Saturday, April 6, 2019

PERJUANGAN BERTERUSAN 121218





Perjuangan membela anak bangsa tetap diteruskan walaupun terpaksa melalui liku liku yang berduri dan menahan rindu dan kepedihan hati dan sanubari. 121218 angka yang menjadi saksi perjuangan ini dan tidak membiarkan anak bangsa terkial kial kesana kemari mencari hala tuju yang tidak menentu. Bukan mudah membuat sesuatu keputusan yang agung bagi menembusi caca merba yang berkelimut dalam duri yang sangat tajam. Hati yang mana yang tidak terguris bila mengenangkan suatu saat perjuangan yang belum selesai akan terhenti seketika apabila tanggal 090518 ( Rabu ) yang telah menjadi saksi kejadian itu.

12 Disember 2018 , Kota Kinabalu 
Ahli ahli Parlimen UMNO , Ahli ahli Dewan Undangan Negeri UMNO , Ketua ketua Bahagian UMNO seluruh Sabah , Jentera Bahagian UMNO Timbalan , Naib , AJK Bahagian , Pergerakan Sayap Wanita , Pemuda dan Puteri telah bersatu hati akan berhijrah meninggalkan UMNO parti kesayangan orang Melayu demi perjuangan membela anak bangsa yang kian hari dihimpit dan dinodai menyertai Parti Melayu Baru yang perlu diperkasa untuk mengimbangi kuasa yang ada diNegara ini. 

Apa yang perlu dilakukan ketika ini ialah memperkasakan semangat , jiwa dan raga untuk menyampaikan hasrat dan tujuan kepada ahli ahli akar umbi yang selama ini setia berada dibarisan belakang Pemimpin dan setia berjuang bersama sama. Mereka adalah pendukung wadah perjuangan , mereka adalah aset yang paling berharga , mereka adalah ibarat suluh yang akan memberikan cahaya menerangi hala tuju perjuangan.

Ahli ahli Parlimen yang keluar UMNO dan menjadi ahli bebas ;
1.YB Datuk Azizah Mohd.Dun
2.YB.Datuk Seri Roland Kiandee
3. YB Datuk Rahim Bakri
4. YB Datuk Zakaria Idris
5. YB Hafez Yamani Tan Sri DSP Musa
6. YB Arthur J Kurup

Ahli ahli Dewan Undangan Negeri Sabah yang menjadi Ahli Bebas
1. YB DSP Hajiji Mohd.Noor
2. YB DSP Masidi Manjun
3. YB Datuk Japlin Akim
4. YB Datuk Musbah Jameh
5. YB Datuk Gullam Haidar Khan
6. YB.Datuk Ariffin Arif
7. YB Datuk Isnin Aliasnih
8. YB Matbali Hj.Musah
9. YB Datuk Nizam DSP AB Titingan

Senator yang bertaraf bebas 
1. YB Datuk Ghani Yassin
2. Datuk John Ambrose

Ketua ketua Bahagian UMNO yang meletakkan keahlian UMNO
1. Datuk Gurahman Hj.Lolong
2. Datuk Wetrom Bahanda
3. DSP Salleh Said Keruak
4. DSP Hajiji Mohd.Noor
5. Datuk Faisyal Deigo
6. Datuk John Ambrose
7. DSP Rahim Ismail
8. Datuk Arifin Arif
9. Datuk Isnin Aliasnih
10. Datuk Sapawi Ahmad
11. Datuk Ghani Yassin
12. Datuk Sairin Karno
13. Sanad Jambri
14. Datuk Awang Kadin
15. Firdaus Akhbar Khan
16. Abdul Hakim Sidek
17. Datuk Ramlee Marhaban
18. Datuk Nizam Titingan
19. Datuk Juslie Ajirul
20. Datuk Arsit Sedi
21. DSP Masidi Manjun

Pada 17 Disember 2018 Perjumpaan tertutup Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan ADUN N.56 Apas Mantan Ketua UMNO Bahagian Tawau bersama AJK UMNO Bahagian Tawau , AJK Pergerakan Wanita , Pemuda , Puteri UMNO Bahagian Tawau , Ketua Ketua Cawangan , Ketua Ketua Wanita Cawangan , Ketua Ketua Pemuda Cawangan dan Ketua Ketua Puteri Cawangan bertempat di Marco Polo Hotel Tawau bagi menjelaskan hala tuju perjuangan beliau dan seterusnya mengajak untuk menyertai jejak langkah beliau untuk keluar dari Parti UMNO untuk menjadi ahli bebas yang mana akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia ( PPBM ).






