Ketika itu aku masih lagi dialam kanak kanak dimana kisah kisah yang dirakamkan di sini berkisar dalam tahun 1960an hingga 1970an. Ingatan dan kenangan ketika itu membawa kepada memori yang tidak dilupakan. Senerio kampung pada masa itu amat jauh berbeza sekali dengan senerio perkampung sekarang.
Inilah Batu Payong yang menjadi mercu tanda kampong ini
Batu Payong adalah sebuah Kampung Orang Melayu yang terletak di Pinggiran Pantai menghadap Laut Celebes . Penduduknya terdiri daripada berbagai kaum ethnik Melayu seperti Suluk , Tidung , Banjar , Bugis , dan lain-lain. Punca pendapatan penduduk disini adalah hasil Pertanian dan Nelayan. Kampung Batu Payong terletak 15 kilometer dari Pusat Bandar Tawau.
Jalan ini lah dulunya menuju ke Sekolah
Sebelum tahun 1960an , Kampung Batu Payong hanya boleh dihubungi dari pusat bandar melalui Jalan Laut seperti Perahu / Sampan dengan menggunakan Layar atau berdayung kerana pada ketika itu belum ada enjin sangkut atau pun berjalan kaki dari tepi Pantai. Pada masa itu tiada kedai runcit yang terdapat di Kampung ini , penduduknya hanya mendapatkan sumber makanan seperti Beras , Kopi , Gula dan lain-lain barangan keperluan harian daripada Bandar Tawau. Taraf kehidupan orang orang kampung pada masa itu memanglah susah kerana mereka hanyalah Petani dan Nelayan.Walaupun demikian , penduduk kampung amat mesra di antara satu dengan yang lain dan sentiasa bantu membantu . Yang berada sentiasa membantu yang susah dan yang susah sentiasa mengingati yang berada pokoknya hidup mereka pada waktu itu seperti Aur dengan Tebing sentiasa bantu membantu.
PENTADBIRAN KAMPUNG
Pada masa itu kampung ini di tadbir oleh Seorang Ketua yang dikenali sebagai OT ( Orang Tua Kampung ) dan juga Penghulu Kampung .
WNC Hj.Junaidi bin Abuban
Beliau ialah Allahyarham WNC Hj. Junaidi bin Abuban . Semua urusan mengenai penduduk kampung akan diuruskan oleh beliau seperti Urusan Laporan Kelahiran , Laporan Penduduk , Senarai Nama Penduduk dan lain-lain. Beliau menjalankan tugas –tugas nya sebagai Ketua Kampung disamping kerja-kerja harian untuk sara hidupnya dimana pada masa itu belum ada Elaun atau Gaji secara tetap yang diberikan oleh mana mana pihak kerajaan kepada beliau. Beliau menjawat jawatan tersebut kerana Arwah bapa beliau juga adalah berpangkat OT atau Penghulu Kampung. Pada masa itu sesuatu jawatan yang disandang akan diwarisi oleh keluarga penjawat berkenaan. Penyandang adalah terdiri daripada anak lelaki mengikut hairaki iaitu yang Tua didahulukan.
Dibahagian sebelah kelaut rumah yang dilihat letaknya sekolah kami , sudah dihakis oleh Ombak Laut
Kami belajar mengaji Al’Quran dengan orang tua sendiri atau pun dihantar kerumah orang yang pandai mengaji yang dipanggil Guru Mengaji. Saya pada mulanya belajar mengaji Al’Quran dengan Kakak saya Arwah Norsimah binti Udang iaitu dalam tahun 1958 dimana waktu itu baru belajar mengenal huruf , kemudiannya dengan Arwah Bapa saya Hj.Ahmad bin Sulaiman.
