PERISTIWA ,
NOSTALGIA DAN RAGAM LUMRAH DALAM KEHIDUPAN. BEGITULAH SETIAP TAHUN
BERLAKU TANPA DISADARI LUPUT DARI INGATAN. MELALUI BLOG INI KU RAKAMKAN
SEDIKIT PERISTIWA , NOSTALGIA DAN RAGAM TAHUN 2018
Tamat tempoh Dua Belas bulan dalam setahun dari Januari hingga Disember menandakan akan terjadi peralihan tahun dan selalu dikatakan tahun baru. Kehidupan diteruskan walaupun seakan terasa masa begitu pantas berlalu. Usia bertambah , dari Remaja ke Dewasa , Dewasa ke Orang Tua ( Warga Emas ). Peristiwa kehidupan silih berganti , tapi tidak semuanya yang kita ingati.
Tahun demi tahun silih berganti , begitulah juga azam akan ditanam dan tersemat dijiwa nurani individu walhal tidak mempunyai kepastian. Hanya kepada Allah kita berserah ( Tawakal tu alallah ) semoga segala yang direncana akan membuahkan hasil seperti yang diingini.
Semoga tahun 2018 memberi seribu satu kemanisan buat semua, jadikanlah 2017 sebagai kenangan yang indah serta berharga dan menyuntik cabaran agar ia memberi motivasi berharga untuk lebih baik pada tahun 2018.
16 JANUARI 2018 @2.00 PETANG , PROGRAM HAPPY TO SCHOOL DI SK.BALUNG DIANJURKAN OLEH UMNO BAHAGIAN TAWAU DENGAN KERJASAMA BIRO KEAHLIAN DAN DAFTAR PEMILIH UMNO MALAYSIA.
Program Happy 2 School dirasmikan oleh YB. Datuk Seri Panglima Abdul
Azeez Abdul Rahim Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia merangkap
Ketua UMNO Bahagian Baling yang juga Ahli Parlimen P. 016 Baling, Kedah.
Turut hadir di program ini YB. Datuk Seri Panglima Hj.Syed Abas bin
Hj.Syed Ali ADUN N. 55 Balung , Timbalan Ketua Bahagian UMNO Bahagian
Tawau merangkap Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Hj.Nizam
DSP AB Titingan Naib Ketua Bahagian UMNO Bahagian Tawau merangkap Ketua
Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah.
Jam 2.00 petang orang ramai telah berkumpul di Dewan serbaguna SK. Balung untuk mengikuti Program ini. Mereka adalah terdiri Ibubapa , Guru dan murid murid sekolah dari beberapa buah sekolah yang telah terpilih untuk program ini bagi Kawasan DUN Balung.
Ybhg. Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan bersama Pegawai Pendidikan Daerah Tawau yang diketuai oleh Tuan Hj.Darman Shah bin Hj.Asakil menanti ketibaan YB.Datuk Seri Panglima Abdul
Azeez Abdul Rahim dengan rombongan nya dan juga YB.Datuk Seri Panglima Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali diperkarangan ketibaan SK.Balung .
Ketibaan YB.Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim dengan rombongan nya dan juga YB.Datuk Seri Panglima Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali diperkarangan ketibaan SK.Balung, disambut oleh Ybhg. Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan bersama Pegawai Pendidikan Daerah Tawau yang diketuai oleh Tuan Hj.Darman Shah bin Hj.Asakil.
Orang ramai , Para Guru Guru Besar , Pemimpin pemimpin Rakyat dan Ibubapa murid telah memenuhi ruang Dewan serbaguna Sekolah ini untuk memulakan Program Happy to School yang mana beberapa orang murid dari beberapa buah Sekolah di Kawasan Balung akan menerima peralatan persekolahan seperti Bag , Kasut dan Pakaian Sekolah.
YB.Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim , Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia merangkap Ketua UMNO Bahagian Baling yang juga Ahli Parlimen P. 016 Baling, Kedah. Beliau juga adalah Pengerusi Biro Keahlian dan Daftar Pemilih UMNO Malaysia dan juga Pengerusi Lembaga Urusan Tabung Haji. Beliau telah hadir ke Program ini bersama sama rombongan nya dari Parlimen Baling YB.Datuk Azmi Che Husain ADUN N.30 Bayu dan YB. Datuk Harun Abdul Aziz ADUN N.31 Kupang.
Manakala UMNO Bahagian Tawau yang diketuai oleh YB.DSP. Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali Timbalan Ketua Bahagian UMNO Tawau merangkap Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah , Ybhg. Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan Naib Ketua Bahagian UMNO Tawau merangkap Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah , Tuan Hj.Ariffin bin Hj.Kassim Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Tawau , Cik Nazliah binti Ali Ketua Pergerakan Puteri UMNO Tawau. Turut Hadir Pegawai Pendidikan Daerah Tawau Tuan Hj. Darman Shah bin Hj.Asakil.
Penyampaian bantuan pakaian seragam dan bag sekolah kepada murid murid Sekolah Rendah yang disempurnakan penyampaian nya oleh YB.Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim yang disaksikan oleh YB.Datuk Seri Panglima Hj.Syed Abas dan Datuk Hj.Nizam serta Pegawai Pendidikan daerah Tawau.
Sebanyak 1,000 buah bag dan pakaian seragam serta kasut diagih agihkan kepada penerima yang layak dibeberapa buah sekolah dikawasan Balung dan Apas. Mereka yang menerima bantuan ini amat berterima kasih diatas bantuan tersebut yang mana dapat meringankan bebanan tanggungan Ibubapa.
27 JANUARI 2018 @8.00 PAGI , PROGRAM KEMPEN KESIHATAN DAN HARI KELUARGA MAJLIS PEMBANGUNAN WANITA DAN KELUARGA P.190 TAWAU DI KEDIAMAN PJKK JURIAH BINTI SALALI KG.BATU 22 , TAWAU DIANJURKAN OLEH MPWK BAHAGIAN TAWAU DENGAN KERJASAMA PENDUDUK KAMPUNG BATU 22.
VISI
Menjadi peneraju utama untuk mencapai kesaksamaan gender, pembangunan keluarga dan masyarakat penyayang dan sejahtera sebagai asas pembentukan sebuah negara maju yang terbilang.
MISI
Mengintegrasikan perspektif wanita dan masyarakat yang memerlukan ke dalam arus perdana pembangunan negara serta memperkukuhkan institusi keluarga ke arah peningkatan kesejahteraan sosial.
PIAGAM PELANGGAN
KPWKM dengan penuh tekad dan iltizam berjanji untuk melaksanakan semua dasar dan program yang telah ditetapkan melalui agensi di bawah Kementerian ke arah mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan iaitu :
Memastikan dasar-dasar dan undang-undang mengenai pembangunan wanita,keluarga dan masyarakat sentiasa relevan, berkualiti dan praktikal untuk dilaksanakan;
Menentukan perancangan dan pelaksanaan program pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat dijalankan dengan baik dan berkesan serta mengikut jadual yang ditetapkan;
Membuat penyelarasan yang lebih berkesan terhadap semua program Kementerian dan agensi di bawahnya serta penglibatan masyarakat am dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO’s);
Melaksanakan pengurusan yang cekap dan peka kepada isu, kualiti dan produktiviti;
Memberi perkhidmatan yang cekap, saksama dan mesra;
Menjalankan penyelidikan dan penilaian yang berterusan untuk mendapatkan maklumat dan maklumbalas bagi perancangan yang baik dan pelaksanaan yang berkesan; dan
Menerapkan budaya ilmu melalui usaha penambahan ilmu pengetahuan,peningkatan kemahiran ICT dan lain-lain kemahiran serta mewujudkan etika kerja yang positif dan dinamik di kalangan semua anggota Kementerian dan Jabatan serta agensi di bawahnya
Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dibimbing oleh Imam Kg.Batu 22 yang dihadiri oleh Wakil MPWK dari Kota Kinabalu.
