Saturday, October 27, 2018

MAJLIS PERPISAHAN PEMIMPIN MASYARAKAT P.190 TAWAU DAN P.191 KALABAKAN





25 OKTOBER 2018 , MAJLIS PERPISAHAN PEMIMPIN PEMIMPIN MASYARAKAT KAWASAN P.190 TAWAU DAN P.191 KALABAKAN DI HOTEL D'CHOICE TAWAU.

Majlis Perpisahan Pemimpin pemimpin Masyarakat Kawasan P.190 Tawau dan P.191 Kalabakan telah diadakan bagi mengenang jasa dan pengorabanan mereka mereka yang menjawat Jawatan seperti Ketua Daerah , Ketua Anak Negeri , Wakil Ketua Anak Negeri dan Ketua Kampung. Majlis ini dirasmikan oleh Presiden Majlis Perbandaran Tawau yang diwakili oleh Timbalan Majlis Perbandaran Tawau Tuan Aftar Nurajat dan seterusnya menyampaikan Sijil Penghargaan kepada setiap Pemimpin Masyarakat.




Ketua Daerah Tuan Hj.Kee Mohd.Ayub bin Kee Abubakar , 3 Ketua Anak Negeri Hj.Mansur bin Palulah , Hj.Majid bin Jamal dan Hj.Mahadi bin Japar.

Pemimpin adalah seorang yang dengan segala kemampuannya mengarahkan, membimbing, mempengaruhi atau mengawasi fikiran, perasaan dan tindakan orang lain. Pengaruh ini boleh dijalankan dengan perantaraan seperti bahan bacaan , pertemuan atau boleh dijalankan dengan mengadakan interaksi peribadi secara langsung atau berhadap-hadapan. 

Pengaruh kepemimpinan tidak langsung, intelektuil atau kreatif, meliputi para cendikiawan, seniman dan pengarang, yang dengan hasil-hasil karyanya secara mendalam mempengaruhi orang-orang lain. 

Pengaruh kepemimpinan langsung atau kepemimpinan kelompok, pada umumnya berjalan lebih sering dengan perantaraan lisan dan pergaulan, terdapat di dalam organisasi-organisasi dan kumpulan sosial, baik yang bersifat informal ataupun yang formal. Walaupun terdapat perbezaan antara kedua jenis kepemimpinan sebagaimana disebutkan di atas, namun harus disedari bahawa keduanya sangat penting dan berperanan besar mentransformasi dan membangun kehidupan sosial masyarakat.

Kepemimpinan adalah proses mengarahkan, membimbing, mempengaruhi atau mengawasi fikiran, perasaan atau tindakan dan tingkah laku orang lain. Kepemimpinan adalah tindakan/perbuatan di antara perseorangan dan kelompok yang menyebabkan, baik peribadi maupun kelompok bergerak ke arah tujuan tertentu.

Dapat disimpulkan bahwa kepemimpinan pada dasarnya berarti kemampuan menggerakkan, memberikan motivasi dan mempengaruhi orang-orang agar melakukan tindakan-tindakan yang terarah pada pencapaian tujuan melalui keberanian mengambil keputusan tentang kegiatan yang harus dilakukan. Dengan demikian menjadi jelas dan tidak dapat disangkal bahwa seorang pemimpin memiliki peranan yang sangat penting sebagai tenaga pendidik untuk membangun masyarakat modern.



WKAN Basir bin Hj.Yahya ( Batu Payung ) , KK Antung Amit bin Antung Ahmad ( Batu Payung ) , KK Hj.Ismail Lamu ( Kg.Titingan ) , KK Amat Wagiman ( Kg.Jawa Kongsi 8 ) , WKAN Yusof bin Hj.Ahmad ( Kg.Ranggu ) , WKAN Edward Supi , 

