Masjid Willis Tawau
Jalan Utara , Tawau, Sabah 91000, MALAYSIA
Inilah Masjid Wilis suatu ketika dulu dalam tahun 1930an dimana Umat Islam disekitarnya mengerjakan Solat Berjemaah diMasjid ini. Disini juga lah diadakan pelbagai aktiviti keagamaan dilaksanakan termasuklah Solat Sunat Tarawih pada bulan Ramadhan Al-Mubarak setiap tahun sehingga lah bangunan Masjid Baru didirikan ditempat yang sama.( Sebagai ingatan dan penghargaan kepada yang punya gambar asal ini iaitu Tuan Hj.Kee Hamid bin Kee Sulaiman kita hadiahkan Surah Al-Fatihah untuk beliau semoga Rohnya sentiasa dicucuri Rahmat )
Tarikh penetapan permulaan puasa bulan Ramadhan 2020 pada 24 April, Jumaat ini bagi negeri-negeri seluruh Malaysia nanti akan diumumkan secara rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad secara langsung melalui radio dan televisyen sekitar jam 8 malam pada hari Khamis, 23 April 2020 bersamaan 29 Syaaban 1441H
Masjid Raya Tawau
Jalan Utara , Tawau, Sabah 91000, MALAYSIA
Sambutan Bulan Ramadhan pada tahun ini ada perbezaan nya tidak seperti tahun tahun yang lalu. Ihya Ramadhan kunjungan ke masjid masjid tidak dilakukan ini kerana Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan demi untuk membendung menularnya wabak virus korona Covid-19.
Tahun ini cerita Ihya Ramadhan hanya saja berlangsung dirumah masing masing. Tiada solat sunat Tarawih beramai ramai , tiada kunjungan ke Masjid dan surau didalam kawasan. Semuanya pergerakan hanya dirumah masing masing.
Ramadhan Ihya Ramadhan ,
Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh kemuliaan dan keberkatan. Pada bulan yang mulia ini umat Islam digalakkan melipatgandakan amal-amal kebaikan, disyariatkan amal-amal ibadah, kerana telah di buka pintu-pintu syurga dan di tutup pintu-pintu neraka. Oleh karena itu, bulan ini merupakan kesempatan berharga yang ditunggu-tunggu oleh orang-orang yang beriman kepada Allah SWT yang ingin meraih redha-Nya. Dan kerana agungnya keutamaan bulan suci ini, Rasulullah SAW selalu menyampaikan khabar gembira kepada para sahabat akan kedatangan bulan yang penuh berkat ini.
Bulan Ramadhan yang penuh dengan kemuliaan dan barakah ini sewajarnya disempurnakan dengan melunaskan ibadah wajib serta memperbanyakkan lagi ibadah sunat bagi meraih ganjaran pahala yang berlipat kali ganda yang telah dijanjikan oleh Allah SWT.
Pada fasa sepuluh hari terakhir Ramadhan, Allah SWT telah menyediakan malam yang lebih mulia berbanding 1,000 bulan iaitu lailatul qadar. Pada malam inilah al-Quran telah diturunkan untuk dijadikan sebagai panduan dan pedoman bagi seluruh umat Islam dalam merencana kehidupan seharian. Pada malam itu, para malaikat dan Jibrail turun dengan izin Tuhan mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar" (surah al-Qadr, ayat 5). Allah SWT telah menjanjikan bahawa sesiapa yang beribadah pada bulan Ramadhan dan menepati malam lailatul qadar, maka akan diberi ganjaran pahala amalan mereka itu melebihi ibadah yang dilakukan selama 1,000 bulan.
Dalam menghayati pengertian al-Qadar itu sendiri, sebahagian ulama berpendapat bahawa ia bermaksud pengagungan. Oleh yang demikian, di sini dapat kita fahami bahawa lailatul qadar bermaksud malam yang memiliki keagungan kerana telah diturunkan al-Quran pada malam berkenaan, turunnya malaikat, melimpahnya rahmat dan keampunan Allah SWT serta pada malam tersebutlah juga Allah SWT akan menganugerahkan keagungan dan kemuliaan kepada mereka yang melakukan ibadah. Selain itu, al-Qadar juga membawa maksud penetapan. Oleh itu, lailatul qadar juga bermaksud malam penetapan segala urusan yang bakal berlaku pada tahun berikutnya.
