SPEKULASI PILIHANRAYA NEGERI SABAH AKAN BERLAKU LEBIH AWAL SEBELUM TEMPUH MATANG 2018
28 Januari 2017 - UMNO Sabah memang sudah bersedia menggerakkan jenteranya berdepan dengan sebarang kemungkinan Pilihan Raya Negeri diadakan lebih awal, di sebalik spekulasi yang tersebar, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak. Namun begitu, katanya, keutamaan UMNO Sabah kini adalah untuk menjaga kepentingan rakyat dalam memastikan kerajaan sedia ada dapat terus dipertahankan sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata buat masa kini, tiada sebarang keputusan mengenai pilihan raya awal. Walaupun ini hanya spekulasi, namun kami yakin rakyat akan terus memberi sokongan kepada kerajaan sedia ada, beliau yang juga Bendahari UMNO selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Sebuah akhbar tempatan baru-baru ini melaporkan Sabah akan mengadakan Pilihan Raya Negeri lebih awal sebelum tempoh matang Pilihan Raya Umum pada 2018.
Perdana Menteri selepas mesyuarat Majlis Tertinggi hari ini menyangkal cakap-cakap itu dengan berkata ia hanya spekulasi.
Ketika diminta mengulas cabaran Parti Warisan Sabah (Warisan) yang diketuai bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Salleh berkata parti itu hanyalah sebuah parti baharu yang tidak mempunyai sokongan akar umbi.
“Ini merupakan kali pertama Warisan akan bersaing dengan UMNO di Sabah dan saya yakin masyarakat Sabah akan mengekalkan kerajaan sedia ada yang mempunyai rekod cemerlang,” kata Menteri Komunikasi dan Multimedia itu.
Sementara itu anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Bung Moktar Radin berkata tiada keperluan yang mendesak untuk mengadakan pilihan raya negeri lebih awal di Sabah kerana kedudukan parti itu ketika ini dalam keadaan stabil. “UMNO Sabah optimis dan yakin kita masih mendapat sokongan penuh masyarakat Sabah, tiada masalah kepada kita sekiranya pilihan raya awal diadakan,” katanya yang juga Anggota Parlimen Kinabatangan.
TAMBAHAN 13 KERUSI DUN DI SABAH DILULUSKAN
Semasa Mesyuarat Kedua Penggal ke - 4 Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah ke - 14 yang diadakan pada 8 - 10 Ogos 2016 yang lalu cadangan untuk menambah 13 kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah telah dibentangkan.
9 Ogos 2016, Kota Kinabalu - Cadangan mewujudkan 13 kerusi tambahan Dewan Undangan Negeri Sabah telah dibentangkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri dan telah diluluskan dengan undi belah bagi . Pembentangan dan Usul Rang Undang - Undang tersebut dipersetujui oleh Ahli Dewan.

Daripada 60 Ahli Dewan Undangan Negeri ;
55 ADUN bersetuju
3 Tidak Bersetuju
1 Berkecuali
1 Tidak Hadir
Cadangan ini akan dikemukakan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya ( SPR) untuk tindakan seterusnya pengujudan dan persempadanan semula kerusi DUN Sabah. Lokasi 13 kawasan DUN Baru akan ditentukan oleh SPR selepas kajian dan pandangan dari pelbagai pihak.
Pengarah Pilihanraya Negeri Sabah, Datuk Md. Idrus Ismail ketika membuat kunjungan terhadap Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Syed Abas Syed Ali di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah

19 Ogos 2016 , Kota Kinabalu - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Syed Abas Syed Ali hari ini menyerahkan dokumen pewartaan mengenai penambahan 13 anggota DUN Sabah kepada Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) Sabah, Datuk Idrus Ismail. Dokumen itu akan dihantar kepada Pengerusi SPR bagi menjalankan kajian terperinci mengenai penambahan anggota DUN berkenaan. Kita cuba percepatkan proses kajian itu agar ia (penambahan anggota DUN) dapat diguna pakai pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) katanya kepada pemberita selepas menerima dokumen pewartaan itu di pejabat Speaker DUN Sabah di sini, hari ini.
15 September 2016 , Kota Kinabalu - Senarai 13 kerusi tambahan bagi kawasan persempadanan Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN) dikeluarkan hari ini. Penambahan kerusi tersebut adalah sesuai dengan peruntukan penambahan jumlah kerusi oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia untuk mengkaji persempadanan semula dan seterusnya menambah bilangan sedia ada jika perlu dan tidak ujud bantahan.
Sebelum cadangan tersebut, jumlah kawasan bagi DUN Sabah adalah sebanyak 60 kawasan dan sekiranya bantahan tidak diterima maka bilangan kawasan baru bagi DUN Sabah akan berubah kepada 73.
Kawasan baru tersebut adalah,
N.02 Bengkoka di Parlimen Kudat,
N.06 Mengaris di Parlimen Kota Marudu,
N.08 Pintasan di Parlimen Kota Belud,
N.13 Pantai Dalit di Parlimen Tuaran,
N.17 Darau di Parlimen Sepanggar,
N.24 Tanjung Dumpil di Parlimen Putatan,
N.27 Dampai di Parlimen Papar,
N.44 Tulid di Parlimen Pensiangan,
N.47 Telupid di Parlimen Beluran,
N.51 Sungai Manila di Parlimen Libaran,
N.58 Lamag di Parlimen Kinabatangan,
N.61 Segama di Parlimen Silam, dan
N.70 Kukusan di Parlimen Kalabakan.
Daripada 60 Kerusi DUN yang bertanding pada PRN yang lalu kini sebanyak 73 Kerusi DUN yang akan dipertandingkan.
Kedudukan bagi Kerusi DUN Negeri Sabah yang lalu dan menunggu persempadan semula kawasan pilihanraya yang kan dipertandingkan dalam PRN 2017/18. Dengan lulusnya pertambahan kawasan pilihanraya DUN sebanyak 13 kerusi beberapa kawasan pilihanraya akan berubah persempadanan nya.
29 Januari 2017, Kota Kinabalu - Barisan Nasional (BN) Sabah tidak akan menghadapi masalah sekiranya pilihan raya umum (PRU) ke-14 diadakan lebih awal kerana tahap kesiapsiagaannya adalah tinggi, kata Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan. Beliau berkata semua parti komponen BN Sabah sudah bersedia.
Kerajaan BN telah bersungguh-sungguh membantu rakyat dalam apa jua segi terutama sekali di Negeri Sabah. Namun masih ada usaha yang perlu dibaiki, dengan kesungguhan BN untuk memperbaiki kehidupan rakyat setiap masa telah terbukti kerana BN memang selalu ada usaha untuk memastikan Negeri Sabah dan juga Negara Malaysia terus maju.
Timbalan Perdana Menteri , Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diiringi Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil hadir melancarkan Skuad Penerangan & Media Wanita UMNO Sabah di Hotel Tabung Haji, Kota Kinabalu. Hadir sama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.
11 Februari 2017, Kota Kinabalu - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kajian perlu dijalankan terlebih dahulu sekiranya kerajaan Sabah mahu mengadakan pilihan raya negeri (PRN) secara berasingan daripada pilihan raya umum (PRU). Timbalan Perdana Menteri berkata perkara itu akan dibincangkan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN).Tentunya Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mempunyai alasan yang kukuh jika mahu mencadangkan perkara itu (PRN), katanya dalam sidang media selepas melancarkan Skuad Penerangan dan Media Wanita UMNO peringkat Sabah di sini hari ini.
20 Februari 2017 , Pejabat UMNO Bahagian Tawau - Lawatan rombongan Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah ke Pejabat UMNO Bahagian Tawau bagi semakan persediaan UMNO Bahagian Tawau menghadapi PRU ke-14. Rombongan diketuai oleh Yang Berhormat Datuk Hj.Sapawi bin Hj.Ahmad Wasali Ketua Penerangan UMNO Negeri Sabah merangkap Pengarah Yayasan Sabah , bersama dirombongan nya Ybhg.Senator Datuk Kadzim M.Yahya Setiausaha Eksekutif UMNO Negeri Sabah , Datuk Hj.Jaafar bin Utong dari Unit Teknologi Maklumat . Mereka disambut dan diberikan taklimat oleh UMNO Bahagian Tawau yang diketuai oleh Yang Berhormat Datuk Tawfiq bin DSP AB Titingan Ketua Bahagian UMNO Tawau merangkap Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah , Ybhg.Datuk Hj.Nizam DSP. AB Titingan Naib Ketua Bahagia UMNO Tawau , Tuan Hj.Naim Hj.Ahmad Setiausaha UMNO Bahagian Tawau , Datuk Hjh. Rosdianah binti Md.Nor Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau , Tuan Ariffin bin Hj.Kassim Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tawau , Cik Nazliah binti Ali Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tawau dan AJK UMNO Bahagian Tawau.
Mandat pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) sekarang hanya tinggal setahun lebih sahaja lagi. Oleh itu, tidak hairanlah terdapat penganalisis serta pemerhati politik tanah air mula meramal tarikh Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Ada yang meramalkan September ini iaitu selepas berlangsungnya Sukan SEA Kuala Lumpur dan tidak kurang juga yang meramalkan sekitar tiga bulan pertama tahun depan iaitu antara Januari, Februari dan Mac.
"Tarikh luput mandat pula adalah pada 24 Jun 2018 iaitu berdasarkan kepada hari pertama sidang Dewan Rakyat selepas PRU-13. Hasil semakan di laman sesawang rasmi Parlimen Malaysia hari pertama sidang Dewan Rakyat selepas pilihan raya umum itu adalah pada 24 Jun 2013".Penentuan tarikh pembubaran Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN) secara automatik berdasarkan tarikh persidangan pertama selepas pilihan raya umum. Jika tiada sebarang pengumuman tentang pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum tarikh luputnya, secara automatik Parlimen akan terbubar dengan sendirinya pada tarikh berkenaan.
Bagaimanapun keadaan seperti itu tidak mungkin berlaku kerana kebiasaannya Perdana Menteri akan mengumumkan pembubaran Parlimen beberapa bulan sebelum mandat pemerintahan lima tahun berakhir. Inilah yang menjadi teka-teki dan perbualan oleh individu atau kumpulan pemikir yang sentiasa mengikuti perkembangan politik tanah air.
Paling penting di fasa ini UMNO/BN tidak boleh leka dan berasa selesa kerana banyak pihak berpandangan pakatan pembangkang yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAN akan memberikan cabaran terkuat mereka kepada parti kerajaan pada PRU-14. Cabaran semakin hebat lagi dengan penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diterajui oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pakatan pembangkang. Pakatan pembangkang juga dikatakan telah merangka beberapa strategi melalui gabungan DAP, PKR, PAN dan PPBM untuk merampas beberapa buah negeri yang kini berada di bawah pemerintahan BN selain mempertahankan Selangor dan Pulau Pinang.
Orang Orang Melayu Perlu bersatu untuk mempertahankan UMNO dan Parti Barisan Nasional memenangi semula tampuk Pemerintahan di Negara ini
Cabaran empat parti pembangkang ini tidak boleh sesekali dipandang mudah. Bahkan BN di peringkat ini seharusnya mempunyai strategi tertentu untuk berhadapan dengan tentangan sengit mereka dalam PRU-14.