Penelitian tentang tingkah laku atau sifat keperibadian membuktikan bahwa anggapan ”pemimpin dilahirkan, tidak dibuat (berdasarkan bakat lahiriah atau juga pewarisan)”, tidak seluruhnya benar. Satu-satunya sifat yang diwariskan yang dianggap mempunyai hubungan dengan kepemimpinan adalah inteligensi, bahkan hubungan inipun sangat rendah. Semua tingkah laku yang lainnya, yang telah dibuktikan mempunyai hubungan dengan kepemimpinan adalah ”sifat-sifat yang diperoleh”, dan kerana nya boleh dipengaruhi oleh pendidikan dan pengalaman

a) Memiliki kecerdasan atau inlelegensi yang cukup baik. Seorang pemimpin harus mampu menganalisa masalah yang dihadapi organisasi atau kelompok yang dipimpinnya. Kemampuan itu memungkinkan seorang pemimpin mengarahkan pemikiran anggotanya dalam menyusun perancangan dan menetapkan keputusan yang tepat dalam mewujudkan beban tugas organisasinya.

b) Percaya diri sendiri dan bersifat membership. Seorang pemimpin harus yakin dengan kemampuan yang dimilikinya. Namun bukan berarti ia harus bekerja sendiri. Pemimpin harus mampu menjalin kerjasama dengan orang lain di dalam (dan di luar) kelompoknya, ia harus menempatkan diri sebagai anggota atau bagian dari kelompoknya.

c) Suka bergaul dan ramah tamah. Seorang pemimpin akan efektif menjalankan kepemimpinannya bilamana mampu dan cakap bergaul dengan orang lain. Mampu menghormati setiap orang dan bersedia memperlakukannya sebagai subjek : menghargai pendapatnya, buah pikirannya, kehendak dan perbuatannya.

d) Kreatif, penuh inisiatif dan miliki hasrat untuk maju serta berkembang menjadi lebih baik. Seorang pemimpin harus mampu memprakarsai suatu kegiatan secara kreatif. Selalu terdorong memunculkan inisiatif baru dalam rangka mewujudkan beban kerja, sebagai pencerminan kemauannya bekerja secara efektif. Setiap masalah dipelajari dan berguna untuk menjadikan yang lebih baik.

e) Suka menolong, memberi petunjuk serta dapat menghukum secara konsekuen dan bijaksana. Seorang pemimpin harus selalu berusaha membantu orang-orang yang dipimpinnya apabila menghadapi kesulitan, baik kesulitan dalam bidang kerja maupun kesulitan peribadi. Juga harus bersifat tegas dan konsekuen dalam mengatasi kekeliruan, kesalahan dan penyalahgunaan kuasa di dalam anggotanya.

f) Memiliki kestabilan emosional dan bersifat sabar. Seorang pemimpin harus mampu mengendalikan emosinya dan selalu berusaha mempergunakan pemikiran yang rasional serta logis dalam menghadapi masalah dan mengambil suatu keputusan.

Ditambahkan pula bahawa seorang pemimpin harus : berani mengambil keputusan dan bertanggungjawab ; jujur, rendah hati, sederhana dan dapat dipercaya ; bijaksana dan selalu berlaku adil ; disiplin ; berpengetahuan dan berpandangan luas ; serta sehat jasmani dan rohani.



KK Osman bin Hassan ( Kg.Tinagat ) , WKAN Basir bin Hj.Yahya ( Kg.Batu Payung ) , KK Antung Amit bin Antung Ahmad ( Kg.Batu Payung ) KK Hj.Ismail bin Amo ( Kg. Titingan ) , KK Amat bin Wagiman ( Kg.Jawa Kongsi 8 ) , WKAN Yusof bin Hj.Ahmad ( Kg.Ranggu ) KK Abdul Rahman bin Borhan 


Disini mereka bertemu buat kali terakhir sebagai Pemimpin Masyarakat dari tempat masing masing. KK Kampung Tinagat , KK Kampung Batu Payung , KK Kampung Titingan , KK Kampung Jawa Kongsi 8 , WKAN Kg.Batu Payung , WKAN Kg.Ranggu.

Kenapa mereka diberhentikan ? , ianya berlaku kerana pertukaran Kerajaan selepas PRU14 yang lalu dimana Parti Barisan Nasional telah tewas dalam Pilihanraya ke-14. Di Sabah ianya berlaku apabila Parti Warisan mengambil alih kuasa pemerintahan setelah ianya dibenarkan oleh TYT Negeri Sabah untuk Parti itu memerintah. Walaubagaimana pun perkara ini masih belum jelas lagi kerana Parti Barisan Nasional yang diketuai oleh UMNO telah memfailkan saman keatas TYT dan Ketua Menteri dimana Parti Barisan Nasional telah mengangkat Sumpah Jawatan Ketua Menteri terlebih dahulu dihadapan TYT , kerana telah mendapat simple majority seperti yang diperlukan didalam Dewan Undangan Negeri Sabah.



