Monday, July 13, 2020

LAWATAN KE SEKOLAH YB.KOLONEL(K) DATUK HJ.NIZAM BERSAMA AJK BAHAGIAN BERSATU TAWAU



13 JULAI 2020 , Lawatan Yang Berhormat Kolonel(K) Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah Kawasan Apas merangkap Ketua Bahagian Parti BERSATU Tawau telah meluangkan masa bersama Ahli Jawatankuasa Bahagian BERSATU Tawau melawat ke beberapa buah sekolah di sekitar kawasan DUN 56 Apas.

Di SK Titingan diadakah Majlis penyampaian hadiah Pertandingan Pusat Sumber Mini Komuniti Ibu Bapa dan Guru serta perogram Jom Baca. Penyampaian telah di sempurnakan oleh YB. Kolonel (K) Datuk Hj Nizam DSP AB Titingan Adun N56 Apas merangkap Ketua Bahagian BERSATU Tawau yang disaksikan oleh Guru Besar Sekolah berkenaan serta YDP PIBG sekolah. Turut hadir Timbalan Ketua Bahagian Tuan Hj Naim Ahmat . Naib Ketua Bahagian Hj Mahamud Sakti serta AJK Bahagian Tony Tahah , Sahran Mankati , Yusof Ahmad , Nozy Nordin , serta Ketua Srikandi BERSATU Tawau Puan Maimuna Mahmud serta AJK yang terlibat.
















Yang Berhormat Kolonel (K) Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan turut menyampaikan bantuan face mask , hand sanitizer dan alat penyukat suhu badan kepada guru besar SK Titingan untuk kegunaan mereka. Sebelum itu Yang Berhormat Datuk Hj.Nizam telah menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang pemenang pertanding yang telah dianjurkan oleh Pusat Sumber SK Titingan dimana Ibu bapa dan Guru turut terlibat dalam pertandingan itu.




SK Melodi Tawau yang terletak dalam kawasan yang sama dengan SK Titingan juga turut dikunjungi oleh Yang Berhormat  dengan menyampaikan bantuan peralatan pencegahan Covid-19 iaitu Face mask , Hand sanitizer dan pengukur suhu badan. Peralatan diserahkan kepada Guru Besar SK Melodi oleh Yang Berhormat Datuk Hj.Nizam.









Ketibaan YB. Kolonel (K) Datuk Hj.Nizam di SMK Jalan Apas telah disambut oleh Guru Besar dan guru guru yang lain serta YDP dan Timbalan YDP  PIBG Sekolah tersebut. Dikesempatan itu juga Yang Berhormat diminta untuk merasmikan penggunaan peralatan hand sanitizer yang telah diubahsuai yang hanya menggunakan kaki bagi pancutan alat hand sanitizer. Ianya direka cipta untuk kesesuaian kegunaan Guru guru dan Pelajar SMK Jalan Apas. Sebelum beredar YB.Kolonel (K) Datuk Hj.Nizam menyerahkan bantuan peralatan Covid-19 iaitu Hand sanitizer , Face mask dan Alat Pengukur suhu badan yang diterima oleh Guru Besar SMK Jalan Apas.








Dari SMK Jalan Apas Jelajah diteruskan ke SK Jalan Apas dengan misi yang sama iaitu menyampaikan bantuan peralatan pencegahan Covid-19 Hand Sanitizer , Face mask dan Pengukur suhu badan. Guru Besar SK Jalan Apas mengalu alukan ketibaan Yang Berhormat berserta rombongan dengan SOP PKPP yang sentiasa diamalkan.

Dari SK Jalan Apas Jelajah ke sekolah sekolah diteruskan dengan menyantuni SK Inderasabah 







YB. Kolonel (K) Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan bersama rombongan tiba di SK Inderasabah telah disambut oleh Guru Besar Sekolah tersebut bersama guru gur yang lain. Tujuan untuk menyampaikan bantuan peralatan Covid-19 hand sanitizer , face mask dan pengukur suhu badan terlaksana dengan penyerahan peralatan tersebut kepada Guru Besar SK Inderasabah.

Jelajah diteruskan dengan menyantuni SK Wakuba  yang terletak 8 kilometer dari SK Inderasabah.







