20/6/2014 , Biro Agama telah bermesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi Biro Agama UMNO Bahagian Tawau Tuan Hj.Mahamud bin Sakti dan telah memutuskan beberapa perkara yang akan dibentangkan dalam mesyuarat AJK UMNO Bahagian Tawau tentang Ihya Ramadahan tersebut.
29/6/2014 , Mesyuarat AJK Bahagian UMNO P.190 Tawau telah memutuskan bahawa Program Membara Ihya Ramadhan 1435H akan dilaksanakan oleh Biro Agama UMNO Bahagian Tawau. Dalam merealisasikan Program Ihya Ramadhan tahun ini beberapa mesyuarat Biro Agama telah diadakan bagi membincangkan pelaksanaan program tersebut.
Program Ihya Ramadhan akan dilaksanakan dengan kerjasama Yang Berhormat Datuk Tawfiq bin DSP Titingan selaku Ketua UMNO Bahagian P.190 Tawau merangkap ADUN N.56 Apas dan Yang Berhormat Datuk Syed Abas bin Syed Ali ADUN N.55 Balung. Biro juga dibantu oleh Unit Pegawai Pembangunan Masyarakat ( PPM ) serta AJK UMNO Bahagian P.190 Tawau.
Berikut adalah Jadual yang telah dipersetujui dan akan dilaksanakan bersama-sama dengan YB.Datuk Tawfiq DSP.AB.Titingan ( ADUN N.56 Apas ) dan YB.Datuk Syed Abas Syed Ali ( ADUN N.55 Balung )
JADUAL PROGRAM YB.DATUK ADUN KAWASAN N.56 APAS
SEMPENA BULAN RAMADHAN 1435H
JADUAL PROGRAM YB.DATUK ADUN KAWASAN N.55 BALUNG
SEMPENA BULAN RAMADHAN 1435H
Dengan bantuan dan kerjasama semua pihak dan diputuskan dalam Mesyuarat UMNO Bahagian program tersebut akan dilaksanakan mulai 1 Julai 2014. Biro Agama UMNO Bahagian Tawau telah membuat penyenaraian mengikut tarikh dan tempat yang akan dilawati dan program yang akan dilaksanakan.
Dalam keputusan Mesyuarat AJK UMNO Bahagian Tawau yang dipersetujui semua , bahawa perbelanjaan bagi pelaksanaan program adalah seperti berikut:
1. Pemberian wang sebanyak RM50.00 kepada penerima seramai 20 orang dilokasi yang akan dilawati .
2. Pemberian Wang Zakat oleh Pusat Zakat Negeri Sabah kepada penerima gulungan Asnaf yang berdaftar dengan Agensi tersebut.
3. Pemberian Hamper yang mengandungi Beras , Kopi , Gula dan lain keperluan asas kepada 20 orang ditempat yang dilawati yang akan disediakan oleh Pergerakan Puteri UMNO Tawau dengan kerjasama Ahli Parlimen Tawau Yang Berhormat Datuk Mary Yap Kain Ching.
01 JULAI 2014 ( SELASA )
LOKASI:MASJID NURUL AWAL KG.SUNGAI APAS
Program dilaksanakan diMasjid Nurul Awal Kampung Sungai Apas.Pengisian program pada petang itu ;
- Penyampaian bantuan Pusat Zakat
- Penyampaian bantuan Fakir Miskin
- Berbuka Puasa
- Solat Maghrib
- Tazkirah Ramadhan
- Solat Isyak
- Solat Sunat Taraweh
Turut Hadir dalam Program Ihya Ramadhan Ustaz Hj. Ahmad Malik Penceramah bebas dari JAKIM Tawau.Beliau akan menyampaikan tazkirah Ramadhan sebelum solat Isyak.
Hj.Mahamud Sakti ( Pengerusi Biro Agama UMNO Bahagian Tawau), Karim Tumak ( AJK Biro Agama ), Hj.Ansing Hj.Sattuo ( Timbalan Pengerusi Biro Agama ) dan Yusof Hj.Ahmad ( AJK Biro Agama)
Bersama Pengerusi Masjid Nurul Awal Kg.Sungai Apas Hj.Dullah bin Rasid , Yusof Hj.Ahmad (AJK Biro Agama), Datu Abdul Rahman Datuk Ismail Jook ( AJK Biro Agama ) dan Tuan Sarman Amat Simito ( Pegawai Pembangunan Masyarakat Bahagian DUN Apas )
Menunggu waktu berbuka Puasa , hidangan yang disediakan oleh AJK Masjid Nurul Awal Kg.Sungai Apas.