KAN Asmuran bin Asnawi , KK General bin Linjal ( Felda Umas ) , KK Abdul Rahman bin Borhan , KK Hamzah bin Harris , WKAN Yusof bin Hj.Ahmad ,




KK Abunawas bin Tantali , WKAN Hj.Karim bin Tumak ( Blok 31 ) , KK Harun Salim bin Salleh ( Tg.Batu ) , WKAN Hj.Mahamud bin Sakti ( Titingan ) , KK MY Ahmad ( Kg.Mangga ) , WKAN Hj.Khalid Gul Hassan  , KK Hj.Embran bin Hj.Omar ( Kalabakan ) ,dan KK Nasrul bin Abdul ( Luasong )  


Syarat pertama pemimpin ialah iman.

Dalam surah al-Kahfi Allah menyatakan iman itu ada tiga implikasi, iaitu ‘imun’, ‘aman’ dan ‘amin.’

Imun maknanya kebal daripada maksiat dan kebal daripada rasuah. 

Aman maknanya dia berasa aman bila bersama Allah, malah di depan orang dia baik, di belakang orang pun dia tetap baik, bukannya hipokrit. 

Manakala ‘Aameen’ pula maknanya orang yang boleh dipercayai. Apabila sudah dipercayai barulah layak menerima amanah .

Syarat kedua ialah ilmu kepemimpinan. 

Kepemimpinan bukannya secara spontan atau pakai tangkap muat sahaja, sebaliknya mesti ada ilmu. 
Makna kepemimpinan ialah cara menggunakan pengaruh untuk mempengaruhi pengikut mencapai matlamat yang digarap. Jika tidak ada ilmu, sepak terajang dan kerenah kepemimpinan, nanti kita pula yang dipimpin.

Syarat ketiga ialah ’self leadership.’ 

Bagaimana kita boleh memimpin orang lain kalau diri kita tidak terpimpin? 

Perkataan ‘leader’ merujuk kepada tanggungjawab (al-mas’uliyah). Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Setiap kamu dalam pemimpin dan setiap kamu akan diminta pertanggungjawab berdasarkan apa yang kamu pimpin.” Syarat ini menggambarkan orang yang memimpin itu mampu bertanggungjawab terhadap diri sendiri. Maknanya, pemimpin tidak cepat melemparkan tanggungjawabnya kepada orang lain, tidak cepat terpengaruh dengan khabar yang tidak pasti. Jika dia melakukan kesilapan, diri sendiri menanggung risiko, bukan mengkambing hitamkan orang lain demi keselamatan diri.

Syarat keempat ialah pemimpin memerlukan ‘The Power Of Communication.’ 

Ketika berinteraksi dengan pengikut akan menghadapi pelbagai kerenah, keinginan dan tuntutan yang semestinya mampu menenangkan mereka walaupun hajat tidak tertunai, bukannya putar belit. 

Cara berkomunikasi ada empat:

1) Cakap mudah difahamibahasa terang, arahan jelas tidak berbelit-belit. 

2) Kesamaan. Setiap orang mudah didampingi, tidak ada tembok pemisah atau terlalu protokol. Pasangan berkahwin sebab banyak kesamaan antara mereka. Mereka nescaya bercerai jika ada banyak perbezaannya. 

3) Ikhlas. Walaupun ikhlas terletak di hati dan tidak nampak dengan mata namun ia dapat dirasai. Jika tidak ikhlas seakan ada satu gelombang yang mengganggu perasaan orang yang dipimpin. Kata-kata tidak tajam tidak masuk di hati. 

4) The power of service. Cakap hanya perlu pada tempatnya tetapi bertindak semestinya lebih banyak. Allah memberikan kita dua telinga supaya kita banyak mendengar, Allah memberikan kita dua mata supaya kita banyak melihat dan mengamatinya, kemudian bertindak berasaskan pendengaran dan pemerhatian. 