YB. Kolonel (K) Datuk Hj.Nizam bersama rombongan Jelajah ke sekolah sekolah di DUN 56 Apas bagi menyerahkan bantuan peralatan Covid-19. Dari SK Inderasabah ke SK Wakuba. Musim Persekolahan akan bermula pada minggu depan dengan harapan murid murid tidak ketinggalan dalam pembelajaran disekolah. Disamping itu SOP PKPP akan sentiasa diamalkan seperti yang sentiasa diingatkan oleh kerajaan.




Sebelum melawat Sekolah SK Kuala Apas YB.Kolonel(K) Datuk Hj.Nizam berkesempatan untuk melawat ke TADIKA KEMAS disitu seterusnya menyampaikan bantuan Tangki air 400 gelen kepada Tadika tersebut yang telah diterima oleh Guru Tadika yang disaksikan penduduk kampung.









Di SK Kuala Apas , rombongan YB. Kolonel (K) Datuk Hj.Nizam telah disambut mesra oleh Guru Besar dan Guru guru SK Kuala Apas. Dalam lawatan ini Guru Besar memohon untuk bantuan beberapa penambahbaikan Sekolah tersebut yang mana ianya adalah keperluan bagi keselesaan murid murid yang akan bersekolah disitu. YB.Kolonel (K) Datuk Hj.Nizam menyampaikan bantuan peralatan Covid-19 iaitu Face mask , hand sanitizer dan alat pengukur suhu badan dimana Guru Besar dengan berbesar hati menerima nya.







Lawatan seterusnya ke Sekolah SK Batu Payung yang terletak dipesisiran pantai teluk Cowie Tawau lebih kurang 15 kilometer dari Bandar Tawau menghadap lautan Celebes Indonesia. YB. Kolonel (K) Datuk Hj.Nizam sempat beramah mesra dengan Guru guru dan Ahli Jawatankuasa PIBG sekolah ini sebelum menyampaikan bantuan peralatan Covid-19 iaitu Face mask , hand sanitizer dan pengukur suhu badan. Semoga dengan adanya bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebanan tanggungan pihak sekolah.







Lawatan YB.Kolonel (K) Datuk Hj.Nizam berserta rombongan AJK Bahagian Bersatu Tawau berakhir di SMK Kinabutan setelah singgah di SK Kinabutan Bukit dan SK Jenis Kebangsaan Sin Hwa Jalan Apas. Tugas sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Apas tidak sahaja berakhir disini tetapi akan diteruskan bagi menyantuni rakyat yang sentiasa memerlukan bantuan. 







  


Thursday, July 2, 2020

YB.KOLONEL(K) DATUK HJ.NIZAM DSP AB TITINGAN ADUN N.56 APAS MELAWAT DAN MENYAMPAIKAN BANTUAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN



17 JUN 2020 
Kebakaran rumah kediaman di Lorong Hj.Sundu Batu 2 Jalan Apas Tawau mengakibatkan sebanyak 9 buah rumah musnah dijilat api. Ada juga beberapa buah rumah yang terlibat kebakaran sebahagian dihadapan dan bahagian dapur serta pagar varandah rumah turut musnah manakala bangunan rumah sempat diselamatkan.







Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tawau, telah menghantar 40 anggota bersama dua jentera dan tiga utiliti ke lokasi. Tiba ditempat kejadian di dapati kebakaran membabitkan struktur rumah papan dengan api yang merebak pantas berikutan cuaca panas terik selain tiupan angin agak kencang. Anggota bomba juga menghadapi sedikit kesukaran disebabkan tekanan air rendah kerana kedudukan pili bomba dan sumber air yang jauh dari lokasi kejadian. Bagaimanapun kebakaran berjaya dikawal kira-kira sejam kemudian dan operasi memadam kebakaran turut dibantu oleh penduduk kampung dan Persatuan komuniti Bomba Kg.Titingan.

21 JUN 2020 , 
Penyampaian Bantuan kepada mangsa kebakaran oleh YB.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan ADUN.56 Apas merangkap Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Tawau   di Lorong Hj.Sundu  , Jalan Habib Abdul Rahman off  Batu 2 Jalan Apas Tawau.










Kebakaran di Lorong Hj.Sundu Batu 2 Jalan Apas Tawau mengakibatkan sebanyak 9 buah rumah musnah dijilat api , telah mendapat perhatian yang sewajarnya dari YB.Kolonel(K) Datuk Hj.Nizam. 









