Saturday, March 24, 2012

PERINGATAN I

                                   

Bila Allah cepat makbulkan doa mu
maka Dia menyayangi mu,

Bila Dia lambat makbulkan doamu
maka Dia ingin menguji mu,

Bila Dia tidak makbulkan doamu,
maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untuk mu,

Oleh itu,
Sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa juga keadaan pun 
Kerana kasih sayang Allah itu 
mendahului kemurkaan nya.







Sabtu , 24 March 2012
1 Jamadil Awal 1433H
Kasofiza Residence
Ranggu , Tawau Sabah

Thursday, March 22, 2012

KAMPUNG RANGGU VOL.1


SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT KAMPUNG RANGGU PADA 12 FEBRUARI 2012 , 1433H 


Setiap tahun Kampong Ranggu akan mengadakan Perarakan Maulidurasul  sempena memperingati hari kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhamad  S.A.W. Pada tahun ini perarakan bermula dari Masjid Jamek Kg.Ranggu menuju ke Balai Raya Kampong  Ranggu dimana acara selanjutnya akan diadakan.



Mengingati Kelahiran dan Perjuangan Rasullullah 
DEMI sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (al-Ahzab: 21)



Di seluruh dunia, umat Islam meraikan sambutan Maulidur Rasul dengan mengadakan perarakan, ceramah, berselawat, bersyair dan sebagainya bagi mengingati detik kelahiran keputeraan Nabi Muhammad SAW iaitu pada tanggal 12 Rabiulawal tahun Gajah iaitu pada hari Isnin bersamaan dengan 23 April 571 Masihi.


Melalui program yang diadakan, ia dapat mengetahui kaedah dan cara pendekatan dakwah yang dijalankan oleh para sahabat Nabi dalam menyampaikan Islam kepada masyarakat bukan Islam. Ia sebagai mana firman Allah SWT yang bermaksud: Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. (al-Anbiya': 107)



Pengorbanan Nabi Muhammad dan para sahabatnya mempertahankan Islam bukan sahaja dengan harta benda dan kekayaan malah mereka turut berjihad demi menegakkan syiar Islam. Baginda berjaya membina kejayaan yang cemerlang dalam semua aspek. Pencapaian baginda dianggap luar biasa yang tidak mampu dicapai oleh manusia biasa.Seluruh ilmuwan dunia bersepakat menobatkan Nabi sebagai pemimpin terulung yang berjaya membentuk masyarakat dengan kesempurnaan Islam yang syumul,

Sesungguhnya berselawat itu amat digalakkan kepada umat Islam sebagai mana firman Allah SWT yang beramaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (al-Ahzab: 56)



Umat Islam harus memahami bahawa pada diri Rasulullah itu terdapat dua dimensi sosial yang berbeza tetapi saling melengkapi. Fakta inilah yang cuba dijelaskan oleh pengkaji sosiologi Islam. Apakah dua dimensi sosial yang berbeza itu? Pertama, Nabi Muhammad SAW dilihat dan difahami dalam perspektif teologi-religious. Perspektif ini melihat baginda sebagai sosok nabi dan rasul yang diutus oleh Pencipta manusia dan alam dalam kerangka konsep ketauhidan yang mengajak manusia menyembah dan mengabdikan diri kepada Allah SWT.



Turut hadir bagi menyerikan lagi acara pada hari itu ialah YB.Datuk Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali bersama - sama  PKR En.Hamild Hj.Awang.


Nabi Muhammad SAW sebagai utusan Tuhan di dunia yang bertugas menyampaikan serta melaksanakan segala ajaran yang diwahyukan kepada baginda untuk disampaikan kepada seluruh umat umat manusia. Kedua, dimensi sosial-politik di mana baginda dilihat dan difahami sebagai pembangun masyarakat dan pembina tamadun manusia. Perspektif ini melihat baginda sebagai sosok politikus yang ideal yang memiliki sifat-sifat kepemimpinan yang adil, telus, demokratik, kesamarataan (egaliter), toleran, kesederhanaan (wasatiyyah), manusiawi (humanis), tidak pilih kasih, anti kekerasan (keganasan) dan sentiasa menegak keadilan sosial.Ini semuanya menjadi contoh dan tauladan kepada Pemimpin.



Ciri-ciri kepemimpinan baginda yang penuh keadilan di bawah bimbingan wahyu itu berjaya membawa masyarakat Arab yang sebelum itu berpecah belah menuju kepada satu bentuk masyarakat yang bersatu padu, sejahtera dan tenteram. Malah, bukan sahaja baginda dapat mempersatukan umat Islam tetapi juga dan membina perpaduan dalam masyarakat pluralistik dengan pelbagai kabilah (tribes) dan agama. Inilah yang berlaku di kota Madinah selepas baginda dan pengikutnya berhijrah ke sana. Demikian juga lah Pemimpin Islam pada hari ini sentiasa berpegang teguh dengan ajaran Islam agar dapat memimpin rakyat dengan adil dan saksama.



Bagi para pemimpin pula hendaklah menjadikan kepemimpinan baginda sebagai contoh teladan sehingga mampu merekonstruksi suatu citra kepemimpinan yang disegani oleh umat bukan Islam. Pemimpin umat Islam wajar memahami kehebatan kepemimpinan rasulullah dari berbagai perspektif seperti kepemimpinan demokratik, kebijaksanaan merangka strategi, kebijaksanaan berunding, kebijaksanaan menjaga maslahah (kepentingan) ummah, perhubungan antarabangsa dan keberanian dalam berhadapan dengan musuh.



Ramai remaja dan kanak kanak mengambil bahagian



Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kampung Ranggu bertemakan '‘Persefahaman Asas Perpaduan Ummah’  adalah tema sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan bagi tahun 1433H/ 2012M dihadiri oleh Yang Berhormat Datuk Syed Abas Syed Ali ADUN N.55 Balung  bersama Pegawai Kemajuan Rakyat ( PKR ) Tuan Hamil bin Hj.Awang . Ia bermula dengan perarakan kontinjen membabitkan peserta terdiri daripada Penduduk Kampung , Kanak Kanak Sekolah , Persatuan Persatuan dan Pemimpin pemimpin Masyarakat Kampung. Peserta berarak sambil berselawat sejauh 1.2 kilometer bermula di hadapan Masjid Jamek Kampung Ranggu 




Dengan Penuh semangat mereka berarak menuju ke Balairaya Kg.Ranggu yang perjalanan nya memakan masa lebih kurang 45 minit yang bermula dari Masjid Jamek Kampung Ranggu. 



