20 JANUARI 2018 @7.00 MALAM , MAJLIS MAKAN MALAM JASAMU DIKENANG ANJURAN BIRO EKONOMI WANITA UMNO TAWAU. MAJLIS BERLANGSUNG DI PROMENADE HOTEL TAWAU.
Majlis ini diadakan bagi mengenang jasa dan pengorbanan Mantan Ketua Wanita UMNO Cawangan yang telah memberikan khidmat bakti kepada Pergerakan Wanita UMNO Tawau sejak sekian lama. Antara mereka ada yang telah meninggal dunia , Uzur dan Lanjut Usia. Diharapkan semoga ianya akan menyuntik semangat kepada keluarga dan sanak saudara mereka kerana Pergerakan Wanita UMNO Tawau sentiasa mengingati Jasa dan Budi mereka sampai bila bila.
Majlis ini telah disempurnakan perasmian nya oleh Ybhg. Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan Naib Ketua Bahagian UMNO Tawau merangkap Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah. Turut hadir di Majlis ini Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Tawau.
Mantan mantan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Cawangan yang diraikan sempena Malam Jasamu Dikenang , bersama Ybhg.Datuk Hj.Nizam DSP AB. Titingan ( Naib Ketua Bahagian UMNO Tawau ) , Datuk Hjh.Rosdianah Md.Nor ( Ketua Pergerakan Wanita Bahagian UMNO Tawau ) dan Puan Hjh.Rosnani binti Ahmad ( Pengerusi Penganjur Biro Ekonomi Wanita UMNO Tawau ).
Pergerakan
Wanita UMNO mempunyai peranan penting dalam memastikan parti keramat
orang Melayu itu terus teguh dan berpengaruh. Wanita UMNO sentiasa ke
hadapan dalam memperjuangkan kepentingan agama, bangsa dan negara selain
melakukan gerak kerja berterusan bagi menghadapi pelbagai cabaran untuk
membela nasib orang Melayu.
“Soal dugaan sama ada besar atau kecil, itu pastinya kita akan hadapi, tidak boleh lari. UMNO wujud sudah berdekad lamanya, keteguhan UMNO untuk memayungi agama, bangsa dan negara menjadikan Wanita UMNO terus bertekad menjadi tulang belakang mempertahankan parti,” kata Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
Pengiktirafan sebagai tulang belakang parti yang diberikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Perhimpunan Agung UMNO 2014 serta standing ovation kepada seluruh ahli Pergerakan Wanita UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2016 akan terus menjadi pembakar semangat 1.3 juta ahli Wanita UMNO untuk menjalankan tugas yang telah diamanahkan, insya-Allah.
Para Jemputan khas yang hadir di Majlis ini yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian , Para Suami Mantan Ketua Wanita Cawangan dan Para Suami Ahli Jawatankuasa Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau.
Majlis
dimulakan dengan ucapan alu aluan daripada Pengerusi Biro Ekonomi
Pergerakan Wanita UMNO Tawau Puan Hjh.Rosnani binti Hj.Ahmad. Dalam
ucapan beliau amat berterima kasih diatas kepercayaan yang diberikan
bagi mengendalikan Majlis tersebut dengan bantuan dan sokongan semua
Ahli Jawatankuasa Pergerakan Wanita UMNO Tawau. Beliau juga berterima
kasih kepada Ketua Pergerakan Wanita UMNO Tawau Datuk Hjh.Rosdianah
Md.Nor kerana memberikan peluang kepada beliau dan Jawatankuasa Biro
Ekonomi melaksanakan Majlis Jasamu Dikenang. Ucapan terima kasih juga
kepada Ketua Bahagian , Timbalan Ketua bahagian dan Naib Ketua Bahagian
serta Ketua Pemuda UMNO Tawau yang telah menyumbang untuk menjayakan
Majlis yang diadakan. Kepada NGO's yang telah sudi membantu menjayakan
Majlis ini juga amat dihargai.
Majlis
seperti ini buat pertama kalinya diadakan oleh Biro Ekonomi Pergerakan
Wanita UMNO Tawau , bertujuan untuk mengingati dan mengenang Jasa dan
Pengorbanan mereka yang pernah menerajui Kepimpinan utama pergerakan
wanita dicawangan cawangan UMNO suatu ketika dulu. Mereka telah
menunjukan prestasi yang begitu cemerlang sejak dulu lagi iaitu sewaktu
bersama Parti USNO sehinggalah kepada Parti UMNO sejak tahun 1990.
Dahulu mereka berjuang kepada parti tanpa peralatan yang canggih seperti
hari ini. Sistem perhubungan pada masa dulu bukan lah seperti sekarang ,
pokok nya pada ketika itu masih serba kekurangan. Tetapi semangat
perjuangan untuk membela anak Bangsa itu semua mereka ketepikan sehingga
lah ketika ini hasil nya dinikmati oleh Generasi hari ini.
