar cukai. Tapi suka atau tidak, kita tetap bayar cukai. Sebab apa? Kerana cukai itulah yang membiayai pembangunan, membantu yang memerlukan, dilabur untuk masa depan. Bila SST dimansuh, GST diperkenal - ramai tak setuju. Tetapi untuk tahun lepas sahaja, kutipan GST mencecah RM41 bilion.
39. Bukan RM41 bilion itu masuk poket pemimpin sebagaimana yang ditohmah anak-anak muda di luar sana. Duit inilah yang digunakan untuk buat jalan, bina lebuh raya, biaya pendidikan di universiti, naik taraf sekolah, bayar operasi hospital dan klinik kerajaan, dan macam-macam lagi. Lagi-lagi bila hasil pendapatan kerajaan daripada sektor minyak sudah berkurang - bukan sebab kita sengaja jual minyak dengan harga rendah. Tetapi kerana harga pasaran minyak mentah global turun mendadak. Saya nak tanya, pembangkang ini lagi pandai dari negara-negara lain yang ada GST? United Kingdom, Australia, Germany dan 170 negara lain, semua ada GST. Malah di kalangan negara-negara ini, tidak ada satu kes pun di mana bila kerajaan bertukar, GST dihapus bersama. Itulah yang Datuk Ahmad Maslan dok terangkan satu negara sampai berbuih mulut.
40. Tapi kalau nak ikut harapan palsu pembangkang, mereka kata kalau menang akan hapuskan GST. Dari mana mereka nak ganti RM41 bilion untuk menampung pembangunan negara? Ada yang kata nak kembalikan SST yang terbukti tidak cekap, terbukti mudah dielak oleh peniaga-peniaga jahat. Ada pula yang kata jumlah itu boleh diperolehi apabila rasuah dibanteras.
41. Betul ke pakatan pembangkang ini tiada ketirisan dan rasuah? Kes rumah banglo Ketua Menteri Pulau Pinang tu apa? Kes Rumah Disneyland di Ampang, kes Jambatan Klang ke-3 kos naik RM41 juta daripada asal, kes permit jual pasir, PBT beli barang harga dua kali ganda pasaran, tender terbuka jadi rundingan terus, kos perunding buat lebuh raya dan terowong sampai RM305 juta - bukankah itu semua ketirisan? Macam mana mereka nak jimat RM20 bilion setahun kalau di peringkat kerajaan negeri pun tiris tak sudah-sudah?
42. Jangan lupa, harapan palsu mereka ini bukan hanya setakat penghapusan GST tetapi ada macam-macam lagi. Nak hapus tol, nak tangguh PTPTN, nak bagi macam-macam percuma. Kalau di negara maju, rakyat sudah tolak mereka. Pengundi di sana sentiasa menyoal parti-parti politik, duit untuk janji-janji pilihan raya ini datang dari mana? Sebab kalau janji manis sangat sampai boleh dapat Diabetes, ada dua sahaja kemungkinan. Pertama, kita terpaksa naikkan segala jenis cukai seperti mana negara Scandinavia yang rakyatnya membayar cukai pendapatan lebih 50% dan kadar GST nya lebih 20%. Kedua, negara kita bankrap sebab hutang tak terbayar.
43. Bankrap negara ini bukan perkara kecil yang boleh dipandang enteng, para perwakilan sekalian. Ia tragedi ngeri yang mesti kita elakkan. Negara akan kucar kacir, nak pinjam dana payah, tarik pelaburan sukar, akhirnya ketakutan dibawa ke jalan raya. Itu baru negara yang gagal - failed state.
44. Satu lagi contoh janji mereka, nak bantu penghutang PTPTN. Dulu janji nak mansuhkan terus hutang PTPTN. Sekarang dah cerdik sikit, justeru ubah pintu gol, minta ditangguhkan sahaja - hanya perlu mula bayar semula bila gaji cecah RM4 ribu.
45. Masalahnya, kalau cadangan ini dibuat tanpa idea dan perancangan untuk merancakkan ekonomi dan menjana pekerjaan berpendapatan tinggi, ramai graduan nanti akan mengambil masa untuk cecah gaji RM 4,000. Kesannya, dana dalam Tabung PTPTN akan berkurangan. Kalau berkurangan, generasi adik-adik dan anak cucu kita nak pergi universiti guna duit apa? Jelas pembangkang tak peduli pasal hari esok - janji dapat undi, dapat kuasa, hari ini.
46. Mungkin di sini ada yang bertanya, apa penyelesaian BN? Setidak-tidaknya pembangkang ada juga bagi harapan, dan kononnya, harapan palsu lebih baik daripada tiada harapan langsung. Janganlah kita kurang membaca, kritik sahaja banyak, lambat nak berfikir tetapi cepat melatah buat andaian. Isu PTPTN ini daripada dulu lagi telah diperjuangkan oleh Pemuda. Seawal April 2012, Pemudalah yang anjur perbincangan tentang PTPTN. September tahun yang sama, kerajaan buat pengumuman pertama ringankan beban penghutang PTPTN. Selepas itu, tahun demi tahun, bantuan ini diteruskan. Yang bayar konsisten, yang bayar melalui potongan gaji, mereka dapat diskaun. Yang mampu bayar penuh, dapat diskaun lagi besar - tahun ini diskaun 15%, tahun depan diskaun 20%. Ini semua datang dari desakan kita dan keprihatinan kerajaan.
47. Namun strategi utama BN adalah penyelesaian jangka panjang untuk masa depan yang mampan. Ini cara yang terbaik. Sebab itu kita fokus kepada pelaburan, fokus kepada penghasilan pekerjaan berpendapatan tinggi, fokus kepada TVET, usahawan dan universiti berkualiti, fokus kepada sistem pendidikan yang terkini. Inilah corak pembangunan di serata dunia - kembangkan ekonomi dan melabur dalam modal insan. Bila ekonomi berkembang, peluang pekerjaan bertambah, pendapatan juga meningkat. Justeru, mudahlah nak bayar PTPTN. Itu pembangunan total. Tetapi pembangkang suruh anak muda kita untuk tidak bayar hutang PTPTN. Itu yang diajarnya!
48. Bukan itu sahaja. Mereka juga berjanji nak hapuskan semua tol. Nak rampas semula konsensi. Kerajaan dah buat kira-kira, kos ambil alih semua konsesi tol adalah sebanyak RM400 billion. Saya nak tanya - macam mana kita nak ambil alih kesemua konsesi ini? Nak bayar dengan apa? Bajet kerajaan setiap tahun pun sekitar RM200 bilion. Jadi duit nak ambil alih konsesi ini nak petik dari pokok mana? Konsesi itu perjanjian. Kalau kerajaan sendiri mungkir janji, mungkinkah ada para pelabur yang masih ingin datang melabur di sini? Dan kalau tidak, dari mana kita nak dapatkan duit untuk pembangunan masa hadapan?
49. Di sini saya perlu sebut. Jangan ingat UMNO tak prihatin pada rakyat. Kerajaan faham akan cabaran yang mendepani rakyat. Di perhimpunan ini, isu kos sara hidup dibangkitkan setiap tahun. Dan Kerajaan juga bukanlah tidak berhati perut. Cuma kita tidak mahu menjadi Kerajaan yang tidak bertanggungjawab - berjanji bulan dan bintang, sehingga terpaksa mengorbankan masa depan. Apa yang kita lakukan ialah bila mampu, kita akan laksanakan. Dalam Bajet 2018 misalnya, kita umum mansuh empat tol. Di utara kita mansuh tol Bukit Kayu Hitam, di Selangor kita hapus dua tol, Batu Tiga dan Sungai Rasau, di Johor kita hapus tol EDL. Ini kerajaan bertanggungjawab, bukan politikus populis. Kita bantu rakyat
tanpa memudaratkan negara dengan janji yang boleh memufliskan kita.
50. Sama juga dalam menyelesaikan isu pengangkutan. Nampak beza visi BN dan kecetekan Pakatan. Penyelesaian mereka - turunkan harga kereta. Memang jawapan mereka nampak sangat menarik, berupaya memancing pengundi. Tetapi apa akan jadi dengan masalah kesesakan lalu lintas? Bagaimana dengan isu pencemaran alam sekitar? Inikah penyelesaian jangka panjang mereka?
51. Kalau itu jawapan mereka 20 tahun lepas saya boleh faham. Ini dah 2017 - rata-rata negara maju memberikan fokus mereka untuk meningkatkan mutu pengangkutan awam. Anak muda sekarang risau tentang pencemaran alam sekitar akibat terlalu banyak kereta di atas jalan raya. Dengan pengangkutan awam yang terjalin baik dan menyeluruh, rakyat dapat bergerak dengan murah tetapi selesa - alam sekitar juga terpelihara. Itu penyelesaian kita. Di bawah Datuk Seri Najib Razak, LRT 3 dirancang, MRT dirancang, MRT 2 dirancang, MRT 3 dirancang, BRT dirancang, KTM dan LRT pula ditambah baik. Rangkaian bas di negeri-negeri lain dinaik taraf. Penyelesaian mereka ternyata hanya bersifat hari ini, demi inginkan kuasa, yang lain belakang kira. Kerajaan memilih untuk melihat hari ini tanpa melupakan masa depan.
52. Keghairahan mereka mengejar kuasa juga dapat dilihat di negeri-negeri tadbiran mereka. Dulu angkuh mendabik dada. Kononnya mereka lebih baik dari kerajaan negeri yang lain - Lim Guan Eng pada tahun 2013 berkata - bagi saya sepenggal, saya selesaikan masalah banjir di Pahang. Baru-baru ini, keluar lagi video lama, dia perli Kelantan berhubung isu banjir.
53. Namun harapan ternyata tinggal harapan. Kononnya mereka lebih telus dan menjaga rakyat, bukan pemaju. Tetapi lihat sahaja tahap kerakusan mereka dalam meluluskan projek pembangunan di Tanjung Bungah, Pulau Pinang.
Tahun 2016, 8 projek; tahun 2015, 8 projek; dari tahun 2008 ke 2014, 24 projek diluluskan. Saya nak tanya - projek pembangunan berleluasa yang tak terkawal ini menguntungkan siapa - rakyat jelata atau pemaju kroni? Nak sangat kejar pendapatan negeri, berlaga bahu dengan syarikat pembangunan tetapi yang sengsara akhirnya siapa? Rakyat juga yang menderita. Lain kali jangan bongkak pertikai orang lain. Asyik perlekeh jaga tepi kain orang, kain sendiri terlondeh tak terpandang.
54. Sama juga dengan Selangor. Cerita sedap berdegar-degar, rupanya tetap harapan palsu. Konon nak hapus tol, tetapi kerajaan Pakatan Harapan Palsu juga yang setuju DASH & SUKE dibuat. Enam lebuh raya bertol pun mereka bersetuju dan masukkan dalam rancangan pembangunan negeri sehingga 2035. PKNS pula pegang 30% saham KESAS, Kumpulan Perangsang Selangor pegang 20% Sprint, dua-dua syarikat kerajaan negeri tetapi KESAS dan Sprint masih lagi lebuh raya bertol. Bagaimana pembangkang boleh melaungkan slogan hapuskan tol, sedangkan Kerajaan Negeri mereka, bukan setakat meluluskan pembinaan beberapa lebuh raya bertol, malahan juga merupakan pemegang saham dalam syarikat-syarikat konsesi ini?
55. Ini contoh terakhir - ibu segala kepalsuan, tipikal Pakatan Harapan palsu. Waktu Bajet 2018 dibentang, semasa PM umum bonus RM1,500 untuk semua penjawat awam, mereka perli kita. Kononnya sikit. Ketika membentangkan belanjawan di Selangor, mereka umumkan pula - Selangor bagi bonus tiga bulan. Tetapi seperti janji-janji manis Pakatan yang lain, bila kita dengar betul-betul, bila kita tengok fine print, ini yang sebenarnya. Duit itu sudah dibayar pun tahun ini.
56. Itulah skrip Pakatan setiap kali nak kuasa - harapan palsu. Pakatan Harapan Palsu. Segala peluang dan ruang digunakan untuk menuba rakyat dengan janji manis hari ini, demi undi hari ini, untuk mereka berkuasa juga hari ini.
57. Pujangga pernah berkata - dunia ini bukan hanya diwariskan oleh generasi terdahulu tetapi juga dipinjamkan kepada kita oleh generasi hari esok. Justeru, dalam mendepani cabaran hari ini, janganlah hanya memilih penyelesaian jangka pendek yang hanya meloloskan diri kita sendiri, tetapi meninggalkan beban hutang yang bakal menjepit dan menjadi musibah untuk generasi seterusnya. Janganlah kita menjadi generasi yang hanya ghairah memikirkan tentang diri dan dunianya hari ini, sehingga lupa akan peranannya terhadap hari esok. Termakan harapan palsu, musnahlah masa depan anak cucu.
Sidang perwakilan sekalian,
58. Nostalgia dongeng dan harapan palsu mesti kita tolak. Kita tolak sebab ia nostalgia bersifat regresif, menulis semula sejarah secara selektif. Kita tolak kerana ia harapan palsu yang menyasar dari logika, direka hanya demi kemenangan politik dan bakal mengorbankan masa depan anak cucu kita.
59. Kerajaan yang terbaik untuk kita, dan juga anak cucu kita adalah yang melihat hari esok sama pentingnya seperti hari ini, jika tidak lebih lagi. Yang memastikan masa depan harus lebih baik dari sekarang, dan bukan sebaliknya.
60. Namun ini tidak bermakna kita buta dan tak endah kepada cabaran rakyat hari ini. Pemuda sedar - cabaran kehidupan sehari-hari menyebabkan angka kejayaan makro ekonomi kurang bererti buat mereka. Ada yang terpaksa berhutang untuk sesuap nasi. Ada yang simpanannya tak seberapa, runsing jikalau hujan di tengah hari. Ada yang risau tentang nasib keluarga dan hari esok - kerana gaji masih rendah atau masih mencari kerja. Ada rakyat yang terpaksa jual rumah, terpaksa tambah hutang, terpaksa ikat perut hanya untuk melalui kehidupan hari demi hari.
KETUA Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin membaca ikrar pada Majlis Perhimpunan Agung Pemuda UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. - Foto Aizuddin Saad
61. Pemuda dan kerajaan sedar akan keadaan ini. Sedaya upaya, kami cuba ringankan bebanan semasa. Namun realitinya, cabaran struktur ekonomi sebegini tiada jawapan pintas - intervensi yang diperlukan semuanya memakan masa - baik dalam meningkatkan pendapatan rakyat dengan membina sistem pendidikan yang menawarkan kemahiran lebih berharga, mencipta peluang pekerjaan dengan gaji yang lebih tinggi, membina lebih ramai usahawan kecil yang dapat menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan mahupun juga pelaburan infrastruktur seperti pengangkutan awam, internet pantas, dan perumahan mampu milik, agar kos harian rakyat dapat dikurangkan.
62. Realitinya, kesemua masalah ini juga adalah satu legasi. Bila mana pentadbiran dahulu wawasannya lebih untuk membina monumen gergasi tetapi tidak untuk membangunkan rakyatnya sendiri. Selepas itu, barulah ada usaha untuk mengisi kelompongan yang ada. Zaman Pak Lah, baru kita beri fokus kepada pembangunan modal insan - biar rakyat ada kemahiran, ada peluang tambah pendapatan, perkasa jiwa juga fikiran. Zaman Najib pula kita mulakan transformasi segala serbi - sediakan infra, perkemas sistem pendidikan, tarik pelaburan juga kerja berpendapatan tinggi.
63. Segala tiang dalam sebuah struktur ekonomi yang inklusif, baru dibina hari ini, kerana ia tidak dirangka dahulu. Kita tidak mahu mengulangi kesilapan lalu - di mana kerajaan terlalu beriya-iya mengejar gah semasa, sehingga kabur pandangannya untuk masa depan. Kesilapan di mana kita mendabik dada dengan pelaburan projek mega di bandar besar - yang dikejar hanya outputnya sahaja, struktur cantik dan megah, tanpa memperkasa rakyat dari segi kemahiran, pendidikan dan macam-macam lagi untuk hidup selesa di hari mendatang.
64. Walaupun Malaysia gah ketika itu, kesannya begitu dirasai sekarang. Rakyat perit hari ini lantaran tidak cukup dipersediakan. Kesilapan ini yang sedang kita perbetulkan, agar anak cucu kita tidak serupa nasibnya.
65. Alhamdulillah, segala apa yang Kerajaan lakukan bagi memperbaiki keadaan hari ini ternyata telah mula membuahkan hasil. Perubahan demi perubahan, kejayaan demi kejayaan telah dilihat - KDNK Negara berkembang dengan stabil, pendapatan tidak hanya bergantung kepada sektor minyak dan gas, hampir 2.5 juta pekerjaan baharu dicipta, pendapatan perkapita juga semakin meningkat.
66. Ini bukan hanya angka-angka besar di permukaan sahaja - ia menjalar di peringkat akar umbi, dirasai oleh rakyat sendiri. BR1M dan bantuan bersasar, bukan dedak - ia telah membantu lebih 7 juta isi rumah. Jalan baharu, air dan rumah di luar bandar, sudah lebih enam juta yang mengecap nikmatnya. Bagi yang di bandar, pengangkutan awam dibina - kalau dulu hanya 10% yang menggunakannya, sekarang dah meningkat dua kali ganda dengan tambahan aliran dan kekerapan. Tahap jenayah juga turun hampir separuh. Kalau dulu Internet LTE hanya 18% sahaja yang dapat, kini lebih 60% mempunyai akses kepada internet pantas ini. UTC dan RTC, kini ada untuk pastikan perkhidmatan kerajaan sampai dengan cepat dan mudah kepada rakyat.
67. Modal insan juga diperkasa. Purata pencapaian anak-anak kita dalam sains dan matematik telah meningkat berpuluh-puluh mata dalam ukuran antarabangsa. Tahap universiti pula telah meningkat kepada ranking ke 25, 11 tangga lebih baik berbanding lima tahun yang lalu. Bagi yang tidak ke universiti, kini ada ruang sampai 164 ribu untuk pelajar TVET, bagi mengisi 900,000 peluang pekerjaan yang berteraskan kemahiran menjelang 2020. Bukan itu sahaja, daripada tahun 2009 ke 2016, pendapatan purata B40 naik lebih 98%, M40 pula naik lebih 79%.
68. Bila cakap angka-angka kejayaan sebegini, jangan pula kita bosan. Ini senjata kita, bukti bahawa banyak yang telah dilaksana. Ini hanya sebahagian sahaja, banyak lagi kalau nak cerita. Cuma cukuplah ini sahaja disebut, sebagai bukti kepada satu transformasi sejati - hari ini kita pelihara, masa depan kita bina. Transformasi secara menyeluruh - pelan transformasi ekonomi dan kerajaan, di bawahnya segala aspek secara terperinci kita sentuh. Inilah dia transformasi sebenar.
69. Dalam konteks ini, saya amat berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana selaku Menteri Belia dan Sukan, saya diberikan mandat untuk memulakan usaha Transformasi Nasional 2050 atau TN50 - inisiatif paling penting bagi menyediakan Malaysia untuk menghadapi segala cabaran mendatang.
70. Bermula di Universiti Malaya pada 19 Januari, kita membawa minda anak muda 33 tahun ke hadapan, ke tahun 2050 - ke satu era yang pastinya sangat berbeza. Ini bukan gimik politik. Kita benar-benar kaji segala pola yang bakal beri impak kepada rakyat Malaysia nanti. Apa respon kita bila robot dan teknologi merata-rata, mengancam untuk mengambil pekerjaan kita? Apa respons kita bila masyarakat semakin menua - tahun 2035, Malaysia menjadi sebuah 'Ageing Nation' dengan implikasi kepada sistem kesihatan dan persaraan kita? Apa respons kita bila kedaulatan sempadan maya sering terancam, melalui serangan siber dan digital? Apa respons kita kepada gangguan yang bakal datang dengan revolusi industri keempat nanti?
71. Mana ada kita dengar sangat pihak pembangkang bercakap tentang persediaan untuk cabaran masa depan ini. Mereka tak bincang pasal Artificial Intelligence, pasal Internet of Things, pasal 'Ageing Population', pasal pemeliharaan alam sekitar, keselamatan makanan, tenaga, dan sebagainya. Bila mereka sibuk kritik kita, jaja harapan palsu, kita buat apa? Kita sediakan rakyat untuk masa depan, kerana failing to plan is planning to fail. Jika kita gagal untuk merancang, kita merancang untuk gagal.
72. Itulah TN50 yang Presiden ilhamkan. Dengan mandat beliau, kita turun padang berjumpa anak muda di seluruh negara, dengar suara dan aspirasi mereka. Hampir dua juta anak muda kita dampingi, lebih 60,000 aspirasi diperolehi. Pemimpin kita turun padang setiap minggu untuk apa? Untuk pastikan rakyat Malaysia bersedia untuk masa hadapan. TN50 is securing a better future for Malaysia.
73. Ibnu Khaldun pernah berkata - "He who finds a new path is a pathfinder, and he who walks far ahead of his contemporaries is a leader, even though centuries pass before he is recognised as such." Maksudnya, barangsiapa yang meneroka jalan baharu, yang berani melangkah jauh ke hadapan mendahului generasinya, dialah pemimpin yang sebenar, walaupun hakikat itu hanya akan terbukti nanti.
74. Percayalah sidang perwakilan sekalian, apa yang kita buat dengan TN50 ini, perkara yang wajib. Melihat ke hadapan dan membina masa depan yang lebih baik, adalah tanggungjawab kita sebagai pemimpin. Mungkin faedahnya tak sempat kita nikmati, tetapi percayalah, anak cucu kita nanti akan hargai budi dan bakti ini - budi dan bakti Parti UMNO, budi dan bakti Kerajaan Barisan Nasional.
Ahli Pemuda UMNO melaungkan slogan semasa ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin menyampaikan ucapan dasarnya di Pusat Dagangan Dunia Putra pada 6 Disember 2017. - Astro AWANI/Shahir Omar
Sidang perwakilan sekalian,
75. Bercakap tentang menyediakan masa depan yang baik untuk rakyat Malaysia, Pemuda ingin mengutara sebuah kebimbangan yang cukup serius - iaitu hasrat kita untuk melihat transformasi yang bukan hanya membawa manfaat kepada majoriti tetapi memastikan tiada anak muda yang hanyut ketinggalan.
76. Maka di ruang ini, Pemuda ingin menzahirkan sokongan penuh kepada agenda sosial baharu yang dibawa Presiden dalam Belanjawan 2018 dengan penubuhan Socio Economic Research Institute atau SERI. Ini merupakan bukti bahawa segala transformasi ekonomi, politik dan fizikal akan dilengkapi dengan transformasi sosial - transformasi yang akan melihat kepentingan nilai peribadi dan kualiti diri setiap anak Malaysia nanti.
77. Saya bukan hanya bercakap sebagai Ketua Pemuda, hanya sebagai Menteri Belia, tetapi juga sebagai seorang bapa. Agenda sosial baharu ini diperlukan sekarang juga. Pelbagai isu sosial membelenggu dan mencengkam masyarakat, terutamanya anak muda Melayu hari ini - dera dan buli lebih 14 kes sehari, ponteng sekolah lebih 70 kes sehari, dadah lebih 84 kes sehari, anak luar nikah lebih 131 kes sehari dan cerai pula lebih 184 kes sehari. Jumlah yang saya sebutkan tadi adalah kes yang direkodkan - jumlah sebenarnya hanya Allah jualah yang tahu.
78. Menuju ke TN50 nanti, masyarakat dan generasi muda akan berhadapan dengan cabaran yang berbeza berbanding apa yang kita depani hari ini. Mereka bukan hanya berhadapan gejala sosial yang biasa tetapi juga gaya hidup sedentari, masalah kesihatan mental, ketagihan skrin dan budaya mencemuh dan mengecam seperti cyber bully. Nilai kekeluargaan di rumah pula sudah tidak seperti semalam - ibu bapa melayan Facebook dan Whatsapp 24 jam, anak-anak pula melayari kehidupan di alam maya hingga kurang interaksi sebenar.
79. Jika tiada penekanan kepada agenda sosial, fabrik masyarakat akan koyak dek arus zaman, akan rabak dek teknologi dan modernisasi. Akhirnya, anak muda kita akan hanyut dalam dunia sendiri, tersisih dari gelombang transformasi - dan selama-lamanya gagal penuhi potensi.
80. Sebagai Ketua Pemuda, saya tidak sanggup melihat Malaysia dibawa ke tahun 2050 tanpa setiap satu anak mudanya dibawa bersama. Maka Pemuda akan memberikan sokongan dan kerjasama penuh kepada SERI untuk meneliti permasalahan sosial ini. Transformasi kerajaan dah cantik, transformasi ekonomi dah cantik, transformasi politik pun dah cantik. Kita lengkapkan ia dengan transformasi sosial supaya tidak ada seorang pun anak bangsa yang ketinggalan.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin ketika menyampaikan ucapan dasarnya di Pusat Dagangan Dunia Putra pada 6 Disember 2017. - Astro AWANI/Shahir Omar
Saudara Perwakilan Sekalian,
81. Kerajaan yang bertanggungjawab adalah kerajaan yang memperbetulkan kekurangan lalu, menguruskan keutamaan dan cabaran semasa serta merancang yang terbaik untuk masa depan. Inilah tunjang bagi transformasi sebenar.
82. Surat Al-Anfal Ayat 53 ada menyebut:
83. Yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri."
84. Nikmat kita hari ini adalah transformasi sebenar yang dilaksana, bukan janji manis palsu yang dijaja. Itulah nikmat dalam realiti sejati. Jangan kerana terikut-ikut emosi, kita pangkah undi semata-mata nak mencuba yang baharu. Kita tolak nikmat yang sekian lama kita kecapi. Kita tak bersyukur dengan nikmat yang diberi. Jangan nanti bila hilang kenikmatan tersebut, menyesal kita di kemudian hari. Yakinlah bahawa transformasi sebenar inilah nikmat sejati, jangan diubah-ubah lagi.
85. Namun, di sebalik kejayaan kita selama ini, saya akui, kami juga tidak sempurna - ada khilaf dan cacat celanya. Kerana itulah lumrah manusia, tidak lari dari salah dan dosa. Dan untuk itu, saya mohon ampun dan maaf di atas segala salah dan silap kami. Namun, apabila rakyat menilai keseluruhan rekod pentadbiran sedia ada, mereka akan menyedari bahawa lebih banyak baik dari buruknya. Janganlah membiarkan satu dua kekurangan mengaburi segala kejayaan yang telah dikecapi.
86. Saya tahu rakyat berada di persimpangan dilema - memilih kami atau pihak di sana. Jika boleh saya berpesan - dalam memilih nanti, nilai sedalamnya dan kaji seluruhnya. Perhati segala. Pilih dengan adil dan bijaksana. Do so on balance. Timbang yang baik, timbang juga buruknya - setelah itu, pilihlah yang terbaik untuk kita dan anak cucu kita.
