Friday, January 1, 2016

CORAT-CORET TAHUN 2016





PERISTEWA , NOSTALGIA DAN RAGAM LUMRAH DALAM KEHIDUPAN. BEGITULAH SETIAP TAHUN BERLAKU TANPA DISADARI LUPUT DARI INGATAN.MELALUI BLOG INI KU RAKAMKAN SEDIKIT PERISTEWA , NOSTALGIA DAN RAGAM TAHUN 2016


Kita tidak akan bosan mendengar lagu seperti Madu Tiga , Oh! Fatimah atau juga lagu keroncong Kuala Lumpur yang akan terus mencuit hati kita dengan lagu lagu lama. Kita suka mendengar lagu lagu lama sambil mengenang suatu peristiwa yang indah di masa lalu. Perjalanan hidup, baik dalam bersendirian atau bersama keluarga dan rakan taulan tanpa mengira kaum atau pun keturunan akan terangkai dalam kenangan untuk generasi akan datang.









9 Januari 2016 - Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Perbandaran Tawau. Pada hari ini penduduk Tawau berkumpul dihadapan Majlis Perbandaran Tawau untuk menyertai Perarakan Perbarisan sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul saw 1437H. Bermula sejak jam 6.00 pagi lagi orang ramai sudah berkumpul dengan berpakaian warna warni serta datang berkumpulan dengan membawa sepanduk masing masing.
Turut sama sama menyertai perarakan Maulidur Rasul ialah YB.Datu Ariffin Arif , Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah. semantara itu kumpulan UMNO Bahagian Tawau juga turut sama diperarakan tersebut.




Turut hadir YB.Datuk Hjh.Hamisah binti Samad ADUN N.59 Tg.Batu merangkap Pembantu Menteri kepada Menteri Pembangunan Sunber dan Kemajuan Teknologi Maklumat , Ketua Polis Daerah Tawau ACP Tuan Fadil Marsus , Ketua Daerah Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (Tawau ) OKK Mohd.Ayub bin Kee Abu Bakar , Wakil Ketua Anak Negeri , Ketua - Ketua Kampung dan Pemimpin - pemimpin  Masyarakat di Tawau.




YB.Datuk Ariffin Arif Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri berkesempatan bersama AJK Wanita UMNO Bahagian Tawau yang diketuai oleh Ybhg.Datuk Hjh.Rosdianah binti Md.Nor.



YB.Datuk Tawfiq bin DSP AB.Titingan Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah , Datuk Ariffin bin Arif Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah , Datuk Ismail bin Mayakub Presiden Majlis Perbandaran Tawau , Tuan ACP Fadil Marsus Ketua Polis Daerah Tawau , Pemimpin-pemimpin Masyarakat , Pegawai pegawai Kerajaan Persekutuan dan Negeri dan para peserta sambutan Maulidur Rasul 1437H



Mendahului perarakan adalah kumpulan Ahli - ahli yang berhormat Pemimpin - pemimpin Masyarakat , Ketua - ketua Jabatan dan para peserta .Mengingati Kelahiran dan Perjuangan Rasullullah 
DEMI sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (al-Ahzab: 21)
Di seluruh dunia, umat Islam meraikan sambutan Maulidur Rasul dengan mengadakan perarakan, ceramah, berselawat, bersyair dan sebagainya bagi mengingati detik kelahiran keputeraan Nabi Muhammad SAW iaitu pada tanggal 12 Rabiulawal tahun Gajah iaitu pada hari Isnin bersamaan dengan 23 April 571 Masihi




Pengorbanan Nabi Muhammad dan para sahabatnya mempertahankan Islam bukan sahaja dengan harta benda dan kekayaan malah mereka turut berjihad demi menegakkan syiar Islam. Baginda berjaya membina kejayaan yang cemerlang dalam semua aspek. Pencapaian baginda dianggap luar biasa yang tidak mampu dicapai oleh manusia biasa.Seluruh ilmuwan dunia bersepakat menobatkan Nabi sebagai pemimpin terulung yang berjaya membentuk masyarakat dengan kesempurnaan Islam yang syumul, 




16 Januari 2016 - Di Lapangan Terbang  Tawau  menyambut ketibaan YAB Ketua Menteri Sabah ke Tawau


16 Januari 2016 - Di Lapangan Terbang Tawau menyambut ketibaan YAB Ketua Menteri Sabah.


16 Januari 2016 - Ketibaan YAB Ketua Menteri Sabah DSP Musa Aman disambut oleh YB. Timbalan Ketua Menteri DSP Joseph Pairin Kitingan, Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq bin DSP Hj. AB.Titingan, DSP Hj.Abdul Ghafur Hj.Salleh Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Mary Yap Kain Ching Ahli Parlimen Tawau.




17 Januari 2016 - Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kg.Ranggu. Jawatankuasa Pelaksana Majlis Sambutan Maulidur Rasul diterajui oleh Pengerusi JKKK Kampung Ranggu dengan dibantu oleh Ahli Jawatankuasa nya  , Jawatakuasa Masjid Jamek Kg.Ranggu , Jawatankuasa Surau Ummu Bariah Kg.Rancangan Ranggu serta penduduk kampung. Majlis Sambutan Maulidur Rasul tambah meriah dengan kehadiran Yang Berhormat Datuk Hj.Syed Abas bin Syed Ali , ADUN N.55 Balung merangkap Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah. Majlis sambutan ini akan mengadakan perarakan dari Masjid Seri Ranggu ke Surau Ummu Bariah. Setelah semuanya bersedia untuk perarakan , bacaan doa dilakukan dan memulakan perarakan tersebut dengan didahului oleh Yang Berhormat Datuk Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali bersama pemimpin pemimpin kampung yang hadir.  




Perarakan Maulidur Rasul dari Masjid Seri Ranggu ke Surau Ummu Bariah Kg.Rancangan Ranggu yang jaraknya lebih kurang satu kilometer. Dalam perjalanan tersebut sambil berselawat keatas Nabi Muhammad saw.

Surah 33 , Al Ahzab ayat 21


لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا  
“Laqad kâna lakum fi rasulillah uswahtun hasanah li man kana yarjullâh wal yawmal akhîra wa dzakarallâha katsîra”. 

(Sudah ada bagimu pada diri Rasulullah teladan yang baik, yakni bagi orang-orang yang mengharap Allah dan hari akhir dan bagi orang yang banyak mengingat Allah)

Semoga kita tergolong dalam kumpulan orang orang yang beriman
Maulidur Rasul berasal dari perkataan Arab (kelahiran Rasul) di mana ia merupakan hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim) bertarikh 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 Masehi. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala (S.W.T). Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulidur Rasul atau Maulid Harta.
Kini sambutan Maulidur Rasul telah memasuki tahun 1437 Hijrah pada 17 Januari 2016 Masehi. Lazimnya pada setiap tahun ummat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad S.A.W dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (S.A.W), kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.Apabila ditanya siapakah yang disifatkan sebagai tokoh agung yang berpengaruh dalam sejarah peradaban manusia, rata-rata akan memberi jawapan yang bersifat pelbagai berdasarkan kriteria-kriteria yang telah mereka susun dan merasakan sesuai untuk dipenuhi oleh calon yang dinobatkan dengan gelaran sedemikian. Sesetengah bagi kita memilih golongan pemimpin politik atau ketua negara, atau mungkin seorang saintis dan mungkin juga sasterawan malah artis sebagai tokoh yang layak diberikan gelaran sedemikian.

Bagi seorang Muslim, tidak dapat kita tolak kenyataan bahawa tiada tokoh yang paling berpengaruh dalam sejarah perkembangan manusia dulu, kini dan masa hadapan melainkan seorang yang bernama Muhammad bin Abdullah, seorang Rasul dan kekasih pilihan Allah S.W.T. Atas dasar cinta yang mendalam oleh kaum Muslimin, hikmah dan rahsia kelahiran baginda di bumi Mekah terus digali dan diselidiki bukan kerana rasa sangsi atas keperibadian agung ini tetapi atas rasa ingin mendekatkan diri kepada kebenaran.
Hakikatnya, jawapan sebenar terpilihnya Rasullullah sebagai pembimbing umat manusia adalah rahsia milik Allah (Surah Hud : Ayat 123). Para ulama dan pengkaji fiqh sirah telah mengkaji hikmah di sebalik kelahiran Rasulullah yang menjadi kejutan kepada golongan Yahudi yang selama ini menganggap kehadiran para Nabi hanya di kalangan kaum mereka sahaja. Mekah mempunyai keunikannya tersendiri. Meskipun didiami oleh kelompok-kelompok bangsa Arab yang hidup secara kabilah dan mengamalkan konsep assabiyah, namun di sebalik kehidupan gelap Jahiliyah, masih ada nilai-nilai murni yang terus dipegang erat sebagai tradisi kehidupan.



21 Januari 2016 - Majlis Sambutan Maulidur rasul oleh Kariah Masjid Baitul Farihin Kg.Kongsi 8 yang disempurnakan perasmiannya oleh Tuan Said Hassan bin Said Idrus  Pegawai Pembangunan Masyarakat Bahagian Balung.



24 Januari 2016 - Majlis Sambutan Maulidur rasul oleh Kariah Masjid An Nur Ladang Sg.Kawa yang disempurnakan perasmiannya oleh Tuan Said Hassan bin Said Idrus  Pegawai Pembangunan Masyarakat Bahagian Balung.



30 Januari 2016 - Kebakaran perumahan setinggan dikawasan Airport Lama Tawau.
Kira-kira 500 penduduk di Kampung Airport Lama di sini, hilang tempat tinggal akibat kebakaran yang memusnahkan kira-kira 80 rumah setinggan. Kebakaran disedari kira-kira jam 9.30 pagi dan merebak dengan cepat berikutan struktur binaan daripada kayu yang mudah terbakar selain cuaca berangin. 6 jentera Bomba bersama 3 kenderaan utiliti dengan kekuatan 3 pegawai dan 25 anggota bergegas ke lokasi untuk memadamkan kebakaran tersebut.
Api merebak dengan begitu cepat dan hanya dapat dikawal pada jam 11.10 pagi. Pihak Bomba menghadapi masalah memadam kebakaran di kawasan ini kerana tiada sumber air. Bomba terpaksa menggunakan pili bomba di masjid dan sekolah berhampiran. Difahamkan, kebanyakan penduduk tidak sempat menyelamatkan barangan masing-masing berikutan api merebak dengan cepat, hanya dokumen penting sahaja yang dapat diselamatkan.


30 Januari 2016 - Kebakaran perumahan setinggan dikawasan Airpot Lama Tawau.

Kita mengabadikan beberapa peristiwa penting dalam bentuk gambar atau pun tulisan. Ketika merindukan orang yang kita kasihi dan telah meninggal dunia maka kita melihat sesuatu hal yang membuat kita mengingat kembali kenangan yang indah saat bersamanya. Salah satu topik pembicaraan keluarga dalam peristiwa ulang tahun, pernikahan, kemalangan dan juga pelbagai ragam manusia , juga kenangan dalam merayakan pelbagai perayaan adalah dengan melihat kembali gambar kenangan. Apa yang kita alami, lakukan dan rencanakan di tahun 2016 menjadi evaluasi dan kenangan di tahun akan datang. Pada malam tahun baru misalnya yang lalu kita berefleksi tentang peristiwa yang telah kita lalui dalam setahun. Dalam refleksi, ada peristiwa yang menyenangkan dan menyedihkan yang telah dialami dan itu akan menjadi kenangan. Kita akan senang mengingat kenangan yang lucu dan menyenangkan dan kenangan yang menyedihkan.



02 Februari 2016 - Santai dipantai Tanjung Aru bersama famili Pantai Tanjung Aru, yang terletak kira-kira 6 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA). Pantai ini merupakan tempat perkelahan yang popular di kalangan masyarakat tempatan serta pelancong.



02 Februari 2016 - Santai dipantai Tanjung Aru bersama famili Pantai Tanjung Aru, yang terletak kira-kira 6 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA). Pantai ini merupakan tempat perkelahan yang popular di kalangan masyarakat tempatan serta pelancong Pantai Tanjung Aru adalah salah satu pantai tercantik di sini. Pantai dengan pasir putih dan laut yang begitu jernih. Pantai Tanjung aru menawarkan keindahan laut yang dapat anda nikmati tanpa harus berenang sekalipun. Jika anda belum puas bermain di dalam air, anda masih bisa menghabiskan waktu berpiknik di tepian pantai, di bawah pokok kayu ru , pokok kelapa dan juga pokok pandan yang begitu menyejukkan atau berjemur di bawah cahaya mentari.




suasana damai dan hening membuatkan hati dan perasaan menjadi tenteram dan damai.