Tanda sayangnya kepada Rasullulah SAW para peserta yang berarak dari Masjid Jamek Kampung Ranggu  sentiasa berselawat keatas Junjungan Nabi Besar SAW.



Tidak ketinggalan Budak budak Sekolah yang datang bersama sama meraikan Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Kampung Ranggu.



Pemimpin Pemimpin Kampung juga turut hadir menyemarakkan lagi Sambutan Maulidur rasul yang diadakan.



Perarakan  peserta melibatkan penduduk kampong , murid murid sekolah  dan persatuan persatuan itu turut diiringi Yang Berhormat Datuk Syed Abas Syed Ali , Tuan Hamil Hj.Awang Pegawai Kemajuan Rakyat Balung , WKAN Amirbak Abdul Rahim , Imam Bakar Munjung , Pengerusi Penganjur Hjh.Kee Salmah Kee Yusof selaku Pengerusi JKKK Kampung Ranggu , Ketua Kampung Bahaudin bin Ahmad  diserikan dengan bacaan al-Quran, ceramah agama oleh Penceramah Jemputan . Sambutan ini dianjurkan bertujuan untuk memperingati dan memupuk rasa cinta kepada junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. pemimpin Islam teragung



Persembahan Kompang Dalam Majlis Maulidul Rasul Dari segi sejarah kompang (satu permainan muzik tradisional Melayu yang mempunyai sejarah lebih daripada 100 tahun) berasal dari Timur Tengah, khususnya dari Negara Parsi yang dibawa oleh pedagang-pedagang Islam ke Nusantara. Mula bertapak di Pulau Jawa, kemudian ke Selatan Semenanjung dan menyusur ke utara. Maulidur Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi. Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. 




Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul. Di Timur Tengah, kompang dimainkan untuk menyambut kedatangan Nabi Muhamad saw dan kompang juga dimainkan untuk memberi semangat kepada tentera Islam menghadapi musuh mereka. Dengan kata lain kompang ada hubungan dengan dunia Islam dan arab. Apabila kompang dibawa ke Nusantara, permainannya disesuaikan dengan persekitaran baru. Di Malaysia , sambutan majllis maulidur rasul di sambut dengan mengadakan beberapa acara antaranya acara perarakan , ceramah , nasyid dan sebagainya. Persembahan kompang yang mengirinngi Perakaran majlis maulidur rasul Selawat keatas jujungan besar baginda SAW diringi dengan paluan kompang Kebiasaannya muzik kompang atau paluan kompang dimainkan semasa majlis perarakan dengan para peserta perarakan berselawat kepada nabi Muhammad saw. Perarakan selalunya dimulakan di satu tempat permulaan hingga ke tempat terakhir perarakan.sepanjang perarakan mereka berselawat beramai-ramai dengan paluan kompang.rentak paluan kompang mengikut rentak 




Majlis Ini dirasmikan  Oleh YB.Datuk Hj.Syed Abas bin Syed Ali ADUN N.55 Balung .Umat Islam tidak seharusnya hanya mengingat peristiwa kelahirannya tetapi mestilah memahami kisah perjalanan dan perjuangan Nabi Muhammad Rasulullah SAW dalam menegakkan dan mendaulatkan Islam. Kisah hidupnya mesti dihayati dan diteladani kerana semua yang berlaku ke atas baginda dan sahabatnya juga dihadapi oleh umat Islam hari ini, terutamanya dalam berhadapan dengan permainan kaum kufar dan munafik yang tidak akan rela Islam tertegak di bumi Allah ini.

Justeru, cara kita mengingati kelahiran baginda harus dipertingkatkan bukan sekadar laungan retorik tetapi mestilah disertai dengan penghayatan yang sungguh-sungguh sehingga mampu diaplikasikan dalam kehidupan harian kita selaku mukmin, bukan sahaja dalam melaksanakan ibadat-ibadat ritual tetapi hendaklah diaplikasikan dan melaksanakan pesanan-pesanan besar rasulullah SAW seperti memperkuat persaudaraan, melaksanakan jihad, menegakkan keadilan, budaya membaca, budaya ikram dan kasih sayang sesama insan, menghargai kebersihan, penjagaan alam sekitar dan lain-lain pesanan rasulullah. Demikian pesanan daripada Yang Berhormat kepada hadirin yang hadir pada hari itu.



Jawatankuasa Penganjur telah menyediakan telor masak yang akan diberikan kepada setiap orang yang hadir pada Majlis tersebut.




Bunga telor ini disediakan oleh Penduduk kampung yang membawa dari rumah masing masing














end






KAMPUNG BATU PAYONG ERA KEMERDEKAAN

MERDEKA MEMBENTUK MALAYSIA

TAHUN 1960AN ADALAH TAHUN YANG PENUH DENGAN PELBAGAI PERISTIWA SEPERTI;
 
Kempen Suruhanjaya Cobbold tahun 1962

Sabah Merdeka Dalam Malaysia tahun 1963 

Ancaman Konfrantasi dengan Negara Jiran Indonesia 1962 - 1966

Perubahan – perubahan dasar pemerintahan kerajaan

Suruhanjaya Cobbold – ditubuhkan pada 17 Januari 1962 bagi meninjau pandangan penduduk Negeri – Negeri BorneoUtara dan Sarawak. Suruhanjaya Cobbold terdiri daripada Mohd.Ghazalie Shafie , Wong Pow Nee , Lord Cobbold , Sir David Watherson dan Sir Anthony Abell.

KESAN KEMPEN KEMERDEKAAN TERHADAP PENDUDUK KAMPUNG  


Kampong Batu Payong tidak terkecuali dari menerima kesan Peristiwa tersebut. Ramai penduduk kampong yang terlibat dalam kempen Kemerdekaan bagi membentuk Kerajaan dalam Malaysia. Walaupun ketika itu sistem perhubungan tidak baik namun semarak Kemerdekaan tetap membara dijiwa penduduknya. Merdeka dengan membentuk Malaysia itulah cogan kata yang sentiasa dilaung-laungkan dan diperbualkan dari rumah ke rumah.Sebuah Negara Baru akan ujud iaitu Malaysia dan Negeri Sabah akan mempunyai Pentadbiran nya sendiri yang akan diketuai oleh orang orang tempatan nya sendiri.

Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan pada 17 Januari 1962 bagi meninjau pandangan penduduk Negeri-Negeri Boeneo Utaradan Sarawak. Ahli Suruhanjaya terdiri daripada dari kiri Mohd.Ghazali Shafie, Wong Pow Nee , Lord Cobbold , Sir David Watherston dan Sir Anthony Abell ( dari Arkib Negara )

Namun pada waktu itu Negara Jiran Indonesia tidak berpuashati dan melancarkan Konfrantasi Ganyang Malaysia dalam tahun 1962 -1966. Akibat dari konfrantasi Ganyang Malaysia  oleh Negara jiran berlakulah Perintah Berkurung dikuatkuasakan dimana Kampung Batu Payong  terlibat sama kerana kedudukannya berhadapan dengan Laut Celebes. Ramai tentera Malaya dan Singapura berada di Batu Payong termasuklah tentera Gurkha British. Masih ku ingat lagi apabila bertemu dengan tentera Gurkha dan British kami akan tunduk takut bertentangan dengan mereka. Untuk peringatan semua pada tahun yang sama juga berlaku Perubahan Dasar Pemerintahan di Negara Indonesia dimana Parti Komunis Indonesia ( PKI ) semangkin memperkukuhkan kedudukan nya di beberapa bahagian di Indonesia. Ramai penduduk  dari Sulewasi berhijrah ke Sabah terutama sekali Daerah Tawau yang berhampiran dengan mereka. Ada yang datang naik Sampan kecil , Perahu Panjang , Bot-bot kecil  dan mereka akan mendarat dimana saja yang mereka sendiri tidak ketahui. Pernah suatu ketika pernah sabuah sampan kecil memuatkan lapan orang telah mendarat di Kampung Batu Payong telah terserampak dengan askar  Gurkha , apa lagi pucat lesi mereka dibuatnya. Mereka kelihatan letih mungkin sudah beberapa hari dilaut tidak makan. Mereka telah tidak sanggup lagi berada di Negara mereka kerana pembunuhan berlaku tanpa amaran , sesiapa saja yang di syaki talibarut PKI atau penyokong PKI akan dihapuskan tanpa perbicaraan.oleh sebab itulah mereka lari menyelamatkan diri ke Malaysia begitu juga sebaliknya dimana kumpulan penyokong PKI akan membakar rumah-rumah , membunuh dan peras ugut berleluasa walaupun pada ketika itu hubungan Malaysia Indonesia tidak baik.

BEBERAPA PERISTEWA PENTING YANG BERLAKU DAN REAKSI DARI NEGARA-NEGARA JIRAN 

INDONESIA
Pada mulanya menyokong gagasan Persekutuan Malaysia.
Menteri Luar Indonesia, Dr. Subandrio mengutus ucapan tahniah kerana usaha untuk menubuhkan Persekutuan Malaysia.
Pendirian Indonesia berubah kerana terpengaruh dengan dakyah oleh Parti Komunis Indonesia (PKI) yang menuduh gagasan Malaysia sebagai Neokolonialisme. PKI berasa tergugat dengan pembentukan gagasan Persekutuan Malaysia Gagasan Malaysia bertentangan dengan hasrat Presiden Soekarno untuk menyatukan Indonesia dengan Tanah Melayu bagi membentuk Indonesia Raya.

NEGARA FILIPINA
  1. Filipina menentang gagasan Persekutuan Malaysia
  2. Mendakwa Sabah adalah sebahagian daripada Wilayah Kesultanan Sulu.
NEGARA NEGARA BARAT
  1. Gagasan Persekutuan Malaysia mendapat sokongan daripada kerajaan Britain dan Amerika Syarikat.
  2. Menganggap gagasan Persekutuan Malaysia mempercepat proses kemerdekaan Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei.
  3. Pengaruh komunis dapat disekat.

KONFRANTASI DAN PERDAMAIAN
  1. Apabila Persekutuan Malaysia diisytiharkan, Indonesia dan Filipina enggan iktiraf Malaysia
  2. Indonesia melancarkan konfrontasi
  3. Filipina menunjukkan reaksi yang sama
  4. Tentera Indonesia menceroboh kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah.
  5. Pemimpin Malaysia dan Indonesia tetap meneruskan usaha perdamaian.
  6. Malaysia membuat bantahan rasmi terhadap pencerobohan tentera Indonesia kepada PBB melalui Tun Dr. Ismail bin Abdul Rahman, Menteri Keselamatan Dalam Negeri pada ketika itu.
  7. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tidak dapat bertindak kerana dihalang oleh kuasa veto Rusia. Rusia bertindak sedemikian kerana mempunyai hubungan baik dengan      Indonesia.
  8. Kerajaan menyusun semula Pasukan Pertahanan Tempatan (PPT) atau dikenali Askar Wataniah
  9. Rakyat tempatan menyertai PPT untuk mempertahankan negara daripada pencerobohan tentera Indonesia.
  10. Malaysia mendapat sokongan tentera dari Negara Komanwel seperti  Britain, Australia, New Zealand dan Kanada

   Presiden Sukarno bersama Isteri semasa membuat persidangan dengan sekutunya.


                                  Provokasi Kempen konfrantasi Malaysia - Indonesia


Tentera British  dari Gurkah Rejimen telah mendarat di Pantai Bahagian Tawau




Askar-askar Melayu Diraja sedang membuat rondaan dikawasan paya bakau



Askar-askar dari Negara Komonwel yang telah datang membantu semasa Konfrantasi Malaysia - Indonesia pada tahun 1962 hingga 1966


Tun Sardon Hj.Jubir Ketua Pemuda UMNO turut menyoal siasat Askar Indonesia yang ditawan dikawasan Labis di Johor


Konfrontasi terhadap Malaysia semakin kendur apabila tentera Indonesia di bawah pimpinan Jeneral Soeharto berjaya mengambil alih kuasa daripada Presiden Soekarno. Selepas peristiwa Gestapo 30 September 1965 dimana ramai Pegawai Tentera Indonesia yang berpangkat General dibunuh dan ditanam diLubang Buaya oleh Pengikut pengikut Parti Komunis Indonesia ( PKI ).


Presiden Sukarno sedang berucap kepada yang hadir di Istana Presiden

Gestapo 30 September 1965 merupakan percubaan rampasan kuasa oleh Partai Kominis Indonesia ( PKI ) di Indonesia. Dalam peristiwa itu Parti Komunis Indonesia telah gagal dalam misi untuk mengambil alih Pemerintahan di Indonesia , D.N. Aidit iaitu pemimpin PKI terbunuh.

