Tuesday, December 17, 2019

GOTONG ROYONG MEGA 2


GOTONG ROYONG MEGA 2 DI KAMPUNG TITINGAN DAN KAWASAN PANTAI BA ZHONG TAWAU PADA 15 DISEMBER 2019







Orang ramai , NGO dan penduduk Kampung Titingan yang terlibat dalam gotong royong Mega 2 di Kampung Titingan telah berada dilokasi perasmian seawal jam 6.30 pagi , walau pun keadaan cuaca lembab dengan hujan renyai renyai kadang kala lebat tidak menghalang mereka yang terlibat meneruskan program tersebut.   

Gotong Royong kali ini adalah suatu usaha pihak Majlis Perbandaran Tawau inginkan kawasan Kg.Titingan yang terletak dalam kawasan Perbandaran Tawau berada dalam keadaan bersih dan tiada sampah merata rata. Keadaan yang begitu lama terbiar dimana sampah berada dimerata tempat sangat tidak mencerminkan kebersihan kepada persekitaran terutama sekali ianya menjadi tontonan kepada pelawat atau pelancung yang datang ke kampung ini. 

Sebagai usaha permulaan Presiden Majlis Perbandaran Tawau Datuk Ir. Hj.Amrullah Hj.Kamal dengan kerjasama Ahli Yang Berhormat DUN N.56 Apas Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan serta NGO yang terlibat melaksanakan Gotong Royong Mega 2 ini sebagai landasan seterusnya menjaga kebersihan dengan tiada sampah sarap terbiar dikawasan kampung Titingan kekal selama nya. Pada hari ini sebagai pelancaran pihak konsesi Majlis Perbandaran Tawau turut serta dengan membeli barangan plastik seperti botol plastik dan apa juga bahan daripada plastik akan ditimbang dan dibayar kemudian dikumpul agar ianya tidak menjadi sampah sarap yang tidak berharga. 








Penduduk Kampung Titingan tidak melepaskan peluang ini bersama YB.Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan  ADUN N.56 Apas , Datuk Ir.Hj.Amrullah Hj.Kamal Presiden Majlis Perbandaran Tawau , Kumpulan kumpulan NGO's , Jabatan jabatan Kerajaan , Badan badan Pertubuhan Sosial dan orang awam yang menyertai program ini.

Apakah Hikmah amalan bergotong royong dikalangan masyarakat dan perlu diamalkan demi untuk kesejahteraan dan membina ukhuwah sesama mereka.

1. Mengeratkan Perpaduan sesama kaum

Masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum contohnya; mereka dapat berbincang dan bertukar tukar pandangan . Sekiranya hal ini dilakukan pasti lah akan melahirkan keadaan yang saling betolenransi sesama masyarakat . Benarlah amalan bergotong royong boleh menguatkan komunikasi dan mengeratkan perpaduan sesama ahli masyarakat.

2. Mempercepat dan memudah sesuatu kerja

Hal ini demikian kerana kerja yang dilakukan dapat dilakukan bersama-sama. Contohnya, bergotong-royong bukan sahaja menbersihkan kawasan malah ia juga seperti menjayakan majlis perkahwinan. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan meringankan sesuatu kerja. Tepatlah bahawa amalan gotong-royong membawa banyak kebaikan dan lebih memperkenalkan ada-adat  contohnya adat melayu kepada kaum yang lain

3.Memperkukuh Semangat Antara Kaum

Hal ini demikian kerana masyarakat dapat mengambil berat hal-hal kaum yang lain. Contohnya, kita boleh menolong kaum lain yang menghadapi kesusahan. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan mengukuhkan hubungan antara kaum. Betullah bahawa amalan gotong-royong memberikan banyak kemudahan untuk masyarakat sendiri bak kata pepatah berat sama dipikul ringan sama dijinjing.

4.Memupuk Nilai Positif Dalam Diri Kita.

Semua manusia inginkan ketenangan apabila berada di sesuatu tempat. Jadi, apabila kita bergotong-royong, ia dapat menberikan suasana selesa unuk masyarakat setempat. Kesannya, sekiranya kawasan sekeliling bersih dan ceria, ia dapat menberikan perasaan positif malah kita akan menjadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar, masyarakat dan diri sendiri.

