Monday, November 25, 2019

GOTONG ROYONG MEGA 1


Gotong Royong Mega Zon 4 DUN N.56 Apas di sekitar Kedai Batu 5 Jalan Apas Tawau . Seawal jam 6.00 pagi peserta yang mengambil bahagian telah mula berkumpul ditempat yang telah dikenalpasti. 

Dalam ucapan Yang Berhormat Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan berkata gotong royong membersihkan kawasan yang ditetapkan adalah suatu usaha yang baik dan murni dimana ianya mengajak kita sentiasa menjaga kebersihan persekitaran kita setiap masa.






Amalan bergotong royong ialah amalan kita semua , kita perlukan kawasan yang bersih , minda yang bersih adalah hasil daripada persekitaran yang bersih. 


Pergi mendaki Gunung Daik
Hendak menjerat kancil dan rusa
Bergotong-royong amalan yang baik Elok diamalkan setiap masa

Hendak belayar ke Teluk Betong
Sambil mencuba labuhkan pukatBulat air kerana pembetung
Bulat manusia kerana muafakat





Peserta gotong royong memulakan kerja masing masing ditempat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.


Kebaikan mengamalkan amalan gotong-royong atau kerjasama ialah amalan mewujudkan semangat positif antara ahli-ahli masyarakat terutamanya untuk memastikan sesuatu tugasan itu mampu dilaksanakan secara berkesan. Amalan ini memberikan satu semangat kepada masyarakat bahawa tugasan itu walau berat pun akan mampu diselesaikan dengan begitu baik kerana semua pihak meghulurkan bantuan. Keadaan itu menjadikan semua perkara yang dialami oleh masyarakat dapat diatasi dalam masa yang singkat dan mudah sahaja. Jelaslah, amalan ini memberikan satu suntikan baru tentang konsep bekerjasama antara masyarakat terutama dikawasan urbanisasi.

Aktiviti gotong-royong juga dapat mewujudkan perpaduan kaum amat penting dikalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dengan mengadakan gotong-royong Mega ini menjayakan program perpaduan masyarakat akan terjalin secara langsung atau secara tidak langsung. Sesungguhnya dengan wujudnya perpaduan kaum di kalangan rakyat Negara kita akan terus aman dan maju.







Bergotong-royong juga boleh memperindahkan lagi tempat tinggal dan kawasan persekitaran menjadi bersih. Dengan amalan kemasyarakatan itu, tempat tinggal kita tidak akan menjadi sekadar “indah khabar dari rupa”. Amalan gotong-royong juga dapat membersihkan kawasan kediaman daripada menjadi sarang pelbagai penyakit seperti Aedes.

Kegiatan ini amat berfaedah dan mesti diamalkan dan dipupuk sejak kecil kerana “meluntur buluh biarlah dari rebungnya”. Dengan menjadikan amalan ini sebagai aktiviti penting dalam kehidupan, kita dapat banyak memperoleh pengalaman dan pengetahuan daripada amalan tersebut. Kita juga dapat mengetahui betapa senangnya untuk menyelesaikan sesuatu kerja dengan tenaga kerja yang ramai. Oleh itu, amalan ini harus diingati dari satu generasi kepada satu generasi. Amalan ini juga boleh diperaktikan untuk mengekalkan kesihatan dan keadaan yang selesa dikawasan tempat tinggal.





Dalam agama Islam juga turut mementingkan kebersihan kerana kebersihan juga adalah salah satu lambang seseorang itu muslim. “Kebersihan itu sebahagian daripada iman” sudah menjadi tema kebersihan bagi orang-orang Islam sama ada sedar ataupun tidak ia adalah sebuah Hadis baginda Rasulullah S.A.W. berkaitan dengan kebersihan. Oleh itu, sebagai muslim kita sepatutnya menyertai aktiviti gotong-royong ini supaya alam sekitar sentiasa terpelihara.






Di samping itu, semangat kerjasama juga dapat dibentuk dalam kalangan masyarakat melalui peranan jawatankuasa penduduk setempat. Dalam hal ini, pihak jawatankuasa penduduk setempat boleh merancang pelbagai aktiviti kemasyarakatan dengan lancar tanpa sebarang kekangan. Jika masyarakat dapat hidup bersama-sama dalam suasana yang aman dan harmoni ibarat peribahasa kebukit sama di daki, ke lurah sama dituruni maka segala aktiviti yang dijalankan akan dapat dinikmati dengan penuh bermakna. Sebagai contohnya, pihak jawatankuasa penduduk setempat boleh mengadakan aktiviti seperti gotong-royong membersihkan atau menceriakan kawasan setempat, seperti dewan orang ramai, balai raya, taman permainan kanak-kanak mahupun pusat komuniti. Jelaslah semangat kerjasama penting bagi merapatkan hubungan anggota masyarakat dalam suatu kawasan penduduk setempat .