LOKASI:MASJID AL-FURKHAN KG.INDERASABAH
Program dilaksanakan diMasjid Al-Furkhan Kampung Inderasabah .Pengisian program pada petang itu ;
- Penyampaian bantuan Pusat Zakat
- Penyampaian bantuan Fakir Miskin
- Berbuka Puasa
- Solat Maghrib
- Tazkirah Ramadhan
Pada pukul 4.30 petang Penduduk Kampung Inderasabah mula berkumpul diBalairaya untuk menerima bantuan dari Pusat Zakat Sabah.
Ustaz Omar Kassim memastikan penerima zakat adalah yang telah mendapat kelulusan dan telah berdaftar dengan Pusat Zakat Sabah
Para penerima zakat telah menerima wang zakat mereka dari Pusat Zakat Sabah yang disampaikan oleh YB.Datuk Tawfiq DSP AB Titingan diBalairaya Kg.Inderasabah.
Para penerima zakat wanita telah menerima wang zakat mereka dari Pusat Zakat Sabah yang disampaikan oleh Pegawai Pusat Zakat Negeri Sabah Kawasan Tawau diBalairaya Kg.Inderasabah.
Dari Balairaya kami balik semula ke Masjid Al-Furkhan Kg.Inderasabah untuk menunaikan solat sunnatul masjid dan menunggu masuknya waktu berbuka puasa.
Para Jemaah termasuk YB.Datuk Tawfiq bin DSP AB.Titingan, Penceramah bebas Jakim Tuan Ustaz Ahmad Malek, Pengerusi Biro Agama UMNO Bahagian Tawau Hj.Mahamud bin Sakti dan AJK Biro Agama UMNO Bahagian Tawau berkumpul diserambi Masjid dimana hidangan untuk berbuka puasa telah disediakan.
Turut hadir diProgram Ihya Ramadhan ini En.Edward Voo Pegawai Perhubungan Ahli Parlimen Tawau , dimana akan menyampaikan bantuan yang disumbangkan oleh YB.Datuk Mary Yap Kain Ching Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia merangkap Ahli Parlimen P.190 Tawau.
Turut hadir Ybhg.Setiausaha Sulit Kepada Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan Negeri Sabah Tuan Hj.Naim bin Ahmat.
Penyampaian Bantuan Kewangan Tabung Masjid Al-Furkhan oleh Tuan Hj.Nizam bin DSP AB.Titingan Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sabah yang disampaikan oleh Datu Indal bin Datuk Ismal Jook kepada Tuan Hj.Idris Osman Pengerusi Masjid Al-Furkhan Kg.Inderasabah.
Penyampaian bantuan kepada Penduduk kampung Inderasabah oleh YB.Datuk Tawfiq bin DSP AB Titingan. Seramai 20 orang penduduk kampung Inderasabah akan menerima bantuan daripada UMNO Bahagian Tawau.
Bantuan keperluan asas seperti Beras,Kopi,Gula,susu dan lain-lain keperluan harian telah disampaikan kepada seramai 20 orang penduduk Kampung Inderasabah yang disediakan oleh Pergerakan Puteri UMNO Tawau dengan kerjasama Ahli Parlimen Tawau yang disampaikan oleh Pegawai Perhubungan nya En.Edward Voo.
Tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh Pendakwa bebas sebelum solat Fardu Isyak dan Solat Sunnat Tarawih dilaksanakan.
YB.Datuk Tawfiq bin DSP AB.Titingan bersama rombongan AJK UMNO Bahagian Tawau dan juga AJK Biro Agama UMNO Bahagian Tawau bersama-sama penduduk kampung melaksanakan solat Fardu Isyak dan Solat Sunnat Tarawih.
04 JULAI 2014 ( JUMAAT )
LOKASI:(1) MASJID RAUDATUL JANNAH KAMPUNG KINABUTAN BESAR (2) MASJID KG.KINABUTAN KECIL
Program dilaksanakan diMasjid Raudatul Jannah Kg.Kinabutan Besar / Kecil Pengisian program pada petang itu ;
- Penyampaian bantuan Pusat Zakat
- Penyampaian bantuan Fakir Miskin
- Berbuka Puasa
- Solat Maghrib
- Tazkirah Ramadhan
Mulai 4 Julai 2014 ( Jumaat ) saya mengikuti rombongan Yang Berhormat Datuk Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali Timbalan Ketua UMNO Bahagian P.190 Tawau merangkap ADUN N.55 Balung. Kawasan-kawasan yang akan dilawati adalah seperti yang tertera didalam jadual diatas.