Ucapan Perasmian dari Pengerusi MPWK Bahagian Tawau Datuk Hjh.Rosdianah binti Md.Nor dengan ucapan salam dan terima kasih diatas kehadiran penduduk kampung Batu 22 ke Program tersebut.
Turut hadir Ketua Kampung Batu 22 Puan Sharifah Aliyah binti Habib Idrus dan Tuan Sahran Mankati dari Unit UPPM mewakili Pegawai Pembangunan Masyarakat DUN Balung.
Bersama kakitangan Jabatan Kesihatan yang telah datang menjalankan pemeriksaan Pap Smear kepada penduduk Kg. Batu 22 yang datang pada hari itu.
6 Sebab Setiap Wanita Perlu Lakukan Ujian Pap Smear
1. Dapat Mengenalpasti Ketumbuhan Peringkat Awal
Pemeriksaan Pap Smear (Papanicolaou) adalah sejenis prosedur yang perlu dilakukan dalam tempoh berkala bagi mengesan perubahan pada sel serviks di peringkat awal sebelum ia dapat merebak menjadi sel kanser. Jadi, kata kunci di sini adalah pencegahan!
Menurut Dr.Ayu Akida melalui Malaysian Medical Gazette , pemeriksaan pap smear mampu mengesan sebarang ketidaknormalan pada serviks atau pangkal rahim.
Ini bermaksud, keputusan yang abnormal tidak bererti anda menghidap kanser serviks. Sebaliknya, ia mungkin juga menunjukkan terdapat jangkitan lain dan memerlukan pemeriksaan lanjut.
Ini bermaksud, keputusan yang abnormal tidak bererti anda menghidap kanser serviks. Sebaliknya, ia mungkin juga menunjukkan terdapat jangkitan lain dan memerlukan pemeriksaan lanjut.
2. Prosedurnya Amat Cepat
Tahukah anda bahawa prosedur pap smear ini begitu cepat, iaitu kurang 5 minit sahaja!
Yang penting, anda perlu relaks dan tidak ‘mengeraskan’ tubuh badan anda supaya doktor lebih mudah menjalankan pemeriksaan.
3. Ia Tidak Menyakitkan
Ujian tersebut tidaklah menyakitkan atau mengerikan seperti yang kita bayangkan, cuma ada sedikit rasa tidak selesa.
4. Hampir Semua Klinik Boleh Mengendalikannya
Terdapat banyak pilihan klinik dan doktor untuk anda memilih mengikut keselesaan anda.
Pemeriksaan ini boleh dilakukan di semua klinik dan hospital kerajaan, semua klinik/hospital swasta, dan termasuklah Klinik LPPKN (Lembaga Penduduk Perancang Keluarga Negara) yang terdapat di seluruh negara.
5. Harganya Murah
Klinik kerajaan menawarkan ujian ini dengan harga yang amat murah, dan ada yang diberikan percuma.
Klinik LPPKN (Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara) pula menawarkannya dengan harga RM 20 bagi semua warganegara Malaysia.
Di klinik swasta, mungkin harganya tinggi sedikit sekitar RM 40-RM 70, bergantung pada tempat masing-masing.
6. Hanya Dilakukan Sekali Dalam Tempoh 2-3 Tahun
Pemeriksaan ini bukanlah perlu diambil setiap bulan atau setiap tahun. Biasanya ujian kali pertama dan kedua dilakukan sekali bagi setiap 2 tahun. Sekiranya keputusan itu negatif, anda hanya perlu mengulangi setiap tiga tahun sekali.
Ini kerana, masa yang diambil bagi sel normal untuk menjadi sel kanser adalah di antara dua hingga 10 tahun. Jadi, sekiranya pap smear dilakukan setiap tiga tahun, peluang untuk mengesan sel-sel yang berpotensi menjadi sel kanser adalah cerah sebelum ia menjadi kanser serviks, seperti yang diterangkan dalam Women Online Magazine.
Sempena Hari Keluarga ini juga beberapa permainan rakyat telah dijalankan seperti Boling Kelapa , Kerusi Beracun dan untuk kanak kanak mencari harta karun.
31 JANUARI 2018 @7.30 MALAM , PROGRAM MAKAN MALAM YANG BERHORMAT DATUK DR. MARY YAP KAIN CHING BERSAMA KRT PARLIMEN P.190 TAWAU DI DEWAN XOCOLAT HOTEL EMAS TAWAU DIANJURKAN OLEH PEJABAT PARLIMEN P.190 TAWAU.
Menurut Yang Berhormat Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching , makan malam bersama Kawasan Rukun Tetangga Parlimen Tawau ada lah inisiatif dari Pejabat Beliau bagi menjelaskan terima kasih yang tidak terhingga kerana keaktifan Rukun Tetangga di Parlimen Tawau. Sesungguhnya Rukun Tetangga telah memainkan peranan yang begitu baik dan mulia kerana dengan adanya rukun tetangga kawasan kejiranan di Taman taman dan diKampung bertambah baik dan erat. Perpaduan adalah aset penting dalam pembinaan sebuah Negara maju dan berjaya , tanpa perpaduan Negara akan menerima impak yang amat mendalam sekaligus membantut pembangunan ekonomi, sosial dan juga politik negara .
Yang Berhoramat Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching , Ahli Parlimen P.190 Tawau merangkap Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia amat gembira dapat bersama sama Ahli ahli Rukun Tetangga yang hadir pada malam itu.
Dalam ucapan alu aluan Puan Rosmah binti Wading Pegawai Perpaduan Daerah Tawau amat berbesar hati dan berterima kasih diatas undangan Yang Berhormat Datuk Dr.Mary Yap Kain Ching di Makan Malam bersama Rukun Tetangga di Dewan Xocolat Hotel Emas. Beliau menerangkan sebanyak 22 KRT yang bergiat aktif dikawasan Parlimen Tawau dan telah menjalankan aktivit aktiviti Perpaduan disana. Terdapat juga beberapa buah KRT yang
mempunyai SRS dan terdapat sebuah KRT yang ada RAPAT.
Tujuan utama penubuhan Skim Rondaan Sukarela adalah untuk membantu pihak berkuasa membendung kegiatan jenayah dan gejala di komuniti setempat. Rondaan Perpaduan RAPAT 1M 2017 Bersama KRT telah diadakan di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Kinabutan Ria .
Sokongan kehadiran ini terdiri dari pihak Polis Daerah (IPD) Tawau dan Angkatan Tentera Malaysia, warga KRT serta penduduk kawasan tersebut. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengukuhkan lagi hubungan penduduk setempat dengan agensi-agensi kerajaan yang terlibat disamping memberi penghargaan kepada anggota-anggota peronda RAPAT 1M yang komited dalam menjalankan rondaan secara sukarela.