Lebih istimewa lagi apabila lailatul qadar merupakan malam yang sengaja dirahsiakan oleh Allah SWT sebagai satu ujian kepada umat Islam dalam mencari dan meraih rahmat serta kasih sayang daripada-Nya. Justeru bagi mereka yang benar-benar beriman kepada Allah SWT dan sentiasa istiqamah dalam melakukan ibadah sepanjang bulan Ramadhan, maka pastinya mereka tidak akan terlepas untuk menemui malam yang lebih mulia daripada seribu bulan ini.
Oleh yang demikian, bagi meraih pahala yang berlipat kali ganda daripada Allah SWT di penghujung Ramadhan, umat Islam disarankan agar terus melipatgandakan ibadah-ibadah sunat bagi mencari dan merebut malam lailatul qadar. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Carilah lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil daripada 10 malam terakhir di bulan Ramadhan (hadis riwayat Muslim). Malah, dalam melewati sepuluh hari terakhir Ramadhan, umat Islam digalakkan mencarinya dengan menghidupkan malam-malam berkenaan dengan beribadah (qiamullail). Sesungguhnya ibadah qiamullail merupakan kegemaran Rasulullah SAW dan para sahabat Baginda.
Mudah-mudahan kita sama-sama terus beristiqamah dalam melaksanakan ibadah kita sehingga ke penghujung Ramadhan bagi memperoleh anugerah lailatul qadar yang telah dijanjikan oleh Allah SWT kepada kita.
Masjid Waqaff Daeng Mapata kini dikenali sebagai Masjid Bandar telah dibina pada tahun 1962 dan telah dirasmikan pada 10 Zulhijjah 1382 bersamaan pada 4 Mei 1963. Diberitakan di surat khabar Berita Harian ( Singapore ) pada 13 Jun 1963 ( Rabu ) , " Tidak ada orang yang paling grmbira hari ini selain dari Tuan Ahmad Daing Mapata, seorang orang kaya di Bandar Tawau , Sabah. Kegembiraan tersebut terjalin bila cita cita selama enam tahun tercapai ".
( Sebagai mengenang Jasa yang ditinggalkan oleh Allahyarham Daeng Ahmad Mapata yang mana beliau juga dikenali di Tawau sebagai Ahmad Linat kita sedekah kan Surah Al-Fatihah untuk beliau semoga Roh nya dicucuri Rahmat ).
Dalam tahun 2012 , Masjid ini telah menerima proses pengubahsuaian mengikut keperluan semasa dimana beberapa proses kerja kerja menaiktaraf Masjid telah dilakukan oleh Ahli Jawatankuasanya untuk mengindahkan suasana Masjid dan bagi menampung keperluan semasa ketika itu.
Tahun 2017 Masjid Bandar Tawau berubah wajah lagi dengan pengubahsuaian kubah masjid dalam bentuk krom.
Ketibaan Ramadan di tengah pandemik COVID-19 yang masih belum selesai memerlukan kita untuk melihat bulan mulia ini dari perspektif yang betul. Ia penting supaya makna atau roh Ramadan itu terus berjaya dihidupkan meskipun dalam satu situasi yang sangat berbeza. Semangat untuk menghidupkan Ramadan sebagai bulan yang pada awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan dan akhirnya dijauhkan daripada api neraka, tidak boleh luntur lebih-lebih lagi dalam tempoh ujian seperti ini.
Ramadan yang sentiasa digandingkan dengan al-Quran dan ibadat sunat lain khususnya solat sunat tarawih berjemaah di surau atau masjid, kali ini bertukar wajah. Begitu juga sesetengah surau atau masjid yang sebelum ini meriah mengadakan majlis berbuka puasa (iftar) secara berjemaah. Adakah tanpanya kita masih mampu mencapai keberkatan yang sama?
Ini mungkin yang sedang berlegar dalam fikiran kita sebagai umat Islam. Justeru, ini masanya untuk kita melihat semula apakah makna dan tujuan Ramadan yang sebenar. Hal ini penting kerana biarpun keadaan kali ini berbeza, tetapi makna atau tujuan Ramadan masih berjaya direalisasikan.
