Friday, September 22, 2017

SALAM MAAL HIJRAH 1439H



"KESATUAN UMMAH , KESEJAHTERAAN NEGARA"
Apabila bulan Zulhijjah melabuhkan tirainya, maka tersingkaplah tirai 1 Muharram yang menandakan masuknya tahun baru Hijrah dalam takwim umat Islam. Azam yang mengiringnya juga seharusnya azam yang baru yang membawa kepada satu penghijrahan bagi umat Islam yang mahu berfikir dan mahu berubah. Tambahan pula, kehadiran tahun baru membawa erti umur kita bertambah tua sekali gus mengisyaratkan ajal kian menghampiri.Oleh hal yang demikian, ketibaan tahun baru Hijrah harus kita raikan dengan kesyukuran kerana masih dikurniakan kesempatan oleh Allah SWT untuk mengisi hidup dengan amal-amal soleh serta perkara-perkara yang bernilai kebajikan. Dan salah satu perkara yang dikira bernilai kebajikan adalah merenung kembali peristiwa hijrah nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah dan mengambil pengajaran daripadanya untuk melakukan perubahan ke arah keadaan hidup yang lebih baik. Tindakan ini amat wajar kerana naluri manusia yang normal menginginkan kemajuan atau perubahan yang lebih baik pada setiap masa. Hanya orang kufur dan tidak sempurna akalnya mahu terus hidup dalam kegelapan dan bergelumang dengan dosa.

Ummat Islam di Malaysia akan sentiasa mengingati Peristiwa Hijrah Rasullullah s.a.w dari Mekah ke Madinah serta Peristiwa Rasullullah mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar dari sambutan Maal Hijraah. Ianya bertitik tolak dari Peristiwa Hijrah tersebut. Ummat Islam haruslah mengambil iktibar Ukhuwah Islamiah yang kuat dan jitu adalah asas kepada Perpaduan dan Kesatuan Ummah membawa kepada kemajuan dan kejayaan Ummat Islam ke era global demi menjulang nama Islam di Persada Dunia dan menjadi Ikon yang terbaik.Tema yang dipilih adalah bertepatan dengan usaha kerajaan untuk menyatupadukan rakyat hidup rukun dan harmoni serta penuh muhibbah yang menjadi transformasi kepada kemakmuran Negara Malaysia. 

Tun Dr.Hj.Sakaran bin Dandai terpilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1439H diatas sumbangan beliau yang cemerlang dalam perkembangan syiar Islam dan juga pembangunan Ummah serta mendapat pengiktirafan dan diterima masyarakat.

KUALA LUMPUR 22 September 2017 - Bekas Yang Dipertua Sabah, Tun Dr. Sakaran Dandai dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1439 Hijrah bersamaan 2017 Masihi. Anugerah tersebut disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Masjid Sultan Ismail Petra, Kuala Lumpur . Tun Sakaran Dandai, 87tahun, dilahirkan di Kampung Air, Semporna, Sabah menerima wang tunai RM100,000, pingat dan sijil penghargaan.

Tun Dr.Hj.Sakaran bin Dandai Menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1439H dari YAB.Perdana Menteri Datuk Seri Najib bin Tun Hj.Abdul Razak berupa wang tunai RM100,000.00 , pingat dan sijil penghargaan.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri) menyampaikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1439H kepada Tun Dr Sakaran Dandai , Sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1439H/2017 di Masjid Sultan Ismail Petra, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan sijil penghargaan kepada Tokoh Maal Hijrah 1439H Mantan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai sambil disaksikn Jamil Khir Baharom (dua dari kiri) dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki pada sambutan Maal Hijrah 1439H Peringkat Kebangsaan di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. 

Tun Dr.Hj.Sakaran bin Dandai bersama keluarga selepas menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1439H Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Masjid Sultan Ismail Petra , Jalan Duta Kuala Lumpur.

Antara kriteria penerima adalah berpengetahuan luas, mempunyai sifat dan peribadi yang unggul, memberi sumbangan yang cemerlang dalam perkembangan syiar Islam dan juga pembangunan ummah serta mendapat pengiktirafan dan diterima masyarakat. Sakaran yang juga bekas Ketua Menteri Sabah dan kini Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) dilahirkan di Semporna pada 15 April 1930. Hasil perkongsian hidup dengan Toh Puan Rukaiyah Panglima Abdullah mereka dikurniakan tujuh orang anak. Tema sambutan Maal Hijrah tahun ini adalah 'Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara'. Pemilihan tema bertepatan usaha kerajaan mahukan rakyat mengamalkan nilai murni melalui jalinan hubungan silaturahim dan sikap saling menghormati antara satu sama lain tanpa mengira status agama, bangsa dan fahaman politik. Ini penting bagi mengelakkan perasaan permusuhan, saling membenci dan menangkis kecelaruan kefahaman dan aliran pemikiran bercanggah fahaman ahli Sunnah Wal Jamaah.


