SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT KAMPUNG RANGGU PADA 12 FEBRUARI 2012 , 1433H
Setiap tahun Kampong Ranggu akan mengadakan Perarakan
Maulidurasul sempena memperingati hari
kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhamad
S.A.W. Pada tahun ini perarakan bermula dari Masjid Jamek Kg.Ranggu menuju ke Balai
Raya Kampong Ranggu dimana acara selanjutnya akan diadakan.
Mengingati Kelahiran dan Perjuangan Rasullullah
DEMI sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (al-Ahzab: 21)
Di seluruh dunia, umat Islam meraikan sambutan Maulidur Rasul dengan mengadakan perarakan, ceramah, berselawat, bersyair dan sebagainya bagi mengingati detik kelahiran keputeraan Nabi Muhammad SAW iaitu pada tanggal 12 Rabiulawal tahun Gajah iaitu pada hari Isnin bersamaan dengan 23 April 571 Masihi.
Melalui program yang diadakan, ia dapat mengetahui kaedah dan cara pendekatan dakwah yang dijalankan oleh para sahabat Nabi dalam menyampaikan Islam kepada masyarakat bukan Islam. Ia sebagai mana firman Allah SWT yang bermaksud: Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. (al-Anbiya': 107)
Pengorbanan Nabi Muhammad dan para sahabatnya mempertahankan Islam bukan sahaja dengan harta benda dan kekayaan malah mereka turut berjihad demi menegakkan syiar Islam. Baginda berjaya membina kejayaan yang cemerlang dalam semua aspek. Pencapaian baginda dianggap luar biasa yang tidak mampu dicapai oleh manusia biasa.Seluruh ilmuwan dunia bersepakat menobatkan Nabi sebagai pemimpin terulung yang berjaya membentuk masyarakat dengan kesempurnaan Islam yang syumul,
Sesungguhnya berselawat itu amat digalakkan kepada umat Islam sebagai mana firman Allah SWT yang beramaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (al-Ahzab: 56)
Umat Islam harus memahami bahawa pada diri Rasulullah itu terdapat dua dimensi sosial yang berbeza tetapi saling melengkapi. Fakta inilah yang cuba dijelaskan oleh pengkaji sosiologi Islam. Apakah dua dimensi sosial yang berbeza itu? Pertama, Nabi Muhammad SAW dilihat dan difahami dalam perspektif teologi-religious. Perspektif ini melihat baginda sebagai sosok nabi dan rasul yang diutus oleh Pencipta manusia dan alam dalam kerangka konsep ketauhidan yang mengajak manusia menyembah dan mengabdikan diri kepada Allah SWT.
Turut hadir bagi menyerikan lagi acara pada hari itu ialah YB.Datuk Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali bersama - sama PKR En.Hamild Hj.Awang.
Nabi Muhammad SAW sebagai utusan Tuhan di dunia yang bertugas menyampaikan serta melaksanakan segala ajaran yang diwahyukan kepada baginda untuk disampaikan kepada seluruh umat umat manusia. Kedua, dimensi sosial-politik di mana baginda dilihat dan difahami sebagai pembangun masyarakat dan pembina tamadun manusia. Perspektif ini melihat baginda sebagai sosok politikus yang ideal yang memiliki sifat-sifat kepemimpinan yang adil, telus, demokratik, kesamarataan (egaliter), toleran, kesederhanaan (wasatiyyah), manusiawi (humanis), tidak pilih kasih, anti kekerasan (keganasan) dan sentiasa menegak keadilan sosial.Ini semuanya menjadi contoh dan tauladan kepada Pemimpin.
Ciri-ciri kepemimpinan baginda yang penuh keadilan di bawah bimbingan wahyu itu berjaya membawa masyarakat Arab yang sebelum itu berpecah belah menuju kepada satu bentuk masyarakat yang bersatu padu, sejahtera dan tenteram. Malah, bukan sahaja baginda dapat mempersatukan umat Islam tetapi juga dan membina perpaduan dalam masyarakat pluralistik dengan pelbagai kabilah (tribes) dan agama. Inilah yang berlaku di kota Madinah selepas baginda dan pengikutnya berhijrah ke sana. Demikian juga lah Pemimpin Islam pada hari ini sentiasa berpegang teguh dengan ajaran Islam agar dapat memimpin rakyat dengan adil dan saksama.
Bagi para pemimpin pula hendaklah menjadikan kepemimpinan baginda sebagai contoh teladan sehingga mampu merekonstruksi suatu citra kepemimpinan yang disegani oleh umat bukan Islam. Pemimpin umat Islam wajar memahami kehebatan kepemimpinan rasulullah dari berbagai perspektif seperti kepemimpinan demokratik, kebijaksanaan merangka strategi, kebijaksanaan berunding, kebijaksanaan menjaga maslahah (kepentingan) ummah, perhubungan antarabangsa dan keberanian dalam berhadapan dengan musuh.