Hakikatnya, Ramadan kali ini adalah ruang masa yang terbaik untuk kembali menghayati tujuan utama ibadat puasa itu difardukan.
Seperti firman Allah SWT bermaksud, "Wahai orang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa." (Surah al- Baqarah, ayat 183).
Keberhasilan utama yang diharapkan ialah supaya kita menjadi individu yang bertakwa. Justeru, menjadi satu keperluan untuk menyempurnakan puasa berorientasikan matlamat akhir, iaitu untuk mencapai tahap ketakwaan dan bukannya untuk menyambut hari raya. Kita perlu memastikan apa juga yang dilakukan dalam tempoh puasa ini menjurus ke arah keberhasilan yang diharapkan itu, iaitu ketakwaan.
Ujian yang hadir pada setiap individu adalah gelanggang untuk mendidiknya menjadi seseorang yang lebih baik berbanding sebelumnya. Ramadan sebagai bulan latihan penyucian diri, khususnya dalam aspek spiritual perlulah disempurnakan dengan sebaik mungkin agar pada akhirnya dapat mengembalikan kita kepada fitrah yang asal, dan diraikan kejayaan ini melalui Aidilfitri.
Masjid Al-Kauthar di Tawau adalah diantara Masjid yang terbesar di Sabah.. Terletak berhadapan Laut Celebes dan Telok Cowie telah mula dibina pada 19 Jun 1997 dan siap pada bulan Oktober tahun 2002.Masjid ini direka bentuk empat segi berwarna putih yang mempuyai kubah setinggi 58 meter dan garis lilitan 20 meter.Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail, telah merasmikan masjid ini yang menelan belanja RM31.5 juta pada 13 Ogos 2004. Masjid Al-Kauthar boleh menampung seramai 17,000 orang pada satu satu masa. Masjid ini juga menyediakan Perpustakaan , Bilik Seminar dan Pejabat Pentadbiran.
Duduk di rumah untuk tempoh yang panjang sangat mencabar kerana secara psikologi, manusia sebagai makhluk sosial perlu untuk bersosial. Justeru, dengan kemewahan masa yang ada khususnya melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ini masa yang terbaik untuk seseorang menghidupkan Ramadan secara serius. Kita tidak lagi perlu memikirkan untuk menghabiskan masa dalam kereta untuk ke tempat kerja, juga berada di tempat awam seperti lokasi jualan. Pendek kata peluang sudah berada dalam tangan kita, hanya tinggal untuk memanfaatkannya dengan terbaik. Menghidupkan Ramadan di rumah sebenarnya satu rahmat yang tersembunyi, sekiranya kita memilih untuk berbuat sedemikian.
Ibadat puasa secara istilahnya ialah menahan diri daripada melakukan sesuatu yang memang lazim kita lakukan seperti makan dan minum. Agak menarik apabila COVID-19 juga mengajar kita perkara sama. Kita perlu untuk berkorban kebebasan yang lazim ada pada kita seperti bersosial. Ternyata kehadiran Ramadan bersama ujian COVID-19 membawa bonus bagi kita sebagai umat Islam untuk lebih memaknakan Ramadan.
Inilah masa terbaik untuk kita merapatkan diri dengan al-Quran, lantaran Ramadan mempunyai pertalian sangat rapat dengan al-Quran. Ini dijelaskan dalam Surah al-Baqarah, ayat 185, "Bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza antara yang hak dan yang bathil".
Usaha menghidupkan Ramadan pada kali ini boleh difokuskan melalui platform pemerkasaaan institusi keluarga melalui aktiviti solat Tarawih secara berjemaah, bertadarus, berbuka dan bersahur bersama-sama. Jadikan Ramadan kali ini sebagai yang terindah dalam hidup kita kerana tidak pasti adakah masih ada Ramadan untuk kita pada tahun hadapan? Bagi yang masih terikat dengan kerja dari rumah, jadikan ia yang terbaik sebagai medan meraih pahala di sisi Allah SWT.
Saban tahun kita menyambut Ramadan. Apakah pernah kita bertanya sejauh mana tarbiyah atau latihan yang sudah kita lalui benar-benar memberi kesan kepada diri kita dan mampu menjadikan diri semakin akrab dengan Allah serta semakin baik hubungan kita dengan diri sendiri, orang lain, juga dengan alam yang didiami ini? Apakah kita bersedia melakukan transformasi Ramadan yang sering dilihat dalam aspek ritual semata-mata kepada aspek spiritual? Segalanya terserah kepada diri kita. Di mana ada kemahuan di situ ada jalannya.
