MESYUARAT AGONG USNO
CAWANGAN RANCANGAN RANGGU N.47 BALUNG PADA TAHUN 1991 DISEKOLAH KEBANGSAAN
RANGGU,TAWAU SABAH PADA 20 JANUARI 1991 JAM 1.30 PETANG
Seramai 75 orang ahli yang
hadir pada petang itu.Mesyuarat tersebut telah diPengerusikan oleh En.Yusof bin
Hj.Ahmad.Mesyuarat Agong kali ini adalah untuk pemilihan Ahli Jawatan Kuasa
baru bagi Ahli Jawatankuasa Cawangan , Ahli Jawatan Kuasa Wanita dan Ahli
Jawatankuasa Pemuda.
1.
AHLI
JAWATANKUASA CAWANGAN
Ketua
Cawangan
Naib Ketua
Cawangan
Setiausaha
Bendahari
Ketua
Penerangan
Ahli
Jawatankuasa ( 13 orang )
2.
AHLI
JAWATANKUASA WANITA
Ketua
Naib Ketua
Setiausaha
Bendahari
Ketua
Penerangan
Ahli
Jawatankuasa ( 6 orang )
3.
AHLI
JAWATANKUASA PEMUDA
Ketua
Naib Ketua
Setiausaha
Bendahari
Ketua
Penerangan
Ahli
Jawatankuasa ( 6 orang )
Turut hadir untuk merasmikan Mesyuarat Agong
Cawangan USNO Kampung Rancangan Ranggu ialah;
Yang Berhormat Dato Ismail bin Dato Jook , Pemangku Ketua Bahagian USNO N.47 Balung .
En.Hamil bin Hj.Awang , Setiausaha USNO Bahagian
En.Sarman Amat Simito , Naib Ketua Pergerakan
Pemuda USNO Bahagian
Dato Uddin bin Dato Ismail , Setiausaha Kerja Bahagian
Dato Indal bin Dato Ismail , Bendahari Pemuda
Bahagian
En.Gafar bin Ahmad , AJK Pemuda Bahagian
UCAPAN KETUA CAWANGAN EN.KASSIM BIN RAHMAN
Dalam ucapan yang berbahagia Ketua Cawangan telah
menyentuh beberapa isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli Jawatankuasa Cawangan
semasa Mesyuarat Cawangan yang telah diadakan antaranya ialah;
- Cadangan dari En.Pattaruddin bin Sasse meminta agar Cawangan Rancangan Ranggu membuat permohonan tentang Tanah perkebunan yang mana menurut beliau masih terdapat di kawasan Batu 12. Pihak Cawangan memerlukan sokongan daripada Yang Berhormat Dato Ismail bin Dato Jook selaku Pemangku Ketua Bahagian USNO N47.Balung
- Cadangan dari Ketua Cawangan sendiri ialah tentang membaikpulih Masjid Kampung Ranggu.
- Cadangan dari pada En.Amirbak bin Abd.Rahim ialah menaiktaraf Jalan Rancangan Ranggu.
- Memohon agar bekalan Air paip kerajaan dipercepatkan . Pihak Jawatan kuasa telah juga membincangkan untuk memohon peruntukan bagi membina Dam Takungan Air Graviti dimana kertas kerja sedang dalam proses penyiapan.
- Masalah tiang Letrik dibatu 12 yang digunakan adalah Kayu yang tidak tahan lama. Memohon agar tiang digantikan dengan Besi.
UCAPAN YANG BERHORMAT DATO ISMAIL BIN DATO
JOOK , AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI SABAH
MERANGKAP PEMANGKU KETUA BAHAGIAN USNO N.47 BALUNG SETERUSNYA MERASMIKAN
MESYUARAT AGONG USNO CAWANGAN RANCANGAN RANGGU .
Beliau mengucapkan ribuan terima kasih diatas
kesudian semua Ahli USNO Kampong Rancangan Ranggu kerana sudi meluangkan masa
untuk hadir ke Mesyuarat Cawangan pada petang itu. Beliau juga terhutang budi
kepada semua Ahli USNO kerana dengan sokongan dan kerjasama , beliau dapat
memenangi di Pilihan Raya Umum yang lalu.