Yang Berhormat Datuk Dr.Mary Yap Kain Ching , Ahli Parlimen P.190 Tawau merangkap Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia gembira dapat bersama sama anggota KRT Parlimen Tawau. Beliau memang telah lama berhasrat untuk mengadakan program seperti ini tetapi memandangkan kaedaan tugasan yang menyulitkan beliau berbuat demikian , tetapi pada malam ini beliau telah menunaikan dengan perasaan yang begitu gembira dan selesa.
Beliau menjelaskan bahawa beliau sentiasa melawat kekampung kampung , Taman dan juga kawasan penduduk dimana beliau sentiasa akan memberikan bantuan seperti yang diperlukan. Bagi kawasan kawasan KRT beliau juga memberikan bantuan jika ada KRT yang membuat permohonan.
Beliau amat berterima kasih kepada anggota SRS yang sentiasa aktif dalam membendung gejala kegiatan jenayah dan sosial yang tidak baik diTaman taman dan dikampung kawasan jagaan mereka. Diharapkan keaktifan Anggota SRS membuat rondaan akan menjadikan kawasan KRT tersebut berada dalam keadaan aman dan tenteram.
Makan malam Yang Berhormat Datuk Dr.Mary Yap Kain Ching bersama KRT Parlimen Tawau amat mesra dan dapat memberikan beberapa kesan yang positif hubungan antara KRT dengan pejabat Parlimen Tawau dimana Yang Berhormat mengalu-alukan Pengerusi Pengerusi KRT untuk datang ke Pejabat beliau untuk membuat permohonan bagi penambahbaikan fasiliti di Kawasan Rukun Tetangga masing masing.
Yang Berhormat Datuk Dr.Mary Yap Kain Ching menyampaikan Sijil Penghargaan kepada semua Pengerusi KRT di Parlimen Tawau.
Mengakhiri pertemuan malam itu diabadikan dengan gambar beramai ramai bersama Yang Berhormat sebagai simbolik penghargaan yang tinggi kepada semua KRT yang aktif di Parlimen Tawau. Semoga ianya sebagai suntikan semangat kepada KRT untuk terus maju dan meneruskan amalan perpaduan dikalangan masyarakat setempat.
08 FEBRUARI 2018 @2.00PETANG , PROGRAM LAWATAN DAN TAKLIMAT AHLI JAWATANKUASA PERGERAKAN WANITA UMNO BAHAGIAN TAWAU KE PDM INDERASABAH YANG DIKETUAI OLEH HJH.NORSIAH BINTI BAYAI NAIB KETUA PERGERAKAN WANITA UMNO TAWAU BERTEMPAT DI DEWAN SERBAGUNA KG.INDERASABAH.
Atas undangan Ketua PDM Inderasabah Tuan Hj.Abit bin Sulaiman yang telah disampaikan melalui Setiusaha Bahagian UMNO Tawau Pergerakan Wanita UMNO Tawau telah pergi ke PDM Indersabah bagi mendengar masalah yang dihadapi oleh PDM tersebut tentang peranan yang perlu diketahuai oleh JR mereka.
Taklimat telah disampaikan oleh Hjh.Norsiah Bayai dibantu oleh Penyelaras Zon yang hadir telah dapat merungkai kemuskilan yang dihadapi oleh JR di PDM tersebut. Sesi soal jawab bersama JR telah dapat menyelesaikan masalah yang mereka dihadapi.
Lawatan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau ke PDM Inderasabah yang diketuai oleh Hjh.Norsiah binti Bayai Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau bersama Hjh.Rosnani binti Hj.Ahmad Bendahari Pergerakan Wanita UMNO bahagian Tawau , Puan Rusia Mahmud Penyelaras Zon Inderasabah . Turut Hadir Hj.Abit bin Sulaiman Ketua PDM Inderasabah , Hj.Karim bin Tumak Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tawau merangkap Ketua PDM Andrassy dan Yusof bin Hj.Ahmad Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian merangkap Timbalan Ketua PDM Ranggu.
Rombongan Ahli Jawatankuasa Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau ada diantara mereka juga Penyelaras Zon bersama JR PDM Inderasabah.
JR PDM Inderasabah telah memainkan peranan yang begitu baik dan telah memberikan sokongan kepada Ketua PDM untuk melaksanakan tugas mereka semasa PRU14 akan datang nanti.
Pergerakan Wanita Umno akan meningkatkan keberkesanan program Jalinan Rakyat (JR) sebagai platform utama sayap itu menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Ketua Penerangan Pergerakan Wanita Umno Datuk Rosni Zahari berkata sehubungan itu pihaknya akan menambah bilangan jentera JR yang kini seramai 250,000 anggota sayap itu di seluruh negara.
Sekurang-kurangnya ada 280,000 anggota JR sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang. Fungsi setiap anggota JR amat penting kerana mereka yang tahu mengenai latar belakang pengundi di kawasan masing-masing.
Mereka juga perlu tahu isu semasa dan menerangkan kepada pengundi di bawah jagaan masing-masing. Program JR yang dimulakan Wanita Umno sejak 15 tahun lalu merupakan gerak kerja bersepadu yang menggabungkan tenaga baru dan lama sayap itu semasa kempen Barisan Nasional dalam menghadapi pilihan raya.
Antara aspek yang ditekankan dalam program berkenaan ialah menjalinkan jaringan dengan masyarakat di setiap kawasan Parlimen terutama kumpulan sasar, antaranya surirumah dan badan bukan kerajaan.
Melalui program ini juga, individu yang layak namun belum berdaftar dapat dikesan dan didaftarkan sebagai pemilih. - Bernama
Sesi taklimat dan perbincangan telah berjaya memberikan kefahaman kepada JR dalam menjalankan kerja kerja JR nanti.
Tahniah , kepada Ketua PDM Inderasabah Hj.Abit bin Sulaiman dan tahniah juga kepada semua JR semoga semua diberikan kesihatan yang berpanjangan dapat melaksanakan tugas dengan baik dan teratur dan melakar kejayaan di PRU14 nanti.
11 FEBRUARI 2018 @2.00PETANG , MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN SEMPENA TAHUN BARU CINA 2018 YB.DATUK DR.MARY YAP KAIN CHING AHLI PARLIMEN P.190 TAWAU DAN YB.DATUK TAWFIQ BIN DSP AB TITINGAN AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI SABAH N.56 APAS BERTEMPAT DI DEWAN SERBAGUNA SJK(C) SIN HWA BATU 6 JALAN APAS , TAWAU
Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. Tahun ini, Imlek akan jatuh pada Jumat 16 Februari 2018 , setiap tahun diberi nama menurut salah satu dari dua belas haiwan, yang termasuk dalam zodiak Tionghoa atau disebut shio. Dan shio tahun baru Imlek 2018 adalah Anjing Tanah
Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.
Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan Yee Sang dan Kuih Bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti dagung Itik , Daging Salai , Sosej , kuih pulut, dan Limau Mandrin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang Ang Pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian Naga atau Singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.
