Tuesday, June 7, 2011

PERSIDANGAN PERWAKILAN BAHAGIAN UMNO TAWAU TAHUN 2011




MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT CAWANGAN BERKELOMPOK UMNO BAHAGIAN TAWAU PADA 6 MARCH 2011 DI DEWAN SRI ASNUR , TAWAU.


Majlis Perasmikan secara simbolik Mesyuarat Agung Cawangan-Cawangan UMNO (berkelompok) bagi Bahagian Tawau untuk sesi 2011-2012 oleh Yang Berhormat Datuk Tawfiq bin DSP AB Titingan Ketua Bahagian UMNO Tawau ADUN N.56 Apas merangkap Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah.
Kepimpinan UMNO setiap peringkat termasuk pemimpin akar-umbi perlu melakukan perubahan atau transformasi menyeluruh agar Persepsi Negatif terhadap parti akan mampu berubah kearah lebih positif.

Sebanyak 170 cawangan UMNO di Bahagian Tawau akan memulakan Mesyuarat Agung masing-masing dalam tempoh 7hb Mac- 15hb April 2011.


Majlis ini turut dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Tawau , Pergerakan Wanita , Pemuda dan Puteri Bahagian Tawau. Semua Ketua ketua Cawangan hadir di Majlis ini dimana mereka diberikan Format Urusan Mesyuarat semasa Pendaftaran kehadiran.
Tempuh bagi Mesyuarat Cawangan ialah mulai 7 March hingga 15 April 2011. Setiap Ketua cawangan telah dinasihatkan untuk memberitahu Pejabat Bahagian atau Pejabat DUN masing masing untuk penetapan tarikh mesyuarat yang hendak dijalankan.


Dalam ucapan Yang Berhormat menyeru agar semua Ketua ketua cawangan dapat menjalankan Mesyuarat dicawangan cawangan masing masing seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Parti UMNO mengenai tatacara mesyuarat cawangan.




Yang Berhormat Datuk Tawfiq sempat beramah mesra bersama Ketua ketua Cawangan yang hadir dan bertanyakan khabar serta melayan luahan dari mereka , itulah yang sepatutnya yang dilakukan oleh seorang ketua terhadap pengikut pengikut nya agar terasa mereka sentiasa dihargai oleh Pemimpin atasan.



Bagi memulakan Persidangan Tahunan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tawau seperti biasa menyanyikan 4 buah lagu Negaraku , Sabah Tanahairku , Bersatu Bersetia Berkhidmat dan lagu Pergerakan Puteri UMNO.



MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN TAHUNAN PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN TAWAU PADA 23 MEI 2011 DI DEWAN XOCOLAT HOTEL EMAS , TAWAU.


Yang Berhormat Datuk Tawfiq bin DSP AB Titingan merasmikan Persidangan Tahunan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tawau 2011 bertempat di Hotel Emas, Tawau. Peranan Puteri UMNO Tawau sebagai sayap termuda dalam jentera UMNO Bahagian Tawau tidaklah kurang pentingnya dibandingkan dengan sayap-sayap Wanita maupun Pemuda. Sehubungan itu, ahli-ahli Puteri UMNO mesti terus berusaha memantapkan kefahaman serta semangat perjuangan dalam parti agar mereka mampu menggalas cabaran mewarisi kepimpinan dimasa akan datang.

Ucapan Perasmian Persidangan Tahunan Pergerakan Puteri UMNO bahagian Tawau oleh Yang Berhormat Datuk Tawfiq bin DSP AB Titingan. 


Turut hadir di Persidangan Tahunan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tawau , Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Tawau yang terdiri daripada Hj.Nizam bin DSP AB Titingan , Sarman Amat Simito dan Tony Tahah. Turut hadir ialah Ahli Jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Silam yang di Ketuai oleh  Mizma Appehdullah .