Kenapa orang Melayu/Islam mesti mempertahankan kemenangan berpihak kepada UMNO / BN , mengapa terlalu khuatir jika pembangkang menang dalam pilihan raya umum itu? sebagai orang Islam kita perlu bimbang. Kita tidak tahu di saat itu apakah nasib yang bakal menimpa orang Melayu dan kedudukan istimewa Islam di negara ini.
Sebab apa? Sebab kita tahu parti mana yang menjadi parti dominan dalam pakatan pembangkang. Parti mana yang begitu lantang menolak dan menentang kehendak umat Islam sehingga turut mendatangkan kemarahan kepada Pas. Agak-agak apa yang akan berlaku jika parti ini dan rakan-rakan sekutunya yang memerintah?
Apa akan jadi kepada sistem sekolah agama kita, sistem pondok kita, kedudukan Islam dalam Perlembagaan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), jabatan agama Islam negeri, Tabung Haji termasuk agenda membela serta memajukan bumiputera jika kekhuatiran kita itu menjadi kenyataan. BN dan UMNO perlu memperkemaskan jentera pilihan raya bermula dari sekarang. Malah jika perlu dilakukan tahaluf siyasi dengan Pas, silakan. Jangan bertangguh lagi kerana tarikh PRU-14 semakin dekat.
11 March 2017 , Kota Belud - “Memang ada ura-ura Pilihan Raya Negeri (PRN) akan diadakan lebih awal di negeri ini.” Demikian ungkapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan ketika ditemui media sempena Majlis Penyerahan Jentera dan Peralatan bagi Perkhidmatan Pengurusan Pengurusan dan Pembersihan Sisa Pepejal di Pulau Mantanani, di sini, hari ini. Abdul Rahman turut menyatakan terdapat juga beberapa pihak yang mencadangkan untuk mengadakan PRN lebih awal di negeri ini. “Pada saya awal atau tidak ia tidak ada masalah kerana agenda kita tidak akan berubah,”katanya.
Tambah beliau, keputusan untuk mengadakan PRN lebih awal juga bergantung kepada Kerajaan Negeri kerana masih banyak perkara yang perlu dipertimbangkan. “Masih banyak perkara yang harus dipertimbangkan iaitu termasuklah soal agihan kerusi serta kelulusan dari parlimen.” “Perkara yang paling penting, di pihak Barisan Nasional kita sudah bersedia dan yakin akan menang,”katanya.
01 April 2017 , Kota Kinabalu - Dewan Rakyat belum menerima notis berhubung pewartaan 13 kawasan baharu pilihan raya di Sabah untuk dibentangkan pada persidangan kali ini. Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, berkata setakat hari ini beliau belum menerima notis berkaitan perkara itu. "Dewan Rakyat perlu meluluskan persempadanan baharu itu sebelum diwartakan tetapi setakat ini belum ada notis daripada kerajaan, " katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Ke-24 Pertubuhan Bumis Bersatu Sabah (USBO), hari ini. Persempadanan baharu itu membabitkan tambahan 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah daripada 60 kerusi sedia ada sudah diluluskan DUN Sabah pada persidangan Ogos tahun lalu. Sebelum ini difahamkan, pembentangan untuk mendapatkan kelulusan Dewan Rakyat dibuat pada sesi persidangan pertama tahun ini yang dijadualkan bermula 6 Mac lalu hingga 6 April ini.
13 Mei 2017 @8.00pagi , Lapangan Terbang Tawau - Ahli Jawatankuasa Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau berada di Lapangan Terbang Tawau untuk ke Kota Kinabalu bagi menghadir Majlis Pelancaran JR Plus yang akan disempurnakan oleh YAB DSP Musa Hj.Aman Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah merangkap Ketua Menteri Sabah.
Ahli Jawatankuasa Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau berada di Lapangan Terbang Tawau untuk ke Kota Kinabalu bagi menghadir Majlis Pelancaran JR Plus yang akan disempurnakan oleh YAB DSP Musa Hj.Aman Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah merangkap Ketua Menteri Sabah.
Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil di dalam montaj pelancaran JR Plus menyifatkan kewujudan JR serta JR Plus bakal menjadi senjata yang cukup bermakna kepada parti dan tentunya makin digeruni oleh pihak pembangkang. Jalinan Rakyat atau JR Wanita UMNO adalah jentera yang paling ditakuti oleh pembangkang. Sekian lama JR Wanita UMNO yang menjadi jentera yang pergi rumah ke rumah dan menjalankan pelbagai kerja politik bukan hanya semasa kempen tetapi sepanjang masa.
Ahli Jawatankuasa Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau berada di Lapangan Terbang Tawau untuk ke Kota Kinabalu bagi menghadir Majlis Pelancaran JR Plus yang akan disempurnakan oleh YAB DSP Musa Hj.Aman Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah merangkap Ketua Menteri Sabah.
Lebih 30, 000 anggota Jalinan Rakyat (JR) dan JR Plus di Sabah telah bersiap sedia untuk mengahadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman berkata, pada tahun ini Barisan Nasional (BN) membuat satu lagi perubahan strategi dengan melancarkan JR dan JR Plus melibatkan semua sayap parti dan parti komponen BN yang mana sebelum ini JR hanya dianggotai oleh wanita UMNO.
13 Mei 2017 @9.00malam , Hotel Hilton Kota Kinabalu - Datuk Seri Panglima Musa Aman bersama Ketua Pergerakan Wanita UMNO Negeri Sabah, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sabah dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Sabah ketika melancarkan Majlis Jalinan Rakyat (JR) dan JR Plus Wanita UMNO Sabah di Kota Kinabalu. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Aman, merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah melancarkan jentera berkenaan yang dihadiri lebih 1,000 ahli UMNO dan komponen Barisan Nasional (BN) Negeri Sabah. Yang turut hadir, Pemimpin UMNO Negeri Sabah dan sayap serta Pemimpin Parti komponen Barisan Nasional Negeri Sabah.
Ahli Jawatankuasa Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau turut serta di Majlis Pelancaran tersebut yang dihadiri lebih 1,000 ahli UMNO dan komponen Barisan Nasional (BN) negeri.
Dalam ucapannya, Musa meminta semua ahli parti termasuk komponen BN bekerja lebih kuat kerana setiap pilihan raya lain cabarannya.
"Landskap politik sentiasa berubah yang memerlukan kita mempunyai cara yang sesuai bagi menghadapi pilihan raya. Justeru, UMNO sebagai parti keramat yang sudah berusia 71 tahun perlu sentiasa mengikut keadaan semasa. "
Ini bagi memastikan kita mampu menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan mengekalkan kemenangan.
"Disebabkan itu malam ini kita melancarkan Jentera JR Plus yang menggabungkan semua sayap parti dalam UMNO selain parti komponen BN, yang menjadi platform bagi menghadapi PRU14," katanya.
JR PLUS bakal menggabungkan jentera pilihan raya sayap UMNO, wanita, pemuda dan puteri serta turut membabitkan penyertaan parti komponen BN dan sayap masing-masing. JR yang dilancarkan pada 7 Ogos 2009 bagi menggantikan Konsep Ketua 10 (K10) yang diguna pakai dalam Pergerakan Wanita UMNO, adalah pendekatan lebih strategik bagi menjalin hubungan lebih rapat dan erat dengan rakyat.
Allah sudah sediakan garis panduan dalam Quran dan Sunnah tapi malangnya ramai yang tidak manfaatkan ilmunya untuk kebaikan kita dunia hingga akhirat. Kita dahulukan Taat kepada Allah dan Rasul Nya. Itulah jalan penyelesaian dalam Islam. Malangnya angkara Kerakusan Nafsu Duniawi sehingga ada dikalangan kita sengaja ingkar perintah Allah.
Allah telah berfirman ;Jadi tidak ada alasan kepada orang orang Melayu / Islam kenapa perlu menentang pemerintah.
“Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Qur’an) dan (Sunnah) Rasul Nya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya”. (An Nissa : ayat 59)
08 September 2017 , Kuala Lumpur - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan isu pembahagian kerusi sesama parti komponen akan diselesaikan secara terbaik. Malah beliau juga yakin, pembahagian kerusi yang akan dibuat nanti turut dipersetujui rakan komponen dalam parti itu. Kita akan selesai dalam keluarga muafakat BN , mereka bersetuju pendirian kita dan akan terima keputusan yang akan dibuat oleh BN.
"Soal utama kita adalah bukan soal 'lobi' tetapi apa yang menjadi pilihan rakyat, ia yang akan diambil kira," ujar beliau di sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Dewan Tertinggi BN, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Dalam perkembangan yang lain, Najib memberitahu persiapan gabungan
parti kerajaan itu kini berada ditahap terbaik dalam mendepani pilihan
raya. Perbincang mengenai persiapan PRU14, secara umumnya kerjasama
dilakukan oleh setiap parti-parti komponen semakin baik. Masih ada ruang
untuk penigkatan dan akan melakukan perkara ini dalam beberapa
minggu akan datang.
27 September 2017 , Kuala Lumpur - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak membidas segelintir pemimpin pembangkang yang menggunakan bahasa kesat untuk mencaci penyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN). Beliau juga mempersoalkan kewajaran tindakan sedemikian hanya kerana perbezaan dan persaingan politik.
Mat Sabu menghukum agamawan yang bersama UMNO dan BN sebagai berfahaman celaka,
Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) mengeluarkan fatwa berdosa mengundi PAS dan BN,
Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin) pula menggelarkan orang UMNO dan BN sebagai kaum jahiliah.
"Sebagai pemimpin parti yang berjuang untuk rakyat, tidak perlulah kita mencarut. Cukuplah sekadar kita menggariskan hala tuju perjuangan parti dan mengkritik kelemahan kerajaan BN. Adalah difikirkan itu lebih beradab daripada menggelarkan sesama manusia dengan bahasa yang tidak bertamadun.,” katanya dalam catatan di laman blognya.
Bendahari UMNO itu berkata tindakan Mat Sabu, Dr Mahathir dan Muhyiddin hanyalah untuk menggembirakan DAP yang dianggap boleh membawa mereka ke Putrajaya. Bagaimanapun, kata Salleh andaian itu salah dan strategi politik sedemikian tidak sesuai untuk menawan Putrajaya.
“Rakyat muak dengan politik kebencian sebegini. Yang rakyat dambakan ialah politik matang, politik menggunakan isu dan strategi kempen yang beradab, politik yang menyentuh keperluan rakyat dan perjuangan untuk rakyat,” katanya.Dahulukan Taat kepada Allah dan Rasul-Nya dan utamakan pada perkara yang Allah redha In’shaa Allah kita tidak akan terjebak dengan hasutan ulama dan ustaz yang nafsunya seperti serigala menghalalkan cara konon wajib menentang kezaliman.