Rasanya elok juga disinggung sedikit perkara yang menambah komitmen moral seorang pemimpin berasaskan tafsir lima ayat surah al-Muddassir. 

i- Bangun dan beri peringatan. 
Pemimpin mempunyai kepedulian sosial yang tinggi. Sekiranya di sekelilingnya terdapat perkara menyalahi kebenaran, dengan kuasanya dia akan meluruskannya. 

ii-Mesti membesarkan Allah. 
Pemimpin perlu sentiasa ke depan tetapi jangan mendahului Allah. 

iii- Bersihkan pakaiannya. 
Pakaian luar dan dalam iaitu hati biar turut bersih. 

iv- Tinggalkan dosa. 

v- Janganlah memberi sesuatu kerana ingin mendapat lebih banyak malah kalau boleh jangan ingat bahawa kita pernah memberi kepada seseorang





Bagaimana sekiranya keputusan Mahkamah menyebelahi Parti Barisan Nasional atau dalam kes ini dirujuk kepada Tan Sri DSP Musa Hj.Aman. Bagaimana sekiranya Tan Sri DSP Musa Hj.Aman menang kes ? tentu sekali perlantikan akan diselenggarakan oleh Kerajaan dibawah kepimpinan beliau.



WKAN Hj.Mahamud bin Sakti ( Kg.Titingan ) , KK Harun Salim bin Salleh ( Kg. Tg.Batu ) , WKAN Hj.Ambo ( Kg.Bukit Quoin ) , WKAN Hj.Sulaiman bin Ichang ( Kg.Wakuba ) , WKAN Hj.Karim Bin Tumak ( Kg.Blok 31 ) , Hj.Abdul Rahman Ots ( Kg.Kilang Apas Balung ) , Hj.Habib Ibrahim bin Habib Abdul Rahman ( Kg.Batu 2 Apas ) , Hj Mendes ( Kg.Balung Cocos ) dan Bahauddin bin Ahmad ( Kg.Ranggu )

Ciri-ciri Kepimpinan Pada Masa Kini,

Perkataan kepimpinan berteraskan kata dasar pemimpin. Pemimpin boleh ditafsirkan sebagai seorang individu dalam sesuatu kelompok masyarakat atau organisasi yang diberikan tanggungjawab mengarah dan menyelaras aktiviti untuk mencapai matlamat organisasi atau kumpulan seperti yang telah ditetapkan. Ada yang berpendapat, seorang pemimpin itu adalah manusia agung zamannya. Ada kalanya keagungan itu dikenang dan dianggap suatu yang besar pada zaman terkemudiannya. 

Manusia agung ini mengikut E. E. Jenning dibahagikan kepada tiga iaitu ‘superman’, ‘hero’ dan ‘prince’. 

Superman Seorang pemimpin yang berupaya mengubah nilai lama @ idea lama yang telah sebati dalam masyarakatnya dengan idea dan nilai baru. Nilai @ idea ini kemudian diterima oleh masyarakat sezamannya atau sesudahnya dan menjadi ikutan mereka. 

Hero Seseorang pemimpin yang menumpukan perjuangannya ke arah cita-cita dan matlamat yang luhur. 

Prince Pemimpin yang berusaha menguasai dan mempengaruhi orang lain. Dianggap sebagai pemburu kuasa @ power seeker. 

Seorang ahli ekonomi dan sosiologi terkenal iaitu Max Weber telah membahagikan pemimpin kepada tiga golongan iaitu “ Legal Authority’, ‘Traditional Authority’ dan ‘ Charismatic’. 

Legal Authority : Kepimpinan yang muncul daripada penguatkuasaan undang-undang dan peraturan yang telah diterima dan dilembagakan oleh sesebuah masyarakat. 

Traditional Authority : Kemunculan dan kekuatan kepimpinan itu berdasarkan kepada unsur dan kerangka tradisional dalam masyarakatnya. Kepimpinan dapat diterima oleh anggota masyarakatnya berdasarkan status tradisional yang diwarisinya.