Gimik Perasmian dengan memotong Kek sempena Ulang Tahun UMNO yang ke - 65 tahun . Yang Berhormat Datuk Tawfiq bersama Ketua Puteri UMNO Bahagian Tawau Nazliah Ali , Ketua Puteri Silam Mizma Appehdullah , Hj.Naim Ahmad Setiausaha Bahagian UMNO Tawau dan disaksikan oleh Wakil Bahagian ke Persidangan Pergerakan Puteri Tuan Hj.Nizam bin DSP AB Titingan , Tony Tahah dan Sarman Amat Simito.



Ahli Jawatankuasa Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau telah mengambil tempat bagi memulakan Persidangan dimana Wakil Ahli Jawatankuasa Bahagian juga telah hadir sama. Wakil Ahli Jawatankuasa Bahagian terdiri daripada Mohd.John Lakim , Karim bin Tumak dan Hj.Yusof Abdul Gani.


PERSIDANGAN TAHUNAN PERGERAKAN WANITA UMNO BAHAGIAN TAWAU PADA 29 MEI 2011 DI DEWAN MASYARAKAT , TAWAU.


Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau telah mengadakan Persidangan Perwakilan Tahunan  bertempat di Dewaan Masyarakat Tawau. Seramai 600 perwakilan wanita yang datang dari 173 buah cawangan dari sekitar DUN Apas, Balung dan Sri Tanjung telah menghadiri persidangan yang dirasmikan oleh YB Dato Seri Sen Shahrizat Abd Jalil, Ketua Wanita UMNO Malaysia merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia. Acara pemotongan pulut kuning sempena Ulang Tahun UMNO ke-65 Tahun turut juga diadakan. 




Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita telah berjalan seperti biasa kini sedang menanti Perasmi Persidangan YB Dato Seri Sen Shahrizat Abd Jalil, Ketua Wanita UMNO Malaysia merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia. YB Dato Seri serta rombongan sedang dalam perjalanan ke Dewan Masyarakat yang di iringi oleh Datuk Tawfiq bin DSP AB Titingan Ketua Bahagian UMNO Tawau. 



Bersama rakan rakan seperjuangan dalam Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau. Santun menyantuni antara satu dengan yang lain serta sentiasa berkerjasama dalam menyelesaikan tugas yang diamanahkan.




Ketibaan Yang Berhormat  Dato Seri Senator Shahrizat Abd Jalil, Ketua Wanita UMNO Malaysia merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia serta rombongan sedang di Dewan Masyarakat Tawau disambut oleh Ahli Jawatankuasa Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau.





Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau oleh Yang Berhormat Dato Seri Senator Shahrizat binti Abdul Jalil , Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia.

TAWAU 29 Mei 2011 , Pemimpin yang takut untuk memperjuangkan nasib rakyat atau kumpulan yang diwakilinya tidak harus memegang jawatan berkenaan kerana mereka dipilih untuk menunaikan tanggunjawab berkenaan. 
Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata dilantik sebagai pemimpin bukannya untuk kepentingan peribadi sebaliknya bertanggungjawab terhadap amanah yang diberi oleh orang bawahannya. "Tidak layak untuk kita jadi pemimpin kalau kita takut untuk memperjuangkan nasib rakyat atau orang bawahan kita, kita perlu menjadi pemimpin yang bertanggungjawab dan jangan jadi pemimpin yang syok sendiri".
Ketika dilantik menjadi Ketua Wanita UMNO, saya berjanji untuk memperjuangkan kedudukan wanita supaya diberi peluang lebih luas di peringkat lebih tinggi sama ada dalam politik, kerajaan dan swasta. "Saya bersyukur apa yang diperjuangkan itu telah nampak hasilnya, saya berterima kasih kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) kerana wanita kini telah diberi tempat," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Tawau. 
Menurutnya, pemimpin yang syok sendiri dengan jawatan yang dipegang tidak akan bertahan lama, pemimpin itu juga dianggap sebagai tidak amanah kerana tidak menunaikan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka. "Tanggungjawab untuk menjadi ketua bukanlah mudah, banyak perkara yang perlu dilaksanakan, harapan orang bawahan kepada kita amat besar, sebab itu mereka pilih kita untuk perjuangkan nasib mereka," katanya. Shahrizat berkata, beliau akan terus berjuang untuk memastikan pembabitan 30 peratus golongan wanita dalam apa jua perkara di negara ini termasuk politik, sektor kerajaan, swasta dan pendidikan. Tegasnya, perjuangan 30 peratus itu bukan hanya sekadar untuk mencukupkan kuota tetapi adalah di kalangan mereka-mereka yang berkelayakan. "Kita akan memastikan, mereka yang ingin diketengahkan itu adalah di kalangan mereka yang berkelayakan, kalau menjadi calon, ia adalah calon yang boleh memberi kemenangan kepada parti," katanya.  MediaUMNO.