Rasulullah saw ada mengingatkan dalam Hadis yang bermaksud;
Wail bin Hujr radhiyallahu’anhu berkata,
ﺳَﻤِﻌْﺖُ ﺭَﺳُﻮﻝَ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻭَﺭَﺟُﻞٌ ﺳَﺄَﻟَﻪُ ﻓَﻘَﺎﻝَ ﺃَﺭَﺃَﻳْﺖَ ﺇِﻥْ ﻛَﺎﻥَ ﻋَﻠَﻴْﻨَﺎ ﺃُﻣَﺮَﺍﺀُ ﻳَﻤْﻨَﻌُﻮﻧَﺎ ﺣَﻘَّﻨَﺎ ﻭَﻳَﺴْﺄَﻟُﻮﻧَﺎ ﺣَﻘَّﻬُﻢ ﻓَﻘَﺎﻝَ ﺭَﺳُﻮﻝُ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﺍﺳْﻤَﻌُﻮﺍ ﻭَﺃَﻃِﻴﻌُﻮﺍ ﻓَﺈِﻧَّﻤَﺎ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢْ ﻣَﺎ ﺣُﻤِّﻠُﻮﺍ ﻭَﻋَﻠَﻴْﻜُﻢْ ﻣَﺎ ﺣُﻤِّﻠْﺘُﻢْ
“Aku mendengar ketika seseorang bertanya kepada Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam, “Apa pendapatmu jika para pemimpin kami tidak memenuhi hak kami (sebagai rakyat), namun tetap meminta hak mereka (sebagai pemimpin)?” Maka Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam bersabda, “Dengar dan taati (pemimpin kalian), karena sesungguhnya dosa mereka adalah tanggungan mereka dan dosa kalian adalah tanggungan kalian.” (HR. Muslim dan At-Tirmidzi, Ash-Shahihah: 3176)
Jadi tidak ada alasan kepada orang Melayu / Islam kenapa perlu menentang pemerintah.
29 September 2017 , Kota Belud - UMNO dan Barisan Nasional (BN) bukan hanya parti untuk satu kaum tetapi untuk semua kaum di negara ini, kata Bendahari UMNO Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sering menekankan UMNO dan BN adalah satu-satunya parti yang terbukti mampu menjaga kebajikan dan mensejahterakan rakyat.
"Oleh sebab itulah, sejak dahulu, UMNO dan BN terus disokong rakyat. (Jadi) Bagaimana (pembangkang) boleh mendakwa UMNO parti rasis sedangkan UMNO, sejak Merdeka lagi, berkongsi kuasa dengan kaum lain dalam BN".
"Jika sudah sedia berkongsi kuasa dan berjaya mencipta kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi negara, di mana rasisnya? Inilah yang saya tidak faham dengan dakwaan pembangkang," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Pihak pembangkang yang sering memutar belit fakta hanyalah cara mereka untuk meraih sokongan serta simpati rakyat. Walaubagaimana pun rakyat sudah matang dan dapat menilai dan akan terus memberikan sokongan padu kepada parti UMNO dan BN pada PRU14 akan datang. Rakyat sedar pemimpin parti pembangkang yang pernah bersama parti UMNO suatu ketika dulu langsung tidak pernah memberikan perhatian kepada keperluan rakyat sewaktu mereka diberi kuasa dan berada dalam Kabinet. Mereka kini sering masuk kawasan bagi meraih simpati rakyat semata mata mahu memenuhi agenda peribadi mereka.
23 Disember 2017 , Tawau - Perjumpaan khas bersama ketua Ketua Cawangan UMNO Bahagian Tawau oleh Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali Timbalan Ketua Bahagian UMNO Tawau dan Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan Naib Ketua Bahagian UMNO Tawau di Hotel Marco Polo Tawau.
SEKIRANYA dicongak-congak mandat pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) sekarang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Oleh itu, tidak hairanlah terdapat penganalisis serta pemerhati politik tanah air mula meramal tarikh Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Ada yang meramalkan ini iaitu selepas berlangsungnya Tahun Baru Cina Kuala Lumpur dan tidak kurang juga yang meramalkan sekitar tiga bulan pertama tahun depan iaitu antara Januari, Februari dan Mac.
Tarikh luput mandat pula adalah pada 24 Jun 2018 iaitu berdasarkan kepada hari pertama sidang Dewan Rakyat selepas PRU-13. Hasil semakan di laman sesawang rasmi Parlimen Malaysia hari pertama sidang Dewan Rakyat selepas pilihan raya umum itu adalah pada 24 Jun 2013.
Dalam bahasa lebih mudah, penentuan tarikh pembubaran Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN) secara automatik berdasarkan tarikh persidangan pertama selepas pilihan raya umum.
Justeru, jika tiada sebarang pengumuman tentang pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum tarikh luputnya, secara automatik Parlimen akan terbubar dengan sendirinya pada tarikh berkenaan.
Bagaimanapun keadaan seperti itu tidak mungkin berlaku kerana kebiasaannya Perdana Menteri akan mengumumkan pembubaran Parlimen beberapa bulan sebelum mandat pemerintahan lima tahun berakhir. Inilah yang menjadi teka-teki dan perbualan oleh individu atau kumpulan pemikir yang sentiasa mengikuti perkembangan politik tanah air.
Paling penting di fasa ini BN tidak boleh leka dan berasa selesa kerana banyak pihak berpandangan pakatan pembangkang yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAN akan memberikan cabaran terkuat mereka kepada parti kerajaan pada PRU-14.
Cabaran semakin hebat lagi dengan penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diterajui oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pakatan pembangkang.
Pakatan pembangkang juga dikatakan telah merangka beberapa strategi melalui gabungan DAP, PKR, PAN dan PPBM untuk merampas beberapa buah negeri yang kini berada di bawah pemerintahan BN selain mempertahankan Selangor dan Pulau Pinang.
Sehubungan itu, cabaran empat parti pembangkang ini tidak boleh sesekali dipandang mudah. Bahkan BN di peringkat ini seharusnya mempunyai strategi tertentu untuk berhadapan dengan tentangan sengit mereka dalam PRU-14.

Pernah orang bertanya , mengapa terlalu khuatir jika pembangkang menang dalam pilihan raya umum itu? sebagai orang Islam kita perlu bimbang. Kita tidak tahu di saat itu apakah nasib yang bakal menimpa orang Melayu dan kedudukan istimewa Islam di negara ini.
Sebab apa? Sebab kita tahu parti mana yang menjadi parti dominan dalam pakatan pembangkang. Parti mana yang begitu lantang menolak dan menentang kehendak umat Islam sehingga turut mendatangkan kemarahan kepada Pas. Agak-agak apa yang akan berlaku jika parti ini dan rakan-rakan sekutunya yang memerintah?
Apa akan jadi kepada sistem sekolah agama kita, sistem pondok kita, kedudukan Islam dalam Perlembagaan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), jabatan agama Islam negeri, Tabung Haji termasuk agenda membela serta memajukan bumiputera jika kekhuatiran kita itu menjadi kenyataan.
Tidak boleh tidak, BN dan UMNO perlu memperkemaskan jentera pilihan raya bermula dari sekarang. Malah jika perlu dilakukan tahaluf siyasi dengan Pas, Jangan bertangguh lagi kerana tarikh PRU-14 semakin dekat.
Seperkara lagi tentang setiap keputusan kerajaan yang berkaitan secara langsung dengan kepentingan rakyat khususnya melibatkan kos sara hidup. Dalam hal ini setiap perkara yang diputuskan wajar dilakukan dengan cermat dan berhati-hati. Jika tidak, sokongan rakyat terhadap BN dan UMNO mungkin akan terjejas.
11 FEBRUARI 2018 @7.30 MALAM MESYUARAT PDM RANGGU BERSAMA YB.DSP HJ.SYED ABAS BIN HJ.SYED ALI ADUN N.55 BALUNG MERANGKAP SPEAKER DEWAN UNDANGAN NEGERI SABAH DI ANNEX KEE YUSOF KEE ABUBAKAR KG.RANGGU BATU 9 ,TAWAU SABAH.
Mesyuarat Penyusunan Jentera Pilihanraya PDM Ranggu yang baru diujudkan bermula pilihanraya tahun ini ( PRU14 ). Buat pertama kali dalam sejarah pilihanraya , Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia telah memilih SK.Ranggu sebagai tempat Pusat mengundi yang baru yang akan bermula pada PRU14 nanti. PDM Ranggu diujudkan setelah penyelarasan keatas zon zon dibahagian Balung dimuktamadkan. Zon Ranggu kini tertumpu kepada cawangan cawangan UMNO dikawasan Ranggu dan sekitarnya sahaja termasuklah beberapa cawangan kawasan kampung TASS dan Batu 12 Jalan Ranggu.
Ucapan Alu aluan daripada Tuan Hj.Yusof bin Hj.Abdul Gani Ketua PDM Ranggu merangkap Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tawau. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih diatas kehadiran YB.DSP Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali ke Mesyuarat PDM pada malam ini dimana walaupun YB.DSP Hj.Syed Abas sibuk dengan tugas masih sempat hadir bersama di Mesyuarat PDM Ranggu. Ucapan terima kasih juga kepada semua Ketua Cawangan yang hadir kerana dengan kehadiran ini dapat lah diterangkan tugas dan tanggungjawab mereka di PDM Ranggu.
Ucapan YB.DSP Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali ADUN N.55 Balung merangkap Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah. Beliau amat gembira dan sukacita kerana telah dijemput hadir ke Mesyuarat PDM Ranggu dan memang berhasrat untuk bersama sama ketua cawangan UMNO dan pemimpin yang lain bertemu di PDM Ranggu. Beliau berharap dengan adanya PDM Ranggu ini Ahli ahli UMNO dikawasan Ranggu dan sekitarnya yang akan mengundi di SK.Ranggu mendapat khidmat yang baik dan berpatutan dari PDM Ranggu ini. Dengan kepimpinan Tuan Hj.Yusof bin Hj. Abdul Gani sebagai Pengerusi PDM ( AJK UMNO Bahagian ) , Yusof bin Hj.Ahmad sebagai Timbalan Pengerusi PDM ( AJK UMNO Bahagian ) , kemudian diimbangi dengan pemimpin Wanita Puan Kasma binti Jalil ( AJK Wanita UMNO Bahagian ) , Ketua ketua Cawangan UMNO Zon Ranggu , Pengerusi JKKK Kg.Ranggu , Ketua Kampung Ranggu , WKAN Kg.Ranggu serta Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO diharapkan PDM Ranggu akan berjaya mencapai matlamat yang terbaik dalam Pilihanraya ke 14 nanti. Menurut beliau Kg.Ranggu bukan lah asing bagi beliau ini kerana beliau pernah hidup membesar disini suatu ketika dulu , tambahan pula pada tahun ini beliau akan mengundi di SK Ranggu bersama penduduk kampung Ranggu dan yang beralamat kan Kampung Ranggu.
Pengerusi PDM Ranggu Tuan Hj.Yusof bin Hj.Abdul Gani , membentangkan senarai tugas dan tanggungjawab kepada AJK PDM Ranggu yang terpilih mengikut Carta Organisasi yang telah dibekalkan dari Pusat Bilik Gerakan Pengundi Kawasan DUN N.55 Balung.
Sesi Perbincangan dimana Pembentangan aktiviti JR dan hasil yang diperolehi oleh Puan Kasma binti Jalil AJK Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau PDM Ranggu telah mendapat respon daripada YB.DSP Hj.Syed Abas dimana pihak PDM Ranggu telah mempunyai maklumat yang begitu jelas dan teratur. Menurut YB.DSP Hj.Syed Abas daripada lapuran ini PDM Ranggu telah menyelesaikan beberapa perkara penting bagi menghadapi PRU14 akan datang. Beliau begitu gembira dan berharap prestasi ini akan lebih menyerlah di PRU14 nanti.
