11 FEBRUARI 2018 @8.00 PAGI HINGGA 3.00 PETANG KARNIVAL JUALAN SENTUHAN RAKYAT UNTUK DUN N.55 BALUNG TELAH BERLANGSUNG DI TAMAN SAWIT , BALUNG TAWAU
Karnival Jualan Sentuhan Rakyat yang diadakan di Taman Sawit , Balung Tawau mendapat sambutan dari penduduk setempat dengan sambutan kira-kira 500 pengunjung yang datang seawal jam 8.00 pagi. Pelbagai barangan keperluan asas seperti minyak masak, tepung, gula dan ikan segar dijual dengan harga yang sangat berpatutan.
Program itu juga mendapat sokongan daripada pelbagai agensi seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) serta agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.
Menurut ADUN Balung Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali , jualan istimewa ini diadakan untuk membantu meringankan perbelanjaan rakyat .
Sekarang ini kita banyak mendengar keluhan rakyat mengenai kenaikan harga barangan. Jadi, ini salah satu cara untuk membantu rakyat. Menerusi jualan ini, orang ramai berpeluang mendapatkan barangan keperluan asas seperti minyak masak, gula, ikan segar dan sebagainya yang dijual dengan harga murah. Terdapat juga IKS disekitar DUN Balung yang tampil menjual barang mereka dengan harga yang murah dan berpatutan. Menurut Pengusaha IKS peluang ini tidak dilepaskan sia sia disamping mereka memperkenalkan Produk yang mereka keluarkan dengan harga yang murah dan berkualiti.
Jelasnya program ini merupakan inisiatif dan langkah yang tepat, dengan membawa semua agensi yang melibatkan penjualan langsung ketempat kawasan perumahan itu dengan jaminan harga yang rendah daripada pasaran,dengan tujuan membantu rakyat. Dibawah pucuk kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia banyak program ekonomi diwujudkan, bukan sahaja jualan, barangan keperluan seharian. Program hari ini adalah tanda keprihatinan kerajaan bagi membantu rakyat di sini dan program ini ternyata dapat sambutan meriah dan masyarakat berpuas hati.
Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tawau yang turut serta hadir sentiasa memberikan sokongan yang padu kepada Pemimpin UMNO Bahagian Tawau dalam merealisasikan impian dan harapan membantu rakyat terlaksana. Bersama sama Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali turut hadir sama Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan , Naib Ketua Bahagian UMNO Tawau , Tuan Hj.Ariffin bin Hj.Kassim Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tawau dan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau Datuk Hjh.Rosdianah binti Md.Nor bersama Ahli Jawatankuasa Bahagian nya.
Ketibaan YB.DSP Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali bersama Ybhg.Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan di lokasi Program Karnival Jualan Sentuhan Rakyat Taman Sawit Balung Tawau.
YB.DSP Hj.Syed Abas dan Datuk Hj.Nizam sempat beramah mesra dengan hadirin yang hadir di Program Karnival Jualan Sentuhan Rakyat di Taman Sawit Balung.

Ucapan Ybhg. Datuk Hj.Nizam bin DSP AB.Titingan Naib Ketua UMNO Bahagian Tawau, dengan rasa rendah diri dan bersyukur kerana telah dapat berpeluang bersama sama penduduk Taman Sawit Balung di Program hari ini. Program hari ini adalah suatu program yang menyantuni hati rakyat iaitu membantu meringankan beban perbelanjaan barangan dapur bagi penduduk Taman Sawit Balung. Pada hari ini beberapa barangan keperluan harian akan berada pada harga yang lebih murah daripada harga biasa. Ianya bertujuan untuk membantu rakyat dalam menghadapi ketidak tentuan harga barangan keperluan pada ketika ini.
Ucapan Perasmian oleh YB.DSP Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali ADUN N.55 Balung merangkap Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah. Beliau teramat gembira dapat bersama sama dengan penduduk Taman Sawit di Program Karnival Jualan Sentuhan Rakyat Bahagian Balung.
Tujuan diadakan program ini ialah bagi membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan harian yang berharga rendah daripada biasa. Program ini akan berterusan dari semasa ke semasa sehingga lah PRU14 nanti. Oleh yang demikian diharap penduduk yang hadir pada hari ini memanafaatkan peluang ini dengan berbelanja barang keperluan pada harga yang murah.
