Tanggal 12 Rabiulawal dalam bulan Hijrah Islam merupakan tarikh Keramat dalam Sejarah Umat Islam di Seluruh Dunia. Maulidur Rasul Tahun 2018 bersamaa dengan Tahun 1440H akan disambut pada hari Selesa 20 November 2018 , ianya merupakan cuti umum buat rakyat Malaysia.
Selawat dan Salam keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
“Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan kepada Nabi Muhammad dan keluargannya,”
Pada tanggal 12 Rabiulawal setiap tahun, umat Islam seluruh dunia memperingati kelahiran Rasullah s.a.w. yang telah berjuang dan berkorban menyebarkan ajaran Islam kepada umat manusia yang ketika itu hidup dalam kegelapan.
Sambutan Maulidur Rasul juga menzahirkan rasa kasih sayang kita kepada Rasullah s.a.w dengan amalan ibadah berselawat seperti Firman Allah s.w.t dalam surah Al Ahzab ayat 56
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”
11 October 2018 , pada mesyuarat Ketua Ketua PDM DUN Balung yang dipengerusikan oleh Tuan Hj.Naim Hj.Ahmad ( Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tawau ) telah memutuskan untuk mengadakan Sambutan Maulidurrasul Peringkat UMNO Bahagian Tawau yang telah dipersetujui di mesyuarat tersebut untuk mengadakan nya di Taman Sawit , Balung. Biro Agama yang diketuai oleh Sule bin Bali ( Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tawau ) telah diberikan amanah dan tanggungjawab untuk menyelaras dan melaksanakan Program ini.
15 October 2018 - Mesyuarat Pertama bersama Pengerusi dan Jawatankuasa Masjid Al-Ansar Taman Sawit telah diadakan di Restauran Era Taman Sawit Balung. Pengerusi dan Jawatankuasa Masjid Al-Ansar mengalu-alukan tawaran yang dibuat kepada mereka dan akan memberikan komitmen untuk bersama sama Ahli Jawatankuasa Pelaksana Biro Agama UMNO Bahagian Tawau menjayakan Program ini. Mesyuarat memutuskan pada tarikh 25 November 2018 program ini akan diadakan di Masjid Al-Ansar , Taman Sawit Balung.
17 October 2018 - Mesyuarat Kedua bersama Pengerusi dan Jawatankuasa Masjid Al-Ansar Taman Sawit bagi membincangkan pengisian Program Maulidurrasul tersebut. Cadangan dari Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Ansar untuk mengadakan Malam Cintai Rasul diadakan pada sebelah malam. Perarakan Sambutan Maulidurrasul akan diadakan pada sebelah pagi.
13 November 2018 - Mesyuarat Pelaksanaan Maulidurrasul dipengerusikan oleh Hj.Ansing Satuo ( Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Tawau ) menggantikan Sule bin Bali yang uzur. Mesyuarat Memutuskan Program yang akan diadakan ialah Perarakan Maulidur Rasul , Pertandingan Sepanduk , Ceramah Agama , Bacaan Ayat Suci Al-Quran dan Qasidah. Perbincangan mengenai keperluan asas juga telah disentuh sebagai persediaan bajet.
17 November 2018 - Mesyuarat Pelaksanaan Maulidurrasul dipengerusikan oleh Hj.Ansing Satuo.Perbincangan terakhir ini bagi menentukan tahap persediaan Jawatankuasa Pelaksana bagi menjayakan Program ini.
25 November 2018 - Majlis Sambutan Maulidurrasul di Masjid Al-Ansar Taman Sawit Balung berjalan seperti yang telah dirancangkan. Syukur Alhamdulillah dengan izin Nya Program ini telah mendapat sambutan yang sangat baik dari Masyarakat sekitar dan dari semua PDM UMNO Bahagian Tawau.
Sambutan serta penyertaan bagi memeriahkan Majlis Sambutan Maulidurrasul amat menggalakkan dimana ramai peserta dari badan NGO , Penduduk Kampung, Kumpulan dan Persatuan yang menyertai. Sesuai dengan tema Maulidurrasul pada tahun ini " Menyantuni Ummat membawa Rahmat ".
