31
JANUARI 2018 @8.00 PAGI HINGGA 3.00 PETANG KARNIVAL JUALAN SENTUHAN
RAKYAT UNTUK DUN N.56 APAS TELAH BERLANGSUNG DI KAMPUNG TITINGAN
Karnival
Jualan Sentuhan Rakyat telah berlangsung di Kg.Titingan yang melibatkan
beberapa Agensi Kerajaan dan Swasta terutama sekali Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), FAMA , LKIM dan Majlis Perbandaran Tawau (MPT).
Ini adalah suatu usaha bagi membantu masyarakat didaerah ini untuk mendapatkan barang keperluan harian dengan harga yang murah dari harga pasaran biasa.
Sekarang
ini kita banyak mendengar keluhan rakyat mengenai kenaikan harga
barangan. Jadi, ini salah satu cara kita untuk membantu rakyat. Menerusi
jualan ini, orang ramai berpeluang mendapatkan barangan keperluan asas
seperti minyak masak, gula, daging mentah, ikan segar dan sebagainya
yang dijual dengan harga murah. Program ini merupakan inisiatif dan
langkah yang tepat, dengan membawa semua agensi yang melibatkan
penjualan langsung ketempat kawasan perumahan dengan jaminan harga yang
rendah daripada pasaran,dengan tujuan membantu rakyat.
Ucapan alu
aluan daripada Tuan Hj.Mahamud Sakti Ketua Zon Titingan selaku
penyelaras Program ini yang diadakan di Kampung Titingan. Beliau
mengucapkan terima kasih kerana Kampung Titingan telah terpilih sebagai
tempat Program Karnival Jualan Sentuhan Rakyat yang diadakan hari ini.
Ucapan
Perasmian oleh Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan mengalu alukan
penglibatan beberapa buah agensi kerajaan dan swasta bagi merealisasikan
program Karnival Jualan Sentuhan Rakyat yang diadakan di Kampung
Titingan ini.
Program
Karnival Jualan Sentuhan Rakyat ini adalah hasil idea bernas YAB
Perdana Menteri kerana memikirkan cara untuk membantu rakyat
mengurangkan bebanan kos perbelanjaan sara hidup. Program yang
dijalankan di Kampung Titingan ini adalah titik permulaan program dimana
selepas ini kita akan mengadakan di Bahagian kawasan Balung. Harga
barangan yang dijual disini adalah harga yang rendah daripada dikedai
kedai biasa. Barangan seperti Minyak masak , Beras , gula dan lain lain
keperluan hari dijual dengan harga yang murah.
Disamping
membeli belah barang keperluan harian diprogram ini diselitkan juga
acara penyampaian bag sekolah kepada kanak kanak sekolah. Ramai Ibubapa
yang hadir membawa anak anak mereka untuk mendapatkan bag sekolah
terutama nya kepada anak anak yang bersekolah rendah.sahaja.
Ybhg.Datuk Hj.Nizam menyampaikan bag sekolah kepada penerima yang disertai oleh Ibubapa murid tersebut.
Turut hadir diprogram tersebut Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tawau yang sentiasa mengikuti program program yang diadakan terutama sekali bersama sama Kepimpinan UMNO Bahagian Tawau.
Inilah
sebahagian tempat tempat yang berniaga , banyak lagi yang ada seperti
Jualan minyak masak , Jualan sayuran , Jualan Ikan segar ,
Lawatan
Datuk Hj.Nizam ke gerai gerai jualan dan melihat sendiri barangan yang
dijual dengan harga yang murah dan berpatutan. Ini memperlihatkan
komitmen yang tinggi yang dipamerkan oleh Datuk Hj.Nizam agar Program
Karnival Jualan Sentuhan Rakyat ini dapat dicapai matlamatnya seperti
yang diharapkan. Ia itu rakyat dikawasan tersebut mendapat barang
keperluan harian dengan harga yang murah dan dapat menjimatkan
perbelanjaan.
Orang
ramai mengambil kesempatan untuk membeli barangan harian yang terdapat
disini dengan harga yang berpatutan dan murah dari di kedia kedai biasa.
Karnival
Jualan Sentuhan Rakyat berjalan dengan baik dan teratur dan membolihkan
ramai penduduk kampung Titingan dapat membeli barang keperluan dengan
harga yang murah dan mereka dapat menjimatkan perbelanjaan barangan
keperluan hari mereka .
Objektif
Karnival Jualan Sentuhan Rakyat ialah Pelaksanaan Jualan Barang
keperluan Harian dan Dapur dengan harga yang rendah. Inilah Inisiatif
Kerajaan bagi mengurangkan kos sara hidup dan beban rakyat. Program ini
adalah hasil keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 24 November 2017
dan diperluaskan keseluruh 222 kawasan Parlimen melalui Mesyuarat Jemaah
Menteri pada 3 Januari 2018.
END