Imam Hj.Dunlop Abdul Manaf
Dalam Tahun 1960 seorang Guru Agama telah berpindah ke Kampung Batu Payung dari Kampung Membalua , beliau telah membuka sebuah Kedai Runcit yang amat diperlukan oleh penduduk kampong ketika itu. Ramai anak-anak kampung yang telah belajar mengaji Al’Quran dengan beliau. Beliau adalah seorang Imam yang bertauliah dan disamping itu beliau juga amat terkenal dengan Perubatan Tradisional Islam. Beliau ialah Imam Hj.Dunlop Abdul Manaf , beliau berketurunan Eurosian. Beliau amat aktif sekali mengajar anak anak kampung dalam bidang Agama. Satu Kelas Khas belajar membaca Barzanji telah diadakan dimana ramai anak anak murid kemudiannya tahu membaca Barzanji. Setiap kali ada Perayaan Maulidurrasul atau pun Acara bergunting rambut kanak-kanak baru lahir , anak anak murid akan bergilir gilir membaca Barzanji dan ada yang membuat kumpulan Hadrah atau kompang dimana setiap Malam Takbir Raya akan berjalan beramai-ramai seluruh kampong sambil membaca Selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w , setiap rumah dikampung akan dilawati pada malam tersebut dengan bertakbir dan bertahmid disetiap rumah dan diakhiri dengan bacaan doa.
ALAM PERSEKOLAHAN
Tahap pembelajaran kanak –kanak di Kampung Batu Payung pada masa itu sangat lemah , kerana belum ada Sekolah yang didirikan . Masih ku ingat lagi sewaktu kanak-kanak kami bermain permainan yang dibuat sendiri daripada kayu , Tin Susu atau pun besi buruk. Aktiviti kanak – kanak pada masa itu amat jauh berbeza dengan kanak-kanak pada zaman sekarang. Pada masa itu kami berani masuk hutan ( pada masa itu hutan nya masih lagi belum terusik ) , memancing ikan dilaut dengan menggunakan Perahu Jungkung kecil atau Perahu Boggok ( diperbuat daripada batang kayu bulat yang ditoreh dijadikan perahu) banyak lagi aktiviti kami pada masa itu yang sudah tiada lagi seperti main lastik , main guli , main getah bulat (rubber band) dan sebagainya.Terdapat juga permainan Gasing iaitu Gasing Jantung yang diperbuat daripada kayu keras. Biasanya jenis-jenis Kayu seperti Akar Pokok Merbau , Kayu Pelapak , Pokok Jambu dan banyak lagi jenis jenis pokok yang digunakan.
Dalam Tahun 1959 , dengan kerjasama semua Penduduk Kampung Batu Payong , Kampung Tinagat dan Kampung Membalua yang mana ketika itu dibawah pentadbiran Allahyarham OT Hj. Junaidi bin Abuban telah mengadakan Gotong Royong untuk membina sebuah Bangunan Sekolah. Pemerintahan pada masa itu masih dibawah Jajahan British ( Colonial of North Borneo ) yang dikendalikan oleh Seorang Penghulu yang berpejabat di Pejabat Residen Tawau. Sekolah Pertama kami telah di dirikan dalam tahun 1959 yang beratap Nipah dan berdinding Kajang ( dibuat daripada Daun Nipah ) keluasan bangunan tersebut berukuran 30’ x 40’. Kami sungguh gembira kerana tidak lama lagi kami semua akan bersekolah. Ibu Bapa lah yang paling gembira kerana anak-anak akan bersekolah di Kampung sendiri tidak lah lagi terpaksa menghantar anak bersekolah ke Bandar dan tinggal dengan sanak saudara disana. Dalam tahun 1960 setelah pembinaan bangunan tersebut siap , bermula lah era persekolahan kami di Kampung Batu Payung. Sekolah kami dinamakan NVS Batu Payong atau Native Voluntary School Batu Payong yang mana kemudiannya diambil alih oleh kerajaan dan diberi nama GPS Batu Payong atau Government Primary School Batu Payong. Bangunan ini telah digunakan selama 3 tahun ( 1960 – 1963 ) dimana satu bangunan baru telah dibina diatas tapak tanah orang kampung yang dibeli oleh kerajaan untuk membina Bangunan Sekolah tersebut. Tahun 1964 , bangunan tersebut telah siap pembinaan nya maka kami berpindah ke bangunan baru yang mana kemudiannya diberi nama SRK Batu Payong atau Sekolah Rendah Kerajaan Batu Payong. Kini SK Batu Payong atau Sekolah Kebangsaan Batu Payong. Guru – guru yang pernah mengajar diSekolah tersebut ;
Tahap pembelajaran kanak –kanak di Kampung Batu Payung pada masa itu sangat lemah , kerana belum ada Sekolah yang didirikan . Masih ku ingat lagi sewaktu kanak-kanak kami bermain permainan yang dibuat sendiri daripada kayu , Tin Susu atau pun besi buruk. Aktiviti kanak – kanak pada masa itu amat jauh berbeza dengan kanak-kanak pada zaman sekarang. Pada masa itu kami berani masuk hutan ( pada masa itu hutan nya masih lagi belum terusik ) , memancing ikan dilaut dengan menggunakan Perahu Jungkung kecil atau Perahu Boggok ( diperbuat daripada batang kayu bulat yang ditoreh dijadikan perahu) banyak lagi aktiviti kami pada masa itu yang sudah tiada lagi seperti main lastik , main guli , main getah bulat (rubber band) dan sebagainya.Terdapat juga permainan Gasing iaitu Gasing Jantung yang diperbuat daripada kayu keras. Biasanya jenis-jenis Kayu seperti Akar Pokok Merbau , Kayu Pelapak , Pokok Jambu dan banyak lagi jenis jenis pokok yang digunakan.