5.Menghidupkan Semangat Kejiranan.

Dengan berbuat demikian, kita dapat mengenali jiran secara lebih dekat. Selepas terlaksananya aktiviti ini , kita akan mudah terbiasa dengan jiran kita, terutamanya yang baru berpindah ke kawasan perumahan kita dan dapat menegur jiran kita dengan ramahnya. Apabila Pembahagian tugas dilakukan, ia akan dapat membuatkan semua orang merasai semangat bersatu padu . Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-royong ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara, dan sebagainya.

6.Memupuk Sebuah Masyarakat Beranggungjawab

Aktiviti gotong-royong juga dapat memupuk niali-nilai murni dalam kehidupan kia. Amalan nilai-nilai murni ini amat pening dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang bertanggungjawab. Antara nilai-nilai murni yang dapat dipupuk dalam aktiviti gotong-royong ialah bekerjasama,bertolak ansur dan kerajinan. Selain itu, amalan bergotong-royong juga dapat memupuk sikap berjimat cermat dalam masyarakat.

7.Mengekalkan Keamanan Dalam Kalangan Kaum

Kalau tahap perpaduan begitu tinggi sudah pasti keamanan sesama masyarakat akan berkekalan kerana semua ahlinya memahami dan menbantu satu sama lain dengan mendalam. Keamanan masyarakat yang stabil amat penting untuk memudahkan proses perkembangan sesuatu tempat tanpa ada sebarang ganguan. Sesungguhnya, amalan bergotong-royong menjadikan masyarakat menikmati ketenangan dan kemakmuran.

8.Mengelakkan Penyakit Merbahaya

Jika kawasan setempat tidak dijaga dengan bersih ia dapat meningkatkan peratus penyakit merbahaya kepada penduduk setempat contohnya denggi, air kencing tikus dan malaria. Jika gotong-royong dibuat, pencemaran dapat dielakkan terutamanya kepada kanak-kanak yang suka bermain di luar rumah malahan dapat menbantu kempen kerajaan untuk menbasmi denggi.

9.Menbantu Menjaga Alam Sekitar


Contohnya, gotong-royong antara  kaum di sekitar kawasan perumahan dapat membersih dan menceriakan kawasan perumahan dan memupuk nilai mencintai keindahan alam sekitar serta mementingkan kebersihan. Malah ia dapat memberi kita pemandangan yang cantik dan menjadi tempat yang selesa untuk didiami.




Dalam ucapan Ybhg.Datuk Ir.Hj.Amrullah Hj.Kamal Presiden Majlis Perbandaran Tawau mahukan setiap individu di kampung Titingan bertanggungjawab keatas aspek kebersihan dikawasan masing masing dengan tidak membuang sampah sarap merata rata. Kalau kawasan persekitaran kita bersih udara yang disedut juga akan bersih dan akhir nya semua akan menjadi sihat tanpa ada gangguan bau busuk dari sampah sampah yang bertaburan. Bermula dari sekarang setiap individu penduduk kampung perlulah bersatu hati bersama sama menjaga kebersihan dengan tidak membuang sampah dimana mana dan pasti kan sampah hendaklah dikumpul dan dibuang ke tong sampah atau tempat membuang sampah yang telah disediakan oleh Majlis Perbandaran Tawau. Program ini adalah sebagai permulaan dan ianya akan berterusan sehingga penduduk kampung benar benar faham dan setuju akan kebersihan persekitaran yang penting dalam kehidupan ini dengan tiada sampah sarap yang tidak terurus.





Yang Berhormat Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan berharap dengan adanya Gotong Royong Mega 2 ini akan dapat menyuntik semangat menyayangi tempat tinggal yang bersih daripada sampah sarap serta mendapat feadah dengan mengumpul barang barang plastik seperti botol plastik, alat alat plastik yang tidak diguna ,bahan bahan buangan seperti besi dan tin dan kertas untuk dijual kepada Syarikat konsesi yang akan membayar mengikut timbangan dan harga yang telah ditetapkan. Semangat cinta kepada kebersihan persekitaran amatlah disanjung tinggi dan akan menjadi contoh dan mendorong kepada kebiasaan generasi muda untuk sentiasa menjaga kebersihan sekitar rumah dan kawasan berdekatan dengan nya.