5 Februari 2016 - Majlis Jasa mu dikenang untuk mantan Presiden Majlis Perbandaran Tawau Datuk Ismail bin Mayakub. 

  • Tahun 1979 mula bertugas sebagai Akauntan di Majlis Perbandaran Tawau . 
  • Pada 2 Ogos 2000  telah dinaikkan pangkat ke Jawatan Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Tawau.  Beliau telah menjawat jawatan tersebut selama 8 tahun 5 bulan yang mana
  • Pada 15 Januari 2009 dinaikkan pangkat ke Jawatan Presiden Majlis Perbandaran Tawau
  • Pada 15 Januari 2016 beliau bersara wajib.




13 Februari 2016 - Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina diraikan Pemimpin bersama masyarakat Cina dimana Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah Datuk Seri Panglima Tun Hj.Juhar bin Datuk Hj.Mahirudin dan Isteri Toh Puan Datin Seri Panglima Hjh. Norlidah binti Datuk R.M.Jasni , juga hadir Yang Berhormat Datuk Haji Syed Abas bin Hj.Syed Ali Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah bersama Isteri , Datuk Mary Yap Kain Ching Ahli Parlimen Tawau merangkap Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia , Datuk Jainab binti DSP Hj.Ahmad Ayid Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah ,



13 Februari 2016 - Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina diraikan Pemimpin bersama masyarakat Cina dimana Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah DSP Hj.Musa bin Hj.Aman bersama isteri , Datuk Hj.Tawfiq bin DSP Hj.AB.Titingan Menteri Belia dan Sukan dan Isteri , Datuk Mary Yap Kain Ching Ahli Parlimen Tawau merangkap Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia , Datuk Jainad bin DSP Hj.Ahmad Ayid Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah , Tuan Ajilus bin Hj.Sipil Presiden Majlis Perbandaran Tawau.


"Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, di mana seekor makhluk ganas yang bernama ‘Nian’ membuat huru-hara di Tanah Besar China. Ini membuatkan manusia hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan. Mereka mencari ikhtiar untuk menewaskan makhluk ini. Akhirnya mereka berjaya menakutkan makhluk ini dengan melemparkan reben merah ke udara, meletupkan mercun dan membakar bunga api siang dan malam".

Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi kalender masyarakat Cina. Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun dan pakaian ‘cheongsam’ , ia menjadi simbol tradisi kemeriahan masyarakat cina.

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Perayaan yang bersamaan dengan  permulaan kepada musim bunga di China adalah permulaan kepada bulan baru dan zodiak baru. Seperti yang kita ketahui, terdapat 12 ekor binatang yang menjadi simbol tahunan kepada orang Buddha.

"Lagenda meriwayatkan, bahawa suatu masa dahulu Buddha telah menjemput semua binatang untuk mengadapnya, tetapi Cuma 12 binatang sahaja yang sampai. Sebagai penghargaan dari Buddha, kesemua binatang ini diberi penghormatan menjadi zodiak yang mulia bagi masyarakat Cina Buddha. Binatang-binatang itu ialah anjing, khinzir, tikus, monyet, harimau, kambing, ayam, kuda, ular, naga, lembu dan arnab. Kononnya dikatakan bahawa mereka yang lahir dalam tahun-tahun ini akan mewarisi sifat dan untung nasib binatang tersebut".

Pada malam Tahun Baru , kaum keluarga sama ada dekat atau jauh akan berkumpul di rumah ibu bapa untuk upacara makan besar. Ini simbol eratnya ikatan kekeluargaan yang menjadi tunjang masyarakat harmoni. Hidangan makan malam tahun baru ini biasanya adalah tradisi  turun temurun seperti itik panggang, khinzir, tiram berkicap, dan sayuran ‘prosperity’ yang dimakan bersama arak.       

Selesai makan, semua ahli keluarga akan berdoa dan menjalankan upacara ‘shuo sui’ , yang dipercayai akan memanjangkan umur seseorang. Bagi yang tua,  malam tahun baru akan dihabiskan dengan bermain ‘mah jong’ sebagai hiburan untuk merapatkan hubungan antara ahli keluarga. Tepat detik tengah malam, mercun dan bunga api akan dibakar, menandakan sambutan tahun baru bermula.

Tarian Singa memeriahkan lagi sambutan Tahun Baru Cina
Apabila hari siang, lilin upacara akan dibakar, pakaian baru yang berwarna merah akan memeriahkan suasana, di samping ucapan ‘Kong Hee Fatt Choy’ akan diucapkan sesama penganut. Ia membawa maksud ‘ semoga tahun ini akan membawa kebaikan’. Tetamu mula berkunjung membawa limau mandarin, yang bermaksud kekayaan manakala tradisi memberi ‘ang pow’ diteruskan kepada kanak-kanak dan orang yang belum berkahwin.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang.

Hari kelima belas bagi perayaan ini iaitu hari ‘ Chap Goh Mei ‘ tidak kurang pentingnya. Ia adalah hari terakhir bagi bulan penuh, menandakan penutup bagi perayaan ini. Perayaan tersebut jatuh pada malam 15 hari bulan, bulan pertama Imlek China. Hari itu juga disebut "Pesta Lampu", kerana lampu-lampu dinyalakan pada sebelah malam sebagai aktiviti utama pada hari perayaan itu.




Majlis makan tengahari bersama TYT Yang Di - Pertua Negeri Sabah Datuk Seri Panglima Tun Hj.Juhar bin Datuk Hj.Mahirudin dan Isteri Toh Puan Datin Seri Panglima Hjh. Norlidah binti Datuk R.M.Jasni , juga hadir Yang Berhormat Datuk Haji Syed Abas bin Hj.Syed Ali Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah dan Datuk Mary Yap Kain Chin Ahli Parlimen Tawau merangkap Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.

Menikmati onde-onde dan memasang lampu-lampu merupakan dua perkara utama perayaan ini. Mengapa memasang lampu-lampu pada Hari Chap goh mei ? 

"Pada tahun 180 Sebelum Masihi, China diperintah oleh Dinasti Han. Maharaja pada ketika itu, maharaja Liu Heng berjaya mematahkan gerakan penderhakaan. Hari itu kebetulan 15 hari bulan bulan pertama Imlek Cina. Untuk merayakan kejayaan tersebut, Liu Heng memerintahkan lampu-lampu dipasang di seluruh negara. Beraneka bentuk lampu dipasang di tepi-tepi jalan pada hari itu. Adat istiadat tersebut diamalkan sehingga kini".

Lampu-lampu tersebut biasanya diperbuat dengan kertas yang berwarna-warni, berbentuk seperti gunung, bangunan, orang, bunya, burung dan binatang. Sekarang teknologi moden yang canggih ianya diperbut dari gentian optik, laser, kawalan bunyi dan cahaya juga telah digunakan dalam pembuatan lampu-lampu warna-warni.

Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan.

Di Malaysia Perayaan Tahun Baru Cina telah termasuk dalam Kalender Perayaan Tahunan yang akan dirayakan oleh semua kaum di Malaysia sebagai tanda perpaduan kaum didalam masyarakat Majmuk diMalaysia.




22 Feb.2016 - Jubli Perak UMNO Sabah
Rombongan AJK Bahagian UMNO Tawau telah berada di Kota Kinabalu pada 21 Februari 2016 kerana akan menghadiri majlis Tahlil dan Doa selamat yang diadakan pada 5.30 petang tersebut di Tingkat 3 , Bangunan UMNO Negeri Sabah , Kota Kinabalu.




Menghadiri Majlis Tahlil dan Doa di Bangunan UMNO Kota kinabalu sempena Jubli Perak UMNO Sabah. Majlis dihadiri oleh semua Ketua Bahagian dan AJK masing-masing khasnya yang beragama Islam.




Majlis Tahlil dan Doa dihadiri oleh Pemimpin-pemimpin UMNO




Majlis Tahlil dan Doa dihadiri oleh Pemimpin-pemimpin UMNO




Majlis Perhimpunan diadakan di Dewan Utama Tingkat 2 , Bangunan UMNO Negeri. Dihadiri oleh Pemimpin pemimpin UMNO seluruh Negeri Sabah yang diketuai oleh YAB DSP Musa Aman Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah , Yang turut hadir, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa; Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah  Datuk Seri Salleh Said Keruak; Setiausaha UMNO Sabah, Datuk Yahya Hussin dan kepemimpinan parti itu di Sabah. 



Sambutan Jubli Perak UMNO Negeri Sabah di Dewan Utama Tingkat 2, Bangunan UMNO Kota Kinabalu . YAB DSP Musa Aman menaikkan Bendera Sang Saka Bangsa sebagai tanda permulaan acara Sambutan Jubli Perak UMNO Sabah , yang disaksikan oleh Pemimpin pemimpin UMNO seluruh Negeri Sabah yang hadir.

Kehadiran UMNO ke Sabah 25 tahun lalu, bukan untuk merampas hak rakyat atau menjajah negeri ini, sebaliknya atas kehendak rakyat. Justeru, Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Musa Aman, berkata adalah penting rakyat negeri ini mengetahui sejarah kehadiran UMNO ke Sabah. "Kehadiran UMNO ke Sabah adalah atas kehendak kita. Parti itu juga membawa perpaduan kepada rakyat pelbagai kaum di negeri ini, memastikan Sabah keluar daripada ketidakstabilan politik ketika itu, sekali gus membawa pembangunan berterusan,"  Beliau yang juga Ketua Menteri Sabah berkata demikian sempena majlis sambutan ulang tahun Jubli Perak UMNO Sabah, di Bangunan UMNO Negeri Kota Kinabalu.  Musa berkata, sejarah penting dalam politik sebagai panduan untuk berada di landasan yang betul. "Dalam konteks UMNO Sabah, kita perlu tahu di mana dan bagaimana kita bermula. Politik kita pada masa lalu lebih fokus kepada kaum masing-masing, sekali gus berlaku perpecahan serta politik tidak stabil. "Keadaan itu menyebabkan kita sukar merancang pembangunan pada masa panjang, sekali gus jauh ketinggalan dalam aspek pembangunan berbanding negeri lain. "Atas faktor itu juga UMNO sebagai parti harapan baharu untuk menyatukan rakyat Sabah, menstabilkan politik di negeri ini dan membawa lebih banyak pembangunan kepada rakyat serta negeri ini," katanya. Musa berkata, UMNO Sabah menjadi elemen penting dalam parti itu walaupun baharu berusia 25 tahun, sekali gus sebagai adik bongsu. Katanya, UMNO Sabah mempunyai 25 Bahagian dengan 5,676 cawangan dan 546,879 ahli seluruh negeri. "UMNO Sabah adalah komponen terbesar dalam UMNO di negara ini, sekali gus kehadiran kita adalah signifikan dalam pembentukan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) di peringkat Persekutuan," katanya. Katanya, UMNO Sabah turut merakamkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana sentiasa mendengar apa juga keperluan rakyat di negeri ini.



Sambutan Jubli Perak UMNO Negeri Sabah di Dewan Utama Tingkat 2, Bangunan UMNO Kota Kinabalu , dengan laungan terusss berjuang sebanyak 3 kali menginspirasikan semangat juang pemimpin pemimpin UMNO dalam mempertahankan serta meneruskan kesinambungan perjuangan memperkukuhkan UMNO. Turut hadir Yang Berhormat DS Annuar Musa Pengerusi Biro Penerangan UMNO Malaysia.



28 Feb.2016 - Majlis Sambutan Jubli Perak UMNO Negeri Sabah di Perkarangan Bangunan UMNO Kalabakan , Tawau 




Upacara menaikkan bendera Sang Saka Bangsa yang dilaksanakan oleh YB.Datuk Hj.Hajiji Mohd.Nor ADUN N.10 Sulaman Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah mewakili Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah untuk memulakan acara Sambutan Jubli Perak Peringkat UMNO Bahagian Kalabakan.




Majlis ini dirasmikan oleh YB.Datuk Hj.Hajiji bin Mohd.Nor yang mewakili YAB DSP Musa Aman , turut hadir Pemimpin UMNO Bahagian Tawau.