Dalam Tahun 1959 , dengan kerjasama semua Penduduk Kampung Batu Payong , Kampung Tinagat dan Kampung Membalua yang mana ketika itu dibawah pentadbiran Allahyarham OT Hj. Junaidi bin Abuban telah mengadakan Gotong Royong untuk membina sebuah Bangunan Sekolah. Pemerintahan pada masa itu masih dibawah Jajahan British ( Colonial of North Borneo ) yang dikendalikan oleh Seorang Penghulu yang berpejabat di Pejabat Residen Tawau. Sekolah Pertama kami telah di dirikan dalam tahun 1959 yang beratap Nipah dan berdinding Kajang ( dibuat daripada Daun Nipah ) keluasan bangunan tersebut berukuran 30’ x 40’. Kami sungguh gembira kerana tidak lama lagi kami semua akan bersekolah. Ibu Bapa lah yang paling gembira kerana anak-anak akan bersekolah di Kampung sendiri tidak lah lagi terpaksa menghantar anak bersekolah ke Bandar dan tinggal dengan sanak saudara disana. Dalam tahun 1960 setelah pembinaan bangunan tersebut siap , bermula lah era persekolahan kami di Kampung Batu Payung. Sekolah kami dinamakan NVS Batu Payong atau Native Voluntary School Batu Payong yang mana kemudiannya diambil alih oleh kerajaan dan diberi nama GPS Batu Payong atau Government Primary School Batu Payong. Bangunan ini telah digunakan selama 3 tahun ( 1960 – 1963 ) dimana satu bangunan baru telah dibina diatas tapak tanah orang kampung yang dibeli oleh kerajaan untuk membina Bangunan Sekolah tersebut. Tahun 1964 , bangunan tersebut telah siap pembinaan nya maka kami berpindah ke bangunan baru yang mana kemudiannya diberi nama SRK Batu Payong atau Sekolah Rendah Kerajaan Batu Payong. Kini SK Batu Payong atau Sekolah Kebangsaan Batu Payong. Guru – guru yang pernah mengajar diSekolah tersebut ;
1960 – 1964 Cikgu
Kassim bin Ebong ( Guru Besar )
Cikgu ( Datuk ) Manan bin Jakasa
(Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah N.55 Balung )
Cikgu
Muhammad
Cikgu
Sempik @ Abdul Kadir
1965 – 1968 Cikgu Wasli bin Ag.Besar ( Guru Besar )
Cikgu
Sabar
Cikgu
Osman Ajirullah
Cikgu Musa Jamiruddin
Penduduk Kampung dalam Tahun 1960an
Ini adalah Penduduk kampung Batu Payung dalam tahun 1965 , sewaktu itu Masjid Kampung ini berhampiran dengan Sungai dan lebih kurang 5 ke 6 rantai dari tepian laut. Kedudukan Masjid ini berhampiran dengan padang bola. Ada beberapa orang diantara mereka ini yang masih ku ingat nama seperti gambar dari Kanan Amir bin Amisani , Janut bin Mohamad , Mohd.Zain bin Jawalani , Soal bin Satu , Alim bin Satu , Sahabuddin , Abubakar bin Amsani , Lahini , Timbang , Mohaimin , Ramli DA.Manaf , Ujang Epit , Ahmad bin Sulaiman dan Ujang Baki. Ada beberapa orang yang tidak berapa nampak , tapi mereka ini adalah kariah Masjid ini.