SAMBUTAN MA'AL HIJRAH 1439H/2017M PERINGKAT NEGERI SABAH DIRASMIKAN OLEH TUN HJ.JUHAR MAHIRRUDDIN YANG DIPERTUA NEGERI SABAH
DI DEWAN SRI LIBARAN , SANDAKAN PADA 22 SEPTEMBER 2017

Bekas Pengurus Padi Beras Nasional Berhad (BERNAS) Sandakan yang juga Pengerusi Persatuan Tindakan Wanita Islam Sabah (PERTIWISA) Sandakan, Kamsiah Ajing pula menerima Anugerah Saiyidatina Khadija Baca selanjutnya di Sayang Sabah - https://www.sayangsabah.com/rakyat-tanggung-kesan-akibat-akibat-fitnah-politik-kebencian/
Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Hj.Juhar Mahirruddin tiba di Dewan Sri Libaran, Sandakan yang diiringi oleh Ketua Menteri Sabah Tan Sri Hj.Musa Hj.Aman


Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Hj.Juhar Mahirruddin menyeru rakyat negeri itu berwaspada dengan pihak yang cuba merobek keutuhan perpaduan dan keharmonian hidup rakyat pelbagai kaum dan agama kerana pihak berkenaan sanggup memfitnah dan menanam politik kebencian dalam masyarakat untuk mencapai hasrat mereka. Justeru, beliau mengajak semua pihak mengetepikan perbezaan serta mengutamakan usaha membangunkan kembali perpaduan dan keharmonian yang diwarisi sejak dari dulu lagi.

Sambutan yang diadakan di Dewan Sri Libaran, Sandakan dan turut dihadiri ketua menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, menyaksikan bekas setiausaha kerajaan negeri Sabah Tan Sri Abdul Hamid Egoh diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1439 Negeri Sabah.


Bekas Pengurus Padi Beras Nasional Berhad (BERNAS) Sandakan yang juga Pengerusi Persatuan Tindakan Wanita Islam Sabah (PERTIWISA) Sandakan, Kamsiah Ajing pula menerima Anugerah Saiyidatina Khadija Baca selanjutnya di Sayang Sabah - https://www.sayangsabah.com/rakyat-tanggung-kesan-akibat-akibat-fitnah-politik-kebencian/
Bekas Pengurus Padi Beras Nasional Berhad (BERNAS) Sandakan yang juga Pengerusi Persatuan Tindakan Wanita Islam Sabah (PERTIWISA) Sandakan, Kamsiah Ajing pula menerima Anugerah Saiyidatina Khadija Baca selanjutnya di Sayang Sabah - https://www.sayangsabah.com/rakyat-tanggung-kesan-akibat-akibat-fitnah-politik-kebencian/

Tan Sri Abdul Hamid Egoh , bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang pertama, diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1439/2017M Peringkat Negeri Sabah. Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Sabah telah disampaikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Hj.Juhar bin Hj.Mahiruddin yang disaksikan oleh Tan Sri Hj.Musa bin Hj.Aman Ketua Menteri Sabah dan Datuk Hj.Ariffin bin Hj.Arif Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri. 

Tan Sri Abdul Hamid Egoh Menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1439H Peringkat Negeri Sabah dari Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Hj.Juhar bin Hj.Mahiruddin berupa wang tunai RM10,000.00 , pingat dan sijil penghargaan.


Hajjah Kamsiah binti Hj.Ajing , menerima Anugerah Saiyidatina Khadijah dari Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Hj.Juhar bin Hj.Mahiruddin berupa wang tunai dan sijil penghargaan.

 
Penerima Anugerah Saiyidatina Khadijah , Hajjah Kamsiah binti Hj.Ajing Bekas Pengurus Padi Beras Nasional Berhad (BERNAS) Sandakan yang juga Pengerusi Persatuan Tindakan Wanita Islam Sabah (PERTIWISA) Sandakan, Kamsiah Ajing pula menerima Anugerah Saiyidatina Khadijah.



Surau Al-Ikram Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort yang dibuka sejak tahun 2010 itu diumum sebagai Penerima Anugerah Surau Cemerlang Kategori Kementerian, Jabatan dan Swasta pada Majlis Perhimpunan Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Negeri 1439H/2017M. Baca selanjutnya di Sayang Sabah - https://www.sayangsabah.com/surau-al-ikram-surau-cemerlang-sabah-1439h/
Surau Al-Ikram Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort yang dibuka sejak tahun 2010 itu diumum sebagai Penerima Anugerah Surau Cemerlang Kategori Kementerian, Jabatan dan Swasta pada Majlis Perhimpunan Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Negeri 1439H/2017M. Baca selanjutnya di Sayang Sabah - https://www.sayangsabah.com/surau-al-ikram-surau-cemerlang-sabah-1439h/
Surau Al-Ikram Ibu Pejabat Polis Daerah IPD Beaufort yang dibuka sejak 2010 itu telah diumumkan sebagai penerima Anugerah Surau Cemerlang bagi kategori Kementerian , Jabatan dan Swasta pada majlis Perhimpunan Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Negeri Sabah 1439H/2017M. Anugerah diterima oleh Ketua Polis Daerah Beaufort DSP Azmer Abdul Razak.