Acara persembahan Boria dari kumpulan Puteri UMNO Bahagian Kalabakan yang mengkisahkan Kepimpinan yang mereka Hormati dan Sayangi DSP Hj.Abdul Ghafur bin Hj.Salleh Ketua UMNO Bahagian Kalabakan Ahli Parlimen P.191 Kalabakan.




Bersama Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB. Titingan Naib Ketua UMNO Bahagian Tawau merangkap Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah , Ybhg.OKK Tuan Hj.Kee Ayub bin Hj.Kee Abubakar Ketua Daerah Tawau, Para pejuang lama Tuan Hj.Yudin dan Tuan Hj.Jefry Su




Bersama Pemimpin UMNO Kalabakan Tuan Andi Suriyadi bin Andi Bandu Ketua Pemuda Kalabakan , AJK UMNO Kalabakan dan Ketua-Ketua Cawangan UMNO Bahagian Kalabakan.




Pemimpin dan Masyarakat di Majlis Sambutan Ulang Tahun Jubli Perak UMNO Sabah di Perkarangan Bangunan UMNO Kalabakan ,Tawau.



28 Feb.2016 - Menghadiri Majlis Kenduri dirumah Tuan Hj.Naim Ahmad Setiausaha UMNO Bahagian Tawau sempena bergunting rambut anaknya , bersama Ybhg.OKK Kee Ayub bin Kee Abubakar - Ketua Daerah Tawau.




4 March 2016 - Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tawau berada di Kota Kinabalu menginap di Sky Hotel untuk menghadiri Perjumpaan Bersama Pemimpin YAB DSP Dr.Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang akan berlangsung pada 5 March 2016 di Dewan Utama Bangunan UMNO Negeri Sabah.




Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tawau telah berada diDewan Utama Bangunan UMNO Sabah dan mengambil tempat yang disediakan oleh pihak Penganjur.



Sebagai persediaan awal AJK UMNO Bahagian Tawau telah mengambil tempat masing masing seperti yang telah disediakan.



Bersama Ybhg.Datuk Hj.Ahmad Baharom bin DSP AB.Titingan , beliau adalah Pengerusi Biro Penerangan UMNO Bahagian Tawau dan juga Ahli Mubarak dimana beliau adalah Mantan Timbalan Ketua Menteri Sabah dan juga ADUN N.55 Balung.




Bertemu sahabat lama Ybhg.Datuk Hj.Jaafar bin Utong , beliau bertugas di Pejabat UMNO Negeri Sabah.




Bersatu-Bersetia-Berkhidmat , Sehati Sejiwa , Seiring sejalan , Senada seirama. Perpaduan tunjang kekuatan Parti yang sentiasa dipupuk dan dibelai.Demikian diibaratkan perlantikan DS Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang baru dilantik menggantikan Tan Sri Mahyuddin Yassin.




17 March 2016 - Majlis Pertunangan NORFIDYAWATI BINTI NOEN dengan pasangan nya AL IKHSAN BIN MULKAN yang berlangsung dirumah mereka diKampung Batu Payung , Tawau .




17 March 2016 - Majlis Pertunangan NORFIDYAWATI BINTI NOEN dengan pasangan nya AL IKHSAN BIN MULKAN yang berlangsung dirumah mereka diKampung Batu Payung , Tawau .Ibu Pasangan lelaki menyarungkan cincin pertunangan mereka.




19 March 2016 - Perasmian Mesyuarat Berkelompok Cawangan-Cawangan P.190 Tawau yang telah diadakan di Dewan Xocolat Hotel Emas,Tawau.

KUALA LUMPUR 29 Jan – Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini memutuskan Persidangan Tahunan Cawangan UMNO akan bermula 18 Mac hingga 1 Mei 2016, manakala Mesyuarat Perwakilan Bahagian pula akan bermula pada 1 Ogos hingga 15 September 2016. Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Majlis Tertinggi juga turut berbincang mengenai program sambutan Ulang Tahun UMNO ke-70 yang akan disambut pada bulan 11 Mei nanti.



19 March 2016 - Perasmian Mesyuarat Berkelompok Cawangan-Cawangan P.190 Tawau yang telah diadakan di Dewan Xocolat Hotel Emas,Tawau.




28 - 30 March 2016 - Lawatan ke Kuala Lumpur Biro Ekonomi dan Keusahawanan UMNO Bahagian Tawau. seramai 10 orang telah terpilih untuk menyertai lawatan ini melalui cabutan nama dalam Kursus Keusahawanan 5 orang dan diMajlis Biro Ekonomi dan Keusahawanan UMNO Tawau 5 orang yang telah diadakan sempena Lawatan Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ( KKLW ) Dato Seri Ismail Sabri Yakub ke Tawau.




semasa lawatan tersebut kami dibawa melawat ke Kilang membuat Kasut iaitu Kulitkraf  Sdn.Berhad dan Kilang Chocklet Beryl's. 




peserta rombongan dibenarkan untuk masuk kedalam kilang membuat kasut diKilang Kulitkraf Sdn.Berhad. Kebanyakan kasut yang dibuat disini telah ditempah oleh Jabatan Kerajaan terutama sekali Polis , Tentera , Pasukan Bomba dan lain lain pasukan yang berunifom.



Semasa lawatan ke kilang choklet kami hanya dibenarkan bergambar dikawasan yang dibenarkan sahaja.




Alang-alang sudah berada disini , apa lagi belilah coklet beranika jenis yang ada disini jenama Beryl's. Ada juga coklet "free" yang disediakan untuk pelawat tapi hanya makan disitu sahaja , kalau mau bawa balik ada tersedia untuk dijual.


02 - 14 April 2016 - Mengerjakan Ibadah Umrah bersama rombongan AJK Bahagian UMNO P.190 Tawau melalui Pakej Umrah Tannaim Travel Agency.



02 - 14 April 2016 - Mengerjakan Ibadah Umrah bersama rombongan AJK Bahagian UMNO P.190 Tawau melalui Pakej Umrah Tannaim Travel Agency.

Umrah (bahasa Arab: عمرة) adalah salah satu kegiatan ibadah dalam agama Islam. Hampir mirip dengan ibadah haji, ibadah ini dilaksanakan dengan cara melakukan beberapa ritual ibadah di kota suci Mekkah, khususnya di Masjidil Haram.

Pada istilah teknik syari'ah, Umrah berarti melaksanakan tawaf di Ka'bah dan sa'i antara Safa dan Marwah, setelah memakai ihram yang diambil dari miqat. Sering disebut pula dengan haji kecil.

Perbedaan Umrah dengan Haji adalah pada waktu dan tempat. Umrah dapat dilaksanakan pada bila bila masa (setiap hari, setiap bulan, setiap tahun) dan hanya di Mekkah, sedangkan haji hanya dapat dilaksanakan pada beberapa waktu antara tanggal 8 Dzulhijjah hingga 12 Dzulhijjah serta dilaksanakan sampai ke luar kota Mekkah.




02 - 14 April 2016 - Mengerjakan Ibadah Umrah bersama rombongan AJK Bahagian UMNO P.190 Tawau melalui Pakej Umrah Tannaim Travel Agency. DiMadinah Al-Munawwarah kami dibawa melawat ke Masjid Quba.
Masjid Quba disebut di dalam Al-Quran sebagai masjid yang dibangunkan di atas dasar taqwa. Sabda Nabi  lagi: “ Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah”. (Tirmizi: Sembahyang: 298. Ibnu Majah: Iqamat dan Sunatnya: 1401. Ahmad: Musnad Makkiyyin: 15414.)




02 - 14 April 2016 - Mengerjakan Ibadah Umrah bersama rombongan AJK Bahagian UMNO P.190 Tawau melalui Pakej Umrah Tannaim Travel Agency. DiMadinah Al-Munawwarah kami dibawa melawat ke Masjid Quba.

Telah diriwayatkan juga bahawa Nabi bersabda:” Sesiapa yang mengerjakan sembahyang di dalam masjid Quba' pada hari Isnin dan hari Khamis, Allah akan gantikan pahalanya dengan pahala ibadat Umrah”  Masjid Quba dianggap antara masjid paling suci dalam pegangan penganut agama Islam, mengikut turutannya ialah Masjidil Haram (Makkah), Masjid an-Nabawi (Madinah), Masjidil Aqsa (Baitulmuqaddis), Masjid Quba (Madinah).




15 - 17 April 2016 - Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau membuat kunjungan Hormat keatas Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali semasa Mesyuarat Pertama Penggal ke-4 Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah ke 14 di Pejabatnya.




15 - 17 April 2016 - Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau menghadiri Mesyuarat Pertama Penggal ke-4 Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah ke 14 di Kota Kinabalu.





23 April 2016 - Mesyuarat Cawangan UMNO Rancangan Ranggu
Majlis Tertinggi (MT) UMNO telah memutuskan Persidangan Tahunan Cawangan UMNO diadakan seperti tarikh yang dinyatakan iaitu 18 Mac hingga 1 Mei 2016. 




23 April 2016 - Mesyuarat UMNO Cawangan Rancangan Ranggu



7 Mei 2016  - Pembubaran DUN Sarawak
Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem telah mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubar pada 11 April 2016.Bilangan Kerusi DUN Sarawak untuk Pilihan Raya Negeri Sarawak 2016 mempertandingkan 82 kerusi. Ia merupakan pertambahan 11 kerusi baharu daripada bilangan asal 71 kerusi susulan persempadanan semula kawasan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Senarai Parti Yang Bertanding PRN Sarawak
Berikut adalah senarai parti yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 2016:

Barisan Nasional: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Bersatu (UPP) dan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS)

Pakatan Harapan: Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Amanah Negara (Amanah)

Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Tarikh Penamaan Calun : 25 April 2016

Tarikh membuang Undi : 07 Mei 2016



Dato' Seri Najib bin Tun Hj.Abdul Razak dan Isteri Datin Seri Rosmah Mansur turut sama mengiringi Datuk Patinggi Adenan Satim semasa penamaan calun di PRN Sarawak kali yang ke - 11.



Pemimpin dari Negeri Jiran Sarawak iaitu Sabah juga turut membantu memberikan sokongan moral kepada calun calun Barisan Nasional yang bertanding semasa PRN ke - 11 Negeri Sarawak. Pemimpin dari Sabah diketuai oleh DSP Hj.Musa bin Hj.Aman Ketua Menteri Sabah. 



Barisan Nasional Sarawak telah memenagi Pilihanraya Negeri Sarawak dengan jayanya setelah mendapat mandat baru dari rakyat Sarawak dengan Majoriti melebihi 2/3. Hasil usaha dan kerja berpasukan diantara parti komponen Barisan Nasional Sarawak mereka telah memenangi kawasan kawasan yang dulu nya dimenangi oleh parti pembangkang.




16 Mei 2016 - Majlis Makan Tengahari Datuk Hj.Taufiq bin DSP AB.Titingan dan AJK UMNO Bahagian Tawau bersama Menteri KPDNKK Malaysia Dato' Seri Hamzah bin Zainuddin dan rombongan semasa lawatan beliau ke Tawau




Ahli Jawatan Kuasa Pergerakkan Wanita UMNO Tawau turut bersama meraikan Menteri KPDNKK Malaysia Dato' Seri Hamzah bin Zainuddin.




Ahli Jawatan Kuasa Pergerakkan Pemuda UMNO Tawau turut bersama meraikan Menteri KPDNKK Malaysia Dato' Seri Hamzah bin Zainuddin.




22-24 Mei 2016 - Kursus Cinta Anak Watan di Pusat Latihan Islam Lahad Datu anjuran JAKIM  bersama BTN, MKN dan ESSCOM bertajuk Keselamatan Negara Tanggungjawab bersama. 
Seramai 81 orang peserta kursus telah menghadiri kursus ini yang terdiri daripada pemimpin pemimpin Masyarakat seperti WKAN , Ketua Kampung , Pengerusi JKKK di Daerah Tawau.Ada juga yang terpilih mengikuti kursus ini daripada Pasukan RELA , JPAM dan pemimpin pemimpin Belia dan Beliawanis. Kursus ini dikendalikan oleh pegawai pegawai Biro Tata Negara , Kota Kinabalu.