Perarakan bermula dari hadapan Masjid Al-Ansar mengelilingi kawasan bangunan kedai Taman Sawit dan berakhir kembali ke Masjid Al-Ansar. Perarakan didahului oleh Yang Berhormat Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan bersama pemimpin pemimpin tempatan dan Ahli Jawatankuasa Pelaksana Sambutan Maulidurrasul.
Para Peserta Perarakan Sambutan Maulidurrasul telah siap sedia untuk memulakan perarakan tepat jam 8.00pagi.
Perayaan Maulud juga akan menjadi lebih bererti sekiranya umat Islam membuat perubahan dan rombakan di dalam kehidupan mereka dan menjadikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai contoh ikutan sepanjang hayat.
Sesi bergambar Yang Berhormat Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan bersama para pelaksana Sambutan Maulidurrasul Peringkat UMNO Bahagian Tawau dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Ansar yang telah berlangsung dengan jayanya. di Taman Sawit Balung Tawau.
Semoga kejayaan penganjuran Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini akan menceriakan lagi pada sambutan akan datang disini. Ahli Jawatankuasa Pelaksana amat berpuashati diatas respon yang telah diberikan oleh Kumpulan NGO , Penduduk Kampung , Kumpulan dari swasta yang menyertai perarakan dan pertandingan sepanduk yang dianjurkan.Semoga ditahun akan datang sambutan Maulidur Rasul ini akan mendapat sambutan yang meriah dan sentiasa diminati orang ramai.
Salam Maulidur Rasul " Menyantuni Ummat membawa Rahmat ".

Sambutan Maulidur Rasul, memperingati hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w setiap 12 Rabiulawwal adalah peristiwa besar bukan sahaja untuk umat Islam tetapi dalam sejarah tamadun manusia. Ini jelas terkandung di dalam surah Al-Anbiya' ayat 107 yang bermaksud "Dan Kami tidak mengutus engkau (Muhammad) melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi seluruh alam." Justeru Maulidur Rasul seharusnya disambut dengan pengertian dan penghayatan yang lebih mendalam bukan setakat perarakan mahu pun perhimpunan yang dilihat lebih sebagai satu amalan tradisi atau kebiasaan. Jangan juga kita hanya mendengar ceramah dan berselawat kepada Rasulullah pada hari itu sahaja. Sebaliknya kita perlu mendapat cetusan baru iaitu hendak mengkaji dan menghayati ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw
Sambutan Maulidur Rasul 1440H , bahawa memperingati kembali hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w biarlah menjadi peringatan yang berterusan dan bukannya setakat pada 12 Rabiul awwal sahaja. Tema yang dipilih pada tahun ini " Menyantuni Ummat membawa Rahmat ". Memperingati kepada Rasulullah s.a.w itu, bermaksud pengajaran yang dibawa oleh Nabi yang datangnya daripada Al Quran.
Nabi Muhammad s.a.w yang menghayati kehidupannya menurut semangat Al Quran, justeru itu kita perlu mengkaji Al Quran melalui hadis-hadis Nabi s.a.w.
Sebab itu apabila Aishah, isteri Rasululullah ketika ditanya apakah akhlak Nabi, Aisyah berkata Al Quran. Apa yang tercatit di dalam Al Quran itu adalah akhlak Nabi.
Maknanya Nabi menterjemah Al Quran dalam kehidupannya. Sebagai contoh, Nabi menghormati pandangan orang meskipun apabila kanak-kanak berbicara dengannya, Nabi akan memberi sepenuh perhatian. Nabi juga melayani isteri dan anak-anaknya dengan adil dan saksama. Ini antara yang perlu kita hayati dan warisi.