Tuan Hj.Hamil bin Hj.Awang Bendahari UMNO Bahagian Tawau dan juga penasihat PDM amat berpuashati dengan taklimat dan pembentangan yang telah dibincangkan. Menurut beliau PDM Ranggu telah mencapai peratusan yang baik dalam persediaan menghadapi PRU14 nanti. Beliau mengucapkan Tahniah dan syabas kerana telah mempuyai persediaan yang begitu baik dan teratur
Perbincangan diteruskan dengan senarai keperluan barang di PDM Ranggu termasuklah keperluan asas seperti Komputer set , Penghawa Dingin untuk Pejabat , Alat Tulis serta perkakas Papan Pameran , Bendera , Banner dan lain lain keperluan semasa PDM beroperasi.
Mesyuarat berakhir dengan Jamuan Makan Malam bersama YB.DSP Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan bahawa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) mungkin diadakan sebelum Aidilfitri tahun ini.
“Kita ada tiga raya…raya Cina baru lepas…sebelum raya haji, kita ada raya puasa tapi sebelum raya puasa, kita ada satu lagi ‘raya besar’,”
katanya ketika berucap pada majlis Semarak Mahabbah di Sekolah Agama Maahd Al-Islah di Sungai Manik di sini, hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Anggota Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan pengetua sekolah agama itu Agus Lokman Sulam.
Pada November lepas, Ahmad Zahid memberi bayangan bahawa PRU14 bakal diadakan selepas Tahun Baru Cina tahun ini.
Tarikh mandat kerajaan Persekutuan yang diterajui Barisan Nasional (BN) akan berakhir pada 24 Jun 2018 dan PRU14 perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh itu.
BN Boleh Menang Majoriti Mudah PRU-14
22 Februari 2018 , Kuala Lumpur - Barisan Nasional (BN) dijangka tidak menghadapi masalah mendapat undi majoriti mudah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) berdasarkan prestasi semasa kerajaan dalam menyantuni aspirasi rakyat.
Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Mohd Fuad Mat Jali, berkata berdasarkan situasi semasa tidak mustahil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mampu membawa kemenangan dua pertiga kepada BN.
Katanya, faktor penolakan terhadap parti pembangkang terutama pakatan harapan (PH) di bawah pengaruh Tun Dr Mahathir Mohamad satu kelebihan kepada BN.
“Hasil soal selidik dijalankan sebulan lalu, responden menyatakan mereka enggan memilih PH pada PRU-14 kerana tidak bersetuju dengan keputusan menamakan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.
“Dalam masa sama, cara Najib menyantuni rakyat seperti pembinaan Tren Aliran Transit Massa (MRT), pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) berjaya memikat hati pengundi,” katanya selepas membentangkan kertas kerja pada Persidangan Meja Bulat PraPRU-14 : BN kekal atau…?? di Hotel Istana di sini, hari ini.
Persidangan itu dianjurkan Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN).
Terdahulu, ketika pembentangan kertas kerja itu, Mohd Fuad berkata, hasil soal selidik mendapati BN dijangka memperoleh 55.4 peratus undi pada peringkat Parlimen, manakala pakatan pembangkang membabitkan kerjasama DAP, PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara (PAN) memperoleh 9.2 peratus dan serta sebagai blok ketiga dengan tujuh peratus.
Soal selidik itu antara hasil kajian dijalankan penyelidik UKM yang di selaraskan beliau.
Berdasarkan soal selidik itu yang dijalankan antara Januari hingga minggu kedua bulan ini, mendapati jumlah pengundi atas pagar lebih tinggi iaitu 28.4 peratus berbanding peratusan kemenangan diperoleh PH dan PAS.
Mohd Fuad berkata, kajian di Johor pula mendapati 57.6 peratus daripada 4,000 responden menyatakan mereka memilih BN, manakala 10.8 peratus memilih PH, sembilan peratus mengundi PAS dan 22.4 peratus menyatakan tidak pasti untuk mengundi parti yang mana boleh dikategorikan pengundi atas pagar.
Katanya, untuk undi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sebanyak 58.1 peratus responden memilih BN, manakala 10.9 peratus mengundi PH, satu peratus PAS dan 30 peratus menyatakan tidak pasti. – BHOnline
10 MARCH 2018 PROGRAM GOTV2314 BARISAN NASIONAL UNTUK ZON 5 DAN ZON 6 YANG DIRASMIKAN OLEH KETUA MENTERI SABAH MERANGKAP PENGERUSI BARISAN NASIONAL NEGERI SABAH DI HOTEL FOUR POINTS SANDAKAN , SABAH
Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tawau bersama UMNO Bahagian lain yang terdapat di Zon 5 dan 6 hadir di Program GOTV2314 Barisan Nasional yang diadakan di Hotel Four Points Sandakan. Perjuangan untuk memantapkan diri serta ilmu pengetahuan amat diperlukan bagi menghadapi PRU14 yang akan datang tidak lama lagi. Semoga apa juga Ilmu pengetahuan yang didapati dari Program ini akan menjadi panduan dan rujukan agar pada masa PRU14 nanti semua masalah dapat ditangani dengan baik dan teratur untuk menjadikan kemenangan berpihak kepada BN.
Program ini dirasmikan oleh YAB Tan Sri DSP Musa Hj.Aman Pengerusi Barisan Nasional Negeri Sabah . Turut hadir menyambut ketibaan beliau DSP Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali , Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan dan pemimpin pemimpin Barisan Nasional yang lain.
Ketua ketua PDM Bahagian Tawau yang begitu ceria telah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi PRU14 yang akan diadakan kelak. Semoga segala Ilmu yang digarap pada hari ini akan menjadi panduan dan pedoman semasa menjalankan tugas di PDM masing masing pada PRU14 nanti.
11 MARCH 2018 LAWATAN KERJA YAB TAN SRI DSP MUSA HJ.AMAN KETUA MENTERI SABAH MERANGKAP PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI SABAH DAN PENGERUSI BARISAN NASIONAL NEGERI SABAH KE PUSAT DAERAH MENGUNDI ( PDM ) APAS
YAB Tan Sri DSP Musa Hj.Aman dapat meluangkan masa selepas acara Perasmian ROADSHOW YAYASAN SABAH BERSAMA RAKYAT ( NBOS ) yang diadakan di Padang Perbandaran Tawau.
Dalam ucapan beliau amat berterima kasih diatas kehadiran penduduk Kampung Apas sempena lawatan beliau ke PDM Apas. Sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap parti Barisan Nasional adalah aset pendorong kepada pemimpin untuk meningkat usaha untuk memenangi undi di PRU14 nanti.
Ketibaan YAB Tan Sri DSP Musa Hj.Aman disambut oleh YB.DSP Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali dan Ybhg. Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan.
Penyampaian Cenderakenangan telah disampaikan oleh Tony Malisi Ketua PDM Apas sebagai menghargai lawatan YAB Tan Sri DSP Musa Hj.Aman ke PDM Apas , yang turut disaksikan oleh YB.DSP Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali , Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan , Datuk Hjh.Rosdianah Md.Nor Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau , Ariffin bin Hj.Kassim Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tawau.
18 MARCH 2018 DATUK SERI NAJIB DISIDANG MEDIA BERSAMA WARTAWAN MALAYSIA DI SYDNEY AUSTRALIA. DATUK SERI NAJIB BERADA DISINI BAGI MENGHADIRI SIDANG KEMUNCAK KHAS ASEAN - AUSTRALIA 2018 SELAMA DUA HARI BERMULA 17 MARCH 2018 ( SABTU )
Sydney Australia , 18 Mac 2018 – Barisan Nasional (BN) mungkin akan mengumumkan calon bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lebih awal berbanding dua atau tiga hari sebelum PRU seperti diamalkan selama ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga pengerusi BN berkata ini supaya BN dapat menyelesaikan masalah yang mungkin berlaku di sesuatu kawasan selain calon boleh bersedia awal.
“Kita akan umum lebih awal kali ini tetapi tidaklah terlalu awal. Kalau ada sesuatu permasalahan di kawasan itu kita ada masa untuk betulkan. Juga persediaan untuk yang jadi calon sebab dia dah tau jadi calon,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini, Ahad.
Najib berkata beliau telah memiliki senarai awal calon tetapi memerlukan masa untuk membuat penelitian sebelum membuat pengumuman mengenainya.
24 MARCH 2018 , PENGERUSI BARISAN NASIONAL (BN) DATUK SERI NAJIB BIN TUN RAZAK MEMINTA SEMUA ANGGOTA PARTI ITU SUPAYA KEMBALI KEPADA ASAS PERJUANGAN PARTI YANG MENGAMALKAN PERKONGSIAN KUASA DAN PERMUAFAKATAN DALAM SEGALA HAL UNTUK KEBAIKAN SEMUA KAUM BELIAU BERUCAP DEMIKIAN DI MAJLIS PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT DAN PELANCARAN JENTERA PILIHANRAYA UMUM (PRU) PARLIMEN KUANTAN DI DATARAN KEMUNTING KUANTAN PAHANG.
Perdana Menteri berkata sebagai ‘orang parti’ semua anggota komponen BN perlu faham tentang prinsip berkenaan dan bergerak dengan tersusun bersama-sama untuk memastikan kemenangan besar parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.
Kalau kita masih tidak tahu macam mana nak bergerak dalam gerakan tersusun bersama-sama, kita belum lagi jadi orang parti, kalau nak berjaya mesti jadi orang parti yang patuh ada hukum Allah taat pada rasul dan uhlul amri.
Firman Allah Ta'ala:
يأيهاالذينءامنواأطيعواالله وذأطيعواالرسول وأولى الامرمنكم
Ya ayyuhal lazina 'aamanu 'ati'ullaha waati'ul rasullah wa 'awlil umri minkum
"Wahai orang-orang yang beriman taatilah Allah dan taatilah Rasul dan para pemimpin di kalangan kamu".(An-Nisa:59)
"Jadinya, kita kena kembali kepada prinsip kenapa BN yang mewakili semua kaum yang ada dibentuk pada tahun 1974…iaitu bagi menjaga kebaikan semua kaum, rakyat sejahtera dan dapat hidup dengan harmoni, aman, makmur dan menjadikan negara terhebat di persada antarabangsa", demikian kata beliau
Lebih 8,000 pemimpin, ahli parti komponen BN dan rakyat membanjiri Dataran Kemunting sejak jam 12 tengah hari menyambut kehadiran Najib dengan sorakan dan laungan ‘Hidup BN’ dan ‘Negaraku Malaysia’.
Najib dalam pada itu meminta semua anggota parti BN menyerahkan kepadanya berhubung soal pemilihan calon BN yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang ditentukan dengan bantuan pucuk pimpinan negeri termasuk menteri besar dan pemimpin bahagian.
Ada kala keputusan itu memihak kepada kita, ada kala tak memihak…tetapi lihatlah ia sebagai pengorbanan dalam perjalanan yang lama…selagi ada kuasa dan boleh membantu, kita bantulah perjuangan kerana banyak lagi cara kita boleh berbuat demikian
UMNO Negeri Sembilan menjangkakan tiada perubahan besar dalam kaedah pemilihan calon pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) berbanding PRU-13 di negeri itu.
Ketua Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Menteri Besar, berkata perubahan dimaksudkan termasuk kemungkinan meletakkan calon dari luar parti, terutama daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
“Di Negeri Sembilan, saya tidak nampak perlu ada banyak perubahan (kaedah pemilihan calon). Tak perlu kita melakukan eksperimen terlalu banyak.