Sesungguhnya Ramadan bersama pandemik COVID-19 ini adalah medan terbaik untuk menguji kekuatan diri bagi menghadapinya dengan penuh bermakna. Sasarannya supaya pada akhirnya, kita mampu mengubah sempadan iman dengan menjadikan kita individu lebih bertakwa.
Menentukan Tarikh Hari Raya Aidilfitri tahun 2020
Melihat anak bulan adalah asas bagi menentukan permulaan bulan baharu dalam sistem kalendar Hijrah. Ianya mengikut kitaran bulan mengelilingi matahari bermula Muharram sehingga Zulhijjah selama 12 bulan atau tempoh setahun.
Cerapan anak bulan menjadi penting semasa penentuan permulaan puasa, hari raya dan hari wukuf di Padang Arafah. Malaysia dan sebahagian negara ASEAN menetapkan permulaan tarikh tersebut dengan menggabungkan kedua-dua kaedah hisab (hitungan) dan rukyah (cerapan).
Gabungan ini bermaksud kedua-dua kaedah ini digunakan sebagai asas penentuan awal bulan yang mana jika ketika merukyah, anak bulan tidak kelihatan disebabkan faktor cuaca atau sebagainya maka penentuan ditetapkan dengan kaedah hisab.
Mengikut hisab pula, anak bulan dikira nampak bila memenuhi kriteria imkanur rukyah iaitu tinggi hilal ketika matahari terbenam sekurang-kurangnya 2° dan jarak lengkung hilal ke matahari sekurang-kurangnya 3° atau umur hilal ketika terbenam sekurang-kurangnya lapan jam selepas ijtimak.
Jika anak bulan tidak memenuhi syarat imkanur rukyah maka keesokan hari digenapkan 30 hari berpuasa
Pada tahun ini, tarikh melihat anak bulan Syawal akan diadakan pada petang Jumaat, 22 Mei bersamaan 29 Ramadan 1441 Hijrah di 15 lokasi terpilih di seluruh negara. Ketika merukyah pada tarikh tersebut, ijtimak bulan Syawal masih belum berlaku dan hanya akan terjadi pada 23 Mei 2020 jam 1.29 pagi.
Pada hari merukyah pada 22 Mei 2020 anak bulan (sebenarnya bulan sabit tua) terbenam (6.55 petang) lebih awal mendahului matahari (7.10 petang) untuk tempoh 15 minit (7.10 petang– 6.55 petang).
Bermakna ketika matahari terbenam, data hisab mendapati mustahil untuk anak bulan dapat dilihat kerana anak bulan telah berada di bawah ufuk. Oleh itu, Ramadan tahun ini dicukupkan 30 hari kerana syarat kriteria imkanur rukyah tidak dipenuhi dan hari raya disambut pada 24 Mei 2020 hari Ahad.
Tahun ini cerita Ihya Ramadhan hanya saja berlangsung dirumah masing masing. Tiada solat sunat Tarawih beramai ramai , tiada kunjungan ke Masjid dan surau didalam kawasan. Semuanya pergerakan hanya dirumah masing masing.
Ramadhan Ihya Ramadhan ,
Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh kemuliaan dan keberkatan. Pada bulan yang mulia ini umat Islam digalakkan melipatgandakan amal-amal kebaikan, disyariatkan amal-amal ibadah, kerana telah di buka pintu-pintu syurga dan di tutup pintu-pintu neraka. Oleh karena itu, bulan ini merupakan kesempatan berharga yang ditunggu-tunggu oleh orang-orang yang beriman kepada Allah SWT yang ingin meraih redha-Nya. Dan kerana agungnya keutamaan bulan suci ini, Rasulullah SAW selalu menyampaikan khabar gembira kepada para sahabat akan kedatangan bulan yang penuh berkat ini.
Bulan Ramadhan yang penuh dengan kemuliaan dan barakah ini sewajarnya disempurnakan dengan melunaskan ibadah wajib serta memperbanyakkan lagi ibadah sunat bagi meraih ganjaran pahala yang berlipat kali ganda yang telah dijanjikan oleh Allah SWT.