Sambutan Maulidur Rasul dalam konteks semasa di mana tamaddun manusia berada di ambang keruntuhan seharusnya juga mencetus keinsafan terutamanya dalam kalangan umat Islam. Ummat Islam perlu melihat Islam itu sebagai satu agama yang serius, agama yang tinggi dan agama yang membina kemajuan manusia baik di peringkat individu mahu pun masyarakat.
Pembinaan diri di peringkat individu memerlukan seseorang itu mempunyai pandangan hidup yang sempurna antaranya mahu maju dan berjaya dalam pelbagai aspek termasuk ekonomi dan kekuatan kerohanian.
Kita mahu kemuliaan di dunia dan akhirat itu adalah natijah daripada kehidupan di sini. Seseorang individu itu juga perlu mempunyai akhlak yang mulia seperti jujur dan ikhlas serta kasih sayang bukan sahaja sesama umat Islam tetapi juga ummat manusia yang lain di samping memiliki kemahiran serta kepakaran hidup.
Sebagai orang Islam, kita dianggap sebagai khalifah dan sepatutnya berperanan membimbing masyarakat atas dasar ajaran Nabi yang bersandarkan Al Quran.

Mesej penting yang dianjur oleh Nabi ialah kebenaran, keadilan dan kasih sayang. Itu mesej Al Quran yang Nabi bawa dan nilai-nilai itu yang perlu dipupuk. Nilai-nilai ini bukan sesuatu yang lapuk tetapi yang berkekalan dan harapan agar peristiwa Maulud tahun ini biarlah membuka mata kita. Kita juga mesti merenung kepada apa yang berlaku dalam masyarakat Barat yang kini berada di ambang keruntuhan.
Keruntuhan peradaban dengan kepincangan institusi keluarga di Barat, dimana perkahwinan semakin tidak dianggap penting kerana sebahagian besar menganggap ia sebagai satu kontrak sosial yang dibebani tanggungjawab.
Gejala perkahwinan sesama jantina yang semakin menular dan menjadi ikutan di samping mendapat pengiktirafan undang-undang di sesetengah negara. Bukankah ini satu perkara yang berbahaya yang akan menjuruskan kita kepada keruntuhan. Ia hanya menunggu masa sahaja. Ini tidak bermakna berlaku tahun depan, mungkin dalam jarak masa yang terdekat sekiranya keadaan sekarang berterusan.
Keruntuhan peradaban perlu dilihat daripada sudut punca keruntuhan dan bukan kepada gejala atau petanda keruntuhan.
Ibu bapa perlu diingatkan supaya menunjukkan contoh akhlak yang baik kerana anak-anak sentiasa memerhatikan kelakuan dan gelagat ibu bapa dan banyak mempengaruhi pembentukan sikap mereka.
Ada sesetengah ibu bapa yang lebih mampu memberi wang atau kad kredit kepada anak-anak mereka daripada perhatian atau kasih sayang. Ini yang menimbulkan huru-hara. Kasih sayang sebenarnya tidak boleh ditukar dengan wang ringgit.
Kasih sayang ini tanda kita bersama dengan anak-anak, ada komunikasi dengan mereka dan berkawan dengan mereka. Bila bekerja kita buat kerja yang terbaik dan selepas itu kita balik dan meluangkan masa berkualiti bersama keluarga termasuk aktiviti riadah bersama anak-anak.
Institusi keluarga amat penting seperti mana Nabi menguruskan keluarganya, turut beriadah menunggang kuda dan lain-lain di samping sama-sama membantu melakukan kerja rumah. Inilah yang perlu kita imbau akhlak dan cara hidup Rasulullah dalam kita memperingati hari kelahirannya. Sama ada kita suka atau tidak, semua masyarakat dunia termasuk masyarakat Islam dipengaruhi sistem yang dianjur oleh Barat iaitu sistem kapitalis. Sistem yang bersandarkan kepada kekayaan ekonomi tetapi sistem ini juga menimbulkan kemusnahan ekonomi walhal itulah matlamatnya.