YB.Datuk Dr.Mary Yap Kain Ching Ahli Parlimen P.190 Tawau merangkap Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi , Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan Naib Ketua Bahagian UMNO Tawau merangkap Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah , Tuan Sarman Amat Simito Pegawai Pembangunan Masyarakat Bahagian Apas serta AJK Bahagian UMNO Tawau dan juga Ketua Pergerakan Wanita UMNO Tawau Datuk Hjh.Rosdianah binti Md.Nor bersama AJK Pergerakan wanita nya serta Pemimpin Masyarakat Cina hadir di Majlis penyampaian sumbangan sempena Tahun Baru Cina 2018.
Ucapan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakan rakan Tionghua semoga Tahun ini akan lebih makmur dan lebih baik dari tahun tahun yang lalu. Ybhg.Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan memperkenalkan dirinya kepada masyarakat Tionghua disitu , bahawa beliau adalah adik kepada Datuk Tawfiq DSP AB Titingan ADUN N.56 Apas dan juga adik kepada Mantan Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Hj.Ahmad Bahrom DSP AB Titingan. Menurut nya ini adalah kali pertama bertemu dengan masyarakat Tionghua dikawasan Apas sempena Sambutan Tahun Baru Cina.
YB.Datuk Dr.Mary Yap Kain Ching , Ahli Parlimen P.190 Tawau merangkap Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia menyampaikan ucapan Selamat Tahun Baru Cina kepada masyarakat Tionghua yang hadir dalam bahasa Cantonese. Beliau juga turut memperkenalkan Datuk Hj.Nizam kepada hadirin dan menurut Datuk Dr. Mary Yap mereka juga faham apa yang diucapkan oleh Datuk Hj.Nizam tadi.
Masyarakat Cina yang hadir untuk menerima sumbangan yang berupa Limau Mandrin sekotak dan Wang Ang Pau daripada Datuk Dr.Mary Yap Kain Ching Ahli Parlimen Tawau dan Datuk Tawfiq bin DSP AB Titingan ADUN N.56 Apas.
Limau Mandrin yang disediakan untuk diserahkan kepada penerima sumbangan Tahun Baru Cina
Sumbangan disampaikan oleh YB.Datuk Dr.Mary Yap kain Ching dengan diiringi oleh Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan Sumbangan diagih agihkan kepada setiap penerima sehingga selesai.
Datuk Hj.Nizam Bin DSP AB Titingan bersama Masyarakat Tionghua sempena Penyampaian Sumbangan Tahun Baru Cina tahun 2018 di Dewan SJK(C) Sin Hwa , Jalan Apas Tawau.
25 FEBRUARI 2018 @9.00 PAGI , MAJLIS RUMAH TERBUKA SEMPENA TAHUN BARU CINA 2018 PENYAMPAIAN SUMBANGAN SEMPENA TAHUN BARU CINA 2018 DI DEWAN SABAH CHINESE HIGH SCHOOL SIN ONN TAWAU YANG DI HOSKAN OLEH YB.DATUK DR.MARY YAP KAIN CHING AHLI PARLIMEN P.190 TAWAU MERANGKAP TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA.
Perayaan Tahun Baru Cina setiap tahun akan dirayakan bersama sama dengan masyarakat berbilang kaum. Perayaan ini diadakan dimana mana rumah terbuka terutama sekali pemimpin masyarakat Tionghua. Buah limau Mandrin atau orange sunkist telah menjadi kebiasaan akan didapati semasa perayaan ini. Sebenarnya , amalan memberi limau mandarin merupakan simbolik memberi tuah. Buah limau mandarin yang dipanggil kam dalam bahasa Kantonis bermaksud emas adalah kewajipan ada setiap Tahun Baru Cina kerana ia melambangkan limpahan kekayaan kepada masyarakat Tionghua. Warna limau keemasan seperti memberi jongkong emas kepada orang lain.
Sempena Tahun Baru Cina 2018 di sini dapat bertemu dengan rakan rakan lama yang jarang sekali dapat bertemu. Syukur Alhamdulillah mereka semua sihat dan aktif berusaha disana sini.
YB.Datuk Dr.Mary Yap Kain Ching Ahli Parlimen 190 Tawau bersama rakan rakan Rukun Tetangga Taman Kinabutan di Rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran Parti Bersatu Sabah kawasan Tawau.
Selamat Tahun Baru Cina 2018 semoga tahun ini akan membawa tuah , kemakmuran serta keamanan.
Ramai pengunjung dijangka menghadiri Majlis Rumah Terbuka sempena perayaan Tahun Baru Cina ini anjuran Parlimen P.190 Tawau.
Orang ramai dijemput hadir memeriahkan lagi sambutan perayaan Tahun Baru Cina ini yang padat dengan pelbagai pengisian seperti penyampaian sumbangan ‘ang pow’ kepada kanak-kanak berumur bawah 12 tahun, persembahan kebudayaan, jamuan makan dan sebagainya.
Majlis dihadiri beberapa orang kenamaan seperti DSP Pairin Kitingan Timbalan Ketua Menteri Sabah , DSP Dr.Maximus Ongkili Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air , Pemimpin pemimpin Tionghua sekitar Tawau.
Turut hadir seterusnya merasmikan Majlis Perayaan Tahun Baru Cina adalah Tan Sri DSP Musa Hj.Aman Ketua Menteri Sabah bersama isteri Puan Sri DSP Faridah Hj.Tussin , YB.DSP Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah , Datuk Tawfiq bin DSP AB Titingan Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah , Datuk Hjh.Hamisah binti Samad Pembantu Menteri Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi MaklumatNegeri Sabah , Datuk Gulam khan Badar , Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan.
YAB. Tan Sri DSP Musa Hj.Aman menerima cenderakenangan daripada YB.Datuk Dr.Mary Yap Kain Ching selepas ucapan perasmian Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2018 yang telah disempurnakan oleh YAB Tan Sri DSP Musa Hj.Aman.
Dalam ucapan YAB Tan Sri DSP Musa , beliau memberitahu hadirin bahawa pemilihan Datuk Dr.Mary Yap sebagai calun Parlimen pada PRU13 sememangnya tepat kerana kecemerlangan Datuk Dr.Mary Yap . Beliau juga memuji Datuk Dr.Mary Yap kerana berjaya menjalankan tugasnya sebagai Ahli Parlimen Tawau dengan baik dan mempunyai hubungan yang baik dengan ADUN Apas dan Balung.
Beliau mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua warga cina yang merayakan. Kong Xi Fatt Chai
Paluan Gendang menandakan rasmi lah sudah Majlis Rumah terbuka Tahun Baru Cina Parlimen P.190 Tawau.
Hidangan Yee Sang, terdiri dari paduan sayuran dan ikan segar yang dicampur dengan sos plum, minyak bijan, kacang tanah, rempah dan serbuk lada putih , dan serbuk kulit kayu manis .
Menurut kepercayaan masyarakat Cina, Yee Sang adalah simbol kemakmuran. Maka tak heran, setiap unsur makanan mempunyai makna."Contohnya sayuran yang diiris panjang artinya biar rezeki yang diberikan tidak putus-putus. Lalu diberi minyak artinya biar semua urusan lancar," begitu pendapat mereka.
Begitu juga dengan rasa Yee Sang yang manis, asam dan asin dimaksudkan agar kehidupan pada tahun yang akan datang berlangsung aman tanpa bencana.
Tradisi menyantap Yee Sang itu berasal dari kawasan pantai selatan Cina, wilayah Chaozhou dan Santou. Tradisi tersebut dipercaya sudah ada sejak 1,500 tahun yang lalu.