Sebelum Yang Berhormat Datuk Seri Senator Shahrizat meninggalkan Dewan , sempat juga beliau beramah mesra dengan para Perwakilan yang hadir


PERSIDANGAN PERWAKILAN BAHAGIAN UMNO P.190 TAWAU PADA 6 JUN 2011 DI GRAND BALL HALL HOTEL PROMENADE , TAWAU.
 




Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Tawau telah berlangsung pagi ahad di Hotel Promenade Tawau dengan kehadiran lebih 700 perwakilan dan pemerhati. Persidangan yang dimulakan dengan bacaan doa serta bacaan ayat-ayat suci Al-Quran itu telah dirasmikan oleh YBhg Dato Asari Ibrahim, Setiausaha Politik kepada Menteri Kerja Raya Malaysia.

Beberapa usul turut dibahaskan oleh sidang perwakilan meliputi politik,ekonomi, agama dan pendidikan. Turut hadir di Persidangan tersebut termasuk YB Datuk Juslie Ajirul, yang mewakili Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah.



Ucapan Alu aluan daripada Datuk Tawfiq bin DSP AB Titingan Ketua Bahagian UMNO Tawau ADUN N.56 Apas serta Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah. Yang Berhormat Datuk Tawfiq mengalu alukan kedatangan Ybhg.Datu Asari Ibrahim , Setiausaha Politik kepada Menteri Kerjaraya Malaysia yang mewakili Yang Berhormat Dato Shaziman bin Abu Mansor Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia merangkap Menteri Kerjaraya Malaysia yang tidak dapat hadir atas urusan tugas diluar kawasan. Yang Berhormat Datu Juslie Ajirul , Ahli Parlimen P.184 Libaran Sandakan selaku Wakil Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah. Seterusnya ucapan alu aluan dipanjangkan kepada semua Ahli Jawatankuasa Bahagian , Ketua Ketua Cawangan , Ketua Ketua Wanita Cawangan , Ketua Ketua Pemuda Cawangan , Ketua Ketua Puteri Cawangan dan Ahli ahli UMNO yang terpilih mewakili cawangan masing masing ke Persidangan kali ini.




Yang Berhormat mengucapkan terima kasih kerana Perwakilan dapat meluangkan masa untuk hadir ke Persidangan Perwakilan Bahagian Tahun 2011 ini. Persidangan yang dilaksanakan setiap tahun ini adalah tugas dan tanggung jawab kita sebagai Ahli UMNO untuk menunaikan nya dimana telah termaktub dalam Perlembagaan Parti UMNO dikehendaki setiap Bahagian  melaksanakan Persidangan Tahunan untuk dilapurkan ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan. 

