Perasmian Masjid Nurul Falah Kg. Membalua yang telah disiapkan pembangunan nya pada bulan lepas dimana Masjid Nurul Falah yang lama daripada kayu telah uzur dan terpaksa dirobohkan demi keselamatan orang ramai dan digantikan dengan bangunan yang baru Konkrit dengan harga RM150,000.00 daripada kerajaan Negeri dan beberapa kos tambahan yang diusahakan oleh ADUN N.55 Apas Datuk Hj.Tawfiq bin DSP AB Titingan.
Masjid Nurul Falah Kg.Membalua ini boleh memuatkan 200 orang jemaah sekali gus dan memerlukan tambahan diruang sebelah luar bagi memudahkan Jemaah melakukan aktiviti pada acara tertentu.
Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah , Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa bin Hj.Aman akan merasmikan Masjid Nurul Falah Kg.Membalu ini.
Yang Berhormat Datuk Tawfiq bin DSP AB Titingan selaku tuan rumah hadir lebih awal dan sempat bertemu dengan pemimpin pemimpin akar umbi yang hadir di Majlis Perasmian tersebut. Lebih kurang 8 bulan beliau tidak bersama dengan masyarakat Tawau terutama Kg.Membalua kerana berada di Kuala Lumpur menerima rawatan terhadap penyakit yang beliau idapi. Terasa begitu teruja kepada penduduk Kg.Membalua kerana dapat bertemu dengan pemimpin mereka yang disayangi.
YAB.Tan Sri DSP Musa Hj.Aman Ketua Menteri Sabah tiba dilokasi Majlis dengan diiringi oleh Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri.
Beliau datang bersama rombongan yang terdiri daripada YB. DSP Hj.Abdul Ghafur bin Hj.Salleh Ahli Parlimen Kalabakan , YB. DSP Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah , YB. Datuk Hj.Muis bin Hj.Picho ADUN N.60 Sebatik , YB. Datuk Hjh.Hamisah binti Samad Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat ADUN N.59 Tg.Batu , YB. Datuk Hj.Gulam Khaidar Khan Bahadar Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan & Perumahan juga ADUN N.21 kawang dan Tuan Ajilus Hj.Sipil Presiden Majlis Perbandaran Tawau.
Dengan kehadiran YAB Tan Sri DSP Musa Hj.Aman Ketua Menteri Sabah ke Majlis Perasmian ini Majlis akan bermula dengan Nyanyian Lagu Negeraku dan Sabah Tanah Airku.
Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah , Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa bin Hj.Aman akan merasmikan Masjid Nurul Falah Kg.Membalu ini.
YAB.Tan Sri DSP Musa Hj.Aman Ketua Menteri Sabah tiba dilokasi Majlis dengan diiringi oleh Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri.
Beliau datang bersama rombongan yang terdiri daripada YB. DSP Hj.Abdul Ghafur bin Hj.Salleh Ahli Parlimen Kalabakan , YB. DSP Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah , YB. Datuk Hj.Muis bin Hj.Picho ADUN N.60 Sebatik , YB. Datuk Hjh.Hamisah binti Samad Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat ADUN N.59 Tg.Batu , YB. Datuk Hj.Gulam Khaidar Khan Bahadar Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan & Perumahan juga ADUN N.21 kawang dan Tuan Ajilus Hj.Sipil Presiden Majlis Perbandaran Tawau.
Dengan kehadiran YAB Tan Sri DSP Musa Hj.Aman Ketua Menteri Sabah ke Majlis Perasmian ini Majlis akan bermula dengan Nyanyian Lagu Negeraku dan Sabah Tanah Airku.
Nyanyian Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku
Bacaan Doa oleh Yang Mulia Al Fadhil Ustaz Hj. Abdul Rahman bin Hj.Ibrahim Imam Daerah Tawau. Memohon Doa diberikan rahmat keatas Majlis yang berjalan dengan penuh kesyukuran.
Orang ramai serta penduduk Kg.Membalua telah hadir lebih awal bagi memenuhi kawasan tempat duduk yang disediakan. Mereka amat teruja kerana acara ini mengundang ramai pemimpin pemimpin besar Negeri yang hadir terutama sekali Pemimpin Nombor Satu Ketua Menteri Sabah Tan Sri DSP Musa Hj.Aman yang akan merasmikan Masjid mereka.
Ucapan alu aluan YB.Datuk Tawfiq bin DSP AB Titingan ADUN N.56 Apas merangkap Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah selaku Tuan rumah di Majlis Perasmian Masjid Nurul Falah ini.
Beliau bersyukur kerana dapat hadir ke Majlis ini walaupun beliau masih belum sihat sepenuhnya. Beliau mengucapkan terimah kasih kepada penduduk Kg.Membalua kerana dapat meluangkan masa hadir di Majlis ini bersama sama Pemimpin pemimpin Negeri terutama sekali YAB Tan Sri DSP Musa Hj.Aman.