Di Malaysia juga ada jurang antara yang kaya dan miskin. Golongan kaya dengan kemewahan yang kadang kala melampau dengan pembaziran. Mereka perlu ada lebih rasa tanggung jawab kepada masyarakat. Lihatlah kehidupan Rasulullah yang penuh kesederhanaan.
kita turut mempersoal sistem sekular, sistem yang menggunakan akal manusia yang menolak Ilahi, wahyu dan kenabian. Maka manusia menggunakan akal, rasional, logik tanpa dipandu oleh ajaran Ilahi, sedangkan kemampuan akal itu terhad.
Pandangan hidup manusia dan cara manusia berfikir tidak sesempurna pemikiran yang datang daripada Ilahi.
Itu sebabnya Allah mengutuskan Nabi untuk menyampaikan ajaranNya dan tanggungjawab Nabi ketika itu adalah untuk merubah sistem kehidupan di Mekah yang dibelenggu sistem jahiliyyah yang menindas rakyat jelata.
Dalam konteks semasa, keruntuhan peradaban yang bersandarkan kepada ideologi sekular, perlu dibina peradaban yang berpaksikan nilai-nilai luhur seperti kebenaran, keadilan dan kasih sayang.
Justeru masyarakat memerlukan kepada penunjuk nubuwwah atau kenabian. Bila kata nubuwwah, kata kenabian, kita merujuk kepada prinsip-prinsip yang dibawa oleh Nabi. Dalam setiap tindak-tanduk Nabi itu banyak yang boleh kita pelajari. Ini yang perlu ditekankan apabila kita menyambut Maulidur Rasul. Perkara inilah yang mesti menjadi panduan kita sepanjang hayat.
Perayaan Maulud juga akan menjadi lebih bererti sekiranya umat Islam membuat perubahan dan rombakan di dalam kehidupan mereka dan menjadikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai contoh ikutan sepanjang hayat.
Di samping itu, pentingnya juga untuk umat Islam membaca sirah atau sejarah Rasulullah untuk lebih mendekati dan mengenali Nabi Allah yang terakhir ini.
Sirah adalah tulisan yang lebih berbentuk analisis. Sebagai contoh Perjanjian Hudaibiyah. Kita bukan setakat tahu tarikh perjanjian ini ditandatangani iaitu pada bulan Zulkaedah tahun keenam hijrah (Mac 628 M) antara pihak Musyrikin Mekah dengan Rasulullah.
Walaupun tidak dapat masuk ke kota Mekah pada tahun perjanjian itu ditandatangani tetapi Nabi dan rombongannya berjaya masuk ke Mekah pada tahun berikutnya tanpa setitis darah pun yang tumpah. Ini kerana pihak Musyrikin sudah berasa gerun melihat Nabi datang dengan rombongan yang besar sebelum itu.
Inilah strategi hebat politik Nabi yang turut menunjukkan sifat sabar Nabi. Banyak lagi tindak-tanduk Nabi yang boleh dijadikan pengajaran dan panduan termasuk khutbah widak (terakhir) Rasulullah yang memberi peringatan kepada sifat-sifat keangkuhan dan juga peringatan untuk menjaga kebajikan kaum wanita.
Menceriakan lagi Sambutan Maulidur Rasul dengan persembahan Qasidah dari Kumpulan Nurul Syabab dengan diiringi Hadrah yang dianggotai oleh kalangan anak anak muda belia. Mereka mempersembahkan Selawat keatas Nabi Besar Junjungan s.a.w dengan iringan pukulan rebana.

Adalah diharapkan sambutan Mauludur Rasul kali ini bukanlah sekadar menganjurkan amalan-amalan yang sering dibuat tetapi lebih menekankan kepada kecintaan dan keyakinan kepada ajaran Nabi dan menjadikannya sesuatu yang sebati dalam kehidupan.
Hendaknya Maulidur Rasul menjadi pencetus kepada penghayatan nilai-nilai yang luhur yang dianjurkan Al Quran dan pendekatan kita ke arah penyusunan masyarakat. Dengan itu barulah kita merasakan perayaan Maulud itu memberi erti yang sangat bermakna dan inilah yang akan menjaminkan kepada kebahagian, kesejahteraan dan kejayaan dalam hidup kita.