Menjaga kebersihan rumah kediaman dan persekitarannya, daripada sampah-sarap dan semak-samun, supaya sentiasa kelihatan ceria dan indah, demi menghindari daripada pelbagai penyakit dan mendatangkan keselesaan hidup kepada diri, dan keluarga.

Menjaga kebersihan tempat ibadah, seperti masjid atau surau. Kedua-dua tempat ini merupakan tempat kunjungan orang ramai untuk beribadah, menghadiri majlis ilmu, bermesyuarat dan sebagainya. Oleh itu, menjaga kebersihan amatlah dituntut dalam Islam, terutama sekali kawasan bilik air dan tandas, demi memberi keselesaan kepada para pengunjung.

Menjaga kebersihan alam sekitar. Islam juga menganjurkan umatnya supaya menjaga kebersihan alam sekitar, terutama sekali tempat-tempat awam yang menjadi tumpuan orang ramai, agar sentiasa kelihatan ceria dan indah, demi memberi ketenangan dan keselesaan kepada penghuni dan pengunjungnya. Hindarilah sikap ambil mudah, membuang sampah merata-rata, juga sikap suka meletakkan bungkusan sampah di atas bonet kereta yang menyebabkan terjatuh dan berselerak di jalan raya, yang menjijikkan mata memandang. 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, 
“Takutlah kamu dua perkara yang banyak mengundang laknat. Sahabat bertanya : Apa dia perkara banyak mengundangkan laknat itu ya Rasulullah? Baginda menjawab : iaitu orang yang membuang air besar di jalan yang dilalui orang ramai dan juga di tempat mereka berteduh (mengotorkannya).” (HR Muslim)

Kesimpulannya, menjaga kebersihan adalah tanggungjawab setiap insan dan semua pihak, demi mematuhi tuntutan Islam dan sunnah Rasulullah SAW serta menghindari daripada segala bencana yang tidak diingini berlaku, yang boleh menjejaskan kehidupan seharian, seperti merebaknya penyakit-penyakit berjangkit, keracunan makanan, banjir kilat dan sebagainya. 

Beliau turut memaklumkan mulai hari ini sehingga bulan Disember 2020 nanti akan diadakan Pertandingan Blok terbersih dan akan diangkat sebagai Juara. Didikan kepada kanak kanak terhadap penting nya menjaga kebersihan juga perlu agar disiplin terhadap kebersihan persekitaran akan selalu diingati. 






Sebanyak 5,000 keping bag plastik hitam telah diedarkan kepada ketua ketua blok yang disampaikan oleh YB.Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan . Semua sampah yang dikutip perlu dikumpul mengikut Blok masing masing untuk ditimbang ditempat penimbangan yang disediakan. 






Selepas Pelancaran Gotong Royong Mega 2 oleh YB.Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan diadakan Perasmian Rumah Sampah yang telah diusahakan pembinaan nya oleh Syarikat Al Nur Marketing Sdn.Bhd. Dengan terbina nya rumah sampah tersebut penduduk kampung boleh menggunakan nya dan mengumpul sampah kesini untuk dilupuskan oleh pihak Majlis Perbandaran Tawau agar usaha berterusan untuk menjadikan Kampung Titingan sebagai Kampung terbersih tercapai.

Rumah sampah tersebut dirasmikan oleh YB.Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan bersama Ybhg.Datuk Ir.Hj.Amrullah Hj.Kamal Presiden Majlis Perbandaran Tawau yang disaksikan oleh Pengurus Syarikat Al Nur Marketing dan Pegawai serta kakitangan Majlis Perbandaran Tawau.








Kerja yang berat menjadi ringan apabila ada persefahaman dikalangan penduduk setempat dengan menyertai gotong royong yang diadakan. Sampah sarap yang kebanyakan nya terdiri daripada bakul plastik bertaburan dimana mana disetiap blok akan terhapus sekiranya penduduk mengambil inisiatif untuk mengutip dan bersama membersihkan agar kawasan blok yang didiami menjadi suatu kawasan yang bersih tanpa sampah sarap.