Saudara Perwakilan Sekalian,
87. Sudah lebih satu jam saya bercakap tentang pilihan raya dan pilihan yang ada pada kali ini. Yang jelas, pilihan yang terbaik dan terbukti adalah transformasi sebenar yang kita bawa. Transformasi Sebenar oleh Kerajaan Barisan Nasional, oleh Dacing di bendera biru.
88. Maka mesej terakhir saya pada pagi ini adalah tentang persediaan parti. Persediaan kita sebagai UMNO. And I want to be quick and direct. Tiada lagi berkias bersulam seni, hanya mesej pendek dan jelas untuk semua sebelum melangkah ke medan perang.
89. Yang pertama - kita sudah tawarkan diri sebagai kerajaan masa depan melalui TN50. Maka kita juga perlu tawarkan diri sebagai parti masa depan. Kita perlu yakinkan rakyat bahawa UMNO adalah a party of the future, dan bukan lagi parti semalam. Namun, bagaimana nak buktikan UMNO parti masa hadapan? Tunjukkan UMNO yang segar dari segi pemikiran, UMNO yang segar dari segi pendekatan, UMNO yang segar dari segi tawaran kita untuk Melayu Maju seperti dibawa UMNO Johor. Namun bukti yang paling senang dan nyata - segar dari segi rupa bentuk calon yang akan kita bariskan.
90. Keduanya, solidariti kita kepada parti. Kita jangan pandang enteng cabaran yang dibawa parti serpihan yang keluar daripada UMNO. Walaupun kita yakin UMNO lebih kuat, UMNO lebih hebat, kita jangan lupa bahawa parti Bunga ini akan tetap mencedok dari kolam penyokong yang sama.
91. Jadi kita perlu ada solidariti kepada parti. Jangan langsung ada rekahan apalagi keretakan dalam UMNO. Semakin banyak rekah dan retak kita, semakin banyak penyokong yang akan dicedok oleh mereka. Sebagai contoh mereka yang tidak terpilih menjadi calon. Jika yang tidak terpilih ini tak ada solidariti, mudahlah mereka menjadi sasaran, penyokong-penyokong mereka akan dicedok parti lawan. Isu ini mungkin kelihatan kecil tetapi bibit-bibit keretakan inilah yang akan meruntuhkan UMNO dari dalam.
92. Maka sayangilah UMNO lebih dari kita sayang diri sendiri. Jangan sekali gadaikan solidariti kepada parti. UMNO inilah yang telah membawa kita di mana kita berdiri hari ini. Jangan kerana pentingkan diri, kita dengan mudah berpaling ke pihak lawan. Tak jadi calon pun tak apalah, asal parti kita menang. Jangan gadaikan maruah dan harga diri, jangan pentingkan agenda peribadi, sampai UMNO rebah tak mampu berdiri.
93. Ketiga, solidariti kita sebagai sebuah parti. Saat ini, keutamaan kita adalah pilihan raya, dan bukan pemilihan parti. Yang perlu kita fikirkan sekarang adalah tentang strategi pilihan raya, pasal taktik nak tambah kerusi, cara nak menangi hati pengundi. Jangan kita pening memikir pasal pemilihan parti, fikir pasal pemimpin mana yang nak diundi nanti.
94. Biar kita ke medan perang dengan hati yang tenang, dengan fikiran yang lapang. Jangan terbeban dengan persoalan siapakah yang perlu diundi nanti. Jadi, we settle the big question today, tak perlu lagi dibelenggu persoalan ini. Maka dengan itu, di pentas ini Pemuda nak cadangkan - bila menang pilihan raya nanti inshaAllah, jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tak perlu dipertandingkan, dan kita beri sokongan sebulat hati kepada Dato Sri Najib Razak dan Datuk Seri Zahid Hamidi untuk terus kemudi parti. Buang sarat persoalan itu jauh-jauh, sekarang kita fokus bagi BN menang besar.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin bersalam bersama bekas perdana menteri Tun Abdullah Badawi selepas penyampaikan ucapan dasarnya pada 6 Disember 2017. - Astro AWANI/Shahir Omar
Sidang perwakilan sekalian,
95. UMNO sebagai sebuah gerakan siasah Melayu, bukan sahaja memayungi sebagai khemah besar buat semua orang Melayu, tetapi juga parti yang menjadi nadi dan teras muafakatnya seluruh rakyat Malaysia, di bawah Barisan Nasional. Itulah keramatnya UMNO. Wadah orang Melayu yang bukan sahaja menjaga bangsanya tapi juga bangsa lain. Parti yang mencerminkan sifat terpuji orang Melayu sebagai bangsa pemimpin. Parti yang tak mampu dipisah dari denyut nadi sejarah negara dan tak rela api perjuangannya terpadam jua - bukan sahaja orang Melayu dan agama Islam tetapi roh negara majmuk ini sendiri. Parti yang menjadi tunjang tertubuhnya Perikatan hingga membawa kemerdekaan ke hari ini.
96. Namun, parti UMNO kini berdepan dengan orang Melayu yang berada di persimpangan jalan - antara mantap dengan perpaduan atau ranap dengan perpecahan. Hari ini, bangsa kita berpecah belah dek pilihan politik yang tumbuh melata, orang Melayu bercakaran hingga tidak lagi sehaluan. Apakah bangsa kita sanggup menjadi umpama buih di lautan, nampak banyak kelihatan tapi sekali ditepuk pecah bertebaran. Apakah kita rela negara dituba, oleh kelompok yang hanya mengejar kuasa? Insaflah, pilihan raya kali ini bukan hanya penting bagi masa depan Malaysia, tetapi juga masa depan bangsa.
97. Kepada bangsaku izinkan saya berpesan, bermuafakatlah. Bak titah amanat Tuanku Sultan Johor minggu lalu - muafakat, tanpa kompromi. Jangan kita terlena dibuai mimpi, jangan kita terpedaya dengan bait halus penjaja janji, kelak bangsa tersungkur di kemudian hari, dengan sesal yang tak berguna lagi. Sanggupkah kita menghadap bangsa yang tertiarap di tanah sendiri, mewariskan parti UMNO sekadar di nota kaki? Sekali Melayu kehilangan kuasa kerana berbalah dan bersengketa, musnahlah harapan dan masa depan bangsa. Sekali kuasa Melayu berpecah di peti undi, ia tak mungkin bercantum kembali. Jika terlepas apa di tangan, apalah yang dapat digenggam lagi.
98. Maka, pergunakanlah segala daya dan upaya bagi mengembalikan sokongan politik orang Melayu untuk mengundi UMNO sebagai parti utama, seterusnya memayungi umat Melayu dan rakyat Malaysia sepanjang masa. Berpadulah tenaga bersama rakan-rakan komponen kita di bawah panji Barisan Nasional bagi membawa rakyat Malaysia terus maju dan makmur, rukun damai, hidup bersama ke gerbang sentosa.
99. Oleh itu, saudaraku semua, bangkitlah kita berjuang demi agama, bangsa dan nusa. Inilah ikrar kita, inilah sumpah setia Pemuda. Kita mara siap siaga, berpadu tenaga, bersatu hati ke medan pilihan raya di bawah teraju Panglima kita, Dato' Sri Najib Tun Razak. Sekarang ini kita mara, undur bukan pilihan. Sekarang ini kita lawan, gentar sesekali jangan. Sekarang ini kita gempur, berjuang habis-habisan.
100. Hidup UMNO!
101. Hidup UMNO!
102. Hidup UMNO!
103. Wabillahi taufiq wal hidayah wassalamu alaikum wbt.
Rombongan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau telah tiba di KLIA untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO tahun 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur.
UCAPAN DASAR KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA , DATUK MAS ERMIEYATI SAMSUDIN , DI PERHIMPUNAN AGUNG PUTERI UMNO 2017 DI DEWAN MERDEKA , PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA , KUALA LUMPUR PADA 6 DISEMBER 2017
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin menyampaikan ucapan Dasar di Persidangan Pergerakan itu pada Perhimpunan Agung UMNO tahun 2017 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra ,Kuala Lumpur
MENTALITI NEGARAKU MEMPERKASA WANITA KE ARAH KECEMERLANGAN
Pembukaan
Bismillah Hir Rahman Nir Rahiim
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam Negaraku, Salam 1 Malaysia
YBhg Puan Pengerusi Tetap Pergerakan PUTERI UMNO Malaysia
YAB / YB Wakil Majlis Tertinggi UMNO Malaysia
YBhg Naib Ketua Pergerakan PUTERI UMNO Malaysia
YB Penolong Setiausaha Pergerakan PUTERI UMNO Malaysia
YBhg Ketua Penerangan Pergerakan PUTERI UMNO Malaysia
Y. Berusaha Pen. Bendahari PUTERI UMNO Malaysia
YB / YBhg Barisan Exco dan Ketua Pergerakan PUTERI UMNO Negeri-Negeri
Yang Dialukan Para Mantan Ketua Pergerakan PUTERI UMNO Malaysia
Yang dikasihi Para Perwakilan Sekalian
Turut Dialukan Para Pemerhati, Dif-Dif Jemputan & Rakan-Rakan Media Yang Dikasihi
Merpati putih terbang melayang,
Hinggap sebentar di pohon merpati;
Selamat Datang Perwakilan ku sayang,
Ke Persidangan PUTERI UMNO saban tahun di nanti.
Arjana Bangsa Semangat Revolusi,
Tak akan goyah sama sekali;
Rumah agam UMNO pusaka pertiwi,
Himpunan wanita muda UMNO yang sejati.
1.Selamat datang kepada seluruh perwakilan dan pemerhati. Saya yakin kehadiran pada hari ini bukan sahaja akan dapat merapatkan saf perjuangan, malah, kita semua juga dapat mengecap luapan semangat ulang tahun UMNO yang ke-71. Marilah sama-sama kita manfaatkan peluang ini untuk mengeratkan silaturahim di samping memperjuangkan agenda agama, bangsa, dan negara demi memperkasakan wanita muda dan menjamin kelestarian perjuangan parti.
2.Semoga persidangan kali ini akan menjadi sebahagian daripada episod penting perjalanan perjuangan kita. Kewujudan PUTERI hari ini mesti dilihat dalam perjalanan perjuangan UMNO yang panjang. Justeru, kita semua mesti menganggap persidangan ini sebagai suatu peluang untuk memastikan perjuangan kita terus relevan. Insya-Allah, pelbagai cadangan bernas dari hati yang ikhlas akan memastikan kuasa politik Melayu terus tegak berdiri buat teduhan rakyat jelata pelbagai bangsa.
3.Pada masa yang sama, saya menzahirkan rasa simpati kepada mangsa-mangsa banjir di seluruh pelusuk tanah air. Ada di antara kita yang tidak dapat bersama dalam Perhimpunan kali ini, tetapi doa dan ingatan PUTERI UMNO sentiasa bersama dengan mereka. PUTERI UMNO Malaysia juga ingin menzahirkan ucapan takziah kepada Saudari Azuana, Pemangku Ketua PUTERI UMNO Bahagian Pontian atas kehilangan ayahanda tersayang. Al-fatihah.
Ketua Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin hadir bersama keluarga ke Perhimpunan Agung Puteri pada Perhimpunan Agung UMNO di Dewan Tun Hussien Onn Pusat Dagangan Dunia Putra , Kuala Lumpur
PEMERKASAAN WANITA
Imbasan Sejarah Wanita Dalam Islam
Para perwakilan PUTERI sekalian,
4.Peranan wanita sangat penting dalam kehidupan. Jika kita membaca sejarah tamadun Barat, hak-hak wanita mula diperjuangkan oleh mereka secara serius dan konsisten lebih kurang 100 tahun yang lalu. Sebaliknya, Islam mengangkat wanita sejak awal kemunculannya. Ketika Barat berbahas tentang keperluan untuk memberikan kedudukan sama rata terhadap wanita, Islam sejak 1400 tahun yang lalu telah meletakkan syurga di bawah tapak kaki kaum Hawa. Malah dalam sejarah peradaban Islam, peranan wanita tidak hanya dicatatkan dalam membangunkan institusi kekeluargaan, tetapi memainkan peranan yang utama dalam pembinaan tamadun.
5.Sebagai contoh, lihat sahaja peranan yang dimainkan oleh Saidatina Aisyah R.A. Dalam pandangan popular, Saidatina Aisyah R.A. dikenali sebagai seorang suri teladan yang menghiasai kehidupan rumah tangga Rasulullah SAW sejak usianya 9 tahun. Namun, dalam konteks sejarah, Saidatina Aisyah R.A diiktiraf sebagai seorang ilmuwan awal yang besar. Dalam kitab sahih Bukhari sahaja, beliau meriwayatkan 300 hadis. Sepanjang hidupnya, beliau dikatakan meriwayatkan 1210 hadis. Pengetahuannya tentang puisi Arab dan ilmu perubatan juga dilaporkan begitu menakjubkan. Nabi Muhammad SAW sendiri pernah menyarankan umat Islam pada waktu itu turut belajar daripada Saidatina Aisyah.
6.Selain itu, wanita juga turut memainkan peranan yang besar dalam peperangan. Sebagai satu contoh, Nusaybah atau Ummu Umarah, telah memainkan peranan penting dalam banyak peperangan utama termasuklah Perang Uhud, Khaibar, Hunain dan Yamamah. Tindakan-tindakan heroik Nusaybah dalam banyak peperangan khususnya dalam Perang Uhud telah menyebabkan Rasullulah SAW berdoa agar Nusaybah menjadi teman Baginda di syurga.
7.Terdapat banyak lagi contoh jika kita ingin melihat peranan wanita sepanjang tamadun Islam. Namun, kata Imam Ghazali, contoh yang sedikit sudah memadai untuk orang yang cerdik. Dua contoh ini sudah cukup sebagai penegasan betapa Islam mengiktiraf peranan wanita dalam pelbagai aspek kehidupan.
Menyelusuri Perjuangan Wanita Muda Buat Watan
Kehebatan wanita jangan disangkal,
Berjuang hingga bergolok gadai;
Perjuangan serikandi jadikan bekal,
Agar tidak ditelan badai.
Para perwakilan yang saya kasihi,
8.Perkara yang sama juga turut dijiwai oleh srikandi wanita muda kita seperti yang ada dalam sejarah perjuangan kemerdekaan bangsa. Lihat sahaja kisah perjuangan Ibu Zain. Ketika umurnya baru 17 tahun, beliau telah menubuhkan sebuah sekolah untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan atas perbelanjaannya sendiri. Selain Ibu Zain, lihat pula sosok "Iron Lady of Malaya", Khadijah Sidek. Ketika usia Khadijah Sidek menjangkau 29 tahun, beliau berjuang hingga ke Singapura untuk menyuntik kesedaran politik dalam golongan wanita.
9.Kita juga memiliki sosok yang istimewa seperti Fatimah Hashim, wanita pertama yang dilantik sebagai Menteri Kabinet Malaysia. Biarpun ketika dilantik beliau sudah 45 tahun, namun, beliau bergerak aktif dalam UMNO Johor Bharu sejak berusia 21 tahun lagi. Tidak dilupakan juga ketokohan Aishah Ghani yang tercatat dalam sejarah perjuangan kemerdekaan negara. Ketika umurnya baru 22 tahun, beliau telah mengetuai Angkatan Wanita Sedar, sebelum keluar menyertai UMNO pada usia 26 tahun. Sejarah kemudiannya mencatatkan beliau menjadi wanita pertama yang dilantik menjadi senator.
10.Walau bagaimanapun, mungkin keempat-empat wanita tadi sudah sinonim dengan pengetahuan kita. Sebab itu saya juga ingin sebutkan tentang seorang wirawati yang tidak didendangkan, Datuk Siti Rahmah Kasim. Inilah orangnya yang menyerahkan gelang emas bagi membiayai perjalanan Tunku Abdul Rahman ke London untuk menuntut kemerdekaan. Saya juga ingin menyebut tentang Datuk Tengku Noor Asiah Tengku Ahmad. Sejarah memberitahu kita bahawa inilah wirawati yang berjaya menyatukan UMNO Kelantan ketika krisis politik di negeri itu meruncing, sehingga menyebabkan penubuhan Parti Melayu Semangat 46. Waktu tersebut umur beliau hanyalah 26 tahun.
11.Kesemua tokoh UMNO yang saya bawakan dalam persidangan kita pada hari ini terlibat dengan perjuangan parti ketika usia masih muda. Jika hendak dibandingkan, umur tokoh-tokoh wanita ini tidak jauh bezanya dengan umur para perwakilan PUTERI di hadapan saya pada hari ini.
11.Kita memahami bahawa cabaran dan realiti wanita muda ketika usianya mula melepasi usia 20-an. Namun, tokoh-tokoh yang disebutkan tadi juga turut mengalami cabaran yang sama. Malah, cabaran mereka lebih getir kerana terpaksa berhadapan dengan persepsi masyarakat tradisional yang agak tertutup terhadap wanita Melayu yang aktif. Namun, mereka melaluinya tanpa menggadaikan kehalusan budi pekerti dan kebijaksanaan seorang wanita Melayu.
12.Justeru, mereka memang layak menjadi sumber inspirasi kepada wanita muda untuk terus meninggalkan bekas dalam sejarah perjuangan UMNO. Sudah terbukti, wanita-wanita muda yang disebutkan tadi ialah tangan yang menghayun buaian. Tetapi, tangan yang sama jugalah yang membangunkan anak bangsa dari lena yang panjang! Justeru, ayuh PUTERI! Wanita muda UMNO, kita teruskan perjuangan ini!
60 Tahun Kemerdekaan: Pemerkasaan Wanita Muda di Malaysia
Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tawau di Perhimpunan Pergerakan Puteri UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Dewan Tun Hussien Onn Pusat Dagangan Dunia Putra , Kuala Lumpur
Para perwakilan PUTERI yang dihormati,
13.Setelah merdeka 60 tahun yang lalu, kerajaan yang ditunjangi UMNO dan BN telah melaksanakan pelbagai dasar untuk agenda pemerkasaan wanita muda. Kesannya sangat besar sekali sehingga memungkinkan golongan wanita muda mencipta nama pada peringkat yang sangat tinggi. Rom tidak dibina dalam masa sehari. Jika menanam pisang juga mengambil masa berbulan-bulan untuk menuai hasil, apatah lagi jika kita bercakap dalam konteks kesan dasar pemerkasaan wanita. Sebab itulah kita tidak harus memisahkan kejayaan ramai wanita muda pada hari ini daripada agenda dan dasar-dasar kerajaan tersebut.
14.Hal ini termasuklah pencapaian Nur Adlyka Ainul Annuar. Baru-baru ini beliau yang bertindak sebagai ketua penyelidik bersama-sama sekumpulan ahli astronomi dunia berjaya membuktikan kewujudan lohong hitam super massive, yang tersembunyi di lingkaran kosmik semesta. Sebelum ini, Nur Hafizah Isa juga terlibat dalam satu kajian dengan sekumpulan saintis dan berjaya membuktikan Teori Gelombang Graviti yang diramal kewujudannya oleh Albert Enstein kira-kira 100 tahun lalu. Sukar untuk kita bayangkan pencapaian kedua-dua wanita muda tersebut tanpa dasar-dasar kerajaan yang begitu menitikberatkan peranan wanita muda dalam pembangunan minda kelas pertama.
15.Pada masa yang sama, kita juga harus meraikan tindakan-tindakan proaktif wanita muda yang bertujuan meningkatkan keyakinan anak bangsa. Kejayaan wakil tunggal Pasukan Kembara Srikandi Prihatin, Ummu Farah Haidar Zulkifli yang telah berjaya mengibarkan Jalur Gemilang di puncak Gunung Elbrus yang merupakan puncak tertinggi di Eropah pada September yang lalu. Pada hari ini, beliau bersama-sama dengan kita di dalam dewan ini. Kejayaan beliau bersama-sama kumpulannya dalam ekspedisi tersebut merupakan lambang keberanian wanita muda. Kejayaan itu patut kita banggakan dan terus galakkan. Berikan tepukan buat kumpulan ekspedisi ini.
Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tawau merakamkan setinggi Penghargaan dan terima kasih kepada YB.Datuk Tawfiq bin DSP AB Titingan diatas kepimpinan beliau yang telah banyak membantu pergerakan itu baik dalam apa juga keperluan semasa mereka menjalankan aktiviti aktiviti untuk UMNO Bahagian Tawau. Episod seterusnya mereka tidak lagi bersama Puteri UMNO kerana batas had Umur seperti yang termaktub dalam Perlembagaan UMNO. Kita doakan semoga mereka akan teruskan perjuangan untuk membela nasib orang orang Melayu Bumiputra yang diperjuangkan oleh UMNO sejak sekian lama.
Hadirin dan hadirat,
16.Di bawah kepimpinan mantap YAB Perdana Menteri, melalui dasar dan polisi serta mengambil kira pemerkasaan Bumiputera sebagai agenda nasional kini telah mula menampakkan kesannya. Sewaktu beliau menerajui negara pada tahun 2009, pendapatan kasar isi rumah rakyat Malaysia secara purata dianggarkan RM 3624. Hari ini ianya meningkat kepada dua kali ganda iaitu RM 6267. Malah, insiden kemiskinan Bumiputera berjaya diturunkan daripada 5.3 peratus pada tahun 2009 kepada 0.5 peratus pada tahun lalu. Begitu juga dengan KDNK negara pada suku tahun ketiga yang meningkat kepada 6.2 peratus di bawah kepimpinan 'Najibnomics'
17.Sebelum pembentangan Bajet 2018 oleh YAB Perdana Menteri, PUTERI UMNO telah menganjurkan Perbincangan Meja Bulat bersama 17 NGO Wanita dan Sahabat PUTERI BN berhubung harapan dan aspirasi wanita muda terhadap Bajet 2018. Hasil dapatan bengkel kemudian diserahkan dan cukup dialu-alukan oleh YAB Perdana Menteri. Dengan ini Pergerakan PUTERI UMNO ingin menyatakan penghargaan yang tinggi terhadap YAB Perdana Menteri kerana turut memasukkan beberapa cadangan PUTERI UMNO seperti yang kita usulkan ke dalam Bajet 2018. Ini terbukti YAB Perdana Menteri ialah seorang pemimpin yang prihatin dan mesra terhadap orang dan wanita muda. Selagi PUTERI UMNO berpaksi, selagi itulah kami akan berjuang demi kemaslahatan wanita muda Malaysia.
Menyahut seruan Perdana Menteri,
Lahirkan generasi martabat tertinggi;
Ayuhlah semua sahabat PUTERI,
Sama-sama kita lahirkan ADAM Fifty.
18.Antara usul wanita muda yang menjadi keprihatinan kami dan telah diberi perhatian oleh YAB Perdana Menteri ialah ADAM 50, penambahan peruntukan SL1M, peruntukan untuk usahawan muda, dana untuk memudahkan generasi muda membuat pinjaman, kemudahan untuk ibu yang mengandung dan penyediaan lebih banyak taska di premis-premis kerajaan. Lebih menarik lagi, beliau turut mengisytiharkan tahun 2018 sebagai Tahun Memperkasa Wanita.
Bintang kejora di dada malam,
Dalam gelap bagai kerongsang;
Jika esok seakan kelam,
Ambil darahku supaya terang.
19.Pergerakan PUTERI UMNO menegaskan untuk memberikan komitmen yang tinggi untuk turut bersama menjayakan objektif Bajet 2018. Pemerkasaan wanita sangat berkait rapat dengan pengukuhan institusi kekeluargaan. Keluarga bukan sahaja tunjang kepada pembangunan peribadi, malah mekanisme terawal dalam pembentukan masyarakat dan negara yang sejahtera.
20.PUTERI UMNO Malaysia melihat inisiatif Bajet 2018 dengan positif. Inisiatif penambahan cuti bersalin daripada 60 kepada 90 hari mesti dipuji. Kami juga mengalu-alukan pelepasan kepada pasangan untuk pulang bekerja lebih awal apabila isteri mengandung. Terima kasih YAB Perdana Menteri kerana memanifestasikan suara hati golongan wanita muda.
21.Oleh sebab itu, saya ingin menzahirkan kegembiraan tersebut dengan berkongsi keprihatinan PUTERI khusus dalam soal pelaksanaan Bajet 2018. Tidak ada seorang isteri pun yang ingin melalui fasa selepas bersalin berseorangan. Hakikatnya, keadaan fizikal wanita selepas bersalin masih lemah manakala emosi mereka pula mudah terganggu. Tetapi, mereka juga perlu melaksanakan tanggungjawab sebagai suri rumah. Makanan perlu disiapkan, pakaian mesti dicuci dan rumah harus dikemas. Beban ini akan dapat dikurangkan dengan kehadiran suami di sisi.
22.Oleh yang demikian, PUTERI juga ingin mencadangkan untuk menambah jumlah cuti kelahiran anak bagi kaum bapa untuk membantu dan menyokong kaum ibu yang melahirkan anak. Saya yakin, jika keprihatinan ini dapat dizahirkan, tragedi yang menimpa seorang ibu yang masih dalam pantang di Kulai, Johor pertengahan tahun ini mungkin tidak akan berulang.

AHLI Pergerakan Puteri UMNO hadir pada Majlis Perhimpunan Agung Puteri UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. - Foto Salhani Ibrahim
Teman perjuangan sekalian,
23.Statistik menunjukkan 171,252 penceraian berlaku dalam kalangan pasangan Muslim dari tahun 2014 hingga 2016 sahaja. Di sebalik kebimbangan melihat angka-angka tersebut, kita juga harus memikirkan nasib wanita dan anak yang turut menjadi mangsa keadaan. Situasi bertambah teruk kerana kebanyakan mereka mempunyai kefahaman yang rendah terhadap undang-undang syariah. Di Terengganu, sebanyak 1,371 kes ingkar perintah nafkah yang diadukan sejak 2010 hingga 2016. 588 kes difailkan ke Mahkamah Syariah Terengganu bagi tujuan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah. Sehubungan itu, PUTERI ingin mengusulkan Bahagian Sokongan Keluarga perlulah diperkasakan dalam memastikan isu nafkah ini dapat diselesaikan tanpa perlu perintah pelaksanaan.
24.Lantaran itu, PUTERI menyambut baik pelantikan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Datuk Seri Dr Zaleha Kamarudin sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Syariah. Kami juga sangat mengalu-alukan pelantikan beberapa hakim wanita mahkamah rendah syariah di Kuala Lumpur, Melaka, Sabah, Perlis dan Kelantan. Kebijaksanaan ini pasti memberikan kesan yang signifikan lebih-lebih lagi majoriti plaintif di mahkamah syariah ialah golongan wanita. PUTERI melihat ada kewajaran yang tinggi untuk terus menambah hakim-hakim wanita dari masa ke masa.
