14
MARCH 2018 @11.57 MALAM , PERGI NYA SEORANG PEMIMPIN UTAMA UMNO
BAHAGIAN TAWAU KE RAHMATULLAH YANG BERHORMAT DATUK HJ.TAWFIQ BIN DSP AB
TITINGAN KETUA UMNO BAHAGIAN TAWAU DI HOSPITAL PRINCE COURT KUALA
LUMPUR.
Ketua
Menteri Sabah Tan Sri Datuk Sri Panglima Musa Hj Aman menyifatkan
Allahyarham Datuk Haji Tawfiq Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar
Titingan, merupakan contoh pemimpin yang terus bekerja dan berkhidmat
kepada rakyat walaupun dalam keadaan uzur serta terus turun padang
menyantuni rakyat sehingga ke akhir hayatnya. “Kita berasa amat sedih
dan terkesan dengan pemergian Allahyarham.”
“Allahyarham merupakan seorang sahabat, seorang insan yang mulia dan baik hati, seorang pemimpin dan Jemaah Menteri yang amat dedikasi, rajin, proaktif, bertanggungjawab, ikhlas, sentiasa bekerja keras, yang sentiasa ingat amanah dan janjinya kepada rakyat,”katanya.
Tambah Musa, pemergian allahyarham pastinya satu kehilangan yang amat dirasai bukan sahaja oleh rakyat di kawasan beliau, di Tawau, tetapi juga dalam Jemaah Menteri dan UMNO, juga kepada seluruh rakyat Sabah.
“Dengan rasa sedih yang amat mendalam, kita semua, Kerajaan Negeri dan rakyat Sabah, juga bagi pihak UMNO dan BN Sabah, juga saya dan keluarga mengucapkan salam takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham.”
“Allahyarham merupakan seorang sahabat, seorang insan yang mulia dan baik hati, seorang pemimpin dan Jemaah Menteri yang amat dedikasi, rajin, proaktif, bertanggungjawab, ikhlas, sentiasa bekerja keras, yang sentiasa ingat amanah dan janjinya kepada rakyat,”katanya.
Tambah Musa, pemergian allahyarham pastinya satu kehilangan yang amat dirasai bukan sahaja oleh rakyat di kawasan beliau, di Tawau, tetapi juga dalam Jemaah Menteri dan UMNO, juga kepada seluruh rakyat Sabah.
“Dengan rasa sedih yang amat mendalam, kita semua, Kerajaan Negeri dan rakyat Sabah, juga bagi pihak UMNO dan BN Sabah, juga saya dan keluarga mengucapkan salam takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham.”
Pemergian
nya amat dirasai oleh Pemimpin pemimpin UMNO Tawau begitu juga dirasai
oleh Pemimpin akar Umbi serta rakyat di DUN Apas dan DUN Balung serta di
Parlimen P.190 Tawau.
Pada
24 Februari 2018 yang lalu , beliau sempat lagi beramah mesra dengan
penduduk Kg.Titingan semasa penyampaian bantuan kepada mangsa kebakaran
Blok 8 serta bantuan bantuan asas yang beliau telah janjikan.
Dalam
ucapan dihadapan penduduk Kg.Titingan beliau memberitahu bahawa beliau
tidak boleh tidur kerana mengingatkan janji beliau kepada warga
Kg.Titingan yang terlibat dalam Kebakaran di Blok 8. Beliau telah
berjanji dengan Tuan Hj.Ali Alwi dan pemimpin pemimpin kampung bahawa
beliau akan datang dengan membawa bantuan kewangan sebanyak RM1,000.00
kepada setiap keluarga mangsa kebakaran , beliau takut nanti dia pejam
mata tanpa menunaikan janji tersebut sebab itulah dia datang walaupun
dalam keadaan sakit.
25
Februari 2018 , beliau sempat beramah mesra sekali lagi dengan penduduk
Kg.Membalua di acara perasmian Masjid Nurul Falah oleh YAB Ketua
Menteri Sabah Tan Sri DSP Musa Hj.Aman dan beliau mewakili tuan rumah
selaku ADUN N.56 Apas turut menyampaikan ucapan diantara inti pati
ucapannya ;
1.Beliau memohon Peruntukan RM 150,000.00 untuk penambahbaikan Masjid Nurul Falah Kg.Membalua.