Penyampaian Cenderakenangan kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Hj.Juhar bin Hj.Mahiruddin oleh Jawatankuasa Induk Sambutan Ma'al Hijrah 1439H/2017M


Surau Al-Ikram Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort yang dibuka sejak tahun 2010 itu diumum sebagai Penerima Anugerah Surau Cemerlang Kategori Kementerian, Jabatan dan Swasta pada Majlis Perhimpunan Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Negeri 1439H/2017M. Baca selanjutnya di Sayang Sabah - https://www.sayangsabah.com/surau-al-ikram-surau-cemerlang-sabah-143

Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Hj.Juhar bin Hj.Mahiruddin bersama Tan Sri Hj.Musa bin Hj.Aman Ketua Menteri Sabah dan Datuk Hj.Ariffin bin Hj.Arif Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri , meraikan Penerima Anugerah Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Sabah 1439H/2017.
Penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1439H/2017 
Tan Sri Abdul Hamid Egoh


Penerima Masjid Kariah Cemerlang
Masjid Haji Hashim , Sipitang

Anugerah Surau Kariah Cemerlang
Surau Ar-Rahman Kg.Tobur , RampayanMenggatal

Anugerah Surau Cemerlang  ( Institusi )
SurauAl-Ikram Ibu Pejabat Polis Daerah Beaufort

Anugerah Surau Cemerlang ( Surau Sekolah )
Surau An Najatul Hasanah , SMK Segalliud

Anugerah Raudahtul Jannah Cemerlang
Tanah Perkuburan Ar- Raudah Kampung Siasai Tombol , Kota Belud


SAMBUTAN MA'AL HIJRAH 1439H/2017M PERINGKAT PERBANDARAN TAWAU , DIRASMIKAN OLEH TAN SRI MUSA HJ.AMAN . TEKS UCAPAN DISAMPAIKAN OLEH DSP HJ.SYED ABAS BIN SYED ALI , SPEAKER DEWAN UNDANGAN NEGERI SABAH DI MASJID ALKAUTHAR PADA 23 SEPTEMBER 2017 @8.00MALAM.


Allah SWT telah menegaskan bahawa pahala hari akhirat lebih baik bagi orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertakwa. Oleh itu, Marilah kita bertakwa kepada Allah SWT dengan mengerjakan suruhan - Nya dan meninggalkan larangan Nya sambil bermuhasabah diri mengenai bekalan yang telah kita sediakan menuju kampung akhirat. Sesungguhnya berbahagialah orang yang sentiasa beramal soleh dan berusaha memperbaiki amalannya dari masa ke semasa sejajar dengan;
firman Allah SWT:

قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا، وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا
Yang bermaksud: “Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah - tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).”
(S. asy-Syams: 9-10).




Ketibaan YB.DSP Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah masuk ke-Dewan Masjid Al-Kauthar disambut oleh AJK Pelaksana Perhimpunan Ma'al Hijrah Peringkat Perbandaran Tawau 1439H/2017M.


Berdasarkan kepada kajian ahli sejarah, penghijrahan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat dari Mekah ke Madinah pada 622 Masihi bukan disebabkan ancaman dan kezaliman kaum kafir Quraisy. Penghijrahan itu adalah perintah Allah SWT. Maka hijrah itu dilakukan kerana keimanan dan kepatuhan kepada Allah SWT untuk berjuang menegakkan Islam dengan mengharapkan rahmat serta keredaan -Nya. 
Firman Allah SWT

إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَٱلَّذِينَ هَاجَرُوا۟ وَجَٰهَدُوا۟ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ أُو۟لَٰٓئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَتَ ٱللَّهِ ۚ وَٱللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ 