“Kekalkan sahaja. Ini kerana lebih baik kita letakkan orang yang kita kenal berbanding orang yang kita tak kenal,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO di Wisma Negeri.
30 MARCH 2018 , PERDANA MENTERI DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK BERUCAP PADA MAJLIS MAKAN MALAM REJIMENTAL ATM , KUALA LUMPUR
Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru supaya rakyat membuat pilihan yang bijak dan memilih kerajaan yang stabil daripada segi politik, kepemimpinan dan memahami sejarah tanah air untuk mendokong agenda pembangunan fizikal serta sosial negara.
Perdana Menteri berkata, kerajaan yang dipilih perlu mengutamakan empat dimensi penting iaitu politik, ekonomi, sosial dan keselamatan bagi mengelakkan ketidakstabilan pentadbiran berlaku.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan Ahli Parlimen Kota Belud itu adalah menteri yang bertanggungjawab ke atas Unit Perancang Ekonomi (EPU) disifatkan seorang pemimpin berpandangan jauh dan mampu membawa pembangunan di kawasan diwakilinya kelak.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai, Datuk Jainab Ahmad, sehubungan itu berkata, beliau tiada masalah jika kerusi Parlimen Sepanggar ditandingi oleh Abdul Rahman pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Ura-ura mengatakan Abdul Rahman akan mengosongkan kerusi Parlimen Kota Belud dan berpindah ke Parlimen Sepanggar berikutan beberapa program turun padang yang dihadiri beliau di kawasan Parlimen berkenaan, kebelakangan ini.
Ura-ura itu semakin pasti apabila Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dalam satu majlis di Kota Belud baru-baru ini, memberi bayangan kerusi Parlimen Kota Belud yang kini disandang Abdul Rahman berkemungkinan bertukar tangan pada PRU-14.
Parlimen Sepanggar ketika ini disandang bekas Ketua UMNO Bahagian itu, Datuk Jumat Idris yang digantung keahlian oleh UMNO selama tiga tahun sejak 2015.
PILIHANRAYA UMUM KE - 14 ( PRU14 ) MEMASUKI PUSINGAN AKHIR PADA BULAN APRIL INI
01 April 2018 , KUALA LUMPUR - Penantian ini hampir berakhir. Momentum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) memasuki pusingan terakhir bulan ini manakala besar kemungkinan hari mengundi berlangsung sekitar awal Mei.
Bayangan untuk mengundi pada Mei semakin jelas: Parlimen mungkin dibubarkan akhir minggu ini selepas sidang Dewan Rakyat yang sedang berlangsung berakhir pada 5 April.
Sebaik Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari.
Penantian ini hampir berakhir. Momentum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) memasuki pusingan terakhir bulan ini manakala besar kemungkinan hari mengundi berlangsung sekitar awal Mei.

Mengikut amalan semasa, pilihan raya umum biasanya diadakan dalam tempoh 29 hari daripada pembubaran hingga hari mengundi.
Ini bermakna pengundian bagi PRU-14 akan diadakan dalam minggu pertama Mei manakala keputusannya bakal diketahui beberapa jam selepas pengundian ditutup.
Kira-kira 14.8 juta rakyat layak mengundi pada pilihan raya kali ini.
Menjelang hari pengundian, Barisan Nasional (BN) memilih 7 April ini sebagai tarikh mengumumkan manifesto pilihan raya dalam perhimpunan besar-besaran di Bukit Jalil di sini.
Ia disusuli pengumuman manifesto BN yang hanya memberi tumpuan terhadap golongan muda dinamakan Tawaran Baharu Untuk Pengundi Muda pada 10 April, seperti mana dinyatakan Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin, kelmarin.
Kira-kira 30,000 penyokong BN dijangka menghadiri acara pada 7 April itu yang dijadual bermula pada jam 8 malam dan akan disiarkan secara langsung di televisyen.
Mengikut tradisi, BN mengumumkan manifesto selepas tarikh pilihan raya diketahui.
Ini diikuti pengumuman calon yang diadakan lebih awal sebelum hari penamaan calon.
Pemimpin dan jentera BN bersedia untuk bekerja keras sepanjang bulan ini.
“Suasana akan menjadi lebih sibuk selepas minggu depan,” kata seorang pemimpin kanan UMNO kepada NSTP.
Seperkara yang menjadi faktor utama menjelang PRU-14 ialah persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diluluskan di Dewan Rakyat, Rabu lalu.
Ia mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan laporan kajian semula persempadanan bahagian pilihan raya Negeri-Negeri Tanah Melayu 2018 itu diwartakan berkuat kuasa 29 Mac lalu.
Dengan pengesahan persempadanan semula, senarai calon dimuktamadkan dan jentera pilihan raya bergerak seperti sewajarnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen.

“Suasana akan menjadi lebih sibuk selepas minggu depan,” kata seorang pemimpin kanan UMNO

Pembubaran Parlimen boleh diadakan seawal 6 April, sehari sebelum Najib mengumumkan Manifesto BN yang bakal menjadi akujanji partinya untuk lima tahun akan datang.
Ini kali kedua Najib menerajui BN dalam pilihan raya umum selepas genap sembilan tahun menjadi Perdana Menteri pada 3 April ini.
2 April 2018 , PETALING JAYA - Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz menjangkakan Parlimen akan dibubarkan selepas Mesyuarat Kabinet pada Jumaat ini.
Ketika menghadiri festival kebudayaan di Padang Rengas semalam berkata, mesyuarat Kabinet yang sepatutnya diadakan pada Rabu ini ditunda ke Jumaat bagi memberi laluan kepada perhimpunan penjawat awam dari seluruh negara.
Katanya, sidang Dewan Rakyat akan berakhir khamis ini dan mesyuarat Kabinet pada Jumaat ini mungkin ialah mesyuarat terakhir untuk kerajaan penggal ini.
Nazri menjangkakan Perdana Menteri akan mengumumkan pembubaran Parlimen selepas mesyuarat Kabinet Jumaat ini, memandangkan laporan kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya sudah diwartakan minggu lalu.
Laporan itu diwartakan 29 Mac lalu, sehari selepas diluluskan Dewan Rakyat dengan sokongan 129 ahli Parlimen dan 80 lagi menolak usul itu.
Semalam, Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dilaporkan berkata, Dewan Rakyat mungkin dibubarkan sebelum perdana menteri melancarkan manifesto BN menjelang akhir minggu ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, manifesto itu dijadual dilancarkan minggu depan, manakala hari terakhir persidangan Dewan Rakyat ialah 5 April.
3 April 2018 , JERANTUT – Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yakin Barisan Nasional (BN) mampu meraih kemenangan dua pertiga pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di negeri itu sekiranya semua parti komponen termasuk UMNO meraih kejayaan di semua kawasan sasaran mereka.
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, kemenangan majoriti dua pertiga mampu direalisaikan sekiranya semua jentera parti melakukan usaha keras di kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti berpotensi untuk dirampas kembali dan mempertahankan kawasan yang dimenangi sebelum ini.
“Sekiranya parti komponen mampu meraih kemenangan di semua kerusi sasaran, ini yang akan menjadi punca untuk meraih kemenangan dua pertiga BN di negeri Pahang,” katanya selepas majlis Penyampaian Suratan Hak Milik Peneroka Felda Lepar Utara 3 di sini hari ini.
04 APRIL 2018 , PERDANA MENTERI DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK BERUCAP KEPADA EDITOR KANAN DIPEJABATNYA DIPUTRAJYA , KUALA LUMPUR.

DEKAN Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM, Prof Dr Mohd Fuad Mat Jali

“Kita masih lagi meneliti senarai calon. Kita memerlukan sedikit masa untuk meneliti sepenuhnya dan juga mendapat penilaian SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan pihak-pihak lain… (Belum muktamad) selagi belum diumumkan dan pihak berkenaan tak terima watikah, dia kena terima warkah (dipilih sebagai calon),” katanya.
24 MARCH 2018 , PENGERUSI BARISAN NASIONAL (BN) DATUK SERI NAJIB BIN TUN RAZAK MEMINTA SEMUA ANGGOTA PARTI ITU SUPAYA KEMBALI KEPADA ASAS PERJUANGAN PARTI YANG MENGAMALKAN PERKONGSIAN KUASA DAN PERMUAFAKATAN DALAM SEGALA HAL UNTUK KEBAIKAN SEMUA KAUM BELIAU BERUCAP DEMIKIAN DI MAJLIS PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT DAN PELANCARAN JENTERA PILIHANRAYA UMUM (PRU) PARLIMEN KUANTAN DI DATARAN KEMUNTING KUANTAN PAHANG.
Perdana Menteri berkata sebagai ‘orang parti’ semua anggota komponen BN perlu faham tentang prinsip berkenaan dan bergerak dengan tersusun bersama-sama untuk memastikan kemenangan besar parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.
Kalau kita masih tidak tahu macam mana nak bergerak dalam gerakan tersusun bersama-sama, kita belum lagi jadi orang parti, kalau nak berjaya mesti jadi orang parti yang patuh ada hukum Allah taat pada rasul dan uhlul amri.
Firman Allah Ta'ala:
يأيهاالذينءامنواأطيعواالله وذأطيعواالرسول وأولى الامرمنكم
Ya ayyuhal lazina 'aamanu 'ati'ullaha waati'ul rasullah wa 'awlil umri minkum
"Wahai orang-orang yang beriman taatilah Allah dan taatilah Rasul dan para pemimpin di kalangan kamu".(An-Nisa:59)
"Jadinya, kita kena kembali kepada prinsip kenapa BN yang mewakili semua kaum yang ada dibentuk pada tahun 1974…iaitu bagi menjaga kebaikan semua kaum, rakyat sejahtera dan dapat hidup dengan harmoni, aman, makmur dan menjadikan negara terhebat di persada antarabangsa", demikian kata beliau
Lebih 8,000 pemimpin, ahli parti komponen BN dan rakyat membanjiri Dataran Kemunting sejak jam 12 tengah hari menyambut kehadiran Najib dengan sorakan dan laungan ‘Hidup BN’ dan ‘Negaraku Malaysia’.
Najib dalam pada itu meminta semua anggota parti BN menyerahkan kepadanya berhubung soal pemilihan calon BN yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang ditentukan dengan bantuan pucuk pimpinan negeri termasuk menteri besar dan pemimpin bahagian.
Ada kala keputusan itu memihak kepada kita, ada kala tak memihak…tetapi lihatlah ia sebagai pengorbanan dalam perjalanan yang lama…selagi ada kuasa dan boleh membantu, kita bantulah perjuangan kerana banyak lagi cara kita boleh berbuat demikian
Yang lebih penting kita dapat dirikan kerajaan yang kukuh, stabil, kuat, dihormati dan disegani oleh dunia, Jadi sebab itu serahlah kepada saya, saya akan cuba fikir yang sebaiknya untuk Barisan Nasional (BN).
UMNO Negeri Sembilan menjangkakan tiada perubahan besar dalam kaedah pemilihan calon pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) berbanding PRU-13 di negeri itu.
Ketua Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Menteri Besar, berkata perubahan dimaksudkan termasuk kemungkinan meletakkan calon dari luar parti, terutama daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
“Di Negeri Sembilan, saya tidak nampak perlu ada banyak perubahan (kaedah pemilihan calon). Tak perlu kita melakukan eksperimen terlalu banyak.