25.Selain itu, PUTERI juga menyedari pelbagai isu penceraian yang lewat di mahkamah juga berkait rapat dengan profesionalisme dan intergriti amalan oleh peguam syariah sendiri. Untuk itu, cadangan PUTERI tahun lepas agar penubuhan Majlis Peguam Syari'e Malaysia yang mempunyai fungsi yang menyamai "Majlis Peguam Malaysia" haruslah dilaksanakan segera. Badan ini jika ditubuhkan kelak, akan memberikan kesan positif termasuk meningkatkan kredibiliti dan integriti pengamal undang-undang syariah yang seterusnya mampu mengelakkan kes-kes yang menindas golongan wanita terlibat.
26.Inisiatif pemerkasaan wanita dalam Bajet 2018 juga perlu dilihat selari dengan isu kebejatan moral dalam kalangan generasi muda. Terdapat perkaitan sebab akibat yang kukuh antara isu kebejatan moral dengan keruntuhan institusi kekeluargaan. Baru-baru ini, insiden kebakaran tahfiz yang mendapati tujuh orang kanak-kanak terlibat. Sebelum itu, kita digemparkan dengan berita seorang mahasiswa didera dengan seterika panas sehingga menyebabkan kematian.
PERGERAKAN Puteri UMNO Bahagian Sri Gading bergambar bersama sebelum masuk ke dalam dewan pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. - Foto Aziah Azmee
27.Ini hakikat pahit yang perlu kita hadapi dengan rasional, bukannya dengan emosional. Oleh sebab itu, ketika kita mengkritik golongan terbabit, kita juga harus memikirkan akibat daripada pelakuan jenayah itu khususnya kepada kaum keluarga tertuduh. Kita tidak mahu nasib kaum keluarga mereka seperti jatuh ditimpa tangga. Sudahlah anak-anak kini didakwa, sesetengahnya pula menjadi harapan masa depan keluarga, kini mereka terpaksa pula berhadapan dengan pelbagai kesan rentetan yang sebenarnya boleh dielakkan. Justeru, mekanisme tertentu perlu difikirkan bersama mengenai hal ini.
Teman-teman seperjuangan,
28.PUTERI juga ingin menyentuh soal yang sangat berkait rapat dengan peluang ekonomi dan kerjaya. PUTERI berasa terpanggil menyuarakan kebimbangan atas beberapa isu. Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) tidak dinafikan keupayaannya dalam meningkatkan kebolehpasaran dan keupayaan graduan. Namun, kita juga harus menyedari bahawa tiada panduan yang jelas dalam memastikan semua peserta SL1M melalui latihan yang serupa. Sesetengah syarikat hanya mengambil pelatih tanpa menyediakan latihan industri yang sewajarnya. Keadaan ini umpama melepaskan batuk di tangga. Malah, terdapat juga syarikat menggunakan tenaga pelatih melebihi tugasan tenaga tetap yang bekerja di syarikat tersebut. Justeru, mekanisme dan panduan yang jelas perlu diambil bagi memastikan situasi menang-menang berlaku di mana syarikat memperolehi tenaga kerja dan peruntukan manakala graduan pula memperolehi kemahiran dan pekerjaan jika mereka benar-benar terbukti berpotensi.
29.Di balik isu-isu berkaitan graduan SL1M yang sering ditimbulkan, kita ingin menampilkan kejayaan bekas pelatih SL1M pada hari ini. Saudari Pajilawati Sakibun merupakah salah satu testimoni terbaik dalam menggambarkan kejayaan SL1M untuk melahirkan tenaga kerja yang berkebolehan. Beliau merupakan seorang anak nelayan di Kudat yang ayahnya mempunyai sebuah perahu sahaja. Kecekalan beliau menghadapi dugaan hidup serta keberanian mencuba SLI1M bersama Malaysia Airlines System (MAS) pada akhirnya telah menyebabkan beliau diserap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pelanggan. Bayangkan, keperitan yang ditempuhi oleh Pajilawati dan keluarganya yang makan bubur beserta garam, hari ini menemui sinar bahagia buat diri dan keluarganya apabila beliau menyertai program kendalian SL1M.
30.Pada masa yang sama, PUTERI melihat keupayaan wanita dalam dunia usahawan pastinya boleh ditingkatkan lagi dengan usaha-usaha berterusan kerajaan. Bantuan keusahawanan kepada wanita sebelum ini telahpun dilakukan melalui pelbagai inisiatif seperti melalui MyWin Academy, AIM dan TEKUN. Usaha yang berbentuk keusahawanan jelas mampu mencungkil bakat-bakat perniagaan yang dimiliki oleh wanita muda pada hari ini. Malah, tanggapan bahawa wanita bekerjaya perlu ada di pejabat sudah tidak relevan lagi dalam konteks masyarakat kita yang turut dibentuk oleh perkembangan teknologi maklumat. Suri rumah juga boleh menceburkan diri dalam bidang perniagaan melalui inisiatif-inisiatif yang ditawarkan oleh kerajaan dengan syarat mereka didedahkan secara tersusun terhadap aktiviti perniagaan dalam talian (online).
AHLI Puteri UMNO hadir pada Majlis Perhimpunan Agung Puteri UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. - Foto Salhani Ibrahim
31.Pemerkasaan wanita juga sangat bergantung dengan usaha untuk membentuk mereka lebih berdikari. Kata pepatah Cina, berikanlah joran kepada orang yang lapar. Dengan itu, mereka akan memancing ikan untuk diri sendiri apabila mereka kelaparan. Justeru, usaha-usaha dan inisiatif yang berterusan termasuk seperti yang digariskan dalam Bajet 2018, akan mampu merapatkan jurang gender dengan lebih baik lagi selepas ini. Ini semua mesti dilakukan dengan lebih giat dan tersusun, lebih-lebih lagi ketika kita sedang bercakap tentang Revolusi Perindustrian 4.0.
32.Revolusi Perindustrian 4.0 berkisar tentang kehidupan yang berpaksikan kebijaksanaan tiruan (artificial intelligence), objek rangkaian Internet (Internet of Things- IOT), data besar (big data), dan penggunaan robotik. Hal ini akan memberikan pelbagai kesan kepada seluruh sudut kehidupan. Dalam bahasa yang mudah, kita akan menjalani kehidupan bentuk baru yang kurang menggunakan tenaga manusia. Contohnya, pembinaan bangunan akan menggunakan tenaga robotik sepenuhnya. Untuk membeli barang, kita tidak akan lagi ke pasaraya tetapi hanya membelinya melalui dalam talian. Gaya hidup kita sudah tentu akan berubah.
33.Jurang ekonomi antara golongan kaya dan miskin akan bertambah lebar. Ini akan memberikan kesan tersendiri kepada institusi kekeluargaan dan golongan wanita. Golongan yang memiliki modal yang besar pula akan mendominasi industri. Dalam masa yang sama, mungkin institusi kekeluargaan akan lebih kukuh kerana ibu dan bapa akan mempunyai masa yang lebih lama di rumah. Namun, apakah pula kesannya kepada interaksi sosial kerana manusia akan lebih kurang berinteraksi secara langsung? Ini hanya beberapa persoalan yang berbangkit daripada ribuan kemungkinan yang akan terjadi. Sebab itu, apapun yang akan berlaku, kita harus bertindak awal dengan mengadakan kajian yang komprehensif supaya kita dapat melihat dengan jelas kesannya secara menyeluruh terhadap institusi kekeluargaan dan golongan wanita.
34.Sebab itu, PUTERI melihat soal inovasi dan kreativiti adalah persediaan penting. Bukan sahaja untuk kaum wanita melangsungkan kehidupan sekarang, tetapi sebagai asas untuk berhadapan dengan orientasi kehidupan yang telah pun berubah. Kaum wanita muda mesti mengambil peluang untuk memohon dana yang disediakan oleh kerajaan sebagai usahawan untuk memasarkan produk yang dihasilkan. Amatlah rugi jika dunia berbicara tentang inovasi, tetapi orang Melayu jauh ketinggalan di belakang. Oleh sebab itulah, PUTERI UMNO bersedia menjadi agen penghubung antara agensi kerajaan dan golongan sasaran dalam memastikan usahawan Bumiputera bergerak seiring perkembangan terkini.
35.PUTERI UMNO juga ingin menyuarakan kebimbangan rakyat pada berkenaan peningkatan kos sara hidup. Namun, PUTERI sedar kerajaan telah berperanan dengan mewujudkan skim Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang terbukti membantu meringankan beban golongan berpendapatan rendah. Namun, PUTERI menyelar sikap peniaga yang mengambil kesempatan di atas kesempitan. Justeru, pihak KPDNK perlu memperketatkan lagi penguatkuasaan dan gerakan bersepadu juga perlu dilakukan supaya rakyat tidak ditekan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini.
Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tawau berkesempatan bersama YAB Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Tan Sri Musa Hj.Aman semasa jamuan yang diadakan diPutra World Trade Centre Kuala Lumpur , turut hadir Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP Abu Bakar Titingan Naib Ketua Bahagian UMNO Tawau.
Sidang perwakilan sekalian,
36.Dalam soal ruang kepimpinan, kita lihat kerajaan telah meletakkan kuota 30 peratus kepada wanita sebagai pembuat dasar. Tetapi, merujuk kepada ucapan YAB Perdana Menteri sewaktu merasmikan Women in Politics kelmarian, kita telah pun mencapai 35.6 peratus. Ini ialah suatu pencapaian yang amat membanggakan. Namun begitu, kuota yang kita tetapkan untuk sektor korporat belum tercapai. Sebab itulah, kita mengharapkan agensi korporat menanggapi pemerkasaan wanita dalam Bajet 2018 dengan serius.
MENTALITI NEGARAKU, MENTALITI KEMENANGAN
Hadirin dan hadirat,
37.Saya teringat baru-baru ini saya ke Ekspo Negaraku. Hati saya sangat tersentuh menonton klip video berkenaan seorang kanak-kanak disleksia yang bernama Alia. Disleksia menyebabkan Alia tidak dapat mengenal huruf dan nombor yang seterusnya sentiasa terkebelakang dalam akademik. Suatu hari, di dalam kelas, guru membuka peluang kepada murid-muridnya untuk berkongsi impian tentang pembangunan masa depan negara. Alia menjadi murid paling awal bangun. Dia bergerak ke hadapan kelas lalu terus menampalkan lakaran yang telah dibuatnya.
38.Kawan-kawannya terus mengetawakannya. Namun apabila hampir setengah lakaran Alia dilekatkan di hadapan, murid-murid lain mulai menyedari bahawa lakaran itu sedang membentuk satu imej kota yang sangat futuristik. Kawan-kawannya mula tertarik dan bangun menolongnya melekatkan kertas lakaran selebihnya. Setelah selesai, lakaran itu terbentuk sebagai suatu lakaran kota futuristik yang sangat menakjubkan. Saya tidak ingin berkongsi babak terakhir dalam klip video yang amat menyentuh hati itu. Pergilah ke Eskpo Negaraku yang berlangsung dan tontonlah sendiri. Namun, pengajaran terbesar dari kisah Alia adalah berkenaan Mentaliti Negaraku yang berkait rapat dengan Mentaliti Kemenangan. Biarpun mempunyai kekurangan, namun kekurangan itu tidak dijadikan penghalang untuk maju ke hadapan.
Hadirin sekalian,
39.Begitu jualah harapan Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri demi mengangkat aspirasi nasional yang mengutamakan keperluan rakyat. Banyak pandangan yang berbicara tentang pembangunan fizikal. Namun, kita juga perlu membicarakan sisi pembangunan jiwa anak bangsa. Hal ini dengan sendirinya menyentuh Mentaliti Negaraku yang menjadi modal penting untuk kita sama-sama merealisasikan TN50.
40.PUTERI ingin mengingatkan supaya kita jangan sesekali lupa paksi perjuangan UMNO yakni Agama, Bangsa dan Tanah Air ketika berbicara tentang TN50. Sudah jelas lagi nyata, agama Islam memainkan peranan dalam pembentukan keperibadian kita di wilayah ini ratusan tahun lamanya. Islam jugalah yang menjadi teras pembentukan dan perpaduan bangsa Melayu. Oleh sebab itulah, Islam harus mendapat gambaran yang betul dalam Mentaliti Negaraku. Dengan itu, TN50 yang ingin kita jelmakan menjelang tahun 2050, tidak akan lari daripada asas perjuangan UMNO yang disebutkan tadi.
41.Kita sedar realiti di kebanyakan dunia Islam hari ini memperlihatkan kesan yang bertentangan. Pertama, apabila mereka menjadi golongan majoriti di dalam sesuatu negara, mereka berpecah dengan mencari titik perbezaan perkauman, mazhab dan aliran pemikiran. Akhirnya, kestabilan politik tergugat yang seterusnya memacu konflik yang lebih besar, seperti peperangan di Syria dan Yaman. Dengan itu, Islam mungkin dihujahkan sebagai agen perpecahan.
42.Kedua, apabila populasi Islam menjadi minoriti di sesetengah negara, Muslim ditindas dan dinafikan haknya kerana dikatakan tidak mampu berasimilasi dengan budaya tempatan. Hal ini berlaku di Mynmar ketika ini sehingga regim tentera Aung San Suu Kyi menggunakan alasan itu untuk melakukan pembantaian dan pembersihan etnik Rohingya.
43.Kedua-dua hujah itu sebenarnya tidak relevan jika kita menjadikan pengalaman Islam di negara ini sebagai rujukan. Islam di sini memainkan peranan sejak kurun ke-12 sebagai penyatu dalam pembentukan identiti bangsa kita. Biarpun kita terdiri daripada pelbagai suku kaum, itu semua disatukan dengan konsep Melayu yang berteraskan Islam. Bayangkan situasi yang mungkin berlaku sewaktu kita ingin menubuhkan Malaysia dahulu jika kita semua membelakangkan Islam dan menekankan perbezaan antara suku kaum dan semangat kenegerian.
44.Walau bagaimanapun, kita sedar, perkembangan beberapa tahun belakangan di negara kita turut memperlihatkan Islam juga dijadikan asas kepada perpecahan. Namun, jika diteliti, hal ini mula berlaku akibat aliran Islam yang dibawa itu bertentangan dengan aliran yang menjadi majoriti dan mempunyai sejarah ratusan tahun di negara kita, yakni Ahli Sunnah Wal Jamaah. Oleh sebab itu, kita harus menekankan kembali fungsi dan peranan Ahli Sunnah Wal Jamaah agar persatuan di atas konsep Melayu Islam ini kembali kukuh.
45.Yang kedua, Islam yang dipraktikkan di Malaysia secara jelas memberikan ruang yang luas kepada golongan bukan Islam untuk mempraktikkan agama dan budaya mereka. Orang Melayu mungkin akan bersifat tertutup dan chauvinis, seterusnya akan menindas golongan minoriti jika bukan kerana dilarang dalam Islam. Orang Melayu di negara ini begitu terbuka dan meraikan kepelbagaian kaum kerana itulah anjuran Islam. Sebab itu, akomodasi kaum di Malaysia kelihatan lebih berjaya kerana faktor Islam yang melihat perbezaan kaum adalah suatu fitrah dan bukti Allah Yang Maha Bijaksana.
46.Dalam al-Quran, hal ini difirmankan Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat ke-13 yang berbunyi:
Wahai Manusia, sungguh kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian kami menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal...
47.Oleh sebab itu, saya bimbang dengan sikap sesetengah golongan di negara ini yang cuba menggambarkan orang Islam sebagai kolot. Malah, sesetengah golongan begitu Islamophobic. Saya menyarankan golongan ini berhenti bermain api dengan isu-isu berkaitan agama Islam. Baru-baru ini, Persatuan Hotel-Hotel Malaysia (MAH) membangkitkan isu larangan pemakaian tudung terhadap pekerja-pekerja hotel dalam negara ini. Malah saya yakin, ada premis perniagaan tertentu seperti di pasaraya yang melarang pekerja mereka untuk bertudung. Tindakan ini perlu kita kecam kerana bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf agama Islam sebagai agama Persekutuan. Tindakan-tindakan Islamophobic seperti ini patut dikekang sejak awal sebelum baranya mencetuskan api permusuhan dan perkauman yang lebih besar.
Barisan semut api PUTERI dan para pemerhati,
48.Mentaliti Negaraku juga berkait rapat dengan corak pemikiran yang terbuka dan sentiasa menerima idea-idea baru. Maksudnya, kita tidak akan sesekali menolak idea-idea bernas tidak kiralah dari manapun datangnya. Sikap seperti ini sangat berkait rapat dengan saranan Nabi Muhammad SAW sendiri supaya kita mengutip hikmah biarpun datang dari luar. Namun begitu, kita juga harus mempunyai kerangka sendiri agar sikap terbuka kita tidak bersifat semberono. Dalam erti kata lain, kita harus mempunyai bekas kita sendiri sebelum mula menceduk air lazat yang dihidangkan oleh tamadun asing.
49.Ciri penting seterusnya yang perlu ada dalam Mentaliti Negaraku ialah pemikiran yang menghargai asas-asas pembentukan negara seperti konsep ketuanan Melayu dan pengiktirafan terhadap Institusi Raja-Raja Melayu. Mentaliti Negaraku dalam TN50 sewajarnya akur terhadap peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang menerangkan tentang kedudukan Raja-raja Melayu.
50.Saya juga ingin menyentuh kepentingan golongan yang berada dalam industri kreatif. Menurut satu laporan, untuk tahun 2016, industri kreatif di Lembah Klang sahaja menyumbang RM 8.99 billion kepada negara. Hal ini menunjukkan satu gambaran yang signifikan. Walau bagaimanapun, hal ini tidak bermakna semua golongan yang berada dalam industri kreatif menerima faedahnya. Persepsi umum masyarakat hari ini pula sentiasa melihat golongan yang terlibat dalam industri kreatif hanyalah sebagai penghibur. Malah, tindakan pemain-pemain utama dalam industri hiburan yang terlalu menekankan keuntungan material, menyebabkan kreativiti golongan ini banyak dihabiskan sekadar untuk memenuhi kehendak pasaran.
51.Sebenarnya kumpulan yang terlibat dengan industri kreatif ini telah banyak menyampaikan mesej-mesej penting dan mampu mentransformasikan industri kreatif sebagai medium utama pendidikan dan pembinaan tamadun. Mereka juga boleh memainkan peranan dalam pembentukan Mentaliti Negaraku yang kita idamkan. Sebab itu, kerajaan dan pelbagai agensi yang berkenaan tidak harus memandang sepi peranan mereka. Mereka memerlukan pembelaan melalui polisi dan dasar yang jelas mengenai hala tuju mereka. Ini bagi memastikan golongan ini bukan sahaja dapat menyumbang kepada pembentukan Mentaliti Negaraku, malah, usaha mereka itu diberi galakan dan pertolongan ekonomi agar mereka tidak terpinggir dalam menikmati hasil mahsul negara yang akan terus bertambah menjelang tahun 2050.
LEGASI PUTERI UMNO
Sepohon cendana di tengah hutan,
Semerbak baunya ke pinggir desa;
Dalam dadaku cumamu teman,
Dirimu di hatiku sentiasa esa.
Buai diikat di dahan cemara,
Petang-petang mainan puteri;
Ayuh kotakan tiap bicara,
Jika disoal nyawa diberi..
KETUA Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin menyampaikan ucapan dasar di Perhimpunan Agung Puteri UMNO 2017 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. - Foto Mohd Yusni Ariffin
Di taman istana puteri menari,
Menanti inang mendapatkan ragi;
Bertahun tahun telah ku beri,
Jika ingin ambillah lagi.
Teman-teman seperjuangan, sidang hadirin dan perwakilan yang saya hormati.
52.Secara rasmi, inilah pentas terakhir untuk saya menyampaikan ucapan Dasar sebagai Ketua PUTERI UMNO Malaysia. Oleh itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli PUTERI UMNO, khususnya Exco PUTERI UMNO Malaysia, Ketua-Ketua PUTERI UMNO Negeri serta Ketua-Ketua PUTERI UMNO Bahagian, kepimpinan cawangan dan anda semua yang ada dalam dewan ini atau di luar sana. Andalah ialah wira tidak didendang yang sentiasa bersama-sama di belakang saya, bersama-sama jatuh dan rebah, bersama-sama bangkit dan terus maju, sepanjang mengharungi laluan perjuangan yang mencabar.
53.Bukan mudah untuk kita semua menggalas tugas ini. Setiap saat dan detik pasti ada saja cemuhan yang disebarkan. Pahit getirnya terlalu sukar dan berbisa. Sebab itu, sepanjang tempoh perjuangan, ada yang rebah menyembah bumi sebelum sampai ke garisan penamat. Namun, bakti anda semua akan tersemat di dalam lipatan sejarah pergerakan PUTERI ini.
54.Kepada sahabat yang setia bersama, terima kasih diucapkan kerana sentiasa komited dalam menggalas tugas penting ini. Tahniah dan syabas saya ucapkan buat seluruh kepimpinan ini yang tanpa jemu terus-menerus menabur bakti dan khidmat kepada pelbagai lapisan masyarakat. Dengan berbekalkan keahlian seramai 390,843 orang dan pemilih PUTERI UMNO seramai 331,353 orang setakat suku tahun ke-2, PUTERI harus melangkah lebih agresif selepas ini.
55.17 tahun bukanlah waktu yang singkat. Sepanjang tempoh itu, telah saya perah setiap kudrat demi sebaik khidmat. Sepanjang tempoh itu, berbekalkan semangat dan wala' yang bertempat, saya isi setiap ruang dan peluang, mendukung amanat.
56.Bermula dari tahun 2013 hingga hari ini, dari Program Latihan memperkasa kepimpinan PUTERI, Program Kebajikan Tulong Hagnaya, menyantuni golongan kurang upaya, Kembara Ilmu, Bayahista, OpsDP (Daftar PUTERI & Pemilih), SWiNAS, ADINDA, ASEAN Young Women Leadership Conference, ASEAN Pink Dialogue, Rock Solid Pink Run, We Hear You, PUTERI DIAN, The Beauty of Autism, Kelip-Kelip, Let's Talk, My Hak dan terkini Kempen S.A.F.E yang telah dilancarkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri pada 4 haribulan yang lalu. Semua program yang dilaksanakan adalah satu bentuk kebersamaan PUTERI UMNO bersama wanita muda tempatan dan serantau daripada pelbagai latar belakang.
57.PUTERI UMNO juga tidak melupakan jasa dan pengorbanan sahabat-sahabat yang telah meninggalkan pentas perjuangan PUTERI. Sebab itulah persahabatan yang terjalin ini kita eratkan dengan penganjuran Pink Reunion 2.0 yang telah diserikan dengan kehadiran Dato' Seri Hishamudin Tun Hussein. Malah, penubuhan Koperasi Sahabat PUTERI UMNO Malaysia (KOSAPUM) memperlihatkan kesungguhan kita memperkukuhkan sisterhood ini dari sudut yang lain.
Sidang perwakilan PUTERI yang saya kasihi,
58.Wanita muda dalam PUTERI UMNO Malaysia kini berdepan dengan jalan-jalan yang berliku dalam menegakkan amanah parti keramat orang Melayu. Namun begitu, saya percaya PUTERI UMNO Malaysia mampu menjadi secekal wanita ulung yang saya bicarakan seawal ucapan saya sebentar tadi.
59.Nilai-nilai positif ini perlulah dikekalkan. PUTERI UMNO bukanlah satu medan untuk tempat kita meminta-minta jawatan, meminta-minta pangkat, meminta-meminta harta benda. Jauh sekali untuk mengejar populariti. Jadilah seperti seekor semut yang patuh pada arahan ketua, sentiasa bekerjasama dalam kumpulan dan setia berjuang memastikan sarangnya berdiri kukuh dan utuh dari pelbagai ancaman. Walaupun penghuninya bertukar ganti, sarangnya tetap kekal selamat.
60.Karakter seorang PUTERI sebagai pemimpin masyarakat dinilai apabila mereka mempunyai nilai keikhlasan, kekuatan, keupayaan dan kemahiran dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Jangan dilupakan juga integriti dan amanah yang perlu dijaga supaya ianya selari dengan kualiti akhlak seseorang pemimpin.
Adinda PUTERI yang disayangi,
61.Berkorbanlah untuk memastikan suara masyarakat sentiasa didengari agar mereka sentiasa berada dekat dengan parti. Pengorbanan ini adalah perlu untuk memastikan kepentingan bangsa kekal terpelihara melalui kuasa politik orang Melayu. Pemimpin datang dan pemimpin pergi, namun nilai-nilai utama ini harus mendasari teras perjuangan PUTERI.
MENUJU PILIHANRAYA UMUM KE-14
Para perwakilan PUTERI sekalian,
62.Kini kita sudahpun berada dalam bulan Disember 2017. Ini bermakna, kaki kita setiap hari melangkah mendekati medan tempur Pilihanraya Umum ke-14. Apapun yang bakal terjadi, Pilihanraya Umum ke-14 yang sedang menunggu kita ini, akan menjadi salah satu medan pertempuran paling penting dalam memastikan survival perjuangan agama, bangsa dan negara. Masa depan kita sangat berkait rapat dengan keputusan PRU ke-14. Jangan sesekali alpa daripada memikirkan kenyataan ini!
63.Rentetan Bengkel Strategik PRU ke 14 yang telah diadakan oleh PUTERI UMNO Malaysia pada awal tahun ini, kita rancak mengatur langkah. Kita telah mengaktifkan Unit Khas Pilihanraya. Kumpulan Jalinan Rakyat Plus (JR Plus) giat menyusuri akar umbi seluruh negara. Pusat Panggilan telah diaktifkan dan kita sentiasa siap siaga mendekati pengundi muda.
64. Sementara hari besar itu tiba, saya menyeru kepada PUTERI: Luaskan kuasamu! Temui pengundi-pengundi, tidak kiralah yang terselit di tengah-tengah kesibukan kota, atau terlontar di suatu sudut nun terceruk di desa-desa. Bersama sahabat PUTERI BN, kita semua akan sentiasa sederap selangkah.
65.Dalam kita terus bekerja, pasang-pasangkanlah kekuda menangkis serangan sumbang pakatan pembangkang. Mereka sungguh licik dengan pelbagai dakyah. Mulut manis tetapi hatinya busuk. Yang benar didustakan, yang dusta dibenarkan. Oleh itu, PUTERI UMNO mesti terus bekerja dengan memanfaatkan segenap ruang dan peluang untuk berhujah secara rasional. Setiap detik yang ada ini gunakanlah untuk mendekati golongan muda dan fahamilah aspirasi mereka.
