Tuesday, July 9, 2019

SANTAI JALINAN MESRA KG.BATU PAYUNG TAWAU



Majlis Santai Jalinan Mesra Penduduk Kampung Batu Payung , Tawau yang telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Hj.Nizam bin DSP Abubakar Titingan dikawasan kediaman Tuan Basir bin Hj.Yahya Kampung Batu Payung pada 07 Julai 2019. Majlis diadakan bertujuan mempereratkan hubungan silaturrahim antara Pemimpin dengan rakyat dan rakyat dengan Pemimpin akar umbi yang saling kenal mengenali antara satu dengan yang lain.








Salam Santai , Salam Jalinan Mesra , kepada penduduk Kg.Batu Payung yang dihadiri oleh Yang Berhormat Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan. Majlis anjuran Cawangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia Cawangan Tinagat yang diketuai oleh Tuan Basir bin Hj.Yahya. Dalam Program ini dapat menemukan pemimpin akar umbi dan penduduk kampung bersama Yang Berhormat Datuk Hj.Nizam selaku Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tawau.






Ucapan alu aluan daripada Pengerusi Penganjur Tuan Basir bin Hj.Yahya selaku Ketua Cawangan Tinagat dan juga tuan rumah pada majlis tersebut. Beliau amat berterima kasih dengan kehadiran Yang Berhormat Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan dan Isteri bagi menyerikan lagi majlis yang diadakan. Beliau juga berterima kasih kepada rakan rakan serta penduduk kampung yang hadir sebagai tanda sokong mereka terhadap perjuangan bersama Yang Berhormat Datuk Hj.Nizam dalam merealisasikan membela Agama Bangsa dan Tanah Air.






Yang Berhormat Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan amat berterima kasih diatas jemputan bagi merasmikan Program Santai bersama Penduduk Kampung Batu Payung di halaman rumah Tuan Basir Hj.Yahya Ketua Cawangan Tinagat Parti Pribumi Bersatu Malaysia. 


Dalam usaha kita untuk merealisasikan tujuan dan maksud perjuangan , perlu juga sokongan yang padu daripada rakyat jelata dan pemimpin akar umbi. Mereka yang sentiasa taat dan setia kepada perjuangan parti harus juga ada pertemuan seperti ini semoga maksud dan tujuan akan mencapai kejayaan.








Dalam merealisasikan tujuan dan maksud boleh dicetuskan dengan adanya pemimpin yang berketrampilan dan sentiasa berpandangan jauh. Pemimpin yang mempunyai karisma yang tinggi boleh menambahkan bilangan pengikut yang setia. Pemimpin akan dilihat sebagai agen perubahan yang dapat memotivasikan pengikut-pengikutnya. Pemimpin yang dapat membawa kepada kecemerlangan bangsa dikaitkan dengan ketaqwaannya kepada Allah. Jika pemimpin itu seorang yang bertaqwa, pengikutnya menjadi insan yang rabani: iaitu sentiasa menuruti landasan yang telah ditetapkan oleh Allah.

Persaingan yang hebat di dunia ini adalah penyumbang tercetusnya wawasan. Persaingan yang wujud biasanya di sekitar perlumbaan untuk mendapatkan kuasa politik, kuasa sosial dan kuasa ekonomi. Pemimpin yang dipilih oleh rakyat melalui proses pilihan raya berusaha dengan gigih untuk memenuhi keperluan-keperluan manusia. 

Dengan adanya Pemimpin seperti Yang Berhormat Datuk Hj.Nizam bin DSP Abubakar Titingan semakin ramai rakyat dan pemimpin akar umbi yang setia kepada beliau dan perjuangan nya. 




Bertemu sahabat lama dengan menceritakan kenangan lalu sewaktu kecil dengan persekitaran yang jauh amat berbeza. Dalam keadaan fizikal yang berbeza serta kematangan dalam perjuangan amat ketara sebagai tanda hati dan semangat serta kesetiaan kepada Pemimpin dan perjuangan tetap ada.


يأيهاالذينءامنواأطيعواالله وذأطيعواالرسول وأولى الامرمنكم 

Ya ayyuhal lazina 'aamanu 'ati'ullaha waati'ul rasullah wa 'awlil umri minkum 

"Wahai orang-orang yang beriman taatilah Allah dan taatilah Rasul dan para pemimpin di kalangan kamu".(An-Nisa:59) 

Sabda Nabi s.a.w(maksud): 

1)"Sesiapa taat kepada pemimpin maka dia telah taat kepadaku dan sesiapa yang menderhakai pemimpin maka dia telah derhaka kepadaku".(HR Bukhari no.2957) 

2)"Kamu wajib patuh dan setia, samada dalam keadaan susah atau senang, suka atau duka dan walaupun merugikan kepentinganmu".(HR.Muslim no.1836) 

3)Seorang Sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Ya Nabi Allah, bagaimana menurutmu jika para penguasa yang memimpin kami yang selalu mengutamakan hak mereka tetapi mereka tidak bersedia memenuhi hak kami? Nabi menjawab: "Tunduk dan patuhlah kamu, sesungguhnya mereka akan bertanggungjawab atas kepimpinanya, manakala kamu juga akan bertanggung jawab terhadap ketaatan kamu kepadanya". (HR.Muslim no.1846) 

4)"Sesiapa yang dipimpin oleh seseorang pemimpin lalu dia melihat pemimpinnya berbuat maksiat kepada Allah, maka hendaklah dia membenci perbuatannya, namun jangan dia melepaskan ketaatan daripadanya".(HR.Muslim no.1855) 

5)"Sesungguhnya sepeninggalanku akan muncul para pemimpin yang bertindak sesuka hatinya dan membuat berbagai kebajikan yang kamu tidak menyukainya". Para Sahabat bertanya apa harus mereka lakukan ketika itu, Nabi menjawab: "Tunaikanlah kewajipan kamu dan mintalah hak kamu (berdoa) kepada Allah".(HR.Muslim,1843) 

6)"Sesiapa yang tidak menyukai sesuatu daripada pemimpinnya maka hendaklah dia sabar. Kerana sesungguhnya tiada seseorang pun daripada manusia yang memisahkan diri daripada pemimpinnya sekalipun hanya sejengkal lalu dia mati melainkan matinya dalam keadaan Jahiliyah". (HR Muslim no.1849)






Salam Santai , Salam Jalinan Mesra kepada semua yang hadir pada hari itu memang merasakan sesuatu keakraban dan keintiman sesama mereka dan juga dapat merasakan sesuatu keharmonian pada bila santai bersama Pemimpin . Rakan dan penduduk kampung yang sentiasa menjadi tulang belakang kepada peneraju cetusan kepimpinan sebagai sumber kesetiaan dan berjuang kerana Agama , Bangsa dan Tanah Air.





end






No comments:

Post a Comment