“Kekalkan sahaja. Ini kerana lebih baik kita letakkan orang yang kita kenal berbanding orang yang kita tak kenal,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO di Wisma Negeri.
30 MARCH 2018 , PERDANA MENTERI DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK BERUCAP PADA MAJLIS MAKAN MALAM REJIMENTAL ATM , KUALA LUMPUR
Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru supaya rakyat membuat pilihan yang bijak dan memilih kerajaan yang stabil daripada segi politik, kepemimpinan dan memahami sejarah tanah air untuk mendokong agenda pembangunan fizikal serta sosial negara.
Perdana Menteri berkata, kerajaan yang dipilih perlu mengutamakan empat dimensi penting iaitu politik, ekonomi, sosial dan keselamatan bagi mengelakkan ketidakstabilan pentadbiran berlaku.
“Sekiranya kerajaan yang dipilih tidak stabil dari segi politik, tidak faham sejarah negara dan tidak memahami bagaimana mahu mentadbir negara kita yang berbilang bangsa ini, segala yang dikecapi hari ini akan hancur. Malah lebih buruk lagi, ada pihak yang tidak memahami asal usul sejarah sehingga mencadangkan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dibubarkan kerana kononnya tidak menepati konsep ‘Malaysian Malaysia’,” katanya dalam ucapan sempena Majlis Makan Malam Rejimental ATM dan PDRM di Wisma Perwira ATM .
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan Ahli Parlimen Kota Belud itu adalah menteri yang bertanggungjawab ke atas Unit Perancang Ekonomi (EPU) disifatkan seorang pemimpin berpandangan jauh dan mampu membawa pembangunan di kawasan diwakilinya kelak.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai, Datuk Jainab Ahmad, sehubungan itu berkata, beliau tiada masalah jika kerusi Parlimen Sepanggar ditandingi oleh Abdul Rahman pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Ura-ura mengatakan Abdul Rahman akan mengosongkan kerusi Parlimen Kota Belud dan berpindah ke Parlimen Sepanggar berikutan beberapa program turun padang yang dihadiri beliau di kawasan Parlimen berkenaan, kebelakangan ini.
Ura-ura itu semakin pasti apabila Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dalam satu majlis di Kota Belud baru-baru ini, memberi bayangan kerusi Parlimen Kota Belud yang kini disandang Abdul Rahman berkemungkinan bertukar tangan pada PRU-14.
Parlimen Sepanggar ketika ini disandang bekas Ketua UMNO Bahagian itu, Datuk Jumat Idris yang digantung keahlian oleh UMNO selama tiga tahun sejak 2015.
PILIHANRAYA UMUM KE - 14 ( PRU14 ) MEMASUKI PUSINGAN AKHIR PADA BULAN APRIL INI
01 April 2018 , KUALA LUMPUR - Penantian ini hampir berakhir. Momentum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) memasuki pusingan terakhir bulan ini manakala besar kemungkinan hari mengundi berlangsung sekitar awal Mei.
Bayangan untuk mengundi pada Mei semakin jelas: Parlimen mungkin dibubarkan akhir minggu ini selepas sidang Dewan Rakyat yang sedang berlangsung berakhir pada 5 April.
Sebaik Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari.
Penantian ini hampir berakhir. Momentum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) memasuki pusingan terakhir bulan ini manakala besar kemungkinan hari mengundi berlangsung sekitar awal Mei.
Bayangan untuk mengundi pada Mei semakin jelas: Parlimen mungkin dibubarkan akhir minggu ini selepas sidang Dewan Rakyat yang sedang berlangsung berakhir pada 5 April.
Sebaik Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari.
Mengikut amalan semasa, pilihan raya umum biasanya diadakan dalam tempoh 29 hari daripada pembubaran hingga hari mengundi.
Ini bermakna pengundian bagi PRU-14 akan diadakan dalam minggu pertama Mei manakala keputusannya bakal diketahui beberapa jam selepas pengundian ditutup.
Kira-kira 14.8 juta rakyat layak mengundi pada pilihan raya kali ini.
Menjelang hari pengundian, Barisan Nasional (BN) memilih 7 April ini sebagai tarikh mengumumkan manifesto pilihan raya dalam perhimpunan besar-besaran di Bukit Jalil di sini.
Ia disusuli pengumuman manifesto BN yang hanya memberi tumpuan terhadap golongan muda dinamakan Tawaran Baharu Untuk Pengundi Muda pada 10 April, seperti mana dinyatakan Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin, kelmarin.
Kira-kira 30,000 penyokong BN dijangka menghadiri acara pada 7 April itu yang dijadual bermula pada jam 8 malam dan akan disiarkan secara langsung di televisyen.
Mengikut tradisi, BN mengumumkan manifesto selepas tarikh pilihan raya diketahui.
Ini diikuti pengumuman calon yang diadakan lebih awal sebelum hari penamaan calon.
Pemimpin dan jentera BN bersedia untuk bekerja keras sepanjang bulan ini.
“Suasana akan menjadi lebih sibuk selepas minggu depan,” kata seorang pemimpin kanan UMNO kepada NSTP.
Seperkara yang menjadi faktor utama menjelang PRU-14 ialah persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diluluskan di Dewan Rakyat, Rabu lalu.
Ia mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan laporan kajian semula persempadanan bahagian pilihan raya Negeri-Negeri Tanah Melayu 2018 itu diwartakan berkuat kuasa 29 Mac lalu.
Dengan pengesahan persempadanan semula, senarai calon dimuktamadkan dan jentera pilihan raya bergerak seperti sewajarnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen.
Mengikut amalan semasa, pilihan raya umum biasanya diadakan dalam tempoh 29 hari daripada pembubaran hingga hari mengundi.
Ini bermakna pengundian bagi PRU-14 akan diadakan dalam minggu pertama Mei manakala keputusannya bakal diketahui beberapa jam selepas pengundian ditutup.
Kira-kira 14.8 juta rakyat layak mengundi pada pilihan raya kali ini.
Menjelang hari pengundian, Barisan Nasional (BN) memilih 7 April ini sebagai tarikh mengumumkan manifesto pilihan raya dalam perhimpunan besar-besaran di Bukit Jalil di sini.
Ia disusuli pengumuman manifesto BN yang hanya memberi tumpuan terhadap golongan muda dinamakan Tawaran Baharu Untuk Pengundi Muda pada 10 April, seperti mana dinyatakan Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin, kelmarin.
Kira-kira 30,000 penyokong BN dijangka menghadiri acara pada 7 April itu yang dijadual bermula pada jam 8 malam dan akan disiarkan secara langsung di televisyen.
Mengikut tradisi, BN mengumumkan manifesto selepas tarikh pilihan raya diketahui.
Ini diikuti pengumuman calon yang diadakan lebih awal sebelum hari penamaan calon.
Pemimpin dan jentera BN bersedia untuk bekerja keras sepanjang bulan ini.
“Suasana akan menjadi lebih sibuk selepas minggu depan,” kata seorang pemimpin kanan UMNO
Seperkara yang menjadi faktor utama menjelang PRU-14 ialah persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diluluskan di Dewan Rakyat, Rabu lalu.
Ia mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan laporan kajian semula persempadanan bahagian pilihan raya Negeri-Negeri Tanah Melayu 2018 itu diwartakan berkuat kuasa 29 Mac lalu.
Dengan pengesahan persempadanan semula, senarai calon dimuktamadkan dan jentera pilihan raya bergerak seperti sewajarnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen.
Pembubaran Parlimen boleh diadakan seawal 6 April, sehari sebelum Najib mengumumkan Manifesto BN yang bakal menjadi akujanji partinya untuk lima tahun akan datang.
Ini kali kedua Najib menerajui BN dalam pilihan raya umum selepas genap sembilan tahun menjadi Perdana Menteri pada 3 April ini.
2 April 2018 , PETALING JAYA - Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz menjangkakan Parlimen akan dibubarkan selepas Mesyuarat Kabinet pada Jumaat ini.
Ketika menghadiri festival kebudayaan di Padang Rengas semalam berkata, mesyuarat Kabinet yang sepatutnya diadakan pada Rabu ini ditunda ke Jumaat bagi memberi laluan kepada perhimpunan penjawat awam dari seluruh negara.
Katanya, sidang Dewan Rakyat akan berakhir khamis ini dan mesyuarat Kabinet pada Jumaat ini mungkin ialah mesyuarat terakhir untuk kerajaan penggal ini.
Nazri menjangkakan Perdana Menteri akan mengumumkan pembubaran Parlimen selepas mesyuarat Kabinet Jumaat ini, memandangkan laporan kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya sudah diwartakan minggu lalu.
Laporan itu diwartakan 29 Mac lalu, sehari selepas diluluskan Dewan Rakyat dengan sokongan 129 ahli Parlimen dan 80 lagi menolak usul itu.
Semalam, Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dilaporkan berkata, Dewan Rakyat mungkin dibubarkan sebelum perdana menteri melancarkan manifesto BN menjelang akhir minggu ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, manifesto itu dijadual dilancarkan minggu depan, manakala hari terakhir persidangan Dewan Rakyat ialah 5 April.
3 April 2018 , JERANTUT – Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yakin Barisan Nasional (BN) mampu meraih kemenangan dua pertiga pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di negeri itu sekiranya semua parti komponen termasuk UMNO meraih kejayaan di semua kawasan sasaran mereka.
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, kemenangan majoriti dua pertiga mampu direalisaikan sekiranya semua jentera parti melakukan usaha keras di kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti berpotensi untuk dirampas kembali dan mempertahankan kawasan yang dimenangi sebelum ini.
“Sekiranya parti komponen mampu meraih kemenangan di semua kerusi sasaran, ini yang akan menjadi punca untuk meraih kemenangan dua pertiga BN di negeri Pahang,” katanya selepas majlis Penyampaian Suratan Hak Milik Peneroka Felda Lepar Utara 3 di sini hari ini.
04 APRIL 2018 , PERDANA MENTERI DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK BERUCAP KEPADA EDITOR KANAN DIPEJABATNYA DIPUTRAJYA , KUALA LUMPUR.
"Mandat yang kukuh untuk Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum
akan datang akan menjadi kunci bagi melaksanakan lebih banyak lagi
perkara yang baik untuk rakyat Malaysia dan membawa negara ke tahap yang
lebih tinggi"
Pengerusi BN itu menyatakan keazamannya untuk menjadikan Malaysia antara negara yang terkemuka di dunia dengan pertumbuhan ekonomi yang kukuh yang memberi manfaat kepada lebih 30 juta penduduk.
04 April , PUTRAJAYA - Manifesto Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang akan diumumkan pada malam Sabtu ini menjanjikan satu penyampaian yang lebih komprehensif, inklusif dan menampilkan banyak idea baru untuk memenuhi aspirasi seluruh rakyat Malaysia.
Pengarah Strategik Komunikasi BN, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, berkata manifesto berkenaan akan mengandungi teras dan inisiatif yang merangkumi pelbagai aspek kehidupan rakyat serta memberikan nikmat selain pulangan kepada setiap lapisan masyarakat.
"Ia (manifesto) juga adalah aku janji terbaik bagi menterjemahkan usaha BN dalam memperjuangkan nasib rakyat Malaysia untuk tempoh lima tahun akan datang sekiranya BN terus diberi mandat untuk menerajui negara.
