KG.RANGGU TAWAU
- 10 September 2017 , Sambutan Hari Kebangsaan ke - 60 tahun telah
diadakan di Balairaya Kg.Ranggu Tawau dengan menyediakan beberapa
Program Semarak Kemerdekaan. Pada sebelah pagi acara menaikkan bendera
Jalur Gemilang dan Bendera Negeri Sabah. Semua penduduk yang hadir
berkumpul digelanggan sepak Takraw dimana acara menaikkan bendera yang
di iringi dengan nyanyian lagu Negeraku dan Sabah Tanah Airku.Selepas
itu bacaan Ikrar Rukun Negara yang diketuai oleh Azhar bin Hj.Mokhtar.
Semangat Patriotisme yang ditunjukkan oleh Penduduk Kampung Ranggu amat disanjung tinggi , dimana saban tahun acara serupa ini diadakan Sambutan Hari Kebangsaan pasti nya akan mendapat sokongan mereka. Semangat cintakan negara adalah semangat patriotik kepada negara. Dengan mempunyai semangat patriotik yang sejati barulah lahir jati diri dan semangat cinta negara yang tulen yang akan mendahului kepentingan individu, kaum, politik dan ekonomi.
Selepas acara menaikkan Bendera dan menyayikan lagu Patriotik dan Bacaan Ikrar , semua penduduk kampung bersama sama pemimpin kampung berkumpul semula didalam Balairaya untuk meneruskan acara acara yang telah disediakan.Pemimpin pemimpin kampung yang hadir WKAN Hj.Amirbak bin Abdul Rahim , WKAN/Pengerusi KRT Kg.Ranggu Yusof bin Hj.Ahmad , PJKKK Hjh.Kee Salmah binti Kee Yusof , KK Bahauddin bin Ahmad , Pemaju Mukim Hj.Mohd.Zain bin Ahmad, Setiausaha JKKK Zaini bin Abidin turut hadir Tuan Julaidy bin Simon Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Tawau dan Ketua Pergerakkan Wanita UMNO Bahagian Tawau dan rombongan.
Persembahan bacaan Sajak Kemerdekaan oleh anak anak Sekolah Kebangsaan Kg.Ranggu.
Ucapan alu-aluan Hjh.Kee Salmah binti Kee Yusof , Pengerusi JKKK Kg.Ranggu merangkap Pengerusi Pelaksana Program Sambutan Hari Kebangsaan ke-60 serta Majlis meraikan Kemenangan Kg.Ranggu dalam Pertandingan Anugerah Desa Perdana Peringkat Daerah Tawau.
Dalam
ucapan nya beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk
kampung yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada program program
yang dijalankan yang perlukan penglibatan penduduk kampung. Dalam
Program kali ini pengisian nya adalah merupakan semangat perjuangan dan
Patriotisme serta memberikan penghargaan kepada mereka yang terdahulu
yang telah memberikan sumbangan bagi memajukan kampung dan pemimpin
kampung. Beberapa Penghargaan yang disampaikan sempena Program kali ini
seperti ;
1. Jasa Mu dikenang
3 orang pemimpin lama di Kampung diberikan Sijil Penghargaan yang akan diserahkan kepada waris masing masing.
2. Penyampaian Sijil Penghargaan
AJK Pelaksana Hari Kebangsaan tahun ini diberikan Sijil Penghargaan
3. Penyampaian Sijil Penghargaan
AJK
Pelaksana Anugerah Desa Perdana yang telah berusaha sehingga Kg.Ranggu
mencapai kejayaan Johan Anugerah Desa Perdana Daerah Tawau.
4. Penyampaian Trophi dan Sijil Penghargaan
Pemenang Keluarga " Sikap Berjiwa Patriotisme 2017"
5. Penyampaian Hadiah
Pemenang Mewarna dan Melukis untuk kanak kanak sekolah.
Kumpulan Pemuzik kanak kanak sekolah SK.Ranggu mempersembahkan beberap buah lagu Patriotik termasuklah lagu sehati sejiwa yang dinyanyikan bersama kanak kanak Tadika KEMAS sambil mengibarkan Bendera Malaysia. Kita cuba terapkan nilai nilai Murni dan Cintakan Negara kepada anak anak.