Kumpulan 5  yang terdiri daripada : KK Nasrul Abdul ( Luasong ) , KK General bin Lingal ( Felda Umas ) , KK Hj.Azhar Ameruh ( Hidayat ) , KK Abdul Rauf bin Hj.Abdul Rahim (Sungai Limau ), WNC Hj.Yusof bin Hj.Ahmad ( Ranggu ) , WNC Hj.Amirbak bin Hj.Abd.Rahim ( Kg.Ranggu ) , Imam Abdul bin Hj.Dullah ( Tg.Batu Laut ) , Hj.Samsudin bin Robroy ( Kongsi 8 ), KK Hj.Embran bin Hj.Omar ( Kalabakan ) , KK Ismail bin Suman ( Pengkalan Merotai ) , Hapsah binti Burhanuddin ( Pasir Puteh ) , KK Ermayani Abd.Hashim ( Blok 31 ) , Mikal Ayau ( Pegawai Rela ) dan Fasilitator : Nora Abd.Rahim ( BTN )




26 Mei 2016 - Meninjau persiapan terakhir bagi Perasmian Pelancaran Lebuhraya Pan Borneo dari Tawau ke Sandakan diSMK Balung , Tawau yang akan dilaksanakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia DSP Mohd.Najib bin Tun Abd.Razak.




28 Mei 2016 - Majlis Perasmian Pelancaran Lebuhraya Pan Borneo dari Tawau ke Sandakan.




28 Mei 2016 - Pembayaran dividen Koperasi Serbaguna Bumiputra Tawau Berhad ( KOBUMI ) suatu ketika dulu dikenali sebagai Tawau Native Timber Co-operitive ( TNTC ) kepada ahli di Balairaya Kg.Ranggu. Keujudan Koperasi ini dalam tahun 1965 dimana untuk 1 saham dijual dengan harga RM50.00. Seorang ahli boleh membeli seberapa banyak saham dia mampu.Tetapi kemudian nya banyak diantara mereka menjual balik saham saham tersebut dan meninggalkan hanya 1 unit sahaja. Saham ini boleh ditukar milik kepada waris terdekat sahaja.Koperasi ini ditubuhkan semasa era pemerintahan Parti USNO diSabah.Terdapat beberapa kelemahan dalam pentadbiran Koperasi ini ketika itu , dimana semasa Kerajaan USNO kalah dalam Pilihanraya tahun 1976 Kerajaan Baru iaitu Parti Berjaya dibawah kepimpinan Datuk Haris Salleh telah mengarahkan Jabatan berkaitan Tanah untuk membatalkan Tanah Ladang seluas 3,000 ekar di Bongawan yang selama ini diusahakan oleh TNTC ketika itu. Kelemahan yang nyata ketika itu ialah Geran tanah tersebut belum lagi dikeluarkan dan didaftarkan dibawa nama TNTC , jadi ianya amat malang sekali dan kini Ladang tersebut dipercayai telah dipunyai oleh Syarikat bukan Bumiputra atau Anak Negeri , seperti ungkapan yang selalu didengar "Kera dihutan disusukan anak digendungan mati kelaparan". yang rugi ialah Ahli yang sepatutnya mendapat hasil yang lumayan berakhir pada hari ini hanya mengharapkan hasil dari sewaan bangunan yang sudah lama dan memerlukan kos penjagaan yang tinggi. Berapalah Dividen yang boleh dibayar dan berapa lama kah boleh bertahan sekiranya tiada bantuan dari pihak Kerajaan untuk meningkatkan punca pendapatan Koperasi. Sama sama lah kita berdoa semoga ada pemimpin yang berkepimpinan tinggi membantu Koperasi Serbaguna Bumiputera Tawau Berhad (KOBUMI). 



10 Jun 2016 - Program Ihya Ramadhan berkunjung ke Kg.Kongsi 8 di Masjid Baitul Farihin bersama dengan YB.Datuk Syed Abas bin Syed Ali ADUN N.55 Balung merangkap Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah seterusnya mengerjakan solat sunat Tarawih bersama-sama kariah Masjid Baitul Farihin.




18 Jun 2016 - Majlis Perjumpaan bersama Pemimpin Pemimpin Masyarakat P.190 Tawau. YB.Datuk Tawfiq bin DSP AB.Titingan menyampaikan hadiah dan buah tangan kepada OKK Kee Ayub bin Kee Abubakar selaku Ketua Daerah Tawau di Majlis tersebut.




Ketua dan Pemimpin akar umbi perlu dihargai peranan mereka yang mengabdikan diri kepada pelaksanaan menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa dan keturunan untuk bersama sama menyokong Parti UMNO serta Barisan Nasional diKampung dan Desa. Oleh yang demikian setiap tahun menjelang Perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Bulan Ramadhan masih berbaki , Yang Berhormat Datuk Hj.Tawfiq bin DSP AB.Titingan Ketua Bahagian UMNO Tawau , Yang Berhormat Datuk Hj.Syed Abas bin Syed Ali Timbalan Ketua Bahagian UMNO Tawau dan Ybhg. Datuk Hj.Nizam bin DSP AB.Titingan Naib Ketua Bahagian UMNO Tawau akan sama sama berusaha membantu meringankan beban untuk menghadapi Perayaan dan juga Bulan Ramadhan.




Mereka ini lah yang menentukan kalah menang Parti UMNO dibahagian Tawau.Mereka adalah Pemimpin Akar Umbi yang setia kepada Parti dan Pemimpin. Jasa dan Budi mereka sentiasa disanjung tinggi dan dikenang. Semoga keikhlasan dan kesedaran yang memandu mereka kearah perjuangan membela Agama , Nusa dan Bangsa dihargai setiap masa oleh Pemimpin yang mereka sayangi.




Semoga hubungan erat Pemimpin atasan denagn Pemimpin akar umbi sentiasa terjalin Ukhuah dan Kepercayaan semoga kepimpinan UMNO Bahagian Tawau akan lebih kemas dan teratur dan berjaya mengatasi cabaran dan rintangan demi kesinambungan perjuangan Bangsa untuk mempertahankan UMNO diTawau khasnya dan di Sabah Amnya.



19 Jun 2016 - Program Ihya Ramadhan berada di Masjid An-Nur Ladang Sg.Kawa bersama-sama YB.Datuk Syed Abas bin Syed Ali Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah dan Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB.Titingan Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah.



20 Jun 2016 - IHYA RAMANADHAN Program Salam Singgah Sahur yang dianjurkan sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak oleh Biro Kebajikan UMNO Bahagian Tawau dengan kerjasama Biro Agama UMNO Bahagian Tawau. Program ini diselaraskan dengan program Biro Kebajikan UMNO Malaysia yang diketuai oleh Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia Dato Samsul Anuar Nasara Ahli Parlimen Lenggong , Perak. Turut sama hadir diprogram ini Datuk Jainab binti DSP Hj.Ahmad Ayid Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah , Datuk Tawfiq bin DSP Hj.AB.Titingan selaku Ketua UMNO Bahagian Tawau sebagai tuan rumah serta AJK UMNO Bahagian Tawau serta AJK Pergerakan Wanita UMNO Tawau yang diketuai oleh Naib Ketua Wanita Puan Hjh.Norsiah binti Bayai.


Program Salam Singgah Sahur dirumah Syarifah Salmah binti Syed Hassan diBatu Jalan Apas .  Program bermula pada jam 2 pagi , dengan kehadiran YB.Dato Samsul Anuar Nasara , Datuk Hjh.Jainab DSP Hj.Ahmad Ayid , Datuk Tawfiq DSP Hj.AB.Titingan , AJK UMNO Bahagian Tawau dan AJK Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau  




26 Jun 2016 - Majlis Bersama Pemimpin YB.Datuk Syed Abas bin Syed Ali ADUN N.55 Balung , merangkap Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah telah berlangsung di Dewn Xocolat Hotel Emas Tawau.Tujuan perjumpaan ini ialah dimana Yang Berhormat akan memberikan bantuan Hari Raya kepada Para Pemimpin akar Umbi dan Petugas petugas yang sentiasa membantu beliau dalam menjalankan amanah selaku Ahli Yang Berhormat Kawasan DUN N.55 Balung. Setiap tahun beliau akan melakukan perkara yang sama sejak beliau dipilih menjadi Ahli Yang Berhormat.




Wakil wakil Ketua Anak Negeri , Ketua Ketua Kampung , Pengerusi Pengerusi JKKK , Kakitangan UPPM , Kakitangan KEMAS dan Individu perseorangan yang selalu membantu beliau dalam merealisasikan keupayaan bagi menjana perkhidmatan beliau kepada Rakyat.


06 Julai - 03 Ogos 2016
Majlis Rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di Kediaman Datuk Hjh.Rosdianah binti Md.Nor Ketua Pergerakan Wanita UMNO , P.190 Tawau

Perayaan Perayaan Hariraya Aidil Fitri disana sini. Kehangatan dan suasana hari raya masih lagi terasa disana sini dimana banyak majlis rumah rumah terbuka diadakan. Disempena sambutan hari raya pada tahun ini, pelbagai pihak dan Jawatankuasa serta orang perseorangan dan tidak ketinggalan para Pemimpin telah mengadakan majlis sambutan hari raya ini. Majlis ini telah diadakan mulai dari 6 Julai sehingga 3 Ogos 2016 bertempat di kediaman atau Dewan orang ramai. Majlis ini telah dihadiri hampir seluruh penduduk kampung dan Daerah dari berbagai lapisan kaum.Pada majlis ini, Jamuan makan dan kuih raya turut disediakan termasuk kuih tradisional seperti ketupat dan tapai dan pelbagai lagi masakan tradisional. Disamping itu juga turut diadakan persembahan lagu lagu raya untuk memeriahkan suasana.






Majlis Rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di Kampung Inderasabah yang disediakan oleh Penduduk Kampung dengan di Ketuai oleh Encik Abit bin Sulaiman Ketua Kampung , Kampung Inderasabah.

Berbagai juadah yang disediakan oleh penduduk kampung , yang mana paling digemari ialah Ketam Rebus , Udang Goreng , Ikan Bakar. Hasil makan laut amat mudah didapati disini kerana penduduknya kebanyakan nya adalah Nelayan sepenuh masa.




Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri dikediaman Hj.Hamid bin Damang di Taman Muhibbah Raya sekali gus Majlis Perkahwinan anak buahnya. 




Pemimpin bersama rakyat dikediaman Tuan Hj.Hamid Damang sambutan Hari Raya Aidilfitri serta Majlis Perkahwinan anak saudaranya. Majlis diserikan dengan kehadiran pemimpin-pemimpin yang dihormati YB.Datuk Tawfiq bin DSP AB.Titingan , YB.Datuk Syed Abas bin Syed Ali , Ybhg.Datuk Nizam bin DSP AB.Titingan dengan rombongan.




9 Julai 2016 - Majlis Persandingan Norfidyawati Noen dengan Pasangan nya Al Ikhsan Mulkan.



Acara memotong Kek Pengantin


Kenangan bersama Pasangan Raja sehari




16 Julai 2016 - Majlis Sambutan Aidilfitri KPDNKK 2016 Parlimen Larut di Dewan Setiabudi Felda Ijok yang diHostkan oleh YB. Dato' Seri Hamzah bin Zainudin Menteri KPDNKK Malaysia.




Sempena Lawatan ke Parlimen Larut pada 15 - 18 Julai 2016 , rombongan UMNO Bahagian Tawau dan UMNO Bahagian Kalabakan telah menginap di LSS Trader Hotel Taiping Perak. Pada hari terakhir sebelum berangkat balik ke Kuala Lumpur sempat merakamkan kenangan bersama sama denga AJK Bahagian Parlimen Larut yang menguruskan perjalan kami disana sejak 15 hingga 18 Julai tersebut.




17 Julai 2016 - Rombongan UMNO Bahagian Tawau berada dikaki bukit Penang Hill bersedia untuk naik keatas menggunakan Cable Train.Rombongan kami berada disini sempena lawatan ke Parlimen Larut , Perak seterusnya dibawa kesini untuk lawatan sehari ke Pulau Pinang. Untuk datang kesini secara bersendirian atau berkeluarga ada lah suatu perkara biasa bagi sesetengan orang tetapi untuk berkunjung kemari secara berkumpulan adalah suatu yang amat berharga dan hanya sekali sepersetua sahaja berlaku.