(1) PENYAMPAIAN BANTUAN KEWANGAN PUSAT ZAKAT SABAH DIMASJID RAUDAHTUL JANNAH KG.KINABUTAN BESAR
(1) PENYAMPAIAN BANTUAN KEWANGAN PUSAT ZAKAT SABAH DIMASJID RAUDAHTUL JANNAH KG.KINABUTAN BESAR
Para Penerima Wang Zakat telah berkumpul dikawasan tepi Masjid Kinabutan Besar menunggu untuk menandatangani borang penerimaan zakat yang akan diaturkan oleh Pegawai Zakat Negeri Sabah Kawsan Tawau.
YB.Datuk Syed Abas bin Syed Ali menyemak senarai penerima yang disenarai dalam daftar penerima Wang Zakat. Beliau amat tidak berpuashati dimana masih ramai lagi penduduk yang layak tidak tersenarai.Beliau mengarahkan agar Pegawai Pembangunan Masyarakat dengan kerjasama Biro Agama UMNO Bahagian Tawau dapat mengenal pasti mereka-mereka yang sepatut nya dibantu dalam masa seperti ini iaitu akan menghadapi Perayaan Hari Raya Aidil Fitri. Turut hadir diMajlis ini Hj.Ansing bin Hj.Sattuo - Timbalan Pengerusi Biro Agama UMNO Bahagian Tawau, Syed Hasan Syed Idrus - Pegawai Pembangunan Masyarakat Kawasan Balung, Ahli Jawatankuasa Masjid Kinabutan Besar.
Yang Berhormat Datuk Syed Abas bin Syed Ali ADUN N.55 Balung menyampai kan ucapan diprogram tersebut.
Yang Berhormat Datuk Syed Abas bin Syed Ali mengingatkan bahawa membantu golongan kurang bernasib baik tidak seharusnya terbatas kepada kaum tertentu sahaja.Terdapat juga orang orang yang kurang bernasib baik daripada kaum kaum lain juga diNegeri Sabah ini yang perlu diberikan bantuan bagi meringankan bebanan mereka.Usaha untuk membantu semua kaum ini perlulah dilakukan secara berterusan dalam memastikan keperluan mereka dapat dipenuhi. Dalam ucapan Beliau berharap pihak Zakat terus berusaha untuk membantu rakyat yang kurang bernasib baik ini mendapat perhatian dan bantuan yang sewajarnya.
Para penerima telah dikumpul dengan dibahagikan kepada beberapa bahagian mengikut kampung masing-masing.
Petugas dari Pusat Zakat menyelaras dan mengatur bagi memastikan penerima yang telah berdaftar akan menerima wang zakat mereka.
YB.Datuk Syed Abas bin Syed Ali menyampaikan bantuan dari Pusat Zakat kepada salah seorang penerima yang uzur.
Mereka-mereka yang kurang bernasib baik dan golongan warga emas terus dibantu agar mereka dapat menjalani kehidupan harian lebih baik dan sempurna.
Para Ibu Tunggal juga tidak terpinggir daripada bantuan yang dihulurkan. Menurut YB.Datuk Syed Abas bin Syed Ali , bantuan pihak kerajaan akan berterusan kepada mereka-mereka yang memerlukan dan akan memastikan mereka mereka yang lemah akan terus dibantu.
Turut hadir dan menyampaikan bantuan YB.Datuk Mary Yap Kain Ching - Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia dan juga Ahli Parlimen P.190 Tawau bagi bantuan keperluan asas kepada mereka-mereka yang memerlukan. Bantuan yang disampaikan berupa Beras,Kopi,Gula dan lain-lain keperluan dapur telah disediakan oleh Parlimen Tawau dengan kerjasama AJK Bahagian Pergerakan Puteri UMNO Tawau.Seramai 40 orang penerima bantuan yang disampaikan.