Pada fasa sepuluh hari terakhir Ramadhan, Allah SWT telah menyediakan malam yang lebih mulia berbanding 1,000 bulan iaitu lailatul qadar. Pada malam inilah al-Quran telah diturunkan untuk dijadikan sebagai panduan dan pedoman bagi seluruh umat Islam dalam merencana kehidupan seharian. Pada malam itu, para malaikat dan Jibrail turun dengan izin Tuhan mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar" (surah al-Qadr, ayat 5). Allah SWT telah menjanjikan bahawa sesiapa yang beribadah pada bulan Ramadhan dan menepati malam lailatul qadar, maka akan diberi ganjaran pahala amalan mereka itu melebihi ibadah yang dilakukan selama 1,000 bulan.
Dalam menghayati pengertian al-Qadar itu sendiri, sebahagian ulama berpendapat bahawa ia bermaksud pengagungan. Oleh yang demikian, di sini dapat kita fahami bahawa lailatul qadar bermaksud malam yang memiliki keagungan kerana telah diturunkan al-Quran pada malam berkenaan, turunnya malaikat, melimpahnya rahmat dan keampunan Allah SWT serta pada malam tersebutlah juga Allah SWT akan menganugerahkan keagungan dan kemuliaan kepada mereka yang melakukan ibadah. Selain itu, al-Qadar juga membawa maksud penetapan. Oleh itu, lailatul qadar juga bermaksud malam penetapan segala urusan yang bakal berlaku pada tahun berikutnya.
Lebih istimewa lagi apabila lailatul qadar merupakan malam yang sengaja dirahsiakan oleh Allah SWT sebagai satu ujian kepada umat Islam dalam mencari dan meraih rahmat serta kasih sayang daripada-Nya. Justeru bagi mereka yang benar-benar beriman kepada Allah SWT dan sentiasa istiqamah dalam melakukan ibadah sepanjang bulan Ramadhan, maka pastinya mereka tidak akan terlepas untuk menemui malam yang lebih mulia daripada seribu bulan ini.
Oleh yang demikian, bagi meraih pahala yang berlipat kali ganda daripada Allah SWT di penghujung Ramadhan, umat Islam disarankan agar terus melipatgandakan ibadah-ibadah sunat bagi mencari dan merebut malam lailatul qadar. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Carilah lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil daripada 10 malam terakhir di bulan Ramadhan (hadis riwayat Muslim). Malah, dalam melewati sepuluh hari terakhir Ramadhan, umat Islam digalakkan mencarinya dengan menghidupkan malam-malam berkenaan dengan beribadah (qiamullail). Sesungguhnya ibadah qiamullail merupakan kegemaran Rasulullah SAW dan para sahabat Baginda.
Mudah-mudahan kita sama-sama terus beristiqamah dalam melaksanakan ibadah kita sehingga ke penghujung Ramadhan bagi memperoleh anugerah lailatul qadar yang telah dijanjikan oleh Allah SWT kepada kita.
Masjid Bandar Tawau
Jalan Masjid , Tawau, Sabah 91000, MALAYSIA
Masjid Waqaff Daeng Mapata kini dikenali sebagai Masjid Bandar telah dibina pada tahun 1962 dan telah dirasmikan pada 10 Zulhijjah 1382 bersamaan pada 4 Mei 1963. Diberitakan di surat khabar Berita Harian ( Singapore ) pada 13 Jun 1963 ( Rabu ) , " Tidak ada orang yang paling grmbira hari ini selain dari Tuan Ahmad Daing Mapata, seorang orang kaya di Bandar Tawau , Sabah. Kegembiraan tersebut terjalin bila cita cita selama enam tahun tercapai ".
( Sebagai mengenang Jasa yang ditinggalkan oleh Allahyarham Daeng Ahmad Mapata yang mana beliau juga dikenali di Tawau sebagai Ahmad Linat kita sedekah kan Surah Al-Fatihah untuk beliau semoga Roh nya dicucuri Rahmat ).