Maksudnya:
“Sesungguhnya orang yang beriman, dan orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam), mereka itulah yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (S. Al-Baqarah: 218)
Jelas dari firman Allah SWT tersebut, hijrah yang dilakukan oleh umat Islam bukan disebabkan ikut-ikutan ataupun takutkan kezaliman kafir Quraisy Makkah. Mereka berhijrah kerana mengimani perintah Allah SWT dan Rasul-Nya untuk meninggikan syariat dan syiar Islam. Inilah kekuatan yang mengupaya strategi berkesan pembinaan negara Islam yang kuat dan mantap dari segala dimensi termasuk akidah, akhlak, syariat dan sebagainya melalui bimbingan dan kepimpinan Rasulullah SAW. 
Dengan perintah hijrah itu juga, bermulalah detik kebangkitan Islam. Walaupun dilatari dengan kepelbagaian kaum, kabilah, agama, budaya dan sebagainya, negara baru Islam yang tertegak di Madinah telah menjadikan umat Islam pada ketika itu daripada lemah menjadi kuat dari segi agama, ekonomi dan sosial sehingga menggerunkan musuh Islam. Pendek kata, daripada peristiwa hijrah itu, tercipta kecemerlangan dan kegemilangan yang akhirnya dapat membentuk satu peradaban tiada tolok bandingnya dan kekal dikenang dalam lipatan sejarah. 



Ketibaan Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB.Titingan Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sabah masuk ke-Dewan Masjid Al-Kauthar disambut oleh AJK Pelaksana Perhimpunan Ma'al Hijrah Peringkat Perbandaran Tawau 1439H/2017M.

Setiap tahun sambutan Ma'al Hijrah diadakan , dengan tahun ini bertemakan " Kesatuan Ummah , Kesejahteraan Negara". Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Perbandaran Tawau ini diadakah di Masjid Al-Kauthar dengan beberapa Anugerah Tokoh dan Masjid Cemerlang akan diumumkan.
Penyampaian Anugerah Ma'al Hijrah 1439H/2017M Peringkat Perbandaran Tawau.
1. Tokoh Ma'al Hijrah
2. Tokoh Siti Khadijah
3. Tokoh Pendakwah Ma'al Hijrah
4. Anugerah Masjid Kariah


Yang Berhormat DSP Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali Bersama Isteri Datin Sri Noraini binti Habib Kadir hadir menceriakan lagi Majlis Perasmian Sambutan Ma'al Hijrah 1439H , turut hadir Yang Berhormat Datuk Hj.Muis Picho dan Isteri dan selaku Pengerusi Penganjur Tuan Ajilus Sipil Presiden Majlis Perbandaran Tawau.

Setiap tahun apabila tiba 1 Muharam kita perlu menghayati falsafah dan sejarah di sebalik peristiwa Hijrah. Secara umumnya perayaan 1 Muharam ini merujuk kepada peristiwa agung sejarah hijrah (perpindahan) yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. bersama para sahabatnya dari Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.
Hijrah pada zaman Nabi SAW bukanlah semudah yang disangka. Ia berlaku akibat ancaman daripada kaum Musyrikin yang menentang dakwah Islamiah Nabi dan juga mengancam nyawa orang yang mengikut ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.


“Jangan takut dan jangan bersedih! Sesungguhnya Allah bersama kita.”
Itulah kata-kata semangat yang diberi oleh Rasulullah SAW kepada sahabat baginda, Abu Bakar as-Siddiq ketika berhadapan dengan pelbagai halangan dan ancaman dalam perjalanan dari kota Mekah ke kota Madinah. Sesungguhnya penghijrahan itu menuntut kesabaran dan keberanian yang tinggi.

Daripada hanya sebuah agama kecil akhirnya berkembang menjadi agama terbesar dunia. Daripada kelompok minoriti yang lemah menjadi majoriti yang perkasa dalam pelbagai bidang. Daripada umat yang lemah dan dihina beranjak kepada umat terbilang yang penuh penciptaan ketamadunan. Daripada bangsa yang jahil dan zalim menjadi bangsa berilmu dan beradab. Itulah hasil perubahan yang tercetus hanya kerana hijrah.
“Dan ketika kaum kafir merancang untuk memenjarakan engkau, membunuh engkau atau mengusir engkau – mereka merancang dan Allah juga merancang. Dan Allah adalah sebaik-baik perancang.” (Surah Al-Anfaal:30)
Ayat tersebut antara lain menjadi kata perangsang kepada Nabi SAW dan umat Islam agar tidak takut dengan ancaman orang kafir kerana Allah s.w.t. mengatasi segala perlakuan mereka. Namun begitu asas pertolongan Allah bukan diberikan dengan percuma, tanpa usaha dan ikhtiar yang bijak tetapi disertai dengan tahap keimanan dan keyakinan kepada Allah s.w.t. yang cukup hebat.





Hijrah yang sebenar bukan hanya bermaksud mengingati tarikh 1 Muharam dalam kalendar Islam setiap tahun. Tetapi, hijrah yang terbaik adalah perubahan daripada keburukan kepada kebaikan dalam setiap sudut kehidupan.

Hijrah juga suatu proses menuju keindahan, berjuang kepada kebenaran, semangat untuk mengubah cara berfikir dan tingkah laku, meninggalkan keburukan atau kejahatan dan segera melakukan perkara yang lebih mulia.
Peristiwa hijrah itu berlaku pada 1,400 tahun yang lampau dan berjaya dengan misinya, bagaimana pula dengan hijrah umat Islam pada hari ini?