Penyampaian Bantuan Kewangan Tabung Masjid Kg.Kinabutan Kecil oleh Tuan Hj.Nizam bin DSP AB.Titingan yang disampaikan oleh Datu Indal bin Datuk Ismail Jook kepada Bendahari Masjid Kg.Kinabutan Kecil disaksikan oleh YB.Datuk Syed Abas bin Syed Ali dan NC Jelson Pg.Awang.
Penyampaian Alat Penghawa Dingin oleh YB.Datuk Syed Abas bin Syed Ali kepada AJK Masjid
Persiapan untuk Majlis berbuka Puasa bersama YB.Datuk Syed Abas bin Syed Ali di Masjid Kg.Kinabutan Kecil
Menurut mereka yang bertugas diMasjid ini setiap hari ramai orang akan datang berbuka disini , begitu juga ramai penduduk kampung yang akan menghantar juadah berbuka puasa.Mereka yang bertugas disini akan menyusun atur makan yang dihantar untuk dimakan oleh mereka yang berbuka puasa disini.
Selepas berbuka puasa kami akan bersembahyang Maghrib
Program Ihya Ramadhan di Masjid Kg.Kinabutan Kecil berakhir pada jam 7.00 malam
05 JULAI 2014 (SABTU)
LOKASI:(1) MASJID NURUL HUDA KG.BATU 22 APAS BALUNG,TAWAU (2) MASJID BUKIT QUOIN (3) PERKARANGAN RUMAH EN.KARIM TUMAK BLOK 31 / SEMBAHYANG TARAWIH DIMASJID NUR AL-TAQWA SLDB BATU 17 KG.TERASING
Program dilaksanakan diMasjid Masjid berkenaan seperti program yang disediakan. Pengisian program pada petang itu ;
- Penyampaian bantuan Pusat Zakat
- Penyampaian bantuan Fakir Miskin
- Berbuka Puasa
- Solat Maghrib
- Tazkirah Ramadhan
Pada 5 Julai 2014 seawal jam 1.00 petang YB.Datuk Syed Abas bin Syed Ali dan rombongan AJK Biro Agama UMNO Bahagian Tawau dan juga Pegawai Pusat Zakat telah berada dilokasi iaitu Masjid Nurul Huda Kg.Batu 22 Apas Balung. Sementara itu penduduk kampung belum lagi datang , sehingga lah jam 2.00 petang baru lah semuanya datang.
Sementara menunggu penduduk kampung sampai duduk lah diruang veranda Masjid.
YB.Datuk Syed Abas bin Syed Ali menyampaikan bantuan kewangan dari Pusat Zakat.
Penduduk Kampung begitu gembira kerana dapat berjumpa dengan YB.Datuk Syed Abas bin Syed Ali selaku ADUN N.55 Balung.
Penyampaian Bantuan kewangan Tabung Masjid Nurul Huda Batu 22 Apas Balung oleh Tuan Hj.Nizam DSP AB.Titingan yang disampaikan oleh Datu Indal bin Datuk Ismail kepada Pengerusi Masjid Nurul Huda disaksikan oleh YB.Datuk Syed Abas bin Syed Ali , Pengerusi JKKK Batu 22 Apas Balung, Imam Masjid Nurul Huda.
Penyampaian Replika cek oleh Pusat Zakat Sabah kepada Pengerusi Masjid Nurul Huda Batu 22 Apas Balung yang disampaikan oleh YB.Datuk Syed Abas bin Syed Ali ADUN N.55 Balung.
Program asalnya Penyampaian bantuan kewangan Pusat Zakat dan bantuan keperluan asas dilaksanakan di Masjid Sungai Kawa dan di Dewan Serbaguna Bukit Quoin telah ditukarkan ke tempat baru iaitu semua penerima berkumpul di Masjid Bukit Quoin.
Para penerima bantuan telah mula berkumpul seperti yang telah diumumkan dimana pembahagian bantuan Pusat Zakat Sabah dan Bantuan Keperluan asas akan dilaksanakan diMasjid Bukit Quoin.
YB.Datuk Syed Abas bin Syed Ali menyampaikan ucapan terima kasih kerana para penerima sudi hadir berkumpul diMasjid Bukit Quoin setelah pihak penganjur menukar tempat serahan bantuan kesini.Turut hadir Ahli Parlimen P.190 Tawau YB.Datuk Mary Yap Kain Ching - Timbalan Menteri Pendidikan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Penyampaian bantuan keperluan asas dan juga bantuan kewangan dari Pusat Zakat Sabah. Penyampaian bantuan oleh YB.Datuk Syed Abas bin Syed Ali bersama YB.Datuk Mary Yap Kain Ching. Penerima adalah terdiri daripada penduduk Kg.Sungai Kawa dan Kg.Bukit Quoin.