PENEMPATAN ASKAR KOMONWEL DIKAWASAN TAWAU TERMASUK BATU PAYUNG , TINAGAT DAN LAIN-LAIN TEMPAT DIPERSISIRAN PANTAI DAERAH TAWAU

 
Pada waktu itu jugalah kami sudah mengetahui tentang Hovercraft , kerana Hovercraft selalu membuat rondaan di Kampung Batu Payong . Hovercraft ini datang dari laut terus naik kedarat melalui benteng pasir ( Gusung ) memang lah menghairan kami waktu itu kerana hovercraft boleh berada diatas air dan didaratan tanpa berhenti atau terkandas. Tentera Melayu Diraja terus menjalankan rondaan bagi memastikan keamanan di Tawau khasnya yang mana kawasan yang berpotensi besar mendapat ancaman dari Tentera Indonesia.
Disebabkan keadaan kedudukan Tawau berhampiran dengan Sempadan Indonesia yang mana Tawau adalah yang menyebabkan konflik ini berlaku dimana pihak Indonesia mahukan Tawau sebahagian daripada Indonesia. Sebagai persediaan tentera British telah menempatkan Unit Gurkha bersama unit “British No.2 Special Boat Section” dibawah Kapten DW Mitchell. Australian Class Destroyer Pengiring juga ditempatkan di Telok Cowie sementara itu Skuardon Jet-jet Pejuang jenis F-86 Sabre melakukan rondaan Udara setiap hari yang ditempatkan di Pulau Labuan.

          Australian Airforce base in Labuan Island during Confrantation with Indonesia


    Jet Pejuang F 86 Sabre yang digunakan semasa konfrantasi dengan Indonesia


                                                                    Skuardon jet pejuang
Lebih ramai askar Melayu dan askar-askar dari Negara Komonwel ditempatkan diKampung Batu Payung , Kampung Tinagat , Kuala Apas dan Kuala Kalumpang dan lain lain tempat di persisiran pantai Tawau. Apa yang menarik pada waktu itu , kami selalu mendapat bungkusan ( ration ) makanan termasuklah Beras , bekas memasak dan dapur lilin nya , makanan dalam tin , jam , kaya dan lain-lain .


Tentera Melayu Diraja terus menjalankan rondaan bagi memastikan keamanan di Tawau khasnya yang mana kawasan yang berpotensi besar mendapat ancaman dari Tentera Indonesia.


Tentera Komonwel sedang menaiki Kapal Terbang untuk dihantar ketempat Operasi


Pada waktu itu jugalah kami baru mengetahui tentang Hovercraft , kerana Hovercraft selalu singgah di Kampong Batu Payong . Hovercraft datang dari laut terus naik kedarat melalui benteng pasir ( Gusung Pasir ) . Memang lah menghairan kami waktu itu kerana hovercraft boleh berada diatas air dan didaratan tanpa berhenti atau terkandas.



Semantara itu dipihak Indonesia , dalam bulan Oktober 1963 mereka telah mengerakkan tentera mereka dari Batalion Corps Komando Operasi ( KKO ) dari Surabaya ke Pulau Sebatik. Mereka telah membuka beberapa kem latihan disana dan melatih beberapa orang sukarelawan untuk melancarkan serangan terhadap Malaysia. Sekitar tempoh 1 0kt. hingga 16 Dis.1963 telah berlaku beberapa pertempuran kecil dengan Tentera Malaysia disepanjang Sempadan Malaysia – Indonesia dimana mengakibatkan beberapa orang tentera Indonesia terkorban. Pada 7 Disember 1963 sebuah kapal terbang Pejuang Tentera Udara Indonesia telah terbang disekitar Tawau dan telah melepaskan Bom sebanyak 2 kali.

Dalam pertengahan Bulan Disember 1963 Tentera Indonesia telah menghantar pasukan Komando yang terdiri 128 orang sukarelawan dan 35 orang tentera untuk menyusup masuk ke Tawau yang mana berhasrat untuk menawan Kalabakan dan kemudian menakluki Tawau sehingga ke Sandakan.Pada 29 Disember 1963 pasukkan berkenaan telah bertemu dengan pasukan Tentera Malaysia 3rd Royal Malay Regiment di Kalabakan. Mereka telah menyerang Kem tersebut yang menyebabkan 8 orang tentera Malaysia dan mencederakan seramai 19 orang . Tentera Malaysia dengan bantuan Polis telah bertempur selama 2 jam sehingga berjaya mengusir tentera Indonesia ke kawasan Utara Sempadan Malaysia – Indonesia.



Akhir bulan Januari 1965 , Daerah Tawau telah di istiharkan sebagai kawasan Perintah Berkurung dimana sebelah malam orang ramai tidak dibenarkan keluar rumah. Tujuan nya ialah bagi menghalang lebih kurang 16,000 rakyat Indonesia yang tinggal di Tawau dipengaruhi oleh Anaris-anasir subversif dan propaganda yang bertujuan mensabotaj dan sebagainya.
1. Beberapa peristewa yang mana didalam tahun 1964 berlaku cubaan untuk membubuh racun kedalam tangki air yang digunakan oleh penduduk Tawau. Ianya telah dilakukan oleh 8 orang yang telah ditahan oleh pasukan keselamatan.
2. Pada 12 Mei 1964 terdapat cubaan untuk meletupkan Bom di Panggung Kong Fah.
3. Pada bulan Ogos 1965 seseorang yang tidak dikenali cuba meletupkan High Voltage Pylons
4. Pada bulan September 1965 kenderaan Jabatan Kehutanan telah dilarikan
5. Pada 28 Jun 1965, cubaan tentera Indonesia untuk menakluki kawasan Sebatik telah digagalkan dimana Tentera Laut Australia telah membuat pengemboman yang menyebabkan tentera Indonesia telah ditewaskan.
6. Pada 12 Ogos 1966 Proklamasi penamatan Konfrantasi Malaysia – Indonesia yang telah di Tandatangani oleh Tun Abd.Razak bin Husin wakil Malaysia dengan Tun Adam Malik wakil Indonesia , sehingga dalam bulan Disember 1966 barulah konfrantasi Malaysia – Indonesia tamat sepenuhnya.


SABAH MERDEKA MENERUSI MALAYSIA
Pada 16 September 1963 dengan rasminya Sabah Merdeka menerusi Malaysia semua penduduk kampong gembira , bertekad dan berusaha untuk memajukan diri masing-masing untuk mencapai matlamat Kemerdekaan.