Nilai
murni boleh ditakrifkan sebagai amalan yang baik dalam kehidupan,
umpamanya hormat-menghormati, tolong-menolong, prihatin, bersimpati,
berperikemanusian dan lain-lain lagi. Namun, pada era dunia tanpa
sempadan ini, amalan murni ini semakin lenyap ditelan zaman. Persoalan
yang menjadi percaturan minda adalah apakah prakarsa istiqamah yang
boleh dijana untuk menjamin amalan suci in terus diamalkan?
Obligasi untuk memupuk nilai-nilai murni ini tidak harus dipandang enteng oleh setiap pemimpin dan haruslah dijulang sampai ke langit. Pemimpin pemimpin kampung harus juga menerapkan amalan ini pada kanak kanak dibanku sekolah , bak kata pepatah, melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Hal ini kerana secara analoginya, kanak-kanak diibaratkan kain putih dan Pemimpin dan masyarakat serta ibu bapa merupakan warna yang akan mencorakkan kehidupan anak-anak ini. Misalnya, harus menerapkan ajaran agama yang mantap dalam diri dan jiwa anak-anak dengan membawa mereka untuk mendekati Tuhan seperti dengan bersembahyang dan mengikut anutan agama masing-masing. Selain itu, haruslah mengajar anak-anak untuk menghormati orang tua dan menyayangi kehidupan. Apabila selalu terdedah kepada pengajaran sedemikian, kanak-kanak boleh membezakan antara intan dengan kaca dan antara batu dengan permata. Dalam konteks ini, ibu bapa juga haruslah menjadi teladan yang terbaik kepada anak-anak dengan bersikap sopan santun kerana pepatah Melayu ada mengatakan bahawa bapa borek anak rintik. Ikhtisarnya, ibu bapa perlu berpegang kepada prinsip jika menebang menuju pangkal, jika melanting menuju tangkai dalam mendidik anak-anak agar mereka mengamalkan nilai-nilai murni yang disanjungi.
Obligasi untuk memupuk nilai-nilai murni ini tidak harus dipandang enteng oleh setiap pemimpin dan haruslah dijulang sampai ke langit. Pemimpin pemimpin kampung harus juga menerapkan amalan ini pada kanak kanak dibanku sekolah , bak kata pepatah, melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Hal ini kerana secara analoginya, kanak-kanak diibaratkan kain putih dan Pemimpin dan masyarakat serta ibu bapa merupakan warna yang akan mencorakkan kehidupan anak-anak ini. Misalnya, harus menerapkan ajaran agama yang mantap dalam diri dan jiwa anak-anak dengan membawa mereka untuk mendekati Tuhan seperti dengan bersembahyang dan mengikut anutan agama masing-masing. Selain itu, haruslah mengajar anak-anak untuk menghormati orang tua dan menyayangi kehidupan. Apabila selalu terdedah kepada pengajaran sedemikian, kanak-kanak boleh membezakan antara intan dengan kaca dan antara batu dengan permata. Dalam konteks ini, ibu bapa juga haruslah menjadi teladan yang terbaik kepada anak-anak dengan bersikap sopan santun kerana pepatah Melayu ada mengatakan bahawa bapa borek anak rintik. Ikhtisarnya, ibu bapa perlu berpegang kepada prinsip jika menebang menuju pangkal, jika melanting menuju tangkai dalam mendidik anak-anak agar mereka mengamalkan nilai-nilai murni yang disanjungi.
Penerima Sijil Penghargaan " Jasa Mu Dikenang " Pemimpin pemimpin yang terdahulu yang banyak menyumbang kepada pembangunan dalam Kampung Ranggu. Waris waris mereka telah hadir dan menerima sujil tersebut sebagai tanda bahawa Jasa dan Budi mereka terdahulu tetap dikenang dan diabadikan dalam ingatan kepada Generasi masa kini dan akan datang.