"Pada masa sama, manifesto ini juga menjanjikan kelebihan kepada rakyat di Sabah dan Sarawak di mana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bakal menawarkan sesuatu yang progresif demi kepentingan rakyat di kedua-dua negeri berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Tambah beliau, inisiatif itu adalah amat bertepatan dalam menyantuni keperluan dan kehendak rakyat serta diyakini dapat melonjakkan taraf hidup rakyat ke satu tahap yang lebih baik.
Abdul Rahman berkata, manifesto ini juga tidak berada dalam keadaan terpencil, tetapi ia dibaca bersama dokumen Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11), Bajet Tahunan Kerajaan, Program Transformasi Nasional (NTP) dan Transformasi Nasional 2050 (TN50) kerana ia datang dari roh dan semangat yang sama untuk membawa Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi.
6 April 2018 , PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Parlimen dibubarkan esok selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Perdana Menteri membuat pengumuman itu menerusi ucapan selama 16 minit yang disiarkan secara langsung ke seluruh negara, menerusi siaran televisyen dan media dalam talian mulai jam 12 tengah hari ini.
Dalam ucapannya, Najib berkata beliau sudah menghadap Sultan Muhammad ke-V di Istana Negara bagi mendapatkan perkenan pembubaran Parlimen.
Susulan itu, Perdana Menteri menasihati semua Ketua Menteri dan Menteri Besar kecuali Sarawak, menghadap Sultan, Raja atau Yang di-Pertua Negeri masing-masing bagi mendapat perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Langkah itu bagi memberi laluan supaya pilihan raya negeri (PRN) dan PRU dapat diadakan serentak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Sarawak terkecuali daripada mengadakan PRN kerana baru sahaja diadakan pada 7 Mei pada 2017.
PRU-14 adalah yang kedua di bawah kepemimpinan Najib, yang akan memimpin jentera Barisan Nasional (BN) selepas mengambilalih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 April 2009.
Susulan pembubaran Parlimen pada hari ini, SPR perlu menetapkan tarikh pilihan raya diadakan.
Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan menetapkan PRU mesti diadakan dalam tempoh 60 hari, daripada tarikh pembubaran Parlimen.
Ketika ini, Dewan Rakyat mempunyai 222 kerusi.
6 April 2018 , KOTA KINABALU - Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman, mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi membolehkan pilihan raya negeri dibuat serentak dengan Parlimen, selaras pembubaran Dewan Rakyat berkuat kuasa esok.
Musa yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, mengumumkan pembubaran itu di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya dekat sini, kira-kira jam 3 petang tadi.
Sebelum itu, beliau menghadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin, di Istana Negeri bagi menyembah surat dan memohon perkenan pembubaran DUN.
Kenderaan dinaiki beliau dilihat memasuki pekarangan istana pada jam 2.43 petang, sebelum keluar kira-kira 10 minit kemudian.
Ketika mengumumkan pembubaran DUN, Musa berkata, ia bagi membolehkan kerajaan mendapatkan mandat baharu daripada rakyat selepas lima tahun memberikan khidmat.
"Selepas lima tahun kita berbakti, berkhidmat dan mengabdikan diri kepada perjuangan membela nasib rakyat dan memajukan Sabah yang tercinta ini, kini tibalah masanya kita menyerahkan kembali mandat kepada rakyat," katanya.
Musa turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama, sokongan dan komitmen tinggi kepada kerajaan negeri dalam menjayakan agenda pembangunan untuk kesejahteraan rakyat selama ini.
Beliau juga berharap agar kerjasama, sokongan, komitmen dan kepercayaan akan terus diberikan kepada BN menerusi mandat yang besar pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) demi menjamin kesinambungan pembangunan untuk kesejahteraan rakyat.
Sementara itu, beliau berkata, tindakan undang-undang berkaitan 13 kerusi tambahan DUN Sabah yang diluluskan sebelum ini tidak menjejaskan pembubaran DUN.
Ini kerana, katanya, 60 kerusi DUN Sabah ketika masih sah kerana Parlimen belum meluluskan kerusi tambahan atau mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Sebelum ini, Presiden Parti Cinta Sabah, Datuk Wilfred Bumburing, mengemukakan Saman Pemula di Mahkamah Tinggi di sini bagi mendapatkan perintah supaya pilihan raya negeri ditangguhkan sehingga Usul Persempadanan Semula Pilihan Raya di Sabah dibentangkan di Parlimen.
Usul penambahan 13 kerusi DUN Sabah diluluskan pada persidangan DUN Sabah pada 9 Ogos 2016, namun tidak dibentangkan di Parlimen.
6 April 2018 , Proklamasi Pembubaran Parlimen Sudah Diterima Speaker Dewan Rakyat
"Apa yang saya minta bukan sahaja kemenangan tetapi juga (keperluan) kepada sebuah kerajaan yang kuat agar kami dapat menyampaikan lebih banyak lagi untuk rakyat," kata perdana menteri kepada para editor kanan di pejabatnya di sini hari ini dengan menjelangnya pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Pengerusi BN itu menyatakan keazamannya untuk menjadikan Malaysia antara negara yang terkemuka di dunia dengan pertumbuhan ekonomi yang kukuh yang memberi manfaat kepada lebih 30 juta penduduk.
"Sasaran kita untuk menjadi antara negara yang terkemuka di dunia, tidak kurang daripada itu. Saya mahu Malaysia menjadi negara tahap pertama dan saya berazam untuk kita dapat mencapainya," kata Najib yang menjadi perdana menteri pada 2009.
04 April , PUTRAJAYA - Manifesto Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang akan diumumkan pada malam Sabtu ini menjanjikan satu penyampaian yang lebih komprehensif, inklusif dan menampilkan banyak idea baru untuk memenuhi aspirasi seluruh rakyat Malaysia.
Pengarah Strategik Komunikasi BN, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, berkata manifesto berkenaan akan mengandungi teras dan inisiatif yang merangkumi pelbagai aspek kehidupan rakyat serta memberikan nikmat selain pulangan kepada setiap lapisan masyarakat.
"Ia (manifesto) juga adalah aku janji terbaik bagi menterjemahkan usaha BN dalam memperjuangkan nasib rakyat Malaysia untuk tempoh lima tahun akan datang sekiranya BN terus diberi mandat untuk menerajui negara.
"Pada masa sama, manifesto ini juga menjanjikan kelebihan kepada rakyat di Sabah dan Sarawak di mana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bakal menawarkan sesuatu yang progresif demi kepentingan rakyat di kedua-dua negeri berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Tambah beliau, inisiatif itu adalah amat bertepatan dalam menyantuni keperluan dan kehendak rakyat serta diyakini dapat melonjakkan taraf hidup rakyat ke satu tahap yang lebih baik.
Abdul Rahman berkata, manifesto ini juga tidak berada dalam keadaan terpencil, tetapi ia dibaca bersama dokumen Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11), Bajet Tahunan Kerajaan, Program Transformasi Nasional (NTP) dan Transformasi Nasional 2050 (TN50) kerana ia datang dari roh dan semangat yang sama untuk membawa Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi.
6 April 2018 , PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Parlimen dibubarkan esok selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Perdana Menteri membuat pengumuman itu menerusi ucapan selama 16 minit yang disiarkan secara langsung ke seluruh negara, menerusi siaran televisyen dan media dalam talian mulai jam 12 tengah hari ini.
Dalam ucapannya, Najib berkata beliau sudah menghadap Sultan Muhammad ke-V di Istana Negara bagi mendapatkan perkenan pembubaran Parlimen.
Susulan itu, Perdana Menteri menasihati semua Ketua Menteri dan Menteri Besar kecuali Sarawak, menghadap Sultan, Raja atau Yang di-Pertua Negeri masing-masing bagi mendapat perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Langkah itu bagi memberi laluan supaya pilihan raya negeri (PRN) dan PRU dapat diadakan serentak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Sarawak terkecuali daripada mengadakan PRN kerana baru sahaja diadakan pada 7 Mei pada 2017.
PRU-14 adalah yang kedua di bawah kepemimpinan Najib, yang akan memimpin jentera Barisan Nasional (BN) selepas mengambilalih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 April 2009.
Susulan pembubaran Parlimen pada hari ini, SPR perlu menetapkan tarikh pilihan raya diadakan.
Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan menetapkan PRU mesti diadakan dalam tempoh 60 hari, daripada tarikh pembubaran Parlimen.
Ketika ini, Dewan Rakyat mempunyai 222 kerusi.
6 April 2018 , KOTA KINABALU - Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman, mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi membolehkan pilihan raya negeri dibuat serentak dengan Parlimen, selaras pembubaran Dewan Rakyat berkuat kuasa esok.
Musa yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, mengumumkan pembubaran itu di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya dekat sini, kira-kira jam 3 petang tadi.
Sebelum itu, beliau menghadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin, di Istana Negeri bagi menyembah surat dan memohon perkenan pembubaran DUN.
Kenderaan dinaiki beliau dilihat memasuki pekarangan istana pada jam 2.43 petang, sebelum keluar kira-kira 10 minit kemudian.
Ketika mengumumkan pembubaran DUN, Musa berkata, ia bagi membolehkan kerajaan mendapatkan mandat baharu daripada rakyat selepas lima tahun memberikan khidmat.
"Selepas lima tahun kita berbakti, berkhidmat dan mengabdikan diri kepada perjuangan membela nasib rakyat dan memajukan Sabah yang tercinta ini, kini tibalah masanya kita menyerahkan kembali mandat kepada rakyat," katanya.
Musa turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama, sokongan dan komitmen tinggi kepada kerajaan negeri dalam menjayakan agenda pembangunan untuk kesejahteraan rakyat selama ini.
Beliau juga berharap agar kerjasama, sokongan, komitmen dan kepercayaan akan terus diberikan kepada BN menerusi mandat yang besar pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) demi menjamin kesinambungan pembangunan untuk kesejahteraan rakyat.
Sementara itu, beliau berkata, tindakan undang-undang berkaitan 13 kerusi tambahan DUN Sabah yang diluluskan sebelum ini tidak menjejaskan pembubaran DUN.
Ini kerana, katanya, 60 kerusi DUN Sabah ketika masih sah kerana Parlimen belum meluluskan kerusi tambahan atau mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Sebelum ini, Presiden Parti Cinta Sabah, Datuk Wilfred Bumburing, mengemukakan Saman Pemula di Mahkamah Tinggi di sini bagi mendapatkan perintah supaya pilihan raya negeri ditangguhkan sehingga Usul Persempadanan Semula Pilihan Raya di Sabah dibentangkan di Parlimen.
Usul penambahan 13 kerusi DUN Sabah diluluskan pada persidangan DUN Sabah pada 9 Ogos 2016, namun tidak dibentangkan di Parlimen.
6 April 2018 , Proklamasi Pembubaran Parlimen Sudah Diterima Speaker Dewan Rakyat
KUALA LUMPUR- Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, mengesahkan penerimaan proklamasi pengisytiharan pembubaran parlimen, hari ini.Beliau berkata, pengisytiharan yang berkuat kuasa esok itu yang ditandatangani oleh Yang-Dipertuan Agong, Sultan Muhammad V, diterimanya daripada perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Ia berdasarkan perkara 55 (2) perlembagaan persekutuan. Menurut kenyataan hari ini, menerusi pengisytiharan ini, tempoh majlis parlimen ke-13 yang berlangsung selama enam penggal adalah empat tahun 10 bulan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pandikar berkata, urusan selanjutnya kini terletak dalam bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melaksanakan proses pilihan raya umum.

