MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW 1437H 2016M PERINGKAT KAMPUNG RANGGU TAWAU PADA 17 JANUARI 2016
Setiap tahun Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kampung Ranggu ini akan diadakan dan ianya seakan sudah menjadi amalan Penduduk Kampung mengadakan Program seperti ini setiap Tahun. Pada Tahun ini telah diputuskan dalam Mesyuarat AJK Pelaksana Sambutan ini , perarakan akan bermula dari Masjid Sri Ranggu atau pun Balairaya Kampung Ranggu ke Masjid Ummu Bariah diKampung Rancangan Ranggu.
Sambutan Maulidurrasul setiap tahun disambut dengan begitu meriah sekali sebagai mengenang Kekasih Allah Nabi Besar Muhammad SAW yang tiada putusnya dibibir dan hati Umat Islam seluruh Dunia.
Sambutan Maulidurrasul setiap tahun disambut dengan begitu meriah sekali sebagai mengenang Kekasih Allah Nabi Besar Muhammad SAW yang tiada putusnya dibibir dan hati Umat Islam seluruh Dunia.
Para peserta telah berada di perkarangan Masjid Sri Ranggu seawal jam 7.00 pagi dengan pakai kebangsaan yang beranika warna. Dengan semangat kasih sayang kepada Rasullulah saw mereka datang berkumpul sambil berselawat keatas Nabi Muhammad saw.
Disamping itu penduduk kampung dapat berkumpul dan berjumpa antara satu dengan yang lain kerana rutin hari dan juga tugas harian masing masing yang berbeza beza. Dengan adanya acara seperti ini akan mengeratkan lagi tali silaturrahim antara mereka.
Kaum wanita juga tidak ketinggalan , sama sama menghadiri Sambutan Maulidur Rasul ini.
Pada jam 7.30 pagi ramai sudah Penduduk Kampung yang hadir , sambil menunggu ketibaan YB.Datuk Syed Abas bin Syed Ali ADUN N.55 Balung merangkap Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah yang mana Yang Berhormat akan sama sama berarak , berjalan ke Masjid Ummu Bariah di Kampung Rancangan Ranggu yang jarak nya lebih kurang 2 kilometer dari Tapak permulaan ini.
Penduduk Kampung bersembang sesama mereka sementara menunggu ketibaan YB.Datuk Syed Abas bin Syed Ali
Pada jam 7.45 pagi YB.Datuk Syed Abas bin Syed Ali tiba diperkarangan Masjid Sri Ranggu dengan disambut oleh Penduduk Kampung Ranggu yang telah berada disitu sejak jam 7.00 pagi lagi. Turut hadir Pegawai Pembangunan Masyarakat Balung Tuan Said Hassan bin Said Idrus , WKAN Hj.Amirbak bin Abd.Rahim , Hjh.Kee Salmah Kee Yusof Pengerusi JKKK Kampung Ranggu , Hj.Yusof Abd.Gani Timbalan Pengerusi JKKK Kampung Ranggu , Kakitangan UPPM Balung dan AJK Pelaksana Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kampung Ranggu.
Bacaan Doa sebelum memulakan perarakan ke Masjid Ummu Bariah Kampung Rancangan Ranggu. Dengan sinaran cahaya matahari pagi bacaan Doa memohon keselamatan dan keharmonian Program akan terlaksana
Pada jam 8.00 pagi perarakan mula bergerak menuju ke Masjid Ummu Bariah Kampung Rancangan Ranggu. Sambil berselawat para peserta berjalan kaki berarak bersama sama YB.Datuk Syed Abas bin Syed Ali ADUN N.55 Balung merangkap Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah , Pemimpin pemimpin Masyarakat Kampung dan penduduk kampung Ranggu.
Dalam Perarakan sambil berselawat keatas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW , Yang Berhormat Datuk Syed Abas Syed Ali bersama Pemimpin - pemimpin Kampung kelihatan begitu bertenaga dan ceria. Penduduk Kampung Ranggu semestinya gembira pada hari tersebut kerana dapat bersama sama pemimpin mereka.
Perjalanan yang memakan masa lebih kurang 45 minit itu telah mencapai objektif iaitu Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Kampung Ranggu dengan mempamerkan kesepakatan dan keharmonian penduduk kampung bersatu menjayakan program yang sedemikian.
Perjalanan yang telah menghampiri garis penamat iaitu Masjid Ummu Bariah diKampung Rancangan Ranggu. Ahli Jawatankuasa Masjid Ummu Bariah telah menyediakan beberapa Program disamping Program Sambutan Maulidur Rasul.
Peserta Perarakan sudah tiba ditempat yang dituju iaitu Masjid Ummu Bariah Kg.Rancangan Ranggu. Masjid ini dibina oleh kerajaan melalui peruntukan ADUN N.55 Balung. Ianya terletak diatas tapak Tanah persendirian yang telah diserah kepada kerajaan untuk pembinaan Masjid ini. Pada hari ini Masjid ini akan dirasmikan oleh YB.Datuk Seri Panglima Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali ADUN N.55 Balung.
Antara program yang disediakan oleh AJK Masjid Ummu Bariah ialah Ceramah Agama yang akan disampaikan oleh AlFadhil Ustaz Nazri Dollah dan juga Majlis Marhaban oleh Kumpulan Selawat.