Ramai remaja dan kanak kanak mengambil bahagian
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kampung Ranggu bertemakan '‘Persefahaman Asas Perpaduan Ummah’ adalah tema sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan bagi tahun 1433H/ 2012M dihadiri oleh Yang Berhormat Datuk Syed Abas Syed Ali ADUN N.55 Balung bersama Pegawai Kemajuan Rakyat ( PKR ) Tuan Hamil bin Hj.Awang . Ia bermula dengan perarakan kontinjen membabitkan peserta terdiri daripada Penduduk Kampung , Kanak Kanak Sekolah , Persatuan Persatuan dan Pemimpin pemimpin Masyarakat Kampung. Peserta berarak sambil berselawat sejauh 1.2 kilometer bermula di hadapan Masjid Jamek Kampung Ranggu
Dengan Penuh semangat mereka berarak menuju ke Balairaya Kg.Ranggu yang perjalanan nya memakan masa lebih kurang 45 minit yang bermula dari Masjid Jamek Kampung Ranggu.
Tanda sayangnya kepada Rasullulah SAW para peserta yang berarak dari Masjid Jamek Kampung Ranggu sentiasa berselawat keatas Junjungan Nabi Besar SAW.
Tidak ketinggalan Budak budak Sekolah yang datang bersama sama meraikan Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Kampung Ranggu.
Pemimpin Pemimpin Kampung juga turut hadir menyemarakkan lagi Sambutan Maulidur rasul yang diadakan.
Perarakan peserta melibatkan penduduk kampong , murid murid sekolah dan persatuan persatuan itu turut diiringi Yang Berhormat Datuk Syed Abas Syed Ali , Tuan Hamil Hj.Awang Pegawai Kemajuan Rakyat Balung , WKAN Amirbak Abdul Rahim , Imam Bakar Munjung , Pengerusi Penganjur Hjh.Kee Salmah Kee Yusof selaku Pengerusi JKKK Kampung Ranggu , Ketua Kampung Bahaudin bin Ahmad diserikan dengan bacaan al-Quran, ceramah agama oleh Penceramah Jemputan . Sambutan ini dianjurkan bertujuan untuk memperingati dan memupuk rasa cinta kepada junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. pemimpin Islam teragung
Persembahan Kompang Dalam Majlis Maulidul Rasul Dari segi sejarah kompang (satu permainan muzik tradisional Melayu yang mempunyai sejarah lebih daripada 100 tahun) berasal dari Timur Tengah, khususnya dari Negara Parsi yang dibawa oleh pedagang-pedagang Islam ke Nusantara. Mula bertapak di Pulau Jawa, kemudian ke Selatan Semenanjung dan menyusur ke utara. Maulidur Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi. Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya.
Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul. Di Timur Tengah, kompang dimainkan untuk menyambut kedatangan Nabi Muhamad saw dan kompang juga dimainkan untuk memberi semangat kepada tentera Islam menghadapi musuh mereka. Dengan kata lain kompang ada hubungan dengan dunia Islam dan arab. Apabila kompang dibawa ke Nusantara, permainannya disesuaikan dengan persekitaran baru. Di Malaysia , sambutan majllis maulidur rasul di sambut dengan mengadakan beberapa acara antaranya acara perarakan , ceramah , nasyid dan sebagainya. Persembahan kompang yang mengirinngi Perakaran majlis maulidur rasul Selawat keatas jujungan besar baginda SAW diringi dengan paluan kompang Kebiasaannya muzik kompang atau paluan kompang dimainkan semasa majlis perarakan dengan para peserta perarakan berselawat kepada nabi Muhammad saw. Perarakan selalunya dimulakan di satu tempat permulaan hingga ke tempat terakhir perarakan.sepanjang perarakan mereka berselawat beramai-ramai dengan paluan kompang.rentak paluan kompang mengikut rentak
Majlis Ini dirasmikan Oleh YB.Datuk Hj.Syed Abas bin Syed Ali ADUN N.55 Balung .Umat Islam tidak seharusnya hanya mengingat peristiwa kelahirannya tetapi mestilah memahami kisah perjalanan dan perjuangan Nabi Muhammad Rasulullah SAW dalam menegakkan dan mendaulatkan Islam. Kisah hidupnya mesti dihayati dan diteladani kerana semua yang berlaku ke atas baginda dan sahabatnya juga dihadapi oleh umat Islam hari ini, terutamanya dalam berhadapan dengan permainan kaum kufar dan munafik yang tidak akan rela Islam tertegak di bumi Allah ini.
Justeru, cara kita mengingati kelahiran baginda harus dipertingkatkan bukan sekadar laungan retorik tetapi mestilah disertai dengan penghayatan yang sungguh-sungguh sehingga mampu diaplikasikan dalam kehidupan harian kita selaku mukmin, bukan sahaja dalam melaksanakan ibadat-ibadat ritual tetapi hendaklah diaplikasikan dan melaksanakan pesanan-pesanan besar rasulullah SAW seperti memperkuat persaudaraan, melaksanakan jihad, menegakkan keadilan, budaya membaca, budaya ikram dan kasih sayang sesama insan, menghargai kebersihan, penjagaan alam sekitar dan lain-lain pesanan rasulullah. Demikian pesanan daripada Yang Berhormat kepada hadirin yang hadir pada hari itu.
Jawatankuasa Penganjur telah menyediakan telor masak yang akan diberikan kepada setiap orang yang hadir pada Majlis tersebut.
Bunga telor ini disediakan oleh Penduduk kampung yang membawa dari rumah masing masing
end
No comments:
Post a Comment