Kesatuan dan Permuafakatan terbukti apabila kesemua pemimpin akar umbi yang hadir telah memberikan kata sepakat untuk bersama sama Yang Berhormat Datuk Hj.Nizam meneruskan perjuangan membela Agama , Bangsa dan Negara menerusi agenda Penghijrahan ke lain parti yang telah dipersetujui oleh Pemimpin atasan Peringkat Negeri Sabah.






Detik perjuangan perlu diteruskan , walaupun berada dilandasan yang berbeda beda namun hak dan hakiki nya adalah untuk membela Agama , Bangsa dan Tanahair itu lah yang menjadi keutamaan kita. Kita tidak boleh hanya menjadi penonton tapi kalau boleh jadilah sebagai seorang aktor yang tahu menilai dan menjadikan ianya suatu realiti yang akan dipandang mulia oleh kebanyakan orang disuatu masa nanti. Perjuangan perlu dicorak kan untuk ianya menjadi sebagai suatu perjuangan yang murni.


"Jika ditanya Perkara Hijrah Itulah azam ingin berubah jika ditanya tujuan Hijrah itu lah demi kebaikan Jika ditanya intinya Hijrah itu lah Ukhuwah dan juga Pasrah jika ditanya hikmah nya Hijrah itu lah kemuliaan Dunia Akhirat Jika ditanya Hakikat Hijrah itu lah ujian seikhlas nya Jika ditanya asas nya Hijrah Itu lah akidah dan akhlak Mulia" 





Pemimpin pemimpin wanita yang sentiasa bertemu diakar umbi menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi untuk bersama sama Yang Berhormat Datuk Hj.Nizam meneruskan perjuangan membela Agama , Bangsa dan Tanahair. 








Ahli Jawatankuasa Bahagian dan Pemuda Bahagian telah sepakat dan seia sekata bagi meneruskan perjuangan bersama sama Yang Berhormat Datuk Hj.Nizam disamping akan membantu serta memberikan suntikan semangat juang yang tinggi untuk mencapai matlamat yang diharapkan.



5 April 2019 seawal jam 7.00 pagi , kumpulan dari Bahagian Tawau telah berkumpul di Terminal Bas Tawau ke Kota Kinabalu di Bandar Sri Indah. Sebanyak 3 buah bas yang telah disewa khas untuk membawa para peserta iaitu AJK Penaja Bahagian Tawau , Ketua ketua cawangan PPBM Tawau dan Serikadi Penaja PPBM Tawau.













Para peserta menginap di Apartment Likas Square , Hotel Ibis Inanam , Hotel De'Leeton Kg.Air Kota Kinabalu , dan lain lain Hotel disekitar Kota Kinabalu. Ini kerana ada diantara mereka yang datang dengan Pesawat dan membawa kenderaan sendiri.






Persiapan terakhir sebelum acara Pelancaran Perasmian PPBM di Sabah yang diketuai oleh YB Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd.Noor yang telah dibantu oleh wakil wakil bahagian seluruh Sabah.





Bersedia untuk ke ITCC , Penampang untuk menghadiri Pelancaran Parti PPBM Negeri Sabah yang akan di lancarkan dengan rasminya oleh Tun Dr.Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia merangkap Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia.



06 April tarikh keramat bagi pejuang pejuang Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Sabah dimana Yang Amat Berhormat Tun Dr.Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia merangkap Pengerusi PPBM telah berkenan dan melaksanakan Perasmian Pelancaran parti tersebut di International Technology Commercial Centre (ITCC) , Penampang yang disaksikan oleh Presiden Parti PPBM Tan Sri Muhyiddin Md.Yassin, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir Timbalan Presiden PPBM , Para Pemimpin Tertinggi Parti PPBM , Para Pemimpin PPBM Sabah serta ahli ahli PPBM Sabah yang hadir menyaksikan hari yang bersejarah PPBM di Sabah. Dengan Pelancaran itu sahlah PPBM sudah berada di Negeri Sabah dan akan dapat disaksikan PPBM akan terus membantu memajukan Negeri Sabah serta membantu rakyat segenap kaum untuk maju kehadapan yang lebih gemilang. Sebanyak 25 bahagian di Sabah telah menghantar ahli ahli mereka bagi menyerikan lagi Peristiwa ini yang mana dianggarkan 30,000 orang yang datang menghadiri acara ini.





Menunggu masa untuk masuk kedalam Dewan Persidangan ITCC , Penampang.






Kehadiran ramai ahli ahli PPBM dari seluruh Bahagian begitu amat memberangsangkan. Dengan jayanya Pelancaran ini satu lagi Sejarah Politik tercipta di Negeri Sabah iaitu bertapaknya parti PPBM di Sabah seperti juga parti parti yang lain yang asalnya dari Semenanjung Malaysia.