Tuanku Abdul Rahman Putera Al-Haj Perdana Menteri Malaysia Yang Pertama , beliau lah yang berusaha mengerakkan Penyatuan dalam Pembentukan Malaysia




Tun Dato Mustafa bin Dato Harun bapa Kemerdekaan Sabah


KEBANGKITAN SEMANGAT NASIONALISMA DIKALANGAN ORANG ORANG MELAYU DI SABAH MELALUI PARTI UNITED SABAH NASIONAL ORGANIZATION ( USNO )
Tun Dato Mustafa bin Dato Harun adalah Pemimpin Utama Orang-orang Melayu di Sabah yang bergiat cergas dalam pembentukan Malaysia sehingga digelar Bapa Kemerdekaan Negeri Sabah.
Beliau telah menubuhkan Parti United Sabah National Organization (USNO) dalam tahun 1961 dan bekerjasama dengan Parti United Pasokmomogun Kadazandusun Organization (UPKO) yang dipimpin oleh Tun Fuad Stephens untuk mencapai Kemerdekaan Sabah menerusi Malaysia.
Dalam Tahun 1967 Pilihan Raya Pertama Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah Parti USNO telah berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ( PRU 1967 ) . Kejayaan Parti USNO memerintah Negeri Sabah kekal sehingga 1975 dimana telah tewas kepada Parti Berjaya dalam Pilihan Raya 1976 yang di Ketuai oleh Tun Fuad Stephens
.

Malang sekali beberapa pemimpin Parti Berjaya telah terkorban dalam Nahas Kapal Terbang pada 6.6.1976 ditepi Laut Sembulan Kota Kinabalu , mereka yang terkorban ;
1. Tun Fuad Stephens ( Ketua Menteri )
2. Datuk Peter Mojuntin ( Menteri Kerajaan Tempatan Negeri )
3. Datuk Chong Thein Vun ( Menteri Perhubungan dan Kerjaraya )
4. Datuk Salleh Sulong ( Menteri Kewangan Negeri )
5. Darius Baniun ( Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri )
6. Wahid Andu ( Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan )
7. Syed Hussein Wafa ( Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri )
8. Ishak Atan (Setiausaha Sulit kepada Tengku Razakeigh Hamzah )
9. Kopral Mohd.Said ( Pengawal peribadi kepada Tun Fuad )
10. Gandhi J.Nathan ( Juruterbang )
11. Johari Tun Fuad Stephens






Tun Fuad Stephens Ketua Menteri Sabah ( Parti Berjaya )



Datuk Peter Mojuntin - Menteri Kerajaan Tempatan Negeri Sabah



Datuk Salleh Sulong Menteri Kewangan Negeri Sabah


Datuk Chung Thein Vun Menteri Perhubungan dan Kerjaraya Negeri Sabah


Datuk Richard Darius Baniun Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah




Begini lah keadaan kapal terbang yang dinaiki oleh Menteri Kabinet Sabah yang terhempas pada 6.6.1976 dikawasan Tepian Laut berdekatan Kampung Sembulan. Punca kemalangan tidak diketahui namun andaian lebih muatan mungkin jadi punca kemalangan tersebut.



Melihat kepada Bangkai Kapal tersebut dapat membayangkan bahawa amat sukar untuk penumpang yang selamat


Jenazah mereka yang terkorban diuruskan mengikut kepercayaan masing-masing

Sistem Perhubungan selepas Merdeka
Sistem Perhubungan darat yang selama ini tidak baik telah diperbaiki dengan membina Jalan Raya yang sesuai untuk kegunaan orang ramai bagi memudahkan Pengangkutan awam beroperasi dengan lancar . Masih ku ingat gelaran Bas Gajah diberikan kepada Bas pengangkutan yang boleh memuatkan penumpang dan barang-barang hasil mashul yang dijual kebandar seperti Kopra , Pisang , buah-buahan dan lain-lain tanaman . Bas yang sebelum itu adalah Bas kayu boleh muat penumpang dan barang-barang diatas atapnya tidak lagi digunakan.


.

Kelihatan seperti yang dinyatakan diatas dimana sistem Pengangkutan telah bertambah baik dimana dalam tahun 1950 hingga 1960 Bas Pengangkutan awam diperbuat daripada kayu dimana Lori telah diubahsuai untuk digunakan sebagai Pengangkutan Awam. Disamping itu trailer juga disediakan untuk membawa barangan dari Kebun kebun disekitar Bandar Tawau untuk dipasarkan.. Adakala nya atap Bas juga digunakan untuk meletakkan barangan.


Penduduk Kampung Batu Payung juga turut menerima arus perubahan ini dimana Pengangkutan Laut yang menggunakan Layar dan Dayung telah berkurangan. Manakala keperluan harian telah mudah diperolehi dengan adanya sistem penangkutan yang lebih baik.




Wednesday, March 21, 2012

NOSTALGIA KAMPUNG BATU PAYONG


Ketika itu aku masih lagi dialam kanak kanak dimana kisah kisah yang dirakamkan di sini berkisar dalam tahun 1960an hingga 1970an. Ingatan dan kenangan ketika itu membawa kepada memori yang tidak dilupakan. Senerio kampung pada masa itu amat jauh berbeza sekali dengan senerio perkampung sekarang.



Inilah Batu Payong yang menjadi mercu tanda kampong ini


Batu Payong adalah sebuah Kampung Orang Melayu yang terletak di Pinggiran Pantai menghadap Laut Celebes . Penduduknya terdiri daripada berbagai kaum ethnik Melayu seperti Suluk , Tidung , Banjar , Bugis , dan lain-lain. Punca pendapatan penduduk disini adalah hasil Pertanian dan Nelayan. Kampung Batu Payong terletak 15 kilometer dari Pusat Bandar Tawau.



Jalan ini lah dulunya menuju ke Sekolah


Sebelum tahun 1960an , Kampung Batu Payong hanya boleh dihubungi dari pusat bandar melalui Jalan Laut seperti Perahu / Sampan dengan menggunakan Layar atau berdayung kerana pada ketika itu belum ada enjin sangkut atau pun berjalan kaki dari tepi Pantai. Pada masa itu tiada kedai runcit yang terdapat di Kampung ini , penduduknya hanya mendapatkan sumber makanan seperti Beras , Kopi , Gula dan lain-lain barangan keperluan harian daripada Bandar Tawau. Taraf kehidupan orang orang kampung pada masa itu memanglah susah kerana mereka hanyalah Petani dan Nelayan.Walaupun demikian , penduduk kampung amat mesra di antara satu dengan yang lain dan sentiasa bantu membantu . Yang berada sentiasa membantu yang susah dan yang susah sentiasa mengingati yang berada pokoknya hidup mereka pada waktu itu seperti Aur dengan Tebing sentiasa bantu membantu.



PENTADBIRAN KAMPUNG


Pada masa itu kampung ini di tadbir oleh Seorang Ketua yang dikenali sebagai OT ( Orang Tua Kampung ) dan juga Penghulu Kampung .