Kini, "Lo Hei" -- melambung yee sang -- ialah satu adat resam Tahun Baru Cina di Malaysia dan Singapura yang mana saudara-mara berkumpul di keliling meja lalu melambung cebisan ramuan ke udara dengan penyepit apabila disuruh, sambil melaungkan Ucapan untuk menandakan bermulanya tahun yang makmur.
Suasana meriah serta muhibbah hubungan antara kaum sempena sambutan Perayaan Tahun Baru Cina yang diadakan di Dewan Sabah Chinese High School Tawau yang dihoskan oleh Datuk Dr.Mary Yap Kain Ching Ahli Parlimen P.190 Tawau merangkap Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia.
03 MARCH 2018 @10.00 PAGI , PERJUMPAAN TERTUTUP YB.DATUK DR.MARY YAP KAIN CHING AHLI PARLIMEN P.190 TAWAU
MERANGKAP TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA BERSAMA AJK BAHAGIAN UMNO TAWAU DI HOTEL MARCO POLO.
Perjumpaan tertutup YB.Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching bersama AJK Bahagian UMNO Tawau yang diadakan di Hotel Marco Polo telah meningkatkan semangat perjuangan Barisan Nasional di Parlimen Tawau. Perbincangan untuk memajukan kawasan Parlimen telah menjadi tajuk utama perbincangan ini. Sikap keterbukaan semua pihak telah menjadikan perbincangan berakhir dengan jayanya.
Bersama rakan rakan yang hadir awal ke dewan pejumpaan , sementara menunggu rakan rakan lain sampai. Perjumpaan tertutup dengan YB.Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching , Ahli Parlimen Tawau amat bermakna bagi kami Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Tawau . Ini kerana Yang Berhormat mewakili Parti PBS dalam Barisan Nasional dan kami AJK Bahagian mewakili Parti UMNO. Perjumpaan tertutup seperti ini sebaiknya diadakan berkala bagi menyelaraskan program program dan juga agenda pembangunan Rakyat berjalan dengan teratur. Diharapkan perjumpaan seperti ini berkesinambungan dan akan memberikan impak yang terbaik untuk rakyat di kawasan Parlimen Tawau. Parlimen Tawau mengandungi 3 ADUN iaitu Balung , Apas dan Seri Tanjung. Balung dan Apas ditadbir oleh ADUN UMNO manakala Seri Tanjung ditadbir oleh DAP kerana calun PBS telah tewas disini.
Kita berazam untuk menawan Seri Tanjung dan memenangi hati rakyat disitu. Seri Tanjung majoriti penduduknya terdiri daripada kaum Tionghua. Seperti yang berlaku pada PRU13 yang lalu DAP membawa slogan 'Ini kali lah' , yang membawa maksud untuk memenangi pilihanraya dan seterusnya memerintah Negara. Masyarakat dikawasan tersebut begitu teruja dengan slogan tersebut sehingga apabila memenangi PRU13 Seri Tanjung hanyalah sebagai Pembangkang dalam Kabinet Negeri Sabah dan tiada apa apa pun pembangunan yang dibuat malahan Ahli Palimen Tawau sahaja lah tempat mereka mengadu. Adakah ianya Adil , setelah memenangi kawasan DUN Seri Tanjung apa yang berlaku setelah 5 tahun berlalu. Tiada apa yang boleh dibanggakan melainkan Ahli Parlimen Tawau sahaja yang memberikan bantuan kepada mereka.
Perbincangan dan pencambahan Ilmu dalam merealisasikan perjuangan bersama kearah satu Parlimen yang menjiwai rakyat. Beberapa isu pokok telah dapat dikenalpasti dan dengan iltizam kearah memperbaiki hubungan Parlimen dengan AJK Bahagian UMNO Tawau akan beroleh kejayaan. Persefahaman dalam menghadapi PRU14 merupakan kunci kepada kejayaan serta memenangi kesemua kawasan DUN dan Parlimen P.190 Tawau.
YB. Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching seorang yang berwawasan , dengan pengalaman beliau dalam bidang pentadbiran serta saikologi kependidikan beliau telah dapat mengimbangi kesamarataan mentadbir kawasan Parlimen Tawau. Walaupun sebahagian masyarakat Tionghua tidak memberikan sokongan padu kepada beliau semasa PRU13 yang lalu. Kita harapkan akan lebih ramai lagi pemimpin Tionghua tampil bagi membantu YB.Datuk Dr.Mary Yap memenangi hati masyarakat di DUN Seri Tanjung akan menyokong beliau di PRU14 akan datang.
Apa diharap padi seberang ,
Kerjasama berterusan antara AJK Bahagian UMNO Tawau dengan Parlimen Tawau akan lebih bertambah baik serta teratur. Beberapa perkara yang telah dibangkitkan telah berjaya diselaraskan dengan kerjasama yang berterusan. Dengan ada nya perjumpaan ini diharapkan kesinambungan perjuangan Barisan Nasional akan bertambah teratur dan berkesan.
11 MARCH 2018 @7.00 PAGI , ROADSHOW YAYASAN SABAH BERSAMA RAKYAT ( NBOS ) DIRASMIKAN OLEH YAB KETUA MENTERI SABAH TAN SRI DSP MUSA HJ.AMAN DI PADANG BANDARAN TAWAU.
Yayasan Sabah, kini secara operasinya dirujuk sebagai Kumpulan Yayasan Sabah telah ditubuhkan melalui Enakmen No. 8, Dewan Undangan Negeri Sabah pada tahun 1966. Tokoh di sebalik penubuhan Yayasan Sabah adalah Allahyarham Tun Datu Haji Mustapha Bin Datu Harun, Bapa Kemerdekaan Negeri Sabah yang mana wawasan beliau adalah untuk menggalakkan kesedaran Malaysia di kalangan rakyat di Negeri Sabah. Objektif penubuhan Yayasan Sabah adalah untuk menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk rakyat Malaysia di Sabah; mewujudkan peluang untuk pengagihan kekayaan ekonomi yang lebih saksama di kalangan rakyat Negeri Sabah; dan menyediakan bantuan kepada institusi kebajikan dan mangsa-mangsa bencana alam.
Pemimpin pemimpin masyarakat yang terdiri daripada Ketua Anak Negeri , Wakil Ketua Anak Negeri , Ketua Kampung hadir bersama pemimpin pemimpin masyarakat yang lain bagi memeriahkan Program Yayasan Sabah Roadshow Bersama Rakyat. Program ini
program National Blue Ocean Strategy (NBOS) yang mana beberapa Jabatan Kerajaan yang terlibat serta beberapa badan badan profesional NGOs dan swasta.Taklimat kerjaya SICC , Rebat parking Tawau Car Parks (Tawau Car Park) , Perkhidmatan Mobile CTC seperti pendaftaran MyKad (Jabatan Pendaftaran Negera Malaysia) , Memperbaharui Lesen Memandu (Jabatan Pengangkutan Jalan) , Pemeriksaan Kesihatan (Jabatan Kesihatan Tawau) dan Pendaftaran Perniagaan. Disamping itu terdapat juga beberapa acara sperti Lucky Draw , Hiburan Artis Tempatan , Pertandingan YS Id0l dan temu duga terbuka.