Fasal 14.3 " Perwakilan Bahagian hendaklah diadakan sekali setahun tidak kurang daripada enam puluh (60) hari sebelum tarikh diadakan Perhimpunan Agung "

 

Yang Berhormat Datuk Tawfiq mengingatkan kepada Pemimpin pemimpin akar umbi agar sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi Pilihanraya yang ke-13 tidak lama lagi. Semua cawangan cawangan dikehendaki mengemaskinikan rekod keahlian masing masing. Daftar kan ahli ahli yang baru , mana mana Ahli yang belum berdaftar sebagai pengundi inilah masanya untuk mereka ini didaftarkan sebagai Pengundi.


  
Yang Berhormat Datuk Tawfiq menyeru agar disetiap cawangan menambah keahlian mereka. Mana mana Generasi muda yang belum berdaftar sebagai Ahli perlu didaftarkan terutama sekali anak anak ahli UMNO yang sedia ada. Tindakan penambahbaikan disetiap cawangan perlu diselaraskan agar apabila keperluan semasa Pilihanraya kita sudah mempunyai persiapan dan bersedia untuk memberi kemenangan kepada calun yang bertanding.

 
Ucapan Perasmian YB.Dato Shaziman bin Abu Mansur , Ahli Majlis tertinggi UMNO Malaysia merangkap Menteri Kerjaraya Malaysia. Teks ucapan nya disampaikan oleh Ybhg.Dato Asari Ibrahim , Setiausaha Politik kepada Menteri Kerjaraya Malaysia.

Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada Barisan Kepimpinan UMNO Bahagian Tawau yang diketuai oleh Yang Berhormat Datuk Tawfiq bin DSP AB Titingan dan Datuk Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali kerana telah berjaya mengendalikan Persidangan Tahunan Perwakilan Bahagian yang begitu ramai ahli ahli yang hadir.



Beliau juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pemimpin Parti Kompenan Barisan Nasional yang sudi hadir di Persidangan Perwakilan Bahagian UMNO Tawau.


Sebagai menghargai kehadiran sebagai Perasmi Persidangan Perwakilan Bahagian UMNO Tawau , Yang Berhormat Datuk Tawfiq menyampaikan Cenderakenangan Frame Gambar Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Tawau dan Bakul yang berisi barang barang makan ringan dari IKS Bumiputera Tawau.


Sebagai menghargai kehadiran sebagai Wakil Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah ke Persidangan Perwakilan Bahagian UMNO Tawau , Yang Berhormat Datuk Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali menyampaikan Cenderakenangan Frame Gambar Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Tawau dan Bakul yang berisi barang barang makan ringan dari IKS Bumiputera Tawau.


Sesi bergambar bersama Perasmi dan wakil Badan Perhubungan sebelum Sidang diteruskan oleh Pengerusi Tetap Persidangan kepada agenda seperti yang telah ditetapkan.




Persidangan Perwakilan Bahagian diteruskan dengan beberapa usul turut dibahaskan oleh sidang perwakilan meliputi politik, ekonomi, agama dan pendidikan. 

Persidangan ditangguhkan sebaik selesai pemilihan wakil 7 ke Perhimpunan Agung tahun 2011 yang akan diaadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur.

Sebagai imbuhan dan ole ole yang dibawa balik oleh para Perwakilan pulang diadakan Cabutan bertuah untuk hamper dan barangan Elektrik. 

Yang sentiasa dinanti nantikan oleh para Perwakilan ialah Cabutan Nama bertuah untuk menjadi Pemerhati di Perhimpunan Agung UMNO Tahun 2011 di Kuala Lumpur. Seramai 30 orang yang bertuah akan dipilih melalui cabutan yang dilaksanakan oleh Yang Berhormat Ketua bahagian , Timbalan Ketua Bahagian dan Naib Ketua Bahagian. Mereka yang bertuah akan dibawa ke Kuala Lumpur untuk menghadiri Perhimpunan disamping boleh berbelanja. Tambang Perjalanan , Tempat Penginapan , Lawatan ke tempat yang dipilih dan Wang saku akan disediakan oleh UMNO Bahagian Tawau.




end 


 








No comments:

Post a Comment