                                                        
WNC Hj.Junaidi bin Abuban


Beliau ialah Allahyarham WNC Hj. Junaidi bin Abuban . Semua urusan mengenai penduduk kampung akan diuruskan oleh beliau seperti Urusan Laporan Kelahiran , Laporan Penduduk , Senarai Nama Penduduk dan lain-lain. Beliau menjalankan tugas –tugas nya sebagai Ketua Kampung disamping kerja-kerja harian untuk sara hidupnya dimana pada masa itu belum ada Elaun atau Gaji secara tetap yang diberikan oleh mana mana pihak kerajaan kepada beliau. Beliau menjawat jawatan tersebut kerana Arwah bapa beliau juga adalah berpangkat OT atau Penghulu Kampung. Pada masa itu sesuatu jawatan yang disandang akan diwarisi oleh keluarga penjawat berkenaan. Penyandang adalah terdiri daripada anak lelaki mengikut hairaki iaitu yang Tua didahulukan.


Dibahagian sebelah kelaut rumah yang dilihat letaknya sekolah kami , sudah dihakis oleh Ombak Laut


BELAJAR  AL’QURAN DAN BARZANJI


Kami belajar mengaji Al’Quran dengan orang tua sendiri atau pun dihantar kerumah orang yang pandai mengaji yang dipanggil Guru Mengaji. Saya pada mulanya belajar mengaji Al’Quran dengan Kakak saya Arwah Norsimah binti Udang iaitu dalam tahun 1958 dimana waktu itu baru belajar mengenal huruf , kemudiannya dengan Arwah Bapa saya Hj.Ahmad bin Sulaiman. 



Imam Hj.Dunlop Abdul Manaf  

Dalam Tahun 1960 seorang Guru Agama telah berpindah ke Kampung Batu Payung dari Kampung Membalua , beliau telah membuka sebuah Kedai Runcit yang amat diperlukan oleh penduduk kampong ketika itu. Ramai anak-anak kampung yang telah belajar mengaji Al’Quran dengan beliau. Beliau adalah seorang Imam yang bertauliah dan disamping itu beliau juga amat terkenal dengan Perubatan Tradisional Islam. Beliau ialah Imam Hj.Dunlop Abdul Manaf , beliau berketurunan Eurosian. Beliau amat aktif sekali mengajar anak anak kampung dalam bidang Agama. Satu Kelas Khas belajar membaca Barzanji telah diadakan dimana ramai anak anak murid kemudiannya tahu membaca Barzanji. Setiap kali ada Perayaan Maulidurrasul atau pun Acara bergunting rambut kanak-kanak baru lahir , anak anak murid akan bergilir gilir membaca Barzanji dan ada yang membuat kumpulan Hadrah atau kompang dimana setiap Malam Takbir Raya akan berjalan beramai-ramai seluruh kampong sambil membaca Selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w , setiap rumah dikampung akan dilawati pada malam tersebut dengan bertakbir dan bertahmid disetiap rumah dan diakhiri dengan bacaan doa.


ALAM PERSEKOLAHAN

Tahap pembelajaran kanak –kanak di Kampung Batu Payung pada masa itu sangat lemah , kerana belum ada Sekolah yang didirikan . Masih ku ingat lagi sewaktu  kanak-kanak kami  bermain  permainan yang dibuat sendiri daripada kayu , Tin Susu atau pun besi buruk. Aktiviti kanak – kanak pada masa itu amat jauh berbeza dengan kanak-kanak pada zaman sekarang. Pada masa itu kami berani masuk hutan ( pada masa itu hutan nya masih lagi belum terusik ) , memancing ikan dilaut dengan menggunakan Perahu Jungkung kecil  atau Perahu Boggok ( diperbuat daripada batang kayu bulat yang ditoreh dijadikan perahu) banyak lagi aktiviti kami pada masa itu yang sudah tiada lagi seperti main lastik , main guli , main getah bulat (rubber band) dan sebagainya.Terdapat juga permainan Gasing iaitu Gasing Jantung yang diperbuat daripada kayu keras. Biasanya jenis-jenis Kayu seperti Akar Pokok Merbau , Kayu Pelapak , Pokok Jambu dan banyak lagi jenis jenis pokok yang digunakan.

Dalam Tahun 1959 , dengan  kerjasama semua Penduduk Kampung Batu Payong , Kampung Tinagat dan Kampung Membalua yang mana ketika itu dibawah pentadbiran Allahyarham OT Hj. Junaidi bin Abuban  telah mengadakan Gotong Royong untuk membina sebuah Bangunan Sekolah. Pemerintahan pada masa itu masih dibawah Jajahan British  ( Colonial of North Borneo ) yang dikendalikan oleh Seorang Penghulu yang berpejabat di Pejabat Residen Tawau. Sekolah Pertama kami telah di dirikan dalam tahun 1959 yang beratap Nipah dan berdinding Kajang ( dibuat daripada Daun Nipah ) keluasan  bangunan tersebut berukuran 30’ x 40’. Kami sungguh gembira kerana tidak lama lagi kami semua akan bersekolah. Ibu Bapa lah yang paling gembira kerana anak-anak akan bersekolah di Kampung sendiri tidak lah lagi terpaksa menghantar anak bersekolah ke Bandar dan tinggal dengan sanak saudara disana. Dalam tahun 1960 setelah pembinaan bangunan tersebut siap , bermula lah era persekolahan kami di Kampung Batu Payung. Sekolah kami dinamakan NVS Batu Payong atau Native Voluntary School Batu Payong yang mana kemudiannya diambil alih oleh kerajaan dan diberi nama  GPS Batu Payong  atau Government Primary School Batu Payong. Bangunan ini telah digunakan selama 3 tahun ( 1960 – 1963 ) dimana satu bangunan baru telah dibina diatas tapak tanah orang kampung yang dibeli oleh kerajaan untuk membina Bangunan Sekolah tersebut. Tahun 1964 , bangunan tersebut telah siap pembinaan nya maka kami berpindah ke bangunan baru yang mana kemudiannya diberi nama SRK Batu Payong atau Sekolah Rendah Kerajaan Batu Payong. Kini SK Batu Payong atau Sekolah Kebangsaan Batu Payong. Guru – guru yang pernah mengajar diSekolah tersebut ; 

1960 – 1964             Cikgu Kassim bin Ebong ( Guru Besar )
                                 Cikgu ( Datuk ) Manan bin Jakasa
                                (Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah N.55 Balung )
                                  Cikgu Muhammad
                                  Cikgu Sempik @ Abdul Kadir

1965 – 1968             Cikgu Wasli bin Ag.Besar ( Guru Besar )
                                 Cikgu Sabar
                                 Cikgu Osman Ajirullah
                                                                      Cikgu Musa Jamiruddin


Penduduk Kampung dalam Tahun 1960an

Ini adalah Penduduk kampung Batu Payung dalam tahun 1965 , sewaktu itu Masjid Kampung ini berhampiran dengan Sungai dan lebih kurang 5 ke 6 rantai dari tepian laut. Kedudukan Masjid ini berhampiran dengan padang bola. Ada beberapa orang diantara mereka ini yang masih ku ingat nama seperti gambar dari Kanan Amir bin Amisani , Janut bin Mohamad , Mohd.Zain bin Jawalani , Soal bin Satu , Alim bin Satu , Sahabuddin  , Abubakar bin Amsani , Lahini , Timbang , Mohaimin , Ramli DA.Manaf , Ujang Epit , Ahmad bin Sulaiman dan Ujang Baki. Ada beberapa orang yang tidak berapa nampak , tapi mereka ini adalah kariah Masjid ini. 