17 Julai 2016 - Rombongan UMNO Bahagian Kalabakan mengabadikan memori bersama naik kebukit Bendera Pulau Pinang semasa Lawatan Ke Parlimen Larut yang dianjurkan oleh Parlimen Larut.Tahniah kepada yang menyertai rombongan ini kerana bukan mudah mendapat peluang seperti ini dapat bersama sama rakan seperjuangan untuk beriadah melancung .




Majlis Rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri dikediaman KK Hj.Abdul Syeh bin Sahibni dikunjungi oleh YB.Datuk Hj.Tawfiq bin DSP Hj.AB.Titingan Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah dan rombongan.




24 Julai 2016 - Program Celik Kewangan Anjuran Unit UPPM N.55 Balung dan Bank Negara Malaysia Zon Sabah.




Penyampaian Sijil oleh Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB.Titingan yang disaksikan oleh Setiausaha FORMCA dan Pegawai Bank Negara.




06 Ogos 2016 - Pelancaran bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang di perkarangan Majlis Perbandaran Tawau yang dirasmikan oleh YB.Datuk Hj.Tawfiq bin DSP AB.Titingan




06 Ogos 2016 - Diperkarangan Majlis Perbandaran Tawau Majlis Sambutan Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang. Pada tahun 2016 ini Tawau telah diberikan penghormatan dengan menjadi Tuan Rumah Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang yang dilancarkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri DS Zahid bin Hamidi dan YAB Ketua Menteri Sabah DSP Musa Aman bersama Menteri Menteri Kabinet Negeri Sabah.




08 - 10 Ogos 2016 - Mesyuarat Kedua Penggal ke-4 Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah ke -14 . UPPM Balung dengan keizinan YB.Datuk Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali melalui Pegawai Pembangunan Masyarakat ( Balung ) Tuan Said Hasan bin Said Idrus telah mengajak beberapa orang pemimpin akar umbi untuk menyertai rombongan ke Kota Kinabalu bagi menghadiri Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Sabah yang berlangsung pada tarikh tersebut.  Peluang yang disampaikan tidak disia-sia kan , kami bersedia untuk menghadiri Mesyuarat tersebut sebagai Pemerhati. Bagi mengabadikan kenangan berada diDewan Undangan Negeri Sabah kesempatan bergambar bersama dengan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Yang Berhormat Datuk Haji Syed Abas bin Haji Syed Ali. Beberapa perkara penting yang disampaikan oleh Pegawai Pembangunan Masyarakat ( Balung ) Tuan Said Hasan bin Said Idrus iaitu semasa berada didalam Dewan Undangan Negeri Sabah pakaian perlulah mengikut Protokol Dewan tersebut. Bagi Pakaian Lelaki ( Kot hitam atau gelap dan Tali leher ) bagi wanita berpakaian sopan ( Kot warna hitam atau gelap ).   




08 - 10 Ogos 2016 - Mesyuarat Kedua Penggal ke-4 Dewan Undangan Negeri Sabah ke -14. Makan Malam bersama YB.Datuk Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah bersama Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP Hj.AB.Titingan Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah disalam sebuah Restaurant Makanan Laut diKota Kinabalu.




08 - 10 Ogos 2016 - Mesyuarat Kedua Penggal ke-4 Dewan Undangan Negeri Sabah ke -14. Menghadiri Mesyuarat Dewan kali ini amat bertuah sekali kerana Dewan membahaskan Usul Penambahan bilangan Kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah dari 60 ke 73. Sekiranya ianya diluluskan bermakna PRN Sabah akan datang akan ada penambahan bilangan ADUN sebanyak 13 kawasan. Peraturan dan cara pelaksanaan ini sebaik sahaja usul penambahan ini diluluskan oleh Dewan yang Mulia ini , Yang Di-Pertuan Dewan akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Negeri Sabah akan penambahan ini dimana Suruhanjaya nanti akan menentukan 13 kawasan baru tersebut untuk dimasukkan kedalam PRN Sabah akan datang. Dalam membuat keputusan tersebut undian belah bagi dimana lebih dari 2/3 Ahli Dewan telah bersetuju untuk penambahan 13 kawasan baru yang telah diusulkan.




15 Ogos 2016 - Di PDM Tinagat yang dilaksanakan di Dewan Serbaguna Kg.Batu Payung. Beberapa acara yang berlangsung disini yang mana diserikan dengan kehadiran para pemimpin UMNO Bahagian Tawau , YB.Datuk Hj.Tawfiq bin DSP AB.Titingan Ketua UMNO Bahagian Tawau merangkap Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah , YB.Datuk Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tawau merangkap Tuan Yang Di-Pertua Dewan Undangan Negeri Sabah , Datuk Hj.NIzam bin DSP Hj.AB.Titingan Naib Ketua UMNO Bahagian Tawau merangkap Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sabah, Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tawau , Ahli Jawatankuasa Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau , Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tawau ,  Ahli Jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tawau. Ketua Ketua Cawangan PDM Tinagat , Wakil Ketua Anak Negeri , Ketua Ketua Kampung dan Pengerusi - Pengerusi JKKK. Acara yang dijalankan disini , Perakuan Taat Setia Kepada Pemimpin oleh semua Ketua-Ketua Cawangan UMNO di PDM Tinagat , Ucapan dari YB.Datuk Tawfiq yang akan menerangkan dan pencerahan isu-isu semasa yang diputar belitkan oleh pihak tertentu , Persembahan Gesekan Biola oleh YB.Datuk Tawfiq dan Persembahan kebudayaan oleh PDM Tinagat.




Pemimpin-pemimpin Masyarakat bertemu diPDM Tinagat yang dilaksanakan diDewan serbaguna Kg.Batu Payung. Kesempatan bertemu dan bermesra diantara pemimpin - pemimpin Masyarakat dengan Ybhg.Datuk Nizam bin DSP AB.Titingan seorang pemimpin muda yang bakal menerajui pesada politik Negeri dan Negara suatu masa nanti.




27 Ogos 2016 - Penyampaian Sijil kepada Mantan Pemimpin di PDM Andrassy semasa Majlis Merdeka Raya Pemimpin Bersama Rakyat yang telah diadakan di Dewan serbaguna Blok 31. Anak kepada Mantan Pemimpin telah menerima Sijil Penghargaan yang disampaikan oleh YB.Datuk Tawfiq bin DSP AB.Titingan Ketua UMNO Bahagian Tawau dan YB.Datuk Syed Abas bin Syed Ali Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tawau.




Tiada sekarang kalau tiada yang dulu , sudah menjadi adat didunia asam garam kehidupan. Pemimpin datang dan pergi tetapi perjuangan membela Nusa dan Bangsa tetap diteruskan.Ibaratkan patah tumbuh hilang berganti. Kepada para pendahulu yang telah pergi lebih awal dan kembali berpulang kepada-Nya, sayugia hanya Allah Subhana hu Wata’ala yang mampu memberi balasan setimpal, atas segala kebaikan yang telah dilakukan.Semoga rahmat tercucur di atas roh mereka… Al-Fatihah,… Pucuk pangkalnya, setiap daripada kita Ahli UMNO Saya dan saudara saudari semua, bukanlah hanya sekadar sebahagian daripada UMNO, akan tetapi,… kita adalah UMNO. Kitalah tiang serinya, lantai dan dindingnya, jenang dan jendelanya, atap genting dan atap rumbianya, pasak dan tunjangnya, saling bergabung, lengkap melengkapi, yang akan terus mengibar megah sang saka bangsa, panji keramat kepada parti yang berdaulat ini. Itulah yang dilakukan oleh Pemimpin-pemimpin akar Umbi di PDM Andrassy menyatakan kesungguhan dan taat setia mereka kepada Pemimpin UMNO.




Dengan alunan lagu Warisan melalui gesekan biola YB.Datuk Tawfiq bin DSP AB.Titingan menyerikan lagi acara Pemimpin Bersama Rakyat di PDM Andrassy.Pemimpin yang suatu ketika dahulu yang sangat dihormati oleh rakyat Negeri Sabah Tun Datu Hj.Mustapha bin Datu Harun juga berminat dengan gesekan biola. Disetiap perjumpaan atau keramaian beliau sering mendendangkan lagu lagu melalui gesekan biolanya lebih lebih lagi dengan iringan kumpulan Muzik beliau akan membawa lagu kegemaran nya Sayang Sarawak.




21 Ogos 2016 - Persidangan Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tawau. Venue Persidangan tersebut di Dewan Xocolat Hotel Emas Tawau , dirasmikan oleh Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP.Hj.AB.Titingan Naib Ketua UMNO Bahagian Tawau.


Puteri UMNO dilancarkan pada 3 Ogos 2001 oleh Presiden UMNO pada ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ketua Puteri UMNO yang pertama ialah YB Datuk Seri Azalina Othman , seorang peguam yang banyak terlibat dalam Biro Bantuan Guaman. 
Peranan Puteri UMNO sangat bermakna kerana dapat menarik ramai golongan remaja untuk menyertai UMNO. Mereka dengan mudah dapat memberi kerjasama dalam pelbagai aktiviti di peringkat cawangan dan bahagian. Kerja-kerja perkeranian , sukarela dan pengurusan balai raya serta aktiviti parti berjalan dengan lancar. Kehadiran mereka menghidupkan suasana UMNO.




27 Ogos 2016 - Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Tawau. Venue Persidangan Di Dewan Persidangan Hotel Promenade Tawau. Persidangan dirasmikan oleh Ybhg.Tuan Hj.Yamani Hafez bin DSP Musa Ketua Pergerakan Pemuda Negeri Sabah.



Pada 28 Ogos 2016 - Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau . Venur Persidangan Di Dewan Persidangan Hotel Promenade Tawau. Persidangan dirasmikan oleh Ybhg.Dato' Sharifah Azizah binti Syed Zain , Ketua Pergerakan Wanita UMNO Kluang Johor merangkap Ketua Pergerakan Wanita UMNO Negeri Johor.



04 September 2016 - Datuk Hj.Nizam AB.Titingan semasa memberikan ucapan di PDM Kinabutan diKg.Kongsi 8

Kata orang,….. alang-alang mahu berjuang,… walau langit turun menimpa,… meski bumi terbagi dua,… dengan cogankata Bersatu, Bersetia dan Berkhidmat, UMNO ini satu-satunya parti milik kita, pertahankanlah,... pertahankan bersama. Pujangga ada berpesan, hidup ini tidak pernah pun menjanjikan yang senang-senang saja. Apabila berdepan dengan masalah, kita tidak boleh sekali-kali lari daripadanya. Hatta, memetik hikmah kata oleh Bapak Muhammad Natsir, bekas Perdana Menteri Indonesia bahawa, tiada percetakan atau buku-buku panduan, yang bisa atau mampu melahirkan seorang pemimpin , Kerana pemimpin itu,… sebenarnya tidak lahir di bilik-bilik kuliah, sebaliknya pemimpin itu muncul di gelanggang dan di celah-celah kemelut supaya mampu menangani cabaran dan dugaan. Bertitik tolak daripada semua itu, antara perkara mustahak yang mahu saya peringatkan, adalah prinsip kesetiaan dan ketaatan kepada pucuk pimpinan.




04 September 2016 - Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Mantan Pemimpin UMNO yang diterima oleh Generasi masa kini anak kepada Mantan Pemimpin yang telah banyak menabur bakti kepada Parti dan Rakyat. Sijil disampaikan oleh YB.Datuk Syed Abas bin Syed Ali ADUN N.55 Balung merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tawau dan Datuk Hj.Nizam bin DSP.AB.Titingan Naib Ketua UMNO Bahagian Tawau.


Taat dan setia kepada Pemimpin 

Mana-mana juga pertubuhan atau organisasi di serata dunia, jika sifat kesetiaan atau loyalty tidak terwujud kental pada diri masing-masing, dalam mendokong pimpinan utama, sudah barang pasti rosaklah rencana, pincanglah kesatuan. Sesungguhnya jua, kesetiaan dan ketaatan bukan sekadar menjadi nilai-nilai utama, malah merupakan sifat, sikap, prinsip dan pegangan yang semestinya berdarah daging dan menunjang dalam diri setiap orang UMNO dari sebawah-bawahnya, hingga kepada pimpinan-pimpinan kanan. Barulah wujud dan adanya disiplin, tanzim serta ketersusunan dalam organisasi seperti UMNO ini. Hukamak menyebut, sesuatu hak dan kebenaran yang tidak diwaspada pun, boleh tertewas oleh fitnah dan kebatilan yang dikerangkakan dengan rapinya, oleh pihak-pihak yang curang dan berniat jahat.
Malah, hukum kesetiaan disebut berulang kali dalam Al-quran dan hadis, antaranya melalui surah An-Nisa’, tentang tuntutan ketaatan kepada Ulil Amri. Dalam Islam, berasaskan nas dan matan hadis yang sahih, jumhur ulama, berpegang kepada pandangan dan nilai kesetiaan serta ketaatan, yang disebut sebagai wala’, yang bererti memberi taat, kecintaan, setia dan kasih sayang kepada pemimpin dan institusi kepimpinan itu.

