30 April 2018 , Padang Perbandaran Tawau siri Jelajah memperkenalkan calun Barisan Nasional telah diadakan sempena PRU14 yang akan berlangsung tidak lama lagi. Semua Calun Parlimen dan juga Negeri bagi Bahagian Kalabakan dan juga Tawau.
Parlimen 190 Tawau - Datuk Dr.Mary Yap Kain Ching (PBS)
ADUN N.55 Balung - Datuk Osman Jamal (UMNO)
ADUN N.56 Apas - Datuk Hj.Nizam bin DSP Abubakar Titingan (UMNO)
ADUN N.57 Seri Tanjung - En.Loo Suh Fui (PBS)
Parlimen 191 Kalabakan - Datuk Seri Panglima Hj.Abdul Ghafur bin Hj.Salleh (UMNO)
ADUN N.58 Merotai - Lim Ting Kai (LDP)
ADUN.N.59 Tanjung Batu - Datuk Hjh. Hamisah bin Samad (UMNO)
ADUN N.60 Sebatik - Datuk Hj.Muis bin Hj.Picho (UMNO)
Mereka telah diperkenalkan oleh YAB Dato Seri Najib Razak selaku Pengerusi Barisan Nasional dan turut dihadiri oleh YAB Tan Sri DSP Musa Aman Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah dan juga Pengerusi Barisan Nasional Negeri Sabah.
Ramai Penyokong penyokong Barisan Nasional yang hadir di Padang Perbandaran Tawau ketika itu bagi memberikan sokongan moral kepada calun calun dan juga parti yang bertanding. Dalam pada itu calun calun yang telah diberikan mandat oleh pucuk pimpinan dan telah diberikan kepercayaan parti dan telah diterima oleh para penyokong parti perlulah memberikan komitmen yang tinggi untuk mendapat kejayaan dan kemenangan di kawasan masing masing. Peranan utama yang perlu dimainkan oleh kesemua calun adalah kesediaan mereka untuk bertemu ramai orang terutama sekali para pengundi. Disamping itu mereka hendaklah tidak membuat pelbagai janji yang sukar dicapai dan ditunaikan kerana ianya kelak akan merosakan reputasi calun dan parti. Kesemua mereka yang menjadi calun telah pun membuat pengakuan bahawa mereka akan taat dan setia kepada parti dan Pemimpin.
Dua Pemimpin yang sentiasa berganding bahu untuk memajukan Negeri Sabah dibawah satu bumbung Parti Barisan Nasional. DS Najib Razak selaku Perdana Menteri dan Tan Sri DSP Musa Aman selaku Ketua Menteri Sabah begitu serasi dalam menerajui kepimpinan Negara dan juga Negeri Sabah. Dengan ikatan persahabatan yang begitu intim serta persefahaman yang jitu antara mereka , banyak projek rakyat telah dapat dilaksanakan demi kepentingan rakyat Negeri Sabah dan Negara Malaysia Am nya.
Dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat yang dianjurkan , telah memperlihatkan calun yang akan bertanding dikawasan masing masing seperti yang telah ditentukan. Parti Barisan Nasional amat mengharapkan mereka yang terpilih akan memperolehi kejayaan.
Dalam pada itu Pilihanraya ke-14 ini banyak sekali perkara pembohongan dan persipsi yang dijadikan isu bagi tujuan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional yang diterajui oleh Parti UMNO. Sehinggakan isu isu yang dibangkitkan telah ditularkan melalui media tempatan dan juga Internasional oleh pihak Pembangkang.

Para Pemimpin UMNO dan juga Barisan Nasional berusaha untuk memberikan penjelasan keatas isu isu yang ditularkan dimana para pemimpin akar umbi telah diperjelaskan serta diberikan pemahaman tentang kebangkitan isu isu berkenaan yang sengaja diada adakan bertujuan memecah belahkan kesepaduan Parti Barisan Nasional dan juga Parti UMNO yang mendominasi kerajaan yang ada. "Terus Berjuang" war cry atau laungan semangat perjuangan yang sentiasa dilaungkan dimana mana acara Politik yang diadakan mengharapkan semangat ahli ahli UMNO untuk terus mempertahankan parti demi Agama , Bangsa dan Negara.
Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan salah seorang muka baharu yang diberikan sandaran dan tanggungjawab oleh UMNO Sabah yang akan mewakili DUN N.56 Apas menggantikan tempat arwah Kekandanya Datuk Hj.Tawfiq bin DSP AB Titingan yang telah meninggal dunia pada 14 March 2018. Harapan dan Sandaran UMNO Bahagian Tawau kini terletak diatas bahu beliau yang kini menyandang Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tawau.