Intihannya, semangat kerjasama merupakan sebahagian daripada amalan dan menjadi budaya masyarakat di Malaysia yang menjadikan negara kita unik pada pandangan masyarakat di luar sana malah dikenali di seluruh dunia. Tuntasnya, semangat bekerjasama bukan sahaja penting dalam mengekalkan suasana harmoni dalam kalangan rakyat di negara kita malah sumbangannya cukup besar terutamanya bagi memastikan Malaysia terus cemerlang dan mampu berdaya saing pada masa akan datang kerana rakyatnya yang bersahsiah terpuji bagi melahirkan modal insan berminda kelas pertama yang dapat memacu negara tercinta ke arah kegemilangan di puncak jagat.




Majlis Perasmian penutupan Gotong Royong Mega Perbandaran Tawau telah disempurnakan oleh YB. Christina Liew Chin Jin Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pelancongan , Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah. Beliau adalah ahli Parlimen P.190 Tawau dan ADUN N.15 Api Api Kota Kinabalu.


"Maju Bangsa Maju Negara"
"Bersatu , Bermaruah , Beramanah "






end





Sunday, November 24, 2019

PEMERHATI MESYUARAT DUN SABAH 2019


19 - 22 NOVEMBER 2019 MESYUARAT KETIGA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI SABAH KELIMA BELAS . DI DEWAN UNDANGAN NEGERI SABAH .






Hadir sebagai Pemerhati di sidang DUN ini yang berlangsung dari 15, 18 - 22 November 2019. Beberapa perkara yang menjadi topik perbualan ia itu beberapa pindaan akan dibuat keatas Perlembagaan Negeri Sabah dan juga beberapa anekman dimasukkan dalam Mesyuarat Dewan kali ini.  Saya dan beberapa orang lain lagi hadir mulai 19 - 22 November 2019.





Mesyuarat DUN melibatkan Menteri menteri Kabinet Sabah dan juga semua Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah yang terdiri daripada Yang Berhormat mewakili kawasan masing masing. Semua mereka berada disini , dan peluang bertemu mereka pasti nya disini termasuk lah Ketua Menteri Sabah.




Beberapa Pembentangan Rang Undang undang dan usul telah dibawa dalam mesyuarat kali ini seperti ; 

Rang Undang undang Perlembagaan Negeri Sabah (Pindaan) 2019,
Pindaan Rang Undang undang ini telah dibacakan oleh YAB Ketua Menteri Sabah iaitu bacaan Pertama , Kedua dan Ketiga

Rang Undang undang Perancangan Bandar dan Desa ( Pindaan ) 2019  , 

Pindaan Rang Undang undang ini telah dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri / Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan  Sabah iaitu bacaan Pertama , Kedua dan Ketiga

Rang Undang Undang Lembaga Pelabuhan Pelabuhan Sabah ( Pindaan ) 2019  , 
Pindaan Rang Undang undang ini telah dibacakan oleh Menteri Pembangunan Infrastruktur

Rang Undang Undang Hutan ( Penubuhan Hutan Simpan dan Pindaan ) ( Pindaan ) 2019
Pindaan Rang Undang undang ini telah dibacakan oleh YAB Ketua Menteri Sabah iaitu bacaan Pertama , Kedua dan Ketiga

Kesemua Rang Undang Undang ini perlukan undian Ahli Dewan untuk diluluskan iaitu Dua Pertiga Ahli Dewan menyokong.


Semasa undian belah bagi yang dijalankan lebih Dua Pertiga Ahli Ahli Dewan telah menyokong pindaan ini dan akan diwartakan sebagai pindaan Rang undang undang








Pada sebelah malam YB Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan dan Isteri telah melayani Ahli ahli Bersatu Bahagian Tawau makan malam di Anjung Selera Kota Kinabalu.






Pada Mesyuarat ini beberapa pertanyaan untuk jawapan lisan telah dikemukakan daripada Ahli ahli Yang Berhormat . Yang Berhormat Menteri yang terlibat akan menjawab semua pertanyaan yang diajukan untuk penjelasan atau pun tindakan seterusnya. 






Makan malam bersama YB. DSP Hj.Syed Abas Hj.Syed Ali Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah di Anjung Selera Kota Kinabalu. Beliau suatu ketika dulu pernah menjadi Ahli Yang Berhormat kawasan DUN N.55 Balung. 






Mesyuarat Dewan berterusan dengan usul dan perbahasan bagi pelbagai perkara yang telah dibangkitkan oleh ahli ahli Yang Berhormat.






21 November 2019 , selesai Mesyuarat Dewan Undangan Negeri yang ke - 15 dengan jayanya . 

Makan Malam bersama YB.Datuk Hj.Nizam dan Isteri di Restauran Sri Melaka Kg.Air Kota Kinabalu. Kami menginap di Hotel Leeton Asia City dekat dengan Restauran ini dan hanya berjalan kaki untuk kesana.

22 November 2019 , kami berangkat pulang melalui darat dan Udara. Sampai jumpa lagi di tahun akan datang.


" Maju Bangsa Maju Negara "

" Bersatu , Bermaruah , Beramanah "







end