Sebab itu, kita tidak dapat memisahkan prinsip kepemimpinan dan kepengikutan, yang sebenarnya bersifat saling berkait antara satu dengan yang lain. Kendati itu, dalam Sejarah Melayu lama pun, memperakukan dengan halusnya dalam bait-bait indah tentang kesetiaan dan ketaatan kepada pucuk pimpinan.Ia menyebut, diseru dan dipanggil kita datang, disuruh pergi, kita pulang. Begitulah luhurnya prinsip kesetiaan dan ketaatan. Sebab itulah, Islam secara khulasahnya, menetapkan bahawa adalah wajib kita mentaati pemimpin yang memerintah.
Pengiktirafan sebagai pemimpin seharusnya diberikan kepada mereka yang masih dalam kepimpinan terutamanya diperingkat akar umbi. Tidak sahaja diberikan kepada Mantan yang telah pergi , yang diolah untuk mengingati pengorbanan mereka itu. Semoga Pemimpin kita sentiasa diberikan Rahmat dan Hidayah semoga dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sempurna.




10 September 2016 - Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan dan Majlis Bersama Pemimpin sempena Jelajah PDM di PDM Ranggu. Majlis diceriahkan dengan kehadiran Pemimpin Pemimpin Utama UMNO Bahagian Tawau. YB.Datuk Tawfiq bin DSP AB.Titingan , YB.Datuk Syed Abas bin Syed Ali dan Ybhg.Datuk Nizam bin DSP.AB Titingan.

Jelajah PDM UMNO Bahagian Tawau berakhir disini di PDM Ranggu yang diadakan di Balairaya Kg.Ranggu. Pengisian acara disini , Sambutan Hari Kemerdekaan dengan menaikkan Bendera Malaysia dan Negeri Sabah , Bacaan Ikrar Rukun Negara , Ucapan dari Pemimpin Utama Datuk Syed Abas dan Datuk Tawfiq. 




Dalam Ucapan YB.Datuk Tawfiq memberikan penerangan tentang beberapa isu isu yang sentiasa digembar gemburkan oleh pihak tertentu. Isu isu Fitnah dan adu domba dan bersifat dan bertujuan membencikan Pucuk Pimpinan Parti dan Negara.Disamping itu beberapa isu kepentingan rakyat seperti kekurangan bekalan air bersih juga dijelaskan dan solusi yang sedang diusahakan agar bekalan air bersih dapat dibekalkan ke kampung kampung termasuk Kg.Ranggu.




11 September 2016 - Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Tawau. Venue Persidangan di Dewan Persidangan Hotel Promenade Tawau.Persidangan ini telah dirasmikan oleh YB.DS Hishamuddin bin Tun Hussien Onn Naib Presiden UMNO Malaysia merangkap Menteri Pertahanan Malaysia.Turut Hadir YB.Datuk Yusof bin Apdal Ketua UMNO Bahagian Silam wakil daripada Perhubungan UMNO Negeri Sabah.



Ahli Jawatankuasa Bahagian bersama YB.DS Hishamuddin


Pemimpin Pemimpin UMNO Zon 6 bersama YB.DS. Hishamuddin


Kejayaan seorang pemimpin itu bukannya kejayaan mengalahkan musuh, tetapi apabila kita dan musuh kita mampu bersemuka dan menyelesaikan perbalahan di antara pihak-pihak yang berbalah. Jika bersemuka dan akhirnya selesai permasalahan yang ada, maka berjayalah kepimpinannya. Kejayaan pimpinan ialah apabila tercapai matlamat untuk kebaikan organisasinya dan ahli dibawah pimpinannya. 

Seorang imam kepada jemaah yang besar itu belum tentu mampu menyampaikan segala doa kepada Allah swt. Mungkin ada di antara makmum yang ramai itu yang mampu melakukannya. Itu sebabnya kita dituntut untuk bersolat beramai-ramai kerana mungkin ada di antara yang ramai itu benar-benar mukmin dan dikasihi Tuhan. Maka dia itulah yang merafakkan doa ke hadirat Allah swt dengan sempurna. Imam itu hanya ditugaskan untuk mengetuai ‘congregation’ jemaah semasa bersolat itu sahaja.

Dari itu samalah kita berusaha untuk mempertahankan perjuangan kita dengan sentiasa bersama sama mendukung perjuangan yang diajukan oleh Pemimpin Utama kita Presiden Parti UMNO dan Perdana Menteri Malaysia semoga kita dapat mencapai kejayaan yang diinginkan.




18 September 2016 - Program Hari Keluarga dan Kepenggunaan anjuran Majlis Pembangunan Wanita , Keluarga dam Masyarakat Parlimen P.190 Tawau denga dihadiri oleh pegawai pemantau MPWK dari Ibu Pejabat Kota Kinabalu. Program ini dibantu oleh KPDNKK Daerah Tawau yang mana Pegawai KPDNKK telah datang dan memberikan taklimat dan soal jawab keatas beberapa isu kepenggunaan yang perlu dijelaskan kepada pengguna.




Penyampaian Cenderakenangan kepada Pegawai KPDNKK kerana telah mengambil bahagian dalam sesi soal jawap dengan pengguna yang disampaikan oleh Ybhg.Datuk Hjh.Rosdianah binti Md.Nor Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau yang disaksikan oleh Pegawai Pemantau MPWK dan Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau.




Penyampaian Hadiah kepada penerima pemenang cabutan nombor bertuah , yang akan menjadi tanda kenangan semasa menghadiri Program ini dan juga sebagai buah tangan dibawa pulang.




Para peserta Program amat bertuah dan gembira kerana mengikuti ceramah dan sesi soal jawab.




26 September 2016 - Program Naziran ke Pejabat UMNO Tawau , turut hadir YB.Ketua Bahagian UMNO Tawau Datuk Tawfiq bin DSP.AB.Titingan serta AJK UMNO Bahagian Tawau.

Badan Naziran Politik UMNO telah diwujudkan bagi memantau perkembangan kerja-kerja di bahagian bahagian termasuk memperbetulkan program yang dianjurkan mestilah berkepentingan rakyat. Inisiatif tersebut amat kritikal bagi menentukan `hidup atau mati’ parti pada Pilihan Raya Umum Ke-14.  Gerak kerja perlu diperhebatkan untuk mempertingkatkan undi Barisan Nasional terutama sekali UMNO. Kita yakin BN berupaya memenangi lebih banyak kawasan Parlimen sekiranya jentera parti berusaha secara bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat itu. Sekiranya kita kerja kuat kita boleh dapat lebih kawasan Parlimen. Dua pertiga yang kita sasarkan insya-Allah boleh dicapai.

Usaha menambah bilangan pengundi BN perlu berterusan memandangkan Pilihan Raya Umum Ke-14 tidak lama lagi. Komitmen Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meluangkan lebih banyak masa turun padang bagi membantu jentera parti di setiap kawasan Parlimen sangat menggalakkan. Beliau sentiasa bertemu dengan Ketua Bahagian , mendengar masalah dari bahagian bahagian mengenai program yang dilaksanakan mestilah melibatkan rakyat jelata yang sepatutnya memberi sokongan kepada BN atau pun UMNO.




KOTA KINABALU 1 Okt. 2016 – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Syed Abas Syed Ali mendahului senarai 876 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormat sempena ulang tahun ke-63 Yang Dipertua Ne­geri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, hari ini. Syed Abas, 69, yang merupakan Ahli Dewan Undangan Ne­geri (ADUN) Balung, merupakan antara lima penerima Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) iaitu darjah kebesaran tertinggi Sabah yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima.





02 Oktober 2016 - Serdang: Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Dr Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim diumumkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1438H/2016M, di sini, hari ini. Ahmad Fairuz yang juga Pro-Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) itu, menerima hadiah wang tunai RM100,000, pingat serta sijil penghargaan daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. Ahmad Fairuz ketika ucapannya melahirkan rasa terharu dan syukur apabila diberi penghormatan oleh kerajaan Sementara itu, ulama terkenal, Allahyarham Datuk Dr Haron Din diumumkan sebagai penerima Anugerah Khas Maal Hijrah pada majlis sambutan yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) itu. 




Tokoh Maal Hijrah Tun Dr Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim , menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada Majlis Sambutan Maal Hijrah 1438H Peringkat Kebangsaan. Turut kelihatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.




TOKOH Anugerah Khas Maal Hijrah 2016, Allahyarham Datuk Dr.Harun Din diterima oleh anak sulung Allahyarham Datuk Dr Haron Din, Dr Huda Haron (kanan) dan suami Dr Azlin Azzuddin (dua dari kanan) di Majlis Sambutan Maal Hijrah 1438H Peringkat Kebangsaan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.




Tokoh Maal Hijrah 1438H / 2016 Peringkat Negeri Sabah
 TUN AHMADSHAH ABDULLAH



PUTATAN: Bekas Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Ahmadshah Abdullah dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah negeri Sabah sempena sambutan Maal Hijrah 1438 peringkat negeri di sini, hari ini. Anugerah disampaikan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Dewan Sri Putatan. Ahmadshah, 70, dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah pada 1 Januari 2003 hingga 31 Disember 2010 sebelum digantikan Juhar selain pernah memegang pelbagai jawatan dalam kerajaan negeri termasuk sebagai Setiausaha Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS). Beliau yang berasal dari Inanam, Kota Kinabalu dipilih sebagai penerima Tokoh Maal Hijrah negeri Sabah pada tahun ini berdasarkan sumbangannya dalam pembangunan Islam termasuk memperkemaskan enakmen berkaitan Islam ketika bertugas di MUIS. Turut kelihatan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Mohd Arifin Arif.




Mantan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah , Datuk Siti Sapoo Ahok, dipilih sebagai penerima Anugerah Sayidatina Khadijah. Siti Sapoo, 60, yang juga bekas Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita Negeri Sabah dipilih berdasarkan sumbangannya dalam pembangunan masyarakat khususnya golongan wanita di negeri ini. 




Mantan Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Jamdin Buyong dipilih sebagai penerima Anugerah Khas berdasarkan sumbangannya dalam pelbagai bidang termasuk berkaitan kesusasteraan dan kesenian Islam sepanjang berkhidmat dalam pelbagai jawatan dan agensi kerajaan. 


Terdahulu, dalam perutusannya, Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin mengingatkan umat Islam di negeri ini agar kembali kepada kekuatan persaudaraan berasaskan akidah Islamiah bagi memperkasakan kesatuan dan perpaduan ummah. "Ia membolehkan konsep penerimaan dan kebersamaan yang menjamin kesejahteraan hidup dalam masyarakat majmuk di negara kita terus kekal subur. "Semua pihak perlu memainkan peranan supaya hasrat ini tercapai. Perbuatan mencela atau memburukkan antara satu sama lain atas sebab berbeza fahaman politik, mazhab atau kaum hendaklah dihentikan," katanya. Yang turut hadir ialah isteri Juhar, Toh Puan Norlidah RM Jasni; Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan isteri, Datin Seri Faridah Tussin; Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin dan Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Mohd Arifin Arif.




4 Oktober 2016 - Nahas Helikopter terhampas di SMK Balung pada waktu jam 9.05 pagi melibatkan rempuhan keatas bangunan SMK Balung dan terhampas dikawasan sekolah tersebut. Seramai 13 orang tentera berada didalam helikopter tersebut dan 8 orang murid sekolah serta 1pekerja pembersihan sekolah  tercedera dan mendapat rawatan segera ke Hospital Tawau dan Klinik Kerajaan yang berhampiran.



Yang Berhormat Datuk Tawfiq bin DSP AB.Titingan  bersama rombongan termasuk Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB.Titingan dan Tuan Said Hasan bin Said Idrus Pegawai Pembangunan Masyarakat bahagian Balung berada dilokasi pada hari berkenaan untuk meninjau keadaan yang diberikan penerangan oleh Ketua Polis Daerah Tawau Tuan Fadil Marsus.



