MESYUARAT cawangan UMNO selama sebulan berakhir 1 Ogos 2006 lalu, disusuli persidangan perwakilan bahagian-bahagian dalam jangka masa serupa sehingga berakhir 10 September 2006 nanti mempunyai tarikan tersendiri.
Ia antara lain menyaksikan agenda memilih perwakilan kumpulan G-7. G-7 dan rakan seperjuangan mereka yang juga bermula huruf g iaitu G-6 ialah gelaran dalam UMNO bagi 13 orang perwakilan yang dipilih setiap bahagian daripada 191 kesemuanya untuk ke Perhimpunan Agung UMNO dari 13 hingga 17 November 2006 ini.
G-7 dipilih berdasarkan proses pengundian di peringkat bahagian atau dilantik oleh ketua bahagian yang diberi mandat oleh cawangan. G-6 pula terdiri daripada para pemimpin bahagian yang dipilih secara automatik untuk mewakili bahagian. Mereka meliputi ketua bahagian, timbalan ketua bahagian, naib ketua, ketua Pemuda, ketua Wanita dan ketua Puteri. Jika 13 mewakili setiap bahagian, bermakna seramai 2,483 perwakilan akan berada dalam Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) nanti. Jika ada pemilihan, mereka inilah yang akan menentukan kepimpinan UMNO kelak.
Dan memanglah benar tidak kesemua fokus persidangan bahagian terarah 100 peratus kepada agenda pemilihan G-7. Begitupun, akhirnya itulah hakikatnya.
Sepanjang persidangan perwakilan bahagian berlangsung setakat ini, Utusan Malaysia menerima pelbagai laporan daripada sumber yang layak dipercayai mengenai rentak dan ragam persaingan untuk menjadi wakil G-7.
Di Sabah pula, persaingan untuk menyertai G-7 dikatakan sengit. Dengan julukan negeri mempunyai bilangan bahagian UMNO terbesar, ada ahli melobi empat bulan sebelum tarikh persidangan.
Sememangnya, G-7 mempunyai signifikan tersendiri dalam tradisi UMNO. Suatu ketika, dalam perancangan menilai semula sistem pemilihan Majlis Tertinggi (MT), ada pihak mencadangkan supaya ditiadakan G-7. Kononnya, bagi mengelakkan amalan politik wang. Sesetengah pihak mendakwa G-7 berebut-rebut hendak menjadi perwakilan dan sanggup berbelanja dan melabur. Ada pula mengesyorkan supaya G-7 digantikan dengan G-15 iaitu merangkumi ketua bahagian dan 14 ahli jawatankuasanya. Demikian penangan G-7.
Perwakilan G-7 dipilih setiap tahun. Pada tahun pemilihan, orang ini akan mengundi, dia ada harga satu undi untuk pilih Presiden, Timbalan Presiden dan ahli MT. Itu sebabnya kemungkinan akan berlaku pembelian undi, katanya ketika dihubungi semalam.
Bagi tahun tiada pemilihan pula, hasrat untuk menjadi wakil G-7 didorong keinginan untuk ke Perhimpunan Agung.
Kadang kala dia nak mendengar perbahasan dan belajar banyak serta boleh bawa balik idea itu bila balik ke kawasan masing-masing. Jadi wakil G-7 ini pula, dia tidak semestinya boleh berucap sebab wakil yang berucap dipilih oleh Badan Perhubungan UMNO negeri yang dipengerusikan Menteri Besar. Itu memang kelaziman tradisi UMNO, katanya.
Mengenai kriteria pemilihan wakil G-7 di bahagian, Muhammad memberitahu, ia biasanya bergantung kepada beberapa faktor. Kalau dia popular, dia akan terpilih. Antara ciri populariti kerana ramai kawan, boleh buat kerja, berani bercakap dan mencetuskan idea baru serta bernas. Sebenarnya ada 1,001 alasan (memilih).
Setakat ini, tiada kekecohan dilaporkan sepanjang persidangan perwakilan bahagian termasuk pemilihan G-7 berlangsung. Laporan diterima daripada akar umbi berkehendakkan Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi diberi peluang untuk mentadbir parti dan negara tanpa sebarang gangguan.
Dan seperti mana di masa lalu yang mana UMNO menekankan paksi kestabilan politik dengan bertindak selaku induk Barisan Nasional (BN), begitulah peranan sama yang perlu dimainkan oleh G-7 termasuk G-6.
Perwakilan G-7 perlu senada, sederap dan jangan berbalah. Hanya sebuah kerajaan yang kukuh boleh melaksanakan banyak kerja sebaliknya yang terumbang-ambing, tidak berupaya. Justeru, perwakilan G-7 mesti membulatkan tekad memastikan kekuatan UMNO terus terjamin. Peranan memperkasakan parti adalah usaha mengukuhkan kerajaan.

No comments:
Post a Comment