Wednesday, July 31, 2019

GENERASI PKMT


Mesyuarat Agung PKMT bagi sesi 2019 - 2021 telah berlangsung di Restauran dan Katering Citarasaku di Sabindo Tawau pada 27 Julai 2019. Ramai ahli yang hadir sebagai tanda sokongan bahawa Persatuan ini perlu untuk berada di kedudukan yang sentiasa di perlukan. 




Kini Generasi PKMT sudah yang ke Tiga dan ke Empat sentiasa merasakan Persatuan Melayu ini perlukan untuk di Generate agar ianya akan terus hidup subur tidak lapuk ditelan zaman.

Seawal tahun 1890an hingga 1902 , bangsa Melayu yang terdiri daripada suku - suku kaum Suluk , Tidong , Bugis dan lain lain suku kaum memang sudah bertapak dibumi Tawau dan hidup bersatu dengan aman damai. Perhubungan yang erat ini terjalin kerana oleh faktor seagama, bertutur dalam Bahasa Melayu dan juga perkahwinan campur tanpa mengira suku. 

Perhubungan dan Perpaduan yang sudah terjalin ini berterusan sehingga bertahun tahun berikutnya. Pada Tahun 1936 anak kepada Kee Kim Swee @ Kee Abdullah seorang Pegawai British iaitu Kee Abubakar bin Kee Abdullah telah dilantik sebagai "Native Chief" atau Ketua Masyarakat ( Ketua Anak Negeri ) yang mana kemudiannya bergelar "Orang Kaya-Kaya (OKK) atau "Native Chief Advisory Counci (NCAC ). 

Dalam waktu yang sama sebuah Persatuan yang diberi nama Persatuan Sahabat Pena Melayu dikenali sebagai " Malay Club" , yang dipelopori oleh Kee Sulaiman bin Kee Abdullah Abang Kepada Kee Abubakar bin Kee Abdullah. Dengan tertubuhnya Persatuan ini maka bertambah eratlah lagi perhubungan dikalangan orang-orang Melayu di Tawau.Tuan Kee Sulaiman Kee Abdullah pada ketika itu menjawat sebagai Guru di Sekolah Melayu diTawau. Beliau begitu aktif dalam menyatupadukan orang orang Melayu melalui aktiviti Pementasan Bangsawan yang pada ketika itu amat digemari ramai. Disamping itu Persatuan Sahabat Pena Melayu Tawau juga bertanggungjawab untuk menjaga kepentingan kebajikan, Kebudayaan dan khususnya dalam memelihara serta memartabatkan Agama Islam dan Bahasa Melayu.

Terbentuknya Persatuan Sahabat Pena Melayu Tawau merupakan sebagai titik permulaan tertubuhnya Persatuan Kebangsaan Melayu Tawau yang dikenal dengan singkatan "PKMT" dengan slogan "BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA RUNTUH". Dalam tahun 1938 dengan rasminya tertubuhlah "PKMT" dan OKK Kee Abubakar bin Kee Abdullah telah dilantik menjadi Pengerusi Pertamanya. Ekoran daripada penubuhan itu maka semua suku kaum seperti Suluk, Tidong,Bajau,Bugis,Jawa,Banjar termasuk juga yang berketurunan Arab , Pakistan, India dan juga suku suku lain yang beragama Islam dianggap sebagai orang Melayu seperti juga di Malaya dikenali sebagai orang Melayu, di Sarawak orang Melayu Sarawak dan di Brunei dikenali sebagai orang Melayu Brunei.








Ahli ahli yang hadir membuat semakan senarai nama dan tandatangan serta memenuhi kreateria sebagai seorang ahli yang boleh memilih dan dipilih seperti yang termaktub dalam perlembagaan Persatuan Kebangsaan Melayu Tawau. 

Dalam Mesyuarat Agong kali ini diadakan pemilihan untuk ;
4 Naib Presiden
10 Ahli Jawatankuasa
2 Pemeriksa kira kira

Bendahari dan Setiausaha dilantik

Presiden dan Timbalan Presiden kekal





Presiden PKMT Tuan Hj Kee Ayub bin Kee Abubakar dalam ucapan nya amat berbesar hati dan gembira diatas respon daripada ahli ahli untuk hadir dan seterusnya dapat menjalankan proses pemilihan Ahli Jawatankuasa seperti yang diperlukan. Beliau juga berterima kasih dan sukacita diatas kehadiran Yang Berhormat Datuk Hjh.Hamisah Samad ADUN N.59 Tg.Batu untuk merasmikan mesyuarat agong kali ini.





Yang Berhormat Datuk Hjh.Hamisah Samad dalam ucapan nya mengucapkan syabas dan tahniah kepada ahli ahli PKMT kerana masih kekal dapat melaksanakan mesyuarat agung tahunan seperti yang diperlukan dan telah termaktub dalam perlembagaan persatuan ini. Untuk mengekalkan momentum Persatuan bukan lah mudah ini kerana banyak masa dan tenaga yang diperlukan untuk melaksanakan sesuatu program yang berlandaskan banyak faktor seperti Kebudayaan dan Agama. Sebagai Persatuan yang telah lama ujud ahli ahli Persatuan perlulah meneruskan kesinambungan kejayaan Persatuan ini seperti pada masa yang lalu. 






Presiden PKMT Tuan Hj.Kee Ayub bin Kee Abubakar menyampaikan kad keahlian Persatuan PKMT kepada Yang Berhormat Datuk Hjh.Hamisah Samad dan seterusnya dilekatkan Badge-pin pada tudung oleh Puan Hjh.Ruhaya Hj.Yunus Naib Presiden PKMT.






Ahli ahli PKMT yang hadir begitu komited dan sentiasa memberikan sokongan agar Persatuan Kebangsaan Melayu ini kekal sebagai Persatuan yang berdaya maju dengan melibatkan program kemasyarakatan serta memajukan Agama , Bangsa dan Negara.













Mesyuarat membincangkan beberapa perkara yang melibatkan Perlembagaan Persatuan yang perlu dikemaskini dan disusun semula. Timbalan membentangkan beberapa perkara harus ada pindaan dan perlukan sokongan ahli ahli yang hadir . 

Bendahari juga membentangkan akaun tahunan bagi membolehkan mesyuarat Agung berjalan seperti yang diperlukan oleh perlembagaan.

Perkara perkara yang dibentangkan dipersetujui dan Pembentangan Kewangan Tahunan juga diterima sebulat suara.





Proses pemilihan Ahli Jawatankuasa yang diperlukan berjalan lancar dengan pengundian secara angkat tangan. Pemilihan kepada 4 Naib Presiden , 10 Ahli Jawatankuasa dan 2 Pemeriksan kira kira.





Ahli Jawatankuasa sesi 2019 - 2021 telah terbentuk dengan jayanya setelah proses pemilihan dijalankan. 





end





No comments:

Post a Comment