Penyampaian bantuan kewangan dari Pusat Zakat Sabah yang berdaftar dengan Pusat Zakat dan juga dari UMNO Bahagian Tawau kepada 20 orang penerima untuk setiap kampung.
Penyampaian bantuan kewangan Tabung Masjid Kg.Bukit Quoin oleh Tuan Hj.Nizam DSP AB Titingan yang disampaikan oleh Datu Indal Datuk Ismail kepada Pengerusi Masjid Kg.Bukit Quoin.
(3)PENYAMPAIAN BANTUAN KEWANGAN DARI PUSAT ZAKAT SABAH , BANTUAN KEWANGAN DARI UMNO BAHAGIAN TAWAU , BANTUAN DARI AHLI PARLIMEN TAWAU DAN BANTUAN DARI PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN TAWAU DIHALAMAN RUMAH WNC KARIM BIN TUMAK KG.BLOK 31 , TAWAU
Dari Masjid Bukit Quoin rombongan YB.Datuk Syed Abas bin Syed Ali ADUN N.55 Balung dan YB.Datuk Mary Yap Kain Ching Ahli Parlimen P.190 Tawau terus ke rumah WNC Karim bin Tumak Kampung Blok 31.
Lepas berbuka puasa sembahyang Maghrib berjemaah dirumah En.Karim Tumak kemudian sambung makan malam lepas itu sembahyang Tarawih di Masjid Nur Al Taqwa.
Program Ihya Ramadhan di Halaman rumah En.Karim Tumak berakhir pada jam 7.00 malam
06 JULAI 2014 ( AHAD )
LOKASI:(1) MASJID BALUNG COCOS (2) MASJID SRI RANGGU KG.RANGGU (3) MASJID KG.JAWA KONGSI 10
Pengisian program pada petang itu ;
- Penyampaian bantuan Pusat Zakat
- Penyampaian bantuan Fakir Miskin
- Berbuka Puasa
- Solat Maghrib
- Tazkirah Ramadhan
Dari Masjid Bukit Quoin rombongan YB.Datuk Syed Abas bin Syed Ali ADUN N.55 Balung dan YB.Datuk Mary Yap Kain Ching Ahli Parlimen P.190 Tawau terus ke rumah WNC Karim bin Tumak Kampung Blok 31.
Penerima bantuan kewangan Pusat Zakat Negeri Sabah,Penerima bantuan kewangan UMNO Bahagian Tawau,Penerima bantuan barang-barang keperluan asas dari Parlimen Tawau dan Bantuan barang-barang keperluan dari Pertubuhan Peladang Tawau.
YB.Datuk Syed Abas bin Syed Ali - ADUN N.55 Balung,YB.Datuk Mary Yap Kain Ching - Ahli Parlimen P.190 Tawau merangkap Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia,En.Fung Len Fui - Pegawai Pembangunan Masyarakat N.57 Sri Tanjung, En.Syed Hassan bin Syed Idrus - Pegawai Pembangunan Masyarakat N.55 Balung , En.Hamil bin Hj.Awang - Bendahari UMNO Bahagian Tawau,
YB.Datuk Syed Abas bin Syed Ali ketika menyampaikan ucapan diprogram Ihya Ramadhan yang diadakan dihalaman rumah WNC Karim bin Tumak.
Dalam Ucapan tersebut YB.Datuk Syed Abas bin Syed Ali menekankan bahawa Kerajaan Negeri Sabah dibawah kepimpinan Datuk Seri Musa Aman sentiasa perihatin keatas kebajikan Penduduk Negeri Sabah.Apa juga bantuan yang diperlukan oleh rakyat akan disalurkan melalui agensi-agensi kerajaan bagi membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh rakyat yang kurang bernasib baik. Sementara itu beliau juga berharap agar rakyat sentiasa bersama-sama dengan pemimpin untuk mencapai kejayaan dan kemakmuran menginspirasikan Wawasan 2020.
YB.Datuk Mary Yap Kain Ching - Ahli Parlimen Tawau merangkap Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. Dalam ucapan beliau mengucapkan berbanyak terima kasih kerana membantu beliau dalam kemenangan diPRU13 yang lalu.