YB.Datuk Tawfiq bin DSP AB.Titingan , Datuk Hj.Nizam bin DSP AB.Titingan dan Tuan Fadil Marsus Ketua Polis Daerah Tawau sedang membincangkan sesuatu mengenai 'flight route' bagi penerbangan latihan TUDM untuk mengelakkan perkara yang sama berulang kembali.




5 Oktober 2016 - AJK Bahagian UMNO Tawau yang diketuai oleh SUB Tuan Hj.Naim Ahmad berada dibilik VVIP Lapangan terbang Tawau menunggu ketibaan YB. Dato' Sri Mohd.Johari bin Baharum Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia untuk lawatan singkat ke SMK Balung Tawau dimana kejadian Helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia terhampas pada hari selasa pagi ( 4/10/2016 ).




AJK Bahagian UMNO Tawau bersama YB.Dato' Sri Mohd.Johari bin Baharum Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia di bilik VVIP Lapangan terbang Tawau yang kemudian bersama sama melawat kekawasan nahas helikopter di SMK Balung Tawau.




Sempena lawatan tersebut YB.Dato' Sri Mohd.Johari bin Baharum memberikan jaminan bahawa segala kerosakan yang disebabkan nahas Helikopter tersebut pihak Kementerian Pertahanan Malaysia akan bertanggungjawab untuk membaikpulih sesegera yang mungkin. Kerja-kerja pembersihan dan pengeluaran bangkai Helikopter dan serpihan sedang berjalan dan dijangkakan dalam tempuh 2 hari akan selesai. Sementara itu  ATM  segera melakukan kerja kerja baikpulih sebaik sahaja kerja kerja pembersihan tersebut selesai dan dijangkakan selesai dalam tempuh sebulan.



6 Oktober 2016 - Helikopter Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang mendarat cemas di atas bumbung sebuah bangunan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balung pada 4 Oktober lalu sudah dikeluarkan dari kawasan insiden, kerja-kerja mengangkat helikopter berkenaan bermula kira-kira jam 8 pagi dan selesai pada jam 12.45 tengah hari. Helikopter berkenaan dinaikkan ke sebuah treler , Kerja-kerja mengeluarkan helikopter berkenaan dipantau oleh pegawai TUDM. Dalam kejadian itu, helikopter Nuri TUDM itu mendarat cemas di bumbung dewan terbuka SMK Balung menyebabkan 22 orang cedera iaitu 13 anggota TUDM, lapan pelajar dan pekerja pembersihan SMK Balung.




Kerja-kerja mengeluarkan rangka Helikopter dari tempat kejadian berjalan lancar seperti yang telah dirancang.




Sebuah kren bersama dua treler panjang bersaiz besar digunakan untuk mengangkut rangka utama iaitu badan helikopter, manakala sebuah lagi treler sederhana digunakan untuk mengangkut bahagian enjin pesawat. Operasi itu dijalankan oleh sepasukan anggota TUDM bersama kakitangan dan pengendali kren swasta yang dilantik. 



8 Oktober 2016 - Sukan 1 Negara , Acara senam robik memulakan program Sukan 1 Negara peringkat Kg.Ranggu. Pelbagai acara sukan diadakan seperti Bowling Kelapa , Kerusi Berirama , acara untuk kanak kanak dan sebagainya.


Sambutan Hari Sukan Negara 2016 hari ini diraikan serentak di seluruh negara dalam suasana meriah termasuk di peringkat daerah, kampung, kementerian dan sekolah melibatkan sejumlah 22,500 aktiviti. Sekretariat program itu menyasarkan seramai tujuh juta orang iaitu 20 peratus daripada jumlah rakyat Malaysia menyertai program-program yang telah diatur di seluruh negara berbanding 4.2 juta orang tahun lalu, iaitu tahun pertama program tersebut diadakan.



Sambutan Hari Sukan Negara 2016 Peringkat Perbandaran Tawau disempurnkan pelancaran nya oleh Ybhg.Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan bersama Ybhg. Presdin Majlis Perbandaran Tawau Tuan Ajilus Hj.Sipil dan juga YB.Datuk Hj.Muis Hj.Picho ADUN Sebatik.

  

Kota Kinabalu , lebih 5,000 peserta menyertai sambutan Hari Sukan Negara peringkat Negeri Sabah di Stadium Hoki, Kompleks Sukan Kota Kinabalu yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman. Orang ramai yang hadir tidak melepaskan peluang menggunakan semua kemudahan sukan di kompleks sukan berkenaan secara percuma sempena sambutan Hari Sukan Negara bermula dari pukul 6 pagi hingga 12 tengah malam hari ini.




YAB. Ketua Menteri Sabah DSP Musa Aman bersama Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq bin DSP AB.Titingan berbasikal sempena sambutan Hari Sukan 1 Negara. 





Untuk tahun ini, sambutan utama yang berlangsung di Put­rajaya melibatkan penyertaan kira-kira 30,000 orang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama ribuan rakyat Malaysia turut menyertai acara bersenam ketika merasmikan program itu di Presint 2.

Bermula tahun lepas, setiap Sabtu kedua bulan Oktober telah dijadikan sebagai Hari Sukan Negara dengan matlamat untuk mewujudkan budaya sukan dalam kalangan rakyat di negara ini.




Untuk tahun ini, sambutan utama yang berlangsung di Putrajaya sahaja membabitkan penyertaan kira-kira 30,000 orang yang mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama ribuan rakyat Malaysia turut menyertai acara bersenam ketika merasmikan HSN 2016 di Presint 2. DS Najib Tun Razak dalam ucapannya menyarankan agar rakyat Malaysia menjadikan sukan satu budaya ke arah gaya hidup sihat dan wadah penyatuan untuk meningkatkan semangat patriotisme kepada negara.




DS Najib Tun Razak  kemudiannya mengayuh basikal ke Dataran Putrajaya berhadapan Istana Kehakiman untuk menyertai program kecergasan Kementerian Pendidikan dan berjalan kaki untuk program Jalan Ria 1Murid 1Sukan sejauh 4.5km.




22 Oktober 2016 - Majlis Perhimpunan Perdana Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Musa Hj.Aman , Ketua Menteri Sabah bersama Pemimpin Pemimpin Masyarakat Zon Tawau yang dianjurkan oleh Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Jabatan Ketua Menteri di Dewan Seri Tawau.




Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Aman (tengah) bersama bersama para pemimpin masyarakat daerah Tawau pada Perhimpunan Perdana Ketua Menteri Sabah Bersama Pemimpin-pemimpin Masyarakat Zon Tawau.






22 Oktober 2016 - Kehadiran YAB. Ketua Menteri Sabah DSP Musa Hj.Aman seterusnya merasmikan Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau tahun 2016 diperkarangan Majlis Perbandaran Tawau pada jam 8.30 malam.


Dalam Ucapan beliau berasa kagum dengan penganjuran yang sungguh meriah dan penuh warna-warni. Kemeriahan sambutan festival ini tentunya membuktikan kesungguhan kita untuk memanfaatkan sepenuhnya, keindahan khazanah warisan budaya tempatan dan antarabangsa. Bagi pihak Kerajaan Negeri, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada masyarakat Tawau khususnya Majlis Perbandaran Tawau dan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah atas komitmen dan kerjasama dalam meneruskan kesinambungan festival ini. Dalam memastikan kelangsungan adat dan budaya bangsa, amat penting untuk kita memupuk minat dan menggembleng penyertaan daripada golongan muda. Perancangan dan usaha berterusan perlu digerakkan agar mereka dapat bersama-sama merasakan akan pentingnya untuk kita mewarisi dan meneruskan keunikan dan keindahan adat dan seni budaya ini. Pada malam ini, saya begitu bangga apabila melihat begitu ramai penyertaan golongan muda dalam menjayakan dan menyertai festival ini. Ia merupakan satu petanda yang sangat positif dalam usaha kita untuk terus memartabatkan khazanah budaya ini pada masa akan datang.

  



Malam penuh warna warni dengan penuh makna penyatuan pelbagai Kaum dan Ethnik mempertontonkan kepelbagaian budaya yang terdapat di Negeri Sabah yang sentiasa mekar segar bak kata pepatah tak lekang dek panas tak lapuk dek hujan. Semoga kebudayaan ini akan sentiasa dipelihara oleh Generasi akan datang.



 Ethenik Bajau Sama



Kebudayaan boleh menjadi ejen penyatuan diantara kaum diantara nya ialah saling hormat menghormati dan saling kenal mengenali serta menyerlahkan kepelbagai pakaian tradisonal budaya masing masing. 




4 November 2016 - Pejabat Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (PHEANS) kawasan Tawau telah menerima kunjungan Pejabat Hal Ehwal Anak Negeri (PHEANS) kawasan Putatan yang diketuai oleh Ketua Daerah Putatan , turut bersama rombongan Ketua Anak Negeri, WKAN, KK dan KMC. Mereka adalah ahli kepada Badan Amal Kebajikan Mahkamah Anak Negeri (BAKMAN) Putatan.




Para kakitangan PHEANS Tawau dan Putatan  WNC , KK , KMC yang hadir



PHEANS Tawau dan Putatan , Ketua Daerah , NC , WNC , KK dan KMC




Bertukar tukar cenderakenangan antara PHEANS Tawau dan Putatan sebagai tanda persahabatan diatas kunjungan tersebut diantara Ketua Daerah Tawau dan Putatan.




20 November 2016 - Perasmian Program Demi Negara bertemakan "Membudayakan Perpaduan Meraikan Kepelbagaian". Usaha membudayakan perpaduan bukan agenda jangka pendek dan bermusim sebaliknya ia perlu disemai dan diamalkan dengan penuh kesedaran dan keikhlasan setiap masa demikian yang dikatakan oleh YAB Ketua Menteri Sabah DSP Musa Aman yang disampai kan oleh YB.Datuk Tawfiq bin DSP AB Titingan Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Tawau semasa ucapan perasmian tersebut. Kerajaan Negeri sentiasa mengiktiraf sumbangan dan peranan aktif Kawasan Rukun Tetangga (KRT) selari dengan usaha memelihara keamanan dari peringkat akar umbi. Beliau percaya inisiatif melibatkan penyertaan KRT mampu menyumbang ke arah mengukuhkan perpaduan dan keharmonian rakyat diNegeri ini. 




Diantara Program yang diadakan iaitu Pelancaran RAPAT 1M , Program Demi Negara , Pelancaran KRT dan SRS Daerah Tawau. Hadir sama untuk menjayakan Program ini Yang Berhormat Tan Sri Joseph Kurup Menteri Di Jabatan Perdana Menteri , Yang Berhormat Datuk Pang Yuk Ming  Pembantu Menteri Pembangunan Pelancungan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (ADUN Merotai ) , Pengarah JPNIN Negeri Sabah Puan Delin Liet Blaun 



Penyampaian Cenderahati kepada Yang Berhormat Datuk Tawfiq bin DSP AB.Titingan oleh Yang Berhormat Tan Sri Joseph Kurup Menteri DiJabatan Perdana Menteri.



Pengerusi KRT yang turut hadir di Program Demi Negara



Pengerusi KRT yang turut hadir di Program Demi Negara



26 November 2016 - Minum pagi di Restauran Hotel Emas semasa YB.Datuk Tawfiq bin DSP AB. Titingan Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah memberikan bantuan kewangan kepada AJK Bahagian yang pergi ke #PAU2016 di Kuala Lumpur. 





30 November 2016@8.00malam - Para Pemerhati yang telah berjaya terpilih menghadiri Perhimpunan Agung UMNO ke-70 ini telah diraikan oleh Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB. Titingan disalah sebuah restauran di Kuala Lumpur.




Mereka adalah terdiri daripada pemimpin pemimpin akar umbi yang terdiri daripada Ketua Cawangan , Ketua Wanita dan juga Perwakilan yang hadir semasa Persidangan Perwakilan Bahagian UMNO Tawau yang lalu.




11 Disember 2016 - Gotong Royong membersihkan Kuburan Islam Kampung Ranggu. Gotong Royong dilaksanakan oleh Rukun Tetangga Kg.Ranggu melalui Kumpulan Jiran Muda.