Charismatic Authority : Seseorang yang berjaya memimpin pengikutnya atas dasar karisma yang ada padanya. 

pendapat beberapa pengkaji yang terkemuka dalam bidang ini bagi menjelaskan pengertian kepimpinan. Antaranya: “… Kepimpinan ialah tingkah laku individu apabila ia sedang mengarahkan aktiviti berkumpulan ke arah matlamat yang dikongsi bersama.” “… Kepimpinan adalah pengaruh antara perseorangan yang dilaksanakan dalam sesuatu situasi, dan diarahkan, melalui proses komunikasi ke arah pencapaian matlamat dan matlamat-matlamat khusus.” 

Seseorang pemimpin mempunyai gaya kepimpinan yang berbeza, iaitu: autocratic leadership , democratic leadership , laissez faire leadership . 

Autocratic : memiliki kuasa penuh ke atas organisasi yang dipimpinnya, berhak membuat keputusan. 

Democratic : melibatkan penyertaan ahli-ahlinya dalam membuat sesuatu keputusan, ia bermusyawarah, kuasa diperturunkan kepada orang bawahannya. 

Laissez Faire : Memberi kebebasan sepenuhnya kepada orang bawahannya untuk bertindak dan membuat keputusan . 

Al-Mawardi berpendapat kepimpinan merupakan tuntutan fardhu kifayah. Beliau menggariskan 7 syarat asas kepimpinan islam iaitu:
1.Keadilan iaitu adil dalam tindakan yang diambil. 
2.Berilmu. 
3.Sempurna panca indera. 
4.Tidak cacat anggota. 
5.Memiliki akal yang tajam. 
6.Mempunyai keberanian dan kekuatan. 
7.Berketurunan mulia.




KK Hj.Osman bin Hassan ( Kg.Kinabutan ) , KK Hj.Majid bin Ali ( Kg.Gading ) , KK Hj. Ismail Mat Nasir ( Kg.Kinabutan Bukit ) , unknown , WKAN Hj.Omar bin Abdullah ( Kg.Hidayat ) ,  







Mereka ini adalah diantara Pemimpin Masyarakat Cina bagi kawasan P.190 Tawau dan P.191 Kalabakan . Mereka memainkan peranan penting yang menjadi penghubung antara kerajaan dan masyarakat Cina.




 
Mereka mereka ini lah yang memainkan peranan penting membantu pihak berkuasa untuk memantau dan menjaga keharmonian kawasan dan kampung diseluruh Daerah Tawau dan Kalabakan. Jasa mereka bukan sedikit kerana mereka ini lah 'frontliner' kepada pihak kerajaan yang akan menentukan kesejahteraan masyarakat kampung. Setiap permasalahan dikawasan atau kampung mereka lah orang yang pertama akan menangani nya tidak mengira siang atau pun malam. Sehingga kesaat ini belum pernah lagi terjadi perkara perkara yang buruk berlaku yang membabitkan pergaduhan atau perselisihan sesama penduduk. 



Ucapan alu aluan Ybhg. OKK Hj.Kee Mohd.Ayub bin Kee Abubakar sebagai Ketua Daerah Tawau semasa Majlis berkenaan. Beliau mengucapkan syukur dan berterima kasih kerana telah diberikan peluang membimbing Pejabat Hal Ehwal Anak Negeri sejak beliau bersara dari perkhidmatan kerajaan sebagai Penolong Pegawai Daerah Luar Bandar. Semasa memegang Jawatan beliau sentiasa mendapat sokongan padu dari kesemua rakan rakan Ketua Anak Negeri , Wakil Ketua Anak Negeri dan Ketua Kampung. Beliau juga bersyukur kerana sepanjang perkhidmatan nya , beliau tiada menerima aduan yang buruk terhadap Pemimpin pemimpin Masyarakat. Beliau mengucapkan syabas dan Tahniah kepada semua Pemimpin yang telah berusaha membantu kerajaan dan rakyat untuk menikmati kehidupan yang baik dan sempurna kerana tanpa mereka akan pincanglah pentadbiran masyarakat dan akan  berlaku ketidak tentuan urusan harian masyarakat di kampung.



Ketua Anak Negeri atau gelarannya Orang Kaya Kaya (OKK) adalah jawatan yang diperkenalkan ketika era awal pentadbiran Kerajaan Inggeris di Sabah. Jawatan ini dikhususkan dalam pentadbiran kerajaan di setiap daerah di seluruh negeri Borneo Utara pada ketika itu.

