KURSUS DAN BENGKEL KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN MESYUARAT ANJURAN KRT KG.RANGGU DI ANNEX KEE MOHD.YUSOF , BATU 9 JALAN RANGGU
10 November 2018 KRT Kg.Ranggu telah melaksanakan satu Program iaitu Kursus Dalaman Kepimpinan dan Pengurusan Mesyuarat untuk Jiran Wanita yang diuruskan oleh Hjh.Kee Salmah Kee Yusof selaku Penceramah / Moderator dimana dalam kursus ini menitik beratkan kepada pencapaian peserta kursus dalam memahami inti pati kursus , semoga ianya berguna kepada mereka suatu hari nanti.Untuk menepati kehendak kursus , Bengkel juga diadakan agar ianya lebih menerapkan perkara kursus dapat difahami dan dilaksanakan suatu hari nanti.
Kursus ini khas untuk Jiran wanita KRT Kg.Ranggu ianya sebahagian daripada aktiviti KRT yang menggunakan dana daripada Tabung KRT. Kursus ini dibuat sebagai satu aktiviti Jiran Wanita agar mereka lebih mengetahui peranan dan tanggung jawab sebagai seorang pemimpin dan mengetahui selok belok penyediaan mesyuarat.
Sebahagian dari peserta kursus mengabadikan potret selepas pendaftaran kursus sebagai kenangan suatu masa nanti. Mereka begitu gembira dapat bertemu rakan rakan yang sama menyertai kursus ini. Saat beginilah yang banyak orang nantikan dimana sambil mendapat Ilmu dapat juga bertemu sahabat yang jarang bertemu.
Modul Kursus ini telah disediakan oleh Hjh.Kee Salmah binti Kee Yusof , beliau ada seorang mantan kakitangan kerajaan bertugas sebagai Pendidik sehingga lah keakhir jawatan beliau selaku Ketua Nazir sekolah di Tawau. Selepas bersara beliau dilantik sebagai Pengerusi JKKK Kg.Ranggu , kini beliau tidak lagi menjawat jawatan tersebut dan beliau mempunyai masa untuk menjalankan aktiviti seperti ini untuk kebaikkan Generasi Wanita Kampung Ranggu. Peserta kursus begitu berminat dan arif mendengar ceramah yang disampaikan.
Dalan Bengkel ini peserta Kursus dibahagikan kepada beberapa kumpulan dengan membincangkan perkara perkara yang telah disediakan untuk mereka ketengahkan dalam penyampaian nanti. Masing masing telah menyediakan juru cakap kumpulan yang akan membuat persembahan .
Persembahan kumpulan yang mana amat memuaskan kerana mereka telah dapat memahami inti pati kursus yang diadakan semoga ianya menjadi bahan yang berharga kepada mereka disuatu masa nanti.
Majlis Penutupan Kursus Dalaman Kepimpinan dan Pengurusan Mesyuarat diadakan sebelah petang dan seterusnya penyampaian Sijil Penyertaan kepada Peserta. Kursus ini dirasmikan oleh Puan Hjh.Rosmah Wading Pegawai Perpaduan dan Integrasi Nasional Bahagian Tawau.
No comments:
Post a Comment