Ucapan alu alu daripada Pengerusi Penganjur Hjh Kee Salmah Kee Yusof merangkap Pengerusi JKKK Kg.Ranggu.
Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya.
Upacara sambutan Maulidur Rasul adalah harus selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur pembaziran dan tiada aktiviti yang melanggar syariat. Malah jika perisian sambutan itu ada unsur ilmu dan ibadah ia tetap diberi ganjaran pahala oleh Allah Subhanahu Wa Taala.
Adalah tidak tepat pendapat yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul adalah bid’ah dhalalah dan bertentangan dengan syariat.
Upacara memperingati hari kelahiran Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam ini telah dilakukan sejak 300 tahun sesudah Rasulullah wafat. Diantara pembesar yang menganjurkan sambutan ini ialah Raja Al-Mudhaffar Abu Sa `id Kaukabri ibn Zainuddin Ali bin Baktakin (l. 549 H. w.630 H.), penguasa Irbil, Iraq. Dan seterusnya ia terus berkembang sehinggalah sekarang.
Ucapan daripada Pengerusi Masjid Ummu Bariah Kg.Rancangan Ranggu.

YB. Datuk Syed Abas bin Syed Ali menyampaikan ucapan diMajlis tersebut dengan menekankan bahawa perpaduan anatara penduduk kampung memang sentiasa terjalin erat oleh yang demikian diharapkan akan berterusan dari semasa ke semasa. Justeru, cara kita mengingati kelahiran baginda harus dipertingkatkan bukan sekadar laungan retorik tetapi mestilah disertai dengan penghayatan yang sungguh-sungguh sehingga mampu diaplikasikan dalam kehidupan harian kita selaku mukmin, bukan sahaja dalam melaksanakan ibadat-ibadat ritual tetapi hendaklah diaplikasikan dan melaksanakan pesanan-pesanan besar rasulullah SAW seperti memperkuat persaudaraan, melaksanakan jihad, menegakkan keadilan, budaya membaca, budaya ikram dan kasih sayang sesama insan, menghargai kebersihan, penjagaan alam sekitar dan lain-lain pesanan rasulullah.Bagi para pemimpin pula hendaklah menjadikan kepemimpinan baginda sebagai contoh teladan sehingga mampu merekonstruksi suatu citra kepemimpinan yang disegani oleh umat bukan Islam. Pemimpin umat Islam wajar memahami kehebatan kepemimpinan rasulullah dari berbagai perspektif seperti kepemimpinan demokratik, kebijaksanaan merangka strategi, kebijaksanaan berunding, kebijaksanaan menjaga maslahah (kepentingan) ummah, perhubungan antarabangsa dan keberanian dalam berhadapan dengan musuh.
Seperti biasa sempena sambutan Maulidur Rasul diadakan juga penyampaian Anugerah Penghargaan diatas sumbangan serta Bantuan kepada penduduk kampung.
Hari kelahiran insan yang paling bermakna dalam diri umat Islam, iaitu Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam tiba lagi. Seperti kebiasaan, hari kelahiran Baginda disambut dengan meriah oleh umat Islam di negara ini. Laungan penceramah dan sisipan bahan-bahan bertulis yang mengetengahkan slogan “Contohi perjuangan Rasul”, “Rasulullah teladan kita”, dan “Contohi Akhlak Rasul” sudah dapat dijangka oleh umat Islam setiap kali tibanya hari yang penuh bermakna ini. Namun sayangnya semua itu seringkali hanya tinggal sebagai slogan-slogan yang kering tanpa makna. Buktinya, sudah berpuluh-puluh tahun umat ini meraikan Maulidur Rasul, tetapi tetap saja umat hari ini sangat jauh daripada gambaran umat Islam yang sebenar sebagaimana masyarakat Islam yang dibangun oleh Rasulullah di Madinah, iaitu masyarakat yang dibangun atas dasar aqidah Islam, berhukum atas dasar aqidah Islam dan juga dipersatukan atas dasar aqidah Islam.
Penyampaian Cenderakenangan kepada YB.DSP Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali ADUN N.55 Balung serta kepada Ahli Kariah Masjid Ummu Bariah yang telah menyumbang tenaga dan wang ringgit demi untuk mengindahkan lagi Masjid ini serta Pengerusi pengerusi Masjid yang hadir iaitu Masjid Sri Ranggu dan Masjid Jamek Kg.Ranggu
Majlis Perasmian Masjid Ummu Bariah yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali , ADUN N.55 Balung merangkap Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah. Majlis Perasmian disaksikan oleh AJK Masjid Ummu Bariah serta penduduk Kampung Ranggu. Masjid Ummu Bariah ini adalah Masjid yang ke tiga di Kampung Ranggu.
Seterusnya YB.Datuk Hj.Syed Abas dibawa masuk kedalam Masjid dan meninjau sendiri akan keadaan Masjid tersebut. Beliau sentiasa memberikan pertimbangan apa jua keperluan yang di pohon oleh AJK Masjid serta memberi nasihat agar keperluan mereka disampaikan kepada Pegawai Pembangunan Masyarakat DUN N.55 Balung.
end
No comments:
Post a Comment