Disebelah bahagian kiri gambar ini lah terletaknya Masjid Batu Payung yang disebutkan diatas. Ini adalah sebahagian kawasan Padang bola yang berhampiran dengan Jalanraya. Sebaik saja lepas sembahyang Hariraya peluang untuk bergambar beramai ramai sebagai kenang- kenangan.
Berhari raya tahun 1960an bertandang dari rumah ke rumah dan tentu sekali akan bermula dari rumah Ketua Kampung OT Junaidi bin Abuban.
Gambar 4 - Jalan ini dulunya hanyalah tanah Pasir
Gambar 5 - Dahulu jalan ini jauh dari Pantai tapi sekarang telah dihakis oleh Ombak dan kini berhampiran pantai dan perlu dibuat tembok bagi mengelakkan berlaku Jalan Putus
HARI
PERTAMA ALAM PERSEKOLAHAN ANAK-ANAK KAMPUNG BATU PAYUNG , KAMPUNG MEMBALUA DAN
KAMPUNG TINAGAT TAHUN 1960.
Masih ku ingat hari pertama ke Sekolah , dengan pakaian yang baru Baju Putih , Seluar Pendek warna coklat muda yang baggie ( poket boleh masuk botol minuman ) dan berkasut tiada stokin belum beli dengan bag galas kain tebal warna coklat muda. Rasa nya pada hari itu adalah milik kami semua. Kami dihantar oleh Ibubapa masing-masing untuk mendaftar sebagai murid sekolah. Pada masa itu ada yang mendaftar sudah berumur ada yang berumur 10 tahun hingga 12 tahun, bayangkan lah betapa bersyukurnya penduduk kampung pada ketika itu.
Native Voluntary School Batu Payung tahun 1960
Murid-murid yang sudah besar terus ditempatkan didalam darjah 2 ,manakala yang masih kecil berumur 7 tahun keatas dimasukkan ke Darjah 1. Yang paling Istimewa pada waktu itu tiada buku untuk menulis kami menggunakan Papan Batu untuk menulis. Bermulalah dengan huruf OOOOOOOOOOOOOOO kemudian ABC dan seterusnya. Guru yang mengajar hanya seorang sahaja. Dialah yang mengenalkan kami dengan huruf ABC dan mengira. Beliau adalah Cikgu Haji Kassim bin Ebong yang berasal dari Kinabutan Tawau. Beliau telah menyumbang Jasa Bakti nya kepada kami dan kami tidak akan lupakan sampai bila-bila. Beliau bersusah payah untuk datang dari Kinabutan dengan menaiki Motorsikal BSA nya untuk mengajar kami dan mendidik kami sehingga menjadi orang yang berguna kepada bangsa dan Negara. Bayangkanlah Jalan raya yang ada pada ketika itu masih lagi semi-gravel ( gravel campur dengan tanah merah kalau hujan tentu licin dan becak ) jalan yang diredah sejauh 8 kilometer.
LALUAN PERDAGANGAN
Batu Payung yang terletak dipersisiran pantai menjadi tempat laluan Perahu Dagang dari Indonesia Mereka datang ke Tawau dengan perahu layar membawa Kopra dari Sulewasi.Dari sana mereka membawa pelbagai bahan dagangan selain daripada Kopra seperti rempah ratus , Tembakau , kain dan pelbagai barang barang dagangan. Sementara itu semasa balik mereka akan singgah diPantai Tinagat atau Batu Payung untuk mengambil batu pemberat dimana adakala mereka balik kurang muatan atau pun barangan yang tidak berat , mereka akan singgah mengambil batu sebagai pemberat bagi membantu Perahu Layar mereka dapat berlayar lancar apabila merentasi lautan Samudera raya..
Dahulu Perahu layar ini kami panggil " Pedangkang ".
Beginilah dalam tahun 1972 kelihatan bulatan di Jalan Kuhara dan Simpang ke Kampung Titingan atau pun dahulu terkenal dengan panggilan Ice Box.