Pada 28 April 2018 yang lalu beliau telah diiring oleh ramai penyokong UMNO ke Pusat Penamaan Calun di Dewan Seri Tawau Sin Onn Tawau. Beliau bertanding di DUN N.56 Apas atas tiket UMNO Barisan Nasional. Turut berada di Pusat Penamaan Calun ialah Datuk Dr.Mary Yap Kain Ching ( Calun Parlimen P.190 Tawau dari PBS ) , Datuk Osman Jamal ( Calun DUN N.55 Balung dari UMNO ) dan En.Lo Suh Fui ( Calun DUN N.57 Sri Tanjung dari PBS )
Penamaan calun berjalan lancar dengan ramai para penyokong hadir bagi memberikan sokong moral kepada calun calun yang bertanding terutama sekali para penyokong Barisan Nasional.

Parlimen P.190 Tawau akan menjadi rebutan oleh 4 buah parti yang bertanding , terdiri daripada Christina Liew Chin Jin ( PKR ) , Datuk Dr.Mary Yap Kain Ching ( BN ) , Mohamad Husain ( PAS ) dan Alizaman bin Jijurahman ( PHR ).
DUN N.55 Balung pertandingan 5 Penjuru , terdiri daripada Datuk Osman Jamal ( BN ) , Andi Rus Diana Andi Paladjareng ( Warisan ) , Amboase Ramano ( PAS ) , Razali Hamzah ( PHR ) dan Alipah Jackery ( USNO ).
DUN N.56 Apas pertandingan 4 penjuru , terdiri daripada Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan ( BN ) , Abdul Salip Ejal ( Warisan ) , Daud Jalaluddin ( PAS ) dan Alizaman bin Jijurahman ( PHR )
DUN N.57 Sri Tanjung pertandingan 4 penjuru , terdiri daripada Jimmy Wong ( DAP ) , Loo Suh Fui ( BN ) , Pang Thou Chung ( PHR ) dan Leong Yun Fui ( PKS ).
Siri Jelajah Pengenalan Calun dan Kempen Pilihanraya ke-14 berjalan terus dimana dalam tempuh sehingga tengah malam sebelum pembuangan undi pada 9 Mei 2018 diadakan. Pengaktifan semua PDM UMNO di Parlimen Tawau bagi membantu calun calun yang bertanding.
Taklimat dari Ketua PDM Wakuba Dato' Hj.Rackey Apna mengenai fungsi dan aktiviti PDM tersebut kepada Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan calun DUN N.56 Apas.
Datuk Hj.Nizam berharap gerakkerja PDM Wakuba akan memperolehi kejayaan dan akan membantu beliau memenangi PRU14 ini bagi DUN N.56 Apas. Beliau akan melawat semua PDM di DUN N.56 Apas bagi mengenalpasti keperluan PDM dalam menjalankan gerak kerja yang lebih tersusun dan teratur.
PDM Tawau lama telah bersedia dan telah membuat gerak kerja menemui pengundi dikawasan mereka. Mereka telah pun mengaktifkan PDM mereka sebaik saja selepas penamaan calun pada 28 April 2018.
PDM Ranggu telah diaktifkan dengan kehadiran YB.DSP Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali bersama rombongan yang mana selaku penasihat bagi membantu calun UMNO Datuk Osman Jamal memenangi DUN N.55 Balung.
PDM Kinabutan turut dilawati oleh YB.DSP Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali untuk mengetahui setakat mana pencapaian PDM dalam menemui para pengundi dikawasan PDM berkenaan yang akan mengundi di kawasan DUN N55 Balung.
PDM Apas bersama Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan calun DUN N.56 Apas yang sedang membuat lawatan ke PDM dikawasan DUN tersebut.
PDM Andrassy bersama ketua ketua cawangan di PDM berkenaan telah melakukan persiapan bagi menghadapi PRU14.
Hari membuang undi semangkin hampir , gerak kerja bagi mempastikan kemenangan berpihak kepada BN diteruskan. Dari rumah kerumah , berkumpulan dan ceramah politik diteruskan.
Hari berlalu pantas sekali , siang berganti malam , malam berganti siang , usaha dan kesungguhan para petugas parti bertungkus lumus untuk meraih undi bagi memenangkan calun yang bertanding. Sesungguhnya segala gala nya bergantung kepada Kudrat dan Iradat dari Tuhan Rabbul Jalil yang Maha Pencipta dan menentukan segalanya , manusia hanya perlu berusaha dan Tawakkaltuallalah.
Semoga segala yang diusahakan akan memperolehi kejayaan , Demi mu Malaysia Negara ku tercinta.
No comments:
Post a Comment