Program diserikan dengan ragam C.AMPAL atau nama sebenarnya Abu Bakar Ella seorang Penyanyi dan Pelawak terkenal di Sabah bersama Pemenang Maharaja Lawak Mega 2014 ( Kumpulan ZERO ) 3 orang adik beradik yang terdiri daripada Mohamad Syaiful Doli Sharif (Melati) (abang) , Sharif Kadil Doli Sharif dan Sharif Kunal Doli Sharif (Atu).
Menanti ketibaan YAB Ketua Menteri Sabah Tan Sri DSP Musa Hj.Aman yang akan merasmikan Program ini. Sebaik saja tiba nanti beliau akan melawat ke beberapa tempat seperti Mobile CTC Pejabat pejabat Kerajaan yang beroperasi , Pameran serta Karnival Kerjaya dan Keusahawanan.
25 MARCH 2018 @7.00 PAGI , BICARA ISU PERJANJIAN MALAYSIA 1963 (MA63) YB.TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA PANDIKAR AMIN HJ.MULIA , YANG DIPERTUA DEWAN RAKYAT MALAYSIA BERTEMPAT DI DEWAN PERSIDANGAN HOTEL DE'CHOICE TAWAU.
Rakyat Sabah perlu memahami kandungan sebenar Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan semua dokumen serta peristiwa sejarah yang direkodkan, dalam proses pembentukan Malaysia sebelum membuat tafsiran berhubung isu berkaitan.
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri DSP Pandikar Amin Mulia, berkata kebanyakan tafsiran mengenai perkara itu yang dibuat pihak tertentu sebelum ini tidak tepat kerana lebih bermotifkan politik, terutama membangkitkan semangat rakyat.
Beliau berkata, tafsiran dibuat sendiri oleh pihak terbabit tanpa berpandukan dokumen sejarah yang sewajarnya menyebabkan banyak fakta berkaitan kedudukan Sabah dan Sarawak bercanggah dengan keadaan sebenar dalam MA63.
Sebagai contoh, katanya, isu berkaitan taraf Sabah dalam Malaysia yang ditafsir sebagai sama dengan Semenanjung Malaysia atau Persekutuan Tanah Melayu ketika pembentukan Malaysia pada 1963 adalah tanggapan salah.
"Sejak dari awal pembentukan Malaysia lagi sudah jelas dinyatakan dalam MA63 bahawa Sabah dan Sarawak mempunyai kedudukan yang sama dengan negeri lain di Semenanjung, tetapi ia memiliki autonomi dan hak jaminan Perlembagaan.
Majlis anjuran Persatuan Kebangsaan Melayu Tawau turut dihadiri Pertubuhan Gabungan Idea Pembangunan Sabah
(GIP) yang diketuai oleh Presiden GIP, Hisham Ampongou Abdullah
selaku moderator.
YB. Tan Sri DSP Pandikar Amin berkata, desakan pihak yang
menuntut pelbagai perkara berkaitan MA63 ketika ini, tidak boleh
dianggap suara majoriti jika mengambil kira sejarah pembentukan
Malaysia, lebih separuh abad lalu yang dibuat selepas mendapat sokongan
dua pertiga rakyat.
Beliau berkata, rakyat tidak harus keliru
atau terpedaya dengan dakyah pihak terbabit kerana tindakan mereka
seolah-olah membawa Sabah ke belakang, selepas lebih setengah abad
mengecapi kemerdekaan menerusi Malaysia.
Katanya, perbandingan
kemajuan di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak bagi menggambarkan
keadaan kedua-dua negeri yang masih ketinggalan, tidak sesuai kerana
pembangunan infrastruktur seperti jalan raya bersifat antara daerah
berbanding antara negeri di Semenanjung.
Pendapat YB. Tan Sri DSP Pandikar
berkaitan MA63 turut dimuatkan dalam buku karyanya bertajuk BERPISAH TIADA , yang telah diterbitkan dan diberikan kepada peserta forum.
Turut hadir Andi Muhd. Suryady Hj.Bandi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kalabakan , Hj.Ariffin bin Hj.Kassim Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Tawau , Datuk Hj.Salsidu bin Ibrahim Timbalan Presiden USBO , OKK Hj.Kee Ayub bin Kee Abubakar Presiden PKMT dan Ismail bin Hj.Awang Timbalan Presiden PKMT.
YB.Tan Sri DSP Pandikar Amin Hj.Mulia bersama Ahli Jawatankuasa Penganjur dari Persatuan Kebangsaan Melayu Tawau ( PKMT ) , Pertubuhan Gabungan Idea Pembangunan Sabah ( GIP ) dan Pertubuhan Bajau Sabah Bersatu ( USBO ).
YB.Tan Sri DSP Pandikar Amin Hj.Mulia sempat melawat ke gerai pameran PKMT yang di iringi oleh Presiden PKMT Tuan Hj.OKK Kee Ayub bin Kee Abubakar bersama jawatankuasa PKMT.
YB.Tan Sri DSP Pandikar Amin Hj.Mulia menyampaikan ceramah bagi membicarakan soal isu Perjanjian Malaysia 1963. Masih ramai yang tidak mengetahui apa yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
YB.Tan Sri DSP Pandikar Amin Hj.Mulia menjelaskan terdapat isu isu yang selalu dibangkitkan oleh pihak tertentu tidak menggambarkan perjanjian yang sebenar. Kebanyakan nya dimanipulasikan sehingga Rakyat Sabah percaya seakan ianya benar sedangkan perjanjian itu ada lah suatu perjanjian telus dan tulin.
08 APRIL 2018 @10.00 PAGI , MAJLIS JALINAN KASIH 80 TAHUN PKMT DIRASMIKAN OLEH DATUK HJ.NIZAM BIN DSP HJ.AB TITINGAN KETUA SETIAUSAHA POLITIK KEPADA KETUA MENTERI SABAH DI GRANDHALL HOTEL PROMENADE TAWAU.
Mengenang kembali kebangkitan semangat orang orang Melayu di Tawau yang bermula dalam dalam tahun 1930an dan dengan rasminya telah menubuhkan Persatuan Kebangsaan Melayu Tawau dalam tahun 1938 oleh OKK Kee Abubakar bin Kee Abdullah yang juga ketua Masyarakat Melayu Tawau pada ketika itu.
Perasmian Majlis oleh Ybhg. Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan , beliau berharap Persatuan ini akan beroleh kejayaan dan terus dapat membantu menyatupadukan orang orang Melayu di Tawau.
Ucapan Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan dan seterusnya merasmikan Majlis Jalinan Kasih 80 Tahun PKMT. Beliau amat terharu dan berterima kasih kerana menjemput beliau bagi melaksanakan ucapan perasmian di Majlis Jalinan Kasih sempena 80 Tahun PKMT. Beliau sebak apabila mengenangkan Kekanda beliau Allahyarham Datuk Hj.Tawfiq yang mana sepatutnya beliau lah yang merasmikan Majlis ini kerana Allahyarham adalah Penaung PKMT. Semasa hayat beliau sentiasa sedia membantu PKMT kerana PKMT ini adalah sebahagian daripada sejarah perjuangan orang orang Melayu di Tawau sejak ditubuhkan dalam tahun 1938 lebih lebih lagi ianya melibatkan perjuangan Ayahanda Datuk Seri Panglima Hj.Abubakar Titingan.