Bagaimana caranya untuk memperoleh kebaikan dari konsep ‘hijrah’ ini?


#1- Niat Berubah Dari Keburukan Kepada Kebaikan

Islam telah memperluas maksud dan konsep hijrah melalui niat dan kesediaan umatnya berjihad demi Islam. Dalam situasi kini, perubahan dari aspek fizikal, pemikiran, hati, persekitaran dan kehidupan turut tergolong dalam cabang hijrah. Misalnya, jika hari ini kita melakukan amalan ibadah lebih baik daripada hari-hari sebelumnya, pastinya kita sudah melakukan hijrah. Iaitu, dalam erti meninggalkan larangan Allah SWT.

Sabda Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam; 
“Orang yang berhijrah adalah orang yang meninggalkan sesuatu yang dilarang Allah.”
HR. Bukhari Dan Muslim
 


#2- Kesungguhan Dan Berusaha

Hijrah juga adalah bukti kesungguhan iman daripada seorang hamba sejati kepada penciptanya. Jadi orang yang mengerjakan perintahNya akan memperoleh kebaikan yang sama seperti orang berhijrah. 
  
Sabda Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam;
“Apabila engkau mendirikan solat dan menunaikan zakat, maka engkau orang yang berhijrah.”
HR. Ahmad Dan Bazzar




#3- Penggunaan Masa dengan Baik

Konsep hijrah dalam zaman globalisasi ini juga sangat mementingkan ‘masa’ dan perkembangan kemajuan hari ini turut menguji kebijaksanaan umat Islam dalam membahagikan masa agar tidak tewas.

Dari Ibnu Abbas RA berkata Rasulullah SAW bersabda;
“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, iaitu masa muda sebelum tua; masa kaya sebelum miskin; masa lapang sebelum sempit; masa sihat sebelum sakit dan masa hidup sebelum mati.”

Oleh itu, selagi ada masa, lakukanlah berbanyak-banyak kebaikan dengan berkati kepada agama dan manusia.




#4- Keseimbangan Dunia Dan Akhirat

Keseimbangan antara dunia dan akhirat adalah sangat penting. Umat Islam hari ini bukan saja dituntut melaksanakan kemajuan zaman sahaja, tetapi diingatkan agar tidak lupa mempertingkat ketaatan dan ketakwaan terhadap Allah SWT. 
Maka, hijrah itu adalah proses yang harus berlangsung sepanjang perjalanan hidup sebagai muslim, sebagai tangga yang meninggikan darjat di sisi Allah SWT. Sebab itu, hijrah tidak boleh ditunda dan ditangguh kerana dalam proses ini terkandung keuntungan, keberkatan, kebaikan hidup di dunia dan bekalan di akhirat kelak.

Jadi dapat disimpulkan, perubahan merupakan tuntutan daripada sesuatu yang buruk kepada yang baik, daripada yang baik kepada yang lebih baik. Dengan itu, umat Islam perlu sentiasa bermuhasabah dan berusaha memperbaiki diri serta kehidupan. Jika usaha hijrah tersebut memberikan kesan, ini bermakna pengertian hijrah berjaya dihayati.

Dengan mengingati peristiwa hijrah Rasulullah SAW bukan sekadar mengingatinya, tetapi menghidupkan ‘hijrah´ tersebut dalam kehidupan. Ingatlah, umat Islam yang meraih kemuliaan dan kemenangan hakiki adalah seorang muslim yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah SWT.



Orang ramai yang datang bagi menyemarakkan lagi sambutan Ma'al Hijrah 1439H. Setiap tahun sambutan diadakan pasti ramai yang akan hadir , Jelas betapa hebatnya hijrah tersebut yang bukan hanya berfokuskan semata-mata menyampaikan dakwah tetapi Nabi SAW berjaya mendirikan daulah (negara) Islam Madinah yang lengkap melalui pakatan murni yang dimeterai dalam Perlembagaan Madinah. Ahli sejarah menganggap ia adalah satu perlembagaan bertulis yang pertama di dunia.

Ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Penganjur Sambutan Ma'al Hjrah Peringkat Perbandaran Tawau 1439H Tuan Ajilus Sipil dengan ucapan penghargaan dan terimah kasih diatas kesudian YB.DSP Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali dan Isteri serta YB.Datuk Hj.Muis bin Hj.Picho dan Isteri hadir ke Majlis Sambutan Ma'al Hijrah yang diadakan di Masjid Al-Kauthar. Beliau juga mengucapkan penghargaan kepada Pengerusi Jawatankuasa Masjid Al-Kauthar Tuan Khalid bin Tahir yang memberikan kerjasama dalam pelaksanaan Sambutan ini sehingga berjalan lancar dan teratur.