Proses pengutipan sampah sarap di Kg.Titingan tidak lah berakhir disini sahaja tetapi ianya adalah sebagai titik permulaan untuk membersihkan kampung Titingan ini daripada sampah yang tidak terurus. Dengan terlancarnya gotong royong ini sekurang kurang nya kefahaman penduduk kampung tentang pengurusan pembuangan sampah ini dapat difahami dan semoga ianya menjadi titik bermula kepada suka kepada yang bersih tanpa sampah merata rata.


GOTONG ROYONG MEGA 2 - PANTAI BA ZHONG

Serentak bersama gotong royong di Kampung Titingangotong royong di Pantai Ba Zhong juga berjalan seperti yang telah dicadangkan. Kumpulan yang membersihkan kawasan ini telah melaksanakan kerja kerja gotong royongdengan mengumpul sampah yang terdapat di sekitar pantai tersebut.








Sampah sarap yang telah dikumpul dngan memasukkan kedalam karung plastik untuk dikutip oleh lori sampah yang akan datangdan dihantar ke kawasan pelupusan sampah. Bahan bahan yang boleh dikitar semula akan ditimbang dan dibeli oleh syarikat konsesi seperti botol plastik, tin , besi dan mana mana yang berkaitan.








Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan. Manusia banyak bergantung kepada sumber-sumber semulajadi di muka bumi ini. Allah telah mencipta alam ini seimbang untuk kemakmuran manusia. Bumi yang luas dijadikan tempat tinggal manusia, gunung-gunung sebagai pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan kepada kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupan di lautan. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan terjejas akibat aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik.

Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara yang bersih merupakan nikmat yang sangat bernilai kepada kehidupan manusia. Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Tumbuh-tumbuhan membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen secukupnya.

Udara dalam alam sekitar kita yang bersih dan segar juga membolehkan kita menikmati keselesaan. Kita akan berasa selasa jika tiada gangguan di persekitaran kita. Cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielakkan dan membolehkan kita menjalani kehidupan dalam keadaan cuaca yang baik. Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga, orang ramai boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang boleh menimbulkan perasaan rimas marah dan tidak selesa. Aktivti riadah yang dijalankan dalam keadaan bersih akan meningkatkan tahap kesihatan kita.

Selain itu, penanaman pokok-pokok haruslah dirancang dengan teratur dari semasa ke semasa. Penanaman tumbuhan hijau bukan sahaja memberikan suasana persekitaran yang sejuk dan nyaman, malah berfungsi untuk menstabilkan suhu persekitaran. Penanaman pokok-pokok ini juga bertujuan mengurangkan kesan pemanasan global melalui penyerapan karbon dioksida. Akhirnya, pemanansan global dapat dikawal dan akan dapat menstabilkan ekosistem persekitaran. Penjagaan sumber-sumber alam sekitar seperti pokok-pokok akan dapat membendung pelbagai masalah, sebagai contoh hutan mengawal hakisan tanah dan banjir. Hutan juga menjadi salah satu sumber ekonomi negara kita.

Alam setikar yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga yang mampu membawa penyakit. Persekitaran yang bersih menghalang haiwan seperti lalat, nyamuk dan tikus daripada membiak dan menyebarkan penyakit kepada manusia seperti malaria, deman denggi, taun dan hawar. Keadaan ini turut melindungi makanan kita daripada dicemari oleh vector-vektor penyakit tersebut dan dengan itu, masalah keracunan makanan dapat dielakkan.


Gangguan daripada serangga di dalam rumah juga dapat dielakkan jika persekitaran dalam keadaan bersih. Alam setikar yang bersih dapat mengurangkan pembiakan serangga seperti nyamuk, lalat, dan serangga lain yang berada di dalam rumah. Tanpa serangga tersebut, kita dapat berehat dengan selesa di rumah pada bila-bila masa. Selain itu, persekitaran yang bersih juga mengelakkan pencemaran bau yang boleh mengganggu keselesaan hidup kita.







Selesai kerja kerja gotong royong  kini tugas mengumpul sampah untuk dilupuskan ketapak pelupusan sampah dengan penghantaran menggunakan lori. Kerja kerja memasukkan sampah sarap yang dikutip semasa gotong royong perlu dialihkan ketapak pelupusan. Tugas ini dikendalikan oleh pihak Syarikh Konsesi yang berdaftar dengan Majlis Perbandaran Tawau.