Ucapan
Ketua Pergerakan Wanita UMNO bahagian Tawau Ybhg.Datuk Hjh.Rosdianah
binti Md.Nor . Beliau amat gembira dan bersyukur kerana Majlis Jasamu
Dikenang telah dapat dilaksanakan dan dapat mengumpulkan Mantan Mantan
Ketua Wanita Cawangan yang pernah bersama sama dalam arus perjuangan
Wanita UMNO bahagian Tawau suatu ketika dulu.
Ucapan
Perasmian oleh Ybhg. Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan di Majlis Makan
Malam Jasamu dikenang Anjuran Biro Ekonomi Pergerakan Wanita UMNO
Bahagian Tawau.
Beliau
sangat bersetuju Majlis seumpama itu dilaksanakan terutama sekali yang
melibatkan Pejuang Bangsa Serikandi Negara. Semua orang akan faham
bahawa perjuangan membela Agama , Bangsa dan Negara bukan lah suatu
perkara yang remeh ianya berlaku dengan tekad dan hasrat yang murni
serta ditunjangi dengan cita cita dan semangat kebangsaan demi anak
Bangsa.
Beliau
amat gembira dan terharu dapat bertemu dengan pejuang pejuang wanita
UMNO yang suatu ketika telah mengharumkan cawangan cawangan mereka
dengan berjuang bersama pemimpin pemimpin utama untuk Agama , Bangsa dan
Negara. Beliau dan juga kepimpinan UMNO Bahagian Tawau akan sentiasa
memberikan sokongan kepada aktiviti seperti yang diadakan ini.
Penyampaian Sijil Penghargaan kepada mantan Ketua Pergerakan Wanita Cawangan UMNO Tawau sebagai penghargaan kepada usaha dan pengorbanan mereka bagi membantu memperkuatkan perjuangan UMNO dicawangan cawangan dan di kampung kampung. Mereka adalah pemimpin akar umbi yang sentiasa disanjung tinggi perjuangan mereka sehingga kini yang akan diingati oleh Pejuang Generasi masa kini dan akan datang. Mereka telah memberi contoh dan tauladan yang sangat berguna kepada perjuangan memperkukuhkan kekuatan parti UMNO di Tawau.
Penyampaian cenderakenangan daripada Pengerusi Biro Ekonomi dan keusahawanan Puan Hjh.Rosnani binti Hj.Ahmad kepada Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau Datuk Hjh.Rosdianah binti Md.Nor disaksikan oleh Naib Ketua Bahagian UMNO Tawau Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan dan Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO bahagian Tawau Puan Hjh.Norsiah binti Bayai.
Penyampaian cenderakenangan daripada Pengerusi Biro Ekonomi dan keusahawanan Puan Hjh.Rosnani binti Hj.Ahmad kepada Naib Ketua Bahagian UMNO Tawau Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan disaksikan oleh Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau Datuk Hjh.Rosdianah binti Md.Nor dan Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO bahagian Tawau Puan Hjh.Norsiah binti Bayai.
Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau yang menjayakan Majlis Makan Malam Jasamu dikenang yang diadakan di Hotel Promenade yang telah berjaya mendapat sambutan hangat dan kegembiraan kepada yang diraikan. Semoga Program seperti ini akan diteruskan dimasa akan datang sebagai menyuntik semangat perjuangan dikalangan ahli UMNO Bahagian Tawau.
Acara selingan yang disediakan untuk hiburan seperti Persembahan Tarian Tradisional , Nyanyian karaoke dan cabutan nombor bertuah.
Majlis makan Malam Jasamu dikenang berjalan lancar dengan para tetamu serta hadirin menjamu selera dengan disajikan dengan lagu lagu karaoke dan persembahan tarian.
Adalah diharapkan acara seperti ini akan diadakan setiap tahun sebagai menyuntik semangat perjuangan dan menghargai usaha murni serta penat lelah pejuang pejuang akar umbi disanjung tinggi.
Kepada semua pemimpin dan ahli UMNO, marilah kita kuatkan barisan hadapan parti, bersama-sama Presiden UMNO dan barisan kepimpinan tertinggi UMNO, tetapkan sasaran untuk kemenangan dua pertiga kerusi Parlimen pada PRU-14. Sempena ulang tahun kelahiran UMNO ke-71 ini, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Allah atas keberkatan yang dicurahkan kepada UMNO dan saya berdoa UMNO terus diberi barakah, kekuatan dan kesempatan untuk terus memperjuangkan agama, bangsa dan negara dulu, kini dan selamanya, insya-Allah.
END
No comments:
Post a Comment