Peristiwa hijrah juga memberi gambaran kepada umat Islam bahawa bumi Allah tidak sempit untuk mereka hidup dengan baik dan mengecapi apa yang telah disediakan oleh Allah untuk mereka yang beriman. 
“(Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). Dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.” Surah Az-Zumar ayat 10


Dari ‘Abdullah bin ‘Amr radhiyallahu ‘anhuma, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Seorang muslim adalah yang membuat orang-orang muslim yang lain selamat dari lisan dan tangannya. Adapun orang yang berhijrah adalah orang yang hijrah meninggalkan larangan-larangan Allah” (HR. Bukhari)
Daripada hadis yang agung ini, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menjelaskan bahwa hakikat keislaman itu diwujudkan dengan kepasrahan/istislam kepada Allah, menunaikan kewajiban kepada-Nya, serta menunaikan hak-hak sesama muslim. Selain itu, hadis ini menunjukkan bahwa terdapat hijrah yang hukumnya fardhu ‘ain bagi setiap muslim, yaitu hijrah meninggalkan dosa-dosa dan kemaksiatan. 

Hijrah yang dimaksud di dalam hadis ini mencakup dua bahagian. 
Pertama; 
Hijrah secara batin, yaitu dengan meninggalkan pujukan-pujukan hawa nafsu yang menyeret kepada keburukan dan meninggalkan rayuan setan. Inilah yang disebut dengan istilah hijrah dengan hati.
Kedua ; 
Hijrah secara lahiriyah yaitu dengan menyelamatkan agamanya dari terpaan fitnah-fitnah/kerusakan, kekacauan, dan kerancuan


Dengan demikian, hijrah kepada Allah maknanya adalah meninggalkan apa-apa yang dibenci Allah menuju apa-apa yang dicintai-Nya,  meninggalkan kemaksiatan menuju ketaatan.


Al Firar ila Allah (Berlari Menuju Allah)

Meninggalkan apa-apa yang dibenci Allah kepada apa-apa yang dicintai-Nya itulah yang dikenal dengan istilah al firar ila Allah (berlari menuju Allah). Hal itu Allah sebutkan dalam firman-Nya (yang artinya), “Maka berlarilah kalian menuju Allah” (QS. Adz Dzariyat : 50)

Hijrah kepada Allah ini mengandung sikap meninggalkan segala hal yang dibenci oleh Allah kemudian diikuti dengan melakukan apa saja yang dicintai dan diridhai-Nya. Pokok hijrah ini adalah rasa cinta dan benci di dalam hati. Dalam pengertian seorang yang berhijrah meninggalkan sesuatu  kepada sesuatu yang lain tentu saja karena apa yang dia tuju lebih dicintai daripada apa yang dia tinggalkan. Oleh sebab itulah dia lebih mengutamakan perkara yang lebih dicintainya daripada perkara-perkara lainnya


Tanpa penghayatan dan memahami konteks hijrah masa kini, akan membawa kegagalan kepada umat Islam sendiri. Tarikh ini menjadi sebahagian daripada hari memperingati di dalam kalendar Islam kerana ia merupakan titik tolak kepada era pergerakan dakwah Islamiah yang disebarkan oleh Rasulullah SAW ke seluruh pelosok dunia. Hasilnya sehingga ke hari ini Islam menjadi salah satu agama terbesar dunia dengan jumlah seramai lebih 1.3 bilion atau satu per lima daripada penduduk dunia.

Ucapan YB.DSP Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah yang mewakili Tan Sri Musa Hj.Aman Ketua Menteri Sabah. Masyarakat perlu menjadikan Maal Hijrah pemacu untuk terus bersatu hati memantapkan perpaduan yang diperintahkan Allah SWT serta contoh ditunjukkan Rasulullah SAW, dalam mengukuhkan perpaduan itu beberapa perkara asas penting diamalkan termasuk jangan berhasad dengki, tidak berdendam, jaga lidah (pertuturan), hindari menerima bulat-bulat maklumat tidak pasti, saling menziarahi, bermaafan, sabar serta bersyukur dengan nikmat diberikan Allah.
Dalam pada itu Tan Sri Musa turut menekankan di samping masyarakat bersungguh untuk berjihad minda, ilmu serta membasmi buta huruf rumi, adalah diingatkan supaya tidak melupakan jihad membasmi buta jawi dan Al-quran kerana penting bahasa Arab itu dikuasai.
"Apabila perpaduan kita utuh sudah tentu tahun hijrah itu juga akan lebih bermakna," katanya dalam teks ucapan yang dibacakan Speaker Dewan Undangan Negeri  merangkap wakil rakyat Balung Datuk Seri Syed Abas Syed Ali pada majlis sambutan Maal Hijrah 1439/2017M peringkat Perbandaran Tawau.