Ketibaan Ramadan di tengah pandemik COVID-19 yang masih belum selesai memerlukan kita untuk melihat bulan mulia ini dari perspektif yang betul. Ia penting supaya makna atau roh Ramadan itu terus berjaya dihidupkan meskipun dalam satu situasi yang sangat berbeza. Semangat untuk menghidupkan Ramadan sebagai bulan yang pada awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan dan akhirnya dijauhkan daripada api neraka, tidak boleh luntur lebih-lebih lagi dalam tempoh ujian seperti ini.
Ramadan yang sentiasa digandingkan dengan al-Quran dan ibadat sunat lain khususnya solat sunat tarawih berjemaah di surau atau masjid, kali ini bertukar wajah. Begitu juga sesetengah surau atau masjid yang sebelum ini meriah mengadakan majlis berbuka puasa (iftar) secara berjemaah. Adakah tanpanya kita masih mampu mencapai keberkatan yang sama?
Ini mungkin yang sedang berlegar dalam fikiran kita sebagai umat Islam. Justeru, ini masanya untuk kita melihat semula apakah makna dan tujuan Ramadan yang sebenar. Hal ini penting kerana biarpun keadaan kali ini berbeza, tetapi makna atau tujuan Ramadan masih berjaya direalisasikan.
Hakikatnya, Ramadan kali ini adalah ruang masa yang terbaik untuk kembali menghayati tujuan utama ibadat puasa itu difardukan.
Seperti firman Allah SWT bermaksud, "Wahai orang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa." (Surah al- Baqarah, ayat 183).
Keberhasilan utama yang diharapkan ialah supaya kita menjadi individu yang bertakwa. Justeru, menjadi satu keperluan untuk menyempurnakan puasa berorientasikan matlamat akhir, iaitu untuk mencapai tahap ketakwaan dan bukannya untuk menyambut hari raya. Kita perlu memastikan apa juga yang dilakukan dalam tempoh puasa ini menjurus ke arah keberhasilan yang diharapkan itu, iaitu ketakwaan.
Ujian yang hadir pada setiap individu adalah gelanggang untuk mendidiknya menjadi seseorang yang lebih baik berbanding sebelumnya. Ramadan sebagai bulan latihan penyucian diri, khususnya dalam aspek spiritual perlulah disempurnakan dengan sebaik mungkin agar pada akhirnya dapat mengembalikan kita kepada fitrah yang asal, dan diraikan kejayaan ini melalui Aidilfitri.
Masjid Al Kauthar Tawau
Jalan Pantai, Tawau, Sabah 91000, MALAYSIA
Masjid Al-Kauthar di Tawau adalah diantara Masjid yang terbesar di Sabah.. Terletak berhadapan Laut Celebes dan Telok Cowie telah mula dibina pada 19 Jun 1997 dan siap pada bulan Oktober tahun 2002.Masjid ini direka bentuk empat segi berwarna putih yang mempuyai kubah setinggi 58 meter dan garis lilitan 20 meter.Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail, telah merasmikan masjid ini yang menelan belanja RM31.5 juta pada 13 Ogos 2004. Masjid Al-Kauthar boleh menampung seramai 17,000 orang pada satu satu masa. Masjid ini juga menyediakan Perpustakaan , Bilik Seminar dan Pejabat Pentadbiran.
Duduk di rumah untuk tempoh yang panjang sangat mencabar kerana secara psikologi, manusia sebagai makhluk sosial perlu untuk bersosial. Justeru, dengan kemewahan masa yang ada khususnya melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ini masa yang terbaik untuk seseorang menghidupkan Ramadan secara serius. Kita tidak lagi perlu memikirkan untuk menghabiskan masa dalam kereta untuk ke tempat kerja, juga berada di tempat awam seperti lokasi jualan. Pendek kata peluang sudah berada dalam tangan kita, hanya tinggal untuk memanfaatkannya dengan terbaik. Menghidupkan Ramadan di rumah sebenarnya satu rahmat yang tersembunyi, sekiranya kita memilih untuk berbuat sedemikian.
Ibadat puasa secara istilahnya ialah menahan diri daripada melakukan sesuatu yang memang lazim kita lakukan seperti makan dan minum. Agak menarik apabila COVID-19 juga mengajar kita perkara sama. Kita perlu untuk berkorban kebebasan yang lazim ada pada kita seperti bersosial. Ternyata kehadiran Ramadan bersama ujian COVID-19 membawa bonus bagi kita sebagai umat Islam untuk lebih memaknakan Ramadan.