Dulu dalam tahun 1960 tempat ini dipanggil Sawmill , dimana persimpangan bulatan ke Jalan Kuhara dan ke Kampung Ice Box. Dahulu sebelum ada Jalan Raya yang menghubungkan kawasan Batu Payung , Tinagat , Membalua dan Inderasabah mereka datang ke Tawau menggunakan Perahu Layar atau Perahu Lipah dan ditempat ini lah mereka berlabuh dan hasil kebun mereka akan dipunggahkan untuk dijual. Kebanyakan dari mereka sudah mempunyai peraih ( tauke ) sendiri yang akan datang untuk membeli barangan yang dibawa seperti Kopra , Pisang , Jagong ( kering didalam karung Guni ) , Rotan ( yang telah dibersihkan / diraut – untuk menjahit atap ) , atap nipah yang sudah berjahit , Belacan ( udang gergau / bubuk yang telah dikeringkan ) , Udang kering dan lain-lain lagi. Kedai yang Dua Pintu itu lah tempat mereka selalu singgah untuk berbelanja dan Minum Kopi , kerana disitu terdapat kedai kopi dengan menyediakan roti paun berkepala dan banyak lagi jenis-jenis kueh bun. Dalam tahun 1960an urus niaga masih menggunakan mata wang British gambar Kerbau disawah sehinggalah Sabah Merdeka bersama Tanah Melayu dan Sarawak membentuk Negara Malaysia.
Ini lah tembakau yang sering dibawa oleh pedagang pedagang dari Indonesia yang mana suatu ketika dulu kebanyakan orang menghisap rokok kirai yang memerlukan tembakau.
MERDEKA MEMBENTUK MALAYSIA
TAHUN 1960AN ADALAH TAHUN YANG PENUH DENGAN PELBAGAI PERISTIWA SEPERTI;
Kempen Suruhanjaya Cobbold tahun 1962
Sabah Merdeka Dalam Malaysia tahun 1963
Ancaman Konfrantasi dengan Negara Jiran Indonesia 1962 - 1966
Perubahan – perubahan dasar pemerintahan kerajaan
Suruhanjaya Cobbold – ditubuhkan pada 17 Januari 1962 bagi meninjau pandangan penduduk Negeri – Negeri Borneo Utara dan Sarawak. Suruhanjaya Cobbold terdiri daripada Mohd.Ghazalie Shafie , Wong Pow Nee , Lord Cobbold , Sir David Watherson dan Sir Anthony Abell.
KESAN KEMPEN KEMERDEKAAN TERHADAP PENDUDUK KAMPUNG
Kampong Batu Payong tidak terkecuali dari menerima kesan Peristiwa tersebut. Ramai penduduk kampong yang terlibat dalam kempen Kemerdekaan bagi membentuk kerajaan dalam Malaysia. Walaupun ketika itu sistem perhubungan tidak baik namun semarak Kemerdekaan tetap membara dijiwa penduduknya. Merdeka dengan membentuk Negara Malaysia itulah cogan kata yang sentiasa dilaung-laungkan dan diperbualkan dari rumah ke rumah. Sebuah Negara Baru akan ujud iaitu Malaysia dan Negeri Sabah akan mempunyai Pentadbiran nya sendiri yang akan diketuai oleh orang orang tempatan nya sendiri.
Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan pada 17 Januari 1962 bagi meninjau pandangan penduduk Negeri-Negeri Boeneo Utaradan Sarawak. Ahli Suruhanjaya terdiri daripada dari kiri Mohd.Ghazali Shafie, Wong Pow Nee , Lord Cobbold , Sir David Watherston dan Sir Anthony Abell ( dari Arkib Negara )
Namun pada waktu itu Negara Jiran Indonesia tidak berpuashati dan melancarkan Konfrantasi Ganyang Malaysia dalam tahun 1962 -1966.
Akibat dari konfrantasi Ganyang Malaysia oleh Negara jiran berlakulah Perintah Berkurung dikuatkuasakan dimana Kampung Batu Payong terlibat sama kerana kedudukannya berhadapan dengan Laut Celebes. Ramai tentera Malaya dan Singapura berada di Batu Payong termasuklah tentera Gurkha British. Masih ku ingat lagi apabila bertemu dengan tentera Gurkha dan British kami akan tunduk takut bertentangan dengan mereka.