Beliau memberitahu bahawa beliau telah lama tidak bersama dengan penduduk Kg.Membalua bukan lah disengajakan , ini kerana beliau berada di Kuala Lumpur sedang mendapatkan rawatan disana. Selama 8 bulan beliau memendam rasa untuk bersama sama dengan Rakyat dan 8 bulan itu beliau rasakan seperti 8 tahun lama nya. Beliau memohon agar rakyat mendoakan agar beliau segera sembuh dan dapat berkhidmat semula kepada mereka seperti sedikala.
Beliau seterusnya menyampaikan hasrat penduduk Tawau dan juga penduduk Kg.Membalua kepada YAB Ketua Menteri Sabah dimana ;
1. Kawasan Tanah Perkuburan di Tawau ini semuanya telah penuh dan tiada lagi ruang untuk digunakan. Seperti di Tanah Perkuburan Willis telah penuh dan agak sukar bagi yang memerlukan. Beliau memohon agar permohonan Tanah Perkuburan yang diajukan dari ADUN N.56 Apas akan mendapat kelulusan dari YAB Ketua Menteri. Menurut YB.Datuk Tawfiq kawasan yang diperlukan seluas 10 ekar ( 4 hektar ).
2. Beliau juga menyampaikan hasrat dan keperluan penduduk Kg.Membalua untuk menambah baik Masjid Nurul Falah , memohon agar diluluskan peruntukan sebanyak RM 150,000.00 untuk memasang pagar , atap kawasan luaran Masjid dan pemasangan Jubin.
Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada YAB Ketua Menteri Sabah kerana sudi hadir dan merasmikan Masjid Nurul Falah Kg.Membalua.
Ramai juga pemimpin pemimpin tempatan yang hadir di Majlis tersebut yang juga telah disediakan tempat duduk mereka.
Ucapan Perasmian Masjid Nurul Falah Kg.Membalua oleh YAB Tan Sri DSP Musa bin Hj.Aman Ketua Menteri Sabah.
YAB DSP Ketua Menteri merasa gembira kerana dapat bertemu dengan Penduduk Kg.Membalua dan juga Pemimpin akar Umbi di Tawau. Beliau mengingatkan bahawa pilihanraya ke 14 akan tiba dimana beliau menyeru kepada Ahli ahli UMNO untuk terus memberikan sokongan padu kepada calun calun Barisan Nasional.
Menyentuh Permohonan yang diajukan oleh YB.Datuk Tawfiq bin DSP AB Titingan mengenai 2 perkara yang dipohon;
Pertama - Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman meluluskan permohonan daripada pemimpin Islam di Tawau untuk pemberian tanah seluas empat hektar bagi tapak perkuburan Islam baharu di Tawau.
Namun katanya, kerajaan ketika ini tidak memiliki tanah negeri dan yang ada hanya tanah hutan simpan yang tidak boleh diambil sesuka hati tetapi perkara itu akan diusahakan demi rakyat.
"Perkara ini perlu dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk digubal dan menukarkan kelas tanah ini kepada tanah negeri dan saya berjanji akan bawa permohonan ini ke DUN dan boleh diluluskan," katanya ketika berucap merasmikan Masjid Nurul Falah di Kampung Membelua di sini, hari ini.
Sementara itu, beliau berkata rakyat jangan terpengaruh dengan pihak tertentu yang hanya datang menjelma bila tiba pilihan raya umum (PRU).
"Habis PRU pihak tertentu ini hilang, tetapi yang kekal dengan tuan, puan adalah pemimpin-pemimpin Barisan Nasional," katanya sambil disahut dengan sorakan serta lontaran kata-kata semangat daripada penduduk kampung Membelua. Musa berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberikan peruntukan besar kepada Sabah untuk menyediakan keperluan rakyat serta melihat pembangunan Sabah. -- BERNAMA

Kedua - Perihatin terhadap keselesaan penduduk untuk beribadat , Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan bagi menambahbaik infrastruktur Masjid Nurul Falah Kg.Membalua sebanyak RM150,000.00.
YAB Ketua Menteri Sabah Tan Sri DSP Musa Hj.Aman berkata sumbangan diberikan selepas mempertimbangkan permohonan ADUN N.56 Apas Datuk Tawfiq bin DSP AB Titingan dan suara Rakyat bagi keselesaan menunaikan solat.
Beliau sedar bahawa Masjid tersebut belum lengkap lagi , yang mana YB.Datuk Tawfiq telah berjumpa awal awal lagi untuk berunding dengan beliau bagi peruntukan yang diperlukan Masjid Nurul Falah. YAB Ketua Menteri meluluskan RM150,000.00 untuk menyiapkan penambahan struktur bangunan seperti yang diperlukan.
Penyampaian Cenderakenangan yang disampaikan oleh YB. Datuk Tawfiq bin DSP AB Titingan kepada Ketua Menteri Sabah YAB Tan Sri DSP Musa bin Hj.Aman.
Perasmian Bangunan Masjid Nurul Falah oleh YAB Tan Sri DSP Musa Hj.Aman Ketua Menteri Sabah.

Acara Majlis Perasmian Masjid Nurul Falah Kg.Membalua telah selesai dilaksanakan dengan jayanya. Dengan usaha dan kerjasama semua pihak Majlis Perasmian dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur. Tahniah , kepada penduduk Kg.Membalua
END