7 April 2018 , KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Manifesto Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang bertemakan 'Bersama BN, Hebatkan Negaraku' di Axiata Arena, Bukit Jalil malam ini.
Manifesto yang bersifat inklusif itu menyentuh seluruh lapisan rakyat di negara ini menerusi 14 teras dan 364 inisiatif yang digariskan.
Antara yang menerima manfaat adalah penduduk luar bandar termasuk warga Felda, pelajar, belia, warga emas, orang kurang upaya (OKU), pesara dan wanita.
Inisiatif yang ditawarkan termasuk pemberian kad diskaun perjalanan bagi pengangkutan awam kepada warga emas, golongan OKU, pelajar dan belia yang bekerja.
Turut terkandung dalam manifesto itu adalah inisiatif membantu rakyat membeli rumah pada harga berpatutan, memperkukuhkan lagi persefahaman antara kaum dan agama serta mewujudkan mekanisme baharu untuk rakyat menyuarakan pandangan dan kritikan terhadap kerajaan.
Tidak ketinggalan, rakyat di Sabah dan Sarawak juga akan menerima manfaat melalui usaha kerajaan mempertingkatkan tahap pendidikan di dua negeri itu serta langkah penyeragaman harga barangan tertentu dengan Semenanjung Malaysia.

Berikut adalah 14 teras yang terkandung dalam Manifesto BN:
1. Ekonomi Keperluan Rakyat
2. Kemampanan dan Kemakmuran Ekonomi Negara
3. Perumahan Keperluan Rakyat
4. Pemacuan Modal Insan dan Kecemerlangan Pendidikan
5. Keselamatan Rakyat Keutamaan Kami
6. Membahagia dan Menjayakan Wanita Negara
7. Generasi Muda Pewaris Masa Hadapan
8. Kesejahteraan Generasi Emas dan Warga Kelainan Upaya
9. Memperkukuhkan Pembinaan Negara Bangsa
10. Mengutamakan Kesejahteraan Sosial dan Kualiti Hidup Rakyat
11. Membina Infra Rakyat dan Meningkatkan Kesalinghubungan
12. Memperkukuh Agenda Bumiputera dan Mempertahan Kesyumulan Islam
13. Tadbir Urus Yang Baik dan Penyertaan Rakyat
14. Meraikan Perbezaan, Merapatkan Jurang. - UTUSAN ONLINE
Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menjanjikan program-program menghebatkan Malaysia untuk masa depan yang lebih cerah dengan mendahulukan rakyat serta pembangunan lebih adil dan menyeluruh dari Perlis hinggalah ke Sabah dan Sarawak.
Manifesto bertemakan “Bersama BN Hebatkan Negaraku” yang dilancarkan Najib selaku Pengerusi BN berikrar untuk menyusun pembangunan yang menyeluruh terutama di kawasan yang dianggap terabai selama berdekad sebelum ini.
“Percayalah, undi anda untuk Barisan Nasional adalah mandat untuk kelangsungan kemakmuran, kesejahteraan dan keamaman sebuah negara kecil ini. Semoga Tuhan memberkati kita semua,” kata Najib dalam prakata Manifesto BN untuk Pilihan Raya Umum ke-14 yang dilancarkan di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Manifesto BN menawarkan 14 teras yang inklusif, komprehensif dan praktikal iaitu Utama Ibu dan Wanita; Kediaman 1Negaraku; Tiga Juta Kerja; Senyum Sabah dan Sarawak; Pengangkutan Futuristik; Perkasa Digital; Barangan Malaysia; BR1M Lebih Baharu; Dompet Rakyat; Pendidikan Sesuai Masa Depan; Hidup Sihat; Aman 1Negaraku; TN50 dan Penjagaan Kanak-Kanak Universal.
Manifesto itu menggarapkan lebih 300 tawaran bagi memenuhi keperluan segenap lapisan masyarakat mencakupi semua peringkat usia.
Antara yang menarik di bawah teras Utama Ibu dan Wanita ialah menubuhkan Majlis Ekonomi Wanita (MEW) khusus untuk agenda ekonomi wanita, menggalakkan sektor swasta membenarkan ibu mengandung pulang sejam lebih awal dan menggubal Akta Gangguan Seksual untuk melindungi golongan itu.
Menerusi teras Kediaman 1Negaraku, BN menjanjikan untuk menyediakan Skim Bantuan Sewa Perumahan Awam bagi membantu penyewa dalam kategori miskin dan orang kelainan upaya (OKU) serta membina perumahan mampu milik di tanah rizab Melayu, wakaf dan baitumal yang terbiar.
Di bawah teras Senyum Sabah dan Sarawak, antara intipati menarik adalah untuk memastikan hak-hak Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 direalisasikan secara konsensus selain meningkatkan kualiti liputan telekomunikasi menerusi peruntukan RM2 bilion dan meluaskan liputan bekalan elektrik (RM2.3 bilion).
BN juga akan memperkenal Pas Pengangkutan Awam TN50 berharga antara RM50 - RM150 yang memberi akses perjalanan tanpa had sebulan untuk pelajar, belia bekerja, warga emas dan OKU, di bawah teras Pengangkutan Futuristik.
Di bawah BR1M Lebih Baharu, BN akan memperkenalkan bantuan sekali beri RM1,500 untuk anak-anak penerima BR1M yang mendaftar di pusat pengajian tinggi serta mewujudkan sistem maklumat bantuan Malaysia - ‘B40 Window’ bagi memastikan tiada ketirisan, keciciran atau ketidakadilan dalam pemberian bantuan tersebut.
Teras Dompet Rakyat pula menyaksikan inisiatif untuk meningkatkan gaji minimum pekerja secara berperingkat kepada sekurang-kurangnya RM1,500 dalam tempoh lima tahun, menurunkan had maksimum kadar faedah dan caj lewat bayar kad kredit dan memberikan insentif khas RM5,000 kepada setiap peneroka Felda selain melupuskan hutang penanaman semula peneroka.
Menerusi teras Hidup Sihat, BN akan menyediakan pemeriksaan kesihatan rutin tanpa syarat di klinik-klinik kesihatan kerajaan bagi anak muda, meningkatkan kadar pelepasan tahunan cukai pendapatan individu bagi kos perubatan ibu bapa dan memperkenalkan Undang-Undang Air demi menjamin akses air bersih untuk rakyat.
Selain teras-teras tersebut, manifesto itu turut menjanjikan penubuhan Jawatankuasa Menyelia Keharmonian Mahkamah Syariah dan Sivil; jawatankuasa untuk memperkasa Mahkamah Syariah; unit khas bukan Islam di Jabatan Perdana Menteri untuk mempromosi dialog kebersamaan dan persefahaman antara kaum selain meneruskan usaha menyokong kemerdekaan negara Palestin dan mengiktiraf Bailtulmuqaddis sebagai ibu negara rasmi.
Manifesto itu menawarkan pelbagai inisiatif lain yang menurut Najib tidak berada dalam isolasi, tetapi ia harus dibaca bersama Rancangan Malaysia Ke-11, Transformasi Nasional 2050 dan bajet-bajet tahunan yang telah dan akan dibentangkan.
Najib, dalam prakata manifesto berkenaan, menyatakan selama lima tahun lepas, berkata BN telah sedaya upaya melaksanakan Aku Janji 2013 dengan hampir 99.4 peratus dilaksanakan di sebalik negara berdepan krisis ekonomi dunia, kejatuhan harga minyak dan penyusutan nilai ringgit.
“Mandat akan datang adalah untuk masa depan kita. BN bukanlah sebuah kerajaan yang sempurna tanpa cacat cela namun kami telah melaksanakan banyak pembaharuan dan perubahan sesuai dengan kehendak rakyat. Atas kesedaran itu, saya memohon kepada rakan warganegara yang dikasihi agar menilai prestasi kerajaan BN secara adil dan menyeluruh,” katanya. - BERNAMA
Selasa, 10 April 2018 | 12:33pm PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan 28 April (Sabtu) sebagai hari penamaan calon, diikuti 9 Mei (Rabu) sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Pengundian awal ditetapkan pada 5 Mei dengan tempoh berkempen selama 11 hari, berbanding 15 hari pada PRU-13.
Mengumumkan demikian Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, pada sidang media, beliau berkata SPR akan menggunakan daftar pemilih Suku Tahun Keempat 2017 yang menyenaraikan 14,940,627 pemilih berdaftar.
Pilihan raya umum kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Katanya, SPR melantik seramai 222 pegawai pengurus pilihan raya dan menubuhkan 445 Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR).
"Seramai 259,391 petugas dilantik dalam kalangan penjawat awam bagi membantu mengendalikan proses PRU-14 yang membabitkan perbelanjaan sebanyak RM500 juta," katanya pada sidang media jam 12.15 tengah hari di ibu pejabat SPR di Putrajaya.
Mohd Hashim berkata, writ pilihan raya yang dikeluarkan pada 11 April ini kepada pegawai pengurus pilihan raya akan menggariskan tugas mereka pada hari penamaan calon dan hari mengundi.
"Sebanyak 8,989 premis dan bangunan digunakan sebagai pusat mengundi, yang merangkumi hampir 29,000 saluran mengundi," katanya.
Mohd Hashim juga berkata, sebanyak 14 negara daripada ASEAN, ASIA dan negara Komanwel serta pusat kajian antarabangsa dijemput sebagai pemerhati proses PRU-14.
"SPR juga melantik 14 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan selain wakil universiti awam bagi menjalankan pemerhatian terhadap proses PRU-14 ini.
"Justeru itu, SPR tidak mengiktiraf mana-mana organisasi atau individu yang tidak dilantik bagi tujuan itu," katanya.
SPR mengadakan mesyuarat khas hari ini untuk menentukan tarikh pengundian dan pencalonan bagi PRU-14 selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat pada 7 April lalu.
17 April 2018 , KUALA LUMPUR: Pertemuan Datuk Seri Najib Razak bersama penyandang kerusi Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) semalam, tidak memuktamadkan pemilihan calon untuk parti itu mendepani Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Sebaliknya, pada pertemuan itu Perdana Menteri selaku Pengerusi BN, menyampaikan amanat mengenai kepentingan semua pihak mengutamakan parti demi mencapai kemenangan pada PRU-14.
Beliau mengingatkan semua Ahli Parlimen BN supaya sentiasa bersedia menerima perubahan menjelang PRU-14, termasuk kemungkinan jika mereka tidak disenaraikan sebagai calon.
Perdana Menteri juga meminta mereka yang tidak tercalon supaya terus setia dan sentiasa membantu serta menyumbang kepada parti dan rakyat.
Perdana Menteri mahu perkara itu dijadikan azimat semua Ahli Parlimen kerana apa yang menjadi keutamaan ketika ini adalah kejayaan parti.
Kekuatan dan perpaduan seperti ini tiada pada parti lain. Keistimewaan itulah menjadi faktor rakyat terus memilih BN sejak dulu hingga kini.
Apabila terpilih sebagai wakil rakyat kelak, mereka perlu menambah daya usaha membantu rakyat kerana itu menjadi keutamaan.
Kepada mereka yang tidak terpilih, Perdana Menteri mengucapkan terima kasih dan berharap mereka terus menyokong dan membantu calon baharu di kawasan yang mereka pernah wakili.
No comments:
Post a Comment