Suasana yang ceria dan meriah dalam suasana sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian UMNO Tawau yang berlangsung di Masjid Al-Ansar Taman Sawit amatlah disyukuri kerana hanya dengan izin Nya jua suasana ini dapat dinikmati.
Dari Perarakan ke Persembahan Nasyid dan Kasidah seterusnya kepada ucapan dari Pengerusi Masjid Al-Ansar , ucapan Pengerusi Pelaksana Biro Agama UMNO Bahagian Tawau dan Ucapan Perasmian dari Yang Berhormat Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan.
Ucapan alu aluan daripada Pengerusi Masjid Al-Ansar , Taman Sawit Balung merangkap Pengerusi bersama Pelaksanaan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian UMNO Tawau Tuan Sabran Zabur Abd.Hamid. Beliau amat gembira apabila dihubungi oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tawau Tuan Hj.Naim Hj.Ahmad tentang hasrat UMNO Bahagian Tawau memilih Masjid Al-Ansar sebagai Tapak Sambutan Maulidur Rasul Peringkat UMNO Bahagian Tawau dan beliau menyatakan beliau bersetuju dengan cadangan tersebut dan memberitahu Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Ansar. Hasrat yang disampaikan oleh Tuan Hj.Naim Hj.Ahmad disambut dengan senanghati dimana melalui sejarah pembinaan Masjid Al-Ansar itu sendiri telah melibatkan bantuan dan sokongan dari Allahyarham Datuk Hj.Tawfiq bin DSP AB Titingan sewaktu beliau menjawat Jawatan Ahli Yang Berhormat. Menurut Tuan Sabran Zabur mereka tidak akan melupakan bantuan dan sokongan yang diberikan sehingga lah terbentuk nya Masjid Al - Ansar menjadi realiti.
Ucapan daripada Tuan Hj.Ansing Satuo Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tawau merangkap Pengerusi Biro Agama UMNO Tawau dan Pengerusi bersama Jawatankuasa Pelaksana Sambutan Maulidur Rasul Peringkat UMNO Bahagian Tawau di Nasjid Al-Ansar Taman Sawit Balung. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Haji Nizam dan Tuan Hj.Naim yang memberikan kepercayaan mereka untuk beliau melaksanakan tugas ini yang mana Pengerusi asalnya Tuan Sule bin Bali telah jatuh sakit. Dengan kerjasama semua Jawatankuasa Sambutan Maulidur Rasul akhirnya apa yang dirancangkan sebelum ini akhir nya berjaya dan terlaksana dengan mendapat sambutan dari semua pihak.
Ucapan Perasmian daripada Yang Berhormat Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan seterunya amat berpuashati dengan Sambutan Maulidur Rasul yang amat berjaya dan berpuashati kerana sambutan dari orang ramai dan penduduk kampung begitu menggalakkan. Dengan itu beliau mencadangkan agar Sambutan Maulidur Rasul ini dijadikan acara tahunan bersama Masjid Al-Ansar.
Acara diteruskan dengan ceramah Agama yang disampaikan oleh Ustaz Malai Ali Malai Ahmad Penceramah bebas dari Kota Kinabalu.
Acara berakhir dengan penyampaian Sijil Penyertaan dan Penyampaian Hadiah kepada Pemenang Pertandingan Sepanduk.
Pemenang Pertandingan Sepanduk Sambutan Maulidur Rasul Peringkat UMNO Bahagian Tawau dari pada Kg.Sri Harmoni - GCMill1 Balung. Pemenang menerima hadiah wang tunai RM1,000.00.
Tempat Kedua dari Kumpulan Pusat Takhassus Al-Quran Taman Sri Balung
Tempat Ketiga dari Kumpulan Masjid Az-Zaeemah , Bandar Sri Indah

end