Monday, November 25, 2019

GOTONG ROYONG MEGA 1


Gotong Royong Mega Zon 4 DUN N.56 Apas di sekitar Kedai Batu 5 Jalan Apas Tawau . Seawal jam 6.00 pagi peserta yang mengambil bahagian telah mula berkumpul ditempat yang telah dikenalpasti. 

Dalam ucapan Yang Berhormat Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan berkata gotong royong membersihkan kawasan yang ditetapkan adalah suatu usaha yang baik dan murni dimana ianya mengajak kita sentiasa menjaga kebersihan persekitaran kita setiap masa.






Amalan bergotong royong ialah amalan kita semua , kita perlukan kawasan yang bersih , minda yang bersih adalah hasil daripada persekitaran yang bersih. 


Pergi mendaki Gunung Daik
Hendak menjerat kancil dan rusa
Bergotong-royong amalan yang baik Elok diamalkan setiap masa

Hendak belayar ke Teluk Betong
Sambil mencuba labuhkan pukatBulat air kerana pembetung
Bulat manusia kerana muafakat





Peserta gotong royong memulakan kerja masing masing ditempat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.


Kebaikan mengamalkan amalan gotong-royong atau kerjasama ialah amalan mewujudkan semangat positif antara ahli-ahli masyarakat terutamanya untuk memastikan sesuatu tugasan itu mampu dilaksanakan secara berkesan. Amalan ini memberikan satu semangat kepada masyarakat bahawa tugasan itu walau berat pun akan mampu diselesaikan dengan begitu baik kerana semua pihak meghulurkan bantuan. Keadaan itu menjadikan semua perkara yang dialami oleh masyarakat dapat diatasi dalam masa yang singkat dan mudah sahaja. Jelaslah, amalan ini memberikan satu suntikan baru tentang konsep bekerjasama antara masyarakat terutama dikawasan urbanisasi.

Aktiviti gotong-royong juga dapat mewujudkan perpaduan kaum amat penting dikalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dengan mengadakan gotong-royong Mega ini menjayakan program perpaduan masyarakat akan terjalin secara langsung atau secara tidak langsung. Sesungguhnya dengan wujudnya perpaduan kaum di kalangan rakyat Negara kita akan terus aman dan maju.







Bergotong-royong juga boleh memperindahkan lagi tempat tinggal dan kawasan persekitaran menjadi bersih. Dengan amalan kemasyarakatan itu, tempat tinggal kita tidak akan menjadi sekadar “indah khabar dari rupa”. Amalan gotong-royong juga dapat membersihkan kawasan kediaman daripada menjadi sarang pelbagai penyakit seperti Aedes.

Kegiatan ini amat berfaedah dan mesti diamalkan dan dipupuk sejak kecil kerana “meluntur buluh biarlah dari rebungnya”. Dengan menjadikan amalan ini sebagai aktiviti penting dalam kehidupan, kita dapat banyak memperoleh pengalaman dan pengetahuan daripada amalan tersebut. Kita juga dapat mengetahui betapa senangnya untuk menyelesaikan sesuatu kerja dengan tenaga kerja yang ramai. Oleh itu, amalan ini harus diingati dari satu generasi kepada satu generasi. Amalan ini juga boleh diperaktikan untuk mengekalkan kesihatan dan keadaan yang selesa dikawasan tempat tinggal.





Dalam agama Islam juga turut mementingkan kebersihan kerana kebersihan juga adalah salah satu lambang seseorang itu muslim. “Kebersihan itu sebahagian daripada iman” sudah menjadi tema kebersihan bagi orang-orang Islam sama ada sedar ataupun tidak ia adalah sebuah Hadis baginda Rasulullah S.A.W. berkaitan dengan kebersihan. Oleh itu, sebagai muslim kita sepatutnya menyertai aktiviti gotong-royong ini supaya alam sekitar sentiasa terpelihara.






Di samping itu, semangat kerjasama juga dapat dibentuk dalam kalangan masyarakat melalui peranan jawatankuasa penduduk setempat. Dalam hal ini, pihak jawatankuasa penduduk setempat boleh merancang pelbagai aktiviti kemasyarakatan dengan lancar tanpa sebarang kekangan. Jika masyarakat dapat hidup bersama-sama dalam suasana yang aman dan harmoni ibarat peribahasa kebukit sama di daki, ke lurah sama dituruni maka segala aktiviti yang dijalankan akan dapat dinikmati dengan penuh bermakna. Sebagai contohnya, pihak jawatankuasa penduduk setempat boleh mengadakan aktiviti seperti gotong-royong membersihkan atau menceriakan kawasan setempat, seperti dewan orang ramai, balai raya, taman permainan kanak-kanak mahupun pusat komuniti. Jelaslah semangat kerjasama penting bagi merapatkan hubungan anggota masyarakat dalam suatu kawasan penduduk setempat .





Intihannya, semangat kerjasama merupakan sebahagian daripada amalan dan menjadi budaya masyarakat di Malaysia yang menjadikan negara kita unik pada pandangan masyarakat di luar sana malah dikenali di seluruh dunia. Tuntasnya, semangat bekerjasama bukan sahaja penting dalam mengekalkan suasana harmoni dalam kalangan rakyat di negara kita malah sumbangannya cukup besar terutamanya bagi memastikan Malaysia terus cemerlang dan mampu berdaya saing pada masa akan datang kerana rakyatnya yang bersahsiah terpuji bagi melahirkan modal insan berminda kelas pertama yang dapat memacu negara tercinta ke arah kegemilangan di puncak jagat.




Majlis Perasmian penutupan Gotong Royong Mega Perbandaran Tawau telah disempurnakan oleh YB. Christina Liew Chin Jin Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pelancongan , Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah. Beliau adalah ahli Parlimen P.190 Tawau dan ADUN N.15 Api Api Kota Kinabalu.


"Maju Bangsa Maju Negara"
"Bersatu , Bermaruah , Beramanah "






end





No comments:

Post a Comment