YB.DSP Hj.Syed Abas juga menyeru kepada rakyat jelata agar tidak terpengaruh dengan tomahan dan fitnah yang ditaburkan oleh pihak tertentu yang sentiasa memburuk burukkan keupayaan Kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi oleh Parti UMNO. Kerajaan pada hari ini sentiasa merasai denyutan hati rakyat , Kerajaan pada hari ini juga telah berusaha bersungguh sungguh menyantuni hati rakyat dengan berbagai skim bagi membantu rakyat mendapat kemudahan dan keperluan mereka.
Sebagai manusia kita haruslah bersyukur kerana mempunyai kerajaan yang sentiasa perihatin dan mendengar keluhan rakyat.

Betapa banyak dan besar nikmat yang telah Allah SWT anugerahkan kepada kita. Oleh kerana itu, sudah sepantasnya lah kita mensyukuri semua nikmat yang dikurniakan-Nya kepada kita. Karena bersyukur bererti mempertahankan nikmat. Tapi ada dari kita yang setelah dianugerahi berbagai macam nikmat dan kemudahan serta kelapangan oleh Allah SWT berubah menjadi kufur. Inilah yang dapat mengubah nikmat menjadi bencana.
Bila ada yang bertanya, “dapatkah nikmat berubah menjadi azab/ bencana?” Maka jawabannya, Ia hal itu dapat terjadi. Kerana itu, marilah kita senantiasa berdoa, seperti;
Bila ada yang bertanya, “dapatkah nikmat berubah menjadi azab/ bencana?” Maka jawabannya, Ia hal itu dapat terjadi. Kerana itu, marilah kita senantiasa berdoa, seperti;
Doa yang diajarkan Rasulullah Saw sebagai berikut: “Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari hilangnya nikmat, dari azab yang datang tiba-tiba, berubahnya keselamatan yang diberikan oleh-Mu dan dari semua kemurkaan-Mu. ” (HR. Muslim).
Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (QS. Ibrahim [14]: 7)
Ada tiga hal yang harus dilakukan manusia ketika menerima nikmat Allah agar ia dipandang sebagai hamba yang bersyukur kepada-Nya.
Pertama: secara batiniah ia harus mengakui telah menerima nikmat dari Allah.
Kedua: secara lahiriah ia mengucapkan syukur atas nikmat itu.
Ketiga: ia harus menjadikan nikmat itu sebagai pendorong untuk lebih giat beribadah kepada Allah Swt.
Bila ketiga hal tersebut telah berpadu dalam diri seorang hamba, maka ia layak dikatakan sebagai hamba yang bersyukur kepada Allah.
1. Perbuatan maksiat dan dosa. Banyak sekali ayat-ayat al-Qur’an dan hadits Nabi saw yang menegaskan hal itu, di antaranya,
Firman-Nya: ”Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).” (QS. ar-Rum [30]: 41).
Dan perhatikan juga firman-Nya, yang lain: “ Apa saja nikmat yang kamu peroleh adalah dari Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu, maka dari (kesalahan) dirimu sendiri....” (QS.an-Nisa’ [4]:79).
Kemudian Allah mengazabnya sebagaimana tertulis dalam firman-Nya berikut ini: “Maka Kami benamkan Karun beserta rumahnya ke dalam bumi. Maka tidak ada baginya suatu golongan pun yang menolongnya terhadap azab Allah, dan tiadalah ia termasuk orang-orang (yang dapat) membela (dirinya).” (QS.al-Qashash [28]: 81).
Kita tidak boleh menisbatkan nikmat kepada selain Allah SWT. Karena hal tersebut termasuk kekufuran dan termasuk dalam golongan orang yang kafir, sebagaimana tertulis dalam firman-Nya: “Mereka mengetahui nikmat Allah, kemudian mereka mengingkarinya dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang kafir. ”(QS. an-Nah [16]: 83).
3. Apabila kita mempunyai sifat percaya diri yang berlebihan, atau sombong dan congkak terhadap makhluk lain kerana memiliki harta yang banyak, properti, ilmu, kedudukan dan sebagainya. Dan Allah SWT tidak suka pada orang-orang yang sombong, perhatikan juga firman-Nya berikut ini: ”Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (Luqman [31] :18)
4. Apabila kita tidak memenuhi hak Allah SWT atas nikmat tersebut. Bila kita memiliki ilmu, maka kita harus mengajarkannya; jika kita memiliki harta, maka kita harus menginfakkannya /mensedekahkannya. Ilmu yang dimiliki seorang muslim bukan untuk dibanggakan di hadapan manusia karena hal itu dapat merugikan dirinya, seperti hadits: ”Janganlah kamu menuntut ilmu untuk saling membanggakan diri di hadapan para ulama, mendebat orang-orang bodoh, dan menyombongkan diri di depan majlis. Kerana, siapa yang melakukannya, maka hendaknya ia berhati-hati dengan api neraka.” (HR Ibn Majah).
Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Tawau bersama sayap sayap Pergerakan Wanita , Pemuda dan Puteri serta kakitangan Unit Pegawai Pembangunan Masyarakat DUN N.55 Balung berada di Karnival Jualan Sentuhan Rakyat Taman Sawit Balung Tawau.
Usaha murni merealisasikan Program Jualan Sentuhan Rakyat ini akan berterusan dimana lokasi akan datang berada di Batu 2 Jalan Apas untuk DUN N.55 Apas
Usaha murni merealisasikan Program Jualan Sentuhan Rakyat ini akan berterusan dimana lokasi akan datang berada di Batu 2 Jalan Apas untuk DUN N.55 Apas
Beberapa jenis barang keperluan harian hari ini berada ditahap harga yang sangat murah daripada harga pasaran.
Penduduk Taman Sawit dan sekitarnya telah berada di lokasi Program Karnival Jualan Sentuhan Rakyat.
Majlis Perasmian Program Karnival Jualan Sentuhan Rakyat dengan memotong ribbon iaitu gimik perasmian program ini. YB.DSP Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali dengan Ybhg.Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan melakukan pemotongan ribbon sebagai bermulanya Jualan Sentuhan Rakyat.
YB.DSP Hj.Syed Abas dan Ybhg.Datuk Hj.Nizam akan melakukan lawatan kesemua tapak jualan yang mana selepas itu orang ramai akan mengikuti dengan jualan karnival dilakukan.
Pelbagai jenis sayuran yang boleh didapati disini yang dikeluarkan oleh petani petani disekitar kawasan Balung dimana memang banyak kebun sayur sayuran disini.
Keberuntungan rakyat semasa Program Karnival Jualan Sentuhan Rakyat dapat diterjemahkan dalam pembelian barangan keperluan harian yang murah dan mengetengahkan produk produk IKS serta membantu penjualan barangan produk jualan langsung. Mereka adalah dialu alukan untuk memperkenalkan produk mereka dengan harga yang murah dan berpatutan.
Peluang seperti ini tentu sekali diambil oleh para peniaga makanan terutama sekali yang mempunyai perniagaan diatas kenderaan yang kini dikenali sebagai 'Food truck' telah kelihatan dimana mana ada program.
Program Karnival Jualan Sentuhan Rakyat di Taman Sawit Balung telah berjaya menarik minat pelbagai pihak terutama sekali rakyat dikawasan tersebut telah dapat membeli barang keperluan dapur dengan harga yang termurah , manakala peniaga IKS telah dapat mempromosikan barangan buatan mereka dengan harga rendah dan berpatutan dan peniaga peniaga makanan yang mempunyai kenderaan telah dapat menjual kepada pelanggan yang hadir pada hari tersebut.
Orang ramai berbaris untuk membeli pelbagai barangan keperluan dengan harga yang rendah berbanding harga asal pada Program Jualan Sentuhan Rakyat diTaman Sawit Balung Tawau. Barangan keperluan lain boleh diperoleh dengan harga lebih murah berbanding harga biasa di kedai dan pasar raya. Semua itu hanya boleh diperoleh pada Program Jualan Sentuhan Rakyat yang sedang diadakan di seluruh negara dalam usaha membantu meringankan kos sara hidup rakyat.
Oleh itu tidak hairanlah ia mendapat sambutan hangat dan orang ramai sanggup datang seawal dua jam sebelum jualan dibuka. Kesemua barang habis dijual dalam tempoh beberapa jam sahaja. Rata-rata pengunjung ketika ditemui melahirkan rasa puas hati dan memuji usaha kerajaan serta berharap program seumpama itu diteruskan , mereka menganggap program jualan itu sangat membantu meringankan beban rakyat.
“Sangat bagus program sebegini. Semua barang keperluan dapur yang memang perlu dibeli setiap bulan ada di sini dan dijual dengan harga murah,” ujar mereka
mereka juga bersyukur dengan adanya program itu yang dilihat amat mengurangkan bebanan dihadapi rakyat dalam berbelanja.
“Harga memang murah, sangat berpatutan. Bagi mereka yang susah, insya-Allah dapat juga membeli, kita lihat harganya memang jauh lebih murah daripada di pasar raya. diharapkan ianya akan diperluaskan agar semua rakyat di Daerah Tawau ini dapat membeli barangan keperluan pada harga murah,”

END
No comments:
Post a Comment