66.PUTERI juga tidak lupa untuk terus berbakti kepada semua tanpa mengira latar belakang khususnya melalui skuad PUTERI Peduli. Sewaktu Pulau Pinang lumpuh kerana banjir, Skuad PUTERI Peduli juga turut turun. Namun amat malang apabila ada pemimpin pembangkang menuduh kita mementingkan perkauman apabila memberikan tumpuan kepada kawasan yang diabaikan oleh mereka. Hentikanlah politik yang tidak matang ini. Lim Guang Eng ini agaknya mudah lupa siapa yang dia telefon pukul tiga setengah pagi saat dia memohon bantuan dengan penuh tangisan.
67.Kalau pertolongan ikhlas kita ketika banjir pun mereka disalah tafsir oleh mereka, apa lagi yang kita nak harapkan dari politik DAP. Dari merdeka hingga sekarang, sudah banyak yang berubah. Tetapi, satu-satunya yang tidak berubah ialah orientasi politik DAP. Dari dulu sampai sekarang, mereka kekal anti-Melayu dan anti-Islam. Tidak usah beretorik panjang-panjang tentang hal ini. Baca sahaja perlembagaan DAP, jelas kelihatan yang mereka perjuangkan ialah Malaysian-Malaysia. Malah kini, dalam parti Roket itu dipenuhi pelampau perkauman. Bacalah sahaja kenyataan-kenyataan Nga Kor Ming yang begitu berani menghina bangsa kita.
68.Malah, Ketua Menteri Pulau Pinang sampai sekarang terpalit dengan isu rasuah, boleh pula membatukan dirinya seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Banjir pula di Pulau Pinang? Dulu bongkak katanya Kerajaan Negeri bangga dengan kecekapan, akauntabiliti dan bersikap telus, namun sebaliknya berlaku. Hari ini bukan sahaja NGO marah akan Guan Eng tapi rakyat Pulau Pinang pun dah marah dengan Guan Eng. Bahkan kalau pokok dan bukit boleh bercakap, mereka juga akan marah Guan Eng. Kita tidak dapat bayangkan bagaimana jika kita serahkan kuasa Pusat kepada tangan orang yang semacam ini.
69.Lain pula kisahnya di Selangor dan kerenah pemimpin PKR. Kenyataan-kenyataan MB Selangor di media sosial, bukan lagi main menyerang dan mempersoal intergriti kerajaan. Bukan main galak menolong anak dara jual nasi lemak di tepi jalan, gerai-gerai Melayu yang dirobohkan tidak langsung dihiraukan. Ketika beliau ingin menjadi juara dalam kes-kes anti-rasuah dan korupsi, namun bila diminta oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk menandatangani Ikrar Bebas Rasuah, terus kecut lesi. Apa cerita kisah anak saudaranya?
70.Begitu juga dengan YB Pandan yang menubuhkan INVOKE dan melancarkan kempen "Bina Semula Negara". Kempen itu tidak lebih daripada usaha memfitnah kepimpinan YAB Perdana Menteri. Hakikatnya, dakwaan itu umpama tin yang berdentung-dentang bunyinya tetapi kosong isinya. Sebab itu, daripada terus menabur fitnah, lebih baik YB Pandan mengusahakan kempen bina semula hubungannya dengan Azmin. Ada angin bertiup katanya hubungan sesama mereka umpama telur di hujung tanduk.
71.Namun, isu perpecahan dalaman turut melanda Parti Cap Bunga. Malah, hal-hal asas seperti penyusunan struktur dan perjalanan organisasi pun kelihatannya tidak teratur. Bukan saya cakap! Pengerusi PPBM sendiri yang cakap, orang lama UMNO dulu. Sehingga sekarang pun, PPBM belum mampu melangsungkan mesyuarat agung. Jika isu asas sebegini pun masih menjadi kendala, bagaimana mereka boleh memimpin Pakatan Harapan? Kalau pemimpin ARMADA pun mendesak PPBM itu dibubarkan, sekalung tahniah saya ucapkan kepada Ketua Srikandi PPBM Kuala Kedah yang juga sahabat kami yang telah mengisytiharkan diri keluar dari PPBM. Ini satu keputusan yang tak patut disesali. Syabas dan selamat kembali ke pangkal jalan!
72.Sewaktu pemimpin mereka terus berlagak bagai merak yang menayangkan kecantikan bulunya, sehingga tidak sengaja menampakkan sepasang kaki yang hodoh, alhamdulillah, pemimpin kita pula terus konsisten dengan politik matang. Sewaktu ada pemimpin pembangkang yang terlantar di hospital, YAB Dato' Seri Najib dan YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid masih sempat mencari masa untuk melawat. Ketika pelbagai kritikan tidak berasas dilakukan pembangkang, YAB Perdana Menteri dan YAB Timbalan Perdana Menteri turun juga ke Pulau Pinang bagi memastikan rakyat di sana diberikan pertolongan sewajarnya. Politik yang penuh manusiawi seperti inilah yang ingin kita pupuk dan semai supaya tumbuh subur di perkebunan masa.
Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tawau bersama Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan Naib Ketua Bahagian UMNO Tawau di Perhimpunan Agung UMNO ke - 71 tahun 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra , Kuala Lumpur.
Sidang perwakilan yang dihormati,
73.Dari akar umbi, kita yakin dan sentiasa berdoa agar politik matang dan kesepaduan yang terjalin antara YAB Perdana Menteri dan YAB Timbalan Perdana Menteri akan bertambah kukuh. Situasi seperti ini akan memberikan kesan yang sangat positif kepada perkembangan dan kestabilan setiap peringkat dalam parti. Sudah pasti hal ini tidak begitu digemari oleh pihak tertentu termasuk parti cap bunga. Benteng perpaduan yang dibina atas politik matang dan persaudaraan antara YAB Datuk Seri Najib dan YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid akan cuba diruntuhkan kerana inilah kekuatan sebenar yang kita ada sekarang. YAB Datuk Seri Presiden, kami doakan agar diberikan kesihatan yang baik dan terus memimpin kami. Kami akan terus setia berada di belakang dan menyokong kepimpinan YAB Datuk Seri. Buat YAB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menjalankan tanggungjawab sebagai Timbalan Presiden, kesetiaan dan kesungguhan dalam membantu YAB Datuk Seri Presiden amat kami sanjungi. Kami bertuah mempunyai Datuk Seri Zahid Hamidi yang sentiasa wala' di belakang Presiden Parti, semangat juangmu itu akan kami jadikan teras dan akan kami contohi.
74.Oleh itu, gandingan kedua mereka ini bagaikan aur dengan tebing, PUTERI UMNO Malaysia ingin mencadangkan pemilihan UMNO akan datang tidak mempertandingkan jawatan nombor satu dan nombor dua parti. Kedua-dua pemimpin berjiwa besar ini harus dikekalkan dan diberikan ruang untuk terus bersama-sama memantapkan parti dan negara. Dengan itu, tumpuan kita juga dapat ditumpahkan sepenuhnya terhadap usaha untuk menumpaskan gempuran politik pembangkang dalam PRU Umum ke-14 seterusnya menyambung mandat untuk memenuhi agenda kepentingan rakyat
Srikandi Pimpinan PUTERI UMNO sekalian,
75.Menyedari bahawa pilihan raya umum ke 14 ini adalah getir, penting dan ibu kepada segala pilihan raya. PUTERI akan terus memasakkan janji dan wala' terhadap pemimpin dan parti UMNO ini bagi memenangkan Barisan Nasional. Sebab itu, PUTERI tidak mendesak sebarang pemilihan calon. Cuma kami mengharapkan agar pemilihan calon akan turut mengambil kira wanita dan orang muda. Sudah tentu YAB Presiden mempunyai metodologi sendiri sewaktu memilih calon namun pihak PUTERI mengharapkan calon yang dipilih itu nanti mestilah juga menekankan pendekatan WLWC: (Winnable, Likeable, Workable, dan Capable). Maksudnya calon yang dipilih mestilah yang boleh menang, disukai pengundi, mampu bekerja dan berkebolehan. Bahkan, bagi calon langsung seperti yang disebut oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, adalah kaedah yang terbaik, PUTERI UMNO mengharapkan juga konsesus yang sama dapat dicapai oleh semua parti komponen BN.
76.YAB Presiden, saya ingin menyatakan di sini, kalau ada di antara kami yang tidak dipilih, saya sebagai Ketua PUTERI UMNO Malaysia, ingin memberi jaminan PUTERI tidak akan merajuk, PUTERI tidak akan bergasak, PUTERI janji tidak tutup bilik gerakan. PUTERI AKAN TERUS BEKERJA! BEKERJA DAN BEKERJA! JANJI BN MENANG! Pilihlah yang terbaik dari kalangan yang terbaik demi kemenangan 2/3 majoriti pada Pilihan Raya Umum yang akan datang. Ayuh PUTERI!
Ingatlah sahabat-sahabat PUTERI,
Nak jadi Calon.... Calon juga;
Tolonglah Pegang Janji Ini,
Padukan Tenaga, Action Bersama.
Bersama gempur PUTERI Peduli,
Santunilah Hati Wanita Muda;
Buktikan Pencapaian PRU ini,
Get Out the Voters Target Kita.
77. Ayuh semua, sama-sama kita rapatkan baris dan saf, HIDUP MELAYU! HIDUP UMNO! BERSAMA GEMPUR!
Pemerhati dari UMNO Bahagian Tawau yang berlepas ke Kuala Lumpur untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO tahun 2017 kali yang ke - 71. Mereka ini adalah terdiri daripada AJK UMNO Bahagian , Ketua Cawangan , Ketua Wanita Cawangan , Ketua Pemuda Cawangan dan Ketua Puteri Cawangan terdapat juga ahli ahli UMNO Cawangan.
UCAPAN DASAR PRESIDEN UMNO MALAYSIA , DATUK SERI MOHD.NAJIB BIN TUN HJ.ABDUL RAZAK , SETERUSNYA MERASMIKAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2017 DI DEWAN MERDEKA , PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA , KUALA LUMPUR PADA 7 DISEMBER 2017
UCAPAN DASAR PRESIDEN UMNO, DATO' SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK DI PERHIMPUNAN AGUNG UMNO
"UMNO: PELAKSANA WASIAT PUSAKA, HARAPAN SEJATI KESEJAHTERAAN NEGARA BANGSA"
BismillahirRahmanirRahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Yang Berbahagia Pengerusi Tetap,
Timbalan Pengerusi Tetap,
YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri,
YB Dato' Seri Hishammudin Tun Hussein, Naib Presiden UMNO,
Yang Berbahagia Ketua Wanita, YB Ketua Pemuda dan YB Ketua Puteri,
YB Setiausaha Agung UMNO,
YB Bendahari UMNO,
Ahli-Ahli Majlis Tertinggi,
Para Perwakilan,
Ketua-Ketua Parti Komponen,
Para Pemerhati dan Wakil-Wakil Parti dari Dalam dan Luar Negara,
Dif-dif Jemputan,
Para Perwakilan Mahasiswa Pelapis Negara Bangsa, Hadirin-Hadirat,
Sahabat-Sahabat Media,
Seluruh Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian, tidak kira di mana anda berada,
Khususnya buat Generasi Pewaris Transformasi Nasional 2050 sekalian,
BAHAGIAN I : MUKADIMAH
Alhamdulillahi Rabbil A'lamin wa biHi nastain.

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Najib Razak berucap pada majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2017 di PWTC, Kuala Lumpur. - Foto Yusni Ariffin
1. Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama Bernaik Saksi Bahawa, Tiada Tuhan yang Selayaknya Disembah Melainkan Allah yakni Dia, serta para MalaikatNya, yang berSelawat ke atas Nabi Junjungan.
2. Lalu,... diseru ke atas orang-orang yang beriman bagi mengucapkan; Allahumma Solli Ala Saiyyi-dina Muhammad, Wa a'la A-li Saiyyi-dina Muhammad.
3. Pertama-tamanya, pada pagi yang penuh permai, 7 haribulan Disember 2017, bersamaan 18 Rabiul Awwal 1439 Hijriah, marilah kita mendoakan agar majlis ini menjadi perhimpunan yang dirahmati dan penangguhannya nanti sebagai satu amal yang diberkati oleh Allah, mudah-mudahan.
4. Sehubungan itu, bagi kali yang Ke-68, kita berasa sungguh bersemangat,...
melihatkan,... Pusat Dagangan Dunia Putra ini,... penuh sesak, dengan ahli UMNO serta para tetamu, yang berduyun-duyun,... tidak pernah suasana meriah sebegini, hingga membuatkan kita sungguh teruja,... sampai amat merinding dan berdiri tegak!,... bulu roma,... bahawa,... semangat United Malays National Organisation atau UMNO, selagi hayat kita di kandung badan,... AKAN MARAK,... TERUS BERNYALA-NYALA,...
Hidup UMNO! Hidup UMNO!
Saudara dan Saudari,
5. Sayugia ingin dialu-alukan, Ahlan Wa Sahlan, kehadiran keseluruhan 2,718 perwakilan dari 191 bahagian UMNO, seluruh negara, bermula dari Padang Besar, Perlis di sempadan Siam, membawa ke Penghujung Tanah Besar Asia di Tanjung Piai, Johor, sehingga ke Simpang Mengayau, at the tip of Borneo di Kudat dan Sandakan Sabah.
6. Sememangnya lagi, seperti yang dapat kita saksikan, perhimpunan hari ini ternyata sungguh berbeza,...auranya pun cukup luar biasa,... kerana,... inilah satu persidangan yang sangat dinanti-nantikan oleh kita semua.
7. Apatah lagi, akan dirakam sejarah,... dengan catatan rekod kehadiran paling banyak jumlah perwakilan, ahli dan para pemerhati serta orang ramai,... berbondong-bondong,... melimpah ke seluruh lantai-lantai PWTC ini, dengan jumlah, yang dikhabarkan seramai lebih 30 ribu orang.
8. Lalunya, sampai buntang mata Saya, sejak dari awal, Saya sampai ke dewan bertawarikh ini, kerana,... menyaksikan betapa semaraknya, lautan merah warna perjuangan, sebagai simboliknya, akan terus berkibar kencang,... panji UMNO,... SANG SAKA BANGSA.
SEBAHAGIAN perwakilan UMNO yang hadir sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur. - Foto Eizairi Shamsudin
Saudara-Saudari,
9. Inilah,... perlambangan sebuah keyakinan bahawa,... Saya,... Najib Razak selaku PRESIDEN UMNO TIDAK BERSEORANGAN,... bermakna juga KEPIMPINAN KAMI YANG DI ATAS INI TIDAK BERSENDIRIAN,...
10. Sebabnya,... tanpa sokongan tuan-tuan, AHLI-AHLI TEGAR LAGI SETIA UMNO,... yang di dalam dewan ini,... waima,... di mana jua saudara berada, apalah ertinya, kami para pimpinan yang berada di atas ini.
11. Maksudnya,... kalau sebeginilah petanda dan tamsil semangat yang dizahirkan oleh sosok-sosok para ahli dan orang-orang UMNO,... Saya yakin dan penuh percaya bahawa,...
12. UMNO akan terus malar dan segar, untuk hidup memimpin,... bukan sekadar 30 tahun mendatang,... malah,... InsyaAllah,... bagi tempoh SERIBU TAHUN LAGI!
13. Dengar baik-baik,... saudara-saudariku,... panglima-panglima,... wirawati-wirawati serta para hulubalang bangsa dan agama,... SEANDAINYA HARI INI,... ditiupkan semboyan,... seraya dipalu genderang perang,... saya mahu bertanya,...
14. Apakah kita semua sudah bersedia untuk ke medan juang..?? BERSEDIAKAH KITAAAA??? BERSEDIAKAH KITAAAAA???
Syukur,.... Alhamdulillah.... kalau itulah jawapannya.
15. Bahkan, pada 11 Mei lalu, ketika mana meraikan Ulangtahun UMNO yang ke71, di Stadium Bukit Jalil,.. pastinya ramai masih ingat, kita sama-sama memanjat doa, yang diaminkan pula oleh ratusan ribu ahli UMNO, memohon setulusnya ke hadrat Allah Hu Ta'ala agar,...
Dilindungilah,... perjuangan parti UMNO ini,... Dirahmatilah,... segala usaha yang kita lakukan,... demi agama, bangsa dan negara,... serta Diberkatilah,.. tanah tumpah bertuah ini.
16. Justeru,... kita terus merafak harapan membumbung kepada Yang Maha Penyayang,... biar pun burung-burung berhenti bersiulan,... sekalipun bumi ini kontang tidak menghijau lagi,... hatta alam sekeliling jadi membisu,... MOHON BARANG DIJAUHKANLAH OLEH TUHAN, SEBARANG MALA PETAKA, DARIPADA MENIMPA UMAT MELAYU BUMIPUTERA INI,...
17. Lantas, marilah kita beri tepukan sekuat-kuatnya, sebagai pembakar semangat bahawa,... pertemuan hari ini bukan biasa-biasa,... akan tetapi,... satu perkumpulan yang bakal diingat dan dikenang sebagai,... PENGHULU SEGALA PERHIMPUNAN.
18. Mustahaknya, mulai sekarang, OBOR 'PERANG' yang jamungnya telah mula berjulang, TIDAK SESEKALI BOLEH DIBIARKAN PADAM,... DEMAMNYA pula, TIDAK AKAN KEBAH-KEBAH, melainkan,... melainkan,... SELEPAS KITA MENANG BESAR DALAM PILIHANRAYA UMUM KE-14 nanti. InsyaAllah.
Saudara dan Saudariku,
19. Apa yang penting,...
Datang bukan sebarang datang, Himpun tidak sebarang himpun, Walau ribut kemarau pun panjang, Meski taufan datang bergulung.
Perang kali ini,... yang bergelar BAPA SEGALA PILIHANRAYA, kita akan bertempur,...berlawan,... lawan habis-habisan!!
Allahu Akbar! Allahu Akbar!
BAHAGIAN II : BERPIJAK DI ATAS REALITI DAN CABARAN SEMASA
Saudara-Saudaraku, Para Pejuang Bangsa Sekalian,
20. Dalam keriuh-rendahan gelombang merah, dalam pada kita berasa asyik dan yakin dengan semangat yang berkobar-kobar,... jika sedemikian getarannya,... inilah detik-detik yang amat menyenangkan bagi kita semua.
21. Namun, pada masa yang sama, Saya ingin mengajak kita semua, untuk kembali BERPIJAK DI BUMI YANG NYATA.
22. Walau apapun,... sebagaimana dipesan orang tua-tua, sebelum kita melangkah lebih jauh lagi, kita harus sentiasa BERMUHASABAH DIRI DAN PARTI, menyorot serta MENAMPAR 'PIPI-PIPI' PERJUANGAN ini, seraya segera bangkit dari comfort zone, yang selama ini membikin kita alpa dan lalai.
23. Pucuk pangkalnya, dalam persidangan semustahak ini, kita tidak boleh setakat bercakap perkara manis-manis sahaja kerana, bak dipesan oleh Bapak Hamka, jika hidup ini antara pahit dan manis, maka perjuangan itu juga, antara kemenangan dan pengorbanan, antara keringat serta air mata.
24. Peri-pentingnya,... ahli-ahli dan jentera parti, hendaklah selalu berwaspada dan berada dalam mode kesiap-siagaan kerana,... tak berapa lama lagi, kita akan menempuh satu episod pilihanraya yang TER-GENTING lagi BERKEMUNCAK cabarannya,...
25. Bukan sahaja kepada bangsa Melayu Bumiputera,... UMNO dan Barisan Nasional,... Kestabilan serta Kedaulatan Negara,... masa depan Syiar Islam,... bahkan yang terpenting adalah,... NASIB ANAK CUCU KETURUNAN KITA, AGAR TIDAK MELARAT DEK UNTUNG, TERSUNGKUR MEREMPAT DI TANAH SENDIRI.
26. Itulah hakikatnya Saudara-Saudaraku, kita berada di celah-celah kekeruhan dan persimpangan percarian umat Melayu, yang ketika ini, sedang berpecah kepada pelbagai kumpulan dan fahaman politik dalam menentukan ARAH KOMPAS PERJUANGANNYA.
27. Justeru, kita patut berasa syukur serta bertuah kerana, dengan izin Allah Hu Ta'ala, masih lagi kekal berada dalam sebuah JEMAAH YANG KUKUH LAGI BERPADU, YAKNI PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU,... UMNO!!
28. Realitinya UMNO telah terbukti sebagai satu-satunya parti yang masih tangguh dan bertahan teguh, dalam membela kepentingan orang-orang Melayu Bumiputera serta rakyat Malaysia, dan kekal sebagai Pe-Tunjang Utama, kepada parti komponen Barisan Nasional.
29. Manakala, inilah detik-detik penentu rakyat Malaysia keseluruhannya, agar tidak tersasar ARAH KOMPAS HALATUJU dalam menilai dengan matang, bukannya dengan emosi, apatah lagi terpengaruh dengan dakyah-dakyah pihak pembangkang di media-media sosial.

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Najib Razak menaikkan bendera Sang Saka Bangsa di Plaza Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur. - Foto Yazit Razali
Upacara menaikkan Bendera Sang Saka Bangsa dengan diiringi nyanyian lagu UMNO Bersatu-Bersetia-Berkhidmat
Sehubungan itu, Saudara dan Saudariku,
30. Ketahuilah, untuk Amanat Presiden kali ke-9 ini, sebetulnya tidak mudah bagi saya,... sehinggakan Saya mengambil masa yang agak panjang untuk mena'kul secara serius,... melalui siri-siri perbincangan, hati ke hati serta diskusi-diskusi percambahan minda yang mendalam lagi teliti,...
31. Bagi menentukan akan apakah intipati ucapan yang sewajarnya Saya sampaikan, dalam memenuhi amanah dan kedudukan ini. 32. Sebabnya,... Saya diingatkan berkali-kali dalam sesi-sesi perbincangan membikin ucapan ini bahawa,... dengan izin,... Today,... I shall speak not only in the interest of my Duty as the President of UMNO, nor as the Chairman of Barisan Nasional,... but,... but above all,...
33. My Utmost and My Paramount responsibility at this very important juncture, as the Leader, yakni,...
34. TUGAS DAN AMANAH, SEBAGAI SEORANG PERDANA MENTERI, BUKAN SEKADAR KEPADA LEBIH 3 JUTA AHLI UMNO,... MAHUPUN 7 JUTA AHLI BARISAN NASIONAL,... TIDAK JUGA TERHAD KEPADA 69 PERATUS BUMIPUTERA,... ISLAM MAHUPUN BUKAN ISLAM,...
35. Malah,... malah,... yang tertanggung di atas dua pundak dan bahu Saya adalah, ehwal kepentingan sejumlah lebih 32 juta rakyat Malaysia, dengan tidak mengira kaum,... latar keturunan,... apapun fahaman, mahupun agama.
36. Simpulannya,... Saya ingin mengajak Saudara-Saudari berfikir masak-masak tentang,... Pilihanraya Umum kali ini,... is not just another General Election,...
37. Kerana,... lebih termustahak daripada itu,... jika kali ini,... negara tergadai dan terlepas jatuh kepada pihak yang salah dan tidak bertanggungjawab,... apa yang bapa-bapa terdahulu dan kita semua bina dengan segala susah payah selama ini,... akan ranap dan musnah,... hancur berkecai di depan mata.
Saudara-Saudari,
38. Oleh itu, ketahuilah, pilihanraya kali ini, meletakkan kita di satu persimpangan pemutus lagi monumental, sebabnya di tangan kita adalah pilihan, yang akan menjadi penentu kepada THE FATE OF THIS NATION.
39. Ternyata ini bukan soal main-mainan, sebabnya PERCATURAN PERJUANGAN kali ini, cukup serius dan TIDAK ADA TAWARMENAWARNYA LAGI.
40. Sesungguhnya, tidak terbayang oleh kita, mimpi ngeri dan nasib buruk yang bakal menimpa.
41. Pertamanya, sanggupkah kita membiarkan Agama Islam dan Syiarnya, diperlekeh dan diperhinakan di tanah ini,...?
42. Keduanya, tergamakkah kita, melihat kedudukan Institusi Raja-Raja Melayu tidak lagi dimulia, bahkan akan didurhakai,... manakala, Institusi-Institusi kebanggaan orang Melayu Bumiputera seperti MARA, FELDA, serta Tabung Haji serta-merta pula nanti akan disisihkan,...
43. Begitulah juga dengan nasib UiTM, institusi kebanggaan UMNO Bumiputera, yang pastinya akan digagalkan objektifnya begitu saja, sekiranya pihak lawan memerintah.
44. Sementelahan itu, seandainya pembangkang mengambil alih, Para Penjawat Awam, yang menjadi tulang belakang Kerajaan selama ini, semestinya,... tanpa lengah-lengah lagi, akan dikuncupkan jumlahnya,...
45. Dan,... sudah tentu sekali, kesumat pihak lawan, sejak sekian lama, terhadap keistimewaan orang-orang Melayu Bumiputera, sebagai leluhur jati di pertiwi ini, dari bangsa yang mulia lagi merdeka, akan dipijak-pijak maruah dan TERGADAILAH KEINDUKKANNYA,...
46. Bahkan, lebih buruk dari itu, AKAN MEREMPAT, DICELAKAKAN SEHINA-HINANYA, SEHINGGA TERBANGSAT DI TANAHAIR SENDIRI.
47. Maka itu, kita mesti lekas-lekas sedar bahawa, Perhimpunan Agung dan Pilihanraya kali ini, bukan hanya demi UMNO, tidak juga untuk Barisan Nasional,... namun,... TERPIKUL ATAS KITA SEMUA,... MISI YANG AMAT BESAR,... bagi menentukan SURVIVAL yang sangat-sangat penting,... yakni DESTINI masa depan umat serta negara keseluruhannya.
Saudara-Saudari, Rakan-Rakan Seperjuangan Dalam Keluarga Besar UMNO ku Sekalian,
48. Dari itu,... marilah kita sama-sama renungkan sejenak,... seandai dan sekiranya,... UMNO, Barisan dan Negara ini tumpas ke tangan lawan,....
Apakah mungkin kita dapat bertemu lagi di Dewan berkeramat ini pada masa akan datang?
49. Masih terdengarkah lagi, gemanya Selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad,...

SOL-LAL-LAH-HU, A'LAI-HI, WA SAL-LAM yang kita kasihi.
50. Mungkinkah dibenar berkumandangnya lagi lagu-lagu patriotik UMNO lambang bangsa bertuah ini? Bolehkah panji-panji UMNO terus berkibar?
51. Mampukah kita menahan rasa sebak dan sedih di dada, apabila kita tidak lagi bisa berkumpul seperti ini, dalam satu keluarga besar sebagai adik beradik UMNO.
52. Masa itulah,.... baru kita mengerti,... baru kita faham,... akan nikmatnya SEBUAH KESATUAN, mulianya hidup dalam perjuangan di bawah rimbunnya payungan Parti UMNO.
53. Tapi,... ketika itu, segalanya tidak bererti lagi,... tamatlah sudah riwayat Melayu sejati,... nobat dan nafiri pun tidak berbunyi lagi.