Disebelah bahagian kiri gambar ini lah terletaknya Masjid Batu Payung yang disebutkan diatas. Ini adalah sebahagian kawasan Padang bola yang berhampiran dengan Jalanraya. Sebaik saja lepas sembahyang Hariraya peluang untuk bergambar beramai ramai sebagai kenang- kenangan.



Berhari raya tahun 1960an bertandang dari rumah ke rumah dan tentu sekali akan bermula dari rumah Ketua Kampung OT Junaidi bin Abuban.



Gambar 4 - Jalan ini dulunya hanyalah tanah Pasir




Gambar 5 - Dahulu jalan ini jauh dari Pantai tapi sekarang telah dihakis oleh Ombak dan kini berhampiran pantai  dan perlu dibuat tembok bagi mengelakkan berlaku Jalan Putus

HARI PERTAMA ALAM PERSEKOLAHAN ANAK-ANAK KAMPUNG BATU PAYUNG , KAMPUNG MEMBALUA DAN KAMPUNG TINAGAT TAHUN 1960.

Masih ku ingat hari pertama ke Sekolah , dengan pakaian yang baru Baju Putih , Seluar Pendek warna coklat muda yang baggie ( poket boleh masuk botol minuman ) dan berkasut tiada stokin belum beli dengan bag galas kain tebal warna coklat muda. Rasa nya pada hari itu adalah milik kami semua. Kami dihantar oleh Ibubapa masing-masing untuk mendaftar sebagai murid sekolah. Pada masa itu ada yang mendaftar sudah berumur ada yang berumur 10 tahun hingga 12 tahun, bayangkan lah betapa bersyukurnya penduduk kampung pada ketika itu.



Native Voluntary School Batu Payung tahun 1960

Murid-murid yang sudah besar terus ditempatkan didalam darjah 2 ,manakala yang masih kecil berumur 7 tahun keatas dimasukkan ke Darjah 1. Yang paling Istimewa pada waktu itu tiada buku untuk menulis kami menggunakan Papan Batu untuk menulis. Bermulalah dengan huruf OOOOOOOOOOOOOOO kemudian ABC dan seterusnya. Guru yang mengajar hanya seorang sahaja. Dialah yang mengenalkan kami dengan huruf ABC dan mengira. Beliau adalah Cikgu Haji Kassim bin Ebong yang berasal dari Kinabutan Tawau. Beliau telah menyumbang Jasa Bakti nya kepada kami dan kami tidak akan lupakan sampai bila-bila. Beliau bersusah payah untuk datang dari Kinabutan dengan menaiki Motorsikal BSA nya untuk mengajar kami dan mendidik kami sehingga menjadi orang yang berguna kepada bangsa dan Negara. Bayangkanlah Jalan raya yang ada pada ketika itu masih lagi semi-gravel ( gravel campur dengan tanah merah kalau hujan tentu licin dan becak ) jalan yang diredah sejauh 8 kilometer.

LALUAN PERDAGANGAN


Batu Payung yang terletak dipersisiran pantai menjadi tempat laluan Perahu Dagang dari Indonesia  Mereka datang ke Tawau dengan perahu layar membawa Kopra dari Sulewasi.Dari sana mereka membawa pelbagai bahan dagangan selain daripada Kopra seperti rempah ratus , Tembakau , kain dan pelbagai barang barang dagangan. Sementara itu semasa balik mereka akan singgah diPantai Tinagat atau Batu Payung untuk mengambil batu pemberat dimana adakala mereka balik kurang muatan atau pun barangan yang tidak berat , mereka akan singgah mengambil batu sebagai pemberat bagi membantu Perahu Layar mereka dapat berlayar lancar apabila merentasi lautan Samudera raya..




Dahulu Perahu layar ini kami panggil " Pedangkang ".



Beginilah dalam tahun 1972 kelihatan bulatan di Jalan Kuhara dan Simpang ke Kampung Titingan atau pun dahulu terkenal dengan panggilan Ice Box.

Dulu dalam tahun 1960 tempat ini dipanggil Sawmill , dimana persimpangan bulatan ke Jalan Kuhara dan ke Kampung Ice Box. Dahulu sebelum ada Jalan Raya yang menghubungkan kawasan Batu Payung , Tinagat , Membalua dan Inderasabah  mereka datang ke Tawau menggunakan Perahu  Layar atau Perahu Lipah dan ditempat ini lah mereka berlabuh dan hasil kebun mereka akan dipunggahkan untuk dijual. Kebanyakan dari mereka sudah mempunyai peraih ( tauke ) sendiri yang akan datang untuk membeli barangan yang dibawa seperti Kopra , Pisang , Jagong ( kering didalam karung Guni ) , Rotan ( yang telah dibersihkan / diraut – untuk menjahit atap ) , atap nipah yang sudah berjahit , Belacan ( udang gergau / bubuk yang telah dikeringkan ) , Udang kering dan lain-lain lagi. Kedai yang Dua Pintu itu lah tempat mereka selalu singgah untuk berbelanja dan Minum Kopi , kerana disitu terdapat kedai kopi dengan menyediakan roti paun berkepala dan banyak lagi jenis-jenis kueh bun. Dalam tahun 1960an urus niaga masih menggunakan mata wang British gambar Kerbau disawah sehinggalah Sabah Merdeka bersama Tanah Melayu dan Sarawak membentuk Negara Malaysia. 




Ini adalah diantara yang dijual oleh penduduk kampung , ia digunakan sebagai rokok dipanggil 'Kirai' dihisap dengan tembakau. Ia diperbuat daripada daun Nipah yang dikeringkan dan telah dibersihkan.




Ini lah tembakau yang sering dibawa oleh pedagang pedagang dari Indonesia yang mana suatu ketika dulu kebanyakan orang menghisap rokok kirai yang memerlukan tembakau.