i. Imam Ahmad bin Aliho
Imam
Pertama di Kampung Ranggu dalam tahun 1950an hingga 1970an. Beliau
adalah Imam bertauliah dimana segala urusan keagamaan Imam Masjid Ranggu
, nikah kahwin , kenduri kendara dan banyak lagi. Seorang daripada anak
beliau telah dilantik menjadi Ketua Kampung Ranggu. Dulu terdapat
sebuah Masjid di Kampung Ranggu ianya diperbuat daripada kayu dan
struktur bertiang. Masjid tersebut telah dibina dalam tahun 1930an dan
telah beberapa kali diubahsuai. Disamping Masjid terdapat sebuah Beduk
yang digunakan oleh kaum muslimin memberitahu kepada penduduk kampung
tentang masuknya waktu untuk Solat Fardu, ianya juga digunakan untuk
waktu berbuka puasa pada bulan Ramadhan. Disitu juga ada terdapat sebuah
perigi yang digunakan untuk mengambil air untuk berwuduk. Masjid
tersebut telah dirobohkan dalam tahun 1990an dimana sebuah Masjid baru
yang lebih besar dan diperbuat daripada konkrit dibina , atas Peruntukan
yang disalurkan oleh pihak Kerajaan Tempatan melalui Majlis Perbandaran
Tawau.
ii. WKAN Abdullah bin Salim @ Panglima Abdullah Salim
Ketua
Kampung Ranggu yang pertama dalam tahun 1930an. Beliau adalah cucu
kepada Penghulu Puado salah seorang pemimpin yang disegani semasa
Pemerintahan Kolonial British North Borneo terutama sekali di Daerah
Tawau. Selepas Perang Dunia kedua beliau telah diberikan amanah untuk
menjaga beberapa kawasan kampung sebagai Wakil Ketua Anak Negeri disekitar bahagian Apas seperti Kg.Tinagat , Kg.Batu Payung ,
Kg. Membalua dan Kg.Ranggu. Beliau menjalankan tugasnya dengan begitu
Dinamik dan sentiasa melawat kampung kampung yang dibawah jagaan nya dan
berhubung dengan ketua ketua kampung / OT Kampung . Didalam Kampung
Beliau sangat disegani dan dihormati sehingga lah beliau meninggal dalam
tahun 1986.
iii. KK Mohamad Nor Jamaluddin
Beliau
adalah seorang pesara perkhidmatan kerajaan yang telah bertugas sebagai
seorang Pembantu Perubatan Kanan di Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau.
Setelah beliau bersara beliau telah dilantik sebagai Ketua Kampung
Ranggu iaitu dalam tahun 1986. Perkhidmatan beliau dalam kerajaan sejak
zaman kolonial lagi. Beliau adalah salah seorang pemain bola sepak Malay
Team Tawau sekitar tahun 1950an. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam
bidang kesihatan dimana beliau telah berkhidmat lebih kurang 40 tahun
bersama Kementerian Kesihatan Malaysia. Disamping itu beliau juga
berminat dalam politik dimana beliau telah dipilih dan dilantik sebagai
Ketua Cawangan UMNO Kg.Ranggu sejak permulaan UMNO masuk ke Sabah dalam
tahun 1990. Pada
tahun 1990, USNO bergabung dengan BERJAYA untuk membawa UMNO melebarkan
sayap ke Sabah. Tun Mustapha menjadi pengerusi pertama UMNO Sabah
setelah USNO dibubarkan untuk bergabung dengan UMNO pada tahun 1991.
Penyampaian Sijil Penghargaan kepada penerima penerima diatas usaha dan kerjasama yang telah diberikan untuk membantu melaksanakan Program Sambutan Hari Kebangsaan ke-60 dan juga semasa Program Penilaian Anugerah Desa Perdana yang telah dilaksanakan. Dengan kerjasama yang berterusan , segala masalah dan keperluan untuk melaksana dan mentadbir Program program dapat diusahakan dengan jayanya.
Pemenang-pemenang yang berjaya dalam pertandingan kibar Jalur Gemilang Peringkat Kampung Ranggu yang diberi nama Keluarga " Sikap Berjiwa Patriotisme 2017".
Setiap tahun Jawatankuasa Pelaksana menyediakan hadiah hadiah Istimewa untuk menyemarakkan lagi penglibatan penduduk kampung Ranggu melibatkan diri dalam pertandingan ini. Keistimewaan Pertandingan ini ialah pemenang tidak perlu mengisi borang penyertaan hanya menghiaskan rumah dan kawasan rumah dengan Bendera Jalur Gemilang bermula dari 1 Ogos setiap tahun. Jawatankuasa Penilai yang telah dipilih oleh pihak Jawatankuasa Pelaksana akan meronda kawasan kampung dan membuat penilaian bagi menentukan pemenang.