Perjalanan yang menempuh pelbagai cabaran ini bukanlah semata-mata kerana takutkan ancaman dan asakan daripada kaum kafir Quraisy tetapi menjadi strategi Nabi Muhammad s.a.w. sendiri untuk melalukan keberkesanan dakwahnya dan juga menjadi sebahagian ujian bagi umat Islam. Ia tidak akan berjaya tanpa perancangan bijak, teliti dan penuh berhati-hati. Ia juga tidak akan berjaya tanpa sifat pengorbanan untuk keluar dari tanah air sendiri semata-mata untuk penyebaran dakwah Islam.
Hijrah juga akan gagal sekiranya umat Islam tidak bersatu padu, sentiasa bertelagah, mencari kesalahan dan hanya tahu mengkritik sahaja. Maknanya perpecahan hanya mengundang kegagalan dalam apa jua matlamat yang hendak dicapai lebih-lebih lagi melibatkan soal perpaduan ummah.

YB.DSP Syed Hj.Abas menekankan betapa perlunya Ummat Islam memperkuatkan keimanan terhadap Allah Subhana hu wataala terutama sekali memperkukuhkan 5 Rukun Islam dan 6 Rukun Iman.

5 Rukun Islam yang harus dipegang dan menunaikan nya dengan penuh keyakinan;
1. Mengucap dua kalimah syahadat , menerima Allah itu satu dan Nabi Muhammad itu Rasul Allah
2. Menunaikan solat 5 waktu
3. Mengeluarkan zakat
4. Berpuasa pada bulan Ramadhan
5. Menunaikan Haji jika mampu

6 Rukun Iman yang harus dijadikan panduan kehidupan sebagai seorang Islam sejati;
1. Percaya kepada Allah
2. Percaya ada Malaikat
3. Percaya kepada Rasul-rasul Allah
4. Percaya kepada kitab-kitab Allah
5. Percaya kepada Hari Kiamat
6. Percaya kepada Qada dan Qadar


GURINDAM HIJRAH
DIDEKLIMASIKAN OLEH YB.DSP HJ.SYED ABAS BIN HJ.SYED ALI , SPEAKER DEWAN UNDANG NEGERI SABAH. Seterusnya merasmikan Majlis Perhimpunan Ma'al Hijrah 1439H/2017M Peringkat Perbandaran Tawau.

JIKA DITANYA PERKARA HIJRAH,
ITU LAH AZAM INGIN BERUBAH

JIKA DITANYA TUJUAN HIJRAH
ITU LAH KEBAIKAN DIAKHIRNYA

JIKA DITANYA INTINYA HIJRAH
ITU LAH UKHUWAH DAN JUGA PASRAH

JIKA DITANYA HIKMAHNYA HIJRAH 
ITU LAH KEMULIAAN DUNIA AKHIRAT

JIKA DITANYA HAKIKAT HIJRAH
ITU LAH UJIAN SEIKHLASNYA

JIKA DITANYA ASASNYA HIJRAH
ITU LAH AKIDAH DAN AKHLAK MULIA 




Lagu-lagu Nasyid dari kumpulan Buskes mendendangkan 3 buah lagu Nasyid. Kumpulan ini dianggotai oleh 6 orang anak muda yang telah menubuhkan kumpulan ini pada 3 tahun yang lalu dan kini selalu diundang kemajlis majlis untuk persembahan lagu lagu Nasyid.

Hijrah bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat atau berubah daripada satu keadaan kepada satu keadaan lain. Dari sudut istilah pula, hijrah adalah meninggalkan sesuatu yang dilarang. 

Ceramah Khas Ma'al Hijrah yang disampaikan oleh Al Ustaz Malai Ali Malai Ahmad berasal dari Papar , beliau adalah penceramah agama yang sering diundang ke acara acara keagamaan. Salah satu yang beliau ungkapkan semasa berceramah pepatah Cina ada mengatakan " Ee e' sam se' Uu liu si pa' maksudnya melentur buluh biar dari rebungnya.

Berdasarkan hadis daripada Abdullah bin Habsyi, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah." (Hadis riwayat Abu Dawud)
Maknanya, hijrah difahami sebagai perpindahan daripada suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik. Contohnya, meninggalkan ajaran bertentangan dengan Islam dan kembali kepada ajaran Islam sebenar.