Jawatan yang dilantik dan dipilih di kalangan masyarakat tempatan peribumi ini adalah sebagai mewakili masyarakat atau sebagai ketua dan pemimpin yang diiktiraf oleh kerajaan ketika era penjajahan itu sebelum kemerdekaan Malaysia. Namun sehingga kini jawatan itu masih dikekalkan walaupun bidang kuasanya lebih terbatas. 

Sejarah

Di Tawau ketika era Pemerintahan British, jawatan OKK atau Ketua Anak Negeri atau dengan lebih mesra dengan panggilan Penghulu ini telah disandang buat pertama kalinya oleh OKK Kee Abdullah pada akhir 1920-an. Beliau memegang jawatan Penghulu atau Ketua Anak Negeri ini sehingga beliau meninggal dunia pada tahun 1936. Kemudiannya anak beliau, Abu Bakar Bin Abdullah dipilih menggantikan beliau dengan gelaran OKK Kee Abu Bakar ataupun Penghulu Abu Bakar. Penghulu Abu Bakar telah memegang jawatan Penghulu ini selama 17 tahun iaitu sehingga beliau meninggal dunia pada tahun 1953.

Di Tawau, sebelum jawatan Orang Kaya Kaya ( OKK ) atau Ketua Anak Negeri ini diwujudkan, pemimpin atau ketua di dalam masyarakat dikenali sebagai Ketua Masyarakat (Native Chief). Selepas akhir tahun 1920an, ketika jawatan Ketua Anak Negeri diperkenalkan buat pertama kali, secara rasminya Ketua Anak Negeri (District Chief) juga memegang jawatan sebagai Ketua Masyarakat (Natives Chief). Sebelum OKK Kee Abdullah memegang jawatan sebagai Ketua Masyarakat (Natives Chief), beberapa orang pemimpin Melayu telah dilantik untuk memegang jawatan tersebut. Antaranya ialah
Penghulu Puado (1893–1902) , Sarip Ali (1904–1912) , Habib Sheikh (1912–1925 ) , Imam Mustapha (1925–1929),

Manakala selepas Jawatan Ketua Anak Negeri atau Orang Kaya Kaya (OKK) diperkenalkan, pemimpin Melayu yang dipilih sebagai Ketua Anak Negeri ialah OKK Kee Abdullah (1930–1936) dan secara rasmi juga adalah Ketua Masyarakat (Natives Chief). Setelah beliau meninggal dunia, jawatan sebagai pemimpin masyarakat Melayu di Tawau kemudian digantikan oleh anaknya OKK Abu Bakar (1936–1953). Ketika Penghulu Abu Bakar menjadi Ketua Masyarakat atau Ketua Anak Negeri, beliau adalah pemimpin Melayu yang menerima tanggungjawab mencabar kerana ketika beliau menjadi pemimpin Melayu, tentera Jepun telah menguasai pemerintahan di Tawau setelah berjaya menghalau Kerajaan Inggeris 1941. Beliau bukan sahaja terpaksa membantu masyarakat Melayu yang hidup yang dalam kesusahan malahan terpaksa berdepan dan melayan kehendak jeneral-jeneral tentera Jepun. Seorang pemimpin Melayu iaitu Habib Hussein telah dibunuh dengan kejam oleh tentera Jepun di ketika itu. Atas kesedaran untuk menyatukan orang-orang Melayu yang pernah ditindas , dizalimi dan dipandang rendah bangsa bangsa asing , Penghulu Abu Bakar bersama-sama pemimpin pemimpin Melayu pada masa itu seperti Titingan Damsani , Ahmad Ayid , Kassim Kamidin dan Zainal Kerahu telah menubuhkan Persatuan Kebangsaan Melayu Tawau ( PKMT ) .