Sampah yang dikutip disetiap Blok telah dikumpulkan ditempat tempat yang telah ditetapkan. Terdapat 10 Blok di Kampung Titingan ini dan setiap Blok dihuni lebih kurang 500 orang penduduk , sebab itulah kawasan kampung Titingan ini kawasan yang sangat padat penduduk nya dimana kedudukan rumah jaraknya antara satu dengan yang lain terlalu dekat. Kerja kerja mengutip sampah oleh pihak konsesi dari Blok ke Blok dimana sampah sampah ini perlu dihantar ke destinasi mengikut kategori sampah yang telah ditetapkan.









Kerjasam penduduk tidak berhenti selepas gotong royong sahaja tetapi ianya berterusan demi menjami kebersihan kampung terjaga.








Apabila bercakap mengenai kebersihan, perkara pokok yang perlu ditangani adalah sikap masyarakat itu sendiri terhadap pengurusan kebersihan. Tidak dinafikan ada negara maju yang mengambil masa ratusan tahun untuk menerapkan budaya mementingkan kebersihan dan alam sekitar dalam kalangan rakyatnya.

Bak kata pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Begitu juga dengan sikap dan tabiat masyarakat negara ini.

Dalam usaha membentuk minda, sikap dan tabiat serta budaya penduduk negara ini menjadi masyarakat berminda kelas pertama yang bertanggungjawab, memiliki nilai etika, progresif dan kesedaran tinggi dalam kebersihan serta keindahan persekitaran dan kelestarian alam sekitar,

Berbekalkan enam fasa iaitu kesedaran, pendidikan, amalan, penghayatan, pembudayaan dan penyebaran, diharapkan dapat mewujudkan persekitaran bersih dan indah serta hijau dan masyarakat bangga serta mahu turut serta mengekalkan kebersihan dan keindahan alam sekitar.

Antara cabaran dihadapi dalam menerapkan semangat cintakan kebersihan dan mengurangkan pembaziran adalah kurang penekanan terhadap pendekatan mendidik dan membentuk masyarakat supaya menghargai dan bertanggungjawab terhadap kebersihan persekitaran dan pengurusan sisa pepejal yang sempurna.

Tahap kesedaran masyarakat yang rendah mengenai keperluan untuk mengamalkan 3R ( Reduce , Reuse and Recicle ) kurangkan, guna semula dan kitar semula , berikutan kurang pengetahuan dan tidak menghargai nilai sisa pepejal terutama dalam situasi sekarang yang mana sumber asli semakin berkurangan turut memburukkan keadaan.

Bukan itu sahaja, semangat sukarelawan dalam kalangan masyarakat untuk sama-sama memastikan keadaan persekitaran sentiasa bersih dan indah juga masih belum memuaskan. Kebanjiran warga asing di negara ini yang mempunyai tabiat dan budaya mengenai kebersihan yang berbeza turut menyukarkan untuk memastikan tahap kebersihan yang mapan.

Sikap masyarakat menganggap tanggungjawab membersihkan persekitaran di atas bahu pihak berkuasa turut menambah masalah. Tanpa rasa bersalah sampah dibuang merata-rata kerana sentiasa berasakan ada pekerja pembersihan akan mengutip sampah mereka, dan ini benar-benar tidak membantu dalam meningkatkan kebersihan.

Selain itu, antara cabaran dikenal pasti adalah kekangan kewangan negara kerana kos penyediaan infrastruktur yang tinggi dan semakin meningkat. Kemudahan 3R masih lagi tidak mencukupi dan menyeluruh.

Tapak membina kemudahan juga terhad dan sukar diperoleh. Lebih membimbangkan, jangka hayat tapak pelupusan sisa pepejal sedia ada yang semakin berkurangan. Ini kerana, persepsi masyarakat yang tidak menerima kemudahan pelupusan dan pengolahan sisa pepejal yang dibina berhampiran dengan kawasan mereka yang kadang kala disebabkan kepentingan pihak tertentu.

Selain itu, negara turut berdepan kekurangan kepakaran dalam teknologi terkini pengurusan sisa pepejal, selain pengetahuan yang rendah mengenai kemudahan dan faedah pengolahan sisa pepejal yang terkini.