Pemenang pemenang bagi pertandingan mewarna dan melukis untuk kanak kanak sekolah menerima hadiah yang telah disampaikan oleh Tuan Julaidy bin Simon Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Tawau dengan dibantu oleh Yusof bin Hj.Ahmad Pengerusi KRT Kg.Ranggu. Pemenang Menerima Sijil Penyertaan dan Tropi.
Sebagai mengenang jasa dan budi serta usaha berterusan yang telah ditabur bakti oleh Pengerusi JKKK Kg.Ranggu , Hjh.Kee Salmah binti Kee Yusof telah dikejutkan dengan hadiah sejambak bunga berserta Plate yang disediakan oleh AJK JKKK Kg.Ranggu dan Penduduk Kampung sebagai menghargai usaha yang berterusan beliau memajukan kampung serta membantu penduduk kampung tanpa mengenal penat lelah. Hadiah disampaikan oleh Ybhg.Datuk Hjh.Rosdianah binti Md.Nor Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau.
Sementara
menunggu ketibaan Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB.Titingan yang akan
merasmikan Program ini , AJK JKKK mencuba bermain musik dengan
menyampaikan beberapa buah lagu. Walau pun sudah lama tidak bermain alat
alat musik namun kelihatan mereka masih boleh memainkan beberapa buah
lagu dan pasti nya ramai yang terhibur.
Ketibaan Ybhg.Datuk Hj.Nizam disambut oleh Ketua Ketua Masyarakat Penduduk Kampung Ranggu dengan begitu mesra dan ria. Sudah menjadi adat dan tradisi penduduk kampung akan menghormati kedatangan orang orang kenamaan atau Pemimpin yang datang.Beliau seterusnya di iring masuk kedalam Balairaya dimana orang ramai telah sedia menunggu untuk acara perasmian program.
Penduduk Kampung telah berkumpul sejak jam 7.30 pagi lagi bagi memenuhi acara yang dijalankan.Manakala pihak AJK Pelaksana telah bersedia menyediakan minum pagi dan makan tengahari agar penduduk kampung selesa mengikuti acara yang dipersembahkan.
Ucapan Perasmian yang disampaikan oleh Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan , mengingatkan kembali kepada titik perjuangan untuk kemerdekaan Tanah Air Tercinta. Perjuangan untuk mendapat Kemerdekaan bukan lah begitu mudah ianya memerlukan Perpaduan Bangsa dan Keutuhan Perjuangan. Oleh yang demikian Generasi pada hari haruslah sentiasa bersyukur kerana tanpa perjuangan orang orang yang dulu tiada yang ada pada hari ini. Dari itu sayangi lah Kemerdekaan ini , Kukuhkan Perpaduan dan sentiasa mengingati bahawa kejayaan sesuatu kaum itu bukan nya datang begitu sahaja tetapi mesti lah diusahakan dan sentiasa patuh kepada kepimpinan yang ada.
Penyampaian cenderakenangan oleh Pengerusi JKKK Kg.Ranggu kepada Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan kerana sudi datang dan seterusnya merasmikan Program Sambutan Hari Kebangsaan ke-60 peringkat Kg.Ranggu yang diadakan di Balairaya Kg.Ranggu.
Penyampaian Cenderakenangan kepada Pegawai KEMAS Daerah Tawau oleh Tuan Hj.Yusof bin Hj.Abd.Gani Timbalan Pengerusi JKKK Kg.Ranggu.
Program Sambutan Hari Kebangsaan ke-60 tahun Peringkat Kg.Ranggu telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.Semoga usaha murni ini harus diteruskan agar lebih banyak lagi penduduk kampung yang datang dan mengambil bahagian dalam memperpadukan perpaduan di Kg.Ranggu.
SEKALI MERDEKA , SELAMA NYA MERDEKA
MERDEKA , MERDEKA , MERDEKA
++++++++++++ end +++++++++++++++++++
No comments:
Post a Comment