Mendengar ucapan YB.Datuk Mary Yap Kain ching Ahli Parlimen P.190 Tawau
Kakitangan Pusat Zakat Negeri Sabah telah memberikan komitmen mereka untuk melaksanakan penyampaian bantuan zakat kepada mereka-mereka yang telah berdaftar.
Penyampaian Replika bantuan dari Pusat Zakat oleh YB.Datuk Syed Abas bin Syed Ali kepada Masjid Nurul Hidayah Kg.Blok 31 yang diterima oleh WNC Karim Tumak selaku Pengerusi Masjid Nurul Hidayah.
YB.Datuk Syed Abas bin Syed Ali,YB.Datuk Mary Yap Kain Ching,En.Hamil Hj.Awang bersedia untuk penyampaian Bantuan dari Pusat Zakat Sabah , Bantuan Kewangan UMNO Bahagian Tawau , Bantuan Keperluan barang-barang asas dari Parlimen Tawau dan Bantuan kepada Ahli Pertubuhan Peladang Kawasan Tawau.
Penyampaian bantuan dilaksankan oleh YB.Datuk Mary Yap Kain Ching bersama YB.Datuk Syed Abas bin Syed Ali
Penyampaian bantuan kepada WNC Karim bin Tumak oleh En.Hamil bin Hj.Awang Pengerusi Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan Tawau.
YB.Datuk Mary Yap Kain Ching menyampaikan bantuan kepada penerima yang turut disaksikan oleh YB.Datuk Syed Abas bin Syed Ali.
Penyampaian bantuan oleh YB.Datuk Mary Yap Kain Ching Ahli Parlimen Tawau merangkap Timbalan Menteri Pendidikan , Kementerian Pendidikan Malaysia.
Penyampaian bantuan kepada Ahli Pertubuhan Peladang Kawasan Tawau oleh En.Hamil Hj.Awang Pengerusi Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan Tawau dan En.Jailani bin Asis Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan Tawau.
Penyampaian bantuan oleh Pertubuhan Peladang kepada Ahli ahli nya
Persediaan untuk berbuka puasa telah disediakan.
Penyampaian Bantuan kewangan Tabung Masjid oleh Tuan Hj.Nizam bin DSP AB.Titingan yang disampaikan oleh Datu Indal bin Datuk Ismail Jook kepada Imam Masjid Nur Al-Taqwa SLDB Batu 17 , Kampung Terasing.
Program Ihya Ramadhan di Halaman rumah En.Karim Tumak berakhir pada jam 7.00 malam
06 JULAI 2014 ( AHAD )
LOKASI:(1) MASJID BALUNG COCOS (2) MASJID SRI RANGGU KG.RANGGU (3) MASJID KG.JAWA KONGSI 10
Pengisian program pada petang itu ;
- Penyampaian bantuan Pusat Zakat
- Penyampaian bantuan Fakir Miskin
- Berbuka Puasa
- Solat Maghrib
- Tazkirah Ramadhan
PENYAMPAIAN BANTUAN KEWANGAN PUSAT ZAKAT SABAH DIMASJID SRI RANGGU , KG.RANGGU
Para penerima bantuan kewangan dari Pusat Zakat Negeri Sabah telah berkumpul di Masjid Sri Ranggu, Kg.Ranggu.
Kehadiran YB.Datuk Syed Abas bin Syed Ali bagi penyampaian bantuan kewangan Pusat Zakat Negeri Sabah.Turut hadir Pegawai Pembangunan Masyarakat En.Syed Hassan Syed Idrus dan juga pemimpin-pemimpin kampung .
Penyampaian bantuan kepada penerima wang pusat Zakat Negeri Sabah.
Bilangan Penerima yang ada terlalu kecil jika dibandingkan dengan bilangan yang perlukan bantuan di kampung ini. YB. Datuk Syed Abas bin Syed Ali menyarankan agar pihak Biro Agama UMNO Bahagian Tawau memainkan peranan yang positif untuk membantu mendaftarkan mereka-mereka yang belum dikenalpasti.
Penyampaian Bantuan Kewangan Tabung Masjid Sri Ranggu oleh Tuan Hj.Nizam bin DSP AB.Titingan yang disampaikan oleh Datu Indal bin Datuk Ismail kepada Pengerusi Masjid Sri Ranggu En.Ahmad bin Abidin
No comments:
Post a Comment