Komunikasi berkesan adalah pendekatan utama dan penting dalam pelaksanaan pelan transformasi ini. Kaedah yang digunakan bersesuaian dengan kumpulan sasaran serta jenis maklumat pendidikan yang ingin disampaikan.

Usaha mendidik masyarakat dalam menukar minda itu boleh dilaksanakan secara formal dan sebaliknya, untuk mengembangkan potensi serta membentuk kepelbagaian kefahaman, kemahiran dan amalan.

Pembabitan semua pihak bagi menjayakan program dirancang amat penting kerana penjagaan kebersihan persekitaran dan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama.

Agensi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta aktivis kebersihan dan alam sekitar perlu diajak bersama dalam menjayakan program untuk mendekati serta memenangi hati dan nurani masyarakat bagi mereka turut menyokong, membabitkan diri dan menjayakan program dan aktiviti yang dijalankan agensi berkenaan.

Melalui pendekatan ini, diharapkan masyarakat dapat diberi tanggungjawab melaksanakan aktiviti yang sesuai mengikut keperluan komuniti seperti mengaturkan sendiri program gotong-royong, penyeliaan dan pemantauan tahap kebersihan, menguruskan pusat kitar semula dan pengkomposan.


Penguatkuasaan adalah satu kaedah yang mampu memberikan kesan mendalam sekiranya ia dilaksanakan dengan tegas tetapi adil, telus dan berterusan.

Kaedah ini khususnya perlu untuk membendung segelintir golongan masyarakat yang masih degil, tidak berdisiplin dan tidak memberi kerjasama serta mementingkan diri yang mempunyai tabiat buruk dalam menjaga kebersihan persekitaran.

Masyarakat akan didampingi dengan cara yang lebih berkesan untuk mendapatkan sokongan, kerjasama dan penerimaan dalam menjayakan segala strategi dan program direncanakan. (berlapang hati) iaitu sentiasa membuka pintu hati untuk menerima secara ikhlas tanpa prejudis bagi mewujudkan suasana yang sentiasa harmoni dan saling hormat-menghormati.

Open Mind (minda terbuka) iaitu bersifat terbuka dan bersedia menerima pandangan daripada pihak luar dan dalaman yang boleh digunakan untuk memperbaiki kelemahan dan meningkatkan prestasi. Open Door (terbuka) iaitu sentiasa memberi akses kepada semua pihak dan peringkat melalui pelbagai saluran.

Masyarakat perlu melihat dengan mata hati dan menghargai keperluan penjagaan alam sekitar. Ini kerana, ia adalah anugerah dan amanah daripada Pencipta.

Menerapkan kefahaman dalam masyarakat bahawa pengurusan sisa pepejal dan kebersihan persekitaran adalah tanggungjawab bersama. Misalnya, dalam majlis atau acara, pihak penganjur boleh menyediakan tong sampah 3R dan mengingatkan masyarakat supaya tidak mencemarkan longkang.

Pengiktirafan dan penghargaan juga boleh diberikan kepada pihak yang mempelopori atau bertanggungjawab menjaga kebersihan dan pengurusan sisa pepejal.

Menggunakan pendekatan amalan agama bagi aspek kebersihan turut menjadi strategi dalam PTM ini. Dalam Islam sendiri, kebersihan itu adalah sebahagian iman. Justeru, sebagai penganut Islam, kita perlu mengutamakan kebersihan dan keindahan kerana ia disukai Allah.

Terap disiplin, patuhi peraturan

Strategi lain adalah menjadikan masyarakat yang berdisiplin dan mematuhi peraturan yang berkaitan alam sekitar dan kebersihan termasuk menerapkan pendidikan dan kesedaran kepada pemegang taruh (pemain industri pengurusan sisa pepejal dan NGO) mengenai peraturan dan penguatkuasaan yang berkaitan dengan pengurusan sisa pepejal dan kebersihan persekitaran.

Kita mahu melahirkan masyarakat yang mengutamakan keindahan dan kebersihan alam sekitar dengan mewujudkan persekitaran bersih dan indah. Kita mahu masyarakat menghargainya dan bangga serta ingin mengekalkan kebersihan, selain menerapkan sifat jijik terhadap kekotoran.











end







No comments:

Post a Comment