YB.Datuk Hj.Nizam berkesempatan untuk melawat ketapak kebakaran bagi melihat kawasan kebakaran dimana 9 buah rumah kediaman musnah terbakar.

Semoga mereka bersabar dengan dugaan dan cubaan Allah diatas musibah kebakaran rumah tempat tinggal mereka.

Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 155 - 157 ;


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ   

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ 

الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

أُولَٰئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ


Walanabluan nakum bi saiin minal haufi walju e wanaksim minal amwali wal anfusi wassamarati wabas siris sabirin (155)

Al lazina iza asabathum musibathum kaallu innalillahi wa inna ilaihi rajioun (156 )

Ulaika alaihim salawatum mir rabbihim warahma wa ulaika humul muhtadun (157)

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali”. Mereka itu ialah orang dilimpahi dengan pujian dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya.” 


26 JUN 2020 , 
YB.Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan bersama AJK Bahagian dan Pemimpin sayap sayap PPBM berada di Airport Tawau untuk menyambut ketibaan YB.Datuk Seri Mohd.Redzuan bin Mohd. Yusof Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Tugas tugas Khas ) sempena lawatan kerja beliau ke Tawau.





selepas acara penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Penyampaian Watikah Perlantikan Pangkat Kolonel Kehormat kepada YB.Datuk Hj.Nizam dan 2 orang lagi sebagai Mejar Bersekutu Pertahanan Awam , kumpulan ini berada di Batu 2 Jalan Habib Abdul Rahman di Dewan Serbaguna untuk lawatan YB.Datuk Seri Mohd.Radzuan bin Mohd.Yusof keatas mangsa kebakaran yang masih berada disitu. Pada 17 Jun 2020 @12.20 petang lebih 9 buah rumah telah musnah dalam kebakaran tersebut. Ada diantara mereka yang mempunya keluarga telah berpindah dari penempatan sementara di Dewan tersebut. 

















Ucapan Yang Berhormat Datuk Hj. Nizam DSP AB Titingan di Dewan Sebaguna semasa lawatan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ( Tugas tugas Khas ) Datuk Seri Mohd. Redzuan bin Mohd. Yusof. Bantuan akan menyusul yang akan disalurkan melalui YB.Datuk Hj.Nizam bagi membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh mereka yang terlibat dalam kebakaran tersebut demikian yang telah dinyatakan oleh Menteri kepada Yang Berhormat Datuk Nizam.

30 JUN 2020 , 
Penyampaian Bantuan kewangan kepada mangsa kebakaran Lorong Hj.Sundu yang telah dijanjikan oleh YB.Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Tugas tugas khas) Datuk Seri Mohd.Redzuan bin Mohd.Yusof semasa lawatan beliau ke Tawau pada 26 Jun 2020. Bantuan tersebut telah disempurnakan penyampaiannya oleh YB.Kolonel Kehormat Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan ADUN N56 Apas merangkap Ketua Bahagian Parti BERSATU Tawau di ruang ligar Masjid Habib Abdul Rahman , Batu 2 Jalan Apas Tawau.


Beliau kembali lagi bertemu dengan mangsa kebakaran seperti yang telah dijanjikan semasa lawatan nya bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( tugas tugas khas ) pada 26 Jun 2020 yang lalu. Beliau menasihatkan agar mereka yang terlibat sentiasa bersabar dan berdoa semoga kesusahan ini akan segera berlalu dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.





Beliau menyatakan bahawa beliau amat mengambil berat dan berusaha membantu mangsa kebakaran yang mana setakat ini beliau telah 3 kali datang melawat dan membawa bersama bantuan yang diperlukan. Adalah diharapka dengan adanya bantuan tersebut akan dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh mangsa kebakaran.







Dalam penerima bantuan ini , 9 orang adalah tuan rumah manakala selebihnya adalah penyewa dan juga keluarga yang tinggal sebumbung dengan nya seperti anak/adik/abang/kakak yang telah berkeluarga. Bantuan ini juga disampaikan kepada mereka yang mempunyai rumah yang terbakar separuh bahagian rumah. Bantuan yang disampaikan sekurang kurang nya dapat membantu mereka yang memerlukan.






Pemimpin Srikandi turut hadir bagi membantu menyusun atur senarai bantuan untuk penerima bagi memudahkan bantuan tersebut disampaikan kepada yang sebenarnya terlibat.



END