Inilah masa terbaik untuk kita merapatkan diri dengan al-Quran, lantaran Ramadan mempunyai pertalian sangat rapat dengan al-Quran. Ini dijelaskan dalam Surah al-Baqarah, ayat 185, "Bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza antara yang hak dan yang bathil".
Usaha menghidupkan Ramadan pada kali ini boleh difokuskan melalui platform pemerkasaaan institusi keluarga melalui aktiviti solat Tarawih secara berjemaah, bertadarus, berbuka dan bersahur bersama-sama. Jadikan Ramadan kali ini sebagai yang terindah dalam hidup kita kerana tidak pasti adakah masih ada Ramadan untuk kita pada tahun hadapan? Bagi yang masih terikat dengan kerja dari rumah, jadikan ia yang terbaik sebagai medan meraih pahala di sisi Allah SWT.
Saban tahun kita menyambut Ramadan. Apakah pernah kita bertanya sejauh mana tarbiyah atau latihan yang sudah kita lalui benar-benar memberi kesan kepada diri kita dan mampu menjadikan diri semakin akrab dengan Allah serta semakin baik hubungan kita dengan diri sendiri, orang lain, juga dengan alam yang didiami ini? Apakah kita bersedia melakukan transformasi Ramadan yang sering dilihat dalam aspek ritual semata-mata kepada aspek spiritual? Segalanya terserah kepada diri kita. Di mana ada kemahuan di situ ada jalannya.
Sesungguhnya Ramadan bersama pandemik COVID-19 ini adalah medan terbaik untuk menguji kekuatan diri bagi menghadapinya dengan penuh bermakna. Sasarannya supaya pada akhirnya, kita mampu mengubah sempadan iman dengan menjadikan kita individu lebih bertakwa.
Menentukan Tarikh Hari Raya Aidilfitri tahun 2020
Melihat anak bulan adalah asas bagi menentukan permulaan bulan baharu dalam sistem kalendar Hijrah. Ianya mengikut kitaran bulan mengelilingi matahari bermula Muharram sehingga Zulhijjah selama 12 bulan atau tempoh setahun.
Cerapan anak bulan menjadi penting semasa penentuan permulaan puasa, hari raya dan hari wukuf di Padang Arafah. Malaysia dan sebahagian negara ASEAN menetapkan permulaan tarikh tersebut dengan menggabungkan kedua-dua kaedah hisab (hitungan) dan rukyah (cerapan).
Gabungan ini bermaksud kedua-dua kaedah ini digunakan sebagai asas penentuan awal bulan yang mana jika ketika merukyah, anak bulan tidak kelihatan disebabkan faktor cuaca atau sebagainya maka penentuan ditetapkan dengan kaedah hisab.
Mengikut hisab pula, anak bulan dikira nampak bila memenuhi kriteria imkanur rukyah iaitu tinggi hilal ketika matahari terbenam sekurang-kurangnya 2° dan jarak lengkung hilal ke matahari sekurang-kurangnya 3° atau umur hilal ketika terbenam sekurang-kurangnya lapan jam selepas ijtimak.
Jika anak bulan tidak memenuhi syarat imkanur rukyah maka keesokan hari digenapkan 30 hari berpuasa
Pada tahun ini, tarikh melihat anak bulan Syawal akan diadakan pada petang Jumaat, 22 Mei bersamaan 29 Ramadan 1441 Hijrah di 15 lokasi terpilih di seluruh negara. Ketika merukyah pada tarikh tersebut, ijtimak bulan Syawal masih belum berlaku dan hanya akan terjadi pada 23 Mei 2020 jam 1.29 pagi.
Pada hari merukyah pada 22 Mei 2020 anak bulan (sebenarnya bulan sabit tua) terbenam (6.55 petang) lebih awal mendahului matahari (7.10 petang) untuk tempoh 15 minit (7.10 petang– 6.55 petang).
Bermakna ketika matahari terbenam, data hisab mendapati mustahil untuk anak bulan dapat dilihat kerana anak bulan telah berada di bawah ufuk. Oleh itu, Ramadan tahun ini dicukupkan 30 hari kerana syarat kriteria imkanur rukyah tidak dipenuhi dan hari raya disambut pada 24 Mei 2020 hari Ahad.
end
No comments:
Post a Comment