2.Beliau
memohon agar Kerajaan Negeri meluluskan permohonan Tanah Perkuburan
Islam seluas 10 ekar bagi menggantikan perkuburan Islam Wallace di Jalan
Utara Tawau.
Dalam
ucapan Perasmian Ketua Menteri Sabah , beliau telah meluluskan
RM150,000.00 untuk baikpulih masjid Nurul Falah dan Tanah Perkuburan
Islam seperti yang dipohon oleh Allahyarham Datuk Tawfiq.
15
March 2018 , Jenazah Allahyarham Datuk Tawfiq bin DSP AB Titingan tiba
di Wisma Keluarga Titingan Banyan Drive Tawau setelah penerbangan dari
Kuala Lumpur tiba di Tawau pada 10.20 pagi dan terus menaiki kenderaan
Jenazah ke sini.
Jenazah Datuk Tawfiq disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Wallace Tawau bersebelahan dengan kedua orang tua beliau .
Bacaan
Talkin yang disampaikan oleh Al Ustaz Nazri , yang turut dihadiri YAB
Ketua Menteri Sabah Tan Sri DSP Musa Hj.Aman , DSP Hj.Syed Abas bin
Hj.Syed Ali Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah , Datuk Hj.Nizam bin DSP
AB Titingan serta keluarga dan rakan rakan seperjuangan.
Perginya
seorang Pemimpin anak bangsa yang sentiasa turun padang dan mendekati
aspirasi keperluan rakyat jelata di kawasan yang diwakili beliau iaitu
DUN N.56 Apas dan N.55 Balung yang mana kedua dua DUN ini diwakili oleh
Parti UMNO. Semoga Roh beliau dilimpahi Rahmat dan mendapat keampunan
Nya , Aameen Al-Fatihah.
Pegawai
dan kakitangan Allahyarham Datuk Tawfiq sangat merasa kehilangannya
berkunjung dengan membacakan surah Yasin dan Doa memohon agar
Allahyarham ditempatkan bersama mereka yang mendapat keampunan Nya dan
bersama para Suhada dan Solehin.
Setiap
malam 15 March 2018 hingga 17 March 2018 , Majlis Bacaan Yasin , Tahlil
dan Bacaan Doa Arwah dilaksanakan di Wisma Keluarga Titingan di Banyan
Drive. Majlis berjalan lancar dengan ramai para keluarga dan rakyat
tempatan hadir sama membacakan Surah Yasin , Tahlil dan Doa Arwah.
Seperti
biasa setiap perjumpaan yang besar akan mempertemukan rakan lama ,
pemimpin dan rakyat , keluarga yang jauh jarang bertemu , kesemuanya
akan berlaku disini.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ له وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْه وَأَكْرِمْ
نُزُلَه وَوَسِّعْ مُدْخَلَه وَاغْسِلْه بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ
وَالْبَرَدِ وَنَقِّه مِنْ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ
الْأَبْيَضَ مِنْ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْه دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِه
وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِه وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِه
وَأَدْخِلْه الْجَنَّةَ وَأَعِذْها مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ
عَذَابِ النَّارِ
“Allahummaghfir lahu warhamhu wa ‘aafihi wa fu’anhu wakrim
nudzulahu wawasi’ mudhalahu wagsilhu bilmaai watsalji wal baradi
wanaqqohi min khotooyaa kamaa naqaitats tsaubal abyada minad danasi
wabdilhaa daaran khairan min daarihi waahlan khairan min ahlihi
wazaujan khairan nin zaujihi waadhilhal jannata wa a’idzhaa min
adzaabil qobrii au min adzabin naar”
“Ya Allah! Ampunilah dia, berilah rahmat kepadanya, selamatkanlah dia,
maafkanlah dia dan tempatkanlah di tempat yang mulia (Surga), luaskan
kuburannya, mandikan dia dengan air salju dan air sejuk . Bersihkan dia dari
segala kesalahan, sebagaimana Engkau membersihkan baju yang putih dari
kotoran, berilah rumah yang lebih baik dari rumahnya (di dunia), berilah
keluarga yang lebih baik daripada keluarganya (di dunia), pasangan yang
lebih baik daripada pasangannya (di dunia), dan masukkan dia ke Surga,
jagalah dia dari siksa kubur dan Neraka”
No comments:
Post a Comment