54. Pada waktu itulah, apabila cucu-cicit keturunan kita bertanya, kenapakah kita KECUNDANG dan MEMBIARKAN SEMUA INI BERLAKU,...
55. Jawapannya,... hanyalah DENGAN RAUT WAJAH SEJUTA PENYESALAN, SAMBIL BERLINANGAN AIR MATA, kita hanya mampu berkata kepada mereka,...
WAHAI ANAK CUCUKU,... AMPUNKAN,... AMPUNKANLAH,... DOSA-DOSA KAMI INI....
56. Lantas,... Saudara-Saudari seperjuanganku sekalian,... Saya pinta kepada semua, kalau kita tidak mahu semua itu terjadi,...
Maka BERSUMPAH dan BERJANJILAH,... BERSETIA dan BERIKRARLAH,... bahawa,...
BIAR PETIR MENYAMBAR DI LANGIT,... HATTA BERTANGKUP LANGIT DAN BUMI,... SAMPAI KE TETESAN DARAH YANG TERAKHIR,... KERAJAAN INI TETAP KITA PERTAHANKAN,... TANAH AIR INI TIDAK BO-LEH DIAMBIL LAWAN.
PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Najib Razak berucap pada majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2017 di PWTC, Kuala Lumpur. - Foto Yusni Ariffin
Saudara dan Saudari,
57. Jadinya, apabila kita membicarakan tentang Arah Kompas Halatuju atau Hak Rakyat Sebagai Pengundi pada setiap pilihanraya, Saya tidak mahu lagi,... kita mengulangi kesilapan-kesilapan dan kelalaian-kelalaian,... yang berlaku pada Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu.
58. Sedangkan, semua orang tahu, UMNO tidak lemah. Malah,... kita masih menang dan berjaya menambah jumlah 79 kepada 88 kerusi Parlimen. Namun, akibat permainan jelek pembangkang, kita telah menjadi mangsa 'POLITIK PERSEPSI'.
59. Inilah yang dinamakan PERANG PERSEPSI, di mana, kita hampir tewas akibat permainannya. Walaupun di sudut realiti dan faktanya, kita berada di landasan yang betul dan bersungguh-sungguh dalam berjuang, berbanding pembangkang yang penuh dengan sandiwara dan hanya pandai bermain wayang.
60. Satu perkara lagi yang perlu diperjelaskan di sudut ini, UMNO BUKANLAH PARTI BERSIFAT RASIS. Jika tidak, bagaimana kita diterima, mengepalai parti-parti komponen daripada pelbagai bangsa sejak puluhan tahun dengan penuh berhemah.
61. Tegasnya, saya ulang,... UMNO BUKAN ANTI KAUM CINA. Tetapi ternyata, kaum Cina dan sebahagian juga kaum India, turut terseret, terperangkap menjadi mangsa persepsi dan PEM-BO-HO-NGAN pembangkang.
62. UMNO sebetulnya is above all,... kerana kita selama ini meraikan kepelbagaian dalam negara dan kita percaya kepada keharmonian untuk hidup rukun bersama, saling bergantung dan lengkap melengkapi.
63. Bercakap soal persepsi contohnya lagi, pada Pilihanraya Umum yang lalu, pembangkang memainkan pelbagai berita palsu bagi memburukkan imej parti dan Kerajaan di mata rakyat.
64. Direka-rekanya, cerita bohong 40 ribu pengundi hantu 'diimport' dari Bangladesh.
65. Ditambah lagi, dengan tuduhan kononnya dakwat kekal yang digunakan mudah luntur dan boleh pula dikikis.
66. Malah, pada pagi PRU Ke-13 itu, sekitar hampir jam 4 pagi, ada seorang pemimpin pembangkang, telah menyebar maklumat yang ME-NI-PU rakyat bahawa, pihak mereka telah pun menang pilihanraya. 67. Macam mana dia kata dah menang, pilihanraya pun belum bermula lagi pagi itu. Bak kata oghang Perak nampak benor menipunya.
68. Inilah dia modus operandi pembangkang. Kalau tak percaya, tengoklah PRU Ke-14 nanti, mereka akan terus BER-BO-HONG lagi, macam-macam isu bakal mereka timbulkan, bahkan akan bertindak lebih agresif, lebih cunning, semata-mata untuk meraih sokongan rakyat.
PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Najib Razak menaikkan bendera Sang Saka Bangsa di Plaza Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur. - Foto Yazit Razali
Saudara dan Saudari,
69. Lantas demikian, ini adalah realiti yang sedang berlaku. Contohnya di dalam parti, pagi dan petang di warung kopi, di mesyuarat cawangan dan bahagian, kita tidak lepas dari membicarakan tentang siapa sebenarnya yang menyokong kita? Dan siapa yang akan pangkah kita dalam pilihanraya?
70. Justeru, kita sedang berhadapan dengan isu para pengundi yang terbahagi kepada beberapa kelompok.
71. Satu, tentunya ahli parti yang menunaikan tanggungjawab mengundi parti kita. Keduanya pula, adalah mereka yang mengundi pihak lawan.
Ketiga, yakni kelompok yang sangat penting untuk kita santuni, dekati dan menangi hati mereka adalah, sekelompok pertengahan yang tidak memihak kepada sesiapa, atau lebih tepat, disebut sebagai THE PERSUADABLE VOTERS.
72. Lantaran itu, kepada kelompok ini yang sangat signifikan undinya, usaha-usaha untuk menawan dan memujuk hati mereka perlu menjadi antara agenda utama kita, melalui pelbagai bentuk kempen yang sewajibnya dijalankan.
Saudara dan Saudari Sekalian,
73. Dua malam lalu, Saya turut mengamati ucapan perasmian Sayap-Sayap parti oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, sahabat serta Timbalan saya yang setia lagi baik budi, yang bertajuk, 'LEMBAYUNG ARJANA BANGSA'.
74. Semalam pula, Saya telah berkesempatan mengamati ucapan yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Ketua Wanita, Yang Berhormat Ketua Pemuda dan Yang Berhormat Ketua Puteri UMNO.
75. Apa yang dapat saya rumuskan, kesemuanya telah berjaya dengan begitu baik sekali, dalam menyentuh isu-isu dan cabaran-cabaran utama, sebagai persediaan akhir menghadapi pilihanraya umum nanti serta amat FAHAM akan TUJUAN, matlamat tersurat lagi tersirat perhimpunan agung kali ini. 76. Makanya, selaku Presiden dan Perdana Menteri, ucapan saya akan terus merentasi segala yang telah diutarakan seraya menjadi kesimpulan kepada semuanya.
77. Untuk itu, sebagai intisari, saya akan menyorot pelbagai Transformasi dalam konteks yang lebih besar, merangkumi KESELURUHAN KEJAYAAN SERTA PENCAPAIAN YANG TELAH DIRAIH OLEH UMNO, BARISAN NASIONAL DAN KERAJAAN, SEPANJANG 8 TAHUN KEPIMPINAN INI.
BAHAGIAN III : SOROTAN 8 TAHUN KEPIMPINAN PARTI, BARISAN NASIONAL DAN KERAJAAN TRANSFORMASI UMNO, BARISAN NASIONAL DAN KERAJAAN
Saudara dan Saudari,
78. Hakikatnya, sejak saya memimpin parti UMNO, Barisan Nasional dan Kerajaan, bermula 26 Mac 2009, dan kemudiannya, pada 3 April 2009, menjawat kedudukan sebagai Perdana Menteri, tanpa berlengah-lengah, telah melancarkan pelbagai Transformasi Strategik, di bawah lembayung Dasar Transformasi Nasional atau DTN, yang digagaskan secara rasminya pada 2010.
79. Dalam UMNO, pertama sekali, kita telah melakukan Transformasi Politik yang PALING BERANI,... PALING DEMOKRATIK,... dan TIDAK PERNAH DIBUAT SEBELUM INI DALAM SEJARAH PARTI.

DATUK Seri Najib Razak ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden. - Foto Aizuddin Saad
80. 7 pindaan perlembagaan dibuat pada Perhimpunan Agung Khas UMNO tahun 2009, bagi membuka ruang pemilihan teraju parti, dilaksanakan secara terbuka kepada lebih 150 ribu ahli, demi mempastikan UMNO terus dinamik, inklusif, dan relevan sampai bila-bila.
81. Berbanding DAP, yang sejak 50 tahun lalu, yang hanya dikuasai oleh PENASIHAT dan DINASTI ANAK-BERANAK.
82. Jadinya,... di mana 'demokrasi' yang dimomok-momokkan? Ternyata sekadar pada nama saja. Hatta dalam pemilihan semula CEC DAP, hanya 54 peratus sahaja yang hadir.
83. Ini tak masuk lagi cerita 'parti Bunga Raya' atau istilah dulu-dulu,... Kembang Sepatu, yang diterajui bekas pucuk pimpinan UMNO dan seorang bekas Negarawan. 84. Mudah kataa,... Kalau nak menguruskan hal ehwal mesyuarat pun gagal, lagu manaa,... nak uruskan negara?
85. Cuma, bila sampai Pilihanraya nanti, kalau masih belum selesai lagi hal mereka, janganlah nak tuding kesalahan kepada orang lain, terutamanya Kerajaan,... kan?
86. Selain itu, parti Bunga Raya ini, bukan nak mengata, maaf cakaplah,... kita tidak nampak di mana nilai yang cuba dibawanya,...
Katanya ingin berjuang untuk orang-orang Melayu dan Islam, tetapi berpakat dan sedang dijadikan 'perkakas' oleh DAP yang terang-terang AntiMelayu dan Islam, sebagai tercatat dalam perlembagaan DAP, langsung tidak menyebut, Islam sebagai Agama Persekutuan, bahkan matlamat mereka mahu menjadikan negara ini sekular sepenuhnya.
87. Bercakap tentang Mahathir pula, dulu,... di pentas ini juga beliau mengingatkan kita bahawa,... MELAYU MUDAH LUPA, namun pada kita, this man has crossed the line,...
Apabila tergamak bersubahat dan bersekutu, dengan 'musuh politik' dan 'musuh prinsip' beliau selama puluhan tahun yang lalu. Hanya-sanya untuk memenuhi TEMBOLOK AGENDA KEPENTINGAN PERIBADI DAN KELUARGA SEMATA-MATA.
88. Sememangnya, pepatah lama sudah menyebut, mana mungkin Minyak dan Air bersatu.
89. Jelasnya, MELAYU MUDAH LUPA itu merujuk kepada dirinya sendiri, kerana, orang-orang yang tetap berpegang kepada roh dan falsafah perjuangan parti seperti kita semua, InsyaAllah tidak sesekali menjadi MELAYU YANG MUDAH LUPA seperti mereka!!!
Saudara Saudari, Rakyat Malaysia Sekalian,
90. Hampir dua bulan lepas, Alhamdulillah, bagi pihak Kerajaan Barisan Nasional, kita telah mampu membentangkan sebuah Bajet yang disegani kawan dan lawan, sebagai, 'IBU SEGALA BAJET', dengan peruntukan terbesar, paling inklusif, tidak pernah seumpamanya.
91. Agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera terus dijadikan Agenda Nasional melalui Dasar Transformasi Kesejahteraan Bumiputera.
92. Antara hasilnya, inisiatif Carve Out and Compete kepada Bumiputera, mencapai nilai kontrak lebih 61 bilion ringgit.
93. Ini membuktikan bahawa, kontraktor-kontraktor Bumiputera semakin berdaya saing dan berkeupayaan. Projek MRT yang bertaraf dunia, bukan sahaja berupaya disiapkan lebih awal daripada jadual, tanpa pula menjejaskan kualiti, malah, berjaya menjimatkan lebih 2 bilion ringgit.
94. Sememangnya, MRT ini merupakan 'success story' dan menjadi 'eye opener' sebagai lambang kepada transparency, bukti kebolehan anak-anak bangsa kita, di pelbagai bidang kejuruteraan. Syabas diucapkan!
95. Begitu jugalah dengan Projek Infra-Rakyat, East Coast Rail Link dan High Speed Rail yang bakal dibina. Bagi urang-urang Sabah dan Sarawak pula, projek Lebuhraya Pan Borneo sepanjang 2,325 kilometer dengan kos hampir 30 bilion ringgit, yang dimanfaati oleh anak-anak peribumi dan Malaysia,... akan tatap kita jayakan.
DATUK Seri Najib Razak pada majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2017 di PWTC, Kuala Lumpur. - Foto Syarafiq Abd Samad
Saudara, Saudari Rakyat Malaysia Sekalian,
96. Sesungguhnya, Kerajaan Barisan Nasional tunjangan UMNO, amat cakna dan peduli kepada kepentingan seluruh lapisan rakyat.
97. Kepada kaum Cina turut disalurkan peruntukan antaranya, pendidikan, manfaat daripada pelbagai pinjaman perniagaan serta pengurangan cukai.
98. Terhadap kaum India pula, kita lancarkan Malaysian Indian Blueprint, yang akan mengarus perdanakan dan meningkatkan tahap sosio-ekonomi kaum India secara komprehensif.
99. Buat pertama kalinya pula, kepada kelompok pesawah, petani, peladang, nelayan, pekebun kecil, penternak dan penoreh getah, saya telah mengumumkan, peruntukan paling besar sebanyak 6.5 bilion ringgit.
100. Ini menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan sektor pertanian dan pembangunan luar bandar, sejak 8 tahun pentadbiran ini, telah mencecah hampir 63 bilion ringgit.
101. Selain itu, sebanyak 6.5 bilion ringgit lagi disediakan untuk infrastruktur asas, yang membantu meningkatkan kualiti dan kesejahteraan hidup, lebih 6.2 juta rakyat Malaysia di luar bandar, termasuklah Sabah dan Sarawak.
102. Inilah, bak kata cerdik pandai, kejayaan UMNO dan Barisan Nasional, mentadbir dan memacu kejayaan Malaysia, amat terang lagi bersuluh, bukan bersuluh batang pisang, bahkan bersuluh bintang dan matahari.
Saudara dan Saudari,
103. Sedangkan,... sedangkan,... parti pembangkang kononnya memperjuangkan hal ehwal rakyat, tetapi hanya sibuk bersandiwara,...
104. Sebab itulah, dalam Parti Pembangkang, timbul pertembungan 4 nakhoda, ada Ketua Umum, ada Pengerusi, ada Presiden dan ada pula jawatan Penasihat. Kalau kemelut dalaman parti sendiri pun tak boleh diselesaiselesai, cuba bayangkan,... macam mana mereka nak ambil alih pentadbiran negara ini.
105. Kisahnya, Presiden PAS sendiri pun menyebut, dalam Pakatan Harapan ada pemimpin 'PE-NYA-NGAK'. Ini bukan kita yang kata. Kerananya, parti PAS pernah bergabung dengan PKR dan DAP, maka tentu sekali, mereka lebih tahu, siapa PE-NYA-NGAK, dan siapa sebenarnya Pemimpin Sejati.
106. Berbeza sekali dengan amalan UMNO dan Barisan Nasional. Melalui pelbagai Transformasi Politik yang telah dibuat, kita mengamalkan pendekatan PERSUASIVE dan UNIFIER atau MEMUJUK dan MEMPERSATU,... demi memperkukuhkan parti serta Kerajaan.
107. Dalam kata lain, UMNO dalam usia lebih 7 dekad semakin matang dan mengamalkan politik sihat serta cenderung kepada politik PEMERSATUAN, yang tidak confrontational atau berwatak 'kaki gaduh', apatah lagi untuk mengaibkan, sampai sanggup membunuh karakter lawan.
Saudara dan Saudari,
108. Dari sudut ekonomi, bagaimana pembangkang tak habis-habis menyebar fitnah, kononnya Malaysia is a failed state dan bakal bankrap. 109. Sedangkan faktanya, pertumbuhan KDNK negara pada suku ketiga tahun 2017 ini, berada pada kadar 6.2 peratus, iaitu antara yang tertinggi di dunia.
110. Bahkan kedudukan ekonomi sekarang, terbukti jauh lebih baik daripada KDNK negara pada 1998, iaitu penurunan -7.4 peratus, di zaman pimpinan bekas negarawan itu.
111. Manakala, Rizab antarabangsa terkini pula sebanyak 429 bilion ringgit, berbanding 1997/1998, ketika kegawatan ekonomi Asia, rizab negara hanyalah 59.1 bilion ringgit,...
112. Fikirlah sendiri,... kalau rizab serendah 59.1 bilion ringgit, belum campur 31 bilion ringgit, yang hilang entah ke mana, pun negara masih tidak dituduh bankrap.
Saudara dan Saudari,
113. Sesungguhnya lagi, kejayaan-kejayaan yang ditempa oleh negara kita bukanlah cakap-cakap kosong, sebaliknya, fakta-fakta pencapaiannya, telah diiktiraf oleh Badan-Badan Penarafan, bukan sahaja di peringkat kebangsaan, tetapi di persada antarabangsa.
114. Terkini, menurut Global Competitiveness Report 2017/2018 oleh World Economic Forum, Malaysia berada pada kedudukan ke-23 di dunia, sekaligus merupakan Top Emerging Economy in this region.
Suasana didalam Dewan Merdeka yang menyaksikan Perhimpunan Agung UMNO tahun 2017 kali yang ke -71 begitu amat memberangsangkan dan menaikkan semangat kepada setiap Ahli Perwakilan yang hadir.
Perwakilan UMNO Bahagian Tawau yang hadir di Perhimpunan turut sama memeriahkan dengan penuh semangat patriotisma yang jitu serta semangat yang kental sambil menayanyikan lagu Bersatu Bersetia Berkhidmat.
Dengan penuh semangat dan meriah sekali Perhimpunan Agung UMNO tahun 2017 kali ke -71 ini , dengan berpakaian serba merah yang membangkitkan semangat perjuangan yang tinggi bagi mempertahankan parti UMNO dengan tekad memenangi Pilihanraya ke - 14 dengan komitment dan berusaha untuk mencapai kejayaan.
SUASANA di dalam Dewan Merdeka ketika Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak menyampaikan ucapan dasar pada majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2017. - Foto Asyraf Hamzah
Saudara dan Saudari,
115. Dalam bidang pendidikan pula, bermula dari peringkat pra sekolah, sekolah rendah dan menengah adalah percuma. Manakala, di Peringkat Universiti atau pengajian tinggi, 90 peratus kos pengajian ditanggung oleh Kerajaan.
116. Hasilnya, QS University Ranking 2017/2018 melaporkan pula, lima buah Universiti Penyelidikan di Malaysia, tersenarai antara satu peratus terbaik dunia,... Syabas kepada warga pendidikan tinggi!
117. Dalam hal ini, pernyataan pihak pembangkang untuk memberikan pendidikan tinggi percuma, ternyata bercanggah. Sedangkan Universiti Selangor, milik Kerajaan negeri, di mana kita tahu, yuran pengajian pelajar dan lain-lainnya masih tidak percuma.
Tengok,... hah,... satu lagi PEM-BO-HO-NGAN. Siapa yang kena bohong? Rakyat,...!!! Ini yang kita tidak mahu!
118. Selanjutnya saudara-saudari, semenjak 2010, Kerajaan memperuntukkan melebihi 192 bilion ringgit untuk perkhidmatan kesihatan berkualiti kepada rakyat.
119. Kini, kita sudah ada 356 buah Klinik 1Malaysia, yang telah menerima 26.7 juta pengunjung. Bayangkan,... mana nak ada negara dalam dunia yang memberikan perkhidmatan kesihatan serendah satu ringgit sahaja? MELAINKAN, KERAJAAN PIMPINAN UMNO DAN BARISAN NASIONAL.
120. Ubat pun kadang-kadang sampai 'satu genggam' diberikan.
121. Ini belum dikira bersalin di Hospital Kerajaan, yang hanya mengenakan bayaran serendah 50 ringgit sahaja, berbanding di Hospital Swasta yang kos puratanya sekitar 5 ribu ringgit.
122. Laginya, bagi setiap anak Malaysia yang lahir bermula 1 Januari 2018, Kerajaan akan hadiahkan 200 ringgit dalam bentuk Amanah Dana Anak Malaysia 2050 atau ADAM50, yakni skim yang pertama kali diperkenalkan. 123. Saudara-Saudari,... dalam bab ini, Saya diberitahu oleh Ketua Puteri bahawa, para Puteri akan menjadi antara penyahut tegar kepada seruan ADAM50. Tapi,... Wanita pun ramai yang boleh lagi tu,...
124. Di sudut lain, sejak Program Transformasi Kerajaan dilaksanakan pada tahun 2010, pelbagai hasil kejayaan, telah muncul satu persatu.
125. Contohnya UTC, yang menjadi game changer dalam Perkhidmatan Awam, turut diakui sebagai model terbaik perkhidmatan Kerajaan di peringkat dunia.
126. UTC ini dipuji ramai kerana, Pusat Khidmat Sehentinya, mampu beroperasi dari pukul 8.30 pagi hingga 10 malam, 7 hari seminggu.
127. Kita berbangga dan bersyukur, mana ada negara lain di dunia, yang mampu menawarkan khidmat sebegini kepada rakyatnya, melainkan,... MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN UMNO DAN BARISAN NASIONAL.
128. Di sisi lain, sejak BR1M diperkenalkan, lebih 25 bilion ringgit telah kita agih-agihkan. Ini belum termasuk pemberian BR1M tahun 2018, sebanyak 6.8 bilion ringgit, memanfaatkan lebih 7 juta penerima, sehingga jumlah mencapai 1,200 ringgit seorang.
129. Tentang BR1M ini pun, dulu dituduhnya kita merasuah rakyat, tapi sekarang sudah terbalik, dan membuat U-turn jika mereka memerintah, konsep subsidi bersasar BR1M yang kita buat, akan ditiru pulak pelaksanaannya.
Inilah perangai depaaa,... apa namaaa,... Asyik dok U-turn, U-turn, dan U-turn,...
130. Selanjutnya, kita telah wujudkan pula lebih 180 buah Kedai Rakyat 1Malaysia, yang menjual barangan keperluan pada harga yang lebih rendah. Pada tahun hadapan, kita akan tambahbaik KR1M kepada KR1M 2.0, yang saya akan lancarkan sendiri tidak lama lagi.

DATUK Seri Najib Razak ketika menyampaikan ucapan dasar pada perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2017. - Foto Luqman Hakim Zubir
Saudara dan Saudari,
131. Bercakap soal GST pula, terbukti ia menjadi penyelamat ekonomi kita, kerana tanpa kutipan GST 41 bilion ringgit, bagaimana negara boleh menampung perbelanjaan yang diperlukan untuk rakyat.
132. Sebaliknya, pihak pembangkang sampai hari ini, masih tidak sepakat tentang keputusan menerima sistem GST, ada yang kata GST diterima tapi zerorated,... terbaru, Lim Guan Eng pulak, mintak separuh-separuh diberi kepada Kerajaan Pulau Pinang dan ada pulak pendapat, nak kembali kepada SST,...
133. Hrmm,... tulah dia pembangkang,... macam saya sebut sebelum ini,... THE ONLY THING CONSISTENT WITH THEM AS THE OPPOSITION IS THAT, THEY ARE CONTINUOUSLY IN-CON-SIS-TENT.
Saudara dan Saudari,
134. Berkenaan hal tol, dalam Bajet 2018, Kerajaan Barisan Nasional bersetuju memansuhkan tol di Batu Tiga dan Sungai Rasau di Selangor, di Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Eastern Dispersal Link, Johor.
135. Malangnya, usaha murni kita ini sekali lagi dipesong oleh pembangkang, yang mendakwa, pemansuhan tol ini menambahkan beban rakyat. Pulak dah,...! Satu lagi PEM-BO-HO-NGAN,...
136. Sedangkan dulu, bukankah Mahathir itu 'Bapa-Segala-Tol',...

SEBAHAGIAN ahli UMNO mendengar amanat yang disampaikan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak melalui skrin besar yang disediakan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 di PWTC, Kuala Lumpur. - Foto Aswadi Alias
Pergerakan Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Tawau yang hadir sebagai perwakilan di Perhimpunan Agung UMNO tahun 2017 di Dewan Merdeka Pusat Dangangan Dunia Putra , Kuala Lumpur
Perwakilan UMNO Bahagian Tawau di Perhimpunan Agung UMNO 2017 yang diketuai oleh DSP Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tawau merangkap ADUN N.55 Balung dan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah.
Saudara dan Saudari,
137. Kepada rakyat Malaysia khususnya anak-anak muda, setakat ini, Kerajaan sudahpun mewujudkan 2.26 juta pekerjaan, dengan sasaran 3.3 juta peluang pekerjaan baharu menjelang 2020.
138. Malah, di era Digital Economy, dengan pelancaran DFTZ, menjadikan Malaysia sebagai hab ekonomi digital pertama di dunia di luar negara China, dijangka mampu mewujudkan lebih 60 ribu peluang pekerjaan berpendapatan tinggi baharu kepada anak-anak muda.
139. Selain itu, pembangunan Tun Razak Exchange, dijangka akan menjana 40 bilion ringgit kepada ekonomi dan membuka 40 ribu peluang pekerjaan.
140. Pembangunan Bandar Malaysia pula, dijangka menjana sekitar 170 bilion ringgit, dengan mewujudkan lebih 200 ribu peluang pekerjaan, yang bakal menjadi satu Bandar Pintar Termoden di rantau ini.
141. Di samping itu, melalui pembangunan Menara Warisan Merdeka-PNB, bakal mencipta rantaian ekonomi berjumlah 11 bilion ringgit dan mewujudkan lebih 10 ribu peluang pekerjaan baharu. Menara setinggi 118 tingkat ini, setakat ini dijangka akan menjadi bangunan KETIGA TERTINGGI DI DUNIA.
Saudara dan Saudari,
142. Sememangnya, Kerajaan pimpinan UMNO ini, akan terus mempertinggikan Islam dan Syiarnya berasaskan kerangka Maqasid Syariah, yang mengikut tiga keutamaan, iaitu:
143. Dho'-ru-riyat, yakni keperluan asas utama, Haa-Ji-Yat yakni, perkara yang diperlukan oleh manusia, supaya tidak berlaku kesulitan kehidupan serta ketiganya, Tah-si-niyat yakni, sesuatu yang sekadar menjadi penghias untuk kesempurnaan hidup.
144. Demikianlah juga, Prinsip Wasatiyyah, dalam memajukan negara, sehingga Malaysia sekarang, diiktiraf dunia, sebagai sebuah model negara Islam yang maju, progresif lagi dinamik.
145. Lantaran, di peringkat antarabangsa, Kuala Lumpur mengamalkan dasar berbaik-baik dan terbuka dengan negara-negara luar, terutamanya kuasakuasa besar seperti China, Amerika Syarikat, Jepun, India dan Arab Saudi.
