Monday, September 16, 2013

KAMPUNG RANGGU VOL.3

KAMPUNG RANGGU YANG KU KENALI 

Pendahuluan

Bulan September 1981 adalah suatu tarikh yang sukar dilupakan buat kami sekeluarga . Dalam bulan tersebut kami telah berpindah dari Batu 2 Jalan Apas ( Lorong Mat Salleh ) dirumah Pak Tua Hj.Osman bin Abd.Rahman ke Batu 10 Jalan Ranggu , Kampung Rancangan Ranggu ( kebun sendiri ). Kami tinggal dirumah lama ( rumah yang dibina semasa Rancangan Ranggu dibawah Pentadbiran Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah tahun 1966 hingga 1968 ). Kami berpindah dari rumah Batu 2 kerana mahu belajar hidup sendiri dan tidak mahu bergantung hidup sepenuhnya dibawah bantuan orang tua.
Pada waktu itu Kampung Ranggu belum lagi mempunyai infrastruktur yang mencukupi.

  • ·         Jalan Raya yang ada ialah Jalan Gravel  berbatu kasar
  • ·         Talian Letrik belum ada
  • ·         Talian telepon belum ada
  • ·         Paip air belum ada
  • ·         Sistem perhubungan awam dengan menggunakan Bas Pengangkutan
  • ·         Kenderaan awam tidak banyak
  • ·         Masjid ada
  • ·         Balairaya ada
  • ·         Balai Polis tiada
  • ·         Klinik kesihatan tiada
  • ·         Sekolah Rendah Kerajaan Kg.Ranggu ada
  • ·         Ketua Kampung ada
  • ·         Pengerusi JKKK ada
  • ·         Wakil Ketua anak Negeri ada
  • ·         Imam Masjid ada


Air keperluan harian

Kami perlu membiasakan diri dengan keadaan tersebut. Untuk makan dan minum kami menggunakan air hujan yang disimpan didalam tangki. Untuk mandi dan mencuci pakaian kami menggunakan air  sungai dan air perigi. Bagi menampung keperluan harian kami terpaksa lah menggali Perigi yang dibuat berhampiran dengan anak sungai. Anak-anak sungai inilah yang kami bersihkan agar airnya boleh digunakan untuk mandi dan mencuci pakaian. Masalah yang paling kritikal ialah apabila musim kemarau melanda. Kami terpaksa berjalan kaki lebih kurang 1 batu untuk ke sungai yang berhampiran.Walaubagaimana pun sungai tersebut juga akan kering sewaktu kemarau yang panjang. Pernah suatu waktu kami terpaksa mengadakan sembahyang dikawasan lapang untuk memohon hujan.
Pada saya ianya tidaklah menjadi masalah yang sangat besar kerana saya dibesarkan dikampung iaitu diKampung Batu Payung.Bezanya disini jauh ke daratan manakala di Kampung Batu Payung terletak ditepi Laut. Cuaca disini pada tahun 1980an sejuk pada waktu pagi dan masih terdapat embun pagi. Sejak kebangkitan harga pasaran komiditi koko banyak Ladang-ladang dan kebun-kebun diterokai untuk Tanaman koko. Pokok-pokok getah yang selama ini menjadi sumber tanaman utama telah mula ditumbangkan dan digantikan dengan tanaman koko. Dengan kurangnya pokok-pokok yang besar keadaan cuaca pun berubah.Dalam Tahun 1990an keadaan cuaca tidak lagi sejuk pada waktu pagi seperti yang dulu. 

Talian Elektrik

Awal tahun 1980an sewaktu kami berpindah ke Kampung Ranggu , talian elektrik belum lagi ada. Untuk memasak kami menggunakan dapur tanah dengan menggunakan kayu api yang dikenali sebagai Tungkuh. Keperluan kayu api amatlah diutamakan kerana tanpa kayu api² aktiviti memasak tidak boleh dilaksanakan.Hidup dikampung kita perlu kreatif dan inovatif kerana semua perkara perlu dilaksanakan sendiri tiada yang menggunakan suis. Pada waktu malam kami menggunakan Lampu Pam sehingga jam 9.00 malam lepas tu menggunakan lampu pelita.Tidur malam kena menggunakan kelambu untuk mengelakkan digigit nyamuk.Dalam Tahun 1981 semasa kempen Pilihanraya Negeri Sabah yang ke-4 ( 7 March 1981 hingga 22 Mac 1981 ) Parti Berjaya yang memerintah masa itu telah berjanji akan memperbaiki infrastruktur seperti Jalan dan Talian Elektrik. Kontraktor bagi pemasangan talian Elektrik ke kampong Ranggu telah diluluskan , kerja-kerja pemasangan sedang giat dilakukan yang mana dijangkakan sebelum Hari Raya Aidil Adha Kawasan Kampung Ranggu akan menikmati Talian Elektrik seperti yang telah dijanjikan.
Pada 30 September 1982 talian elektrik telah mula beroperasi dan kebetulan pula ke esokan harinya adalah Hari Raya Aidil Adha. Semua orang kampong gembira kerana salah satu kemudahan Infrastruktur yang sangat penting telah diperolehi. Dengan adanya kemudahan tersebut ramai lah penduduk kampung membeli keperluan harian yang menggunakan elektrik seperti periuk nasi dan peti sejuk.



Dapur yang diperbuat seperti meja dan dibubuhkan tanah kemudian dibuatkan tempat meletakkan periok , belanga untuk memasak dimana kayu api sebagai bahan pembakarnya.

²kayu yang telah dipotong atau dibelah-belah sesuai dengan rak tempat menyimpan kayu didapur rumah.

No comments:

Post a Comment