TRANSFORMASI TANAMAN KOKO KEPADA TANAMAN
KELAPA SAWIT SELUAS 15 EKAR
DIKAMPONG RANCANGAN RANGGU , TAWAU
BERKEBUN DAN BERCUCUK TANAM AMAT SESUAI DILAKUKAN BILA ADA MASA TERLUANG KERANA IA AKAN MEMBANTU KITA MERASA GEMBIRA DAN MENGHILANGKAN RASA STRESS SERTA DAPAT MEMBANTU MENJANA EKONOMI KELUARGA
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Salam Perpaduan,
Salam 1 Malaysia ,
Salam Kemerdekaan.
Saya amat beruntung kerana dilahirkan diBumi Allah Yang bertuah ini iaitu NEGARA MALAYSIA.
Rakyat hidup aman damai dan harmoni , yang terdiri berbagai kaum dan keturunan. Rakyatnya bebas kesana kemari menguruskan hal-hal kehidupan masing-masing tanpa rasa takut dan berwaspada.Al Hamdulillah hirabbil alamin , saya amat bersyukur kepada Mu ya Allah yang sentiasa memberikan kami Rakyat Malaysia Lindungan Mu , Rahmat Mu , Rezeki Mu , yang mana kami dapat merasakan keamanan dalam hidup ini.
Dengan kehendak Mu jua Negara kami ini telah Kau restui Kemerdekaan nya sehingga kerajaan yang menarajui Pemerintah Negara dapat melaksanakan tugas pemerintahan Dengan Adil Dan Saksama.
Amin Ya Allah , Amin Ya Rahman , Amin Ya Rahim semoga Negara Kami akan sentiasa dalam Peliharaan Mu dan dijauhi daripada Malapetaka .
Pokok Koko yang telah ditanam sekian lama lebih kurang 20 tahun lalu kurang mengeluarkan hasil disebabkan banyak faktor antaranya kos penyelanggaraan kian meningkat , harga baja yang mahal , harga racun serangga juga mahal , Penyakit buah yang keras adalah menjadi masalah yang sangat serius dan sukar ditangani dimana mengakibatkan kekurangan pengeluaran hasil kebun koko.
Pilihan yang ada hanyalah membuat transformasi tanaman koko kepada kelapa sawit yang kebetulan pada ketika ini harga yang amat baik dipasaran.
kawasan yang asalnya tanaman koko telah digantikan dengan tanaman kelapa sawit
KERJA-KERJA PERLU DILAKSANAKAN MENGGUNAKAN JENTERA BERAT BAGI MEMUDAHKAN TANAMAN KELAPA SAWIT DILAKUKAN
JALAN PERLU DISEDIAKAN BAGI KEMUDAHAN ASAS APABILA PENGUTIPAN BUAH
ANAK ISTERI PERLU DILIBATKAN SAMA AGAR MEREKA DAPAT MEMPELAJARI KEHIDUPAN SEBENAR SEBAGAI SEORANG PEKEBUN
KAWASAN YANG BERHAMPIRAN RUMAH SEKIRANYA ADA YANG KOSONG BOLEH JUGA DITANAM KELAPA SAWIT
MANA-MANA POKOK YANG TIDAK PERLU BOLEH DIHAPUSKAN
POKOK-POKOK DURIAN YANG MENGELUARKAN HASIL TIDAK DITUMBANGKAN SEMENTARA POKOK KELAPA SAWIT MASIH KECIL
POKOK - POKOK RENIK PERLU DIBERSIHKAN
POKOK-POKOK KOKO YANG KELIHATAN NYA SEGAR TAPI TERLALU MAHAL UNTUK MEMELIHARANYA SERTA TERLALU BANYAK PENYAKIT YANG MENGAKIBATKAN BUAHNYA MENJADI KERAS
KAWASAN BUAH-BUAHAN DIBERSIHKAN
INILAH HASIL TRANSFORMASI YANG DIMAKSUDKAN SETELAH 3 TAHUN DITANAM
No comments:
Post a Comment