146. Terkini, Imam Besar Masjidil Haram, Sheikh Dr. Saleh A-lu Talib, yang melawat Malaysia, minggu lepas, menyatakan pandangan bahawa, dalam hal memperjuangkan Islam dan Syiarnya dalam kalangan masyarakat majmuk, SESUNGGUHNYA MALAYSIA, BERADA PADA LANDASAN YANG BETUL LAGI BENAR.
147. Ujar beliau lagi, sambil memuji prinsip TAWAZUN atau pendekatan WASATIYYAH yang diamalkan, di mana pendekatan Malaysia menolak fahaman ekstremisme seperti IS dan Daesh, namun tidak juga berpegang kepada aliran yang terlalu liberal.
148. Dek kerana itulah, negara ini jelasnya, bukan sekadar menjadi HARAPAN umat Islam di rantau sebelah sini, malah dipandang tinggi oleh Dunia Islam seluruhnya.
149. Dalam erti kata lain, Malaysia adalah THE TRUE FACE OF ISLAM, di mana THE PEACEFUL CO-EXISTENCE OF DIFFERENT FAITHS... MAMPU BERLAKU DI MALAYSIA, DAN TIDAK MUDAH DILAKSANAKAN DI NEGARA ISLAM YANG LAIN.
150. Di sudut ini juga, kita mengatur syukur apabila skor Indeks Syariah Malaysia pada tahun ini terus meningkat kepada 76.06 peratus.
151. Pada sisi kemanusiaan pula, Malaysia akan terus prihatin dan berperanan aktif di seluruh dunia, khususnya dalam membantu saudara seakidah kita di serata dunia, umpamanya di Myanmar dan di Palestin.
152. Menariknya lagi, kita adalah negara pertama di dunia yang menyediakan Field Hospital atau Hospital Medan di Cox's Baazar, Bangladesh, khusus untuk pelarian etnik Rohingya.
Tan Sri Pengerusi Tetap, Saudara-Saudara Seperjuanganku Sekalian
153. Sesungguhnya,... UMNO tidak pernah dan tidak akan sesekali berkompromi dengan apa-apa jua hal yang melibatkan penghinaan ke atas kesucian dan tingginya Agama Islam serta Syiarnya, bukan sahaja di tanah air ini, bahkan di seluruh pelusuk dunia.
154. Jadinya, minggu ini pabila kita dikejutkan dengan cadangan Amerika Syarikat untuk mengiktiraf satu daripada tiga tanah suci Umat Islam, yakni Baitul Maq-dis sebagai Ibu Negara Israel, saya yakin dan percaya, mana mungkin kita sebagai Umat Islam dapat menerimanya sampai bilabila.
155. Makanya, saya selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia, mengajak para pimpinan parti, para perwakilan, ahli-ahli yang hadir, di dalam dan di luar sana, serta semua di mana sahaja anda berada, untuk bangun dan menzahirkan pendirian kita yang selantang-lantangnya,... agar dunia mendengar gema suara Umat Islam Malaysia, bahawa,...
KITA MENOLAK SEKERAS-KERASNYA CADANGAN MENJADIKAN BAITUL MAQDIS SEBAGAI IBU NEGARA ISRAEL SAMPAI BILA-BILA.
Justeru,... Ya Allah Ya Tuhan,... Kami berlindung denganMu dari kejahatan musuh kami,... DiKau satukanlah hati-hati kami,... DiKau cerai-beraikan himpunan mereka,... DiKau pisahkanlah kesatuan mereka,... dan,... Ya Allah,... DiKau goncangkan serta hancurkanlah perancangan mereka.
Allahu Akbar!! Allahu Akbar!! Allahu Akbar!!
Saudara dan Saudari,
156. Berkait soal ini juga, Saya bersependapat dengan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, dalam ucapannya menyebut bahawa, kita perlu 'buta warna' dalam hal kemanusiaan. Sebab itulah, kita mempraktiskan amalan BERMUSYAWARAH DALAM UMNO SERTA BARISAN NASIONAL SEBAGAI SEBUAH KELUARGA BESAR.
157. Bagai dimadah Melayu lama, jika tidak sebanyak,... sedikit pun jadilah jua,... satu perjuangan bukan sahaja dari SUARA UMAT ISLAM Malaysia, malahan, suara kemanusiaan dunia yang diwakili Kerajaan Malaysia Pimpinan UMNO.
158. MANAKALA DENGAN PARTI PAS,... Saudara-Saudari,... PENDIRIAN KITA AMAT JELAS IAITU, HUBUNGAN KITA DENGAN MEREKA ADALAH TERASAS, DEMI KEPENTINGAN UMMAH, SEKALIPUN PANDANGAN POLITIK TETAP BERBEZA.

159. Berbalik kepada hal mempertinggikan Syiar Islam, Kerajaan pimpinan UMNO, sejak bertahun-tahun, terus memberi bantuan sewajarnya kepada para Imam, Bilal, Guru KAFA, Guru Takmir, termasuk juga Tok Siak, yang kesemuanya berjumlah lebih 65 ribu orang.
160. Kerajaan juga akan terus membangun, menaik taraf, membaik pulih dan menyelenggara pusat-pusat Tahfiz di seluruh negara, menerusi GIAT MARA, dengan peruntukan sebanyak 50 juta ringgit supaya ia lebih selamat, kondusif dan selesa.
Saudara dan Saudari,
161. Sewaktu Saya umumkan peruntukan menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Ketua Menterinya sungguh berterima kasih kepada kita.
162. Tetapi, apabila tiba waktu undi untuk meluluskan Bajet 2018, ahli-ahli parlimen pakatan pembangkang yang diketuai oleh DAP, telah menolak Bajet 2018.
163. Malah, sewaktu banjir besar di Pulau Pinang, pada 5 November lalu, Lim Guan Eng, selaku Ketua Menteri Pulau Pinang, merayu sehingga hampir menangis ketika menelefon Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, memohon bantuan seraya menyebut,.. selamatkan Pulau Pinang,.. selamatkan Pulau Pinang.
164. Ternyata, sekali lagi, DAP menunjukkan belangnya. Sudahlah tidak menyokong Bajet 2018, ditolak pulak bantuan Bajet yang nak dihulurkan oleh Kerajaan Persekutuan. Sedangkan mereka yang merayu dan meminta.
165. Selepas itu, apabila Saya dan Timbalan Perdana Menteri turun ke Pulau Pinang, dituduhnya Kerajaan Persekutuan tidak memberi bantuan semasa banjir. Inilah sekali lagi, PEM-BO-HO-NGAN dan PE-NI-PU-AN.
166. Inilah juga manifestasi perangai buruk DAP. Sepertimana disebut pepatah Melayu lama, dengan ikhlas 'Susu yang kita hulurkan,... tuba pula jadi balasan.'

167. Dalam pada kepimpinan UMNO yang menunjang Kerajaan menyeru ke arah kesepaduan nasional dan saling hormat menghormati antara kaum, nampaknya pihak pembangkang pula, semakin sempit sudut pandang politik, berkaitan etnik dan kaum ini.
168. Di sisi Kerajaan, tidak kiralah apa keturunan etnik bangsa, pada kita, keseluruhan lebih 32 juta rakyat negara ini adalah ANAK-ANAK 1MALAYSIA.
169. Bertambah pelik lagi, seorang bekas Presiden UMNO sendiri yang kini pemimpin utama parti pembangkang, masih terperangkap dalam kerangka pemikiran penjajah, sehingga sanggup mencerca etnik keturunan Bugis.
170. Betapa rendahnya akal budi yang sedemikian ini. Sedangkan UMNO meraikan kepelbagaian etnik dan rumpun Melayu, waima, 'MAMAK MALABARI' dari 'KERALA' pun kita sudah iktiraf masuk Melayu dan tidak pulak kita suruh pulang.
171. Yang seorang lagi pulak, Saya berziarah ke hospital MELAWAT beliau yang sedang sakit, atas sifat kenalan lama. Saya hanya MELAWAT, sebab itu Saya bawa isteri bersama.
172. Tapi,... keikhlasan kami itu, tampaknya diperli dipantun pulak.
173. Ini jawapannya Saudara Anwar,.... Dengar ya,...
Burung Merpati Terbang Sekawan,
Hinggap Seekor Di Atas Dahan,
Kita Sahut 'Lawan Tetap Lawan',
Di Pilihanraya Bertarunglah Seperti Anak Jantan.

Perwakilan UMNO Bahagian Tawau yang hadir di Perhimpunan Agung UMNO tahun 2017 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur.
BAHAGIAN IV : BERGURU DARIPADA SIRAH DAN SEJARAH
Saudara-Saudari Seperjuanganku Sekalian,
174. Lalunya, sebelum kita melangkah ke gelanggang tempur, selaku Presiden UMNO, Saya menaruh yakin dan percaya terhadap segala kerja keras oleh setiap peringkat dan Sayap-Sayap parti, sepanjang beberapa tahun ini, terutama tempoh-tempoh yang membawa kita menuju fasa akhir persiapan Pilihanraya Umum Ke-14.
175. Maka itu, sebagai mempersiap-siagakan UMNO dan Barisan Nasional, suka Saya mengajak semua pihak mengambil iktibar, daripada beberapa mafhum firman Allah di dalam Al-Quran,...
176. Antaranya menerusi, surah-surah A-li I'mran, An-Nasru, An-Namlu dan AlAnkabut bahawa,... orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaanNya, Kami benar-benar akan tunjukkan kepada mereka jalan menuju kemenangan. Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang-orang yang berusaha dan bersabar.
177. Mafhum peringatan Allah ini, adalah supaya, kita sentiasa bersangka baik dan bertawakal terhadap Allah Hu Ta'ala, dalam setiap gerak langkah dan perencanaan hidup sama ada hal peribadi, keluarga, bermasyarakat, begitulah juga dalam berOrganisasi, berKerajaan apatah lagi berNegara.
178. Orang berpesan, belajar pada pengalaman, bergurulah pada sejarah. Jika dihimbau kisah perjuangan para Anbiya', pemimpin-pemimpin besar tamadun serta peradaban terdahulu, terutamanya sirah Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW,...
179. Sejarahnya,... telah terjadi lebih 50 JIHAD semasa zaman Baginda di Madinah, di mana ada pendapat menyebut hampir 30 daripadanya, disertai oleh Rasulullah sendiri.
180. Iktibarnya, dalam konteks JIHAD kontemporari yang diperbuat oleh UMNO serta Barisan Nasional adalah, prinsip-prinsip berkaitan kepimpinan, pentadbiran dan pengurusan, perjuangan serta kebijaksanaan yang berstrategi.
181. Ber-se-sekali itu, nilai-nilai yang terpancar, sewajib kita semai dan iltizamkan dalam perjuangan parti ini, telah pun Saya huraikan hampir kesemuanya di sepanjang 8 tahun lalu, di pentas yang sama ini,...
182. Merangkumi nilai-nilai besar seperti, pengorbanan, wala' dan kesetiaan, disiplin dalam organisasi, kesabaran, ukhuwah, ketabahan, patriotisme, pentingnya tabayyun, amalan wasatiyyah, SO-LI-DA-RI-TI serta yang paling utama adalah ISTIQAMAH DALAM BERJEMAAH.
183. Begitulah juga, sebuah lagi episod penting yang perlu dijadikan teladan adalah, Pembukaan Kota Palestin oleh Khalifah Islam yang kedua yakni Saidina Umar Al-Khatab, sekitar tahun ke-16 hijrah, selepas kemenangan Perang Yarmuk daripada Kekuasaan Rom.
184. Menariknya untuk kita teladani tentang pembukaan Palestin itu adalah, berkait kepimpinan, strategi dan kebijaksanaan Saidina Umar, dalam memenangi hati penduduknya, yang tampaknya secocok sekali dengan dasar UMNO dan Barisan Nasional yang dipegang kita kini, iaitu, pendekatan PERSUASIVE and UNIFIER yakni, POLITIK MEMUJUK dan POLITIK MEMPERSATU.
185. Atas demikian, kita semua dalam UMNO dan Barisan Nasional, perlu menghayati baik-baik bahawa,... kejayaan JIHAD pimpinan-pimpinan terdahulu, bukanlah sekadar bergantung kepada doa dan sujud, tanpa diiring usaha yang bersungguh-sungguh, bersama strategi yang diatur, dengan penuh terancang serta pelaksanaan penuh bersistematik.
186. Itulah yang telah jelas terbukti dilaksanakan oleh UMNO dan Barisan Nasional dalam MENAKHODA Kerajaan selama ini.
187. Pokoknya, JIHAD itu juga bukanlah bererti hanya melalui peperangan atau mata pedang, sebaliknya JIHAD merangkumi sebarang bentuk aspek mengurus kehidupan dunia dan akhirat.
188. Jadinya, dapatlah kita katakan dengan segala kerendahan hati bahawa, parti UMNO yang memimpin Barisan Nasional selama enam dekad ini, telah perbuat sehabis baik dalam segala kudrat manusiawi yang ada.
189. Buktinya, setakat November 2017 sahaja, dalam Akujanji Kerajaan Barisan Nasional, melalui 17 inisiatif dan 156 inisiatif strategik,... dan sukacita Saya selaku Perdana Menteri mengumumkan bahawa, Akujanji Kerajaan Barisan Nasional yang telah dan sedang disiapkan sepenuhnya, setakat ini sahaja, telah berjaya mencapai 97.6 peratus pelaksanaannya.
DATUK Yusof Haslam turut hadir pada majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2017. - Foto Asyraf Hamzah
PIMPINAN tertinggi parti komponen Barisan Nasional turut hadir pada majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2017. - Foto Asyraf Hamzah
BAHAGIAN V : 5 SERUAN DAN SEMBOYAN PENENTU KEMENANGAN PRU KE-14
Wahai Saudara-Saudaraku, Panglima Parti Sekalian,
190. Mulai tika dan saat ini,... kuatkan azam dan gantungkan tekad yang tinggi,... kita mara ke medan juang,... menuju kemenangan di Pilihanraya Umum nanti, dengan berbekalkan LIMA SERUAN DAN SEMBOYAN PERANG, PENENTU KEMENANGAN PRU Ke-14.
191. Pertama: BERGERAK-LAH SEBAGAI SATU PASUKAN.
192. Ertinya, kali ini, untuk mempastikan kemenangan besar, jangan teragak-agak lagi, kita mesti bergerak dalam saf yang padu, jemaah yang kukuh dan ketumbukan yang jitu.
Kata orang,...
Tiada air orang tayamum,
Tayamum itu debu dan tanah,
Ketua memimpin ahlinya makmum,
Barulah UMNO mendapat berkah.
193. Lantaran, kepada semua Wanita UMNO, yang bukan lagi sekadar tulang belakang parti, bahkan, kini turut bergelar Ibu Terbaik Bangsa.
194. Junjunglah,... amanah dan tanggungjawab sebagai komandan kepada setengah juta ahli dan jentera JR Plus.
195. Lalu, kepada Wanita UMNO khususnya, berbekalkan SEMANGAT WANITA SEBAGAI WIRAWATI BANGSA ini,... turunlah padang,... dekatilah rakyat,... seraya gempurlah kubu pihak lawan,... dan PERANG MESTI MENANG!!
Saudara dan Saudari,
196. Kepada para Pemuda UMNO pula, berpencaklah dengan berani, sebagai perwira harapan parti dan bangsa, dan tawanlah hati pengundi baharu,... berbekal semangat kejayaan sebagai Juara Keseluruhan Temasya Sukan SEA Ke-29,... junjunglah obor kecemerlangan itu, sehingga kita menang besar di Pilihanraya Umum Ke-14 nanti.
197. Selanjutnya, kepada para Puteri UMNO, sebagai sayap paling bongsu dan taat kepada parti, usahlah segan, gentar dan bimbang,... gerakkanlah Skuad Puteri Peduli, demi menawan hati masyarakat, mengundi UMNO dan Barisan Nasional.
198. Seruan dan Semboyan kedua: BERGERAK-LAH DENGAN PENUH KEYAKINAN BAHAWA, KITA BERADA DI LANDASAN YANG BENAR LAGI BETUL.
199. Maknanya, kepada semua ahli UMNO dan Barisan Nasional, dengan idealisme dan semangat setiakawan serta kekeluargaan yang tidak boleh terpisahkan lagi, bagai rambut tersimpul mati.
200. Atas semangat itu,... pahatkan wala' yang sepenuhnya, ukirkan taat setia dan patuh kepada segala arahan pucuk pimpinan. Pabila sudah ada calon yang dikenal pasti, janganlah diboikot dan disabotaj, tapi tumpahkanlah taat setia serta sokongan yang tidak berbelah bagi.
201. Bergeraklah, dengan winning mentality,... tanpa rasa takut dan gentar,... jangan ragu-ragu lagi,... bagi memenangi pilihanraya ini. Dengan penuh rasa tawadhuk, yakinlah,... kita di atas jalan perjuangan yang dirahmat lagi diredhai.
202. Bagi Seruan dan Semboyan yang ketiga: BERTINDAK-LAH DENGAN PANTAS, SELESAIKAN CABARAN YANG AKAN DIHADAPI SECARA SYURA DAN KEKELUARGAAN.
203. Justeru, sesekali jangan kita patah semangat dipukul badai perjuangan. Kalau sesat di hujung jalan, kembalilah ke pangkalnya.
Beringatlah:
Keistimewaan Nabi dengan mukjizat,
Kelebihan Umat dengan muafakat.
204. Berundinglah dalam semangat syura dengan penuh hemah dan berhikmah, kerana dalam syura itu Allah menjanjikan berkatnya.
205. Seruan dan Semboyan Keempat pula: BERTEMPUR DAN BERTARUNGLAH DI ALAM SIBER DAN DUNIA DIGITAL SEBAGAI PEJUANG SIBER.
206. Sebabnya, perang sebenar di pilihanraya kali ini adalah, PEPERANGAN DI ALAM SIBER DAN DUNIA DIGITAL. Kalau kita gagal menguasai dunia siber dan digital ini, maka apa yang kita usahakan selama ini, mungkin menjadi siasia.
207. Saya pasti setiap orang mempunyai 'alat' seumpama ini.
208. Oleh itu,... gunakanlah ia sebaiknya. Jangan diharap hanya kepada kelompok-kelompok tertentu sahaja, kerana sesungguhnya, kita lebih 3 juta Ahli UMNO atau lebih 7 juta Ahli Barisan Nasional, SETIAP SEORANG ADALAH PEJUANG SIBER YANG SEBENARNYA.
209. Dan Seruan serta Semboyan yang terakhir pula : BERTARUNG-LAH DENGAN SEMANGAT JUANG DAN TEKAD YANG TINGGI BAHAWA, KITA TELAH BERBUAT SEHABIS BAIK, BERUSAHA DAN MERANCANG SEMAMPU MUNGKIN, LALU YANG TINGGAL, BERSERAH BULAT-LAH, SAMBIL BERTAWAKAL KEPADA ALLAH HU TA'ALA.
210. Maka itu, kepada semua Ahli dan Jentera parti UMNO serta Barisan Nasional, misi kita adalah satu, haluan besar kita juga ADALAH SATU, kekalkan UMNO dan Barisan Nasional sebagai parti PILIHAN UTAMA RAKYAT.
Kerana,... UMNOLAH,... PELAKSANA WASIAT PUSAKA, HARAPAN SEJATI NEGARA BANGSA.
211. Sepertimana Allah menyeru di dalam Al-Quran, bahawa kita dikurniakan akal fikiran, dua mata untuk melihat, lidah untuk kita bersuara, dua tangan untuk bertindak serta dua jalan yang terbentang untuk dipilih bagi menentukan halatuju hidup peribadi, keluarga, masyarakat dan bernegara.
212. Makanya, mahu tidak mahu, kita mesti menawan dan meyakinkan hati rakyat kerana sudah tiba masanya wajib bagi mereka menggunakan kebijaksanaan masing-masing yang dikurniakan Tuhan untuk membuat keputusan mutlak sebagai hakim kepada Pilihanraya kali ini.
Dua pilihan itu adalah:
213. Sama ada ingin menuju cahaya di hujung jalan yang sudah tampak terang benderang, dengan segala harapan pasti, melonjak negara ke masa hadapan, di bawah pimpinan UMNO dan Barisan Nasional, yang terbukti progresif, sarat dengan rekod-rekod prestasi yang tidak boleh dipertikaikan lagi.
214. Atau,... berbanding jalan yang bukan lagi sekadar suram dan samar, di bawah cengkaman Dinasti DAP,... bahkan teraba-raba tanpa arah tuju, kelam-gelita penuh dengan tipu daya dan akhirnya kelak hanya akan mengheret kita KEMBALI KE MASA PURBA DAN SILAM, DENGAN AMALAN-AMALAN KRONISME DAN PEMERINTAHAN 'KUKU BESI'.
215. Dan yang anehnya, sehingga ada yang masih sanggup dipimpin oleh seorang yang usianya seperti SENJA MENITI MALAM, sedangkan bekas Presiden Mugabe di Zimbabwe yang seangkatan umur dengannya, kini telah pun ditolak oleh rakyatnya sendiri.
216. Yang paling mustahaknya, Kerajaan UMNO BARISAN NASIONAL ini, ingin menjunjung Malaysia, bukan sekadar menjadi jaguh di rantau sini, bahkan Agenda kitalah yang terlebih superior lagi terbaik menuju TN50 nanti, tersenarai sebagai 20 negara terunggul di dunia and we will continue to keep the bar high for Malaysia,... PAR EXCELLENCE DUNIAWI, PAR EXCELLENCE UKHRAWI.
217. Lantas,... UNTUK MEMPASTIKAN KEMENANGAN BESAR KALI INI, SAYA PERINGATKAN KEPADA SEMUA, JANGANLAH DITIRU SIFATNYA PAHAT. WALAU BAGAIMANA IA TAJAM, SEKALI DIKETUK, SEKALI DIPUKUL, BARU BERGERAK.
TETAPI, TIRULAH RESMINYA GERGAJI YANG TAJAM. PULANG DAN PERGINYA MEMBAWA KEPUTUSAN.
218. Kata orang,... KASIHNYA IBU MEMBAWA KE SYURGA, KASIHNYA AYAH BERKORBAN RAGA, KASIHNYA KITA KEPADA PARTI,... TIADA PENGHUJUNGNYA.
219. Lalunya juga, berbekalkan kemenangan besar Pilihanraya Negeri Sarawak Ke-11, yang telah dimulakan tiupannya oleh Apai Besai Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, kini diteruskan pula oleh Yang Amat Berhormat Abang Jo, moga semangat Bumi Kenyalang yang sedang marak membara, akan sekali lagi berhembus kencang ke Tanah Semenanjung.
220. Juga pastinya, semangat patriotisme menggunung setinggi Kinabalu oleh Urang-Urang Sabah, yang pantang seinci pun Tanah Lahad Datu dirampas orang,... setinggi itulah juga, kita kembangkan layar BAHTERA BESAR PARTI UMNO dan BARISAN NASIONAL menuju gerbang kemenangan.
221. Seraya itu, ayuhlah,... ayuhlah,... kita buktikan bahawa, UMNO bukan sahaja untuk Melayu Bumiputera, tidak juga sekadar memimpin Barisan Nasional,...Tetapi UMNO adalah sebenar dan sesungguhnya,...
PARTI BER-KA-RO-MAH UNTUK SELURUH RAKYAT MALAYSIA.
222. Kendati itu, kalau digantung kita tinggi,... biar dicincang kita lumat,... namun,... menyerah tidak sekali-kali.
PERANG KALI INI, KITA GEMPUR HABIS-HABISAN!!
PILIHANRAYA INI, PASTI MENDAPAT MENANG!!
DAN,...
PUTRAJAYA TETAP KITA PERTAHANKAN !!
Kepada Allah jua kita berserahkan diri dan parti ini, zahir dan batin.
HIDUP UMNO!
HIDUP BARISAN!
HIDUP MALAYSIA!
Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Sekian, terima kasih.
Para Pemerhati dari UMNO Bahagian Tawau telah berada di Pusat Dagangan Dunia Putra bagi mendengar perbahasan Ucapan Dasar Presiden dan juga Usal yang dikemukakan oleh para pembahas. Kesempatan juga kepada Pemerhati untuk membeli belah cenderakenangan dan barangan lain yang dibeli dari kiosk yang terdapat disana.
08 Disember (Jumaat)
– Perbahasan Ucapan Dasar Presiden dan Usul
WAKIL Pergerakan Pemuda UMNO dari Bahagian Tenom, Jamawi Jaafar membahaskan usul ekonomi ketika Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). - Foto Rosela Ismail
KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO mencadangkan penubuhan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara bagi mengatasi masalah kos sara hidup, orang tengah serta tindakan sabotaj ekonomi negara.
Jurucakap sayap UMNO itu, Jamawi Jaafar, menjelaskan majlis itu perlu ditubuhkan bagi mengatasi bebanan yang ditanggung rakyat susulan peningkatan harga barang dan rumah yang tidak terkawal.
"Kita kena serius untuk menangani keperluan rakyat ini. Dengan penubuhan (majlis) ini, saya yakin banyak lagi perjuangan membela rakyat di peringkat akar umbi akan dapat dilakukan.
"Ia juga bagi memastikan barangan dapat dijual pada harga terkawal dan anak muda di bandar tidak menerima kesan, malah dapat kita perkasakan," katanya.
Beliau berkata demikian berucap membahas Usul Ekonomi pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.
Jamawi berkata, Pemuda UMNO juga mencadangkan supaya pemimpin UMNO di peringkat akar umbi menerajui Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 yang akan dilancarkan dalam masa terdekat.
"Kalau kita ingin tambah baik KR1M ini, kita harus mencari pemimpin UMNO yang ada jiwa membantu masyarakat untuk menerajui KR1M, kerana mereka yang diamanahkan sebelum ini hanya berorentasi untuk mencari keuntungan.
"Kita juga tengok sebelum ini nampak baik sekali. Kita atasi masalah orang tengah, tapi hari ini semuanya sudah ditutup," katanya.
Berkenaan program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), beliau menyedari luahan bahawa ia dijual pada harga terlalu mahal dan di luar kemampuan anak muda.
"Tapi saya difahamkan masalah rumah PR1MA ini berkait dengan tanah. Pemuda cadang GLC (syarikat berkaitan kerajaan) yang mempunyai aset tanah dan estet dapat membantu PR1MA menyediakan kawasan dan lokaliti sesuai," katanya.
Jamawi yang juga Ketua Pemuda Tenom juga mahu, kualiti jalan luar bandar terutama di Sabah yang tidak dilalui Lebuh Raya Pan Borneo, ditambah baik dan diperbaiki demi keselesaan rakyat di pedalaman.
Di awal perbahasannya, Jamawi turut berkongsi kisah kehidupan tiga indvidu di tiga lokaliti berbeza, yang boleh dijadikan contoh kerana berjaya mengubah kehidupannya biarpun berhadapan dengan masalah kos sara hidup.