Ybhg. Datuk Hj.Nizam berjanji akan berusaha membantu PKMT dalam menjayakan program yang dirancang dimasa akan datang. Beliau juga mengucapkan Tahniah kepada Ahli Jawatakuasa PKMT dan juga Jawatankuasa Penganjur kerana telah berjaya mengadakan Majlis Jalinan Kasih sempena 80 Tahun PKMT.
Sempena Majlis tersebut beberapa tokoh Melayu yang sentiasa bergiat aktif dan banyak menyumbang kepada keharmonian Bangsa telah diberikan penghormatan dengan penyampaian Cenderakenangan berupa Plak dan Sijil Penghargaan serta wang tunai.
Datuk Seri Panglima Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali salah seorang tokoh Melayu yang sentiasa berjuang untuk membantu orang orang Melayu terutama sekali dikawasan Balung.
Beliau telah dilahirkan pada 12 Oktober 1947 dan memperoleh Ijazah Sarjana
Muda Sains (Kepujian) dalam Applied Economics dari East London
University (NELP) . Beliau telah banyak menyumbang tenaga dan fikiran terhadap kemajuan orang orang Melayu diBalung . Sebagai seorang Ahli Politik yang matang yang telah berkecimpung begitu lama dalam arena tersebut yang beliau telah ceburi sejak Muda lagi.
Beliau dipilih sebagai ahli Dewan Undangan Negeri Balung pada tahun 1978 sehingga 1981 di bawah pentadbiran Berjaya dan pada tahun 2004 sehingga 2018 sekarang di bawah tiket UMNO.
DSP Hj.Syed Abas memulakan kerjayanya dalam perkhidmatan awam pada 1976 sebagai Pegawai Pembangunan Perindustrian di Kementerian Pembangunan Perindustrian. Selain itu, beliau juga pernah menyandang jawatan yang berbeza atas pelbagai kapasiti, antara lain sebagai pengerusi Ko-Nelayan, Pengarah Sabah Finance Berhad dan Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah ( MUIS ).
Datuk Hjh.Hamisah binti Samad juga Tokoh Melayu Pejuang Serikandi Bangsa yang telah banyak melakukan kerja kerja amal terutama sekali dikawasan beliau N.59 Tanjung Batu.
Beliau telah dilahirkan pada tahun 1950 di Tawau , pernah berkhidmat sebagai guru dari tahun 1966 hingga 1975. Menceburi bidang politik pada tahun 1976 dan seterusnya aktif dalam Pertubuhan Kebangsaan Bersatu Sabah (USNO). Beliau seterusnya memegang jawatan sebagai Ketua Wanita USNO selama lapan tahun sejak 1978 hingga 1986. Pernah memegang beberapa jawatan penting lain dalam UMNO dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Pada PRU2008 Beliau telah terpilih menjadi calun Parti Barisan Nasional ( UMNO ) . Dalam Pertandingan 4 penjuru tersebut beliau telah memenagi dengan kelebihan undi yang tinggi. Sejak daripada itu beliau terus giat bertemu rakyat dengan memberikan bantuan melalui kapasiti beliau sebagai ADUN.
Beberapa lagi tokoh Melayu yang disenaraikan penerima Cenderakenangan , Sijil Penghargaan dan wang tunai antaranya ;
Penerima Cenderakenangan : Hj.Halik bin Hj.Wahid , Hj.Yahya bin OKK Hj.Zainal , Hjh.Kamariah binti DSP AB Titingan ( Allahyarhamah ). Bagi penerima Sijil Penghargaan dan Wang Tunai teridir daripada Hjh.Fatma binti Rais , Hjh.Juriah binti Kadir , Hjh.Halimah binti Yahya, Sanusi bin Nordin,
03 JUN 2018 @10.00 PAGI , YANG BERHORMAT DATUK HJ.NIZAM DSP HJ.AB TITINGAN BERSAMA PEMIMPIN AKAR UMBI UMNO BAHAGIAN TAWAU DIRUMAH KEDIAMAN KELUARGA BELIAU DI JALAN BANYAN TAWAU.
Sempena bulan Ramadhan bulan yang mulia bagi kaum Muslimin ianya adalah suatu bulan yang penuh dengan keberkatan. Pertemuan bersama pemimpin akar umbi UMNO Bahagian Tawau adalah telah menjadi tradisi pemimpin akan menyampaikan bantuan kewangan dan makanan ( Kurma ) untuk memeriahkan lagi sambutan Bulan Ramadhan dan lebih lebih lagi tidak lama lagi Sambutan Hari Raya Aidul Fitri. Dengan adanya bantuan daripada Yang Berhormat dapat lah juga sedikit sebanyak meringankan beban bagi menghadapi Perayaan Hari Raya.
Pemimpin pemimpin UMNO yang hadir bersama Yang Berhormat Datuk Hj.Nizam bin DSP Hj.AB Titingan terdiri daripada Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tawau , Ahli Jawatankuasa Pergerkan Wanita UMNO Bahagian Tawau , Ahli Jawatankuasa Pergerkan Pemuda UMNO Bahagian Tawau dan Ahli Jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tawau. Turut hadir Pemimpin pemimpin Cawangan UMNO terdiri daripada Ketua Cawangan , Ketua Wanita Cawangan , Ketua Pemuda Cawangan dan Ketua Puteri Cawangan.
Dalam ucapan beliau amat berterima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tawau , Pemimpin Wanita , Pemuda dan Puteri Bahagian dan juga Ketua Cawangan, Ketua Wanita Cawangan , Ketua Pemuda Cawangan dan Ketua Puteri Cawangan. Dengan Kerjasama dan bantuan dari semua pemimpin akar umbi beliau berjaya memenangi PRU14 bagi DUN N.56 Apas.
Yang Berhormat Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan menyampaikan sumbangan berupa Kurma dan Wang Tunai.
18 - 22 JUN 2018 , SAMBUTAN HARIRAYA AIDUL FITRI BERSAMA YANG BERHORMAT DATUK HJ.NIZAM DSP HJ.AB TITINGAN
DARI RUMAH KE RUMAH BERSAMA PEMIMPIN AKAR UMBI UMNO BAHAGIAN TAWAU
Sambutan Perayaan Hari Raya Aidul Fitri saban Tahun disambut dengan meriah dimana seperti kelaziman nya rumah terbuka akan dikunjungi oleh keluarga, rakan dan Taulan. Begitu juga kebiasannya para pemimpin akan berkunjung kerumah sahabat handai bersama rakan rakan seperjuangan.
Berhari
Raya dirumah Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau Datuk
Hjh.Rosdianah binti Md.Nor bersama YB.Datuk Hj.Nizam dan rakan rakan
seperjuangan.
Berhari
Raya dirumah Pengerusi JKKK Batu 4 Tuan Hj.Risal bersama YB.Datuk Hj.Nizam dan rakan rakan
seperjuangan.
Di Majlis Rumah terbuka YB.Datuk Hj.Nizam yang diadakan di Rumah Keluarga Titingan Banyan Drive, Tawau
13 JULAI 2018 , MESYUARAT PERTAMA AHLI JAWATANKUASA UMNO BAHAGIAN TAWAU SESI 2018 -2021 DAN ANGKAT SUMPAH MEMEGANG JAWATAN DI BILIK MESYUARAT UMNO BAHAGIAN TAWAU.