Setelah beberapa kali tertangguh kerana hujan , pada hari ini semuanya berjalan lancar dengan menggunakan beberapa pam akhirnya dapat menyelesaikan tugasan meracun rumput dikawasan kuburan.



17 Disember 2016 - Maulidur Rasul Peringkat Perbandaran Tawau yang disambut setiap tahun melambangkan Perpaduan dan Ukhuah Islamiah dikalangan penduduk Tawau amatlah jitu dan baik terutamanya dikalangan pemimpin pemimpin dan akar umbi sentiasa bersatupadu dalam menjayakan sesuatu Program lebih lebih lagi yang melibatkan kepentingan Agama Islam. Seawal jam 6.00 pagi orang ramai telah berkumpul didataran Majlis Perbandaran Tawau dimana Majlis Perarakan bermula dan berakhir di Dewan Masyarakat Tawau.



Perarakan Maulidur Rasul dengan sepanduk kumpulan masing masing memeriahkan lagi suasana. Sebanyak 70 kontinjen yang menyertai perarakan Maulidur Rasul yang terdiri daripada Jabatan Kerajaan , Swasta , Persatuan , Penduduk Kampung dan orang awam.




Pengerusi Baitulmal Negeri Sabah, merangkap Anggota Dewan Undangan Negeri N.60 Sebatik, Datuk Abd Muis Picho bersama ketua-ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan persekutuan mengetuai perarakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul S.A.W 1438H/2016M mendahului 70 kontinjen yang mewakili Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri, wakil badan bukan kerajaan (NGO), syarikat-syarikat swasta, Komuniti Kampung dan Masjid.



Umat Islam perlu meletakkan perpaduan sebagai teras utama agar keutuhan dan keamanan berterusan dalam menghadapi cabaran pada tahun-tahun mendatang. Pengerusi Baitulmal Negeri Sabah, Datuk Abd Muis Picho berkata umat Islam perlu terus bersatu dan saling menyokong setiap usaha meningkatkan syiar Islam walaupun berbeza ideologi politik. Jangan jadikan perbezaan ideologi politik untuk menimbulkan kebencian antara satu dengan yang lain sedangkan umat Islam itu bersaudara dan mempunyai tanggungjawab mempertahankan agama. Ummat Islam harus bersatu kerana kini kita menghadapi serangan dari segenap sudut dan kesatuan adalah asas kejayaan ummah yang akan memperkukuh benteng daripada serangan musuh Islam. 


Abd Muis yang juga ADUN Sebatik berkata, umat Islam juga perlu saling menasihat dan memperingat antara satu sama lain agar terus berada di landasan perjuangan Islam yang kukuh serta tidak mudah goyang dengan anasir yang berusaha memecahbelahkan umat.



18 Disember 2016 - Taklimat Khas Yang Berhormat Datuk Tawfiq bin DSP AB Titingan Ketua UMNO Bahagian P.190 Tawau mengenai perkara keahlian Ahli UMNO Cawangan yang telah diketegorikan keluar parti untuk pengesahan kerana didapati nama nama mereka yang tersenarai telah dipergunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan peribadi . Untuk mengelakkan tindakan disiplin diambil , semua ketua ketua cawangan terlibat diperlukan untuk mengenalpasti dan mengesahkan perkara sebenar. Turut hadir Datuk Nizam bin DSP AB.Titingan Naib Ketua UMNO Bahagian Tawau , AJK UMNO Bahagian Tawau serta Ketua Ketua Cawangan UMNO Bahagian Tawau. 




19 Disember 2016 - YAB Ketua Menteri Sabah DSP Musa Hj.Aman , YB Datuk Tawfiq bin DSP AB.Titingan , Ybhg. Datuk Hj.Nizam bin DSP AB.Titingan bersama AJK UMNO Bahagian Tawau berada di Lapangan Terbang Tawau menunggu ketibaan YAB Perdana Menteri Malaysia DS Najib bin Tun Hj.Abd.Razak sempena Pelancaran Lebuhraya Pan Borneo Jalan Pintas Lahad Datu. YAB Perdana Menteri dan YAB Ketua Menteri akan menaiki helikopter ke Lahad Datu untuk acara tersebut.



YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj.Aman Ketua Menteri Sabah bersama pemimpin pemimpin Masyarakat Tawau. YB. Datuk Seri Panglima Abdul Ghafur Hj.Salleh Ketua Bahagian UMNO Kalabakan merangkap Ahli Parlimen Kalabakan , Datuk Tawfiq bin DSP AB.Titingan Ketua Bahagian UMNO Tawau ADUN N.56 Apas merangkap Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah , Datuk Hj.Abd.Muis bin Hj.Picho Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kalabakan Turut berada dilapangan terbang Tawau menyambut ketibaan YAB Perdana Menteri. 




Ketibaan YAB Dato' Seri Najib bin Tun Abd,Razak Perdana Menteri Malaysia dilapangan terbang Tawau sempena Pelancaran Lebuhraya Pan Borneo Jalan Pintas Lahad Datu disambut oleh YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj.Aman Ketua Menteri Sabah bersama pemimpin pemimpin Masyarakat Tawau.




Sedia menanti untuk bersalaman dengan YAB Perdana Menteri Dato' Seri Najib bin Tun Hj.Abd.Razak. 




Perdana Menteri disambut mesra oleh pemimpin pemimpin Masyarakat dari pelbagai kaum dan persatuan dengan bersalaman dan bertanya kabar.Kesempatan beginilah para pemimpin masyarakat dapat bersalaman dan merasa kemesraan antara pemimpin atasan dan bawahan. Mereka begitu teruja dan bersyukur mendapat seorang pemimpin yang berjiwa besar serta berjiwa rakyat.



Perdana Menteri bersalaman dengan Pemimpin Masyarakat yang hadir menyambut ketibaan beliau sebelum menaiki helikopter ke Lahad Datu untuk Upacara Pelancaran Lebuhraya Pan Borneo Jalan Pintas Lahad.




Disambut dengan banner menyokong penuh kepimpinan YAB Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Abd.Razak , dengan slogan janji ditepati dan terus berjuang.




Perdana Menteri menaiki Helikopter bersama Ketua Menteri Sabah dengan pegawai pegawai lain untuk Pelancaran Lebuhraya Pan Borneo Jalan Pintas Lahad. 




Ketibaan beliau di Lahad Datu disambut dengan begitu meriah sekali yang dianggarkan kehadiran 20,000 orang dari pelbagai kaum.




Dato' Seri Najib tun Hj.Abdul Razak Perdana Menteri , Datuk Seri Panglima Musa Hj.Aman Ketua Menteri Sabah , Datuk Seri Fadillah Yusof (kiri)  Menteri Kerja Raya , Tan Sri Joseph Pairin Kitingan Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Datuk Tawfiq bin DSP AB.Titingan Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah.

Keprihatinan Dato' Seri Najib Tun Razak kepada rakyat negeri ini jelas terbukti apabila beliau adalah satu-satunya Perdana Menteri yang berani dan bersetuju membina Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah. Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, keberanian Najib itu adalah disebabkan keyakinan beliau melihat potensi lebuh raya berkenaan mampu mewujudkan limpahan ekonomi dan membangunkan negeri ini.

“Kita sudah minta lebuh raya ini dari dahulu, tiada Perdana Menteri yang berani (setuju) bagi kita. “Saya bukan mahu cakap buruk tetapi hanya Najib sahaja Perdana Menteri yang berani bagi kepada kita (Lebuh Raya Pan Borneo),” katanya dalam ucapan aluan pada Majlis Pelancaran Lebuh Raya Pan Borneo pakej Jalan Pintas Lahad Datu di Sekolah Menengah Kebangsaan Sepagaya, di sini hari ini. Musa yang juga Menteri Kewangan negeri menambah, projek lebuh raya itu bukan sahaja bukti komitmen dan keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada Sabah. Sebaliknya kata beliau, kerajaan di bawah kepemimpinan Najib pasti akan memberi peruntukan yang besar dari semasa ke semasa demi manfaat rakyat negeri ini.

Ujarnya, kehadiran Najib ke negeri ini juga adalah untuk beker­ja serta berkhidmat dan bukannya mahu berkempen atau berpolitik.
“Oleh itu saya minta rakyat jangan dengar spekulasi, hasutan dan tidak percaya kepada fitnah pembangkang kononnya mahu merubah negeri ini. “Tiada yang perlu diubah kera­na UMNO dan BN mempunyai rekod yang baik dalam membela nasib rakyat di Sabah. Jangan jadi kacang lupakan kulit,” tegasnya.




Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak melancarkan Lebuhraya Pan Borneo Sabah Jalan Pintas Lahad Datu di Sekolah Menengah Kebangsaan Sepagaya , Lahad Datu. Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman (dua, kiri), Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof (kiri) dan Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Datuk Tawfiq bin DSP AB.Titingan Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah.

Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah akan membawa impak yang besar kepada bumi Sabah dan rakyatnya termasuk dari segi pembangunan sosioekonomi, kata Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak. Beliau berkata walaupun banyak projek telah dilaksanakan di negeri ini namun jika dibuat perbandingan tidak dinafikan apabila projek lebuh raya itu siap kelak, ia bakal menjadi projek yang membawa kesan dan impak paling besar di negeri ini.

Katanya, ini kerana impak pembangunan yang bakal dibawa Lebuhraya Pan Borneo Sabah kelak bersifat lonjakan berganda serta berterusan, tidak seperti projek biasa yang lain."kalau kita nilai dalam banyak projek tersebut, dalam membuat perbandingan mana satu projek yang bawa impak paling besar, saya berani kata bahawa projek Lebuhraya Pan Borneo untuk Sabah merupakan projek yang paling besar kesan dan impaknya kepada bumi Sabah," katanya. Dato' Seri Najib Razak berkata pelancaran projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah juga membuktikan komitmen kerajaan Barisan Nasional (BN) menepati janjinya dalam manifesto Pilihan Raya Umum 2013 bahawa dalam tempoh lima tahun projek Lebuhraya Pan Borneo sepanjang 2,300 kilometer dari Semantan, Sarawak ke Serudong, Sabah akan dilaksanakan.




Selepas Upacara Pelancaran Lebuhraya Pan Borneo Jalan Pintas Lahad YAB Perdana Menteri kembali ke Tawau dan singgah sebentar di Lapangan Terbang Tawau sebelum meneruskan perjalanan balik ke Kuala Lumpur.




YAB Perdana Menteri Dato' Seri Najib bin Tun Abd.Razak dan YAB Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj.Aman bersama Pemimpin Pemimpin UMNO Bahagian Tawau. Kesempatan bersama Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Malaysia diabadikan dalam pertemuan ini bersama Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah serta Ketua Bahagian dan Naib Ketua Bahagian UMNO Tawau.



24 Disember 2016 - YB.Datuk Tawfiq bin DSP AB Titingan Ketua Bahagian UMNO P.190 Tawau bersama Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Tawau meraikan dan menyampaikan hadiah kepada pemimpin pemimpin akar umbi UMNO yang bergama Kristian. Majlis Penyampaian disampaikan oleh YB.Datuk Tawfiq kepada Wakil Ketua Anak Negeri Encik Gelord Emol , Pengerusi JKKK Kampung Iban Kuala Nansang Encik Ngabong a/k Keli , Ketua Kampung Iban Kuala Nansang Encik John , Pengerusi JKKK Kampung Serudung Encik Gaong Impetay dan Encik Alex Dennis dengan ucapan Merry Christmas and Happy New Year 2017.




Penyampaian hadiah oleh YB.Datuk Tawfiq sempena perayaan Krismas kepada Encik Gelord Emol Wakil Ketua Anak Negeri Andrassy.




Penyampaian hadiah oleh YB.Datuk Tawfiq sempena perayaan Krismas kepada Encik John Ketua Kampung Iban Kuala Nansang.




Penyampaian hadiah oleh YB.Datuk Tawfiq sempena perayaan Krismas kepada Encik Gaong Impetay Pengerusi JKKK Kampung Serudung.




Penyampaian hadiah oleh YB.Datuk Tawfiq sempena perayaan Krismas kepada Encik Ngabong a/k Keli Pengerusi JKKK Kampung Iban Kuala Nansang.




Penyampaian hadiah oleh YB.Datuk Tawfiq sempena perayaan Krismas kepada Encik Alex Dennis.








end








No comments:

Post a Comment