Perwakilan PPBM (Bersatu) dari Bahagian Tawau juga turut berada didalam Dewan ITCC untuk mendengar dan menyaksikan Pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Sabah oleh YAB Tun Dr.Mahathir Mohammad Perdana Menteri Malaysia merangkap Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). 






Berucap pada majlis itu Datuk Seri Panglima Hj.Hajiji Mohd.Noor Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Pelancaran Bersatu Sabah berkata penubuhan Bersatu di Sabah membuka lembaran baharu dalam konteks sejarah politik di Negeri Sabah yang ditunggu tunggu oleh rakyat khusus nya Bumuputera dan Pribumi di Negeri Sabah.

Beliau yakin dengan tertubuhnya Bersatu di Sabah rakyat Bumiputera atau Pribumi diNegeri ini mempunyai alternatif sebagai satu dari pada parti pilihan yang boleh memperjuangkan dan melindungi kepentingan mereka berikutan perubahan landskip politik Negara selepas pilihanraya umum yang lalu.




Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin amat gembira dengan sambutan yang diberikan dimana Dewan dipenuhi dengan para perwakilan dari seluruh Sabah. Dalam ucapan beliau menyatakan bahawa ini lah perhimpunan pelancaran Bersatu yang paling ramai dan meriah yang pernah disaksikan beliau. Beliau juga menyatakan bahawa ada desas desus mengenai penyandang Penyelaras Parti Pribumi Besatu Malaysia di Sabah. Beliau seterusnya mengumumkan bahawa Datuk Seri Panglima Hj.Hajiji Mohd.Noor telah dilantik sebagai Penyelaras Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Sabah.





Dengan itu rasmilah sudah Parti Pribumi Bersatu Malaysia bertapak di Negeri Sabah. Tun Dr.Mahathir selaku Pengerusi Bersatu amat gembira dengan kehadiran dan sambutan rakyat Sabah terhadap Parti Bersatu. Beliau seterusnya mengumumkan bahawa Datuk Seri Panglima Hj.Hajiji Mohd.Noor telah dilantik sebagai Penyelaras Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Sabah.
 

Setelah meninggalkan Parti UMNO pada 12 Disember 2018 (121218) dan setelah menjadi ahli bebas selama 5 bulan kini telah dengan rasminya diterima menjadi Ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia dengan slogan "Bersatu  Beramanah  Bermaruah".







Kehadiran Bersatu di Sabah bererti pimpinan juga membuka ruang atau platform  baharu kepada golongan muda untuk turut menceburi politik menerusi parti ini dan Bersatu Sabah bersedia memberi ruang kepada mereka.







DSP Hj.Hajiji Mohd.Noor yang juga Pengerusi Induk Majlis Pelancaran Bersatu Sabah berkata Bersatu dipilih bertapak di Sabah kerana keyakinan terhadap kepimpinan Tun Dr.Mahathir yang disifatkan sebagai seorang Pemimpin bertaraf dunia selain rekod cemerlang semasa menjadi Perdana Menteri sebelum iniyang tidak boleh dinafikan. Beliau juga yakin Tun Dr. Mahathir mampu memulihkan imej Malaysia yang telah tercemar dimata dunia seterusnya membawa Malaysia kembali menjadi sebuah negara unggul dan dihormati.



   




Bersatu juga dipilih kerana percaya dengan perjuangan yang dibawa oleh parti  selain percaya perlunya Bersatu sebagai parti Nasional berwibawa bertapak di Sabah. Melihat senario politik di Sabah sebelum ini jelas membuktikan parti Nasional diterima , disokong dan diberi mandat oleh rakyat sehingga boleh memerintah negeri iniselama hampir 25 tahun.





Adalah diharapkan Bersatu memainkan peranan merapatkan lagi hubungan Sabah dan Putrajaya yang sedia terjalin selain menjayakan dasar integrasi nasional untuk merapatkan hubungan antara rakyat Sabah termasuk Sarawak dengan Semenanjung .







Selesai sudah Majlis Pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang telah dilancarkan oleh Pengerusi Parti Bersatu Tun Dr. Mahathir Mohamad. Semoga dengan itu apa juga spekulasi dan isu isu yang dilontarkan telah terjawab dengan sendirinya. 





Ketua ketua Bahagian Penaja Bersatu Sabah yang telah disetujui oleh pucuk pimpinan parti bersama Pengerusi , Presiden dan Timbalan Presiden selepas acara Pelancaran Parti Bersatu di Sabah.








07 April 2019 rombongan berangkat balik ke Tawau dimana sebuah Bas membawa peserta yang tinggal di Hotel Ibis , Inanam dan 2 buah Bas membawa peserta yang tinggal di Likas Square selebihnya mereka balik menaiki pesawat dan Kenderaan sendiri.



"BERSATU BERAMANAH BERMARUAH "








end


 




No comments:

Post a Comment