8 Disember 2017 ( hari kedua ) perbahasan ucapan Dasar Presiden dan juga usul , Perwakilan UMNO Bahagian Tawau terus mengikuti dan mendengar perbahasan yang mana membahasakan beberapa isu termasuk Agama.
Jika tahun lepas beliau menggamatkan Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Putra di sini dengan kisah pisang dan pantun, kali ini wakil UMNO Sabah itu meriuhkan Perhimpunan Agung UMNO 2017 dengan kisah daun keladi.
WAKIL Pergerakan Pemuda UMNO dari Bahagian Kimanis, Sabah, Datuk Mohd Ariffin Mohd Arif membahaskan usul Agama dan Pendidikan ketika Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). - Foto Aziah Azmee
KUALA LUMPUR: Kepetahan wakil UMNO Sabah, Datuk Mohd Ariffin Mohd Arif 'menghalusi' perbahasan dengan kiasan dan perlambangan masyarakat Melayu, menarik perhatian perwakilan pada sesi perbahasan usul agama dan pendidikan, pagi ini.
Lagu 'Anak Kampung' nyanyian Jimmy Palikat, pantun daun keladi, ayam pelung, rumah orang Melayu, lagu 'Gurindam Jiwa' dan kisah durian mencuit hati perwakilan yang kekal bersemangat mendengar celoteh Mohd Ariffin.
Malah, Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badruddin Amiruldin, turut membiarkan perbahasan yang sepatutnya hanya 15 minit berlarutan hingga hampir sejam, selain memuji perbahasan itu yang sarat dengan ilmu dan nasihat.
Antara yang menarik perhatian ialah ketika Mohd Ariffin menjelaskan mengapa orang dulu menggunakan daun keladi dalam pantun 'terima kasih daun keladi, kalau ada berilah lagi'.
"Kenapa orang dulu berterima kasih pada daun keladi sedangkan ia sinonim dengan pepatah bagai 'mencurah air ke daun keladi'?
"Hakikatnya kerana daun keladi tidak menerima air, maka air dapat turun ke batang dan akar untuk menyuburkan daunnya.
"Ahli UMNO adalah akar dan pemimpin UMNO adalah daunnya yang akan subur dengan bantuan air di akar. (Tetapi) yang di atas itu siram-siramlah, dengan menyiram baru di atas subur," katanya sambil disahut tepukan dan hilai tawa perwakilan di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Mohd Ariffin kemudian mengibaratkan pembangkang seperti ayam pelung, iaitu spesies ayam bersaiz besar, namun hanya digunakan dalam pertandingan berkokok paling panjang kerana pasti tewas jika bertemu ayam sabung.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kimanis itu turut memuji inisiatif Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Ulul Albab kerana melahirkan pelajar yang menterjemahkan al-Quran dalam kehidupan, sekali gus memohon Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menambah bilangannya di Sabah.
"Saya bersyukur semua menteri kita adalah ulul albab kerana membantu semua rakyat di bawah.
"Namun kalau tidak membantu, itu Ahmad Albab. Kalau menteri sudah jadi Ahmad Albab, maka jin akan berkata 'ini semua Ahmad Albab yang punya'" katanya sinis sambil disusuli sorakan dan tepukan gemuruh perwakilan.
Ahmad Albab adalah watak dalam filem Allahyarham Tan Sri P Ramlee.
Mohd Ariff turut menasihatkan ahli UMNO khususnya pimpinan parti untuk berdoa memohon kepada Allah supaya perjuangan mereka berakhir dengan husnul khatimah (pengakhiran yang baik).
"Kita doalah juga untuk semua, untuk kemenangan kita. Misalnya, Ya Allah menangkanlah saya dan rakan lain dalam Barisan Nasional (BN) dengan cemerlang.
"Bukannya berdoa 'Ya Allah menangkanlah saya dengan cemerlang, sementara rakan yang lain biarlah menang tapi nyawa-nyawa ikan saja'" katanya.
Timbalan Ketua UMNO Kimanis, Datuk Mohd Ariffin Mohd Arif ketika membahaskan usul agama dan pendidikan hari ini menjadikan daun keladi sebagai metafora kasih sayang dan kesatuan saf kepimpinan.
“Kenapa orang dulu-dulu menyatakan terima kasih daun keladi, bukan terima kasih daun terap, kalau ada kami harap, tidak terima kasih daun palas, kalau ada Tuhan membalas, tidak ada terima kasih daun limau, kalau ada kami mahu.
“Kenapa daun keladi? Padahal daun keladi selalu disinonimkan dengan ‘bagai mencurah air ke daun keladi’.
“Tapi secara positifnya kerana daun keladi tidak menerima air itulah yang turun ke batang, lalu turun ke akar untuk menyuburkan daun. Kalau kita ingin daun keladi subur menghijau, turunkan air ke akarnya. Yang atas (barisan MT) itu siram-siramlah, dengan menyiram baru subur di asas,” katanya disambut gelak tawa perwakilan dan juga Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mengulas lanjut, Mohd Ariffin berkata bentuk daun keladi yang berbentuk ‘love’ (simbol hati) itu sebenarnya menunjukkan simbiosis terima kasih dan bentuk kasih sayang.
“Baru-baru ini Presiden turut menyatakan yang beliau tidak ingin menjadi presiden yang ditakuti, tetapi mahu menjadi presiden ‘to be loved and respected’ (disayangi dan dihornati). Sebab itu, Skuad Sayang semua ada tanda ‘love’, itulah kasih sayang.
“PM kita meminta kita merapatkan saf. Saf tidak akan rapat apabila hati itu tidak rapat. Hati kita tidak akan rapat jika kita jauh daripada Allah. Justeru, bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang, kita kena rapatkan hati dengan Allah,” katanya dalam loghat Sabah.
Mohd Ariffin dalam pada itu berkata Sabah akan tetap setia dan berdiri teguh menyokong dan mendukung amanat Presiden UMNO.
“Kami akan pastikan UMNO akan ‘tatap’ (tetap) menjadi tunjang kekuatan Barisan Nasional di Sabah. Menerusi bimbingan barisan kepimpinan, Insya-Allah kita jamin, Sabah menjadi lebih kuat menghadapi pilihan raya akan datang,” katanya. – BERNAMA
Para Pemerhati yang tinggal dikawasan Bukit Bintang akan balik ke Hotel masing masing dengan menaiki LRT dan Monorel. Agak kekok juga menggunakan sistem pengangkutan ini , walaubagaimana oleh kerana banyak pemberitahuan bertulis yang terdapat distesen stesen ianya amat membantu dan memudahkan untuk penumpang menggunakan sistem pengangkutan ini.
Para pemerhati dari UMNO Bahagian Tawau bersama Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan semasa makan malam di sebuah restauran Arab di Bukit Bintang.
Ucapan Penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2017 oleh Ketua Puteri UMNO, Mas Ermieyati Samsudin.
UCAPAN PENGGULUNGAN
KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO
PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2017
BismillahirRahmanirRahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Yang Berbahagia Pengerusi Tetap,
YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak
Presiden UMNO
YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi,
Timbalan Perdana Menteri,
YB Dato’ Seri Hishammudin Tun Hussein,
Naib Presiden UMNO,
Yang Berbahagia Tan Sri Ketua Wanita,
YB Brigade Jeneral Ketua Pemuda,
YB Setiausaha Agung UMNO,
YB Bendahari UMNO,
YB Ketua Penerangan UMNO,
Ahli-Ahli Majlis Tertinggi,
Para Perwakilan,
Ketua-Ketua Parti Komponen
1. Selaku Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, hati kecil ini sangat teruja bagi mengikuti Perhimpunan Agung UMNO 2017. Yang pasti Perhimpunan Agung UMNO kali ini adalah antara yang terbesar dan yang terakhir sebelum genderang pilihanraya dipalu oleh YAB Presiden.
2. Bermula dengan Majlis Taklimat Presiden, perasmian sayap-sayap UMNO, Ucapan Dasar YAB Presiden diikuti perbahasan demi perbahasan oleh para perwakilan sayap-sayap dan juga perwakilan di peringkat Perhimpunan Agung UMNO, ianya sarat dengan seruan-seruan dan lontaran frasa kata yang membangkitkan semangat juang kita semua bagi memasuki medan perang PRU14.
3. Tapi dalam kita sedang berbahas dengan serius untuk memenangi pilihanraya, ada juga cuitan nakal yang merendahkan martabat Wanita. Dalam ucapan dasar telah saya sebut bahawa Islam dari awal telah memartabatkan dan memberikan ruang yang besar untuk Wanita dalam ketamadunan.
4. Namun sebaliknya ada media kita telah mempersendakan Puteri. Saya merujuk kepada karikatur dalam tabloid Kosmo online kononnya apabila habis Pau teringat-ingat kepada Puteri.
5. Bagi saya karikatur tersebut jelas bertentangan dengan perjuangan Puteri dan Wanita yang selari dengan semangat Bajet YAB Perdana Menteri untuk memperkasakan wanita. Saya mewakili suara wanita di dalam dan di luar dewan mengecam penyiaran karikatur tersebut.
Para perwakilan sekalian,
Rimbun Sungguh Pohon Durian,
Jangan Dilupa Rumput Melata,
Pejuang Lama Dilupa Jangan,
Tanpa Mereka, siapalah kita.
6. Kami juga menyedari bahawa kejayaan demi kejayaan yang sedang dinikmati oleh generasi hari ini, dimulai dengan perjuangan para nenda, ayahanda dan bonda kita sejak Pilihanraya pertama tahun 1955 sehinggalah Pilihanraya yang ke-13 yang lalu… melalui wadah UMNO sebagai tonggak kepada Barisan Nasional beserta dokongan dan sokongan tidak berbelah bagi oleh parti-parti komponen.
7. Sejak membentuk kerajaan Persekutuan buat kali pertama, UMNO bukan sahaja memayungi dan membela nasib orang-orang melayu… bahkan menjadi tempat berteduh pelbagai kaum Malaysia berpaksikan MENTALITI NEGARAKU sehingga saat ini.
Sidang perwakilan sekalian,
8. Puteri turut menginsafi, bahawa sebagai pewaris pejuang bangsa… yang telah ditakdirkan oleh Allah SWT… untuk menundukkan badan…merendahkan bahu bagi mengangkat dan memikul bebanan tanggungjawab… memartabatkan bangsa, maka, wajib bagi kami mempertahankan legasi kejayaan kepimpinan Barisan Nasional sejak 7 dekad yang lalu…
9. SEMUA INI HANYALAH AKAN DICAPAI melalui kemenangan selesa dan cemerlang pada Pilihanraya Umum ke-14 yang bakal diumumkan bila-bila masa oleh YAB Presiden.
10. Kerja keras yang perlu digandakan oleh ahli UMNO pada hari ini ialah memberi penjelasan kepada rakyat. Jangan sampai disebabkan kita sibuk menangkis tohmahan pembangkang, kita terlupa untuk menceritakan kejayaan yang telah dicapai. Lebih-lebih lagi kejayaan Najibnomics yang sedang dinikmati oleh rakyat di seluruh pelusuk tanah air.
11. Melalui dasar politik antarabangsa YAB Presiden pula, kita tampak jelas, kita mahu kekal berkecuali dan mahu berkawan dengan semua orang. Inilah inti Najibplomatik- suatu prinsip berkecuali yang menekankan hubungan seimbang antara semua negara. Kita telah lihat kesan positifnya bukan sahaja mampu mewujudkan suatu persekitaran politik yang aman pada peringkat serantau, malah telah memberikan kesan yang baik terhadap ekonomi negara kita.
12. Namun, dengan ketegasan yang yang ditunjukkan oleh YAB dalam isu terkini di Baitul Maqdis, jelas, Najibplomatik juga didasari oleh prinsip-prinsip kemanusiaan sejagat. Inilah bagi saya satu manifestasi politik wasatiyah yang menekankan kesederhanaan dan keseimbangan.
13. Kerana itu, Puteri menyokong tindakan YAB Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia dalam mengecam tindakan melulu Presiden Amerika Syarikat. Kami juga menghargai tindakan Pemuda UMNO yang berhimpun dalam menyatakan solidariti umat terhadap tindakan gelojoh Trump. Perbuatan itu umpama melancarkan peluru berpandu ke tengah-tengah kota suci Baitul Maqdis.
14. Mari sama-sama kita desak Trump membatalkan tindakannya dan menarik balik pengiktirafannya itu sebelum tercetus konflik lebih besar. Justeru, Puteri memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada YAB Perdana Menteri untuk memperjuangkan isu ini dalam Persidangan Khas OIC di Istanbul nanti.
Para Perwakilan sekalian,
Daun sirih daun selasih
Jadi santapan ulam-ulaman
Fitnah pembangkang semakin tersisih
Pasti UMNO gapai kemenangan
15. Walau bagaimanapun, hal ini sangat bergantung kepada diri kita sendiri sebagai suatu pasukan. Jangan sesekali mudah percaya kepada cakap orang luar. Mudah percaya kepada berita yang tidak diketahui sumbernya selalu menjadi punca perpecahan dalaman. Saya teringat sebuah karya terjemahan Abdullah Ibnu al-Muqaffa yang sangat masyhur dalam peradaban Islam, iaitu Kalilah wa Dimnah. Karya yang bersifat alegori dan kisah haiwan ini sering menjadi rujkan apabila bercakap tentang soal ini. Antara persoalan yang begitu ditekankan dalam Kalilah wa Dimnah ialah SIKAP CUAI DAN MUDAH PERCAYA KEPADA FITNAH.
16. Oleh yang demikian…kita sebagai ahli UMNO dan pendokong Barisan Nasional jangan sekali-kali CUAI dan LEKA dalam menerima sekonyong-konyongnya pelbagai Tohmahan dan “fake news” ciptaan pihak Pembangkang. PEMBOHONGAN dan HASUTAN ini harus kita tangani segera di medan siber. Jangan tunggu dan membiarkan persepsi negatif terus berlegar di alam maya tanpa penjelasan kejayaan sebenar Kerajaan Barisan Nasional oleh kita semua.
17. Maka, dalam perkara ini, Puteri bersedia menggalas tanggungjawab dan sehingga kini ribuan orang soldadu merah jambu telah dilatih sebagai jentera IT termasuk mengendalikan Pusat Panggilan atau Call Centre. Puteri juga akan menyantuni para pengundi muda wanita berumur 40 tahun ke bawah terutama sekali pengundi kali pertama dengan menggerakkan lebih 65 ribu petugas jentera pilihanraya melalui JR Plus bersama ketumbukan Wanita dan Pemuda UMNO yang bergerak seiring di seluruh negara.
18. Hari ini, berbekalkan kuasa yang dizahirkan oleh majoriti pengundi wanita yang mewakili 50.23% pada PRU ke 13… malah pengundi di negeri-negeri juga majoritinya dari kaum wanita… peratusan keluar juga majoritinya nanti.. Manakala, setakat September 2017, data pengundi muda berumur bawah 40 mewakili 40% jumlah pengundi. Mesej yang dihantar pada UMNO cukup jelas. Suara wanita dan orang muda ini mesti disahut oleh UMNO dengan meletakkan calon yang melengkapi ciri WLWC (Winnable( Boleh Menang), Likeable (Disukai), Workable ( Boleh Bekerja) and Capable (Mampu Galas Tanggungjawab).
19. Dalam menghadapi PRU 14, marilah kita mengambil iktibar daripada sepotong ayat dalam Surah as-Soff ayat 14 yang bermaksud:
”Tatkala Nabi Isa berkata kepada penyokongnya ( yang disebut sebagai golongan Al-Hawariyyun) Siapakah Yang Akan Membantu dan Menolongku Dalam Perjuangan ini?” Maka berkatalah mereka Kamilah Pembela dan Penolongmu”
20. Maka begitulah kita semua sebagai Ahli UMNO tidak kira Puteri, Pemuda ataupun Wanita. KITA SEMUAlah..KITALAH SEMUA! sebagai Penolong dan Pembantu utama kepada Presiden dan Timbalan Presiden sepertimana Ikrar Para Al-Hawariyyun kepada Nabi Isa Alaihissalam dalam ayat tersebut.
21. Buat Pemuda pewira segagah Thariq bin Ziad, perjalanan ini tidak lengkap tanpa kehadiran kekanda mengharungi segala tempuran lawan yang cukup getir. Kekanda Pemuda, bersama-samalah kita bangkit mempertahankan maruah keluarga besar ini.
22. Buat wanita ibu terbaik bangsa, kalianlah ibu yang telah merintis jalan juang ini setelah sekian lamanya. Pedoman dan sokongan dari kalian tidak akan pernah surut menemani perjuangan ini kerana kasih ibu itu tidak ada akhirnya.
YAB Presiden Parti,
Kami Puteri juga telah berjanji,
Berganjak Pasti Tidak sekali,
Sungguhpun Bekerja Tak Henti-Henti,
Itulah Semangat Adinda Puteri.
23. Buat satu-satunya Naib Presiden, kesetiaan dan pengorbanan Dato’ Seri sentiasa menjadi tulang belakang yang menunjangi kekuatan parti ini. YB Dato’ Seri umpama Ali bin Abi Talib yang sentiasa berada dalam perjuangan Rasulullah dalam menegakkan kalimah Islam.
24. Kepada Timbalan Presiden, keberadaan YAB Dato’ Seri bersama YAB Presiden dalam menepis segala tohmahan lawan tidak jauh bezanya dengan Saidina Abu Bakar yang sentiasa berani mempertahankan pemimpin ummah, Rasulullah SAW. Kesetiaan tanpa berbelah bagi ini merupakan satu bentuk kepimpinan melalui teladan yang ditunjukkan oleh YAB Timbalan Presiden buat seluruh ahli UMNO.
25. Buat YAB Presiden, ketahuilah You Will Never Walk Alone (YNWA) .
26. Walaupun kita tahu YAB Presiden "die hard" supporter "Manchester United"(MU), tetapi dalam menghadapi peperangan kali ini, apa salahnya kita gunakan "War Cry" LIVERPOOL bagi menunjukkan kesetiaan, kecekalan dan ketaatan Liverpool ang sentiasa bersama pasukan walaupun kegemilangan mereka akhir sekali pada tahun 90-an, tetapi mereka masih berpegang utuh pada taat setia dan semangat berpasukan. Semangat inilah kita harus contohi buat semua ahli UMNO.
27. Setiap seorang dari bala tentera dalam rumah agam ini haruslah melunaskan segala janji memenangkan parti keramat orang Melayu ini sebagai satu manifestasi kesetiaan kami kepada YAB Dato’ Seri.
28. SUMPAH PUTERI tidak akan sekali-kali bersikap KHIANAT…Justeru, AYUH! BANGKITLAH!! SOLDADU MERAH JAMBU!! LUASKAN KUASAMU!! TUNJUKKAN KEKUATANMU, SEMATKAN KETAATANMU di sebalik MANIS SENYUM AYUMU!! Mari kita ikrarkan untuk TETAP BEKERJA, WALA’ dan TAAT kepada kepimpinan parti walau apa pun terjadi. Mari Kita susun SAF YANG KUKUH….bersama kekanda Pemuda dan Bonda Wanita UMNO serta seluruh pimpinan kita.
Andai rebah ditempur garuda
Bertongkat lengan mencari sasa
Andai semangat juang tidak di dada
Usah bicara agenda Bangsa!
Putrajaya mimpi si Pakatan Harapan
Biarkan Tenggelam dalam angan
Semboyan ditiup PUTERI di hadapan
Mentaliti Negaraku Gempuran kemenangan!
WANITA PELAKSANA WASIAT PUSAKA BANGSA
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Yang Berbahagia Tan Sri Pengerusi Tetap,
Yang Berhormat Tan Sri Timbalan Pengerusi Tetap,
YAB DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK,
Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia bersama isteri,
YABhg Datin Sri Rosmah Mansor dan ahli-ahli BAKTI
YAB DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID HAMIDI,
Timbalan Perdana Menteri,
Dan bakal Timbalan Presiden parti
YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Naib Presiden UMNO
YB Ketua Pemuda dan Ketua Puteri UMNO
YB Setiausaha Agung, Bendahari dan Ketua Penerangan UMNO Ahli-Ahli Majlis Tertinggi
Para Perwakilan
Para pemerhati di dalam dan di luar dewan
Dif dif jemputan
Para perwakilan mahasiswa, pelapis Negara bangsa
Wakil-wakil media,
Dan Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian

Ucapan Penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2017 oleh Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Yang Berbahagia Tan Sri Pengerusi Tetap,
Yang Berhormat Tan Sri Timbalan Pengerusi Tetap,
YAB DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK,
Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia bersama isteri,
YABhg Datin Sri Rosmah Mansor dan ahli-ahli BAKTI
YAB DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID HAMIDI,
Timbalan Perdana Menteri,
Dan bakal Timbalan Presiden parti
YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Naib Presiden UMNO
YB Ketua Pemuda dan Ketua Puteri UMNO
YB Setiausaha Agung, Bendahari dan Ketua Penerangan UMNO Ahli-Ahli Majlis Tertinggi
Para Perwakilan
Para pemerhati di dalam dan di luar dewan
Dif dif jemputan
Para perwakilan mahasiswa, pelapis Negara bangsa
Wakil-wakil media,
Dan Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian
Syukur saya panjatkan ke hadrat Allah SWT, di atas kelancaran Perhimpunan Agung UMNO 2017.
Mewakili pemimpin-pemimpin Wanita UMNO, Ibu Terbaik Bangsa, saya mengucapkan tahniah kepada semua perwakilan yang telah bersidang dalam suasana penuh akrab dan bersemangat ke arah melaksanakan Wasiat Pusaka Bangsa.
Setinggi tahniah kepada YAB Dato’ Sri Najib, Presiden parti di atas ucapan Wasiat Pusaka Bangsa yang sarat dengan pesanan dan peringatan buat kita semua bawa balik bekalan ke kubu masing- masing.
Wasiat bukan sekadar kalam dan lisan, wasiat harus diangkat sebagai amanah untuk kita ahli UMNO mengambilnya sebagai azimat diperturunkan untuk sepanjang zaman.
2
Buat Yang Amat Berbahagia Datin Seri Rosmah Mansor, Datin Seri Hamidah dan seluruh ahli Bakti, kami amat menghargai program kebajikan, kemasyarakatan dan lain-lain yang telah dijalankan dengan penuh komitmen dan cara-cara tersendiri.
Untuk Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Zahid, in shaa Allah bakal Timbalan Presiden kita, semoga saranan dari YB Dato’ Seri Hishammuddin, disusuli dengan usul Perhimpunan Agung ini akan jadi kenyataan agar jawatan Presiden untuk Dato’ Sri Najib dan jawatan Timbalan Presiden untuk Dato’ Seri Zahid tidak dipertandingkan.
Tujuh Lembayung Arjana Bangsa yang digagaskan dalam ucapan Dato’ Seri Zahid, akan wanita jadikan panduan gerak kerja di akar umbi.
Kepada YB Datuk Seri Setiausaha Agung dan Datuk Seri Setiausaha Kerja, serta seluruh kakitangan ibu pejabat UMNO dan urusetia perhimpunan, wanita mengucapkan terima kasih di atas persiapan yang rapi untuk menjaga Perhimpunan Agung kali ini.
Tiap tahun, PWTC menjadi sebuah perkampungan bangsa, yang penuh dengan roh dan semangat. Sehinggakan kita semua seakan pulang ke kampong Kuala Lumpur, di kalangan yang menghimpunkan jutaan tekad dan jihad paling keramat demi anak bangsa.
10. Tahun ini,begitu ramai sekali pemerhati diluarsana yang datang berduyun, tanda sokongan kepada Presiden dan parti keramat ini.
Tan Sri Pengerusi Tetap,
11.Wanita pada tahun ini bersidang dengan jiwa yang luar biasa. Bergegar Dewan Tun Dr Ismail dengan laungan PERANG MESTI MENANG! Tanda sedia wanita ke medan juang PRU-14, menunggu tarikh keramat untuk diumumkan.
12.Sebab itu ucapan dasar saya dikecam habis-habisan oleh pembangkang. Yang benar selalunya pahit, begitulah hakikat yang tidak dapat diterima oleh pembangkang di luar sana.
13.Rakyat Malaysia hanya ada 2 pilihan, samada pilih BN yang diterajui Najib Tun Razak atau Nauzubillah, DAP yang menguasai pembangkang.
JENTERA TERBAIK DALAM SEJARAH
Hadirin yang dirahmati Allah,
14. Menerusi Bajet 2018, tahun hadapan diumumkan oleh YAB Perdana Menteri sebagai tahun memperkasakan wanita. Wanita ucapkan terima kasih, budi baik tuan akan dibalas jua. Kerusi dimenang berganda-ganda, ini janji kita!
4
15.Pilihanraya kali ini bakal menjadi sejarah apabila buat pertama kalinya kita dikuasakan oleh setengah juta jentera bersepadu. Inilah JR yang bekerja dengan lebih berfokus untuk mencapai KPI dan disokong JR Plus, gabungan tenaga antara Pemuda dan Puteri UMNO serta parti-parti komponen BN yang telah direalitikan oleh YAB Dato’ Sri Presiden pada April tahun ini.
16.Rejimen JR dan JR Plus bukan sekadar bergerak dari rumah ke rumah, menyantuni pengundi, tetapi apa yang indahnya, mereka adalah perantara rakyat dengan wakil-wakil rakyat dan pihak berkuasa.
17.Mereka juga adalah penyampai aspirasi kerajaan dan juga parti.
Melalui gerak kerja ini, wanita juga menerima beberapa isu yang disuarakan rakyat antaranya berkaitan isu kos sara hidup sepertimana yang dibicarakan oleh YB Dato’ Seri Hamzah Zainuddin, Menteri KPDNKK sebentar tadi.
18.Oleh itu, wanita menyokong usaha kerajaan yang menyediakan pelbagai inisiatif dan insentif bagi membantu rakyat. Namun begitu, wanita ingin menggesa agar sektor swasta tidak lepas tangan.
5
19.Wanita menyarankan kepada majikan di sektor swasta untuk mengurangkan jumlah pekerja tidak terlatih (unskilled worker) dari luar Negara, yang dibayar dengan gaji rendah, dan bantulah kerajaan dengan menggantikan lebih ramai pekerja tempatan dengan gaji yang lebih tinggi.
20.Ini pastinya dapat membantu menjana ekonomi rakyat agar seiring dengan pembangunan Negara.
Selain itu, wanita melalui 20,730 cawangan wanita UMNO juga telah digerakkan untuk menjalankan kerja sebagai Friends of KPDNKK bagi membantu kerajaan memantau harga barang di pasaran.
Para hadirin sekalian,
21.Saya berbangga menyaksikan komitmen dan dedikasi JR wanita yang tidak pernah tanya bila kerja nak habis, sanggup redah panas dan hujan, bertugas siang dan malam, harung lecah dan becak, demi memastikan setiap wajah yang ditatap, tetap sokong BN.
