Thursday, July 2, 2020

YB.KOLONEL(K) DATUK HJ.NIZAM DSP AB TITINGAN ADUN N.56 APAS MELAWAT DAN MENYAMPAIKAN BANTUAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN



17 JUN 2020 
Kebakaran rumah kediaman di Lorong Hj.Sundu Batu 2 Jalan Apas Tawau mengakibatkan sebanyak 9 buah rumah musnah dijilat api. Ada juga beberapa buah rumah yang terlibat kebakaran sebahagian dihadapan dan bahagian dapur serta pagar varandah rumah turut musnah manakala bangunan rumah sempat diselamatkan.







Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tawau, telah menghantar 40 anggota bersama dua jentera dan tiga utiliti ke lokasi. Tiba ditempat kejadian di dapati kebakaran membabitkan struktur rumah papan dengan api yang merebak pantas berikutan cuaca panas terik selain tiupan angin agak kencang. Anggota bomba juga menghadapi sedikit kesukaran disebabkan tekanan air rendah kerana kedudukan pili bomba dan sumber air yang jauh dari lokasi kejadian. Bagaimanapun kebakaran berjaya dikawal kira-kira sejam kemudian dan operasi memadam kebakaran turut dibantu oleh penduduk kampung dan Persatuan komuniti Bomba Kg.Titingan.

21 JUN 2020 , 
Penyampaian Bantuan kepada mangsa kebakaran oleh YB.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan ADUN.56 Apas merangkap Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Tawau   di Lorong Hj.Sundu  , Jalan Habib Abdul Rahman off  Batu 2 Jalan Apas Tawau.










Kebakaran di Lorong Hj.Sundu Batu 2 Jalan Apas Tawau mengakibatkan sebanyak 9 buah rumah musnah dijilat api , telah mendapat perhatian yang sewajarnya dari YB.Kolonel(K) Datuk Hj.Nizam. 









YB.Datuk Hj.Nizam berkesempatan untuk melawat ketapak kebakaran bagi melihat kawasan kebakaran dimana 9 buah rumah kediaman musnah terbakar.

Semoga mereka bersabar dengan dugaan dan cubaan Allah diatas musibah kebakaran rumah tempat tinggal mereka.

Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 155 - 157 ;


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ   

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ 

الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

أُولَٰئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ


Walanabluan nakum bi saiin minal haufi walju e wanaksim minal amwali wal anfusi wassamarati wabas siris sabirin (155)

Al lazina iza asabathum musibathum kaallu innalillahi wa inna ilaihi rajioun (156 )

Ulaika alaihim salawatum mir rabbihim warahma wa ulaika humul muhtadun (157)

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali”. Mereka itu ialah orang dilimpahi dengan pujian dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya.” 


26 JUN 2020 , 
YB.Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan bersama AJK Bahagian dan Pemimpin sayap sayap PPBM berada di Airport Tawau untuk menyambut ketibaan YB.Datuk Seri Mohd.Redzuan bin Mohd. Yusof Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Tugas tugas Khas ) sempena lawatan kerja beliau ke Tawau.





selepas acara penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Penyampaian Watikah Perlantikan Pangkat Kolonel Kehormat kepada YB.Datuk Hj.Nizam dan 2 orang lagi sebagai Mejar Bersekutu Pertahanan Awam , kumpulan ini berada di Batu 2 Jalan Habib Abdul Rahman di Dewan Serbaguna untuk lawatan YB.Datuk Seri Mohd.Radzuan bin Mohd.Yusof keatas mangsa kebakaran yang masih berada disitu. Pada 17 Jun 2020 @12.20 petang lebih 9 buah rumah telah musnah dalam kebakaran tersebut. Ada diantara mereka yang mempunya keluarga telah berpindah dari penempatan sementara di Dewan tersebut. 

















Ucapan Yang Berhormat Datuk Hj. Nizam DSP AB Titingan di Dewan Sebaguna semasa lawatan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ( Tugas tugas Khas ) Datuk Seri Mohd. Redzuan bin Mohd. Yusof. Bantuan akan menyusul yang akan disalurkan melalui YB.Datuk Hj.Nizam bagi membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh mereka yang terlibat dalam kebakaran tersebut demikian yang telah dinyatakan oleh Menteri kepada Yang Berhormat Datuk Nizam.

30 JUN 2020 , 
Penyampaian Bantuan kewangan kepada mangsa kebakaran Lorong Hj.Sundu yang telah dijanjikan oleh YB.Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Tugas tugas khas) Datuk Seri Mohd.Redzuan bin Mohd.Yusof semasa lawatan beliau ke Tawau pada 26 Jun 2020. Bantuan tersebut telah disempurnakan penyampaiannya oleh YB.Kolonel Kehormat Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan ADUN N56 Apas merangkap Ketua Bahagian Parti BERSATU Tawau di ruang ligar Masjid Habib Abdul Rahman , Batu 2 Jalan Apas Tawau.


Beliau kembali lagi bertemu dengan mangsa kebakaran seperti yang telah dijanjikan semasa lawatan nya bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( tugas tugas khas ) pada 26 Jun 2020 yang lalu. Beliau menasihatkan agar mereka yang terlibat sentiasa bersabar dan berdoa semoga kesusahan ini akan segera berlalu dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.





Beliau menyatakan bahawa beliau amat mengambil berat dan berusaha membantu mangsa kebakaran yang mana setakat ini beliau telah 3 kali datang melawat dan membawa bersama bantuan yang diperlukan. Adalah diharapka dengan adanya bantuan tersebut akan dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh mangsa kebakaran.







Dalam penerima bantuan ini , 9 orang adalah tuan rumah manakala selebihnya adalah penyewa dan juga keluarga yang tinggal sebumbung dengan nya seperti anak/adik/abang/kakak yang telah berkeluarga. Bantuan ini juga disampaikan kepada mereka yang mempunyai rumah yang terbakar separuh bahagian rumah. Bantuan yang disampaikan sekurang kurang nya dapat membantu mereka yang memerlukan.






Pemimpin Srikandi turut hadir bagi membantu menyusun atur senarai bantuan untuk penerima bagi memudahkan bantuan tersebut disampaikan kepada yang sebenarnya terlibat.



END












No comments:

Post a Comment