Tuan Hj.Salleh bin Sailabi telah terpilih sebagai Penerima Anugerah Tokoh Ma'al Hijrah 1439H/2017M yang berlangsung di Dewan Masjid Al-Kauthar pada 23 September 2017 yang telah disampaikan oleh YB.DSP Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah dengan disaksikan oleh YB.Datuk Hj.Muis bin Hj.Picho ADUN N.60 Sebatik dan Tuan Ajilus Sipil Presiden Majlis Perbandaran Tawau merangkap Pengerusi Penganjur Perhimpunan Ma'al Hijrah 1439H/2017M Peringkat Perbandaran Tawau. Tuan Hj.Salleh Sailabi dari mudanya bergiat aktif dalam aktiviti Persatuan dimana beliau terlibat secara langsung dalam mengendalikan program penyatuan Ummat dan keberlansungan kesejehteraan penduduk Tawau. Beliau terlibat dalam aktivit Persatuan Kebangsaan Melayu Tawau , Persatuan Islam Tawau dan Sebagai Pemimpin di Cawangan Parti USNO dan UMNO.

Daripada Anas RA, daripada Nabi SAW sabdanya,
“Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.”
(Hadith Riwayat Muttafaqun ‘Alaih)

Oleh itu bersama kita muhasabah diri hijrah jiwa dan minda kita kembali menjadikan islam sebagai amalan.
“Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara”

Daripada Abu Hurairah katanya, sabda Rasulullah SAW,
“Seorang Muslim adalah saudara kepada muslim yang lain, dia tidak harus mengkhianatinya, mendustakan atau mendustainya, tidak juga membiarkannya (tanpa menolong atau melindunginya). Menjadi kewajipan antara orang Islam menjaga kehormatan, harta dan darahnya. Taqwa adalah di sini (sambil mengisyaratkan kedadanya). Sudah cukup seseorang itu untuk dianggap jahat sekiranya dia menghina saudaranya sesama Islam.”
(Riwayat at-Tirmizi)

Hjh.Samsiah binti Hj.Bahrum terpilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Siti Khadijah 1439H/2017M Peringkat Perbandaran Tawau. Beliau menerima wang Tunai dan Sijil Penghargaan daripada Datin Seri Panglima Hjh.Noraini binti Habib Kadir Isteri kepada YB.DSP Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah. Beliau adalah seorang yang aktif dalam Pendidikan Islam dan menjadi Guru mengajar di Sekolah sekolah , beliau juga bergiat aktif dalam Persatuan Pandu Puteri , juga terlibat dalam penyibaran siar Islam dikalangan wanita Isalm di Daerah Tawau.Tanpa mengenal penat dan lelah beliau dari muda nya telah bergiat aktif dalam banyak persatuan dan menyumbang kepada Ukhuwah dikalangan mereka.


Allahyarham Ustaz Hj.Marzuki Hj.Tahir telah dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Pendakwa Ma'al Hijrah 1439H/2017M Peringkat Perbandaran Tawau. Anugerah berupa wang tunai dan Sijil Penghargaan disampaikan oleh YB.DSP Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah dengan disaksikan oleh YB.Datuk Hj.Muis bin Hj.Picho dan Tuan Alijus bin Hj.Sipil Pengerusi Penganjur Perhimpunan Ma'al Hijrah  kepada anak lelaki Allahyarham yang hadir bersama keluarga. Allahyarham Ustaz memang begitu sinonim dengan penduduk Tawau dalam tahun 1960an hingga 1980an. Allahyarham sering berada diMajlis majlis Ilmu yang diadakan dimana juga termasuklah di kampung kampung untuk memberikan ceramah Agama.Beliau juga pernah bertugas bersama Majlis Ugama Islam Sabah sebagai Pegawai Pendakwa.


Dakwah merupakan penyebaran ilmu agama Islam yang dilakukan oleh seseorang atau sebuah pertubuhan keagamaan kepada khalayak umum. Dakwah merupakan proses yang berkesinambungan yang dilakukan oleh para pengembang dakwah (ulama’) dalam rangka mengubah sasaran dakwah agar membawa umat Islam ke jalan Allah, dan secara berperingkat menarik ummat manusia menuju kepada kehidupan yang lebih Islamik. Tidak semestinya ulama’ dan cendiakawan Islam sahaja yang boleh melakukan aktiviti dakwah ini, kita sebagai umat islam yang mempunyai ilmu juga boleh melakukannya. Namun dengan syarat, kita sentiasa berada dalam landasan yang betul menurut syiar islam.

Masjid Al-Kauthar dipilih sebagai Penerima Anugerah Masjid Kariah Peringkat Perbandaran Tawau 1439H/2017M yang diterima oleh Pengerusi Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Kauthar Tuan Hj.Khalid bin Hj.Tahir dengan menerima Wang Tunai RM20,000.00 dan Sijil Penghargaan.


Selepas selesai penyampaian Anugerah Ma'al Hijrah 1439H/2017 , orang ramai bersurai pada jam 11.00 malam

Nabi Muhammad s.a.w berpesan,
“Sampaikanlah dariku walau satu ayat”   dan
“setiap kebaikan adalah sedekah.” 
Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. 
Insyallah ramai yang akan mendapat manafaat.







.....END....








 






No comments:

Post a Comment