22.Cintawanitapadapartiumpamabayuyangmembelai,namunjika dicabar boleh menjadi badai.
Pengumuman dari Dato’ Sri Presiden semasa majlis perasmian International Conference on Women in Politics (WIPKL 2017)
6
23.minggu lalu, amat dialu-alukan untuk meminda perlembagaan bagi menentukan sekurang-kurangnya 30% senator di Dewan Negara terdiri daripada wanita.
23.minggu lalu, amat dialu-alukan untuk meminda perlembagaan bagi menentukan sekurang-kurangnya 30% senator di Dewan Negara terdiri daripada wanita.
24.Terima kasih Dato’ Sri, wanita akan pegang janji. Kami akan bekerja dengan penuh komitmen dan disiplin untuk menentukan mandat dan kemenangan yang besar dari rakyat untuk Barisan Nasional.
Tapi sebelum itu, janganlah lupa calon-calon wanita supaya ibu dan bapa terbaik bangsa dapat bersama-sama membangunkan negara. Salam 30% menjadi sebutan dan harapan semua.
PERANG MESTI MENANG
Untuk PRU-14, wanita berpegang kepada empat tunjang untuk menang:-
Pertama, PEDANG KEBERANIAN. Keberanian dalam politik hari ini bukan diukur pada panjangnya pedang, tetapi bagaimana cara kita menghunusnya. Janganlah kita takut kepada apapun kekuatan lawan dan percayalah pada pedang yang kita miliki sendiri.
7
Kerana itu dalam peperangan politik, apabila parti kita diasak, keberanianlah yang menjadi pedangnya. Jangan pula antara kita yang menjadi pedang menikam parti sendiri.
Apabila pemimpin kita diasak, keberanian mempertahankan pemimpin kita adalah pedangnya, jangan pulak kita yang menghunusnya.
Apabila bangsa kita diasak, keberanian untuk berada di barisan hadapan adalah pedangnya.
Apabila agama kita diasak, keberanian untuk berjihadlah menjadi pedangnya.
Tahniah kepada pemuda kerana berani anjur protes pertahan Baitul Maqdis. Wanita seluruh Negara juga akan adakan solat hajat untuk mendoakan keselamatan dan keamanan di Baitul Maqdis.
Kedua adalah PERISAI KESETIAAN, setia kepada pemimpin, setia kepada penyokong, setia kepada ahli, semasa susah, semasa senang, setialah perisai parti. Dengarkanlah YAB Dato’ Sri Presiden, setia wanita tidak bertepi, percaya wanita tidak ternafi, sokongan wanita tidak akan terhenti, teruskanlah memimpin kami, kibarkanlah panji aspirasi, pandulah transformasi yang telah dijanji.
8
Tunjang yang ketiga adalah BAHTERA SATRIA. Satu bahtera hanya ada satu nakhoda. Ikut arahan, kita bertuah punyai nakhoda yang tenang dan bijak mengemudi parti.
Ingat selagi belum menang, layar bahtera tidak akan dilabuh. Makin kuat angin fitnah bertiup, makin tinggi layar kebenaran akan dikibar.
Keempat adalah STRATEGI PERANG. Sebenarnya strategi perang yang paling berkesan adalah keikhlasan kita berkhidmat kepada rakyat. Tidak ada apa yang lebih utama dari itu.
Para hadirin sekalian,
Masanya telah tiba
Perang ini perang kita
Perang ini perang pertahan agama bangsa dan negara
Takkan kita nak berundur
Walau jasad berkecai hancur
Ibu Terbaik Bangsa takkan tersungkur Walau berjuta musuh menggempur Kita sedia untuk bertempur
Marilah tentera-tentera bangsa Turunlah ke medan juang
Ini perang yang bukan kepalang
9
Perang yang mesti menang!
Wabillahittaufik walhidayah
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatukh
Ucapan Penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2017 oleh Naib Presiden UMNO, Seri Hishammuddin Tun Hussein
Ucapan Penggulungan
YB. Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Naib Presiden UMNO
Perhimpunan Agung UMNO
PWTC, 09 Disember 2017
Salutations
Yang saya kasihi Tan Sri Pengerusi Tetap
Tan Sri Badaruddin Amiruldin
Tan Sri Timbalan Pengerusi Tetap
Tan Sri Mohamad Aziz
Yang saya sanjungi YAB Presiden UMNO
Dato’ Seri Najib bin Tun Abdul Razak
Yang dihormati YAB Datin Seri Rosmah Mansur
Yang saya hormati Timbalan Presiden UMNO
YAB Dato’ Seri Ahmad Zahid bin Hamidi
Yang dihormati Datin Seri Hamidah Khamis
Yang saya hormati, YAB Mantan Presiden UMNO
Tun Abdullah Ahmad Badawi
Ketua Pergerakan Wanita UMNO
Tan Sri Shahrizat binti Abdul Jalil
Ketua Pergerakan Sayap Pemuda UMNO
YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Ketua Pergerakan Puteri UMNO
Datuk Mas Ermieyati Samsudin,
Ahli-Ahli Majlis Tertinggi, Para perwakilan dan Pemerhati yang dihormati sekalian.
Seterusnya tuan-tuan dan puan-puan orang UMNO yang saya kasihi
Pendahuluan
1. Firman Allah SWT dalam Surah Ali-Imran, Ayat 54.
“Dan mereka merancang, Allah juga merancang, sesungguhnya Allah itu sebaik-baik perancang”.
2. Dua tahun lalu, kita berhimpun dalam suasana yang berbeza. Semangat kekitaan dan perpaduan kita diganggu gugat. Keadaan serba tidak menentu, diselubungi pelbagai persoalan. Di pentas inilah, kita lihat salamnya beralas, yang di bawah kekok memerhati, berteka-teki. Ini lah yang berlaku sedang kita merancang agenda umat, ada yang dekat merancang khianat.
3. Kita laungkan slogan bersatu, ada yang cuba pecah sekutu. Mereka susun pelbagai cara untuk meranapkan kita. Mereka rancang pelbagai pakatan, mereka serang dari segenap segi, dulu musuh yang paling dibenci, tapi sekarang dipeluk jadi kawan sejati.
4. Tetapi ingatlah, mereka boleh merancang, Allah jua lah sebaik-baik perancang. Datanglah seribu satu muslihat, tiada yang dapat menafikan perancangan dan ketentuan Allah SWT. Akhirnya, langkah kita lebih tersusun bila mana kita mengenal siapa sebenarnya kawan, siapa lawan, siapa gunting dalam lipatan.
5. Maka, perhimpunan tahun ini amat penting. Tanggungjawab setiap daripada kita menjadi lebih besar, menuntut kesetiaan, keikhlasan dan pengorbanan.
Usul PAU 2017
6. Atas kesedaran itulah, tahun ini amanah yang disandarkan kepada saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Usul, saya galas dengan penuh keinsafan.
7. Sebanyak 826 usul akar umbi dari Cawangan dan Bahagian telah diterima yang menjadi asas dalam merangka usul-usul di perhimpunan ini.
8. Bagi menjadikan UMNO lebih inklusif, kita garapkan suara semua pihak berkepentingan termasuk dari luar parti dengan meneruskan Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah.
9. Di samping itu, mulai tahun ini juga, kita melaksanakan dua pendekatan baharu;
10. PERTAMA, maklum balas kepada usul yang dibangkit tahun lepas, kita serahkan semula kepada UMNO Bahagian sebelum berlangsungnya Mesyuarat Perwakilan tahun ini. Ia bertujuan agar kepimpinan Bahagian mempunyai jawapan kepada isu dan persoalan yang dibangkitkan suara akar umbi dan apakah tindakan yang diambil.
11. KEDUA, kita juga telah membukukan ‘AKU BN’, satu dokumen Akar Umbi Bina Negara yang telahpun diedarkan kepada semua perwakilan. Dokumen ini bertujuan membekalkan maklumat kepada jentera tentang usul-usul parti yang telah menjadi dasar, program dan keputusan Kerajaan. Kita mahu rakyat tahu bahawa UMNO dan BN lah yang mengangkat suara rakyat menjadi agenda Kerajaan. Kita juga mahu rakyat melihat nilai dan makna kepimpinan kita, yang sentiasa mendengar dan menyelami suara hati mereka. Walaupun mungkin ada sebilangan daripada kita melihat usul yang diutarakan ini semacam kecil, tetapi percayalah tuan-tuan dan puan-puan, kesannya begitu besar kepada proses dasar dan polisi pembentukan negara.
12. Sekadar menyebut beberapa contoh, penghapusan tol Batu Tiga Shah Alam adalah dari usul UMNO Shah Alam pada tahun 2012, penangguhan bayaran PTPTN diangkat dari UMNO Selayang, Program 1Azam datang dari suara Wanita, Pemuda dengan usul Program Rumah Transit dan Puteri dengan usul Perumahan Mampu Milik. Kesemua usul ini akhirnya menjadi agenda Kerajaan dan semua ini terlaksana di bawah kepimpinan YAB Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak.
Usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan
Tuan-tuan dan Puan-Puan,
13. Bagi pihak Jawatankuasa Usul dan seluruh kepimpinan Ahli Majlis Tertinggi, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua perwakilan di atas sokongan sebulat suara dalam meluluskan ketiga-tiga usul yang dibentangkan pada kali ini.
14. Malah pada tahun ini, kita sepakat menetapkan satu keputusan di luar kebiasaan apabila Usul Ucapan Dasar Presiden, diluluskan dengan pindaan. Tambahan pernyataan yang dibuat untuk mengekalkan YAB Dato’ Sri Najib sebagai Presiden dan mengesahkan YAB Dato’ Seri Zahid sebagai Timbalan Presiden dalam pemilihan parti akan datang, kita terima secara sebulat suara.
15. Keputusan ini lahir atas kesedaran bahawa jika kita ingin terus mendapat mandat rakyat, seluruh tumpuan perlu dihala kepada keutamaan untuk memenangi pilihan raya. Justeru, selaku Naib Presiden, saya menyeru seluruh perwakilan serta seluruh jentera parti agar tidak lagi mengulangi ketetapan ini sehinggalah kita berhadapan dengan pilihan raya. Kerana kita tidak ada pilihan, ‘perang mesti menang!’
16. Marilah kita berpegang kepada peringatan Presiden dan Timbalan Presiden, dengan mendahulukan kepentingan parti dan perjuangan, dari kehendak dan kedudukan. Sekembalinya kita nanti, segala gerak, tindak dan perbincangan hanya berkisar bagaimana untuk memenangi pilihan raya.
Tuan-tuan dan Puan-puan sekelian,
17. Setiap era kepimpinan berhadapan dengan pelbagai cemuhan dan rintangan. Dengan lanskap politik dan situasi ekonomi dunia hari ini, cabaran menjadi jauh lebih besar dan getir dari era sebelumnya. Namun, bersyukur kerana kita dipimpin seorang tokoh yang begitu disegani dari segi kepimpinan, kesabaran dan kebijaksanaan. Pastinya bukan mudah bagi beliau menatang perjuangan ini.
18. Saya suka gambarkan kepimpinan Dato’ Sri Presiden kita melalui ungkapan Melayu, nukilan Tenas Effendy, yang berbunyi;
Ia memimpin menurut waris,
Baik tersirat mahupun bertulis,
Duduknya kukuh di dalam majlis,
Membela rakyat tahan berhabis,
Berkata benar bermulut manis
Dijadikan pemimpin tuah tak habis,
Dijadikan tua mengikut garis,
Dijadikan induk sudah ditapis
Memimpin negeri tentu terpuji,
Memimpin umat tentu selamat.
19. Inilah dia, Dato’ Seri Najib Tun Razak.
Tan Sri Pengerusi Tetap, tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
20. Dato’ Sri Presiden telah mengamanahkan saya bersama-sama Dato’ Sri Zahid untuk membantu beliau dalam hal ehwal keselamatan negara. Presiden menyentuh tentang ancaman IS dan DAESH ketika menyampaikan Ucapan Dasar, khamis lalu. Ancaman yang bermula hanya bersifat wilayah, hari ini ia merupakan ancaman sejagat. Bermula di Timur Tengah, hari ini bendera DAESH telah berkibar di Marawi, Filipina. Negara jiran yang amat dekat dengan negara kita.
21. Selaku Menteri Pertahanan, saya amat menyedari kebimbangan tuan-tuan dan puan-puan terhadap perkembangan ini. Soal keselamatan merupakan sesuatu yang amat serius. Ia memerlukan ketelitian tertinggi dan tidak boleh berlaku walau sebarang kesilapan.
22. Justeru, selagi diamanahkan untuk menjaga perbatasan negara, saya berjanji untuk tidak membiarkan walau seinci pun tanah ibu pertiwi ini diceroboh dan diganggu-gugat oleh mana-mana pihak!
23. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, kita berterima kasih kepada para perajurit negara. Di saat kita tidur lena menikmati keamanan, mereka terpaksa bermandi keringat mempertaruh nyawa, mengawal sempadan negara.
24. Malah tugas mereka tidak terhenti di situ sahaja. Para perajurit kita juga sentiasa bersedia menghadapi segala bencana yang melanda. Di saat kita berhimpun di Dewan ini, para perajurit negara sedang bertungkus lumus membantu mangsa banjir di beberapa negeri. Setakat jam 12 tengahari ini, anggota tentera kita sedang memberikan bantuan kemanusiaan di Kota Setar Kedah; di Raub, Pahang dan di daerah Kemaman, Terengganu. Inilah pengorbanan mereka.
25. Malangnya bulan lalu di Pulau Pinang, ada yang cuba menafikan sumbangan dan kerja keras anggota keselamatan kita semata-mata demi agenda politik mereka. Memang benar seperti yang disebut Datuk Zaidi, wakil Pulau Pinang, sebenarnya anggota kita telah turun membantu mangsa banjir jauh lebih awal sebelum rakaman video terancang Lim Guan Eng disebarkan.
26. Memang sikap pembangkang sering mempersenda dan bersandiwara, hingga hal keselamatan pun tidak terlepas darimainan dan jeneka mereka.
• Insiden Lahad Datu dikata sandiwara, walau anggota kita terkorban nyawa
• Aset ketenteraan dan kapal selam diperlekeh
• Hak penempatan tentera sebagai pengundi dipertikai
27. Tetapi apabila berlaku bencana dan huru-hara, Angkatan Tentera juga yang dicarinya.
Tuan-tuan dan Puan-puan,
28. Kedaulatan negara bukan hanya mengenai kecanggihan dan kelengkapan aset serta teknologinya, tetapi ia juga banyak bergantung kepada kesanggupan para perajurit yang berkorban jiwa dan raga. Kami di Kementerian Pertahanan percaya bahawa anggota tentera kita mampu melakukannya apabila mereka mengetahui keluarga yang ditinggal terjaga dan terbela.
29. Saya tersentuh dengan ucapan wakil Puteri, Azliza binti Azizan, yang berkongsi suara hati anak veteran tentera yang dibesarkan di persekitaran kem tentera. Along, terima kasih kerana mengusik dan mengiktiraf keunikan hidung saya. Tiba di kampung nanti, sampaikan salam dan pesanan kepada ayahanda dan adinda, Mejar (B) Azizan dan Kapten (B) Fasham, bahawa saya mendengar harapan warga tentera, malah selagi saya Menteri Pertahanan, saya akan terus laksanakan usaha membela kebajikan anggota veteran dan seluruh keluarga mereka.
30. Bagi menyemarakkan lagi semangat para perajurit dan sebagai tanda sokongan kita para perwakilan UMNO, saya dengan rasa rendah diri, memohon tuan-tuan dan puan-puan semua untuk berdiri dan berikan tepukan paling gemuruh kepada perwira-perwira yang tidak didendang ini.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
31. Awal minggu ini kita dikejutkan dengan berita yang sangat membimbangkan berhubung kestabilan geo-politik dunia. Tindakan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel merupakan tamparan hebat kepada seluruh dunia Islam.
32. Marilah kita berdoa dan terus berdoa agar konflik ini tidak membawa ke ambang kemusnahan. Ingatlah, mereka merancang, Allah jua merancang. Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang.
33. Namun begitu, kita harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dalam isu Baitulmaqdis ini. ATM sentiasa bersiap-siaga, menunggu isyarat dan arahan daripada pucuk pimpinan dan payung negara untuk menyumbang peranan yang sewajarnya. Saya yakin, sebagai Menteri Pertahanan, apa jua arahan daripada Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, akan terus kami junjung. Panglima Angkatan Tentera dan ATM pastinya sudah siap siaga.
Tan Sri Pengerusi Tetap, tuan-tuan dan puan-puan sidang perwakilan sekalian,
34. Tatkala berbicara hal Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda ini, saya ingin menarik perhatian para perwakilan kepada kebiadaban pembangkang yang menghina Institusi BerRaja yang semakin menjadi-jadi. Mereka heret rakyat jelata untuk tidak lagi menghormati Raja-Raja yang menjadi lambang Demokrasi Raja Berperlembagaan di negara ini. Mereka tolak prinsip taat setia kepada Raja seperti di sebut dalam Rukun Negara.
35. Dengarlah sekalian yang hadir, jika pada tahun 1946, air mata Tuanku mengalir ketika UMNO menentang ‘Malayan Union’, hari ini, kita orang-orang UMNO yang berhimpun di Dewan Merdeka sekali lagi berjanji, akan terus mempertahankan Institusi BerRaja di negara ini. Tidak akan izinkan air mata Tuanku mengalir lagi.
Raja dan Rakyat Berpisah Tiada.
Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
Tuan-tuan dan puan-puan sidang perwakilan sekalian,
36. Pilihan raya pasti tiba. Kita memerlukan sokongan rakyat. Kita perlu berada di landasan yang tepat untuk mendapatkan mandat besar rakyat. Mandat untuk meneruskan usaha membawa kesejahteraan rakyat dan negara. Sebagaimana pelbagai agenda pembangunan yang dikupas oleh para jurucakap, dari MRT sehingga TN50, saya yakin dan saya tahu, Presiden kita mempunyai lebih banyak agenda dan hala tuju untuk membina tamadun dan masa depan negara yang jauh lebih baik. Namun semuanya akan bergantung kepada sokongan rakyat di peti undi. Matlamat kita adalah kemenangan. Kita mesti berada dalam kaedah pilihan raya. Laksanakan arahan kepimpinan!
Marilah kita satukan iltizam dan bulatkan tekad, Boleh?
Boleh kita gempur dan tawan kubu-kubu musuh?
Kita serang mereka! Boleh?
Kita ranapkan Pakatan Harapan DAP!
37. Bangun dan bangkit lah tuan-tuan dan puan-puan orang UMNO! Bersatulah seolah-olah kita tidak pernah bersatu sebelum ini. Kukuhkan solidariti, rapatkan barisan, eratkan perpaduan.
Adat bersaudara, saudara dirapatkan,
Adat bernegeri, negeri dimakmurkan,
Adat beragama, agama didaulatkan,
Adat berbangsa, kuasa bangsa dipertahankan.
Hidup UMNO! Hidup UMNO! Hidup UMNO!
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, beramah mesra bersama perwakilan yang menunggu ketika hadir ke Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). - Foto Mohamad Shahril Badri Saali
KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung UMNO 2017 yang memasuki hari terakhirnya hari ini akan bermula dengan perbahasan usul agama dan pendidikan.
Sesi perbahasan itu akan dimulakan wakil Johor Senator Zahari Sarip sebagai pencadang usul sebelum disokong wakil Kelantan Amran Arifin pagi ini.
Sebanyak 14 pembahas dijangka membahaskan usul berkenaan dimulakan oleh wakil Pulau Pinang, Mohd Nashrol Hisham Abdullah sebelum sesi penggulungan oleh ketua-ketua sayap, wakil anggota Majlis Tertinggi UMNO, wakil kerajaan, naib presiden dan presiden parti.
Ucapan penangguhan Datuk Seri Najib Razak selaku Presiden parti pastinya dinanti-nantikan bukan sahaja oleh perwakilan yang hadir di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, tetapi juga oleh seluruh anggota UMNO di seluruh negara memandangkan perhimpunan tersebut adalah yang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 .
Semalam, usul ucapan dasar presiden dan usul ekonomi diluluskan oleh 2,718 perwakilan daripada 191 bahagian UMNO yang turut sebulat suara meluluskan usul jawatan presiden dan timbalan presiden UMNO tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang. - BERNAMA
Gaya Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menyampaikan ucapan penggulungan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2017 di sini hari ini.

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan tiga 'bekalan' kepada perwakilan UMNO untuk dibawa pulang dari perhimpunan agung parti itu ke kawasan masing-masing dalam usaha untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Perdana Menteri berkata bekalan pertama ialah supaya
pimpinan di peringkat Bahagian UMNO menyelesaikan sebarang masalah
kepimpinan secara 'musyawarah' (berunding) dalam semangat kekeluargaan
parti.
Beliau berkata ia memandangkan kedudukan kepimpinan tertinggi telah diselesaikan para perwakilan yang meluluskan usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.
"Di peringkat Bahagian ini, pakat-pakatlah selesaikan, saya tahu mana Bahagian yang ada masalah, ada yang tidak bertegur sapa*tolong selesaikan dalam semangat kekeluargaan UMNO," katanya ketika berucap pada penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2017 yang berakhir hari ini di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Najib berkata para perwakilan dan anggota UMNO juga perlu menerima keputusan parti dalam menentukan calon pilihan raya atas semangat cintakan parti.
"Saya nak beritahu, jadi calon atau tidak bukan keputusan hati tetapi keputusan parti. Kalau saya suka orang itu pun (untuk jadi calon), tetapi parti tidak lepas, saya terpaksa kata sorry (maaf), kena terimalah keputusan itu kerana kita pilih winnable, likeable candidates (calon-calon mampu menang, disukai ramai), yang benar-benar boleh menang dan bawa kejayaan kepada parti," kata beliau.
Najib turut meminta anggota UMNO supaya berjuang dan bertempur dengan penuh berani bagi mencapai kemenangan yang besar bagi BN dan mempertahankan Putrajaya, pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan.
Beliau berkata UMNO dan BN mempunyai momentum untuk mencapai kemenangan kerana memiliki sokongan pelbagai lapisan masyarakat hasil agenda jelas dan tersusun untuk mentadbir negara.
"Kebanyakan pegawai kerajaan memihak kepada kita, mendokong dasar BN, terima kasih juga kepada Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC), mereka ini pun sokong kita, banyak CEO memberikan sokongan, dahulu mereka nak (bersikap) profesional tetapi sekarang menyokong secara terbuka sebab yakin dengan hala tuju BN," kata beliau. Menyifatkan UMNO sebagai parti masa depan untuk masa hadapan, Najib berkata ia telah melakar pelbagai kejayaan sebagai parti tunjang kerajaan. - Bernama
KUALA LUMPUR, 9 Dis ― Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak memberikan tiga ‘bekalan’ kepada perwakilan Umno untuk dibawa pulang dari perhimpunan agung parti itu ke kawasan masing-masing dalam usaha untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Perdana Menteri berkata bekalan pertama ialah supaya pimpinan di peringkat Bahagian Umno menyelesaikan sebarang masalah kepimpinan secara ‘musyawarah’ (berunding) dalam semangat kekeluargaan parti.
Beliau berkata ia memandangkan kedudukan kepimpinan tertinggi telah diselesaikan para perwakilan yang meluluskan usul jawatan presiden dan timbalan presiden Umno tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.
“Di peringkat Bahagian ini, pakat-pakatlah selesaikan, saya tahu mana Bahagian yang ada masalah, ada yang tidak bertegur sapa…tolong selesaikan dalam semangat kekeluargaan Umno,” katanya ketika berucap pada penggulungan Perhimpunan Agung Umno 2017 yang berakhir hari ini di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Najib berkata para perwakilan dan anggota Umno juga perlu menerima keputusan parti dalam menentukan calon pilihan raya atas semangat cintakan parti.
“Kalau kita lihat di bahagian Utara Semenanjung, kita ada Special Border Economic Zone (Zon Ekonomi Sempadan Khas), dan jika kita turun ke Perak, kita juga ada West Coast Expressway (Lebuhraya Pantai Barat), kita akan ada kilang Proton yang baharu yang akan dibina di Tanjung Malim, dan Lembah Klang pula iaitu Kuala Lumpur kini telah menjadi antara 10 bandar yang liveable (sesuai didiami) dan bandaraya keempat di dunia menerima paling ramai kedatangan pelancong.
“Selain itu kita ada MRT (Transit Aliran Massa) yang laluan kedua dan ketiga kini sedang dibina di mana kita akan pastikan 50 peratus ruang perniagaan di stesen-stesen MRT itu akan diisi oleh peniaga Bumiputera,” kata Najib yang juga menteri kewangan.
Sambil berkata keadaan itu amat berbeza berbanding pembangkang yang tiada agenda jelas dan sentiasa kucar-kacir, beliau menyifatkan pendirian mereka seperti ‘kartun’ apabila kerap berubah mengenai sesuatu perkara.
Dalam ucapan penangguhannya itu, Najib turut membangkitkan persoalan pokok mengenai siapa yang akan menjadi perdana menteri sekiranya pembangkang memenangi pilihan raya.
“Saya dengar khabar, ada orang bernama Lim Kit Siang minat untuk jadi perdana menteri….kemudian, ada pula seorang yang berumur 93 tahun minat untuk menjadi perdana menteri lagi, yang senja meniti malam, (perdana menteri) Zimbabwe pun sudah tidak ada, jadi bagaimana kita hendak meletakkan masa depan kita kepada dua individu ini,” katanya.
Najib turut merakamkan penghargaan kepada perwakilan yang meluluskan usul jawatan presiden dan timbalan presiden Umno tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang, dan berjanji menjunjung amanah besar itu untuk terus memimpin bahtera besar Umno menuju masa depan yang cerah dan gemilang.
Beliau berkata walaupun telah mengetahui yang usul itu akan dibincangkan pada perhimpunan kali ini, beliau mengambil pendirian untuk tidak campur tangan kerana perkara itu berkaitan dengan kedudukannya selaku presiden parti.
“(Ini) kerana saya percaya keputusan untuk membawa usul itu ke perhimpunan kali ini mestilah datang dari perwakilan bukan atas petunjuk daripada presiden atau bukan kerana saya membisik perkara itu,” kata beliau.
Dalam sidang media selepas itu, Najib berkata keputusan berkenaan dibuat mengikut perlembagaan kerana kuasa tertinggi adalah perhimpunan agung yang boleh meminda perlembagaan parti.
Berhubung perhimpunan agung kali ini yang berlangsung lima hari dan berakhir hari ini, Najib menyifatkan ia luar biasa’’ dan sangat berpuas hati dengan keseluruhan perjalanan mesyuarat parti.
Ketika ditanya sama ada PRU14 akan diadakan dalam tempoh terdekat, Najib mengulangi jawapan: “anytime before June (bila-bila masa sebelum Jun)”. ― Bernama