Mesyuarat Pertama Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian selepas pemilihan Jawatankuasa baru pada Persidangan Perwakilan Bahagian yang telah diadakan pada 30 Jun 2018 di Hotel Promenade.
Bacaan Ikrar Taat Setia kepada Parti dan Pemimpin serta menjalankan tugas yang diamanahkan demi Agama , Bangsa dan Negara.
Daripada 20 orang AJK lama hanya 6 orang sahaja yang berjaya meneruskan perjuangan selebihnya mereka yang menang dalam pertandingan terdiri daripada Ketua Cawangan dan juga dari bekas Pergerakan Pemuda. AJK yang dilantik juga terdiri daripada muka muka baru terutama sekali kali ini lantikan untuk AJK terdiri daripada Naib sayap sayap UMNO , Naib Pergerakan Wanita , Naib Pergerakan Pemuda dan Naib Pergerakan Puteri.
09 DISEMBER 2018 , AKTIVITI SANTAI PUTERI UMNO DI PDM RANGGU " BACK TO SCHOOL" DI ANNEX KEE MOHD.YUSOF BATU 9 JALAN RANGGU , TAWAU.
Penyampaian Bag Sekolah kepada murid Sekolah Rendah yang mana Ibu/Bapa yang kurang berkemampuan. Tujuan bagi membantu meringankan beban keluarga bagi menghadapi persekolahan anak tidak lama lagi.
Penyampaian bag sekolah yang disempurnakan oleh Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tawau Norjana Ali yang dibantu oleh Naib Ketua Puteri Julisa Mohd.Isah serta AJK Puteri UMNO Bahagian Tawau.
Gembira bersama anak anak sekolah sempena Program Santai Puteri UMNO selepas berhasil menjayakan Program Bantuan Bag Sekolah kepada anak anak yang ibu/bapa nya kurang berkemampuan.
Bersama Ketua PDM Ranggu dan juga AJK UMNO Bahagian Tawau Yusof Hj.Ahmad , Kasma Jalil AJK Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Penyelaras PDM Ranggu dan Hjh.Kee Salmah Kee Mohd.Yusof tuan rumah Annex Kee Mohd.Yusof tempat Program berlangsung.
Terpancar kegembiraan diwajah anak anak ini setelah menerima bag sekolah yang akan digunakan apabila buka sekolah nanti.
Syabas dan Tahniah kepada Pergerakan Puteri UMNO yang telah menjalankan progran seperti ini , dan dimaklumkan bahawa program ini akan terus berjalan ke seluruh DUN Balung dan DUN Apas. Semoga usaha yang murni akan mendapat balasan yang setimpal dengan nya.
11 DISEMBER 2018 , BERKHATAN BERAMAI RAMAI ANAK ANAK KAMPUNG RANGGU DI MUSIM CUTI SEKOLAH DI MASJID JAMEK KG.RANGGU
Acara kebiasaan yang dibuat oleh penduduk kampung semasa musim cuti sekolah terutama sekali cuti panjang di penghujung tahun ialah mengadakan acara berkhatan untuk anak anak yang belum berkhatan. Pada kali ini Ahli Jawatankuasa Masjid Jamek Kg.Ranggu dengan kerjasama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tawau telah melaksanakan Program Berkhatan Beramai ramai.
Program berkhatan ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan. seramai 26 orang kanak kanak yang mengambil bahagian dalam acara ini. Mereka telah berada di Masjid Jamek Kg.Ranggu seawal jam 6.30 pagi bersama Ibu/Bapa mereka. Begitu juga petugas yang melakukan khatanan telah tiba awal dengan bantuan AJK Masjid menyediakan tempat untuk melaksanakan tugas tersebut.
Anak anak ini telah bersedia dan selepas acara perasmian ini acara berkhatan akan dilakukan.
Pada dasarnya amalan berkhatan baik dan diperintahkan Islam.
Hadis Nabi saw: "Fitrah (kesucian) itu ada lima perkara: berkhatan, mencukur bulu ari-ari, mencukur bulu ketiak, memotong kuku dan memendekkan misai." (Riwayat Al-Bukhari).
Imam Al-Nawawi berkata 'fitrah' di sini bermaksud sunah. Disabitkan dalam kitab Sahih Al-Bukhari bahawa Nabi Ibrahim as berkhatan sewaktu berusia 80 tahun. Anjuran berkhatan dalam Islam ialah penerusan tradisi beliau.
Namun, terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai hukumnya. Imam Malik, Syafii, Ahmad, AlSya'bi dan Al-Auza'i berpendapat bahaw ia wajib. Imam Malik menyatakan sesiapa yang tidak berkhatan tidak layak menjadi imam dan kesaksiannya ditolak. Imam Abu Hanifah, Hasan AlBasri dan Ibn Qudamah berpendapat bahawa ia sunat bagi kaum lelaki dan mulia bagi wanita. Pokoknya, amalan berkhatan perlu ditegakkan kerana ia antara syiar Islam.
Dalam Ucapan Yang Berhormat Datuk Hj.Nizam mengucapkan syabas dan tahniah kepada AJK Masjid Jamek Kg.Ranggu dan juga Pemuda UMNO kerana menganjurkan program seperti ini yang sememang nya dituntut oleh Agama Allah. Sempat memberitahu kepada anak anak agar tidak bimbang dan takut melakukan khatan kerana pada masa ini teknologi moden telah menyediakan ubat tahan sakit dan kesakitan telah tidak lagi menjadi masalah. Begitu juga dalam Agama Islam kita diwajibkan berkhatan bagi menjaga kebersihan dalam menjalankan Ibadah kepada Tuhan Rabbul Jalil.
YB.Datuk Hj.Nizam sempat beramah mesra dengan anak anak yang berkhatan dan menyampaikan ole ole sebagai tanda penggalakan dan suntikan semangat kepada mereka yang berkhatan.
Pengerusi Masjid Jamek Kg.Ranggu Hj.Mohd.Zain bin Ahmad menyampaikan cenderakenangan kepada Yang Berhormat Datuk Hj.Nizam . Seperti biasa dalam acara berkhatan dulu dulu dikenali sebagai bersunat , "Bunga Telor" pasti ada dan itulah yang disampaikan kepada Yang Berhormat. Turut menyaksikan Penyampaian cenderakenangan Hj.Imam Bakar Munjung , Tony Taha Malisi , Hj.Amirbak Abdul Rahim dan Hj.Mahamud Sakti.
Yang Berhormat sempat melawat dan melihat acara berkhatan dilaksanakan.
Yang Berhormat bergambar bersama AJK Penyelaras dan anak anak yang mengambil bahagian dalam Program berkhatan beramai ramai di Masjid Jamek Kg.Ranggu.
Selamat Tinggal Tahun 2018 , kamu akan dikenang selamanya dan akan bertahta di tinta Sejarah Tanah Airku
Selamat Datang Tahun 2019 , semoga kamu akan banyak memberikan kebahagian kepada kami
Selamat Tinggal Tahun 2018 , kamu akan dikenang selamanya dan akan bertahta di tinta Sejarah Tanah Airku
Selamat Datang Tahun 2019 , semoga kamu akan banyak memberikan kebahagian kepada kami
SALAM TAHUN BAHARU 2019
END
No comments:
Post a Comment