Untuk peringatan semua pada tahun yang sama juga berlaku Perubahan Dasar Pemerintahan di Negara Indonesia dimana Parti Komunis Indonesia ( PKI ) semangkin memperkukuhkan kedudukan nya di beberapa bahagian di Indonesia. Ramai penduduk dari Sulewasi berhijrah ke Sabah terutama sekali Daerah Tawau yang berhampiran dengan mereka. Ada yang datang naik Sampan kecil , Perahu Panjang , Bot-bot kecil dan mereka akan mendarat dimana saja yang mereka sendiri tidak ketahui. Pernah suatu ketika ,sebuah sampan kecil memuatkan lapan orang telah mendarat di Kampung Batu Payong telah terserampak dengan askar Gurkha , apa lagi pucat lesi mereka dibuatnya. Mereka kelihatan letih mungkin sudah beberapa hari dilaut tidak makan. Mereka telah tidak sanggup lagi berada di Negara mereka kerana pembunuhan berlaku tanpa amaran , sesiapa saja yang di syaki talibarut PKI atau penyokong PKI akan dihapuskan tanpa perbicaraan.oleh sebab itulah mereka lari menyelamatkan diri ke Malaysia begitu juga sebaliknya dimana kumpulan penyokong PKI akan membakar rumah-rumah , membunuh dan peras ugut berleluasa walaupun pada ketika itu hubungan Malaysia Indonesia tidak baik. Keadaan pada ketika itu semakin tegang dimana semakin ramai tentera ditempatkan di Kampung Batu Payung terutama sekali di Tinagat Light House.
PENEMPATAN ASKAR KOMONWEL DIKAWASAN TAWAU TERMASUK BATU PAYUNG , TINAGAT DAN LAIN-LAIN TEMPAT DIPERSISIRAN PANTAI DAERAH TAWAU
Pada waktu itu juga lah kami sudah mengetahui tentang Hovercraft , kerana Hovercraft selalu membuat rondaan dan singgah di Kampung Batu Payong .
Hovercraft yang meronda kawasan laut akan singgah di Batu Payung dimana hovercraft yang datang dari laut terus naik ke darat melalui benteng pasir ( Gusung ) memang lah menghairan kami waktu itu kerana hovercraft boleh berada diatas air dan di daratan tanpa berhenti atau terkandas. Setiap kali mereka singgah kami kanak kanak pada masa itu akan rasa teruja dan ingin melihat nya dari dekat.
Tentera Melayu ketika itu terus menjalankan rondaan bagi memastikan keamanan di Tawau khasnya yang mana kawasan yang berpotensi besar mendapat ancaman dari Tentera Indonesia.
Disebabkan keadaan kedudukan Tawau berhampiran dengan Sempadan Indonesia yang mana Tawau adalah yang menyebabkan konflik ini berlaku dimana pihak Indonesia mahukan Tawau sebahagian daripada Indonesia.
Sebagai persediaan tentera British telah menempatkan Unit Gurkha bersama unit “British No.2 Special Boat Section” dibawah Kapten DW Mitchell. Australian Class Destroyer Pengiring juga ditempatkan di Telok Cowie sementara itu Skuardon Jet-jet Pejuang jenis F-86 Sabre melakukan rondaan Udara setiap hari yang ditempatkan di Pulau Labuan.
Kofrantasi Malaysia - Indonesia selesai apabila pertemuan antara Tun Adam Malik Menteri Luar Indonesia dengan Tun Hj.Abdul Razak Hussien Timbalan Perdana Menteri Malaysia dimeterikan dimana keamanan Rakyat kedua Negara adalah diutamakan
Kofrantasi Malaysia - Indonesia selesai apabila pertemuan antara Tun Adam Malik Menteri Luar Indonesia dengan Tun Hj.Abdul Razak Hussien Timbalan Perdana Menteri Malaysia dimeterikan dimana keamanan Rakyat kedua Negara adalah diutamakan
Tahun 1967 aku menduduki peperiksaan Darjah Enam dan telah lulus cemerlang dengan mendapat 82% . Aku mendapat tawaran belajar di Maktab Sabah Kota Kinabalu. Awal Tahun 1968 aku mula menyambung pelajaran disana dan terpaksa lah aku tinggalkan Kampung Batu Payung yang banyak mengajar aku erti kehidupan.
end
No comments:
Post a Comment