Selepas tahun 1953 iaitu setelah Penghulu Abu Bakar meninggal dunia, jawatan Ketua Anak Negeri dikosongkan untuk beberapa ketika kerana penolakkan calon yang dipilih iaitu oleh anak Penghulu Abu Bakar sendiri, Kee Yusof Kee Abu Bakar dengan alasan belum bersedia untuk menjadi pemimpin. Abang sulung OKK Abu Bakar, Kee Suleiman Kee Abdullah juga menolak untuk dicalonkan sebagai Ketua Anak Negeri merangkap Ketua Masyarakat ( Native Chief ) atau pemimpin nombor 1 Masyarakat Melayu di Tawau dengan alasan tidak sanggup memikul tanggungjawab yang berat itu. Akhirnya pada tahun 1954 , Zainal Kerahu, seorang pemimpin yang jujur, berani dan berwibawa tampil dan bersetuju untuk dilantik sebagai Ketua Masyarakat ( yang dikenali sebagai Penghulu ). Seterusnya dua tahun kemudian iaitu pada tahun 1956, Penghulu Zainal dilantik pula sebagai Ketua Anak Negeri ( District Chief ) yang membawa gelaran Orang Kaya Kaya ataupun OKK Zainal Kerahu. OKK Zainal atau dikenali sebagai Penghulu Zainal adalah pemimpin Melayu yang bertanggungjawab memperjuangan kemerdekaan Tawau bersama Sabah bersama sama Datuk Abu Bakar Titingan melalui Parti Kebangsaan Sabah Bersatu ( USNO ) pada tahun 1963.

Sehingga ini walaupun Sabah telah menjadi sebahagian negeri dalam Malaysia, jawatan Ketua Anak Negeri masih dikekalkan namun bidang kuasanya agak terbatas. Ketua Anak Negeri telah ditempatkan di dalam pentadbiran Majlis Perbandaran ataupun Majlis Daerah. Kini, tiada lagi jawatan untuk Ketua Masyarakat ( Native Chief ) atau Penghulu yang diwujudkan untuk orang-orang Melayu di Tawau ketika zaman penjajahan dahulu. Antara Ketua Anak Negeri atau OKK yang dilantik selepas kemerdekaan Sabah dalam Malaysia ialah OKK Salleh Ajak , OKK Salleh Sailabbi dan OKK Kee Ayub bin Kee Abu Bakar. 


  





Ketua Kampung suatu ketika dulu sewaktu zaman british dikenali sebagai 'OT' Orang Tua. OT pada ketika itu tempat orang kampung mengadu. seperti Daftar Kahwin , Daftar Beranak , Daftar kematian dan tempat orang kampung mengadu persoalan pelbagai. Pada waktu itu ketua kampung dibawah seliaan Native Cheif ( Ketua Masyarakat ) atau pun Penghulu. 




Ucapan Perasmian oleh Ybhg.Aftar bin Nurajat Timbalan Presiden yang mewakili Presiden Majlis Perbandaran Tawau. Beliau amat berterima kasih diatas jemputan ke Majlis ini , dimana dapat bersama sama Pemimpin Masyarakat bagi Kawasan P.190 Tawau dan P.191 Kalabakan di Majlis Perpisahan Pemimpin pemimpin Masyarakat. Beliau berharap walaupun sudah tidak lagi menjawat pemimpin Masyarakat tetapi sumbangan kepada Masyarakat di tempat dan Daerah masing masing diteruskan. Kadang kadang banyak perkara yang perlu ditangani memerlukan pengalaman yang jitu. Walaubagaimana pun beliau mengucapkan semoga Pemimpin Masyarakat diberikan kesihatan dan menjalani kehidupan yang sempurna.
















Penyampain Sijil Penghargaan kepada Pemimpin Masyarakat oleh Ybhg.Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Tawau Tuan Aftar bin Nurajat dibantu oleh Tuan Hj.OKK Kee Mohd.Ayub bin Kee Abubakar  Ketua Daerah Tawau.

Kesemua Pemimpin Masyarakat telah menerima Sijil Penghargaan dan surat penamatan perkhidmatan. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang memimpin masyarakat selama ini dan semoga mereka diberkati dan permudahkan segala urusan.















Kini banyak sudah pemimpin pemimpin masyarakat terdiri daripada kaum wanita. Mereka menjawat Jawatan Wakil Ketua Anak Negeri dan Ketua Kampung.



Pulau Pandan Jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga 
Hancur badan dikandung Tanah
Budi yang baik dikenang juga

Kalau ada sumur diladang
boleh kami menumpang mandi
kalau ada umur yang panjang 
boleh kita berjumpa lagi





END


No comments:

Post a Comment