MERDEKA MEMBENTUK MALAYSIA

TAHUN 1960AN ADALAH TAHUN YANG PENUH DENGAN PELBAGAI PERISTIWA SEPERTI;

Kempen Suruhanjaya Cobbold tahun 1962

Sabah Merdeka Dalam Malaysia tahun 1963 

Ancaman Konfrantasi dengan Negara Jiran Indonesia 1962 - 1966

Perubahan – perubahan dasar pemerintahan kerajaan

Suruhanjaya Cobbold – ditubuhkan pada 17 Januari 1962 bagi meninjau pandangan penduduk Negeri – Negeri Borneo Utara dan Sarawak. Suruhanjaya Cobbold terdiri daripada Mohd.Ghazalie Shafie , Wong Pow Nee , Lord Cobbold , Sir David Watherson dan Sir Anthony Abell.

KESAN KEMPEN KEMERDEKAAN TERHADAP PENDUDUK KAMPUNG 

Kampong Batu Payong tidak terkecuali dari menerima kesan Peristiwa tersebut. Ramai penduduk kampong yang terlibat dalam kempen Kemerdekaan bagi membentuk kerajaan dalam Malaysia. Walaupun ketika itu sistem perhubungan tidak baik namun semarak Kemerdekaan tetap membara dijiwa penduduknya. Merdeka dengan membentuk Negara Malaysia itulah cogan kata yang sentiasa dilaung-laungkan dan diperbualkan dari rumah ke rumah. Sebuah Negara Baru akan ujud iaitu Malaysia dan Negeri Sabah akan mempunyai Pentadbiran nya sendiri yang akan diketuai oleh orang orang tempatan nya sendiri.



Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan pada 17 Januari 1962 bagi meninjau pandangan penduduk Negeri-Negeri Boeneo Utaradan Sarawak. Ahli Suruhanjaya terdiri daripada dari kiri Mohd.Ghazali Shafie, Wong Pow Nee , Lord Cobbold , Sir David Watherston dan Sir Anthony Abell ( dari Arkib Negara )


Namun pada waktu itu Negara Jiran Indonesia tidak berpuashati dan melancarkan Konfrantasi Ganyang Malaysia dalam tahun 1962 -1966. 

Akibat dari konfrantasi Ganyang Malaysia oleh Negara jiran berlakulah Perintah Berkurung dikuatkuasakan dimana Kampung Batu Payong terlibat sama kerana kedudukannya berhadapan dengan Laut Celebes. Ramai tentera Malaya dan Singapura berada di Batu Payong termasuklah tentera Gurkha British. Masih ku ingat lagi apabila bertemu dengan tentera Gurkha dan British kami akan tunduk takut bertentangan dengan mereka. 

Untuk peringatan semua pada tahun yang sama juga berlaku Perubahan Dasar Pemerintahan di Negara Indonesia dimana Parti Komunis Indonesia ( PKI ) semangkin memperkukuhkan kedudukan nya di beberapa bahagian di Indonesia. Ramai penduduk dari Sulewasi berhijrah ke Sabah terutama sekali Daerah Tawau yang berhampiran dengan mereka. Ada yang datang naik Sampan kecil , Perahu Panjang , Bot-bot kecil dan mereka akan mendarat dimana saja yang mereka sendiri tidak ketahui. Pernah suatu ketika ,sebuah sampan kecil memuatkan lapan orang telah mendarat di Kampung Batu Payong telah terserampak dengan askar Gurkha , apa lagi pucat lesi mereka dibuatnya. Mereka kelihatan letih mungkin sudah beberapa hari dilaut tidak makan. Mereka telah tidak sanggup lagi berada di Negara mereka kerana pembunuhan berlaku tanpa amaran , sesiapa saja yang di syaki talibarut PKI atau penyokong PKI akan dihapuskan tanpa perbicaraan.oleh sebab itulah mereka lari menyelamatkan diri ke Malaysia begitu juga sebaliknya dimana kumpulan penyokong PKI akan membakar rumah-rumah , membunuh dan peras ugut berleluasa walaupun pada ketika itu hubungan Malaysia Indonesia tidak baik. Keadaan pada ketika itu semakin tegang dimana semakin ramai tentera ditempatkan di Kampung Batu Payung terutama sekali di Tinagat Light House.

PENEMPATAN ASKAR KOMONWEL DIKAWASAN TAWAU TERMASUK BATU PAYUNG , TINAGAT DAN LAIN-LAIN TEMPAT DIPERSISIRAN PANTAI DAERAH TAWAU

Pada waktu itu juga lah kami sudah mengetahui tentang Hovercraft , kerana Hovercraft selalu membuat rondaan dan singgah di Kampung Batu Payong . 

Hovercraft yang meronda kawasan laut akan singgah di Batu Payung dimana hovercraft yang datang dari laut terus naik ke darat melalui benteng pasir ( Gusung ) memang lah menghairan kami waktu itu kerana hovercraft boleh berada diatas air dan di daratan tanpa berhenti atau terkandas. Setiap kali mereka singgah kami kanak kanak pada masa itu akan rasa teruja dan ingin melihat nya dari dekat.

Tentera Melayu ketika itu terus menjalankan rondaan bagi memastikan keamanan di Tawau khasnya yang mana kawasan yang berpotensi besar mendapat ancaman dari Tentera Indonesia.

Disebabkan keadaan kedudukan Tawau berhampiran dengan Sempadan Indonesia yang mana Tawau adalah yang menyebabkan konflik ini berlaku dimana pihak Indonesia mahukan Tawau sebahagian daripada Indonesia. 

Sebagai persediaan tentera British telah menempatkan Unit Gurkha bersama unit “British No.2 Special Boat Section” dibawah Kapten DW Mitchell. Australian Class Destroyer Pengiring juga ditempatkan di Telok Cowie sementara itu Skuardon Jet-jet Pejuang jenis F-86 Sabre melakukan rondaan Udara setiap hari yang ditempatkan di Pulau Labuan.

Kofrantasi Malaysia - Indonesia selesai apabila pertemuan antara Tun Adam Malik Menteri Luar Indonesia dengan Tun Hj.Abdul Razak Hussien Timbalan Perdana Menteri Malaysia dimeterikan dimana keamanan Rakyat kedua Negara adalah diutamakan


Tahun 1967 aku menduduki peperiksaan Darjah Enam dan telah lulus cemerlang dengan mendapat 82% . Aku mendapat tawaran belajar di Maktab Sabah Kota Kinabalu. Awal Tahun 1968 aku mula menyambung pelajaran disana dan terpaksa lah aku tinggalkan Kampung Batu Payung yang banyak mengajar aku erti kehidupan.






end