Mengenai dengan usul dan cadangan yang telah
disampaikan oleh Ketua Cawangan sebentar tadi pihak nya akan berusaha untuk
membantu dan mana-mana yang perlu diketengahkan pihaknya sedia untuk membantu
agar keperluan diCawangan Rancangan Ranggu ini dapat dilaksanakan.
- Mengenai usul permohonan Tanah perkebunan yang terdapat di Batu 12, Jalan Ranggu itu Beliau menyokong penuh kerana itu adalah untuk kebaikkan semua Ahli Cawangan ini. Walaubagaimana pun tanah yang melebihi 60 ekar itu adalah dibawah tanggungjawab Jabatan Hasil Bumi dan permohonan perlulah disalurkan mengikut peraturan sedia ada dan pihak nya sedia untuk membuat sokongan.
- Mengenai membaikpulih Masjid , beliau akan memberikan keutamaan untuk membantu sekiranya peruntukan diterima kelak.
- Mengenai Naiktaraf Jalan Rancangan Ranggu , beliau berharap AJK Cawangan menyediakan pelan yang dimaksudkan untuk dihantar ke Kementerian Luar Bandar untuk kelulusan peruntukan.
- Mengenai masalah air , sekiranya pihak cawangan sudah mempunyai Alternatif lain pihak nya sedia untuk memberikan sokongan. AJK Cawangan perlulah menyediakan kertas kerja untuk dipanjangkan ke Jabatan Pembangunan Persekutuan untuk kelulusan peruntukan.
- Masalah tiang letrik yang dibangkitkan , pada pandangan Yang Berhormat biarkan lah dahulu apa yang ada kerana peruntukan dalam RMK-5 dan kini amat terhad.
KEPUTUSAN PEMILIHAN AJK CAWANGAN, AJK WANITA DAN
AJK PEMUDA USNO CAWANGAN RANCANGAN RANGGU BAGI TEMPOH 1991/1992
Keputusan adalah seperti berikut;
AHLI JAWATANKUASA USNO KG.RANCANGAN RANGGU
1991/1992
Ketua Kassim
bin Rahman
N/Ketua Amirbak
bin Abd.Rahim
Setiausaha Yusof
bin Hj.Ahmad
Bendahari Jalil
bin Muhamad
K/Penerangan Mohd.Maskur
bin Said
AJK Karim
bin Osman
Pattarudin
bin Sasse
Baharin
bin Osman
Kadir
bin Bakhtiar
Sapili
bin Nurusid
Zakaria
bin Abd.Rahman
Mohd.Yunus
bin Kadir
Hjh.Asiah
binti Mahmud
Baya
binti Dais
Dawe
binti Kada
Gambar Ketua Cawangan Kassim bin Rahman dan Naib
Ketua Cawangan
Amirbak bin Abd.Rahim
AHLI JAWATANKUASA WANITA USNO KG.RANCANGAN RANGGU
1991/1992
Ketua Kasma
binti Jalil
N/Ketua Rahima
binti Hj.Salleh
Setiausaha Normah
binti Amirbak
Bendahari Harliani
binti Daud
Penerangan Mastura
Binjin
AJK Fatimah
binti Mariano
Asang
binti Berahim
Misnah
binti Maskur
Udang
binti Ahmad
Ache
binti Paddo
Baya
binti Dais
AHLI JAWATANKUASA PEMUDA USNO KG.RANCANGAN RANGGU
1991/1992
Ketua Mohd.Arpa
bin Bintang
N/Ketua Amran
bin Amirbak
Setiausaha Abd.Rahman
bin Yahya
Bendahari Jainal
bin Naha
Penerangan Rosli
bin Kirah
AJK Mappajaru
bin Bintang
Hussien
bin Kassim
Mohd.Yunus
b Bakhtiar
Fadly
bin Maskur
Junaidi
bin Mahmud
Zulkifli
Abd.Rahman
Ucapan Penangguhan oleh Ketua Cawangan dengan
ucapan terima kasih kepada
semua Ahli yang hadir dan telah memberikan kerjasama
sehingga Mesyuarat
Cawangan dapat berjalan dengan baik dan teratur.
Mesyuarat berakhir pada jam 4.15 petang
No comments:
Post a Comment